Kenyataan Media JPBN Bil 174/2020 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK KENYATAAN MEDIA (29 JULAI 2020) 1. LAPORAN HARIAN Hari ini dua (2) kes positif COVID-19 dilaporkan. Daripada jumlah itu, Daerah Kuching (1) kes dan Daerah Serian (1) kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak sebanyak 677 kes. A. Kes 676: Kes ini adalah seorang perempuan warganegara tempatan yang mempunyai sejarah kontak rapat positif COVID-19 kepada kes Ke-630 yang telah disahkan pada 23 Julai 2020. Kes adalah emak kepada kes Ke-630. Beliau sering melawat kes Ke-630 setiap minggu dan kali terakhir kes melawat anaknya pada 11 Julai 2020. Kes dikesan secara pengesanan aktif yang melibatkan Kluster Sentosa. Kes tidak menunjukkan tanda dan gejala. Kes telah disaring swab untuk ujian rT- PCR pada 27 Julai 2020 di Pusat Saringan di Serian dan didapati positif COVID-19 pada 28 Julai 2020. Kes telah dimasukkan ke wad pada 28 Julai 2020. 1 Kenyataan Media JPBN Bil 174/2020 B. Kes 677: Kes adalah lelaki bukan warganegara mempunyai sejarah kontak rapat positif COVID-19 kepada kes Ke-581 yang telah disahkan pada 14 Julai 2020. Kes dikesan secara pengesanan aktif yang melibatkan Kluster Mambong. Kes ini juga tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Kes ini telah disaring swab ujian rT- PCR pada 27 Julai 2020 di sebuah klinik kesihatan kerajaan dan didapati positif COVID-19 pada 28 Julai 2020. Kes telah dimasukkan ke wad pada 28 Julai 2020. C. Kluster COVID-19 yang masih aktif. Pada hari ini, seramai dua (2) kes baharu telah dilaporkan yang melibatkan kluster-kluster yang masih aktif. Satu (1) kes dilaporkan di bawah Kluster Sentosa (Kes 676) dan satu (1) kes di bawah Kluster Mambong. Tiada kluster baharu dikesan dan dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak adalah kekal sebanyak sepuluh (10) kluster. Sebanyak sembilan (9) kluster dilaporkan di Daerah Kuching dan satu (1) di Daerah Bintulu. Setakat hari ini, terdapat sepuluh (10) kluster yang masih aktif iaitu: a) Kluster Syarikat Kejuruteraaan: kekal lapan (8) kes b) Kluster Mambong: penambahan satu (1) kes menjadikan jumlah tujuh (7) kes c) Kluster Pusat Perubatan: kekal tiga (3) kes d) Kluster Jupiter: kekal tiga (3) kes e) Kluster Pasar Stutong: kekal tujuh (7) kes 2 Kenyataan Media JPBN Bil 174/2020 f) Kluster Jeti Kuching: kekal dua (2) kes g) Kluster Sentosa: penambahan satu (1) kes menjadikan jumlah 31 kes h) Kluster PUI Melbourne: kekal dua (3) kes i) Kluster Syarikat Pembinaan Kuching: kekal dua (2) kes j) Kluster Pasar Satok: kekal empat (4) kes Dimaklumkan juga satu (1) kes baru yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 565 orang atau 83.46%. Seramai 93 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital, dan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.81% Hari ini sebanyak tujuh (7) PUI baru dilaporkan dan tiga (3) kes masih menunggu ujian makmal. 2. KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah bermesyuarat hari ini dan telah memutuskan beberapa keputusan seperti berikut: A. PERGERAKKAN PELAJAR MATRIKULASI KE SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN LABUAN Untuk pendaftaran pelajar Sarawak yang akan memulakan pendaftaran di Matrikulasi seluruh Malaysia yang bermula pada 3 Ogos 2020 dan memandangkan Kerajaan Sarawak telah menetapkan Garis Panduan 3 Kenyataan Media JPBN Bil 174/2020 (SOP) baru mengenai kemasukan ke Sarawak, ianya akan memberi kesan kepada ibubapa yang pergi ke Semenanjung dan Labuan untuk mendaftar anak-anak mereka. Oleh itu Kerajaan Negeri Sarawak telah bekerjasama dengan Sarawak Volunteer untuk memperkenalkan inisiatif baru bagi mengurangkan kesan dan meringankan beban ibubapa. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar matrikulasi yang baru mendaftar dan tidak dapat ditemani ibubapa mereka. SV akan membantu bermula dari pelajar tersebut mendarat di Lapangan Terbang ke destinasi Pusat Matrikulasi mereka. Jumlah Pelajar Sarawak yang ditawarkan di 16 Matrikusai seluruh Malaysia adalah 1,145 orang. Untuk keterangan lanjut sila layari Facebook Sarawak Volunteer. B. PELANJUTAN DAN PENANGGUHAN PEMBUKAAN SEMULA SESI PERSEKOLAHAN BAGI MURID-MURID SEKOLAH RENDAH (SR) TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 DAN SEKOLAH MENENGAH (SM) KELAS PERALIHAN, TINGKATAN 1 HINGGA 4 DAN TINGKATAN 6 RENDAH Berdasarkan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara, Sarawak dan persetujuan bersama antara semua pihak termasuk wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak) maka Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak membuat keputusan iaitu pembukaan semula sesi persekolahan bagi 164 buah sekolah menengah dan sekolah rendah 4 Kenyataan Media JPBN Bil 174/2020 di daerah Kuching, Padawan & Samarahan yang sebelum ini telah diumumkan bermula pada 03 Ogos 2020 ditangguhkan ke 17 Ogos 2020. Selain itu, penangguhan pembukaan semula sesi persekolahan melibatkan Kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3 & 4, Tingkatan 6 Rendah dan sekolah rendah melibatkan Tahun 1, 2, 3, 4, 5 & 6 diperluaskan bagi dua puluh lima (25) buah sekolah di daerah Padawan dan dua puluh empat (24) buah sekolah di daerah Samarahan. Oleh yang demikian, penangguhan pembukaan semula sesi persekolahan di daerah Kuching, Padawan dan Samarahan setakat ini melibatkan 213 buah sekolah. Bagi kelas Prasekolah, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa. i. Bilangan Sekolah Mengikut Pejabat Pendidikan Daerah BIL PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BILANGAN SEKOLAH 1 PPD Kuching 87 2 PPD Padawan 99 3 PPD Samarahan 27 Jumlah Keseluruhan 213 ii. Bilangan Sekolah Mengikut Pihak Berkuasa Tempatan BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN SEKOLAH 1 Dewan Bandaraya Kuching Utara 61 2 Majlis Bandaraya Kuching Selatan 29 3 Majlis Daerah Samarahan 27 4 Majlis Perbandaran Padawan 88 5 Majlis Daerah Serian 8 Jumlah Keseluruhan 213 5 Kenyataan Media JPBN Bil 174/2020 C. SURAT KELULUSAN KETUA JABATAN Bagi Jabatan dan agensi yang di bawah kategori Perkhidmatan Penting (Essential Services), mereka perlu membawa salinan kelulusan daripada Ketua Jabatan masing-masing sebagai syarat untuk bergerak dari Zon 1 ke Zon 2 dan juga sebaliknya. D. KEBENARAN PERGERAKAN ANTARA ZON DARI PDRM Semua pergerakkan dari Zon 1 ke Zon 2 dan juga sebaliknya perlu mendapat permit kebenaran dari pihak PDRM terlebih dahulu sebelum membeli tiket perjalanan seperti berikut: i. Penerbangan dalam Sarawak (Domestic Flight) ii. Pergerakkan menggunakan Bas Regional iii. Pergerakkan menggunakan Bot Ekpress 3. LAPORAN NOTIS KOMPAUN Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 53 notis kompaun kerana tidak mematuhi Garis Panduan (SOP) iaitu di Kuching (22), Bintulu (12), Mukah (8), Miri (6), Limbang (2), Sri Aman (1), Sarikei (1) dan Samarahan (1). 6 Kenyataan Media JPBN Bil 174/2020 4. PEMANTAUAN PEMATUHAN PKPP (10 JUN HINGGA 31 OGOS 2020) PDRM akan terus memperketatkan Garis Panduan (SOP) termasuk pemakaian topeng muka di tempat awam. Hari ini sebanyak 2,097 premis telah dipantau iaitu Pasaraya (268), Restoran (482), Kilang (13), Bank (167), Pejabat Kerajaan (104), Penjaja (61), Pasar Tani/Awam (106), Tempat Ibadah (62), Tempat Riadah (58), Tapak Pembinaan (15) dan lain-lain (761). Seramai 648 anggota pematuhan PKPP yang terdiri daripada PDRM (334), ATM (42), RELA (127), APM (90), PBT (39) dan Lain-lain agensi (16). 5. SEKATAN JALAN RAYA OP BENTENG Hari ini terdapat 6 sekatan jalan raya di 5 buah daerah bersempena dengan Op Benteng iaitu di Lundu (2), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1). Daripada 6 sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,764 jumlah kenderaan telah diperiksa. 7 Kenyataan Media JPBN Bil 174/2020 6. NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak leka dan terus kekal waspada. Pastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa. Antara nasihat yang sewajarnya dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian dengan mengamalkan SOP: S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP); O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan; P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter. Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives Jaga Sarawak Intu Sarawak SEKRETARIAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK 29 JULAI 2020 4.00 PETANG 8 Kenyataan Media JPBN Bil 174/2020 MAKLUMAT TAMBAHAN 1. LAPORAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK Kes Terdahulu 675 Kes sedang dirawat di hospital 93 13.74% Kes Baharu 2 Kes di Intensive Care Unit (ICU) 0 0.00% Kes yang memerlukan bantuan Jumlah Individu Disampel 64,293 pernafasan (intubated) 0 0.00% Kes Positif Keseluruhan 677 Jumlah kes kematian 19 2.81% IR per 100,000 penduduk 21.95 Kes telah sembuh dan discaj 565 83.46% Keputusan Makmal (PUI) Baru Kumulatif Baru Kumulatif Negatif 7 8,274 Patient Under Investigation (PUI) 9 8,954 Menunggu keputusan 2 3 Hospital Status Semasa SGH Kuching Hospital Sibu Hospital Bintulu Hospital Miri JUMLAH Sungai Buloh Kes sedang dirawat di hospital 88 0 4 0 1 93 Kes di Intensive Care Unit (ICU) 0 0 0 0 0 0 Kes yang memerlukan bantuan pernafasan (Intubated) 0 0 0 0 0 0 Jumlah kes kematian 17 0 0 2 0 19 Kes telah sembuh dan Baru 1 0 0 0 0 1 discaj Kumulatif 478 33 23 31 0 565 Jumlah Kumulatif kemasukan semula ke hospital (Re-tested Positive) 9 8 2 0 0 19 Sumber : CPRC, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak 9 Kenyataan Media JPBN Bil 174/2020 DAERAH MERAH (1) Patient Under Kes Jumlah kes yang Jumlah kes Kes Discaj Kematian Jumlah kes yang Investigation COVID-19 masih dalam tempatan yang No. Daerah dilaporkan dalam rawatan dilaporkan dalam Baru Kum. Baru Kum. Baru Kum. Baru Kum. tempoh 14 hari (Kes Aktif) tempoh 14 hari 1 Kuching 7 5,820 1 418 1 337 0 12 69 71 52 Jumlah 7 5820 1 418 1 337 0 12 69 71 52 DAERAH KUNING (4) Patient Under Kes Jumlah kes yang Jumlah kes Kes Discaj Kematian Jumlah kes yang Investigation COVID-19 masih dalam tempatan yang No.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages22 Page
-
File Size-