MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT LHDNM JABATAN PEMPROSESAN MAKLUMAT, PANDAN INDAH

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Pejabat Jabatan Pemprosesan Maklumat (JPPM) yang kini berada di Pandan Indah, akan mula menutup operasinya sementara untuk berpindah ke lokasi baharu pada 19 Disember 2013 (Khamis). Pejabat ini akan mula beroperasi di lokasi baharu mulai 2 Januari 2014 (Khamis) di alamat seperti berikut:

Jabatan Pemprosesan Maklumat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9, 43650 , Darul Ehsan. Telefon Am : 03 - 893133800 Faks : 03 - 89221801

Sehubungan itu, bagi kemudahan pembayar cukai menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dalam tempoh perpindahan ini, Kotak Serahan (Drop-in Box) akan disediakan di Pejabat Lama JPPM di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Pembayar cukai juga boleh menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara serahan tangan ke cawangan-cawangan LHDNM di sekitar Lembah Kelang untuk diambil tindakan sewajarnya. Manakala penghantaran BNCP dan borang-borang lain melalui pos pula boleh dibuat ke alamat-alamat seperti berikut:

Mukasurat 1 daripada 2

Borang C / R / C1 / PT / TA / Borang E / BE / B / BT / Borang CP204 / 204A / TC / TR / TN M / MT / P / TP / TF / TJ 204AB / CP204B Jabatan Pemprosesan Jabatan Pemprosesan Jabatan Pemprosesan Maklumat, Maklumat, Maklumat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Malaysia, Malaysia, Menara Hasil, Menara Hasil, Menara Hasil, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9, Karung Berkunci 221, Karung Berkunci 222, Karung Berkunci 206, 43659 Bandar Baru Bangi, 43659 Bandar Baru Bangi, 43659 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Selangor, Malaysia. Selangor, Malaysia.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sepanjang proses perpindahan ini.

Sila layari laman web rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my untuk keterangan lanjut.

Sekian, harap maklum.

Dikeluarkan oleh: Jabatan Khidmat Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh : 18 Disember 2013 JKK/BKK/Media/mbm

Mukasurat 2 daripada 2