caj klinik file:///c:/Documents%20and%20Settings/User/ABZA/My%20Webs/PHA...

WARTA KERAJAAN NEGERI - [ 12 hb OGOS 2004 ]

ORDINAN BINATANG 1953

PENETAPAN PUSAT VETERINAR

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 82 Ordinan Binatang 1953 [ Ordinan No. 17 tahun 1953] Menteri Besar Pahang menetapkan tempat-tempat berikut menjadi Pusat Veterinar dalam Negeri Pahang.

i. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang Jalan Sri Kemunting 2, 25100

ii. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Kuantan 25100 Kuantan

iii. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Kuantan 25100 Kuantan

iv. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Rompin 26800 Rompin

v. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah 26500 Maran

vi. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah 28800 Temerloh

vii. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Bera 28300 Bera

viii. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah 27000 Jerantut

ix. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Lipis 27200 Lipis

x. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Raub 27600 Raub

xi. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah 28700 Bentong

xii. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah 39000 Cameron Highlands

1 of 8 22/06/2009 9:42 caj klinik file:///c:/Documents%20and%20Settings/User/ABZA/My%20Webs/PHA...

xiii. Pusat Perkhidmatan Veterinar Salong 26600 Pekan

xiv. Pusat Perkhidmatan Veterinar Mela 27000 Lipis

xv. Pusat Perkhidmatan Veterinar 27200 Lipis

xvi. Pusat Perkhidmatan Veterinar Sega 27600 Raub

xvii. Pusat Perkhidmatan Veterinar Simpang Pelangai 28700 Bentong

xviii. Pusat Perkhidmatan Veterinar Jengka 26400 Bandar Pusat Jengka, Maran

xix. Pusat Perkhidmatan Veterinar Muadzam Shah 26700 Muadzam Shah, Rompin

xx. Pusat Perkhidmatan Veterinar Pulau Tioman 86800 Pulau Tioman, Rompin

xxi. Pusat Sumber Genetik Ternakan Ulu Lepar 26020 Ulu Lepar, Kuantan

xxii. Pusat Sumber Genetik Ternakan Tebing Tinggi 27000 Jerantut

xxiii. Pusat Sumber Genetik Ternakan Bukit Kajang 27600 Raub

xxiv. Pusat Sumber Genetik Ternakan Bebar 26680 Pekan

xxv. Pusat Sumber Genetik Ternakan Sungai Marong 26700 Muadzam Shah, Rompin

xxvi. Pusat Sumber Genetik Ternakan Sepayang 26800 Rompin

xxvii. Ladang Rusa Sungai Jin 26200 , Kuantan

xxviii. Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu 28700 Bentong

xxix. Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu 27000 Jerantut

xxx. Pusat Kemahiran Veterinar 26070 Kuantan

2 of 8 22/06/2009 9:42 caj klinik file:///c:/Documents%20and%20Settings/User/ABZA/My%20Webs/PHA...

xxxi. Pusat Pemasaran Ternakan Jengka Bandar Pusat Jengka 26400 Jengka

xxxii. Rumah Sembelih Jengka Bandar Pusat Jengka 26400 Jengka

xxxiii. Rumah Sembelih Kuantan Peti Surat 177 25720 Kuantan

xxxiv. Rumah Sembelih Raub Daerah Raub 27600 Raub

xxxv. Rumah Sembelih Jerantut Daerah Jerantut 27000 Jerantut

xxxvi. Rumah Sembelih Temerloh Daerah Temerloh 28000 Temerloh

xxxvii. Rumah Sembelih Lipis Daerah Lipis 27200 Lipis

1. Kadar caj dan fi serta syarat untuk mendapatkan rawatan, makanan, penginapan dan perkhidmatan lain bagi semua Pusat Veterinar kecuali Pusat Pemasaran Ternakan Jengka hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam JADUAL PERTAMA.

2. Perakuan Kesihatan Veterinar sebagaimana dalam JADUAL KETIGA hendaklah dikeluarkan setelah pemeriksaan Kesihatan dilaksanakan.

3. Kadar caj serta syarat untuk mendapatkan perkhidmatan kandang dan timbang di Pusat Pemasaran Ternakan Jengka hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam JADUAL KEDUA.

4. Warta Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu no. 335 yang disiarkan pada 29 September 1949 dan No. 416 yang disiarkan pada 5 November 1953 adalah dibatalkan.

JADUAL PERTAMA

1. PEMERIKSAAN KESIHATAN, KHIDMAT NASIHAT DAN RAWATAN 1.1 Pemeriksaan Kesihatan atau Khidmat Nasihat Kucing RM 20 Anjing RM 30 Kuda RM 50 Unggas RM 1 Ayam / Itik RM 5 - 50 / konsaimen Binatang Kecil RM 10 - 50 Binatang Besar RM 50 - 100 Pemeriksaan Kesihatan RM 2 - 50 1.2 Pemeriksaan Kebuntingan

Kucing RM 10

Anjing RM 20

3 of 8 22/06/2009 9:42 caj klinik file:///c:/Documents%20and%20Settings/User/ABZA/My%20Webs/PHA...

Kuda RM 30

Binatang Kecil RM 5

Binatang Besar RM 10 1.3 Pemeriksaan Haiwan (Pemeriksaan untuk insuran, pengenalan, penetapan umur, kebolehan, kemampuan, kecergasan dan lain-lain) Binatang Kecil RM 10 - 50

Binatang Besar RM 50 - 100

1.4 Lawatan

Dalam lingkungan 10 km RM 15

Selepas 10 km ke atas tambahan kadar RM 0.55 per km

2. RAWATAN

2.1 Perkhidmatan Rawatan Tanpa Suntikan

Kucing RM 5

Anjing RM 10

Kuda RM 20

Unggas RM 1

Binatang Kecil RM 5

Binatang Besar RM 10

2.2 Perkhidmatan Suntikan

Kucing RM 3

Anjing RM 4

Kuda RM 10

Unggas RM 1

Ayam Itik RM 0.03

Binatang Kecil RM 3

Binatang Besar RM 5

2.3 Perkhidmatan Lain

Mandi dan perapian RM 10

Potong kuku binatang kecil RM 5

Potong kuku binatang besar RM 30

Potong bulu dan wul RM 7

Permanian beradas RM 10

Tanda cacah RM 5

Memasang cip pengenalan atau tag RM 10

Sucihama kandang kediaman RM 2 / meter persegi

Sucihama pengangkutan RM 15

3. BIUS

3.1 Oral

Binatang Kecil RM 4

Binatang Besar RM 8 3.2 Setempat Binatang Kecil RM 10

Binatang Besar RM 20

3.3 Umum

Binatang Kecil RM 15

Binatang Besar RM 30

4 of 8 22/06/2009 9:42 caj klinik file:///c:/Documents%20and%20Settings/User/ABZA/My%20Webs/PHA...

4. UJIAN ( Tidak termasuk kos peralatan, bahan kimia dan reagen) Perkhidmatan ujian mudah RM 2

Perkhidmatan ujian rumit RM 10

5. PEMBEDAHAN

Pembedahan kecil binatang kecil RM 15 - 30

Pembedahan kecil binatang besar RM 20 - 40

Pembedahan besar binatang kecil RM 30 - 100

Pembedahan besar binatang besar RM 50 - 200

Pembedahan pemandulan anjing betina RM 80 - 100

Pembedahan pemandulan kucing betina RM 40 - 60

Pembedahan pemandulan anjing jantan RM 30 - 40

Pembedahan pemandulan kucing jantan RM 20 - 30

6. SEMBELIH

Caj Kandang

Lembu / Kerbau RM 0.50 - 1.00 sehari seekor

Kambing / Bebiri RM 0.30 - 0.70 sehari seekor

Babi RM 0.50 - 1.00 sehari seekor

Caj Sembelih

Lembu / Kerbau RM 7.50 - 15.00 / ekor

Kambing / Bebiri RM 7.50 - 10.00 / ekor

Babi RM 7.50 - 10.00 / ekor 7. TUMPANGAN (Tanpa Makanan) Kucing RM 8

Anjing RM 10

Binatang kecil RM 5

Binatang besar RM 10

Tahanan di rumah RM 10 seekor sekali lawatan

8. POST MORTEM

Kucing RM 20

Anjing RM 40

Kuda RM 100

Ternakan ladang atas permintaan pemilik RM 20

9. EUTHENESIA

Binatang Kecil RM 20 - 50

Binatang Besar RM 50 - 100

Kucing RM 25

Anjing RM 40

Kuda RM 100

10. PENGANGKUTAN

Kucing RM 20

Anjing RM 40

Pengangkutan ternakan ladang berdasarkan kos RM 1 setiap satu kilometer

11. DRUG, VAKSIN, BIOLOGIK, REAGEN, MAKANAN DAN ALATAN

11.1 Kadar vaksin dan biologik - 30% di atas kos belian

5 of 8 22/06/2009 9:42 caj klinik file:///c:/Documents%20and%20Settings/User/ABZA/My%20Webs/PHA...

11.2 Kadar reagen - 30% di atas kos belian

11.3 Kadar ubat dan drug - 25% di atas kos belian

11.4 Kadar bahan kimia dan lain-lain - 25% di atas kos belian

11.5 Kadar untuk makanan - 20% di atas kos belian

11.6 Kadar alatan dan bahan rawatan - 15% di atas kos pembelian

12. DOKUMEN VETERINAR

PERAKUAN KESIHATAN VETERINAR

Binatang dan bahan haiwan RM 5.00 setiap satu konsaimen

Bahagian Karkas RM 2.00 setiap satu bahagian

13. Kadar dua kali ganda hendaklah dikenakan pada cuti umum dan di luar waktu pejabat

14. Pembayaran kadar boleh dikurangkan atau diketepikan mengikut budibicara mutlak Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai Veterinar dan Pegawai Penjaga Pusat Veterinar jika dia berpuas hati bahawa penternak atau tuan punya binatang adalah miskin dan tidak berupaya untuk membayar kadar atau fi tersebut.

15. Pemeriksaan post mortem dan ujian untuk penyelidikan jabatan adalah percuma.

16. Kehadiran dan perkhidmatan Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai Veterinar atau Pegawai Penjaga Pusat Veterinar di Pusat Veterinar atau di lain tempat tertakluk kepada keadaan yang perlu dan tidak boleh dijamin.

JADUAL KEDUA

CAJ SEWAAN KANDANG BILANGAN BINATANG KADAR CAJ SATU PETAK KURUNGAN Bawah 5 ekor Lembu / Kerbau RM 5.00 / seminggu 6 ekor ke atas Lembu / Kerbau RM 10.00 / seminggu Sewa 1 petak kurungan RM 30.00 / sebulan Sewa Kandang RM 300.00 / sebulan CAJ PERKHIDMATAN TIMBANG Lembu / Kerbau RM 0.50 / seekor Kambing / Biri-Biri RM 0.30 / seekor

SYARAT SEWAAN

(a) Penyediaan makan dan minum binatang, penjagaan dan kebersihan kandang dan binatang ditanggung oleh penyewa.

(b) Sewaan dibuat berdasarkan yang dahulu diutamakan.

(c) Bayaran sewa kurungan mesti dibuat terlebih dahulu sebelum ketibaan binatang.

(d) Setiap permhonan untuk menggunakan pusat ini perlulah menyatakan bilangan binatang, bilangan petak kurungan diperlukan serta tempoh masa binatang akan disimpan.

(e) Keselamatan, kesihatan dan keselesaan binatang adalah tanggungjawab penyewa.

(f) Penyewa hendaklah menyerah balik kurungan yang bersih, lengkap dan sempurna selepas binatang dikeluarkan.

(g) Penyewa yang cuai, ingkar atau gagal mematuhi syarat akan dikurangkan keutamaannya pada masa hadapan.

JADUAL KETIGA

6 of 8 22/06/2009 9:42 caj klinik file:///c:/Documents%20and%20Settings/User/ABZA/My%20Webs/PHA...

ORDINAN BINATANG 1953

PUSAT VETERINAR JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI PAHANG

PERAKUAN KESIHATAN VETERINAR NO: K

Bahawa saya memperakui telah memriksa:

1. Jenis :

2. Jumlah :

3. Tujuan :

4. Catatan :

Dengan ini saya sahkannya sihat dan:

- Bebas dari gejala penyakit berjangkit.

- Tidak dari binatang yang berpenyakit berjangkit dan berkeadaan baik serta sesuai untuk kegunaan manusia

- Tidak bersentuhan dengan binatang yang berpenyakit berjangkit.

- Tempat asalnya tidak berlaku penyakit ...... semenjak enam bulan lalu.

Perakuan ini dikeluarkan kepada:

NAMA :......

NO. KAD PENGENALAN :......

ALAMAT :......

NO. TELEFON :......

Perakuan ini sah sehingga : ......

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

SYARAT PERAKUAN KESIHATAN VETERINAR

1. PERAKUAN KESIHATAN VETERINAR ini adalah bagi binatang, tempoh dan tujuan yang dinyatakan di muka sebelah.

2. PERAKUAN KESIHATAN VETERINAR ini sahlaku sekali untuk satu tujuan sahaja.

3. Pemegangnya hendaklah membenarkan pegawai yang diberi kuasa oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan memeriksa dan menandakan binatang dan bahan binatang ini jika diperlukan.

7 of 8 22/06/2009 9:42 caj klinik file:///c:/Documents%20and%20Settings/User/ABZA/My%20Webs/PHA...

4. PERAKUAN KESIHATAN VETERINAR ini hendaklah sentiasa bersama binatang dan bahan binatang berkenaan bagi memudahkan pegawai yang diberi kuasa oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk memeriksanya

5. Kegagalan untuk mendapatkan PERAKUAN KESIHATAN VETERINAR untuk tujuan pindah atau sembelih merupakan satu kesalahan di bawah Ordinan Binatang 1953 dan boleh didakwa di Mahkamah

Dengan Perintah Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang

Bertarikh 18 Februari 2004 DATO' SRI HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB [SUK. Phg. (Ktn.) V.Phg. A-331] Menteri Besar Pahang

Pusat Panggilan Perkhidmatan Veterinar JPH Pahang: 09-5149666

8 of 8 22/06/2009 9:42