KEKANGAN DALAM PENCAPAIAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI BAHRU

NOR AFIDAH BINTI MOHD SABRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEKANGAN DALAM PENCAPAIAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI

NOR AFIDAH BINTI MOHD SABRI

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

iii

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t kerana dengan segala limpah rahmat dan HidayahNya, penyelidikan ini telah dapat disempurnakan seperti yang dicita- citakan.

Seterusnya, kesungguhan dan sokongan yang konsisten merupakan faktor dominan penyempurnaan kajian yang dijalankan. Dengan berbekalkan rasa kesyukuran, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melafazkan jutaan terima kasih kepada Cik Sarimah binti Ismail, selaku penyelia kajian saya. Sepanjang perlaksanaan kajian ini, beliau telah mengorbankan masa untuk membimbing dan memberikan tunjuk ajar dengan berbesar hati. Selain itu, perkongsian ilmu pengetahuan daripada beliau telah membolehkan saya menyiapkan kajian saya mengikut jangka masa yang ditetapkan.

Sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, pengetua-pengetua sekolah, guru-guru Lukisan Kejuruteraan Sekolah Menengah Harian Negeri Johor yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan ini serta rakan-rakan yang sentiasa mempunyai waktu untuk saya terutama sekali semua rakan seangkatan yang dibawah seliaan Cik Sarimah Ismail.

Penghargaan ini juga ditujukan khas untuk ayah dan ibu yang tidak jemu mendoakan kejayaan saya dan akhir sekali semua yang terlibat secara langsung yang banyak membantu semasa penyelidikan ini dijalankan. Terima kasih di atas segala sokongan, pengorbanan dan kasih sayang yang ikhlas tanpa batas. iv

DEDIKASI

Khas buat Ayahanda dan Bonda Mohd Sabri Bin Hj. Othman dan

Aton Binti Mat Kusri yang amat dikasihi, dan kaum keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan semangat dalam meneruskan penulisan ini iaitu:

Nor Hayati Mohd Sabri, Khairul Anuar Mohd Sabri, Nor Aida

Mohd Sabri, NorLina Mohd Sabri, Mohd Faizal Mohd Sabri, NorHidayah

Mohd Sabri serta Mohd Radi Mohd Sabri

Sesungguhnya, berkat doa dan restu kalian, serta sokongan dan semangat yang diberikan menguatkan lagi iktizam diri untuk berjaya hingga ke tahap ini tanpa berputus asa walaupun mengharungi segala dugaan sepenjang menlaksanakan penulisan tesis ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih di atas segala pertolongan serta tunjuk ajar yang telah diberikan. Semoga jasa kalian semua akan diberkati Allah S.W.T.

v

ABSTRAK

Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di 22 buah sekolah menengah harian di Johor Bahru bagi tahun 2007-2009 tidaklah begitu cemerlang. 26.0% pelajar mendapat gred tidak cemerlang sementara 59.3% memperoleh gred yang rendah. Kajian tinjauan kuantitatif ini dijalankan untuk mengenal pasti kekangan pencapaian mata pelajaran LK dari tiga pemboleh ubah yang dikaji iaitu pendekatan pengajaran guru, penyampaian pengajaran guru dan sikap pelajar. Kajian dijalankan di 22 buah Sekolah Menengah akademik harian di Daerah Johor Bahru. Seramai 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran LK telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah 0.860. Data yang diperolehi diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0 dan diterjemahkan dalam bentuk kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan kekangan terhadap pendekatan pengajaran guru dan sikap pelajar berada pada tahap sederhana, sementara kekangan terhadap proses penyampaian pengajaran guru pula berada pada tahap rendah. Ini menunjukkan mata pelajaran LK tidak mendapat pencapaian yang baik di sekolah-sekolah menengah harian di Daerah Johor Bahru disebabkan oleh proses penyampaian pengajaran guru yang rendah sementara sikap pelajar terhadap mata pelajaran ini dan pendekatan pengajaran guru bagi mata pelajaran ini yang hanya pada tahap sederhana. Dua cadangan ditujukan kepada pihak sekolah iaitu memperbanyakkan kursus-kursus dan latihan untuk guru-guru mata pelajaran LK bagi peningkatan kemahiran penyampaian pengajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, dan menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan yang berasaskan latihan praktikal.

vi

ABSTRACT

Students’ achievement in Technical Drawing (TD) subject at Malaysia Education Certificate level at 22 daily secondary schools at Johor Baharu in 2007-2009 was not excellent. 26.0% of the students got un excellent grade while 59.3% got low grade. This quantitative survey research was conducted to identify constrain in student achievement in the subject of TD from three research variables measured. There were teacher teaching approach, teacher teaching delivery and student attitude. 30 teachers who teach TD subject were answered questionnaire distributed. Alpha vale for the questionnaire was 0.860. Data adopted were processed using computer software of Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0 and was interpreted in a form of frequency and percentage. Findings of the study indicated that constraint towards teachers’ teaching approach and students’ attitude were at moderate level while constraint toward teacher teaching delivery was at low level. This showed that TD was not get good achievement at the daily secondary schools in the District of Johor Baharu due to the influence of teaching delivery process of teachers that at the low level and students’ attitude and teachers’ teaching approach towards the subject that that at the moderate level. Two suggestions were addressed to the school, which were increasing number of training or special course for TD teachers to increase skill in teaching delivery of the subject, and developing teaching and learning practical based module for the subject. vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i HALAMAN PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii DEDIKASI iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN NAMA xv SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHALUAN

1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Penyataan Masalah 12 1.4 Objektf Kajian 12 1.5 Persoalan Kajian 13 1.6 Kepentingan Kajian 13 1.6.1 Guru mata pelajaran LK 13 1.6.2 Pelajar yang mengambil mata pelajaran LK 13 1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 14 viii

1.7 Skop Kajian 14 1.8 Batasan Kajian 15 1.9 Definisi Operasional 16 1.9.1 Pelajar 16 1.9.2 Guru 16 1.9.3 Mata pelajaran LK 16 1.9.4 Pengajaran 17 1.9.5 Pembelajaran 17 1.9.6 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 17 1.10 Penutup 18

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 19 2.1 Pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 19 2.1.1 Prestasi pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 19 2.2 Pendekatan Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran 20 2.2.1 Pendekatan dan Strategi 22 2.2.2 Pendekatan Pemusatan Guru 22 2.2.3 Pendekatan Pemusatan Pelajar 24 2.2.4 Pendekatan Induktif dalam pengajaran dan pembelajaran 25 2.2.5 Pendekatan Deduktif dalam pengajaran dan pembelajaran 26 2.2.6 Pendekatan Eklektik dalam pengajaran dan pembelajaran 27 2.2.7 Pendekatan Tematik dalam pengajaran dan pembelajaran 28

ix

2.2.8 Pendekatan Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran 29 2.2.9 Pendekatan Penyebatian / Infusion dalam pengajaran dan pembelajaran 29 2.2.10 Pendekatan koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran 30 2.2.11 Pendekatan kolaboratif dalam pengajaran dan pembelajaran 31 2.3 Aspek Sikap Pelajar terhadap Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 34 2.4 Proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran 39 2.4.1 Kemahiran memulakan pengajaran atau induksi set 39 2.4.2 Komponen-komponen induksi set 40 2.4.3 Kemahiran Menggunakan Papan Tulis 41 2.4.3.1 Komponen Kemahiran Menggunakan Papan Tulis 41 2.4.4 Kemahiran Menggunakan Bahan Bantuan Mengajar 42 2.4.4.1 Prinsip-prinsip Menggunakan Bahan Bantu Mengajar 42 2.4.4.2 Komponen Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 43 2.5 Kemahiran Menutup 43 2.5.1 Prinsip-prinsip Kemahiran Menutup 44 2.5.2 Komponen Kemahiran Menutup 44 2.6 Penutup 49

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 50 3.2 Reka Bentuk Kajian 50 x

3.3 Populasi dan Persampelan kajian 51 3.4 Lokasi Kajian 52 3.5 Instrumen Kajian 53 3.6 Kesahan 54 3.7 Kajian Rintis 55 3.8 Kebolehpercayaan 56 3.9 Proses Kajian 57 3.10 Analisis Data 60 3.11 Ringkasan 60

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 61 4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 62 4.2.1 Kekerapan dan peratus responden mengikut Jantina 62 4.2.2 Kekerapan dan peratus responden mengikut Bangsa 63 4.2.3 Kekerapan dan peratus responden mengikut Kelayakan Ikhtisas 64 4.2.4 Kekerapan dan peratus responden mengikut Opsyen mata pelajaran 65 4.2.5 Kekerapan dan peratus responden mengikut Pengalaman mengajar 66 4.2.6 Kekerapan dan peratus responden berdasarkan Kursus yang dihadiri berkaitan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 67 4.3 Bahagian B: Analisis Item Soal Selidik 68 4.3.1 Kekerapan Dan Peratusan pendekatan pengajaran guru yang menjadi kekangan dalam pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 69 xi

4.3.2 Kekerapan Dan Peratusan mengikut sikap pelajar menjadi kekangan terhadap pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 72 4.3.3 Kekerapan Dan Peratusan mengikut proses penyampaian pengajaran menjadi kekangan dalam pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 74 4.4 Kesimpulan 79

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 81 5.1 Rumusan 82 5.2 Perbincangan 83 5.2.1 Bahagian A: Latar Belakang Guru 83 5.2.2 Bahagian B- Kekangan terhadap pendekatan pengajaran ke atas pencapaian dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 84 5.2.3 Kekangan terhadap sikap pelajar ke atas pencapaian dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 85 5.2.4 Kekangan terhadap proses penyampaian pengajaran guru ke atas pencapaian dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 87 5.3 Cadangan 90 5.3.1 Cadangan di peringkat sekolah 90 5.3.2 Cadangan di peringkat JPN 91 5.3.3 Cadangan di peringkat KPM 91 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 92 5.5 Kesimpulan 93

RUJUKAN 96

LAMPIRAN 100 xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan 4 Kejuruteraan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2007-2009 di Negeri Johor 1.2 Opsyen guru yang mengajar mata pelajaran 6 Lukisan Kejuruteraan 1.4 Senarai nama sekolah mengikut skop kajian 14 2.1 Komponen Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi Pembelajaran 20 2.7 Lima kategori dalam pendekatan pengajaran dalam strategi pengajaran 33 2.8 Komponen strategi untuk lima pendekatan pengajaran 34 3.1 Senarai nama sekolah di Johor Bahru 52 3.2 Pengelasan Skala Likert 54 3.3 Pekali Alpha Cronbach 57 3.4 Nilai Alpha Bagi Item Dalam Borang Soal Selidik 57 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 62 4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa 63 4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan Kelayakan Ikhtisas 64 4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan Opsyen mata pelajaran 65 4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 66 4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan xiii

Kursus yang dihadiri berkaitan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 67 4.7 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap Item 68 4.8 Maklum Balas Peratusan Dan Tahap Skor Skala Likert Terhadap Item 68 4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut pendekatan pengajaran guru yang menjadi kekangan dalam pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 69 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut sikap pelajar menjadi kekangan terhadap pencapaian mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan. 72 4.11 Taburan Kekerapan Dan Peratusan mengikut proses penyampaian pengajaran menjadi kekangan dalam pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 74 4.12 Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Aspek Kajian Dalam Purata Peratusan 80

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

1.2 Rajah menunjukkan peratus pencapaian pelajar dalam mata 5 Pelajaran Lukisan Kejuruteraan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2007-2009 di Negeri Johor 1.4 Rajah menunjukkan peratus opsyen dan bukan opsyen 11 guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 2.2 Rajah menunjukkan kaitan di antara semua konsep pengajaran 21 2.3 Gambarajah Pendekatan Pemusatan Guru 23 2.4 Gambarajah Pendekatan Pemusatan Pelajar 24 2.5 Gambarajah Pendekatan Induktif 25 2.6 Gambarajah Pendekatan Eklektik 27 3.5 Proses kajian Keseluruhan Kekangan dalam Pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sekolah menengah harian di Johor Bahru 58 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 62 4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa 63 4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan Kelayakan Ikhtisas 64 4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan Opsyen mata pelajaran 65 4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 66

xv

SENARAI SINGKATAN NAMA

LK - Lukisan Kejuruteraan SPM - Sijil Pelajaran Malaysia JPN - Jabatan Pelajaran Negeri KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia SPSS - Statistical Package for the Social Science BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pendidikan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Set Borang Soal Selidik 100 B Surat Permohonan Kebenaran Mendapatkan Maklumat 101 C Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat kepada Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru serta Senarai nama sekolah yang menawarkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 102 D Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan 103 Dari Jabatan Pelajaran Johor E Surat Permohonan Pengesahan Isi Kandungan 104 instrumen kajian F Surat Pengesahan Isi kandungan instrumen kajian 105 G Surat Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian di sekolah dari Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 106

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) diperkenalkan kepada pelajar kearah pembangunan teknologi dan sains. LK merupakan mata pelajaran elektif baru kumpulan II (vokasional dan teknologi) bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5. Mata pelajaran LK merupakan pendedahan awal kepada para pelajar terhadap mata pelajaran teknikal sebagai persiapan bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian lebih tinggi. Oleh kerana LK mempunyai fungsi utama dalam proses kejuruteraan, ia dianggap sebagai suatu mata pelajaran dan bukan sebagai suatu kerja seni.

Guru adalah golongan professional yang melaksanakan tugas kearah mencapai matlamat pendidikan menerusi pengembangan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Pengajaran merupakan proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk membangunkan dan memajukan insan. Justeru itu masyarakat, agama, bangsa dan negara sentiasa mengharapkan golongan ini sentiasa bercita-cita membina generasi yang bertamadun tinggi bagi kemajuan Negara.

2

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran LK, guru berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan pengajaran sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar berdasarkan kepada strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pembentukan proses pengajaran yang berkesan mempunyai nilai yang berbeza antara seorang guru dengan guru yang lain namun masih bermatlamatkan kepada keberkesanan pembelajaran.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah 3

pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

Perlaksanaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran LK kaedah penyampaian amatlah penting. Ianya memerlukan daya imaginasi yang tinggi bagi melukis sesuatu pandangan atau bentuk sesuatu objek. Pada kebiasaanya guru akan menggunakan contoh objek yang sebenar sebagai alat bantuan mengajar. Akan tetapi ianya menimbulkan masalah apabila pelajar perlu ditunjukkan dengan bentuk objek yang banyak atau objek yang besar, kerana menjadi kesukaran kepada guru untuk membawanya ke bilik darjah.

Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses pemulihan, proses pemulihan yang membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Perlaksanaan proses pemulihan pelajar ini mengikut kadar kemampuan pelajar itu sendiri dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam mata pelajaran LK. Proses penilaian secara berterusan pula membolehkan guru mengesan tahap kefahaman pelajar selain mengenalpasti tahap pencapaian, kelemahan mereka terhadap suatu topik dalam mata pelajaran LK dan guru dapat memastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang pelajar itu.

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran LK telah lama diperkenalkan iaitu pada tahun 1989. Matlamat pelaksanaan mata pelajaran LK di sekolah menengah harian dan Sekolah Menengah Sains adalah untuk (Zainal dan Fauzi, 1997):

a. Meningkatkan lagi keluaran jurutera dan juruteknik menjelang tahun 2020 selaras dengan unjuran yang telah dibuat dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, seramai 251,900 orang diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan jurutera dan juruteknik serta tenaga manusia teknikal berkemahiran tinggi di pelbagai sektor (Zainal dan Fauzi, 1997).

Namun sehingga kini tahap pencapaian pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2007-2009 tidaklah begitu cemerlang dan masih terdapat jumlah pelajar yang memperoleh gred yang rendah iaitu diantara 5C hingga 9G melebihi dari gred yang cemerlang iaitu dari 1A hingga 4B setiap tahun.

Jadual 1.1: Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia bagi tahun 2007-2009 di Negeri Johor

Gred 2007 2008 2009 Bilangan Bilangan Bilangan Jumlah (%) (%) (%) 1A 259 325 197 778 (7.78) (9.57) (6.10) 2A 313 247 82 642 (9.4) (7.27) (2.54) 3B 344 460 376 1180 (10.33) (13.54 (11.64) 4B 434 465 412 1311 (13.04) (13.69) (12.75) 5C 483 408 457 1348 (14.51) (12.01) (14.14) 6C 428 422 336 1186 (12.86) (12.42) (10.40) 7D 397 425 365 1187 (11.93) (12.51) (11.30) 5

8E 261 269 243 773 (7.84) (7.92) (7.52) 9G 410 376 416 1202 (12.32) (11.07) (12.88) Jumlah 3,329 3,397 2,884 9,610

Sumber: Analisis Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan, Jabatan Pelajaran Johor 2010

Jadual 1.1 menunjukkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun adalah berbeza-beza. Jumlah bilangan pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraaan peringkat SPM lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang memperoleh gred 1A dan tahun 2007 hingga 2009.

Rajah 1.2: Peratus pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2007-2009 di Negeri Johor

ANALISIS PENCAPAIAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BAGI TAHU N 2007‐2009

CEMERLANG SEDERHANA RENDAH

59.30%

26.00%

14.70%

PERATUS KESELURUHAN PENCAPAIAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TAHUN 2007‐2009

Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2010 6

Rajah 1.2 menunjukkan peratus pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun adalah berbeza-beza. Jumlah bilangan pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraaan peringkat SPM lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang memperoleh gred 1A dimana sebanyak 14.7% pada tahap cemerlang, 26.0% pada tahap sederhana manakala 59.3% berada pada tahap rendah (rujuk Rajah 1.2).

Jadual 1.3: Opsyen guru yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Nama Sekolah Subjek Opsyen Guru Mengajar Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Dato Onn Seni Perusahaan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Teknologi dan SMK Dato Onn Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Pendidikan (Kejuruteraan Awam) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Banang Jaya Bahasa Melayu Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK 2 ELektrik Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Taman Universiti Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Damai Jaya Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Kempas Kejuruteraan Elektrik Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Taman Desa Jaya Kejuruteraan Elektrik Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Dato' Usman Awang Kejuruteraan Elektrik Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Seri Kota Puteri Teknologi Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Matematik/Pengajian SMK Seri Kota Puteri Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Matematik Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Taman Universiti 2 Teknologi Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Taman Selesa Jaya Tekonologi Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Teknologi dan SMK Taman Rinting 2 Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Pendidikan (Kejuruteraan Awam) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Taman Rinting 2 Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) 7

Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Desa Cemerlang Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Teknologi Binaan SMK Pasir Putih Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Bangunan Lukisan Kejuruteraan/Engineering Pengajian Reka Cipta SMK Taman Molek Drawing (Aliran Teknik Di SMT) (MPV) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Puteri Wangsa Teknologi Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Impian Emas Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Permas Jaya 2 Elektrik Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Matematik/Pengajian SMK Kota Masai Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Matematik Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK 3 Kejuruteraan AWam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Pendidikan Teknik dan SMK Taman Sutera Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Vokasional Lukisan Kejuruteraan/Engineering Sekolah Seni Johor Bahru Kemahiran Hidup Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Sultan Abdul Jalil Kejuruteraan Jentera Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Sultan Abdul Jalil Seni Perusahaan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Sultan Abdul Jalil Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Simpang Rengam Kemahiran Hidup Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Simpang Rengam Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) SMK Bandar T6 Lukisan Kejuruteraan/Engineering Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Jalan Kota Tinggi Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Seri Lalang Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Pendidikan Teknik dan SMK Bandar Easter Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Vokasional Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Tun Habab Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Linggiu Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Teknologi dan SMK Seri Aman Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Taman Seri Saujana Kejuruteraan Jentera Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Mersing Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) 8

Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Tan Sri Abdul Kadir Teknologi Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Tun Mamat Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Tun Mamat Teknologi Maklumat Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SM Sains Muar Seni Perusahaan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Bandar Maharani Seni Perusahaan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Teknologi Automotif/ SMK Sagil Tangkak Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kajisawat Motor Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Sungai Abong Elektrik Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Teknologi dan SMK Sungai Abong Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Vokasional SMK Seri Tangkak Lukisan Kejuruteraan/Engineering Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Seri Tangkak Kejuruteraan Elektrik Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Pengajian Reka Cipta SMK Sri Kukup Drawing (Aliran Teknik Di SMT) (MPV) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Ayer Baloi Kajisawat Motor Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Ayer Baloi Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Pendidikan Teknik dan SMK Batu 34 Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Vokasional SMK DATO' Bentara Lukisan Kejuruteraan/Engineering Kerja Kepingan Logam/ Dalam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kimpalan Lukisan Kejuruteraan/Engineering Teknologi Binaan SMK Gemereh Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Bangunan Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Gemereh Kejururteraan Makanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Kamarul Ariffin Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Kamarul Ariffin Elektrik Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Bandar Putra Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Seri Kenangan Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Seri Bali Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Sultan Alauddin Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Taman Putri Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) 9

Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Bandar Putra Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Bandar Putra Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Indahpura 1 Kejuruteraan Mekanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Indahpura 1 Teknologi Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Tinggi Batu Pahat Kejuruteraan Elektrik Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Tinggi Batu Pahat Kejuruteraan Makanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) SMK (P) Temenggong Lukisan Kejuruteraan/Engineering Kejuruteraan Awam Ibrahim Drawing (Aliran Teknik Di SMT) SMK (P) Temenggong Lukisan Kejuruteraan/Engineering Seni Perusahaan Ibrahim Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Binaan Bangunan / Seni Maktab Sultan Abu Bakar Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Bina Lukisan Kejuruteraan/Engineering Kejuruteraan Elektrik dan Maktab Sultan Abu Bakar Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Elektronik Lukisan Kejuruteraan/Engineering Teknologi Binaan SMK Dato Jaafar Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Bangunan Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Saint Joseph (B) Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Tun Sardon Kejuruteraan Jentera Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Teknologi Automotif/ SMK Tun Sardon Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Kajisawat Motor Lukisan Kejuruteraan/Engineering Binaan Bangunan/ Seni SMK Tun Sardon Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Bina Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Tun Sardon Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Tun Sardon Kejuruteraan Makanikal Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Kimpalan dan Fabrikasi SM (SAINS) Johor Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Logam Lukisan Kejuruteraan/Engineering SM (SAINS) Johor Kejuruteraan Awam Drawing (Aliran Teknik Di SMT) SMK Dato’ Abd Rahman Lukisan Kejuruteraan/Engineering Rawatan Radio dan TV Andak Drawing (Aliran Teknik Di SMT) SMK Dato’ Abd Rahman Lukisan Kejuruteraan/Engineering Sains Rumahtangga Andak Drawing (Aliran Teknik Di SMT) SMK Dato’ Abd Rahman Lukisan Kejuruteraan/Engineering Kemahiran Hidup Andak Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Pasir Gudang 2 Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Damai Jaya Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) 10

Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Taman Desa Jaya Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Dato' Usman Awang Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Mutiara Rini Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Bandar Seri Alam Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Bandar Seri Alam Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Pasir Putih Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Impian Emas Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Pasir Gudang 3 Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Desa Skudai Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Taman Mutiara Rini 2 Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Seri Lalang Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Taman Seri Kluang Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Taman Kota Jaya Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Anjung Batu Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Seri Jementeh Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Bandar Putra Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Bandar Tenggara Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Kangkar Pulai Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Dato Jaafar Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering SMK Datuk Menteri Lukisan Kejuruteraan Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Lukisan Kejuruteraan/Engineering Lukisan Geometrik dan SMK Ungku Husin Drawing (Aliran Teknik Di SMT) Elektronik Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2010

11

Jadual 1.3 menunjukkan opsyen guru yang mengajar mata pelajaran LK di Negeri Johor. Didapati terdapat juga guru-guru yang mengajar mata pelajaran LK bukan dari opsyen mata pelajaran LK.

Kekurangan ini diisi oleh guru-guru bukan opsyen LK. Guru-guru yang tidak mempunyai latihan sudah tentu mempengaruhi mutu pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan pengajaran mata pelajaran LK. (Senarai Perakuan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, 1979:171).

Rajah 1.4: Rajah menunjukkan peratus opsyen dan bukan opsyen guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Negeri Johor

Pencapaian pelajar yang rendah ini mungkin ada kaitan dengan bidang pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut dimana 79.6% sementara hanya 20.4% sahaja yang opsyen mata pelajaran LK (rujuk Rajah 1.4). Masalah ini mengakibatkan guru mengajar mata pelajaran yang di luar bidang pengkhususannya dan 12

ini juga adalah pembaziran tenaga yang akan merugikan guru dan pelajar dan menimbulkan tekanan kepada guru seterusnya akan memberi kesan kepada pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran LK.

1.3 Penyataan Masalah

Mata pelajaran LK telah lama diperkenalkan, namun tahap pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM bagi tahun 2007-2009 tidaklah begitu cemerlang iaitu terdapat jumlah pelajar yang memperoleh gred yang rendah iaitu di antara 5C hingga 9G iaitu sebanyak 26.0% pelajar mendapat gred tidak cemerlang sementara 59.3% memperoleh gred yang rendah.

Oleh sebab itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kekangan yang wujud dalam pencapaian mata pelajaran LK dari aspek strategi pengajaran guru, sikap pelajar dan proses penyampaian pengajaran di sekolah-sekolah menengah harian di Johor Bahru. Untuk tujuan tersebut, populasi kajian yang dipilih adalah guru-guru yang mengajar mata pelajaran LK di peringkat SPM.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti:

1. Kekangan dalam pendekatan pengajaran guru terhadap pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. 2. Kekangan dalam sikap pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 3. Kekangan dalam proses penyampaian pengajaran guru terhadap pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

13

1.5 Persoalan Kajian

Secara khususnya, kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan – persoalan berikut:

i. Adakah pendekatan pengajaran guru menjadi kekangan terhadap pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan? ii. Adakah sikap pelajar menjadi kekangan terhadap pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan? iii. Adakah proses penyampaian pengajaran menjadi kekangan terhadap pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

1.6 Kepentingan Kajian

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada wujudnya kekangan pencapaian mata pelajaran LK berdasarkan kepada perlaksanaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hasil kajian ini mempunyai kepentingan kepada guru mata pelajaran LK, pelajar dan pihak KPM.

1.6.1 Guru mata pelajaran LK

Hasil kajian ini dapat mengenalpasti kekangan yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap mata pelajaran LK dan mencari jalan untuk membuat penambahbaikan. Ini akan membantu pihak sekolah dalam penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran LK menerusi perancangan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

14

1.6.2 Pelajar yang mengambil mata pelajaran LK

Pelajar akan lebih menyedari paranan sebenar mereka sebagai seorang pelajar supaya mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran LK. Peranan dan tanggungjawab ini akan diberikan tunjuk ajar serta dipantau oleh guru mata pelajaran LK ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui cara ini, pelajar akan mendapat bimbingan dan dorongan yang terperinci daripada guru agar mereka dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran LK.

1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia

Pihak KPM dapat mengetahui masalah dan halangan yang terdapat didalam pengajaran mata pelajaran LK. Pihak KPM perlu mengkaji dan mengambil tindakan yang lebih sistematik dari segi penyampaian guru di sekolah-sekolah mengikut mata pelajaran opsyen yang sepatutnya. Ini akan membantu kepada peningkatan pencapaian terhadap sesuatu subjek kerana pelajar diajar oleh guru yang pakar dalam subjek yang diajar.

1.7 Skop Kajian

Dalam kajian ini pemboleh ubah yang dikaji adalah berdasarkan strategi pengajaran guru, sikap pelajar dan opsyen guru yang mengajar mata pelajaran LK. Kajian ini terbatas kepada kajian mengenai kekangan dalam pencapaian mata pelajaran LK. Sampel yang dipilih adalah terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar LK di sekolah menengah harian Daerah Johor Bahru yang menawarkan mata pelajaran LK (rujuk Rajah 1.5)

Jadual 1.5: Senarai nama sekolah mengikut skop kajian

Bil. Nama Sekolah 1 SMK Taman Rinting 2 2 SMK Taman Molek 15

3 SMK Seri Kota Puteri 4 SMK Permas Jaya 2 5 SMK Bandar Seri Alam 6 SMK Taman Desa Jaya 7 SMK Damai Jaya 8 SMK Puteri Wangsa 9 SMK Desa Cemerlang 10 SMK Kota Masai 11 SMK Pasir Gudang 3 12 SMK Pasir Putih 13 SMK Pasir Gudang 2 14 SMK Kempas 15 SMK Taman Sutera 16 SMK Taman Mutiara Rini 2 17 SMK Desa Skudai 18 SMK Impian Emas 19 SMK Taman Selesa Jaya 20 SMK Taman Universiti 2 21 SMK Mutiara Rini 22 SMK Taman Universiti

Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2010

1.8 Batasan Kajian

Dalam kajian ini terdapat dua faktor utama yang membataskan kajian ini daripada memperolehi maklumat-maklumat yang lengkap mengenai pencapaian mata pelajaran LK iaitu sewaktu proses pengumpulan data bagi tujuan bukti kajian yang telah dijalankan sewaktu proses pengumpulan data bagi pencapaian mata pelajaran LK di sekolah-sekolah dalam peperiksaan SPM. 16

Faktor kedua ialah masa bagi memperolehi data yang dipohon agak lewat ini menyebabkan penyelidik tidak dapat meneruskan proses penulisan bagi bab pengenalan kajian yang dijalankan ini. Selain itu instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan data daripada guru-guru mata pelajaran LK, pengedaran borang soal selidik ini mengambil masa kerana memerlukan surat kelulusan iaitu BPPDP bagi membolehkan borang soal selidik diedarkan.

1.9 Definisi Operasional

1.9.1 Pelajar

Pelajar ialah orang yang belajar seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya atau pun orang yang menyelidiki ilmu (Kamus Dewan, 2007). Pelajar yang dimaksudkan untuk kajian ini ialah pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah harian di Daerah Johor Bahru.

1.9.2 Guru

Kamus ensiklopedia dalam kajian Mohd Nazly Abd Hamid (2001) pula menyatakan bahawa guru adalah seseorang yang mengajar sesuatu pelajaran atau perkara terhadap seseorang atau sekumpulan pelajar. Guru bukan sahaja mengajar tetapi juga dikenali sebagai seorang pendidik dan pengasuh, berdasarkan kajian ini maksud guru yang dikaji adalah guru yang mengikut opsyen mengajar mata pelajaran LK serta memainkan peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran LK berdasarkan kekangan yang wujud dari segi strategi pengajaran, opsyen guru serta sikap pelajar yang boleh memberi kesan terhadap proses pengajaran guru.

17

1.9.3 Mata pelajaran LK

Mata pelajaran LK merupakan satu mata pelajaran yang lebih menumpu kepada kemahiran individu dalam bentuk lakaran dan perlu ada daya kreativiti. LK juga terdapat dalam bentuk simbol dan lakaran supaya mudah difahami. LK ini amat penting kerana LK melibatkan reka bentuk kepakaran grafik tepat dan terang. Dalam kajian ini mata pelajaran LK merupakan subjek utama yang dikaji berdasarkan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran LK.

1.9.4 Pengajaran

Menurut kamus dewan terbitan tahun 2001, pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Pengajaran dalam kajian ini menerangkan proses penyampaian yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran LK kepada pelajar bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran LK yang dinyatakan dalam kajian ini.

1.9.5 Pembelajaran

Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Prubahan tingkah laku melalui pembelajaran iaitu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran. Berdasarkan kajian ini pembelajaran melibatkan proses di mana pelajar menerima suatu pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pembelajaran disini adalah berkaitan dengan proses dimana pelajar mata pelajaran LK dapat menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru mata 18

pelajaran LK dengan baik seterusnya dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran LK yang dinyatakan didalam kajian ini.

1.9.6 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Ee (1993), strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan untuk menyampaikan pelajaran dengan tujuan mencapai pembelajaran yang maksimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai kemahiran dan kecekapan merancang serta menguruskan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran yang optimum (Mok, 1993).

Berdasarkan kajian ini strategi pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan guru dan pelajar dimana guru menyampaikan pengajaran dan pelajar menerima pengajaran tersebut. Guru menggunakan strategi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajarannya bagi menyampaikan ilmu secara lebih efektif bagi meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran LK.

1.10 Kesimpulan

Dalam bab ini pengkaji telah menerangkan latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi operasional.