Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua

Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua

Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua Perutusan YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KULAI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Syukur kehadrat Allah S.W.T saya panjatkan dan tahniah serta penghargaan kepada sidang redaksi buku Laporan Tahunan 2019 ini kerana berjaya diterbitkan. Semoga kerjasama dan komitmen yang diberikan akan dapat dikekalkan serta dipertingkatkan setiap masa. Sebagai badan kerajaan yang dekat dengan masyarakat, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai dasar-dasar kerajaan dalam aspek pembangunan sosial dan juga ekonomi setempat demi kelangsungan dan kesejahteran hidup masyarakat. Untuk itu, MPKu sentiasa mengorak langkah meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat melalui sistem tadbir urus yang efisien, berintegriti dan mesra pelanggan. Hal tersebut sangatlah penting demi memberikan keyakinan kepada institusi kerajaan amnya dan MPKu khasnya. Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Majlis MPKu kerana sumbangan dan komitmen dalam kerjasama erat bagi menjayakan pelbagai program-program demi kepentingan masyarakat. Kepada warga kerja MPKu, perlu diingatkan untuk bekerja dengan penuh iltizam dan kreatif serta meningkatkan mutu kerja masing-masing supaya dapat menghasilkan kepuasan dan keselesaan kepada pembayar-pembayar cukai dan masyarakat amnya. Akhir kalam, saya ucapkan terima kasih dan semua warga MPKu yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti, program dan lain-lain yang berkaitan. Teruskan usaha dan tingkatkan dari masa ke semasa usaha murni tersebut. Kepada Allah kita bertawakal. LAPORAN TAHUNAN 2019 LAPORAN TAHUNAN HAJI MOHAMMED SHAKIB BIN HAJI ALI YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KULAI Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua Kata Alu-Aluan SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN KULAI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat dalam proses penerbitan Laporan Tahunan 2019 ini. Dikesempatan ini, saya ingin menzahirkan kegembiraan atas sokongan dan komitmen kepada semua anggota pekerja dan jabatan-jabatan serta unit-unit di Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) terhadap pelaksanaan program-program dan usaha mendepani keselesaan masyarakat. Sebagai agensi kerajaan yang dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat, maka pendekatan secara hikmah dan bijaksana sangatlah dituntut, supaya segala permasalahan dan aduan dapat diselesaikan dengan baik. Untuk itu, kita perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan modal insan agar dapat memberikan khidmat penyampaian yang terbaik. Keupayaan teknologi terkini dalam tadbir urus semasa haruslah juga dititikberatkan dan dipertingkatkan agar tidak ketinggalan dengan peredaran masa. Ini selaras dengan aspirasi negara ke arah teknologi digital dalam segala urusan. Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan maju jaya kepada semua jabatan- jabatan dan seluruh warga MPKu. Teruskan bekerja dalam pasukan dan tingkatkan imej MPKu keseluruhannya. InsyaAllah. Sekian HAJAH AZRA BINTI MOHAMED SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN KULAI MAJLIS PERBANDARAN KULAI ISI KANDUNGAN Misi, Visi, Wawasan dan Objektif 6 Konsep Logo 7 Lagu Rasmi 8 Nilai Teras Utama 9 Piagam Pelanggan 10 Carta Organisasi 11 Ahli Majlis Sesi 2019 12 Pengurusan Tertinggi, Ketua Jabatan, Bahagian & Unit 16 Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua LAPORAN JABATAN / BAHAGIAN DAN UNIT MPKu 2019 Jabatan KHIDMAT PENGURUSAN 19 • Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia 20 • Bahagian Penguatkuasaan 23 • Bahagian Teknologi Maklumat 30 Jabatan Kewangan 33 JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA 41 • Bahagian Penilaian 42 • Bahagian Pengurusan Harta 64 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN LANDSKAP 71 • Bahagian Perancangan Bandar 72 • Bahagian Landskap 76 Jabatan KEJURUTERAAN 81 • Bahagian Pembangunan 82 • Bahagian Kejuruteraan 91 JABATAN KESIHATAN AWAM 109 UNIT UNDANG-UNDANG 117 UNIT AUDIT DALAM 121 UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM 125 UNIT PUSAT Setempat (OSC) 141 UNIT PEROLEHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK 149 MISI, VISI, WAWASAN DAN OBJEKTIF MAJLIS PERBANDARAN KULAI MISI • Menuju ke arah sebuah pihak berkuasa tempatan yang dinamik dan efisien. • Memberikan perkhidmatan asas yang cemerlang dan terbaik. • Membuat dan melaksanakan perancangan yang teratur, berkualiti dan holistik. • Membina masyarakat penyayang, berilmu, berbudaya dan berdisplin. • Meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk selaras dengan dasar ekonomi negara. • Mengawal dan menguatkuasa perundangan serta kualiti alam sekitar. VISI Ke Arah Perbandaran Cemerlang dan Sejahtera. OBJEKTIF • Membangunkan Majlis Perbandaran Kulai sebagai pusat kegiatan ekonomi sosial dan pusat penempatan penduduk yang sempurna dan selesa. • Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam perniagaan, perdagangan dan perindustrian. WAWASAN Mewujudkan sebuah Majlis Perbandaran yang dinamik bagi memastikan tercapainya taraf kesejahteraan hidup sempurna, di samping meningkatkan taraf ekonomi yang bersesuaian dengan dasar ekonomi dan pembangunan negara. LAPORAN TAHUNAN 2019 LAPORAN TAHUNAN Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua KONSEP LOGO MAJLIS PERBANDARAN KULAI MAHKOTA Mengambarkan junjung taat setia rakyat Kulai kepada Raja dan Negara. GUNUNG Ia merujuk kepada “Gunung Pulai” yang merupakan simbolik kepada pusat pelancongan serta rekreasi bagi daerah Kulai. PERISAI Melambangkan kekuatan dan muafakat di kalangan Kakitangan MPKu. PAPAN LITAR ELEKTRONIK Ia merujuk kepada Kulai sebagai salah satu Hub ICT di dalam Wilayah Iskandar. PENDOKONG HARIMAU Penyokong yang memegang perisai pada jata menampilkan dua ekor harimau garang Tempuk dan Dengkis melambangkan kekuatan yang memegang keseluruhan organisasi. KAPAL TERBANG Simbolik kepada salah satu Hub Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebagai Pengangkutan Udara di selatan tanah air. TULISAN JAWI MPKU Menjelaskan komitmen majlis dalam memartabatkan bangsa dan wawasan negara. TAHUN PERBANDARAN Merupakan tahun “Majlis Daerah Kulai” dinaik taraf ke “Majlis Perbandaran Kulai”. BENDERA DAERAH KULAI Warna putih pada anak bulan dan bintang menandakan Raja yang Berdaulat. Simbol anak bulan dan bintang menunjukkan lambang Agama Islam yang menjadi agama rasmi Negeri Johor. Bendera rasmi REBEN MPKu bagi daerah Kulai. Reben melengkung berwarna biru dan cogan “Majlis Perbandaran Kulai” melambangkan sifat-sifat universal dan globalisasi yang menjadi tunggak pembangunan infrastruktur di dalam pentadbiran Majlis MAJLIS PERBANDARAN KULAI Perbandaran Kulai. LAGU RASMI CEMERLANG SEJAHTERA Merancang dan Membangun Prasarana Negara Menuju Cita-Cita Semua Kita Langkah Bersama Kesetiaan, Keadilan Kesejahteraan Semua Kebersihan, Keselesaan Menuju Puncak Wawasan Kita Kunci yang Utama Gemilang Negara Kebahagiaan dan Keharmonian Tuntutan Agama Ulang c/o c/o Perbandaran Cemerlang Cekap dan Bersih Sejahtera Semua Amanah serta Mesra Itulah Ia Misi Utama Memberikan Khidmat Kita Warga Berjaya Tanpa Batasan Masa Itulah Ia Misi Utama Majlis Perbandaran Kulai ... Dari Bandar dan Membawa Berjaya Ke Pelusuk Desa Setia Membantu dengan Tulus Tanpa Mengira Bangsa LAPORAN TAHUNAN 2019 LAPORAN TAHUNAN Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua NILAI TERAS UTAMA Kesiapsiagaan (Respontime) Penambahbaikan secara berterusan Ketekunan membawa kejayaan Menghargai masa Kesederhanaan Keseronokan bekerja Mengamalkan sikap baik hati Ketinggian peribadi Kewajipan menjalankan tugas Memberi teladan baik Kesabaran Kebijaksanaan Seronok mencipta yang baru Bakat digilap Berdisiplin RESPOND TIME NILAI TERAS UTAMA K.I.K PSB Kreatif & Inovatif Penambahbaikan Secara Berterusan MAJLIS PERBANDARAN KULAI PIAGAM PELANGGAN PIAGAM PELANGGAN Kami bersedia membantu dengan layanan mesra dan segera. Kami berusaha untuk membangunkan kemudahan serta persekitaran yang bersih, indah, dan nyaman. Kami akan menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan pelaksanaan dijalankan seadil-adilnya. Keputusan atas permohonan pelan-pelan bangunan dalam jangkamasa yang ditetapkan dengan syarat dokumen lengkap dikemukakan. i) Projek perumahan / kilang / rumah sesebuah - 1 Minggu ii) Membaiki rumah - 8 Minggu pusingan dua (2) minggu Memberi keputusan atas permohonan dalam jangkamasa yang ditetapkan dengan syarat dokumen lengkap dikemukakan. i) Pendaftaran pindahmilik harta - 8 minggu ii) Lesen perniagaan / iklan - 1 minggu Kami akan memberi perkhidmatan pembersihan dengan cekap dan berkesan dalam jangka masa waktu berikut: i) Pelupusan sampah dijalankan tiga (3) hari sekali ii) Pembersihan parit/ longkang dilaksanakan sepuluh (10) minggu sekali iii) Pemotongan rumput dilaksanakan satu pusingan dua (2) minggu Kami akan memberi perkhidmatan dalam jangkamasa berikut: i) Resit pengeluaran dalam masa 5 minit selepas bayaran dibuat bagi setiap urusan. ii) Bil cukai harta diserahkan pada atau sebelum 15 Januari dan 15 Julai setiap tahun. iii) Notis pembaharuan lesen diserahkan pada atau sebelum 31 Januari setiap tahun iv) Langkah pengawalan (fogging) diambil dalam tempoh 42 jam setelah menerima aduan. v) Mengambil tindakan dalam tempoh 42 jam bagi semua aduan awam. LAPORAN TAHUNAN 2019 LAPORAN TAHUNAN Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASIMAJLIS PERBANMAJLISDARAN PERBANDARAN KULAI KULAI YANG DIPERTUA AHLI MAJLIS SETIAUSAHA JABATAN JABATAN JABATAN KHIDMAT JABATAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN KESIHATAN AWAM DAN LANDSKAP KEJURUTERAAN PENGURUSAN HARTA BAHAGIAN

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    156 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us