e-BULETIN UTMSPACE EDISI 41 / 2016

Hari Bertemu Pelanggan Dan Informasi telah diadakan pada 18 Disember 2016 di bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur bersempena dengan Pendaftaran Terbuka bagi Program Pengajian Sarjana Muda Separuh Masa UTM, Pengambilan Februari 2016.

HARI BERTEMU PELANGGAN & INFORMASI UTMSPACE 18 DISEMBER 2016

Objektif program ini dijalankan adalah :

I. Mempromosikan program UTMSPACE dan Kolej SPACE

II. Mengeratkan silarturrahim antara staf UTMSPACE dengan pelanggan

III. Mendapatkan maklum balas pelanggan bagi penambahbaikkan mutu perkhidmatan

IV. Meningkatkan pelanggan FB UTMSPACE HARI BERTEMU PELANGGAN & INFORMASI UTMSPACE JULAI 2016

Program ini bermula dari jam 9 pg hingga 4 ptg. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan program menarik minat pelanggan ke kaunter. Seramai 300 orang pelanggan telah melawat kaunter-kaunter yang disediakan seperti kaunter promosi yang menawarkan produk-produk UTMSPACE. FB UTMSPACE berjaya meningkatkan likers baru seramai 50 orang pelanggan.

Hari yang sama juga telah diadakan program Hari Informasi di UTMSPACE Bahru, Pulau Pinang dan Kuching bagi mempromosi program-program UTMSPACE kepada pelanggan. Program ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang bagi mendapatkan maklum balas pelanggan untuk penambahbaikan perkhidmatan UTMSPACE. Terima kasih kepada semua pelanggan yang hadir. JELAJAH JOHOR UTMSPACE 2016

UTMSPACE sekali lagi telah mengadakan siri Jelajah Johor UTMSPACE buat kali ke tiga di mana siri jelajah ini telah bermula pada 19 hingga 22 Disember. Skuad Mesra UTMSPACE telah berlepas daripada ibupejabat UTMSPACE di , tepat pada jam 9.00 pagi dan destinasi pertama ditujui adalah ke .

Pada hari pertama dan kedua siri jelajah kali ini, Skuad Mesra UTMSPACE telah ke daerah Kota Tinggi, dan Johor Bahru. Manakala pada hari ketiga dan keempat, Skuad Mesra UTMSPACE telah memulakan penjelajahan daripada daerah , Ledang , dan Muar.

Selain daripada bandar-bandar utama di daerah negeri Johor, siri Jelajah Johor kali ini memilih pendekatan yang berbeza daripada siri-sirinya yang terdahulu, di mana mereka telah memasuki ke daerah-daerah pedalaman di negeri Johor.

Antara daerah-daerah yang dijejaki adalah seperti , Bandar Penawar dan Sedeli di Kota Tinggi. di Mersing. Ulu , dan Simpang di Kluang. , , dan di Segamat. Di Muar pula, Skuad Mesra UTMSPACE telah menjelajah ke , dan . Manakala di Batu Pahat, daerah Bagan, , dan Senggarang telah dijejaki. Di Pontian pula, Skuad telah ke daerah Api-Api, Kayu Ara Pasong dan Pekan Nenas.

Perjalan selama empat hari telah yang melebihi 500km telah dipenuhi dengan aktiviti seperti penerangan kepada umum terutama sekali kepada Warga Johor Tentang UTMSPACE dan program- program yang ditawarkan khususnya untuk pengambilan pengajian separuh masa ambilan Feb 2017. Cenderahati UTMSPACE turut diagih agihkan kepada pengunjung. PERLAWANAN PERSAHABATAN BOWLING BERSAMA KELAB MEDIA JOHOR DAN PELAJAR PSM UTMSPACE 2016

Pada 3 September 2016, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa UTMSPACE, buat julung-julung kali telah mengambil inisiatif dengan membuka kaunter pendaftaran MUET bagi pelajar-pelajar baharu di Majlis Aluan dan Pendaftaran Mahasiswa Baharu Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi Pengambilan September 2016 yang bertempat di Perpustakaan Raja Zarith Sofia UTM Johor Bahru,

Kaunter ini dibuka bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang belum menduduki peperiksaan MUET dan mengenal pasti tahap kelayakan mereka yang telah menduduki peperiksaan. Sama ada mereka memenuhi syarat kemasukan ke fakulti yang memerlukan pelajar memperolehi minimum Band 2.

Pendaftaran MUET telah berjalan lancar dengan menyaksikan seramai 179 pelajar yang belum pernah menduduki MUET dan 115 pelajar yang telah menduduki MUET tetapi sijil telah tamat tempoh sah laku dan perlu menduduki semula peperiksaan. Maklumat terkini akan disalurkan kepada pelajar yang telah mendaftar untuk sesi pendaftaran peperiksaan MUET bagi sesi Mac 2017 dan juga untuk Seminar Intensif MUET yang akan dijalankan tidak lama lagi. MAJLIS ANUGERAH DEKAN & HADIAH UTMSPACE

Pada 21 Oktober 2016, telah berlangsungnya Majlis Anugerah Dekan & Hadiah UTMSPACE bersempena dengan Konvokesyen UTM ke-57 dengan jayanya. Dalam Majlis tersebut, seramai 47 orang graduan Diploma dan Sarjana Muda, telah diraikan di atas kejayaan mereka dengan mencapai PNGK tertinggi dalam keseluruhan keputusan yang diperolehi.

Majlis telah disempurnakan oleh Prof. Ir. Dr.Mohd Azraai Bin Kassim, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE disertai oleh Dekan UTMSPACE Prof. Dr. Mohd Fua’ad Bin Hj. Rahmat, ahli pengurusan UTMSPACE, pengurus program luar dan ahli keluarga graduan yang diraikan.

Dalam majlis yang sama, UTMSPACE telah menyediakan anugerah Khas UTMSPACE kepada pasangan adik beradik dan pasangan suami isteri yang menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang. Terdapat juga anugerah Khas Kategori Veteran yang dianugerahkan kepada Encik Kamaruddin Bin Mohamad yang berusia 53 dengan memperolehi Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik).

Manakala Cik Siti Hajar Binti Ahmad yang berasal daripada Johor Bahru yang bertugas sebagai seorang guru telah berjaya menerima tiga anugerah iaitu Anugerah Dekan, Hadiah Akademik dan Anugerah Khas Kategori Adik Beradik UTMSPACE. Dengan memperolehi PNGK 3.51, beliau merupakan calon graduan tunggal yang menerima anugerah seperti itu.

UTMSPACE mengucapkan tahniah kepada yang telah berjaya.

STAF BERKAHWIN

PUSAT/ TARIKH BIL NAMA LOKASI BAHAGIAN PERKAHWINAN

1. NAZATULSHIMA BINTI KHASHIRAN PPSM JB 10 DISEMBER 2016

2. IZWAYDA BINTI MD. NOOR PPSM JB 24 DISEMBER 2016

STAF MENERIMA CAHAYA MATA

PUSAT/ BIL NAMA LOKASI JANTINA BAHAGIAN LELAKI 1. MOHD FAIROS BIN NAWAWI BPE JB 11 DISEMBER 2016

Editor | MOHAMAD FAHMI B. AMAT EASAN Grafik | MARIA BINTI AHMAD Fotografi | SYED MUHAMMAD HILMI BIN SYED YAHYA SIDANG RIDAKSI