
Monday, March 2, 2009 Alter Terahsia Bangsa Melayu BHG 1 Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi? Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan. Selamat Membaca. -M.O ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU "...sent them away from his son Isaac to the land of the east." (Genesis 25:6 New International Version) Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan. Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia. Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian. Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey. Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini. Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma. Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya). Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain. Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya. "Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih". "Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda." Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins, "Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas- tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah". "Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar- benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian keluar berjalan- jalan di sepanjang pantai". Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut. Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s. Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo- Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Persoalannya, "Siapakah Keturah ini?" Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata, "Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini" (Kisah Nabi Musa) Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza- bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri- isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages713 Page
-
File Size-