Kajian Terhadap Gambaran Jenis Senjata Orang Melayu Dalam Manuskrip Tuhfat Al-Nafis

Kajian Terhadap Gambaran Jenis Senjata Orang Melayu Dalam Manuskrip Tuhfat Al-Nafis

BAB 1 PENGENALAN ______________________________________________________________________ 1.1 Latar Belakang Masalah Kajian 1.1.1 Peperangan Dunia seringkali diancam dengan pergaduhan dan peperangan, sama ada peperangan antarabangsa, negara, agama, etnik, suku kaum, bahkan wujud juga peperangan yang berlaku antara anak-beranak dan kaum keluarga. Perang yang di maksudkan adalah satu pertempuran ataupun dalam erti kata lain merupakan perjuangan (jihad). Kenyataan ini turut di perakui oleh Sun Tzu dalam karyanya yang menyatakan bahawa peperangan itu adalah urusan negara yang penting untuk menentukan kelangsungan hidup atau kemusnahan sesebuah negara, maka setiap jenis peperangan itu perlu diselidiki terlebih dahulu matlamatnya.1 Di samping itu, perang juga sering dianggap oleh sekalian manusia bahawa ia merupakan satu perbalahan yang melibatkan penggunaan senjata sehingga mampu mengancam nyawa antara sesama umat manusia.2 Ini menunjukkan bahawa penggunaan senjata merupakan elemen penting dalam sebuah peperangan. Perang merupakan salah satu daripada kegiatan manusia kerana ia meliputi pelbagai sudut kehidupan. Peredaran zaman serta berkembangnya sesebuah tamadun telah menuntut seluruh daya upaya manusia untuk berjuang mempertahankan negara terutamanya dalam peperangan. Ini kerana pada masa kini perang merupakan satu 1 Saputra, Lyndon, (2002), Sun Tzu the Art of Warfare, Batam : Lucky Publisher, hlmn 8 2 Kamus Dewan Bahasa (Edisi Keempat), (2007), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka , hlmn 1178 masalah yang sangat besar, rumit dalam sebuah kehidupan, bangsa dan negara. Bahkan Tun Dr. Mahathir Muhammad juga ada mengemukakan pandangannya bahawa kecekapan dan kebijaksanaan seseorang mampu membunuh pihak lawannya dan seharusnya pada masa kini manusia perlu memahami bahawa peperangan itu merupakan satu jenayah, malah ia akan memberi satu implikasi yang amat dahsyat. Masyarakat juga perlu tahu bahawa perang masa kini tidak lagi hanya bergantung kepada pihak tentera untuk menentang musuh, bahkan ia melibatkan orang awam untuk bersama- sama memperjuangkan hak.3 Oleh itu, peperangan perlu dibanteras daripada kehidupan manusia dan jika perang itu digunakan sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah, maka sudah pasti dunia bukan lagi tempat untuk mencari keamanan dan manusia akan terus hidup dalam kegelapan. Agenda politik lazimnya menjadi punca utama dalam tercetusnya peperangan. Bahkan mampu menentukan tahap peperangan yang akan dilaksanakan4untuk memastikan kepentingan sesetengah pihak itu dicapai. Perang juga dijadikan sebagai salah satu cara untuk memadamkan kemampuan pihak musuh secara keseluruhan. Oleh itu, untuk memastikan matlamat itu tercapai perlu kepada beberapa elemen yang dikira amat penting dan perlu dititikberatkan. Antaranya seperti penglibatan individu dan institusi yang terlatih, berbekalkan senjata dan perkapalan yang mantap serta strategi yang terancang. Akan tetapi, jika tujuan perang itu bersifat lebih sempit, maka secara tidak langsung seluruh tindakan perang itu akan memusnahkan diri sendiri.5 Ini kerana semangat perjuangan dalam peperangan itu merupakan satu azam untuk berjuang bermati-matian. 3 Wan Rosli Abd Majid, Norhanizah Ismail, (2006), “Harapan Bagi Keamanan Dunia” dalam Majalah Kefahaman Islam VISI, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Hlmn 39 4 Clausewitz, Carl von, (1976), On War , ed., Michael Howard and Peter Paret, jil. 3, Princeton : Princeton University Press. 5 Clausewitz turut menyatakan pandangan beliau berhubungkait dengan peperangan. Lihat Soeharto , Nyoman Mastra, (1982) Capita Selecta Masalah Pertahanan, Jakarta : Alumni Sekolah Tinggi Teknologi TNI, hlmn 64 . 2 Sementara dari konteks Islam pula, sesungguhnya pertelingkahan, peperangan tidak digalakkan sama sekali dalam agama Islam, malah lslam menyeru kepada keamanan, keselamatan di antara sesama manusia sejak dari zaman Adam sehingga akhir usia dunia. Sebagaimana dalam Firman Allah yang bermaksud : “Janganlah kamu bercerai-berai sebab kamu akan lemah dan lenyaplah kekuatan”. Surah al-Anfal (8) : 46 Ini menunjukkan bahawa dalam Islam sama sekali tidak berminat untuk bertempur dan semestinya apabila timbul sesuatu masalah yang meruncing, pasti ada jalan yang terbaik untuk berdamai, sama ada dengan bermusyawarah atau seumpamanya. Biarpun sedemikian, adakalanya dalam Islam turut memerlukan kepada peperangan, pertelingkahan untuk menjaga dasar-dasar perdamaian, persaudaraan yang diajarkan oleh Allah swt supaya dapat bersatu padu dan jangan sampai wujudnya kekeliruan dan penganiayaan terhadap orang lain.6 Tambahan itu, jika dilihat perang itu dari sudut pandangan Islam, perang dianggap sebagai satu jihad iaitu jihad melawan musuh untuk menentang segala kerosakan, kekufuran dan kezaliman.7 Malah, perlu difahami jihad itu bukan semata-mata untuk melawan musuh akan tetapi untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan hidup untuk merealisasikan keEsaan kepada Allah, di samping mempertahankan keadilan, kebenaran dan hak di sisi Allah swt. Melihat kepada konteks sejarah pula, elemen pertempuran, pertahanan dan keselamatan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengannya. Buktinya sesebuah tamadun itu mampu bertahan dengan kukuh melalui peperangan. Begitu juga dengan 6 Syed Ahmad Semat, (1987), Cerita Peperangan dan Perdamaian dalam Zaman Nabi Muhammad s.a.w, Singapura : Penerbitan Pustaka Nasional Pte Ltd, hlmn 127 7 Md. Akhir Yaacob, (1996), Kaedah Jihad dan Perlaksanaannya, Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar, hlmn 1 3 senjata, peranannya sangat jelas apabila dikaitkan dengan perang. Hal ini selari dengan pengertiannya yang bermaksud peralatan yang direka khas dengan tujuan utama untuk mempertahankan diri dari serangan musuh atau menyerang musuh, malah sebagai peralatan dalam kehidupan seharian.8 Realitinya perang sering disebut sebagai alasan kemunduran serta kemerosotan negara dan dianggap sebagai faktor negatif dalam perkembangan masyarakat. Namun jika diteliti, peperangan juga merupakan satu unsur kemakmuran negara melalui tahap perkembangan teknologi dalam penciptaan senjata. Ini jelas dapat digambarkan melalui keperluan alat senjata, perkapalan tersebut bagi sesebuah negara yang memerlukannya sekiranya menghadapi pertempuran. Sememangnya kemunduran itu akan dapat disaksikan pada negara yang mengalami peperangan tapi dalam masa yang sama, ia membantu negara jiran untuk memperolehi keuntungan serta manfaat daripada penjualan senjata, perahu, sampan dan sebagainya untuk memenuhi tuntutan negara lain ketika menghadapi peperangan. Misalnya di Riau, dapat dikenal pasti wujudnya penciptaan bedil secara sendiri. “... Apabila gaduh dikatakan sahaja haluan penjajab itu supaya lekas membantu, dan ubat bedil pun membuat sendiri berkoyan-koyan. Maka lalu sendawa-sendawa di dalam Riau, demikian lagi peluru-peluru membuat juga...” 9 Memandangkan dalam kehidupan sering dihantui dengan fenomena perang sejak zaman berzaman, malah banyak pula dicatatkan dalam teks-teks sejarah Melayu lama. Maka adalah lebih baik dan amat berguna sekiranya penyelidik cuba membuat satu kajian yang baru tentang gambaran siri peperangan yang nyata wujud dalam mana- mana teks sejarah, misalnya Tuhfat al-Nafis. Berbeza dengan kebanyakkan penulisan yang lebih menekankan tentang peperangan yang melibatkan campurtangan kuasa 8 Hanizah bt. Jonoh, Mohd Fauzi bin Sukimi, Abdul Jabar Mohd Ridi (1997), Senjata-Senjata di Zaman Kesultanan Melayu Johor, Johor : Yayasan Warisan Johor dan Bosshouse Sdn Bhd, hlmn 19 9 Virgina Matheson Hooker (ed), (1998), Karya Agung : Tuhfat al-Nafis (f.168), Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn 179 4 Eropah, misalnya perang dunia dan sebagainya. Hal ini kerana teks sejarah merupakan salah satu sumber kajian yang amat menarik jika dihayati dan difahami, bahkan sesuai dijadikan sumber rujukan terutamanya dalam mengkaji alam Melayu. Teks Tuhfat al-Nafis adalah salah satu sumber sejarah yang kompleks, canggih dan boleh dipercayai berbanding dengan karya-karya lain yang ditulis sebelum abad kedua puluh. Karya Raja Ali Haji Ahmad ini juga dikenali sebagai Encyclopedia of Malaya Life kerana banyak memaparkan tentang perihal kehidupan manusia, terutamanya hal-hal yang berkisarkan tentang peristiwa perang yang berlaku di antara orang Melayu umumnya, dan orang Bugis khasnya. Teks ini didapati menggunakan tarikh yang tepat dan sumber rujukan tertentu untuk menghasilkan teks ini.10Terdapat lebih daripada sepuluh buah peristiwa perang yang dicatatkan dalam teks, maka disebabkan itu penyelidik menjadikan teks tersebut sebagai bahan utama untuk menjalankan analisis berkaitan dengan subjek perang yang bertajuk “Peperangan dalam Historiografi Johor : Kajian terhadap Karya Tuhfat al-Nafis”. 1.1.2 Tuhfat al-Nafis. Tuhfat al-Nafis (Hadiah yang berharga) merupakan salah satu daripada karya Melayu klasik yang sering mendapat perhatian dan dikaji oleh segenap lapisan masyarakat. Hal ini terbukti apabila wujudnya pelbagai kajian lapangan, bahan rujukan yang telah diterbitkan oleh para cendiakawan, ilmuan, mahasiswa sendiri untuk mendedahkan keistimewaan yang terdapat pada karya tersebut. Walau bagaimanapun, perang yang merupakan satu subjek penting dalam memastikan kewujudan dan kekuatan sesebuah negara, jarang sekali dikaji oleh segenap lapisan masyarakat berdasarkan kepada teks-teks tersebut. Malah, subjek perang seringkali dikaji 10 Mohd Yusof Ibrahim, Mahayudin Yahaya, (1988), Sejarawan dan Pensejarahan, hlmn 250 5 berasaskan kepada sumber sejarah barat, antaranya dari sumber koleksi John Bastone yang banyak memaparkan tentang senjata,

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    269 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us