Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 45 Khamis 10 November 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 10) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 Jawatankuasa: Jadual: Maksud B.21 (Halaman 40) Maksud B.22 (Halaman 112) Maksud B.47 (Halaman 192) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Usul Anggaran Pembangunan 2017 Jawatankuasa: Maksud P.21 (Halaman 39) Maksud P.22 (Halaman 112) Maksud P.47 (Halaman 192) 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Khamis, 10 November 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah faedah-faedah yang boleh diperoleh oleh Malaysia dan rakyatnya daripada sudut pelaburan, perdagangan dan pekerjaan untuk rakyat di negara ini berikutan baru-baru ini, YAB Perdana Menteri telah membuat rombongan dagang ke negara China dan hasilnya lebih RM144 bilion pelaburan dari negara tersebut akan dilaburkan di Malaysia. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato’ Sri Mustapa Mohamed]: Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua , terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Yang pertamanya, saya nak maklum Dewan yang mulia ini bahawa Malaysia mempunyai hubungan yang rapat dengan negara China. Antaranya kerana Malaysia merupakan negara yang pertama dalam Asia yang mengiktiraf negara China. Dan kita menjalin hubungan diplomatik dengan negara China, dan pada tahun 2014 Perdana Menteri telah melawat negara China sempena ulang tahun ke-40 hubungan Malaysia dengan negara China. Dan pada waktu itu, kita membuat keputusan bahawa hubungan Malaysia China akan diangkat kepada tahap comprehensive strategic partnership, dengan izin. Lawatan Perdana Menteri ke negara China baru-baru dua minggu yang lalu telah menghasilkan banyak perjanjian dan beberapa persetujuan telah dicapai. Termasuklah beberapa perjanjian dipanggil peringkat G2G (Government to Government) dan juga B2B. Hari ini saya akan fokus kepada perjanjian B2B (Business to Business). Fokus soalan Langkawi ialah berkaitan RM144 bilion yang ditandatangani. Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, RM144 bilion ini ada tiga komponen: (i) komponen pelaburan; 2 (ii) komponen pinjaman mudah; dan (iii) komponen kerjasama. Salah satu daripada perjanjian MOU ditandatangani ialah kerjasama antara MATRADE di bawah MITI dengan Alibaba. Ini adalah satu perjanjian penting, kerana pada masa ini dalam platform Alibaba sudah ada 10,000 syarikat-syarikat PKS Malaysia yang tersenarai dalam platform Alibaba. Mungkin membolehkan syarikat-syarikat menembusi pasaran luar negara-negara. Jadi itu kerjasama, tidak ada nilai pelaburan. Kedua ialah pelaburan. Pelaburannya antaranya ialah perjanjian antara Sarawak dengan Hebei Xinwuan Steel Group melibatkan pelaburan USD2 bilion untuk melabur dalam sebuah syarikat besi di negeri Sarawak. Ketiga ialah mengenai pinjaman murah dan ini termasuk East Coast Rail Line yang lebih kurang RM50 bilion. Jadi faedah-faedah yang akan didapati umpamanya untuk kereta api dari Pelabuhan Klang ke Tumpat ini membuka kerana Pantai Timur ini kawasan yang kurang maju. Jadi ia membuka peluang pekerjaan dan sebahagian besarnya untuk freight untuk pengangkutan barang. Satu lagi projek umpamanya Melaka Gateway, juga akan membangunkan Melaka. Empat pulau akan di reclaim, akan diadakan empat pulau. Dijangka membawa peluang pekerjaan dan juga pelancongan. Jadi ia membawa faedah besar kepada negara Malaysia, pelaburan dan juga perdagangan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Langkawi. Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Dengan adanya projek-projek besar yang hebat ini, saya ingin bertanya kepada Kerajaan tidakkah ada rancangan kerajaan bagi memastikan berlakunya transfer technology secara sistematik daripada projek- projek yang diadakan itu. Adakah kerajaan dapat memastikan sebahagian besar daripada pekerja-pekerja teknikal dan hal management dalam pengurusan tertinggi syarikat itu dapat diberikan kepada rakyat Malaysia? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri. Dato’ Sri Mustapa Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Pertanyaan yang pertama transfer technology, yang kedua ialah pengurusan dan juga kerja-kerja teknikal. Transfer technology ini memang sesuatu perkara kita hasratkan. Kita mendapat pelaburan, projek-projek raksasa dari luar negara termasuklah sekarang ini pembinaan MRT1. Yang Berhormat Langkawi sedia maklum sebagai pakar kereta api sebab beliau pengerusi KTM. Sekarang ini dilaksanakan MRT1 fasa 1 umpamanya. Sebagai contoh kira-kira 50 peratus daripada nilai bajet ini adalah dilaksanakan oleh 3 syarikat bumiputera. Ini MRT1. Transfer technology ini penting umpamanya kereta api ini satu sistem telekomunikasi, sistem untuk memastikan tidak berlaku pelanggaran. Keduanya umpamanya untuk repair and maintenance. Banyak lagi perkara- perkara, rolling stock umpamanya, gerabak-gerabak kereta api. Jadi yang telah ditandatangani antara kedua-dua pihak dengan CCCC daripada China ini ialah satu framework agreement, rangka kasar. Jadi belum ada lagi satu agreement, belum ada lagi satu MOA. Jadi ini semua diperhalusi, jadi sudah pasti kerajaan akan mengambil kira pandangan Yang Berhormat Langkawi supaya dipastikan ada transfer technology. Kedua, soalan Yang Berhormat Langkawi berkaitan dengan pengurusan. Sudah pasti dalam perundingan kita, apa-apa yang kita lakukan Malaysia kita mahu supaya ada penyertaan yang munasabah syarikat dan juga rakyat Malaysia. Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini cuma rangka perjanjian framework, broad overall framework dengan izin. Ia akan diperhalusi oleh pihak-pihak berkenaan dalam tempoh terdekat. Sudah pasti pandangan-pandangan Yang Berhormat dalam Dewan ini akan diambil kira oleh kerajaan untuk memastikan Malaysia juga mendapat manfaat daripada pelaksanaan RM144 bilion projek-projek yang dilaksanakan melalui MOU yang di tandatangan di China kira-kira dua minggu yang lalu. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kota Bharu. ■1010 Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengemukakan satu soalan iaitu dalam konteks polisi pelaburan dan juga perdagangan negara sekarang ini dengan negara luar, sama ada China dengan negara-negara lain. Saya ingin tahu apakah pendirian kerajaan mengenai kedudukan perjanjian TPPA ekoran daripada perubahan pentadbiran Kerajaan Amerika Syarikat dengan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden yang kelihatannya tidak bersetuju dengan polisi Parti Demokrat sebelum ini. Dato’ Sri Mustapa Mohamed: Ini di luar kita punya izin Tuan Yang di-Pertua, saya jawab ya. Jadi mengikut kenyataan Presiden elect Donald Trump, sebelum ini memang keraslah, very harsh statement, dengan izin. Tetapi kita tahu bahawa beberapa pendirian beliau telah berubah umpamanya berkaitan orang-orang Islam memasuki negara Amerika Syarikat, berkaitan dengan Mexico, maknanya ada beberapa perubahan. Kalau kita baca kenyataan awal amat menakutkan tetapi hujung-hujung kita dapati bahawa dia kendur sikitlah. Jadi kita berharap ini juga akan berlaku kerana kita harus berpijak di bumi nyata. Bumi nyata ialah Amerika Syarikat ialah sebuah negara perdagangan, banyak melabur luar negara Amerika dan juga berdagang banyak negara bagi Malaysia. Amerika Syarikat merupakan rakan dagang yang ketiga terbesar. 4 Dasar Kerajaan Malaysia secara umumnya kita hendak berbaik dengan semua negara. Kita ada dasar ekonomi, dasar politik dan Amerika merupakan sebuah negara yang penting dalam sektor electrical, electronic umpamanya. Kalau pergi ke Kulim atau Pulau Pinang ke Shah Alam ke Johor, banyak syarikat Amerika terlibat dalam sektor electrical, electronic. First Solar umpamanya, di Kulim ialah sebuah syarikat yang terbesar berkenaan solar dalam dunia. Mempunyai pekerja empat hingga lima ribu orang, Amerika Sport keluarannya. Jadi ini pelaburan Amerika, contoh Western Digital di Pulau Pinang, beberapa syarikat Amerika, Intell sebagai contoh. Ini antara syarikat yang sudah pun kita jangka dasar mereka akan terus terbuka. Walaupun sudah pasti akan ada perubahan dasar. Tetapi pada pandangan saya, perubahan-perubahan ini tidaklah radikal dan kita rasa hubungan Malaysia dengan Amerika akan terus mantap. Mengenai TPP yang menjadi persoalan Yang Berhormat Kota Bahru, seperti yang saya sebut di luar Dewan semalam, sudah pasti kita kena buat dengan izin, stock taking. Kita dalam minggu depan Menteri-menteri APEC akan bertemu di Peru dan saya dijangka menghadiri mesyuarat tersebut juga dan salah satu agenda yang kita bincangkan ialah TPP. Kerana TPP ini, 12 buah negara daripada 21 negara APEC. Kami semua negara APEC dan kami akan bertemu. Jadi pada pandangan Malaysia, kita tidak berganjak pendirian kita, kita rasa TPP berfaedah secara keseluruhan untuk Malaysia, ada kos benefit tetapi keseluruhannya ada kos faedah, ada benefit. Jadi insya-Allah kita akan maklumkan Dewan ini bila tiba masanya. Terima kasih. 2. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berikutan insiden kemalangan maut di Bandar Baru Bukit Raja, Klang pada 4 November 2016 akibat daripada ancaman cerucuk besi di kawasan tapak pembinaan: (a) apakah punca

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    242 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us