NO. SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

PERTANYAAN LIS AN

DARIPADA TUAN RAMKARPAL SINGH AIL [ BUKIT 1

TARIKH 24 MAC 2015

RUJUKAN 7551

SOALAN:

Tuan Ramkarpal Singh all Karpal Singh [ Bukit Gelugor 1 minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dicadangkan untuk memastikan Kpl. Sirul Azhar Umar dibawa pulang ke dari Australia untuk menghadapi hukuman yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu sekiranya proses ekstradisi untuk membawa beliau pulang gagal. JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang dalam proses untuk memulakan rundingan dengan Kerajaan Australia untuk membawa balik Sirul ke Malaysia bagi menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan. Walaupun Malaysia dan Australia mempunyai triti ekstradisi yang telah ditandatangani pada 15 November 2005, namun proses ini memakan masa kerana ia melibatkan isu perundangan yang rumit dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Selain menyentuh dasar dan undang-undang negara lain, usaha Kerajaan untuk membawa pulang Sirul turut menyentuh isu hak asasi manusia di mana tidak semua negara menyokong pelaksanaan hukuman mati.

2

.:t-\ NO. SO ALAN: 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LIS AN

DARIPADA TUAN [ PUCHONG 1

TARIKH 24 MAC 2015

RUJUKAN 7553

SO ALAN:

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong 1 minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah hasil siasatan dalam kes kematian Syed Mohd Azlan bin Syed Mohamed Nur, Repot No. Sungai Rengit/1036/2014 dan kenapa tiada sebarang maklumat diberikan oleh PDRM kepada keluarga mangsa sehingga sekarang. JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian sentiasa memandang serius kes kematian dalam tahanan polis atau mana-mana tempat di bawah kawalan pihak polis. Pihak Kementerian memandang serius dan ianya harus ditangani dengan kadar segera agar kepercayaan masyarakat terhadap penguatkuasa tidak diragui.

Berkaitan dengan laporan polis Sg. Rengit Repot 1036/2014, ia dibuat oleh pengadu iaitu ayah kepada simati. Kertas Enkuiri Polis (KEP) telah dibuka berhubung dakwaan pengadu bahawa anaknya telah meninggal dunia disebabkan dipukul dan diseksa oleh pihak polis semasa ditangkap.

Simati telah ditangkap untuk tujuan siasatan berkait Sg. Rengit Repot 1026/2014. Semasa soal siasat dijalankan pengadu telah mengadu sesak nafas dan telah dibawa ke Klinik Bandar Penawar dan telah dimasukan ke wad kecemasan. Doktor yang merawat telah memaklumkan bahawa OKT telah meninggal dunia. Post Mortem telah dijalankan di Hospital Sultan Ismail mengesahkan punca kematian adalah "Blunt Force Trauma To The Chest". Siasatan telah lengkap dan menunggu laporan daripada Jabatan Kimia Petaling Jaya dan Makmal Forensik PDRM Cheras.

2 Pihak polis telah menjalankan tugas mengikut Standard Operation Procedure (SOP) dan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah iaitu memberitahu sebab-sebab tangkapan, hak-hak berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dengan saudara atau kawannya untuk memaklumkan di mana berada dan hak untuk berkomunikasi dengan pengamal undang-undang.

3