Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom

Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 1 DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM Buku ini diberikan PERCUMA kepada anda: i) Saya mohon kepada anda, selepas membaca Ebook ini, anda dapat menyebarkan Ebook ini kepada orang lain melalui Facebook anda JIKA ANDA BERPUAS HATI DENGAN KUALITI BUKU INI. ---------------------------------------------------------- Salin & Tampal ke Facebook Anda Ayat Selepas Ini ----------------------------------------------------------- Saya baru sahaja muat turun Ebook Percuma, "Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom". Ebook ini mengisahkan pengalaman hidup seorang anak kampong yang kurang cemerlang dalam pelajarannya di sekolah rendah, kemudian bangkit semula dan terus berusaha sehingga akhirnya beliau menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom. Ebook ini ditulis dalam bentuk cerita. Penceritaan dari kehidupan penulis di sekolah rendah, kemudian ke SMKA Al Mashoor (L) sebelum ke MRSM Taiping. Kemudian penulis menceritakan kehidupan beliau semasa belajar di Kolej Mara Banting sebelum ke United Kingdom. Ebook ini setebal 68 muka surat dan boleh di download secara PERCUMA. Kalau anda berminat muat turun, anda boleh dapatkannya di : www.pelajarcemerlang.com Semoga bermanfaat. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Itu Sahaja Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Mendapakan Ebook Hebat Ini Secara PERCUMA !!!! ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Buku ini HALAL CETAK ROMPAK. Anda boleh sebarkan EBOOK ini kepada sahabat dan saudara mara anda yang lain, semoga semakin ramai yang mendapat manfaat daripadanya. Namun, anda tidak boleh menukar sebarang perkataan dalam Ebook ini untuk tujuan penghasilan Ebook lain seumpama ini. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 2 DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM Buku Ini Saya Dedikasikan Khas Kepada Kedua Ibu Bapa Saya, Tuan Haji Mat Saad Bin Hassan Dan Hajjah Hasenah Binti Embi, Isteri Saya Yang Tercinta Kam Maria Binti Abdul Mutalib, Anak-Anak Saya Yang Dikasihi, Muhammad Farees & Muhammad Fateh Serta Semua Guru Yang Pernah Mendidik Saya Sejak Saya Kecil Sehinggalah Saya Dewasa. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 3 DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM ISI KANDUNGAN CATATAN PENGARANG .......................................................................................... 7 MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI ........................................................................... 9 BAB 1 : LATAR BELAKANG KELUARGA .................................................................. 15 BAB 2 : MENITI ALAM PERSEKOLAHAN ................................................................ 20 BAB 3 : TURNING POINT DI SMKA AL-MASHOOR ................................................ 22 BAB 4 : MRSM TAIPING - SENTIASA DI HATIKU ................................................... 29 BAB 5 : KOLEJ MARA BANTING – PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA....................... 32 BAB 6 : SEINDAH SALJU DI BUMI SHEFFIELD ........................................................ 38 BAB 7 : JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN ............................................... 44 BAB 8 : KOMITMEN TERHADAP PELAJARAN ........................................................ 49 PENUTUP .............................................................................................................. 51 Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 4 DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM CATATAN PENGARANG Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan rahmatnya, saya dapat menyiapkan 3 buah buku secara serentak iaitu Buku Pertama ‘Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom’, Buku Kedua ‘Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang’ dan Buku Ketiga ‘Rahsia Pelajar Luar Biasa’. Buku-buku ini saya dedikasikan khas buat anak-anak saya yang masih kecil, Muhammad Farees dan Muhammad Fateh. Saya mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan bagi menulis buku ini. Saya bukanlah insan yang layak untuk menulis semua perkongsian ini. Masih ramai lagi di luar sana yang jauh lebih hebat dan lebih berjaya daripada saya dalam pelajaran mereka. Namun, saya rasakan pengalaman saya ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana yang masih bergelar pelajar. Semasa saya menulis buku ini, saya berusia 32 tahun. Saya perlu menggunakan ruang dan kesempatan yang diberikan Allah ini untuk berkongsi dengan para pembaca segala pengalaman yang telah saya lalui sepanjang kehidupan saya bergelar pelajar. Apa yang saya tulis di dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sepenuhnya. Kisah bagaimana saya belajar daripada saya kecil sehinggalah saya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kemudian pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai seorang jurutera, dan kini menjadi seorang usahawan yang berjaya. Apa yang lebih penting, melalui buku ini saya kongsikan bagaimana saya belajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang menurut perspektif yang diajar Islam. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 5 DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM Saya rasa, pengalaman ini perlu diabadikan di dalam buku ini agar anda semua dapat mengetahui bahawa bukan mudah untuk berjaya dalam pelajaran. Ia perlu dibayar dengan harga yang mahal. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Akhir sekali, saya berharap agar satu hari nanti, akan ada di kalangan anda yang membaca buku ini akan menjadi seorang pelajar yang berjaya, yang dihormati, yang disegani dan yang lebih penting menjadi seorang insan yang bertakwa. Selamat membaca, semoga ia terus memberi manfaat kepada anda semua. Saya doakan anda semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Wassalam. Mohd Firdaus Bin Mat Saad Parit Buntar, Perak 6 Jun 2013 / 27 Rejab 1434H www.mariafirdaus.com.my Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 6 DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI Alhamdulillah, saya amat bersyukur kepada Allah atas semua kejayaan yang saya kecapi sepanjang kehidupan saya bergelar seorang pelajar. Di mana sahaja saya belajar, saya selalu menjadi antara pelajar yang ‘terkehadapan’. Sepanjang kehidupan bergelar pelajar, terlalu banyak pengalaman pahit manis yang telah saya lalui. Saya pernah jatuh, kemudian saya bangun semula. Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras saya, saya berjaya dan terus berjaya. Selepas itu, saya terus mengorak langkah untuk maju ke hadapan. Saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya sudah tahu rahsia bagaimana untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya, saya hanya amalkan apa yang saya tahu. Keputusannya, amat memberangsangkan. Alhamdulillah, hari ini saya sudah pun berjaya. Namun, di lubuk hati saya, saya terasa ‘berdosa’. Ini kerana guru saya ada memberitahu, ‘berdosa’ jika saya mempunyai sesuatu atau tahu sesuatu perkara yang baik, tapi saya simpan seorang diri. Saya rasa bersalah. Saya tidak pernah berkongsi segala pengalaman yang saya miliki ini dengan orang lain. Mengapa saya hanya berjaya seorang diri? Apa salahnya kalau saya sudah berjaya, lepas itu saya bantu lahirkan 1000 lagi orang yang berjaya seperti saya? Banyak pahalanya tu! Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 7 DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET Saya rasakan, jika saya berkongsi pengalaman saya, tentu orang lain boleh tahu macam mana mahu berjaya dengan lebih mudah. Jadi, tentu lebih baik jika kejayaan yang telah saya kecapi itu menjadi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama berjaya. Pada masa yang sama, saya ada terdengar ceramah yang disampaikan oleh Prof Muhaya di IKIM FM berkaitan ‘Pencen Kubur’. Hidup di dunia ini, saya perlu selalu ‘memberi’. Segala ilmu yang saya beri dan kemudian diamalkan oleh orang lain, ia akan menjadi ‘pencen kubur’ saya ‘di sana’ nanti. Selepas itu, terdetiklah di hati saya untuk mula berkongsi pengalaman bagaimana saya menjadi seorang pelajar yang cemerlang dahulu. Saya perlu berkongsi. Saya perlu ajarkan ilmu ini kepada orang lain. Saya tidak boleh berlengah lagi, saya mesti sebarkan ilmu ini. Saya sedar dalam hidup ini, saya perlu banyak memberi. Lagi banyak saya beri, lagi banyak yang saya akan dapat. Insya Allah. INISIATIF SENDIRI Saya mula berhubung kembali dengan guru-guru yang pernah mengajar saya ketika belajar di MRSM dahulu. Saya memaklumkan kepada mereka yang saya mahu memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar. Saya mahu berkongsi dengan mereka rahsia bagaimana saya berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah, guru-guru yang pernah mengajar saya dahulu menerima tawaran saya ini dengan hati yang terbuka. Saya mula memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah. Kemudian, saya mula menerima jemputan daripada sekolah di sekitar Parit Buntar. Saya mula berkongsi rahsia kejayaan saya dengan para pelajar di MRSM Taiping dan MRSM Kepala Batas. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 8 DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM Guru-guru dan para pelajar yang mendengar ceramah motivasi saya memberikan maklumbalas yang positif dan berasa teruja dengan cara penyampaian saya. Sebenarnya saya lebih banyak berkongsi pengalaman sebenar sebagai pelajar. Apa yang pernah saya lakukan dahulu semasa belajar.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    10 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us