KONSEP MODAL INSAN RABBANI MENURUT AL-QURAN: ANALISIS PEMIKIRAN SA‘ID HAWWA DALAM AL-ASAS FI AL-TAFSIR MUHAMAD ALIHANAFIAH BIN NORASIDMalaya of AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA UniversityKUALA LUMPUR 2016 KONSEP MODAL INSAN RABBANI MENURUT AL-QURAN: ANALISIS PEMIKIRAN SA‘ID HAWWA DALAM AL-ASAS FI AL-TAFSIR MUHAMAD ALIHANAFIAH BIN NORASID Malaya of TESIS INI DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UniversityUNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2016 ABSTRAK Kajian ini membincangkan konsep modal insan rabbani menurut al-Qur’an serta menganalisis pemikiran modal insan rabbani Sa‘id Hawwa dalam karya al-Asas fi al- Tafsir. Konsep modal insan perspektif al-Qur’an dirungkai dengan mencermati komponen modal insan yang terdiri daripada jasmani dan rohani, manakala elemen rohani terdiri daripada unsur fitrah, ‘aql, qalb, ruh, dan nafs. Selanjutnya, definisi “rabbani” perspektif al-Qur’an diteliti secara analisis tematik. Gandingan konsep modal insan dengan terminologi “rabbani” memperlihatkan konsep rabbani menjadi ukuran nilai yang merealisasikan pembangunan modal insan secara holistik. Kajian ini memilih Sa‘id Hawwa sebagai subjek penyelidikan kerana beliau adalah tokoh murabbi ummah yang sarat menyalurkan idea-idea pembangunan modal insan rabbani secara kritis dalam karya-karya beliau. Kajian kualitatif ini menggunakanMalaya metode dokumentasi, metode historis, metode temu bual, dan metode eksplorasi sebagai metode pengumpulan data. Manakala metode induktif, metode deduktif,of metode komparatif, dan metode analisis teks diguna pakai sebagai metode analisis data. Menyingkap pemikiran Sa‘id Hawwa, hasil analisis mendapati, terdapat tiga komponen teras pembangunan sewajarnya dibangunkan bagi melahirkan modal insan rabbani iaitu penerapan keilmuan rabbani, pengukuhan tarbiah rabbani, dan pembangunan dakwah rabbani. Ketiga-tiga komponen modal insan rabbani gagasan Sa‘id Hawwa distruktur berdasarkan nas-nas al-Qur’an yang mengandungi kalimah “rabbani”. Gagasan pembangunan modal insan rabbani beliauUniversity dilihat berupaya membangunkan modal insan secara holistik dan seimbang. Sa‘id Hawwa turut meletakkan institusi masjid sebagai wahana utama pembangunan modal insan rabbani dengan mengembangkan fungsi masjid sebagai hab pendidikan yang memiliki sukatan kurikulum pengajian Islam yang bersepadu, pusat tarbiah rohani, dan institusi pengkaderan pendakwah. iii ABSTRACT This study discusses the concept of rabbani human capital according to the Qur'an and analyses the rabbani human capital idea of Sa‘id Hawwa in the work of al-Asas fi al- Tafsir. The concept of human capital from Qur’anic perspective is expounded by examining the human capital component which consists of body and soul, while the spiritual features comprise of fitrah, ‘aql, qalb, ruh and nafs. Additionally the definition of “rabbani” from Quranic perspective is analysed thematically. The combination of the concept of human capital with the term “rabbani” shows that the concept of “rabbani” is the value indicator in actualising human capital development in a holistic manner. This study selected Sa‘id Hawwa as its subject because he was a murabbi figure who critically conveyed ideas of rabbani human capital development in his works. This qualitative study applied the documentationMalaya method, historical method, interview method, and exploration methodof as methods of data collection, whereas the inductive method, deductive method, comparative method, and text analysis method were adopted for data analysis. The analysis found that there are three core components of development that should be developed to produce rabbani human capital, which are the application of rabbani knowledge, strengthening rabbani tarbiyah, and the development of rabbani dakwa. The three components of rabbani human capital as envisioned by Sa‘id Hawwa were structured on the texts of the Qur’an that contain the wordUniversity “rabbani”. The idea of rabbani human capital development is seen as capable of developing a holistic and balanced human capital. Sa‘id Hawwa also placed the mosque institution as the main medium for the development of rabbani human capital by expanding its function as an education hub, with integrated Islamic curriculum, centre of spiritual tarbiyah and institution for dakwa training. iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya keseluruhannya. Setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepada Ilahi, kerana dengan izin-Nya, kajian ini berjaya disempurnakan sebagai koleksi penyelidikan kutub khanah. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia yang dikasihi, Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah, atas kesungguhan beliau menjalankan penyeliaan, mencurahkan idea dan nasihat, sehingga kajian ini dapat disiapkan dengan jayanya. Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah yang saya kenali, sentiasa memberikan solusi yang terbaik dalam setiap cabaran yang timbul saat kajian ini sedang disiapkan. Beliau tidak hanya bertindak sebagai penyelia, malah beliau adalah murabbi yang mesra, menyemai adab terhadap anak didiknya dengan keseniannya yang tersendiri. Sekalung penghargaan juga ditujukan buat seluruh pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith atas sokongan yang diberikan, iaitu Dr. Monika @ Munirah bt. Abd Razzak selaku Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Haji MohdMalaya Yusoff merangkap Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, Prof. Madya Dr. Ishak Suliaman, Dr. Faisal Ahmad Shah, Dr. Khadher Ahmad, Dr. Sedek Ariffin, Dr. Thabet Abu al-Haj, dan lain-lain.of Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih dititipkan kepada staf Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Puan Norlina yang sentiasa terbuka menghulurkan bantuan dalam melengkapkan segala keperluan bagi memudahkan urusan pengajian ini berjalan lancar. Semoga Allah S.W.T mengurniakan keberkatan dan limpahan rahmat-Nya kepada kita semua. Penulis turut merakamkan jutaan penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), khususnya kepada Pengarah APIUM Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Haji Mohd Yusoff yang telah banyak mempermudahkan urusan penulis. Jutaan penghargaan juga ditujukan kepada Bahagian Ijazah Tinggi APIUM, yang telah membantu penulis menyempurnakan tesis ini. Termasuk juga pihak pentadbiran Universiti Malaya dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), yang telah menaja biasiswa bagi kemudahan pengajian. Tidak lupa juga kepada tokoh-tokoh penting yang sangat membantu dalam meUniversitynyempurnakan kajian ini khususnya kepada anak-anak Almarhum Syeikh Sa‘id Hawwa, Dr. Mu‘adh Sa‘id Hawwa, Dr. Muhammad Sa‘id Hawwa, dan Dr. Ahmad Sa‘id Hawwa. Termasuk juga Syeikh Dr. Salah al-Khalidi, Syeikh Prof. Dr. ‘Abd al- Malik al-Sa‘di, Prof. Dr. Shihhadah ‘Amri, Prof. Dr. Sharaf Qudah, Syeikh Shu‘ayb al- Arna’ut, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan lain-lain yang telah banyak membekalkan butir-butir hikmah dan himmah agar terus menggali khazanah ilmu tanpa kenal erti penat dan jemu. Penghargaan yang tulus juga ditujukan buat seluruh pengurusan perpustakaan yang menjadi tempat rujukan penulis seperti Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Pengajian Islam Universiti Malaya, Perpustakaan Peringatana Za’ba Universiti Malaya, Perpustakaan Utama Universiti v Islam Antarabangsa Malaysia, Perpustakaan Utama Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan World Islamic Science University (WISE) dan Perpustakaan Universiti Urduniyyah, Jordan, Perpustakaan Negara, dan Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Ucapan sejambak kasih dan sayang terhadap seluruh ahli keluarga tercinta iaitu ummi; Jamilah Idris, abah; Es Norasid Mohamed Yasin, ibu mertua; Hashnah Md. Rejab dan ayah mertua; Abdul Rahim Abdul Hamid. Penulis menyedari, saat melihat kejayaan si anak, si ibu jualah yang paling gembira tidak terkata, mekar hatinya. Siapa lagi kalau bukan ummi. Kutitipkan sekalung doa mawaddah buatmu ummi, abah, mak dan ayah, agar kalian bahagia di dunia akhirat… Penghargaan yang tulus teristimewa buat isteri tercinta, Nor Siti Hashima Abdul Rahim yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada perjuangan menimba ilmu. Tidak hanya sekadar melayani gelagat suami dan anak-anak, beliaulah insan yang paling memahami kondisi, yang tidak putus- putus memberikan perangsang, mendoakan kejayaan, serta berkorban masa dan tenaga, sehingga kajian ini dapat disempurnakan. Buat anak-anak, Es Nurul Misykah al-‘Ulya, Es Nurun Nusrah al-Nuha, dan Es Muhammad Fawwas al-Imtiyaz, saat abi berasa lelah dan penat, keceriaan kalianlah mengisi hati abi bersama-sama girang bergurau senda menjadi penyejuk mata hati. Tidak lupa juga kepada adik-beradik, kalianlah menjadi pencetus momentum ke arah menyempurnakan kajian ini, agar kajian ini menjadi suntikan motivasi kepada kalian untuk terus menimba ilmu hingga ke mercu tertinggi. Kepada rakan-rakan pengajian yang gigih berusaha, saling bekerjasama, sentiasa berkongsi ilmu dan kemahiran, berkongsi suka dan duka dalam institusi tarbiah APIUM sepanjang menyiapkan tesis ini, segunung apresiasi diluncurkan kepada semua, bermula daripada Dr. Muhammad Arif Yahya, Dr. HasrulMalaya Shuhari, Dr. Amiratul Munirah Yahaya, Dr. Khairul Naim Che’ Nordin, Dr. Mohd. Sobri Ellias, Dr. Selamat Amir, Ustaz Hasbullah Salim, Ustaz Shahril Nizam Zulkifli, Ustaz Mohd. Aizul Yaakob, Ustaz Faiz bin Fadzil, Ustaz Saufil Hadi (pembaikiof
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages466 Page
-
File Size-