FBMK 2017 65 IR.Pdf

FBMK 2017 65 IR.Pdf

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UNSUR TARBIAH DALAM NOVEL KOMSAS MAISARAH BINTI YAACOB FBMK 2017 65 UNSUR TARBIAH DALAM NOVEL KOMSAS UPM Oleh MAISARAH BINTI YAACOB COPYRIGHT © Tesis ini dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia, sebagai memenuhi keperluan untuk Doktor Falsafah Februari 2017 Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had teks, logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah hak cipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia. Hak cipta © Universiti Putra Malaysia UPM COPYRIGHT © DEDIKASI Bismillahirahmanirrahim, dengan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana Kudrat dan Iradat-Nya tugasan ini dapat diselesaikan, segala cabaran dan dugaan mematangkan diri yang seterusnya menyedari betapa kerdilnya diri berada dalam peta kehidupan yang nyata. Bersyukur dengan anugerah Allah S.W.T dengan kelapangan masa, kekuatan semangat serta kesihatan yang membolehkan tugasan ini dapat disiapkan. Jutaan terima kasih kepada setiap insan yang berada dalam ruang kehidupan ini, yang mana sentiasa memberi semangat dan inspirasi dalam pelbagai situasi suka dan duka, malam dan siang. Suami tercinta, anak-anak, menantu, saudara mara dan rakan-rakan yang setia merasai pantas dan perlahannya denyut nadi ini meneruskan tugasan dan kehidupan. UPM Simpulan semangat yang jitu daripada kawan-kawan seperjuangan, pensyarah pembimbing, pihak pemeriksa, pengurusan sekolah siswazah dan insan-insan yang sering mendoakan. Kekuatan yang sangat memberi makna semoga menjadi simpulan kenangan sepanjang hayat. Semua yang menyumbang tanpa mengharapkan balasan, agar menjadi bekalan sepanjang perjalanan di akhirat kelak. COPYRIGHT © Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan ijazah Doktor Falsafah. UNSUR TARBIAH DALAM NOVEL KOMSAS Oleh MAISARAH BINTI YAACOB Februari 2017 Pengerusi : Kamariah binti Kamarudin, PhD Fakulti : Bahasa Moden dan Komunikasi Kajian ini dilakukan untuk meneliti unsur tarbiah yang terkandung dalam novel KOMSAS berdasarkan tujuh prinsip dalam Teori Takmilah. SehubunganUPM itu, kajian akan menganalisis 19 buah novel yang telah diguna pakai dalam sistem pendidikan mengikut ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia. Novel tersebut digunakan seluruh negara mengikut zon tertentu pada tahun 2010 sehingga tahun 2016 yang mana empat novel bagi tingkatan satu, empat novel untuk tingkatan dua, tiga novel untuk tingkatan tiga, empat novel untuk tingkatan empat dan empat novel untuk tingkatan lima. Objektif kajian adalah mengenal pasti unsur-unsur tarbiah dalam novel KOMSAS, menganalisis unsur-unsur tersebut, dan merumuskan unsur tarbiah dalam novel KOMSAS berdasarkan Teori Takmilah dari segi kesejajarannya. Justeru, analisis terhadap 19 novel tersebut dilaksanakan mengikut sembilan unsur tarbiah dan terbahagi kepada dua aspek utama iaitu Hubungan Manusia dengan Allah (Habl’ min Allah) dan Hubungan Manusia dengan Manusia (Habl’ min al-Nas) seperti yang digariskan dalam Teori Takmilah. Melalui pembahagian ini dapat dilihat unsur tarbiah dipecahkan pula mengikut tujuh prinsip Teori Takmilah iaitu Ketuhanan di bawah konsep Hubungan Manusia dengan Allah (Habl’ min Allah), manakala Kerasulan, Keislaman, Keilmuan, Karya, Pengkarya dan Khalayak di bawah konsep Hubungan Manusia dengan Manusia (Habl’ min al-Nas). Didapati, prinsip Ketuhanan diwakili unsur Taat dan Takut Allah serta Reda, prinsip Kerasulan diwakili unsur Kepimpinan dan Kemaafan, prinsip Keislaman mewakili unsur Cinta Pada Alam, prinsip Keilmuan mewakili unsur Ilmu Dalam Kesusasteraan, prinsip Karya mewakili unsur Kreativiti, prinsip Pengkarya mewakili unsur Optimis dan prinsip Khalayak mewakili unsur Bersungguh-sungguh. Sehubungan itu, hasil daripada kajian menunjukkan bahawa unsur tarbiah paling dominan dalam teks KOMSASCOPYRIGHT adalah; bersungguh-sungguh, diikuti unsur reda dengan ketentuan Allah SWT, ketiga unsur kemaafan, keempat unsur taat dan takut kepada Allah SWT, kreativiti, dan optimis. Seterusnya bilangan kelima unsur kepimpinan, cinta kepada alam dan bilangan keenam adalah ilmu dalam sastera. Novel Melunas Rindu © menepati pelbagai kriteria yang dikaji dan merupakan satu-satunya novel yang memenuhi enam prinsip dalam Teori Takmilah, iaitu prinsip ketuhanan, kenabian, Islam, estetika, pengkarya dan khalayak. Kesimpulannya setiap novel mempunyai sekurang-kurangnya satu unsur tarbiah yang dianalisis. i Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirements for the degree of Doctor of Philosophy ELEMENTS OF TARBIAH IN NOVEL KOMSAS By MAISARAH BINTI YAACOB February 2017 Chairman : Kamariah binti Kamarudin, PhD Faculty : Modern Language and Communication This study was conducted to examine the tarbiah elements contained inUPM KOMSAS novel based on seven principles of Takmilah Theory. Hence, the study will analyze 19 novels that have been adopted in the education system as set by the Ministry of Education Malaysia. The novels used throughout the country in a particular zone in year 2010 until 2016, where four novels for form one, four novels for form two, three novels for form three and four novels for form four and four novels for form five. The objective of the study is to identify the tarbiah elements in KOMSAS novel, to analyze the elements, and to formulate the elements of KOMSAS novel based on the Takmilah Theory in terms of consonance. Thus, the analysis of the 19 novels were carried out according to the nine elements of tarbiah and are divided into two main aspects namely Human Relationship with Allah (Habl 'min Allah) and Human Relationship with Human (Habl' min al-Nas) as outlined in Theory Takmilah. Through this division can be seen that the tarbiah element is broken down according to the seven principles of Takmilah Theory namely Divinity under the concept of Human Relationship with God (Habl 'min Allah), while Prophecy, Islam, Knowledge, Work, Author and Audience under the concept of Human Relationship with Man ( Habl 'min al-Nas). It is found that the principle of Divinity is represented by the Obedience and Fear of Allah and Reda, Apostolic principle represented by the elements of Leadership and Forgiveness, the principle of Islam representing the element of Love of Nature, the principle of Science representing the element of Science in Literature, the principle of Work representing the Creativity element, the principle of Creation represents the Optimist element and principle Audience represents the Realm of the elements. Hence, the result of the study shows that the most dominant element in the KOMSAS text is; persevere , followed by the element reda with the provisions of Allah SWT, the third is the element of forgiveness, the fourth is element of obedience and the fear of Allah SWT, creativity, and optimism. Next is the fifth element leadership, the love of nature and the sixth is the science of literature. The Melunas RinduCOPYRIGHT novel meets the various criteria reviewed and is the only novel that fulfills the six principles of Takmilah Theory, namely the principle of divinity, prophecy, Islam, aesthetics, authors and audiences. In conclusion each novel has at least one tarbiah’s element that is © analyzed. ii PENGHARGAAN Segala puji-pujian bagi Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan taufik dan hidayah-Nya telah memberi kekuatan dan keyakinan kepada pengkaji untuk menyiapkan tesis ini. Pelbagai halangan menjadi penyuntik semangat untuk terus bangun dan meneruskan perjuangan. Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penyelia tesis Prof. Madya Dr. Hajah Kamariah binti Kamarudin yang sentiasa optimis memberi bimbingan dan tunjuk ajar, begitu juga Prof. Madya Dr. Mohd Zariat bin Abdul Rani dan Dr. Hajah Samsina binti Hj Abd. Rahman. Ahli jawatankuasa peperiksaan tesis, pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang sentiasa berlapang dada membimbing dan mencurahkan ilmu. UPM Seterusnya buat suami dan keluarga tersayang, rakan-rakan di IPG, rakan-rakan akrab yang sentiasa merasa setiap detik suka dan duka langkah diatur. Rakan-rakan yang sanggup memerah tenaga dan usaha dalam menyokong dan membantu menyelesaikan tugasan ini. Rakan-rakan yang membantu secara langsung atau tidak langsung, segala budi baik kalian menjadi kenangan yang abadi. Akhirnya semoga kajian ini memberi input kepada sesiapa yang berkenaan dan memperkayakan khazanah sastera berunsur Islam dalam kalangan remaja kini. Wassalam Maisarah binti Yaacob Bandar Bukit Mahkota, Bangi 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan September 2017 COPYRIGHT © iii UPM COPYRIGHT © Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut: Kamariah binti Kamarudin, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Mohd. Zariat bin Abdul Rani, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli) Samsina binti Abdul Rahman, PhD Profesor Madya UPM Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli) ____________________________ ROBIAH BINTI YUNUS, PhD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah COPYRIGHTUniversiti Putra Malaysia

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    62 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us