1 Pelan-Induk-Pengangkutan-Awam

1 Pelan-Induk-Pengangkutan-Awam

© Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) 2016 Diterbitkan oleh: Perbadanan Pengangkutan Awam Johor Dicetak oleh: Boutique Printing ISBN: 978-967-14505-0-5 Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor. Walaupun setiap usaha telah dibuat untuk menyemak ketepatan penerbitan ini, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan jika ada. Sebarang teguran untuk memperbaiki penerbitan ini adalah dialu-alukan oleh pihak kami. Perbadanan Pengangkutan Awam Johor No 1-01 & 1-02, Jalan Sri Perkasa 2/22, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor Tel : 07-2414477 Faks : 07-2414476 KATA-KATA ALUAN YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI BESAR JOHOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera & Salam Muafakat Johor. Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor (PIPAJ) 2015 - 2045 adalah bermatlamat untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pengangkutan persendirian dan meningkatkan penggunaan pengangkutan transit. Menerusi pelan 30 tahun ini juga, ia dapat menyokong inisiatif Johor Lestari ke arah masyarakat rendah karbon, selain bertepatan dengan visi Johor Berkemajuan. Saya yakin segala dasar dan perancangan yang digubal menerusi PIPAJ mampu menghasilkan satu sinergi baharu yang berupaya memacu usaha ke arah mencapai wawasan pembangunan inklusif seperti yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri. Justeru, saya berharap penyediaan PIPAJ ini akan menjadi naskhah rujukan utama Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi berkaitan dalam merancang dan memperkasa sistem kemudahan pengangkutan awam secara menyeluruh, bersepadu dan mampan. Pelaksanaannya diharap dapat memberi impak bukan sahaja terhadap pembangunan fizikal, malah memberi kesan yang besar terhadap kesejahteraan dan kelestarian sosio-ekonomi tempatan dan serantau. Akhir kata, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan dan sokongan semua pihak yang telah membantu menyempurnakan PIPAJ. Sekian, terima kasih. MOHAMED KHALED NORDIN KATA-KATA ALUAN HAJI SUHAIRI BIN HAJI HASHIM KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PAJ Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera & Salam Muafakat Johor. Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengangkutan awam di Negeri Johor cekap, terancang, bersepadu dan sistematik. Aspirasi yang besar ini digarap melalui mandat yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, iaitu menjadikan PAJ sebagai sebuah agensi kerajaan negeri yang dinamik untuk bergerak seiring dengan momentum kemajuan pembangunan perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini. Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor (PIPAJ) merupakan sebuah manifestasi idea yang digariskan sebagai panduan untuk pembangunan pengangkutan awam yang meliputi jangkamasa selama 30 tahun. PIPAJ bermatlamat untuk mewujudkan sistem rangkaian pengangkutan awam di Negeri Johor yang komprehensif, efektif dan efisien serta mampan melangkau 2020. Kajian selama satu tahun memberi fokus pembangunan pengangkutan awam yang holistik merangkumi mod pengangkutan awam di darat, udara dan air. PAJ secara dasarnya berharap PIPAJ dapat menjadi panduan serta rujukan kepada semua Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi berkaitan yang terlibat secara langsung dalam merancang pembangunan khususnya berkaitan pengangkutan awam. Segala idea yang telah dicanai sepanjang penyediaan pelan induk ini merupakan buah fikiran yang sangat bernilai kerana menjadi indikator sebagai negeri pertama di Malaysia yang menghasilkan pelan selama 30 tahun khusus untuk pengangkutan awam negeri. Akhir kata, bagi pihak PAJ, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas usaha dan kerja keras dalam menghasilkan output berimpak tinggi gagasan Muafakat Bangsa Johor. Semoga industri dan sektor pengangkutan awam di Negeri Johor terus berkembang maju dan mampan merentasi cabaran yang sarat pada hari ini. Sekian, terima kasih. Pengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang baik, berdaya maju dan berdaya saing perlu mempunyai sistem pengangkutan yang selamat, dipercayai, cekap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, lestari dan mampan. Menyedari kepentingan dan keperluan sistem pengangkutan awam yang cekap, kerjaaan Negeri Johor telah melahirkan hasrat untuk mengadakan satu Pelan Pengangkutan Awam bagi memacu dan memperkasa sistem pengangkutan awam di Negeri Johor secara menyeluruh dan bersepadu. Penyediaan pelan ini melibatkan kerjasama semua PBT dan agensi teknikal berkaitan yang terlibat dalam sektor pengangkutan serta PAJ sebagai badan penyelaras. Kajian pelan induk ini berlangsung selama satu tahun dan melibatkan 4 fasa utama iaitu, penyediaan laporan insepsi, laporan interim, laporan draf akhir dan laporan akhir pelan. Penyediaan pelan ini telah mengambil kira dokumen pembangunan lain yang berkaitan seperti Rancangan Induk Pengangkutan Awan Darat Negara (RIPADN), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Dasar Perbandaran Negara, IRDA Transportation Blueprint 2010-2030, Rancangan Struktur Negeri Johor 2020, Rancangan Tempatan Daerah (RTD) bagi setiap daerah di Negeri Johor dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) sebagai asas kepada perancangan dan pembangunan sektor pengangkutan awam yang terkandung di dalam pelan ini. Hala tuju Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Johor 2015-2045 (PIPAJ) adalah untuk “Mewujudkan Sistem Rangkaian Pengangkutan Di Johor Yang Komprehensif, Efektif Dan Efisien Serta Mampan Melangkau 2020”. Bagi mencapai matlamat tersebut, Misi terbahagi kepada 4 komponen utama iaitu Pengangkutan Persendirian (PP), Pengangkutan Transit (PT), Pengangkutan Hijau (PH) dan Pengangkutan Barang (PB). Pelan Induk ini telah menggariskan misi dan matlamat bagi setiap komponen seperti berikut: 1. Mengurangkan kebergantungan mod Pengangkutan Persendirian (PP) 2. Mewujudkan Sistem Pengangkutan Transit (PT) yang Bersepadu dan Mampan 3. Menerapkan penggunaan Pengangkutan Hijau (PH) 4. Sistem Logistik dan Pengangkutan Barang (PB) yang cekap dan lancar Pelan Induk ini dibahagikan kepada dua buku. Buku 1 merupakan Pelan Induk Pengangkutan Awam bagi Negeri Johor secara keseluruhannya. Buku 2 pula merupakan Pelan Induk Pengangkutan Awam setiap daerah di Negeri Johor. Cadangan perancangan pembangunan yang disyorkan dalam kedua-dua buku Pelan Induk ini terbahagi kepada tiga jangkamasa iaitu jangkamasa pendek (2015 – 2020), jangkamasa sederhana (2021 – 2035) dan jangkamasa panjang (2036 – 2045). Secara keseluruhannya, pelan ini mencadangkan 55 strategi pelaksanaan dan 602 cadangan projek bagi kesemua komponen yang terlibat. Untuk menjayakan setiap misi dan matlamat yang dirangka, pihak berkuasa tempatan dan agensi teknikal yang terlibat perlu menyokong dan melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Awam yang telah dirancang. Usaha yang telah dirangka ini diharapkan dapat mentransformasi sistem pengangkutan awam di Negeri Johor. 1 PENGENALAN 4 ANALISA STRATEGI PENGANGKUTAN AWAM JOHOR 1.1 Johor Darul Ta’zim ...................................................................... 1-1 4.1 Strategi Pembangunan ..………………………………………………………… 4-1 1.2 Latar Belakang Kajian Pelan Induk .............................................. 1-2 4.2 Ciri-Ciri Senario Alternatif Pembangunan ……………………………… 4-3 1.3 Skop Kajian Pelan Induk .............................................................. 1-2 4.3 Analisa Senario Alternatif Pembangunan ……………………………… 4-4 1.4 Objektif Kajian Pelan Induk ......................................................... 1-2 4.4 Perbandingan Analisis Senario ……………….……………………………… 4-8 1.5 Rangka Kerja Laporan Pelan Induk .............................................. 1 - 3 5 PELAN INDUK PENGANGKUTAN PERSENDIRIAN (PP) 2 KEADAAN DAN ISU SEMASA (2015) 5.1 Pengenalan …………………………………………………………………….…….. 5-1 2.1 Pengenalan ................................................................................. 2-1 5.2 Keadaan Semasa Pengangkutan Persendirian ..…………………….. 5-2 2.2 Institusi dan Perundangan Pengangkutan Awam Semasa .......... 2-1 5.3 Kekangan Dan Masalah Pengangkutan Persendirian …………….. 5-4 2.3 Guna Tanah Semasa .................................................................... 2-4 5.4 Strategi Pembangunan Pengangkutan Persendirian .…………….. 5-5 2.4 Infrastruktur Pengangkutan Awam Semasa ............................... 2-8 5.5 Dasar Dan Strategi Pembangunan Pengangkutan Persendirian 5-6 2.5 Perkhidmatan Pengangkutan Awam Semasa ............................. 2-16 5.6 Konsep Pembangunan Pengangkutan Persendirian ….........…… 5-9 2.6 Prestasi Pengangkutan Transit Semasa ...................................... 2-25 5.7 Pelan Cadangan Pengangkutan Persendirian ………………………… 5-11 5.8 Garis Panduan Umum ................................................................ 5 - 16 3 STRATEGI TRANSFORMASI PA JOHOR 3.1 Pengenalan ................................................................................. 3-1 3.2 Visi dan Misi ................................................................................ 3-1 3.3 Analisis “SWOT”........................................................................... 3-3 3.4 Misi Transformasi Pengangkutan Awam Johor ........................... 3-5 3.5 Dasar & Strategi Pengangkutan Awam Johor.............................

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    255 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us