NO SOALAN :493

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT,

DARI PAD A : Y.B. TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA (BATU) PERTANYAAN : BERTULIS

Y.B. TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA [ BATU ] minta

MENTERI KEWANGAN menyatakan untung dan rugi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi tempoh lima tahun yang lalu.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan untung dan rugi

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi tempoh lima tahun yang · lalu adalah seperti berikut: Tahun rmlah Untungl R~i) sebelum cuka1 R ]uta) 2012 (273.9) 2013 (137.8) 2014 (57.1) 2015 (245.1) I 2016 12.0

Nata:

i. jumlah keuntungan bagi tahun kewangan 2016 belum lagi diaudit dan tertakluk kepada perubahan berdasarkan Penyata Kewangan yang diaudit bagi tahun 2016.

..lS\ SO ALAN NO.: 4q 4

PERTANYAAN

PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA YB. DATO' KAWASAN BERUAS

SOALAN:

YB. DATO' NGEH KOO HAM minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah peruntukan diberikan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak amnya dan JKR Daerah Manjung khasnya untuk pembinaan dan penyelenggaraan jalan bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017. Kenapakah banyak jalan raya seperti di Pekan Ayer Tawar, Daerah Manjung, Perak tidak diturap semula tetapi pembaikan dibuat secara tampal kecil ('patch work') sahaja.

JAWAPAN:

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah peruntukan keseluruhan bagi tujuan penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Negeri Perak sepanjang 1,549km dan Daerah Manjung (218km) bagi tempoh dari tahun 2013 hingga 2016 ialah seperti berikut:

TAHUN PE RAK MANJUNG (RM JUTA) (RM JUTA) 2013 126.1 8.9 2014 95.5 3.3 2015 86.4 1.9 2016 57.7 6.5

1 Jumlah peruntukan di atas ialah rangkuman dari 3 kategori skop kerja penyelenggaraan, iaitu kerja-kerja penyelenggaraan rutin, berkala dan kecemasan. Manakala bagi tahun 2017, jumlah keperluan dan peruntukan sebenar yang terlibat masih lagi sedang dalam peringkat semakan kementerian ini.

Mengenai isu tampalan kecil atau 'patching works' di Jalan­ Jalan Persekutuan (termasuk di daerah Manjung), untuk makluman Ahli Yang Berhormat ia merupakan prosedur standard bagi kerja-kerja tampalan jalan, iaitu sebagai langkah awal ('preventive measure') bagi mengelakkan kemalangan sebelum kerja-kerja tampalan kekal dilaksanakan.

Sekian. Terima kasih.

2