LHDNM/2021/09/05 – 111 KENYATAAN MEDIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAd

Untuk Siaran Segera

LHDNM/2021/09/05 – 111

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM SERAH 200 BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK DI SEKITAR DAERAH ,

Kluang, 05 September 2021 – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) terus aktif dalam mengagihkan bantuan bakul makanan menerusi Program CSR Hasil Prihatin apabila pada hari ini sebanyak 200 bakul makanan lagi telah diserahkan kepada penerima yang dikenal pasti di sekitar Daerah Kluang, Johor.

Bakul-bakul makanan tersebut telah disampaikan oleh Encik Hafiz Bin Adnan, Pengarah

Cawangan LHDNM Kluang kepada wakil-wakil masjid dan surau untuk diedarkan khusus kepada para penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Antara masjid dan surau yang terlibat ialah seperti yang berikut:

i. Masjid Jamek Kampung Tengah

ii. Masjid Nurul Iman,

iii. Surau Taman Pelangi

iv. Surau Al-Ghaffur, Bandar Kluang

v. Masjid Jamek Kampung Bentong

Muka surat 1 daripada 4 /LHDNM @LHDNMofficial LHDNM LhdnTube LHDNM/2021/09/05 – 111

vi. Masjid Kampung Sri Lalang vii. Surau Al-Ukhuwah, Kampung Palembang Lama viii. Surau Al-Muhajirin, Bandar Seri Impian

ix. Surau Riyadhu Al Muttaqin, Taman Kluang Indah

x. Surau Al-Amin, Jalan Sawi Kluang

xi. Surau Jalan Omar, Bandar Kluang xii. Masjid Taman Delima xiii. Masjid Jamek Al-Yahya, Taman Kluang Barat xiv. Masjid Jamek Taman Kasih xv. Masjid Al-Ikram, Taman Sri Kluang xvi. Surau Nurul Hidayah, Taman Intan

Turut hadir dalam majlis yang berlangsung di Menara Hasil Kluang tersebut ialah Encik

Md Kamal Bin Johan, Pengarah Negeri LHDNM Johor dan pegawai-pegawai kanan

LHDNM Cawangan Kluang.

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang prihatin, LHDNM menerusi Program CSR Hasil

Prihatin akan terus menghulurkan bantuan bagi memenuhi keperluan asas rakyat yang kurang berkemampuan di seluruh negara. Sehingga hari ini, sebanyak 6,070 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Muka surat 2 daripada 4 /LHDNM @LHDNMofficial LHDNM LhdnTube LHDNM/2021/09/05 – 111

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan Oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663 | : 03-8313 7873 Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

Tarikh: 05 Sept 2021

Muka surat 3 daripada 4 /LHDNM @LHDNMofficial LHDNM LhdnTube LHDNM/2021/09/05 – 111

LAMPIRAN

Encik Md Kamal Bin Johan, Pengarah Negeri LHDNM Johor (tengah) menyaksikan penyampaian sumbangan bakul makanan oleh Encik Hafiz Bin Adnan, Pengarah Cawangan LHDNM Kluang (kanan) kepada salah seorang wakil surau di sekitar Kluang.

Encik Md Kamal Bin Johan, Pengarah Negeri LHDNM Johor (tengah) bersama pegawai-pegawai kanan LHDNM Kluang serta wakil-wakil dari surau dan masjid dalam Program CSR Hasil Prihatin LHDNM.

Muka surat 4 daripada 4 /LHDNM @LHDNMofficial LHDNM LhdnTube