Naskhah belum semak

DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA

Bil. 10 Khamis 6 September 2018

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 33) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Halaman 34)

DN 6.9.2018 1

MALAYSIA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Khamis, 6 September 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Haji Bashir bin Haji Alias minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan, apakah bentuk program yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan golongan bumiputera seperti mana dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin]: Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan ekonomi golongan bumiputera dan semua rakyat pelbagai kaum dan agama bagi memastikan pembangunan sosioekonomi yang lebih seimbang dan adil. Namun begitu, kerajaan juga berpandangan agenda pemerkasaan ekonomi orang Melayu bumiputera perlu ditambah baik dan diperkukuhkan. Sehubungan itu, agenda bagi memperkasakan Bumiputera akan terus diberi penekanan oleh kerajaan khususnya bagi merapatkan jurang sosioekonomi di antara kaum atau inter-etnik serta dalam kalangan kaum itu sendiri atau intra-etnik. Manakala penyertaan bumiputera secara saksama akan diberi keutamaan bagi menangani penyertaan yang tidak seimbang dalam guna tenaga, pemilikan aset seperti hartanah dan ekuiti korporat serta penyertaan dalam aktiviti nilai ditambah tinggi. Pada masa ini juga, kerajaan sedang menyediakan strategi, inisiatif dan hala tuju baru Rancangan Malaysia Kesebelas melalui penyediaan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-11. Dokumen KSP RMKe-11 ini akan dibentangkan pada bulan Oktober 2018 dan telah mengambil kira keperluan semasa rakyat berteraskan kepada prinsip inklusiviti. Ini bagi memastikan sumber ekonomi sedia ada dapat digembleng secara lebih bersepadu untuk manfaat mereka yang layak

DN 6.9.2018 2

termasuk orang Melayu dan bumiputera tanpa meminggirkan mana-mana kumpulan etnik di Malaysia. Untuk makluman ahli Yang Berhormat juga, Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018- KBN 2018, telah berlangsung pada 1 September 2018 yang lalu, di mana sesi pra kongres telah diadakan pada 28 Ogos 2018. Penganjuran Kongres ini bertujuan untuk mendapatkan cadangan hala tuju dan mengenal pasti bidang-bidang pertumbuhan baru serta kerjasama strategik yang boleh dibentuk bagi mendepani cabaran ekonomi semasa dan masa hadapan. Ketika memberikan ucaptama kongres, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menekankan kepentingan untuk bumiputera berpegang kepada nilai hidup yang boleh memberi kejayaan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut, antaranya ialah rajin berusaha. Apabila kita mendapat peluang, kita guna peluang itu, jangan jual peluang, walaupun ia boleh mendapat wang yang cepat. Akan tetapi kalau kita jual peluang kita, yang kaya adalah orang lain, bukan kita. Itu kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di kongres. Betapa pentingnya orang Melayu dan bumiputera menanamkan sikap dan nilai hidup yang baik. Ahli Yang Berhormat, buat pertama kalinya Kongres Bumiputera telah membincangkan secara spesifik dan mendalam, seterusnya menekadkan di dalam resolusi tentang soal nilai moral, etika dan integriti. Kalau sebelum ini kita bincang soal tongkat, soal sokongan politik, soal menjadi pelobi, kali ini orang Melayu dan bumiputera dengan berani dan tegas berbincang soal nilai, etika dan integriti. Kongres ini juga telah menampilkan pembentangan daripada Yang Berbahagia Tan Sri Abu Kassim Mohamed selaku Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Negara (GIACC). Beliau menekankan tentang peri pentingnya keperluan untuk kerajaan menggubal segera Akta Sabotaj Ekonomi. Akta ini bertujuan untuk mengekang tindakan meraih keuntungan segera melalui penjualan kontrak dan permit import (AP). Kerajaan mengambil serius cadangan ini dan ia sedang dalam peringkat perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa berkaitan untuk penggubalan dalam masa terdekat. Sebanyak lebih 50 cadangan resolusi merangkumi bidang fokus nilai, moral dan etika, pendidikan dan modal insan, pemilikan dan penciptaan kekayaan, serta keusahawanan dan perniagaan telah dirumus dan dikemukakan oleh Perwakilan Kongres kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Justeru, cadangan quick win daripada Resolusi Kongres tersebut akan diambil kira dalam merangka strategi inisiatif dan hala tuju baru RMKe-11 melalui pembentangan Kajian Separuh

DN 6.9.2018 3

Penggal nanti. Manakala sebahagian lagi cadangan resolusi kongres masih perlu diperhalusi dan diteliti dengan pelbagai pihak termasuk kementerian, jabatan dan agensi yang terlibat. Harapan kerajaan agar usaha ini dapat membentuk keseluruhan komuniti ekonomi Bumiputera yang berdiri teguh sebagai satu komuniti yang kuat, berdaya tahan dan mampan. Kerajaan juga percaya dan penuh yakin bahawa strategi, inisiatif dan hala tuju baru ini akan dapat mengurangkan jurang kesaksamaan ekonomi orang Melayu dan bumiputera, seterusnya berupaya meningkatkan lagi taraf hidup bumiputera yang mewakili hampir 70 peratus atau bersamaan dengan 20.7 juta orang berdasarkan unjuran warganegara Malaysia pada tahun 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia. ■1010 Kerajaan amat berharap agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera dan Melayu akan dapat membentuk generasi Melayu dan bumiputera baru yang berpegang teguh kepada nilai integriti dan moral serta mahir dan progresif yang akhirnya dapat mengangkat martabat rakyat Malaysia keseluruhannya. Sekian, terima kasih. Datuk Haji Bashir bin Haji Alias: Bismillahi Rahmani Rahim. Sebelum saya ke soalan, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan pengunjung- pengunjung daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Semoga lawatan tuan-tuan dapat memberi manfaat kepada tuan-tuan sekalian... [Dewan tepuk] Soalan tambahan saya, apakah program-program skim pemerkasaan ekonomi bumiputera sedia ada seperti yang ditawarkan oleh MARA, TERAJU dan juga TEKUN yang telah membantu meningkatkan taraf ekonomi Melayu dan golongan bumiputera akan diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di masa akan datang? Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan hari ini iaitu Tun Daim Zainuddin bahawa mustahil negara ini akan mencapai negara maju kerana ekonomi Melayu, bumiputera, kaum-kaum lain juga amat rendah. Ini dibuktikan melalui jumlah penerima BR1M sekitar tujuh juta, purata satu keluarga tiga orang. Maksudnya 21 juta yang menerima BR1M dan ia 2/3 daripada jumlah penduduk Malaysia. Mohon pencerahan. Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya rasa ada dua soalan di situ. Pertamanya, sama ada apa yang telah dilaksanakan sebelum ini akan terus dilaksanakan. Sepertimana yang saya sebut sebentar tadi, kita baru sahaja selesai Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara. Di situ kita mendapat maklum balas, cadangan, resolusi dan sebagainya

DN 6.9.2018 4

daripada pelbagai pihak. Jadi sama ada kita akan teruskan atau tidak, kita akan teliti dahulu apa yang dicadangkan, keadaan semasa dan sebagainya dan daripada situ kita akan membuat keputusan. Mana yang baik kita teruskan, yang mana perlu ditambah baik, kita akan tambah baik, yang mana perlu dihapuskan kita akan hapuskan. Akan tetapi ia memerlukan penelitian. Sepertimana yang saya sebut dalam Dewan Rakyat, agenda ini telah berlangsung selama 61 tahun tetapi belum mencapai hasrat seperti mana yang diinginkan. Oleh yang demikian, sebelum kita mengambil sebarang keputusan, satu kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk memahami di mana silapnya, di mana kita boleh perbaiki, insya-Allah. Seterusnya, tentang kenyataan Yang Berbahagia Tun Daim Zainuddin, saya secara peribadi masih belum membaca dan meneliti kenyataan tersebut. Sebelum saya membuat sebarang ulasan, saya perlu melihat konteks kenyataan yang dibuat. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya benarkan Yang Berhormat Senator Datuk Razali. Jadi duduk sekejap. Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya suka mencadangkan dua perkara untuk memartabatkan ekonomi bumiputera Melayu negara kita. Pertama, pada saya, dasar DEB tidak relevan lagi. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator, kemukakan soalan tambahan, bukan cadangan. Datuk Razali bin Idris: Bukan cadangan ya? Tuan Yang di-Pertua: Bukan cadangan, soalan tambahan. Datuk Razali bin Idris: Soalan tambahan? Tuan Yang di-Pertua: Ya. Ada soalan tambahan? Datuk Razali bin Idris: Tidak ada. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Sebelum itu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kerana Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara cukup berjaya dan terdapat pelbagai bidang fokus dan resolusi diberikan dan ia membantu kerajaan untuk membuat dasar-dasar baharu.

DN 6.9.2018 5

Cuma saya hendak tanya secara umumnya, di antara banyak resolusi bidang fokus, saya hendak tanya apakah resolusi yang terdekat yang boleh dilaksanakan ataupun resolusi apakah yang kerajaan dapat melaksanakan dalam masa terdekat? Terima kasih. Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Sr. Haji Hanafi. Tentang resolusi yang kerajaan boleh lakukan dalam masa terdekat, sepertimana yang saya sebut tadi, kita sedang melihat cadangan quick win. Quick win ini adalah antara cadangan- cadangan yang kita harap dapat laksanakan dalam masa satu tahun tetapi kongres baru sahaja selesai 1 hari bulan. Jadi kita sedang mengkaji dan meneliti apakah cadangan quick win yang kita boleh lakukan dalam masa setahun, dalam masa terdekat dan insya-Allah, kita akan maklumkan kepada umum very soon, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan MARA dan TERAJU semua, akan diberi perhatian? Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Sepertimana yang saya sebut tadi, kita akan ambil kira resolusi cadangan dan kita ambil kira apa yang telah dilakukan oleh MARA dan TERAJU. Kita tengok macam mana kita boleh menambah baik apa yang telah dilakukan. Dato’ Ong Chong Swen: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Tuan Ismail. Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ringkas saja soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah isu kuota masih lagi menjadi kayu ukur atau benchmark, dengan izin, untuk meningkatkan taraf sebagai indicator golongan bumiputera ataupun merit yang akan digunakan? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Kuota? Tuan Ismail bin Yusop: Sebelum ini diletakkan. Kalau dalam sewaktu DEB dulu, kuota 30 percent penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi tetapi Pakatan Harapan saya rasa tidak lagi menggunakan kuota 30 peratus itu sebagai kayu ukur Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya hendak tahu daripada pihak Menteri, apakah kayu ukur yang akan diguna pakai sebagai indicator untuk menunjukkan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi? Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Soalan berkaitan kuota ini pertamanya, kita perlu lihat kalau perkara itu telah termaktub dalam Perlembagaan, itu telah jelas di situ. Saya tidak hendak mengulas. Akan tetapi tentang hal-hal lain, sepertimana yang saya sebut tadi, kita sedang kaji sebab proses kuota dan sebagainya, berjalan 61 tahun ini. Kita hendak kena lihat bagaimana cara kita boleh tambah baik, kita perlu kekalkan dan sebagainya.

DN 6.9.2018 6

Jadi saya tidak ingin jump the gun, dengan izin, sebelum kita come out, dengan izin, dengan maklumat yang lebih lanjut tentang hal-hal tersebut. Jadi seperti mana kita sebut sebelum ini banyak kali, Yang Berhormat Menteri selalu sebut sebelum ini, apa saja yang kita lakukan adalah berdasarkan prinsip inclusivity. Prinsip inclusivity, need base dan sebagainya yang kita akan lihat, pada masa yang sama, kita akan juga terus memperkasakan agenda ekonomi bumiputera dan Melayu. Sekian, terima kasih. Dato’ Ong Chong Swen: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Ong. Dato’ Ong Chong Swen: Tuan Yang di-Pertua, saya ada soalan tambahan. Kita semua tahu PH mentadbir kerajaan sekarang kerana menjamin adalah untuk semua rakyat. Baru-baru ini, Kongres Bumiputera sudah berjaya melaksanakan. Maka soalan saya adalah, bila kerajaan akan menjalankan kongres untuk non bumiputera? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Adakah cadangan untuk non bumiputera? Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Saya perlu merujuk kepada kementerian tentang hal tersebut. Sekian, terima kasih. Datuk Dr. Lucas Umbul: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Sudah empat orang... [Dewan ketawa] Silakanlah Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas... [Dewan ketawa] Kerana ini penggal akhir Yang Berhormat. Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dia suka bergurau. Terima kasih banyak kerana memberi ruang dan peluang untuk bertanya. Kebetulan saya berada sebagai peserta dalam kongres tersebut. Mungkin pengalaman Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dalam Dewan yang mulia ini sama dengan pengalaman saya di mana setiap tahun, anak-anak golongan bumiputera yang melanjutkan pengajian di IPTA, di IPTS akan merujuk kepada kita, hendak minta sponsor, hendak minta tambang dan sebagainya, perbelanjaan untuk mendaftar anak-anak mereka di universiti. Pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, apakah mekanisme kementerian dalam penubuhan tabung pembiayaan pendidikan bumiputera yang disumbangkan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk membiayai pengajian golongan yang memerlukan berdasarkan pendapatan, latar belakang dan keupayaan mereka? Terima kasih.

DN 6.9.2018 7

■1020 Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul. Saya jumpa Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul di Kongres. Seperti mana yang kita tahu, yang initiate Kongres ini adalah NGO yang berkaitan dengan bumiputera dan Melayu. Apa yang dirujuk oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul tadi adalah salah satu resolusi yang dibaca dalam Kongres tersebut. Seperti mana saya sebut sebentar tadi, kita sedang mengkaji hal tersebut. Apabila antara solusi dan cadangan, cadangan ini di bawa kepada kita dan bukan bermakna kita akan terus melaksanakan semuanya. Ia perlu dikaji, dilihat dan dianalisis termasuklah tabung yang disebut oleh Yang Berhormat Senator sebentar tadi. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat Senator kena beri masa kepada Kerajaan Baharu untuk mengkaji. Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun.

2. Tuan Khairul Azwan Harun minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, memandangkan SOSMA akan dihapuskan oleh kerajaan, apakah langkah yang akan diambil untuk memastikan keamanan serta keselamatan rakyat terjamin daripada jenayah berkaitan hasutan, rusuhan dan keganasan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Mohd Azis bin Jamman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Senator di atas pertanyaan yang diberikan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, kerajaan sedang mengkaji semua undang-undang berkaitan keselamatan termasuklah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Dalam hal ini, satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara, Badan Peguam Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan badan bukan kerajaan (NGO) telah ditubuhkan untuk menilai dan memperhalusi setiap peruntukan dalam undang-undang berkenaan dengan terperincinya. Kerajaan memberi jaminan bahawa pindaan atau pemansuhan terhadap undang-undang berkenaan tidak akan menjejaskan usaha kerajaan dalam memelihara keselamatan negara daripada pelbagai ancaman termasuklah ancaman daripada kumpulan pengganas, rusuhan dan hasutan. Jika ada undang-undang yang akan dimansuhkan sekalipun, kerajaan yakin dengan keupayaan pihak PDRM dan pasukan-pasukan keselamatan yang lain dalam menangani ancaman-ancaman keselamatan tersebut dengan menggunakan undang-undang sedia ada.

DN 6.9.2018 8

Untuk statistik, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, setakat bulan Julai 2018, terdapat 592 orang telah ditahan di bawah SOSMA yang mana 510 orang terdiri daripada warganegara Malaysia dan seramai 80 orang terdiri daripada bukan warganegara. Daripada 582 orang warganegara Malaysia yang ditahan, seramai 102 orang tahanan telah disabitkan kesalahan manakala 408 orang lagi merupakan tahanan reman. Bagi tahanan yang melibatkan bukan warganegara Malaysia yang berjumlah 80 orang tahanan pula, 50 orang daripadanya telah disabitkan kesalahan dan 22 orang lagi merupakan tahanan reman. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sekalian, beberapa mesyuarat telah pun diadakan di dalam jawatankuasa untuk mengkaji SOSMA ini. Mesyuarat pertama telah dilaksanakan pada 13 Julai 2018, mesyuarat kedua 30 Julai 2018, mesyuarat ketiga pada 28 Ogos 2018 dan beberapa bengkel juga yang sedang berjalan. Untuk makluman, even pada hari ini sedang berjalan, berlangsung satu bengkel di INTAN Bukit Kiara. Ini merupakan mesyuarat di peringkat pegawai. Selepas mesyuarat di peringkat pegawai ini untuk makluman, akan diadakan pula mesyuarat di peringkat Menteri yang mana ia akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan ahli-ahlinya juga kita akan menjemput Ahli-ahli Parlimen by-partisan daripada pihak pembangkang dan juga daripada pihak kerajaan. Terima kasih. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang baik. Saya ambil maklum bahawa ini ada hasrat daripada pihak kerajaan untuk melibatkan kumpulan-kumpulan by- partisan untuk terlibat dalam proses menilai dan mengkaji semula. Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, kalau kita telah mengukur indeks pengurangan atau pencegahan jenayah itu telah berjaya melalui SOSMA, maka saya hendak tanya, apakah jaminan bahawa selepas ini apabila SOSMA itu saya tidak pasti sama ada diganti oleh mana-mana undang-undang, boleh kita yakin dengan tahap indeks pencegahan yang boleh kita kekal atau kita perbaiki? Terima kasih. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih dengan soalan tambahan sebentar tadi. Sebagaimana saya sebutkan, jawatankuasa yang dibentuk ini, ia akan membincangkan dan mengkaji semua aspek, semua pandangan termasuklah daripada pihak polis terutamanya yang melakukan penyiasatan terhadap kes-kes besar. Apa yang menjadi isu kepada SOSMA ini, semua kita sedia maklum bahawa terdapat penyalahgunaan terhadap akta sebelum ini. Jadi oleh sebab itu, maka perbincangan jawatankuasa yang dibentuk untuk kita kaji agar tidak ada lagi penyalahgunaan terhadap mana-mana akta yang digubal di negara kita termasuklah SOSMA ini. Oleh sebab itu, pandangan semua pihak...

DN 6.9.2018 9

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, minta maaf. Kemungkinan salah guna atau ada salah guna? Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Kemungkinan salah guna. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Kemungkinan salah guna. Oleh sebab itu semua pandangan dari semua pihak termasuklah untuk makluman bekas-bekas tahanan daripada SOSMA ini kita akan jemput sekali dalam mesyuarat peringkat kedua untuk kita memastikan bahawa apa juga keputusan yang dibuat oleh kerajaan, ianya bukan keputusan secara terburu- buru. Perlu kita ingat bahawa negara kita ini berdepan dengan ancaman pengganas contohnya, daripada DAESH, daripada kongsi-kongsi gelap, kartel-kartel dadah yang kita tahu banyak bergerak di negara kita. Jadi oleh sebab itu kita memerlukan satu akta ataupun satu undang-undang bagi kita mengekang aktiviti-aktiviti seumpama ini. Oleh sebab itu, kita tidak boleh membuat keputusan terburu-buru. Untuk makluman setelah jawatankuasa ini bersidang, ia akan membuat satu rekomendasi untuk diputuskan di peringkat Kabinet. Apa juga keputusan di peringkat Kabinet, ia akan menjadi satu dasar dan saya pasti ia akan diangkat ke sidang Parlimen akan datang untuk diputuskan sama ada dimansuh, diubah ataupun ditambah. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, satu klasifikasi. Satu sahaja. Minta maaf, tadi disebut... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, berkali-kali Yang Berhormat bangun tanya. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Ya, kalau saya tanya sudah jadi dua soalan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ini soalan-soalan Jawab Lisan. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Kota Raja, kota Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] Satu klasifikasi sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Duduk. Jumpa, jumpa... Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Pass pada orang lainlah, bagi orang lain tanya. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Senator Dato Dr. Ananthan. Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambut baik janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terhadap langkah kerajaan untuk memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang

DN 6.9.2018 10

dikatakan zalim dalam sedikit masa lagi. Sudah tentu perkara ini sedikit sebanyak akan memberikan nafas lega kepada kaum keluarga SOSMA. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin, Timbalan Menteri Undang-undang yang telah bertindak untuk memujuk seramai 180 orang... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ini ucapan tahniah atau soalan tambahan? Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Ada soalan. Seramai 180 orang tahanan SOSMA supaya menggantikan mogok lapar di Penjara Sungai Buloh. Kita kena ucap terima kasih kalau Pakatan Harapan buat baik. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, memandangkan SOSMA akan dimansuhkan kelak, kenapa tahanan-tahanan ini tidak diberikan peluang untuk membela diri melalui proses perundangan dan akta yang lebih adil kepada mereka dengan kadar segera dan bukannya menunggu sehingga pemansuhan SOSMA? Terima kasih. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Sebagaimana saya sebutkan, kita tidak boleh membuat keputusan terburu-buru. Jawatankuasa ini tengah bersidang dan mereka banyak aspek untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, I think just to put it on note, dengan izin, bahawa jawatankuasa ini bukan hanya membincangkan SOSMA sahaja sebenarnya. Saya ingin tegaskan di sini termasuk juga POCA, POTA, Akta Percetakan, Akta Perhimpunan Aman dan juga tentang hukuman gantung. Ini juga di antara perkara-perkara yang dibincangkan di dalam jawatankuasa ini. Jadi berbalik kepada soalan tadi, kita tidak ingin membuat keputusan yang terburu-buru. Apa juga rekomendasi yang dibuat oleh jawatankuasa ini akan diputuskan oleh Kabinet dan biarlah ia berjalan sebagaimana prosesnya. Oleh sebab sekarang belum ada keputusan sama ada pemansuhan atau tidak. Ia masih di peringkat perbincangan. Jadi biarkanlah jawatankuasa ini kita beri peluang untuk membincangkan perkara ini secara dalam. Jangan bimbang, termasuk juga mereka yang pernah ditahan di bawah SOSMA ini kita akan libatkan sekali. Kita akan ambil pandangan mereka. Sebagaimana saya sebutkan tadi, termasuk pandangan daripada pihak polis juga kita perlu ambil kira kerana mereka juga berhadapan dengan ancaman. Kalau kita biarkan desakan ini, kita terima pakai secara terburu-buru, kita tidak akan tahu apa berlaku kepada anggota-anggota yang berhadapan dengan penyiasatan dan juga dalam menyelesaikan kes-kes yang berbahaya, yang berlaku di negara kita. Terima kasih.

DN 6.9.2018 11

■1030 Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini balik kepada keraguan tadi. Mungkin akan berlaku salah guna... Tuan Yang di-Pertua: Kemungkinan ya, kemungkinan. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: ...Kemungkinan, kemungkinan akan berlaku salah guna kuasa. Saya nak kaitkan itu dengan kajian yang sedang dilakukan sama ada kementerian dalam kajian semula itu akan ambil kira apa yang kita bentangkan di Dewan Negara, apa yang saya bentangkan satu tahun dahulu semasa kita hendak lanjutkan lima tahun itu. Tiga punca kemungkinan akan berlaku salah guna, satu denial of access to lawyer untuk tempoh 48 jam yang pertama. SOSMA punya detainee tidak dibenarkan access to lawyer untuk 48 jam pertama... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, nak buat cadangan? Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: No, tak. Sama ada dalam perbincangan dia consider ini tak dalam perbincangan, dalam proses kaji semula. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tadi Menteri ada bagi tahu bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat akan dimaklumkan. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Bukan, bukan. Sekarang dia cakap dah start kajian semula. Saya cuma nak tanya sama ada dia kaji tiga aspek iaitu: (i) denial to legal access untuk 48 jam yang pertama; (ii) penahanan selama 28 hari tanpa bawa ke mahkamah, detention untuk tempoh 28 hari; dan (iii) kegagalan untuk mengadakan inkues atau inquiry kalau ada custodial death, SOSMA sekarang tak perlu inquiry, custodial death. So, tiga isu ini, sama ada proses kaji semula akan consider tiga isu ini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Membabitkan ketiga-tiga cadangan. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Sebenarnya bukan tiga sahaja Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Banyak lagi. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: ...Banyak yang kita ambil kira dan kita terima pakai pandangan mereka untuk kita bincangkan di dalam jawatankuasa ini. Sebagaimana saya sebutkan tadi, termasuk bekas-bekas, SUHAKAM ada di dalam, Bersih kita akan jemput. Jadi ini adalah merupakan NGO-NGO yang cukup lantang bersuara tentang hak asasi manusia. Mereka berada di dalam jawatankuasa ini. So, jangan bimbang. Insya-Allah banyak, bukan hanya tiga

DN 6.9.2018 12

sebenarnya, banyak perkara yang kita akan masukkan dalam isu perbincangan kita dalam mengkaji tentang SOSMA ini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Laksamana. Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua, kita telah mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai kejayaan pelaksanaan SOSMA dan banyak kes telah diselesaikan dengan sama ada pendakwaan ataupun terus di reman. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya ada rakan-rakan di dalam PDRM. Mereka sangat memerlukan akta ini oleh kerana akta ini telah membantu mereka untuk menyelesaikan banyak kes yang sedang dilakukan sekarang. Kalau benarkan saya Tuan Yang di-Pertua, mengapa kita wujudkan SOSMA dulu? Antaranya ialah untuk mengelakkan daripada keganasan terancang terhadap orang atau harta atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu, maka SOSMA diwujudkan. SOSMA juga diwujudkan bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di- Pertuan Agong, kita boleh gunakan SOSMA juga. Memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya. Ini tujuan SOSMA diwujudkan dan dua lagi Tuan Yang di-Pertua, mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang dan yang akhirnya, Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan. Maka sebab itu SOSMA diwujudkan. Soalan saya seterusnya, adakah SOSMA ini masih dikuatkuasakan atau ada arahan- arahan tertentu untuk ditahan dahulu, tidak digunakan dahulu sehingga pemansuhan dilakukan. Kalau itu yang difikirkan oleh kerajaan, saya cadangkan, saya minta supaya penggunaan SOSMA diteruskan oleh kerana ia terbukti berkesan dan tiada bukti salah penggunaan, Tuan Yang di- Pertua. Kerajaan dahulu menggunakan akta-akta yang ada untuk mengekang ahli-ahli politik, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, ada tak kegunaan SOSMA pada masa ini dijalankan, diteruskan atau tunggu hingga dikaji? Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dengan soalan tambahan tadi. Pada dasarnya, akta ini masih berjalan sebab tiada keputusan tentang pemansuhan serta-merta, sebab itulah jawatankuasa ini dibentuk.

DN 6.9.2018 13

Jadi untuk makluman, saya sebutkan ini. Dalam SOSMA ini ia ada tiga elemen penting yang perlu kita faham. Ancaman keganasan, jenayah berat dan terancang, melindungi saksi- saksi. Jadi saksi-saksi ini juga kita kena fikirkan keselamatan mereka. Di dalam SOSMA ada elemen ini, jadi sebab itu saya sebutkan tadi banyak aspek, angle yang kita kena tengok dalam memastikan agar negara kita ini selamat daripada ancaman- ancaman yang besar. Jadi oleh sebab itu, menjawab soalan tadi, ya memang benar sehingga ke hari ini akta ini selagi tiada pengumuman rasmi tentang pemberhentian akta ini, akta ini masih berterusan. Terima kasih.

3. Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff minta Menteri Industri Utama menyatakan, apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil bagi menangkis serangan Resolusi Anti- minyak Sawit oleh Jawatankuasa Alam Sekitar Parlimen Eropah (ENVI), dan sejauh manakah Malaysia terkesan dengan isu tersebut.

Timbalan Menteri Industri Utama [Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff di atas soalan yang ditanya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia baru. Tuan Yang di-Pertua, pada 23 Oktober 2017, Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan Awam dan Keselamatan Makanan ataupun ringkasannya ENVI, Parlimen Eropah telah mengundi untuk menyokong pemansuhan semua bio bahan api berasaskan tanaman makanan menjelang 2030 dan bio bahan api berasaskan sawit menjelang 2021 ke Kesatuan Eropah. Susulan daripada itu, Parlimen Eropah pada 18 Januari 2018 telah meluluskan cadangan pindaan renewable energy directive, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, REDII yang antara lain memutuskan untuk mengharamkan kemasukan bio bahan api berasaskan minyak sawit ke Kesatuan Eropah mulai tahun 2021, manakala bio bahan api berasaskan tanaman makanan lain mulai tahun 2030. Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia secara diplomatik telah menyuarakan bantahan sekeras- kerasnya terhadap keputusan pengundian Parlimen Eropah dan mengambil beberapa langkah proaktif untuk menangani masalah ini di Kesatuan Eropah. Satu lawatan kerja rasmi kementerian telah diadakan bagi pertemuan dua hala dengan pihak yang berkepentingan termasuk antara lain Duta Besar Bulgaria ke Kesatuan Eropah, duta-duta besar negara-negara pengeluar minyak sawit yang lain, Ahli-ahli Parlimen Eropah, wakil-wakil Suruhanjaya Kesatuan Eropah dan wakil- wakil industri.

DN 6.9.2018 14

Malaysia juga telah menyampaikan bantahan secara bertulis kepada Menteri-menteri Negara-negara Kesatuan Eropah yang bertanggungjawab terhadap tenaga dan juga alam sekitar. Beberapa siri mesyuarat dua hala di antara Malaysia dan Kesatuan Eropah juga telah diadakan bertujuan memberikan maklumat yang tepat mengenai industri sawit terutamanya daripada aspek kemapanan, produktiviti, daya saing industri sawit dan pelaksanaan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia secara wajib ataupun secara mandatori menjelang 31 Disember tahun hadapan. Di samping itu, Malaysia juga bekerjasama dengan negara-negara pengeluar minyak sawit dunia yang lain dalam usaha menjaga kepentingan industri sawit di negara masing-masing. Umpamanya pada bulan Februari tahun ini di Brazil, Belgium, tujuh negara pengeluar minyak sawit iaitu Colombia, Ecuador, Guatemala, Indonesia, negara kita, Nigeria dan Thailand telah menandatangani surat bersama- join letter, dengan izin kepada pihak EU untuk menyuarakan bantahan secara sepakat. Kementerian kami dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga telah membangkitkan isu diskriminasi ini di Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal barriers to trade dan Mesyuarat Council for Trade in Goods di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Isu tersebut telah mendapat sokongan daripada negara-negara pengeluar minyak sawit yang lain termasuk Colombia, Costa Rica, Guatemala, Indonesia, Nigeria dan Thailand. Di samping itu, perkembangan mengenai pembangunan industri sawit secara mampan dan sumbangannya terhadap sosioekonomi negara juga telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Trade and Environment, dengan izin, di bawah WTO. Dalam hal ini juga, kerajaan sedang dan akan terus bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi yang lain serta Kerajaan Negeri-negeri Sabah dan Sarawak khususnya melalui Palm Oil War Room Secretariat untuk mendapatkan data-data yang bersesuaian untuk membina satu naratif yang positif berhubung industri minyak sawit negara. Selain itu, adalah penting untuk Malaysia mengkaji dan merangka dasar mengenai larangan penanaman sawit di tanah gambut agar Malaysia tidak terus dikaitkan dengan kaedah penanaman sawit yang tidak mampan. Kerajaan juga akan meneruskan usaha mengadakan program suai kenal minyak sawit untuk Ahli-ahli Parlimen Eropah untuk melihat sendiri amalan-amalan mampan industri sawit di Malaysia. Kerajaan melalui MPOB telah meneruskan usaha membekalkan Ahli-ahli Parlimen dengan maklumat yang tepat mengenai industri sawit negara.

DN 6.9.2018 15

■1040 MPOB juga telah membentangkan kertas kerja di persidangan antarabangsa sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai industri sawit negara. Di samping itu, MPOB juga mengadakan dialog dengan para pengguna minyak sawit dan produk sawit di EU dalam usaha meningkatkan penggunaan minyak sawit Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada usaha yang dilaksanakan Malaysia, alhamdulillah telah berjaya mempengaruhi keputusan akhir rundingan tiga hala, trilog yang dicapai di antara Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah dan Suruhanjaya Eropah pada bulan Jun tahun ini. Keputusan rundingan tiga hala tersebut telah berpihak kepada industri sawit negara dan membolehkan bio bahan api berasaskan minyak sawit terus digunakan untuk pengiraan ke arah sasaran tenaga boleh diperbaharui sehingga tahun 2030 seperti bio bahan api berasaskan minyak sayuran yang lain. Ia jelas menunjukkan bahawa kemasukan bio bahan api berasaskan minyak sawit ke Kesatuan Eropah tidak akan terjejas buat masa ini. Walau bagaimanapun adalah penting untuk Malaysia memastikan bahawa minyak sawit tidak dikategorikan sebagai bio bahan api yang mempunyai kadar, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, indirect land use change (ILUC) yang tinggi. ILUC bermaksud apabila minyak sayuran seperti minyak sawit, minyak soya dan lain-lain yang pada dasarnya adalah untuk pemakanan digunakan juga untuk penghasilan bio bahan api. Ini menyebabkan berlakunya kekurangan minyak sayuran tersebut untuk tujuan pemakanan. Ekoran daripada itu berlaku peralihan permintaan ke atas minyak sayuran yang lain, peningkatan harga dan pembukaan tanah baharu untuk menghasilkan lebih banyak minyak sayuran tersebut. Kawasan baharu tanaman tersebut mungkin berasal dari hutan atau tanah gambut dan ini dikategorikan sebagai mempunyai kadar ILUC yang tinggi. Terdapat kajian-kajian yang diguna pakai oleh EU berkaitan pengiraan kadar ILUC yang mengaitkan minyak sawit sebagai mempunyai kadar ILUC yang tinggi. Namun demikian sehingga kini, kajian-kajian tersebut menghasilkan dapatan yang berbeza dan tidak konsisten. Oleh itu ia masih belum diterima pakai secara menyeluruh oleh para cendekiawan dan penggiat industri minyak dunia. Dalam hal ini Malaysia perlu meningkatkan usaha untuk mengekang tanggapan buruk yang tidak berasas terhadap minyak sawit oleh EU melalui bukti-bukti penyelidikan terhadap kadar ILUC minyak sawit dan bersedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Eropah dalam merangka formula pensijilan ILUC bagi memastikan tiada unsur diskriminasi terhadap minyak sawit. Untuk itu satu kajian saintifik mengenai kadar ILUC akan dilaksanakan. Dalam hal ini satu

DN 6.9.2018 16

Jawatankuasa Khas Kajian ILUC di bawah Kementerian Industri Utama akan ditubuhkan bagi mengkaji dan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, kementerian kami akan terus memantau perkembangan mengenai industri sawit pada peringkat antarabangsa dalam memastikan industri sawit negara tidak akan terjejas oleh pelaksanaan perundangan di negara-negara pengimport produk sawit. Ini adalah demi menjamin kesejahteraan industri sawit negara supaya terus berdaya saing dan berdaya maju serta menyumbang kepada penjanaan pendapatan eksport negara. Pihak kementerian akan terus berinteraksi dengan pihak berkepentingan di Kesatuan Eropah untuk memberi kefahaman mengenai amalan-amalan kemapanan industri sawit negara. Di samping itu, pihak kementerian melalui MPOB akan sentiasa menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan produktiviti sawit tanpa membuka kawasan tanaman yang baharu. Selain itu tumpuan juga diberikan kepada program-program yang bersifat pembelajaran serta peningkatan kesedaran tentang industri sawit kepada para penggubal dasar dan para pengguna di EU. Ini dilakukan melalui persidangan, seminar media elektronik serta cetak, video, media sosial dan kempen-kempen strategik yang berterusan. Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara pengeluar minyak sawit yang lain di bawah Council of Palm Oil Producing Countries untuk sama-sama menekankan kemapanan pembangunan industri sawit serta sumbangannya kepada pembangunan sosioekonomi negara- negara pengeluar minyak sawit. Sekian, terima kasih. Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, minyak sawit adalah antara penyumbang ekonomi yang besar. Ia meliputi 650,000 pekebun- pekebun kecil dan hampir 2.3 juta rakyat tampung keluarga dan anak-anak mereka yang terlibat dengan kelapa sawit ini. Soalan saya, adakah pihak Yang Berhormat Menteri akan meneruskan roadshows bagi menjamin supaya apa yang dilakukan oleh negara di Kesatuan Eropah yang cuba membuat anti resolusi minyak sawit ini supaya tidak menjejaskan pekebun-pekebun kecil yang begitu ramai yang mengeluarkan minyak di negara kita? Apakah langkah pihak kerajaan hari ini apabila mendapati negeri China mula mengimport minyak dari negara Indonesia dan bukannya dari Malaysia untuk penambahan minyak itu. Sekian, terima kasih. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Secara ringkas, Yang Berhormat.

DN 6.9.2018 17

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Secara ringkas ya? Bagi pihak kementerian, kita akan teruskan mengusahakan roadshow ataupun jelajah ini. Saya ingin maklumkan kepada Dewan sedikit berita gembira. Semalam saya sudah menyebut tentang harga sawit meningkat semalam tetapi hari ini kita- kementerian baru sahaja mendapat peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM23 juta untuk tujuan promosi bagi menangani persepsi dan menangkis serangan-serangan yang tidak objektif ini. Kedua tadi persoalan mengenai langkah. Langkah apa ya? Tuan Yang di-Pertua: China. China. Negara China... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: China? Okey. Untuk negara China saya yakin bahawa ramai Yang Berhormat Senator telah mendapat maklumat bahawa susulan daripada lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke negara China, kita melihat ada respons yang begitu positif untuk negara China terus membeli minyak sawit kita. Malah beberapa hari selepas sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri balik dari negara China, beliau terus mengumumkan dua fokus utama negara untuk yang akan datang ini adalah satu tourism, pelancongan dan yang kedua ialah minyak sawit. Saya fikir itu adalah respons yang amat positif dan saya yakin kita akan berjaya tangani secara bersama dengan negara-negara pengeluar minyak sawit dunia. Terima kasih. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat kelapa sawit ini Yang Berhormat Menteri sentiasa diserang oleh negara-negara asing yang tidak berminat dengan kelapa sawit. Dulu katanya kolesterol tinggi, siapa makan kelapa sawit mati cepat, heart attack dan sebagainya. Baru-baru ini di Britain, satu pasar raya yang bernama “Iceland”, yang mempunyai 900 buah pasar raya di Britain telah pun memberhentikan penjualan minyak kelapa sawit dan alasan mereka bukan lagi kolesterol tapi bimbang kepada masalah kemusnahan hutan. Ini alasan yang diberikan. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat adakah- tadi kita kata MPOB sudah dapat meyakinkan European Parliament untuk menyokong kita. Akan tetapi kalau setakat Parlimen sahaja Yang Berhormat, yang hendak menjual ini pasar raya ini. Kita kena meyakinkan pasar raya. Jadi saya mungkin hendak menawarkan diri saya untuk bersama Yang Berhormat ke Britain untuk berjumpa dengan mereka ini supaya dapat mereka teruskan. Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua: Soalan Yang Berhormat? Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Soalan saya...

DN 6.9.2018 18

Tuan Yang di-Pertua: Bolehkan Yang Berhormat Menteri bawa Yang Berhormat pergi ke Britain?... [Dewan ketawa] Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Itu satu soalan, Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] Apakah Malaysia akan mengambil tindakan berhubung dengan keputusan yang dibuat oleh Pasaraya Iceland ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Adakah kementerian akan berhubung terus? Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Ya, terima kasih, Yang Berhormat. Saya tentunya akan menjemput Yang Berhormat untuk bersama-sama dalam trip- bukan sekadar Yang Berhormat, ramai lagi yang lain yang boleh bersama-sama macam biasanya kita lakukan. Cuma kali ini bukan Britain lah, saya ingat kita pergi Afrika Utara lah kerana kita hendak meluaskan pasaran-pasaran baharu. Baik, bagi menjawab soalan Yang Berhormat, kita sedia maklum tentang Iceland ini. Perkara ini kita tangani secara efektif dengan melakukan engagement. Itu yang pertama dan yang kedua saya hendak sebut begini, alasan hutan ini adalah satu alasan yang tidak berpijak kepada bumi yang nyata. Malah ia dilaporkan misalnya dalam majalah Guardian, pada sekitar bulan April. Guardian- surat khabar ataupun media Eropah yang menyatakan bahawa kalau ditanam rapeseed ataupun soybean ini, iaitu competitor kepada minyak sawit, ia akan menggunakan 10 kali ganda keluasan tanah. Oleh sebab itulah minyak sawit ini lebih mampan, lebih sustainable, dengan izin. Kedua, persoalan Eropah ini yang dilihat ataupun dicanangkan bahawa akan terus memberikan tekanan kepada minyak sawit, ia ada kesan politik. Itu saya fikir difahami oleh pembuat-pembuat dasar di Eropah. Apa kesan politiknya ialah ia akan secara tidak langsung mengurangkan keberadaan Eropah itu ataupun pasaran Eropah di rantau Asia Tenggara yang menyebabkan negara China sebagai negara yang paling banyak membeli minyak sawit akan terus mendominasi pasaran di Asia Tenggara. ■1050 Ini kesan politik yang mungkin ada sekiranya mereka terus melaksanakan perkara ini. Oleh sebab itu kalau kita tengok dalam teks atau teks Renewable Energy Directive (RED) ia tidak secara jelas meletakkan bahawa palm oil, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, akan being phased out, ia tidak. Ia secara diplomatik diletakkan beberapa perkara, beberapa item yang mana ia tidak hanya menjurus kepada minyak sawit kerana mereka juga memahami kesan daripada tindakan ini.

DN 6.9.2018 19

Oleh sebab itulah saya hendak maklumkan kepada Dewan akhirnya bahawa dengan peruntukan tambahan ini, dengan sokongan dan mandat daripada Yang Berhormat Senator dan juga Yang Berhormat di Dewan Rakyat, kita akan terus menggerakkan secara sistematik dan juga bersama dengan Indonesia dan negara-negara yang lain supaya kita boleh menjadi satu kuasa yang boleh menentukan pasaran bukannya customer menentukan atau dictate kita. Kita yang akan memberikan jaminan kepada mereka. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Manolan bin Mohamad: Satu. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, semalam penjelasan Yang Berhormat Menteri pun panjang lebar. Tuan Manolan bin Mohamad: Ini soalan ini agak cantik, berkait rapat dengan pendapatan pengusaha sawit. Boleh? Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat. Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bila kita sebut kelapa sawit ini dia berkait rapat dengan pendapatan orang desa, orang kampung, FELDA dan juga pengusaha-pengusaha kelapa sawit. Soalan saya, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengeluarkan produk-produk yang berasaskan kelapa sawit ataupun daripada pokok kelapa sawit atau pelepah kelapa sawit ini untuk meningkatkan jumlah pendapatan pengusaha-pengusaha kelapa sawit? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Rancangan untuk meningkatkan pendapatan. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Ya, terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad sahabat saya yang saya tahu sentiasa prihatin terhadap masalah pekebun kecil terutamanya bagi industri sawit. Kerajaan memang sentiasa komited terhadap 650,000 pekebun kecil ini. Oleh sebab itulah kalau kita lihat kerajaan melalui agensi seperti MPOB, kita secara agresif membuat kajian agar produk-produk hiliran yang berpotensi dapat diwujudkan. Misalnya kita sudah wujudkan 30 peratus produk-produk yang boleh dipasarkan hasil daripada sawit ini. Ini tentunya memberikan pendapatan tambahan kepada pekebun-pekebun kecil. Saya hendak galakkan, misal kata tadi Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi beritahu bahawa peringkat awal kita kalau ambil minyak sawit, kolesterol tinggi. Sekarang ini kita ada satu kapsul yang nama dia tocotrienols yang ini mesti kalau boleh jadikan bahan makanan kita, suplemen sebab ianya anti kanser. High antioxidant. Ini hasilnya daripada minyak sawit.

DN 6.9.2018 20

Oleh sebab itu kalau produk-produk ini diguna atau diambil oleh kita, kita sendiri yang makan dan kita sendiri promosikan, ia tentu akan ada rantaian kepada pekebun-pekebun kecil juga kerana mereka dapat menjana pendapatan tambahan dengan melahirkan, maknanya produce lebih banyak lagi minyak sawit dan kita boleh kembangkan lagi dalam bentuk produk- produk yang boleh dipasarkan. Ini komitmen kerajaan dan sedang berlaku dan kita akan terokai lagi bidang-bidang yang baharu atau produk-produk yang baharu. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat, soalan sudah banyak. Minta maaf, Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali.

4. Datuk Rabiyah binti Ali minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, bagaimanakah bantuan dapat dilaksanakan bagi memastikan infrastruktur jalan raya, capaian internet, bekalan air bersih dan elektrik di luar bandar dapat mengurangkan jurang penduduk luar bandar dan bandar menjelang 2020.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Tuan Sivarasa Rasiah]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali atas soalan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan yang diluluskan untuk kementerian ini pada tahun 2018 adalah berjumlah RM3.86 bilion yang merupakan peruntukan yang kedua tertinggi dalam Bajet 2018 selepas Jabatan Perdana Menteri. Daripada jumlah tersebut sejumlah RM2.065 bilion adalah bagi pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur luar bandar. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar ini turut meliputi projek seperti- saya akan huraikan tiga kategori, Program Jalan Luar Bandar (JALB) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM781.75 juta. Sehingga kini perbelanjaan bagi JALB adalah berjumlah RM315.34 juta. Kedua, Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM420.24 juta. Sehingga kini perbelanjaan bagi BALB adalah berjumlah RM225.95 juta. Ketiga, Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM672.12 juta dan sehingga kini perbelanjaan bagi BELB adalah berjumlah RM377.34 juta. Kementerian juga membantu penduduk di luar bandar dengan menyediakan kemudahan bekalan elektrik alternatif seperti mini hidro dan solar bagi menggantikan penggunaan genset

DN 6.9.2018 21

untuk kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan pedalaman dan tidak boleh dibekalkan melalui punca bekalan talian grid bagi membolehkan setiap penduduk mendapat bekalan elektrik selama 24 jam. Di samping itu, kementerian juga telah menyediakan perkhidmatan mini RTC yang turut dilengkapi dengan kemudahan ICT yang membolehkan penduduk luar bandar mengakses perkhidmatan utama kerajaan serta kemudahan internet yang melibatkan sejumlah 205 mini RTC di seluruh negara. Selain itu, kementerian juga sedang menjalankan kerjasama bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi meluluskan capaian internet yang menyeluruh di kawasan luar bandar secara berperingkat. Sehubungan dengan itu, kementerian akan terus komited untuk meneruskan program- program pembangunan infrastruktur luar bandar ini kerana ianya dapat merapatkan jurang pembangunan infrastruktur antara bandar dan luar bandar serta dapat memastikan masyarakat luar bandar tidak akan ketinggalan di dalam arus pembangunan negara. Kementerian juga sedang mengkaji program-program baharu yang boleh diperkenalkan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar seperti mana iltizam Kerajaan Pakatan Harapan bagi meringankan bebanan kehidupan rakyat serta merapatkan jurang pembangunan infrastruktur antara bandar dan luar bandar dengan melaksanakan janji-janji dalam Buku Harapan dengan penuh bertanggungjawab. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan soalan tambahan, Yang Berhormat. Datuk Rabiyah binti Ali: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya iaitu bagi mengupayakan luar bandar, kerajaan perlu membina pusat-pusat pendidikan baharu seperti MRSM dan juga cawangan IPT atau institusi latihan kemahiran dan pembangunan industri desa berpusat bagi mengupayakan luar bandar. Sebelum ini KPLB mengumumkan beberapa projek pembinaan MRSM yang dirancang dalam RMKe-11 di beberapa lokasi yang ditangguhkan. Soalan saya, apakah dengan penangguhan pembinaan institusi ini akan merencatkan pembangunan koridor ekonomi desa yang melibatkan kawasan ini? Bagaimanakah KPLB menanganinya? Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat Menteri. Tuan Sivarasa Rasiah: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan itu yang nampaknya tertumpu pada pembinaan MRSM ya. Tuan Yang di-Pertua: Luar daripada soalan pokok?

DN 6.9.2018 22

Tuan Sivarasa Rasiah: Ya, betul. Saya hendak sebut sebab ia agak luar daripada skop asal soalan, saya minta ini akan dikaji oleh kementerian dan jawapan bertulis diberikan. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid. Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, kita tahu bahawa banyak usaha untuk meningkatkan capaian api, air dan jalan luar bandar telah dilaksanakan. Namun, terdapat kawasan-kawasan yang belum sempurna. Berapa peratus lagi capaian yang belum sempurna terutamanya api, air dan jalan? Sekian, terima kasih. Tuan Sivarasa Rasiah: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan itu. Nasib baik ada statistik yang diminta bersama saya secara kebetulan. Saya boleh bantu sedikit di sini dengan maklumat itu. Berkaitan liputan bekalan air, saya mula dengan itu, ini ialah statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2016. Jadi kita kena ambil kira sudah dua tahun dahulu ya. Liputan bekalan air seluruh negara, 95.5 peratus. Liputan bekalan air bandar, 98.8 peratus. Liputan bekalan air luar bandar, 83.4 peratus. ■1100 Liputan bekalan elektrik untuk tahun yang sama daripada sumber yang sama. Liputan bekalan elektrik seluruh negara 99.9 peratus, hampir semua. Secara realiti Tuan Yang di-Pertua, kita susah untuk capai 100 juga sebab keadaan akan selalu berubah sedikit. Akan tetapi untuk bandar, liputan bekalan elektrik bandar memang disebut di sini sebagai 100 peratus. Manakala bekalan liputan elektrik luar bandar disebut di sini sebagai 99.7 peratus. Inilah angka yang saya dapati supaya kita dapat gambaran. Ini untuk air ya Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan angka-angka yang saya dapat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia kita melihat kemudahan air ini memang kurang khususnya di luar bandar di tiga negeri, Sabah, Sarawak dan Kelantan. Di Sabah just for the record, dengan izin, Sabah pencapaian pada tahun 2016 hanya 61.6 peratus, Sarawak- 66.4 peratus; dan Kelantan- 53.6 peratus. Pahang pun saya nampak kurang sedikit, 95.6 peratus itulah. Jadi berdasarkan angka-angka ini adalah hasrat kementerian dan kerajaan baharu ini untuk pastikan ketidakseimbangan ini harus diperbetulkan dalam tahun-tahun akan datang dan ini akan jadi tumpuan kerja kementerian. Sekian, terima kasih. Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih kerana memberikan saya satu peluang. Kementerian Pembangunan Luar Bandar ada sebuah institut yang menjaga tentang penyelidikan dan juga latihan pegawai-pegawai di luar bandar yang dikenali sebagai INFRA iaitu berdekatan

DN 6.9.2018 23

dengan rumah saya di kawasan Bangi. Jadi saya ingin mengetahui sejauh mana keberkesanan institut ini sebab jarang sekali kita mendengar tentang peranan dan fungsinya serta keberkesanannya kepada pembangunan masyarakat desa. Terima kasih. Tuan Sivarasa Rasiah: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor atas soalan tadi. Institut INFRA ini ialah institusi tunggak untuk tugas tanggungjawab latihan di dalam Kementerian Luar Bandar. Latihan yang diberikan adalah berjenis-jenis tetapi tumpuan sasaran program-program latihan yang diberikan ialah kepada masyarakat luar bandar. Contohnya, banyak program latihan ditumpukan kepada anggota dahulu yang dinamakan JKKK. Sekarang kita menamakan dengan MPKK atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Jadi ketua kampung, setiausaha dan anggota mereka dibawa ke institusi ini untuk diberi latihan bagaimana menguruskan kampung dan sebagainya. Ada juga program-program latihan berkaitan dengan keusahawanan dan satu contoh lagi ialah latihan-latihan untuk menambahbaikkan atau mempertingkatkan kualiti pengajaran di KEMAS ataupun tadika-tadika dan taska KEMAS. Ini antara contohnya. Ini bukan semua yang saya boleh sebut sebab sebenarnya soalan ini adalah di luar skop soalan yang asal tadi tetapi inilah yang saya boleh bantu dari segi skop latihan yang diberikan. Kalau Yang Berhormat Senator memerlukan maklumat lebih terperinci boleh menulis atau bertanya kepada saya. Sekian, terima kasih. Datuk Dr. Lucas Umbul: Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk bertanya soalan ini sebab ada disentuh mengenai negeri Sabah, Sarawak dan Kelantan tadi dan salah satunya saya khususnya untuk negeri Sabah, negeri di bawah bayu. Pertamanya Yang Berhormat Menteri, saya mahu tanya apakah kelulusan-kelulusan projek yang telah diluluskan oleh kerajaan yang lalu itu akan diteruskan oleh kerajaan baharu? Keduanya, sebagaimana yang kita maklum, di negeri Sabah ini khususnya di pedalaman- pedalaman dan saya ada rakan di sini Yang Berhormat Datuk Theodore Douglas Lind bersama dengan Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin, kawasan kami ini terletak di pedalaman dan masih banyak jalan-jalan raya yang becak, tanah merah. Kami mohon agar diberi penaiktarafan dalam jalan-jalan raya ini. Begitu juga dengan bekalan-bekalan air terawat, kami masih lagi memerlukan peruntukan dalam hal-hal ini. Begitu juga dengan elektrik, kami juga masih memerlukan elektrik-elektrik di luar bandar yang kami rasakan perlu dirasai oleh masyarakat pedalaman negeri Sabah setelah kita berada dalam Malaysia ini selama 61 tahun. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri juga, berapakah jumlah peruntukan untuk Kementerian Luar Bandar kepada negeri Sabah dalam

DN 6.9.2018 24

pembangunan jalan raya, bekalan elektrik dan juga bekalan air bersih ini untuk negeri Sabah pada tahun ini. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Dia hanya ada dua soalan. Tuan Sivarasa Rasiah: Dua soalan betul, ya memang. Saya mula dengan soalan yang pertama, status projek-projek yang telah diluluskan. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator, status semua projek yang diluluskan di bawah kerajaan lama memang sekarang dikaji semula. Kajian semula ini dibuat di peringkat Kementerian Kewangan dan EPU. Ini bukan terpakai sahaja kepada projek-projek di dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar tetapi kepada semua kementerian secara menyeluruh. Projek-projek sekarang telah dikategorikan dalam tiga kategori, yang kritikal, contohnya kesihatan dan keselamatan, yang sederhana kritikal ataupun kurang kritikal. Kajian semula ini dilakukan atas beberapa asas iaitu satu, sama ada keperluan projek itu secara prinsip secara dasar, kos yang diperuntukkan dulu dan sebagainya. Keputusan ini semua dibuat di peringkat Kementerian Kewangan dan EPU dan proses ini sekarang berterusan. Jadi itulah jawapan yang saya boleh beri secara umum. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Senator ingin tahu status apa- apa projek yang spesifik, boleh beritahu saya dan kita akan beri jawapan yang lebih terperinci, untuk projek-projek yang spesifik. Balik kepada soalan yang kedua tadi berkaitan dengan kedudukan kemudahan asas di negeri Sabah, mungkin Sarawak juga, tetapi di Sabah berkaitan dengan bekalan api, bekalan air dan jalan-jalan yang sedia ada. Saya mengaku, kita tahu dan angka yang saya sebut tadi untuk bekalan air ialah bukti untuk kedudukan realiti sekarang untuk Sabah dan Sarawak. Ini adalah susulan daripada bertahun-tahun pengabaian yang berterusan, bertahun-tahun di bawah kerajaan lama, ini yang dilakukan. Jadi itulah keadaan sekarang, kita mengakui itu dan kita tidak menafikan. Seperti saya sebut tadi, sekarang inilah komitmen Kerajaan Baharu untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ini yang berlaku dari segi pembangunan, infra dan sebagainya. Di Sabah dan juga di Sarawak dan juga seperti yang saya sebut macam negeri-negeri macam Kelantan, bukan sahaja di sana, sini pun, di Semenanjung pun ada kawasan-kawasan yang diabaikan. Saya tidak mahu masuk dalam cerita kenapa diabaikan, itu panjang lebar lagi. Akan tetapi saya lebih suka fokus kepada apa yang kita akan lakukan untuk masa hadapan sebab keadaan ini memang tidak adil. Kekayaan negara ini mesti diagihkan secara adil

DN 6.9.2018 25

dan rakyat Sabah, Sarawak seperti rakyat Malaysia, berhak menikmati yang sewajarnya daripada kekayaan kita dan merasai pembangunan khususnya dari segi kemudahan asas. Tadi saya sebut dalam jawapan mula saya, bajet ataupun peruntukan kepada kementerian ini untuk tahun 2018 daripada bajet yang diumumkan ialah RM3.86 bilion. Saya boleh sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada angka yang spesifik, kita boleh bagi secara bertulis tetapi sebahagian besar peruntukan itu adalah untuk Sabah dan Sarawak. ■1110 Akan tetapi bagi saya, yang pertama ialah angka itu, berapa besar peruntukan itu. Kedua ialah kita mesti pastikan inilah proses yang akan kita lakukan. Satu, sama ada projek-projek yang dahulu diluluskan itu perlu atau tidak. Adakah projek-projek untuk kawasan yang telah diabaikan, di manakah projek itu? Adakah projek itu pergi balik kepada tempat yang sudah dibangunkan ataupun adakah tempat-tempat yang masih diabaikan? Kita akan melihat aspek macam itu. Akhirnya, kita akan melihat juga kosnya sebab saya berpendapat ini secara umum, kita sudah berbelanja berbilion-bilion ringgit juga di Sabah dan Sarawak tetapi akhirnya, ini dari segi realiti yang kita nampak di bawah, ini tidak dapat dicerminkan dalam infra yang bermakna untuk rakyat Sabah dan Sarawak. Inilah aspek yang kita kena kaji dan kita akan betulkan dalam tahun- tahun yang akan datang. Sekian, terima kasih.

5. Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan, kadar tarif air bagi setiap negeri di Malaysia dan bagaimana kerajaan dapat mengawal agar kenaikan tarif air dapat dielakkan kerana ia membebankan pengguna.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariyah. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera semua. Soalan dari Yang Berhormat Senator, memohon menyatakan kadar tarif air bagi setiap negeri di Malaysia dan bagaimana kerajaan dapat mengawal agar kenaikan tarif air dapat dielakkan kerana ia membebankan pengguna. Tuan Yang di-Pertua, kadar tarif air yang dikenakan oleh operator air kepada pengguna adalah berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Bagi tahun 2017, kadar purata air domestik adalah RM0.62 per meter padu dan RM1.68 per meter padu bagi kategori industri. Purata kadar air mengikut negeri di Malaysia adalah seperti berikut:

DN 6.9.2018 26

(i) Pulau Pinang – domestik RM0.28 per meter padu, industri RM1.22 per meter padu; (ii) Pahang – domestik RM0.51 per meter padu, industri RM1.45 per meter padu; (iii) Terengganu – domestik RM0.48 per meter padu, industri RM1.04 per meter padu; (iv) Kelantan – domestik RM0.58 per meter padu, industri RM1.79 per meter padu; (v) Sabah – domestik RM0.62 per meter padu, industri RM1.79 per meter padu; (vi) Perlis – domestik RM0.53 per meter padu, industri RM1.30 per meter padu; (vii) Kedah - domestik RM0.60 per meter padu, industri RM1.40 per meter padu; (viii) – domestik RM0.63 per meter padu, industri RM1.56 per meter padu; (ix) Negeri Sembilan – domestik RM0.63 per meter padu, industri RM2.47 per meter padu; (x) Selangor – domestik RM0.69 per meter padu, industri RM2.07 per meter padu; (xi) Melaka – domestik RM0.69 per meter padu, industri RM2.07 per meter padu; (xii) Wilayah Persekutuan Labuan – domestik RM0.83 per meter padu, industri RM2.07 per meter padu; (xiii) Johor – domestik RM1.10 per meter padu, industri RM3.17 per meter padu; manakala (xiv) Sarawak boleh dibahagikan kepada tiga iaitu: (a) Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbangan, Sarikei, Kapit dan Miri – domestik RM0.59 sen per meter padu, industri RM1.04 per meter padu; (b) Bintulu – domestik RM0.61 per meter padu, industri RM1.21 per meter padu; dan (c) lain-lain bahagian di Sarawak adalah domestik RM0.53 per meter padu, industri RM1.15 per meter padu.

DN 6.9.2018 27

Tuan Yang di-Pertua, lazim yang akan terjadi ialah sebarang kenaikan kadar tarif pada masa hadapan akan membebankan pengguna. Dalam konteks bekalan air di Malaysia, kenaikan tarif air harus difahami dalam ruang lingkup yang lebih menyeluruh. Dalam hal ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melihat kepada hubung kait yang rapat antara tarif dan keupayaan syarikat-syarikat air untuk membekalkan perkhidmatan kepada pengguna, selari kepada kenaikan kos operasi dan kadar inflasi semasa. Adalah tidak adil untuk pengguna mengharapkan mutu perkhidmatan air yang meningkat saban hari, sedangkan operator air dinafikan hak untuk menaikkan tarif bagi membolehkan mereka membuat demikian. Secara prinsipnya dalam mempertimbangkan kenaikan tarif air, KATS memberikan pertimbangan kepada perkara-perkara seperti berikut. Pertama, terdapat negeri yang mana kadar tarif air sedia ada tidak disemak semenjak 35 tahun yang lalu, contohnya negeri Pahang yang akhir sekali 1983. Ini bermakna 35 tahun tidak diubah. Perlis yang terakhir diubah 1996, bermakna 22 tahun. Kedua, kadar tarif yang rendah akan menjejaskan anggaran pendapatan operator air yang ditetapkan dalam pelan perniagaan, lantas menjejaskan mutu perkhidmatan mereka kepada pengguna dan kadar tarif air sedia ada tidak dapat menampung kos operator-operator air khususnya peningkatan dalam kos perbelanjaan modal dan operasi pembekalan perkhidmatan air kepada pengguna seperti gaji pekerja, bahan kimia rawatan air, tenaga elektrik, pengangkutan dan lain-lain lagi. Mengambil kira akan perkara tersebut, kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang merangka mekanisme penetapan tarif air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: (i) kenaikan kadar tarif air dilakukan secara terkawal; (ii) melindungi kepentingan pengguna secara keseluruhan; (iii) mengambil kira keperluan khas rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah; (iv) berupaya meningkatkan keupayaan dan kecekapan operator air; dan (v) ketelusan idea serta mudah difahami. Terima kasih. Dato’ Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah diberikan yang agak detail.

DN 6.9.2018 28

Soalan saya, kalau kita lihat daripada kadar-kadar yang diberikan dan dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kadar tarif air domestik per meter padu adalah di sekitar 20 sen ke RM1.10. Johor paling mahal, negeri saya ini, RM1.10 per meter padu dari segi tarif air domestik. Akan tetapi, apa persoalan yang saya hendak kemukakan adalah berkenaan dengan tarif pukal Tuan Yang di-Pertua sebab kita tengok di sesetengah negeri, tarif pukal dan tarif domestik dia jauh sangat beza. Contohnya macam dekat Johor, kalau kita tengok dekat dalam website, saya tengok di SAJ Johor, tarif domestiknya adalah 80 sen per meter padu tetapi kalau kita tengok tarif pukalnya adalah RM1.60, maknanya seganda. Di Selangor pula kita tengok RM0.57 tarif domestik dan bagi tarif pukal adalah RM1.38. Oleh sebab kita tahu tarif pukal ini adalah satu caj yang dikenakan oleh syarikat air kepada pengurusan apartment, pengurusan kondominium dan sebagainya. Apabila terima caj ini, kondominium akan proratekan mengikut isi rumah. ■1120 Kita tahu, kadang-kadang satu isi rumah itu kadang-kadang tidak pakai sampai 20 cubic pun. Maknanya kerana caj yang dikenakan mahal oleh syarikat air ini, terpaksa ditanggung oleh penghuni-penghuni ataupun isi rumah yang walaupun tidak menggunakan lebih daripada 20 meter padu. Ini mereka tidak dapat menikmati kadar ataupun air percuma yang ditawarkan oleh kerajaan-kerajaan negeri. Maka saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan, kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji dan menyelaras semula tarif air di kadar yang lebih murah bagi pengguna yang memegang akaun-akaun kediaman tarif pukal, khususnya di rumah- rumah PR1MA, di rumah-rumah pangsapuri dan di rumah-rumah murah supaya dapat membantu golongan B40 ini mengurangkan beban kos sara hidup? Walaupun saya tahu di Selangor, saya tengok memang dia ada dia rate kan. Macam kondominium berapa rate. Kemudian rumah ibadat, rumah murah, apartment walaupun- dia agak mahal RM1 juga berbanding dengan domestic usage. Akan tetapi banyak negeri yang tidak mengkategorikan terutamanya di rumah-rumah kos rendah dan juga rumah-rumah mampu milik. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya kira soalan itu perlu diambil kira sebab Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa mendahulukan rakyat. Mana-mana cadangan yang baik, kita akan terima. Terima kasih.

DN 6.9.2018 29

6. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin minta Menteri Pertahanan menyatakan, apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada pesara-pesara tentera dan terutamanya mereka yang telah menjadi balu kepada suami mereka yang telah berjuang demi keselamatan dan keamanan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan ]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin. Kementerian Pertahanan sentiasa membela dan menjaga kebajikan veteran ATM sama ada veteran berpencen atau tidak berpencen dan balu veteran ATM dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kebajikan. Program-program khusus atau bantuan-bantuan yang disediakan adalah seperti berikut: (i) bantuan sara hidup; (ii) bantuan persekolahan dan kolej vokasional kebangsaan; (iii) bantuan kemasukan ke institusi pengajian awam atau politeknik; (iv) bantuan perubatan; (v) bantuan peralatan pesakit; (vi) bantuan bencana alam; dan, (vii) bantuan pengurusan jenazah. Spesifik untuk balu ialah seramai 2,059 orang balu diberi bantuan sara hidup sebanyak RM300 sebulan. Terima kasih. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah, adakah pihak kementerian juga menyediakan tabung- tabung bantuan untuk anak-anak pesara ataupun balu-balu tentera yang masih di alam persekolahan dan yang tidak berkemampuan dari segi bantuan persekolahan, biasiswa dan sebagainya bagi membantu pendidikan mereka ini? Terima kasih. Tuan Liew Chin Tong: Kalau mereka di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), maka mereka akan dapat bantuan, kalau di bawah garis itu. Terima kasih.

7. Datuk Lim Pay Hen minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:

(a) penambahbaikan harga pasaran padi di Malaysia berikutan penamatan kontrak BERNAS; dan

(b) bagaimana pemansuhan monopoli dapat memberi peluang kepada pengimport lain.

DN 6.9.2018 30

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Tuan Sim Tze Tzin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen kerana bertanyakan soalan tentang BERNAS. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini, harga belian padi dilaksanakan secara seragam melalui Guaranteed Minimum Price iaitu padi tempatan hendaklah dibeli pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Manakala harga beras import pula tidak akan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding beras tempatan. Pendekatan ini berjaya memastikan bekalan beras terjamin, malah turut dapat melindungi kepentingan pengguna, pendapatan petani serta kelangsungan industri beras negara. Oleh itu, aspek harga beras juga perlu diteliti oleh kementerian bagi memastikan penamatan monopoli BERNAS apabila dilaksanakan kelak tidak menjejaskan bekalan beras di pasaran. Pada masa ini, kerajaan sedang mengkaji pelbagai aspek berhubung cadangan penamatan monopoli BERNAS bagi memastikan pelaksanaan tidak akan menjejaskan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti petani, pemain industri, kerajaan dan pengguna. Walau bagaimanapun, pemansuhan monopoli import oleh BERNAS apabila dilaksanakan kelak, akan memberi peluang kepada syarikat lain seperti pengimport berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan, selaras dengan keperluan beras negara. Ini bagi memastikan pengimport yang dilantik berkemampuan dari segi kewangan dan berpengalaman di dalam industri padi dan beras. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan risiko seperti pengimport yang kurang berwibawa dalam pengurusan beras dan seterusnya menimbulkan masalah kestabilan bekalan beras negara. Terima kasih. Datuk Lim Pay Hen: Terima kasih atas jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Soalan tambahan saya ialah bagaimana kementerian kini yang ingin melibatkan lebih ramai player, dengan izin, dalam industri beras yang juga mempunyai kemampuan untuk menyediakan kemudahan rantaian seperti kilang, borong dan runcit yang sama seperti BERNAS atau lebih baik apabila perjanjian konsesi penswastaan dengan BERNAS bakal tamat pada 10 Januari 2021 nanti? Sekiranya kementerian ingin membuka konsesi kepada player lain, apakah terma-terma perincian yang akan diperhalusi supaya tanggungjawab yang sama ada BERNAS seperti penjaga stok penimbal beras negara, pembeli terakhir kepada pesawah padi diambil kira? Akhir sekali, saya mohon agar dibekalkan senarai terperinci lokasi atau negeri dan jumlah gudang penyimpanan stok penimbal beras negara yang terkini dengan jawapan bertulis. Ini kerana menurut pengetahuan saya, stok penimbal beras seharusnya mampu bertahan 100 hari

DN 6.9.2018 31

dengan 644,000 tan metrik. Saya terkejut apabila kementerian menyatakan stok penimbal beras negara hanya mampu bertahan 22 hari sahaja. Sekian, terima kasih. Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator. Buat masa sekarang, saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Senator bahawa sebenarnya, apa yang dimaklumkan 22 hari itu sebenarnya adalah iron stock. Ada tiga jenis stok penimbal. Satu adalah stok penimbal sedia ada iaitu iron stock. Ada stok dagangan dan juga stok peringkat pemborong dan peruncit. Iron stock iaitu stok penimbal sedia ada, ia boleh bertahan selama 22 hari. Iron stock adalah 150,000 metrik tan. Stok dagangan adalah 180,000 metrik tan dan stok pemborong atau peruncit adalah 314,000 metrik tan. Total adalah 644,000 metrik tan. Ini bermaksud bahawa kalau kita katakan stok penimbal sedia ada iaitu iron stock, 22 hari dan stok dagangan dan ditambahkan dengan stok peringkat pemborong dan peruncit, total boleh menampung sekurang-kurangnya 95 sehingga 100 hari. Itu adalah penjelasan kepada Yang Berhormat supaya Yang Berhormat tahu bahawa ada tiga jenis stok penimbal. Untuk isu bagaimana kita boleh melibatkan lebih ramai player dan juga perincian- perincian, itu masih dalam peringkat perbincangan. Kita belum ada satu ketetapan lagi kerana masih ada masa untuk kita buat dasar yang baharu terutamanya kita tahu bahawa kita ada syarat- syarat yang ditetapkan oleh Ministry of Economic Affairs (MEA) dan juga kita ada feedback- feedback daripada the players, the stakeholders contohnya petani, pesawah, NGO, pengilang, pemborong dan juga pengguna. ■1130 Itu semua masih kita libatkan perbincangan daripada semua stakeholders supaya mereka memberi perincian kepada kami. Secara dasar, kita melaksanakan pemansuhan monopoli kerana kita tahu bahawa dari segi sektor padi dan beras yang begitu penting sebagai the staple food of the country. Tidak seharusnya dipegang oleh satu syarikat monopoli dan dikuasai oleh satu orang sahaja. Itu the fundamental- monopoli ia akan create inefficiency dan pelbagai masalah, the fate of the country shouldn’t be control by just one person, one company. Itu adalah daripada kami. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang saya pun setuju. Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beras asalnya padi, Yang Berhormat. Jadi soalan saya berhubung dengan padi. Kalau kita melihat- saya sendiri dari Kedah dan saya ada bendang, ada sawah dan sebagainya. Yang Berhormat,

DN 6.9.2018 32

kalau kita melihat selama ini, kalau kita pergi sebelah Kedah itu di bawah rumah-rumah petani ini Yang Berhormat, baja yang tidak dipakai itu bertimbun-timbun di bawah rumah. Baja ini adalah baja urea yang tidak dikaji langsung keberkesanannya kepada padi kita. Ikan mati, ular mati, macam-macam mati. Orang pun mati Yang Berhormat. Tengah duk tabur baja itu, tiba-tiba jatuh mati. Baja ini masih diteruskan. Saya difahamkan kerana Lembaga Pertubuhan Peladang kalau tidak salah saya atau NAFAS yang mengeluarkan baja-baja ini. Kalau kita lihat di Jepun Yang Berhormat, mereka menggunakan microbes. Microbes rejuvenate balik, dengan izin, tanah kita. Apakah kerajaan baharu akan mengkaji baja-baja yang tidak dipakai oleh orang kampung ini Yang Berhormat, yang dibuang begitu sahaja? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah kerana memberi feedback yang secara honest dan juga berterus terang kepada kami. Kita memang tahu ada – kita terimalah cadangan dan juga teguran daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi secara terbuka kerana Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi orang Kedah dan tahu tentang masalah setempat. Sebenarnya kami pun ada terima pelbagai rungutan dan juga feedback tentang isu baja. Kementerian kita memandang seriuslah tentang isu ini dan kita tengah buat kajian kerana kita tidak boleh memakai satu baja, one size fits all daripada Perlis sampai Kedah, sampai Sabah dan Sarawak, semuanya pakai satu. Ini kerana setiap tanah dia ada soil profiling yang berbeza dan kita tahu tentang isu ini. Kita tengah mencari jalan yang lebih baik supaya baja yang diberikan sesuai kepada keadaan tanah setempat. Kita kena buat soil profiling, MARDI kena buat kajian yang lebih teliti dan menasihati pengeluar baja seperti NAFAS dan yang mungkin bakal dibuka dan syarikat-syarikat baja supaya mereka tahu bahawa apa yang lebih efektif. Kita tahu bahawa teknologi yang baharu seperti microbes dan sebagainya, ini adalah cara pengeluaran baja yang baru. Saya terima teguran daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi. Terima kasih. Datuk Lim Pay Hen: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Tadi soalan tambahan sudah Yang Berhormat. Datuk Lim Pay Hen: Ada satu soalan lagi, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh Yang Berhormat Senator. Datuk Lim Pay Hen: Saya hendak tanya tentang skim intensif pengeluaran beras.

DN 6.9.2018 33

Tuan Yang di-Pertua: Jumpa Yang Berhormat Menteri di luar Yang Berhormat Senator. Datuk Lim Pay Hen: Ada tidak... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Datuk Lim Pay Hen: Saya hendak tanya tentang skim SIPP itu. Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, saya tidak benarkan Yang Berhormat. Sila duduk. Datuk Lim Pay Hen: [Ketawa] Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ini kerana Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila kita kemukakan soalan tambahan, seorang satu soalan. Takkan ini akan jadi perbahasan. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baharu apabila masa soalan kena bagi soalan, cadangan semasa perbahasan. Ini kerana kita hendak bagi peluang kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri baharu ini supaya boleh menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan selesai.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.35 pg. Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Liew Chin Tong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputus dan diluluskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 12 September 2018.”

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong?

DN 6.9.2018 34

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Shah bin Raja Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Pertama, Majlis Parlimen Yang Keempat Belas.” [5 September 2018]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri Wilayah.

11.37 pg. Timbalan Menteri Wilayah [Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam harapan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah ingin mengucapkan terima kasih, terutamanya kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan izin kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Titah Diraja pada kali ini...

DN 6.9.2018 35

Tuan Yang di-Pertua: Sebentar Yang Berhormat Timbalan Menteri.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat Timbalan Menteri, mula. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh: Tuan Yang di-Pertua, saya sambung. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Titah Diraja pada kali ini dan telah menyentuh isu-isu di bawah Kementerian Wilayah, yang telah mengemukakan soalan-soalan dan cadangan-cadangan. Akan tetapi, terlebih dahulu daripada itu, juga saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengalu- alukan kehadiran daripada tetamu kita, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan juga Persatuan Penduduk Muhibah, Parlimen Jerai... [Tepuk] Ada?... [Disampuk] Tiada. Saya khususnya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad, ada ya? Ada, sorry Yang Berhormat nampak kepala sahaja. Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff yang telah menyentuh beberapa perkara yang ada kaitannya dengan Kementerian Wilayah ini. Saya mulakan dengan memberi respons kepada Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad yang telah membangkitkan mengenai sewaan dewan komuniti di Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator Perbadanan Putrajaya sentiasa menyokong pembangunan sukan di Putrajaya. ■1140 Perbadanan Putrajaya bukan sahaja membantu dari aspek bantuan bagi penganjuran sukan, penyertaan kejohanan dan pembelian peralatan bagi persatuan yang layak, malah penggunaan facility, kemudahan Perbadanan Putrajaya turut diberikan pada kadar yang paling minimum. Penggunaan dewan bagi tujuan latihan diberikan diskaun sebanyak 50 peratus, manakala bagi penganjuran kejohanan diberikan diskaun tambahan akan turut dipertimbangkan. Sebagai contohnya, pada tahun 2018 sahaja, Persatuan Badminton Putrajaya telah memohon untuk menganjurkan empat kejohanan yang kesemuanya berjumlah penyewaan pada kadar biasa adalah sebanyak RM23,800. Namun begitu bagi tujuan membantu persatuan sukan, kadar pengurangan sebanyak 70 peratus telah diberikan. Ini bermakna, persatuan cuma perlu membayar RM7,140 sahaja daripada jumlah asalnya yang sebanyak RM23,800. Perbadanan Putrajaya perlu

DN 6.9.2018 36

mengimbangkan di antara tanggungjawab sosial dan keperluan kos bagi penyelenggaraan kemudahan facility ini. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kos penyewaan gelanggang bagi facility di Perbadanan Putrajaya adalah antara yang terendah di kawasan setempat di mana kadar sewaan sedia ada tidak pernah dinaikkan sejak tahun 2008. Bagi gelanggang badminton, kadar biasa yang dikenakan ialah RM8 sejam. Ini bermakna bagi badan sukan, mereka cuma perlu membayar RM4 sejam selepas diberikan diskaun sebanyak 50 peratus. Satu kadar yang cukup rendah dan pastinya langsung tidak dapat menampung kos penyelenggaraan sebenarnya. Akan tetapi demi pembangunan sukan di Putrajaya, pengurangan sedemikian tetap akan diberikan. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM130,000 sebagai bantuan pentadbiran kepada persatuan- persatuan sukan di Putrajaya di mana Persatuan Badminton Putrajaya telah menerima bantuan sebanyak RM5,000. Kami mengambil maklum kebimbangan Yang Berhormat Senator dan kami sentiasa bersedia untuk berbincang dengan mana-mana badan sukan ke arah kecemerlangan sukan di Putrajaya. Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh: Silakan. Dato’ Sri Khairudin Samad: Tuan Yang di-Pertua, macam inilah, untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya menjadi anggota Perbadanan Putrajaya selama sembilan tahun. Sewaktu saya menjadi anggota Perbadanan, saya tidak pernah- kalau kita kena caj, kita minta dikecualikan kerana pembangunan sukan yang dilakukan di Putrajaya adalah untuk masyarakat Putrajaya dan kita tidak mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan. Kalau kita caj, akan balik kepada warga Putrajaya yang rata-ratanya adalah kakitangan kerajaan. Itu yang pertama. Kedua, saya sebagai anggota Perbadanan pada ketika itu telah pun membuat keputusan, telah meminta pentadbiran supaya tidak membenarkan majlis perkahwinan diadakan di dalam dewan. Ini kerana apabila ada majlis perkahwinan di dalam dewan, ia akan merosakkan parket-parket di dalam dewan itu apabila sirap, dalca, kurma dan sebagainya tumpah ke atas lantai. Itu merupakan satu kerosakan yang walaupun bayarannya minimum. Akan tetapi untuk sukan ini, saya minta dikecualikan. Akan tetapi oleh sebab habis semua dewan-dewan, semua Presint di Putrajaya ini, Dewan Komuniti digunakan untuk majlis perkahwinan, maka hanya satu dewan yang saya sempat pertahankan bertahun-tahun untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan atau majlis-majlis yang lain yang melibatkan ada makanan dan minuman supaya tidak rosak dewan itu.

DN 6.9.2018 37

Dewan Presint 11 ini dapat dipertahankan sehingga saya tamat menjadi anggota Perbadanan apabila saya dilantik menjadi Ahli Dewan Negara. Saya mohon berhenti dan sekarang ini, saya tengok bebas. Bebas menggunakan dewan itu dan saya takut itu yang menyebabkan dewan rosak, rosak parket-parket ini seperti juga Dewan Sepak Takraw Titiwangsa sekarang ini yang dahulunya, asalnya ialah Dewan Sepak Takraw itu, habis semuanya rosak kerana kita membenarkan diadakan majlis perkahwinan. Keputusan yang dibuat oleh anggota Perbadanan tidak boleh di overrule oleh mana-mana badan sehingga anggota Perbandaran sendiri yang membenarkan. Akan tetapi ini yang menjadi masalah Tuan Yang di-Pertua. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong lihat dan pertimbangkan. Kita dapat daripada majlis sukan RM5,000, betul. Akan tetapi kalau kita lihat sekali hendak menggunakan dewan itu kena bayar RM7,000. Di mana kita hendak cari lagi RM2,000? Saya tidak menekan kepada warga Putrajaya untuk membayar segala perbelanjaan kepada kejohanan-kejohanan yang kita jalankan. Ia untuk memajukan sukan terutama sekali kepada masyarakat, penduduk, warga Putrajaya. Sekian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad merupakan ibaratnya Ketua Penghulu di Wilayah Persekutuan juga kan. Baik, terima kasih. Silakan Yang Berhormat. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Komen atau cadangan, keprihatinan yang dikemukakan tadi saya akan ambil maklum. Walau bagaimanapun, saya ingin nyatakan di sini bahawa kita masih tetap juga ada memberikan kemudahan percuma dalam menggunakan dewan-dewan untuk kegiatan sukan. Apatah lagi kalau kegiatan sukan itu melibatkan pembangunan atlet di kawasan Putrajaya yang mewakili Wilayah Persekutuan ke mana-mana kejohanan sukan. Setiap permohonan yang dikemukakan kepada pihak Perbadanan, sudah tentu akan dinilai dan diteliti untuk pembangunan dan juga untuk faedah dan pulangan kepada warga Putrajaya. Sebenarnya komen yang disebutkan tadi tentang penggunaan sukan untuk majlis perkahwinan dan sebagainya, saya akan ambil maklum dan bawa kepada pengetahuan pihak Perbadanan. Terima kasih Yang Berhormat. Saya teruskan dengan penggulungan seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff telah membangkitkan mengenai operasi bersepadu di bawah Kementerian Wilayah. Untuk makluman Yang Berhormat, operasi bersepadu yang di selaras oleh Kementerian Wilayah ini dikenali sebagai Operasi Banteras Aktiviti Haram ataupun “Ops BAH” merupakan inisiatif

DN 6.9.2018 38

Kementerian Wilayah dengan menggabungkan 28 agensi penguatkuasaan dan 18 badan bukan kerajaan (NGO) yang dijalankan 12 kali setahun sejak 16 April 2014 yang lalu. “Ops BAH” ini dijalankan dengan mengguna pakai akta-akta dan SOP agensi penguatkuasaan utama seperti berikut: (i) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992; (ii) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983; (iii) Akta Dadah Berbahaya 1952; (iv) Akta Agensi Dadah Kebangsaan 2004 (AADK); (v) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan) 2002; (vi) Akta Kastam 1997; (vii) Akta Rumah Perjudian Terbuka; (viii) Akta Petaruhan 1953; (ix) Akta Loteri 1952; (x) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998; (xi) Akta Cukai Pendapatan 1967; (xii) Akta 559; (xiii) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997; dan (xiv) Akta SPRM 2008. ■1150 Selain itu, Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) juga turut dihadiri oleh 18 buah NGO atau badan bukan kerajaan yang bertindak sebagai pemerhati mata dan telinga kepada kerajaan terutamanya dalam aspek pemberi maklumat dan juga ejen kepada masyarakat setempat. Ops BAH Siri 46, kali ke-46, telah pun diadakan pada 17 hingga 18 Ogos 2018 yang menyasarkan permasalahan dadah di kawasan perumahan PPR, masalah dadah di hotel-hotel bajet sekitar Kuala Lumpur dan juga di pusat hiburan. Sasaran ini berdasarkan aduan orang ramai terutamanya yang melibatkan permasalahan gejala sosial di pusat hiburan termasuklah penyalahgunaan dadah. Kesalahan Jenayah Syariah, Akta 559 seperti minuman yang memabukkan seksyen 19, pelacuran seksyen 21, “muncikari” ini perkataan baru iaitu “bapa atau mak ayam”, seksyen 22. Jadi Yang Berhormat Senator kena biasakan dengan perkataan “muncikari”, orang lelaki yang berlagak seperti perempuan, yang ini lelaki berlagak seperti perempuan Tuan Yang di-Pertua,

DN 6.9.2018 39

seksyen 28. Ops BAH telah pun menjalankan serbuan di sebuah pub restaurant, yang bernama The BlueBoy Pub yang dikenal pasti sebagai pusat gay atau gay bar, bar ini ada gay bar yang terkenal di seluruh dunia. Pemeriksaan mendapati bahawa premis ini telah pun melanggar peraturan seperti berikut. Pertama, Akta JAWI, di mana 20 orang lelaki Islam iaitu pondan dan gay telah pun disiasat di bawah seksyen 21 dan seksyen 28, di bawah Akta 559. Kedua, AADK semasa serbuan dijalankan 11 orang telah disaring dan satu orang didapati positif dadah jenis syabu di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Kesalahan lain ialah tentang Akta Kastam di mana kompaun telah dikeluarkan sebanyak RM4,000 di atas kesalahan di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Kemudian ini adalah tentang kesalahan Akta LHDN, disiasat di bawah seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan SSM. Notis dikeluarkan di bawah seksyen 19A(1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957. Ops BAH akan diteruskan lagi dan dipergiatkan lagi dalam usaha membanteras aktiviti haram termasuklah pusat siber, judi haram, pusat hiburan, penyalahgunaan dadah, pusat urut tanpa lesen, salah guna lesen, pendatang tanpa izin dan Kesalahan Jenayah Syariah, Akta 559. Langkah seterusnya ialah Ops BAH 2.0 juga akan dilaksanakan dengan memberi tumpuan operasi persempadanan di antara Kuala Lumpur dan pihak berkuasa tempatan di Selangor. Selain itu, waktu masa pusat hiburan beroperasi akan dinilai dan dikaji semula di samping mengetatkan lagi syarat-syarat lesen pusat-pusat hiburan ini. Kami amat berterima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Senator dan juga mengalu-alukan Yang Berhormat Senator untuk menyalurkan sebarang aduan aktiviti haram di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat... Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah boleh? Timbalan Yang di-Pertua: Silakan. Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kementerian Wilayah yang membuat serbuan di kelab gay, The BlueBoy Pub, selepas itu ada satu lagi nama “Muncikari” yang saya tahu nama “meen kari” itu adalah kari ikan, dengan izin, tetapi ini “muncikari” bukannya bahan makan, nanti orang ingat macam ada special punya menu pula. Jadi, saya mahu ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Wilayah kerana kelab gay ini, sekarang ini di dalam Kuala Lumpur Tuan Yang di-Pertua, lelaki dengan lelaki pun boleh pegang tangan naik tangga, boleh macam ini pun... [Membuat isyarat tangan] Di khalayak

DN 6.9.2018 40

ramai. Kalau tidak ada tindakan yang tegas ataupun kita kena bersepadu di dalam mengurus perkara ini, penyakit ini akan melekat di warga kota dahulu. Ini kerana penglibatan- sekarang budak sekolah, sekolah pun ada, yang menjual minyak wangi pun, saya pun tidak tahu macam mana mahu diistilahkan. Akan tetapi saya minta kepada Kementerian Wilayah ada tidak kelab gay lain lagi di dalam wilayah ini ataupun yang duduk tanpa orang tahu? Kalau ada, saya sendiri mahu volunteer bersama rakan-rakan lain untuk membasmi atau mengurangkan masalah ini kerana ini penyakit yang saya sendiri risau, generasi anak kita, macam mana kita mahu buat? Ia tidak boleh diberikan kepada kementerian sahaja, kena ada penglibatan. Oleh sebab itu saya suka kelab seperti ini yang terkenal di dalam dunia ini orang datang, saya dapat makluman daripada pegawai kelab ini menjadi tumpuan di Jalan Sultan Ismail. Jadi, saya minta kalau ada nama-nama kelab lain tolong bawa ke tengah dan buat serbuan, jangan satu kelab yang terkenal sahaja, mungkin banyak lagi yang kita tidak tahu. Minta untuk diambil tindakan. So, saya puji, saya tahu pegawai-pegawai ini kerana saya dulu adalah bekas Lembaga Penasihat Bandaraya selama sembilan tahun. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai, saya tengok penguat kuasa pun yang mahu masuk Dewan, semua badan pun sudah steady, jadi tidak ada masalah dalam penguatkuasaan ini. Saya ucapkan tahniah dan saya harap perkara ini boleh di-selalukan dan boleh bekerjasama dengan bukan hanya satu atau dua NGO, libatkan semua orang. Itu pandangan saya, terima kasih. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh:Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, kelab The BlueBoy Pub ini, saya difahamkan bahawa memang terkenal seluruh dunia kerana ia telah mempamerkan perkhidmatannya ke seluruh dunia melalui sosial media. Saya difahamkan juga bahawa di sekitar Kuala Lumpur ini mengikut risikan kita, katanya ada enam buah kelab lagi, gay club ini. Kita mengalu-alukan sebarang laporan kepada kita untuk kita membuat Operasi BAH ini. Sebenarnya yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Senator, gay ini dia pelik sikit, Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu umpamakan, saya tidak ada pengalamanlah tetapi ini diceritakan- penceritaan. Kalau seorang lelaki bersentuh kulit dengan seorang perempuan itu biasa tetapi kalau seorang lelaki bersentuh kulit dengan lelaki, satu perhubungan intim dibiarkan di antara lelaki dengan lelaki, dia punya... Seorang Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

DN 6.9.2018 41

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh: [Ketawa] Karan ada lebih sedikit. Oleh sebab itu, dalam Islam dilarang bersentuhan antara lelaki dengan lelaki ini rupanya. Jadi, dalam perkara ini yang peliknya kelab gay ini, dia suka kepada orang yang handsome ini dan badannya pun sado-sado. Kalau saya mahu sebutkan di sini, jangan pula nanti Yang Berhormat Senator menyaman saya ya. Badan seperti Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal, diminati oleh pengamal-pengamal gay ini. Jadi, baik-baik sikit Yang Berhormat Senator, badan sado ni... [Dewan ketawa] ■1200 Kelab BlueBoy ini, di beritakan kepada saya bahawa memang tumpuan kerana pendatang-pendatang daripada ataupun pengunjung luar daripada Eropah, Australia yang datang ke mari ini memang memilih kelab ini kerana dia kata taste orang Asia ini. Memang tumpuan dia ke mari, ini sedikit sahajalah hendak penceritaan nanti Yang Berhormat [Ketawa] Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat minta laluan. Yang Berhormat Menteri, saya dengar tadi, saya pun takut. Akan tetapi Yang Berhormat tidak bercerita mengenai- Yang Berhormat hanya bercerita. Ini diskriminasi gender. Apa pula yang berlaku antara perempuan menyentuh perempuan. Apa perasaan dia pula? Terima kasih. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh: Yang Berhormat Senator terima kasih. Akan tetapi mungkin saya tidak ada maklumat tentang bila kulit perempuan bertemu dengan perempuan. Tidak perlulah, mungkin saya buat jawapan bertulis kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator. Jadi saya mengalu-alukan usaha ataupun cadangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal. Kesanggupan kalau boleh bersama-sama kita dalam “Ops BAH” yang akan datang. Terima kasih banyak. Seterusnya juga saya akan sentuh tentang soalan yang telah dinyatakan kepada Kementerian Wilayah yang membangkitkan soal Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Wilayah sentiasa komited untuk meneruskan pembangunan perumahan Program RUMAWIP demi manfaat kepada rakyat khususnya warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehubungan itu, bagi meneruskan kesinambungan Program RUMAWIP pada masa akan datang, Kementerian Wilayah akan memastikan pembangunan RUMAWIP di Wilayah Persekutuan dilaksanakan selaras dengan hala tuju dan panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selaku peneraju perumahan negara. Sebagai makluman Yang Berhormat Senator, sehingga 31 Ogos 2018 terdapat sebanyak 7,071 unit

DN 6.9.2018 42

RUMAWIP melibatkan 12 projek yang ditawarkan pada harga di bawah RM200,000 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Saya teruskan sahaja. Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Minta maaf. Boleh mencelah? Saya ucap terima kasih kepada Kementerian Wilayah kerana RUMAWIP ini memang cadangan datang daripada Yang Berhormat Menteri yang lepas iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Satu kaedah yang orang- terutamanya orang Melayu boleh memiliki harta dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan dalam 800 kaki persegi hingga 900 kaki persegi kita boleh beli dalam harga RM200,000. Akan tetapi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian merancang untuk menjual dengan harga lebih murah lagi daripada harga yang ada ini untuk membolehkan mereka golongan yang mampu untuk beli yang lebih murah lagi dalam RM150,000 atau RM120,000. Kalau ada kaedah atau perancangan yang ke depan ini. Terima kasih. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Harga siling yang telah ditetapkan dalam harga RUMAWIP ini ialah RM300,000. Walau bagaimanapun, ada pihak developer yang membangunkan rumah dengan harga kurang daripada RM200,000. Saya ingin menimbulkan di sini juga ada sebelum ini iaitu RUMAWIP ini dengan harganya RM35,000 dahulu pernah berlaku. RM35,000, RM42,000. Akan tetapi pada masa itu ialah kerana kawasan tanah itu kawasan setinggan maka kerajaan telah memberikan pampasan juga kepada penduduk di kawasan itu. Akan tetap setakat ini, yang saya difahamkan bahawa kos bagi rumah 800 kaki persegi, tiga bilik dan dua bilik ini pada tahap RM200,000. Pihak pemaju mungkin mendapat kekangan kerana harga tanah yang tinggi, kerana itu satu perkara, maklumlah harga tanah di Kuala Lumpur ini begitu tinggi. Jadi kalau pihak pemaju dapat tanah yang mungkin lebih murah, sudah pasti pihak pemaju akan menjual dengan harga yang lebih rendah. Saya ambil maklum perkara itu dan akan bawah ke pihak kementerian. Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal juga telah membangkitkan mengenai Program Bas Sekolah Percuma. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Program Bantuan Bas Sekolah Percuma mula dilancarkan pada tahun 2017 melibatkan sejumlah 9,171 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri dari penghuni tetap perumahan awam dan Program Perumahan Rakyat di 11 kawasan Parlimen, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tidak termasuk Labuan dan tidak juga di Putrajaya.

DN 6.9.2018 43

Syarat-syarat bagi pemilihan pelajar ke dalam Program Bantuan Bas Sekolah Percuma ini adalah terbuka kepada anak-anak yang menyewa ataupun yang duduk di kawasan rumah Perumahan Awam (PA) ataupun di rumah PPR milik DBKL yang sah sahaja. Pelajar daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 5, dan melibatkan sekolah kebangsaan sahaja, tidak termasuk Sekolah Agama dan akhirnya syarat akhir ialah melibatkan sesi persekolahan biasa. Tidak termasuk aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan. Pada tahun 2017, 71 pengendali bas sekolah telah dilantik secara terus dengan memberi peluang kepada pengusaha dan pengendali bas sedia ada. Permit yang sah diwajibkan dan dokumen-dokumen berkaitan telah diteliti dan telah diperakukan sah oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PUSPAKOM, dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk beroperasi. Hasil pelaksanaan program ini, memberikan impak positif untuk membantu golongan penghuni di bawah B.40 untuk menyara anak ke sekolah. Maka Program Bantuan Bas Sekolah Percuma diteruskan pada tahun 2018 sehingga tahun 2019. Maknanya, kerajaan pada hari ini meneruskan program ini. Sehingga Ogos 2018, seramai 9,300 pelajar telah mengikuti Program Bantuan Bas Sekolah Percuma ini dengan pertambahan sebanyak ataupun seramai 130 orang pelajar. Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan ekonomi negara masih dalam proses pemulihan, kerajaan merancang untuk meneruskan program Bantuan Bas Sekolah Percuma ini dan ada kemungkinan berkebolehan berkolaborasi dan bekerjasama dengan pelbagai agensi serta Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, badan-badan swasta atau korporat memalui CSR dan sumbangan berbentuk dana dan sebagainya. Ingin saya sebutkan di sini, perbelanjaan yang telah pun dikeluarkan oleh pihak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) bagi Program Bantuan Bas Sekolah Percuma bagi tahun 2017 dan tahun 2018 ini ialah sebanyak, untuk bagi tahun 2017 perbelanjaan yang telah dikeluarkan ialah RM9,991,921 hampir RM10 juta Program Bas Sekolah Percuma. Setakat tahun 2018 ini sahaja, setakat bulan ini, sudah hampir RM6,709,230 iaitu hampir RM7 juta perbelanjaan telah dikeluarkan untuk Program Bas Sekolah Percuma ini. Itu jawapan kepada persoalan yang dikemukakan berkenaan bas sekolah percuma. Tiada soalan tambahan? ■1210 Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal juga telah membangkitkan mengenai tunggakan-tunggakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

DN 6.9.2018 44

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Wilayah melalui agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dari semasa ke semasa khususnya Jabatan Penguatkuasaan telah mengambil tindakan ke atas kenderaan-kenderaan yang didapati melakukan kesalahan lalu lintas sama ada parkir kenderaan di garisan kuning serta ingkar arahan papan tanda isyarat lalu lintas sehingga menyebabkan halangan, kesukaran kepada pengguna-pengguna kenderaan lain. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sememangnya maklum akan peratusan penyelesaian notis kesalahan yang rendah atau tertunggak. Bagi menyelesaikan isu ini dan permasalahan tersebut, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil beberapa langkah proaktif seperti berikut pertama pemberian kadar khas oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah, Datuk Bandar Kuala Lumpur sempena Hari Kebangsaan, sebagai dorongan untuk menggalakkan orang awam membuat pembayaran seperti berikut: (i) kadar diskaun automatik notis kompaun trafik DBKL bagi kesalahan bermula dari 1 September 2018 sebanyak RM15, bagi mereka yang membuat pembayaran dalam tempoh 48 jam di mana-mana kaunter pembayaran DBKL; (ii) kadar bayaran khas sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 dalam tempoh 1 September hingga 30 September 2018 mengikut jenis kenderaan bagi kesalahan lalu lintas sebelum 1 September 2018. Bagi motosikal RM20, kereta dan van RM30, kenderaan berat RM50. Pengeluaran Notis Peringatan kesalahan kepada pesalah lalu lintas selepas tamat tempoh 14 hari daripada Notis Kompaun. Membuka kaunter promosi dalam majlis-majlis bersama agensi dan hari-hari penting seperti sambutan Hari Wilayah serta sambutan Hari Penguatkuasaan, Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Membawa kes ke mahkamah bagi yang mereka yang gagal mereka yang gagal menjelaskan kompaun dan akhirnya kita telah mengadakan kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang membolehkan penghantaran data-data kesalahan secara online bagi memudahkan JPJ menyenaraihitamkan- blacklist, dengan menyekat urusan pembaharuan cukai jalan dan juga pembaharuan lesen memandu pesalah lalu lintas. Berdasarkan statistik tindakan bagi tahun 2014 hingga tahun 2017, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), telah menghantar sebanyak 5,617,039 notis tawaran kompaun. Daripada jumlah tersebut sebanyak 887,310 Notis telah dibayar dengan jumlah kutipan sebanyak RM43,310,673 telah dikutip...

DN 6.9.2018 45

Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Boleh mencelah, Yang Berhormat Menteri? Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh: Ya, silakan. Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Saya pasal parking ini, saya sendiri pernah kena clamp semasa menjadi Lembaga Penasihat. Akan tetapi saya tidak mengambil kesempatan untuk bercakap dengan orang tertentu untuk dilepaskan. Ini kerana apabila kita salah, kena clamp bayar. Akan tetapi apabila bayar clamp itu, dia bayar waktu kena clamp itu. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah, adakah kaedah yang hendak dapatkan kutipan ini lebih, sebab apabila kena clamp dia bayar yang RM100, saya tidak tahu RM100 atau RM150. Tetapi dalam senarai yang tidak bayar hutang ini, ramai orang. Saya tidak tahulah Dato’ Sri Khairudin ada bayar atau tidak bayar. Oleh sebab saya pernah check... Dato’ Sri Khairudin Samad: Saya tak kena... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]. Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Oh, tidak kena, okey. Sebab apa ada pernah kenderaan sampai RM25,000 tidak bayar saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. RM3,000 hingga RM4,000 ini biasa. RM1,000 memang ada dalam KL ini, tapi sebab apa? Sebab orang tidak gerun dengan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Orang parking kereta daripada pagi sampai ke petang, dia kena saman, dia tidak bayar. Saya minta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, jikalau boleh buat satu penguatkuasaan yang tegas kerana antara perkara yang saya lihat dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini, sebabkan saman ini orang tidak endah, orang bawa kereta masuk dalam Kuala Lumpur, parking daripada pagi sampai ke petang. Akan tetapi cuba jikalau saman itu, satu saman yang benar-benar boleh menggerunkan mereka, seperti yang Yang Berhormat Menteri beritahu, jikalau hendak renew road tax dia ada link dengan JPJ. Adakah ianya sudah berjalan ataupun berkesan dalam mengurus saman-saman ini untuk mendapatkan tunggakan. Ini kerana apabila tunggakan dengan banyak, Bandaraya boleh guna duit-duit untuk perbelanjaan yang lain. Sekarang ini saman, saya rasa ramai yang tidak endah. Jadi saya harap pada Kementerian Wilayah, boleh aturkan kaedah yang lebih baik, kerana di tempat lain, saya pergi Pulau Pinang, saya pergi Melaka, dia punya tindakan penguatkuasaan itu cukup tegas. Akan tetapi di KL dia longgar dan mungkin orang tidak hairan dengan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya tidak tahulah, sebab sudah bersara daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Akan tetapi apa yang hendak, kementerian tengok benda ini kerana banyak sangat parking yang orang letak kereta sampai berbulan-bulan tidak alih kereta, tetapi ia tetap tempat yang sama. Jadi mohon pandangan.

DN 6.9.2018 46

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh: Tuan Yang di-Pertua, sebenar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator memang betul. Ini kerana jumlah tunggakan kepada saman ini, saya dimaklumkan hampir jumlahnya RM940 juta, begitu besar sekali. Akan tetapi dengan adanya kita membuat hubungan dengan JPJ, dengan sistem mySIKAP, baru sebenarnya, baru kita key in data yang lama-lama ini, yang jumlahnya hampir lima juta kompaun, pesalah kesalahan kenderaan ini kita mengambil masa untuk hendak masukkan data, key in data. Jadi langkah yang pertama sudah tentu pada masa yang terdekat ini, apabila pengguna kenderaan tahu bahawa mereka sukar untuk memperbaharui road tax dan juga lesen memandu, maka sudah tentu mereka mula akan membayar kompaun-kompaun ini. Juga perkara yang lain yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator supaya ada rasa gerun dan takut dan mereka membayar. Sekarang ini bermakna kita juga dalam proses untuk melihat proses-proses pemulangan dan kita akan buka macam contohnya kertas siasatan dan kita akan mula sebagaimana juga polis trafik. Kita akan mulakan dengan melakukan waran tangkap, jikalau sudah waran tangkap ini faham sahajalah, akan keluar di akhbar-akhbar dan sebaginya. Dengan itu, mungkin dengan cara ini sahaja, sudahlah susah hendak renew-kan road tax kemudian ditangkap pula tadi. Jadi mungkin itu beberapa perkara yang boleh mendatangkan kegerunan kepada pesalah-pesalah trafik di Kuala Lumpur, supaya mereka tidak sewenang- wenangnya membuat kesalahan sebab kita dan apabila mereka keluar daripada Kuala Lumpur, sudah mereka pun lupalah apa kesalahan yang telah mereka lakukan. ■1220 Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja apa yang dapat saya nyatakan dalam perbahasan ataupun penggulungan. Jadi, Kementerian Wilayah mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang melibatkan bidang kuasa dan juga tanggungjawab kementerian ini. Segala teguran, pandangan, cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat amat membina segalanya dan kami hargai dalam usaha untuk kita menambah baik mutu perkhidmatan Kementerian Wilayah. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum. Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan yang telah berjaya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan Negara. Terima kasih banyak. Kita pergi kepada nombor 22, Kementerian Pertahanan. Silakan.

DN 6.9.2018 47

12.20 tgh. Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Liew Chin Tong]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada enam Ahli Dewan Negara yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menyentuh isu-isu di bawah tanggungjawab Kementerian Pertahanan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu ini ialah Yang Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah; Yang Berhormat Senator Puan Siti Fatimah binti Yahya; dan Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif telah membangkitkan isu penarikan trup Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas di Arab Saudi. Sebagai makluman Yang Berhormat Senator, pendirian Kementerian Pertahanan untuk menarik balik trup ATM yang bertugas di Arab Saudi adalah selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan, di mana Malaysia tidak akan terlibat dalam mana-mana konflik di luar negara selaras dengan dasar luar Malaysia yang berkecuali dan tidak campur tangan dalam mana-mana pergolakan dalaman negara-negara lain melainkan jika menerima mandat yang sah dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Trup ini telah ditamatkan penugasan dan telah dikeluarkan dari Arab Saudi pada 4 September 2018 yang lalu, dua hari lalu. Seramai 27 pegawai dan 62 lain-lain pangkat iaitu sejumlahnya 89 anggota terlibat dalam operasi dan 12 operasi misi. Jumlah kos ialah RM14.6 juta untuk operasi di Arab Saudi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah telah membangkitkan cadangan siasatan khas ke atas kemungkinan salah urus oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berkait mengambil alih syarikat pengendalian AES atau Automated Enforcement System dan isu pembelian tanah di Bukit Raja. Sebagai makluman Yang Berhormat, isu berkenaan pengambilan dua syarikat pengendali AES oleh pihak LTAT telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan semasa penggulungan Titah Diraja kementerian berkenaan semalam. Bagi isu pembelian tanah di Bukit Raja pula, pihak kementerian mengambil maklum dan terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak. Jika ada salah laku, perkara ini boleh dibawa oleh pihak berkuasa menyiasat. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok kedua-dua kata yang saya gunakan semasa perbahasan ialah pelaburan berkontroversi. Saya

DN 6.9.2018 48

tidak tahu sama ada salah laku atau tidak, tetapi yang cakap kontroversi. Kenapa saya bangkitkan AES, betul telah dijawab tetapi isu dia apa yang saya timbul ialah pelaburan sebanyak RM555 million untuk ambil alih satu syarikat pada masa itu nilai aset dia hanya lebih kurang RM12 million hingga RM13 million. Itu satu. Soalan berkenaan dengan 2012 dan 2013, kalau kita tengok dua-dua pelaburan berkontroversi ini, wang tabung LTAT sebanyak RM715 bilion digunakan. Kalau kita tengok balik kepada 2012 dan 2013, sebanyak RM160 million diguna untuk beli dua syarikat. Pada saya, cadangan saya fasal benda ini sudah lama, jangan tunggu. Kalau boleh, start back siasatan. Saya rasa masa itu tidak ada orang yang mengadu. Kalau adapun, mungkin tidak ada. Saya rasa kita boleh mulakan siasatan. Terima kasih. Tuan Liew Chin Tong: Saya mengambil perhatian apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator dan saya akan minta kementerian untuk beri jawapan bertulis. Saya rasa isu ini penting juga. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Siti Fatimah binti Yahya telah membangkitkan status Projek Jiwa Murni bagi naik taraf jalan sejauh 30 kilometer dari Pos Betau ke Pos Lenjang, Cameron Highlands. Untuk makluman Yang Berhormat, proses perolehan bagi naik taraf jalan berkenaan telah dilakukan dan akan dilaksanakan tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa Kerajaan Pusat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid telah membangkit sebanyak 14 pertanyaan [Ketawa] Saya cuba jawab sebanyak mungkin. Pertanyaan soalan berkaitan dengan isu kebajikan kepada veteran ATM. Pertanyaan pertama ialah cadangan merapatkan jurang pencen antara pesara ATM yang pencen sebelum dan selepas tahun 2004. Bagi isu yang melibatkan pencen ini, ia sebenarnya berada di bawah bidang kuasa agensi pusat iaitu JPA. Ini kerana isu pencen tidak hanya menjadi isu pesara ATM semata-mata, tetapi turut melibatkan pesara perkhidmatan awam secara keseluruhan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semenjak tahun 1968 hingga 2012, sebanyak 15 kali pelarasan pencen telah dilaksanakan. Manakala mulai tahun 2013, kenaikan pencen sebanyak dua peratus setahun telah dilaksanakan. Saya faham isu yang apa yang dibangkitkan dan kementerian sedang kaji adakah jurang itu boleh dikurangkan. Ini bukan mudah kerana melibatkan semua. Melibatkan bukan sahaja anggota ATM, tetapi juga melibatkan kemampuan kewangan kerajaan...

DN 6.9.2018 49

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bangkitkan isu ini sebab di luar sana veteran-veteran kita merupakan peguam juga, memahami undang-undang negara. Mereka merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 137 bahawa Angkatan Tentera Malaysia tertakluk kepada Majlis Angkatan Tentera. Kita boleh buat kajian dan penelitian sendiri, kajian sendiri melalui Perlembagaan yang diperuntukkan kepada Majlis Angkatan Tentera. Seterusnya, memajukan ke pihak kerajaan untuk mempertimbangkannya sebab kita tidak tertakluk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Itu boleh kita rujuk kepada Perlembagaan. Itu saranan saya kepada kementerian. Terima kasih. Tuan Liew Chin Tong: Buat masa ini, buat setakat ini, kementerian masih tertakluk kepada tafsiran yang berikut. MAT masih tertakluk kepada peruntukan undang-undang Persekutuan yang lain seperti dinyatakan dalam perkara 137(2) Perlembagaan Persekutuan. Manakala, Perkara 6, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa MAT juga adalah sebahagian daripada jentera kerajaan. Ini bermakna MAT tiada kuasa mutlak terutamanya dalam perkara yang melibatkan kewangan. Ini adalah tafsiran yang sedia ada dan diterima oleh kementerian. Akan tetapi, saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat Senator dan kami akan buat kajian seterusnya. Terima kasih. Bagi cadangan Yang Berhormat agar tempoh pemberian pencen terbitan kepada isteri veteran yang dikahwini selepas menamatkan perkhidmatan agar dipanjangkan tempohnya dari 20 tahun ke 40 tahun pula, ia merupakan satu cadangan yang baik dan pihak kementerian akan meneliti secara terperinci terutamanya daripada sudut kemampuan kewangan negara bagi tempoh yang panjang sebelum perkara ini diangkat kepada agensi pusat. ■1230 Walau bagaimanapun, berkuat kuasa mulai Januari 2012, tempoh penerimaan pencen terbitan telah dipanjangkan dari tempoh asal 12 tahun enam bulan ke 20 tahun. Ini yang telah dibuat tetapi memang ini perlu dipertimbangkan dengan keadaan kewangan kerajaan juga. Bagi cadangan Yang Berhormat Senator untuk menaikkan kadar pencen hilang upaya pula, suka saya jelaskan bahawa anggota ATM yang mengalami kecederaan sehingga mengakibatkan Hilang Upaya Kekal (HUK) dan dikaitkan dengan tugas semasa perkhidmatan sahaja layak dibayar dengan Faedah Hilang Upaya. Berdasarkan Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah- faedah Lain) 1982, Pencen Hilang Upaya (PHU) akan diberikan kepada mereka yang mana tahap HUK ditaksirkan sebanyak 20 peratus dan ke atas oleh Lembaga Penentuan Sebab Kesihatan

DN 6.9.2018 50

(LPSK). Manakala, mereka yang ditaksirkan tahap 20 peratus ke bawah pula hanya layak dibayar ganjaran hilang upaya secara pukal sahaja. Sebagai makluman Yang Berhormat Senator, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017, kerajaan telah meluluskan Bantuan Insentif Khas Insurgensi veteran ATM kepada mereka yang mengalami HUK sebelum tahun 2001. Ini merupakan satu faedah tambahan yang dipanjangkan daripada skim ex-gratia, bencana kerja melalui Pekeliling Perbendaharaan awam untuk digunakan pakai kepada anggota ATM. Ini adalah skim yang lain, skim khas untuk anggota atau veteran ATM. Simulasi itu saya akan hantar secara bertulis. Dia ada penjelasan yang terperinci, saya akan hantar bertulis. Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid juga membangkitkan cadangan pemberian RM2,000 secara one-off setiap tahun kepada veteran yang tidak berpencen, yang berumur kurang 65 tahun dan memberikan elaun berbentuk bulanan kepada mereka yang berumur melebihi 65. Perkhidmatan ATM adalah bersifat kontrak dan semua anggota ATM menyedari bahawa bagi syarat utama bagi melayakkan dibayar pencen minimum adalah mempunyai tempoh perkhidmatan diakui selama 21 tahun. Pilihan tempoh perkhidmatan telah dibuat secara sukarela oleh anggota dan kerajaan memberi ganjaran sepenuhnya berdasarkan tempoh pemilihan perkhidmatan berkenaan. So ini adalah pendirian buat masa sekarang. Saya sambut baik ada cadangan lain dan kementerian bersedia untuk bertemu dengan sesiapa yang ada pandangan lain dan memberi cadangan. Walau bagaimanapun, buat setakat ini adalah pendirian dan kami akan buat kajian supaya mungkin kalau ada posisi atau pendirian yang lain pada masa depan, kita boleh buat secara lebih komprehensif dan mengambil kira keadaan kewangan kerajaan. Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran juga mencadangkan skim perkhidmatan anggota Lain-Lain Pangkat ATM dijadikan skim perkhidmatan berpencen dengan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 25 tahun dan memansuhkan skim perkhidmatan LLP sekarang iaitu perkhidmatan 10 tahun, 15 tahun atau 18 tahun. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kajian semula terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan ATM telah dilaksanakan sejak tahun 2010 dan diluluskan oleh kerajaan berkuat kuasa 1 Januari 2013. Peraturan-peraturan ini masih relevan tetapi kita akan buat kajian semula dan cadangan akan dipertimbangkan. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) layak mendapat pencen pada kadar 50 peratus setelah berkhidmat 21 tahun. Untuk mendapat kadar pencen maksimum iaitu 60 peratus, mereka perlu berkhidmat untuk selama sekurang-kurangnya

DN 6.9.2018 51

25 tahun 3 bulan. Itu yang sudah ada. Tempoh perkhidmatan secara berperingkat iaitu tempoh perkhidmatan 12 tahun, 15 tahun atau 18 tahun bertujuan untuk membolehkan anggota Lain-Lain Pangkat yang hilang minat untuk meneruskan perkhidmatan dapat menamatkan perkhidmatan dengan cara baik. So tujuannya adalah untuk ada peluang untuk exit dan bukan untuk tidak membenarkan mereka mendapat pencen. Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran juga mencadangkan pemberian bantuan pendidikan kepada anak anggota dan veteran ATM yang pada masa ini hanya diberi kepada kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), turut dipanjangkan ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kami mengalu-alukan cadangan ini. Sememangnya JHEV ataupun Jabatan Hal Ehwal Veteran ini ingin dan cadang hendak buat untuk tahun ini, untuk IPTS peringkat universiti. Akan tetapi tahun ini kerana kekangan kewangan kerajaan, tidak dilaksanakan. Saya telah bincang dengan JHEV semalam, saya harap tahun depan, sekurang-kurangnya IPTS berperingkat universiti yang diterima dan diakreditasikan oleh kerajaan, kita boleh mulakan seperti Universiti Tenaga ataupun MMU. Lain-lain ada isu kalau IPTS itu hanya daftar untuk dia dapat elaun, itu kita ada masalah. So kita mungkin hadkan IPTS yang terhad. Okey, terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran juga membangkitkan agar pemberian bantuan perubatan dan pendidikan turut dipanjangkan kepada veteran yang diberhentikan atas sebab disiplin. Mengikut tafsiran seksyen 2, Akta Veteran 2012, “veteran” ertinya, “Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana- mana angkatan yang berikut:...”. Senarai itu saya tidak bacalah. Cadangan ini perlu dikaji dengan mendalam kerana terdapat implikasi yang tertentu. Antaranya memberi ruang kepada anggota yang masih berkhidmat untuk melanggar disiplin yang bercanggah dengan identiti angkatan tentera itu sendiri. Ini ATM ada pandangan yang agak jelas. Kami bersedia untuk menerima pandangan dan teguran tetapi ini saya rasa ATM berpandangan agak jelas kerana kalau sesiapa yang diberhentikan diberikan ganjaran ataupun perkhidmatan, mungkin ini akan menjejaskan identiti ATM. Ini pandangan ATM. Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran turut mencadangkan untuk memasukkan nama isteri veteran yang dikahwini selepas menamatkan perkhidmatan semasa bersara dalam kad pesara tentera. Bagi cadangan Yang Berhormat Senator ini, ia telah pun dilaksanakan semenjak tahun 2016 oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM.

DN 6.9.2018 52

Cadangan agar pemberian bantuan kewangan secara tahunan sebanyak RM 500,000 kepada persatuan-persatuan tentera bagi membolehkan persatuan-persatuan berkenaan bergiat aktif secara lebih berkesan dalam menjaga nasib ahli-ahli mereka, bagi cadangan ini, pihak kementerian memang sedang meneliti perkara ini sebelum diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri dan harap boleh dilaksanakan tahun ini. Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran turut mencadangkan mutu perkhidmatan rawatan dan pengambilan ubat di hospital-hospital angkatan tentera ditingkatkan. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, berdasarkan Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan ATM 2017-2050, statistik pengurusan kualiti menunjukkan bahawa keadaan semasa adalah tidak membimbangkan. Malahan bagi sesetengah kes contohnya, pembedahan lutut, total knee replacement dan pembedahan penyakit cataract mata, tempoh waktu menunggu untuk diberikan temu janji pakar adalah lebih cepat berbeza sebanyak enam hingga 12 bulan berbanding hospital kerajaan yang lain. ■1240 Antara inisiatif transformasi perkhidmatan yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah kesesakan pesakit di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan khususnya dan terutamanya sekali dari kalangan veteran telah diwujudkan klinik khas veteran Hospital Angkatan Tentera Terendak, Lumut dan Gemas. Di samping itu, pendekatan temu janji berjadual dan pewujudan sesi klinik pakar di unit- unit periphery seperti Kem Kementah, Wardieburn, Sungai Besi dan Kem Penrissen telah dilakukan. Bagi isu... ya, sila. Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, berhubung dengan pembekalan ubat. Oleh kerana saya dimaklumkan bila tidak ada dalam stok farmasi, veteran terpaksa berulang ataupun diberi arahan untuk beli dahulu kemudian tuntut. Ini agak membebankan veteran. Kalau pegawai tinggi memang tidak ada masalah tetapi pegawai-pegawai veteran lain-lain pangkat ini bermasalah. Sebagai mana saya cadangkan, kalau tidak ada dalam masa tiga hari pihak hospital bekalkan kepada rumah veteran. Adakah ini boleh dilakukan atau sebaliknya? Terima kasih. Tuan Liew Chin Tong: Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Saya baca apa yang disediakan dan selepas itu saya jawab soalan itu. Bagi isu bekalan ubat-ubatan pula, sungguhpun kos ubat-ubatan meningkat saban tahun bekalan ubat yang kritikal bagi pesakit-pesakit di hospital-hospital angkatan tentera tidak pernah

DN 6.9.2018 53

terputus malah mampu dibekalkan 100 peratus oleh pihak hospital. Kajian menunjukkan keadaan tidak sibuk, bekalan ubat boleh diperoleh oleh pesakit seawal kurang dari lima minit. Bekalan ubat bagi penyakit kronik ditingkatkan kepada dua bulan sejak hampir setahun yang lepas agar pesakit tidak perlu kerap datang ke hospital untuk mengambil ubat. Terdapat sistem pendispensasian ubat secara automatik disediakan bagi memudahkan pesakit mengambil ubat di luar waktu operasi rasmi farmasi. Selain itu, terdapat kategori ubat tertentu juga disampaikan kepada pesakit melalui sistem penghantaran pos. Para veteran ATM turut menikmati bekalan ubat dari farmasi veteran yang diwujudkan di Hospital HAT Tuanku Mizan dan Hospital Angkatan Tentera Terendak. Semua ini disediakan bagi kemudahan pesakit. Saya terima apa yang dicadangkan ataupun dimaklumkan tadi. Kalau ada kes apa, minta beritahu dan kami akan cuba sedaya upaya supaya mengelakkan keadaan tersebut. Kalau masalah itu timbul kita akan cuba. Cadangan bahawa ini boleh dihantar, saya rasa sudah ada tetapi saya akan semak. Terima kasih. Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid juga mencadangkan diwujudkan sebuah Jawatankuasa Semakan Semula Hukuman bagi kes- kes yang melibatkan penganiayaan kepada anggota. Sistem perundangan ATM mempunyai pihak berkuasa ulang kaji sebagaimana yang ditetapkan oleh peruntukan perundangan bagi tujuan menyemak dan mengulang kaji hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan. Mana-mana anggota yang terkesan dengan hukuman yang telah dijatuhkan mempunyai kebebasan membuat petisyen agar hukuman tersebut diulang kaji semula oleh pihak berkuasa berkaitan dan ATM tidak pernah menghalang anggota untuk melaksanakan hak tersebut. Juga ada kes sivil- dia juga boleh bawa ke mahkamah. Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid juga mencadangkan kajian semula Akta LTAT dibuat bagi membolehkan pemberian caruman penuh LTAT sebanyak 25 peratus iaitu caruman peribadi dan caruman kerajaan kepada anggota yang berhenti secara berpencen. Bagi menjawab pertanyaan, izinkan saya rujuk kepada Akta Tabung Angkatan Tentera 1973, “Jika seseorang askar lasykar berkelayakan untuk pencen potongan gajinya di bawah subseksyen 1 hendaklah dengan itu terhenti daripada dibuat dan segala pembayaran yang telah dibuat di bawah subseksyen 2 yang masih ada dalam kredit akaun askar lasykar yang itu hendaklah dikeluarkan dan dikreditkan kepada Kumpulan Wang Disatukan”. Ini adalah dalam akta. Sehubungan itu, pencaruman wajib yang bertaraf tidak berpencen akan dibayar semua simpanannya dan caruman kerajaan termasuk dividen dan bonus terkumpul secara sekali gus

DN 6.9.2018 54

apabila pencarum meninggal dunia kepada waris berhenti atau bersara daripada perkhidmatan atau telah mencapai umur 50 tahun. Manakala, pencarum wajib yang berpencen akan hanya dibayar wang simpanannya termasuk dividen dan bonus dan yang terkumpul sahaja secara sekali gus tanpa sumbangan kerajaan apabila pencarum meninggal kepada waris berhenti dan bersara daripada perkhidmatan atau telah mencapai umur 50 tahun. Wang sumbangan kerajaan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Persaraan Perbadanan (KWAP) untuk bayaran pencen bulanan. Itu yang sedia ada. Kalau ada apa-apa cadangan, kami akan cuba meneliti dan beri sedikit masa untuk review. Berdasarkan Akta 101... ya, sila. Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, inilah rintihan veteran yang dibangkitkan kepada kementerian. Ini kerana kalau kita lihat pegawai, kita tidak membuat caruman pun. Pencen kita memang urusan kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan. Maka sebab itu, veteran lain-lain pangkat ini melihat ia agak tidak adil kepada mereka. Mengapa mereka harus dipotong caruman mereka. Maka sebab itu mereka memohon supaya ini dilihat kembali dan kita perlu ubah akta tersebut bagi membolehkan mereka dapat 25 peratus caruman yang dibuat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Liew Chin Tong: Saya pun pernah dengar rintihan ini dan seperti saya katakan tadi, beri sedikit masa dan kita buat kajian. Ini memang kalau melibatkan perubahan, ia akan melibatkan keadaan kewangan kerajaan dan juga sistem atau pengendalian LTAT. Secara peribadi, saya rasa mungkin cadangan ini kita boleh timbang tetapi bagi pihak kementerian, kementerian perlu masa untuk menimbangkan. Berdasarkan Akta 101, pembayaran pencen tidak dapat dilaksanakan kepada pencarum yang bertaraf pencen memandangkan dana caruman kerajaan yang sepatutnya digunakan bagi tujuan pembayaran pencen tersebut telah diserahkan kepada pencarum. Ini yang disediakan. Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid juga menyentuh isu agar ditingkatkan pengiktirafan kepada sijil atau diploma yang dikeluarkan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dengan mencadangkan PERHEBAT dinaiktarafkan menjadi kolej atau universiti. Untuk makluman Yang Berhormat, PERHEBAT telah di naik taraf sebagai kolej pada tahun 2010 di bawah pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. PERHEBAT telah melaksanakan program latihan yang mendapat pengiktirafan persijilan peringkat sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap keempat dan Diploma Lanjutan

DN 6.9.2018 55

Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap lima. PERHEBAT juga melaksanakan latihan yang mendapat pengiktirafan persijilan di peringkat antarabangsa bertaraf profesional dan pelesenan. Melalui cadangan pelaksanaan new business modal pula, PERHEBAT juga akan melaksanakan Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada anggota ATM yang menamatkan perkhidmatan mereka supaya mereka dapat pengiktirafan persijilan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid juga mencadangkan agar satu kajian dilakukan untuk melonggarkan syarat kelayakan permohonan bagi program 1Malaysian Veteran Home Repair Program serta menambahkan peruntukan bagi program ini. Walaupun program ini di bawah National-Blue Ocean Strategy yang tidak diteruskan oleh kerajaan baharu tapi memandangkan program ini 1Malaysian Veteran Home Repair Program adalah program yang memberikan kesan yang sangat baik dalam menyediakan rumah-rumah baharu ataupun membaik pulih rumah- rumah veteran yang uzur, kita akan teruskan program ini. ■1250 Oleh itu, Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak- pihak lain yang berkaitan termasuk pihak swasta dan merangka perancangan baru untuk meneruskan program ini. Cadangan dari Yang Berhormat akan diambil kira dalam perancangan tersebut termasuklah keperluan untuk melonggarkan syarat-syarat kelayakan permohonan ini. Sekian sahaja penjelasan... Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh sedikit? Tuan Yang di-Pertua, saya menerima baik jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Cuma veteran memohon agar kementerian meneliti balik peranan ataupun tanggungjawab Akta 740 yang telah diluluskan supaya sekurang-kurangnya Majlis Veteran Kebangsaan bersidang dan melihat fungsi dan tanggungjawab Akta Veteran ini. Dengan cara itu, mereka percaya kebajikan veteran dapat dilindungi ataupun dapat dibela. Seterusnya, pelantikan jawatankuasa itu berbanding dengan kerajaan yang lama, kita lihat anggota lantikan itu macam tidak ada kaitan dengan Akta Veteran. Maka sebab itu, saya ingin mencadangkan, kalau boleh anggota lantikan itu terdiri daripada Pengerusi-pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Pengerusi Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia, Pengerusi Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia. Itu mungkin lebih relevan untuk mereka membawa usul-usul ataupun isu-isu veteran.

DN 6.9.2018 56

Seterusnya, saya cadangkan kalau boleh kementerian melihat ataupun memikirkan akta untuk membolehkan veteran-veteran ini disediakan tempat pekerjaan mereka apabila mereka bersara. Dengan itu, kita buat satu akta yang memberi tanggungjawab kepada firma-firma ataupun korporat-korporat menjadikan tempat-tempat pekerjaan untuk mereka apabila mereka bersara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Liew Chin Tong: Terima kasih atas saranan oleh Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran. Majlis Veteran, saya dimaklumkan tidak bersidang sudah tiga tahun atau tidak pernah bersidang. Kami telah berbincang dan Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mat Sabu telah buat keputusan bahawa beliau akan panggil Majlis Veteran secepat mungkin. Ini keputusan yang baru dibuat oleh Menteri dua hari lalu selepas dimaklumkan bahawa Majlis tidak bersidang langsung. Ada percubaan untuk bersidang pada tahun 2016, akan tetapi ditangguhkan dan selepas itu tidak bersidang. Saya terima baik cadangan supaya wakil-wakil veteran boleh dimasukkan dalam Majlis itu. Walaupun saya juga faham, kita ada 138 persatuan. So, yang mana masuk, yang mana tidak masuk itu juga satu isu yang perlu ditangani. Kalau ada apa cadangan, minta Yang Berhormat Senator beritahu kepada Menteri dan kami akan pertimbangkan. Isu pekerjaan untuk veteran, pandangan kami ialah tidak boleh paksa firma-firma untuk ambil veteran tetapi kita kalau boleh menstrukturkan semula job market kita. Di mana seperti ada pekerjaan-pekerjaan seperti security guard, tidak sepatutnya warga asing. Ada ramai warga asing tanpa izin (PATI) ini jadi security guard. Ini memang salah. So, kalau kita boleh struktur balik job market kita, maka kalau pekerjaan-pekerjaan ini, bayaran atau gaji dia, gaji middle class, bukan gaji RM1,000 atau gaji RM1,500. Memang itu kalau gaji rendah, memang veteran pun tidak hendak buat, paksa pun tidak guna. Akan tetapi kalau job market kita boleh distrukturkan semula, maka pekerjaan middle class, pekerjaan yang mengguna pakai kemahiran veteran-veteran kita, saya rasa kita akan memberikan peluang kepada veteran untuk dapat pekerjaan yang lebih baik dan dengan pekerjaan yang lebih baik, kehidupan yang lebih baik. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat... Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Boleh, boleh? Tuan Liew Chin Tong: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Datuk Razali bin Idris: Sebab tidak sebut tadi. Tuan Liew Chin Tong: Silakan. Datuk Razali bin Idris: Okey, Terima kasih. Pertamanya saya ingin merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat kerana merupakan Timbalan Menteri yang pertama bukan dari kalangan

DN 6.9.2018 57

orang-orang Melayu. Soalan saya ada satu. Baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri ada menyebut akan menerima anggota tentera daripada orang bukan Melayu. Jadi, soalan saya, apakah mekanisme yang akan diambil oleh kementerian untuk memasukkan orang bukan Melayu dalam angkatan tentera? Sedangkan satu rejimen dalam angkatan tentera dinamakan Rejimen Askar Melayu Diraja. Adakah anggota yang akan diambil bukan di kalangan orang bukan Melayu diserapkan ke dalam rejimen itu? Satu. Kedua, adakah pihak kementerian berfikir untuk menubuhkan satu lagi Rejimen Askar Malaysia Diraja? Itu sahaja, terima kasih. Tuan Liew Chin Tong: Terima kasih kepada soalan. Walaupun soalan ini tidak dibangkitkan semasa pembahasan, saya beri sedikit penjelasan. Pertama sekali saya tidak anggap saya sebagai Timbalan Menteri bukan Melayulah, saya Timbalan Menteri anak Malaysia yang berkhidmat untuk Kerajaan Malaysia dan berkhidmat untuk rakyat. So, tidak timbul saya bukan Melayu atau Melayu. Isu tentang pengambilan bukan Melayu dalam ATM, memang ATM senantiasa ada pengambilan untuk semua kaum. Selain daripada Rejimen Askar Melayu yang terhad kepada Melayu, semua rejimen ataupun kor-kor lain senantiasa mengambil semua rakyat warga Malaysia dalam perkhidmatan ATM. Saya rasa itu bukan soalan. Soalan memang- bila Menteri kata, diharap lebih ramai warganegara bukan Melayu boleh menyertai ATM, selain daripada Rejimen Askar Melayu, banyak lagi atau semua lain akan terima mereka. Apa yang penting ialah saya rasa kita perlukan semangat kemalaysiaan supaya semua rakyat rasa ATM ini adalah ATM untuk kita semua dan semua rasa bangga dengan ATM, bangga dengan negara kita dan semua bersedia untuk berkhidmat untuk ATM dan juga untuk negara. Itu saya rasa, semangat itu penting dan yang lain kita rasa yang penting ialah semangat kemalaysiaan itu. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat. Jam kita hampir pukul 1 tengah hari. Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Senator Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri kita telah menjawab dengan jelas dan terang. Terima kasih banyak. Sekarang kita menjemput kita punya wakil Kementerian Dalam Negeri. Dipersilakan.

12.58 tgh. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Mohd Azis bin Jamman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya pada hari ini, suka saya menyampaikan salam Yang Berhormat Menteri Dalam

DN 6.9.2018 58

Negeri yang pada ketika ini masih lagi bercuti sakit. Kita doakan sama-sama agar Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sihat dan kembali bertugas seperti biasa. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada seramai 13 orang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja tahun 2018 di Dewan yang mulia ini dari 28 Ogos sehingga 3 September 2018 yang antara lain telah menyentuh portfolio Kementerian Dalam Negeri. Sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, izinkan saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas Titah Diraja semasa Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas tahun 2018 pada 16 Julai 2018. Saya akan menggulung perbahasan Titah Diraja 2018 berdasarkan isu-isu yang telah dibangkitkan seperti berikut. (i) maritim; (ii) antidadah; (iii) pekerja asing; (iv) imigresen; (v) soal pembangunan; (vi) kepolisan; dan (vii) kewarganegaraan. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan maritim, Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad bertanyakan kaedah yang paling efisien untuk membendung pencerobohan nelayan asing di persisiran pantai Malaysia dan zon ekonomi eksklusif ataupun ZEE oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Seperti mana agensi penguatkuasaan yang lain, APMM juga sentiasa komited dalam memastikan keselamatan perairan negara terjamin termasuk daripada pencerobohan nelayan asing. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat... Dato' Mohd Azis bin Jamman: Hal ini jelas apabila APMM telah berjaya melakukan sebanyak 455 tangkapan terhadap bot nelayan asing bagi tempoh dari tahun 2015 sehingga 31 Ogos 2018 dengan nilai rampasan berjumlah RM16,432,351.30. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, minta kerjasama kita sambung selepas rehat ya,pukul 2.30 petang ya, sambung karang ya. Dato' Mohd Azis bin Jamman: Oh! Okey.

DN 6.9.2018 59

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi Ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan mesyuarat Dewan sehingga jam 2.30 petang. Sekian, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, kita sambung dan saya minta Menteri di Kementerian Dalam Negeri. Dipersilakan.

2.32 ptg. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menyambung perbahasan saya sebentar tadi. Usaha membanteras perlakuan jenayah di laut serta pencerobohan bot nelayan asing terus dilaksanakan oleh APMM melalui langkah-langkah seperti berikut: (i) melaksanakan rondaan 24 jam seminggu di perairan negara menggunakan kapal dan bot bagi mengesan kegiatan jenayah maritim termasuk pencerobohan BNA khususnya dari negara Vietnam terutama di Laut China Selatan sehingga sempadan ZEE; (ii) memperkuatkan keupayaan APMM dengan kehadiran dua buah kapal ronda bersaiz besar yakni KM Pekan dan KM Arau yang berupaya beroperasi sehingga 20 hari di laut. KM Pekan ditempatkan di Kuantan, manakala KM Arau ditempatkan di Kota Kinabalu yang memfokuskan aktiviti penguatkuasaan dan carilamat maritim di Laut China Selatan; (iii) mempertingkatkan keberkesanan rondaan dan pemantauan maklumat yang diperolehi daripada radar Sistem Pengawasan Laut Malaysia ataupun SWASLA yang boleh mengesan pergerakan objek yang mencurigakan di laut termasuk kapal-kapal dagang dan bot-bot nelayan tempatan yang disewa atau dipajak dan diperkenalkan oleh warga asing; dan

DN 6.9.2018 60

(iv) melaksanakan kerjasama dengan komuniti nelayan melalui program Sahabat Maritim yang berperanan sebagai mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkenaan dengan pencerobohan BNA dan lain- lain perakuan penjenayah di laut. Bagi memperkukuhkan lagi keupayaan APMM, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan kewangan untuk perolehan enam buah kapal ronda generasi baru, new generation patrol craft (NGPC) berukuran 45 meter yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018 dan tiga buah kapal peronda luar pantai, offshore patrol vessel (OPV) berukuran 85 meter panjang yang dijangka siap pada tahun 2020, yang mana kesemuanya dilengkapkan dengan unmanned aerial vehicle (UAV) untuk tujuan peninjauan. Untuk antidadah, Yang Berhormat Senator Tuan Sie Kiong, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa. Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua. Sedikit. Berkenaan dengan APMM, kita sudah berbincang sedikit dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Apabila menyentuh APMM, kami di negeri Kelantan dan Terengganu terlibat. Fasal dia mengakibatkan kerosakan pendapatan daripada nelayan. Apa yang kita faham, Kelantan, Terengganu dan Pahang, kita ada 122,000 kilometer. Cuma yang APMM ada aset sekarang ini hanya lima buah dan ini diperakui oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Kekuatan lima buah tidak cukup untuk mengawal selia 122,000 kilometer persegi. Jadi soalan saya, apakah tindakan Yang Berhormat Menteri terhadap penguatkuasaan yang lebih efektif lagi. Maksud saya perlu ada tambahan bot-bot yang ada sekarang ini hanya lima buah. Jadi, kami memohon supaya pihak kerajaan menyegerakan pertambahan bot. Jadi, tindakan sekarang macam mana? Fasal pendapatan nelayan menjadi cukup merosot oleh sebab pencerobohan nelayan daripada Vietnam. Ini jelas, bukan setakat laut dalam, tetapi dia hingga sampai ke laut tohor, laut cetek persisiran pantai. Maksudnya, unjang-unjang yang dibuat oleh nelayan habis ditunda oleh pukat tunda daripada Vietnam dan Thailand. Jadi, itulah rungutan yang dibuat oleh nelayan Pantai Timur. Apa tindakan pihak kementerian? Terima kasih. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih dengan soalan yang diberikan sebentar tadi oleh Yang Berhormat. Sebenarnya saya setuju. Saya telah nyatakan perkara ini juga sewaktu persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, tentang kekurangan peruntukan. Kita memahami kekangan yang ada pada kerajaan pada hari ini. Kita menghadapi kekangan dari segi peruntukan, bajet. Akan tetapi realiti mengatakan APMM memerlukan peruntukan yang banyak untuk

DN 6.9.2018 61

mengawal selia lautan kita yang begini luas. Bukan hanya di Semenanjung sebenarnya, di pantai, di barat, di sebelah negeri Sabah juga memerlukan kelengkapan yang cukup bagi kita mengawal selia lautan yang begitu panjang sekali. Contohnya, Pantai Timur negeri Sabah 1,444 kilometer panjang kalau saya tidak silap dengan izin, yang perlu dikawal selia. Jadi, saya setuju dengan apa yang disebutkan tadi. Kita menghadapi masalah dan saya berharap dalam pembentangan belanjawan akan datang, peruntukan APMM, bukan APMM sahaja, kalau boleh dari segi keselamatan ini, ESSCOM juga perlu ditambah peruntukan dia bagi kita mengawal selia lautan kita yang begini luas. Saya sambung, Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa dan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah bertanyakan, apakah tindakan KDN dalam memerangi pengedaran dan penagihan dadah di Malaysia? KDN amat memandang serius gejala penyalahgunaan dadah dan telah melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dan pemulihan dadah. Bagi mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan untuk menangkap dan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu ataupun sindiket pengedaran dadah, kementerian melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah-langkah seperti berikut: (i) memperluaskan jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa dan tempatan dalam berkongsi maklumat risikan serta menjalankan operasi bersama; (ii) memperkasakan penguatkuasaan dan pemantauan di sempadan untuk menempatkan Unit Teknikal Imbasan Kenderaan (UTIK); (iii) tindakan pencegahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985 ke atas Drug Kingpin dan individu yang menjadi dalang kegiatan pengedaran dadah; (iv) melumpuhkan sumber kewangan individu atau sindiket pengedaran dadah melalui penyitaan harta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988. ■1440 (v) mengadakan kerjasama erat dengan kementerian ataupun agensi-agensi lain untuk memantau kemasukan bahan-bahan ataupun precursor yang digunakan untuk menghasilkan dadah jenis sintetik; (vi) menjalankan risikan terperinci untuk mengesan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas sindiket dan pengedaran dadah yang terlibat;

DN 6.9.2018 62

(vii) memantau media sosial bagi mencegah dan melumpuhkan sebarang bentuk kegiatan jual beli dadah secara online; dan (viii) menjalankan OPS Sarang bagi membanteras kegiatan penagihan dadah dan penyalahgunaan dadah sekali gus menutup sarang tersebut. Selain itu, kementerian melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengambil pelbagai langkah bagi meningkatkan usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah seperti berikut: (i) program community empowerment yang berasaskan komuniti dilaksanakan dengan menggerakkan masyarakat setempat serta NGO dalam menangani permasalahan penagihan dadah menerusi peranan yang dimainkan oleh masyarakat termasuk penerimaan iaitu masyarakat perlu bersedia menerima penagih dadah yang sedang menjalani kepulihan ataupun recovering addict; (ii) membantu dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada recovering addict; (iii) sokongan sosial sama ada daripada keluarga, pemimpin, komuniti dan masyarakat umum terhadap recovering addict; dan (iv) menerima secara berterusan perjalanan kepulihan recovering addict agar mereka tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor pengulangan penyalahgunaan dadah. Pendekatan pemulihan kerohanian Islam ataupun Islamic Spiritual Rehabilitation Approach modul ISRA juga telah diperkenalkan sebagai asas rawatan dan pemulihan. Modul ISRA ataupun therapy psychospiritual Islam merupakan satu kaedah perawatan kejiwaan dan kerohanian yang berteraskan kepada sumber-sumber ketuhanan dan amalan-amalan Islam yang tidak bercanggah dengan prinsip syariah. Matlamatnya adalah untuk melahirkan kestabilan diri, jiwa dan roh di samping menekankan kepada kaedah pencegahan lebih baik daripada merawat. Pada masa ini, modul ISRA dilaksanakan di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) di Sungai Ruan, Raub, Pahang, CCRC PERLOP, Perak dan CCRC Tiang Dua, Melaka. Pendekatan terapi vokasional dalam rawatan dan pemulihan juga diperluaskan bagi menyediakan modal insan yang lebih bernilai agar mereka dapat diterima sebagai pekerja dengan kemahiran yang ada sekali gus mempunyai kualiti hidup yang sempurna. Keempat, pendekatan perkembangan ataupun development approach dengan izin juga telah diguna pakai dalam program pendidikan pencegahan.

DN 6.9.2018 63

Pendekatan ini adalah berasaskan teori bahawa perkembangan manusia pada setiap tahap adalah berbeza dari segi sudut psikologi, physiology dan emosi. Melalui pemahaman ini, strategi pencegahan dirangka mengikut keperluan kumpulan sasaran, faktor pelindung dan juga faktor risiko yang dihadapi. Pendekatan ini merupakan penambahbaikan kepada Program Pencegahan Konvensional yang bersifat informatif ataupun memberi maklumat dalam ceramah, seminar, poster pameran dan risalah. Pelaksanaan pendekatan perkembangan ini dilihat dapat memberi mesej pencegahan dadah yang lebih menepati keperluan kumpulan sasar dan membolehkan mesej antidadah disampaikan dengan lebih berkesan. Bagi memastikan masalah dadah di negara ini terus terkawal dan dapat ditangani dengan lebih berkesan, kerajaan juga telah mempertingkatkan kerjasama strategik dengan badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat. Untuk isu pekerja asing, Yang Berhormat Datuk Mohan. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mohon mencelah Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat masuk tajuk lain. Terima kasih Yang Berhormat dan saya memohon maaf kerana apabila Yang Berhormat menjawab, baru saya ada soalan-soalan yang perlu saya bertanya. Yang Berhormat menyebut penguatkuasaan. Kalau kita melihat di negara-negara luar, penguatkuasaan mereka ini begitu canggih. Soalan saya kepada Yang Berhormat, apakah kerajaan akan membeli scanner yang canggih untuk menyekat dadah daripada masuk ke Malaysia. Ini kerana kita ini Peninsular. Bila Peninsular ini, laut keliling kita. Jadi, masalah kita tidak mempunyai sempadan dan dadah-dadah banyak di seludup masuk melalui laut. Ini memerlukan kewangan yang banyak Yang Berhormat. Saya juga mendapat maklumat bahawa anjing pengesan ini memang effective, dengan izin, dan anjing pengesan yang ada di Malaysia ini ada 30 ekor. Tiga ekor dibuat pertunjukan, tinggal 27 yang bekerja. Apakah kita akan memperbanyakkan anjing-anjing pengesan ini? Kalau kita tidak mempunyai wang yang cukup Yang Berhormat dan anjing-anjing ini juga mahal, saya ingin bertanya juga kepada Yang Berhormat, apakah akan ditambah peruntukan di dalam anggaran belanjawan yang akan diadakan? Ini kerana bagi tahun lepas juga kita mendapati bahawa belanjawan amat terhad sekali sehingga semasa saya berjumpa dengan rakan-rakan di AADK, mereka menyatakan tidak boleh bergerak, tidak ada kewangan yang mencukupi. Isu dadah, isu yang amat sensitif dan memerlukan kewangan. Kalau dipotong kewangan, maka pengedar-pengedar dadah ini tentu sekali akan berleluasa. Salah satu yang kita melihat kepada hendak menambah kewangan untuk pencegahan ini Yang Berhormat, apabila

DN 6.9.2018 64

tangkapan-tangkapan dibuat, kelmarin dulu contohnya di Pulau Pinang sehingga 1 juta, ditangkap dan bagi the last quarter, dengan izin, 300 juta ditangkap oleh Bahagian Narkotik, PDRM. Apa salahnya kita ambil 10 peratus daripada nilai tangkapan tersebut dan kita bagi kepada AADK supaya mereka ini dapat bergerak hasil daripada tangkapan tadi. Ini kerana, ini dapat mengerakkan mereka dengan lebih cekap dan adil. Kita faham bahawa wang ini diletakkan di tempat lain tetapi apa salahnya 10 peratus digunakan untuk pencegahan dadah ini. Saya mengucapkan tahniah kepada Selangor yang telah memasukkan penagih-penagih dadah ini dalam asnaf yang membolehkan mereka memberi zakat. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah negeri-negeri lain juga akan diminta supaya memasukkan penagih dadah ini ke dalam asnaf supaya wang zakat boleh digunakan untuk mereka ini khususnya untuk penagihan dadah tersebut. Setakat ini Yang Berhormat, seperti mana yang saya bahaskan dalam perbahasan saya. Cure & Care Centre yang dibuat oleh AADK tidak mencukupi kerana supply sudah melebihi, anak-anak muda sudah mula terjebak dengan dadah dan tempat yang disediakan terlalu limited untuk mereka ini. Maka facilities yang diadakan di tempat-tempat tersebut agak membimbangkan. Saya tengok di Johor itu, bila saya pergi di Johor itu Yang Berhormat dalam perbahasan saya, saya ada menceritakan bagaimana tempat itu hanya muatnya 500 disumbatnya sampai 1,000. Bayangkan facilities di situ dan bayangkan anak-anak ini yang terlibat tentu sekali akan mengambil, sebab itu ada rakyat menyatakan bahawa masuk Cure & Care Centre lagi bimbang daripada duduk di luar. Ini kerana mereka merasakan takut anak-anak mereka ini akan terdedah kepada dadah yang lebih kuat lagi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, minta maaf kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya faham Yang Berhormat Menteri baharu, cuma saya minta komitmen daripada KDN dalam hal dadah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Berkenaan dengan soalan scanner di pintu-pintu masuk kita, untuk makluman Yang Berhormat, scanner ini merupakan tanggungjawab dan bidang kuasa kastam. Ia bukan AADK ataupun Kementerian Dalam Negeri. Akan tetapi kita setuju, saya setuju apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa kekangan di peringkat kita ini khususnya AADK daripada segi bajet. Kesimpulan ia di sini adalah ia ada kos melepas. Kita tahu kekangan kewangan negara pada hari ini. Kalau diperbanyakkan peruntukan dalam satu kementerian, ia akan effect peruntukan di kementerian yang lain. Jadi sebab itu saya setuju sebenarnya, semua masalah yang kita hadapi hari ini banyak berkait rapat dengan isu peruntukan sebenarnya. Oleh sebab itu,

DN 6.9.2018 65

saya harap dalam kita menjimatkan banyak perbelanjaan projek-projek mega yang di ‘KIV’ kan oleh kerajaan ini, saya harap isu keselamatan khususnya, isu berkenaan dengan peruntukan- peruntukan di Kementerian Dalam Negeri ini, saya harap ianya dapat dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan dalam bajet yang akan datang. ■1450 Saya teruskan Yang Berhormat. Berkenaan dengan unit anjing-anjing sebenarnya tadi, disebutkan juga oleh Yang Berhormat Senator kita. Sebenarnya unit K9 ini kita mencukupi. Apa yang masalah dia, sekali lagi isu peruntukan kurang bila mana kita nak maintain anjing-anjing ini. Sebab ini kita tahu untuk maintain anjing-anjing ini memerlukan kos yang banyak. Jadi ia berbalik juga sekali lagi kepada isu peruntukan dan itu jawapan kepada soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi. Mengenai pekerja asing, Yang Berhormat Senator dia tak ada di sini Tuan Yang di-Pertua. Boleh skip?... Ada? Timbalan Yang di-Pertua: Ada? Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Dia tak ada, so saya boleh skip. Saya akan jawab melalui bertulis. Isu imigresen. Yang Berhormat Tuan Aknan a/l Ehtook. Ada? Ada, okey. Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook bertanya cara untuk memperoleh pas lawatan ikhtisas bagi sami- sami yang dibawa masuk untuk mengajar masyarakat Siam di Malaysia dan bilakah kementerian akan meluluskan cadangan agar Malaysian Siamese Buddhist Monk Organization ataupun MSBMO diiktiraf sebagai salah satu badan pengesah bagi kelulusan permohonan pas lawatan ikhtisas. Pada masa ini, permohonan pas lawatan ikhtisas untuk membawa masuk sami-sami dan seterusnya mengajar masyarakat Siam di Malaysia perlu dikemukakan ke Jabatan Imigresen Malaysia yakni setelah mendapat sokongan daripada Persatuan Buddhist Malaysia ataupun Persatuan Belia Buddhist Malaysia. Permohonan pas lawatan ikhtisas bagi mubaligh agama adalah secara manual dan mengambil masa selama 30 hari untuk diproses selepas permohonan yang lengkap diterima. Pelantikan badan pengesah ataupun penyokong berkenaan adalah bagi memastikan pengamal agama asing yang dibawa masuk menjalankan aktiviti yang sah di Malaysia selaras dengan syarat pas lawatan ikhtisas. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan pertimbangan, semua permohonan untuk membawa masuk sami-sami untuk mengajar di wat-wat Siam perlu dikemukakan kepada Persatuan Buddha Malaysia ataupun Persatuan Belia Buddha Malaysia untuk sokongan sebelum permohonan

DN 6.9.2018 66

dipertimbangkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Kementerian pada masa ini tidak bercadang untuk menambah bilangan badan pengesah bagi permohonan sami Buddha di Malaysia. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Anathan A/L Somasundaram... Tuan Aknan A/L Ehtook: Tuan Yang di-Pertua, nak tak nak tapi nak sampuk sikitlah Yang Berhormat Menteri. Saya faham apa yang Menteri cakap tadi cuma nak tahu apabila saya ke lapangan nanti, jawapan Menteri itu bila saya sampaikan kepada orang ramai, mereka akan tanya mengapa. Apakah alasan kementerian tidak berhasrat untuk menambah badan penyokong. Sekarang kita ada dua sekarang untuk memudahkan masyarakat Siam untuk mendapatkan pas lawatan ikhtisas untuk sami, perlulah kita bagi satu lagi ruang untuk mereka mendapat sokongan daripada MSBMO. So apa alasan, mengapakah kementerian tidak bercadang untuk menambah? Terima kasih. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Berkenaan dengan soalan ini, saya ambil note apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat. Saya akan bawa ke kementerian untuk berbincang sama ada perlu untuk kita tambah dan kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat kemudian. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Anathan A/L Somasundaram. Dia ada? Ha, okey. Memohon KDN menyatakan apakah tindakan Kerajaan Malaysia susulan kenaikan harga visa oleh Kerajaan India. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penetapan fi visa oleh sesebuah negara adalah secara unilateral dan hal ini adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Malaysia. Sama seperti Kerajaan Malaysia sebenarnya kalau kita mengambil keputusan untuk menaikkan harga visa, negara-negara lain tidak mempunyai syer ataupun tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kita dalam penetapan fi terhadap visa yang dikenakan. Jadi, itu merupakan jawapan dia. Terima kasih. Dato’ Dr. Anathan a/l Somasundaram: Tuan Yang di-Pertua, memang berlaku, perkara ini berlaku pada masa dahulu. Pernah berlaku kenaikan visa pada tahun saya ingat 2016 tetapi masa perkara ini berlaku, perbincangan telah dibuat di peringkat Kabinet dan dipersetujui oleh semua pihak dan satu pihak pergi berbincang dengan pihak kerajaan ataupun High Commission of India. Jadi mereka telah pun dapat kelulusan dan mengurangkan kos visa tersebut. Itu yang saya nyatakan pada hari tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya minta pihak Kementerian Dalam Negeri dengan usaha dengan cara lain supaya menyelesaikan masalah ini. Terima kasih. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat sebentar tadi. Sebenarnya apa yang disebutkan tadi benar. Di antara cara yang kita boleh lakukan adalah

DN 6.9.2018 67

G2G punya arrangement, dengan izin. Apabila pemimpin kita pergi ke India, mungkin di antara topik yang boleh kita bincangkan adalah berkenaan dengan fi ini tetapi daripada segi pelaksanaan, bila mana sesuatu negara itu mengumumkan kenaikan fi terhadap visa-visa, kita selaku negara Malaysia, kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mereka kerana itu menjadi hak mereka. Jadi daripada segi apa yang disebutkan tadi, bila mana ada lawatan-lawatan pemimpin- pemimpin negara, Perdana Menteri ataupun mungkin Menteri Dalam Negeri ke negara India, kita akan take note perkara ini dan kita akan bincangkan dengan Kerajaan India. Isu pembangunan pula. Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong. Dia ada? Tuan Alan? Yang Berhormat Alan? Tiada? Saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Anathan a/l Somasundaram dan Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin bertanya tentang isu kepolisan. Tuan Yang di-Pertua, dalam soalan mereka, mereka bertanyakan dan memohon Kementerian Dalam Negeri menyatakan statistik kes Macau Scam sehingga Julai 2018 dan sebab-sebab ia masih tidak dapat dibendung malah semakin berleluasa sehingga kini. Berdasarkan statistik PDRM daripada tahun 2016 hingga Julai 2018, sebanyak 31,404 kes penipuan secara online melibatkan kerugian berjumlah RM731,881,295.34 telah direkodkan. Daripada jumlah tersebut, 8,905 kes dengan kerugian sebanyak RM269,99,709.99 adalah melibatkan Macau Scam. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kes seumpama ini sukar dibendung dan semakin berleluasa adalah seperti berikut: (i) sikap pengguna yang mudah mempercayai, mudah bersimpati dan sifat tamak; (ii) modus operandi yang pelbagai oleh sindiket; (iii) perkembangan teknologi yang pesat; (iv) tiada undang-undang yang spesifik; dan (v) proses siasatan yang rumit dan kompleks. Dalam hal ini, masyarakat dinasihatkan lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang dilihat too good to be true, dengan izin, dan sentiasa membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan. Pihak PDRM telah melancarkan portal semakan ataupun mule account secara atas talian melalui laman web ccid.rmp.gov.my/semakmule. Melalui portal ini, orang awam boleh membuat semakan terhadap

DN 6.9.2018 68

mana-mana akaun bank yang mencurigakan sama ada ia pernah dilaporkan kepada pihak polis berkaitan kes-kes jenayah komersial. Ini dapat membantu orang awam dengan membuat semakan awal untuk mengelak menjadi mangsa penipuan dan selain daripada itu juga untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, saya juga telah nyatakan agar kita membuat promosi yang mungkin berlainan sedikit disebabkan usaha-usaha sebelum ini gagal. Antaranya membuat iklan- iklan di kaca TV ataupun membuat iklan-iklan yang ada di luar sana tentang scam-scam yang berlaku pada hari ini. Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid bertanyakan mengenai status Setiawan Repot 328/2009. Setiawan Repot 328/2009 adalah merujuk kepada kes yang sama dengan Setiawan Repot 65/2002 yang dibuat pada 4 Januari 2002. ■1500 Pengadu bernama Wong Kee Teh @ Ling Ging Chai yang merupakan salah seorang pengarah syarikat Sukma Dayang Sdn Bhd mendakwa telah ditipu oleh seorang peguam bernama Ling Leong Peng dari firma guaman Tetuan Mustafa Ling & Co dalam urusan penjualan seunit rumah di Taman Bunga Matahari, Ayer Tawar, Perak. Suspek didakwa telah menerima dan melesapkan wang hasil penjualan rumah tersebut sebanyak RM204,000 serta tidak menyerahkannya kepada syarikat pengadu. Pihak PDRM telah melaksanakan siasatan terhadap kes ini di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan. Kertas siasatan telah beberapa kali dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kali terakhir adalah pada 14 Februari 2018 dan telah diarahkan untuk no further action (NFA). Pengadu juga telah dimaklumkan berhubung keputusan terhadap kes ini. Untuk makluman, punca kenapa pihak mahkamah meng NFA kan kes ini antara lain adalah disebabkan oleh perkara berikut: (i) isu adalah berkenaan cek berjumlah RM194,000 yang didakwa telah dikeluarkan atas nama pengadu dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek. Pengadu nafikan telah tunaikan cek tersebut ke dalam akaun suspek. Laporan kimia yang dibuat tidak dapat mengesahkan tandatangan tersebut adalah palsu seperti mana didakwa oleh pengadu; (ii) suspek menyatakan wang sebanyak RM194,000 yang dimasukkan ke dalam akaun beliau adalah kerana pengadu ada terhutang dengan beliau. Ini disokong dengan perintah mahkamah dan beberapa payment voucher

DN 6.9.2018 69

yang dipercayai berkenaan dengan bayaran hutang yang dijelaskan oleh pengadu kepada suspek; dan (iii) terdapat penjelasan kenapa duit tersebut berada dalam akaun suspek. Oleh itu, suspek tidak boleh dikatakan menyalahgunakan wang syarikat sebagaimana didakwa oleh pengadu. Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong memohon penjelasan PDRM mengenai perkara-perkara yang tersebut seperti berikut. Yang Berhormat Senator ada? Tidak ada dan akan dijawab secara bertulis. Mengenai isu kewarganegaraan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook dan Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan a/l Manickam memohon penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara mengenai perkara-perkara seperti berikut: (i) pemberian taraf kewarganegaraan kepada semua pemastautin tetap yang berumur 60 tahun ke atas seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 13 Ogos 2018; (ii) penyelarasan bagi penggunaan istilah Siam memandangkan terdapat perbezaan istilah yang digunakan dalam sijil kelahiran dan sistem pendaftaran; dan (iii) jenis dokumen pengenalan yang boleh digunakan oleh kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan dikeluarkan dengan sijil kelahiran bertaraf bukan warganegara khususnya apabila mereka berumur 12 tahun dan ke atas. Bagi menjawab pertanyaan yang pertama, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara sedang mengambil tindakan segera terhadap semua permohonan oleh individu yang berumur 60 tahun ke atas dan memegang kad pengenalan pemastautin tetap khususnya dari kalangan masyarakat berketurunan India selaras dengan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 14 Ogos 2018 dan keputusan Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2018. KDN juga sedang mengkaji mekanisme bersesuaian sebagai penambahbaikan kepada polisi dan prosedur sedia ada. Dalam hal ini, adalah ditegaskan bahawa pematuhan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan adalah aspek penting bagi memastikan kewarganegaraan dianugerahkan kepada individu yang berkelayakan, berkualiti dan dapat memberikan sumbangan signifikan kepada negara serta menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tanpa mengabaikan kepentingan nasional serta keselamatan dan kesejahteraan warganegara sedia ada.

DN 6.9.2018 70

Bagi menjawab pertanyaan kedua, prosedur semasa Jabatan Pendaftaran Negara dalam merekodkan butiran keturunan dalam Sijil Kelahiran adalah berdasarkan kepada keturunan ibu bapa seseorang individu. Bagi warga asing, perekod dan butiran keturunan adalah berdasarkan negara asal mereka. Seterusnya dimaklumkan bahawa terdapat perbezaan antara individu yang berketurunan Siam dan Thailand. Sijil Kelahiran seseorang individu hanya akan direkodkan sebagai berketurunan Siam sekiranya ibu bapa mereka adalah berketurunan Siam yang telah dilahirkan di Malaysia serta bertaraf warganegara. Bagi ibu bapa individu yang memegang pasport daripada negara Thailand, keturunan pada Sijil Kelahiran akan direkodkan berdasarkan negara asal mereka iaitu Thailand. Sekiranya seseorang individu berhasrat untuk membuat pembetulan butiran keturunan, permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 27(3) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299]. Permohonan tersebut perlu disertakan dengan dokumen sokongan, termasuklah surat akuan sumpah bagi berperanan sebagai rekod kekal sekiranya terdapat isu berbangkit pada masa hadapan. Prosedur sedia ada ini perlu dipatuhi oleh pemohon kerana setiap kes diteliti dengan terperinci oleh Jabatan Pendaftaran Negara demi memelihara integriti data serta mengelakkan penipuan. Bagi menjawab pertanyaan ketiga berhubung dengan isu dokumen pengenalan diri yang diperlukan oleh kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas yang dilahirkan di Malaysia dan dikeluarkan dengan Sijil Kelahiran bertaraf bukan warganegara, adalah dimaklumkan bahawa dokumen perjalanan yang sah dari negara asal adalah memadai dan diterima sebagai pengenalan diri untuk pelbagai urusan di negara ini. Walau bagaimanapun, sekiranya individu bertaraf bukan warganegara berhasrat untuk mengemukakan permohonan dokumen pengenalan diri seperti Kad Pengenalan Pemastautin Tetap ataupun MyPR yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membolehkan mereka bermastautin di negara ini tanpa had masa, mereka mestilah mempunyai dokumen perjalanan yang sah dari negara asal serta memegang permit masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin, juga soalan dia akan saya jawab secara bertulis. Sekali lagi Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram dan Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong bertanyakan mekanisme yang digunakan oleh kementerian bagi menyelesaikan isu kanak-kanak dan penduduk di pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan.

DN 6.9.2018 71

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara bertanggungjawab merekodkan dan mendaftarkan rekod berkaitan urusan dokumen pengenalan diri, kelahiran, kematian, perkahwinan dan perceraian bagi yang bukan beragama Islam. Namun begitu, Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai rekod bagi individu yang tidak tampil mengemukakan permohonan dokumen pengenalan diri yang bersesuaian dengan kelayakan mereka. Berkenaan dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran. Sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti kanak-kanak tersebut dilahirkan di Malaysia, permohonan daftar lewat kelahiran boleh dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran atau melalui inisiatif berterusan JPN bagi memudahkan orang ramai menguruskan pendaftaran dokumen pengenalan diri di seluruh negara seperti berikut: (i) program turun padang; (ii) unit mobile; dan (iii) bus mobile. Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah bertanyakan mengenai jumlah sebenar individu yang tidak mempunyai kerakyatan dan lain-lain dokumen. Sejak tahun 2012, beberapa pihak berkaitan telah menguar-uarkan dakwaan mengenai kewujudan stateless individual berketurunan India. ■1510 Sehubungan dengan itu, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan sesi libat urus ataupun engagement bersama penyelaras isu masyarakat India di Jabatan Perdana Menteri bagi mendapatkan perincian individu yang terlibat, memandangkan angka yang diuar-uarkan adalah berbeza iaitu 300,000 orang pada tahun 2012, 2,500 orang pada tahun 2014 dan 25,000 orang pada tahun 2018. Semasa engagement tersebut, pihak penyelaras masyarakat India telah memaklumkan bahawa angka-angka tersebut hanyalah anggaran dan pihaknya masih belum membuat kajian terperinci. Justeru, Kementerian Dalam Negeri telah memohon agar pihak penyelaras tersebut mengemukakan senarai dan keberadaan individu yang terlibat bagi tujuan semakan serta perancangan program yang bersesuaian. Sehingga kini, Kementerian Dalam Negeri masih belum memperoleh senarai tersebut. Walau bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara, tetap menjalankan program khusus untuk menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri masyarakat

DN 6.9.2018 72

India. Adalah dimaklumkan bahawa sehingga 30 Mei 2018, Kementerian Dalam Negeri sedang memproses sebanyak 3,853 permohonan kewarganegaraan daripada individu berketurunan India. Dalam hal ini, sebanyak 1,638 permohonan telah diselesaikan, manakala baki 2,215 permohonan yang belum diselesaikan, akan diproses secara berterusan. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang tadi itu bercanggah atau berlainan sedikit daripada jawapan yang saya terima pada 27 Ogos, walaupun bukan dari kementerian Yang Berhormat. Pada 27 Ogos, saya telah kemukakan satu soalan di mana saya cakap soalan sedikit, kemudian jawapan itu. Di mana memang saya akui keliru, banyak figure dilemparkan seperti 300,000, 3,000 dan sebagainya sehingga tidak tahu what is the real figure, banyak sangat figure yang floating around. Dalam soalan saya, saya cadangkan supaya semasa every 10 years bila kita buat bancian perumahan dengan penduduk, population census, supaya ‘meter’ kita mengandungi atau merangkumi satu kajian khas untuk mengetahui what is the exact numbers supaya kita dapat the actual figure. Ini jawapan yang saya terima di mana saya cakap berlainan dari jawapan Yang Berhormat Menteri. Antara lain, dia cakap, “Bancian penduduk perumahan Malaysia akan meliputi keseluruhan penduduk dan tempat kediaman di negara ini”. Nanti saya akan bagi fotostat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. “Bilangan penduduk adalah merangkumi keseluruhan penduduk warganegara dan penduduk bukan warganegara...”. Ini saya underline ya, “...termasuk orang tanpa kerakyatan dan mereka yang tidak mempunyai dokumen berkenaan seperti sijil kelahiran, kad pengenalan dan kewarganegaraan”. Ini dikeluarkan oleh bukan kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Point yang saya cakap ini, figure itu ada dengan kerajaan. Semasa itu pun, masa Yang Berhormat Tuan Hanipa mai di masa itu pun, isu saya ialah supaya kita ada macam freedom of information (FOI) supaya kalau kita dapat maklumat-maklumat macam ini, readily available, maka tidak timbullah isu 300,000 dan macam-macam figure. Akan tetapi pada petang ini saya punya argument, kerajaan mempunyai maklumat yang berkenaan. Nanti saya akan bagi fotostat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih Yang Berhormat Senator atas apa yang– saya tidak tahulah cadangan ataupun soalan yang diberikan sebentar tadi. Sebagaimana yang saya sebutkan, apa yang nyatakan di dalam penggulungan pada hari ini adalah berdasarkan kepada data yang terdapat di Kementerian Dalam Negeri. Apa yang diberikan dan apa statistik yang diberikan oleh kementerian lain merupakan angka yang kami di peringkat kementerian tidak

DN 6.9.2018 73

dapat mengesahkan dan mungkin dapat membantu jika Yang Berhormat Senator dapat memberikan maklumat itu untuk kita lihat dan kita akan berhubung dengan kementerian berkenaan, daripada mana statistik yang mereka berikan itu ada accurate ataupun selari dengan data yang kita ada. Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah Sulaiman, tiada? Okey, bertanyakan bagaimana laporan RCI Sabah dapat menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing di Sabah. Susulan pengumuman mengenai dapatan daripada laporan RCI Sabah pada 3 Disember 2014, kerajaan telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut. Sejak Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) ditubuhkan, kerajaan telah menggiatkan tindakan penguatkuasaan serta pengusiran PATI di Sabah. Kesungguhan jawatankuasa mengatasi isu PATI dapat dilihat melalui jumlah pengusiran dari tahun 1990 sehingga 3 September 2018 adalah seramai 573,720 orang. Mengadakan kerjasama dengan Kedutaan Republik Filipina bagi mempercepatkan pengeluaran dokumen perjalanan ataupun travel document kepada tahanan yang akan diusir ke negara asal. Kerjasama ini menghasilkan impak yang positif apabila dokumen tersebut dapat dikeluarkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu, berbanding dua hingga tiga bulan sebelum ini sejak dilaksanakan pada Januari 2016. Ketiga, jawatankuasa ini juga melalui Jawatankuasa Kecil Sosial dan Komunikasi telah menyelaras program kesedaran dan melaksanakan hebahan program serta aktiviti yang dijalankan oleh jabatan dan agensi seperti Eastern Sabah Security Command ataupun ESSCOM, MKN, JPM dan Jabatan Penerangan Negeri Sabah berhubung isu-isu PATI di Sabah dan memberi penerangan kepada masyarakat bahawa usaha-usaha penguatkuasaan terhadap PATI sentiasa diutamakan. Kerajaan telah memperkenalkan penggunaan terma rekod kelahiran bagi dokumen pendaftaran kelahiran bukan warganegara di Sabah yang berkuat kuasa pada 15 September 2015 dengan tujuan untuk membezakan dokumen pendaftaran kelahiran Sabah, kelahiran bagi warganegara dan bukan warganegara di Sabah. Oleh itu, terma sijil kelahiran pada dokumen pendaftaran negeri Sabah hanya akan dikhususkan kepada warganegara sahaja. Sebagai tambahan juga, Yang Berhormat Senator ada menyebut di dalam... Datuk Theodore Douglas Lind: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini ada beberapa tuduhan kepada kerajaan negeri bahawa tujuan untuk mendaftar pekerja-pekerja asing yang PATI ini, tujuannya memberi kewarganegaraan kepada orang-orang asing ini. Saya mahu minta penjelasan daripada Yang

DN 6.9.2018 74

Berhormat Menteri, bahawa tuduhan ini adakah betul atau tidak? Kedua, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah Kerajaan Negeri Sabah ada kuasa memberi kewarganegaraan kepada PATI ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Soalan yang baik yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Senator. Terima kasih atas soalan ini. Sebelum saya jawab... Datuk Jamilah Sulaiman: Yang Berhormat, saya minta laluan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih apa yang diutarakan. Itu yang kita mahu sebab kita mahu satu penjelasan yang sahih, yang kita dapat daripada Dewan dan yang benar-benar direkodkan, bukan hanya kita dengar daripada luar. Satu yang saya ingin tahu Yang Berhormat, sebelum itu saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan doa semoga Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri terus dianugerahkan kesihatan oleh Allah SWT supaya dia dapat meneruskan tanggungjawab kepada negara. ■1520 Soalan saya ialah, satu hal saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri pun kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri kita cukup, saya rasa beruntung kerana Sabah diberi peluang untuk menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri. Mungkin inilah masa kita mendapat bantuan yang secukupnya daripada Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah PATI yang sudah sekian lama. Satu perkara Yang Berhormat, yang telah bangkitkan juga ialah berhubung dengan ada satu isu yang telah di viralkan iaitu pemberian kewarganegaraan kepada seseorang. Contoh ialah Puan Emang binti Madah Rong yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara pada 4 Julai iaitu saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya ke atas dakwaan ini. Supaya kita boleh balik ke kampung dan memberikan makluman ataupun pengetahuan kepada mereka menyebarkan dan juga membantu kepada kerajaan dan rakyat negeri Sabah. Terima kasih. Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih kepada soalan yang telah diberikan oleh kedua-dua Yang Berhormat Senator sebentar tadi. Sebelum saya jawab Yang Berhormat Senator Datuk Theodore Douglas Lind, saya ingin nyatakan berkenaan dengan soalan yang diberikan tadi berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan kepada penama yang telah disebutkan tadi. Saya tidak mempunyai maklumat tentang permohonan ini, saya akan jawab ini kemudian mungkin secara bertulis. Saya akan siasat dahulu. Akan tetapi saya ingin quote semula apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Senator baru-baru ini iaitu, “Pengenalan dasar baharu telah mendatangkan kemarahan rakyat

DN 6.9.2018 75

tempatan Sabah kerana tindakan kerajaan boleh menyebabkan berlakunya lambakan PATI di Sabah. Salah satu rancangan ialah memberikan dokumentasi sah sebagai langkah pemutihan dan pemberian permit kerja”. Saya ingin nyatakan kepada Yang Berhormat Senator bahawa isu lambakan PATI di negeri Sabah ini berlaku sejak kerajaan terdahulu memerintah negeri Sabah. Bilangan PATI sejak dahulu lagi, sewaktu kerajaan terdahulu yang tidak dapat diatasi oleh kerajaan terdahulu. Oleh sebab itu bilamana kerajaan baharu mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah, kita menyedari hakikat sebenar, saya telah nyatakan ini di dalam Dewan Rakyat. Lambakan pendatang tanpa izin di negeri Sabah ini is getting out of control, dengan izin. Oleh sebab itu, kita membuat satu langkah di luar kotak pemikiran. Kita memperkenalkan satu program pemutihan. Saya ulang sekali lagi sebagai rekod, program pemutihan bukanlah program untuk memberikan kewarganegaraan ataupun kad pengenalan. Program ini merupakan program di mana kita mengajak, memanggil warga-warga asing ini yang bekerja secara haram di negeri Sabah untuk datang ke hadapan daftarkan diri mereka, supaya kita tahu di mana mereka berada dan berapa bilangan mereka. Agar kalau ada perkara-perkara contohnya melibatkan jenayah setelah rekod-rekod mereka ini berada dalam tangan kerajaan, dalam tangan kita, bermakna kita tahu siapa yang melakukan jenayah. Sekarang ini kalau berlaku jenayah di negeri Sabah melibatkan golongan-golongan ini, oleh kerana kita tidak mempunyai rekod banyak kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan. Jadi bagaimana cara untuk kita menyelesaikan? Kita kena ada political will dengan izin, untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin negeri Sabah. Saya faham apa yang disebutkan ini sebenarnya tiada benda lain melainkan modal politik yang ingin dimainkan di negeri Sabah. Kononnya kerajaan yang ada pada hari ini ingin menternak PATI dan memberikan mereka kewarganegaraan. Saya ingin jelaskan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan kita kerajaan baharu di negeri Sabah, kita serius dalam menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di negeri Sabah. Hatta untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bahawa di kawasan saya sendiri baru-baru ini, di kawasan Parlimen Sepanggar saya telah arahkan Jabatan Imigresen Malaysia untuk membuat operasi besar-besaran di kawasan saya. I know I might lose some votes but oleh sebab ini melibatkan isu kepentingan di negeri Sabah, saya izinkan Jabatan Imigresen untuk membuat operasi di kawasan saya sendiri kerana ini merupakan satu isu yang kita benar-benar secara serius termasuk kerajaan yang ada pada hari ini untuk menyelesaikan masalah yang ada berkait rapat dengan isu PATI.

DN 6.9.2018 76

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator tadi, itu tidak benar. Apa yang kita lakukan pada hari ini, kuasa memberikan kewarganegaraan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kelulusan untuk mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan terletak di bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri pun tiada kuasa, untuk makluman. Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong memohon penjelasan JPN mengenai perkara-perkara seperti berikut. Sebab berlaku kelewatan dalam proses permohonan pemberian status kewarganegaraan, dan kedua, mekanisme pemakluman keputusan permohonan status kewarganegaraan. Kementerian ingin menegaskan bahawa taraf kewarganegaraan Malaysia merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawarkan dan diberikan dengan sewenang-wenangnya. Sehubungan dengan itu, pertimbangan dibuat secara case-by-case mengikut giliran dengan sewajarnya. Dalam hal ini, pemohon mestilah memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan, pendaftaran kelahiran, pengangkatan yang sah serta lain-lain perundangan yang berkuat kuasa. Justeru itu, beban untuk membuktikan kelayakan tersebut adalah di bawah tanggungjawab pemohon. Pematuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang adalah amat penting bagi memastikan kewarganegaraan dianugerahkan kepada individu yang berkelayakan, berkualiti dan memberi sumbangan significant kepada negara serta menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tanpa mengabaikan kepentingan nasional serta keselamatan dan kesejahteraan warganegara sedia ada. Keputusan bagi sesuatu permohonan kewarganegaraan akan dimaklumkan secara bersurat kepada pemohon sebaik sahaja keputusan tersebut dikeluarkan. Tuan Yang di-Pertua, setiap negara berdaulat mempunyai undang-undang untuk mengawal dan memelihara ketenteraman rakyat dan kemakmuran negara. Prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara menetapkan setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang tanpa sebarang diskriminasi terhadap bangsa, agama, jantina mahupun kedudukan. Ini dapat menjamin hak asasi dan kebebasan setiap individu namun tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar Perlembagaan Persekutuan negara dan undang-undang. Setiap kebebasan itu harus ada hadnya supaya hak seseorang individu itu tidak mengetepikan hak individu yang lain. Maka dengan berlandaskan prinsip keluhuran

DN 6.9.2018 77

Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, saya dan seluruh warga kerja Kementerian Dalam Negeri akan terus komited dan beriltizam untuk memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara yang menjadi teras utama kementerian ini. Setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkaitan Kementerian Dalam Negeri. Kementerian akan mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Saya memberi jaminan bahawa mana-mana pertanyaan yang tidak dapat dijawab pada kali ini, saya akan catat untuk tindakan susulan. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Mohd Azis bin Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang telah menjawab dengan panjang lebar, jelas dan terang. Oleh itu saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya jemput pula Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Dipersilakan.

3.29 ptg. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya [Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ingin mengucapkan terima kasih kepada tujuh orang Ahli Yang Berhormat Senator iaitu: (i) Yang Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif; (ii) Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul; (iii) Yang Berhormat Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung; (iv) Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili; (v) Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing; (vi) Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim; dan (vii) Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa. Yang telah membangkitkan perkara-perkara di bawah tanggungjawab kementerian ini sepanjang perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas ini.

DN 6.9.2018 78

■1530 Yang Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif memohon kementerian menjelaskan sama ada terdapat sebarang perubahan dari segi jumlah kedatangan pelancong apabila berlaku perubahan landskap politik negara. Sebelum saya menjawab pertanyaan tersebut, saya mohon untuk menjawab secara bersekali soalan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim yang juga menyentuh berkenaan jumlah kedatangan pelancong. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, transisi perubahan landskap politik negara telah berjalan dengan aman dan tidak melibatkan sebarang insiden yang tidak diingini. Di samping itu, kestabilan politik negara sedia dikenali di persada antarabangsa dan perubahan landskap politik ini tidak memberi impak secara langsung kepada ketibaan pelancong antarabangsa. Prestasi ketibaan pelancong ke Malaysia di pengaruhi oleh beberapa faktor yang lain seperti kekurangan penawaran tempat duduk penerbangan antarabangsa berbanding Singapura dengan Thailand, pengekalan amaran perjalanan iaitu travel advisory dan kekurangan peruntukan bagi program-program promosi Tourism Malaysia (TM) berbanding dengan negara- negara jiran yang telah meningkatkan usaha-usaha promosi pelancongan dengan peruntukan yang lebih tinggi. Bagi tahun 2017, Thailand telah memperuntukkan sebanyak USD406.3 juta, Indonesia memperuntukkan sebanyak USD225 juta manakala Malaysia hanya menyediakan USD29.35 juta sahaja untuk aktiviti pengiklanan dan promosi. Manakala perbandingan bagi penawaran tempat duduk- air seat capacity pula adalah seperti berikut. Bagi Malaysia, tawaran tempat duduk pada Jun 2018 berjumlah 2,843,436, Singapura sebanyak 3.546 juta manakala Thailand sebanyak 4,297,772. Secara kumulatif, ketibaan pelancong ke Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2018 adalah sebanyak 12,730,368 orang pelancong iaitu penurunan kecil sahaja iaitu sebanyak -1.7 peratus berbanding 12,951,066 orang pelancong pada tempoh yang sama pada tahun 2017. Bagi unjuran ketibaan pelancong ke Malaysia untuk tahun 2019, kementerian menyasarkan sebanyak 26.3 juta pelancong asing ke Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul. Ada sini, ya? Datuk Dr. Lucas Umbul bertanyakan tujuh soalan. Datuk Dr. Lucas telah mencadangkan agar Pesta Pelancongan Domestik iaitu MITA Fair diteruskan dengan meningkatkan lagi kerjasama dengan NGO pelancongan di dalam MITA Fair serta apakah perancangan bagi Program MITA Fair pada tahun ini? Yang Berhormat juga

DN 6.9.2018 79

mencadangkan agar nama Pesta Pelancongan Domestik diguna pakai menggantikan MITA Fair bagi mengelakkan kekeliruan dengan MATTA Fair. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MITA Travel Fair dan MATTA Travel Fair adalah pameran pelancongan anjuran Persatuan Pelancongan Tempatan iaitu Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) dan Malaysia Association of Tour and Travel Agent (MATTA). Kedua-dua ataupun pameran pelancongan ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada orang awam untuk membeli pakej pelancongan ke dalam dan luar negara dengan harga promosi yang menarik. Dari segi penekanan, MITA Travel Fair adalah lebih kepada jualan pelancongan domestik manakala MATTA Fair pula adalah penjualan pakej pelancongan untuk domestik serta antarabangsa. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Tourism Malaysia hanya dalam keadaan-keadaan tertentu akan turut membantu bagi mempromosikan kedua-dua pameran pelancongan ini. Sekiranya mempunyai peruntukan yang mencukupi, TM juga akan turut serta dalam kedua-dua acara dan membayar kos bagi penyertaan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, mengenai pertanyaan mengenai perancangan ataupun program... Datuk Dr. Lucas Umbul: Mohon penjelasan. Mohon penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Ya, boleh. Datuk Dr. Lucas Umbul: Sebelum itu terima kasih saya ucapkan kepada kementerian mengenai penganjuran MITA Fair pada tahun seterusnya. Kenapa saya membawa isu ini adalah kerana ramai pengusaha pelancongan yang daripada golongan kecil berjumpa dengan saya untuk membuat promosi mereka terutamanya apabila mereka hendak pergi ke Semenanjung seperti pengusaha-pengusaha pelancongan dalam bidang homestay, kemudahan pengangkutan untuk pelancongan dan juga makanan. Sebagai contohnya, tempat saya di Daerah Tenom yang famous atau popular dengan kopi Tenom. Jadi mereka juga ingin turut serta dalam mempromosi produk-produk yang ada dalam perusahaan mereka. Akan tetapi disebabkan mereka hanya pengusaha kecil sahaja, jadi mereka tidak ada bantuan atau peruntukan untuk datang ke Semenanjung. Jadi sama ada kementerian akan melihat perkara ini dan membantu mereka yang terlibat. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, bumi Sabah kaya dengan khazanah pantai laut yang indah dan bersih. Sebagai contoh Pulau Sipadan, keadaan laut yang bersih menggamit pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke situ. Saya berani untuk katakan laut di situ sama cantik dan indah seperti mana dengan pulau di Caribbean dan di pantai Hawaii. Akan tetapi

DN 6.9.2018 80

malangnya ramai pengusaha hotel tidak berpeluang mempromosi produk-produk mereka dan juga mereka mempunyai masalah dalam hal-hal promosi. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian untuk meneliti perkara ini untuk menghulurkan bantuan promosi kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas. Sebenarnya saya ada jawapan tentang kedua-dua pertanyaan yang dibangkitkan, akan datang nanti. Jadi saya akan jawab selepas ini. Boleh saya teruskan? Tuan Yang di-Pertua, mengenai pertanyaan mengenai perancangan atau program yang telah dilaksanakan, MITA Travel Fair telah diadakan pada 19 hingga 21 Januari 2018 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur. Antara pengisian MITA Travel Fair yang telah dijalankan adalah seperti penjualan pakej-pakej percutian untuk pelancongan domestik dan penawaran tiket tambang murah oleh syarikat penerbangan. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, memandangkan MITA Travel Fair dan MATTA Travel Fair diuruskan oleh persatuan pelancongan terbabit, dengan hanya sokongan daripada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui TM, setiap aktiviti adalah di bawah ketetapan pihak persatuan itu sendiri. Kementerian akan terus menyokong program-program yang dilaksanakan oleh pemain industri pelancongan bagi menyemarakkan lagi sektor pelancongan negara. Mengenai jumlah kedatangan pelancong China ke negara-negara ASEAN. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul juga bertanya berkenaan dengan jumlah kedatangan pelancong China ke negara ASEAN. Berkenaan dengan statistik ketibaan pelancong China ke negara ASEAN terpilih berbanding Malaysia. Bagi pencapaian negara-negara ASEAN, Thailand mendahului dengan jumlah ketibaan pelancong dari China sebanyak 5,931,153 orang pelancong. Vietnam menduduki tempat kedua dan Singapura menduduki tempat ketiga dengan jumlah ketibaan pelancong dari China sebanyak 2,568,842 orang dan 1,730,702 orang pelancong respectively. ■1540 Malaysia pula menduduki tempat keempat dengan ketibaan sebanyak 1,464,911 orang pelancong. Dari segi pertumbuhan, Filipina mendahului dengan pertumbuhan terbesar iaitu 41.8 peratus pertumbuhan diikuti oleh Vietnam, pertambahan sebanyak 36.1 peratus dan Malaysia 35.9 peratus.

DN 6.9.2018 81

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul juga bertanyakan mengenai bentuk bantuan dan promosi yang ditawarkan, soalan tadi ya, kepada pengusaha pelancongan bersaiz kecil, homestay, van pelancongan dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, antara bantuan dan promosi yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk pengusaha-pengusaha homestay yang berdaftar dengan kementerian adalah seperti berikut: (i) memberi bantuan menaik taraf kemudahan guna sama; (ii) melaksanakan program dan aktiviti homestay bersama dengan agensi- agensi kerajaan; (iii) menggalakkan pengusaha homestay menjadi usahawan desa dan terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS); dan (iv) meningkatkan pembangunan keupayaan homestay melalui kursus dan latihan. Kementerian juga melalui TM membantu mempromosikan pakej homestay menerusi terbitan dalam pakej 1001 Cuti-Cuti Malaysia, My Malaysia Experience menerusi laman sesawang Tourism Malaysia serta hebahan promosi di pejabat Tourism Malaysia di luar negara. Program promosi homestay yang dilaksanakan oleh kementerian bagi tahun 2018 antaranya adalah seperti berikut: (i) promosi dan pemasaran homestay sempena Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) Travel Fair dengan kerjasama antara Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia; (ii) promosi Visit MyKampung sempena Ekspo Muafakat Kedah; (iii) promosi Visit MyKampung Sematan, Sarawak sempena Program Road to MAHA, Program ini adalah anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA); (iv) promosi homestay sempena Pesta Angin Timur 2018 dengan kerjasama di antara kerajaan negeri Perlis dan JKKN Perlis; dan (v) Karnival Usahawanita 2018 dan Road to MAHA 2018 yang dianjurkan oleh MOA. Pertanyaan berkenaan bantuan lain oleh kementerian akan dijawab kemudian bersekali dengan soalan yang berkaitan dengannya. Saya ada lagi soalan yang berkaitan dengan van pelancongan, dengan pengusaha pelancongan kecil saya akan jawab kemudian sebab ada soalan yang sama.

DN 6.9.2018 82

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul juga bertanya berkenaan ASWARA di Sabah dan status naik taraf ASWARA. Apakah peranan ataupun cadangan pembukaan cawangan ASWARA di Sabah yang mana beliau juga menyentuh mengenai lokasi, kos keseluruhan yang ditanggung bagi kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, jumlah tenaga pengajar, subjek pembelajaran dan akhir sekali, berkenaan status terkini cadangan menaik taraf ASWARA ke peringkat universiti. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian sangat komited untuk menyebar luas pendidikan seni dan budaya kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk negeri Sabah. Perbincangan awal bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah telah diadakan dan mendapat maklum balas yang positif daripada pihak YAB Ketua Menteri Sabah. Bagi merealisasikan pembukaan cawangan ASWARA di Sabah, perincian dari segi lokasi, tanggungan kos perbelanjaan, pengagihan tenaga pelajar dan subjek pengajaran masih sedang dalam perincian pihak kementerian dan ASWARA. Cadangan pembukaan cawangan ASWARA di Sabah ini perlu diperhalusi dengan teliti kerana ia akan merupakan cawangan pertama ASWARA di luar kampus Kuala Lumpur. Buat masa ini kementerian sedang mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk penggiat seni sama ada wujud keperluan yang mendesak untuk ASWARA dinaik taraf kepada sebuah universiti atau sebaliknya. Cadangan ini juga akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan selanjutnya. Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul turut bertanyakan apakah langkah- langkah dan dasar baru yang dirangka oleh kementerian bagi membantu industri seni dan kebajikan penggiat seni. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ada menyediakan bantuan kewangan dan galakan kepada penggiat seni industri negara agar mereka dapat terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Antara bantuan dan galakan yang disediakan adalah seperti berikut. Pertama, Kementerian ini telah menubuhkan Tabung Kebajikan Penggiat Seni di bawah Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni. Tabung ini bertujuan untuk memastikan kebajikan penggiat seni sentiasa terbela dan diberi perhatian. Terdapat lima jenis bantuan yang diberikan iaitu: (i) bantuan ehsan; (ii) bantuan khairat kematian; (iii) bantuan perubatan;

DN 6.9.2018 83

(iv) bantuan bencana; dan (v) bantuan pengiktirafan. Kedua, kementerian ini melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) juga telah mewujudkan Jawatankuasa Pemberian Bantuan Kebudayaan bagi penyaluran bantuan kewangan kepada NGO Seni dan Budaya dalam membantu melaksanakan program dan aktiviti seni dan budaya. Ketiga, mulai tahun 2017, kementerian ini telah diberi mandat oleh Kementerian Kewangan untuk memberi potongan cukai penajaan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, subseksyen 34(6)(k) iaitu potongan cukai penajaan kepada syarikat korporat yang menaja aktiviti seni, budaya dan warisan. Potongan cukai boleh diberikan sehingga maksimum RM700 ribu. Kementerian ini sedang mengkaji untuk menaikkan had maksimum potongan cukai penajaan ini sehingga RM1 juta. Selain itu, kementerian juga sedang dalam proses menyemak semula Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 supaya usaha memperkasakannya selari dengan perkembangan semasa termasuk industri seni budaya dalam pertumbuhan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung, ada di sini? Tiada? Bertanya berkenaan pelancongan di Sabah. Mungkin saya jawab sebab soalan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas tadi tentang Sabah ya. Jadi saya jawab sekalilah. Beliau meminta kementerian menyatakan apakah langkah-langkah promosi dan peruntukan yang disediakan bagi memastikan sasaran kedatangan pelancong asing ke Sabah menjelang tahun 2022 dapat dicapai. Yang Berhormat juga memohon kementerian menjelaskan kluster ekopelancongan di Sabah yang akan dibangunkan dan dipromosikan, statistik kedatangan pelancong asing daripada negara China, Taiwan, Korea Selatan ke Sabah serta destinasi tumpuan mereka. Galakan dan insentif yang diberikan kementerian kepada pengusaha pusat pelancongan negeri Sabah bagi membangunkan fasiliti yang bertaraf dunia. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sentiasa bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah, Sabah Tourism Board (STB) dalam mempromosi pelancongan ke negeri Sabah. Program-program promosi sentiasa diadakan bagi menggalakkan kedatangan pelancong asing ke negeri Sabah melalui penyertaan STB dan penggiat industri pelancongan negeri Sabah di pameran-pameran galakan pelancongan dan misi galakan yang dianjurkan oleh TM mahupun pihak swasta. Antara pameran-pameran galakan pelancongan yang turut disertai oleh STB termasuklah Internationale Tourismus-Borse iaitu ITB Berlin, World Travel Mart (WTM London), Destination

DN 6.9.2018 84

Show London, Amsterdam, Helsinki, Sabah Roadshow Australia, Sabah Roadshow Tokyo, Sabah Roadshow Korea dan International Travel Fair di Taipei. Acara-acara pelancongan Sabah akan dipakejkan bagi promosi-promosi program charter daripada pasaran Asia Timur. Ini adalah kerana Sabah amat popular dengan penerbangan sewa khas iaitu chartered flight di mana sepanjang Januari sehingga Jun 2018, negeri Sabah telah menerima sebanyak 151 penerbangan sewa khas dari negara China yang membawa seramai 20,532 orang pelancong dari satu sahaja penerbangan sewa khas dari negara Jepun. ■1550 Berbanding pada tempoh yang sama pada tahun 2017, ketibaan pelancong melalui penerbangan sewa khas dari negara China, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun telah meningkat sebanyak 275 persen iaitu daripada 5,504 orang kepada 20,652 orang pelancong, kenaikan yang tinggi. Ketiga, TM dan STB dengan syarikat penerbangan juga turut menaja lawatan suai kenal pada pihak media dan penggiat industri pelancongan MegaFam seluruh dunia bertujuan untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di negeri Sabah. Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui agensi-agensinya juga akan melancarkan kempen pengiklanan domestik dan antarabangsa yang merangkumi semua jenis media cetak, elektronik dan sosial media. Bagi menjawab soalan berkenaan kluster ekopelancongan di Sabah, kementerian melalui Pelan Ekopelancongan Kebangsaan iaitu National Ecotourism Plan 2016-2025 terdapat lapan kluster ekopelancongan yang telah dikenal pasti di negeri Sabah; (i) Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Klias, Kuala Penyu, Menumbok, Sipitang, Long Pasia; (ii) Sandakan, Kinabatangan; (iii) Kota Kinabalu, Kota Belud, Kota Merudu, Kudat; (iv) Kota Kinabalu, Tambunan, Crocker Range National Park, Keningau, Tenom; (v) Kota Kinabalu, Tamparuli, Kundasang, Ranau; (vi) Maliau Basin dan Imbak Canyon; (vii) Danum Valley dan Tabin iaitu Lahad Datu; dan (viii) Tawau, Semporna, Mabul, Sipadan dan Kunak. Menerusi pembangunan kluster-kluster ekopelancongan ini, aktiviti ekopelancongan berasaskan Community-Based Tourism (CBT) diberi fokus terutamanya program homestay yang dapat dikembangkan serta di promosi secara holistik. Pada masa yang sama, destinasi-destinasi

DN 6.9.2018 85

ekopelancongan di kluster ini boleh dipromosikan bersama dengan destinasi pelancongan bersepadu. Berdasarkan data daripada STB, jumlah statistik kedatangan pelawat asing daripada negara China, Taiwan dan Korea Selatan bagi tempoh lima tahun berakhir ke Sabah adalah seperti berikut. Mungkin saya baca tahun yang pertama cukup, Januari hingga Jun 2018 Sabah telah menerima kedatangan pelawat asing dari negara China seramai 300,103 orang iaitu peningkatan 44.2 persen. Di ikuti Korea Selatan, seramai 162,276 orang meningkat ke 17.2 persen dan Taiwan seramai 26,250 orang iaitu menurun 11.9 persen. Antara destinasi tumpuan di Sabah yang kerap dilawati oleh pelancong asing daripada negara-negara tersebut adalah seperti berikut: (i) Taman Laut Tunku Abdul Rahman; (ii) Taman Negara Kinabalu; (iii) Kolam Air Panas Poring; (iv) Taman Laut Tun Sakaran; (v) Taman Hidupan Liar Lok Kawi, (vi) Sanctuary Orangutan, Sepilok; dan (vii) Pulau Sipadan. These are tujuh destinasi tumpuan pelawat yang datang dari Negara China. Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat, minta laluan sikit, Yang Berhormat. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Ya. Dato’ Sri Khairudin Samad: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya dengar lawatan-lawatan daripada pelancong-pelancong ini banyak. Saya cuma ingin tahu kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri ada faktanya sekarang, boleh bagi secara bertulis. Saya hendak tahu, anggaran berapa banyak wang yang masuk kepada negara dengan kemasukan begitu ramai. Oleh sebab saya difahamkan negara-negara jiran mereka datang belanja satu-satu negara dapat sampai RM20 bilion hingga RM30 bilion. Akan tetapi negara kita ini yang saya nampak kebanyakan, contohnya yang naik pesawat AirAsia ini kebanyakan daripada mereka adalah kebanyakan transit sahaja. Dia datang- memang kita kalau dari segi statistik yang kita dapat mungkin kita tengok ramai yang masuk. Akan tetapi sebenarnya bukan masuk untuk melancong ke dalam negara kita tetapi untuk transit supaya mereka ini boleh pergi ke negara-negara lain yang lebih menarik dan

DN 6.9.2018 86

lebih bagus promosinya kalau hendak dibandingkan dengan negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Yang Berhormat Senator tanya tentang statistik iaitu tourism arrival atau kedatangan pelancong asing di negara kita. Saya hafal dengan kepala. Pada tahun 2016 sebanyak 25.9 juta pelancong asing datang dan daripada 25.9 juta 11.3 juta adalah pelancong daripada Singapura dan membawa resit ataupun tourism receipt berbelanja iaitu sebanyak RM82 bilion. Itu antara- dan cadangan supaya diadakan transit ataupun sebagai destinasi yang menarik. Sebenarnya kita juga ada usaha-usaha untuk mempromosikan negara kita melalui portal- portal yang dibuat oleh AirAsia sendiri. AirAsia merupakan- yang mempunyai headquarters di Malaysia sudah tentunya akan mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan di Malaysia. Boleh saya teruskan. Tuan Yang di-Pertua, galakan bantuan insentif kepada pengusaha-pengusaha pusat pelancongan, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia sentiasa menyokong dan membantu dalam membangunkan facility pelancongan di Malaysia termasuklah di Sabah melalui insentif-insentif kerajaan iaitu tabung pelancongan dan pengecualian cukai pendapatan melalui pendaftaran projek pelancongan. Insentif kerajaan adalah penawaran dua kemudahan tabung pelancongan berbentuk pembiayaan, pinjaman soft loan iaitu Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan (TPIP) dan Tabung Khas Pelancongan (TKP). Kedua-dua tabung tersebut bertujuan untuk membantu para pengusaha yang ingin membangunkan atau mengembangkan produk-produk pelancongan seperti premis penginapan pelancongan, kemudahan-kemudahan dan lain-lain projek berkaitan dengan yang diklasifikasikan sebagai pelancongan. Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan (TPIP) adalah diberikan kepada syarikat pengusaha pelancongan tempatan yang mempunyai modal berbayar sekurang- kurangnya RM5 juta atau 20 persen daripada jumlah pinjaman, yang mana lebih tinggi. Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah daripada RM5 juta hingga RM100 juta dengan kadar faedah yang rendah dan kompetitif. Tabung ini diuruskan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Tabung Khas Pelancongan (TKP) pula, dikhususkan kepada pengusaha pelancongan bertaraf kecil dan sederhana termasuk pengusaha van pelancongan dengan jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak RM250,000 hingga RM30 juta. Kadar faedah bagi pinjaman ini adalah pada kadar yang terbaik berbanding dengan kemudahan-kemudahan pinjaman yang lain. Tabung ini

DN 6.9.2018 87

diuruskan oleh Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad atau dikenali sebagai SME Bank. Di samping itu, penggiat industri pelancongan di Sabah juga boleh memohon insentif pengecualian cukai daripada kementerian ini dalam usaha mengiktiraf pelabur-pelabur dan pengusaha-pengusaha yang melabur dalam sektor pelancongan. Insentif ini diberikan kepada pengusaha projek penginapan dan projek bukan penginapan melalui pemberian sijil pendaftaran projek pelancongan yang membolehkan pengusaha projek pelancongan mendapatkan pengecualian cukai daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA). Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, ada sini? Oh ada. Meminta kementerian menjelaskan tentang jumlah kutipan yang diperoleh kerajaan semenjak pelaksanaan Akta Cukai Pelancongan 2017 serta jumlah agihan yang dibuat ke negeri-negeri hasil daripada kutipan tersebut. ■1600 Untuk makluman Yang Berhormat Senator, berdasarkan data yang diterima daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, jumlah kutipan cukai pelancongan daripada September 2017 hingga Jun 2018 adalah sebanyak RM146,280,790. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengagihkan semula hasil kutipan cukai tersebut kepada negeri-negeri. Sebaliknya kementerian akan menggunakan hasil ini bagi membangunkan projek-projek pelancongan yang berdaya maju, viable, untuk memperkasakan lagi industri pelancongan di seluruh negara tanpa menganaktirikan mana-mana negeri. Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing... Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Yang Berhormat... Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Ya. Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bertanya soalan ini kerana apabila kerajaan dahulu meluluskan akta ini, sebahagian daripada keputusannya adalah untuk membahagikan sebahagian daripada hasil daripada kutipan cukai ini kepada negeri-negeri untuk negeri-negeri membuat pembangunan pelancongan di negeri masing-masing. Jadi mungkin keputusan ini telah dikaji semula dan telah dibuat satu dasar baru. Jadi saya menyatakan demikian bermakna negeri-negeri tidak ada mempunyai sebahagian daripada hasil daripada kutipan cukai ini. Apa yang saya hendak ketahui juga ialah apakah langkah yang dibuat oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan, sama ada syarikat penerbangan tempatan mahupun syarikat penerbangan antarabangsa bagi

DN 6.9.2018 88

memperhebatkan lagi promosi pelancongan di negara kita? Adakah kita membawa bersama- sama Lembaga Pelancongan Negeri-negeri di negara kita untuk bersama-sama dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan juga airlines, sama ada airlines tempatan atau airlines antarabangsa bagi mempromosikan lagi industri pelancongan di negara kita. Kita tahu bahawa pelancongan ini adalah satu business, sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan, revenue kepada negara kita dan juga kepada rakyat kita, terutamanya pemain-pemain industri pelancongan. Jadi pendekatan kita, approach kita mestilah business-oriented. Jadi approach kita dalam penggalakan pelancongan ini tidak semata-mata sebagai satu agensi kerajaan, tetapi ia harus kita lihat, kita ambil tindakan sebagai satu perniagaan, sesuatu yang business-oriented dan menguntungkan. Saya harap kalau kita belum berubah kepada pandangan ini, seharusnya kita melihat pelancongan, promosinya lebih kepada konsep business-oriented, bukan hanya semata-mata bergantung harap dengan airlines kita sahaja ataupun dengan badan-badan pelancongan di luar negara untuk mempromosikan negara kita begitu sahaja. Akan tetapi mesti ada business ties, ikatan perniagaan kerana ini bagi saya, lebih menguntungkan kita pada masa ini dan juga masa akan datang. Lebih-lebih lagi kita ada cukai pelancongan tadi. Dalam setahun kita boleh mengutip RM100 juta dan mungkin kita boleh meningkatkan lagi perolehan dan pendapatan, kalau kita melipatgandakan lagi ataupun bagi satu approach yang betul kepada industri pelancongan di negara kita. Terima kasih. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili. Memang benar industri pelancongan negara sebenarnya contribute sebanyak dengan izin 14.9 percent to GDP iaitu satu jumlah yang besar. Jadi memang kita kena berusaha seperti apa Yang Berhormat Senator sebut iaitu business-oriented. Soalan pertama tadi tentang bagaimana untuk disalurkan kepada negeri-negeri? Kita telah mengkaji sebenarnya pengagihan kepada negeri-negeri. Kita merasakan supaya pengagihan ini dibuat berdasarkan kepada viability of the project ataupun pelaksanaan program pelancongan. Sebab ada negeri yang kurang dari segi jumlah kutipan cukai pelancongan ini. Jadi kita tengok kepada projek-projek pelancongan yang kritikal, yang kita rasa boleh membawa ROI yang lebih tinggi. Jadi kita tidak approach, pendekatan kita tidak kepada RM10 kutip, RM5 kepada negeri, kita tengok kepada viability projek-projek pelancongan yang boleh membawa keuntungan ataupun memperkasakan lagi industri pelancongan kita. Oleh sebab itu kita membuat keputusan supaya peruntukan ini akan dikawal daripada Kerajaan Persekutuan.

DN 6.9.2018 89

Tentang promosi Tourism Malaysia bersama syarikat-syarikat penerbangan, kita telah pun bekerjasama antara syarikat seperti Emirates Airline, Etihad Airways, Turkish Airlines dan Philippine Airlines di mana mereka ini mempunyai rangkaian penerbangan yang luas dan menyumbang kepada peningkatan ketibaan bagi pasaran Eropah dan Pantai Barat Amerika Syarikat. Seperti Emirates Airline dan Etihad ini mempunyai banyak pelancong yang datang daripada negara Eropah. Condor Airlines dari Jerman juga akan memulakan penerbangan terus dari Frankfurt ke Kuala Lumpur mulai bulan November ini dan dijangka akan menggalakkan lebih ramai pelancong dari Eropah khususnya dari negara Jerman. Daripada Eropah kita ambil tiga top three European tourist. Pertamanya daripada UK, keduanya daripada France dan ketiga ialah daripada Jerman. Jadi kita ada Condor Airlines ini akan menggalakkan lebih ramai pelancong-pelancong daripada Eropah. Kita tahu pelancong- pelancong Eropah ini adalah pelancong yang berkualiti, yang mereka ini datang dan spend ataupun berbelanja di hotel-hotel mewah dan juga di restoran fine dining, dengan izin. Ketiga, kita juga bekerjasama dengan Qatar Airways. Qatar Airways telah pun memperkenalkan penerbangan terus, direct daripada Doha ke Pulau Pinang iaitu bermula daripada 6 Februari 2018. Saya difahamkan Qatar Airways mempunyai kapasiti selalunya 70 percent full ataupun, dengan izin, 70 persen penuh dalam Qatar Airways itu. Ini kerana itu antara ketiga-tiga airlines ataupun airlines yang disebut itu antara yang kita telah bekerjasama dengan airlines-airlines ataupun syarikat-syarikat penerbangan itu. Di samping juga AirAsia telah memulakan penerbangan daripada Bangkok dan terus kepada ke Kota Kinabalu yang telah dimulakan pada dua, tiga minggu lepas. Okey boleh saya teruskan ya? Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing dan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim, ada di sini ya? Kalau tidak ada, saya skip. Ini adalah isu yang terakhir, boleh saya skip ya, sebab kalau tidak ada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator di sini, jadi saya habiskan. Oh! Ada lagi ya. Sekejap-sekejap. Timbalan Yang di-Pertua: Sila, sila. ■1610 Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing dan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim menyentuh isu yang sama berkenaan peranan yang telah dimainkan oleh Institusi Seni dan Budaya. Boleh saya skip sebab dua orang Senator tidak ada di sini Tuan Yang di-Pertua? Timbalan Yang di-Pertua: Boleh. Boleh.

DN 6.9.2018 90

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Saya teruskan kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa memohon kepada Kerajaan Pusat agar memberikan bantuan bagi membangunkan pusat-pusat dan produk pelancongan serta membantu mempromosikan negeri Kelantan sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sentiasa menyokong dan membantu dalam membangunkan pusat-pusat dan produk- produk pelancongan di Malaysia, termasuklah di negeri Kelantan melalui insentif-insentif kerajaan iaitu Tabung Pelancongan, pengecualian cukai pendapatan melalui pendaftaran projek pelancongan serta pengiktirafan produk melalui Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA). Sehingga kini, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM18.31 juta bagi membiayai 22 buah projek berkaitan produk pelancongan di negeri Kelantan di bawah RMKe-10. Projek-projek tersebut adalah: (i) projek membina dan menaik taraf kemudahan pelancongan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu iaitu sebanyak RM2.4 juta; (ii) projek menaik taraf kemudahan pelancong di pintu masuk CIQ di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan iaitu sebanyak RM1.9 juta; (iii) peningkatan kemudahan di kawasan Tambatan Diraja, Kota Bharu iaitu RM1.29 juta; (iv) kerja-kerja penyelenggaraan baik pulih kemudahan ekopelancongan Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang sebanyak RM0.2 juta; dan (v) menaik taraf kemudahan dan landskap Homestay Kampung Kubang Telaga, Bachok iaitu sebanyak RM130,000. Sejumlah RM1.65 juta juga diperuntukkan kementerian bagi membiayai tiga buah projek di negeri Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu: (i) peningkatan kemudahan pelancongan di kawasan Pantai Geting, Tumpat sebanyak RM1 juta; (ii) projek menaik taraf kemudahan pelancongan Galeri Kebudayaan Wayang Kulit di Kampung Laut, Tumpat sebanyak RM0.5 juta; dan (iii) projek pembaikan Tambatan Diraja, Kota Bharu iaitu sebanyak RM150,000. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja isu-isu perbahasan yang menyentuh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Sesungguhnya kementerian amat menghargai pandangan,

DN 6.9.2018 91

teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Wabillahi taufiq. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik yang telah menjawab dengan panjang lebar dan tepat, jelas kepada kita semua ya Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya mahu pergi kepadanombor 25, Jabatan Perdana Menteri. Ada empat orang Menteri yang akan menjawabnya. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin, silakan.

4.13 ptg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab isu-isu yang dibangkitkan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, terdapat 35 isu yang melibatkan lebih kurang lapan buah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Undang-undang. Saya akan cuba pergi kepada isu-isu yang dibangkitkan itu. Pertama, saya akan pergi kepada isu yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Apa yang dibangkitkan antaranya adalah oleh Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah Sulaiman, ada? Tidak ada? Sebenarnya saya kalau boleh mahu beliau ada sebab saya hendak kalau boleh mahu beliau bangun tanya soalan tetapi nampaknya beliau pula tidak ada. Akan tetapi oleh sebab isu ini agak penting, izinkan saya membacakan jawapannya walaupun mungkin beliau tidak ada. Timbalan Yang di-Pertua: Baik. Silakan. Seorang Ahli: Ada. Baru masuk Dewan. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Ada. Terima kasih. Yang Berhormat Senator Jamilah Sulaiman telah bertanyakan berkenaan kes rasuah yang membabitkan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal. Yang Berhormat Senator di dalam soalannya ingin tahu mengapakah kes tersebut ditutup oleh SPRM. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa dalam semua kes jenayah, siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa seperti SPRM adalah amat terperinci bagi mendapatkan bukti-bukti yang betul-betul kukuh untuk satu pendakwaan di mahkamah. Dalam hal ini, siasatan terhadap kes rasuah tersebut dibuat oleh SPRM dan dicadangkan untuk pendakwaan. Namun begitu, atas sebab-sebab bukti yang tidak mencukupi dan tidak kukuh, maka pendakwa raya, setelah meneliti semua keterangan memutuskan bahawa pendakwaan tidak diteruskan kerana bukti yang diperoleh tidak mencukupi bagi tindakan

DN 6.9.2018 92

selanjutnya. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, bahawa kuasa pendakwa raya telah dijamin oleh Perlembagaan di bawah perkara 145(3) Perlembagaan. Ada... Datuk Theodore Douglas Lind: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sekejap ya. Saya habiskan ayat yang akhir. Datuk Theodore Douglas Lind: Terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Kuasa pendakwa raya ataupun Peguam Negara ini dinyatakan di dalam Perkara 145(3) Perlembagaan, di mana kuasa itu ada kuasa untuk mendakwa, kuasa untuk menghentikan pendakwaan ataupun kuasa untuk tidak mendakwa. Ini adalah yang dikatakan discretion oleh Perlembagaan ke atas Peguam Negara. Jadi, saya rasa kuasa itu adalah kuasa yang dijamin oleh satu undang-undang yang tertinggi di dalam negara kita. Silakan Yang Berhormat Senator. Datuk Theodore Douglas Lind: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini yang mana tindakan telah diambil kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, di mana tuduhannya mengenai dana dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang berjumlah RM1.5 bilion, kononnya beliau dituduh dengan salah guna kuasa dengan beberapa kawan-kawannya yang mengambil dana ini untuk kepentingan diri sendiri. Soalan saya, saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri kerana selepas siasatan SPRM, terdapat bahawa tuduhan terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Apdal dan beberapa orang yang lain, tidak ada bukti terhadap mereka. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah tindakan SPRM pada setakat itu dengan tujuan politik? Saya berkata demikian Tuan Yang di-Pertua, kerana sebab-sebab seperti berikut. Pertama, tindakan dimulakan ketika waktu dan masa yang tidak jauh daripada pilihan raya PRU14. Kedua, selain daripada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie, orang lain yang dituduh bersama pada waktu itu adalah Naib Presiden Parti Warisan, Ketua Pemuda Parti Warisan. Satu perkara yang membimbangkan sekali, apabila mereka semua dilepaskan dari tahanan SPRM, ini termasuklah Yang Berhormat Jamawi Jaafar yang dulunya mantan Ketua Penerangan UMNO Pusat dan juga Datuk Peter Anthony iaitu sebagai Naib Presiden Parti Warisan serta Dato’ Mohd Azis Jamman sebagai Ketua Pemuda. Semua mengatakan kepada saya waktu mereka di dalam tahanan SPRM, SPRM bukan menyiasat, mencari bukti atau apa.

DN 6.9.2018 93

■1620 Selama waktu yang ditahan, SPRM atau pegawai yang berkenaan cuba memaksa mereka ini dan lain-lain orang yang ditahan supaya menunjukkan jari itu kepada Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal. Jadi, dengan pandangan saya Tuan Yang di-Pertua. Nampak-nampak ini tujuan. Datuk Jamilah Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta izin untuk mencelah. Datuk Theodore Douglas Lind: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi daripada pandangan saya, dengan fakta-fakta yang saya utarakan tadi, pendapat saya ini mungkin besar bahawa ini tujuan politik bukan tujuan untuk menyiasat tuduhan ini kepada Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal dan lain-lain pemimpin dari Parti Warisan Sabah. Selain daripada Tuan Yang di-Pertua, pada ketika itu juga, bila SPRM mula buat tindakan, ini diumumkan oleh mantan Pesuruhjaya SPRM. Saya ingat kalau tidak silap nama dia Tan Sri Dzulkifli. Bukan tujuan dia mahu menyiasat tetapi dia mensensasikan perkara ini dalam surat khabar, di media elektronik, di TV dan sebagainya. Kalau sekiranya SPRM betul-betul hendak siasat, kenapa hendak buat huru-hara dalam surat khabar untuk membesar-besarkan. Kalau mahu siasat, kenapa mahu memukul gendang kuat-kuat untuk- kalau menyiasat, kita hendak tangkap tikus, bukan hendak buat bising pukul gong dan sebagainya. Mahu buat bising-bising. Kita buat siasatan yang betul. Jadi, dalam pendapat saya, cara ini menunjukkan tindakan ini bukannya ikhlas untuk menyiasat tuduhan itu. Dengan itu, minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri bahawa selepas siasatan kes terhadap Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal, adakah ini tujuan untuk politik? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Datuk Jamilah Sulaiman: Yang Berhormat, saya mohon. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Biar saya jawab dahulu. Nanti saya bagi peluang. Jangan takut. Datuk Jamilah Sulaiman: Okey. No. Sebenarnya bukan itu persoalan saya. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Ini Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah ya? Tidak apa. Saya jawab dahulu. Nanti saya bagi peluang. Timbalan Yang di-Pertua: Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah, ketika orang bertanya, tidak boleh mencelah. Ini kena buat, baca peraturan mesyuarat.

DN 6.9.2018 94

Ingin mencelah, boleh mencelah dengan saya tetapi tidak boleh mencelah dengan orang yang bertanya. Jadi, saya hendak menjawab beginilah. Tentang dikatakan adakah ini tangkapan ke atas Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah sekarang iaitu Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal itu adalah satu politik. Saya tidak mahulah berkata begitu ya. Sebab saya rasa itu terpulanglah kepada mana-mana pihak untuk mentafsirkan. Akan tetapi, bagi saya, saya tetap yakin bahawa SPRM yang kita telah pun sama-sama bagi mereka kuasa, sudah tentu mereka akan cuba sedaya upaya untuk bertindak mengikut undang-undang. Akan tetapi kalau sekiranya ada persepsi bahawa Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal itu ditangkap kerana tujuan politik, itu mungkin persepsi sesetengah orang yang saya tidak boleh hendak katakan betul atau salah. Itu terpulang pada mana-mana pihak yang membuat persepsi itulah. Saya rasa yang mungkin persepsi itu timbul kerana beliau ditangkap selepas beliau tidak bersama lagi dengan UMNO dan beliau pun telah banyak dilaporkan oleh media-media adalah orang yang agak kritikal menegur mantan Perdana Menteri dalam isu 1MDB, sebagai contoh. Jadi, ini semua tidak akan lari daripada kata orang radar public lah. Maknanya, mereka akan mencari ataupun membuat persepsi-persepsi bahawa tangkapan itu mungkin ada kaitan dengan perkara itu. Itu kita tidak boleh hendak elakkan tetapi saya tidak ingin membuat apa-apa satu penegasan ataupun satu affirmation bahawa siasatan SPRM itu ada kaitan dengan politik. Bagi saya, saya tetap yakin bahawa SPRM sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat kes-kes rasuah ini, memang saya yakin mereka membuat kerja-kerja dengan secara profesional. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya juga yakin bahawa bila penyiasatan dibuat, kita tidak boleh sekali mesti membuat satu kesimpulan, setiap penyiasatan mesti berakhir dengan pendakwaan. Kalau ada pendakwaan pun, kita tidak boleh buat satu kesimpulan, mesti berakhir dengan sabitan. Sebab banyak dalam proses untuk kita sampai ke peringkat sabitan ataupun pembebasan itu, banyak perkara boleh berlaku. Sebab itu, perkara biasa kalau kita sebagai seorang pengamal undang-undang ini, seseorang itu mungkin ditangkap. Kita kalau lihat dalam surat khabar, seolah-olah macam evidence sudah kuat. Akan tetapi sebenarnya keterangan itu mungkin keterangan yang tidak boleh diterima kalau dibawa ke mahkamah. Jadi, ini semua perkara-perkara yang harus diambil kira oleh agensi pendakwaan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

DN 6.9.2018 95

Sebab agensi pendakwaan, mereka melihat sesuatu bukti itu dari sudut boleh terima kah atau tidak boleh terima di mahkamah. Hanya kalau kita ada- kita tengok di surat khabar. Contoh, kita nampak- saya hendak bagi contoh, kita nampak dalam surat khabar contohnya, rampasan- rampasan. Jadi, kita anggap itu sebagai evidence. Ya, mungkin dari segi orang awam anggap itu evidence. Akan tetapi, adakah evidence itu boleh diterima? Admissible atau tidak, itu satu isu yang mungkin akan dinilai oleh pihak pendakwalah. Mereka akan ambil mengira contoh-contoh, sebagai contoh prinsip-prinsip hearsay, prinsip-prinsip- macam-macam prinsip yang ada dalam Evidence Act. Semua ini akan diambil kira oleh pihak pendakwa. Jadi, sebab itulah saya yakin, sekiranya apa yang berlaku pada Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal itu, walaupun mungkin ada tangkapan, walaupun mungkin ada tindakan untuk menangkap beliau, suruh dia pakai baju oren dan sebagainya tetapi malangnya, semua itu tidak berakhir dengan pendakwaan kerana pihak pendakwa merasakan bahawa tidak cukup keterangan untuk dibawa ke mahkamah. Jadi, saya rasa itu adalah satu perkara yang lumrah dalam mana-mana kes yang melibatkan apa-apa kes jenayahlah. Bukan hanya kes Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal tetapi juga semua kes-kes yang lain. Perkara biasa kalau sekiranya satu kes itu mungkin berakhir dengan pendakwaan ataupun tidak berakhir dengan pendakwaan. Untuk Yang Berhormat Senator... Dato’ Sri : Minta mencelah. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah. Tadi hendak bangun. Hendak tanya lagi kah? Boleh saya benarkan sebab tadi dia sudah bangun? Tuan Yang di-Pertua: Boleh. Boleh. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Silakan. Datuk Jamilah Sulaiman: Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalannya ialah bukan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Theodore Douglas. Soalannya ialah kenapa soalan tambahan saya tidak dijawab. Bukankah saya telah diberi hak untuk mengemukakan soalan tambahan? Akan tetapi, dalam perbahasan yang telah- kalau sekiranya, saya mendapat jawapan dan penjelasan... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalan tambahan? Datuk Jamilah Sulaiman: Ya. Semasa soalan saya yang nombor dua itu, pada 28 hari bulan, soalan saya itu tidak dijawab. Jadi, itu yang saya bahas balik di dalam perbahasan. Kenapa soalan saya yang saya ajukan itu tidak dijawab. Jadi,... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri belum habis lagi.

DN 6.9.2018 96

Datuk Jamilah Sulaiman: Tidak. Yang lepas. Ya. Saya masukkan dalam perbahasan itu. Akan tetapi, hari ini saya telah mendapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri yang saya boleh terima. Cuma soalannya hari itu, dia tidak menjawab soalan saya. Cuma, satu sahaja. Saya ada meminta juga dalam ucapan perbahasan saya meminta Yang Berhormat Menteri, apakah motif Yang Berhormat Menteri untuk membawa saya dan bercakap di luar. Itu satu motif yang tidak digalakkan sebagai seorang Menteri yang tahu imuniti dalam Dewan dan lepas itu mencabar saya untuk bercakap di luar. Ya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Okey. Silakan Yang Berhormat Menteri. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah. Yang Berhormat Senator, untuk makluman Yang Berhormat Senator, soalan tambahan itu yang tanya pada Yang Berhormat Menteri itu saya tidak bolehlah hendak jawab. Sebab tanya pada Yang Berhormat Menteri. Patutnya hari itu isu itu selesai pada Yang Berhormat Menteri, bukan saya sekarang. Itu yang pertamalah. ■1630 Keduanya, saya hendak bercakap dengan Yang Berhormat Senator tentang soalan mengenai hendak ulang di luar itu, saya hendak ulang sikitlah. Okey, kita tahu semua daripada kita ini baik Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara, kita ada imuniti. Makna kita ada kekebalan. Apabila kita bercakap dalam Dewan ini, kita tidak boleh di dakwa, di saman kerana fitnah. Akan tetapi kita boleh didakwa atau disaman kalau sekiranya kita bercakap mengenai bab menghasut sebab Akta Hasutan ini ia memberikan satu- tidak memberikan kekebalan hatta kepada seorang Ahli Dewan Negara ataupun Ahli Parlimen. Ini kita kena perhati juga. Kalau menghasut, tidak boleh lepas. Akan tetapi kalau memfitnah, dia boleh, dipanggil absolute privilege dalam undang- undang, pembelaan itu kuat. Oleh sebab itulah Yang Berhormat Menteri sebagai seorang pengamal undang-undang, beliau mengatakan janganlah kita berselindung di bawah kekebalan imuniti ini untuk kita mungkin memfitnah orang. Oleh sebab kita rasa kita ada kekebalan, maka kita pun cakap ikut suka kita demi memastikan kita tidak disaman. Itu yang beliau maksudkan. Akan tetapi bila saya dengar daripada- saya dengar video exchange, dengan izin, antara Yang Berhormat Senator dengan Yang Berhormat Menteri di mana saya pun hairan kenapa timbul istilah hendak bertumbuk dan sebagainya. Sedangkan beliau hanya menyatakan tentang kalau sekiranya Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah Sulaiman merasakan bahawa tuduhan itu, tuduhan yang betul-betul tuduhan yang kuat dan rasa saya berani sampai di luar pun saya boleh cabar, saya berani ulang, ulanglah di luar.

DN 6.9.2018 97

Saya hendak beritahu dengan Yang Berhormat Senator, pernah berlaku dalam Parlimen ini, mungkin bukan dalam Dewan Negara tetapi dalam Dewan Rakyat. Seorang Ahli Parlimen yang agak hebat, dia pernah dicabar oleh seorang Yang Berhormat Menteri untuk dia bercakap di luar dan dia bercakap di luar, dia ulang balik. Dia sanggup disaman, bila saman dia menang di mahkamah. Itu yang saya cakap orang yang berani, berani kerana benar. Saya hendak beritahu, baru-baru ini, Yang Berhormat Shah Alam dia telah membuat satu kenyataan yang agak mungkin kasar lah ya. Timbul satu perkataan- saya terpaksa ulang di sini, perkataan sial kepada seorang bekas Timbalan Menteri, Seorang Menteri. Menteri itu mencabar dia untuk ulang di luar Dewan, jadi dia telah ulang dan dia kena saman. Sekarang kes ini dalam mahkamah. Itu yang saya katakan tadi. Kalau sekiranya Yang Berhormat Senator rasa apa yang Yang Berhormat Senator cakap itu adalah benar, rasa memang Yang Berhormat Senator Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal ini memang terlibat dengan rasuah dan sebagainya memandangkan SPRM, pihak pendakwa telah pun gugurkan kes ke atasnya. Jadi ulang di luar supaya Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal boleh membela diri dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pihak Yang Berhormat Senator pun boleh juga mempertahankan diri, saya yakin saya benar. Orang Arab kata, dalam hadis kata... [Menyebutkan sepotong hadis] Kamu bercakap benar, walaupun benda itu pahit. Itu sebenarnya, itu maksudnya. Bukan hendak bergaduh, itu maksudnya. Datuk Jamilah Sulaiman: Saya mohon laluan Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya saya tidak pernah mengatakan itu tohmahan. Saya cuma ingin penjelasan supaya apabila kita keluar nanti kita akan bagi. Itu akan direkodkan dalam Hansard. Apabila rakyat di luar sana tanya dengan kita, kita ada maklumat yang sahih di dalam Hansard kita. Itu bukan tohmahan tetapi saya tunjukkan hari itu gambar yang diviral di Sabah, Sabahkini. Ada penulis, ada tarikh dan sebagainya. Itu bukan tohmahan daripada saya. Saya cuma mohon penjelasan, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, itu berkenan dengan Yang Berhormat Menteri bukan Timbalan Menteri. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya pun berada dalam Dewan pada masa itu. Yang Berhormat Menteri memberitahu bahawa itu sangkaan Yang Berhormat Senator bahawa itu adalah tohmahan. So, dia memberitahu Yang Berhormat supaya mengulangi di luar kerana tindakan boleh diambil oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal. Jikalau apa

DN 6.9.2018 98

yang diberitahu oleh Yang Berhormat Senator itu adalah benar, walaupun Yang Berhormat telah memberitahu kepada Dewan yang Mulia ini, ada juga orang-orang yang tertentu menulis. Hal itu saya ingat sudahlah. Yang Berhormat Menteri, sambung. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya menghormati... Tuan Yang di-Pertua: Saya lagi satu Yang Berhormat. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, you kena tahu bahawa MACC, polis, mahkamah dan sebagainya adalah institusi- institusi di negara ini. Jangan pula kita hari ini kita tukar kerajaan dan, dengan izin, we blame kepada officers sekejap. Itu bukan hasrat kita di Dewan yang Mulia ini. Oleh sebab kakitangan ini bekerja untuk memastikan bahawa negara ini kita aman, damai dan sebagainya. So, saya haraplah apabila kita buat atau sebut dalam perbahasan atau bertanya soalan, harap Ahli-ahli Yang Berhormat ini tidak menyakitkan hati pegawai-pegawai kerajaan yang telus dan bekerja untuk negara. Silakan Yang Berhormat Menteri. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya menghormati ruling yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Maka saya tidak akan teruskan dengan apa yang telah dibangkitkan itu. Izinkan saya untuk meneruskan apa yang telah di- masih lagi berkaitan dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah Sulaiman juga, iaitu beliau telah bertanya tentang kes rasuah yang melibatkan Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Senator dalam Dewan ini, siasatan terhadap kes tersebut masih dijalankan berdasarkan kepada aduan yang terima. Jadi saya rasa oleh sebab... Datuk Jamilah Sulaiman: Saya mohon. Saya tidak pernah tanya Yang Berhormat Menteri. Itu bukan soalan saya. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah Sulaiman, bagi saya habiskan ayat, nanti selepas ini saya akan beri. Saya tidak kisah, saya akan berikan jangan takut. Saya tidak akan lari. Saya akan... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator cakap tidak tanya? Datuk Jamilah Sulaiman: Saya tidak pernah tanya. Tuan Yang di-Pertua: Jadi, silap catat kot? Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya tidak tahu. Saya ini baca apa yang dicatat kalau tidak salah saya. Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat mereka catat, apa yang difikirkan pun mereka catat. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sebenarnya yang saya diberitahu, ini yang dicatat. Kalau tidak catat, tidak mengapalah. Lagipun saya rasa jawapan itu pendek sahaja.

DN 6.9.2018 99

Tuan Yang di-Pertua: Saya tengok Yang Berhormat Menteri punya jawapan tebal. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sebenarnya saya bind ini sebab saya sudah terbiasa menjadi seorang peguam yang biasa buat begini... [Menunjukkan sebuah buku] Jadi saya ada DNA yang terlalu banyak pada peguam. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasihlah Yang Berhormat Menteri, memang jawapan Yang Berhormat Menteri ini terperinci. Silakan Yang Berhormat. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, minta maaf kepada Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah Sulaiman. Sebenarnya saya baca ini apa yang dicatatkan. Saya minta maaflah mungkin juga tidak ditanya tetapi saya mohon maaflah jika sekiranya mungkin ada catatan yang tidak betul. Walau bagaimanapun saya akan teruskan kepada isu yang dibangkitkan juga oleh– ini saya tidak tahu, Yang Berhormat Senator Jamilah sebenarnya ada tiga isu yang dibangkitkan. Kalau ini pun tidak ada, saya mohon maaf tetapi saya hendak beritahu, soalan ini adalah Yang Berhormat Senator bertanya adakah SPRM sebuah badan yang bebas? Mungkin Yang Berhormat Senator tidak secara spesifik tanya apa yang bebas. Akan tetapi mereka ambil daripada apa segala penggulungan itu yang ada kaitan. Jadi mereka menganggap itu adalah isu yang dibangkitkan. Mungkin tidak spesifik, adakah SPRM itu bebas? Itu tidak. Mungkin tidak begitu, tetapi cara ditanya itu menunjukkan seolah-olah begitu. Okey, apabila diam ini, orang kata... [Bercakap dalam bahasa Arab] Apabila diam ini, maknanya setujulah. Okey, saya ingin memaklumkan Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah Sulaiman, SPRM adalah sebuah badan yang bebas dan sentiasa diberikan ruang untuk melaksanakan tugas sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Oleh kerana soalan ini pendek, saya jawapan tidak panjang sangatlah. Seterusnya saya berpindah kepada Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty, ada ya? Beliau telah menyuarakan dalam Dewan yang mulia ini cadangan untuk menambah bilangan anggota penguat kuasa SPRM. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, penambahan bilangan anggota penguat kuasa SPRM telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri Ketiga yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pada 13 Ogos 2018. ■1640 Perkara ini diselaraskan oleh pihak SPRM dengan Jabatan Peguam Negara, Parlimen, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

DN 6.9.2018 100

Seterusnya Yang Berhormat Senator juga bertanya tentang- ini saya berpindah soalan tentang Akta Pemberi Maklumat, Whistleblowers Act 2010. Berhubung isu ini, ditanya ialah supaya dipinda Akta Pemberi Maklumat agar dipermudahkan urusan membuat laporan rasuah kepada SPRM. Saya ingin memaklumkan Dewan dan Yang Berhormat Senator bahawa setakat ini undang-undang yang di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat masih lagi berkesan untuk menggalakkan orang ramai memberi maklumat kepada SPRM bagi membolehkan sesuatu siasatan dijalankan. Undang-undang ini jelas melindungi pemberi maklumat dan memperuntukkan remedi kepada pemberi maklumat sekiranya sesuatu kelakuan tidak wajar dilaporkan. Walau bagaimanapun, masyarakat masih lagi tidak yakin untuk menggunakan akta ini dalam memberikan maklumat. SPRM menyeru supaya masyarakat yakin dengan kebebasan SPRM apabila melindungi pemberi maklumat dengan menggunakan akta ini. Buat masa ini tiada keperluan untuk meminda akta ini kerana pemindahan akta ini perlu dibincangkan dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri yang berfungsi sebagai penyelaras dan pelaksana kepada akta ini. Saya ingin tambah, untuk makluman Yang Berhormat Senator, setelah saya membuat perbincangan dengan pihak SPRM, saya mendapati- yang ini diakui juga oleh pihak SPRM bahawa masih ramai rakyat di luar sana tidak begitu memahami tentang akta ini. Jadi mereka kadang-kadang merasakan bahawa mereka tidak dilindungi jikalau sekiranya memberi maklumat. Untuk hal ini, saya telah berbincang dengan pihak SPRM, saya telah mengatakan kepada mereka mungkin ada keperluan untuk mereka menggunakan saluran media rasmi kerajaan seperti RTM dan sebagainya untuk memberikan maklumat. Engaged dengan public untuk memberi maklumat. Insya-Allah saya akan berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk memastikan adanya satu siri penerangan diberikan tentang Akta Perlindungan Maklumat ini supaya kita sama-sama terlibat dalam membanteras rasuah ini. Sebab rasuah ini satu- jikalau tidak dibendung ia menjadi barah kepada masyarakat. Banyak material yang ditulis oleh seperti profesor- dulu seorang profesor tulis buku khas untuk rasuah, saya rasa Yang Berhormat Dr. pun tahu. Jadi saya rasa semua ini kita akan usahakan dengan begitu teliti selepas sini. Ada apa-apa pertanyaan Yang Berhormat Senator?... Tidak ada ya? Sekiranya tidak ada, saya akan teruskan kepada isu yang lain iaitu tentang Penggubalan Akta Pembiayaan Dana Politik ataupun, apa yang dipanggil Political Financing. Untuk makluman

DN 6.9.2018 101

Yang Berhormat Senator dan juga Senator yang sama juga bertanyakan hal ini. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah, yang ini siri yang kedua yang dipengerusikan juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 Julai 2018 telah bersetuju dengan cadangan penggubalan suatu undang-undang berhubung dengan pembiayaan politik. Akta ini sedang digubal dan diteliti oleh Jabatan Peguam Negara bersama pihak GIACC yang menjadi penyelaras terhadap semua keputusan dasar yang perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri sebelum akta ini dibentangkan di Parlimen. Jadi ini juga satu pembaharuanlah Kerajaan Pakatan Harapan, kita akan membuat satu akta pembiayaan politik. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, yang ini juga saya minta supaya pihak yang terbabit nanti selepas ini akan memberikan penerangan, membuat engagement dengan public untuk memberikan penerangan tentang akta ini. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kita juga sedang mencari model-model terbaik untuk memastikan akta ini dapat dibuat dengan seadilnya dan dapat mengurangkan, walau tidak dapat menghapuskan, dapat mengurangkan kadar rasuah dalam politik ini. Seterusnya tentang GIACC. Ketelusan industri awam dan peranan GIACC dalam membanteras rasuah. Izinkan Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab soalan ini bersekali dengan satu soalan Yang Berhormat Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee yang juga menyentuh peranan GIACC. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, bertanyakan bagaimanakah kerajaan memastikan ketelusan institusi awam, serta bagaimana GIACC berperanan dalam membanteras rasuah di negara ini. Beliau juga turut memohon perincian laporan perjalanan GIACC, saya memohon untuk menjawab kedua-dua soalan ini bersekali Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua ketelusan entiti awam telah pun diterjemahkan oleh pelbagai perkara. Salah satu platform yang diwujudkan oleh kerajaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah dan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) di peringkat kementerian termasuk JAR di peringkat kerajaan negeri. Dalam kedua-dua mesyuarat ini, perkara-perkara berkaitan governance, integriti dan antirasuah dibincangkan dan sebarang urusan diambil serta-merta. GIACC melaksanakan enam peranan seperti mana berikut: (i) menasihati kerajaan dalam aspek governance integriti dan antirasuah;

DN 6.9.2018 102

(ii) merancang strategi dan pelan tindakan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di peringkat nasional; (iii) menyelaras pelaksanaan initiative governance integrity dan antirasuah oleh agensi pelaksana; (iv) memantau prestasi semasa inisiatif oleh agensi-agensi pelaksana; (v) menilai keberkesanan tindakan oleh agensi pelaksana; dan (vi) melaporkan dapatan tindakan berkaitan aspek governance integriti dan antirasuah. Di antara inisiatif yang dilaksanakan oleh GIACC sehingga kini adalah: (i) mesyuarat JKKMAR iaitu semua perkara yang memerlukan keputusan dasar dan polisi direction dibawa untuk dibentangkan dan diputuskan oleh mesyuarat ini. Seterusnya bagi perkara memerlukan keputusan kerajaan ia akan diangkat melalui memorandum Jemaah Menteri untuk keputusan mesyuarat Jemaah Menteri; dan (ii) setiap Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dijemput ke sesi perbincangan bersemuka secara berasingan yang di pengerusi kan oleh Ketua Pengarah GIACC yang turut dihadiri Ketua Audit Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan dalam sesi ini, semua perkara yang berkaitan governance integriti dan antirasuah diperbincangkan dan dimandatkan untuk diambil tindakan sewajarnya. Sehingga ke hari ini, sebanyak lapan kementerian telah terlibat dalam sesi ini, iaitu seperti berikut: (i) Kementerian Pertahanan, telah dibuat pada 17 Julai 2018; (ii) Kementerian Pendidikan Malaysia pada 19 Julai 2018; (iii) Kementerian Luar Negeri pada 14 Ogos 2018; (iv) Kementerian Kerja Raya pada 16 Ogos 2018; (v) Kementerian Belia dan Sukan pada 17 Ogos 2018; (vi) Kementerian Industri Utama pada 27 Ogos 2018; (vii) Jabatan Perdana Menteri pada 27 Ogos 2018; dan (viii) Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 28 Ogos 2018. Semua tahun ini ya.

DN 6.9.2018 103

Setakat ini, GIACC telah melaksanakan sebanyak tiga kali Mesyuarat JKKMAR. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, saya juga ahli salah seorang anggota JKKMAR ini. Mesyuarat pertama adalah bertarikh 8 Jun 2018; mesyuarat yang kedua pada 9 Julai 2018; mesyuarat ketiga, bertarikh 13 Ogos 2018. GIACC akan merangka dan membangunkan pelan antirasuah nasional yang akan meliputi semua aspek berpandukan risiko rasuah di pelbagai sektor. Pelan ini kemudiannya akan dilaksanakan di mana GIACC akan melakukan penyelarasan, pemantauan dan penilaian terhadap pelaksanaan pelan tersebut. Selaras dengan pelan antirasuah peringkat nasional, setiap kementerian dan agensi juga menyediakan pelan antirasuah organisasi mengikut risiko rasuah masing-masing. Selain daripada itu, GIACC juga menyelaras khidmat nasihat yang diberikan oleh SPRM kepada kementerian dan agensi di dalam aspek pencegahan rasuah. Seterusnya GIACC juga tidak menjalankan tugas penguatkuasaan. Dia bukan satu badan penguatkuasaan seperti SPRM, kerana ia termaktub di dalam akta- SPRM ini dia ada akta khas iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memang memberikan kuasa untuk mereka melakukan penguatkuasaan. Akan tetapi GIACC lebih kepada macam monitoring body. Seterusnya peranan GIACC juga hanya tertumpu pada enam fungsi sebagaimana yang dinyatakan terdahulu, fokusnya adalah untuk menentukan semua kementerian dan agensi dapat menutup ruang dan peluang rasuah di agensi masing-masing. Dengan demikian, pembanterasan rasuah boleh dilaksanakan dengan lebih efektif. Saya juga ingin menambah bahawa, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang begitu peka soal ini. Di dalam setiap kali pertemuan- meeting, beliau sering menegaskan bahawa kita mahu mewujudkan satu kerajaan yang betul-betul bersih daripada elemen-elemen rasuah. Ini undertaking Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya banyak kali menghadiri meeting dengan beliau, beliau sering menekankan ini. We want to form a clean government. Jadi saya harap kita semua dapat membantu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melaksanakan satu tugas yang suci ini. ■1650 Seterusnya, Yang Berhormat Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee menanyakan apakah tahap perkembangan terkini usaha kerajaan untuk menggubal kerangka Pelan Antirasuah Nasional, atau National Anti-Corruption Plan (NACP). Suka saya maklumkan di sini bahawa Pelan Antirasuah Nasional atau National Anti- Corruption Plan sedang dibangunkan oleh DIACC. Untuk makluman Dewan yang mulia ini,

DN 6.9.2018 104

pemohon NACP melibatkan tiga peringkat iaitu diagnosis, agnosies, prognosis, dan prescription- sudah macam doktor pula ya. Buat masa ini, kemajuan pembangunan NACP adalah dalam bentuk peringkat diagnosis dahulu bagi mengenal pasti isu sebenar yang menjadi punca kepada masalah rasuah dalam negara. Data yang diguna pakai dalam peringkat diagnosis ini adalah daripada data kualitatif dan kuantitatif, lokal dan international recommendation, hasil engagement dengan Ketua Setiausaha Kementerian dan pihak-pihak yang berkaitan dan rujukan pada lain-lain data. Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah kepada agensi yang berikutnya iaitu berkaitan dengan PMO- PMO ataupun Prime Minister Office. Ada beberapa orang juga Senator yang turut mengambil bahagian dalam membincangkan agensi ini. Antaranya Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty di mana beliau mencadangkan supaya kerajaan memastikan rakyat Malaysia kekal dalam nilai ketimuran dan berakhlak tinggi. Ini sesuai selaras dengan kenyataan Yang Berhormat sewaktu lawatan beliau ke negara Jepun baru-baru ini. Sebenarnya ini cadangan yang baik dan saya rasa kita akan mengambil berat soal cadangan ini. Oleh sebab ia tidak berbentuk soalan saya rasa saya berterima kasih kepada Senator yang amat peka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan nilai ketimuran dan akhlak ini. Jadi, saya tidak bercadang untuk hendak menjawab berkaitan dengan isu itu sebab itu adalah seperti lebih kepada cadangan. Seterusnya, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul. Kalau sebut nama yang salah, saya mohon maaf ya. Beliau telah berbahas pada 29 Ogos 2018 yang bertanyakan soalan, apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mengembalikan Sabah dan Sarawak agar sama taraf dengan- beliau sebut ini Malaya, tidak tahu betul atau tidak ya, saya ingat rakyat Malaysia lah. Beliau telah merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963, dan Manifesto Pakatan Harapan. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator ini juga akan dijawab bersekali dengan Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang... [Tersilap menyebut] Oh sorry! Saya baca ini ikut ejaan ya, dan juga isu Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing pada 29 Ogos 2018; Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili; Yang Berhormat Senator Datuk John Ambrose; dan Yang Berhormat Senator Datuk John Ambrin- tadi Datuk John Ambrose, ini Datuk John Ambrin, pada 3 September 2018. Perkara-perkara yang berkenaan dengan hak negeri Sabah dan Sarawak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menyemak dan melaksanakan secara adil Perjanjian Malaysia 1963, dan jawatankuasa khas

DN 6.9.2018 105

perjanjian ini akan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mempunyai kepakaran dalam hal-hal berkaitan. Tiada halangan undang-undang bagi penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut, dan penubuhannya merupakan perkara dasar untuk diputuskan oleh kerajaan termasuk berkenaan dengan misi terperinci, keahlian dan terma rujukan jawatankuasa ini kelak. Seterusnya, izinkan saya merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Nga Hock Cheh, kawan lama saya ini. Beliau mencadangkan supaya Parlimen Malaysia tidak diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa sekarang Parlimen Malaysia hanya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, bukan Pejabat Perdana Menteri- Jabatan Perdana Menteri ya, JPM. Ada beza sikit itu Yang Berhormat- bagi tujuan penyelarasan maklumat khususnya pengurusan urusan Jemaah Menteri yang perlu dilaksanakan oleh Pentadbiran Parlimen Malaysia. Segala urusan pentadbiran Parlimen Malaysia adalah diuruskan oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. Manakala urusan pentadbiran urusan Jabatan Perdana Menteri adalah diuruskan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan. Jadi, itu yang saya boleh bagi jawapan berkaitan dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Nga Hock Cheh. Seterusnya, saya berpindah kepada Senator Datuk Lee Tian Sing. Beliau bertanyakan- beliau ingin mengetahui berapakah jawatankuasa suruhanjaya dan agensi yang akan diletakkan di bawah Parlimen. Beliau seterusnya ingin mengambil road map dan keperluan daripada aspek statutori dan peraturan dalam melaksanakan reformasi institusi ini. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kerajaan masih lagi mengkaji cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Reformasi Institusi Parlimen. Sebarang keputusan khususnya berkaitan Parlimen akan dimaklumkan kelak. Saya cuma- walaupun jawapan ini jawapan yang agak ringkas tetapi saya ada pengetahuan sedikit. Saya hendak beritahu memang sebenarnya jawatankuasa itu memang telah pun dibincangkan. Cuma kita menunggu masa untuk kita dedahkan di peringkat publik. Sekarang ini kita masih lagi meneliti setiap- dipanggil jawatankuasa suruhanjaya atau agensi- agensi yang akan diletakkan di bawah Parlimen itu. Kita dalam proses untuk kita kenal pasti di peringkat yang lebih mendalam lagi, lebih teliti lagi. Kita hendak memastikan segala yang kita hendak buat ini betul-betul boleh dilakukan dengan jayanya. Tidak mahu kita setakat kita buat lepas itu nanti ada masalah dan sebagainya.

DN 6.9.2018 106

Seterusnya, sekali lagi Yang Berhormat Senator Tuan Nga Hock Cheh membangkitkan- mencadangkan agar bilangan Senator ditambah dan tempoh perkhidmatan Senator tidak dihadkan. Untuk soalan ini, saya ingin menjawab begini. Tentang keanggotaan Dewan Negara, ini adalah satu perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 45(1) Perlembagaan Persekutuan. Izinkan saya membaca, “Tertakluk kepada Fasal 4, Dewan Negara hendaklah terdiri daripada Ahli yang dipilih dan yang dilantik seperti yang berikut iaitu dua orang bagi setiap negeri dan ahli berikutnya mengikut Jadual Ketujuh; dua orang Ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang lagi Wilayah Persekutuan.” Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh keanggotaan seorang Ahli Dewan Negara adalah termaktub dalam Perkara 45(3), Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan, “Tempoh jawatan seorang Ahli Dewan Negara adalah tiga tahun dan tempoh itu tidak tersentuh dengan pembubaran Parlimen.” Mengenai Perkara 45(3a) pula menyatakan, “Seorang Ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan selama lebih daripada dua penggal sama ada terus menerus atau selainnya.” Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat agar tempoh berkhidmat Ahli Dewan Negara tidak dihadkan, sekiranya cadangan Yang Berhormat itu diterima, maka pindaan Perlembagaan Persekutuan hendaklah dilakukan. Bagi tujuan itu kita kena pinda Perlembagaan Persekutuan ya. Jadi bila pinda Perlembagaan Persekutuan ini untuk makluman Yang Berhormat Senator, ia memerlukan satu perkara yang kita perlukan dua per tiga- yang mungkin kerajaan sekarang tidak mempunyai- kecuali pihak pembangkang di Dewan Rakyat mungkin bersetuju dengan pindaan tersebut. Jadi saya rasa perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sehingga kini kerajaan tidak berhasrat untuk meminda tempoh berkhidmat Ahli-ahli Dewan Negara seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tersebut. Dengan jawapan ini juga saya menjawab sekali dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad juga. Seterusnya Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad bertanya, bagaimana kerajaan boleh memastikan impak kepada Artikel Penasihat Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan mengenai perbelanjaan istana negara- ya, silakan. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Saya bangun fasal I tidak sure approach Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada akan pergi ikut orang atau ikut topik.

DN 6.9.2018 107

Akan tetapi kalau ikut topik, saya rasa ikut topik, isu Yang Berhormat ini juga melibatkan isu martabatkan Dewan Negara yang juga saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh bagi saya sedikit masa fasal ini isu memartabatkan... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sekarang Yang Berhormat membangkitkan apa yang dicadangkan... Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Bukan, bukan itu. Fasal isu martabatkan Dewan Negara secara khusus dibangkitkan oleh ramai ahli dan sebenarnya... Tuan Yang di-Pertua: Beliau belum sampai sana lagi Yang Berhormat... Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Itu fasal I tanya beliau. Fasal tadi pun beliau sudah cerita fasal isu Dewan Negara. I tak tahu... Tuan Yang di-Pertua: Okey, saya faham, saya faham. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sambung. ■1700 Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bila sudah habis kalau tidak jawab, baru tanya. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: No, whether dia pergi by topic atau by person. Tuan Yang di-Pertua: He’s going- dengan izin, he’s going by person. I think topic? Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya... Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat topik. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sebenarnya, dua-dua sekali. Tuan Yang di-Pertua: Sebenarnya, dia pun tidak tahu [Ketawa] Ini Menteri baru ini, bagi dia masa sikit. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Ya, I tahu tapi kalau isu martabatkan Dewan Negara- kalau ada kemudian then I rise kemudian. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Untuk makluman- sekejap ya, Yang Berhormat. Sebenarnya untuk makluman Tuan Yang di-Pertua saya sebenarnya ikut kepada agensi-agensi. Tuan Yang di-Pertua: Agensi-agensi. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: No. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Tadi kepada SPRM, lepas itu pada Parlimen, PMO. Sekarang ini pergi Parlimen- Dewan Negara lah. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Parlimen? Tuan Yang di-Pertua: Sekarang apa Yang Berhormat Menteri?

DN 6.9.2018 108

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Actually, Dewan Negara pun termasuk juga- Parlimenlah. Tuan Yang di-Pertua: Ada topik Dewan Negara. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: So, I balik kepada topik Dewan Negara. Tuan Yang di-Pertua: Bila habis topik Dewan Negara tanyalah. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Sudah habis- sudah pergi ke next topic. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Akan tetapi, saya dalam membangkitkan isu Dewan Negara saya akan rujuk kepada isu-isu yang akan dibangkitkan oleh spesifiklah kepada... Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Ya, saya faham. Akan tetapi, ada empat isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negara berkaitan dengan Dewan Negara. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya tidak habis lagi ini. Saya baru pergi kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh spesifik Yang Berhormat Senator. Tadi saya sebut nama-nama Yang Berhormat Senator itu mereka bercakap. Kalau Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan ada bangkitkan, nanti boleh bangkitlah. Izinkan saya teruskan Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Terus. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Soalan daripada Yang Berhormat Senator Datin Rahimah adalah bagaimana kerajaan boleh memastikan impak kepada Artikel Penasihat Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan mengenai penghinaan istana negara tidak menjejaskan sensitiviti terhadap isu Raja. Seterusnya, apakah langkah kerjasama yang boleh diambil kerajaan bagi memelihara hubungan antara kerajaan dan institusi Diraja. Ketiga, bagaimanakah martabat institusi Diraja dapat dipelihara berdasarkan prinsip demokrasi Parlimen. Ini yang dicatatkan. Untuk makluman, Yang Berhormat Senator yang bertanya. Seperti Yang Berhormat sedia maklum Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan, Constitutional Monarchy. Kuasa Raja berperlembagaan yang mengimbangi kerajaan demokrasi pilihan rakyat membuat Malaysia sebagai negara yang unik dan stabil walaupun terdapat kepelbagaian. Ini kerana Raja dan Perlembagaan Persekutuan adalah simbol kedaulatan negara yang menjaga keharmonian kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Kerajaan akan terus mempertahankan kedaulatan institusi Diraja dan memartabatkan Perlembagaan Persekutuan selain mengambil langkah untuk mendorong semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang, agama, kebudayaan dan kepercayaan supaya memberi penghormatan dan pengiktirafan yang tinggi terhadap Yang di-Pertua Agong sebagai Ketua Negara.

DN 6.9.2018 109

Langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan rakyat jelata harus menjunjung institusi Diraja berdasarkan prinsip demokrasi berparlimen adalah melalui pendidikan, media massa dan undang-undang. Setiap pendidikan di peringkat sekolah dan universiti akan diperkasakan lagi supaya peranan institut Diraja dapat diperjelaskan dan dihayati generasi muda dan pelajar. Media arus perdana dan agensi penerangan akan digalakkan untuk mendidik masyarakat akan kepentingan isu Diraja dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang berterusan. Di samping itu, undang-undang sedia ada akan digunakan untuk mempertahankan kedaulatan institusi Diraja. Kerajaan komited dalam usaha untuk terus memartabatkan institusi Diraja kerana pada institusi inilah akan tersematnya taat setia yang benar-benar jujur seterusnya menuntut rakyat mengekalkan semangat cintakan negara. Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini mungkin hendak beralih kepada agensi lain. Kalau sekiranya ada pertanyaan tentang Senate dan sebagainya saya bersedia untuk menjawabnya. Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Tuan Yang di-Pertua, soalan yang saya bangkitkan, apakah status siasatan dan keputusan Peguam Negara ke atas seorang individu bekas Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan yang disiasat di bawah akta kerana menerbitkan artikel hasutan di dalam blog peribadi beliau mengenai kos perbelanjaan tanggungan Institusi Istana Negara, di mana peruntukan ini telah di lulus dalam Bajet 2017 dan Bajet 2018 di peringkat Parlimen. Itu soalan saya bangkitkan. Tuan Yang di-Pertua: Status. Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Untuk makluman, sekarang tidak ada jawapan pada saya tapi saya akan memberikan jawapan yang bertulis sebab saya tidak ada sekarang bersama saya maklumat itu. Tuan Yang di-Pertua: Okey, Yang Berhormat saya benarkan. Silakan Yang Berhormat. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tengok semasa perbahasan hari itu isu martabatkan Dewan Negara sebenarnya empat isu- sebenarnya tiga isu dan tambah satu isu. Dua isu seperti tadi berkenaan dengan tempoh tiga tahun. Kalau tidak salah hari itu cadangan banyak untuk melanjutkan dari tiga tahun ke lima tahun. Saya harap kalau perlu constitutional amendment kita kena buat constitutional amendment, itu satu.

DN 6.9.2018 110

Oleh sebab kalau kita tengok pada permulaan original Constitution enam tahun. Penukaran dari enam tahun ke tiga tahun berlaku pada tahun 1978, itu satu. Untuk consider ia sebagai added ground untuk constitutional amendment. Begitu juga dengan capping- kalau kita tengok capping untuk dua terms itu sebelum tahun 1981 tidak ada capping. Capping itu hanya introduce sebagai constitutional amendment kalau tidak salah pada bulan Mei 1981. Ini dua sudah sentuh dalam jawapan tadi. Cuma added point sebagai argument. That means, erti saya is not that it cannot be done, sebelum ini telah ada. So, cadangan saya supaya kita balik ke status quo enam tahun dengan tidak ada capping. Itu sudah jawab tadi. Akan tetapi, lagi satu yang ditimbulkan ialah isu penambahan bilangan dari 70 ke 100. Ini saya cuma hendak beritahu sedikit, kalau kita tengok pada Fifth Parliament tahun 1978, kita ada sebanyak 154 Ahli Parlimen, 68 Senator. Akan tetapi, sekarang Ahli Parlimen 154 sudah jadi 222, satu peningkatan 44 peratus tetapi Senator hanya meningkat dua peratus sahaja. So, kalau pada saya at least kena ikut the same ratio daripada segi peningkatan... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat Menteri sudah jawab bahawa masa sekarang ini ia mengikut Perlembagaan... Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Ia ada perubahan dan Yang Berhormat Menteri sudah beritahu yang kena buat ini menggubal... Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Constitutional amendment. Tuan Yang di-Pertua: Constitutional amendment. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Dengan izin, he’s already said it that they will looking... Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Ya, what I am suggesting fasal secara khusus, I am suggesting to include benda ini dalam constitutional amendment, itu satu. Lagi satu yang saya cadang constitutional amendment adalah baru-baru ini banyak kita dengar isu sama ada Dewan Negara rubberstamp atau tidak. My argument pada saya, saya juga suggest untuk constitutional amendment juga perlu kena amend Perkara 68. Fasal pada saya kalau Perkara 68 masih ada di Perlembagaan Malaysia, Article 68 yang membuat Dewan Negara sebagai rubber stamp, Article 68 yang membuat Dewan Negara- fasal kalau kita tengok Article 68 (1) monetary bill satu bulan, I think Article 68(2)(a) dan Article 68(2)(b), lepas satu tahun none monetary bill secara automatik akan pergi kepada- walaupun ia pergi ke

DN 6.9.2018 111

Dewan Negara, that mean keadaan sekarang di mana terdapat Article 68 yang membuat Dewan Negara sebagai rubberstamp. So, kalau kita hendak martabatkan Dewan Negara semasa constitutional amendment saya rasa include juga bukan sahaja Article 45 yang melibatkan tempoh had dan bilangan tetapi juga Article 68 bills. Sekarang ini kita tidak ada kuasa. In fact Tuan Yang di-Pertua, dari sejak tahun 1959 sampai sekarang Dewan Negara hanya amended lima bills. For by conduct kita become rubberstamp. Itu terpulang pada kita. Akan tetapi, argument saya by constitutional provision kita sudah jadi rubberstamp. So, kita kena amend constitutional itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, silakan- Yang Berhormat Menteri sekejap. Yang Berhormat, adakah Dewan Negara ini rubber stamp. Hari itu sebelum Hari Merdeka saya sudah memberitahu kepada Dewan yang mulia ini bahawa kita pernah reject satu bill dan hantar balik kepada Dewan Rakyat. Akan tetapi, kalau rubber stamp- persepsi rubber stamp Ahli-ahli Yang Berhormat kena faham. Dewan Rakyat tidak pernah menolak sebarang rang undang-undang pun. Adakah dia orang pun rubber stamp, apa juga di bawa oleh kerajaan. Persepsi Dewan Negara adalah sama, dengan izin, House of Lords Sky England. Mereka pun tidak boleh menolak dari segi kewangan kerana kalau Ahli-ahli Yang Berhormat kena faham bahawa perkara yang berlaku dekat Amerika pun sama when there is a blockade memang susah kerajaan hendak jalankan. Itu ada. Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri kalau- beri pengesahan. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya. Tuan Yang di-Pertua: Akan tetapi kalau rubber stamp tidaklah rubber stamp. ■1710 Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Izinkan saya mungkin menjawab, saya tidak mahu memanjangkan isu rubber stamp ini. Saya cuma hendak mengatakan beginilah, pertamanya saya hendak beritahu ada sedikit kekeliruan bukan saja di kalangan kita, malah di kalangan ramai orang, definisi Parlimen itu sendiri pun, kemungkinan ramai orang tidak begitu jelas. Selalunya orang mentafsirkan Parlimen ialah Dewan Rakyat. Sebenarnya tidak betul. Dalam frame work constitution, Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Itu adalah komposisi Parlimen. Maknanya kalau dia cakap Parlimen, sebenarnya merangkumi semua. Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat juga adalah ahli- anggota Parlimen. Walaupun namanya Dewan Negara tapi hakikatnya itulah Parlimen- “Lower House, Upper House, Yang di-Pertuan Agong”- itu adalah komposisi Parlimen.

DN 6.9.2018 112

Akan tetapi selalunya kalau kita cakap Parlimen, kita hanya mengehadkan kepada Dewan Rakyat. Yang ini mungkin kita perlukan satu perubahan memahami benda itu. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun mungkin boleh bersetuju dengan saya tentang definisi Parlimen itu. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua tentang isu rubber stamp bukan lebih kepada whether you can reject ataupun tidak reject. Persoalannya ialah, kalau saya diizinkan maknanya orang nampak seolah-olah macam Dewan Negara, dengan izin, toothless tiger lah. Yang tidak mencengkamlah, boleh gigit tapi tidak mencengkam ya... Tuan Yang di-Pertua: Akan tetapi itu bukan bermaksud Ahli-ahli Yang Berhormat ini kena cengkam. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: [Ketawa] Tidak, maksud saya, saya sebenarnya, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua: Mengurangkan sebarang bil, jangan. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya sebenarnya, saya bersetuju kalau sekiranya Dewan Negara ini diberikan kuasa yang sewajarnya. Bagi saya kalau kita betul hendak menjadikan satu sistem yang efektif daripada segi check and balance, semua- setiap dipanggil, setiap peringkat itu sama ada Dewan Rakyat kah, Dewan Negara ini, paling kurang ada kuasa- kuasa tertentu yang mereka boleh menjadi satu authority- untuk jadi check and balance yang efektif, bukan setakat check and balance tapi efektif, berkesan. Sekarang ini berkemungkinan istilah “rubber stamp” itu dilihat kerana dia hanya boleh setakat hanya menangguhkan atau itu yang dilihat macam rubber stamp. Sebenarnya macam Tuan Yang di-Pertua kata saya pun bersetuju. Sebenarnya bukan rubber stamp in to sense tapi bila tidak boleh menolak, bagi mereka itu adalah rubber stamp. Sebenarnya istilah rubber stamp ini saya belajar daripada tahun satu lagi Tuan Yang di-Pertua, daripada first year- saya belajar constitution law sudah ada istilah rubber stamp telah digunakan oleh pensyarah-pensyarah saya... Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Jadi hendak salahkan pensyarah pun mereka nampak sistemnya begitu. Jadi saya rasa ini lebih pada persepsilah sebenarnya ya. Akan tetapi sebenarnya kalau dulu lagilah, kalau mendiang Karpal Singh- dia guna lagi istilah lebih keras. Dia kata, dia gunakan istilah-istilah seperti contoh, dia kata Dewan Negara ini lah sebagai, saya tidak hendak guna istilah itu, saya tidak payahlah ulang di sini tapi lebih keras. Mungkin dalam banyak- banyak itu, istilah rubber stamp yang paling lembut, mungkinlah. Akan tetapi sebenarnya bagi saya, saya insya-Allah lah, saya...

DN 6.9.2018 113

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat Menteri. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sekejap, sekejap ya Yang Berhormat Dato’, sekejap saja. Dia hendak buktikan yang dia bukan rubber stamp [Ketawa] Tidak, gurau ya. Saya hendak kata beginilah, sebenarnya saya sendiri amat bersetuju kalau sekiranya Dewan Negara ini diberikan kuasa yang lebih efektiflah. Akan tetapi macam mana kita hendak buat, itu mungkin memerlukan pindaan-pindaan Perlembagaan ya. Jadi ini yang mungkin saya tidak pastilah sama ada boleh berlaku dalam tempoh yang sekarang ini. Kalau tidak, itu saya tidak boleh bagi jaminan. Akan tetapi yang pentingnya saya rasa, memang ada beberapa cadangan. Hatta saya hendak bagi tahu dengan Yang Berhormat Chandra Mohan- Bar Council juga pernah mencadangkan supaya anggota Dewan Negara ini diberi dua kategori, satu yang dilantik, satu lagi juga yang dielected melalui election, dipilih. Ada cadangan itu- dan cadangan itu baik. Sebenarnya kalau, cuba tengok dalam Artikel 45(4), memang dalam negeri mereka boleh sebenarnya memilih, Parlimen boleh buat satu akta untuk membuat satu prosedur ada calon yang dipilih, satu lagi yang nominated. Boleh sebenarnya, sebenarnya sudah ada ruang itu. Cuma sama ada kita hendak explore tidak, itu satu isu yang lain. Maknanya Dewan Negara ini- saya amat bersetuju kalau sekiranya diberikan kuasa yang kata orang itu boleh bite lah, dengan izin, supaya dapat menaikkan taraf lagilah Dewan Negara ini. Akan tetapi ini sama ada boleh berlaku di zaman yang kita ada sekarang ini, saya tidak pastilah tapi saya rasa saya tidak ada masalah. Saya dengan Yang Berhormat Menteri, kami rasa sebarang cadangan yang boleh menambah baikkan sistem check and balance ini kita akan sokong. Kita akan berikan satu sokongan yang- perlulah, sebab bagi kita untuk membolehkan sebuah kerajaan beroperasi dengan sistem governance yang baik, mesti ada satu skim ataupun sistem check and balance yang efektif. Ya Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin silakan. Boleh dibenarkan Tuan Yang di- Pertua? Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, sila. Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyaklah kerana hendak membantu kami untuk, sebenarnya Yang Berhormat Menteri, saya hendak- pernah bercadang dengan rakan-rakan Ahli-ahli Dewan

DN 6.9.2018 114

Negara ini untuk hendak bawa mereka ke root tempat di mana kita mula wujud, bawa ke London melihat sendiri House of Lord, dan baru kita faham bahawa kita ini rubber stamp ataupun tidak. Akan tetapi yang penting- kita tidak payah sebut. Jangan dok sebutlah, kita ini rubber stamp, kalau dalam macam kata Tuan Yang di-Pertua tadi, kita jangan sebut sebab saya minta satu penghormatan, pengiktirafan kerana saya mempunyai Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri di belakang saya ini, yang tidak ada kawasan Parlimen ataupun bertanding tetapi kecundang, dilantik menjadi Ahli Dewan Negara, dan dilantik menjadi Yang Berhormat Menteri. Kalau kita rubber stamp kah, bermakna kita rubber stamp bukan saja Ahli-ahli Dewan Negara, kita juga rubber stamp termasuklah Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri. Ini satu penghinaan. Jadi adalah lebih baik kita jangan guna perkataan-perkataan itu. Kita iktiraf yang kita ini memang diperlukan. Kalau kita tidak perlu, tidak perlu ada Yang Berhormat Menteri- menteri daripada Senate. Mereka tidak ada kawasan dan mereka dilantik menjadi Ahli Senator dulu baru menjadi Yang Berhormat Menteri. Jadi itu satu pengiktirafan yang cukup baik dan kita kena hormati dan kita kena iktiraf. Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sudah cakap. Bukan sebenarnya rubber stamp, dia macam toothless tiger. Kalau hendak cakap, cakap fasal toothless tiger sekarang. Dato’ Sri Khairudin Samad: Boleh, sekarang kita tidak ada, kita ada gigi palsu, boleh pakai, tidak ada masalah, kita cengkam dengan gigi palsu. Boleh Yang Berhormat Menteri? Kalau toothless pun kita pergi pakai gigi palsu. Saya macam ini Tuan Yang di-Pertua, saya cuba untuk diberi penghormatan, pengiktirafan tapi saya bagi contoh. Dulu waktu kita minta gaji kita di sama ratakan dengan Dewan Rakyat, kita dinafikan. Akan tetapi saya kata kepada mereka daripada Dewan Rakyat, yang you all tolak ini kenapa, you kata kita tidak ada kawasan. You tidak kasihan kah wakil-wakil yang daripada Dewan Negara ini, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang dilantik melalui Dewan Negara daripada segi monthly income, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri yang dilantik daripada Dewan Rakyat dan Yang Berhormat Menteri yang dilantik daripada Dewan Negara, di situ saja sudah ada perbezaan. Padahal Dewan Negara ini di Upper House tapi gaji dia lebih kurang daripada Dewan Rakyat. Yang itu saja kita bagi contoh. Saya dengan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Suhaimi lawan macam MTUC dan CUEPAC tapi akhirnya gagal. Itu Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

DN 6.9.2018 115

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat tanya dengan... Dato’ Sri Khairudin Samad: Hendak suruh Yang Berhormat Menteri supaya kalau boleh kita stop ini, lepas itu kita bawalah constitutional amendment dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua: Itu Yang Berhormat Menteri sudah cakap. Dato’ Sri Khairudin Samad: Sebab sekarang Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat membuat kenyataan, bukan tanya apa-apa dengan Yang Berhormat Menteri. Dato’ Sri Khairudin Samad: Kenyataan yang boleh dipertimbangkan untuk dinaikkan taraf. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat, kadang-kadang saya sedih di luar sana yang datang ke Dewan Negara, saya tidak tahu Dewan Rakyatlah, saya tidak pergi. Yang datang ke Dewan Negara sekarang pakaian pun- saya pun tidak tahu macam boleh lepas masuk. Pakaian tidak senonoh masuk ke dalam. Tidak menghormati Parlimen, bukan tidak menghormati Dewan Negara. Institusi itu, institusi Parlimen. Dia orang datang dengan pakaian, saya minta pegawai- pegawai yang bertugas di Parlimen ini, terus perhatikanlah supaya kita, kita kena jagalah daripada segi pakaian untuk datang ke Dewan. Ini rakan-rakan yang bisik pada saya dan saya perhati sendiri, memang benar sedang berlaku di dalam waktu sidang Dewan sekarang ini. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Sorry, saya boleh minta penjelasan sikit tidak. Terasa terpanggil. Sebab saya ada bahas mengenai isu ini. Agak panjang. Tuan Yang di-Pertua: Silakan. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Boleh ya. Yang Berhormat Menteri sebenarnya saya hendak penjelasan sikit sebab banyak tadi bahaskan, saya pun dengar demokrasi, Parliamentary reform semua. Saya tahu benda ini, hendak bercakap pasal demokrasi, demokrasi ada definisi lebih daripada 500, panjang cerita dia. Akan tetapi yang lebih saya minat ialah apa sebenarnya iltizam kita di dalam Malaysia baharu ini? Dewan Negara ini atau Parlimen secara keseluruhan ini, apa sebenarnya kita hendak jadikan tempat dia? Ada yang katakan sebab nama tadi itu, tidak mahu hendak sebut, tidak mahu ulang, sebab dia tidak ada kuasa. Adakah Dewan ini pasal kuasa ataupun dia sebenarnya pasal bahas, pasal debate, pasal isu, sesuatu perkara ditambah baik sebab pandangan, proksi, idea. Ada

DN 6.9.2018 116

sesetengah kata kuat, bagus tidak bagus bila ada kuasa membuat keputusan. Itu satu sisi. Demokrasi bukan pasal kuasa. Dia pasal lain, dia pasal suara. Satu sisi. ■1720 Akan tetapi yang ini saya katakan saya bahas hari itu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Seri kita presiding. Saya kata kalau di tempat lain dia tidak panggil Dewan Senat, ada tempat dia panggil Dewan Musyawarah macam negara seberang sebab budaya dia musyawarah. Saya cadangkan itu hari, saya kata Dewan ini bila saya masuk pertama kali minggu, saya tengok apa yang berlaku ada muafakat. Kalau saya, saya tidak nak panggil Dewan Senat. Orang Malaysia pun tidak faham. Saya nak panggil Dewan Muafakat sebab dalam bahasa conversation, kami bermuafakat. Muafakat ini tidak bermaksud kalah dan menang. Kata Yang di-Pertuan Agong, yang saya ingat dalam ucapan itu, paragraf di bawah itu dia kata- muafakat ini dia mencari titik pertemuan untuk kepentingan yang melangkaui kepentingan lain, untuk kepentingan lebih besar. It is not cooperation, dengan izin, it is not consensus, it is a court- beyond a court kalau dalam bahasa kami. Bahasa Arab macam-macamlah- maqasid syariahlah, muwafaqah ini As- Syatibi pakai, ketika mana dia buat buku itu, tetapi dia kata reconciliation. Akan tetapi saya di sini yang saya nampak apa yang berlaku, satu perkara satu budaya demokrasi baharu yang mana orang Barat pun tidak faham. Oleh sebab itu di sini kita ada peluang Dewan Malaysia baharu ini, saya hujah itu hari, the only place in the world where major civilization are interacting. The total effects of this ada keluarkan sesuatu ini. Inilah sumbangan kita dalam definisi “demokrasi”. Demokrasi sini sangat communitarian- masyarakat dia tetapi kalau kita masih lagi melihat sisi kuasa, saya kena cakap keputusan kita masih banyak Cabinet oriented. Ia tidak macam di tempat lain, kadang-kadang kena masuk Dewan. Secara umumlah Parliamentary Democracy kita. Jadi penjelasannya ialah adakah kerajaan hari ini, Malaysia baharu ini komitmen dia itu nak menjadikan Dewan Senat kita ini dalam konteks yang macam mana. Kalau saya, saya setuju pergi ke England belajar, tetapi saya tidak nak copy 100 percent. The common law yang saya belajar itu sudah uncommon law. Banyak benda yang saya tidak faham di sana, di sini saya nak pakai. Saya nak kita bersama-sama hari ini bina, sudah 61 tahun sudah. Jadi soalan saya ialah, adakah Yang Berhormat Menteri mempunyai iltizam untuk membentuk Dewan Senat ini betul-betul kita panggil demokrasi ini ada dua Tuan Yang di-Pertua. Satu, yang dikata fasal election. Satu, the very content. Kalau dalam bahasa demokrasi dipanggil

DN 6.9.2018 117

thin and thick definition. Akan tetapi saya nak kalau boleh the thick definition itu, di sini ada isu fasal suara, berpandangan dan sebagainya. Jadi soalan saya ialah dalam nada Yang Berhormat Menteri tadi itu, saya nampak dia ada komitmen untuk memperkasakan- untuk empowered. Jadi nasihat saya kalau itu hala tujunya, saya rasa Yang Berhormat Menteri mungkin boleh dengan cepat, adakah dalam kadar segera ini untuk mengusulkan perkara ini di peringkat Kabinet? Itu soalan saya. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin dan juga kepada sahabat saya Yang Berhormat Senator Yusmadi. Saya nak cakap macam mana, beginilah. Sebenarnya bagi saya, walaupun mungkin saya- istilah saya sudah gunakan seperti yang dikata oleh Tuan Yang di-Pertua bahawa mungkin istilah toothless tiger lembut sikitlah daripada istilah rubber stamp tadi. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya harus mengakuilah saya rasa kalau daripada segi perbahasan, saya kena terimalah bahawa Yang Berhormat Senator semua lebih civilize... [Dewan tepuk] Betul, civilize. Saya nak masuk dua penggal dalam Dewan Rakyat ini, saya tidak tahulah Dewan Rakyat ini kadang-kadang saya tidak tahu lama-lama macam- macam bolehlah. Mungkin even worst daripada rubber stamp lagi, tetapi daripada segi perbahasanlah. Mungkin daripada segi satu sudut lain Dewan Negara mungkin dilihat tidak begitu macam Dewan Rakyat, tetapi daripada segi perbahasan, daripada segi cara berbahas, kaedah berbahas, adab berbahas, saya rasa jauh lebih tinggi daripada Dewan Rakyat... [Dewan tepuk] Tuan Yang di-Pertua: Memang. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: So, yang you all kena maintain. Yang Berhormat Senator semua kena pastikan benda ini, standard ini dijaga terus. Saya akui memang kalau orang luar Tuan Yang di-Pertua, dia lebih suka tengok Dewan Rakyat. Dewan Negara ini bagi dia mengantuklah sebab apa, tidak bergaduh. Dewan Rakyat ini kerja dia bergaduh, menjerit sana menjerit sini sebab itu tidak mengantuk. Di sini kalau tidak dapat kopi memang bermasalahlah [Ketawa] Anyway, saya kata tadi bahawa Dewan Negara ini banyaklah dia punya kebaikan. Saya tidak boleh bagi satu jaminan bahawa Perlembagaan ini akan dapat dipinda, tetapi saya nak kata saya adalah antara Ahli Parlimen yang dalam bahasa Inggeris, embrace sebarang langkah untuk memperkasakan Dewan Negara. Saya boleh terima itu. Cuma saya nak kata kepada Yang Berhormat Senator Yusmadi tadi, beliau kata, adakah nak suara ataupun kuasa. Bagi saya, kedua-duanya penting sebab kalau kita ada suara saja tidak

DN 6.9.2018 118

ada kuasa pun tidak guna juga sebab apa yang kita cakap tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Kita ada suara, kita tidak suka benda ini tetapi kita tidak ada kuasa untuk hentikan benda yang tidak betul, tidak guna juga. Oleh sebab itu bagi saya, kita mesti ada suara dan juga kuasa. Bagi saya, dua ini perkara yang two side of the same coin, tidak boleh nak dipisahkan macam kembar siam... Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Yang Berhormat Menteri, boleh mohon mencelah? Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Boleh, Tuan Yang di-Pertua?. Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Boleh Tuan Yang di-Pertua? Sekejap. It just a short one. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya benarkan sebab kalau dalam Dewan Rakyat ini, kami tanya Tuan Yang di-Pertua dulu. Kalau Tuan Yang di-Pertua benar, baru kami benarkan. Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Ya, boleh Tuan Yang di-Pertua? Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Itu sebab saya sudah terbiasa, saya akan tanya dengan Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak. Tuan Yang di-Pertua: Boleh. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Bukan saya yang benarkan, Tuan Yang di-Pertua yang benarkan. Tuan Yang di-Pertua: Akan tetapi saya tengok Yang Berhormat Menteri ini pandai jawab, biarlah dia... [Dewan ketawa]. Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma tadi nak mencelah kepada Yang Berhormat Menteri sebab bila Yang Berhormat Menteri katakan tadi, pemerkasaan itu sama ada kuasa ataupun pelaksanaan maknanya itu. Maka, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa untuk memperkasakan Dewan Negara ini sebenarnya it’s all about implementing, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. It’s about implementing apa yang kita cadangkan, kita suarakan. Ini sebab sekarang ini kalau kita tengok di Dewan Negara Yang Berhormat Senator- senator berucap, bercakap, memberi cadangan tetapi sejauh manakah persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara Senator, dan sejauh manakah cadangan-cadangan yang kita cadangkan itu dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Maknanya sama ada kita ini berkuasa ataupun tidak, adakah Yang Berhormat Menteri setuju bahawa pemerkasaan Dewan Negara ini adalah bergantung kepada betapa suara-suara yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator ini dilaksanakan. Itu sebenarnya “the toothless tiger” tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

DN 6.9.2018 119

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya rasa ini lebih kepada nak bercakap ini [Ketawa] Akan tetapi, tidak apalah. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah, kalau sekiranyalah berlaku pada zaman sebelum ini, segala saranan-saranan Dewan Negara mungkin kurang diambil berat, saya akan cubalah kali ini, kita akan cuba ubah budaya itu. Kita harap di belakang saya pun ada semua pegawai ini. Saya harap selepas ini segala saranan-saranan yang baik daripada Dewan Negara ini kita akan ambil kira, dan kita jadikan sebagai sebahagian daripada langkah-langkah yang boleh diambil digunakan oleh pihak kerajaan... [Dewan tepuk] Ini sebab sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Fahariyah dan juga semua, ada sebab daripada segi Perlembagaan, kenapa dia meletakkan syarat-syarat lantik Ahli Dewan Negara ini terdiri daripada pelbagai disiplin ilmu. Itu semua ada sebab dia. Tujuannya untuk memastikan kerajaan mendapat input-input yang sesuai untuk digunakan untuk membentuk polisi dan sebagainya, sedangkan Dewan Rakyat tidak ada keperluan itu. Dewan Rakyat, sesiapa boleh jadi Ahli Dewan Rakyat asalkan dia bertanding, 21 tahun, dia menang. Mungkin dia crook pun, mungkin dia seorang yang tidak ada berpelajaran tinggi pun, dia boleh menjadi Ahli Dewan Rakyat, tidak seperti Dewan Negara. Oleh sebab itu Yang Berhormat-Yang Berhormat Senator kena berbangga jadi Ahli Dewan Negara ini. Saya yang patutnya Yang Berhormat- tepuklah sikit bila saya kata berbangga ini... [Dewan ketawa] Minta maaf, saya bukan nak tepukan. Saya nak kata bahawa Dewan Negara sebenarnya ada peranan yang lebih penting daripada Dewan Rakyat. Cumanya skim yang ada sekarang ini memang seolah-olah tidak menjadikan Dewan Negara ini sebagai satu institusi yang penting. Ini perkara yang kita perlu mungkin sama-sama fikirkan macam mana kita boleh mempertingkatkan lagilah. Saya insya-Allah sebagai Timbalan Menteri yang Parlimen di bawah saya, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memastikan perkara yang sudah lama itu kalau tidak membantu, untuk membantu sistem check and balance ini, kita akan cuba perbaikilah... [Dewan tepuk] Saya rasa kementerian- ada seorang tepuk [Ketawa] Saya nak beritahu dengan pihak Yang Berhormat Senator di sini bahawa, kami Malaysia baharu ini kita akan cuba membentuk satu kerajaan yang bersedia terima apa saja cadangan yang baiklah. Tidak kira daripada sumber mana pun, yang penting cadangan itu baik dan boleh dilaksanakan. Ini adalah iltizam kerajaan baharu sekarang. Whoever, dia boleh datang daripada pihak pembangkang, daripada pihak ini. ■1730

DN 6.9.2018 120

Saya rasa apa yang dipanggil- daripada era yang mengatakan bahawa kita membangkang for the sake of pembangkang pun sudah berlalu. Kita membangkang pun for the sake of pembangkang sahaja sedangkan bagi saya, pembangkang juga sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk membangunkan negara. Oleh sebab itu di England, saya hendak beri contoh. Di England, dia memanggil “Ketua Pembangkang- Prime Minister in waiting, PM in waiting.” Bukan istilah “Ketua Pembangkang” tetapi “PM in waiting” sebab mereka ada konsep Shadow Cabinet. Oleh sebab itu kita sepatutnya ke arah itu. Akan tetapi sekarang apa yang berlaku ialah kita membangkang for the sake of pembangkang sahaja. Saya tahulah sebab saya pernah jadi pembangkang. Saya tahu macam mana pembangkang ini, kerjanya hendak membangkang sahaja. Selagi ada macam Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi ini kerjanya hendak membangkang sahaja [Ketawa] Akan tetapi Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi ini banyak points- dia yang bagus. Orang yang membangkang ini adalah kerja yang paling senang dalam dunia, paling mudah. Paling mudah jadi pembangkanglah sebab pembangkang ini daripada pengalaman saya lama jadi pembangkang ini, saya tahulah. Pembangkang ini Ahli Yang Berhormat Senator, tidak perlu pun hendak buat preparation yang begitu mendalam macam menjadi kerajaan. Akan tetapi realitinya, membangkang lebih mudah, lebih daripada jadi kerajaan. Akan tetapi sekarang ini kita berhadapan dengan suasana yang dahulu dia pembangkang, dia agak janggal jadi kerajaan. Lebih teruk lagi, yang dahulu dia jadi kerajaan, lagi tidak pandai jadi pembangkang. Kita berhadapan dengan dua suasana ini. Kadang-kadang saya hendak ajar pembangkang yang di Dewan Rakyat itu. Akan tetapi itulah- kasihan juga. Mereka pun baru, bukan? Kami pun baru tetapi kami cepat belajar. Saya rasa mereka lagi lambat belajar... [Dewan ketawa] Seorang Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Itu Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin cakap dengan saya, kalau katakan kita tidak luluskan Akta Antiberita Tidak Benar itu, kemungkinan yang jadi mangsa ialah pembangkang. Betul beliau kata. Oleh sebab itu saya pernah cakap semasa pembangkang dahulu, kalau sekiranya Ahli Yang Berhormat Senator tidak menyokong akta ini, silap-silap akta ini akan menghantui Ahli Yang Berhormat Senator suatu hari nanti. Sekarang ini mungkin saya rasa akta ini nasib baiklah- sebenarnya saya cakap dengan kawan-kawan saya dalam pembangkang sekarang, sepatutnya kamu bersyukur... Dato’ Sri Ti Lian Ker: Minta celah.

DN 6.9.2018 121

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sekejap Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, yang Akta Antiberita ini kita pada 12 September. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: In passing, in passing maknanya... Tuan Yang di-Pertua: Nanti dia hendak pula celah pasal Akta Antiberita ini. Tidak mengapalah, kita... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Jangan, tadi saya cakap itu in passing. Saya hendak katakan bahawa, kenapakah Dewan Rakyat dengan Dewan Negara ini ada perbezaanlah. Akan tetapi sebenarnya, saya rasa era yang kita mungkin makin hendak mengurangkan jurang perbezaan itu. Saya rasa kita samalah memainkan peranan. Saya rasa saya hendak teruskan kepada- sebenarnya banyak lagi ini. Saya rasa saya takut kalau saya tidak sempat, saya akan cuba jawab secara bertulislah. Kemungkinan kalau tidak ada speaker, tidak ada pembahas, saya akan terus inilah. Tuan Yang di-Pertua: Kalau Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu tersebut tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat Menteri boleh beri secara bertulis. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey. Saya pergi kepada topik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas, ada kah?... Sudah balik? Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Tidak ada, saya tidak akan bangkitkanlah. Akan tetapi saya akan bagi jawapan bertulis kepada beliau. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah? Hah! Ada. Tuan Yang di-Pertua: Ada, ada. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Ada. Yang Berhormat Senator memohon supaya pihak kerajaan menyegerakan pembayaran gaji pada para PTTK dan pegawai-pegawai Menteri dan Timbalan Menteri yang sudah tiga bulan tertangguh. Okey, untuk makluman Yang Berhormat Senator, pembayaran gaji pada para PTTK dan pegawai-pegawai Menteri dan Timbalan Menteri akan dibuat oleh pihak kementerian dengan segara setelah urusan pelantikan pegawai oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selesai dan pegawai menerima tawaran pelantikan. Sehingga 30 Ogos 2018, seramai 110 orang pegawai telah diluluskan pelantikan secara kontrak. Daripada jumlah tersebut, 73 orang pegawai telah pun dibayar gaji manakala selebihnya

DN 6.9.2018 122

masih dalam proses pembayaran gaji disebabkan dua sebab. Pertama, pegawai belum kemukakan perjanjian yang ditandatangani. Maknanya agreement. Kedua, pegawai belum tandatangan kontrak kerana masih merayu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk gaji ataupun skim gaji yang lebih tinggi. Jadi itulah yang menyebabkan kelewatan itu untuk makluman Yang Berhormat Senator. Seterusnya, saya pergi kepada Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas, tidak ada ya? Yang Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif, ada atau tidak? Seorang Ahli: Ada, ada, ada. Tuan Yang di-Pertua: Ada. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey. Beliau bertanya, apakah kerajaan akan mewujudkan semula sistem bekerja enam hari. Betul ya Yang Berhormat Senator? Kerajaan berpandangan tiada keperluan buat masa ini untuk memperkenalkan semula enam hari bekerja seminggu, mengambil kira jumlah jam bekerja seminggu bagi enam ataupun lima hari bekerja adalah 38 jam 30 minit seminggu, tidak termasuk waktu rehat. Semasa pelaksanaan tempoh enam hari bekerja, jumlah jam bekerja seminggu adalah 38 jam 30 minit, tidak termasuk waktu rehat. Perinciannya adalah seperti berikut: (i) Isnin hingga Khamis - tujuh jam sehari, tidak termasuk waktu rehat; (ii) Jumaat - lima jam 45 minit; dan (iii) Sabtu - empat jam 40 minit; Apabila pelaksanaan lima hari seminggu diperkenalkan pada 1 Julai 2005, jumlah jam bekerja seminggu adalah 38 jam 30 minit, tidak termasuk waktu rehat iaitu sama seperti jumlah jam bekerja enam hari seminggu. Ini adalah kerana tempoh masa bekerja pada hari Sabtu telah digantikan pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Khamis lapan jam. Jumaat enam jam 30 minit. Dengan pelaksanaan lima hari bekerja seminggu, penyampaian perkhidmatan kepada orang awam dapat dilaksanakan dengan lebih efektif memandangkan tempoh waktu pejabat dibuka lebih panjang dari 7.30 pagi hingga enam petang. Selain daripada itu, bagi kebanyakan perkhidmatan penting seperti bidang keselamatan dan kesihatan yang mana perkhidmatan diberi kepada orang awam sepanjang masa adalah tujuh minggu. Waktu bekerja pegawai dalam perkhidmatan tersebut adalah secara giliran, syif. Walau bagaimanapun, peraturan giliran bekerja pegawai masih mengikut lima hari seminggu. Sedikit saya hendak tambahlah kepada Yang Berhormat Senator. Enam hari seminggu ini, saya rasa boleh dikatakan sudah hampir semua sektor sudah tidak laksanakan untuk

DN 6.9.2018 123

makluman Yang Berhormat Senator. Memang bermula daripada sektor swasta. Oleh sebab apa yang berlaku ialah apabila enam hari ini, hari Sabtu ini boleh dikatakan orang sudah tidak kerja sudah. Dia datang itu sebenarnya lebih kepada hendak lepak-lepak sahaja. Oleh sebab itu kalau sesetengah orang, kalau saya dahulu bekerja swasta, hari Sabtu itu datang kadang-kadang pakai kasual sahaja, pakai t-shirt, pakai jeans sebab tengah hari sudah balik. Kadang-kadang ada masuk pukul 10 pagi, pukul 12 tengah hari sudah balik. Oleh sebab itu bagi kami tidak begitu cost effective, dan juga sebenarnya tidak menaikkan produktiviti pun. Malahan, enam hari seminggu ini menyebabkan mungkin quality time dengan keluarga dapat merosot. Ini saya setuju dengan Almarhum Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Beliau mengatakan bahawa dahulu Kerajaan Negeri Kelantan, yang ini kami boleh menyokonglah iaitu enam hari itu, kalau boleh Sabtu dan Ahad itu kita jadikan sebagai hari- di Kelantan, Jumaat dan Sabtulah untuk bersama keluarga. Jadi ini memang saya rasa kita boleh menerima. Oleh sebab kalau kita bekerja sampai kita lupa keluarga pun tidak guna juga. Saya pun kadang-kadang kasihan juga. Ini pengalaman sendiri Tuan Yang di-Pertua, sebagai selinganlah. Saya sekarang ini apabila jadi Timbalan Menteri ini, kita ada kakitangan yang bawa kita, memandu kita. Saya bagi dia cuti kalau Sabtu dan Ahad. Mereka pula tidak hendak sebab dia kata, “Yang Berhormat, kalau kerja hari Sabtu dan Ahad dapat overtime”. Mereka pula yang hendak kerja lebih. Ini pun kadang- kadang saya pun konflik. Kita hendak supaya mereka bersama keluarga tetapi mereka kata, “Yang Berhormat, hendak overtime Yang Berhormat” [Ketawa] Ini masalah. Ini satu perkara yang kadang-kadang saya rasa kita terpaksa balance. Akan tetapi sebenarnya saya rasa lima hari seminggu adalah yang ideal. Saya rasa kerajaan tidak akan beralih kepada sistem enam hari. Sebenarnya di Parlimen lagi teruk. Kita empat hari sahaja seminggu. Isnin sampai Khamis sahaja Tuan Yang di-Pertua. Kita not even lima hari, kita empat hari sahaja kecuali ada bajetlah, hari Jumaat terpaksa kita pergi. Any question on JPA? Tidak ada ya. Kalau tidak ada saya teruskan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Oh! Sudah keluar. Tuan Aknan a/l Ehtook: Tuan Yang di-Pertua, tentang JPA tadi bukan. Boleh? Puan Bathmavathi Krishnan: Minta pencelahan sedikit tentang Tuan Yang di-Pertua: Sekejap Yang Berhormat. Puan Bathmavathi Krishnan: Tuan Yang di-Pertua, ada soalan JPA yang belum dijawab.

DN 6.9.2018 124

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi, tunggu sebentar. Silakan Yang Berhormat. Tuan Aknan a/l Ehtook: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ini berkenaan dengan jabatan mana? Enam hari bekerja? Tuan Aknan a/l Ehtook: JPA, Wisma. Hari itu saya ada bahas tentang kenaikan pangkat secara KUP di kalangan pegawai PTD JUSA. Tuan Yang di-Pertua: Ada atau tidak tajuk kenaikan pangkat dalam jawapan? Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Dalam catatan saya, tidak ada. Saya rasa kalau tanya pun saya mungkin tidak boleh menjawab sekarang. Kalau sekiranya Yang Berhormat Senator hendak juga jawapan, saya boleh minta pegawai saya sediakan jawapan bertulis dan serahkan kepada Yang Berhormat Senator. Boleh ya? ■1740 Tuan Aknan a/l Ehtook: Saya nak jawapan bertulis. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Bathmavathi. Puan Bathmavathi Krishnan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada soalan yang saya timbulkan dalam perbahasan saya mengenai 16,000 jawatan dalam sektor awam yang untuk diisi oleh calon-calon orang kurang upaya. Ini telah dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas itu pada tahun 2015. Tuan Yang di-Pertua: So, apa Yang Berhormat nak tanya? Nak tanya berapa yang sudah masuk? Puan Bathmavathi Krishnan: Tidak. Daripada 2015 hingga hujung tahun 2017, hanya 41 jawatan telah diisi. Jadi ada 15,000 lebih yang masih belum diisi. Jadi, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas pun akan dibentangkan saya rasa bulan hadapan. Jadi, apakah kedudukan isu ini? Adakah JPA meneliti bagaimana nak isi ataupun apa yang hendak dibentangkan pada kajian separuh penggal itu? Separuh pun belum diisi. Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat Yang Berhormat Menteri faham. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Minta maaf kepada Yang Berhormat Senator. Tentang 16,000 isu berkaitan dengan OKU ya. Sebenarnya saya juga minta maaf, tidak ada catatan di sini. Kemungkinan mereka menanggapi isu ini bukan daripada segi isu JPA, isu yang melibatkan OKU. Jadi mungkin mereka merasakan itu kementerian lain sebab itu mereka tak memberikan jawapan kepada saya. Walau bagaimanapun, kalau sekiranya isu ini JPA boleh memberi jawapan, saya akan pastikan mereka memberi jawapan kepada Yang Berhormat secara

DN 6.9.2018 125

bertulislah. Minta maaflah sebab kalau saya hendak jawab pun tidak adillah sebab saya tidak ada jawapan yang boleh memberikan jawapan yang memuaskan nanti. Saya tidak mahu reka-reka jawapan. So, saya rasa Yang Berhormat Senator boleh izinkan saya memberikan jawapan bertulis. Tuan Yang di-Pertua: Ya, boleh, boleh Yang Berhormat. Akan tetapi kepada kementerian-kementerian tersebut, pastikan bahawa pegawai-pegawai kementerian hadir bila perbahasan diadakan di Dewan ini. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Ya. Saya akan pastikan perkara itu berlaku, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat, sila. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey. Seterusnya saya berpindah kepada MKN. Tadi Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan tidak ada tetapi saya ada isu yang dibangkitkan oleh Senator Dato' Hajah Fahariyah berkaitan dengan status Pulau Pisang. Ini saya rasa saya kena jawablah, lagi pun Dato' Fahariyah pun ada di sini. Dia bertanya mengenai status Pulau Pisang di perairan Selat Melaka dan sama ada kerajaan bercadang untuk mengambil alih operasi rumah api di pulau itu yang pada masa ini dikawal selia oleh Singapura. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Senator, Pulau Pisang adalah sebuah pulau milik Malaysia. Yang ini tidak ada masalah, tidak ada dispute. Ia ialah pulau milik Malaysia di Selat Melaka dan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Pontian. Kedudukannya kira-kira 23 kilometer dari Kukup dengan keluasan 446 ekar. Pulau Pisang merupakan pulau terbesar selain Pulau Tunda, Pulau Kemudi dan Pulau Sauh yang terdapat di sekitarnya. Namun demikian melalui satu indenture, dengan izin, iaitu perjanjian yang ditandatangani oleh Sultan Ibrahim dengan Gabenor-gabenor Negeri Selat yang mewakili Ratu Great Britain pada 6 Oktober 1900, Kerajaan Johor telah menyerahkan sebahagian kecil tanah di Pulau Pisang untuk tapak bagi rumah api dan laluan bermula dari pantai hingga ke rumah api tersebut kepada Kerajaan Inggeris. Berdasarkan perjanjian tersebut, Singapura sebagai pewaris Negeri Selat telah mentadbir sebahagian kecil tanah dari pantai ke rumah api tersebut dengan keluasan 2.25 ekar. Ini merupakan hanya 0.25 peratus daripada keseluruhan keluasan Pulau Pisang. Pengurusan rumah api dikelolakan oleh The Maritime and Port Authority of Singapore (PMA, PAS) dengan dua orang pekerja rumah api yang bertugas secara selama dua minggu secara bergilir-gilir. Kemasukan warga Singapura yang bekerja di Rumah Api Pulau Pisang mematuhi peraturan Imigresen Malaysia di mana pekerja akan mendapatkan cop imigresen di Jeti Pulau

DN 6.9.2018 126

Kukup setiap kali memasuki Malaysia. Memandangkan indenture ini tidak meletakkan tarikh luput, maka perjanjian ini adalah terpakai selagi mana Singapura mengurus dan mengawal selia rumah api dengan baik dan berkesan. Dengan hubungan ini, isu kedaulatan Pulau Pisang tidak berbangkit melainkan kepada kawasan termaktub dalam indenture yang telah dipersetujui. Usaha untuk mengambil alih rumah api pula tertakluk kepada persetujuan antara Malaysia dengan Singapura dan perjanjian yang telah dipersetujui. Berkaitan pengoperasian rumah api dan obligasi, agensi berkaitan iaitu Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut Malaysia adalah bertanggungjawab untuk merancang perkara tersebut yang boleh dijadikan sebagai salah satu usaha untuk mengambil alih pengurusan dan kawal selia rumah api di Pulau Pisang. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, dalam keputusan kes ICJ yang melibatkan pertikaian Pulau Batu Puteh, sebenarnya isu Pulau Pisang ini juga ada dinyatakan dalam penghakiman itu di mana di dalam penghakiman itu, dinyatakan isu Pulau Pisang ini tidak ada dispute, ia adalah milik Malaysia. Jadi Singapura pun tidak pernah claim, tidak pernah sama sekali cuba ingin mendapatkan kedaulatan ataupun nak merampas Pulau Pisang daripada negara kita. Mereka hanya hendak operate rumah api itu sahaja. Jadi kita tak perlu takutlah. Seorang lagi, Profesor Jayakumar, seorang profesor undang-undang yang pernah dalam satu kenyataan akhbar telah menyatakan bahawa Singapura tidak pernah ingin merampas ataupun mengambil alih Pulau Pisang. Dia menganggap Pulau Pisang adalah milik Malaysia, dan mereka tidak pernah sama sekali ingin claim kedaulatan Pulau Pisang. Jadi saya rasa isu itu tidak perlu kita khuatirlah. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, saya ingat ada yang dibangkitkan bahawa mengapa Malaysia tidak mengendalikan atau ambil alih rumah api. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey. Sebab ada dalam perjanjian, Tuan Yang di- Pertua. Perjanjian itu kita tidak boleh suka-suka sahaja. Perjanjian itu pertamanya, tidak ada tarikh luput. Dia tidak ada expiry date, dia kena operate rumah api itu selagi mana tidak ada waktu, dia memang diberi kuasa tetapi itu sahaja kuasa dia. Hanya operate rumah api itu sahaja. Oleh sebab itu kita tidak boleh batalkan suka-suka sebab kalau kita batalkan, nanti mungkin akan ada isu-isu yang melibatkan perundangan yang kita tidak mahulah kita dilihat mungkir janjilah. Oleh sebab mungkir janji di peringkat antarabangsa ini agak satu perkara yang dipanggil seriuslah. Dalam istilah undang-undang antarabangsa ini, dia ada satu dipanggil maxim, dia kata, “Every treaty must be honoured”.

DN 6.9.2018 127

Oleh sebab itulah tak boleh suka-suka kita nak batalkan perjanjian. Dia ada satu macam dipanggil- yang diterimalah di peringkat global ini, any treaty yang kita sign, kita kena honour. Dia ada istilah Latin itu tetapi kita tak nak bacalah istilah Latin itu, nanti ia pun akan mengelirukan lagi kita. Akan tetapi maknanya tajuk ia ialah ”Every treaty must be duly honoured”. Itu yang menyebabkan kita tidak langsung menghalang Singapura daripada terus operate rumah api di Pulau Pisang. Akan tetapi dalam masa yang sama, Singapura juga bersetuju bahawa mereka tidak akan sama sekali menuntut untuk mengambil alih Pulau Pisang daripada Malaysia. Jadi yang itu saya rasa sudah mencukupi untuk kita kata bahawa Pulau Pisang adalah pulau milik kita. Any other question yang saya mungkin... Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada, tidak ada. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Tidak ada ya? Kalau tidak ada, saya teruskan kepada... Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: ...Penjelasan penguasaan maritim bersama Malaysia-Singapura di zon pertikaian, juga ditanya oleh Dato' Fahariyah. Beliau menyentuh penjelasan penguasaan maritim bersama Malaysia-Singapura di zon pertikaian dan menyebut terdapat beberapa rungutan oleh nelayan tempatan bahawa wujud provokasi antara Angkatan Bersenjata Singapura ke atas nelayan tempatan yang menangkap ikan di zon pertikaian itu. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mengambil pendirian bahawa pelaksanaan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang maritim negara adalah berdasarkan kepada Peta Baharu Malaysia 1999. Nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan Malaysia berdasarkan Peta Baharu Malaysia 1999 sentiasa dipantau oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sentiasa berada di sekitar kawasan perairan sempadan Malaysia-Singapura. Operasi harian yang dijalankan oleh pihak APMM di kawasan sekitar adalah Ops Perkasa Selatan dan Ops Satria Selatan manakala TLDM melaksanakan Ops Kekal Warisan. Buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, isu perbatasan sempadan maritim antara Malaysia- Singapura di sekitar perairan Batu Putih, Batuan Tengah- Middle Rock, dan Tubir Selatan masih belum dimuktamadkan dan sedang dibincangkan oleh Malaysia-Singapore Joint Technical Committee yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri. ■1750 Sekiranya dapat tindakan tidak wajar oleh pihak berkuasa Singapura terhadap rakyat Malaysia, ia perlu dilaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa penguasaan Maritim

DN 6.9.2018 128

khususnya APMM dan polis marin yang akan mengambil tindakan lanjut. Buat masa ini memandangkan isu persempadanan maritim antara kedua-dua negara masih belum selesai, Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri berhak mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada Singapura sekiranya aset Singapura didapati menceroboh perairan Malaysia ataupun mengganggu aktiviti perikanan nelayan tempatan. Senator Datuk Jamilah binti Sulaiman, ada lagi? Tidak ada saya, soalan fasal actually soalan ini pun dah jawab tadi fasal PATI. Inilah sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua kadang- kadang isu PATI ini patut di bawah KDN tetapi dicatat di sini bawah saya. Jadi ini kadang-kadang menyebabkan bertindih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ada beberapa isu lagi tetapi saya telah mendapat satu nota daripada sahabat saya ini bahawa Yang Berhormat Dato’ Mujahid dan juga Yang Berhormat terpaksa ada satu mesyuarat dalam majlis tahlil Yang di-Pertuan Agong, jadi izinkan kalau saya diizinkan untuk saya memberikan jawapan-jawapan lain dalam bentuk bertulis boleh tak Tuan Yang di-Pertua, sebab saya dah jawab pun agak panjang ini. Tuan Yang di-Pertua: Berapa lama lagi agak? Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya rasa saya takut sebab mereka menyediakan jawapan yang agak panjang. Okey kalau saya boleh sentuh fasal SPR sedikit saja. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri ada tak? Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa: Saya tu pukul 6.30 perlu berada bersama Yang di- Pertuan Agong dalam majlis tahlil. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya pun sebenarnya kena ke sana Tuan Yang di- Pertua, sama-sama sebenarnya sebab JPM kan- Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua: Sama-sama. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Akan tetapi kalau sekiranya dibenarkan saya mungkin boleh... Tuan Yang di-Pertua: Kalau nama Yang di-Pertuan Agong ini I kena bagi. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Ya lah, itulah sebab dia... Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju tak yang kita benarkan mereka supaya memberi secara bertulis kerana ada tahlil. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sebenarnya saya ada lagi dua agensi lagi iaitu... Tuan Yang di-Pertua: Yang lain? Boleh? Hanya...

DN 6.9.2018 129

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya rasa untuk saya tetapi untuk Yang Berhormat Dato’ Dr. Mujahid dia mungkin akan menjawab juga cumanya mungkin kalau tidak itu, dia akan menjawab secara bertulislah. Untuk saya, saya minta yang selebihnya saya jawab bertulislah. Tuan Yang di-Pertua: Agak-agak berapa lama lagi? Yang Berhormat Menteri kena beredar pukul 6.30? Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa]: Tuan Yang di-Pertua, majlis bermula 6.30. Tuan Yang di-Pertua: Tuanku sampai pukul 6.30? Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa: Ya. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Itu yang kami terpaksa bergegas sikit. Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa: Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua izinkan kalau bagi memenuhi tanggungjawab kepada soalan-soalan yang dikemukakan, saya akan menjawab kalau diizinkan selepas daripada ini, terpulang, lambat lagi ke Timbalan Menteri sebab saya akan menjawab kepada mereka yang hadir sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat kita bagi... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya boleh berhentikan sekarang, cuma saya kata tadi jawapan-jawapan yang lain saya akan beri jawapan bertulis. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua izinkan. Tuan Yang di-Pertua: Itu pun banyak panjang, kita bagi Yang Berhormat Menteri dulu. Nanti sekejap, panggil Riduan. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sebenarnya saya pun dah tak banyak lagi dah. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri pun kena pergi juga? Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya pun kena pergi juga sebab itu saya minta izin untuk saya berbahas dulu tapi beliau pun kena pergi juga. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat tak payah pergilah. Dia kena pergi, sebab dia Menteri agama. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sebenarnya kami dah bagi dua-dua sebab kami dua-dua daripada JPM, itu yang kadang-kadang, menghormatilah. Tuan Yang di-Pertua: Sekejap Yang Berhormat. Berapa lagi Yang Berhormat? Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya punya sebenarnya tinggal SPR dengan Jabatan Peguam Negara sahaja. Yang lain saya rasa saya boleh katakan dah cover lah. Tak panjanglah tetapi bila kadang-kadang saya takut ada soalan tambahan.

DN 6.9.2018 130

Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat, saya benarkan Yang Berhormat tetapi saya hendak berhentikan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi ruang kepada Menteri. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, maknanya saya jawab bertulis ya? Tuan Yang di-Pertua: Tak, lepas dia, Yang Berhormat boleh sekejaplah yang berkenaan dengan dua jawatan. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Oh, boleh, boleh. Tidak ada masalah itu, saya serah kepada kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri. Panjangkah Yang Berhormat Menteri?

5.54 ptg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa]: Kalau ikut dalam statistik, saya ada sembilan persoalan, lima Ahli Yang Berhormat bertanya. Tuan Yang di-Pertua: Nama Ahli-ahli Yang Berhormat? Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa: Nama-namanya Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty, Senator Muhammad bin Mustafa dan ada satu soalan yang dirangkumkan bersekali dan lebih kurang lima orang Ahli. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa: Saya ada 20 muka surat di sini. Tuan Yang di-Pertua: Semua 20? Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa: Ya, saya akan cuba ringkaskan dengan syarat Yang Berhormat yang bertanya itu perlu ada dalam Dewan. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa: Saya rasa itu... Tuan Yang di-Pertua: Saya benarkan Yang Berhormat tetapi saya takut berkenaan dengan ini semua Ahli Yang Berhormat ada dalam Dewan. Silakan, silakan Yang Berhormat. Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa: Tidak apa, saya akan panggil nama-nama mereka. Yang pastinya Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty ada di Dewan. Dia antara penyoal yang paling banyak, ada lima soalan daripada dia. Tuan Yang di-Pertua: Ringkas, ringkaskan Yang Berhormat. Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa: Persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty berkaitan dengan sekolah-sekolah agama. Bagaimana

DN 6.9.2018 131

guru-guru agama perlu dipertingkatkan sebagai penjawat awam supaya dapat lebih perhatian dan sebagainya. Saya ingin respons kepada isu ini bahawa kebanyakan daripada sekolah-sekolah yang dimaksudkan sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat berada di bawah kuasa negeri. Mereka bertanggungjawab untuk memastikan guru-guru ini yang dianggarkan seramai 13,626 orang dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa negeri. Walaupun demikian, kami di peringkat Kerajaan Federal yang melihat isu-isu di negeri yang berkaitan dengan agama khususnya pendidikan kita telah melaksanakan langkah-langkah yang berikut iaitu: (i) mengadakan kursus peningkatan profesional kepada guru-guru sekolah agama negeri dan rakyat untuk meningkat tahap pengajaran khususnya berkaitan ilmu pedagogi; (ii) kursus peningkatan penguasaan bahasa Arab kerana ia merupakan bahasa utama yang digunakan; (iii) kursus peningkatan profesional pengetua-pengetua sekolah menengah agama negeri dan sekolah menengah agama rakyat; dan (iv) pelaksanaan Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia atau ringkasannya KESSUMA dan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Agama Malaysia atau ringkasannya MISMAM. Semua ini dilakukan sebagai komitmen Kerajaan Federal untuk membantu kerajaan negeri dari segi professionalism dan juga meningkatkan keupayaan guru-guru dan pengetua- pengetua di sekolah-sekolah agama rakyat. Walaupun demikian kami berhadapan dengan kekangan bajet, lalu kami lakukan semua itu sebagai one off kepada semua 13,000 itu Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, kepada soalan-soalan yang lain sila beri secara bertulis. Yang Berhormat Menteri ini pertama kali Dewan bersidang dan Ahli Yang Berhormat ini baru menjadi Menteri, pada sidang yang akan berlalu tolong saya tidak boleh beri kebenaran untuk lepas dari menjawab. Silakan Yang Berhormat Menteri, saya benarkan Yang Berhormat Menteri beri secara bertulis kepada jawapan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan. Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa: Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya mohon maaf kepada yang bertanya kerana tidak dapat menjawab secara lisan tetapi seperti

DN 6.9.2018 132

mana yang dikeluarkan arahan oleh Tuan Yang di-Pertua, saya akan akur dan akan menyediakannya dalam masa yang terdekat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Menteri, sambung.

5.58 ptg. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bila saya teliti sebenarnya tidak banyak lagi pun sebab ada sesetengah itu memang kita dah jawab sebelum ini Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Iaitu saya hendak jawab tentang pilihan raya yang melibatkan pertamanya Yang Berhormat Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty, ada. Yang Berhormat mencadangkan supaya pelantikan Ahli Dewan Negara dibuat melalui pilihan raya seperti pemilihan Ahli Dewan Rakyat. Ini pun sebenarnya saya kata tadi melibatkan pindaan Perlembagaan. Jadi saya rasa tak begitu saya hendak kata macam mana ya, hendak kata bahawa kita akan bawa perkara ini ke peringkat yang sepatutnya untuk dikaji. Seterusnya Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun, ada kah? Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Tidak ada, saya tidak payah jawablah tetapi saya akan bagi jawapan bertulis kepada beliau. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan, ini melibatkan agensi Jabatan Peguam Negara yang ditanyakan oleh Senator Tuan Adrian Banie, ada? Tidak ada, saya skip lah. Sebenarnya soalan beliau yang banyak tetapi beliau tidak ada pula. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa, pun tidak ada juga. ■1800 So, saya rasa bila tak ada ini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada lagi sudah. Terima kasihlah kepada semua Ahli-ahli Dewan Negara yang telah bertanya soalan. Bagi saya, saya memohon maaf jika tidak dapat menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan. Akan tetapi, saya berjanji setiap soalan yang dibangkitkan kita akan berikan jawapan secara bertulis selepas ini, dalam masa terdekat. Sebenarnya sudah ada jawapannya, cuma kita akan hendak serahkannya. Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf dan saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian mendengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh kami. Sekian, terima kasih.

DN 6.9.2018 133

Tuan Yang di-Pertua:Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy.

6.00 ptg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy]: Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia baru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial dan Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC), saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang prihatin dan mengambil bahagian dalam penggulungan perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta telah membangkitkan isu berkaitan dengan jabatan ini. Tuan Yang di-Pertua, kita sememangnya peka dengan kepelbagaian etnik, agama dan budaya yang sedia wujud di negara ini, yang sememangnya boleh menimbulkan sensitiviti dan mencetuskan konflik sehingga mampu menjejaskan perpaduan jika tidak diuruskan dengan sebaiknya. Mengambil kira hakikat ini, kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial telah, sedang dan akan meneruskan pelbagai usaha bagi memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menggunakan pendekatan mendampingi dan mendidik dengan izin, engage and educate melalui pelaksanaan pelbagai program. Hasrat ini juga adalah selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang menyuarakan harapan Baginda agar kita berusaha dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mewujudkan perpaduan yang tulen dan murni. Di samping mencari titik persamaan untuk diraikan dan bukannya mempertikaikan perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia, agar kita dapat bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan survival negara. Ini dapat memastikan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat negara ini terus dipelihara dan diperkukuhkan. Tuan Yang di-Pertua, cadangan kerajaan semasa bagi mewujudkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat juga disambut baik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan program-program yang lebih berkesan untuk mempromosikan perpaduan dapat diperbanyakkan. Seiring dengan ini, saranan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung amat dialu-alukan oleh saya selaku Menteri yang bertanggungjawab bagi portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial kerana penyatuan nasional amat penting bagi terus mengekalkan perpaduan dan menjamin kemakmuran negara.

DN 6.9.2018 134

Usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan semasa melalui Jabatan Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial bagi menjenamakan semula Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang telah tamat tempohnya pada November 2015 kepada Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) merupakan langkah positif ke arah mempertingkatkan penyatuan nasional. Ini kerana majlis ini akan berfungsi sebagai badan bebas menasihati kerajaan mengenai hal ehwal perpaduan negara bagi merintis jalan penyelesaian ke arah merapatkan jurang yang menghalang perpaduan. Platform majlis ini juga akan menyediakan forum untuk Ahli-ahli mengemukakan buah fikiran kepada kerajaan bagi menentukan hala tuju dan dasar perpaduan negara di samping memberi teguran, nasihat dan sekali gus mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh agensi-agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyelesaikan sesuatu isu yang berlaku untuk mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional. Tambahan pula, majlis ini akan melaksanakan usaha-usaha ke arah mewujudkan kesedaran dan memupuk nilai- nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia agar bersikap moderate bagi mengelakkan perpecahan kaum dan agama. Perwujudan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat, ini adalah selaras dengan aspirasi dan hasrat kerajaan baru untuk mewujudkan urus tadbir negara yang baik, progresif dan inklusif ke arah menjamin kesejahteraan hidup seluruh rakyat negara ini tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa dan agama demi membawa Malaysia ke wawasan baru dan seterusnya memacu negara untuk kembali dikagumi oleh dunia. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty, berhubung kriteria-kriteria yang akan digunakan untuk memilih ahli-ahli yang akan menduduki Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat adalah daripada pelbagai latar belakang individu yang berpengalaman serta komited terhadap perpaduan negara dan kesejahteraan sosial rakyat. Mereka yang dipilih mesti mempunyai kredibiliti, bersifat inklusif, terbuka, neutral dan mempunyai pandangan konstruktif serta mewakili semua lapisan masyarakat. Pelantikan ahli Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat akan dibuat secara pentadbiran setelah berunding dan dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kelak. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai, Jabatan Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial selaku agensi yang berperanan meningkatkan, memelihara dan mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional, mengambil pelbagai usaha ke arah memastikan terjalinnya hubungan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang

DN 6.9.2018 135

berbilang etnik, agama, budaya dan bahasa. Pucuk pimpinan negara amat peka terhadap cabaran-cabaran dalam memupuk persefahaman dan keharmonian di dalam sebuah negara majmuk yang kaya dengan kepelbagaian seperti Malaysia. Pelbagai inisiatif untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi melalui perancangan segera dan jangka masa panjang telah dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan bagi memupuk semangat integrasi di antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Berdasarkan konsep keterangkuman atau inclusivity yang ditekankan di bawah pentadbiran kerajaan semasa, penggalakan penyertaan semua kaum dalam semua bidang sosioekonomi secara berkesan amat dititik beratkan agar tiada pihak yang terpinggir. Di samping itu, kedudukan geografi yang jauh di antara wilayah, aspek sosiobudaya serta amalan cara hidup yang berbeza di antara suku kaum sentiasa diberi keutamaan dan diambil kira dalam merangka, merancang dan melaksanakan program dan aktiviti untuk penyatuan masyarakat. Dalam hal ini, antara usaha yang dilaksanakan sehingga sekarang bagi memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah dengan menggunakan pendekatan mendamping dan mendidik, dengan izin, engage and educate melalui pelbagai program seperti berikut: (i) Program Detik-detik Perpaduan atau dengan izin, Moments of Unity; (ii) program silang budaya; (iii) program integrasi komuniti; (iv) program orientasi atau integrasi pegawai persekutuan perkhidmatan awam; dan (v) program integrasi pemimpin masyarakat. Pelaksanaan program-program menggalakkan interaksi dan memupuk integrasi nasional ini memberikan kesan yang signifikan dalam mempercepatkan proses integrasi, meningkatkan persefahaman, semangat perpaduan dan semangat persaudaraan antara masyarakat Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, sekali gus mengikis sentimen kenegerian. ■1810 Dalam masa yang sama, jabatan juga mengadakan jaringan dan kerjasama strategik dengan pihak swasta, pertubuhan atau persatuan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai inisiatif untuk memperluaskan sinergi jaringan dan menyebar luas mesej-mesej perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat.

DN 6.9.2018 136

Justeru, proses mewujudkan integrasi nasional memerlukan komitmen dan perjuangan yang berterusan oleh semua pihak. Dengan adanya kerjasama, sokongan penuh dan usaha gigih dari semua pihak, maka agenda perpaduan dan integrasi nasional negara akan dapat diperkukuhkan. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, sebentar.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim, kerajaan pada hari ini adalah amat peka dengan situasi semasa dan sentiasa mengenal pasti tindakan untuk memupuk perpaduan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi memastikan tahap perpaduan negara adalah baik, stabil dan sentiasa terpelihara. Ini disokong oleh Laporan Indeks Keamanan Dunia- Global Peace Index 2018, yang dikeluarkan oleh Institute for Economics and Peace Australia telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-25 daripada 163 buah negara paling aman di dunia dan negara kedua aman di rantau Asia. Manakala Laporan Kebahagiaan Dunia- World Happiness Report 2018, meletakkan Malaysia di kedudukan ke-35 berbanding pada kedudukan ke-42 pada tahun 2017. Ini merupakan pencapaian yang membanggakan negara. Pada masa yang sama, peranan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) dalam mewujudkan, menggalakkan serta memantapkan iklim perhubungan yang utuh dalam kalangan penganut pelbagai agama adalah sangat penting bagi membina jambatan persahabatan berteraskan semangat kerjasama, saling hormat-menghormati dan saling percaya-mempercayai di semua peringkat kepimpinan akar umbi. Platform Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) merupakan satu-satunya tempat di mana wakil-wakil penganut agama bersama-sama cendekiawan, masyarakat sivil dan belia membincangkan perkara- perkara dan isu-isu semasa bagi merungkai permasalahan dan mencari titik pertemuan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan untuk menjalin persefahaman antara penganut agama secara harmoni dan muhibah. Platform Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama juga memainkan peranan melakukan intervensi sekiranya berlaku salah faham

DN 6.9.2018 137

dan pertelingkahan di antara penganut agama supaya isu yang dibangkitkan tidak merebak secara meluas sehingga berupaya mengancam ketenteraman negara. Tambahan pula, melalui pelbagai program dan aktiviti penggalakan keharmonian agama yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik di antara Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama dan Jabatan Perpaduan, usaha- usaha ke arah mempromosi dan menyampaikan mesej-mesej perpaduan dilakukan agar semua rakyat menghormati kepelbagaian agama dan bangsa serta menghormati Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen di atas syor agar kerajaan terus terbuka kepada idea untuk melaksanakan program yang menggalakkan persefahaman antara kuam dan antara agama. Mengambil kira syor ini, Kerajaan Pakatan Harapan sememangnya sentiasa bersifat terbuka dalam melaksanakan program yang melaksanakan persefahaman di antara kaum dan antara agama. Kerajaan sedar pembinaan negara bangsa merupakan satu proses yang sangat dinamik dan memerlukan pelbagai pendekatan dalam memupuk semangat perpaduan dan menyemai sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar tidak tercetusnya provokasi yang boleh mengganggu gugat institusi perpaduan di negara ini. Dalam mengambil kira persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa mengenai Perlembagaan Persekutuan dan penerapan Rukun Negara kepada rakyat secara berkesan oleh pihak kerajaan, Jabatan Perpaduan amat komited dalam pemupukan perpaduan melalui Rukun Negara yang telah dimulakan dalam kalangan anak- anak di peringkat pendidikan pra sekolah diteruskan di sekolah rendah dan menengah serta dimantapkan lagi di peringkat institusi pengajian tinggi. Kanak-kanak di 1,781 tabika dan 41 Taska Permata Perpaduan dididik dari kecil supaya mengenali dan menghormati rakan-rakan mereka dari kaum lain. Ini secara tidak langsung dapat menerapkan semangat perpaduan dalam sanubari mereka sejak kecil kerana mereka tidak tahu membezakan antara satu sama lain dan sebaliknya diajar untuk meraikan kepelbagaian yang wujud melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta penyertaan dalam pelbagai aktiviti dan program perpaduan. Program-program penggalakan perpaduan bagi memupuk perpaduan nasional terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah melalui 6,458 Kelab Rukun Negara di

DN 6.9.2018 138

seluruh negara yang bermatlamat melahirkan generasi muda yang sentiasa menjunjung Perlembagaan dan menjadikan Rukun Negara sebagai landasan hidup bagi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Menerusi Program My Rukun Negara yang dilaksanakan oleh Kelab Rukun Negara, pelajar-pelajar didedahkan kepada pelbagai aktiviti seperti Kem Kepimpinan, Program Silang Budaya, sukarelawan, Forum Kenegaraan, khidmat komuniti, lawatan ke rumah ibadat, membantu pelajar mempelajari, mengetahui dan menghormati agama, kepercayaan dan adat resam serta kebudayaan kaum lain. Kerjasama strategik dan kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia terus digerakkan melalui Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan di mana tumpuan diberikan kepada pelaksanaan program mengikut cluster dan secara bersepadu antara Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan dan Kelab Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan lima prinsip Rukun Negara dalam kalangan pelajar sekolah dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kem Silang Budaya dan aktiviti Kelab Rukun Negara dilaksanakan di sekolah dengan penerapan dan penghayatan prinsip Rukun Negara berpandukan Modul Silang Budaya. Program ini memberi peluang kepada pelajar meneroka pengalaman mengenai kepelbagaian budaya, adat resam dan cara hidup rakan mereka dari pelbagai etnik dan latar belakang yang akhirnya menggalakkan interaksi dan komunikasi di antara mereka agar terus menjadi amalan hidup seharian. Melalui penubuhan 164 Sekretariat Rukun Negara (SRN) di institut pengajian tinggi, penerapan dan penghayatan terhadap program-program penggalakan perpaduan turut dilaksanakan di kalangan golongan mahasiswa. Sememangnya kita telah menyaksikan sendiri banyak negara yang musnah akibat ketegangan hubungan etniknya sehingga berakhir dengan konflik berterusan. ■1820 Namun di Malaysia, kita masih tetap aman dan harmoni kerana perpaduan telah menjadi kekuatan negara. Ini kerana, Malaysia berupaya mengurus kepelbagaian selaras dengan dasar- dasar dan rancangan kerajaan yang berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Antara rancangan tersebut adalah pertama, cadangan kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat seperti yang telah diterangkan sebentar tadi. Bagi memastikan program-program yang lebih berkesan untuk mempromosikan perpaduan dapat diperbanyakkan.

DN 6.9.2018 139

Kedua, mengadakan program dan aktiviti bersama badan-badan bukan kerajaan serta kumpulan-kumpulan keagamaan untuk mempromosikan persefahaman dan keharmonian serta sikap saling hormat-menghormati di kalangan penganut-penganut agama seperti sambutan World Interfaith Harmony Week, International Day of Peace dan Hari Toleransi Sedunia atau lebih dikenali sebagai International Day for Tolerance. Melalui sambutan ini yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bagi menggalakkan persefahaman dan dialog di antara agama yang merupakan dimensi penting dalam budaya keamanan serta memupuk dan mendidik masyarakat umum ke arah sikap saling hormat-menghormati. Ketiga, menyebarluaskan mesej dan slogan perpaduan secara berterusan kepada rakyat Malaysia dengan penglibatan diterajui oleh syarikat-syarikat swasta, GLC dan badan bukan kerajaan (NGO) melalui produk dan perkhidmatan kepada masyarakat agar mesej-mesej ini terus dihayati bersama bagi menyemarakkan semangat perpaduan. Secara keseluruhannya, kerajaan telah bersungguh-sungguh melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum di negara Malaysia sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan dan amalan prinsip Rukun Negara. Akan tetapi, sebaliknya yang paling penting adalah rakyat sendiri harus berfikiran positif bagi menerima pluralisme atau kepelbagaian kaum dan agama yang sedia wujud dengan minda yang terbuka dan bersikap saling hormat-menghormati untuk menghakis sebarang fahaman ekstremisme yang wujud di dalam diri mereka. Berhubung dengan indeks kualiti hidup beragama di negara kita, kerajaan setakat ini tidak mempunyai instrumen indeks sebegitu. Namun sebagai langkah ke hadapan atau, dengan izin, the way forward, pihak Jabatan Perpaduan dengan kerjasama pasukan penyelidik dari Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (KITA) UKM sedang membangunkan satu instrumen indeks yang dikenali sebagai Indeks Perpaduan Nasional (IPN) dan dijangka siap pada tahun 2019. IPN akan dibangunkan secara lebih menyeluruh kerana ianya akan mengambil kira perbagai domain sebagai indicator pengukurannya dan bukan sahaja terhad kepada aspek agama. Dengan adanya instrumen ini kelak, adalah diharapkan tahap perpaduan negara dapat diukur secara lebih saintifik dan sistematik lagi bagi masa hadapan. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris di atas keprihatinan beliau terhadap pentingnya kita harus memelihara perpaduan kaum pada hari ini bagi mengelakkan perpecahan berterusan sehingga mengakibatkan perbalahan kaum dan ketegangan serta permusuhan di negara kita. Pelbagai langkah terus diambil oleh kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

DN 6.9.2018 140

Antaranya adalah, pertama, menguatkuasakan undang-undang sedia ada dan mengambil tindakan tegas ke atas pihak-pihak yang sengaja mencetuskan kebimbangan dan tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di bawah undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan di bawah seksyen 298A, 504 dan 505. Kedua, menyiapkan secara komprehensif Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) melalui kerjasama antara pihak Jabatan Perpaduan dan perunding individu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) ini akan merangkumi pelaksanaan program dan aktiviti perpaduan nasional oleh semua jabatan dan agensi kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan. Ketiga, menubuhkan satu pasukan untuk meneliti semula cadangan draf-draf rang undang-undang yang pernah disediakan oleh NUCC pada tahun 2015 iaitu Rang Undang-undang Kebencian Agama dan Kaum, Rang Undang-undang Suruhanjaya Keharmonian dan Perdamaian Nasional dan mengemukakan kepada pihak kerajaan bagi mendapatkan mandat. Menggubal suatu undang-undang spesifik, menangani perkauman dan diskriminasi kaum dengan matlamat untuk memupuk keharmonian nasional di kalangan rakyat Malaysia. Keempat, semua pihak seharusnya menyokong usaha memperkasakan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang ditubuhkan sejak tahun 1969 sehingga kini dalam menghadapi pelbagai cabaran besar, menguruskan isu-isu perpaduan kaum dan keharmonian agama di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Pemerkasaan Jabatan Perpaduan dengan sokongan padu daripada semua pihak, diyakini dapat mengatasi isu-isu yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat. Bagi memberi penjelasan kepada Yang Berhormat Senator Datuk Mohan a/l Thangarasu, mengenai agenda pembangunan masyarakat India di Malaysia adalah dinyatakan sekali lagi bahawa Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) ditubuhkan untuk menaikkan kedudukan sosioekonomi dan pembangunan kaum India di Malaysia. Sehubungan dengan itu, usaha kerajaan baharu kini ditumpukan kepada meneliti fungsi-fungsi teras dalam SEDIC. Antaranya program sosial, kebajikan, pekerjaan, pendidikan, pembangunan belia berisiko tinggi, keusahawanan dan pemerkasaan identiti dan keterangkuman masyarakat India. Dimaklumkan bahawa, penyaluran dana berjumlah RM4 bilion kepada masyarakat India dalam tempoh 10 tahun seperti mana dalam iltizam Pakatan Harapan, akan dilaksanakan melalui SEDIC selepas menambah baik sistem semasa untuk memastikan pengagihan dibuat secara telus dan berpatutan kepada segmen masyarakat India yang layak untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Dana ini akan dikhaskan...

DN 6.9.2018 141

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Tuan Yang di-Pertua, minta mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada terdapat penjelasan daripada RM4 bilion dan juga pihak media, tidak tahu lah. Pihak media itu beritahu berita tidak benar kah, kita pun tidak faham. Jadi minta jelaskan RM4 bilion ini sudah di lulus oleh jemaah Menteri atau tidak? Itu soalan saya. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya rasa selepas jawapan yang saya akan berikan selepas ini, bolehlah menjawab persoalan Yang Berhormat Senator. Dimaklumkan bahawa, penyaluran dana berjumlah RM4 bilion kepada masyarakat India dalam tempoh 10 tahun seperti mana dalam iltizam Pakatan Harapan akan dilaksanakan melalui SEDIC selepas menambah baik sistem semasa untuk memastikan pengagihan dibuat secara telus dan berpatutan kepada segmen masyarakat India yang layak untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Dana ini akan dikhaskan untuk masyarakat India dan bertujuan untuk membangunkan mereka dengan cara saksama. Modal awal akan dikumpulkan daripada sumbangan kerajaan serta syarikat-syarikat milik kerajaan GLC dan syarikat swasta. Jumlah peruntukan awal daripada pihak kerajaan akan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa negara. Saya harap dengan itu, jawapan Yang Berhormat Senator telah dijawablah. Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri kini sedang melakukan kajian untuk menyemak semula mekanisme pengoperasian, pengendalian dan penyampaian SEDIC yang bertujuan untuk membuat penyelarasan atau fine-tune terhadap mekanisme tersebut untuk memastikan objektifnya dalam membantu menaikkan taraf sosioekonomi kaum India di Malaysia dapat direalisasikan dan dioptimumkan. ■1830 Usaha ini adalah selaras dengan janji kerajaan semasa untuk memastikan matlamat yang ditetapkan di bawah 25 iltizam khusus untuk masyarakat India seperti mana dalam manifesto Pakatan Harapan dapat diteruskan untuk kebaikan bersama. Dalam melaksanakan program- program ini, kerajaan akan sentiasa membuat kajian semula dari semasa ke semasa untuk memastikan impaknya dapat diukur dan akan dapat memberikan manfaat yang nyata dan berkesan untuk masyarakat India di Malaysia. Bagi menjawab persoalan mengenai urusan pengambilan dan pelantikan ke perkhidmatan awam pula, adalah dimaklumkan bahawa ia melibatkan pihak-pihak berkuasa melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Majlis Angkatan Tentera, Suruhanjaya Pasukan Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman

DN 6.9.2018 142

dan Perundangan, dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Negeri-negeri di seluruh negara. Justeru itu, pengambilan dan pelantikan ke perkhidmatan awam adalah tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa melantik yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan yang berkaitan adalah terbuka untuk memohon. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu usaha untuk menterjemahkan perpaduan nasional bukanlah kerja sehari dua, tetapi memerlukan kesungguhan yang berterusan tanpa noktah oleh setiap rakyat khususnya pemimpin-pemimpin politik dan pemegang taruh. Ini kerana perpaduan nasional bukanlah satu anugerah semata- mata, malah ia harus dibina, diurus, diselenggarakan dengan baik agar kestabilan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. Iktibarnya, kita semua perlu berganding bahu dan bersatu tenaga bersama-sama kerajaan mengambil langkah-langkah yang positif dan membina bagi memastikan perpaduan dan keharmonian di negara ini akan terus kekal dan terpelihara serta menetapkan matlamat bersama dalam menyahut hasrat dan aspirasi Malaysia baharu ke arah mewujudkan takbir urus negara yang lebih baik, progresif dan inklusif. Di kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat agar lebih memahami sensitiviti semua kaum dalam memperjuangkan ideologi politik masing-masing dan tidak cuba pula untuk memainkan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan dan sensitiviti pihak lain. Justeru itu, saya percaya penglibatan ahli-ahli politik dalam siri-siri perbincangan meja bulat, forum dan seminar mengenai kepentingan perpaduan adalah mustahak di mana secara tidak langsung membolehkan mereka menjiwai perpaduan dan mempromosikan keharmonian antara kaum seperti yang ditekankan oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Baginda agar elemen-elemen negatif dan tindak-tanduk yang mengganggu gugat kesepaduan dan keharmonian perlu dibanteras dan tidak diungkit isu-isu sensitif antara kaum bagi menjamin dan mengekalkan keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara. Saya juga ingin menegaskan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa dalam semangat Malaysia baharu, prinsip ketulusan dan, dengan izin, accountability, akan menjadi keutamaan dalam setiap pelaksanaan agenda kerajaan bagi menjaga kepentingan rakyat dan memenuhi keperluan mereka agar tiada mana-mana golongan yang dipinggirkan di negara ini. Dengan itu, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan kali ini...

DN 6.9.2018 143

Puan Asmak binti Husin: Mohon celahan. Minta maaf Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu persoalan hari itu dalam perbahasan, tetapi saya tidak perasan jawab atau tidak sebab petang-petang ini sudah mamai sudah. Saya ada satu soalan berkaitan dengan langkah kerajaan untuk integrasi kaum dalam masyarakat maya iaitu masyarakat netizen. Ini sebab kebanyakan jawapan kita ini adalah berdasarkan kepada masyarakat fizikal yang kita nampak. Akan tetapi isu integrasi sebenarnya yang agak runcing adalah dalam masyarakat netizen yang didominasi oleh Gen Y dan Gen Z. Mohon perhatian. Sekian, terima kasih. Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy: Sebenarnya secara tidak langsung saya sudah menjawab, tetapi juga saya ingat pada semasa soal jawab dahulu saya telah pun menjawab. Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan bahawa kerajaan pada masa kini sedang memantau online portal-portal ini dengan izin, bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak yang cuba membangkitkan isu-isu sensitif dan yang boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat pelbagai kaum. Sekiranya terdapat apa-apa percubaan di portal online ini, maka suatu laporan akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya akan dapat diambil. Sekian, terima kasih... Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Saya ada lagi satu soalan hendak berikan kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah dalam apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan dana khas RM4 bilion itu- tadi pun soalan saya tidak dijawab sebab saya hendak tanya soalan saya ini adalah adakah RM4 bilion ini already recognize ataupun diluluskan oleh Jemaah Menteri ataupun tidak? Itu soalan satu. Satu lagi saya hendak tanya, adakah dalam RM4 bilion ini termasuk kerajaan terdahulu telah pun bagi kepada RM1.5 bilion termasuk RM4 bilion ataupun RM4 bilion plus RM1.5 bilion? Soalan saya sekarang. Mohon jelaskan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy: Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat menyatakan kerajaan terdahulu memperuntukkan RM1.5 bilion. Akan tetapi saya ingin berterus terang di Dewan yang mulia ini, banyak angka yang telah dikemukakan that has been floated, dengan izin, iaitu RM1.4 bilion, dan sekarang Yang Berhormat menyatakan RM1.5 bilion oleh kerajaan terdahulu. Akan tetapi setelah kerajaan baharu mengambil alih pucuk pimpinan, kami dapati tiada jumlah tersebut yang disalurkan kepada masyarakat India. Jadi, kita pun hairanlah mana perginya baki. Walau bagaimanapun, buat masa kini, segala saluran kewangan yang telah dikemukakan sebelum ini kepada SEDIC dan juga kepada NGO-NGO lain yang telah membantu kerajaan

DN 6.9.2018 144

melaksanakan program-program bagi masyarakat India, sedang dalam proses diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Jadi, kita akan mengetahui jumlah sebenarnya yang telah diperuntukkan ataupun yang telah sampai kepada masyarakat selepas audit tersebut. Bagi menjawab soalan pertama, sama ada jumlah RM4 bilion ini telah diluluskan oleh Kabinet, jawapannya belum lagi. Ia akan dibincangkan. Sebagaimana yang saya katakan tadi, ia akan dibuat berdasarkan kepada dana daripada kerajaan dan juga daripada pihak-pihak swasta seperti GLC dan sebagainya. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy yang telah memberikan penjelasan yang baik dan terang kepada kita pada petang ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Timbalan Menteri Dr. Md Farid bin Md Rafik. Dipersilakan.

6.39 ptg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dr. Md Farid bin Md Rafik]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia baharu. Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri di sini bagi mewakili Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu terutamanya Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah, dan Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid yang prihatin dan mengambil bahagian dalam penggulungan perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong yang telah membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan Jabatan ini. ■1840 Isu yang pertama Tuan Yang di-Pertua, mengenai peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Ahli-ahli Dewan Negara. Saya mengambil maklum isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad dan Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah pada 28 Ogos 2018, mengenai penyaluran peruntukan iaitu sebanyak RM300,000 kepada Ahli Dewan Negara daripada pembangkang. Melalui perbahasan tersebut, telah dicadangkan supaya peruntukan ini diteruskan dan dipanjangkan juga kepada Ahli-ahli Dewan Negara yang mana berada di pihak pembangkang pada masa ini.

DN 6.9.2018 145

Secara dasarnya, penyediaan dan penyaluran peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah di atas budi bicara dan juga hak prerogatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Pertimbangan berkenaan penyediaan peruntukan ini adalah mengambil kira kedua-dua faktor yang dinyatakan tersebut dan berdasarkan kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan. Buat masa ini, kajian dan pertimbangan masih dibuat berhubung dengan perkara ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang dibangkitkan adalah mengenai pendaftaran suri rumah Orang Asli di dalam sistem eKasih. Saya juga mengambil maklum mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid pada 30 Ogos 2018 mengenai golongan suri rumah Orang Asli yang tidak didaftarkan sebagai penerima daftar eKasih. Untuk makluman, kerajaan telah membangunkan sistem eKasih sebagai satu Pangkalan Data Kemiskinan Nasional, dengan izin, ataupun sebagai satu database yang bertujuan untuk mendaftarkan golongan miskin di Malaysia. Kita mengklasifikasikan kategori golongan miskin di Malaysia, sama ada mereka tergolong di dalam kalangan miskin tegar ataupun miskin berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang sedia ada. Sistem eKasih juga mengandungi maklumat bantuan dan nilai bantuan-bantuan yang diterima oleh golongan miskin tersebut. Kriteria penetapan kategori kemiskinan adalah bergantung kepada jumlah pendapatan per kapita seisi rumah dan berasaskan kepada formula perkiraan yang telah disediakan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi dan juga Jabatan Perangkaan Malaysia melalui penyiasatan pendapatan isi rumah tahun 2014 ataupun, dengan izin, Household Income Survey 2014. Sistem eKasih juga mengandungi maklumat bantuan dan nilai bantuan yang diterima oleh golongan miskin tersebut di mana bantuan yang direkodkan ini adalah dari agensi pemberi bantuan berkaitan. Melalui sistem ini, kita mendapat tahu bilangan, kedudukan dan status kemiskinan setiap isi rumah dan ini akan dipantau dan dilaporkan bagi menentukan jenis program dan bantuan yang diperlukan setiap peserta untuk disalurkan oleh agensi pemberi bantuan berdasarkan kelayakan dan ketepatan kriteria yang ditetapkan. Berdasarkan rekod eKasih sehingga 31 Ogos 2018, seramai 616,924 ketua isi rumah yang telah berdaftar dengan eKasih. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51,384 ataupun 8.3 peratus daripada ketua isi rumah adalah di bawah kategori miskin tegar dan 138,826 ataupun 22.5 peratus ketua isi rumah pula di bawah kategori miskin dan seramai 426,714 ketua isi rumah adalah di bawah kategori terkeluar.

DN 6.9.2018 146

Terdapat enam kementerian utama yang terlibat di dalam penyaluran bantuan melalui program yang dilaksanakan. Kementerian ini terdiri daripada: (i) Kementerian Pendidikan Malaysia; (ii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; (iii) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; (iv) Kementerian Pembangunan Luar Bandar; (v) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan, (vi) Kementerian Tenaga Manusia. Melalui pelaksanaan sistem eKasih, ia juga dapat mengelakkan sebarang pertindihan atau ketirisan penyaluran bantuan kepada rakyat miskin dan miskin tegar, seterusnya membolehkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan yang sewajarnya dengan lebih berkesan dan efisien. Merujuk kepada soalan asal tadi, Mesyuarat Focus Group Pusat, Bilangan 6, Tahun 2010, yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 3 September 2010, telah bersetuju supaya peserta eKasih adalah terdiri daripada penama yang berada di dalam kawasan, selain daripada perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet ataupun ladang yang mana mereka mempunyai pentadbiran sendiri. Dalam isu pembangunan masyarakat Orang Asli, perkara ini adalah diselaraskan dan dipantau oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA). Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan di dalam Dewan yang mulia ini, bahawa setiap lapisan masyarakat tidak akan ketinggalan dalam pembangunan dan agihan kekayaan negara. Kerajaan Pakatan Harapan amat komited di dalam menjunjung prinsip amanah, adil dan bertanggungjawab dalam setiap dasar dan perancangan yang diatur. Bagi mereka yang berhak dan perlu dibantu, akan terus dibantu tanpa mengira latar belakang. Melalui cara ini, kerajaan yakin bahawa nikmat kemakmuran dan kekayaan negara akan dapat dinikmati oleh semua. Dengan itu, akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan pada kali ini. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ada soalan dari mana-mana? Tidak ada? Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Dr. Md Farid bin Md Rafik telah memberikan ucapan ringkas tetapi padat dan sangat bernas. Saya ingin mengucapkan terima kasih dari pihak Dewan atas pengucapan yang baik tadi.

DN 6.9.2018 147

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty hendaklah disetujukan. [Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Diputuskan, Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Keempat Belas.”]

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, jam saya hampir pukul 7. Saya terharu petang ini, melihat keluarga saya Ahli-ahli Yang Berhormat yang bijaksana ini tunggu sehingga malam. Saya beritahu dulu kepada Presiden kita, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad untuk tunjukkan “Kamu punya contoh” dan dia tunggu sehingga akhir dan- itu dia contoh teladan, sangat mustahak. Itulah bak kata orang Melayu tadi.

Yang kurik itu kundi; Yang merah saga; Yang baik itu budi; Yang indah itu bahasa.

Itu dia.

Jemput makan jikalau sudi; Enak lauk sebab kuah; Jika hidup tidak berbudi; Ibarat pohon tidak berbuah.

Kita berbudi.

DN 6.9.2018 148

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Rabu, 12 September 2018. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.49 petang]