NIK AZIZ HALANG PAS SERTAI SEMULA BN (Bernama 30/07/1999)

NIK AZIZ HALANG PAS SERTAI SEMULA BN (Bernama 30/07/1999)

30 JUL 1999 Razaleigh-PAS NIK AZIZ HALANG PAS SERTAI SEMULA BN MACHANG, 30 Julai (Bernama) -- PAS pernah bersetuju menyertai semula Barisan Nasional bersama-sama tiga lagi parti pembangkang tetapi dibantah oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, demikian menurut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah. "Sebenarnya PAS ketika berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah bersama Parti Melayu Semangat 46, Berjasa dan Hamim pernah mencapai kata sepakat untuk menyertai semula BN bagi penyatuan Melayu dan Islam," katanya. Tengku Razaleigh, yang ketika itu Presiden Semangat 46, berkata ikhtiar beliau itu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak terlaksana kerana Nik Aziz "yang tidak mengetahui tujuan murni itu, mengecamnya tanpa usul periksa". "(Presiden PAS, Datuk) Fadzil Nor, untuk menjaga hati Nik Aziz, barangkali terpaksa membatalkan hasrat itu," katanya kepada pemberita selepas menerima borang permohonan menyertai Umno daripada 30 bekas anggota PAS di Kampung Pangkal Cuit di sini malam tadi. Tengku Razaleigh berkata PAS tidak boleh menafikan perkara itu kerana "rekod pakatan itu" masih dalam simpanannya. Angkatan Perpaduan Ummah merupakan satu pakatan tidak rasmi yang dibentuk bagi menentang BN pada pilihan raya umum 1990. Pada tahun itu, ia berjaya merampas pemerintahan negeri Kelantan daripada BN. Bagaimanapun, gabungan itu "terkubur" selepas Semangat 46 dibubarkan pada 1996. PAS kini membentuk pula pakatan dengan DAP, Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional untuk menghadapi pada pilihan raya umum akan datang. Tengku Razaleigh berkata beliau yakin gabungan itu tidak dapat menewaskan BN kerana ia tidak mendapat sokongan rakyat. Berdasarkan analisis terbaru oleh Umno, gabungan parti pembangkang itu hanya mendapat sokongan yang sedikit di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, katanya. -- BERNAMA WM MAI.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us