Abstract Book MPI 2021

Abstract Book MPI 2021

1 |MPI ‘21 Sekapur Sirih Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh, Syukur kepada Allah SWT atas keizinanNya kita berjaya menganjurkan kali ke-lima Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2021 (MPI ‘21). Seperti tahun-tahun sebelumnya, penganjuran MPI ‘21 pada kali ini juga menerusi kerjasama kesepunyaan dan keserakanan antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Kolej Universiti TATI (UC TATI). Sekalung syabas dan tahniah kepada seluruh Pengurusan Tertinggi Universiti dan Ahli Jawatankuasa Kerja MPI ‘21, para peserta pertandingan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas usaha dan kerjasama dalam memastikan penganjuran MPI ‘21 berjalan lancar. Saya berharap agar MPI ‘21 akan terus menjadi platform untuk memberi pendedahan dan pengiktirafan kepada penyelidik yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk terbaik. Saya juga amat menghargai sumbangan dan penglibatan bersama rakan-rakan industri dalam menyokong usaha- usaha penyelidikan dan inovasi seterusnya mengangkat produk terbaik untuk dikomersilkan bagi manfaat UMT sejagat. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan MPI ‘21 terutamaya kepada barisan jawatankuasa, penaja, peserta dan seluruh pihak yang terlibat. Selamat Maju Jaya untuk MPI 2021! Professor Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu 2 |MPI ‘21 Sekapur Sirih Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t. yang telah mengizinkan Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2021 (MPI ‘21), diadakan buat kesekian kalinya. Tahun ini merupakan tahun ke-5 MPI direalisasikan dengan kerjasama yang semakin erat antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kolej Universiti TATI (UC TATI). Penganjuran MPI edisi ke-5 ini mencatat sejarah buat julung kalinya apabila MPI 2021 dilaksanakan secara maya dengan kolaborasi yang semakin utuh demi menjayakan acara tahunan yang sangat membuahkan begitu banyak manfaat khususnya dalam mencungkil dan meggilap serta membawa ke hadapan produk-produk inovasi dari kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi termasuklah institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta. Syukur, alhamdulillah. Justeru itu, atas kejayaan ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran MPI 2021. Dengan tema tahun ini ‘Penyatuan Minda Kreatif dan Kritis Dalam Memacu Inovasi Teknologi Terkini’, saya berharap MPI akan sentiasa menjadi medan terbaik dalam memberi ruang dan peluang kepada para penyelidik dan pelajar untuk menzahirkan idea-idea inovasi kepada produk bermanfaat untuk masyarakat terutama dalam membantu meningkatkan taraf hidup komuniti setempat dan dunia secara global. Akhir kalam, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta MPI ‘21 dan sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bekerja keras bagi menjayakan program ini. Semoga penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan terus memberi manfaat besar kepada kesejahteraan sejagat. Profesor Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 3 |MPI ‘21 Sekapur Sirih REKTOR Kolej Universiti TATI (UC TATI) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita laksanakan Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2021 secara maya yang kolaborasi antara tiga buah univeristi UMT, UniSZA dan UC TATI yang bertemakan ‘Penyatuan Minda Kreatif dan Kritis Dalam Memacu Inovasi Teknologi Terkini’. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa MPI UMT, UniSZA dan UC TATI. Sebanyak 405 jumlah penyertaan dari UMT sebanyak 144, UniSZA sebanyak 173, UC TATI sebanyak 39 dan lain – lain sebanyak 48 penyertaan. Ini membuktikan jenama MPI telah dikenali oleh penyelidik di seluruh negara. Dengan tema tahun ini ‘Penyatuan Minda Kreatif dan Kritis Dalam Memacu Inovasi Teknologi Terkini’, MPI kali ini berharap mampu menjadi medan kepada para penyelidik dan pelajar untuk menzahirkan idea- idea inovasi kepada produk bermanfaat untuk kesejahteraan sejagat. MPI juga diharap menjadi platform kepada produk-produk penyelidikan dan inovasi untuk diketengahkan kepada pemain industri bagi tujuan pengkomersilan seterusnya menjadikan universiti lebih manpan dan berdaya maju. Saya melihat MPI 2021 mampu menjadi platform yang terbaik bagi mengetengahkan kesarjanaan para penyelidik dan pelajar dalam bidang kepakaran masing-masing. Ia juga membuka ruang kepada para penyelidik membina jaringan dengan pemain industri dan komuniti seterusnya mengkomersilkan produk untuk manfaat masyarakat. Saya mendoakan agar MPI ‘21 akan terus menjadi platform untuk memberi pendedahan dan pengiktirafan kepada penyelidik yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk terbaik. Saya juga amat menghargai sumbangan dan penglibatan bersama rakan-rakan industri dalam menyokong usaha-usaha penyelidikan dan inovasi seterusnya mengangkat produk terbaik untuk dikomersilkan bagi manfaat sejagat. Akhir kata, sekalung penghargaan saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa MPI UMT, UniSZA dan UC TATI. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Profesor Dr. Anuar bin Ahmad Rektor Kolej Universiti TATI (UC TATI) 4 |MPI ‘21 Sekapur Sirih Pengarah Program MPI 2021 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan Selamat Sejahtera Bersyukur ke hadrat Illahi kerana izinnya saya dapat menitipkan kata – kata buku program Minggu Penyelidikan Inovasi 2021. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) dan TATI University College (UC TATI). Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengiktirafan kepada penyelidik dan kumpulan pelajar yang telah menghasilkan produk kreatif dan inovatif yang cemerlang bagi meningkatkan keberkesananperlaksanaan penyelidikan. Penganjuran MPI ‘21 turut menerima penyertaan yang amat memberansangkan dari beberapa Universiti Awam (UA), agensi swasta dan sekolah sekitar Terengganu. Pemilihan panel-panel pertandingan juga disaring mengikut kepakaran dan kategori produk yang dipertandingkan. Saya percaya penerapan inovasi dalam kalangan penyelidik dan pelajar amat penting dalam melahirkan warga berfikiran kreatif serta mampu menjana idea-idea yang akan memberi impak positif kepada universiti, masyarakat serta negara. Saya berharap negara kita akan dapat melahirkan generasi muda beretika, mahir dan cekap dalam pelbagai kerjaya, berfikiran kreatif dan inovatif, tegasa dan efektif dalam kepimpinan dan membuat keputusan serta bersifat patriotik terhadap negara. Akhir kata, saya mengharapkan penganjuran ini dapat meningkatkan itizam dan inspriasi kepada semua terlibat khususnya penyelidik dalam menghasilkan produk inovasi yang memberi manfaat kepada umat sejagat. Kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa kerja MPI ‘21, yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Mudah-mudahan usaha anda ini mendapat keberkatan di sisi Allah SWT. Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang mengambil bahagian dalam MPI ‘21. Prof. Madya Ts. Dr. Mustafa Man Pengarah Program MPI2021 Universiti Malaysia Terengganu 5 |MPI ‘21 SENARAI PRODUK MPI 2021 Indeks Muka surat Cluster A: Environment & Renewable Energy 7-45 Cluster B: Agriculture & Aquaculture 46-60 Cluster C: Industrial Design, Building Engineering & Architecture 60-64 Cluster D: Disaster Management 65-69 Cluster E: Education, Community Development & Social Innovation 70-185 Cluster F: Health, Medical, Pharmaceutical, Food & Supplement 184-219 Cluster G: Digital Era, Data Analytics & Automation Revolution 220-238 Cluster H: Manufacturing Technologies, Food Processing & 239-259 Mechanization Cluster I: Automobile, Aeroneutical & Maritime Technology 260-266 6 |MPI ‘21 Cluster A Environment & Renewable Energy 7 |MPI ‘21 Kategori: IPT- Staf/ Pasca Siswazah/Pra Siswazah Institusi/Sekolah : UMT ID : MPI001 Nama Produk : Monitoring Platform for SARS-CoV-2 Virus Airborne Particles and Particulate Matters (PM) on Surface and Air Contamination in Healthcare Facilities In Malaysia Penyelidik : Dr. Samsuri Bin Abdullah Associate Prof. Ts. Dr. Nazri Che Dom Associate Prof. Ts Dr. Mohd Shukri Bin Mohd Aris Siti Khamisah Binti Saijan Dr. Ali Najah Ahmed Amalina Abu Mansor Professor Dr. Marzuki Bin Ismail Abstrak produk/ inovasi : Healthcare facilities could transmit virus to the occupants through particulate matter (PM), including SARS-CoV-2 virus in recent coronavirus disease 2019 (COVID-19) outbreak. Therefore, the efficiency of the existing Mechanical, Ventilation and Air Conditioning (MVAC) system at the healthcare facilities in Malaysia in controlling the distribution of particulate matters (PM) and virus will be evaluated. An efficient MVAC system at the healthcare facilities will promote healthy well-being for the occupants (medium-term impact) and will ensure sustainability of the building for the Ummah at large (long-term impact). We hope this study will help in reducing the virus transmission at the healthcare facilities. Institusi/Sekolah : UMT ID : MPI003 Nama Produk : FLEXA 2.0 : Evolutions in Anion Receptors

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    266 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us