Dr. 27.3.2003

Dr. 27.3.2003

DR. 27.3.2003 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Khamis, 27 Mac 2003 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Napsiah binti Omar [Kuala Pilah] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kementehan sedar Malaysia boleh dianggap sebagai negara maritim dan kerajaan sedang berusaha mewujudkan industri maritim, Berapakah wang yang telah dibelanjakan, apakah pencapaian kita masa kini dan bagaimanakah kita mengukur kejayaan ini. Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Dato1 Ir. Donald Lim Slang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan sedar bahawa dari segi definisi negara maritim ianya amat luas skopnya yang meliputi bukan sahaja pengangkutan maritim malah ianya mencakupt juga bidang keselamatan maritim atau maritime security dengan izin, di mana peranannya dilaksanakan oleh tentera laut dan juga oleh beberapa agensi penguatkuasaan yang lain seperti polis marin, jabatan perikanan, jabatan kastam dan jabatan imigresen. Walau bagaimanapun, memandangkan soalan ini ditujukan kepada Kementerian Pengangkutan maka penjelasan yang akan diberikan hanyalah tertumpu kepada sektor ekonomi yang berkaitan sahaja. Dalam hubungan ini, dari sudut kedudukan geografi yang di kelilingi oleh laut dan lebih daripada 95% kargo eksport dan import Malaysia diangkut melalui pengangkutan laut, maka Malaysia bolehlah dianggap sebagai sebuah negara maritim. Selaras dengan itu, kerajaan telah dan sedang mengambil beberapa langkah serta berusaha untuk memajukan lagi industri maritim. Ini jelas boleh dilihat dengan pembangunan agresif yang diambil seperti menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pusat pemunggahan negara dan pusat transshipment serantau dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai pusat transshipment antarabangsa, menubuhkan Tabung Perkapalan untuk membangunkan industri perkapalan dan juga menggalakkan industri pelancongan dan rekreasi laut dengan pembinaan marina untuk kemudahan kapal-kapal persiaran DR. 27.3.2003 2 di seluruh negara dan juga mewujudkan institusi penyelidik dan latihan seperti Institut Maritim Malaysia atau MIMA dan Akademi Laut Malaysia atau ALAM. Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Yang Ketujuh, sebanyak RM5.2 bilion telah dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di sektor maritim. Sementara dalam Rancangan Malaysia Kelapan bagi tahun 2001 dan 2002, sebanyak RM1.79 bilion telah dibelanjakan. Dengan itu, keseluruhan perbelanjaan dari tahun 1996 hingga 2002 adalah berjumlah RM6.99 bilion. Dari segi pencapaian di sektor pelabuhan, lebih banyak kargo telah dikendalikan melalui pelabuhan tempatan. Untuk tahun 2002, sebanyak 255 juta tan kargo telah dikendalikan berbanding dengan 190 juta tan pada tahun 2000, iaitu penambahan sebanyak 34%. Di sektor perkapalan pula, kapasiti kapal telah bertambah dahpada 6.6 juta gross registered tonne atau GRT pada tahun 2000 ke 7.4 juta gross registered tonne pada tahun 2002. Untuk meningkatkan keselamatan pelayaran dan mengurangkan risiko kemalangan kapal khususnya di Selat Melaka, Malaysia telah mengambil beberapa tindakan seperti memperkenalkan Skim Pemisah Trafik dan mengadakan peraturan bagi mengawal pergerakan trafik kapal. Skim dan peraturan ini telah diluluskan oleh badan antarabangsa maritim iaitu International Maritime Organisation atau IMO Kejayaan usaha kerajaan dalam sektor maritim boleh dilihat dari segi kedudukan pelabuhan dalam mengendalikan kontena di peringkat dunia. Untuk tahun 1995, kedudukan Pelabuhan Klang adalah tempat ke 27 dan untuk tahun 2002, Pelabuhan Klang telah menduduki tempat ke-11. Sementara untuk Pelabuhan Tanjung Pelepas, kedudukan pada tahun 2000 adalah tempat ke 108 tetapi telah meningkat ke-21 pada tahun 2002. Sekian. Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan. Sama ada di laut ataupun di darat, keselamatan pengangkutan dijaga oleh polis dan juga oleh navy kita atau Polis Diraja Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, awal minggu ini, pada 23 Mac, Polis Diraja Malaysia menyambut Hari Polis yang ke-196. Saya dan Ahli-ahli Parlimen BBC mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis [Tepuk] Kepada Polis negara dan seluruh anggota Polis Diraja di Malaysia. Syabas, tahniah dan terima kasih di atas khidmat bakti mereka [Tepuk] DR. 27.3.2003 3 Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, berapa ramai kah bumiputera ataupun syarikat bumiputera yang menceburkan diri atau melabur dalam bidang industri ini dan apakah program-program untuk menggalakkan bumiputera untuk bersama dalam industri maritim dan berapakah nilai perniagaan ini daripada kaum bumiputera. Terima kasih. Dato' Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kuala Pilah. Soalan pertama tidak berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan. Soalan yang kedua mengenai participation bumiputera di sektor maritim ini. Memang secara amnya kementerian mengikuti arahan Kerajaan Pusat supaya sekurang-kurangnya 30% business atau pengiibatan dalam perniagaan di sektor maritim ini tetapi angka yang spesifik saya tidak ada di sini, saya akan jawab secara bertulis kepada Ahti Yang Berhormat. Tuan Ramli bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan Setiausaha Parlimen, Kementerian Pengangkutan sebentar tadi ada menyebut tentang pembangunan Peiabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Saya tidak mendengar bagaimana perancangan kerajaan untuk membangun pelabuhan- pelabuhan di Pantai Timur misalnya di Kelantan, di Tumpat seperti yang telah diminta oleh kerajaan negeri. Juga saya tidak mendengar disebut oleh menteri berkenaan dengan pelabuhan di Sabah ataupun di Sarawak. Saya mahu tahu, setakat ini apakah ada perancangan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kelapan misalnya untuk membangun pelabuhan-pelabuhan di Pantai Timur ini, terutama sekali apabila kita cuba menghubungkan perdagangan dengan negara-negara Vietnam, negara Kampuchea dan Thailand supaya di Pantai Timur juga ada satu pelabuhan yang boleh menampung pengangkutan laut antara negara-negara tersebut. Minta penjelasan kalau boleh. Dato' Ir. Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat, memang kerajaan sedar ada permintaan dari sebuah syarikat untuk membina satu pelabuhan di kawasan Tumpat, memang permohonan itu di peringkat akhirlah kita akan memberi kelulusan tetapi kita ada syarat-syarat yang tertentu dan sekarang adalah di peringkat akhir. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Yang Berhormat kata tidak ada pelabuhan di Pantai Timur itu tidak benar, sebab kita ada Pelabuhan Kuantan, DR. 27.3.2003 4 Pelabuhan Kemaman dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pelabuhan- pelabuhan di East Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah di kawal selia oleh kerajaan negeri masing-masing, hanya Pelabuhan Bintulu dijaga oleh Kementerian Pengangkutan. Sekian. 2. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, bentuk kawalan yang dijalankan terhadap operasi siber kafe dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum kelulusan diberi. Tfmbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk M. Kayveas]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersekali dengan Pertanyaan Lisan daripada Yang Berhormat Larut pada hari ini memandangkan kedua-dua pertanyaan tersebut menyentuh isu yang sama. Tuan Yang dl-Pertua: Baiklah. Datuk M. Kayveas: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum apabila kerajaan mengeluarkan arahan, tidak ada sebarang penapisan dan kawalan terhadap internet, maka pihak berkuasa tempatan teiah tidak mengenakan apa jua bentuk kawalan terhadap internet Selaras dengan arahan ini, cyber cafe tidak dikategorikan sebagai aktiviti hiburan dan ianya tidak dilesenkan di bawah Enakmen Hiburan. Namun demikian PBT hanya akan mengenakan lesen ke atas premis bagi tempat ianya beroperasi, Sekiranya cyber cafe ini beroperasi bersekali dengan restoran makanan, PBT akan mengenakan lesen di bawah Undang-undang Kecil Establishment Makanan. Dalam hal ini, kerajaan amat sedar akan terdapat gejala yang tidak sihat berlaku di cyber cafe. Bagi menangani masalah ini, antaranya kerajaan tetah mengarahkan PBT supaya proses pengeluaran lesen premis bagi cyber cafe diperketat dengan memastikan kesesuaian lokasi serta mendapatkan ulasan daripada pihak polis serta jabatan bomba dan penyelamat dari segi keselamatan bangunan. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, PBT dan agensi penguat kuasa juga disarankan supaya meningkatkan pemeriksaan dan memantau secara berterusan DR. 27.3.2003 5 cyber cafe tersebut dan mengambil tindakan tegas sekiranya didapati mereka tidak mematuhi syarat yang ditetapkan dan tindakan boleh diambil seperti lesen premis mereka dibatalkan atau tidak diperbaharui. Terima kasih. Puan Fong Po Kuan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bila hendak buat serbuan di Malaysia kini tidak guna pula perkataan "tiada penapisan Internet' tetapi sekarang kata hendak jayakan ini *tiada penapisan kepada Internet' Pusat-pusat cyber cafe masa kini tumbuh seperti cendawan seolah-olah ia memberi perkhidmatan Internet Akan tetapi ia adalah perubahan rupa daripada mesin kuda, tempat perjudian kepada Internet di cyber cafe. Jadi, sekarang ini cyber cafe semua kebanyakannya telah menjadi pusat-pusat perjudian dan pelajar lebih gemar pergi ke pusat-pusat cyber cafe daripada ke sekolah. Jadi, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    123 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us