Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara

Bil. 7 Isnin 3 September 2018 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N MENGANGKAT SUMPAH SEORANG AHLI (Halaman 1) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA Mengalu-alukan Pelantikan Seorang Ahli Baharu (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) USUL-USUL: Usul Menteri – Melantik Jawatankuasa Pemilih di Bawah P.M 70 (Halaman 23) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Halaman 24) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018 DN 3.12.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Dilantik) 5. “ Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik) 6. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram 7. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan) 8. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Dilantik) 9. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik) 10. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik) 11. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor) 12. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu) 13. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin (Dilantik) 14. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik) 15. “ Datuk Haji Husain bin Awang (Terengganu) 16. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 17. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 18. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim (Dilantik) 19. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik) 20. “ Datuk John Ambrose (Dilantik) 21. “ Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis) 22. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik) 23. “ Tuan Khairul Azwan bin Harun (Dilantik) 24. “ Datuk Lee Tian Sing (Dilantik) 25. “ Tuan Liew Chin Tong [Timbalan Menteri Pertahanan] 26. “ Datuk Lim Pay Hen (Dilantik) 27. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah) 28. “ Tuan Haji Marzuki bin Yahya [Timbalan Menteri Luar Negeri] 29. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin (Dilantik) 30. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik) 31. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor) ii DN 3.12.2018 32. Yang Berhormat Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin [Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi] 33. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah (Kedah) 34. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa (Kelantan) 35. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (Dilantik) 36. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 37. “ Dr. Nuing Jeluing (Dilantik) 38. “ Dato’Ong Chong Swen (Dilantik) 39. “ Datuk Paul Igai (Dilantik) 40. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik) 41. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik) 42. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik) 43. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 44. “ Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad [Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan] 45. “ Puan Hajah Sabani binti Mat [Perlis] 46. “ Datuk Sambathan A/L Manickam (Dilantik) 47. “ Puan Siti Fatimah binti Yahya (Pahang) 48. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik) 49. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Dilantik) 50. “ Dato’Sri Ti Lian Ker (Pahang) 51. “ Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy [Menteri Di Jabatan Perdana Menteri] 52. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik) 53. “ Datuk Ir. Yong Wui Chung (Dilantik) 54. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor) 55. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak) DN 3.12.2018 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman Setiausaha Dewan Negara Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Siti Norlina binti Ahmad Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan Sherliza Maya binti Talkah Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad Herdawati binti Mohd Amir Abbu Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim Mohd Salleh bin Ak Atoh Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Hizamihatim Maggisa bin Juarah DN 3.12.2018 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Isnin, 3 September 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] MENGANGKAT SUMPAH SEORANG AHLI Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah: LANTIKAN BAHARU 1. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Husam bin Musa [Upacara Mengangkat Sumpah tamat] PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA MENGALU-ALUKAN PELANTIKAN SEORANG AHLI BAHARU Tuan Yang di-Pertua: Selamat sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pelantikan seorang lagi Ahli baharu yang merupakan lantikan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 45(1)(b), Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Husam bin Musa... [Tepuk] Seperti mana yang kita semua sedia maklum, demokrasi merupakan konsep yang indah yang perlu dibina atas sifat keperibadian yang tinggi disertai dengan pemikiran yang terbuka serta rasional. Adalah menjadi harapan saya, agar Ahli Yang Berhormat akan mematuhi ikrar taat setia seperti mana yang dilafazkan sebentar tadi, terutamanya kepada prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara yang menekankan antara lain Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta keperibadian mulia yang menjiwai amalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. 2 DN 3.12.2018 Selanjutnya saya percaya bahawa pelantikan Ahli Yang Berhormat pada pagi ini sebagai Ahli Dewan Negara akan membantu ke arah memperkasakan imej Parlimen Malaysia kita sebagai sebuah institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di persada antarabangsa. Akhir sekali, saya mendoakan agar Ahli Yang Berhormat akan sentiasa mendukung visi rakyat ke arah membina sebuah negara yang maju dan progresif dalam semua aspek pembangunan. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr. Mohd. Nor bin Haji Monutty. Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Mohd. Nor Monutty pagi ini di Dewan Undangan Negeri Selangor perasmian bersama dengan Senator Mohan. Soalan yang dibawa ialah soalan pertama. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, jikalau Ahli-ahli Yang Berhormat ini tidak dapat hadir ke Dewan dan ingin mengemukakan soalan melalui seorang Ahli Yang Berhormat yang lain, kena tulis kepada saya. Silakan Yang Berhormat Menteri. 1. Tuan Ismail bin Yusop [Di Bawah P.M. 23(2)] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah ada perancangan merombak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) supaya setara dengan institusi antarabangsa seperti British Council di UK dan Goethe-Institut di Jerman. Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi Robil-a’lamin, wabihinastain. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman isu berkaitan memperkasakan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka ataupun ringkasannya DBP pernah dijawab semasa sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 31 Julai 2018. Cadangan merombak DBP supaya setara dengan institusi antarabangsa juga ada disebutkan sewaktu penggulungan tersebut. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia buat masa ini akan meneruskan beberapa usaha yang sedia ada dalam usaha memperhebatkan pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI), Pelan Strategik Memartabatkan Bahasa Melayu 2016-2025 dan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu di universiti awam 2015-2020. ■1010 KPM juga sedang merangka pelan yang komprehensif untuk terus menggandakan usaha bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. KPM juga komited untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa popular di peringkat serantau dan juga di peringkat global. Selaras dengan itu, DBP ataupun melalui DBP, kementerian akan melancarkan Dekad Bahasa Kebangsaan yang akan melakarkan pelan komprehensif untuk mendaulatkan Bahasa Melayu di peringkat kebangsaan, dan juga mempromosi serta memperkasakan Bahasa Melayu di peringkat serantau dan di persada dunia. Dalam tempoh lima tahun ini kerajaan akan terus memperkasakan DBP dan memberikannya peranan yang lebih proaktif setaraf dengan pusat-pusat lain dan institusi bahasa yang dimiliki oleh negara-negara maju dan akan berusaha menjadikan DBP setaraf dengan British Council, Goethe-Institut di Jerman dan Nippon Institute milik Jepun. Antara langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut: DN 3.12.2018 3 (i) mengkaji semula Akta DBP bagi membolehkan DBP beroperasi setara dengan fungsi organisasi antarabangsa; (ii) mengantarabangsakan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan mewujudkan pejabat atau cawangan di lokasi-lokasi terpilih dan strategik di luar negara bagi melaksanakan fungsi penyebaran bahasa dan budaya Melayu di luar negara; (iii) pemerkasaan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    127 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us