WartaMEDAN ISU 02 / 2019 1 WartaMEDAN

Malawakil E-Newsletter Isu 2/2019. Jul—Dis

Saya, isteri serta anak-anak saya ingin merakamkan rasa Sekapur Sireh penghargaan kami kepada semua warga kerja Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Medan serta keluarga masing- masing yang telah sama-sama mengalu-alukan kehadiran kami di Kota Medan.

Saya mengharapkan ianya menjadi satu titik permulaan yang lebih baik untuk saya memulakan tugas yang agak mencabar yang telah diamanahkan oleh pihak pengurusan Kementerian Luar Negeri. Saya mengalu-alukan segala bantuan dan sumbangan, samada berupa idea, pendapat dan pandangan oleh semua warga KJM Medan dalam melaksanakan misi tugasan saya dengan sempurna. Saya percaya suasana kerja yang baik dan harmoni dapat memastikan pertambahan produktiviti pejabat ini dan menyumbang kepada kepuasan dan kualiti kerja yang lebih baik. MISI PROMOSI MALAYSIA 2019 Buat julung kalinya Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan Kedutaan Besar Malaysia, serta agensi-agensi di bawah naungannya telah menganjur- kan Misi Promosi Malaysia 2019. Program tersebut telah dirasmikan oleh TYT Datuk Zainal Abidin Bakar, Duta Besar Malaysia ke Republik pada 24 Okt. 2019 yang diadakan di Lobi Konsulat Jeneral Malaysia. Seramai lebih kurang 140 peserta terdiri dari golongan usahawan, para akademik, syarikat-syarikat penerbangan dan media tempatan telah hadir di majlis tersebut. Dikesempatan itu juga, TYT Datuk Zainal telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YTH. Bpk. Edy Rahmayadi, Gubenur Sumatera Utara.

Liputan

 Diari KONJEN Tourism Malaysia PERWAKILAN Kelab Sukan Kebajikan & Rekreasi Mahasiswa Malaysia

WartaMEDAN ISU 02 / 2019 2 DAIRI KONJEN

Majlis suai kenal dan ramah mesra dengan Tuan Aiyub Omar, Konsul Jeneral Malaysia di Medan telah diadakan pada 1 Nov. 2019

Acara Gelar Melayu Serumpun 2019 GeMes di rasmikan oleh Yth. Ir. Akhyar Nasution, Plt. Wali Kota Medan di Istana Maimun, Medan pada 1 Nov. 2019. Kumpulan penari dari Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur menyertai acara ini.

Menghadiri Program Gelar Potensi dan Temu Usaha Sumatera Barat Tahun 2019 yang diadakan di Medan mulai 15—18 November 2019 te;ah dirasmikan oleh YTH. Bpk. Irwan Priyatno, Gubenur Sumatera Barat. Acara tersebut membuka peluang kepada pelabur-pelabur Malaysia dan Sumatera Barat menjalin kerjasama dalam bidang pem- bangunan infrastruktur di Sumatera Barat. Gambar Kanan: Bersama Gubenur Sumatera Barat

WartaMEDAN ISU 02 / 2019 3 DAIRI KONJEN

Konsul Jeneral telah menghadiri Jamuan Makan Malam yang dianjurkan oleh Encik Richard Grosse, Konsul Jeneral Singapura di Medan. Acara tersebut yang diadakan di kediaman rasminya dihadiri oleh semua Konsul General, Konsul dan Konsul Kehormat di Medan

Pemerintah Kota Medan telah mengadakan Sambutan Hari Pahlawan pada 10 Nopember 2019. Pemko Medan bergabung dengan Pemerintah Provinsi Sumut melaksanakan upacara Ziarah Nasional, Upacara Tabur Bunga dan Karya Bhakti.

Mesyuarat bersama YTH. Bpk. Drs. Agus Suriyono, Kepala Dinas Pariwisawa Kota Medan dengan AJK Biro Kebudayaan dan Kesenian, Persatuan Anak-anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) yang di- pengerusikan oleh Tuan Aiyub Omar, Konsul Jeneral Malaysia di Medan

WartaMEDAN ISU 02 / 2019 4 Malaysia Truly Asia

Acara-acara promosi yang telah dianjurkan oleh Tourism Malaysia Medan sempena Visit Malaysia 2020 di sekitar Sumatera Utara, Barat dan Selatan termasuk Banda .

WartaMEDAN ISU 02 / 2019 5 SYNOPSIS Liputan Media

Tourism Malaysia Tawarkan Paket Malaysia-Aceh Jalin Kerja Sama Wisata Murah & Sihat ke Masyarakat Bilateral Perkuat Pariwisata

https://indigomediapromo.com/tourism-malaysia- https://aceh.tribunnews.com/2019/10/23/malaysia-aceh- tawarkan-paket-wisata-murah-sehat-ke- jalin-kerja-sama-bilateral-perkuat-pariwisata masyarakat-aceh/

Hadirkan Kemudahan bagi Warga Aceh, RS KPJ Penang Luncurkan Dubes Malaysia Tawarkan Kerjasama Paket Wisata Sihat Pendidikan dan Investasi ke Sumut

https://mediaaceh.co/2019/11/hadirkan-kemudahan- http://sentralberita.com/2019/10/dubes-malaysia- bagi-warga-aceh-rs-kpj-penang-luncurkan-paket- tawarkan-kerjasama-pendidikan-dan-investasi-ke-sumut/ wisata-sehat/

WartaMEDAN ISU 02 / 2019 6 LENSA Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial

Kelab Sukan, Kebajikan, Rekreasi dan Sosial (KSKR&S) Konsulat Jeneral telah menjayakan beberapa aktiviti seperti Hari Sukan Negara, Hari Keluarga, Majlis Korban, Medan Heritage Fun Bike yang dianjurkan oleh Dinas Pariwisata Kota Medan, Perlawanan Futsal antara Malaysian Community in Medan (MCM) dan sebagainya. Program-program ini dilihat dapat menjalin hubungan silaturahim di kalangan ahli-ahlinya serta masyarakat Medan khususnya.

WartaMEDAN ISU 02 / 2019 7 LENSA Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri Medan

Ahli-ahli PERWAKILAN Medan berpeluang mengenali dan beramah mesra dengan YBhg. Datin Sakhiah Mohd Soom, Pengerusi PER- WAKILAN Jakarta sempena Misi Promosi Ma- laysia yang dianjurkan bersama oleh Konsulat Jeneral Malaysia dengan Kedutaan Besar Ja- karta pada 24 Oktober 2019.

Pengerusi PERWAKILAN Medan, Puan Hasniza Hasan, isteri kepada Tuan Aiyub Omar, Konsul Jeneral Malaysia selamat tiba di Medan pada 31 Oktober 2019. Beliau bergiat aktif bersama ahli-ahlinya membantu acara-acara di Konsulat dan melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan, riadah dan soaial di Medan. Acara-acara yang sering dianjurkan oleh PERWAKILAN Medan adalah lawatan kebajikan ke ke Tahfiz dan anak-anak yatim, penganjuran Coffee Morning, bengkel masakan, gotong-royong memasak untuk acara-acara yang dianjurkan oleh Konsulat dan sebagainya.

WartaMEDAN ISU 02 / 2019 8 DI PERANTAUAN Tetamu Konsulat

KJM merakamkan setinggi penghargaan kepada Bekas Kunjungan hormat YBhg. Datuk Hj. Azman Shah bin Hj. Warga KD Sri Rejang dan Veteran ATM beserta rom- Abdullah, Timbalan Presiden/Pengerusi Biro Kebudayaan bongan diatas lawatan ke Canseri pada 14 Nov 19. dan Kesenian, Persatuan Anak-anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) ke atas Tuan Aiyub Omar, Konsul Jeneral pada 8 November 2019

Lawatan dari Johor Corporation sebagai persiapan Kursus Penyesuaian Akaun ISPLN oleh Jabatan Audit, Mesyuarat Lembaga Pengarah JCorp di Medan Kementerian Pertahanan Malaysia

En. Ferri Anugerah Makmur dari Super Tech Industrial Lawatan Pasukan Bola Sepak SMK Kampong Chengal, Sdn. Bhd. memperkenalkan bibit Durian Raja Perlis Kelantan ke Konsulat sempena penyertaai mereka dalam Malaysia ASFA50 kepada peladang durian di Medan Kejurnas Fossbi U-14 & U-16—Regional Sumut 2019 yang memenangi Naib Juara

WartaMEDAN ISU 02 / 2019 9 DI PERANTAUAN Mahasiswa Malaysia di Medan

Ahli Jawatankuasa PKPMI Medan mengadakan Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama kunjungan hormat ke atas Tuan Aiyub Omar , Konsul Mahasiswa Malaysia dengan YAB Tuan Amiruddin Jeneral yang baru. pada 8 November 2019. Shaari, Menteri Besar Selangor

Kursus Pengurusan Organisasi yang dianjurkan oleh Orientasi Mahasiswa Malaysia Baru yang diadakan pihak PKPMI

Nonton dan bareng sempena Perlawanan Bola Sepak Lawatan mengejut ke atas rumah sewa pelajar Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 Malaysia - Indonesia di Konsulat

WartaMEDAN ISU 02 / 2019 10 Selamat Bersara Ibu Lely

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan mengucap- kan selamat bersara kepada Puan Nurlely Bakhtiar yang bersama wajib pada 12 Disember 2019. Beliau berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir sejak 1 April 1982 hingga 12 Disember 2019 (452 bulan 12 hari). Sepanjang tempoh tersebut beliau adalah seorang kakitangan yang berdedikasi dan tanggungjawab ke atas tugas- tugas yang diamanahkan kepadanya. Untuk itu Konsulat mengucapkan syabas dan tahniah di atas segala sumbangan yang telah diberikan olehnya.

MAKLUMAT PERHUB- UNGAN:

Alamat: Konsulat Jeneral Malaysia Jln. P.Diponegoro No. 43 20152 Kota Medan Sumatera Utara Konsulat Jeneral Malaysia Telefon: Di Medan, Republik Indonesia +(62)(61)4531342 +(62)(61)4535271

Fax: +(62)(61)4534681

Email: [email protected]

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 a.m - 4.00 p.m

Tutup: Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Konsulat Jeneral Malaysia Medan telah dirasmikan pada 1992 MYCGMedan www.kln.gov.my