27 Disember 2018

KENYATAAN MEDIA oleh Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

PROJEK PEMBANGUNAN PDC: GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI JALAN BUKIT TAMBUN, SEBERANG SELATAN UNTUK KERJA-KERJA PENGALIHAN PAIP 900MM

• Masa/Hari/Tarikh : 10.00 mlm Sabtu, 05.01.2019, hingga 10.00 pagi Ahad, 06.01.2019

• Melibatkan : 12,000 penduduk di 8 kawasan.

• Sebab : Henti tugas saluran paip MS 900mm untuk membolehkan kerja pengalihan paip untuk skim pembangunan PDC.

PULAU PINANG, Khamis (27.12.2018): Gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di Jalan Bukit Tambun, Seberang Prai Selatan (SPS), bermula 10.00 malam hari Sabtu, 05.01.2019, hingga 10.00 pagi pada hari Ahad, 06.01.2019.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan menghenti- tugas saluran paip MS (keluli lembut) 900mm bagi membolehkah kerja pengalihan paip untuk skim pembangunan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Henti tugas saluran paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air semalaman 12 jam yang akan menjejaskan kira-kira 12,000 penduduk di kawasan berikut di SPS:

1 Tambun Seafood Village 5 Taman Intan Cempaka 2 Stadium 6 Taman Mutiara Tanjung 3 Taman Merpati Indah 7 Villa Tanjung Permai 4 Taman Mutiara Cempaka 8 Taman Nilam Tanjung

PROJEK PEMBANGUNAN PDC: GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI JALAN BUKIT TAMBUN, SELATAN UNTUK KERJA-KERJA PENGALIHAN PAIP 900MM / Page 1 of 2

Sila rujuk peta pada ‘Lampiran A’ yang menunjukkan semua kawasan yang terlibat.

PBAPP memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.

Sila ambil perhatian bahawa pengalihan paip ini perlu bagi melaksanakan projek pembangunan PDC. Saluran paip bekalan air mesti dialihkan dari tapak kerja PDC dengan selamat untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan memastikan bekalan air yang berterusan.

Kami menasihati semua pengguna yang terjejas dengan gangguan ini untuk menyimpan air secukupnya untuk kegunaan dari jam 10.00 malam hari Sabtu 05.01.2019, hingga 10.00 pagi hari Ahad, 06.01.2019.

Terima kasih.

Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

______

Dikeluarkan oleh : Puan Syarifah Nasywa bt Syed Feisal Barakbah Unit Komunikasi Korporat Tel : 04-200 6607 Email : [email protected]

PROJEK PEMBANGUNAN PDC: GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI JALAN BUKIT TAMBUN, SEBERANG PERAI SELATAN UNTUK KERJA-KERJA PENGALIHAN PAIP 900MM / Page 2 of 2

TAMAN TAMBUN SEA FOOD VILLAGE N TAMAN INTAN CEMPAKA TAMAN NILAM TANJUNG

VILLA TANJUNG PERMAI BATU KAWAN JETI RESERVOIR TAMAN BATU MUTIARA CEMPAKA TAMAN MUTIARA TANJUNG MUSANG TAMAN L JA AN BUKIT MERPATI INDAH TAMBUN STADIUM BATU KAWAN

900MM PIPE

LEBUHRAYA DIVERSION WORKS

PDC DEVELOPMENT PROJECT : OVERNIGHT SCHEDULED WATER SUPPLY INTERRUPTION AT JALAN BUKIT TAMBUN, SEBERANG PERAI SELATAN, FOR 900MM PIPE DIVERSION WORKS. 10.00 pm on Saturday, 5/1/2019 to 10.00 am on Sunday, 6/1/2019.

Affected Areas