DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT

'!•'.'••''

HARI RABU. 24HB APRIL. 1974 PUKUL 2.3O PETANG

Bil.7 _

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

*1. Tuan Mustapha bin Hussain minta Perdana Menteri menyatakan bilakah Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri sendiri; sudahkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat permohonan untuk mengadakan badan ini,

*2. Tuan minta Perdana Menteri menyatakan samada. beliau sedar bahawa, pemberian Elaun Sara Hidup (COLA) Kerajaan sehabis banyak $30,00 yang telah diumumkan dalam bulan Oktober, 1973 telah dihapus oleh inflasi yang berlanjut lagi terutamaanya berkenaan dengan barang-barang keperluan, dan samada Kerajaan akan menimbang memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) yang kedua kepada kakitangan-kakitangan Keraja-n yang bergaji rendah untuk memulihkan kuasa pembelian mereka dan menjamin bahaya mereka tidak lagi mengalami sebarang kejatuhan dalam taraf kehidupan mereka,

*3. Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan samada beliau sedar bahawa Biro Siasat~n Negara telah gagal mengatasi amalan-amalan rasuah yang besar yang dilakukan oleh orang-orang atasan dalam Kerajaan, dan memandangkan kepada kesan buruk akibat rasuah ke atas kehidupan masyarakat Malaysia, samada beliau akan menimbang menubuhkan satu jawatankuasa tetap Parlimen mengenai rasuah yang diwakili oleh semua parti untuk melawan amalan-amalan rasuah di semua peringkat kehidupan orangramai.

*4. Dr.. Chen Man Hin minta Menteri Luar Negeri menyatakan samada beliau telah memberi nota dari Kerajaan Filipina yang mendakwa bahawa pemberontak- pemberontak di Jolo menerima latihan gurila di Pulau Langkawi, dan samada beliau telah membuat satu penyiasatan mengenai tuduhan ini.

*5. Tuan Haji Abdul Wahab bin Yunus minta Perdana Menteri menyatakan apakah kesan daripada arahan 4-mata oleh Keraja n yang menjadi garis panduan bagi syarikat-syarikat asing untuk mencapai 30 peratus penyertaan bumiputra dalam perniagaan dan perindastrian.

*3. Datuk , minta Menteri Luar Negeri menyatakan samada perkara-perkara mengenai hal ehwal luar negeri di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan jika di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan mengapa Menteri-menteri negeri mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengenai dasar luar negeri.

*7. Tuan Abu Bakar bin Umar minta Perdana Menteri menyatakan;-

(a) adakah benar bahawa Kerajaan Pusat sedang merancang untuk mengambil alih kuasa melesenkan semua kilang-kilang padi dari Kerajaan Negeri Kedah; jika ya, apakah sebab-sebabnya; dan (b) adakah beliau sedar bahawa dengan pengambilan alih kuasa ini, Kerajaan Negeri Kedah akan hilang hasil sakur ng-kurangnya $100,000 pada tiap-tiap tahun dan adakah Kerajaan Pusat akan mengganti kehilangan pendapatan ini.

/gr. . / - 2 -

*8. TuanFan Yew Teng minta Menteri Perdagangan dan Perindastrian menyatakan samada Malaysia ada apa-apa perdagangan baik secara langsung atau tidak langsung, dengan Kerajaan-kerajaan perkauman (racist) Afrika Selatan dan Rhodesia; jika ya, bukakan wajar bagi Kerajaan kita menamatkan segala perdagangan dengan negara-negara itu dan menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia adalah anti dasar apartheid Kerajaan-kerajaan itu dan nyatakan bilakah pengharaman perdagangan itu akan dibuat.

*9. Tuan Peter Paul. Dason minta Menteri Perhubungan menyatakan samada beliau sedar bahawa oleh kerana kekurangan "fork-lifts" yang diguna di gudang- gudang Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, penerima kiriman barang-barang terpaksa menunggu, kadang-kadang sehingga beberapa hari, sebelum mereka boleh menerima barang-barang yang dikirim kepada mereka.

*10. Tengku Zahid Al-Haj bin Tengku Ahmad minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan bilangan tapak-tapak semaian yang dirancang dan disediakan oleh RISDA untuk memberi benih-benih kelapa sawit yang dikehendaki oleh pekebun-pekebun kecil dan di mana letaknya tempat-tempat ini.

*11. Tuan Mustapha bin Hussain bertanya kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri apakah maksud dan tujuan serta hasil mengadakan mesyuarat keempat Jawatankuasa Sempadan di antara Malaysia dan Indonesia yang diadakan di Pulau Pinang pada bulan Disember tahun 1973.

*12. Tuan Seah Teng Ngiab bertanya kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan;- (a) apakah tujuan-tujuan Kementerian beliau menubuhkan Majlis Perundingan Belia Negara dan (b) samada Kementerian beliau mengambil sebarang tindakan untuk mempastikan supaya Majlis ini membayangkan komposisi kaum-kaum di negara kita seperti yang telah disuarakan beberapa kali dalam Parlimen. *13. Tuan Tai Kuan, Yang minta Menteri Penerangan dan Menteri Tugas-tugas Khas menyatakan samada Rancangan Malaysia Kedua d.an Kajian Pertengahan Penggal Rancangan itu telah dijelaskan kepada orangramai melalui Radio dan Talivisyen dalam bahasa Mandarin atau loghat-loghat Gina dan Tamil dan memberi satu angka pecahan jam-jam (number of hours) digunakan bagi bahasa-bahasa dan loghat itu,

*14. Dr. S. Seeveratnam minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) pendapat-pendapat Jawatankuasa Siasatan di dalam perkara kematian di Hospital Umum Melaka pada bulan Julai, 1973;

(b) tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan selepas menerima lapuran daripada Jawatankuasa Siasatan tersebut; dan

(c) tindakan-tindakan tata-tertib yang telah diambil ke atas kakitangan hospital tersebut.

*15. Tuan Loh Jee Mee minta Menteri Pelajaran menyatakan samada kekurangan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah Rendah Cina adalah menjadi faktur utama rnenyebabkan kadar kegagalan yang tinggi dalam mata-matapelajaran Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, jika ya, apa tindakan telah diambil oleh Kerajaan untuk mempastikan perkara ini tidak berlaku lagi; dan jika tidak, nyatakan sebab-sebab kadar kegagalan yang tinggi dalam mata-matapelajaran tersebut. - 5 -

Tuan Haii Ahmad bin Arshad minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negari menyatakan samada suatu usaha telah dibuat supaya Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Kominis Malaya dan rakan-rakannya meletakkan senjata dan kembali kepada masyarakat, sebagaimana yang telah diusahakan oleh Ketua Menteri, .

Tuan V. Veerappen minta Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat menyatakan sebab-sebab keengganan Kerajaan untuk menetapkan gaji-gaji minima bagi:-

(a) pekerja-pekerja kilang kain;

(b) pekerja-pekerja kilang elektronik; dan

(c) pekerja-pekerja di Iain-lain indastri.

Tuan Hor Cheok Foon minta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyatakan samada beliau sedar tentang kekurangan tempat-tempat letak kereta dan tempat-tempat hiburan serta kawasan-kawasan lapang di dalam Wilayah. Persekutuan di Kuala Lumpur jika ya, apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan masaalah ini, Pengarah Rahun anak Debak minta Menteri Kerja Raya dan Tenaga Rakyat menyatakan bilakah Jalan Muara Mingkos sepanjang 27 batu di Daerah Serian dalam Bahagian Pertama, Sarawak akan dibubuh tar.

Tuan Tiah Eng Bee bertanya kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berapa bilangan rombongan atau badan-badan Kebudayaan yang telah dihantar ke seberang laut oleh Kerajaan atau atas anjurannya dalam masa 3 tahun yang lalui dengan memberikan butir-butirnya. Tuan Ha.ii Mohd. Zain bin Abdullah minta Menteri Pelajaran menyatakan samada beliau sedar bahawa kepulangan guru-guru kontrek ke Indonesia apabila tamat kontreknya dan penggantian mereka dengan guru-guru lain adalah merugikan negara kita sebab semasa dua tahun mereka berapa di Malaysia mereka telah fasih dalam Bahasa Malaysia.

Tuan Andrew Mara anak Walter Unjah minta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyatakan rancangan, jika ada, yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Kemajuan Perumahan untuk membantu penghuni-penghuni rumah panjang membina rumah-rumah panjang mereka dan bilakah rancangan perumahan jenis ini akan dilaksanakan di Sarawak.

Tuan Chan Fu King minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan samada beliau akan menimbang menaikkan taraf Pejabat Imigeresen Ipoh untuk membolehkan-- mengeluarkan Paspot Malaysia memandangkan bertambahnya bilangan permohonan untuk Paspot Malaysia. Jika tidak, kenapa. Tuan Awang Bungsu bin Abdullah, bertanya kepada Menteri Pelajaran apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memberi kerja kepada murid-murid yang menunggu keputusan peperiksaan Tingkatan Lima (Senior Cambridge) dan Tingkatan Enam tertinggi,oleh sebab tempoh tiga hingga empat bulan yang dihabiskan untuk menunggu tanpa pergi ke sekolah itu terbuang begitu sahaja. Tuan Soh Ah Teck minta Menteri Teknoloji, Penyelidlke.n dan Penyelarasan Kampung- kampung Baru menyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil supaya memaju dan mengembangkan infrastruktur sosio-ekonomi kampung-kampung baru yang mempunyai kemungkinan bagi urbanisasi dalam Rancangan Malaysia Kedua. Tengku Zaid Al-Haj bin Tengku Ahmad minta Menteri Perhubungan menyatakan:- (a) sebab-sebabnya barang-barang impot yang sampai di Pelabuhan Kelang untuk dibawa keluar ke pasaran mengambil masa yang agak panjang; dan (b) samada tindakan dapat diambil supaya barang-barang tersebut dapat dibawa keluar daripada Pelabuhan Kelang dalam masa yang singkat. *27, Tuan Lim Cho Hock bertanya kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri samada beliau sedar bahawa seorang tahanan politik Le Ta alias Loo Hoe yang telah ditahan pada 16-12-1971 telah diberi layanan buruk dan dipukul di Kem Pertahanan Batu Gajah dan dia telah rosak fikiran dan dimasukkan ke Rumah Sakit Otak Tanjong Rambutan. Jika ya, adakah Menteri bercadang hendak mengadakan suatu Suruhanjaya Penyiasatan untuk menyiasat perkara ini.

*28« Tuan Abu Baker bin Umar minta Menteri Pertanian dan Perikanan menyatakan apakah butir-butir syor-syor L.P.N, kepada Kerajaan tentang bagaimana hendak menggalakkan penanaman padi dan samada beliau sedar bahawa penanaman padi di Rancangan Perairan Muda dan Iain-lain rancangan perairan di negara ini akan merosot akibat dari kenaikan harga baja dan Iain-lain perkakas menanam padi, dan jika ya, bagaimanakah hendak mengatasi masaalah ini.

*29. Tuan V. David bertanya kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri samada beliau sedar bahawa pasukan polis telah digunakan untuk memukul ibubapa yang berumur termasuk juga isteri orang tahanan politik semasa menjalankan tunjuk perasaan pada 9hb Februari, 1974 di Jalan Mountbatten.

*30. Tuan Haji Pengiran Ahmad bin Pengiran Indar minta Menteri Perhubungan menyatakan samada: (a) beliau sedar bahawa perkhidmatan talipon di negeri Sabah adalah tidak memuaskan. Apabila membuat panggilan- panggilan dalam negeri biasanya didapati tidak berjawab langsung atau tersangat lama menunggu untuk mendapat jawapan; dan

(b) beliau boleh memberi suatu jaminan bahawa pada masa hadapan tidak akan berulang lagi rungutan-rungutan seperti ini daripada pengguna-pengguna talipon.

*31. Tuan T.S. Gabriel minta Menteri Hal Dalam Negeri menyatakan samada: (a) beliau mempunyai rancangan untuk mengadakan perjumpaan di antara Kerajaan kita dengan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng, seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan jayanya; dan

(b) pihak Parti Komunis Malaya telah membuat hubungan dengan Kerajaan Malaysia untuk menamatkan pemberontakan atau menyerah diri kepada Kerajaan.

*32. Dr. Chu Chee Peng bertanya kepada Menteri Kesihatan samada kampung-kampung baru diberikan perkhidmatan perubatan dan pergigian secukup-cukupnya.

*33. Tuan Su Liang Yu minta Menteri Teknoloji, Penyelidikan dan Penyelarasar Kampung-kampung Baru menyatakan samada beliau sedar bahawa bilangan penduduk-penduduk di kampung-kampung baru di seluruh negeri ini kian bertambah menjadikan tempat itu penuh-sesak dan kurang sihat dari segi sosial dan kesihatan. Jika ya, bolehkah beliau menimbang memberi lebih lagi tanah untuk orang yang mempunyai keluarga-keluarga besar di kampung-kampung baru itu,

R. - 5 -

*34. Tuan Jonathan Narwin anak Jinqqonq minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan sebab-sebab berlakunya inflasi di Sarawak dan nyatakan langkah-langkah Untuk menentang inflasi dan menurunkan harga barang-barang dalam negeri itu.

*35. Tuan Lim Pee Hung minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah kemasukan pelajar-pelajar baru dalam berbagai yayasan-yayasan yang bertaraf Universiti dan Maktab bagi penggal 1973/1974, dengan member! angka pecahan mengikut kaum.

*36. Tuan Ng Hoe Hun minta Menterii Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan: (a) samada beliau sedar bahawa seorang tahanan telah menggantung diri di Kem Latihan Akhlak di Kemunting, Taiping, Perak pada 29.12.73 dan jika ya, nyatakan namanya;

(b) di bawah seksyen apakah dalam Akta Keselamatan beliau ditahan dan kesalahannya; (c) adakah beliau dibicarakan di Mahkamah; (d) apakah keputusan penyiasatan yang dijalankan untuk menentukan sebab-sebab kematiannya; dan (e) nama doktor yang menjalankan pemeriksaan mayat.

*37. Tuan Andrei; Flora anak Walter Unjah minta Menteri Pelajaran menyatakan samada Kerajaan akan mengadakan satu kajian keciciran di Sekolah-sokolah Rendah di Sarawak untuk mencari punca-punca serta cara-cara mengatasi masaalah itu.

*38. Tuan Edmund Lanqqu anak Saga minta menteri Pelajaran menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian beliau untuk membaiki taraf pengajaran Ilmu Sains dan Ilmu Hisab di Sekolah-sekolah menengah di Negeri Sarawak.

*39. Dr. A. Soorian minta Menteri Perhubungan menyatakan, memandangkan Dasar Kerajaan untuk mengadakan Pejabat Pos di tiap-tiap bandar yang mempunyai penduduk labih kurang 3,000 dan wakil pos untuk tiap-tiap kampung dengan penduduk lebih kurang 1,000 orang, nyatakan bilakah tempat-tempat berikut di Port Dickson akan diberi kemudahan tersebut dalam rancangan Malaysia Kedua:

Lukut, Lubok Cina, Bukit Pelandok, Linggi, Pengkalan Kempas, Pasir Panjang, Sirusa, Sungei Nipah dan Chuah.

*40, Tuan Haji Mohd. Zain bin Abdullah minta Plenteri Pelajaran menyatakan samada benar, bahawa perumahan tanggagaji daripada kategori C2-kepada kategori C1 dalam Perkhidmatan Pelajaran telah menghapuskan beberapa kenaikan gaji dalam tanggagaji tersebut; jika ya, nyatakan sebabnya dan bilangan kenaikan gaji yang telah dihapuskan.

*41., Tuan Abu Bakar bin Umar minta Perdana Menteri menyatakan samada beliau sedar bahawa Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, selain daripada Menteri-menteri Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah diberi tambang kapalterbang kelas- ekonomi semasa lawatan-lawatan rasmi keluar negeri sedangkan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan diberikan tambang kapalterbang kelas-satu dan jika sedar, nyatakan samada beliau bercadang memolihara kehormatan Yang Berhormat Ahli-ahli ksdua-dua Majlis dengan memberikan mereka layanan V.I.P.

R. - 6 t

*42. Dr. Chen Man Hin minta Menteri Luar Negeri menyatakan samada di Sidang Kemunchak di Lahore, usaha-usaha telah dibuat untuk memujuk wakil-wakil dari negara-negara yang kaya dengan minyak menjualkan minyaknya dengan kadar yang rendah kepada negara-negara sedang membangun dan melaburkan hasil minyaknya di Malaysia dan di negara-negara Asia Tenggara.

*43. Tuan Haji Abdul Wahab bin Yunus minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah bantuan yang telah diberi oleh Malaysia kepada umat Islam di Filipina sebagai tindakan peri kemanusiaan terhadap penderitaan yang mereka alami khasnya semasa dan selepas partempuran Jolo.

*44, Tuan Haji Ahmad bin Arshad minta Menteri Luar Negeri menyatakan samada Malaysia telah memberitahu Soviet Union sikapnya mengenai konsep Lautan Hindi sebagai Zon Damai dan penjelasan Kerajaan Soviet, jika ada.

*45. Tuan Yeoh Teck Chye minta Perdana Menteri menerangkan kedudukan Pencen baru bagi Pekerja-pekerja Awam yang telah bersara di bawah Rekomendesyen Suffian, berdasarkan kepada kenyataan yang telah dibuat oleh beliau pada bulan Oktober, 1973 bahawa beliau akan mengumumkan perkara. tersebut pada penghujung tahun yang lalu.

*46. Tuan Loh Jee Mee minta Perdana Menteri menyatakan memandangkan satu pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Thai mengenai pengharaman pengeksepotan beras ke luar negeri mulai dari bulan April, 1974, apa langkah Kerajaan telah ambil untuk mempastikan bahaua tidak berlaku kekurangan beras dalam negara akibat pengharaman itu; dan samada pengharaman ini bermakna segala pesanan yang dibuat oleh Malaysia dahulu dibatalkan; jika ya, apa tindakan Kerajaan akan ambil kerana pecah perjanjian.

*47. Tuan Goh Hock Guan bertanya kepada Menteri Luar Negeri samada tuntutan Brunei ke atas akan dapat diselesaikan dengan tenang tanpa berselisih faham dengan pertolongan orang tengah oleh sebab apa juga perbalahan patut dielakkan di Asia Tenggara.

*4B. Dr. A. Soorian minta Perdana Menteri menyatakan bilangan Pegawai Dasrah mengikut bangsa di negeri ini dan memberitahu apakah langkah-langkah yang diambil untuk menjadikan jawatan itu berbilang kaum.

*49. Dr. 5. Seeveratnam minta Menteri Luar Negeri menyatakan pendirian Kerajaan atas keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Perancis untuk meluaskan penguasaan tentera lautnya di Lautan Hindi dari pantai Afrika Barat ke Kepulauan Malaysia (Malaysian Archipelago) sebagaimana yang dilapurkan oleh surat khabar Straits Times pada 11hb Mac, 1974 dan samada Kerajaan Malaysia telah menyuarakan protesnya kepada Kerajaan Perancis.

R. - 7 - *50. Tuan T.S. Gabriel minta Perdana Menteri menyatakan samada beliau sedar bahawa perhubungan di antara wakil-wakil rakyat dengan pegawai-pegawai kanan Kerajaan tidak begitu mesra dan memuaskan pada masa sekarang oleh kerana pegawai-pegawai Kerajaan itu biasanya tidak memberi perhatian berat atau perkara-perkara yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat. 3ika sedar, nyatakan sekiranya ada apa-apa rancangan untuk merapatkan rakyat dan wakil-wakil rakyat dengan pegawai-pegawai Kerajaan.

*51. Tuan Edmund Lanqqu anak Saga minta Perdana Menteri menerangkan samada terdapat perbezaan dalam gaji yang dibayar kepada mahasiswa-mahasiswa (university Graduates) yang hanya memegang Ijazah Am dengan mereka-mereka yang memegang Ijazah Kepujian.

*52. Tuan Luhat Wan minta Perdana Menteri menyatakan: (a) sejauh manakah Jawatankuasa yang dibentuk untuk mengkaji Lapuran IGC telah menjalankan kerja-kerjanya; (b) mengapakah sedikit sangat hebahan dibuat mengenai perkara bahawa IGC hsndak dikaji terutama sekali di kalangan rakyat kita di Sarawak; dan

(c) samada Jawatankuasa tersebut akan meminta pandangan dari orang ramai sepertimana yang dibuat oleh Jawatankuasa Penapisan Filem dan Dawatankuasa Nikah dan Cerai bagi Orang-orang Bukan Islam memandangkan kepada kepentingan IGC yang besar kepada Malaysia.

*53. Tuan Abu Bakar bin Umar minta Perdana Menteri menyatakan siapakah atau pihak berkuasa manakah yang bertanggungjawab meyakin dan mengesahkan bahawa daging dan makanan dalam tin adalah halal.

R. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN PEMBERITAHU- PEMBERITAHU USUL

Menteri Kewangan. akan, mencadangkan:

Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen kecil (2) dalam Seksyen 11 Akta Kastam, 1967, Perintah Sercaj (Eksepot Getah), 1974 yang telah dibentangkan dt.hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut No. 42 tahun 1974 diaahkan.

Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen kecil (2) dalam Seksyen 11 Akta Kastam, 1967, Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.9), 1974, yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut No. 43 tahun 1974 disahkan.

Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen kecil (2) dalam Seksyen 11 Akta Kastam, 1967, Perintah Sercaj (Eksepot Minyak Kelapa Sawit), 1974 yang telah dibentangkan .di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut No. 44 tahun 1974 disahkan,

Menteri, Kewanean akan mencadangkans-

Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa- kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen kecil (2) dalam Seksyen U Akta Kastam, 1967, Perintah Sercaj (Eksepot Timah) 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majli3 ini sebagai Kertas Statut No. 45 tahun 1974 disahkan.

* -9- 5. Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bahawa sejajar dengan Seksyen 8(3)(a)(iv) Akta Peratucan kewangan 1957, Kerajaan boleh membuat pelaburan sejumlah tidak lebih daripada lima belas juta ringgit sebagai kredit ataupun dilabur sebagai pinjaman kepada Bank Pembangunan Malaysia sebagai syarat- syaratnya dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dipersetujui di antara Menteri Kewangan dan Bank yang tersebut.

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 11, Akta Kastam, 1967, Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 28) 1973 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No. ST.24 tahun 1974 disahkan.

7. Menteri Kewangan, akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 11, Akta Kastam,. 1967, Perintah Duti Kastam (Pindaan), 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No.ST. 25 tahun 1974 disahkan.

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 11, Alcba Kastam, 1967, Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No,2) 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undahg No, ST. 26 tahun 1974 disahkan.

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 11, Akta Kastam 1967, Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3), 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No.ST.27 .tahun 1974 disahkan.

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 11, Akta Kastam, 1967, Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No,4) 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No. ST.28 tahun 1974 disahkan.

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen kecil (2) dalam Seksyen 147, Akta Kastam, 1967, Perintah Duti Kastam (Pulau Pinang)(Pindaan) 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Uhdang-undang No, ST. 29 tahun 1974 disahkan. 12. Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 11, Akta Kastam, 1967, Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.6) 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No, ST, 30 tahun 1974 disahkan,

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan; Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen kecil (2) dalam Seksyen 15 Akta Cukai Jualan, 1972, Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai) (No,2) (Pindaan), 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No. ST. 31 tahun 1974 disahkan,

Menteri Kewangan, akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 3, Ordinan Eksais, Sarawak, Perintah Duti Eksais (Pindaan) 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No, ST,32 tahun 1974 disahkan,

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 11, Akta Kastam, 1967, Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.5), 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No, ST, 33 tahun 1974 disahkan,

16, Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen kecil (2) dalam Seksyen 147, Akta Kastam, 1967, Perintah Duti Kastam (Pulau Pinang) (Pindaan)(No,2) 1974 yang telah dibentanglcan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang- undang No, ST, 34 tahun 1974 disahkan,

17 • Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 11, Akta Kastam, 1967, Perintah Cukai tokok (Impot) (Pindaan) 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No, ST. 35 tahun 1974 disahkan*

Menteri Kewangan akan mencadangkan! Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 11, Akta Kastam, 1967, Perintah Duti Kastam (Pindaan)(No,7) 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No, ST, 36 tahun 1074 disahkan, - 11 -

Menteri Kewangan atau mencadangkan:

Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 11, Akta Kastam, 1967, Perintah Duti Kastam (Pindaan)(No.8) 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No.ST, 37 tahun 1974 disahkan.

Menteri, Kewangan akan mencadangkan:

Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 11, Akta Kastam, 1967, Perintah Cukai Tokok (Impot) (Pindaan) (No, 2) 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini aebagai Kertas Undang-undang No.ST, 38 tahun 1974 disahkan.

Menteri Kewangan akan mencadangkan:

Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Seksyen Kecil (2) dalam Seksyen 147, Akta Kastam, 1967, Perintah Duti Kastam (Pulau Pinang)(Pindaan) (No.3) 1974 yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Undang-undang No, ST, 39 tahun 1974 disahkan.

(DR,11/74) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Trengganu Tengah Bacaan Kali (Pindaan), Yang Kedua

(DR,12/74) Rang Undang-undang (Perbadanan)lnstitiut Negara bagi Penyelidikan Sains dan Perusahaan (Pindaan). "

(DR. 13/74) Rang Undang-undang Pemegang Amanah Raya(Pindaan) "

(DR.14/74) Hang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) "

(DR.I6/74) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Carum dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah). " (DR.17/74) Rang Undang-undang Senjatapi (Penalti Lebeh Berat) (Pindaan). " (DR.15/74) Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan " Tuan Lim Kit Siang akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bahawa Ceraian 21(2) Akta Pelajaran 1961 yang berbunyi: "Jika pada, bila-bila masa Menteri berpuashati bahawa sesebuah sekolah rendah jenis kebangsaan boleh dan sesuai ditukar menjadi sekolah rendah kebangsaan, maka beliau boleh mengeluarkan perintah supaya sekolah itu menjadi sekolah rendah kebangsaan." hendaklah dibatalkan sebagai membuktikan jaminan Kerajaan bahawa sekolah- sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak akan ditukar menjadi sekolah-sekolah rendah kebangsaan, bertentangan dengan kehendak-kehendak ibubapa murid-murid sekolah-sekolah yang terlibat itu, dan untuk memberi nilai dan makna kepada jaminan Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung dalam Perkara 152(1) (a) dan (b) dalam Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, (a) tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan." RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

1974 TARIKH DIBAWA

ST. 17 Akta Cukai Pendapatan 1967 .. 22hb April, 1974. ST. 18 Perintah Cukai Pendapatan (Perkhldmatan Seberang Laut British)(Pengecualian) 1973... 22hb April, 1974. ST. 19 Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Premium Hutan dan Bayaran Tender Pemegang Pajakgadai) 1974. .. 23hb April, 1974i ST.20 Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan Malaysia Barat (Potongan Premium Hutan dan Bayaran Tender Pemegang Pajakgadai) 1974. 23hb April, 1974. ST.21 Kaedah-kaedah cukai"Pendapatan Sabah (Potongan Premium Hutan dan Bayaran Tender Pemegang Pajakgadai ) 1974. 23hb April, 1974.

ST.22 Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan Sarawak (Potongan Premium Hutan dan Bayaran Tender Pemegang Pajakgadai) 1974. •• 23hb. April, 1974.

ST.23 Perintah Cukai Pendapatan (Anggota- anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Parlimen: Slaun Bulanan)(Pengecualian) 1974. 23hb April, 1974.

ST.24 Perintah Duti Kastam (Pindaan)(No:28)l974 23hb April, 1974

ST.25 Perintah Duti Kastam (pindaan) 1974 22hb April, 1974.

ST.26 Perintah Duti Kastam (Pindaan)(No,2) 1974 23hb April, 1974.

ST.27 Perintah Duti Kastam (Pindaan)(No.3) 1974 .. 22hb April, 1974.

ST.20 Perintah Duti Kastam (Pindaan)(No.4) 1974 .. 23hb April, 1974.

ST.29 Perintah Duti Kastam (Pulau Pinang)(Pindaan) 1974 22hb April, 1974. ST.30 Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 6) 1974 23hb April, 1974. ST.31 Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai) (No.2) (Pindaan) 1974 22hb April, 1974. ST.32 Perintah Duti Eksais (Pindaan) 1974 22hb April, 1974. ST.33 Perintah Duti Kastam (Pindaan)(No.5) 1974 22hb April, 1974. ST.34 Perintah Duti Kastam (Pulau Pinang)(Pindaan) (No.2) 1974 22hb April, 1974. ST.35 Perintah Cukaitokok (impot)(Pindaan) 1974 22hb April, 1974. 22hb April, 1974. ST.36. Perintah Duti Kastam (Pindnan)(No,7) 1974 23hb April, 1974. ST.37 Perintah Duti Kastam (Pindaan)(No.8) 1974 .. ST.39 Perintah Cukaitokok (lmpot)(Pindaan)(No.2) 1974 22hb April, 1974. ST.39 Perintah Duti Kastam (pulau Pinang) (Pindaan) (No.3) 1974. .. 22hb. April, 1974.

r