MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2019

HARI ISNIN : 22 JULAI 2019 NO SOALAN: 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF

TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan mengenai pelaksanaan Reformasi Parlimen terutamanya Reformasi Dewan Negara yang merupakan sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan.

NO SOALAN: 1

JAWAPAN : YB DATUK LIEW VUI KEONG MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited dalam menunaikan janji 16 Manifesto Pakatan Harapan iaitu mengembalikan wibawa institusi Parlimen khususnya dalam memperkasakan institusi Dewan Negara agar ia memainkan peranan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Dewan Rakyat serta badan Eksekutif.

Saya telah pun bertemu dengan Ahli Yang Berhormat sendiri serta ahli Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara yang lain pada 4 Julai 2019 untuk menerima Laporan Penuh Reformasi Dewan Negara. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas usaha dan komitmen yang diberikan oleh jawatankuasa ini untuk menyediakan laporan tersebut.

Sesungguhnya terdapat banyak cadangan-cadangan positif yang telah diberikan oleh pihak YB Senator contohnya memanfaatkan Jawatankuasa Pilihan Dewan Negara yang lebih baik dalam menangani isu-isu semasa oleh negara ini serta memastikan kesaksamaan gender di dalam proses pemilihan dan pelantikan ahli Dewan Negara.

Justeru, cadangan-cadangan ini akan dikemukakan kepada pihak Kerajaan untuk penelitian yang lebih lanjut berkenaan cadangan-cadangan Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara yang telah diberikan kepada

NO SOALAN: 1 saya dan sebarang keputusan akan dipastikan ianya selaras dengan hasrat reformasi dan tadbir urus Parlimen secara bersepadu.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN NGA HOCK CHEH

TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Nga Hock Cheh minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada pemilik atau penghuni premis domestik dikehendaki membayar caj pembetungan bulanan yang dinyatakan dalam Peraturan Perkhidmatan Pembetungan (Caj) 1994 yang mana tiada perkhidmatan pembetungan diberikan oleh Pemegang Lesen di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

NO SOALAN: 2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sekyen 67 di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) menetapkan bahawa pemilik atau penghuni mana-mana premis yang kepadanya perkhidmatan pembetungan disediakan disifatkan telah berkontrak dengan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) apabila perkhidmatan pembetungan disediakan ke premis itu. Pemilik atau penghuni premis perlu membayar caj bulanan pembetungan seperti yang telah dinyatakan dalam Peraturan Perkhidmatan Pembetungan (Caj) 1994 dan Akta 655.

2. Perkhidmatan pembetungan bersambung disediakan secara berterusan kerana air sisa dari premis disalurkan ke loji rawatan kumbahan (LRK) melalui paip pembetungan di bawah tanah untuk dirawat sehingga memenuhi tahap piawaian Peraturan Kualliti Alam Sekeliling (Kumbahan). Bagi premis yang tidak berpenghuni, caj bulanan pembetungan juga perlu dibayar kerana infrastruktur pembetungan yang telah disediakan perlu diselenggarakan untuk sistem terus beroperasi dengan baik.

3. Walau bagaimanapun, jika premis tersebut tidak berpenghuni sekurang-kurangnya dalam tempoh enam (6) bulan di mana penggunaan air sebulan adalah 3 meter kubik dan bawah, pemilik atau penghuni premis bertanggungjawab memaklumkan pihak IWK untuk memberhentikan caj bulanan pembetungan. Caj akan dikenakan semula apabila premis tersebut telah diduduki. Untuk memastikan perkhidmatan yang lebih efisien, caj pembetungan minimum dikenakan terhadap premis yang tidak diduduki seperti yang diamalkan di dalam caj bekalan air.

NO SOALAN: 2

4. Pemilik atau penghuni premis yang menggunakan perkhidmatan Tangki Septik Individu (IST) perlu membayar caj perkhidmatan pembetungan apabila menerima perkhidmatan pengosongan tangki septik. Mengikut Akta 655, IST perlu dikosongkan secara berkala di mana amalan terbaik (the best practice) adalah dua tahun sekali. IST yang tidak dikosongkan mengikut jadual adalah antara punca sungai- sungai tercemar. Oleh itu, pemilik atau penghuni premis IST perlu memberi kerjasama untuk memastikan IWK dapat memberikan khidmat pengosongan IST mengikut amalan terbaik iaitu melakukan pengosongan tangki sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

NO SOALAN: 3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pembinaan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil pertama di yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan seperti mana yang terkandung dalam Janji Ke-5: Iltizam khusus Pakatan Harapan untuk masyarakat India.

NO SOALAN: 3

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited untuk menunaikan janji- janji dalam Manifesto Pakatan Harapan termasuk janji-janji yang terkandung dalam iltizam khusus untuk masyarakat India.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan sesebuah sekolah menengah tertakluk kepada peruntukan di bawah seksyen 30 dan 31 Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

Usaha kerajaan untuk menunaikan janji-janji ini dengan sempurna memerlukan kajian yang teliti dan holistik supaya penyelesaian jangka masa panjang dapat diperoleh. Penelitian yang ekstensif ini akan merangkumi pelbagai aspek penting seperti kriteria standard, unjuran murid, perundangan dan kemampuan kewangan kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan mengambil kira pandangan dan cadangan pelbagai pihak berkepentingan khususnya daripada masyarakat India dalam kajian ini.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Masyarakat India untuk memberi pandangan serta melakukan kajian di dalam kapasiti jawatankuasa tersebut mengenai isu-isu pendidikan masyarakat India termasuk cadangan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Tamil ini.

NO SOALAN: 3

Ingin saya tegaskan bahawa KPM tidak pernah menafikan hak murid berbangsa India di negara ini untuk mempelajari bahasa Tamil di peringkat menengah. Mata pelajaran bahasa Tamil turut ditawarkan sebagai mata pelajaran tambahan kepada murid-murid yang berminat untuk mempelajari bahasa tersebut di SMK dan Kementerian sangat komited dalam memastikan akses pendidikan dari segi mempelajari Bahasa Tamil terus dipertingkatkan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK NG CHIANG CHIN

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini agensi tujuan khas MyPower yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk pembaharuan industri tenaga sejajar dengan program Industri Bekalan Tenaga Malaysia (MESI) 2.0 dan langkah-langkah yang dicapai dalam menamatkan monopoli Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam pasaran.

NO SOALAN: 4

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Malaysia Programme Office for Power Electricity Reform Corporation (MyPower) adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan (limited by guarantee) yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan pada tahun 2011 untuk menstruktur semula industri bekalan elektrik melalui pelaksanaan inisiatif- inisiatif di bawah Malaysia Electricity Supply Industry 1.0 (MESI 1.0).

2. MyPower telah diaktifkan semula pada tahun 2018 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan program Reimagining Malaysian Electricity Supply Industry atau dikenali sebagai MESI 2.0, bagi memastikan industri pembekalan elektrik bersedia untuk menghadapi cabaran akan datang (future-proof) dan berdaya maju (sustainable).

3. Antara inisiatif yang di cadang untuk dilaksanakan di bawah MESI 2.0 adalah pembukaan sektor peruncitan atau retail segment, dengan izin, bekalan elektrik dengan membenarkan syarikat-syarikat selain Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membekalkan elektrik kepada pengguna. Ia bertujuan untuk menjadikan sektor peruncitan lebih berdaya saing dan memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih pembekal elektrik mereka.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 5

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL SINGH

TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan dan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja (baru dan gantian) khususnya pekerja asing dalam bidang restoran di mana ramai pemilik restoran terpaksa menutup perniagaannya disebabkan kekurangan tenaga pekerja.

NO SOALAN: 5

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Dasar Kerajaan mengenai penggajian pekerja ialah memberi keutamaan pekerjaan kepada pencari kerja tempatan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan pekerja tempatan tidak dinafikan hak mereka untuk bekerja di dalam sektor-sektor yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing. Hanya jawatan-jawatan yang tidak dapat diisi oleh pekerja tempatan dalam sektor-sektor yang diluluskan sahaja dibenarkan untuk menggaji pekerja asing khususnya pekerja asing kurang mahir.

2. Pada masa, ini Kerajaan membenarkan pihak majikan untuk menggajikan pekerja asing dalam sub sektor restoran bagi jawatan tukang masak. Kerajaan juga melalui Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing pada 28 Februari 2019 telah bersetuju untuk mewujudkan 3 jawatan bagi sub sektor restoran iaitu tukang masak, pembantu dapur dan pelayan restoran untuk penggajian pekerja asing bagi membantu perjalanan operasi industri ini.

3. Selain itu, Kerajaan pada 29 Mei 2019 juga telah bersetuju dengan pembukaan semula dasar penggantian pekerja asing melalui Check Out Memo (COM). Pembukaan semula dasar ini akan membolehkan majikan

NO SOALAN: 5 mendapat gantian pekerja asing yang telah pulang ke negara asal tanpa perlu melalui proses permohonan pekerja asing yang baharu. Pembukaan dasar ini mengambil kira faktor-faktor kepentingan dan daya saing industri dalam memastikan operasi perniagaan berjalan lancar dan pencapaian eksport negara tidak terjejas akibat kekurangan tenaga kerja. Selain itu, dasar ini juga akan membantu mengurangkan beban pihak industri dari segi masa dalam membuat permohonan pekerja asing serta menjimatkan kos dalam membawa masuk pekerja asing baharu. Dasar ini telah dilaksanakan mulai 1 Julai 2019.

4. Namun begitu, Kerajaan menegaskan bahawa penggajian pekerja asing mestilah dilihat sebagai satu langkah jangka pendek di mana kebergantungan terhadap mereka mestilah dikurangkan secara progresif. Setiap pengusaha restoran mestilah memiliki pelan penggantian atau exit strategy jangka masa pertengahan dan jangka masa panjang seperti menggajikan pencari kerja tempatan melalui penawaran pakej gaji, insentif kewangan dan faedah-faedah pekerjaan yang menarik atau melaksanakan kaedah perkhidmatan layan diri (self-service) di restoran.

NO SOALAN: 6

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PROF EMERITUS TAN SRI DATO' SERI DR. IBRAHIM SHAH BIN ABU SHAH

TARIKH : 22 JULAI 2019

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah kejayaan pasar-pasar tani di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berupaya meringankan bebanan dan kos sara hidup rakyat di bandar dan luar bandar.

NO SOALAN: 6

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Program Pasar Tani di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diperkenalkan pada tahun 1985 sebagai satu platform kepada petani untuk memasarkan hasil pertanian mereka secara terus kepada pengguna. Objektif program ini adalah untuk (i) meningkatkan luang pasaran hasil pertanian, (ii) meningkatkan pendapatan petani dan pengeluar, (iii) meningkatkan bilangan usahawan pemasar dan (iv) menyediakan akses langsung kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan hasil pertanian dan produk asas tani dengan harga berpatutan.

Sehingga Mei 2019, Pasar Tani telah beroperasi sebanyak 757 kali di seluruh negara dengan penglibatan seramai 31,125 orang usahawan dan nilai jualan sebanyak RM363 juta. Kejayaan program ini dalam mencapai objektifnya dapat dilihat daripada dapatan Kajian Impak Program Pasar Tani yang telah diadakan pada tahun 2011 dan 2017. Berdasarkan kajian tersebut, peningkatan purata nilai jualan per bulan per pasar tani bagi setiap peserta mengikut kategori komoditi adalah seperti berikut:

NO SOALAN: 6

Bil Komoditi Purata Nilai Purata Nilai Peratus Jualan (RM) Jualan (RM) Peningkatan

(2017) (%) (2011)

1. Daging 4,087.50 10,604.54 159

2. Sayur-sayuran 2,490.18 4,644.91 87

3. Buah-buahan 2,712.40 4,774.38 76

4. Hasil Laut 5,913.51 8,738.83 48

5. Akuakultur 3,172.97 4,687.35 48

6. Ayam 7,664.00 7,763.89 1

Berdasarkan dapatan Kajian Impak ke atas Program Pasar Tani yang telah dijalankan pada tahun 2017, majoriti responden memilih faktor penjimatan yang ditawarkan sebagai sebab utama mereka gemar berkunjung ke Pasar Tani.

Manakala 70% responden pula menyatakan mereka dapat merasai penjimatan tersebut ketika berbelanja di Pasar Tani.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 7

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO’ ZAHARI BIN SARIP

TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Zahari bin Sarip minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai undang-undang yang menghalang penggunaan jenis-jenis lampu kenderaan tertentu kerana ada ketikanya mengganggu pemandu kenderaan lain.

NO SOALAN: 7

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kementerian mempunyai undang – undang untuk mengawalselia pembinaan dan penggunaan lampu hadapan pada sesebuah kenderaan motor yang telah diperincikan melalui Kaedah 9A, 96, 96A, 97,98 , 99 serta 100 di bawah Kaedah - Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.

2. Berdasarkan kepada Kaedah tersebut, pihak Kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengawalselia pematuhan standard mandatori dan spesifikasi lampu kenderaan terhadap setiap model baharu kenderaan melalui proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA- Vehicle Type Approval). Kriteria penilaian bagi spesifikasi lampu hadapan kenderaan model baharu adalah berdasarkan pematuhan kepada Peraturan United Nations (UN) dan Malaysian Standard (MS), iaitu seperti berikut:

a. MS ISO 303 : Road Vehicles – Installation Of Lighting And Light Signalling Devices For Motor Vehicles And Their Trailers; b. Peraturan UN R48 : Installation of lighting and light - signalling devices; c. Peraturan UN R98 : motor vehicle headlamps equipped with gas-discharge light sources; d. Peraturan UN R99 : gas-discharge light sources for use in approved gas-discharge lamp units of power-driven vehicles. e. Peraturan UN R112 / R113 : headlamps emitting symmetrical and asymmetrical passing-beam. f. Peraturan UN R128 : Light Emitting Diode (LED) light sources

NO SOALAN: 7

3. Dalam isu pengubahsuaian lampu hadapan kenderaan pula, pihak Kementerian telah menetapkan bahawa sebarang pemasangan lampu Xenon / HID / LED secara aksesori (retrofit) adalah tidak dibenarkan kerana boleh mengganggu penglihatan dan memudaratkan pengguna jalan raya yang lain. Namun begitu, larangan tersebut tidak terpakai terhadap model - model kenderaan yang telah diluluskan di bawah proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bagi menggunakan lampu Xenon / HID / LED tertakluk kepada pematuhan mandatori Peraturan UN dan MS yang berkenaan.

4. Melalui operasi sekatan jalan raya, pihak JPJ turut sentiasa menjalankan aktiviti pemeriksaan terhadap kenderaan yang mengubahsuai atau memasang lampu Xenon / HID / LED secara aksesori (retrofit) dan akan mengeluarkan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) di bawah Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada kenderaan yang berkenaan.

5. Seterusnya, tindakan undang – undang boleh dikenakan terhadap kenderaan motor tersebut melalui Kaedah 94, Kaedah - Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 iaitu keadaan kenderaan atau mana – mana aksesorinya boleh mengakibatkan bahaya pada orang di dalam kenderaan atau pengguna lain di atas jalan raya. Kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 8 & 116

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ SRI KHAIRUDIN SAMAD TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha-usaha Kementerian dalam menangani isu kanak-kanak dan warga emas yang dijadikan ejen meminta sedekah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

NO SOALAN: 8 & 116

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan YB Senator Puan Sopiah binti Sharif pada 23 Julai 2019 kerana pertanyaan ini saling berkait.

Tuan Yang di-Pertua,

Antara langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan isu pengemis kanak-kanak dan dewasa adalah:

i) Kementerian bertindak sebagai urus setia kepada Sekretariat Menangani isu Golongan Gelandangan Bagi Membanteras Pengemisan di peringkat nasional dan jawatankuasa ini di anggotai juga oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi yang berkaitan. Jawatankuasa ini berperanan menyelaras program serta merangka tindakan bersepadu antara agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan sukarela yang berkaitan.

NO SOALAN: 8 & 116

ii) Menjalankan Operasi Bersepadu, Berjadual dan Ad-hoc. Antara agensi yang terlibat dalam Operasi Bersepadu adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kesihatan. Dalam operasi bersepadu ini setiap agensi akan mengenal pasti mereka yang diselamatkan. Setiap agensi akan mengambil tindakan terhadap kumpulan sasar masing-masing mengikut bidang kuasa agensi. Sehingga Disember 2018, JKM telah menjalankan 2,584 operasi menyelamat pengemis iaitu 302 operasi bersepadu, 941 operasi berjadual dan 1,341 operasi Ad-hoc di seluruh negara. Melalui Operasi tersebut seramai 3,472 orang pengemis telah diselamatkan melibatkan 355 orang kanak-kanak dan 3,117 orang dewasa.

iii) Jika didapati pengemis yang diselamatkan adalah kanak-kanak, mereka akan terus dirujuk kepada Pelindung untuk diambil tindakan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Manakala pengemis dewasa warganegara yang tidak mempunyai waris, berumur di bawah 60 tahun akan ditempatkan di Desa Bina Diri (DBD), dan pengemis yang berumur 60 tahun dan ke atas pula diberikan penjagaan dan perlindungan di Rumah Seri Kenangan (RSK) di bawah jagaan JKM. Bagi pengemis bukan warganegara akan dirujuk kepada Jabatan

NO SOALAN: 8 & 116

Imigresen Malaysia manakala pengemis yang merupakan pelarian (refugee) akan dirujuk kepada UNHCR.

iv) Jumlah kempen kesedaran yang telah dilakukan oleh Kementerian sejak tahun 2015 adalah program “Bijak Membantu, Elak Tertipu” dan sehingga Disember 2018, sebanyak 150 kempen telah diadakan.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan melalui operasi menyelamat pengemis kurang berkesan andainya orang awam tidak bersungguh- sungguh untuk sama-sama membanterasnya aktiviti pengemisan dengan terus memberikan sumbangan kepada golongan ini.

Kementerian ini menyarankan agar orang ramai yang ingin memberikan derma kepada golongan yang memerlukan boleh menghubungi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) supaya usaha untuk menderma ini dapat dikoordinasi dan dipantau. Sila layari laman web YKN untuk mendapatkan maklumat akaun sumbangan di alamat www.yknm.org atau melalui Facebook/Instagram YKN.

NO SOALAN: 9

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah kemasukan pelajar-pelajar di seluruh institusi latihan kemahiran Kementerian Sumber Manusia pada 2019 dan sejauh manakah program yang ditawarkan menepati keperluan semasa industri.

NO SOALAN: 9

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempunyai 32 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang beroperasi di seluruh negara iaitu satu (1) Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), lapan (8) Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan 23 Institut Latihan Perindustrian (ILP). Sesi pengambilan pelajar di ILJTM dilaksanakan sebanyak dua (2) sesi kemasukan iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

2. Pada sesi pengambilan Januari 2019, seramai 2,975 pelajar telah menjalani latihan di ILJTM. Manakala pada sesi pengambilan Julai 2019 seramai 5,104 telah mendaftar untuk mengikuti latihan di ILJTM.

3. Sehingga kini, jumlah kemasukan pelajar sepenuh masa di ILJTM pada tahun 2019 adalah seramai 8,079 pelajar; di mana 221 pelajar daripada Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), 1,189 pelajar daripada Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan 3,694 pelajar daripada Institut Latihan Perindustrian (ILP).

NO SOALAN: 9

4. JTM terus memberi fokus memperkukuhkan bidang-bidang yang ditawarkan di 32 ILJTM bagi memastikan latihan yang terbaik kepada belia dan memenuhi keperluan industri. JTM juga sentiasa bersedia menyediakan laluan bagi menggalakkan belia lepasan sekolah, pelajar sekolah dan universiti, pekerja industri serta komuniti setempat untuk mendapatkan kemahiran baru, mahupun meningkatkan kemahiran sedia ada melalui kursus jangka pendek dalam bidang kemahiran teknikal atau kejuruteraan seperti Mekanikal dan Pengeluaran, Elektrikal dan Elektronik, ICT, Sivil dan Bangunan, Bukan Logam dan Percetakan mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah KSM dan juga mendapat pentauliahan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi program-program diploma dan ke atas.

5. Bagi memperkasakan lagi proses penyediaan modal insan terutama untuk memenuhi keperluan teknologi Industri 4.0, JTM turut aktif mendapatkan input-input daripada pakar industri dan mereka yang lebih berpengalaman berkaitan revolusi ini. Berdasarkan input-input ini, pelbagai modul baru telah dirancang untuk diperkenalkan kepada para pelajar sama ada secara stand alone module atau diterapkan di dalam modul pembelajaran sedia ada. Pembelajaran secara teori dan amali yang ditekankan kepada para pelajar TVET membolehkan mereka menguasai kemahiran dengan baik dan seterusnya mampu menjadi tenaga kerja yang efisien dan produktif pada masa hadapan.

NO SOALAN: 9

6. Bagi menambah baik kebolehpasaran graduan latihan kemahiran, pelatih institusi latihan kemahiran diterapkan dengan modul asas core ability yang merangkumi penggunaan ICT, komunikasi, hubungan kerjasama, serta pengurusan dan perancangan kerja yang dilaksanakan semasa latihan. Kemahiran kemanusiaan atau insaniah secara tidak langsung diterapkan juga kepada para pelatih untuk memastikan tenaga kerja yang dikeluarkan mempunyai pakej yang lengkap sebagai pekerja yang berketrampilan dan berperibadi mulia.

NO SOALAN: 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Theodore Douglas Lind minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Kerajaan belum melantik ahli-ahli Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah untuk menasihati Pesuruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia seperti yang diperlukan dalam Peruntukan 13 Akta Pesuruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009.

NO SOALAN: 10

JAWAPAN : YB DATUK LIEW VUI KEONG

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Keanggotaan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah ( LPPR ) yang terdahulu telah tamat tempoh keahlian pada 24 Februari 2018. Perlantikan anggota baharu belum sempat dilaksanakan apabila berlakunya pertukaran Kerajaan sehinggalah sekarang. SPRM kini dalam fasa transformasi untuk memperkasakan fungsi entiti pemantau bebas ini melalui cadangan pindaan Akta SPRM 2009. Antara cadangan yang akan dikemukakan adalah untuk menggabungkan fungsi LPPR dan Panel Perundingan Pencegahan Rasuah (PPPR). Ini memandangkan terdapat pertindihan fungsi diantara kedua-dua entiti tersebut.

Pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) adalah dibuat melalui peruntukan undang-undang. Manakala Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dibuat secara pentadbiran. Sehubungan itu, perlantikan anggota LPPR ditangguhkan sementara sehingga pindaan Akta dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ FAHARIYAH BINTI HJ MD NORDIN

TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan langkah-langkah kawalan dan sokongan terhadap pengusaha SME tempatan ekoran perubahan dasar dan layanan negara-negara perdagangan strategik Malaysia agar tempias perang dagangan Amerika Syarikat dan China tidak memberi kesan ketara.

NO SOALAN: 11

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kesan langsung akibat dari tempias perang dagangan Amerika Syarikat dan China ke atas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) belum dapat dipastikan. Namun, ianya dijangka akan memberi kesan positif khususnya bagi syarikat besar tempatan yang terlibat dalam sektor pembuatan elektrik dan elektronik (E&E). Justeru, PKS juga dijangka akan mendapat kesan limpahan (spillover effect)

terutamanya ke atas 1,701 PKS yang terlibat dalam sektor E&E (jumlah PKS berdasarkan Banci Ekonomi 2016: Profil PKS). Walaubagaimanapun, ini bergantung kepada kapasiti dan keupayaan PKS dalam memenuhi keperluan syarikat besar dalam industri tersebut.

2. Impak konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan China kepada akan memberi kesan, antaranya seperti berikut:

i) Kesan terhadap eksport langsung Malaysia dengan Amerika Syarikat disebabkan oleh pengenaan tarif pelindungan terhadap barangan terpilih, termasuk beberapa eksport utama Malaysia ke Amerika Syarikat; dan

ii) Kesan terhadap eksport produk perantaraan (intermediate goods) Malaysia dengan China memandangkan produk yang

NO SOALAN: 11

dieksport Malaysia ke China menyumbang kepada eksport produk siap ke Amerika Syarikat, serta pasaran eksport ke lain- lain negara ketiga.

3. Perang perdagangan tersebut juga telah menawarkan peluang kepada Malaysia daripada beberapa segi seperti berikut:

i) kemungkinan bahawa Amerika Syarikat akan menggantikan produk-produk import China (Chinese imports), dengan produk- produk dari negara-negara ASEAN, termasuk Malaysia; dan

ii) kemungkinan berlakunya lencongan pelaburan (investment diversion) oleh syarikat-syarikat besar China dan syarikat- syarikat multinasional (MNCs) ke rantau ASEAN dalam jangkamasa panjang bagi mengelak kesan langsung pengenaan tarif tambahan oleh Amerika Syarikat ke atas China. Oleh itu, lencongan pelaburan atau penempatan semula pelaburan (investment relocation) secara tidak langsung akan menggalakkan perdagangan dan pengaliran masuk pelaburan ke negara-negara lain, khususnya di sekitar Asean yang merangkumi Malaysia.

4. Bagi memastikan PKS mendapat manfaat langsung daripada tempias perang dagangan tersebut, PKS perlu mengambil langkah untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran mereka agar PKS bukan

NO SOALAN: 11

sahaja dapat menjadi pembekal kepada syarikat besar dan syarikat MNC tempatan, tetapi juga rantaian pembekalan global mereka.

5. Malaysia telah membangunkan rangkaian perdagangan yang kukuh dengan kepelbagaian sektor bagi membolehkan syarikat-syarikat Malaysia termasuk PKS mencari peluang baharu dan pasaran alternatif serta mengatasi pelbagai cabaran perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, Malaysia turut memeterai perjanjian dua hala dan pelbagai hala yang akan memberi manfaat kepada syarikat dan usahawan Malaysia. Antara perjanjian perdagangan bebas dalam proses rundingan ialah:

i. Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP); ii. Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Hong Kong (ASEAN-Hong Kong FTA); iii. Regional Comprehensive Economic Partnership Agreement (RCEP); dan iv. Malaysia-European Free Trade Association Economic Partnership (MEEPA).

6. Di samping itu, bagi tahun 2019, sejumlah 164 program telah dirancang di bawah pelbagai kementerian dan agensi dengan komitmen kewangan sebanyak RM13.7 bilion untuk memanfaatkan sejumlah 556,000 benefisiari daripada kalangan PKS. Program ini memberi fokus kepada enam (6) bidang utama iaitu:

NO SOALAN: 11

i. Akses kepada Pembiayaan;

ii. Pembangunan Modal Insan;

iii. Penerapan Teknologi dan Inovasi;

iv. Akses kepada Pasaran;

v. Infrastruktur; dan

vi. Persekitaran Perundangan dan Pengawalseliaan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Paul Igai minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah kes-kes jenayah yang di lakukan oleh orang asing yang masuk ke dalam negara menggunakan pas pelawat meningkat. Apakah langkah-langkah awal (preventive measure) yang di ambil untuk mengatasi masalah kes jenayah itu berlaku.

NO SOALAN: 12

JAWAPAN

Tuan Yang Di-pertua,

Sebarang kes jenayah yang dilakukan di dalam Negara sentiasa dipantau dan ditangani secara berhemah oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), termasuk yang melibatkan warga asing. Di dalam hal ini, PDRM akan menggunakan statistik jenayah indeks kerana ia akan menggambarkan kedudukan sebenar kadar jenayah di dalam negara.

Berdasarkan statistik jenayah indeks yang melibatkan warga asing, terdapat penurunan sebanyak 660 kes yang dilaporkan pada tahun 2018 berbanding tahun 2017. Bagi tahun 2018, statistik jenayah indeks bagi warga asing adalah sebanyak 10,781 kes di mana 2,644 kes jenayah kekerasan dan 8,135 kes jenayah harta benda. Manakala bagi tahun 2017 pula, 11,441 kes telah dilaporkan dilaporkan di mana 3,112 kes adalah jenayah kekerasan dan baki 8,329 kes jenayah harta benda.

Bagi tahun 2019 pula, untuk tempoh bulan Januari hingga Mei 2019, statistik menunjukkan sebanyak 4,562 kes telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, 1,160 kes jenayah kekerasan manakala 3,402 kes lagi merupakan jenayah harta benda.

Tuan Yang Di-pertua,

Dalam usaha menangani kes-kes jenayah yang berpunca daripada warga asing, pihak PDRM telah melaksanakan beberapa strategi untuk mencegah

NO SOALAN: 12 jenayah. Antara usaha-usaha berkenaan adalah seperti berikut:

i. mengadakan rondaan secara berjalan kaki (Bit and Patrol), bermotosikal (Unit Rondaan Bermotosikal) dan berkereta (Mobile Patrol Vehicle) di kawasan-kawasan tumpuan ramai. Kehadiran anggota berpakaian uniform di kawasan-kawasan yang strategik adalah bersesuaian dengan konsep “Police Omnipresence” dan akan menjadi penghalang (deterrent) kepada penjenayah untuk melakukan jenayah;

ii. mewujudkan Unit Risikan Jenayah Bersepadu (Central Criminal Intelligence Unit-CCIU) dengan mengguna pakai konsep “Intelligence lead policing” iaitu sebagai pusat pengumpulan maklumat dan risikan jenayah. Risikan dan analisis jenayah akan dibuat untuk mengesan dan menangkap penjenayah atau merancang tindakan pencegahan jenayah dengan lebih efektif;

iii. penguatkuasaan undang-undang seperti Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA). Untuk makluman, kesalahan- kesalahan yang telah diambil tindakan di bawah POCA adalah berkaitan kongsi gelap, pemerdagangan orang, penyeludupan migran, perjudian, maksiat dan lain-lain jenayah yang boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat umum;

iv. memperkenalkan satu aplikasi yang dinamakan Volunteer Smartphone Patrol (VSP)bagi tujuan penyaluran maklumat berkaitan jenayah. Aplikasi ini memberi kemudahan kepada pengguna telefon

NO SOALAN: 12

pintar untuk menyalurkan maklumat atau aduan dilengkapi gambar dan video. Setiap maklumat pengguna aplikasi ini dirahsiakan bagi menjamin keselamatan pengguna; dan

v. mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat kemudahan awam untuk menempatkan lebih ramai anggota Polis Bantuan di stesen-stesen khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko dan pada waktu malam. PDRM juga turut mencadangkan supaya lampu- lampu dan pemasangan CCTV dipertingkatkan di kawasan berkenaan.

Selain itu, sebagai mekanisme untuk mengekang kemasukan warga asing yang berisiko ke negara ini, pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut mengambil langkah kawalan seperti berikut:

i. proses tapisan awal melalui pengeluaran visa di kedutaan/ pejabat perwakilan Malaysia di luar negara, di mana tapisan akan dibuat untuk mengenal pasti sama ada warga asing berkenaan telah dimasukkan dalam senarai syak (SL) Jabatan. Sekiranya nama mereka tersenarai dalam senarai syak, warganegara asing ini tidak akan dikeluarkan visa untuk datang ke Malaysia;

ii. kawalan dan pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara meliputi pemeriksaan dokumen perjalanan, latar belakang pelawat dan penyemakan identiti dengan pangkalan data senarai syak Jabatan;

iii. dalam menyemak identiti warga asing di pintu masuk negara, Sistem Pangkalan Data (Biometrik) Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional

NO SOALAN: 12

(NERS) berupaya meningkatkan keberkesanan kawalan dan pemeriksaan warga asing dengan membuat proses pengecaman terhadap data biometrik yang telah direkodkan sebagai senarai syak Jabatan. Di samping itu juga, sistem NERS dapat mengenal pasti ketulenan identiti individu berdasarkan semakan silang dengan maklumat biometrik yang terkandung dalam pangkalan data NERS; iv. dalam memberikan perkhidmatan yang pantas dan efisien, penggunaan autogate bagi kemasukan warganegara Malaysia dapat menjamin keselamatan dokumen dan identiti warganegara melalui pengecaman cap jari biometrik. Ia seterusnya dapat membantu dan memberi peluang kepada pegawai imigresen untuk memberikan lebih perhatian kepada pemeriksaan pelawat asing berisiko tinggi di pintu- pintu masuk negara; dan v. pihak PDRM, Kastam DiRaja Malaysia dan agensi lain turut menyumbang data-data warga asing yang berisiko dalam sistem SL.

NO SOALAN: 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG

TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah yang telah diambil bagi menghadapi pencemaran gas yang sudah berulang kali berlaku di .

NO SOALAN: 13

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memulakan tindakan awal sejak berlakunya insiden pertama melalui pemantauan kualiti udara di sekolah-sekolah dan kawasan yang terjejas. JAS telah menjalankan siasatan penguatkuasan ke atas kilang-kilang yang berhampiran dengan sekolah-sekolah yang terlibat. Sejak insiden berlaku pada 20 Jun 2019 sehingga 12 Julai 2019, sebanyak 255 premis industri telah diperiksa dimana 136 kompaun telah dikeluarkan dan 11 premis telah diberi penahanan operasi. Manakala sebanyak 3 syor tindakan mahkamah telah dikeluarkan.

2. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah meneliti perkara-perkara yang perlu ditambah baik bagi mempercepatkan tindakan khususnya melalui permerkasaan Sistem Pengawasan Kualiti Udara di Pasir Gudang. Dalam hubungan ini, MESTECC telah merangka beberapa tindakan segera bagi memastikan insiden ini tidak berulang lagi di Pasir Gudang seperti berikut:

i. mewujudkan Stesen Pengawasan Gas Pencemar Toksik melalui pembangunan enam (6) stesen pengawasan udara automatik (fixed station) menggunakan alat pengesan gas toksik Fourier Transform Infa Red (FTIR) Spectrometer dan satu (1) stesen pengawasan udara bergerak (mobile station) Gas Chromatography Mass Spectrophotometer;

NO SOALAN: 13

ii. pembelian enam (6) alat pengukuran gas toksik bergerak (mobile) FTIR Spectrometer (seperti GASMET) untuk tujuan penguatkuasaan dan pemantauan bagi memastikan kebocoran dan pelepasan gas berbahaya di premis atau punca-punca yang berpotensi di Pasir Gudang dapat dikenal pasti dan ditangani dengan segera;

iii. kajian berkaitan loading analysis dan carrying capacity sedang dijalankan bagi menentukan kapasiti bawaan udara di Pasir Gudang bagi mengurangkan risiko pencemaran udara;

iv. memandangkan Pasir Gudang telah menjadi hub industri terpenting di Johor dengan penempatan beberapa industri minyak sawit dan petrokimia terbesar dunia, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pasir Gudang juga akan diwujudkan bagi meningkatkan pengawal seliaan dan penguatkuasaan di kawasan ini; dan

v. MESTECC melalui JAS akan mewajibkan beberapa tindakan pematuhan baharu kepada premis industri di kawasan Pasir Gudang yang antara lain menetapkan agar premis industri memasang alat pemantauan pelepasan secara berterusan (Continous Emission Monitoring System - CEMS).

3. Adalah diharapkan dengan semua tindakan yang akan diambil ini, kejadian seumpama ini tidak akan terus berlaku dan pengesanan awal dapat dilaksanakan bagi mengelak dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa, risiko kesihatan awam serta kemusnahan alam sekitar akibat pencemaran alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.

ACHYUTHAN

TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) apakah langkah dan insentif yang diambil oleh Kerajaan untuk melibatkan golongan muda termasuk belia dan graduan yang menganggur dalam bidang pertanian; dan

(b) apakah terdapat rancangan untuk memulihkan atau menubuhkan sebuah Universiti Pertanian yang boleh memberi tumpuan kepada sektor pertanian untuk memikat golongan muda di sektor ini.

NO SOALAN: 14

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian ini melalui Unit Agropreneur Muda (UAM) telah melaksana Program Agropreneur Muda (PAM) yang bertujuan untuk melahir dan membangunkan usahawan muda dalam sektor agromakanan. Program Agropreneur Muda (PAM) ini dilaksanakan bermula dari Tahun 2014 dan masih diteruskan sehingga kini. Objektif utama pelaksanaan program tersebut adalah untuk menarik minat golongan muda termasuk belia dan graduan yang menganggur menceburi bidang agromakanan dan memastikan bidang yang diceburi dapat memberi pulangan lumayan kepada mereka.

Di antara langkah dan insentif yang diambil oleh MOA untuk melibatkan golongan muda termasuk belia dan graduan yang menganggur adalah dengan menyediakan program-program seperti berikut:

1) Program Latihan

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) yang berlandaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada semua generasi muda berumur di antara 18 hingga 25 tahun yang berkelayakan. Program PLKPK dijalankan di 15 buah pusat bertauliah di bawah penyelarasan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP), MOA. Program PLKPK yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) ini menawarkan sembilan (9) bidang pembelajaran pada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Sehingga kini, Kementerian telah mengeluarkan seramai 6,092 orang graduan Sijil Kemahiran Malaysian Tahap 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia.

NO SOALAN: 14

2) Insentif Dana dan Pembiayaan

Kementerian juga menyediakan insentif dana dan pembiayaan kepada golongan muda seperti Program Pembangunan Agropreneur Muda (PAM) yang menyediakan geran untuk perolehan input pertanian bernilai sehingga RM20,000 bagi setiap projek. Pada tahun 2016 – 2018, seramai 5,013 belia telah menerima geran ini yang menyasarkan kepada projek yang berinovasi dan berteknologi moden. Selain daripada geran, pihak kerajaan juga menyediakan pembiayaan melalui agensi pembiaya seperti Agrobank dan TEKUN Nasional yang menawarkan bantuan melalui Pakej Pembiayaan Mudah sehingga RM200,000 untuk projek pertanian kepada golongan belia dengan kadar yang rendah.

3) Teknologi

Belia merupakan generasi moden yang mahir serta sinonim dengan penggunaan teknologi. Sehubungan itu, Kementerian telah memperkenalkan penggunaan teknologi digital sebagai langkah untuk memodenkan sektor pertanian bagi menarik penglibatan belia dan graduan. Sebagai contoh, MARDI telah menghasilkan 21 aplikasi mudah alih yang digunakan secara aktif sebagai panduan dan sebagai alat bantuan (tools) kepada petani dalam usaha untuk memodenkan pertanian negara dan meningkatkan produktiviti petani. Sehingga kini, statistik menunjukkan bahawa sejumlah 52,990 telah dimuatturun di AppsStore (iOS) dan Google Play Store (Android).

Dari segi khidmat sokongan penggunaan teknologi, Jabatan Pertanian (DOA) juga telah memperkenalkan aplikasi yang bertujuan untuk mentransformasi perkhidmatan pengembangan pertanian yang boleh dicapai dengan cepat dan mudah oleh belia. Sebanyak 3 perkhidmatan secara online dan 5 aplikasi mudah alih telah disediakan di bawah DOA. Sehingga Jun 2019, seramai 5,542 telah menggunakan perkhidmatan

NO SOALAN: 14 online ini manakala sebanyak 22,042 muat turun aplikasi oleh pengguna melalui AppsStore (iOS) dan Google Play Store (Android).

4) Pemasaran

FAMA turut menawarkan Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) sebagai program transformasi bagi meningkatkan pendapatan belia dalam bidang pertanian dan industri asas tani. Program NBME ini adalah kerjasama di antara FAMA (portal AgroBazaar Online), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang melibatkan ahli Kelab MyAgrosis, mahasiswa serta usahawan industri asas tani (IAT). Sehingga kini, sebanyak 19 IPTA dan IPTS terlibat dalam program ini dengan penyertaan seramai 2,265 penuntut.

Kementerian juga telah merancang untuk menubuhkan sebuah universiti pertanian dengan memberikan tumpuan khusus kepada proses penaiktarafan Kolej Pertanian Malaysia (KPM) sedia ada kepada universiti pertanian. Proses penaiktarafan ini melibatkan pelan penstrukturan perjawatan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian, MOA serta proses penaiktarafan infrastruktur sebagai satu usaha untuk melengkapkan prasarana pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Proses penaiktarafan ini akan diteruskan lagi di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi tempoh masa 5 tahun akan datang.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK SR. HAJI HANAFI BIN HAJI MAMAT

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan perkembangan terkini mengenai pembayaran royalti dari hasil petroleum untuk negeri .

NO SOALAN: 15

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan bayaran tunai atau royalti minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2010.

2. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Kelantan secara rasminya telah menarik balik kes tuntutan pembayaran tunai atau royalti minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sebagai Defendan Pertama (1) pada 13 Mei 2019 dan Kerajaan Persekutuan Malaysia sebagai Defenden Kedua (2) pada 27 Jun 2019 lalu.

3. Susulan penarikan balik saman oleh Kerajaan Kelantan terhadap Kerajaan Persekutuan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah menerima satu Notis Pemberhentian Kes secara rasmi daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui Penasihat Undang-undang MEA pada 5 Julai 2019.

4. Langkah Kerajaan Kelantan menarik balik tuntutan saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS berhubung isu royalti diyakini dapat membuka ruang dan memperkukuhkan semangat federalisme.

NO SOALAN: 15

5. Berdasarkan makluman rasmi penarikan tersebut, Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah susulan supaya perkara berkaitan pembayaran tunai atau royalti minyak untuk Kerajaan Negeri Kelantan dapat diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN KHAIRUL AZWAN HARUN TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk mengurangkan jurang kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan graduan muda dan apakah inisiatif baharu untuk menggalakkan minat mengusai bahasa tambahan ini

NO SOALAN: 16

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan pelan English Language Education Reform in Malaysia –The Roadmap 2015-2025 untuk memastikan program bahasa Inggeris di Malaysia dari peringkat prasekolah ke peringkat institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga ke peringkat pendidikan guru sejajar dengan piawaian antarabangsa iaitu Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).

Model Malaysia English Assessment (MEA) juga telah dibangunkan. untuk pembelajaran dan pentaksiran bahasa Inggeris di universiti awam (UA). Model ekosistem ini merangkumi pembelajaran formal dan tidak formal dan melibatkan pelbagai pemegang taruh dalam mengoptimumkan pengalaman pembelajaran yang merentasi kelas. Melalui ekosistem ini, mahasiswa berpeluang untuk membangunkan kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pelajar perlu menghadiri kursus kemahiran bahasa Inggeris yang bersesuaian berdasarkan pencapaian MUET. Pengajaran formal melibatkan tiga (3) komponen utama penawaran kursus iaitu Intensive English, General English, English for Employability dan English for Specific Disciplines. Jumlah jam kredit yang ditawarkan adalah di antara enam (6) hingga 12 jam kredit.

Di peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti, pelajar yang mengambil program Diploma dan Sijil adalah diwajibkan untuk lulus ujian Bahasa Inggeris sebelum bergraduat.

NO SOALAN: 16

Untuk makluman, pihak industri juga terlibat di dalam pengajaran di dalam kelas serta penganjuran seminar di dalam bahasa Inggeris, antaranya melalui: a) Program Mobiliti Pelajar seperti Global Outreach Program, Study Abroad, Summer School Abroad dan International Invitation Program. b) Program Immersion dilaksanakan semasa cuti semester selama seminggu bagi memantapkan kemahiran berbahasa Inggeris. Keutamaan penyertaan adalah pelajar yang memperoleh MUET Band 1 dan Band 2. c) Finishing School iaitu program untuk pemantapan penguasaan Bahasa Inggeris oleh universiti awam (UA) seperti USM dan UTM untuk pelajar tahun akhir dan diberi pilihan untuk mengambil kursus pendek tambahan bersijil bagi tujuan meningkatkan kebolehpasaran. d) Pakej Pengukuhan Bahasa Inggeris yang diperkenalkan di UA seperti English Language Experience (ELEx) di UPM, Competency Based English Test (CBET) di UKM dan English Placement Test (EPT) di Universiti Islam Antarabangsa (UAIM).

Selain itu, turut dilaksanakan pembudayaan bahasa Inggeris di dalam sesi tutorial, pembentangan kertas kerja, pembentangan kertas projek tahun akhir dan dalam sesi pembelajaran tidak formal seperti pertandingan debat dan Program Kepimpinan Pelajar dalam Bahasa Inggeris.

NO SOALAN: 16

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN IR. MD. NASIR BIN HASHIM TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rancangan dan inisiatif bagi mengatasi kesesakan di laluan Tambak Johor dan laluan kedua ke Singapura.

NO SOALAN: 17

JAWAPAN

Tuan Yang Di-pertua,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedia maklum mengenai situasi kesesakan trafik di Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), . Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesesakan di kedua-dua CIQ sama ada daripada aspek operasi jabatan/agensi tetapi juga aspek reka bentuk dan infrastruktur bangunan yang tidak sesuai dengan situasi dan aliran trafik semasa.

YB Tan Sri Menteri Dalam Negeri ketika melawat ke CIQ BSI pada 28 Jun 2018 yang lalu telah memaklumkan bahawa tempoh selama tiga (3) bulan akan diberikan kepada pasukan khas di bawah kerajaan negeri untuk mengkaji dan membawa langkah-langkah komprehensif bagi mengatasi kesesakan di kedua-dua CIQ. Beberapa siri lawatan tapak, mesyuarat dan libat urus telah diadakan dan beberapa tindakan penambahbaikan telah pun diambil semua jabatan/agensi berkaitan.

Pada masa kini, tindakan penggabungan kaunter pemeriksaan JIM dengan kaunter kutipan tol dan Road Charges di lorong kereta CIQ BSI sedang dalam fasa ujian pelaksanaan dan dijangka akan mengurangkan tempoh pemeriksaan sekurang-kurangnya 10 saat bagi setiap kereta. Selain itu, fasiliti empat (4) unit autogate Malaysian Automated Clearance System (MACS) sedia ada di CIQ KSAB telah dibuat penyelenggaraan dan

NO SOALAN: 17 sedia untuk digunakan sementara proses perolehan baharu MACS dijangka selesai pada bulan Oktober 2019.

JIM turut melaksanakan langkah-langkah kawalan lain bagi memastikan pemeriksaan Imigresen di kedua-dua CIQ berjalan lancar iaitu seperti berikut:

i. pembukaan penuh semua kaunter imigresen di laluan-laluan sesak dengan mobilisasi pegawai-pegawai JIM sedia ada di kedua-dua CIQ;

ii. bermula 16 Jun 2019, pihak JIM telah mewajibkan kerja lebih masa pegawai syif malam selama 1 jam dari jam 7.00 pagi sehingga 8.00 pagi bagi memastikan pembukaan kaunter penuh pada waktu puncak dilaksanakan di kedua-dua pejabat CIQ BSI dan KSAB;

iii. memaksimakan penggunaan lorong automatik MBIKE sepanjang masa;

iv. pembukaan laluan kontra di laluan kereta (ketibaan) bagi mengurangkan kesesakan pada waktu cuti umum bersambung di Singapura;

v. hebahan situasi trafik di kedua-dua CIQ secara berterusan melalui media massa seperti di laman Facebook JIM Negeri Johor melibatkan kedua-dua check point; dan

NO SOALAN: 17

vi. pengecualian pengambilan cap jari biometrik kepada semua pelawat yang menaiki kereta dan lori pada waktu puncak.

Selain itu, semasa Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Jun 2019, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan di Tambak Johor ditubuhkan dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri untuk membincangkan isu-isu dan mengenal pasti langkah-langkah jangka pendek, sederhana dan panjang dalam menangani isu kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.

Pada 3 Julai 2019 yang lalu, YAB Timbalan Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kajian Cadangan Penubuhan Badan Tunggal Menjaga Kawalan Sempadan Negara dan Pintu- Pintu Masuk Termasuk Pelabuhan-Pelabuhan Bil. 1 Tahun 2019 dan secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan penubuhan agensi tunggal bagi menjaga kawalan sempadan dan pintu masuk termsuk pelabuhan- pelabuhan negara.

KDN dan JIM sentiasa bekerjasama dengan jabatan/agensi lain yang turut berkaitan dalam operasi dan pengurusan kedua-dua CIQ antaranya Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Bahagian Pengurusan Hartanah, Kementerian Kerja Raya, dan lain-lain bagi menambahbaik urusan penyampaian perkhidmatan awam di kedua-dua CIQ berkenaan.

NO SOALAN:18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ ONG CHONG SWEN TARIKH : 22 JULAI 2019

DATO’ ONG CHONG SWEN minta MENTERI KESIHATAN adakah Kerajaan telah melaksanakan pangkalan data pemetaan atau 'mapping' bagi mengenal pasti kawasan yang cenderung kepada wabak yang disebabkan oleh pengimunisasian yang rendah.

NO SOALAN:18

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau kejadian penyakit cegahan vaksin menerusi pelaporan kes secara mandatori oleh pengamal perubatan Kerajaan dan swasta. Setelah pelaporan kes diterima, siasatan kes akan dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan serta risiko penyebaran jangkitan, seterusnya aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit dijalankan.

Setiap Pejabat Kesihatan Daerah mempunyai pangkalan data demografi kes dan wabak serta pencapaian imunisasi setempat. Justeru, pemetaan kes berdasarkan pangkalan data tersebut dijalankan oleh setiap Pejabat Kesihatan Daerah bagi merancang aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit.

Dalam pemetaan ini faktor penyumbang kepada liputan imunisasi yang rendah di sesuatu kawasan turut dikenal pasti agar langkah penambahbaikan spesifik kepada isu setempat dapat diambil. Bagi kawasan yang cenderung kepada berlakunya wabak penyakit cegahan vaksin, aktiviti imunisasi tambahan dijalankan bagi meningkatkan liputan imunisasi agar masyarakat setempat dilindungi dari risiko penyebaran jangkitan.

Namun begitu, walaupun liputan imunisasi setempat adalah salah satu faktor yang diambil kira dalam merancang aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit, data KKM menunjukkan bahawa prestasi liputan imunisasi tidak semestinya berkaitan dengan kecenderungan berlakunya wabak penyakit cegahan vaksin. Ini kerana terdapat faktor lain yang turut terlibat seperti faktor kepadatan penduduk, demografi dan sosio-ekonomi penduduk, serta lain-lain faktor risiko.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-

(a) Adakah selepas penstrukturan Kerajaan, syarikat GLCs di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terdahulu masih menyalurkan peruntukan kepada Kementerian bagi penyelidikan dan pembangunan inovasi; dan

(b) Apakah "roadmap" melaburkan semula peruntukan yang diterima oleh syarikat GLCs dan sektor yang dibangunkan oleh Kementerian.

NO SOALAN: 19

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Bermula dari tahun 2018, lima agensi pembiaya telah diletakkan di bawah kawalselia MESTECC iaitu Malaysian Venture Capital Management (MAVCAP), Cradle Fund Sdn.Bhd. (CFSB) ,Malaysia Debt Ventures (MDV), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Kumpulan Modal Perdana (KMP). Kelima- lima GLC tersebut masih menjalankan mandat iaitu menawarkan pembiayaan untuk pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.

Bagi membolehkan GLC tersebut menjalankan mandat penubuhan, Kerajaan menyalurkan peruntukan pembangunan kepada kelima-lima agensi untuk membiayai syarikat dan pemohon yang layak dalam bentuk geran, ekuiti dan pinjaman. Di bawah RMK-11, jumlah peruntukan yang diluluskan oleh kelima-lima GLC kepada syarikat adalah sebanyak RM543.8 juta.

(b) GLC menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan untuk melabur ke dalam syarikat yang berpotensi dan berdaya saing. Pulangan (prinsipal dan untung) yang diperolehi daripada pelaburan yang telah matang boleh digunakan semula untuk pelaburan yang lain bagi GLC yang telah mendapat kebenaran dari Kementerian Kewangan.

NO SOALAN: 19

Bidang fokus pelaburan adalah berbeza-beza mengikut mandat dan kepakaran setiap GLC. Antara bidang-bidang utama yang difokuskan oleh GLC di bawah MESTECC adalah elektrik dan elektronik, teknologi digital (termasuk pembuatan termaju), bioteknologi, teknologi perubatan dan teknologi hijau.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menjayakan Dasar Sifar Penolakan (Zero Reject Policy). Sejauh manakah penglibatan Kementerian dengan NGO dan pihak ibu bapa dalam menyelesaikan masalah yang masih dihadapi dalam pelaksanaan Dasar tersebut. Antara 13 aduan yang telah diterima oleh pihak Kementerian dalam 6 bulan yang lepas, berapa yang telah diselesaikan.

NO SOALAN: 20

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa bagi menjayakan Dasar Sifar Penolakan (Zero Reject Policy), KPM telah mengambil beberapa langkah antaranya menubuhkan Unit Pendidikan Khas di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Manakala di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula KPM telah menempatkan seorang Pegawai Pendidikan Khas yang berperanan secara langsung untuk memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada pihak pengurusan sekolah, guru dan ibu bapa murid berkeperluan khas (MBK).

Selain itu, bagi memantapkan kualiti warga pendidik termasuklah meningkatkan tahap toleransi terhadap MBK, pihak pengurusan sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan pembangunan profesionalisme guru secara berterusan berdasarkan keperluan sekolah sama ada melalui pendekatan bersemuka, dalam talian (online) ataupun blended learning. Hal ini amat penting untuk membangunkan tahap keilmuan dan kepakaran guru melalui peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP), kepimpinan dan pentadbiran, serta kepakaran bidang khusus pendidikan seperti bidang pendidikan khas.

Untuk makluman, KPM telah menjalinkan kerjasama yang baik dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menambah baik pengurusan sekolah khususnya dalam meningkatkan dan memenuhi keperluan MBK. Antara komitmen yang telah dilaksanakan adalah Mesyuarat Permuafakatan

NO SOALAN: 20

Pendidikan Khas KPM-NGO sebanyak tiga (3) kali setahun bagi menyelesaikan semua isu berkaitan pendidikan khas termasuk pelaksanaan Dasar Sifar Penolakan. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dalam bidang pendidikan khas kepada MBK yang berdaftar di NGO.

KPM turut mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Makmal Pendidikan Khas yang turut memberi peluang kepada pihak NGO dan wakil ibu bapa untuk melibatkan diri memberi input bagi membantu meningkatkan pendidikan khas dalam sistem pendidikan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, berkaitan dengan 13 aduan yang telah diterima oleh KPM, jumlah sebenar aduan adalah 10 kes. Ini adalah kerana dua (2) daripada aduan tersebut bukan melibatkan sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Manakala dua (2) aduan adalah aduan kes yang sama diadukan oleh ibu dan bapa MBK. Sehingga 30 Jun 2019, dua aduan masih belum diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK SAMBANTHAN A/L MANICKAM TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Sambanthan A/L Manickam minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah pendekatan yang diambil oleh pihak Kementerian dalam menangani isu penyebaran fitnah dan penghinaan menerusi laman sosial yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

NO SOALAN: 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, peruntukan undang- undang sedia ada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia seperti Kanun Keseksaan adalah antara instrumen perundangan khusus yang digunapakai oleh pihak Kerajaan bagi menangani kesalahan atau penyalahgunaan yang berupa perekaan, penerbitan dan penularan maklumat berbentuk fitnah,tidak benar, serta provokasi dan penghinaan terhadap kaum, agama serta Institusi Beraja, dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun (bagi kesalahan di bawah Seksyen 124I) serta penjara selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari lima tahun (bagi kesalahan di bawah Seksyen 298A); atau penjara yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya (bagi kesalahan di bawah Seksyen 505).

2. Di samping itu, tindakan boleh turut disusuli oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, berasaskan aduan yang diterima daripada masyarakat awam serta daripada pihak yang terkesan.

NO SOALAN: 21

3. Kenyataan-kenyataan penafian atau penjelasan yang dibuat akan diterbitkan dalam portal sebenarnya.my sebagai repositori kepada berita-berita yang telah ditentusahkan dan untuk menjadi sumber rujukan bagi orang ramai menentusahkan sesuatu berita yang tular. Portal tersebut secara purata menerima sekitar 2.4 juta “hits” setiap bulan.

4. Di samping itu, pelbagai program advokasi dan kesedaran telah dijalankan pihak SKMM di media dan di lapangan bagi menyokong inisiatif portal sebenarnya.my, memupuk kesedaran awam mengenai gejala berita palsu, serta pembudayaan amalan menyemak dan menentusahkan sesuatu berita.

NO SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG

TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan syarat dan peraturan terkini yang terpakai ke atas Institusi Memandu dan adakah ia berbeza di antara mereka yang beroperasi di bandar dan luar bandar.

NO SOALAN: 22

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pihak Institut Memandu dan Sekolah Memandu adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat- syarat yang telah ditetapkan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992 dan juga peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) Malaysia Barat, Sabah dan Sarawak dari semasa ke semasa. Syarat dan peraturan yang ditetapkan ke atas Institusi Memandu adalah terpakai bagi semua Institut Memandu atau Sekolah Memandu yang telah mendapat kelulusan beroperasi daripada JKPIM sama ada di bandar ataupun di luar bandar.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan statistik terkini jumlah peniaga yang telah diambil tindakan akibat menaikkan harga barangan sejak pelaksanaan SST.

NO SOALAN: 23

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa serius dalam menjalankan pemantauan sepanjang masa melalui penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga Antipencatutan 2011 berkaitan dengan harga di pasaran. Perubahan harga barangan di pasaran adalah ditentukan oleh kuasa pasaran (market forces) iaitu penawaran dan permintaan. Selain itu, perubahan harga barangan juga turut dipengaruhi pelbagai faktor lain iaitu cuaca, bekalan negara pengeluar asal serta pertukaran mata wang.

Pemeriksaan pencatutan di semua peringkat rantaian perniagaan telah dilaksanakan di seluruh negara bagi membendung isu kenaikan harga melalui penguatkuasaan Operasi Catut 5.0 sejajar dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST). Sepanjang pelaksanaan Operasi Catut 5.0 dan sehingga kini sebanyak 123,622 premis telah diperiksa bagi memastikan peniaga mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan. Sebanyak 457 Notis Seksyen 21 telah dikeluarkan kepada peniaga untuk mendapatkan penjelasan dan justifikasi kenaikan harga untuk disiasat kerana disyaki mencatut.

Bagi tahun 2018 hingga 2019, sehingga kini sebanyak 109 kertas siasatan telah dibuka bagi kesalahan berkaitan pencatutan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 iaitu 17 kertas siasatan dibuka pada 2018 dan 92 kertas siasatan dibuka pada 2019 di bawah Seksyen 14(1) kerana mencatut.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program-program yang dijalankan bersama wanita-wanita Orang Asli untuk pembangunan keluarga dan komuniti mereka.

NO SOALAN: 24

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan sentiasa prihatin melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan wanita-wanita Orang Asli tidak dipinggirkan daripada sebarang perancangan aktiviti yang boleh membantu membangunkan kapasiti mereka. Pada masa ini, masyarakat Orang Asli adalah di bawah satu jabatan khusus iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Walaubagaimanapun Kementerian turut melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi membantu mendaya upaya dan memperkasa wanita- wanita Orang Asli melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN). Selain itu PPWN turut berkolaborasi dengan JAKOA dan jabatan-jabatan lain untuk melaksanakan program serta berkongsi modul-modul yang sesuai dengan JAKOA bagi membolehkan JAKOA menjalankan program untuk pembangunan wanita Orang Asli.

Antara perancangan yang telah dijadualkan oleh PPWN Pahang ialah Program PACBE iaitu program pembangunan kapasiti bersama 200 orang wanita Orang Asli pada 2 Ogos 2019 Kg. Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Program yang sama juga akan diadakan untuk wanita Orang Asli di Cameron Highlands pada bulan September tahun ini.

Antara program anjuran JAKOA bersama wanita-wanita Orang Asli untuk pembangunan keluarga dan komuniti mereka adalah:

(i) Program Penggalak Pembaca (3P) yang melibatkan seramai 45 orang pembimbing pengajar sukarelawan di kalangan wanita Orang Asli

NO SOALAN: 24 yang membantu mengajar konsep keseronokan belajar kepada sejumlah 187 kanak-kanak Orang Asli di 13 buah tempat operasi kelas 3P.

(ii) Pusat kelas operasi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) JAKOA yang bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi memberikan penerapan literasi pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) telah melibatkan seramai 411 Pembantu Pemaju Masyarakat (PPM) terdiri di kalangan beliawanis/wanita Orang Asli yang bergaji sebagai pembantu operasi TABIKA kepada sejumlah 4,981 kanak-kanak Orang Asli di 279 buah tempat operasi TABIKA ini.

(iii) Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) yang berkonsepkan pemberian latihan kemahiran kerjaya dan penempatan kerjaya berpendapatan selepas selesai menjalani kursus telah melibatkan seramai 223 orang beliawanis Orang Asli yang melibatkan lapan kursus yang diceburi oleh mereka, antaranya Kursus Estetik, Kursus Dandanan Rambut, Kursus Manik Sulaman, Kursus Pembantu Operasi di Lapangan Terbang, Kursus Perhotelan, dan lain-lain lagi.

Selain itu, pada tahun ini, seramai 571 orang beliawanis/wanita Orang Asli terlibat secara langsung dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti pembangunan komuniti dan kampong Orang Asli melalui platform Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKK OA). Program ini diharapkan akan dapat memberi impak terutama kepada peningkatan pendapatan keluarga dan komuniti.

NO SOALAN: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' DR. ANANTHAN A/L SOMASUNDARAM

TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan dasar, inisiatif dan program pembangunan belia khususnya melibatkan belia masyarakat India yang sedang dilaksanakan oleh pihak Kementerian dalam usaha meningkat penglibatan belia-belia India di dalam program-program pembangunan belia India.

NO SOALAN: 25

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara program pembangunan belia yang melibatkan belia masyarakat India anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah berikut:

Bilangan Bil Program Penyertaan Belia India

1. Anugerah Perdana Belia Negara 2019 24 Program Jati Diri Kapal Layar Diraja (KLD) 2. 2 Tunas Samudera 3. Kursus Pengurusan Organisasi Tahap 1 55

4. Program Reben Kuning 2

5. Felo Perdana dan Felo Korporat 17 Program Pertukaran Belia Malaysia - 6. Korea dan Kem Pemilihan peserta 24 Program Pertukaran Belia Antarabangsa Jumlah 126

2. Bagi program Rakan Muda, program yang dilaksanakan dalam usaha meningkatkan penglibatan belia-belia India adalah program MyCorps, Anugerah Remaja Perdana Remaja Malaysia, Rakan Muda Kreatif dan Projek Angkat dan Upaya (PADU). Dari tahun 2016 sehingga Jun 2019, penyertaan belia

NO SOALAN: 25

India dalam program pembangunan rakan muda adalah berjumlah 1682 orang, seperti berikut:

Bil Tahun Bilangan Penyertaan Belia India 1 2016 1189 2 2017 196 3 2018 145 4 2019 152 Jumlah 1682

Bilangan Bil Program Rakan Muda Penyertaan Belia India

1. MyCorps 18 Anugerah Remaja Perdana Remaja 2. 1348 Malaysia 3. Rakan Muda Kreatif 38

4. Projek Angkat dan Upaya 278 Jumlah 1682

3. Belia India yang telah mencapai kejayaan dalam program pembangunan belia ialah saudara Ravichandran a/l Balasubramaniam pemenang Anugerah Perdana Belia Kategori Individu Lelaki Tahun 2019 dan juga merupakan Penerima Anugerah Remaja Perdana Tahap Emas. Tambahan itu, saudara Kishva Ambigapathy pernah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Belia Komanwel.

NO SOALAN: 25

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian juga menerima dana khas daripada Kementerian Sumber Manusia bagi melatih belia india bagi program American Welding Society (AWS). Sejumlah 296 orang belia india berjaya menamatkan pengajian dan menerima sijil AWS dari tahun 2013 sehingga 2017.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DR. NUING JELUING

TARIKH : 22 JULAI 2019

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah tambahan dan baharu yang diambil untuk mengurangkan bilangan kemalangan dan kematian di jalan raya memandangkan jumlah kematian semasa cuti perayaan baru-baru ini amat membimbangkan dan berulang pada setiap tahun. Kemalangan di jalan raya juga merupakan penyumbang utama kepada kematian berbanding dengan kematian yang disebabkan oleh penyakit.

NO SOALAN: 26

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Program OPS Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019 bermula secara serentak pada 29 Mei dan berakhir pada 12 Jun 2019.

2. Statistik kemalangan maut yang dicatatkan OPS Selamat yang telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang lalu adalah sebanyak 232 kes berbanding 235 kes kemalangan maut pada OPS Selamat tahun 2018. Walaupun, angka kes kemalangan maut menunjukkan pengurangan sebanyak 3 kes, namun angka kematian akibat nahas jalan raya semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri mencatatkan peningkatan sebanyak 1 kes iaitu daripada 248 kes pada tahun 2018 kepada 249 kes pada tahun ini.

3. Jika dilihat daripada trend data statistik kematian akibat kemalangan jalan raya semasa OPS Selamat musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dijalankan dari tahun 2014 hingga 2015, trend bagi statistik jumlah kemalangan maut dan kematian adalah menaik iaitu sebanyak 217 kes kemalangan maut dan 237 kes kematian pada 2014 kepada 303 kes kemalangan maut dan 330 kes kematian pada tahun 2015. Namun, trend ini menunjukkan penurunan daripada tahun 2016 hingga 2019. Pada tahun 2016, sebanyak 273 kes kemalangan maut dan 299 kes kematian berkurang kepada 232 kes kemalangan maut dan 249 kes kematian pada tahun 2019. Menerusi statistik ini, dapat kita lihat bahawa sememangnya jumlah penurunan kes kemalangan maut dan kematian dapat dikurangkan menerusi OPS Selamat dan OPS Bersepadu yang dijalankan.

NO SOALAN: 26

4. Kementerian Pengangkutan sememangnya memandang serius agenda negara dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan seterusnya mengurangkan kehilangan nyawa akibat nahas jalan raya. Sememangnya kehilangan nyawa seumpama ini merupakan kerugian besar kepada modal insan negara pada masa akan datang.

5. Antara inisiatif baru yang dilaksanakan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya adalah pelaksanaan program intervensi iaitu Program My Safe Road. Program ini memfokuskan kepada daerah-daerah yang mencatatkan statistik kematian tertinggi akibat kemalangan jalan raya di setiap negeri di seluruh Malaysia. Pelaksanaan program intervensi ini telah pun dilaksanakan di beberapa buah daerah seperti di Batu Pahat, Bentong, Kuala Rompin dan Berapit. Pelaksanaan program ini jelas menunjukkan pengurangan dari segi kadar kematian akibat kemalangan jalan raya. Sebagai contoh, Program My Safe Road yang telah dijalankan pada tahun 2016 di Batu Pahat berjaya menunjukkan penurunan angka kematian sebanyak 20% iaitu daripada 207 kepada 165 kes kematian pada tahun 2017. Justeru itu, program ini akan dilaksanakan secara menyeluruh di daerah-daerah yang mencatatkan statistik tertinggi kematian akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara bermula pada tahun ini.

6. Selain itu, JKJR juga sedang giat menjalankan program advokasi Tiada Minggu Tanpa Advokasi di mana ianya dijalankan setiap minggu dengan mensasarkan kumpulan sasaran yang berbeza dalam memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya. JKJR juga secara aktif berkolaborasi dengan pelbagai agensi swasta untuk pameran interaktif dan sesi perkongsian ilmu berkaitan kesedaran keselamatan jalan raya.

NO SOALAN: 26

7. JKJR juga giat melaksanakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya yang menyentuh topik Child Restraint System (CRS) dan kepentingan penggunaan tali pinggang keledar di kalangan pengguna jalan raya. Pelbagai pameran juga diadakan bertujuan untuk menyedarkan pengguna tentang betapa pentingnya penggunaan komponen tali pinggang keledar dan kerusi keselamatan kanak-kanak dan bayi sewaktu berada di atas jalan raya.

8. Kementerian Pengangkutan juga akan sentiasa memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap agenda mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini dan ingin menyeru kepada semua ahli dewan ini agar sama-sama dapat memperluaskan mesej peringatan tentang keselamatan jalan raya kepada semua ahli keluarga terdekat dan seterusnya komuniti setempat bagi mengelakkan kerugian modal insan yang bakal dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan akibat kehilangan nyawa kerana nahas jalan raya.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membangunkan lebih daripada 450 Kampung Baru Cina (Chinese new villages) di seluruh negara serta hasil perubahan daripada peruntukan Bajet 2019 sebanyak RM85 juta untuk Kampung Baharu bagi tujuan menaik taraf dan memulihara infrastruktur asas seperti jalan raya, dewan komuniti dan kawasan lapang.

NO SOALAN: 27

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM85.5 juta bagi pembangunan melibatkan 450 Kampung Baru Cina di seluruh negara pada tahun 2019. Peruntukan Pembangunan Kampung Baru ini menunjukkan komitmen Kerajaan dalam meneruskan program-program pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial di Kampung Baru. Antara peruntukan Program Pembangunan Kampung Baru adalah seperti berikut:-

(i) Program Pembangunan Infrastruktur sebanyak RM60.5 juta;

(ii) Program Bantuan Baik Pulih Rumah sebanyak RM5 juta; dan

(iii) Program Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru sebanyak RM20 juta.

2. Untuk makluman Yang Berhormat juga, sehingga 15 Julai 2019, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan 153 projek dengan peruntukan sebanyak RM12,437,027.00 bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur di Kampung-kampung Baru seperti projek menaik taraf jalan, longkang, dewan orang ramai, balai raya, gelanggang, kemudahan riadah dan sebagainya.

3. Selain itu, KPKT juga telah meluluskan 34 permohonan bantuan baik pulih rumah yang berjumlah RM376,100.00 kepada pemohon- pemohon yang memerlukan bantuan tersebut. Semua projek kecil di Kampung Baru akan dilaksanakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

NO SOALAN: 27

4. KPKT juga telah memperuntukkan sebanyak RM20,000,000.00 bagi pelaksanaan Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina (PKBC) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan mensasarkan peminjam yang terdiri daripada golongan kumpulan B40 atau berpendapatan rendah dalam kalangan penduduk Kampung Baru Cina.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengadakan semula perbincangan dengan Interfaith Council yang tidak bersetuju pada tahun 2009 bagi mewajibkan kursus pra perkahwinan untuk pasangan bukan Islam. Adakah perkara ini akan dipertimbangkan semula agar kursus ini dapat diwajibkan bagi memastikan pasangan bukan Islam dapat meningkatkan kualiti hidup berkeluarga.

NO SOALAN: 28

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian menerusi LPPKN telah mengadakan sesi libat urus dengan beberapa agensi dan NGO yang terlibat dengan kursus pra perkahwinan bukan muslim dan juga muslim pada 15 Februari 2019 dan pada 1 Mac 2019 bertujuan untuk mengenal pasti elemen/topik yang perlu ditambah nilai dalam Modul SMARTSTART mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Mesyuarat juga bersetuju untuk melatih jurulatih di kalangan NGO dan Badan Agama untuk persediaan penyampaian yang baik dan berkesan kepada kumpulan sasar.

Kementerian bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengadakan sesi perbincangan pada 4 Mac 2019 dan memutuskan pada masa ini tidak berhasrat untuk mewajibkan kursus pra perkahwinan terhadap pasangan bukan muslim yang ingin berkahwin. Namun begitu, bagi mempromosikan kursus pra perkahwinan kepada lebih ramai pasangan, Kementerian turut mencadangkan supaya: a) Pihak JPN dapat memaklumkan kepada pasangan yang mendaftar perkahwinan untuk menghadiri kursus persediaan pra perkahwinan SmartStart anjuran NGO di bawah LPPKN. b) Pengetahuan dan maklumat berkaitan persediaan perkahwinan dapat diberikan kepada pasangan yang ingin berkahwin melalui program- program anjuran rumah ibadat di Malaysia.

NO SOALAN: 28

Mesyuarat bersama EXCO Wanita Negeri bersetuju agar bakal pengantin bukan Islam digalakkan untuk menyertai kursus SMARTSTART sebagai pra syarat mendapat insentif perkahwinan daripada negeri-negeri yang menyediakan insentif sedemikian seperti Selangor.

NO SOALAN: 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Raj Munni binti Sabu minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha Kementerian dalam penambahbaikan kehidupan sosial masyarakat Orang Asli.

NO SOALAN: 29

JAWAPAN :YB SENATOR WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Usaha untuk menambahbaik kehidupan sosial masyarakat Orang Asli telah digariskan dalam Pelan Strategik JAKOA (2016 – 2020) yang memberi fokus kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Ianya merupakan satu pelan yang telah dirangka dalam usaha meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan masyarakat Orang Asli melalui program-program seperti berikut;

1. Penyediaan infrastruktur yang lengkap di perkampungan Orang Asli seperti penyediaan bekalan air terawat, jalan perhubungan dan kemudahan ameniti sosial seperti dewan orang ramai, longkang, gabion dan sebagainya.

2. Pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Orang Asli melalui Projek Tanam Semula Komersial (TSK), Projek Ladang Masyarakat Orang Asli (PLMOA), Bantuan Input Pertanian, Program Pengembangan Pertanian dan Program Hands Holding.

3. Pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Orang Asli yang merangkumi Geran Bantuan Bimbingan Usahawan, di mana peserta akan diberi bantuan premis, peralatan serta kursus-kursus keusahawanan yang sesuai.

Selain itu, JAKOA yang melaksanakan program dengan kerjasama Jabatan Kerajaan serta pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam aspek pendidikan dan kesihatan masyarakat Orang Asli seperti berikut:

4. Menggandakan usaha program kesedaran pendidikan dan motivasi pendidikan kepada para pelajar dan ibu bapa tersebut di samping merencana dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

NO SOALAN: 29

bagi menggubal kaedah silibus dan pengajaran berkonsepkan Sekolah Komuniti Pedalaman (Community School).

5. Menggandakan usaha aktiviti kesedaran kesihatan komuniti dan penerangan Jom Sihat versi bahasa beberapa etnik suku kaum Negrito dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di samping merencanakan bagi meluaskan perluasan perkhidmatan Klinik Bergerak dan Komuniti Sihat Pembinan Negara (KOSPEN) Peringkat Kampung Orang Asli dengan pihak KKM serta memperkasakan beberapa jaringan sosial kebajikan (social welfare net) dengan pihak berkaitan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah pelan tindakan dan inisiatif yang telah dirancang oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi mengurangkan kos sara hidup dalam jangka masa panjang.

NO SOALAN: 30

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) ditubuhkan bertujuan sebagai badan badan utama bagi menangani isu – isu dan cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup yang memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat. Di inisiatif NACCOL, pelbagai strategi telah dirangka bagi mengawal kenaikan harga barang Strategi tersebut boleh dibahagikan kepada tiga (3) peringkat iaitu strategi jangka pendek, jangka sederhana, dan jangka panjang.

Strategi jangka pendek bagi mengawal kenaikan harga barang ialah menambah senarai barang keperluan asas sebagai barang kawalan. Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (MTSHN) pada 15 Februari dan 4 April 2019 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk melaksanakan lima (5) barang keperluan asas sebagai barang kawalan. Barangan tersebut ialah ayam standard, ikan kembung (segar beku) jenama Q-Fish, kobis bulat import, telur ayam gred C dan kelapa biji.

Strategi jangka sederhana di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ialah untuk menjadikan e-dagang sebagai pemangkin bagi memacu pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan seharusnya Malaysia mempelajari dan memperkasakan e-dagang dengan menjadikan Alibaba.com dan Amazon sebagai contoh kerana mereka mempunyai ekosistem e-dagang yang lengkap. Pelaksanaan e-dagang di Malaysia mampu mengurangkan peranan orang tengah dan kos jualan barangan pengguna.

NO SOALAN: 30

Justeru, Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara pada 4 April 2019, telah memutuskan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengetuai dan menyelaras usaha ini dengan tujuan memperkasa pelaksanaan sistem e-dagang dan bayaran tanpa tunai (cashless) di Malaysia. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah Kementerian bertanggungjawab yang menguatkuasakan undang-undang dan menerima aduan pengguna berkenaan perniagaan atas talian (online business).

Strategi jangka panjang ialah memansuhkan monopoli dan kartel bagi industri tertentu. Jika adanya bukti yang kukuh yang menunjukkan wujudnya amalan monopoli dan kartel, maka tindakan akan diambil di bawah Akta Persaingan 2011.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kerajaan akan mempertimbangkan pembinaan lebih banyak sekolah menengah kebangsaan agama atau sekolah menengah agama di Wilayah Persekutuan yang memberi akses pendidikan agama Islam untuk semua.

NO SOALAN: 31

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberikan perhatian kepada pembangunan sekolah menengah agama (SMA) di seluruh negara termasuk di Wilayah Persekutuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan SMA dibuat oleh KPM berdasarkan kepada keperluan dan permintaan. Dalam kes ini, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dengan sokongan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) akan membuat permohonan pembinaan sekolah mengambil kira enrolmen murid, kepadatan kawasan setempat, permintaan murid iaitu merujuk kepada bilangan permohonan murid di Wilayah Persekutuan ke sekolah agama. Kelulusan permohonan pembinaan sekolah adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Untuk makluman, bilangan sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah sebanyak 101 buah, satu (1) daripadanya adalah merupakan SMKA, dua (2) buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan 18 SMK harian yang melaksanakan Kelas Aliran Agama.

Seperti yang dirancangkan, pada tahun 2019 KPM telah meluluskan pembukaan Kelas Aliran Agama Tingkatan 1 di SMK Tiara Permai dan Kelas Aliran Agama Tingkatan 4 di SMK Tinggi Setapak.

NO SOALAN: 31

KPM sentiasa membuka ruang kepada sekolah-sekolah menengah di Kuala Lumpur yang berkeperluan untuk menambah/membuka Kelas Aliran Agama yang baharu mengikut permohonan dan kemampuan sekolah masing- masing.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapakah isu perniagaan secara haram yang dilakukan oleh warga asing dilihat seolah-olah tiada kesudahan dan apakah tindakan Kementerian dalam menerajui agensi dan Kementerian lain bagi membanteras aktiviti yang jelas merugikan ekonomi negara.

NO SOALAN: 32

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, warga asing tidak dibenarkan menjalankan perniagaan kecil seperti kedai runcit atau lain-lain menggunakan lesen milik penduduk tempatan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengeluarkan Pekeliling Pengeluaran Permit Perniagaan Kecil Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 30 Jun 2008. Antara perkara yang ditekankan di dalam pekeliling ini adalah dari segi penguatkuasaan terhadap perniagaan kecil iaitu:

(i) Permit perniagaan kecil hanya dikeluarkan kepada warganegara Malaysia sahaja;

(ii) Pemilik permit hendaklah berada di tempat berniaga pada sepanjang masa;

(iii) Tindakan pembatalan permit boleh diambil ke atas pemilik yang memindah permit perniagaan mereka kepada warga asing; dan

(iv) PBT boleh menyita serta merampas barang jualan serta- merta tanpa perlu mengenakan amaran terlebih dahulu bagi perniagaan tanpa lesen.

2. KPKT melalui PBT juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama agensi-agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan kecil. Sehingga kini, sebanyak 599 operasi penguatkuasaan oleh PBT ke atas warga asing telah dijalankan manakala operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan pelbagai agensi lain adalah sebanyak 492 operasi.

NO SOALAN: 32

3. Untuk makluman Yang Berhormat juga, di bawah Seksyen 104, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), PBT boleh menetapkan denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Bagi sesuatu kesalahan yang berterusan, PBT boleh menetapkan denda tidak melebihi RM200.00 bagi setiap hari selama tempoh kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI MUHAMAD BIN MUSTAFA

TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang negara yang sebenar dan adakah ianya memberi impak kepada proses pembangunan negara.

NO SOALAN: 33

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Secara keseluruhan, hutang dan liabiliti kerajaan adalah berjumlah RM1.1 trilion, atau sekitar 75% berbanding Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2018. Jumlah ini mengambil kira hutang langsung kerajaan, komitmen jaminan yang ditanggung dan dibiayai oleh Kerajaan, serta liabiliti lain termasuk bayaran pajakan kewangan (finance lease) dan hutang syarikat 1MDB. Kedudukan hutang dan liabiliti kerajaan untuk tahun 2018 telah turun sebanyak 4 mata peratusan daripada 79% pada tahun 2017.

2. Kedudukan hutang langsung Kerajaan Persekutuan yang dikawal selia di bawah akta-akta pinjaman iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637], Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403], dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188] adalah sebanyak 51% KDNK pada akhir-2018, iaitu kekal di bawah paras 55% daripada KDNK.

3. Komitmen jaminan yang ditanggung dan dibiayai Kerajaan adalah sebanyak 9% berbanding KDNK bagi akhir tahun 2018. Ia terdiri daripada tanggungan hutang sebahagian syarikat berkaitan Kerajaan yang menerima Jaminan Kerajaan bagi melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan awam dan utiliti.

NO SOALAN: 33

4. Bayaran pajakan kewangan dan liabiliti lain seperti 1MDB pula adalah sebanyak 15% berbanding KDNK pada akhir 2018.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Secara amnya, hutang langsung yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah bagi menampung perbelanjaan pembangunan seperti pembinaan sekolah, hospital dan jalan.

6. Kerajaan juga secara am adalah bagi melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan awam dan utiliti terutamanya untuk membiayai projek pengangkutan awam seperti East Coast Rail Link (ECRL), sistem transit aliran massa 2 (MRT2) dan transit aliran ringan 3 (LRT3) serta Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Ini adalah untuk membiayai projek infrastruktur sedia ada dan bukan merupakan projek baharu.

NO SOALAN: 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED YASSIN

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik yang sering menimpa kawasan perindustrian di Sabah.

NO SOALAN: 34

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Bagi menyokong keperluan bekalan air ke kawasan perindustrian di Sabah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan tiga (3) projek berjumlah RM1.0114 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) seperti berikut:

a) penambahan kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II dari 80 juta liter sehari (JLH) kepada 160 JLH termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan dengan kos yang diluluskan sebanyak RM429.2 juta;

b) penambahan kapasiti LRA Kogopon dari 40 JLH kepada 80 JLH termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan dengan kos diluluskan sebanyak RM312.22 juta;

Kedua-dua projek ini adalah untuk memenuhi keperluan bekalan air untuk pembangunan industri di kawasan pantai barat seperti kawasan KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park) dan kawasan SOGT (Sabah Oil & Gas Terminal) di Kimanis.

c) Sistem Bekalan Air di Lahad Datu – Fasa I dan II melibatkan pembinaan loji kapasiti 60 JLH dan sistem agihan dengan kos yang diluluskan sebanyak RM270 juta untuk memenuhi keperluan bekalan air bagi kawasan Palm Oil Industrial Centre (POIC) di daerah Lahad Datu.

NO SOALAN: 34

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH RAHEMAH BINTI IDRIS TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan adakah dengan kedua-dua kempen (Kempen Sayangi Sawitku dan Kempen Minum Sesudu Sawitku) telah meningkatkan harga komoditi dan membantu Kerajaan menyelesaikan sara hidup pekebun kecil yang bergantung kepada sawit ini.

NO SOALAN: 35

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian telah melancarkan Kempen Sayangi Sawitku yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 Mac 2019 yang lalu. Kempen Sayangi Sawitku ini yang akan diadakan sepanjang tahun 2019 adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kebaikan dan khasiat minyak sawit dan juga cabaran yang dihadapi oleh komoditi sawit. YAB Perdana Menteri semasa perasmian tersebut juga telah menyebut untuk mengambil sesudu minyak sawit untuk menggalakkan rakyat Malaysia terhadap penggunaan minyak sawit negara. Disamping itu, kempen ini juga adalah untuk mempertahankan komoditi sawit dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai jurucakap sawit melalui pendekatan dengan izin ‘from Malaysia, we speak to the world’.

Pelbagai aktiviti dan program di peringkat domestik dan antarabangsa telah dijalankan seperti publisiti video dan poster Kempen Sayangi Sawitku di KLIA, publisiti melalui in-flight magazine oleh MAS, Air Asia dan Malindo, program tanam semula pokok hutan dan konservasi Orang Utan dan Gajah Pygmy di Sabah, sesi taklimat dan pameran produk sawit di Parlimen, Student Ambassador Programme, pertandingan memasak menggunakan minyak sawit, sesi kunjungan dan penerangan kepada Menteri Kabinet dan Ketua Menteri yang berkaitan, pertandingan atas talian dan lain-lain. Bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti Kempen Sayangi Sawitku yang telah dirangka, Kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta pada tahun ini.

Tuan Yang Dipertua,

Sebenarnya, masih terlalu awal untuk mengukur prestasi perlaksanaan kempen ini memandangkan ianya masih berjalan sehingga ke akhir tahun

NO SOALAN: 35 ini. Walau bagaimanapun, Kementerian sedang menjalankan pemerhatian dan bancian bagi mengukur keberkesanan kempen ini dalam membantu meningkatkan industri sawit negara. Didapati pada masa ini, lebih ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat telah tampil untuk menyuarakan sokongan terhadap industri sawit negara termasuk pemimpin utama negara, tokoh korporat, personaliti media, ketua masyarakat, pelajar dan lain-lain. Manakala industri lain seperti penerbangan, pelancongan dan hiburan juga turut bekerjasama menjayakan kempen ini melalui penajaan dan publisiti. Adalah penting bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa kecintaan kepada produk komoditi negara dan mempertahankannya dari sebarang serangan dari pihak luar.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah rancangan Kerajaan untuk menempatkan kem tentera di lokasi yang sesuai di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) untuk memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan penduduk di kawasan itu khususnya dan keselamatan negeri Sabah amnya.

NO SOALAN: 36

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pertahanan sentiasa peka dan memandang serius aspek keselamatan dalam memastikan keamanan di seluruh negeri Sabah sentiasa terpelihara. Bagi mencapai matlamat tersebut, Angkatan Tentera Malaysia melalui Pelan Strategik Tentera Darat telah membesarkan Task Force 450 menjadi Divisyen Ke-5 Infantri dan dipindahkan ke Kem Lok Kawi untuk memerintah 3 buah Briged Infantri di bawah naungannya di Sabah. Briged Ke-5 Infantri yang berada di Kem Lok Kawi dipindahkan ke Kota Belud untuk mengawal keseluruhan keselamatan Pantai Barat dan pedalaman Sabah. Manakala, Briged Ke-13 (ESSCOM) yang telah ditukar nama menjadi Briged Ke-13 Infantri berpengkalan di Cenderawasih, Lahad Datu pula bertanggungjawab mengawal keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah. Disamping itu, Briged Ke-32 Infantri pula dirancang untuk ditubuhkan di sekitar Kalabakan untuk mengawal keseluruhan keselamatan sempadan daratan Sabah/Indonesia.

Selain itu, keselamatan negeri Sabah juga dipantau oleh Markas Angkatan Tugas Bersama 2 di Kem Kukusan, secara bersama oleh ketiga- tiga perkhidmatan. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menempatkan Markas Pemerintahan Armada Timur di Kota Kinabalu bagi memerintah Pangkalan Laut di Sabah dan Sarawak, manakala Markas Wilayah Laut 2 telah di tempatkan di Sandakan bagi memantau Pantai Timur Sabah. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula telah menempatkan Markas Wilayah Udara 2 di serta Pusat bantuan

NO SOALAN: 36

Operasi Udara di Tawau bagi memantau keselamatan ruang udara keseluruhan negeri Sabah.

NO SOALAN: 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' CHAI KIM SEN

TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan isu-isu yang diutarakan oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat berkenaan tuduhan manipulasi nilai ringgit dalam pasaran antarabangsa serta apakah tindakan akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan negara kita dikeluarkan dari "Monitoring List" serta jaminan perdagangan bebas tanpa kekangan.

NO SOALAN: 37

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pada 28 Mei 2019, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan hasil laporan Senarai Pemantauan Negara Manipulator Mata Wang (Currency Manipulation Watchlist). Pemantauan ini dilakukan bagi mengenal pasti rakan dagang AS yang memanipulasi mata wang.

2. Mana-mana negara yang mempunyai jumlah dagangan melebihi USD40 bilion setahun dengan Amerika Syarikat akan diperiksa oleh Perbendaharaan AS untuk penelitian lanjut. Terdapat 21 negara yang memenuhi syarat tersebut, termasuk Malaysia. Daripada 21 negara tersebut, semua negara yang memenuhi 2 daripada 3 syarat lain akan dimasukkan dalam Senarai Pemantauan Perbendaharaan Amerika Syarikat, dan ini termasuklah Malaysia. Sesebuah negara hanya akan dinamakan sebagai manipulator mata wang jika ia memenuhi semua tiga syarat yang ditetapkan.

3. Perlu ditegaskan bahawa walaupun disenaraikan dalam Currency Manipulation Watchlist, Malaysia tidak dilabel oleh AS sebagai negara yang memanipulasi mata wang. Malah sebenarnya, kemasukan Malaysia dalam senarai tersebut bersama dengan negara-negara pedagang utama dunia yang lain seperti Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Singapura hanya menonjolkan kekukuhan negara serta peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam ekonomi dunia.

NO SOALAN: 37

4. Malaysia dimasukkan dalam Senarai Pemantauan tersebut di atas dua faktor. Pertama, Malaysia mempunyai lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat melebihi USD20 bilion setahun. Kedua, Malaysia mempunyai lebihan akaun semasa yang sihat melebihi 2% berbanding KDNK.

5. Kedua-dua faktor ini hanya menonjolkan daya saing ekonomi Malaysia dan bukannya bukti berlakunya manipulasi mata wang. Tambahan lagi, kita dapat membuktikan daya saing Malaysia dengan melihat prestasi Malaysia dalam Indeks Doing Business 2019 oleh Bank Dunia dan laporan World Competitiveness Ranking 2019oleh IMD. Dalam laporan Bank Dunia, kedudukan Malaysia telah meningkat 9 anak tangga kepada tempat ke-15 berbanding tempat ke-24 pada tahun sebelumnya. Dalam laporan IMD pula, Malaysia merupakan negara yang ke-22 paling berdaya saing di dunia, mengekalkan kedudukan yang sama seperti tahun lalu.

6. Malaysia tidak memenuhi syarat ketiga. Seperti yang diperakui dalam laporan Perbendaharaan AS, Malaysia tidak campur tangan dalam pasaran pertukaran mata wang asing dengan tujuan melemahkan nilai ringgit. Oleh itu, Malaysia tidak digelarkan sebagai manipulator mata wang. Tambahan lagi, Bank Negara Malaysia telah menekankan bahawa Malaysia menerima pakai rejim kadar pertukaran terapung dan sebarang intervensi yang dilakukan adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya perubahan kadar pertukaran yang keterlaluan. Oleh itu, penyenaraian tersebut tidak membawa kesan kepada Malaysia, dan tiada denda atau sekatan ekonomi akan dikenakan terhadap Malaysia.

NO SOALAN: 37

7. Malaysia akan terus mengukuhkan daya saingnya secara adil melalui penggunaan teknologi terbaharu, pelaburan infrastruktur, meningkatkan ketelusan, dan memudahkan proses kerajaan dan perniagaan, sambil menggalakkan perdagangan bebas di rantau Asia dan di seluruh dunia.

NO SOALAN: 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' SRI KHAIRUDIN SAMAD

TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah kenderaan yang didaftarkan mengikut negeri dan peningkatan kenderaan bagi setiap bulan dan tahun.

NO SOALAN: 38

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bilangan terkumpul kenderaan yang berdaftar sehingga 30 Jun 2019 adalah sebanyak 30,574,608 buah. Perincian mengikut negeri adalah seperti berikut:

BIL. NEGERI/SALURAN JUMLAH

1. Perlis 120,908

2. Kedah 1,432,734

3. P.Pinang 2,731,344

4. Perak 2,317,731

5. Selangor 3,015,709

6. W.Persekutuan 6,612,820

7. N.Sembilan 991,743

8. Melaka 879,897

9. Johor 3,712,816

10. Pahang 1,094,455

11. Terengganu 671,666

12. Kelantan 918,227

13. Sabah 1,286,752

14. Sarawak 1,856,438

15. Portal Rakan Niaga 2,931,368

JUMLAH 30,574,608

NO SOALAN: 38

2. Berdasarkan perbandingan yang telah dilakukan melibatkan rekod kenderaan yang telah didaftarkan pada tahun 2017 dan 2018, terdapat peningkatan kenderaan sebanyak 92,735 dengan peratusan sebanyak 8.24% bagi dua (2) tahun perbandingan tersebut. Perbandingan mengikut bulan pula adalah seperti jadual berikut:

BILANGAN PERATUSAN BULAN 2017 2018 PENINGKATAN PENINGKATAN

Januari 95,362 101,464 6,102 6.40%

Februari 88,418 85,160 (3,258) -3.68%

Mac 108,124 102,786 (5,338) -4.94%

April 86,717 100,138 13,421 15.48%

Mei 98,476 84,842 (13,634) -13.84%

Jun 91,079 114,071 22,992 25.24%

Julai 91,237 129,951 38,714 42.43%

Ogos 101,622 130,686 29,064 28.60%

September 82,123 79,097 (3,026) -3.68%

Oktober 94,706 102,360 76,54 8.08%

November 93,717 91,848 (1,869) -1.99%

Disember 94,286 96,199 19,13 2.03%

JUMLAH 1,125,867 1,218,602 92,735 8.24%

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK RABIYAH BINTI ALI

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan hala tuju baru dan fokus pembangunan bagi wanita desa menjelang 2030 agar peranan dan sumbangan wanita dapat memberikan impak kepada ekonomi desa.

NO SOALAN: 39

JAWAPAN

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Pembangunan wanita luar bandar ialah merupakan salah satu fokus utama Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Ini dapat dilihat melalui penggubalan teras khusus untuk pembangunan wanita luar bandar pada Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018-2023 dan juga Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.

Di bawah Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB) yang baru sahaja dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Jun 2019 yang lalu, terdapat 3 Pernyataan Dasar, 6 Strategi, 12 Langkah dan 17 Program yang telah digariskan di bawah Teras 6- Wanita Luar Bandar yang Progresif. Pernyataan Dasar berkaitan dengan Teras Wanita dalam DPLB adalah seperti berikut : i. Pemerkasaan Ekonomi Wanita Luar Bandar; ii. Pemantapan Khidmat Sistem Sokongan Bagi Wanita Luar Bandar; dan iii. Pemerkasaan Kepimpinan Wanita Luar Bandar.

Bagi meningkatkan peranan dan sumbangan wanita dalam ekonomi desa, antara strategi yang telah digariskan adalah untuk meningkatkan peluang penglibatan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan ekonomi. Ini termasuk program-program sedia ada seperti Program Quick Wins yang merupakan

NO SOALAN: 39 program latihan kemahiran jangka pendek seperti masakan jahitan serta bantuan peralatan di bawah KEMAS, pinjaman perniagaan DANANITA di bawah MARA dan juga kursus-kursus keusahawanan di bawah agensi- agensi di bawah KPLB. Untuk masa hadapan, program-program untuk meningkat kemahiran wanita dalam bidang ICT akan dilaksanakan terutamanya di Pusat Komuniti Desa bagi meningkatkan penglibatan wanita luar bandar dalam ekonomi digital. Melalui langkah-langkah ini, diharapkan purata pendapatan penduduk wanita luar bandar (RM3,544 pada tahun 2016) dapat ditingkatkan dan kadar pengangguran wanita luar bandar (4.0% pada tahun 2017) dapat dikurangkan.

KPLB juga akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk meningkatkan literasi kewangan kepada wanita luar bandar supaya wanita luar bandar dapat menguruskan kewangan dan pelaburan peribadi dengan lebih berkesan.

NO SOALAN: 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG

TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan drastik yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan kesejahteraan Masyarakat Orang Asli terjamin. Ini ekoran krisis yang dihadapi oleh Orang Asli di Kelantan baru-baru ini.

NO SOALAN: 40

JAWAPAN : YB SENATOR TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PERPADUAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL)

Tuan Yang di-Pertua,

Di kesempatan dewan yang mulia ini, pihak Kerajaan mengucapkan takziah di atas kematian 15 orang penduduk Orang Asli Kuala Koh dan bersimpati ke atas tragedi yang menimpa kepada penduduk-penduduk Kampung Orang Asli Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang Kelantan terhadap musibah yang dihadapi ini.

Sehingga kini, pihak Kerajaan komited dan serius dalam melaksanakan bantuan pemulihan rawatan dan pemberian sokongan kebajikan serta berusaha mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku kepada penduduk- penduduk Kampung Orang Asli Kuala Koh khasnya dan masyarakat Orang Asli amnya melalui dengan kerjasama strategik pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan serta penglibatan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan beberapa langkah , antaranya :

(i) Mengadakan Program Kesihatan Komuniti bersama dengan pihak KKM dengan aktiviti penerangan kesihatan interaktif, simulasi praktikal penjagaan kesihatan, pertandingan kesihatan komuniti sihat, dan pembekalan sokongan penjagaan kesihatan

(ii) Mengadakan Program Bersama Rakyat di dengan masyarakat Orang Asli Kuala Koh dengan penglibatan beberapa Agensi / Jabatan Kerajaan dan NGO seperti aktiviti pendaftaran kad pengenalan, pendaftaran bantuan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat

NO SOALAN: 40

(JKM), gotong royong perdana dan penerangan gaya hidup sihat komuniti ;

(iii) Program suntikan vaksin dan imunisasi yang berjadual kepada masyarakat Orang Asli ;

(iv) Menaiktaraf perkhidmatan air bersih menerusi sistem Rawatan Air Bersih dan mengenalpasti punca sumber air yang baharu melalui kerjasama dengan Unit BAKAS, KKM.

(v) Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerjasama bersama dengan pihak JAKOA di dalam proses penelitian bagi mewujudkan keanjalan silibus pengajaran dan fleksibel masa pembelajaran bagi perlaksanaan konsep Sekolah Komuniti Pedalaman Orang Asli bagi Orang Asli Seminomadik.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK MUSTAPA KAMAL BIN MOHD YUSOFF

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan berapakah kadar pengangguran di Malaysia bagi suku kedua 2019 dan adakah berlaku sebarang penurunan atau peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2018.

NO SOALAN: 41

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) 2018, tenaga buruh terdiri daripada penduduk bekerja dan penganggur yang berumur 15 hingga 64 tahun. Bilangan penganggur ialah seramai 516,600 orang daripada 15,526,800 orang tenaga buruh.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pertumbuhan ekonomi yang positif telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam negara ini. Ini merupakan salah satu faktor kadar pengangguran negara kekal rendah di bawah 4%. Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kadar pengangguran bagi suku pertama tahun 2019 adalah 3.3%. Negara dianggap telah mencapai guna tenaga penuh sekiranya kadar pengangguran adalah 4% dan kurang yang mana selari dengan definisi Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).

3. Kerajaan juga sedang dalam usaha untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi melalui peralihan industri rantaian bernilai tinggi. Langkah ini dapat meningkatkan permintaan kerja berkemahiran tinggi dan seterusnya mampu mengurangkan masalah pengangguran di kalangan belia/ graduan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk John Ambrose minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah sistem permohonan pekerja asing secara atas talian dapat membezakan keperluan industri dengan sebaik-baiknya sebelum sistem tersebut menolak permohonan atas talian pihak industri kerana tidak dapat mengisi ruang-ruang yang telah diwajibkan untuk diisi. Kadar penolakan adalah tinggi kerana pengusaha tidak dapat memenuhi keperluan dalam laman sesawang Kementerian.

NO SOALAN: 42

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Permohonan majikan untuk menggaji pekerja bukan warganegara adalah dengan menggunakan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) melalui laman web www.eppax.gov.my yang mana majikan perlu mengisi maklumat-maklumat dan memuatnaik dokumen-dokumen yang berkaitan dengan permohonan tersebut sebelum diperakukan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Seterusnya majikan juga perlu menghadiri temuduga melalui One Stop Centre (OSC) di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendapatkan kelulusan oleh agensi-agensi kawal selia mengikut kategori sektor pekerjaan yang ditelah ditetapkan.

2. Sistem ePPAx telah dibangunkan secara intraktif secara atas talian tanpa had untuk akses secara percuma bagi memenuhi keperluan majikan dari pelbagai sektor dan sub sektor untuk memohon perakuan JTK bagi menggajikan pekerja asing. Spesifikasi sistem tersebut telah menetapkan ruang atau medan-medan maklumat wajib yang berbeza mengikut jenis sektor perlu dilengkapkan oleh pihak majikan seperti permohonan untuk sektor pembuatan, perladangan, perkhidmatan, pertanian. Sebagai contohnya permohonan di sektor perladangan kelapa sawit, antara maklumat wajib ialah jumlah pekerja semasa, keluasan tanah dan memuatnaik lesen MPOB (tanah yang mengeluarkan hasil). Daripada

NO SOALAN: 42 maklumat ini, sistem dapat membuat pengiraan dengan tepat bilangan kelayakan pekerja asing yang boleh diperakukan oleh JTK.

3. Antara dokumen-dokumen wajib yang mesti disertakan oleh majikan semasa membuat permohonan ialah seperti sijil SSM, Lesen PBT, Kontrak perkhidmatan, penyata KWSP dan sebagainya. Selain dari dokumen wajib terdapat juga dokumen sokongan yang perlu disertakan berdasarkan keperluan Agensi Kawal Selia seperti lesen MITI bagi sektor perkilangan, geran tanah bagi sektor perladangan dan pertanian, kontrak kerja (letter award) bagi sektor pembinaan dan sub sektor pembersihan dan pencucian dan sebagainya. Semua dokumen-dokumen ini penting bagi menentu ketulenan atau kesahihan majikan, permohonan dan menentukan kuota kelayakan.

4. Oleh yang demikian, kegagalan majikan untuk mengisi atau tersilap memberi maklumat akan mengakibatkan sistem tidak boleh membuat kiraan kuota dan menyebabkan kebanyakan permohonan majikan terpaksa ditolak. Namun demikian, setiap permohonan yang ditolak, rayuan boleh dikemukakan secara atas talian dengan pembetulan di atas status permohonan yang ditolak dan mengisi maklumat-maklumat wajib. Semua maklumat yang diperlukan dilengkapkan seperti mana di Senarai Semak sebagai panduan majikan untuk melengkapkan proses permohonan.

NO SOALAN: 42

5. Dari tempoh Januari hingga Mei 2019, JTK telah memproses sebanyak 5,910 permohonan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,928 (33%) permohonan telah diperakukan. Manakala sebanyak 3,982 (67%) permohonan telah ditolak dengan pelbagai sebab antaranya kegagalan majikan untuk mematuhi undang-undang perburuhan, Garis Panduan Penginapan Pekerja, kegagalan mematuhi polisi, kriteria dan syarat, permohonan pembatalan serta maklumat tidak lengkap.

NO SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Kamarudin bin Abdun minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan Pakatan Harapan mendukung manifesto kebebasan bersuara namun pada masa yang sama bertanggung jawab menjaga sensitiviti dan keharmonian masyarakat majmuk memandangkan kes salah guna media sosial sehingga ke tahap menghina agama kian meningkat.

NO SOALAN: 43

JAWAPAN : YB SENATOR TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PERPADUAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL)

Yang di-Pertua,

Kerajaan akan memastikan keterlibatan segenap lapisan rakyat dan ketelusan dalam urus tadbir negara sebagai asas kepimpinan di bawah Malaysia Baharu demi menjadikan negara ini terus gemilang serta dihormati di persada antarabangsa. Teras-teras kejayaan negara harus sentiasa dipelihara dan dilindungi berpaksikan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Teras kejayaan negara berasaskan kepada kedamaian, kesejahteraan, perpaduan, kesetiaan kepada raja dan negara, semangat penerimaan tinggi dan semangat patriotisme jitu perlu dipelihara dan dimantapkan secara berterusan dalam kalangan rakyat negara ini.

Kerajaan Pakatan Harapan sememangnya komited dalam usaha untuk menjamin kebebasan bersuara rakyat Malaysia dan ini berdasarkan kepada apa yang terkandung di dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kita bersetuju bahawa Perlembagaan Persekutuan ini menjamin hak kebebasan bersuara. Walau bagaimanapun, seperti yang diamalkan di seluruh dunia, hak kepada kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak, dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada. Kerajaan berpandangan kebebasan untuk membincangkan topik secara terbuka dan berterus terang di media sosial perlu dibuat dengan cara yang berhemah dan tidak mencetuskan pergolakan sosial atau menjejaskan keselamatan negara.

NO SOALAN: 43

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan sentiasa komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana- mana pihak yang menggugat keselamatan, kestabilan dan keharmonian negara khususnya pihak yang menghina Institusi Diraja, etnik dan agama.

Peruntukan undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa PDRM adalah antara instrumen perundangan khusus yang digunapakai oleh pihak Kerajaan bagi menangani kesalahan atau penyalahgunaan yang berupa provokasi dan penghinaan terhadap Institusi Diraja, kaum dan agama.

Pendakwaan juga boleh dibuat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, berasaskan aduan yang diterima daripada masyarakat awam serta daripada pihak yang terkesan.

Satu jawatankuasa penguatkuasaan bersepadu iaitu Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM-MCMC serta dianggotai oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan SKMM telah ditubuhkan bagi menerajui gerak kerja dan tindakan dalam usaha memerangi jenayah siber secara lebih strategik dan tersusun, termasuklah bagi perkara melibatkan penghinaan terhadap Institusi Diraja, kaum dan agama.

Sungguhpun Kerajaan meraikan keterbukaan dan kebebasan bersuara, adalah penting kebebasan ini dipraktikkan dalam lingkungan undang- undang dan norma kehidupan masyarakat. Pada masa yang sama, agensi- agensi penguatkuasa juga akan bertindak tegas ke atas individu berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya mereka memanipulasikan prinsip kebebasan yang diberikan sehingga mencetuskan ketegangan dan merosakkan keharmonian masyarakat majmuk. Langkah ini bukan sama sekali bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara, tetapi untuk mengekalkan kesopanan dan

NO SOALAN: 43 mengelakkan ucapan berbaur hasutan serta sensitif yang boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap keselamatan negara dan juga perpaduan antara kaum. Justeru, kebebasan bersuara hendaklah digunakan dengan adil dan bijaksana serta dengan penuh tanggungjawab. Ia seharusnya memberi sumbangan kepada proses membina negara, memupuk keharmonian antara kaum, perpaduan nasional dan keselamatan negara dan bukannya mengganggu-gugat keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status prestasi dan kewibawaan Sistem 'My Procurement' dalam mengendali dan memberi informasi terkini perolehan kerja, perkhidmatan dan perundingan di semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan di seluruh negara hingga Jun 2019.

NO SOALAN: 44

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Portal MyProcurement merupakan suatu gerbang maklumat perolehan Kerajaan yang memberikan informasi berkaitan perancangan perolehan tahunan setiap Kementerian/Agensi, pengiklanan tender terkini yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian/Agensi, keputusan tender terkini dan senarai keputusan rundingan terus yang telah diluluskan.

Portal ini telah diwujudkan sejak 2016 untuk menyebarkan maklumat berkaitan perolehan Kerajaan secara lebih meluas kepada pengetahuan umum yang secara langsung meningkatkan ketelusan dalam pelaksanaan perolehan Kerajaan. Semua Agensi Kerajaan adalah diwajibkan untuk mengiklankan pelawaan tender tempatan melalui portal ini dan keputusan tender turut akan dimuat naik ke dalam portal ini. Berdasarkan data yang direkodkan, sebanyak 205 iklan tender yang telah diiklan melalui portal ini dalam tempoh 12 Jun 2019 hingga 12 Julai 2019.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kewangan sedang melaksanakan kerja-kerja naik taraf ke atas portal ini bagi menambah maklumat penting lain. Apabila penaiktarafan ini yang dijangka selesai pada penghujung tahun ini, portal ini akan memberikan informasi yang lebih komprehensif dan tepat berkenaan perolehan Kerajaan. Portal ini boleh dilayari melalui http://myprocurement.treasury.gov.my.

NO SOALAN: 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK SR HAJI HANAFI BIN MAMAT

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah pekerja yang terlibat di dalam "Voluntary Seperation Scheme" (VSS) dan "Mandatory Separation Scheme" (MSS) mengikut sektor sehingga suku kedua 2019 dan berapakah jumlah bagi keseluruhan tahun 2018.

NO SOALAN: 45

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Penstrukturan semula atau pengurangan pekerja adalah antara strategi yang di laksanakan oleh syarikat atau organisasi agar dapat lebih efektif dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan ekoran operasi syarikat yang tidak menjana keuntungan. Bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan terus berdaya saing langkah Voluntary Separation Scheme" (VSS) atau "Mandatory Separation Scheme" (MSS) merupakan alternatif yang dilaksanakan. Tindakan berkenaan membabitkan pemberhentian dan pengurangan jumlah pekerja.

2. Notifikasi yang direkodkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bilangan pekerja yang diberhentikan bagi sektor swasta pada tahun 2018 adalah seramai 23,168 orang pekerja yang melibatkan seramai 5,932 (25.6%) pemberhentian secara sukarela (VSS).

3. Dari jumlah ini, sektor yang mencatatkan jumlah pemberhentian tertinggi adalah Sektor Pembuatan iaitu seramai 11,254 pekerja di mana seramai 3,392 pekerja terlibat pemberhentian secara VSS. Sektor kedua tertinggi adalah Sektor Maklumat dan Komunikasi yang melibatkan seramai 1,997 pekerja di mana seramai 839 pekerja, Sektor Perdagangan Borong dan Runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal iaitu seramai 1,425 pekerja. Daripada jumlah ini, seramai 1,166 terlibat dengan pemberhentian.

NO SOALAN: 45

4. Pada tahun 2019 sehingga 31 Mei, seramai 16,569 orang pekerja terlibat dengan pemberhentian. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,253 (13.6%) pekerja terlibat dengan pemberhentian secara sukarela (VSS). Pekerja di Sektor Pembuatan yang melibatkan seramai 761 pekerja. Di Sektor Aktiviti Pentadbiran dan Khidmat Sokongan mencatatkan jumlah seramai 307 pekerja. Manakala Sektor Perdagangan Borong dan Runcit, seramai 52 pekerja terlibat dengan pemberhentian secara sukarela (VSS).

NO SOALAN: 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH

TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah status terkini bantuan kepada pertanian padi bukit di Semenanjung serta apakah persediaan pihak Kementerian menjelang pelaksanaan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang akan dilaksanakan pada Ogos ini, khususnya dari aspek jaringan pengangkutan dan proses distribusi.

NO SOALAN: 46

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pesawah di Semenanjung termasuk pesawah yang mengusahakan tanaman padi bukit menerima bantuan subsidi dan insentif subsektor padi dan beras seperti Insentif Benih Padi Sah (IBPS), Skim Baja Padi Kerajaaan Persekutuan (SBPKP), Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP).

Bagi pesawah padi bukit di Sabah dan Sarawak, Kementerian Kewangan telah meluluskan sejumlah RM44 juta sebagai peruntukan bagi tahun 2019 untuk Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB). Ketika ini, pihak Kerajaan sedang berusaha untuk mengadakan rundingan terus dengan pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tujuan perbekalan baja dan racun tersebut berikutan kesuntukan masa untuk melaksanakan tender terbuka selepas kelulusan peruntukan tersebut diperoleh daripada Kementerian Kewangan.

Hal sedemikian memandangkan musim penanaman di Sabah dan Sarawak difahamkan akan bermula mulai bulan Ogos ini. Selain itu, NAFAS juga telah mempunyai pengalaman daripada segi mekanisme dan jaringan pengedaran yang memungkinkan segala urusan perbekalan dilaksanakan dengan segera sebelum musim penanaman bermula.

Ketika ini, pihak Kementerian telah membangunkan dan menggunapakai Manual Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit / Huma di Sabah dan Sarawak bagi tujuan pengendalian dan pengedaran bantuan baja dan racun di bawah Skim SBRPB. Antara lainnya manual ini menggariskan

NO SOALAN: 46 fungsi dan peranan semua agensi yang berkaitan SBRPB, serta kaedah pemesanan, pengedaran dan penerimaan bantuan input bagi memastikan bantuan ini dapat diberikan secara berkesan dan sampai kepada kumpulan sasar sepertimana sepatutnya.

Pihak NAFAS juga sedia maklum akan pengurusan dan pengedaran bantuan input pertanian seperti baja cecair, baja urea dan racun rumpai dalam skim SBRPB untuk dibekalkan kepada pesawah padi bukit di Sabah dan Sarawak menjelang Ogos 2019.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THAGARASU

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terbaharu dalam inkues kematian wira negara, Allahyarham Muhammad Adib dalam rusuhan yang tercetus di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield.

NO SOALAN: 47

JAWAPAN : YB DATUK LIEW VUI KEONG MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Perbicaraan inkues telah selesai pada 17 Julai 2019 setelah tiga puluh orang saksi memberikan keterangan. Mahkamah telah menetapkan sebutan kes pada 24 Julai 2019 untuk memutuskan sama ada atau tidak terdapat keperluan untuk memanggil pakar forensik bebas (“independent forensic expert”) sebagai saksi untuk memberikan keterangan atau menutup prosiding inkues dan membuat keputusan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Paul Igai minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah peranan Kerajaan Persekutuan dalam projek pembinaan lapangan terbang baru di Tunoh Daerah Bukit Mabong, Kapit, Sarawak.

NO SOALAN: 48

JAWAPAN

Yang Dipertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, kuasa untuk menubuhkan atau menyenggarakan sesuatu aerodrom atau membenarkan mana-mana syarikat untuk menubuhkan, menyenggarakan dan mengendalikan sesuatu aerodrom adalah kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 5 Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3].

2. Dalam hubungan ini, sebarang pembangunan aerodrom perlu mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak boleh mencadangkan keperluan pembinaan mana-mana aerodrom kepada Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan.

3. Berkaitan pembinaan lapangan terbang baru di Tunoh Daerah Bukit Mabong, Kapit, Sarawak, Kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Awam (MAVCOM) sedang meneliti cadangan pembinaan lapangan terbang baharu berdasarkan keperluan dan keutamaan serta potensi pembangunan kawasan tersebut. MAVCOM melalui kajiannya pada 2017 juga telah mengenal pasti laluan-laluan baru di bawah perkhidmatan udara luar bandar (rural air services – RAS) di mana pelaksanaan pembangunan di laluan-laluan ini adalah berkait rapat dengan pembangunan lapangan/padang terbang di kawasan-kawasan tersebut.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN KHAIRUL AZWAN BIN HARUN

TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Kerajaan Pakatan Harapan dipilih oleh rakyat supaya mengurangkan hutang negara, tetapi mengapakah Kerajaan terus menerus meningkat hutang negara sehingga RM800 bilion pada hari ini berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017.

NO SOALAN: 49

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Secara keseluruhan, hutang dan liabiliti kerajaan adalah berjumlah RM1.1 trilion, atau sekitar 75% berbanding Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2018. Jumlah ini mengambil kira hutang langsung kerajaan, komitmen jaminan yang ditanggung dan dibiayai oleh Kerajaan, serta liabiliti lain termasuk bayaran pajakan kewangan (finance lease) dan hutang syarikat 1MDB. Kedudukan hutang dan liabiliti kerajaan untuk tahun 2018 telah turun sebanyak 4 mata peratusan daripada 79% pada tahun 2017.

2. Kedudukan hutang langsung Kerajaan Persekutuan yang dikawal selia di bawah akta-akta pinjaman iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637], Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403], dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188] adalah sebanyak 51% KDNK pada akhir-2018, iaitu kekal di bawah paras 55% daripada KDNK.

3. Komitmen jaminan yang ditanggung dan dibiayai Kerajaan adalah sebanyak 9% berbanding KDNK bagi akhir tahun 2018. Ia terdiri daripada tanggungan hutang sebahagian syarikat berkaitan Kerajaan yang menerima Jaminan Kerajaan bagi melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan awam dan utiliti.

4. Bayaran pajakan kewangan dan liabiliti lain seperti 1MDB pula adalah sebanyak 15% berbanding KDNK pada akhir 2018.

NO SOALAN: 49

Tuan Yang di-Pertua,

5. Bagi hutang langsung kerajaan, peningkatannya adalah disebabkan keperluan Kerajaan membiayai defisit belanjawan tahunan yang mana pinjaman dibuat untuk menampung belanja pembangunan. Pada akhir- 2018, hutang langsung kerajaan adalah berjumlah RM741.0 bilion atau 51.2% daripada KDNK, lebih tinggi berbanding RM686.8 bilion atau 50.1% daripada KDNK pada akhir-2017. Peningkatan sebanyak RM54.2 bilion adalah bagi membiayai defisit pada tahun 2018.

6. Bagi komitmen jaminan yang dibuat oleh syarikat berkaitan Kerajaan pula, ia adalah bagi melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan awam dan utiliti terutamanya untuk membiayai projek pengangkutan awam seperti East Coast Rail Link (ECRL), sistem transit aliran massa 2 (MRT2) dan transit aliran ringan 3 (LRT3) serta Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Ini adalah untuk membiayai projek infrastruktur sedia ada dan bukan merupakan projek baharu.

NO SOALAN: 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ KESAVADAS A/L A/ACHYUTHAN NAIR TARIKH : 22 JULAI 2019

DATO’ KESAVADAS A/L A/ACHYUTHAN NAIR minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja di hospital-hospital awam. Mungkin Kementerian boleh menyemak cadangan ini dengan melihat kepada tanda aras (bench marking) perkhidmatan-perkhidmatan di negara lain dan mewujudkan badan audit bebas untuk melihat perkara ini.

NO SOALAN: 50

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Secara umumnya, rawatan dan perkhidmatan kesihatan di Malaysia bagi sektor Kerajaan ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital-hospital Universiti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta perkhidmatan kesihatan bagi anggota tentera dan keluarga di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF). KKM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian lain dalam mengoptimumkan pengunaan sumber termasuklah penggunaan tenaga kerja selari dengan perancangan kesihatan dan keperluan negara.

Sebagai contoh, KKM dalam usaha meningkatkan bilangan Pakar Perubatan dengan membuka lebih banyak slot latihan pasca siswazah. Bagi memastikan khidmat pengawai kesihatan tidak terjejas, di samping menjalani latihan, mereka turut memberi perkhidmatan di hospital universiti berkenaan.

Pada masa yang sama, tenaga pengajar dari hospital universiti turut memberikan perkhidmatan di fasiliti KKM. Sebagai contoh, tenaga pengajar UPM di Hospital Serdang dan tenaga pengajar UiTM di Hospital Selayang. Selain daripada itu, MINDEF turut bekerjasama dengan KKM dalam memberikan perkhidmatan terutamanya ketika bencana dan latihan. Bagi KKM sendiri, pengoptimaan tenaga kerja turut dijalankan melalui inisiatif hospital kluster lawatan Pakar dan klinik bergerak. Pengoptimaan tenaga kerja di KKM juga turut melibatkan sektor swasta iaitu sebagai contoh, sesi lokum penjagaan pesakit luar KKM adalah dibuka kepada doktor swasta dan pada masa yang sama, anggota KKM turut diberi peluang menjalankan sesi lokum di fasiliti swasta.

NO SOALAN: 50

Antara inisiatif lain yang dijalankan bagi memastikan tenaga kerja yang sedia ada adalah di paras optima, KKM telah melaksanakan kajian semula norma tenaga pekerja di hospital, klinik kesihatan serta klinik pergigian dan dibandingkan dengan beban kerja di fasiliti kesihatan KKM menggunakan metodologi yang dibangunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jumlah perjawatan yang telah diwujudkan adalah berdasarkan norma perjawatan dan norma perkhidmatan standard mengikut kategori fasiliti kesihatan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membangunkan dasar khusus bagi membangunkan lelaki sebagai ketua keluarga dan wali yang bertanggungjawab menguruskan kebajikan dan nafkah keluarga.

NO SOALAN: 51

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Malaysia secara prinsipnya mengamalkan konsep PATRIAKI dalam sistem sosialnya di mana lelaki merupakan ketua keluarga yang bertindak sebagai nakhoda di dalam sesebuah institusi keluarga. Peranan ini merupakan satu fungsi yang bersifat sejagat atau universal dan ia merentasi agama dan budaya.

Dalam konteks Islam, para bapa diwajibkan untuk menjadi ketua keluarga dengan menyediakan nafkah, mendidik anak-anak dan menyediakan keperluan asas keluarga daripada aspek rohani, jasmani serta mental.

Kementerian pada masa ini tidak berhasrat untuk membangunkan satu dasar khusus bagi lelaki untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga. Ini kerana usaha untuk mengutamakan keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio- ekonomi bagi melahirkan generasi berkualiti telah digariskan dalam Dasar Keluarga Negara (DKN) yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Disember 2010. Dasar ini bertujuan membangunkan keluarga yang sejahtera, sihat dan berdaya tahan untuk memastikan kestabilan sosial. DKN dilengkapi dengan Pelan Tindakan Keluarga Negara (PTDKN) bagi memperincikan tindakan yang perlu diambil oleh Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, NGO, ahli akademik, sektor swasta dan anggota masyarakat. Tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan ini adalah dari tahun 2010 hingga 2020.

NO SOALAN: 51

Di samping itu, pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan terus melaksanakan program dan perkhidmatan pendidikan kekeluargaan kepada masyarakat dengan mengambil kira penglibatan golongan bapa. Pada tahun 2019, LPPKN telah memperkenalkan satu inisiatif baru untuk kaum lelaki yang dikenali sebagai MEN’s Programme. Program ini bermatlamat bagi meningkatkan penglibatan kaum bapa dalam bidang ekonomi, memberi pendidikan kekeluargaan dan pengetahuan tentang kesihatan reproduktif. Inisiatif ini akan melibatkan tiga program iaitu MyPapaCare, Seminar Kepimpinan

Lelaki dan SRH For Boys dengan penglibatan NGO melalui konsultasi bersama NGO bagi permohonan dasar bajet kepada Kerajaan.

NO SOALAN: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ABIDULLAH BIN SALLEH TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana tindakan Kerajaan dalam menangani masalah laporan tuduhan jenayah seksual terutamanya yang melibatkan seks luar tabii yang berlaku dalam kalangan anggota Kerajaan supaya tidak melunturkan imej Kerajaan.

NO SOALAN: 52

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa mempunyai pendirian yang tegas dalam semua isu termasuk isu jenayah seksual di kalangan anggota Kerajaan.

2. Dalam perkara ini, sekiranya terdapat bukti yang kukuh seseorang individu telah melakukan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, individu tersebut akan dikenakan tuduhan mengikut peruntukan undang- undang semasa. Dengan itu, prinsip rule of law akan dipastikan dipatuhi agar sebarang tindakan yang diambil dibuat dengan adil, berlandaskan teras integriti. Ini bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan dengan sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan terkini kerja-kerja pemetaan "hazard" banjir di seluruh negara dan sejauh mana data ini dapat mengurangkan nilai kerugian rakyat apabila menghadapi musibah banjir kilat luar jangka.

NO SOALAN: 53

JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman, sehingga kini Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah membangunkan 39 Peta Hazard Banjir di seluruh negara.

Peta Hazard Banjir adalah satu peta yang dihasilkan daripada permodelan hidrodinamik yang menunjukkan kedalaman dan keluasan banjir yang paling kritikal bagi sesuatu kawasan dengan mengambil kira input hidrologi (data hujan) sehingga ke tahap ekstrem.

Bagi mengurangkan masalah banjir luar jangka, kegunaan utama Peta Hazard Banjir ini adalah untuk Penilaian Risiko Banjir yang terdiri daripada: i) Perancangan Projek-projek Tebatan Banjir yang mana Kerajaan boleh mengambil langkah struktur (structural approach) bagi membina sistem kawalan banjir yang optimum dari segi teknikal, ekonomi, sosial dan persekitaran bagi kawasan yang berisiko tinggi; ii) Sebagai panduan perancangan gunatanah oleh Kerajaan Negeri bagi mengelakkan kawasan dataran banjir dibangunkan sebagai kawasan penempatan; dan iii) Dapat mengenalpasti kawasan-kawasan yang dilanda banjir beserta kedalaman banjir tersebut yang boleh dijadikan panduan kepada Agensi Pengurusan Bencana sebagai langkah awal menghadapi banjir.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID TARIKH : 22 JULAI 2019

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapa Jawatankuasa Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dijadikan sebagai sebuah pertubuhan memandangkan kewangan PDK bergantung kepada geran Kerajaan. Sekiranya ia diteruskan bolehkah Kerajaan memastikan geran untuk mereka setiap tahun mencukupi dan gaji tenaga pengajar dipertingkatkan sesuai dengan kelayakan akademik yang mereka miliki.

NO SOALAN: 54

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 1984 yang dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menurut WHO Program PDK didefinisikan sebagai satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan intergrasi sosial OKU melalui pendekatan multisektoral dengan penglibatan aktif OKU, keluarga, dan masyarakat setempat dengan di sokong oleh agensi kerajaan, swasta dan pemimpin tempatan dalam perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial menggunakan sumber tempatan.

Pada masa ini terdapat sebanyak 556 buah pusat PDK yang beroperasi di seluruh negara, yang memberi manfaat kepada 19,779 OKU melibatkan 3,305 orang penyelia dan petugas di bawah pengurusan dan pentadbiran Jawatankuasa PDK.

Mulai Mei 2017, tujuh buah PDK baharu menjadi perintis kepada permulaan pendaftaran Jawatankuasa Program PDK kepada Pertubuhan PDK. Manakala sehingga 2018, sebanyak 554 buah PDK sedia ada telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Arahan ini mengambilkira pandangan dan nasihat Penasihat Undang- Undang bagi memastikan PDK berdaftar dan memudahkan agihan peruntukan Kerajaan mengikut peraturan kewangan sediaada.

NO SOALAN: 54

Tuan Yang di-Pertua,

Jawatankuasa Program PDK dijadikan sebagai sebuah Pertubuhan PDK yang berdaftar dengan JPPM adalah untuk menjadikan PDK sebagai Legal Entity yang memudahkan pihak Kementerian dan Jabatan membuat pemantauan dari aspek pengurusan, pentadbiran, kewangan dan operasi Program PDK. Usaha seumpama ini juga akan dapat menghasilkan sistem pemantauan yang lebih cekap dan berkesan serta dapat meningkatkan intergriti dalam pengurusan kewangan.

Bantuan Kewangan berbentuk Geran PDK diagihkan bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO dalam program dan khidmat kebajikan. PDK juga merupakan salah satu rakan kongsi Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlukan, di samping perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan selaras dengan Subseksyen 33 (4), Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] memperuntukkan bahawa yang mana ‘pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk menggalakkan dan mengukuhkan program rehabilitasi berasaskan komuniti untuk menyediakan intervensi awal, rehabilitasi dan latihan bagi orang kurang upaya dalam komuniti mereka sendiri melalui penyertaan aktif komuniti.

NO SOALAN: 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Lim Pay Hen minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah sebarang surat cara, kontrak, perundangan yang ditandatangani oleh seorang Menteri atau Timbalan Menteri sebelum tarikh pewartaan Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 2019 (P.U.(A)132) diperakui penguatkuasaannya di bawah Seksyen 4, Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 (Akta 2).

NO SOALAN: 55

JAWAPAN:

1. Pelantikan Jemaah Menteri yang terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43 dan 43A Perlembagaan Persekutuan manakala fungsi Menteri dan Timbalan Menteri ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 [Akta 2] dan diberitahukan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

2. Sehubungan dengan itu, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2019 [P. U. (A) 132/2019] telah disiarkan dalam Warta pada 14 Mei 2019 untuk memberitahu nama jawatan dan fungsi Menteri dan Timbalan Menteri dan tarikh pewartaan 14 Mei 2019 itu tidak menyentuh sama ada pelantikan mahupun kuat kuasa pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri.

3. Oleh yang demikian tarikh pewartaan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2019 tidak menyentuh kesahan apa-apa surat cara, kontrak dan perundangan yang ditandatangani oleh Menteri dan Timbalan Menteri kerana Menteri dan Timbalan Menteri telah dilantik sewajarnya sebelum tarikh pewartaan Perintah itu.

4. Sebagai tambahan, berikutan penyusunan semula agensi dan fungsi Kementerian sebagaimana yang diberitahu dalam Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2019 pertukaran nama Kementerian dan nama jawatan Menteri dan pemindahan fungsi dan

NO SOALAN: 55 tanggungjawab Menteri perlu dibuat juga kepada perundangan yang disentuh oleh pertukaran nama dan pemindahan fungsi itu.

5. Bagi maksud itu kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] dicadangkan untuk diperluaskan untuk membolehkan pindaan kepada nama Kementerian dan nama jawatan Menteri yang telah ditukar dan fungsi serta tanggungjawab Menteri yang telah dipindahkan dibuat melalui cetakan semula perundangan yang terlibat. Rang Undang-Undang bagi meminda Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 untuk meluaskan kuasa cetakan semula Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang yang dimaksudkan itu telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 18 Julai 2019 dan seterusnya akan dibentangkan untuk kelulusan Dewan Negara pada Mesyuarat yang sedang berlangsung.

6. Dengan ini isu kesahan surat cara, kontrak dan perundangan yang ditandatangani oleh Menteri atau Timbalan Menteri sebelum tarikh pewartaan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2019 pada 14 Mei 2019 tidak berbangkit dan surat cara, kontrak dan perundangan tersebut adalah teratur.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' ONG CHONG SWEN TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian akan mempertingkatkan mekanisme pemantauan kandungan dalam kontena apabila banyak kontena sisa plastik masuk melalui pelabuhan.

NO SOALAN: 56

JAWAPAN

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini pemantauan kandungan dalam kontena dibuat melalui penilaian risiko terhadap pengimport-pengimport berdasarkan rekod pengimportan dan juga penggunaan mesin pengimbas yang ditempatkan di pintu-pintu masuk negara.

JKDM bersama agensi-agensi lain seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Pihak Berkuasa Pelabuhan akan sentiasa bekerjasama dalam mempertingkatkan mekanisme pemantauan khususnya dalam mengesan kemasukan kontena dagangan sisa plastik import yang tidak mempunyai permit atau dagangan yang dibawa masuk melalui pengikraran palsu (false declaration).

NO SOALAN: 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perkembangan dan usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi memastikan mobiliti graduan menjadi salah satu agenda Komuniti Ekonomi ASEAN dalam membantu graduan meneroka peluang dan pengalaman pekerjaan di negara-negara ASEAN yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan.

NO SOALAN: 57

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Program mobiliti di bawah agenda Komuniti Ekonomi ASEAN lebih memfokuskan kepada golongan pekerja mahir dan para profesional. Penglibatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di peringkat ASEAN di dalam bidang pendidikan lebih tertumpu kepada mobiliti pelajar yang merangkumi program pertukaran pelajar, pemindahan kredit, jaminan kualiti, penilaian akreditasi serta rujukan kelayakan institusi pendidikan tinggi dan sebagainya. Pada masa ini, usaha masih lagi diteruskan bagi menyelaras pengiktirafan kelayakan universiti di rantau ASEAN.

Di bawah ASEAN Work Plan on Education 2016-2020, antara bidang keutamaan yang digariskan termasuklah untuk meningkatkan Program Pengajian ASEAN dan kursus di peringkat pendidikan tinggi secara atas talian dan melalui program mobiliti merentasi sempadan. ASEAN Work Plan on Education 2016-2020 turut menekankan kerjasama mobiliti di dalam bidang TVET serta menggalakkan kerjasama di antara universiti dan industri.

Antara program mobiliti yang melibatkan penyertaan Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa termasuklah ASEAN International Mobility for Students (AIMS) Program, University Mobility for Asia and the Pacific (UMAP) dan Asia-Europe Institute (AEI) - Asia-Europe Meeting (ASEM) Summer School.

NO SOALAN: 57

Program AIMS dilihat sebagai satu platform yang dapat merealisasikan usaha kerajaan untuk menjadi hab pendidikan antarabangsa sepertimana yang telah digariskan di dalam Lonjakan 8: Keunggulan Global; Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2011-2025 (Pendidikan Tinggi). Ia dapat meningkatkan keupayaan institusi pendidikan tinggi sebagai hos pelajar di samping dapat meningkatkan mutu keseluruhan program akademik dan kepakaran melalui penyediaan kemudahan, perkhidmatan dan penawaran program akademik yang berkualiti bagi menarik minat dan memperkayakan pengalaman pelajar Malaysia yang mengikuti program AIMS di luar negara dan pelajar antarabangsa yang mengikuti program AIMS di Malaysia.

Sehingga tahun 2018, Malaysia telah menghantar seramai 1,026 orang pelajar Malaysia ke luar negara dan seramai 1,051 orang pelajar antarabangsa telah datang ke Malaysia bagi mengikuti program AIMS dengan perkongsian pembiayaan bersama-sama negara terlibat.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Razali bin Idris minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) amalan menentukan tarikh pilihan raya umum adalah dari ilham Perdana Menteri, apakah SPR tidak bercadang untuk mengambil alih urusan tersebut serta menetapkannya setiap lima tahun; dan

(b) adakah SPR bersedia untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya khususnya Negeri Terengganu yang pengundinya melebihi 100 ribu setiap parlimen menjelang PRU15.

NO SOALAN: 58

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Perlembagaan Persekutuan dan kesemua Undang-Undang Tubuh Negeri telah memperuntukkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tempoh enam puluh (60) hari selepas Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau sesuatu kekosongan luar jangka untuk menjalankan pilihan raya. SPR selepas kekosongan itu dimaklumkan oleh Yang di- Pertua Dewan Rakyat atau Speaker DUN akan mengadakan Mesyuarat Khas SPR bagi menentukan tarikh-tarikh penting pilihan raya di mana pemakluman mengenai tarikh-tarikh tersebut juga akan dibuat. Penentuan tarikh pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPR dan bukannya melalui ilham atau keputusan dari YAB Perdana Menteri.

2. Kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima cadangan-cadangan penambahbaikan daripada pelbagai pihak termasuklah cadangan untuk menetapkan tarikh pilihan raya bagi sesuatu pilihan raya umum. Berhubung dengan perkara ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan kerjasama dengan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya Malaysia (Electoral Reform Committee - ERC) bagi meneliti dan memperhalusi cadangan tersebut.

NO SOALAN: 58

3. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, urusan Kajian Semula Persempadanan bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah selesai dijalankan pada tahun 2018. Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kajian semula persempadanan boleh dimulakan melalui dua kaedah iaitu, pertama apabila berlaku pindaan undang-undang ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Ahli DUN (ADUN). Manakala, kaedah yang kedua pula adalah tamat lat tempoh sekurang- kurangnya 8 tahun daripada tarikh siap kajian semula persempadanan sebelumnya.

4. Dalam hal ini, lat tempoh 8 tahun bagi Kajian Semula Persempadanan bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu akan berakhir pada tahun 2026. Ini menunjukkan bahawa lat tempoh tersebut akan berakhir selepas pilihan raya umum akan datang yang dijangka akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2023.

5. Oleh yang demikian, sekiranya kajian semula persempadanan hendak dilaksanakan, Kerajaan perlu meminda peruntukan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan lat tempoh minimum suatu kajian semula persempadanan atau meminda Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan berkaitan komposisi Ahli Dewan Rakyat. Kedua-dua pindaan undang-undang ini perlu mendapat persetujuan 2/3 daripada jumlah Ahli Dewan Rakyat. Sekiranya urusan Kajian Semula Persempadanan bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dijalankan pada masa akan datang, SPR akan

NO SOALAN: 58

mempertimbangkan semula persempadanan Negeri Terengganu supaya perwakilan yang lebih adil dapat diwujudkan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah sebab Malaysia harus mengimport plastik dari negara barat untuk industri plastik tempatan.

NO SOALAN: 59

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, kekurangan sumber skrap plastik (plastic scrap) yang bersih dan berkualiti tinggi menyebabkan adanya keperluan untuk mengimport bahan ini oleh industri kitar semula tempatan. Pada masa ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya membenarkan pengimportan dari negara- negara maju kerana skrap plastik tersebut telah melalui proses pengasingan mengikut jenis plastik terlebih dahulu. Justeru, kualiti skrap plastik tersebut lebih baik, homogen (homogeneous) dan mudah diproses.

2. Selain itu, terdapat permintaan dari pengusaha kitar semula tempatan ke atas sesetengah jenis skrap plastik yang berkualiti tinggi dan bersih seperti acrylonitrile butadiene styrene (ABS) lumps, polyethylene (PE) film dan polyethylene terephthalate (PET) lumps di mana kebiasaannya hanya boleh diperolehi dari negara seperti Jepun dan negara timur tengah seperti Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK SAMBANTHAN A/L MANICKAM TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Sambanthan A/L Manickam minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang peletakan jawatan kepimpinan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Adakah ia merujuk kepada kegagalan MITRA itu sendiri dalam membantu masyarakat kaum India.

NO SOALAN: 60

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018, peralihan kuasa dan anjakan tadbir urus kerajaan telah memberikan rasional untuk membawa wajah baru kepada unit yang ditubuhkan khas untuk melihat kepada kesejahteraan masyarakat India Malaysia. Unit khas program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 telah dirombak dan dijenamakan semula sebagai Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Penjenamaan semula unit tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun ini di bawah kepimpinan bekas Ketua Pengarah MITRA, Tuan S. Letchumanan Shanmugam.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, kepimpinan tertinggi MITRA terdiri daripada pegawai tetap iaitu Ketua Pengarah (1) dan Pengarah (5) Seksyen yang terdiri daripada penjawat awam. Kesemua pegawai tersebut dipilih berdasarkan cadangan dan sokongan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan kredibiliti mereka.

3. Walau bagaimanapun, Tuan S. Letchumanan Shanmugam telah menyatakan hasratnya untuk memendek perkhidmatan atas alasan peribadi.

NO SOALAN: 60

4. Sebagai Menteri yang dipertanggungjawab untuk menyelia Unit ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, saya menghormati dan menyokong keputusan beliau. Oleh yang demikian, kini beliau kembali bertugas bersama perkhidmatan awam, JPA. Justeru, bakal Ketua Pengarah yang baru akan dikenalpasti dan dilantik oleh JPA dan SPA dalam masa yang terdekat.

Sekian, Terima Kasih.

NO SOALAN: 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR. NUING JELUING TARIKH : 22 JULAI 2019

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah bilangan pelajar yang meminjam dari PTPTN dan berapakah bilangan penghutang yang tidak pernah membayar balik. Berapakah baki yang belum dibayar oleh peminjam. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut dan tahap kejayaan langkah- langkah tersebut. Adakah terdapat rancangan masa depan untuk peminjam melangsaikan hutang PTPTN.

NO SOALAN: 61

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sehingga Jun 2019, seramai 3,056,845 orang telah diluluskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bagi tempoh yang sama, seramai 363,537 orang peminjam yang patut bayar balik, masih belum pernah membuat bayaran balik, yang melibatkan tunggakan sebanyak RM2.91 bilion.

Di bawah pelaksanaan dasar sedia ada, antara strategi kutipan balik yang dilaksanakan adalah:

i. Potongan gaji mandatori bagi kakitangan awam; ii. Pengeluaran caruman akaun kedua KWSP bagi bayaran balik pinjaman; iii. Pengemaskinian rekod bayaran balik peminjam di CCRIS Bank Negara Malaysia; iv. Penyediaan pelbagai saluran/kaedah bayaran balik; dan v. Pembukaan cawangan PTPTN di seluruh negara.

Walaupun pelbagai pendekatan serta strategi dilaksanakan, masih ramai peminjam mengambil sikap untuk tunggu dan lihat, serta bertangguh daripada melaksanakan tanggungjawab membuat bayaran balik pinjaman mereka.

NO SOALAN: 61

Untuk strategi dan dasar baharu bayaran balik PTPTN, proses konsultasi rakyat telah dilaksanakan melalui penerbitan Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) mulai 16 Mei sehingga 13 Jun 2019. Dapatan daripada KKR akan diperhalusi oleh satu Panel Penasihat Khas bagi mengenal pasti cadangan terbaik yang akan digunakan sebagai mekanisme pembayaran balik PTPTN, seterusnya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Lee Tian Sing minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah keberkesanan Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4) dalam memperkukuhkan keselamatan siber negara daripada sebarang serangan siber dari luar dan apakah bentuk ancaman siber yang sering dan berpotensi untuk dihadapi Malaysia pada hari ini.

NO SOALAN: 62

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (National Cyber Coordination and Command Centre - NC4) telah dibangunkan sebagai pusat pemantauan dan penyelarasan bagi menangani sebarang insiden dan serangan siber melibatkan agensi/ organisasi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (Critical National Information Infrastructure - CNII) yang merangkumi sektor awam dan swasta. CNII merujuk kepada sistem kritikal yang merangkumi aset maklumat (elektronik), rangkaian, fungsi, proses, kemudahan dan perkhidmatan dalam persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (information and communication technology - ICT) yang penting kepada negara di mana sebarang gangguan atau kemusnahan ke atasnya boleh memberi impak kepada pertahanan dan keselamatan negara, kestabilan ekonomi negara, imej negara, keupayaan Kerajaan untuk berfungsi, kesihatan dan keselamatan awam.

2. Sehingga kini, NC4 berupaya melaksanakan peranannya dengan baik melalui tindakan penyelarasan tindakbalas semasa insiden siber dan mengeluarkan amaran dan panduan (advisory) kepada agensi terbabit serta menyediakan langkah-langkah pencegahan dan perlindungan bagi menangani serangan siber kepada semua agensi CNII. Selain itu, NC4 juga menyediakan perkhidmatan sokongan pakar teknikal di lapangan serta konsultasi berkaitan pengurusan insiden siber bagi meningkatkan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan agensi CNII.

NO SOALAN: 62

3. Antara bentuk ancaman siber yang sering dan berpotensi berlaku di negara ini adalah seperti berikut:

a. Serangan virus – melibatkan virus yang diketahui (known) dan tidak diketahui (unknown);

b. Eksploitasi kelemahan (exploitation of vulnerability) ke atas peralatan komputer, rangkaian serta peranti-peranti lain;

c. Penggodaman (hacking) terutamanya melibatkan web defacement iaitu pengubahan paparan sebenar laman web;

d. Serangan Distributed Denial of Service (DDoS) – suatu bentuk serangan yang melumpuhkan sesebuah aplikasi atau laman web agar tidak boleh diakses oleh pengguna lain;

e. insiden pencerobohan untuk tujuan mencuri maklumat terutamanya melibatkan ancaman dalaman;

f. serangan Advanced Persistent Threat (APT) iaitu sejenis serangan menggunakan teknik termaju bagi tujuan mencuri maklumat atau menggangu sistem. Serangan ini mensasarkan agensi-agensi Kerajaan yang berprofil tinggi serta agensi CNII yang lain dengan motif untuk mendapatkan maklumat terperingkat; dan

NO SOALAN: 62

g. Ancaman supply chain security merujuk kepada serangan terhadap agensi CNII melalui pembekal atau penyedia perkhidmatan.

4. Sepanjang pewujudannya, NC4 telah berjaya melaksanakan peranannya dengan efektif dalam mengurangkan risiko serangan siber melibatkan agensi CNII. Walau bagaimanapun, keupayaan dan kemampuan NC4 perlu ditambahbaik selaras dengan perkembangan teknologi siber yang terkini serta senario trend ancaman siber yang semakin mencabar.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD

NORDIN TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang diambil Kerajaan Malaysia bagi kes pendakwaan suspek penjenayah MH17 pada Mac 2020 oleh Kerajaan Belanda.

NO SOALAN: 63

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia tetap komited terhadap proses pendakwaan yang akan dilaksanakan oleh Joint Investigation Team (JIT) dan akan sentiasa memastikan bahawa proses itu telus, boleh dipercayai dan berkesan.

2. Sebagai ahli JIT, Malaysia memberi sokongan dan komitmen kepada negara Belanda untuk menerajui pelaksanaan pendakwaan nasional terhadap jenayah ini mengikut sistem perundangan negaranya.

3. Malaysia juga akan turut memastikan pendakwaan yang akan dilakukan mestilah berdasarkan bukti dan fakta yang sahih serta tidak bermotifkan politik.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 64

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Aknan Ehtook minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan badan atau unit khusus mengenai hal ehwal masyarakat Siam untuk memberikan perhatian yang lebih tertumpu dalam membantu membangunkan masyarakat Siam yang masih ketinggalan dari pelbagai aspek.

NO SOALAN: 64

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk melaksanakan janjinya kepada rakyat terutama dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira kaum di negara ini terpelihara.

Pada masa ini, Kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan badan atau unit khusus untuk masyarakat Siam. Namun begitu, ia tidaklah bermaksud komuniti tersebut diabaikan. Sebagai warganegara, segala hak dan kebebasan setiap warganegara adalah kekal terjamin seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Selaras dengan konsep Kemakmuran Bersama atau Shared Properity yang diperkenalkan Kerajaan, usaha bersepadu akan ditumpukan agar semua lapisan rakyat yang berbilang kaum dapat bersama-sama mengecapi nikmat kemajuan negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan bagi golongan yang tiada taraf kewarganegaraan di Malaysia dan jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang diterima setakat ini mengikut kategori Perkara 15(1), Perkara 15(2), Perkara 15A, Perkara 16 dan Perkara 19.

NO SOALAN: 65

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai rekod mengenai individu tanpa kewarganegaraan (stateless) di Malaysia kerana pendaftaran kelahiran di JPN akan merekodkan seseorang individu dengan taraf sama ada Warganegara atau Bukan Warganegara. Perekodan taraf kewarganegaraan adalah berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran. Kaedah perekodan tersebut adalah selaras dengan peruntukan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Citizenship Rules 1964 [LN82/1964] serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, kesahtarafan anak, peraturan imigresen dan lain-lain. Ibu bapa dan penjaga kepada individu yang bertaraf Bukan Warganegara bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan kewarganegaraan, dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal bagi mengelakkan ketiadaan dokumen pengenalan diri, keberadaan tidak sah di Malaysia dan seterusnya disalah anggap sebagai tidak memiliki kewarganegaraan dari mana-mana negara (stateless).

Berhubung dengan jumlah permohonan kewarganegaraan pula, dari tahun 2015 sehingga 2018, JPN telah menerima sebanyak 60,283 permohonan. Perincian mengikut kategori pemerolehan kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah seperti mana berikut:

NO SOALAN: 65

Kategori Pemerolehan Perkara Jumlah (Permohonan) Kewarganegaraan Pendaftaran 15(1) 11,680 15(2) 6,041 15A 25,761 16 1,947 Penaturalisasian 19 14,854 Jumlah Keseluruhan (Permohonan) 60,283

NO SOALAN: 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI MUHAMAD BIN MUSTAFA TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sikap dan pendirian Kerajaan terhadap situasi di Uighur dan adakah pandangan Dr. Mujahid Yusof merupakan pandangan rasmi Kerajaan.

NO SOALAN: 66

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa di atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Pihak Kerajaan Malaysia sentiasa peka dan prihatin terhadap isu-isu yang melibatkan kaum minoriti tidak kira di mana jua sekalipun. Ini termasuk isu yang sedang melanda kaum minoriti Islam Uyghur (Wi-Ger) di Xinjiang (Shin-Jiang), China.

3. Pihak Kerajaan sedia maklum bahawa isu ini telah mendapat liputan antarabangsa dan sentiasa berusaha bagi memastikan ia dapat ditangani dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pihak Kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan bagi menzahirkan pendirian Kerajaan terhadap isu ini.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Antara pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

a. memastikan isu ini sentiasa dibangkitkan di pentas-pentas rundingan pelbagai hala seperti Pertubuhan Kerjasama Islam

NO SOALAN: 66

(OIC), United Nations Human Rights Council (UNHRC) dan sebagainya; b. berbincang dengan Duta Besar China ke Malaysia pada bulan Disember 2018 dan menzahirkan pendirian Kerajaan Malaysia serta suara hati rakyat Malaysia dalam isu ini;

c. menyampaikan pendirian kerajaan mengenai isu ini semasa mesyuarat rundingan dua hala di antara Malaysia dan China di peringkat Ketua Setiausaha Kementerian pada bulan Januari 2019;

d. menghantar wakil Kedutaan Malaysia di Beijing ke Xinjiang pada bulan Disember 2018 untuk membuat penilaian sebenar mengenai keadaan di wilayah tersebut; dan

e. menggalakkan penyertaan pihak Kerajaan China dalam sesi dialog atau forum persefahaman antara budaya yang dianjurkan di Malaysia seperti, dengan izin, The 1st Malaysia International Conference on Chinese Muslim pada 22 hingga 24 April yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Seperti mana kita sedia maklum, YB Datuk Seri Mujahid bin Yusof telah melakukan lawatan China pada 23 hingga 30 Jun 2019 yang lalu. Beliau juga telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai hasil lawatan tersebut pada 1 Julai 2019.

NO SOALAN: 66

6. Perlu ditekankan lawatan YB Datuk Seri Mujahid ke China bukanlah sekadar untuk menyelami isu Uyghur sahaja. Sebaliknya ia dilaksanakan dalam skop yang lebih luas, yakni merapatkan lagi hubungan dua hala Malaysia – China dalam pelbagai cabang kerjasama.

7. Semasa lawatan tersebut, YB Parit Buntar telah membincangkan pelbagai aspek bidang kerjasama baharu dengan pihak China. Ini termasuk kerjasama dalam sector Halal, pengurusan imam, pelancongan Islam, pendidikan dan pengurusan haji.

8. Malah semasa pertemuan beliau dengan TYT Wang Zuoan, Vice Minister of United Front Work Department of China, penekanan telah diberikan mengenai kepentingan penerimaan kepelbagaian budaya dan hak kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. Syarahan beliau bertajuk, dengan izin, “Towards A Peaceful and Harmonious World” di Beijing Foreign Studies University juga jelas menyentuh perkara ini.

9. Oleh itu, suka saya rumuskan bahawa pendirian Kerajaan dalam perkara ini adalah jelas dan pendekatan yang diambil oleh Kerajaan dalam isu ini telah mengambilkira semua kepentingan, termasuk kepentingan untuk menjaga hubungan yang baik dengan semua pihak.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah pihak Kementerian akan mengkaji untuk meminda undang-undang bagi mengenakan tindakan yang lebih tegas terhadap kesalahan menghina mana-mana agama di negara ini memandangkan undang-undang sedia ada tidak begitu tegas sedangkan gejala ini sekiranya tidak diatasi akan membawa kesan yang negatif terutamanya dengan keadaan penduduk di negara ini yang terdiri dari berbilang kaum dan pelbagai agama.

NO SOALAN: 67

JAWAPAN

Tuan Yang Di-pertua,

Kerajaan memandang serius perbuatan penghinaan terhadap mana- mana agama di Negara ini. Perbuatan ini jika tidak dibendung boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian yang dinikmati rakyat selama ini. Kementerian Dalam Negeri melalui penguatkuasaan polis akan mengambil tindakan segera terhadap pelaku tersebut dengan membuat tangkapan dan pendakwaan.

Pada masa ini semua siasatan kes-kes yang telah dilaporkan berkaitan dengan isu penghinaan agama, kaum dan institusi diraja telah diambil alih dan dipantau oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. Tindakan tegas diambil dengan membuka kertas siasatan dibawah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 mahupun Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 bagi memastikan keharmonian antara kaum terus terpelihara.

Kerajaan juga pada masa yang sama membuat kajian terhadap undang- undang di bawah KDN iaitu Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948 bagi memastikan undang-undang tersebut tidak menyekat kebebasan individu untuk mengeluarkan pendapat dan bersuara. Namun begitu kajian ke atas undang-undang akan turut mengambil kira aspek keselamatan dah keharmonian antara kaum di negara ini.

NO SOALAN: 67

Sebagai contoh, seksyen - seksyen khusus mengenai kesalahan-kesalahan yang melibatkan institusi Diraja, kaum dan agama di dalam Akta Hasutan sedang dalam kajian untuk dimasukkan peruntukan kesalahan tersebut ke dalam undang-undang lain sedia ada seperti Kanun Keseksaan atau pun diwujudkan undang-undang baru sekiranya perlu. Ini adalah perlu supaya pihak polis dapat terus menyiasat kes-kes melibatkan hasutan yang mengancam keselamatan negara serta menjejaskan kehamornian diantara kaum dan agama.

Kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan dan keharmornian rakyat sentiasa diutamakan tanpa menidakkan hak kebebasan rakyat untuk bersuara. Kebebasan bersuara yang diperuntukkan undang-undang perlu ada batasan dengan tidak menyatakan perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti agama, bangsa dan lain-lain yang boleh menimbulkan ketegangan dan keadaan yang tidak tenteram dalam kalangan masyarakat.

NO SOALAN: 68

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH TARIKH : 22 JULAI 2019

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) berapakah peratusan jumlah penghasilan makanan asasi, termasuk ternakan dan perikanan berbanding dengan peratusan makanan yang diimport; dan

(b) apakah usaha-usaha Kerajaan untuk meningkatkan peratusan penghasilan makanan negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan import.

NO SOALAN: 68

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

a. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perbandingan peratusan jumlah penghasilan makanan asasi berbanding dengan peratusan makanan yang diimport boleh diketahui menerusi formula Kadar Pergantungan Import (IDR). Ianya merupakan satu indikator yang menunjukkan sejauh mana pergantungan sesebuah negara terhadap import komoditi pertanian untuk memenuhi keperluan domestik. Nilai IDR yang lebih tinggi menunjukkan bahawa lebih banyak bekalan komoditi pertanian yang akan diimport bagi memenuhi keperluan domestik.

Kadar IDR makanan asasi, termasuk ternakan dan perikanan dibandingkan dengan Tahap Sara Diri (pengeluaran/ penghasilan) berdasarkan kepada status terkini adalah seperti berikut:

Komoditi agromakanan IDR (%) SSL (%) Tanaman Beras (IPB) 30.5 70.0 Sayur-sayuran 71.8 46.6 Buah-buahan 35.7 77.5 Ternakan Daging Lembu/Kerbau 80.1 22.2 Daging Kambing/Biri-biri 89.8 10.2

NO SOALAN: 68

Daging Babi (40% 92.1 penduduk) 8.7 Daging Ayam/Itik 4.3 103.7 Telur Ayam/Itik (biji) 0.0 114.7 Tenusu (Liter) 147.1 3.5 Susu Segar (Liter) 46.2 58.3 Ikan Makanan 14.0 92.8

b. Antara usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan import. i. Melaksanakan pembangunan empat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) iaitu Pekan dan Rompin di Pahang, Batang Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah sebagai jelapang padi negara yang baharu. Dengan pembukaan empat kawasan baharu ini beserta inisiatif-inisiatif lain seperti penggunaan varieti padi sah baharu yang berhasil tinggi dan rintang penyakit, hasil pengeluaran padi negara dijangka akan meningkat sehingga ke Tahap Sara Diri (SSL) sebanyak 75 peratus pada tahun 2020 dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada import beras; ii. Meningkatkan pengeluaran dalam sektor perikanan menerusi pengukuhan pengurusan perikanan tangkapan, mentransformasi infrastruktur dan prasarana pendaratan ikan, menguatkuasakan Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS) dan memperkasa industri akuakultur; dan

NO SOALAN: 68

iii. Meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran menerusi pelbagai inisiatif penanaman seperti peluasan tanaman dalam Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), penggunaan teknologi pertanian moden dan sebagainya. iv. Meningkatkan populasi ternakan ruminan melalui pelaksanaan Projek Ladang Satelit dan Taman Kekal Pengeluaran Ruminan. Kerajaan juga sedang melaksanakan sebanyak lima Lembah Tenusu dengan mensasarkan tambahan susu segar sebanyak 20 juta liter dalam tempoh lima tahun; dan

v. Melaksanakan pelbagai projek agromakanan yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi seperti akuakultur, rumpai laut dan sarang burung walit, mempergiatkan Program Agropreneur Muda dan membangunkan industri jagung bijian bagi menangani kebergantungan import bahan makanan untuk ternakan.

Namun, bahan makanan import masih tetap diperlukan bagi mengatasi kekurangan pengeluaran tempatan dan memenuhi permintaan dalam negara. Ianya melibatkan bahan makanan yang tidak ekonomik dan sesuai untuk dihasilkan dalam negara seperti buah-buahan dan sayur-sayuran temperate dan tropikal, gandum, gula dan sediaan gula.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah peruntukan telah pun diluluskan sama ada untuk membaik pulih atau membina bangunan baru Balai Polis Pusat baru di Miri yang beralamat di Lot 91, Blok 9, Miri Sarawak yang telah disenaraikan sebagai projek yang mendesak dan berkeutamaan tinggi untuk dilaksanakan dalam Rolling Plan (RP) di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan bilakah ia akan dimulakan.

NO SOALAN: 69

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa ini, Balai Polis Pusat Bandaraya Miri beroperasi di bangunan sedia ada sejak tahun 1953 yang beralamat di Lot 91, Blok 9, Miri, Sarawak. Balai Polis ini beroperasi dengan kekuatan anggota sebanyak 64 orang dan diketuai oleh seorang pegawai polis berpangkat ASP.

Berdasarkan keadaan fizikal bangunan, Balai Polis berkenaan masih lagi dapat berfungsi untuk menjalankan operasi sedia ada. Buat masa ini, pihak Kementerian sedang memberi penumpuan dan keutamaan bagi pembinaan projek sedia ada serta kerja-kerja menaiktaraf premis PDRM lain yang sangat-sangat kritikal dan uzur serta memerlukan kerja pembaikan yang segera.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan yang benar-benar mendesak bagi tujuan pembinaan baharu Balai Polis ini, pihak Kementerian akan meneliti untuk dipertimbangkan bagi pelaksanaan pada tahun berikutnya.

NO SOALAN: 70

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sikap rasmi Kerajaan Malaysia terhadap etnik Uighur serta apakah peranan Kerajaan Malaysia di OIC mengenai nasib umat Islam Uighur.

NO SOALAN: 70

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Nuridah binti Mohd Salleh di atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Pihak Kerajaan Malaysia sentiasa peka dan prihatin terhadap isu-isu yang melibatkan kaum minoriti tidak kira di mana jua sekalipun. Ini termasuk isu yang sedang melanda kaum minoriti Islam Uyghur (Wi-Ger) di Xinjiang (Shin-Jiang), China.

3. Pihak Kerajaan sedia maklum bahawa isu ini telah mendapat liputan antarabangsa dan sentiasa berusaha bagi memastikan ia dapat ditangani dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pihak Kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan bagi menzahirkan pendirian Kerajaan terhadap isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, 4. Antara pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

a. memastikan isu ini sentiasa dibangkitkan di pentas-pentas rundingan pelbagai hala seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), United Nations Human Rights Council (UNHRC) dan sebagainya;

NO SOALAN: 70

b. berbincang dengan Duta Besar China ke Malaysia pada bulan Disember 2018 dan menzahirkan pendirian Kerajaan Malaysia serta suara hati rakyat Malaysia dalam isu ini;

c. menyampaikan pendirian kerajaan mengenai isu ini semasa mesyuarat rundingan dua hala di antara Malaysia dan China di peringkat Ketua Setiausaha Kementerian pada bulan Januari 2019;

d. menghantar wakil Kedutaan Malaysia di Beijing ke Xinjiang pada bulan Disember 2018 untuk membuat penilaian sebenar mengenai keadaan di wilayah tersebut; dan

e. menggalakkan penyertaan pihak Kerajaan China dalam sesi dialog atau forum persefahaman antara budaya yang dianjurkan di Malaysia seperti, dengan izin, The 1st Malaysia International Conference on Chinese Muslim pada 22 hingga 24 April yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Oleh itu, suka saya rumuskan bahawa pendirian Kerajaan dalam perkara ini adalah jelas dan pendekatan yang diambil oleh Kerajaan dalam isu ini telah mengambilkira semua kepentingan, termasuk kepentingan untuk menjaga hubungan yang baik dengan semua pihak.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 71

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Siti Fatimah binti Yahaya minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang dilaksanakan sempena perayaan Aidilfitri dan Gawai baru-baru ini merupakan satu pendekatan yang efektif dalam mengurangkan harga barangan keperluan terutamanya bahan makanan di kawasan-kawasan pedalaman.

NO SOALAN: 71

JAWAPAN

Yang di-Pertua, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHHMP) telah dilaksanakan bermula tahun 2000 dan masih dilaksanakan sehingga kini. Di bawah Skim ini, beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditentukan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit bagi suatu tempoh tertentu. Antaranya termasuklah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu, daging kambing, daging kerbau dan beberapa jenis barangan dari kategori hasil laut, sayuran, ikan dan telur ayam.

Skim ini merupakan satu pendekatan yang efektif untuk menyekat kenaikan harga yang tidak munasabah akibat permintaan tinggi semasa musim perayaan dan secara tidak langsung ianya berkesan sepanjang pelaksanaan. Kawalan harga ini dibuat bagi memastikan harga barangan tidak melonjak naik pada musim perayaan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara keterlaluan pada musim perayaan termasuklah di bandar-bandar dan kawasan pendalaman.

Antara langkah-langkah diambil pihak kerajaan bagi menstabilkan harga bandar dan luar bandar adalah:

i. Komuniti druming; dan ii. Program transporter

NO SOALAN: 71

Walaubagaimanapun, harga barangan di pasaran ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran (demand and supply), faktor cuaca, ekonomi global, persaingan, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan sebagainya. Sehubungan itu, Kementerian mendapat kerjasama dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan bekalan makanan khususnya yang melibatkan bekalan ayam, ikan, daging dan sayuran sentiasa mencukupi dan tidak terjejas, sekaligus memastikan harganya berada dalam kadar yang berpatutan dan secara tidak langsung tiada kekangan pihak Kementerian untuk merealisasikannya.

Pada tahun ini, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan telah dilaksanakan bagi perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Bagi perayaan Deepavali dan Krismas pelaksanaan Skim ini akan diteruskan. Tempoh kuat kuasa bagi SHMMP Hari Raya Puasa dilanjutkan tempoh pelaksanaannya selama 30 hari berbanding 15 hari sebelum ini. Manakala selama 14 hari bagi SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai berbanding 7 hari pelaksanaannya sebelum ini.

Kementerian ini telah mengenal pasti sebanyak 27 jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2019 berbanding 21 jenis barangan sebelum ini. Bagi pelaksanaan skim pada tahun ini, terdapat perubahan barangan berbanding pelaksanaan pada tahun 2018 iaitu ikan segar beku kembung, ikan segar beku selar, ikan segar beku selayang, kacang panjang, kacang tanah dan cili kering dimasukkan pada pelaksanaan skim tahun ini. Manakala sebanyak 14 jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai berbanding 13

NO SOALAN: 71 jenis barangan sebelum ini iaitu melibatkan pertambahan barangan cili kering.

Bagi SHMMP Hari Raya Puasa 2019, sebanyak 60,878 premis telah diperiksa dan telah menghasilkan sebanyak 362 kes yang melibatkan jumlah rampasan bernilai RM 46,623.39 dan jumlah kompaun bernilai RM 46,550. Bagi SHMMP Pesta Kaamatan 2019, sebanyak 4,775 premis telah diperiksa dan telah menghasilkan sebanyak 5 kes yang melibatkan jumlah rampasan bernilai RM 194.80 dan jumlah kompaun bernilai RM 700. Manakala Bagi SHMMP Hari Gawai 2019, sebanyak 4,515 premis telah diperiksa dan telah menghasilkan sebanyak 2 kes yang melibatkan jumlah rampasan bernilai RM 179.00 dan jumlah kompaun bernilai RM 200.00.

Secara keseluruhannya, Jalinan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi dibawahnya seperti Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta pihak berkuasa tempatan, pengeluar, pemborong, peruncit, dan pengguna sepanjang pelaksanaan Skim ini merupakan punca kejayaan skim ini seterusnya dapat mengurangkan Kos Sara Hidup.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 72

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Lim Hui Ying minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini siasatan kes kapal selam Scorpene yang bernilai RM4.67 bilion.

NO SOALAN: 72

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, kes berkaitan kapal selam Scorpene masih dalam tindakan siasatan. Oleh yang demikian, SPRM tidak dapat memberi apa-apa butiran berkenaan kes-kes yang masih dalam tindakan siasatan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 73

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN SOPIAH BINTI SHARIF TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Sopiah binti Sharif minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk menambah lagi bilangan Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara terutamanya di Pulau Pinang serta nyatakan jumlah terkini peruntukan yang telah disalurkan ke setiap PKD tersebut khususnya bagi negeri Pulau Pinang.

NO SOALAN: 73

JAWAPAN

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pada masa ini terdapat sebanyak 191 buah Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara. Dua daripadanya terletak di negeri Pulau Pinang iaitu PKD Selamat dalam kawasan Parlimen Kepala Batas dan PKD Sungai Chenaam dalam kawasan Parlimen Nibong Tebal.

Pihak kementerian sedang mengkaji untuk mewujudkan sekurang- kurangnya sebuah PKD di setiap kawasan Parlimen luar bandar seperti Tasek Gelugor dan Balik Pulau, Pulau Pinang. Namun, cadangan ini adalah hanya boleh dilaksanakan sekiranya Kerajaan mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi tujuan ini.

Berhubung peruntukan bagi Pusat Komuniti Desa, untuk tahun 2019 sebanyak RM9.1341juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk membiayai pengoperasian dan pengurusan keseluruhan 191 buah PKD yang merangkumi penyelenggaraan dan penambahbaikan, perhubungan dan utiliti, kos pelaksanaan program, kos emolumen dan sewaan bangunan serta tanah. Untuk makluman Yang Berhormat Senator jua, PKD di Pulau Pinang telah diperuntukkan sebanyak RM59,072.72 bagi tahun 2019.

NO SOALAN: 74

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak PDRM telah menubuhkan satu unit khas bagi mengesan seramai 831 orang kanak-kanak dan remaja seperti yang dilaporkan hilang bagi tempoh 2010 hingga Mei 2019 baru-baru ini.

NO SOALAN: 74

JAWAPAN

Tuan Yang Di-pertua,

Semua kes kehilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bahagian D11 ini merupakan Bahagian sedia ada di PDRM dan setakat ini Kementerian Dalam Negeri dan PDRM belum berhasrat untuk menubuhkan satu pasukan baru bagi mengendalikan kes-kes kehilangan kanak-kanak berkenaan.

Kerajaan sentiasa memandang serius kes-kes kehilangan kanak-kanak yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini. Dalam hal ini, pelbagai usaha dan tindakan telah diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan kanak-kanak yang hilang.

Sebaik sahaja laporan mengenai kehilangan diterima, semua butiran mengenai kehilangan tersebut terutamanya gambar dan maklumat fizikal kanak-kanak tersebut akan disebarkan secepat mungkin ke pelbagai saluran termasuklah ke petugas di pintu-pintu masuk untuk memastikan pengesanan awal dan mencegah mereka daripada dibawa keluar negara.

Selain usaha mencari dan mengesan yang dilakukan oleh anggota polis dan jabatan-jabatan kerajaan, pihak polis turut mendapatkan bantuan dari orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai kanak-kanak yang hilang. Maklumat berkenaan dipaparkan di portal https://knk2hilang.rmp.gov.my untuk memudahkan lagi penyaluran maklumat mengenai kes kehilangan itu

NO SOALAN: 74 kepada orang ramai bagi mendapatkan bantuan atau maklumat dalam usaha mengesan dan menyelamatkan kanak-kanak yang hilang itu.

Di samping itu, PDRM juga bekerjasama dengan KPWKM melalui NUR Alert iaitu sistem amaran awal bagi kes kehilangan kanak-kanak untuk membantu agensi penguatkuasa undang-undang dalam menjalankan siasatan dan membawa kepada tangkapan cepat. Sistem ini melibatkan kerjasama 39 petugas daripada pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan, swasta dan agensi bukan kerajaan (NGO)

Selain itu, PDRM juga mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam program-program kesedaran untuk mengelakkan kes ini daripada berulang. Program kesedaran ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya ibu bapa dan penjaga agar menutup segala ruang dan peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah dengan mengambil langkah pencegahan seperti tidak membiarkan anak- anak mereka untuk bergerak atau bermain bersendirian atau bercakap dengan orang yang tidak dikenali ketika berada di luar rumah. Melalui program seperti ini, ibu bapa dan penjaga juga diingatkan untuk mendidik anak-anak mereka tentang keselamatan diri dan tindakan-tindakan yang perlu diambil jika berlaku keadaan kecemasan.

Bagi kes kehilangan yang melibatkan elemen jenayah culik pula, PDRM telah menubuhkan Cawangan dan Operasi yang khusus iaitu Ops Scorpions untuk mengendalikan sebarang kes penculikan termasuklah yang melibatkan kanak-kanak yang berlaku di seluruh negara.

NO SOALAN: 75

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH RAHEMAH BINTI IDRIS TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan penglibatan Kementerian dalam penganjuran Perak Muda Medalist Dancesport Championship yang tular di media sosial. Adakah ianya adalah silibus baru dalam aktiviti kokurikulum Kementerian.

NO SOALAN: 75

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjelaskan mengenai isu yang telah mendapat perhatian ramai iaitu berkaitan penganjuran Perak Muda Medalist Dancesport Championship. KPM ingin memaklumkan bahawa program tersebut dianjurkan oleh Malaysia United Dancesport Association (MUDA) dan bukan anjuran bersama-sama KPM. Aktiviti anjuran MUDA ini bukan merupakan sebahagian daripada silibus kokurikulum sebaliknya merupakan aktiviti sampingan yang melibatkan penyertaan murid sekolah.

KPM tidak menghalang pelibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum termasuk pelibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum di luar kawasan sekolah. Hal ini adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2004: Panduan Pelibatan Murid Sekolah dalam Program atau Aktiviti Anjuran Agensi Selain daripada Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2009 dan Bil.7/1988.

Berdasarkan kepada surat pekeliling tersebut, pihak MUDA telah didapati tidak akur dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan. KPM memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan tindakan mana-mana pihak yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian, sekali gus memburukkan imej Kementerian. Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk tidak lagi terlibat dalam sebarang jua program yang dianjurkan oleh MUDA pada masa-masa akan datang.

NO SOALAN: 75

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 76

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL SINGH TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah rancangan dan tindakan yang telah diambil Kementerian untuk mempertingkatkan sambungan WIFI di kawasan luar bandar khususnya di kawasan sekolah.

NO SOALAN: 76

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, perkhidmatan WiFi Komuniti adalah inisiatif yang bersifat sementara bertujuan untuk membantu rakyat mendapatkan capaian kepada internet secara kolektif sementara pembangunan infrastruktur komunikasi yang membolehkan internet diakses secara menyeluruh dibina. Perkhidmatan Wifi Komuniti disediakan kepada penduduk setempat sehingga pembangunan infrastruktur komunikasi yang menyediakan liputan jalur lebar talian tetap dan mudah alih yang memberi perkhidmatan komunikasi yang lebih stabil, berkualiti dan bersifat jangka masa panjang disiapkan. Sehingga kini, sebanyak 1,613 lokasi Wifi Komuniti sedang beroperasi di seluruh negara.

2. Buat masa ini, pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan Wifi Komuniti yang sedia ada kerana tumpuan diberikan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang menyediakan liputan jalur lebar talian tetap dan mudah alih yang dapat memberi perkhidmatan komunikasi yang lebih menyeluruh kepada penduduk setempat.

NO SOALAN: 77

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ABIDULLAH BIN SALLEH TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menghapuskan kuota jawatan tertinggi sektor awam yang dikhaskan kepada pegawai skim Tadbir & Diplomatik.

NO SOALAN: 77

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tiada kuota khas diperuntukkan kepada pegawai skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (P.T.D) bagi mengisi jawatan-jawatan tinggi perkhidmatan awam. Selain P.T.D, jawatan- jawatan tinggi perkhidmatan awam turut diisi oleh pegawai-pegawai daripada skim lain antaranya Pensyarah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Perubatan dan Pegawai Undang-Undang.

Kerajaan melihat skim PTD sebagai salah satu skim yang bekerjasama erat dengan skim-skim lain dalam menjalankan fungsi membantu kerajaan merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara melalui lapan (8) bidang pengkhususan utama seperti berikut:

a. Pengurusan Ekonomi; b. Pengurusan Kewangan; c. Pengurusan ICT; d. Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi; e. Pengurusan Keselamatan dan Pertahanan Negara; f. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri; g. Pentadbiran Daerah dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah dan Kerajaan Tempatan; dan h. Perancangan dan Pengurusan Sosial/Infrastruktur.

NO SOALAN: 77

Sebagai salah satu komponen penting dalam melancarkan jentera pentadbiran kerajaan, pegawai-pegawai PTD di tempatkan di kebanyakan jawatan-jawatan utama di kementerian dan jabatan, pentadbiran setiausaha kerajaan negeri, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 78

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED YASSIN TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah polisi serta syarat-syarat pengambilan pekerja asing di Sabah, Sarawak dan Semenanjung perlu setara atau ia lebih baik berdasarkan keperluan zon masing-masing.

NO SOALAN: 78

JAWAPAN

Tuan Yang Di-pertua,

Pengurusan pekerja asing di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah mengikut bidang kuasa masing-masing seperti yang termaktub di bawah undang-undang Persekutuan dan Negeri. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian-Kementerian lain yang berkaitan hanya menggubal dan melaksanakan polisi pengurusan pekerja asing bagi pekerja asing yang bekerja di Semenanjung Malaysia sahaja. Sementara itu, polisi serta syarat-syarat penggajian pekerja asing (pekerja bukan pemastautin) di Sabah dan Sarawak pula adalah berdasarkan kepada autonomi serta kepentingan dan kesesuaian dengan keperluan negeri masing-masing selaras dengan peruntukan undang-undang berkaitan dengannya di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

NO SOALAN: 79

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD TARIKH : 22 JULAI 2019

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan jumlah terkini pelatih Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) sehingga Jun 2019 serta apakah struktur latihan ini membantu graduan mendapat pekerjaan.

NO SOALAN: 79

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melalui Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) telah dipertanggungjawabkan untuk melatih golongan belia termasuk graduan melalui beberapa program keusahawanan. Kerjasama tiga hala antara universiti, industri dan Kementerian telah dilaksanakan supaya ilmu keusahawanan mahupun kebolehpasaran dapat dipraktikkan serta merta oleh para graduan selepas tamat pengajian.

2. Sehingga Jun 2019, seramai 22,344 belia telah menyertai program PROTÉGÉ Reach-Out & Awareness yang melibatkan kerjasama agensi dan universiti di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan memberi kesedaran seterusnya memupuk minat para pelajar dan graduan untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai bidang kerjaya utama.

3. Selain itu, seramai 1,726 graduan telah menyertai Program PROTÉGÉ - Ready To Work (RTW) – iaitu program penempatan di syarikat yang mengambil bahagian dalam program ini seperti syarikat perolehan Kerajaan, Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta yang melaksanakan program ini secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Walau bagaimanapun, masih terdapat syarikat yang belum mengemukakan laporan pengambilan peserta bagi tahun 2019.

NO SOALAN: 79

4. Program PROTÉGÉ - RTW merupakan program untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memperbaiki skill-set graduan. Program ini tidak memberikan sebarang jaminan pekerjaan kepada graduan dan syarikat juga tidak diwajibkan untuk menyerap peserta PROTÉGÉ - RTW sebagai pekerja tetap namun ilmu dan pengalaman yang diberi membolehkan graduan untuk lebih mudah dan bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

5. Program ini merangkumi dua komponen latihan utama iaitu latihan kemahiran insaniah (soft skills training) dan latihan di tempat kerja (on-the-job training) yang dijalankan sepenuhnya oleh pihak syarikat. Peserta diterapkan dengan tujuh modul utama iaitu:

i. Communication Skills; ii. Creative & Analytical Thinking; iii. Organizational Adaptability; iv. Value Driven Professional; v. Grooming And Etiquette; vi. Entrepreneurship 101; dan vii. Environment Sustainability & Social Impact.

6. Latihan yang diberikan oleh syarikat bertujuan meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi serta kemahiran tambahan graduan mengikut keperluan syarikat yang melatih mereka. Program ini juga memberikan pendedahan kepada dunia pekerjaan sebenar bagi

NO SOALAN: 79

memberi nilai tambah kepada graduan untuk bersaing dalam pasaran kerja yang ada di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 80

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan sejauh manakah kerjasama ekonomi di bawah Pertubuhan Sub-Regional ASEAN BIMP-EAGA telah memberi faedah kepada Malaysia khususnya Sarawak, Sabah dan Labuan dari segi pelaburan, pelancongan, perdagangan, pengangkutan dan sebagainya sejak ia ditubuhkan 25 tahun yang lalu.

NO SOALAN: 80

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, halatuju strategik pembangunan kerjasama serantau ini adalah sepertimana dinyatakan dalam BIMP-EAGA Vision 2025 (BEV2025). BEV2025 telah menetapkan sasaran untuk BIMP-EAGA menjadi sebuah wilayah yang berdaya saing dan mampan melalui pelbagai strategi dengan tumpuan kepada pembangunan sektor pertanian dan perikanan, penggunaan teknologi hijau dalam sektor pembuatan dan pembangunan sektor pelancongan.

2. Di bawah BEV2025, sebanyak 69 Projek Infrastruktur Utama (PIP) telah disenaraikan dengan anggaran kos sebanyak AS$22.7 bilion. PIP ini akan meningkatkan kesalinghubungan (connectivity) dan menjadi pemangkin kepada aktiviti perdagangan serta mobiliti penduduk. Misalnya Projek Trans Borneo Power Grid yang merentasi Sarawak dan Kalimantan Barat akan memanfaatkan 8,000 isi rumah, memperkukuh hubungan antara negara dan menyumbang ke arah merealisasikan ASEAN Power Grid.

3. Pada tahun 2017, kawasan BIMP-EAGA mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) wilayah BIMP-EAGA sebanyak 5.7%, perdagangan (21.5%) dan pelancongan (6.6%). Di samping itu, jumlah pelaburan di wilayah BIMP-EAGA pada tahun 2017 adalah sebanyak AS$20.9 bilion dengan 66.6% adalah disumbangkan oleh pelaburan langsung asing (FDI).

NO SOALAN: 80

4. Program Pameran Perdagangan BIMP-EAGA dan Indonesia- Malaysia- Growth Triangle (IMT-GT) secara dwi tahunan, khusus untuk mempromosikan produk-produk keluaran syarikat industri kecil dan sederhana (IKS). Pada tahun 2018, peserta Malaysia telah mencatatkan jumlah transaksi jualan sebanyak RM48.1 juta, iaitu RM1.9 juta (4.1%) lebih tinggi berbanding tahun 2016 sebanyak RM46.2 juta.

5. Di antara tahun 2013 – 2017, kawasan BIMP-EAGA menerima seramai 88.2 juta pelancong. Jumlah pelancong ke kawasan ini telah meningkat sebanyak 22.2%, iaitu daripada 4.5 juta pelancong pada tahun 2016 kepada 5.5 juta pada tahun 2017. Peningkatan ini adalah hasil pelbagai program pembangunan kapasiti dalam sektor pelancongan. Contohnya, Program Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBET) yang telah meningkatkan pendapatan melalui produk-produk pelancongan semulajadi di Kota Belud-Tuaran dan Kuala Penyu-Beaufort di Sabah serta Bekalalan-Bario di Sarawak.

6. BIMP-EAGA turut mengadakan perbincangan dengan Northern Territory of Australia selaku Rakan Pembangunan BIMP-EAGA bagi membangunkan pakej-pakej pelancongan seperti berikut:

 Pelancongan Berkonsepkan Pelayaran (Cruise Tourism) antara BIMP-EAGA dengan Northern Territory of Australia. Pada masa ini, laluan yang dicadangkan adalah Darwin – Bali – Jakarta – Kuching – Brunei Darussalam – Kota Kinabalu – Puerto Princessa – Manila – Singapore – Darwin; dan

NO SOALAN: 80

 Program Perkongsian Amalan Terbaik Berkenaan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tapak-Tapak Warisan Dunia UNESCO antara BIMP-EAGA dan Northern Territory. Pada masa ini, dua Tapak Warisan Dunia iaitu Taman Negara Kinabalu di Sabah and Taman Negara Mulu di Sarawak telah dicadangkan di bawah program ini dengan Taman Negara Uluru-Kata Tjuta, Australia dan Kakadu National Park, Australia.

NO SOALAN: 81

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ SRI TI LIAN KER TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Sri Ti Lian Ker minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah batasan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai pelantikan jawatan utama Perkhidmatan Awam bagi melaksanakan agenda reformasi tanpa campur tangan pihak tertentu. Apakah keberkesanan jawatankuasa ini seandainya tidak berkuasa dalam menentukan individu yang layak dilantik ke dalam jawatan utama perkhidmatan awam.

NO SOALAN: 81

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha-usaha ke arah mengembalikan wibawa institusi Parlimen, sebanyak enam (6) Jawatankuasa Pilihan Khas (Special Select Committee) telah ditubuhkan termasuk Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam sebagai perintis berdasarkan kepentingan dan hala tuju negara yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada Khamis, 16 Ogos 2018 semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas.

Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam ini bertujuan untuk meneliti pelantikan jawatan- jawatan penting dalam negara bagi memastikan calon yang dicadangkan adalah layak dan sesuai berdasarkan merit serta kriteria-kriteria lain yang ditetapkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Pilihan Khas ini telah bermesyuarat sebanyak lapan (8) kali bagi menjalankan fungsi- fungsinya dan telah menetapkan rangka kerja sepanjang tahun berdasarkan terma rujukan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa ini mendapati bahawa proses pelantikan jawatan-jawatan utama dalam perkhidmatan awam ini adalah unik dan berbeza bagi setiap jawatan. Oleh yang demikian, Jawatankuasa ini sedang mengkaji

NO SOALAN: 81 mekanisme terbaik agar dapat menjalankan fungsi dan peranan yang lebih jelas dalam proses pelantikan jawatan-jawatan utama.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 82

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR. YAAKOB BIN SAPARI TARIKH : 22 JULAI 2019

DR. YAAKOB BIN SAPARI minta MENTERI KESIHATAN menyatakan menyatakan sejauh manakah perlaksanaan program imunisasi penyakit berjangkit telah dilaksanakan di kawasan luar bandar terutama di perkampungan Orang Asli dan pendalaman Sabah dan Sarawak.

NO SOALAN: 82

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memastikan kecapaian perkhidmatan kesihatan ke populasi Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia dicapai melalui fasiliti Klinik Statik dan Klinik Bergerak. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak lima (5) buah Klinik Kesihatan dan 11 buah Klinik Desa yang terletak di dalam perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Semenjak KKM mengambil alih penyampaian perkhidmatan kesihatan dari pihak JAKOA pada tahun 2012, KKM telah menubuhkan 12 Pasukan Bergerak Orang Asli (PBOA) khusus bagi memberikan perkhidmatan kesihatan ke populasi Orang Asli di pedalaman Pahang, Kelantan, Perak dan Johor. KKM juga turut menyediakan Pasukan Doktor Udara (PDU) bagi menyampaikan perkhidmatan kesihatan ke Perkampungan Orang Asli di pedalaman yang sukar dicapai melalui jalan darat atau air sekurang-kurangnya setiap empat (4) minggu sekali.

Pelaksanaan program imunisasi penyakit berjangkit merupakan sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan yang diberikan secara menyeluruh sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar termasuklah di perkampungan Orang Asli serta pendalaman Sabah dan Sarawak. Perkhidmatan kesihatan yang disediakan bagi masyarakat luar bandar dan Orang Asli adalah melalui klinik bergerak, klinik statik, PBOA dan PDU merangkumi rawatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak

NO SOALAN: 82 termasuk pemberian imunisasi kepada kanak-kanak mengikut Jadual Imunisasi yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 83

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' ONG CHONG SWEN TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Ong Chong Swen minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan 'Rahmatan al alamin' yang sering disebut oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan apakah implikasi dasar tersebut dalam pentadbiran negara.

NO SOALAN: 83

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Rahmatan Lil ‘Alamin adalah bersandarkan kepada ayat suci al-Quran dalam Surah al-Anbiya’ ayat 107, yang bermaksud, “Dan tiadalah Kami (Allah) mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Rahmah di sini membawa maksud kasih sayang, kebaikan, kesejahteraan, kedamaian dan ihsan yang dibawa oleh ajaran Islam untuk kehidupan seluruh makhluk ciptaan Allah subhanahu wa ta’ala. Seluruh manusia sama ada orang Islam atau bukan Islam, haiwan, tumbuh-tumbuhan, di darat atau lautan termasuk dalam rahmah ini tanpa terkecuali.

Dalam Islam, pentadbiran sesebuah negara mesti menterjemahkan satu sistem yang inklusif dan progresif yang menerapkan nilai-nilai rahmah kerana Islam tertegak untuk memberi kebaikan kepada semua manusia dan makhluk. Oleh yang demikian, kerajaan menerapkan Gagasan Negara Rahmah sebagai inisiatif untuk melaksanakan nilai-nilai rahmah dalam semua aspek pentadbiran. Negara Rahmah ialah negara yang bermaruah, tadbir urus yang baik, mengamalkan prinsip hukum, masyarakatnya berpandukan ajaran agama bagi mewujudkan kesejahteraan dan kedamaian.

Pelaksanaan Gagasan Negara Rahmah berdasarkan pendekatan Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah ini telah mendapat sokongan

NO SOALAN: 83 padu daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah diraja sempena majlis Perasmian Sidang Dewan Rakyat pada 11 Mac 2019.

Gagasan ini juga adalah berdasarkan Buku Harapan yang menyatakan “Falsafah pentadbiran Pakatan Harapan adalah berdasarkan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara, visi dan misi yang telah dibawa oleh para pejuang negara, agenda reformasi berterusan dan idea-idea pembangunan yang peogresif dan demokratik, sesuai dengan realiti zaman moden bagi mendepani cabaran-cabaran akan datang. Matlamat ini terangkum dalam Maqasid Syariah (matlamat Syariah yang tertinggi) buat memandu program pembangunan negara yang akhirnya memberi Rahmat dan Keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia”. Gagasan Negara Rahmah berteraskan Maqasid Syariah ini juga adalah selari dengan nilai-nilai Sustainable Development Goals (SDB) yang dilancarkan oleh PBB.

Dari segi implikasi dasar tersebut dalam pentadbiran negara, berdasarkan keputusan Mesyuarat MKI Kali ke-65 Mengenai Pelaksanaan Gagasan Negara Rahmah pada 14 Mac 2019, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjadi agensi pelaksana dan penyelaras dalam menggerakkan Gagasan Negara Rahmah dengan kerjasama strategik kerajaan negeri merangkumi agensi peringkat persekutuan dan negeri.

Sebagai penjelasan lanjut, dari segi pentadbiran agensi-agensi di bawah pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), reformasi dan penambaikan pentadbiran yang dilaksanakan adalah berdasarkan tujuh kluster iaitu Kehakiman dan Perundangan, Dakwah dan Media,

NO SOALAN: 83

Pendidikan dan Modal Insan, Halal dan Tabung Haji, Pengurusan Masjid, Sosio-ekonomi dan Maqasid dan Penyelidikan.

Pihak JAKIM selaku agensi pelaksana dan penyelaras Gagasan Negara Rahmah ini akan bertindak mengadakan sesi townhall, taklimat, kursus dan seminar kepada agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri. Justeru seluruh kementerian dan kerajaan negeri disarankan merujuk kepada JAKIM untuk mengatur urus program yang sesuai dengan kementerian atau agensi masing-masing demi melaksanakan nilai-nilai Rahmatan Lil Alamin dalam menuju Negara Rahmah yang kita cita-citakan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 84

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN TARIKH : 22 JULAI 2019

PUAN ASMAK BINTI HUSIN minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian mengambil kira kajian-kajian daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam untuk membangunkan penyampaian perubatan alternatif di Malaysia seperti bekam dan lain-lain.

NO SOALAN: 84

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang mengambil kira kajian-kajian yang berkualiti dari Institusi Pengajian Tinggi, sama ada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) untuk membangunkan panduan amalan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) seperti bekam dan lain-lain yang disampaikan di fasiliti kesihatan KKM.

Pembangunan modaliti PT&K di fasiliti kesihatan KKM adalah berlandaskan konsep evidence-based dan sebagai pelengkap kepada perkhidmatan perubatan moden yang sedia ada di fasiliti tersebut. Setiap perkhidmatan PT&K yang ditawarkan adalah berpandukan garis panduan amalan (practice guideline) di mana indikasi perkhidmatan, regim, prosedur kerja perkhidmatan dan sistem rujukan ditetapkan. Pembangunan garis panduan amalan tersebut adalah berpandukan literature search yang dijalankan dengan menggunakan data elektronik seperti Pubmed dan Cochrane Database of Systemic Reviews (CDSR) di mana kajian-kajian yang dijalankan oleh IPTA telah dirangkumi.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 85

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD NORDIN TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru dan sejauh manakah perancangan Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan operasi tren penumpang sektor selatan tanah air.

NO SOALAN: 85

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, peratus kemajuan kerja bagi projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru sehingga 25 Jun 2019 adalah 42.4% berbanding jadual 41.4% dan projek dijangka akan siap pada 31 Oktober 2021.

2. Selaras dengan penyiapan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bharu kelak, KTMB akan memperluaskan perkhidmatan ETS sehingga Johor Bahru di mana masa perjalanan bagi sektor Gemas – Johor Bahru dapat dipendekkan dari 4 jam 45 minit kepada 2 jam 30 minit.

3. Berdasarkan perancangan awal, KTMB akan memperkenalkan sebanyak 14 perkhidmatan tambahan ETS yang melalui sektor seperti berikut:

Sektor Jumlah perkhidmatan harian Johor Bahru – Padang Besar 8 Johor Bahru – Butterworth 2 Johor Bahru – Kuala Lumpur 2 Johor Bahru – Tampin 2

NO SOALAN: 85

4. Bagi merealisasikan perkara ini, sebanyak pembelian 10 set tren ETS yang baharu yang kini masih di peringkat penyediaan dokumen tender telah diluluskan oleh Kerajaan. Dengan tambahan set ETS yang baharu ini, ianya akan dapat memenuhi keperluan operasi dan penyenggaraan tren ETS agar KTMB dapat terus menyediakan perkhidmatan yang reliable dan cekap kepada rakyat termasuk di sektor selatan tanahair.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 86

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk John Ambrose minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan penerangan berkenaan jumlah pengangguran graduan yang semakin bertambah setiap tahun akibat bilangan tawaran kerja di pasaran adalah lebih rendah daripada jumlah bilangan graduan yang dikeluarkan oleh universiti-universiti seluruh Malaysia. Adakah pernah dilaksanakan kajian pasaran untuk memadankan graduan dengan pihak industry.

NO SOALAN: 86

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2018, seramai 57,411 orang (19.8%) graduan belum bekerja. Kadar ini telah menurun berbanding tahun 2017 yang menunjukkan seramai 53,373 orang (20.9%) dan tahun 2016 seramai 54,103 orang (22.7%) belum bekerja.

KPM melaksanakan saringan awal yang ketat terhadap program-program yang hendak ditawarkan oleh universiti awam (UA). Pihak UA perlu menjalankan kajian analisis yang terperinci termasuklah kajian pasaran terhadap program akademik yang hendak ditawarkan, dijumudkan, dibekukan atau dilupuskan. Program akademik yang ditawarkan juga perlu mengambil kira keperluan guna tenaga dan bidang kritikal yang telah dikaji dan dibentangkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan Malaysia, Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Talentcorp, Jobstreet dan lain-lain agensi berkaitan yang turut hadir dalam mesyuarat saringan awal dan perakuan program.

Melalui penubuhan Jawatankuasa Transformasi Program Akademik Universiti Awam, KPM memberi penekanan kepada UA supaya menyemak semula program akademik yang dikekalkan dalam sistem penawaran adalah yang menepati aspek keperluan tenaga negara, laluan kerjaya dan tahap kebolehpasaran graduan, tiada duplikasi program akademik sedia ada di

NO SOALAN: 86 kalangan institusi pendidikan tinggi (IPT), implikasi kewangan, perjawatan dan fizikal serta perkembangan polisi dan dasar terkini negara.

Bagi menyokong kepada keberkesanan kurikulum yang dibangunkan, pelbagai program kerjasama antara pihak industri dan KPM telah dilaksanakan. Antaranya melalui pengenalan Academia Talent Exchange Programme (AI-xChange):CEO@ Faculty Programme yang telah berjaya mendapat penyertaan seramai 72 orang CEO terdiri daripada pelbagai sektor industri.

KPM juga melaksanakan Program Intervensi GE yang melibatkan penawaran kerja di industri selepas pelajar menamatkan program. Melalui program ini, jurang ketidakpadanan keperluan industri terhadap graduan bagi membolehkan diterima bekerja dapat dikurangkan dengan melibatkan industri secara langsung didalam pelaksanaan program. Sehingga bulan Jun 2019, sebanyak 19 program telah diluluskan untuk pelaksanaan melibatkan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang mempunyai kadar kebolehpasaran graduan yang rendah dan lima program peringkat nasional yang melibatkan semua IPTA. Secara keseluruhan, pelaksanaan program ini akan memberi impak kepada 22,339 orang graduan.

Di peringkat jabatan juga dilaksanakan Kajian Keperluan Program [Programme Need Anaylisis (PNA)] dalam melihat keberkesanan sesuatu program pengajian yang dilaksanakan di politeknik dan kolej komuniti. PNA ini juga dapat membantu pihak industri dalam penawaran dan permintaan pekerjaan agar tiada berlaku ketidakpadanan pekerjaan (job mismatch).

NO SOALAN: 86

Pihak IPT juga berjaya beralih daripada beroperasi secara bersendirian kepada quadruple helix iaitu ekosistem inovasi yang saling berkaitan antara akademia, industri, kerajaan dan komuniti yang telah membentuk perkongsian sumber untuk pembangunan negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 87

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU TARIKH : 22 JULAI 2019

PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pusat Kesihatan Mental MENTARI sedia ada memandangkan di Malaysia terdapat lebih 20 pusat tetapi kewujudan MENTARI masih tidak diketahui ramai.

NO SOALAN: 87

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) merupakan satu inisiatif KKM dan sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan sebanyak 25 MENTARI di seluruh Negara. MENTARI menawarkan perkhidmatan seperti Perkhidmatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Psikiatri Komuniti, Perkhidmatan Rehabilitasi dan juga menyediakan Ujian Saringan awal bagi klien yang belum mempunyai diagnosis.

Program rehabilitasi dan terapi carapulih kerja adalah satu faktor yang penting dalam pemulihan pesakit mental. Untuk itu, melalui MENTARI, latihan kemahiran daya tindak dan sesi kaunseling adalah diberikan. Pesakit juga dilatih untuk berdikari contohnya seperti mereka diajar kaedah penyediaan makanan dan lain-lain. Bagi pesakit mental yang telah stabil, cadangan penempatan pekerjaan juga disyorkan oleh pihak pengurusan rawatan berkaitan.

Perkhidmatan MENTARI ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan jangka masa rawatan di wad bagi pesakit Psikiatri Am, Geriatrik, Kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah kesihatan mental. MENTARI juga membolehkan KKM membuat intervensi rawatan susulan di rumah selepas konsultasi dengan pakar, membuat penilaian psikososial, memperkasakan sokongan keluarga atau penjaga pesakit

NO SOALAN: 87 melalui pendidikan kesihatan dan mengesan gejala-gejala awal penyakit yang dikhuatiri akan berulang.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 88

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan pelan strategi yang dilakukan bagi terus meningkatkan industri produk coklat yang mendapat permintaan yang tinggi dari luar negara memandangkan Malaysia antara negara kedua terbesar memproses koko di Asia.

NO SOALAN: 88

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Bagi meningkatkan industri produk coklat negara, Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan terus menjalankan promosi pasaran eksport untuk mengukuh serta meningkatkan syer pasaran produk-produk koko Malaysia yang meliputi produk separa siap, produk coklat dan konfeksi koko di pasaran sedia ada di wilayah Eropah Barat dan Amerika Selatan serta pasaran sedia ada di wilayah Asia Timur Tengah dan negara-negara ASEAN. Kerajaan melalui LKM juga giat menjalankan promosi pasaran antarabangsa untuk meneroka peluang-peluang pasaran baru di wilayah Eropah Timur dan Afrika. LKM juga akan terus melaksanakan beberapa pendekatan untuk meningkatkan industri produk coklat negara melalui program-program berikut:

(i) Penganjuran misi ekonomi dan teknikal serta lawatan kerja koko ke wilayah-wilayah yang berpotensi seperti wilayah Afrika, Eropah Timur, Asia dan Oceania;

(ii) Mempergiat penyertaan dalam eksposisi perdagangan `antarabangsa seperti GulFood Dubai, YUMMEX Middle East, Africa’s Big 7 Afrika Selatan, International Sweets and Biscuit Fair Cologne, Germany, World Food Moscow dan World Food Istanbul, Turkey;

NO SOALAN: 88

(iii) Memperkukuh risikan pasaran (market intelligence) seperti menjalankan kajian pasaran produk-produk koko bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat pasaran di wilayah-wilayah sasaran utama bagi menyusun pelan dan strategi pemasaran yang berkesan; dan

(iv) Menyediakan sistem pengumpulan data yang sistematik bagi tujuan analisis, menerbitkan data-data perangkaan koko serta menyebarkan maklumat yang tepat dan terkini kepada pengguna.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 89

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah usaha-usaha dari pihak Kementerian bagi memastikan usahawan- usahawan muda serta golongan belia dapat terus berdaya saing dan melibatkan diri dalam manifesto Pakatan Harapan dalam mempelbagaikan ruang aktiviti untuk golongan muda.

NO SOALAN: 89

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengambil beberapa inisiatif dalam memastikan usahawan muda dan golongan belia terus berdaya saing iaitu:

(a) Program Pembangunan Digital (Young Heroes) yang dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan dan mengembangkan perniagaan melalui platform perniagaan atas talian. Bengkel ini dilaksanakan di semua zon di seluruh negara.

(b) Program Transformasi Reka Bentuk Pembungkusan dan Penjenamaan Inovatif Produk (MyYouth Best Tranformation & Packaging) dengan tujuan membantu para usahawan menghasilkan pembungkusan produk yang berkualiti serta meningkatkan pasaran produk ke peringkat global serta menambahkan pengetahuan mengenai standard pelabelan produk.

(c) Program Usahawan Belia Bestari (B-BEST) merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan sokongan Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan kemahiran teknikal dan vokasional yang akhirnya boleh digunakan untuk menjana

NO SOALAN: 89

pendapatan dengan menjadi usahawan.

2. Golongan belia akan dapat terus berdaya saing dengan memenuhi waktu pengisian mereka dengan program-program yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka. Dengan itu, inisiatif Youth Power Club (YPC) dilihat akan mendukung konsep daripada belia untuk belia kerana YPC itu sendiri akan dianggotai oleh belia-belia di peringkat lokaliti bagi menggerakkan program-program kesesuaian bagi anak- anak muda di kawasan setempat. Apabila mereka berminat untuk menyertai YPC sehingga tiada masa terluang untuk melakukan perkara tidak berfaedah, maka pastinya inisiatif ini dapat mengurangkan serta membendung gejala masalah sosial.

3. Program MyCorps merupakan Program Kepimpinan Kesukarelawanan Belia Antarabangsa yang bertujuan untuk membentuk kendiri dan jati diri Belia Malaysia melalui khidmat, sumbangan serta pengalaman dalam kerja-kerja kesukarelawanan khasnya dengan menyasarkan untuk melahirkan sukarelawan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing di peringkat global. Dari tahun 2015 – Jun 2019, seramai 349 belia telah menyertai lapan misi di negara Kemboja, Timur Tengah, Asia Selatan, Malaysia dan ASEAN.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 90

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ ZAHARI BIN SARIP TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Zahari bin Sarip minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik kanak-kanak di bawah umur yang bekerja di negara ini dan apakah hukuman yang boleh dikenakan kepada pihak yang berkait dengan perkara ini.

NO SOALAN: 90

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pihak kementerian tidak mempunya data yang spesifik mengenai bilangan buruh kanak-kanak di negara ini, namun begitu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dianggarkan 200,000 kanak-kanak berusia lima hingga 18 tahun dikesan membantu ibu bapa mereka dalam pelbagai sektor. Jumlah tersebut kebanyakan dikenal pasti bekerja membantu ibu bapa mereka terutamanya mengutip buah lerai, bekerja di tapak semaian sawit, penuaian, pembersihan dan berkaitan pekerjaan di kawasan ladang.

2. Di Sabah terdapat dua kelompok utama iaitu kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan kanak-kanak yang tiada kewarganegaraan (statesless) seperti Bajau Laut. Kumpulan yang tidak memiliki dokumen terbahagi kepada dua kumpulan iaitu orang tempatan dan orang asal iaitu mereka yang tinggal jauh di pedalaman di kawasan bukit, sungai dan gunung. Satu lagi kumpulan pula terdiri daripada kanak-kanak dalam kala- ngan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang merupakan warganegara Indonesia dan Filipina kerana mengikuti ibu bapa bekerja di negara ini.

3. Di bawah peruntukan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 [Akta 350] (pindaan 2018) menetapkan syarat penggajian kanak-kanak dan orang muda hanya dibenarkan bekerja dalam sektor pekerjaan yang dibenarkan. Pemeriksaan oleh pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja ke atas tempat-tempat pekerjaan dijalankan secara

NO SOALAN: 90 berterusan bagi memastikan pematuhan Akta 350 oleh majikan-majikan serta penyiasatan aduan berkaitan penggajian kanak-kanak dan orang muda dilaporkan kepada Kementerian. Akta itu dipinda bagi melindungi kanak-kanak dan orang muda daripada dieksploitasi dan didiskriminasi pihak tertentu.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Akta 350 pindaan 2018 telah menetapkan denda sebanyak RM50,000 ke RM100,000 terhadap mana-mana majikan atau mana-mana orang yang melanggar peruntukan Akta 350 dengan hukuman penjara antara dua (2) tahun hingga lima (5) tahun. Pindaan akta itu menetapkan kanak-kanak dan orang muda tidak dibenarkan melakukan kerja berbahaya seperti mengendali jentera selain dilindungi daripada terdedah kepada bahan kimia berbahaya, berdebu, suhu melampau dan bunyi bising. Majikan juga tidak dibenarkan menggaji kanak-kanak dan orang muda untuk menjual alkohol, pekerjaan berkaitan perjudian dan loteri, perkhidmatan urut dan refleksologi, pelacuran atau mengambil mereka sebagai pengiring sosial.

5. Kerja-kerja berisiko tersebut telah diklasifikasikan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Bekalan Elektrik 1990. Remaja di bawah 18 tahun juga tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa pekerjaan yang memerlukan mereka untuk bekerja bawah tanah.

NO SOALAN: 90

6. Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda atau didakwa di mahkamah. Majikan yang gagal menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 15 OSHA 1994, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

NO SOALAN: 91

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK NG CHIANG CHIN TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan merancang untuk membatalkan Permit Import (AP) sisa plastik yang diberikan kepada 62 syarikat tempatan bagi membawa masuk dan memproses sisa plastik di Malaysia serta mengharamkan sepenuhnya import sisa plastik dari negara maju.

NO SOALAN: 91

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak bercadang untuk membatalkan lesen import (approved permit - AP) HS Code 39.15 yang telah diberikan kepada 64 syarikat. Syarikat-syarikat berkenaan telah mematuhi kesemua syarat ketat pengimportan skrap plastik (plastic scrap) yang ditetapkan oleh KPKT sebelum AP diluluskan. 18 syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

(i) Mengemukakan gambar sebenar yang jelas dan kategori skrap plastik import;

(ii) Mengemukakan surat pengesyoran operasi kilang daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang masih dalam tempoh sah laku;

(iii) Mengemukakan surat kelulusan pengeksport dengan sijil ISO 14000;

(iv) Mengemukakan lesen perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan;

(v) Mengemukakan invois yang dicap dan ditandatangan oleh pengeksport;

NO SOALAN: 91

(vi) Mengamalkan pengemasan berkualiti (good housekeeping) di kilang;

(vii) Mempunyai ruang simpanan yang sesuai seperti berbumbung dan lantai konkrit di kilang;

(viii) Mengemukakan surat kelulusan memasang dan mengoperasi jentera daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP);

(ix) Mengemukakan pengesahan kapasiti sebenar mesin pemprosesan oleh SIRIM;

(x) Menyatakan maklumat lokasi pelupusan sisa yang dijana dari kilang pengimport;

(xi) Mengemukakan senarai pembeli produk akhir;

(xii) Mengemukakan semua senarai kilang di bawah milik syarikat;

(xiii) Menetapkan ratio skrap plastik yang mengehadkan 70% sumber import;

(xiv) Mengehadkan pengimportan hanya kepada skrap plastik daripada premis perindustrian/selected segregrated post- consumer waste;

NO SOALAN: 91

(xv) Menyekat pengimportan skrap plastik dari negara membangun;

(xvi) Menetapkan lokasi yang bersesuaian (zonning) bagi premis pemprosesan sisa kitar semula;

(xvii) Memperkenalkan bayaran levi kepada pengimport; dan

(xviii) Memperkenalkan Jaminan Bank (bank guarantee) kepada pengimport.

2. Buat masa ini, KPKT juga tidak akan mengharamkan sepenuhnya import skrap plastik dari negara-negara maju kerana sistem kawalan pengurusan skrap plastik di negara maju adalah efisien melalui proses pengasingan di fasiliti perolehan semula sumber. Skrap plastik yang dibawa masuk ke Malaysia perlulah bernilai tinggi, bersih dan homogenous yang dijana daripada sumber perindustrian atau pasca pengguna.

3. Syarikat pengimport yang didapati membawa dagangan yang tercemar, kotor serta membuat pengisytiharan palsu (false declaration) akan diambil tindakan dengan diberi amaran keras. AP syarikat juga akan dibatalkan sekiranya didapati melanggar perundangan agensi- agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

NO SOALAN: 91

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 92

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK MUSTAPA KAMAL BIN MOHD YUSOFF TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan berapakah jumlah terkini Pegawai Pemantau Harga (PPH) yang ada di seluruh negara dan sejauh manakah keberkesanan mereka ini dalam membantu mengawal kenaikan harga barangan di pasaran.

NO SOALAN: 92

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memperkenalkan Program Pemantauan Harga di bawah Sekretariat Majlis Harga Barangan Negara sejak tahun 2008. Program ini bertujuan mengukuhkan mekanisme pemantauan harga dan membangunkan pangkalan data harga yang komprehensif dalam menangani isu kenaikan harga barangan.

2. Rentetan itu, seramai 1,034 Pegawai Pemantau Harga daripada kalangan graduan ijazah sarjana muda telah dilantik secara Contract for Service bagi melaksanakan kutipan harga secara berkala di 15,808 premis.

3. Pelaksanaan pemantauan dan penyediaan laporan oleh Pegawai Pemantau Harga menyumbang kepada usaha-usaha KPDNHEP bagi mengawal harga barangan di seluruh negara. Antaranya:

a. mendayaupakan pengguna melalui Aplikasi Price Catcher di mana jumlah muat turun aplikasi ini telah mencecah 100,000 pengguna; b. merangka dasar kerajaan ; dan c. penguatkuasaan bersasar.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 93

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah agensi yang bertanggungjawab untuk memantau bas- bas persiaran di negeri Sabah. Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas bas-bas persiaran ini yang tidak di parkir di kawasan depoh tetapi di kawasan perumahan yang menyebabkan kesesakan.

NO SOALAN: 93

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) adalah agensi persekutuan yang mempunyai peranan dalam pelesenan dan pengawalseliaan kenderaan perdagangan iaitu kenderaan barangan (Pembawa A dan C) dan kenderaan perkhidmatan awam (Bas dan Teksi) dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya di Negeri Sabah dan W.P. Labuan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta LPKP 1987 (Akta 334).

2. Namun demikian, bagi isu-isu pelesenan dan pengawalseliaan Bas Persiaran di Negeri Sabah ianya adalah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia seperti yang telah diperuntukkan di bawah Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan (APKP) (Akta 594) 1999.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN 94

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Paul Igai minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kemajuan Venture TECH Sdn Bhd yang di beri mandat oleh Kerajaan dalam bantuan syarikat-syarikat yang berpotensi dalam bidang teknologi tinggi untuk memulakan atau membesarkan perniagaan mereka setakat 2016 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM100 juta. Berapakah jumlah dan nama syarikat dan bidangnya yang terlibat. Apakah syarat untuk syarikat yang ingin terlibat dalam program ini.

1

NO. SOALAN 94

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) yang diberi mandat bagi menggalakkan pembangunan industri tempatan terutamanya industri Bumiputera dalam bidang industri nilai tambah tinggi dan industri baru muncul telahpun meluluskan pelaburan dalam 13 syarikat berteraskan teknologi sehingga tahun 2016 dan awal tahun 2017.

VentureTECH selaku syarikat pelaburan strategik yang diberi mandat oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (dahulunya Unit Perancang Ekonomi) memberi penekanan utamanya terhadap usaha penjanaan pulangan komersial dan juga pulangan sosial kepada masyarakat amnya.

Pelaburan dalam syarikat-syarikat teknologi tempatan khususnya Bumiputera telah membantu dalam pembangunan industri berasaskan bio, industri teknologi hijau dan industri teknologi baru muncul. Antara kemajuan dan impak pelaburan adalah seperti berikut:

I. pertumbuhan syarikat tempatan berteraskan teknologi dalam industri nilai tambah tinggi dan industri baru; II. peningkatan penglibatan Bumiputera dalam industri-berteraskan teknologi; III. peningkatan aktiviti pengkomersilan; IV. peningkatan kerjasama di antara industri dan universiti/ institusi penyelidikan; V. peningkatan rantaian/jalinan kolaborasi perniagaan; VI. penyediaan peluang pekerjaan terutaman pekerjaan berkemahiran tinggi dan pendapatan tinggi; dan VII. penjanaan pulangan sosial dan penganda pelaburan kepada komuniti amnya.

VentureTECH menfokuskan pelaburan awalnya kepada pembangunan syarikat start- up dan kini tumpuan lebih diberikan kepada membantu syarikat-syarikat tempatan yang dipacu pertumbuhan tinggi dalam tiga bidang utama iaitu industri berteraskan bio (bio-based & biotech industry), 2

NO. SOALAN 94 industri baharu muncul (emerging industry) dan industri hijau (green industry).

Syarikat-syarikat pelaburan (investee company) yang telah diluluskan dan dilaburkan oleh VentureTECH merupakan syarikat rintis atau peneraju teknologi dalam pasaran atau sektor teknologi khusus, yang antaranya telahpun berjaya menembusi pasaran asing yang mencabar. Bidang utama pelaburan VentureTECH dalam syarikat-syarikat pertumbuhan tinggi dan nilai tambah tinggi ialah:- I. industri bio khususnya pembuatan produk farmaseutikal dan peranti perubatan nilai tinggi, II. bidang patologi dan genomik yang turut membantu dalam usaha pembangunan perubatan kesihatan digital Negara; III. bidang automasi bagi integrasi intelligence system berkaitan teknologi IR4 dan Internet-of-Things (IoT) dengan aplikasi dalam sektor tenaga, rel dan juga pertanian khusus dalam precision farming; IV. bidang rekabentuk dan kejuruteraan (design & engineering) yang melibatkan juga teknologi 3D Printing bagi aplikasi dalam sektor automotif, perkapalan, rel dan robotik; dan V. bidang industri berasaskan-bio dengan penggunaan hasil Biomass negara bagi membangunkan industri hijau dalam bidang tenaga dan bidang baru high value green material & chemical products.

FOKUS PELABURAN VentureTECH menjurus kepada syarikat-syarikat tempatan perintis yang dipacu teknologi dalam bidang nilai tambah tinggi khususnya dalam bidang: industri beteraskan-bio industri baru muncul (emerging industry), dan industri hijau.

KRITERIA ASAS PELABURAN bagi penyertaan VentureTECH dalam syarikat sasaran antaranya ialah: syarikat tempatan Malaysia dengan pegangan saham majoriti Bumiputera (iaitu 51% atau lebih); syarikat strategik dalam industri baru nilai tinggi, dan syarikat yang dapat menjana pulangan sosial dalam konteks pembangunan industri tempatan yang kompetitif dan dapat menjana penganda pelaburan (multiplier effect) khususnya kepada 3

NO. SOALAN 94

pembangunan ekonomi golongan masyarakat Middle40 dan secara tidak langsung Bottom40 dan masyarakat amnya.

Sekian, terima kasih.

4

NO. SOALAN 94

MAKLUMAT TAMBAHAN

VentureTECH Approved Investee Companies As At December 2016/2017

No Company Investment Principal Activity Classification 1. Ain Medicare Sdn Bhd Bio-Based Manufacturing of pharmaceutical products. It is the largest privately held pharma company in Malaysia.

2. Clinipath (M) Sdn Bhd Bio-Based Provision of clinical pathology and laboratory service. Ranked 4th in Malaysia. 3. Selia-Tek Medical Sdn Bio-Based Medical device development and Bhd manufacturing. First UPM homegrown technology products commercialised for MOH.

4. Prestigious Discovery Emerging Automation company specializing in the Sdn Bhd Industry power and transportation industry. Ranked among top 15th company in RTU and SCADA segments by world market report.

5. DreamEDGE Sdn BHd Emerging Provision of comprehensive and top-tier Industry engineering and design solution. Leading design house for automotive and rail segment, as registered under TDA.

6. Detik Aturan Sdn Bhd Bo-based and Research and production of premium palm Green Tech EFB (empty fruit bunch) energy pellet. Leading player in producing premium higher value pellets for Japan and Korean markets.

7. MYBiomass Sdn Bhd Bio-based & Development of advance nanocellulose for Green Tech multiple industries use. A strategic JV with Sime Darby and FGV to optimise local EFB biomass for manufacturing of higher value material and chemical products.

8. Extra Built (M) Sdn Bhd Green Tech Research, design and manufacturing of lighting solutions for all purposes. Local player registered among top 17th in Malaysia by SME Corp and PEMANDU.

9. Maerotech Sdn Bhd Bio-based and Maero Tech is a startup now engaging in late Green Tech stage commercialization of super thermal insulator (aerogel) for multi sectoral applications. Their aerogel has unique properties due to the usage of rice husk as raw input material.

5

NO SOALAN: 94

No Company Investment Principal Activity Classification 10. Cell Tissue Technology Biotechnology Pioneering first tissue engineering based Sdn Bhd company, in the field of tissue eng. and regenerative medicine. Supported by MTDC, UKM & MOH. Main product is MyDerm, Malaysia’s first personalized human skin substitute, and Derm-Autologous™, dermal fibroblast cell suspension, used for rejuvenating aging skin.

11. Duopharma Sdn Bhd and Biotechnology To establish a globally competitive Pangen Korea Malaysian biopharma company in a biosimilar industry, one of the fastest growing business opportunities in the biopharma sector worldwide. To spearhead Msia’s move into biopharma niche segments for multifold benefits.

* Note: Exclude incubation stage companies.

NO SOALAN: 95

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' DR. ANANTHAN A/L SOMASUNDARAM TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan status dan perincian pelaksanaan program Pengambilan Khas Perajurit Muda Angkatan Tentera Malaysia bagi Kaum India untuk tahun 2019.

NO SOALAN: 95

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Profesion ketenteraan memerlukan modal insan yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang kental bagi menggalas tanggungjawab dan amanah mempertahankan negara. Mereka yang ingin menceburi kerjaya ini perlu mempunyai minat yang tinggi dan secara sukarela memohon menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Selain itu, pengambilan adalah berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan piawaian ketat yang ditetapkan bagi menentukan supaya sumber manusia yang terpilih dapat dilatih dengan kemahiran dalam pelbagai tred dan ketukangan, berdisiplin tinggi dan dapat mematuhi keperluan-keperluan perkhidmatan serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam memimpin dan mengurus anggota dan aset di bawah pemerintahan.

Selain itu, ATM sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif dan program yang bersesuaian di peringkat kebangsaan mahupun peringkat negeri bagi menarik minat kaum Bukan Melayu khususnya kaum India seperti berikut:

1. Mengadakan aktiviti promosi dengan mengadakan pameran dan ceramah kerjaya di sekolah-sekolah, universiti-universiti serta pameran anjuran Kementerian Pertahanan, agensi awam dan swasta serta kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan komuniti Bukan Melayu;

NO SOALAN: 95

2. Melaksanakan pengiklanan kemasukan Pegawai dan Askar Lasykar di akhbar-akhbar utama dan atas talian;

3. Mengedarkan brosur dan pamplet kepada sekolah-sekolah dan lain-lain pertubuhan berkaitan bagi memupuk minat dan menyalurkan maklumat tentang peluang dan kelebihan menyertai ATM; dan

4. Berhubung rapat dengan agensi-agensi kerajaan lain, wakil- wakil rakyat dan NGO serta persatuan dalam menggalakkan aktiviti promosi dan pengambilan sumber manusia ATM.

NO SOALAN: 96

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Manolan bin Mohamad minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan untuk mengelakkan insiden kematian 15 Orang Asli Bateq di Kg. Kuala Koh, Gua Musang tidak berulang dan juga tidak berlaku di tempat-tempat lain.

NO SOALAN: 96

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Di kesempatan dewan yang mulia ini, pihak Kerajaan mengucapkan takziah di atas kematian 15 orang penduduk Orang Asli Kuala Koh dan bersimpati ke atas tragedi yang menimpa kepada penduduk-penduduk Kampung Orang Asli Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang Kelantan terhadap musibah yang dihadapi ini.

Sehingga kini, pihak Kerajaan komited dan serius dalam melaksanakan bantuan pemulihan rawatan dan pemberian sokongan kebajikan serta berusaha mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku kepada penduduk- penduduk Kampung Orang Asli Kuala Koh khasnya dan masyarakat Orang Asli amnya melalui dengan kerjasama strategik pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan serta penglibatan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan beberapa langkah , antaranya :

(i) Mengadakan Program Kesihatan Komuniti bersama dengan pihak KKM dengan aktiviti penerangan kesihatan interaktif, simulasi praktikal penjagaan kesihatan, pertandingan kesihatan komuniti sihat, dan pembekalan sokongan penjagaan kesihatan

(ii) Mengadakan Program Bersama Rakyat di dengan masyarakat Orang Asli Kuala Koh dengan penglibatan beberapa Agensi / Jabatan

NO SOALAN: 96

Kerajaan dan NGO seperti aktiviti pendaftaran kad pengenalan, pendaftaran bantuan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), gotong royong perdana dan penerangan gaya hidup sihat komuniti ;

(iii) Program suntikan vaksin dan imunisasi yang berjadual kepada masyarakat Orang Asli ;

(iv) Menaiktaraf perkhidmatan air bersih menerusi sistem Rawatan Air Bersih dan mengenalpasti punca sumber air yang baharu melalui kerjasama dengan Unit BAKAS, KKM.

(i) Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerjasama bersama dengan pihak JAKOA di dalam proses penelitian bagi mewujudkan keanjalan silibus pengajaran dan fleksibel masa pembelajaran bagi perlaksanaan konsep Sekolah Komuniti Pedalaman Orang Asli bagi Orang Asli Seminomadik.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 97

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pemegang Lesen Senjata Api (kategori individu) sehingga Jun 2019 dan berapakah jumlah rampasan senjata api oleh PDRM pada tahun 2018 dan 2019.

NO SOALAN: 97

JAWAPAN

Tuan Yang di-pertua,

Jumlah pemegang Lesen Senjata Api (kategori individu) sehingga Jun 2019 adalah sebanyak 31,241 manakala jumlah rampasan senjata api oleh PDRM pada tahun 2018 dan 2019 masing-masing sebanyak 98 dan 84 laras daripada pelbagai kategori senjata api .

NO SOALAN: 97

STATISTIK JUMLAH PELESEN YANG DIBATALKAN / RAMPAS DARI TAHUN 2018 HINGGA 2019

KATEGORI LAIN- PELESEN MELAYU CINA INDIA LAIN JUMLAH

PERSENDIRIAN 92 29 2 6 129

SYARIKAT 15 8 2 0 25

JAB KERAJAAN 0 0 0 0 0

LAIN-LAIN 0 0 0 0 0

JUMLAH 107 37 4 6 154

STATISTIK JUMLAH SENJATA API YANG DIBATAL/ RAMPAS DARI TAHUN 2018 HINGGA 2019

JUMLAH LAIN- SENJATA API MELAYU CINA INDIA LAIN JUMLAH

PISTOL 19 11 1 0 31

SHOTGUN 80 12 2 6 100

PUMPGUN 16 1 17 0 34

RIFLE 0 6 0 0 6

LAIN-LAIN 4 7 1 0 12

JUMLAH 119 37 21 6 183

KATEGORI LAIN- PELESEN MELAYU CINA INDIA LAIN JUMLAH

NO SOALAN: 97

PERSENDIRIAN 60 10 0 6 76

SYARIKAT 7 1 2 0 10

JAB KERAJAAN 0 0 0 0 0

LAIN-LAIN 0 0 0 0 0

JUMLAH 67 11 2 6 86

STATISTIK JUMLAH SENJATA API YANG DIBATAL/ RAMPAS DARI TAHUN 2018

JUMLAH LAIN- SENJATA API MELAYU CINA INDIA LAIN JUMLAH

PISTOL 11 5 1 0 17

SHOTGUN 44 0 0 6 50

PUMPGUN 5 1 17 0 23

RIFLE 0 4 0 0 4

LAIN-LAIN 2 1 1 0 4

JUMLAH 62 11 19 6 98

STATISTIK JUMLAH SENJATA API YANG DIBATAL/ RAMPAS DARI TAHUN 2019

NO SOALAN: 97

JUMLAH LAIN- SENJATA API MELAYU CINA INDIA LAIN JUMLAH

PISTOL 8 6 0 0 14

SHOTGUN 36 11 2 0 49

PUMPGUN 11 0 0 0 11

RIFLE 0 2 0 0 2

LAIN-LAIN 2 6 0 0 8

JUMLAH 57 25 2 0 84

NO SOALAN: 98

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASPAL SINGH TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk membantu dan menampung kos pengendalian yang tinggi oleh pengusaha-pengusaha bas tempatan (Stage Bus Operators) di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan Rapid, LRT, MRT dan lain-lain jenis perkhidmatan awam.

NO SOALAN: 98

JAWAPAN

Yang di-Pertua, 1. Untuk makluman Yang Berhormat, Dana Sokongan Bas Berhenti Henti (ISBSF) telah diwujudkan kerajaan pada tahun 2012 bagi membantu menampung kos operasi harian pengendali bas yang terbabit berikutan kerugian dialami disebabkan sebahagian laluan mereka tidak menguntungkan. ISBSF diwujudkan kerajaan untuk memastikan syarikat pengendali bas henti henti, terutama di kawasan luar bandar tidak menamatkan perkhidmatan kerana peningkatan kos dan kerugian yang dialami kerana laluan kurang penumpang. Kerajaan memberi perhatian terhadap isu ini kerana kebanyakan laluan yang terbabit terletak di luar bandar dan perkhidmatan bas masih diperlukan oleh penduduk untuk meneruskan aktiviti harian mereka.

2. Kerajaan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan membuat kajian penambahbaikan sistem bas berhenti-henti terutamanya perkhidmatan bas pengantara untuk menghubungkan rakyat ke mod pengangkutan awam yang lain yang lebih efektif dan cekap dan ini secara tidak langsung mengubah persepsi dan memberi pilihan kepada rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam.

3. APAD akan mengembangkan dan memperkenalkan skim perkhidmatan myBAS 2.0 di seluruh negara bagi menggantikan dana sokongan Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF) yang bersifat

NO SOALAN: 98

sementara secara berperingkat. MyBAS mula diperkenalkan di Kangar pada Ogos 2015 dan seterusnya diikuti oleh Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu. Bagi mengembangkan skim ini secara lebih efektif dan cekap, MyBAS 2.0 akan dijalankan selepas kajian permintaan dan penawaran perkhidmatan bas dilakukan. Kajian ini juga akan mengkaji kesesuaian untuk menggunakan kenderaan seperti bas mini dan van di kawasan luar bandar yang sukar untuk dimasuki bagi perkhidmatan pengangkutan awam terutama bas.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 99

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN KHAIRUL AZWAN HARUN TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah dasar baharu Kerajaan untuk menyelesaikan isu penduduk kelahiran Malaysia yang masih tidak mempunyai kerakyatan.

NO SOALAN: 99

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa prihatin dengan isu dokumentasi dan pengenalan diri dalam kalangan penduduk negara ini dan antara usaha yang sedang diambil dalam menangani isu seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah seperti berikut:

1. Penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan penentuan kewarganegaraan; dan 2. Pertimbangan terhadap permohonan kewarganegaraan bagi individu berkelayakan.

Berhubung dengan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan penentuan kewarganegaraan, ditegaskan bahawa kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran. Oleh itu, kaedah perekodan taraf kewarganegaraan individu yang dilahirkan di Malaysia iaitu sama ada dengan taraf Warganegara atau Bukan Warganegara oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah selaras dengan peruntukan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Citizenship Rules 1964 [LN82/1964] serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, kesahtarafan anak, peraturan imigresen dan lain-lain. Ibu bapa dan penjaga kepada individu yang bertaraf Bukan Warganegara bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan kewarganegaraan, dokumen pengenalan diri dan dokumen

NO SOALAN: 99 perjalanan dengan negara asal bagi mengelakkan ketiadaan dokumen pengenalan diri, keberadaan tidak sah di Malaysia dan seterusnya disalah anggap sebagai tidak memiliki kewarganegaraan dari mana-mana negara (stateless).

Berhubung dengan pertimbangan terhadap permohonan kewarganegaraan pula, terdapat dua kaedah pemerolehan kewarganegaraan bagi individu bertaraf Bukan Warganegara iaitu sama ada melalui pendaftaran atau penaturalisasian. Pada masa ini, KDN sedang giat menjalankan penambahbaikan komprehensif terhadap prosedur pengendalian standard (SOP) agar ia bersesuaian dengan hala tuju negara dan seimbang daripada aspek kemanusiaan tanpa mengabaikan keselamatan negara serta kesejahteraan warganegara sedia ada.

Bagi memastikan tiada isu berbangkit di masa hadapan serta membentuk masyarakat yang bermoral dan patuh kepada perundangan yang berkuat kuasa, Ahli Yang Berhormat diseru untuk membantu memperkukuhkan usaha Kerajaan dalam menangani isu kewarganegaraan dengan menyebarluaskan pengetahuan berkaitan dengan kepentingan mendaftarkan perkahwinan serta mendaftarkan anak bertaraf Bukan Warganegara di kedutaan negara asal.

NO SOALAN: 100

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan senaraikan projek sains di bawah Kementerian yang telah mendapat pengiktirafan daripada badan-badan ataupun agensi-agensi antarabangsa daripada tahun 2013 sehingga kini.

NO SOALAN: 100

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 1. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan sekarang dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah menawarkan beberapa skim pembiayaan seperti Science Fund, InnoFund, TechnoFund, SmartFund dan Facilitation Fund. Skim-skim ini menawarkan pembiayaan kepada projek R&D di peringkat Penyelidikan Gunaan (Applied Research), Pra-pengkomersialan dan Pengkomersialan.

2. Skim-skim pembiayaan ini telah dimanfaatkan oleh penyelidik daripada Agensi /Jabatan Kerajaan, Institut Penyelidikan dan Institut Pengajian Tinggi dalam menjalankan projek-projek sains yang boleh memberi faedah kepada rakyat. Projek-projek yang dibiayai ini telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada badan-badan ataupun agensi-agensi antarabangsa sekaligus meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara berdaya saing di peringkat global dalam pelbagai bidang yang berkaitan. Pengiktirafan yang diterima termasuklah memperolehi pingat di persidangan antarabangsa serta anugerah sains dan inovasi.

3. Sehingga kini, peneraju-peneraju projek telah menyertai pelbagai program di peringkat antarabangsa dengan tujuan merancakkan

NO SOALAN: 100 aktiviti pemindahan teknologi di samping mengukuhkan hubungan strategik antarabangsa. Antara pencapaian membanggakan yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa adalah seperti projek-projek berikut: i. Development of Power-Generating Windows Based on Dye Solar Cells (dengan izin) menerima pingat emas di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) pada tahun 2013; ii. Aplikasi Space Based Mobile Workforce (dengan izin) telah menerima Anugerah Asia Geospatial Award dalam Asia Geospatial Forum di Jakarta Indonesia pada tahun 2014; iii. Mutation Breeding (dengan izin) telah menerima International Atomic Energy Agency (IAEA) Plant Mutation Breeding Awards pada tahun 2014; iv. Rapid Emergency Medical System (dengan izin) telah menerima Anugerah tempat ketiga dalam The European Satellite Navigation Competition (Asia Region) di Brunei Darussalam pada tahun 2015; v. Aplikasi ANGKASA Trigger, Tracking and Trace (ATTracT) (dengan izin) telah menerima anugerah khas dalam European Satellite Navigation Competition di Sepanyol pada tahun 2016; vi. Human Resources Development for Nuclear Technology Application (dengan izin) menerima Excellence Research Team Award daripada Forum for Nuclear Cooperation in Asia (FNCA) pada tahun 2017;

NO SOALAN: 100

vii. Sistem Maklumat Kebakaran Hutan (ForFIS) telah menerima Japan Society of Photogrammetry and Remote Sensing Award di 39th Asian Conference on remote Sensing (ACRS) (dengan izin) pada tahun 2018; viii. Nano – Palm Frond Titania Fiber (PFTF): A Waste to Wealth Approach for High Performance Photocatalytic Industrial Wastewater Treatment (dengan izin) telah menerima pingat perak dalam kategori Protection of Environment, Energy, Water & Green Technology di Malaysia Technology Expo (MTE) pada tahun 2019; dan ix. Biocompatibility Platform For Protein Detection In Latex Glove And Automated Latex Glove Sample Cutting Machine menerima Champion of World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes di bawah kategori E-Health pada tahun 2019.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Selain daripada kejayaan projek-projek yang dibiayai , pengiktirafan antarabangsa bagi produk-produk tempatan turut diterima menerusi aktiviti pengkomersialan produk/teknologi/ perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui platform Tahun Pengkomersialan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Commercialisation Year (MCY) (dengan izin). Sehingga 31 Disember 2018, nilai pengkomersialan yang dijana oleh KPI Khas MCY 2016 hingga 2018 adalah RM301,294,809.26 menerusi 303 produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D yang dibiayai Kerajaan.

NO SOALAN: 100

5. Di antara produk/teknologi/perkhidmatan Kementerian di bawah MCY yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa adalah seperti berikut:

i. Produk Concmatt oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mendapat pingat emas di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) (dengan izin), Malaysia pada tahun 2014 dan 2017; ii. Produk CIERA oleh Forest Research Institute Malaysia (FRIM) (dengan izin) iaitu KPI Khas MCY 2016 telah mendapat pingat emas di ITEX pada tahun 2018; dan iii. Produk Supplier Trust Authentication Rating System (STARS) (dengan izin) oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)–MyBiz Solutions Sdn. Bhd. telah memenangi Procurement Consultancy Project Award, World Procurement Awards (dengan izin) di London pada tahun 2019.

6. Produk/teknologi/perkhidmatan KPI Khas MCY juga telah menyertai pameran atau persidangan antarabangsa seperti berikut:

i. Produk Smart Soft Strecher (dengan izin) oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Ekspo Perdagangan Antarabangsa China 2018 (CAEXPO 2018) di Nanning, China; ii. Produk GX-300 Oxy-Hydro Fuel Cell oleh Technology Park Malaysia (TPM) (dengan izin) di World Corporate Social

NO SOALAN: 100

Responsibility (CSR) Congress, India dan Ekspo BUILDTECH di Uzbekistan pada tahun 2018; iii. Produk D3 Affordable & Sustainable Housing oleh Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) (dengan izin) di Japan Build International Building Material and Housing Equipment Expo 2018 di Jepun.

7. Kementerian sentiasa komited dalam memberi peluang kepada penyelidik-penyelidik projek sains di bawah Kementerian untuk memperluaskan jaringan kerjasama serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan menerusi penyertaan dalam pertandingan serta pameran antarabangsa agar lebih berdaya saing dan menyumbang kepada produktiviti negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 101

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan akan membantu dengan memberi sejumlah dana khas khusus untuk negeri Perlis bagi persiapan sempena tahun melawat Perlis 2021; dan

(b) adakah pihak Kementerian bercadang membina sebuah mini taman tema di negeri Perlis seperti negeri Kedah dan Perak. Difahamkan juga Kerajaan Negeri Perlis telah menyediakan sebidang tanah pembinaan bagi tarikan pelancongan.

NO SOALAN: 101

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, buat masa ini Kementerian tidak memperuntukkan dana khas untuk mana-mana negeri. Namun, Kementerian konsisten dalam melaksanakan pelbagai program- program pelancongan seperti Program Penyediaan Kemudahan Pelancongan, Program Eko-Pelancongan, Program Pengalaman Homestay Malaysia dan sebagainya di seluruh negara termasuk negeri Perlis. Antara program tahunan yang diadakan di negeri Perlis adalah Pesta Angin Timur, Pesta Air Kuala Perlis dan Kejohanan Woodball Terbuka dan Jemputan Antarabangsa Perlis melalui kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Perlis.

Kementerian sentiasa bekerjasama erat dengan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis dalam memberi perhatian kepada produk-produk pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan atau dinaiktaraf. Walau bagaimanapun buat masa ini, pembinaan taman tema, hotel, chalet dan marina tidak tersenarai dalam skop peruntukan pembangunan kementerian.

Kementerian sangat mengalu-alukan cadangan daripada Yang Berhormat Senator demi memajukan produk-produk pelancongan di Perlis dengan kerjasama pihak swasta melalui Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership - PPP).

NO SOALAN: 101

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 102

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapakah Kementerian hanya terlibat dalam pentadbiran sahaja manakala pemilikan tanah, bangunan dan kurikulum agama Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kekal di bawah Kerajaan Negeri dan apakah Kementerian tidak bercadang untuk mengambil alih SABK secara keseluruhan

NO SOALAN: 102

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pengoperasian sekolah bantuan kerajaan (SBK) termasuk sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) tertakluk kepada peruntukan Akta Pendidikan 1996 [AKTA 550] dan peraturan-peraturan di bawahnya. Berdasarkan akta tersebut, sekolah bantuan kerajaan atau institusi pendidikan bantuan adalah institusi pendidikan yang menerima sumbangan bantuan modal dan sumbangan bantuan penuh daripada kerajaan.

Tawaran yang dibuat oleh KPM kepada kerajaan negeri untuk mendaftarkan sekolah-sekolah agama negeri sebagai sekolah bantuan kerajaan bertujuan untuk memastikan sekolah-sekolah ini dapat diuruskan dengan lebih baik termasuk menyediakan keperluan guru yang terlatih dan berkualiti serta penyelarasan daripada segi pentadbiran seperti peperiksaan awam dan sebagainya. Berkaitan aspek kurikulum pula, KPM telah membuat penyelarasan penggunaan kurikulum kebangsaan di SABK iaitu, Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) semenjak tahun 2015.

Untuk makluman, berdasarkan MOU yang telah dipersetujui semasa pendaftaran SABK, sekolah-sekolah yang mendaftar sebagai SABK akan terus kekal beroperasi di atas tanah hak milik Kerajaan Negeri dan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). Oleh itu, sewajarnya urusan penyelenggaraan bangunan dan penyediaan kemudahan asas sekolah adalah di bawah

NO SOALAN: 102 tanggungjawab LPS atau kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, melalui belanjawan tahunan yang disediakan oleh pihak kerajaan, KPM telah menyalurkan peruntukan bantuan penyelenggaraan dan perabot baharu berdasarkan keperluan SABK yang berkenaan memandangkan kebanyak SABK berada dalam keadaan daif. Bagi tahun 2019, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50juta kepada SABK untuk tujuan tersebut.

Sekiranya pihak LPS tidak lagi berminat untuk menguruskan SABK dan bercadang untuk menyerahkan kepada KPM sepenuhnya, maka permohonan untuk menukar status boleh dikemukakan melalui Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan untuk dipertimbangkan oleh KPM mengikut syarat dan prosedur sedia ada yang telah ditetapkan oleh KPM.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN : 103

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN IR. MD NASIR BIN HASHIM TARIKH : 22 JULAI 2019

TUAN IR. MD NASIR BIN HASHIM minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini permohonan Kerajaan Johor bagi cadangan- cadangan berkenaan dengan :-

(a) mempertingkatkan laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Ayer Keroh, Melaka ke Johor Bahru dari dua lorong ke tiga Lorong sehala; dan

(b) penyambungan perhubungan jalan raya yang terputus-putus antara Barat dan Timur, atau East-West Link di bandar raya Johor Bahru.

NO SOALAN : 103

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pertambahan jumlah kenderaan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) setiap tahun menyebabkan lebuhraya tersebut tidak dapat menampung kapasiti kenderaan pada waktu puncak seperti pada cuti hujung minggu, musim perayaan dan juga cuti persekolahan. Kementerian Kerja Raya sentiasa prihatin terhadap kesesakan yang sering berlaku dan sentiasa memantau keadaan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan termasuk trafik yang menuju ke Selatan. Berdasarkan pemerhatian pihak PLUS, jumlah trafik menuju ke selatan hanya meningkat pada waktu puncak dan musim perayaan sahaja dan sehingga kini, pihak Kementerian belum mempunyai perancangan untuk menambah atau melebarkan laluan lebuh raya tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, inisiatif yang diambil oleh pihak Kementerian melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS bagi mengurangkan kesesakan semasa musim perayaan adalah seperti berikut:

(i) Menggalakkan pengguna untuk membuat perancangan perjalanan melalui nasihat waktu perjalanan (travel time advisory) bagi mengelakkan tumpuan perjalanan serentak para pengguna.

(ii) Mengaktifkan pelaksanaan laluan kontra di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti bagi pengaliran trafik yang lebih lancar terutamanya di kawasan mendaki.

NO SOALAN : 103

(iii) Menambah bilangan petugas serta bantuan anggota RELA di plaza tol serta hentian rehat bagi membantu mengawal aliran trafik keluar dan masuk agar lebih lancar.

(iv) Menyediakan tempat letak kereta serta tandas tambahan di lokasi hentian rehat yang terpilih bagi menampung tumpuan pengguna. NO SOALAN: 103

(v) Membuka lebih banyak lorong transaksi termasuk pelaksanaan kutipan tol secara berlapis (MTL - multiple transactional lane) di plaza tol.

(vi) Memastikan pasukan ronda serta kren kembalik dalam keadaan siap siaga (standby) di lokasi-lokasi yang sering berlaku kemalangan untuk bantuan kecemasan atau kerja pengalihan kemalangan.

(vii) Bekerjasama dengan pelbagai saluran radio dan televisyen utama bagi tujuan penyaluran maklumat keadaan trafik semasa untuk kemudahan perancangan perjalanan para pengguna.

(vii) Menyampaikan maklumat semasa trafik melalui laman sesawang, media sosial dan melalui aplikasi LLM Traffic bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat trafik dari masa ke semasa.

(b) Untuk makuman Yang Berhormat Senator, semakan Kementerian ini mendapati bahawa tiada permohonan yang diterima dari pihak Kerajaan Negeri Johor untuk pembinaan jalan atau lebuhraya baharu bagi menghubungkan jalan raya di antara Barat dan Timur bandaraya Johor Bahru. Walau bagaimanapun,

NO SOALAN: 103

Kementerian ini mencadangkan agar permohonan ini disenaraikan di dalam senarai keutamaan projek baharu bagi Negeri Johor di dalam Rancangan Malaysia yang akan datang berdasarkan kepada keperluan teknikal seperti jumlah trafik dan keupayaan jalan tersebut untuk menampung jumlah trafik sedia ada.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 104

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH TARIKH : 22 JULAI 2019

PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pendirian kerajaan terhadap cadangan bagi mengatasi masalah mental melalui rawatan alternatif (perubatan Islam) seperti yang dilaksanakan oleh Hospital Temerloh.

NO SOALAN: 104

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Berdasarkan Perintah Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) (Bidang Amalan Diiktiraf) 2017 yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2017, amalan pengubatan Islam adalah merupakan salah satu bidang amalan yang diiktiraf di antara tujuh (7) bidang PT&K di Malaysia. Salah satu komponen yang terdapat dalam bidang amalan pengubatan Islam adalah berkenaan aspek kerohanian. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menyediakan perkhidmatan pengubatan Islam di fasiliti kesihatan Kerajaan.

Namun begitu, sejak tahun 2016, KKM telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam merancang segala aktiviti pengawalseliaan amalan pengubatan Islam. Antara hasil kerjasama yang dicapai adalah termasuk penubuhan Lajnah Pengawalseliaan Pengamal Pengubatan Islam (LAJPPI) untuk membantu Majlis PT&K dalam pengawalseliaan amalan dan pengamal pengubatan Islam.

Justeru, KKM ingin mengingatkan orang awam bahawa PT&K termasuk amalan pengubatan Islam adalah merupakan rawatan pelengkap kepada perubatan moden. Maka, pesakit yang mempunyai masalah mental perlu dirujuk kepada pengamal perubatan berdaftar untuk mendapatkan rawatan dan pemantauan yang berterusan di samping menerima rawatan pelengkap untuk mendapatkan ketenangan dari aspek kerohanian. Ini

NO SOALAN: 104 adalah untuk memastikan keselamatan pesakit dijamin dan taraf kesihatan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan.

Yang di-Pertua,

Selepas mendapat pengesahan daripada pihak Hospital Temerloh, kenyataan berkenaan Hospital Temerloh menawarkan perkhidmatan pengubatan Islam dalam mengatasi masalah mental adalah tidak sahih. Sebaliknya, pihak hospital telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran pengamal pengubatan Islam tentang rawatan perubatan moden yang ditawarkan di hospital bagi pesakit yang mempunyai masalah mental. Pengamal pengubatan Islam juga digalakkan untuk menasihat dan mendidik pesakit yang mengalami masalah mental untuk mendapat rawatan perubatan yang bersesuaian di fasiliti kesihatan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 105

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK RABIYAH BINTI ALI TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan fokus utama Kerajaan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

NO SOALAN: 105

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM adalah seperti yang berikut: i. Usaha Sama KPM dan Cambridge English (2016-2020) Melalui usaha sama ini pelbagai perubahan secara sistematik dan sistemik dilaksanakan terhadap pendidikan bahasa Inggeris. Salah satu daripada usaha ini melibatkan penjajaran kurikulum Bahasa Inggeris, pentaksiran, latihan guru dan bahan sumber dijajarkan kepada piawaian antarabangsa Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Usaha sama ini adalah berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Bahasa Inggeris yang dikenali sebagai The Roadmap for English Language Education in Malaysia 2015–2025. Pelan ini memperincikan perubahan dalam pendidikan bahasa Inggeris pada peringkat prasekolah sehingga universiti termasuk pendidikan guru.

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Inggeris bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah yang dijajarkan kepada CEFR telah menetapkan sasaran yang perlu dikuasai oleh murid. Berdasarkan sasaran tersebut, guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran bilik darjah yang bersesuaian mengikut kehendak DSKP dan tahap sasaran kurikulum (curriculum target levels).

NO SOALAN: 105 ii. Inisiatif 107: Pengukuhan Pendidikan Bahasa Inggeris di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Pelbagai program dan aktiviti pengukuhan bahasa Inggeris telah dirancang dan dilaksanakan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Bahasa Inggeris. Empat (4) program utama di bawah Inisiatif Pengukuhan Pendidikan Bahasa Inggeris termasuk Highly Immersive Programme (HIP), Dual Language Programme (DLP), Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah (PPKBIS) dan Profesional Up-skilling of English Language Teachers (Pro-ELT).

Pada tahun 2019, KPM berusaha memantapkan lagi pelaksanaan HIP di sekolah bagi mengukuhkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid melalui:

1. Program Bimbingan Bahasa Inggeris Sekolah di bawah HIP; dan 2. Program Gerak Jangkau Bahasa Inggeris di bawah HIP

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 106

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sejauh manakah usaha-usaha progresif dari pihak Kementerian dalam penyampaian maklumat kepada rakyat susulan persepsi kegagalan Kerajaan dalam mengendalikan media maklumat seperti tidak efisien dan efektif.

NO SOALAN: 106

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian melalui Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) selaku penyiar utama kerajaan Malaysia sentiasa berusaha menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat secara efektif dan efisien. Perkara ini juga sentiasa diikuti oleh pihak BERNAMA yang hanya menggunakan maklumat- maklumat sahih dan tepat bersumberkan pihak yang berautoriti sahaja dalam menyampaikan berita kepada rakyat dan masyarakat. Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) juga tidak ketinggalan dalam berkaitan dasar kerajaan dengan menjalankan usaha-usaha progresif menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui kerjasama dengan kementerian berkaitan bagi menjelaskan sesuatu isu di peringkat akar umbi.

2. Penyampaian berita setiap jam di ketiga-tiga saluran TV dan 33 saluran radio dalam semua bahasa pertuturan rakyat Malaysia dikendalikan RTM membuktikan penyampaian maklumat secara meluas dan menyeluruh kepada setiap lapisan masyarakat.

3. RTM juga menyampaikan maklumat kepada rakyat secara cekap serta efektif melalui rancangan bual bicara dan melalui Pesanan Khidmat Masyarakat, PSA, kapsul juga ‘talking point’ DJ supaya rakyat sentiasa berwaspada tentang pengaruh berita palsu dan terus mengikuti siaran RTM untuk menerima berita benar dan tepat. Selain itu, RTM

NO SOALAN: 106

berpegang kepada Kod Etika Penyiaran, yang menetapkan dengan jelas Garis Panduan Siaran Berita yang menepati asas kandungan berita yang benar dan tepat.

Tuan Yang Dipertua,

4. Pada masa sama RTM, BERNAMA dan JaPen turut peka kepada pengaruh media baru dalam mewujudkan pesepsi negatif dalam kalangan rakyat. Bagi menghadapi serangan negatif daripada pengaruh media baharu ini, akses RTM, BERNAMA dan JaPen kini telah meluas, merentas platform satelit, digital dan media baharu. RTM sudah pun melaksanakan siaran percubaan Saluran Percubaan Berita mulai 1 Januari lalu menerusi siaran di MyFreeview menggunakan saluran 123.

5. Bagi pengguna media baharu, tontonan melalui 160 akaun media sosial, dan live streaming boleh diakses pada bila-bila masa oleh penonton RTM. Penonton juga mempunyai pilihan untuk menonton semula Video On Demand menerusi perkhidmatan MyKlik, aplikasi RTM Mobile dan You Tube. BERNAMA dan JaPen juga menghasilkan Infografik dan video dihebahkan secara berterusan melalui pelbagai platform BERNAMA dan JaPen termasuk media sosial seperti Twitter dan Facebook. BERNAMA juga menyebarkan maklumat melalui saluran televisyen Bernama News Channel (BNC) dan Bernama Radio. Perkara ini juga diikuti JaPen dengan giat menguar-uarkan inisiatif dan kejayaan kerajaan menerusi pelbagai program advocacy, engagement dan outreach di seluruh negara melalui program utama

NO SOALAN: 106

iaitu program yang berteraskan komunikasi bersemuka, komunikasi visual dan komunikasi online atau media baharu.

6. Bagi aspek kandungan, RTM telah memfokuskan pembinaan pelbagai program, drama, telefilem, konsert hiburan, visual radio dan dokumentari yang secara tidak langsung menyebarkan maklumat berhubung usaha-usaha murni kerajaan membantu rakyat dan membina satu negara yang progresif.

7. RTM dalam pada itu sentiasa mengadakan kajian maklum balas bagi mengukur sokongan dan kesan terhadap penontonnya. Menerusi Kajian Keberkesanan Program RTM 2018 yang dikendalikan Universiti Teknologi Mara, UiTM; hampir 60 peratus responden memilih kandungan yang disiarkan saluran TV RTM sebagai terperinci. Laporan berita paling dipercayai sebagai yang telus dan tepat. 53 peratus pendengar radio pula menjadikan RTM pilihan utama dalam mendapatkan maklumat. Penemuan kajian ini membuktikan usaha- usaha progresif RTM dalam penyampaian maklumat sebenar pencapaian kerajaan semasa kepada rakyat secara efisien dan efektif.

Tuan Yang Dipertua, kesimpulannya KKMM menegaskan bahawa kami sentiasa memastikan penyampaian maklumat kepada rakyat berada pada tahap yang diyakini dan menepis persepsi kegagalan kerajaan dalam mengendalikan media maklumat seperti tidak efisien dan efektif melalui pelbagai usaha yang kami telah kemukan tadi.

NO SOALAN: 107

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Kamarudin bin Abdun minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah penjawat awam dengan konsep penswastaan dan usaha sama di antara sektor awam dan sektor swasta.

NO SOALAN: 107

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, langkah pengurangan bilangan penjawat awam masih dalam peringkat penelitian dan kerajaan akan memberi pilihan kepada pihak terbabit apabila ia dilaksanakan. Kerajaan akan memastikan kakitangan awam berkenaan tidak kehilangan pekerjaan dan boleh berpindah ke sektor swasta.

Melalui konsep penswastaan, fungsi-fungsi tertentu yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi kerajaan yang boleh menjana hasil secara konsisten dan berdaya maju adalah berpotensi untuk diswastakan. Melalui penswastaan, keupayaan dan kemampuan untuk menjana pendapatan sendiri dapat dipertingkatkan serta mengurangkan pembiayaan kerajaan terhadap perbelanjaan operasi jabatan/agensi berkenaan. Dengan perkembangan teknologi terkini, Kerajaan percaya perkhidmatan awam akan lebih produktif apabila pembaziran dihapuskan, pengagihan sumber dilaksanakan dengan cekap dan guna tenaga diganti dengan penggunaan teknologi maklumat serta komputer.

Sektor awam sewajarnya memfokuskan kepada penyediaan dasar utama, menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan serta tidak terbabit secara aktif dalam aktiviti ekonomi perdagangan di Malaysia. Kerajaan berhasrat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor swasta dengan gaji yang lebih lumayan bagi mengurangkan pergantungan rakyat terhadap pekerjaan di sektor awam.

NO SOALAN: 107

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 108

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan jumlah syarikat-syarikat tempatan di bawah Program Pembangunan Vendor (VDP) dan Program VDPx yang dikendalikan oleh PETRONAS di seluruh negara.

NO SOALAN: 108

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Program Pembangunan Vendor (PPV, atau Vendor Development Program [VDP]) di bawah MED merupakan salah satu inisiatif agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera. Ia bertujuan mewujudkan dan membangunkan usahawan-usahawan vendor Bumiputera dalam sektor perkilangan atau perkhidmatan yang berdaya saing, berdaya tahan dan bertaraf global.

2. Kejayaan PPV ini adalah atas kerjasama dan sokongan kuat para syarikat anchor dan vendor-vendor di bawah mereka. Petronas merupakan salah satu anchor yang aktif menjalankan program PPV dan telah mewujudkan programnya sendiri iaitu VDPx di seluruh negara pada Julai 2018 selepas perbincangan bersama MED. Objektif program LESTARI Petronas antara lain bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem minyak dan gas negara, terutama kepada vendor peralatan minyak dan gas (OGSE) Bumiputera selain membina kemahiran keusahawanan.

3. Untuk makluman YB Senator, sebanyak 23 buah syarikat tempatan kini menyertai PPV di bawah Petronas. Sementara di bawah VDPx Petronas, sebanyak 14 buah syarikat tempatan sedang menyertainya.

4. MED memainkan peranan aktif dalam menyokong program VDPx dan LESTARI Petronas dengan penglibatan agensinya iaitu Bank Rakyat

NO SOALAN: 108

dalam menyediakan program pembiayaan kepada vendor-vendor perusahaan kecil dan sederhana sektor OGSE. Dana pembiayaan permulaan sebanyak RM200 juta telah disediakan bertujuan memberikan faedah kepada vendor-vendor OGSE yang telah dianugerahkan kontrak oleh Petronas.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 109

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN SOPIAH BINTI SHARIF TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Sopiah binti Sharif minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sejauh manakah usaha dan pendekatan yang telah diambil oleh Kementerian untuk menaik taraf Internet di kawasan kampung dan kawasan luar bandar terutamanya di Pulau Pinang.

NO SOALAN: 109

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, 1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pihak Kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperluaskan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang.

2. Di antaranya adalah penyediaan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di ibu negeri dan bandar-bandar utama di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang melalui projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB). Sehingga kini, lebih daripada 143 ribu sambungan telah tersedia melibatkan penaiktarafan 14 ibusawat di Pulau Pinang.

3. Selain itu, pihak Kerajaan turut melaksanakan projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) yang menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan pinggir bandar di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang. Lebih dari 23 ribu sambungan telah tersedia melibatkan penaiktarafan 10 ibusawat di Pulau Pinang manakala lebih daripada 2 ribu sambungan masih dalam peringkat pelaksanaan yang dijangka siap secara berperingkat pada tahun 2019.

4. Pihak Kerajaan juga turut melaksanakan inisiatif Peluasan Liputan Jalur Lebar Mudah Alih yang melibatkan penaiktarafan menara komunikasi sedia ada di kawasan luar bandar di Pulau Pinang. Sehingga kini, sebanyak 7 menara komunikasi sedia ada telah dinaiktaraf kepada perkhidmatan 3G/4G di Pulau Pinang.

NO SOALAN: 109

5. Di samping itu, sebanyak 381 menara komunikasi telah dibangunkan secara komersil oleh syarikat pemberi perkhidmatan di Pulau Pinang. Sehingga kini, sebanyak 1,613 lokasi Wifi Komuniti sedang beroperasi di seluruh negara. Perkhidmatan WiFi Komuniti adalah inisiatif yang bersifat sementara bertujuan untuk membantu rakyat mendapatkan capaian kepada internet secara kolektif sementara pembangunan infrastruktur komunikasi yang membolehkan internet diakses secara menyeluruh dibina.

6. Buat masa ini, pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan Wifi Komuniti yang sedia ada kerana tumpuan diberikan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang menyediakan liputan jalur lebar talian tetap dan mudah alih yang dapat memberi perkhidmatan komunikasi yang lebih menyeluruh kepada penduduk setempat.

7. Di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (atau National Fiberisation and Connectivity Plan, (“NFCP”)) bagi menambahbaik dan meningkatkan liputan jalur lebar seluruh negara bagi tempoh pelaksanaan selama 5 tahun (2019-2023). Antara sasaran yang ditetapkan di bawah NFCP adalah 98% kawasan berpenduduk di Malaysia akan mendapat kelajuan purata 30Mbps menjelang tahun 2023 dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian di seluruh negara.

NO SOALAN: 110

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah benar dakwaan bahawa pemegang dokumen IMM13 di Sabah yang diberikan kepada pelarian peperangan warga asing diberi MyPR dengan kod 12 dan sekiranya benar, apakah justifikasinya.

NO SOALAN: 110

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Dokumen IMM13 adalah dokumen di bawah kategori Pas Lawatan Sosial dan ia pernah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kepada pelarian Filipina yang melarikan diri ke negeri Sabah berikutan kekacauan di wilayah selatan negara tersebut pada awal 1970-an. Pemegang dokumen IMM13 dibenarkan tinggal dan bekerja di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tanpa perlu memohon permit pekerjaan.

Berhubung dengan pengeluaran Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) kepada pemegang dokumen IMM13 seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa selaras dengan Peraturan 5(3)(b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, MyPR dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada individu pemegang Permit Masuk yang dikeluarkan oleh JIM dan mempunyai pasport sah dari negara asal.

Dalam hal ini, kod 12 pada MyPR adalah merujuk kepada maklumat kelahiran individu di negeri Sabah dan ia dijana secara automatik melalui sistem pegkomputeran JPN. Kod tersebut hanya menunjukkan negeri kelahiran dan tidak membawa maksud bahawa mereka berasal daripada negeri tersebut serta taraf kewarganegaraan Malaysia secara automatik. Selain kod 12, maklumat kelahiran di negeri Sabah juga menggunakan kod 47, 48 dan 49.

NO SOALAN: 110

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pengeluaran dokumen IMM13 oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Hasil semakan dengan JIM mendapati bahawa tiada pendaftaran dan pengeluaran baharu dokumen IMM13 di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Semenanjung Malaysia, dokumen IMM13 hanya dikeluarkan kepada peserta program penempatan sementara (migran) dari negara Syria.

Perincian Kod Negeri Kelahiran Pada Nombor Kad Pengenalan.

Bil. Negeri Kod Negeri Kelahiran 1. Johor 01,21,22,23,24 2. Kedah 02,25,26,27 3. Kelantan 03,28,29 4. Melaka 04, 30 5. Negeri Sembilan 05,31,59 6. Pahang 06,32,33 7. Pulau Pinang 07,34,35 8. Perak 08,36,37,38,39 9. Perlis 09,40 10. Selangor 10,41,42,43,44 11. Terengganu 11,45,46 12. Sabah 12,47,48,49 13. Sarawak 13,50,51,52,53

NO SOALAN: 110

Bil. Negeri Kod Negeri Kelahiran 14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 14,54,55,56,57 15. Wilayah Persekutuan Labuan 15,58 16. Wilayah Persekutuan Putrajaya 16 17. Negeri Tidak Diketahui 82

NO SOALAN: 111

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH RAHEMAH BINTI IDRIS TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan rangka pendekatan untuk membanteras ketagihan pornografi dalam kalangan kanak-kanak seperti mana laporan kajian yang dikeluarkan oleh Malaysian Against Pornography (MAP) yang mendedahkan 80 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.

NO SOALAN: 111

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, Mutakhir ini isu pornografi menjadi satu isu yang semakin serius di dalam masyarakat. Menurut Dr. Judith Reisman (2008), yang merupakan presiden Institute for Media Education di Pensylvania, bagi golongan kanak-kanak dan remaja pornografi memberikan kesan amat buruk kepada otak. Otak mempercayai apa sahaja yang dipaparkan dan inilah yang akan berlaku pada minda kanak-kanak dan remaja. Menurut satu kajian yang dibuat oleh Universiti Cambridge ketagihan pornografi ini juga boleh di anggap sama seperti mereka yang ketagihan dadah dan alkohol.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-5 yang dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2014 mendapati bahawa 35.3% remaja terdedah kepada bahan lucah dan sumber utama adalah daripada internet (60.8%). Sumber utama kepada pornografi ini adalah melalui gajet yang mempunyai akses kepada internet seperti telefon pintar.

Kerajaan sedar dan prihatin dengan isu-isu ini dan pelbagai usaha telah dirancang bagi mengatasi masalah ini. Pihak Kementerian telah memperkenalkan Child Online Policy (COP) di mana ia merupakan satu dasar yang melibatkan pelbagai pemegang taruh bagi memastikan kanak- kanak dilindungi di alam maya termasuk ancaman pornografi. Melalui dasar ini, agensi lain juga terlibat dalam menyediakan program- program pendidikan kepada masyarakat umum berkaitan keselamatan siber

NO SOALAN: 111 termasuk isu pornografi seperti program klik dengan bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

Kementerian melalui LPPKN juga telah melaksanakan program-program pendidikan kepada ibubapa dan masyarakat setempat dalam menangani keselamatan anak dan keluarga khususnya dalam isu pornografi. Melalui program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) yang diperkenalkan pada tahun 2017, sehingga kini seramai 400 orang fasilitator telah dilatih yang terdiri daripada pelbagai agensi dan NGO. Dari tahun 2017 hingga Mac 2019, sebanyak 286 program telah dilaksanakan dengan melibatkan sebanyak 8,186 orang daripada ibu bapa di peringkat komuniti telah mendapat manfaat. Kementerian amat mengalu-alukan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk melaksanakan program seumpama ini di kawasan masing-masing.

LPPKN telah mempertingkatkan kerjasama dengan NGO yang mempunyai modul latihan berkaitan pornografi dan jenayah seksual terhadap kanak- kanak seperti Pertubuhan IKRAM Malaysia melalui modul Malaysia Against Pornography dan Persatuan WADAH Pencerdasan Umat Malaysia melalui modul Sekeluarga Tolak Pornografi (STOP). Kementerian juga telah memanjangkan kerjasama ini melibatkan agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, PDRM serta pelbagai NGO lain seperti Cyber Security dalam penganjuran Forum ‘Keibubapaan Di Alam Siber’ pada 3 November 2018 bersempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan. Melalui kerjasama ini, pendidikan berkaitan pencegahan bahan pornografi dan keselamatan kanak-kanak di alam siber disebarkan

NO SOALAN: 111 kepada umum melalui bengkel latihan modul kepada ibu bapa, guru, pendidik dan masyarakat melalui kerjasama dengan NGO tersebut.

Kementerian meneruskan usaha ini dengan penganjuran Forum ‘Digital Parenting and Child Online Protection’ dengan kerjasama UNICEF pada 20 Jun 2019. Topik berkaitan keselamatan kanak-kanak di alam siber, jenayah seksual kanak-kanak akan terus dibincang dalam Forum Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru pada 13 Julai 2019 serta forum kekeluargaan yang akan diadakan LPPKN dan kerjasama NGO pada 2 November 2019 dan 16 November bersempena keluarga kebangsaan tahun 2019.

Kementerian juga telah bekerjasama dengan NGO IKRAM bagi menghasilkan video iklan di YouTube berkaitan perlakuan jenayah seksual kepada kanak-kanak bawah umur pra sekolah (2-4 tahun) pada 24 Jun 2019 agar mereka membezakan tentang sentuhan selamat dan tidak selamat.

Modul SRH 4Boys diperluaskan pada tahun 2019 kepada 180 peserta meliputi lima sekolah sukan di seluruh negara sepanjang Julai 2019.

Namun isu pokok dalam menangani pornografi ialah peranan ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Semua ini haruslah bermula di rumah dan ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak.

NO SOALAN: 112

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan sejauh manakah status dan kemajuan perkembangan kempen melawan keputusan Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit Malaysia.

NO SOALAN: 112

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman, pada Mei 2019 yang lalu, Kesatuan Eropah telah pun meluluskan Delegated Regulation iaitu dokumen pelengkap kepada European Union Renewable Energy Directive II (EU RED II) yang dijangka akan memberi kesan negatif kepada industri sawit negara terutama sekali sebagai sumber biobahan api di Kesatuan Eropah. Walaupun dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan, Kesatuan Eropah tetap dengan pendirian untuk meluluskannya disebabkan oleh tekanan yang diterima daripada negara-negara anggota untuk melindungi kepentingan industri minyak sayuran dan lelemak mereka.

Pada masa ini, Kerajaan sedang menyediakan data, fakta dan bukti saintifik yang tepat dan kukuh bagi menyangkal dakwaan yang dikeluarkan oleh EU dan juga sebagai persediaan proses kajian semula Delegated Regulation yang akan dilaksanakan pada tahun 2021. Pada masa yang sama, Kerajaan akan terus memantau dan meneliti perkembangan terkini isu-isu minyak sawit di Eropah.

Selain itu, Kerajaan juga sedang merangka beberapa strategi dan merancang untuk membuat pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang di bawah dispute settlement mechanism melalui Pertubuhan Perdagangan Dunia (World Trade Organization – WTO) terhadap Kesatuan Eropah yang didapati telah melanggari prinsip-prinsip WTO. Pada masa ini, Kementerian sedang bekerjasama dengan Jabatan

NO SOALAN: 112

Peguam Negara dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta lain-lain Kementerian yang berkaitan bagi mendapatkan pandangan dalam menangani isu tersebut melalui WTO.

Kerajaan juga melalui platfom Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) yang dianggotai oleh Malaysia dan Indonesia telah bersetuju untuk berkongsi maklumat serta menfailkan perkara ini secara berasingan kepada WTO. Kerjasama secara kolektif bersama Indonesia ini dilihat akan menguatkan lagi usaha negara terhadap tuntutan tersebut.

Tuan Yang Di-Pertua,

Dalam menghadapi situasi yang mencabar ini juga, Kerajaan akan terus secara konsisten mengkritik sekeras-kerasnya langkah yang telah diambil oleh Kesatuan Eropah melalui pelbagai forum antarabangsa sedia ada selain daripada WTO seperti platfom CPOPC dan Association of South East Asia Nation (ASEAN) serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Pada masa ini, Kementerian juga telah membuat edaran risalah mengenai kebaikan minyak sawit dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman di pejabat-pejabat Kedutaan Malaysia dan Pejabat Tourism Malaysia yang terpilih di seluruh Eropah bagi tujuan mempromosikan dan menghebahkan mengenai kebaikan minyak sawit. Tuan Yang Di-Pertua,

NO SOALAN: 112

Dengan usaha yang telah dan sedang dijalankan, berdasarkan rekod, dalam tempoh Januari hingga Mei 2019, jumlah eksport produk sawit ke negara Kesatuan Eropah telah meningkat sebanyak 5.3% berbanding Januari hingga Mei 2018. Eksport minyak sawit juga telah meningkat sebanyak 3.9% kepada 936,132 tan bagi tempoh Januari hingga Mei 2019 berbanding 900,792 tan dalam tempoh yang sama tahun 2018.

Selain itu, eksport biobahan api berasaskan minyak sawit juga telah meningkat sebanyak 47.1% dalam tempoh Januari hingga Mei 2019 iaitu 176,932 tan berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 120,275 tan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 113

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perkembangan terbaharu Kementerian bagi memacu pendidikan negara ke arah Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dan apakah bentuk kerjasama yang akan dirangka Kementerian bersama pihak korporat dan swasta dalam usaha memperkasakan agenda PAK-21 di negara ini

NO SOALAN: 113

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa konsep Pembelajaran Pendidikan Abad Ke-21 (PAK-21) ialah proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis serta kreativiti dan aplikasi nilai dan etika. KPM telah menetapkan standard tertentu bagi kelima-lima elemen ini dan ia perlu direalisasikan melalui pedagogi.

Menjelaskan mengenai perkembangan terkini pelaksanaan PAK-21, dalam ruang masa yang terhad ini secara ringkasnya adalah seperti berikut: i. Program Sekolah Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Program ini bermatlamatkan untuk mengenal pasti satu sekolah rendah dan satu sekolah menengah dari setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai Sekolah Penarafan KBAT yang melaksanakan pembudayaan KBAT secara menyeluruh di sekolah. Pada tahun 2018, 67 peratus atau 189 buah daripada 282 buah Sekolah Penarafan KBAT telah mencapai kriteria cemerlang pembudayaan KBAT. Pada tahun 2019, KPM mensasarkan peratusan Sekolah Penarafan KBAT yang mencapai kriteria cemerlang meningkat kepada 80 peratus atau 226 buah sekolah. ii. Program Middle Years Programme International Baccalaureate (MYPIB) Program ini diperkenalkan di 10 buah International Baccalaureate World Schools (IB World School) yang bermula pada tahun 2015 di bawah

NO SOALAN: 113

inisiatif KBAT PPPM 2013-2025 untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Kesemua 10 buah sekolah tersebut telah mendapat pengiktirafan sebagai IB World School untuk tempih lima (5) tahun iaitu sehingga tahun 2021.

Berdasarkan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh KPM, pelaksanaan MYPIB telah memberikan impak positif dalam kalangan guru dan murid. Antara impak pelaksanaan MYPIB menurut kajian tersebut ialah: a. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar; dan b. Melalui penerapan independent learner dan pembelajaran sepanjang hayat, didapati bahawa murid lebih bersedia menghadapi cabaran dunia luar serta lebih berani menyampaikan pandangan, berkepimpinan, prihatin dan pengambil risiko.

Sehingga Mac 2019, Lawatan Susulan daripada pihak International Baccalaureate Organization (IBO) ke sekolah IB World School telah mendapati bahawa sekolah-sekolah tersebut masih lagi mematuhi semua standard dan keperluan IBO yang merupakan satu standard piawaian antarabangsa. Sekolah masih lagi menunjukkan komitmen dan usaha positif untuk menambah baik pembudayaan pembelajaran yang berpusatkan murid dan pentaksiran berasaskan rubrik MYPIB.

NO SOALAN: 113 iii. Pemuafakatan Strategik dan Sokongan Komuniti Bersama Pihak Swasta. Salah satu elemen penting dalam pembudayaan KBAT ialah mewujudkan pemuafakatan strategik dan sokongan komuniti bersama pihak swasta. Selaras dengan usaha ini, KPM telah menyediakan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 3 Tahun 2018: Panduan Penyaluran dan Penerimaan Sumbangan daripada Sektor Swasta dan Bukan Swasta kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjayakan kedua-dua program ini.

Pelibatan korporat dan swasta tidak lagi hanya bertumpu kepada bentuk pelaksanaan aktiviti sokongan luar bilik darjah tetapi sokongan kepada pengalaman secara langsung dan realisitik akan lebih berkesan dalam memastikan penguasaan standard asas yang digariskan dalam kerangka PAK21 dapat dikuasai oleh murid dan seterusnya berupaya menjamin kelangsungan proses pembelajaran sepanjang hayat berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara sokongan pembelajaran yang boleh disumbangkan oleh pihak tersebut termasuklah menyediakan pengalaman hands-on di lokasi seperti insdustrial attachment atau onsite experience bagi mata pelajaran STEM dan teknologi, commercial performance bagi mata pelajaran Kesenian dan Persembahan serta entrepreneurship experience di syarikat perniagaan atau industri kecil sederhana bagi mata pelajaran Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 114

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan selain dari mengadakan beberapa rancangan untuk menggalakkan penyertaan OKU dalam bidang pekerjaan, apakah tindakan yang diambil untuk memastikan 1% dari kakitangan Kementerian sendiri terdiri dari OKU.

NO SOALAN: 114

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Bagi sektor perkhidmatan awam, Kementerian amat komited terhadap Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16/2010 yang dikeluarkan JPA dalam menetapkan Pencapaian Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya. Mekanisme utama yang dilaksanakan Kementerian adalah mengadakan Mesyuarat Dasar 1% Penempatan OKU dalam KSM secara berkala sejak 2016. Mesyuarat ini menekankan perbincangan khusus melibatkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di Kementerian serta Jabatan / Bahagian/ Agensi di bawah KSM terhadap perkara-perkara utama seperti:

(i) Mengenal pasti perjawatan-perjawatan kosong di setiap Bahagian/Jabatan/Agensi KSM yang bersesuaian untuk pengambilan OKU (mengikut 7 kategori OKU) dan seterusnya dikemukakan bagi tujuan temuduga di peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

(ii) Melibatkan wakil-wakil Jabatan / Bahagian / Agensi Kementerian yang arif dan berpengetahuan berkaitan penempatan pekerjaan OKU (Job Placement) dalam proses temu duga oleh SPA bagi pemilihan calon-calon OKU yang layak dan bersesuaian untuk dilantik dalam perjawatan KSM.

NO SOALAN: 114

2. Selain itu, Kementerian juga mengambil langkah-langkah susulan seperti berikut bagi memastikan penempatan OKU di perjawatan KSM berlangsung secara mapan dan berterusan (sustainable).

a) Menyediakan persekitaran yang kondusif dan mesra OKU seperti lot parkir kenderaan, tandas, ruang mesin pencatat kehadiran serta laluan ke pejabat;

b) Merancang dan melaksanakan program latihan atau kursus khas yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja OKU yang telah dilantik; dan

c) Menambah baik dan memperincikan keperluan-keperluan semasa dalam perkhidmatan seperti infrastruktur, komunikasi dan perhubungan sesama rakan pejabat.

3. Inisiatif dan usaha tersebut telah menunjukkan hasil yang positif memandangkan pengisian perjawatan OKU di KSM telah meningkat daripada 46 orang (0.5%) pada tahun 2016 kepada 59 orang (0.8%) sehingga kini mengambil kira kekangan pembekuan perjawatan perkhidmatan awam masa kini yang mana pengisian hanya boleh dilaksanakan atas faktor kenaikan pangkat, berpencen atau tamat perkhidmatan dan kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun, KSM akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi pengambilan OKU di KSM.

NO SOALAN: 115

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah program yang telah dirancang, dirangka serta disusun atur bagi menggalakkan serta meningkatkan semangat patriotisme dan kecintaan rakyat kepada negara.

NO SOALAN: 115

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian melalui pelbagai agensi di bawahnya seperti Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), BERNAMA dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sentiasa berusaha menyajikan pelbagai program untuk menggalak, meningkat dan memupuk semangat patriotisme dan kecintaan rakyat kepada negara.

2. RTM dilihat sentiasa memastikan usaha berkenaan sampai kepada segenap lapisan masyarakat menerusi program siaran TV, radio, platform media sosial dan program turun padang. Bahan-bahan siaran TV dan radio yang memupuk semangat patriotisme ini sebaik mungkin cuba diterapkan menerusi drama, telefilem, bual bicara, pesanan khidmat masyarakat (PSA), promo, talking points DJ dan sebagainya. Tidak terkecuali menyelitkan elemen patriotik dalam rancangan animasi tempatan sebagai usaha menyemai semangat cintakan negara di peringkat awal.

3. Pihak BERNAMA juga memaklumkan mereka secara berterusan menghasilkan pelbagai program dan laporan berita berunsur patriotisme dan cintakan negara sepanjang tahun. Usaha ini dipergiatkan lagi pada bulan - bulan kemerdekaan terutamanya Ogos dan September menerusi platform konvensional dan media sosial BERNAMA serta saluran televisyen Bernama News Channel (BNC)

NO SOALAN: 115

dan Bernama Radio. RTM juga tidak ketinggalan menggunakan platform radio melalui program turun padang bersepadu oleh radio- radio RTM iaitu, Aspirasi Merdeka, dianjurkan bermula Ogos hingga September sejak 2014 dengan tujuan menyemarakkan bulan kemerdekaan serta menyemai kecintaan terhadap negara terutama dalam kalangan golongan muda.

4. Sementara itu, menjelang sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, saban tahun TV1 sebagai saluran RTM yang berkonsepkan pembinaan negara bangsa memaparkan semangat patriotisme dan kenegaraan menerusi pelbagai jenis rancangan. Siaran rancangan dan program terus diperhebat menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada Ogos sehinggalah tiba Hari Malaysia pada 16 September.

5. Tuan Yang Dipertua, JaPen juga tidak ketinggalan memastikan mereka sentiasa menanamkan sifat kecintaan rakyat kepada negara melalui pelbagai program-program yang dijalankan bagi memastikan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara di jiwa segenap lapisan umur dan bangsa masyarakat di Malaysia. Berikut antaranya ialah:-

a. Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri dan Kebangsaan b. Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) c. Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan d. Program Pidato Peringkat Negeri dan Kebangsaan

NO SOALAN: 115

e. Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri dan Kebangsaan f. Aktivis Merdeka g. Amalan Demokrasi Berparlimen h. Wacana Kemerdekaan i. Kembara Kelab Malaysiaku j. Kem Aspirasi Pelajar k. Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri dan Kebangsaan l. Kem Pewaris Muda Peringkat Negeri dan Kebangsaan“Apa Kata Anak Malaysia (AKAM) dan Diskusi Raja Berpelembagaan”

6. KKMM sentiasa memastikan segala program yang dijalankan menepati kepada objektifnya dan rakyat akan mendapat manfaat daripada penganjurannya. Melalui program yang disenaraikan diyakini akan menghasilkan rakyat yang mempunyai kecintaan kepada negara jika setiap program dihayati oleh rakyat secara keseluruhannya.

NO SOALAN: 116

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah cadangan mewajibkan guru yang mengajar bahasa Inggeris menduduki peperiksaan MUET dijangka berjaya meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru. Adakah Kementerian bercadang untuk memberikan insentif kepada guru yang berjaya menguasai bahasa Inggeris pada tahap tertentu.

NO SOALAN: 116

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025, semua guru opsyen bahasa Inggeris perlu berada pada tahap minimum Common European Framework of References for Languages (CEFR) C1. Oleh itu, semua guru opsyen bahasa Inggeris yang belum mengetahui tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka serta belum mencapai tahap minimum CEFR C1 perlu menduduki ujian penguasaan bahasa Inggeris. Guru boleh menduduki ujian yang tersenarai di dalam SPI Bil. 6 Tahun 2017 seperti Aptis, International English Language Testing System (IELTS), Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Malaysian University English Test (MUET).

KPM ingin menjelaskan bahawa penggunaan MUET adalah digalakkan kerana MUET mempunyai empat (4) komponen ujian, iaitu listening, speaking, reading, dan writing dan pelaporan keputusannya adalah berdasarkan kepada Band serta pemeriksaanya pula dibuat secara holistik. Tambahan pula MUET juga kini telah diterima pakai sebagai syarat kemasukan oleh beberapa buah universiti luar negara, menjadikan kedudukannya sama dengan IELTS dan TOEFL.

Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yakin dan optimis melalui penggunaan MUET sebagai satu kaedah ujian akan dapat meningkatkan tahap kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru.

NO SOALAN: 116

Untuk makluman, MUET adalah merupakan ujian profisiensi yang disediakan menggunakan kepakaran tempatan; merupakan satu ujian berbentuk paper-based yang biasa digunakan oleh guru dan bukan dilaksanakan secara dalam talian; dilaksanakan di seluruh Malaysia sebanyak tiga kali setahun; dan merupakan ujian profisiensi yang paling murah iaitu RM100.00 sahaja.

Pada masa ini KPM tidak bercadang untuk memberikan insentif kepada guru yang berjaya menguasai bahasa Inggeris pada tahap tertentu. Penguasaan bahasa Inggeris adalah merupakan keperluan asas bagi seorang guru opsyen bahasa Inggeris.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 117

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI MUHAMAD BIN MUSTAFA TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk membina jambatan antara , Kelantan dan Tak Bai, Thailand dan bilakah pembinaan akan dimulakan.

NO SOALAN: 117

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

1. Perbincangan mengenai pembangunan ekonomi rentas sempadan adalah antara perkara yang dibincangkan di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Thailand, terutama melalui platform Strategi Pembangunan Bersama Kawasan Sempadan (JDS) Malaysia – Thailand dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semasa Sidang Kemuncak Ke- 12 IMT-GT di Bangkok, Thailand pada 23 Jun 2019, kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Thailand telah turut membincangkan pembinaan Jambatan Kedua Menghubungkan -Sungai Golok dan Jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai. Pembinaan kedua-dua jambatan ini dijangka akan meningkatkan pembangunan dan aktiviti perdagangan rentas sempadan bagi kedua-dua negara. Kedua-dua projek ini juga telah disenaraikan dalam Projek Kesalinghubungan Fizikal (PCP) IMT-GT, yang keseluruhannya mengandungi 41 projek kesalinghubungan dengan anggaran kos sebanyak AS$47 bilion.

3. Berkaitan pembinaan jambatan tersebut, Kerajaan telah merancang supaya kedua-dua projek ini dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 118

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar masyarakat India yang telah memohon dan jumlah pelajar lepasan SPM berbangsa India yang telah diterima masuk ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tahun 2018 dan 2019.

NO SOALAN: 118

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa permohonan masuk pelajar kaum India lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Program Matrikulasi KPM adalah sebanyak 6,208 bagi tahun 2018 dan sebanyak 5,585 bagi tahun 2019. Manakala, enrolmen pelajar kaum India dalam Program Matrikulasi KPM adalah seramai 1,804 orang bagi tahun 2018 dan seramai 1,212 orang bagi tahun 2019.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 119

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah langkah dan tindakan yang telah dan akan diambil oleh Petronas untuk diberikan kepada penduduk Sabah, khususnya bumiputera dalam peluang perniagaan dan perkhidmatan dalam industri minyak dan gas.

NO SOALAN: 119

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat sebanyak 206 syarikat atau vendors dari Sabah terlibat dalam industri minyak dan gas (setakat suku kedua 2018) yang berdaftar dan melaksanakan kontrak serta kerja untuk projek-projek Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam perniagaan dan perkhidmatan berkaitan dengan industri minyak dan gas.

2. PETRONAS sentiasa mengekalkan mutu tertinggi dalam tadbir urus korporat dan ketelusan dalam semua urusan perniagaan dan sentiasa komited dalam usaha memperkasakan daya saing vendor-vendor tempatan agar mereka yang berkelayakan dapat terlibat secara langsung dan mendapat faedah menerusi projek-projek serta aktiviti-aktiviti operasi yang dijalankan Ini termasuk hal ehwal penawaran kontrak dan kerja-kerja berkaitan dengan industri minyak dan gas.

3. Selain daripada penganugerahan kontrak dan kerja, PETRONAS turut terlibat secara langsung dalam pelbagai usaha pemerkasaan daya saing vendor tempatan melalui Program Pembangunan Vendor atau Vendor Development Program (VDP) sejak tahun 1993. VDP bertujuan untuk melahirkan lebih ramai vendor tempatan yang berkeupayaan dan kompeten. Buat masa ini, terdapat 9 vendor Sabah yang telah dipilih untuk menyertai program VDP dan bilangan ini akan ditambah dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 120

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan adakah kerajaan akan mengadakan program penanaman alternatif seperti Kenaf dan Buluh di Sabah termasuklah membawa pelabur untuk membuka kilang pemprosesan bahan tersebut.

NO SOALAN: 120

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Buat masa ini, Kementerian tidak ada program khusus bagi melaksanakan penanaman tanaman alternatif seperti Kenaf dan Buluh di Sabah. Walau bagaimanapun, Kerajaan sentiasa berusaha untuk membangunkan tanaman berkenaan dengan melaksanakan beberapa inisiatif termasuklah promosi bagi meningkatkan minat di kalangan masyarakat dan pihak industri untuk mengusahakan tanaman Kenaf dan Buluh di Sabah.

Bagi tanaman Kenaf, Kementerian melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) sedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dibangunkan dengan tanaman ini. Manakala bagi tanaman Buluh, Kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menyediakan pinjaman mudah bagi penanaman buluh secara komersial di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH). Sehingga kini, terdapat sebuah syarikat di Keningau, Sabah yang berminat dan telah mengemukakan permohonan di bawah program tersebut.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 120

NO SOALAN: 121

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' DR. ANANTHAN A/L SOMASUNDARAM TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai sebarang mekanisme untuk menjejaki pelajar cemerlang tajaan agensi Kerajaan ataupun swasta yang melanjutkan pengajian khususnya di luar negara bagi memastikan mereka kembali dan memberikan sumbangan khidmat bakti kepada tanah air.

NO SOALAN: 121

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah terhadap pelajar tajaan yang mengikat kontrak perkhidmatan dengan Kementerian sahaja. Pada masa kini, KPM mengguna pakai mekanisme penguatkuasaan kontrak berkhidmat dengan Kerajaan bagi suatu tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian bagi memastikan pelajar tajaan KPM kembali dan berkhidmat di Malaysia.

Pelajar tajaan KPM yang menandatangani ikatan perjanjian dengan pihak Kerajaan perlu memenuhi syarat-syarat perjanjian. Manakala, pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara perlu melaporkan diri kepada Kerajaan serta-merta selepas menamatkan pengajian atau tidak berjaya menamatkan pengajian.

Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran dan dokumen perjanjian akan mengakibatkan pelajar atau penjamin dikenakan tuntutan ganti rugi.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 122

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana keberkesanan usaha yang dilakukan bagi menghapuskan terus pukat tunda haram yang masih berlaku dan jelas menjejaskan pendapatan nelayan negara kita.

NO SOALAN: 122

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian telah melaksanakan pemansuhan operasi vesel pukat tunda di zon B sahaja secara berperingkat bermula pada 1 Januari 2016 sehingga akhir tahun 2020. Di samping itu, dalam usaha melindungi kawasan perairan negara dan menghapuskan terus pukat tunda haram, Kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan penguatkuasaan seperti berikut:

i) Mewajibkan pemasangan Alat Automatic Identification System (AIS) pada semua vesel pukat tunda zon B bertujuan untuk memantau pergerakan vesel pada zon yang telah ditetapkan.

ii) Menaikkan kadar kompaun dan hukuman gantung lesen dan minyak subsidi bagi kesalahan menceroboh 5 batu nautika dari pantai. Sekiranya vesel tersebut melanggarkan peraturan buat kali ketiga, lesen akan dibatalkan dan vesel serta alat penangkapan ikan akan dilucuthak.

2. Pada tahun 2016, jumlah kes tangkapan berkaitan vesel pukat tunda di seluruh negara adalah sebanyak 446 kes. Manakala jumlah tangkapan bagi tahun 2017 menurun ke 353 (-21%) dan seterusnya pada tahun 2018 menurun ke 323 (-28%). Ini jelas menunjukkan keberkesanan usaha yang dilakukan oleh Kementerian bagi mengekang aktiviti pukat tunda haram.

NO SOALAN: 122

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 123

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan modul-modul terbaru dalam proses pendidikan para pelajar bertujuan bagi meningkatkan jati diri kenegaraan, patriotisme, serta kesedaran tentang kepentingan membenci amalan rasuah, salah guna kuasa, dan aktiviti tidak bermoral.

NO SOALAN: 123

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan fokus kepada membangunkan murid yang mempunyai Enam Aspirasi iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian serta identiti nasional yang bersedia untuk menangani cabaran global di masa kini dan akan datang. Aspek jati diri dan nilai murni sudah terangkum dalam enam aspirasi tersebut. Penekanan kepada elemen jati diri dan nilai murni terus diberi keutamaan melalui bidang kurikulum, kokurikulum dan program pembangunan sahsiah.

Bagi meningkatkan jati diri kenegaraan, patriotisme, serta kesedaran tentang kepentingan membenci amalan rasuah, salah guna kuasa, dan aktiviti tidak bermoral, KPM telah membuat beberapa perubahan dan penambahbaikan kurikulum di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah, antaranya dengan memperkenalkan semula pendidikan sivik iaitu mulai Jun 2019. KPM telah menyediakan Modul Pendidikan Sivik untuk dilaksanakan secara bersepadu dan holistik melalui kurikulum, kokurikulum, perhimpunan dan pelbagai program sekolah bagi menimbulkan kesedaran serta amalan sivik dalam kalangan murid. Pelaksanaan pendidikan sivik secara holistik adalah untuk membentuk perwatakan murid dengan memberi penekanan kepada literasi sivik dan amali sivik.

NO SOALAN: 123

Bagi tujuan tersebut juga, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 9 Tahun 2018: Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Harian bagi Perpaduan di Sekolah. Garis panduan tersebut bertujuan memberikan panduan kepada pihak pengetua dan guru besar (PGB) untuk melaksanakan amalan perpaduan di semua sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) serta sekolah menengah.

Selain daripada itu, KPM juga bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam melaksanakan program Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang melibatkan 35,020 orang murid Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Program ini memberi fokus kepada beberapa aspek seperti menerapkan elemen kenegaraan dan jati diri, membina karakter dan kepemimpinan, integrasi nasional, sosialisasi politik dan kesukarelawanan.

Sebagai pelengkap, KPM turut mengadakan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perancangan menganjurkan Program Semarak Patriotisme Bersama Veteren ATM serentak di seluruh negara pada 29 Ogos 2019. Program ini dilaksanakan semasa perhimpunan sekolah oleh veteren ATM dalam usaha memberi input berkaitan kemerdekaan kepada murid-murid.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 124

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED YASSIN TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan langkah-langkah yang bakal diambil oleh pihak Kementerian untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara amnya dan khususnya untuk Sabah dan Sarawak.

NO SOALAN: 124

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif bagi mendepani cabaran ekonomi dan memastikan momentum pertumbuhan ekonomi sentiasa meningkat. Tumpuan akan terus diberi kepada pengukuhan asas-asas ekonomi sebagai penampan dalam mengukuhkan ekonomi negara bagi menghadapi sebarang krisis ekonomi melalui pelaksanaan strategi-strategi berikut:

(i) Pertama: Memacu produktiviti pada peringkat nasional, sektor dan perusahaan bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dan inklusif;

(ii) Kedua: Menggalakkan pelaburan berkualiti dengan menumpukan kepada pelaburan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, yang menggunakan teknologi tinggi serta yang berintensifkan pengetahuan. Ini sekaligus dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran dengan gaji yang tinggi;

(iii) Ketiga: Melaksanakan inisiatif untuk beralih kepada rantaian nilai yang lebih tinggi. Ini termasuklah melalui penumpuan kepada perkhidmatan berintensif pengetahuan dan pemodenan sektor pertanian;

NO SOALAN: 124

(iv) Keempat: Mengukuhkan eksport dan mengurus import untuk menambah baik imbangan pembayaran; dan

(v) Kelima: Memberi penekanan kepada langkah pengukuhan fiskal untuk memastikan kemampanan dalam jangka sederhana.

2. Pada masa ini, segala inisiatif tersebut sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan. Usaha ini pastinya akan dapat memperkukuh dan meningkatkan daya tahan ekonomi negara.

3. Kerajaan telah memberikan perhatian khusus kepada usaha untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah melalui Tonggak Ke-3 KSP RMKe 11, Menuju ke arah Pembangunan Wilayah yang Seimbang. Di bawah Tonggak ini, Kerajaan telah menggariskan dengan jelas strategi- strategi untuk mempercepat pembangunan negeri Sabah dan Sarawak seperti mana berikut:

(i) mempergiat pertumbuhan ekonomi dan perancangan pembangunan; (ii) mempertingkat infrastruktur untuk menambah baik ketersambungan; (iii) memperluas akses kepada infrastruktur, ameniti dan perkhidmatan asas; (iv) menambah peluang pekerjaan; dan (v) meningkatkan pembangunan tanah adat.

NO SOALAN: 124

4. Di bawah Rolling Plan 4 (2019) RMKe-11, negeri Sabah dan Sarawak telah pun diperuntukkan sejumlah RM9.36 billion atau 17.1% daripada jumlah peruntukan pembangunan keseluruhan. Jumlah peruntukan ini telah meningkat 10.5%, iaitu sebanyak RM889 juta daripada tahun sebelumnya (RM8.47 bilion pada 2018). Peruntukan tersebut adalah bagi melaksanakan sebanyak 187 projek baharu dan 1,014 projek sambungan melalui pelbagai kementerian.

5. Kerajaan komited untuk memastikan ekonomi negara terus membangun dan berkembang dengan utuh dan kukuh. Melalui pendekatan pembangunan yang inklusif dan holisitik berasaskan “shared prosperity”, Kerajaan yakin bahawa jurang ekonomi antara wilayah, antara luar bandar dan bandar, antara golongan kaya dan miskin dan antara kaum akan dapat dirapatkan. Ini akan memastikan hasil pertumbuhan ekonomi dapat dikongsi dan dinikmati oleh seluruh rakyat dan negara akan mencapai Kemakmuran Bersama.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 125

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar-pelajar matrikulasi sesi 2019/2020 yang ditawarkan tempat pada tahun ini.

NO SOALAN: 125

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa bagi sesi 2019/2020 seramai 55,324 orang pelajar telah ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke Program Matrikulasi KPM.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 126

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kewajaran bagi Kementerian terus mengamalkan dasar polisi "protectionism" bagi mengekalkan hak eksklusif pemegang AP contohnya industri beras kerana dengan menambah beberapa pemain AP mungkin akan dapat membuka persaingan yang sihat di dalam industri seterusnya mendatangkan manfaat kepada semua pihak.

NO SOALAN: 126

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam industri padi dan beras, kawalan ke atas aktiviti keseluruhan rantaian industri adalah menjadi keutamaan Kerajaan mengambil kira beras adalah merupakan komoditi makanan utama dan asas kepada jaminan makanan negara. Dasar Protectionism kepada pemegang import tunggal iaitu BERNAS adalah bertujuan untuk :

i. melindungi industri padi dan beras tempatan dan sekiranya dibuka akan menjejaskan industri padi tempatan yang tidak dapat bersaing dengan beras import ;

ii. Keupayaan BERNAS selaku pengimport tunggal untuk pembelian secara in-bulk bagi memastikan secure order dari negara-negara pengeksport terutamanya ketika berlaku kecemasan dan kenaikan harga beras dunia yang mendadak; dan iii. memastikan jaminan keselamatan makanan negara melalui bekalan beras yang mencukupi, selamat dimakan serta pada paras harga yang berpatutan.

Dasar Protectionism itu juga secara timbal balik memberi manfaat kepada Kerajaan di mana BERNAS selaku pemegang AP beras tunggal perlu melaksanakan lima sosial obligas di dalam industri iaitu:

NO SOALAN: 126

i. mengurus dan mengekalkan stok penimbal negara pada paras kuantiti yang ditetapkan oleh Kerajaan; ii. menjamin belian padi daripada petani pada harga minima terjamin (guaranteed minimum price); iii. menjadi pembeli terakhir padi kepada petani; iv. mengurus pembayaran skim subsidi harga padi kepada petani; dan v. mengurus skim kilang Bumiputera.

Walau bagaimanapun, Kerajaan pada masa ini sedang mengkaji beberapa model pengurusan industri padi dan beras termasuk pemansuhan monopoli import oleh BERNAS selaras dengan Hala Tuju 4 Strategi 1 Inisiatif 1 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; yang mana apabila dilaksanakan kelak akan memberi peluang kepada syarikat lain sebagai pengimport berdasarkan kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan selaras dengan keperluan mengurus pembangunan beras negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 127

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ABIDULLAH BIN SALLEH TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah langkah yang diambil Kerajaan dalam membantu memasarkan produk keluaran usahawan bumiputera yang selalunya gagal mendapat tempat di pasar raya besar di seluruh negara. Nyatakan juga alasan-alasan yang selalu diberi oleh pihak syarikat dan langkah Kerajaan bagi membantu usahawan bumiputera mengatasi masalah ini.

NO SOALAN: 127

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

1. Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) memberi tumpuan kepada aspek pemasaran dan pengkomersilan produk usahawan Bumiputera dalam usaha menembusi pasaran di pasar raya besar. Kedua-dua aspek ini penting untuk memastikan kebolehpasaran produk untuk mampu bersaing dengan produk ternama lain. Ini termaktub di bawah Teras Strategik 5, Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030, yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Julai 2019 yang lalu, di mana penekanan telah diberikan untuk melonjakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana ke tahap yang lebih tinggi melalui inisiatif tambah nilai dan inovasi proses, produk dan perkhidmatan.

2. MED sedar dan sedia maklum masih terdapat usahawan tempatan yang gagal memasarkan produk mereka di pasar raya besar di Malaysia. Antara maklum balas yang diberikan oleh usahawan adalah:

(a) kriteria ketat yang dikenakan oleh pasar raya besar untuk pemasaran produk; dan (b) usahawan kurang berpengetahuan mengenai garis panduan dan keperluan pemasaran produk di pasar raya besar.

NO SOALAN: 127

3. Dalam hal ini, MED dan agensi telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi membantu usahawan, antaranya, dengan menyediakan pembiayaan kewangan, promosi dan latihan pemasaran bertujuan menambahbaik aspek penjenamaan, pembungkusan dan kualiti

produk. Selain itu, sesi pemadanan perniagaan yang diadakan sewaktu berlangsungnya pameran dan expo perdagangan seperti Malaysia Halal Expo (MHE) 2019 telah membuka akses kepada usahawan Bumiputera untuk memasuki pasar raya besar. Ia secara tidak langsung telah menyediakan peluang rantaian perniagaan antara usahawan dan pasar raya besar.

4. Dalam masa yang sama, MED sedang terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memudah cara proses pemasaran produk Bumiputera ke pasar raya besar. Kerjasama juga akan terus dipertingkatkan dengan agensi-agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan SIRIM Berhad bagi memastikan produk usahawan Bumiputera yang memasuki pasar raya besar memperoleh pensijilan halal dan menepati piawaian yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 128

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID TARIKH : 22 JULAI 2019

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan pencerahan mengenai pelantikan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu kerana PAT sedia ada akan tamat perkhidmatan pada September 2019 dan adakah pelantikan dibuat melalui Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen bagi pelantikan jawatan- jawatan utama dalam Kerajaan ini kerana jika mengikut giliran, Panglima Tentera Laut (PTL) boleh dilantik sebagai PAT yang baharu.

NO SOALAN: 128

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Atas keperluan perkhidmatan, pemilihan dan pelantikan Panglima Angkatan Tentera (PAT) akan dibuat dalam kalangan Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejajar dengan keperluan semasa dan berlandaskan konsep best man for the job.

Berdasarkan kepada amalan semasa, sebarang cadangan terhadap pemilihan PAT akan dibentangkan di dalam Majlis Angkatan Tentera (MAT). Keputusan yang dibuat oleh MAT mengenai syor pelantikan PAT baharu seterusnya akan dimajukan bagi perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPB YDPA).

NO SOALAN: 129

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD TARIKH : 22 JULAI 2019

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status terkini mengenai perancangan cadangan pembinaan MRSM Tanah Merah dan MRSM Ketereh Negeri Kelantan sebagaimana RMK11 dan bajet yang diperuntukkan dalam pembangunan kedua-dua projek ini.

NO SOALAN: 129

JAWAPAN

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Projek Pembinaan MRSM Tanah Merah dan Ketereh adalah projek yang diluluskan di bawah RMK ke- 11. Projek pembinaan MRSM Tanah Merah diluluskan peruntukan keseluruhan sebanyak RM100 juta. Perolehan tender terhad yang telah dilaksanakan pada tahun 2018 telah dibatalkan berdasarkan arahan Kementerian Kewangan yang menyatakan semua projek kerajaan mesti dilaksanakan secara tender terbuka.

Bagi projek yang melebihi kos RM50 juta, Value Management (VM) perlu dilaksanakan bagi memastikan projek tersebut memberi pulangan yang bersesuaian dengan pelaburan kerajaan (value for money). Proses VM mengambil masa selama 6 bulan sebelum perolehan tender dilaksanakan. Projek MRSM Tanah Merah dijangka siap pada tahun 2022.

Projek pembinaan MRSM Ketereh pula diluluskan peruntukan keseluruhan sebanyak RM120 juta. Walaubagaimana pun projek ini ditangguhkan sementara berikutan kajian semula keperluan dan kesesuaian pembinaan MRSM di Kelantan.

NO SOALAN: 130

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk John Ambrose minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perancangan yang dibuat Kementerian berdasarkan peluang yang wujud hasil dari perselisihan di antara negara China dan Amerika Syarikat terutamanya melalui Wilayah Persekutuan Labuan yang boleh menjadi "gateway" negara China kepada seluruh dunia.

NO SOALAN: 130

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pihak Kementerian sedar bahawa terdapatnya ruang dan peluang untuk menarik syarikat-syarikat negara China membuat pelaburan di negara ini setelah berlakunya perselisihan dengan Amerika Syarikat berkenaan tarif import yang dikenakan. Pada ketika ini, sebahagian besar industri yang terlibat adalah industri yang berasaskan elektronik.

Pada tahun ini, banyak syarikat elektronik telah mencari tapak-tapak baru di negara-negara Asia seperti India, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina. Sekiranya terdapatnya peluang untuk syarikat-syarikat ini menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai tapak industri mereka, maka pihak Kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) supaya Labuan dijadikan hub kepada industri elektronik.

Pada ketika ini Kementerian memberi fokus terhadap Pelan Pembangunan Labuan yang telah dirangka untuk dicapai menjelang tahun 2030. 4 industri yang telah diberi keutamaan ialah industri minyak dan gas, kewangan, pelancongan dan pendidikan. Oleh yang demikian, usaha pembangunan di Wilayah Persekutuan Labuan akan tetap memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bidang industri tersebut.

NO SOALAN: 131

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK RABIYAH BINTI ALI TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kenderaan berdaftar sehingga Jun 2019 dan jumlah kutipan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan berapakah jumlah yang tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk tempoh tersebut.

NO SOALAN: 131

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bilangan terkumpul kenderaan yang berdaftar sehingga 30 Jun 2019 adalah sebanyak 30,574,608 buah. Dari jumlah tersebut, sebanyak 10,080,823 buah adalah merupakan kenderaan yang tidak aktif di mana Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan berkenaan tidak diperbaharui melebihi tempoh tiga (3) tahun.

2. Jumlah kutipan fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) pada tahun 2018 adalah sebanyak RM2,919,976,566.60 manakala pada tahun 2019 (sehingga 30 Jun) adalah sebanyak RM945,655,669.20.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 132

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk melaksanakan ruang mesra anak autisme di pusat membeli-belah utama.

NO SOALAN: 132

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Perancangan dan program berkaitan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia yang meliputi semua kategori OKU termasuk autisme adalah berteraskan kepada Dasar Orang Kurang Upaya, Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016-2022.

Oleh yang demikian, semua perancangan dan program yang melibatkan OKU seperti ruang mesra OKU di dalam dan luar bangunan akan meliputi semua kategori OKU termasuk ruang yang mesra anak autisme di pusat membeli-belah utama.

Kerajaan terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran pemilik premis perniagaan untuk meningkatkan aksesibiliti OKU melalui program- program seperti Disability Equality Training (DET) dan Disability Related Services Training (DRST)

Selain daripada itu, Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya turut melaksanakan audit akses secara berkala dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan lebih banyak bangunan dan premis mesra OKU dan menepati MS 1184.

NO SOALAN: 133

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PROF EMERITUS TAN SRI DATO' SERI DR. IBRAHIM SHAH BIN ABU SHAH TARIKH : 22 JULAI 2019

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memajukan dan menambah baik sistem pengangkutan awam di seluruh negara dan apakah sasaran penggunaan pengangkutan awam yang telah ditetapkan menjelang 2020 memandangkan bilangan kenderaan semakin meningkat.

NO SOALAN: 133

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi menambahbaik sistem pengangkutan awam negara di bandar dan di luar bandar, Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif merangkumi aspek penjimatan kos kepada pengguna, perluasan kawasan liputan rangkaian bas, pengawalseliaan perkhidmatan teksi dan e-hailing serta pemantauan berterusan terhadap projek dalam pelaksanaan.

2. Melalui penjimatan kos kepada pengguna pengangkutan awam, Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif langganan Pas Bulanan Tanpa Had iaitu MY100 dan MY50 bagi semua perkhidmatan rel dan bas di bawah kendalian syarikat Prasarana Malaysia Berhad. Dengan hanya membayar RM100 bagi MY100 atau RM50 bagi MY50, pengguna rel dan bas boleh menikmati perjalanan tanpa had selama sebulan. Pada 1 April 2019, Kerajaan telah memperkenalkan diskaun tambang perjalanan sebanyak 20 peratus melalui program Kad XTRA20 bagi perkhidmatan KTM Komuter di sektor Lembah Klang, Selatan dan Utara kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad. Pengguna XTRA20 hanya perlu membayar RM5 bagi pembelian kad XTRA20 untuk mendapat manfaat penjimatan diskaun tersebut.

3. Bagi memastikan kesalinghubungan pengangkutan awam di kawasan bandar dan petempatan penduduk, Kerajaan juga telah menambahbaik liputan kawasan perkhidmatan pengangkutan awam.

NO SOALAN: 133

Sebagai contoh, Kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah memperkenalkan 2 laluan baharu perkhidmatan bas percuma GoKL di Kuala Lumpur iaitu Laluan Jingga (Titiwangsa- MINDEF) mulai 28 Februari 2019 dan Laluan Merah Jambu (LRT Universiti-PPR Seri Pantai) mulai 1 April 2019. Kerajaan juga sedang mengkaji perluasan kawasan liputan pengangkutan awam di negeri-negeri lain melalui kerjasama dengan Kerajaan Negeri.

4. Bagi memberikan kesaksamaan dan keseimbangan antara industri teksi dan industri e-hailing, Kerajaan telah merancang dan sedang melaksanakan penambahbaikan seperti (i) membuka semua jenama kenderaan dan pilihan model bagi kegunaan teksi, (ii) lanjutan tempoh pemeriksaan berkala PUSPAKOM dan pengurangan kos kepada pemandu, (iii) penggunaan tambang dinamik bagi perkhidmatan teksi yang mengambil penumpang melalui tempahan aplikasi e-hailing selain tambang meter secara “street hail”, (iv) penetapan kadar komisen maksima 10 peratus oleh syarikat e-hailing kepada pemandu teksi bagi setiap trip, (v) memperkenalkan modul latihan bari kepada pemandu teksi yang ingin memohon lesen vokasional, dan (vi) menggalakkan pemandu teksi mencarum di dalam Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri di bawah PERKESO.

5. Kerajaan juga terus komited dalam memastikan pembangunan projek- projek pengangkutan awam berjalan lancar. Sebagai contoh, MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) yang sedang dalam pembinaan dijangka siap pada tahun 2022 manakala projek LRT3 (Bandar Utama-Klang) dijangka siap pada tahun 2024. Pada 15 April

NO SOALAN: 133

2019, Kerajaan telah mengumumkan untuk meneruskan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (East Coast Rail Link, ECRL) dengan kos RM44 bilion, dijangka siap pada Disember 2026.

6. Bagi tahun 2019, Kerajaan telah menetapkan sasaran tahunan sebanyak purata harian 1.3 juta penumpang pengangkutan awam di Greater KL/Lembah Klang. Manakala sasaran bagi tahun 2020 belum ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 134

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' SRI KHAIRUDIN SAMAD TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah bilangan murid yang tercicir dari sekolah mengikut umur dan negeri dan apakah kaedah-kaedah yang telah diambil untuk mengatasi dan menambah baik masalah tersebut.

NO SOALAN: 134

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, peratus murid cicir menunjukkan trend yang menurun daripada tahun 2014 sehingga 2018. Peratus keciciran murid pada peringkat sekolah rendah daripada tahun 2014 hingga 2018 menunjukkan penurunan daripada 0.34 peratus kepada 0.15 peratus. Manakala, di sekolah menengah pula menurun daripada 2.95 peratus kepada 1.21 peratus.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius isu keciciran murid sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah di seluruh negara. Pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh KPM untuk meningkatkan kadar penyertaan murid di sekolah dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran. Oleh itu, KPM telah mewujudkan satu inisiatif khusus iaitu Peningkatan Akses daripada Peringkat Prasekolah hingga Menengah Atas di mana ia bertujuan menangani masalah keciciran di sekolah. Inisiatif ini terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Antara langkah yang diambil termasuk menambah baik kemudahan asas, memperbanyakkan program motivasi, meningkatkan kesedaran ibu bapa, mewujudkan dan memperluaskan program-program bantuan seperti menyediakan Biasiswa Kecil Persekutuan, Rancangan Makanan Tambahan dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Di samping itu, KPM juga menyediakan kemudahan asrama di sekolah-sekolah terpilih dan

NO SOALAN: 134 menyediakan khidmat guru kaunselor dan guru pemulihan untuk meningkatkan minat murid untuk meneruskan persekolahan.

Terkini, KPM telah menyediakan satu garis panduan bagi membantu murid- murid yang berisiko cicir agar mereka kekal bersekolah sehingga tamat tingkatan 5 iaitu Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC). GPMBC telah dikuatkuasakan ke semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bilangan 4 Tahun 2018 pada bulan 1 Jun 2018. Objektif GPMBC ini adalah membantu pihak sekolah mengenal pasti murid berisiko cicir serta mengurus murid berisiko cicir secara berkesan dan sistematik. Selain itu GPMBC ini juga mempunyai objektif bagi memastikan pemantauan murid khususnya murid berisiko cicir dapat dibuat oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah secara berterusan.

Selain itu, KPM juga turut menyediakan Modul Intervensi Murid Berisiko Cicir iaitu Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI dan SUDI 2.0) sebagai panduan dalam menangani keciciran. Modul SUDI ini adalah sebagai panduan guru bimbingan kaunseling menjalankan intervensi kepada murid berisiko cicir agar mereka terus kekal dalam sistem pendidikan.

Bagi murid cicir pula, rintis Program Sifar Murid Cicir (PSMC) telah dijalankan bagi satu JPN dan lima PPD. Program ini merupakan intervensi berfokus bagi membantu murid cicir untuk kembali bersekolah.

Dapatan rintis tahun 2018, PSMC ini berjaya mengembalikan 26.1 peratus murid peringkat sekolah menengah dan 25.6 peratus murid sekolah rendah

NO SOALAN: 134 telah kembali meneruskan persekolahan mereka. PSMC ini telah diperluaskan ke semua PPD pada tahun 2019.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 135

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' SRI TI LIAN KER TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Sri Ti Lian Ker minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi menghapuskan stigma yang memperlihatkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sebagai entiti yang berasaskan kepentingan kaum. Sejauh manakah ketelusan Kerajaan dalam menjamin Khazanah untuk berperanan sebagai sebuah institusi nasional yang mewujudkan kekayaan kepada negara.

NO SOALAN: 135

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sehingga Disember 2018 bilangan projek di bawah Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri yang dibatalkan kerana belum dikeluarkan Surat Setuju Terima Tawaran adalah seperti berikut:

KOS BIL. PERKARA BIL PROJEK KESELURUHAN (RM) 1. Dewan Masyarakat 276 77.58 juta

2. Jalan Raya 975 107.67 juta

3. Masjid 151 97.81 juta

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 136

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR TARIKH : 22 JULAI 2019

DATO’ KESAVADAS A/L A/ACHYUTHAN NAIR minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam menangani isu wujudnya farmasi yang menyediakan khidmat di luar bidang seperti membuat rundingan dengan pesakit dan mengeluarkan preskripsi ubat, malah terdapat juga farmasi yang dibuka tanpa mempunyai ahli farmasi yang tetap.

NO SOALAN: 136

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Perkhidmatan Farmasi bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Racun 1952 yang melibatkan premis farmasi. Premis farmasi hanya boleh menjual ubat terkawal yang disenaraikan di bawah Akta Racun 1952 jika mempunyai seorang ahli farmasi yang bertugas secara tetap dengan Lesen Jenis A di bawah Akta Racun 1952. Pembekalan atau penjualan racun oleh ahli farmasi berlesen bagi tujuan rawatan adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Seksyen 21 dan 22 Akta Racun 1952.

Penjualan racun kumpulan B untuk tujuan rawatan oleh ahli farmasi berlesen hanya boleh dilakukan berdasarkan preskripsi daripada pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau doktor veterinar melalui peruntukan di bawah Seksyen 21 Akta Racun 1952. Contoh ubat kumpulan B adalah ubat untuk rawatan penyakit seperti ubat rawatan darah tinggi, penyakit jantung dan lain-lain. Bagi penjualan racun kumpulan C, ianya boleh dilakukan untuk tujuan rawatan oleh ahli farmasi berlesen kepada pesakit secara terus tanpa preskripsi. Contoh ubat kumpulan C adalah ubat selsema dan ubat persediaan untuk kegunaan luar.

Dalam pada itu, amalan seorang ahli farmasi berdaftar juga perlulah selaras dengan Code of Conduct for Pharmacists & Bodies Corporate yang dikeluarkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia dan sebarang aduan berkaitan

NO SOALAN: 136 amalan yang bertentangan seperti memberi khidmat di luar bidang boleh diadukan kepada pihak KKM untuk siasatan lanjut.

Orang awam juga boleh mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkaitan penjualan racun yang dilakukan di premis farmasi yang disyaki tidak mempunyai ahli farmasi berlesen kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi atau Cawangan Penguatkuasa Farmasi di negeri- negeri agar tindakan sewajarnya dapat diambil oleh KKM bagi memastikan kepatuhan kepada peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KKM. KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi juga akan sentiasa menjalankan pemeriksaan rutin ke atas premis-premis berlesen bagi memastikan kepatuhan pelesen-pelesen terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan. Selain itu, pemeriksaan dan pemantauan terhadap premis- premis tidak berlesen seperti kedai runcit dan toko jamu turut dilakukan.

Pemeriksaan rutin yang dijalankan merangkumi keperluan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 yang memperuntukkan kawalan ke atas aktiviti pengimportan, pembekalan, penjualan, penyimpanan dan perekodan bahan-bahan racun termasuk produk farmaseutikal yang berdaftar dengan KKM. Pemeriksaan rutin ini dijalankan secara berterusan ke atas premis- premis berlesen dan hanya premis yang diperiksa dan didapati memuaskan dibenarkan untuk pengeluaran lesen baharu atau pembaharuan lesen.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 137

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengadakan ujian saringan HIV dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS.

NO SOALAN: 137

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, ujian saringan kesihatan telah dilaksanakan dan diwajibkan kepada semua pelajar tempatan atau antarabangsa yang layak melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi (IPT). Ujian saringan kesihatan yang lengkap perlu dijalani oleh pelajar merangkumi pemeriksaan fizikal, ujian darah, ujian air kencing dan ujian X- Ray.

Berdasarkan kepada Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan dan Perlindungan Insurans Bagi Pelajar Antarabangsa di IPT Malaysia 2019, setiap pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajian ke universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di Malaysia diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pasca ketibaan sebelum pas pelajar dikeluarkan. Antara salah satu penyakit yang perlu dijalani pemeriksaan oleh pelajar antarabangsa ialah HIV/AIDS.

Selain itu, Ketua Eksekutif IPTS dan Ketua Pentadbir di setiap institusi bertanggungjawab untuk melaksanakan penyeliaan am terhadap pengurusan, pengawasan dan menjaga kebajikan pelajar dengan penuh komitmen termasuk pematuhan terhadap arahan-arahan lain yang ditetapkan oleh Kementerian dari semasa ke semasa. Peringatan dari semasa ke semasa berkenaan peraturan dan undang-undang semasa sentiasa diberikan kepada institusi supaya undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa dipatuhi.

NO SOALAN: 137

Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan dan Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan atau badan profesional lain untuk memastikan peruntukan akta.

Saringan kesihatan ini akan memastikan pelajar antarabangsa yang berada di Malaysia terdiri daripada pelajar yang terjamin kesihatan mereka.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 138

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK MUSTAPA KAMAL BIN MOHD YUSOFF TARIKH : 22 JULAI 2019

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan berapakah jumlah eksport barangan getah negara bagi tahun 2018 dan sejauh manakah keberkesanan Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) dalam membantu mengeksport hasil getah negara ke pasaran global.

NO SOALAN: 138

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman, jumlah eksport barangan getah negara adalah RM23.7 bilion pada tahun 2018. Semenjak MREPC ditubuhkan pada tahun 2000, eksport barangan getah telah meningkat secara purata tahunan sebanyak 8.2 peratus daripada RM5.5 bilion. MREPC giat menjalankan pelbagai aktiviti promosi pemasaran produk getah buatan Malaysia ke serata dunia bagi memastikan industri hiliran getah Malaysia terus berkembang maju dan menyumbang kepada eksport negara.

Pada masa ini Malaysia adalah pengeksport terbesar dunia bagi sarung tangan getah dan kateter getah. MREPC telah memainkan peranan dalam membantu pemain industri memasarkan produk getah di pasaran negara maju dan membangun seperti Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Emiriyah Arab Bersatu, China dan India. Di samping itu, MREPC turut meneroka pasaran baru pada tahun 2018 seperti Colombia, New Zealand, Myanmar, Filipina dan Vietnam. Pada masa yang sama, sebanyak 59 buah syarikat pengeluar produk getah Malaysia telah terlibat di dalam program promosi yang dianjurkan dan dikoordinasikan oleh MREPC seperti penyertaan dalam pameran antarabangsa, misi dan lawatan kerja. MREPC turut mengaturkan 269 sesi padanan perniagaan (business matching) di antara pembeli luar negara dan pengeluar produk getah Malaysia pada tahun 2018.

NO SOALAN: 138

MREPC juga mempunyai beberapa cawangan di luar negara iaitu di Amerika Syarikat, China, India dan Eropah yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk getah Malaysia di pasaran antarabangsa. Cawangan-cawangan MREPC di luar negara ini menjalankan aktiviti-aktiviti promosi khusus untuk pasaran masing-masing seperti seminar pendidikan tentang produk getah serta penyertaan di pameran domestik dan lawatan pasaran yang bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang baru bagi produk getah Malaysia.

Selain itu, MREPC juga menyediakan laporan analisa pasaran dan insentif untuk membantu pengeluar produk getah Malaysia menilai pasaran dan menyertai aktiviti yang dapat meningkatkan eksport produk getah. Di antara insentif yang disediakan adalah insentif untuk penyertaan di pameran antarabangsa, membina laman web dan mendapatkan pensijilan antarabangsa. Program latihan dan bengkel juga dianjurkan oleh MREPC untuk pengeluar produk getah Malaysia mendapatkan latihan dan pendedahan sebagai persediaan untuk mengeksport produk getah ke pasaran antarabangsa.

Sekian terima kasih.

NO SOALAN: 138

NO SOALAN: 139

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH TARIKH : 22 JULAI 2019

Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha bagi mengenal pasti rakyat tempatan yang bersubahat melindungi pekerja asing tanpa izin, serta menjadi penama bagi lesen perniagaan bagi warga asing khususnya dalam sektor peruncitan dan perkhidmatan.

NO SOALAN: 139

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini berpandangan bahawa satu isyarat tegas dan jelas telah diperlihatkan kepada pihak berkaitan khususnya Majikan bahawa tiada lagi kompromi di pihak Kerajaan ke atas mana-mana Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Majikan yang ingkar dan degil dalam mematuhi undang- undang negara dengan membawa masuk, menggaji dan melindungi PATI melalui penguatkuasaan peruntukan undang-undang dan pelbagai inisiatif penguatkuasaan yang lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majikan yang dikesan menggaji PATI boleh diambil tindakan tegas di bawah Akta Imigresen 1959/63 di mana majikan akan didakwa bagi kesalahan utama di bawah Seksyen 55A untuk membawa masuk PATI secara tidak sah ke dalam negara, Seksyen 55B untuk menggaji PATI yang mengenakan hukuman denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap orang yang diambil bekerja, Seksyen 55E untuk membenarkan PATI masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 56(1)(d) untuk kesalahan melindungi PATI. Di samping itu, majikan juga boleh didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) (ATIPSOM).

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menyatakan bahawa warganegara asing tidak dibenarkan menjalankan perniagaan kecil seperti kedai runcit atau lain-lain di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan

NO SOALAN: 139

(PBT) dengan menggunakan lesen milik penduduk tempatan. KPKT telah mengeluarkan Pekeliling Pengeluaran Permit Perniagaan Kecil Oleh Pihak Berkuasa Tempatan pada 30 Jun 2008 kepada semua PBT.

Antara inti pati yang ditekankan di dalam pekeliling ini adalah dari segi penguatkuasaan terhadap perniagaan kecil iaitu: i. pengeluaran permit perniagaan kecil hanya dikeluarkan kepada warganegara Malaysia sahaja;

ii. pemilik permit hendaklah berada di tempat berniaga pada sepanjang masa;

iii. tindakan pembatalan permit boleh diambil ke atas pemilik yang memindah permit perniagaan mereka kepada warganegara asing; dan

iv. PBT boleh menyita serta merampas barang jualan serta merta tanpa perlu mengenakan amaran terlebih dahulu bagi perniagaan tanpa lesen.

Di bawah Seksyen 104, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), PBT juga boleh dengan undang-undang kecil iaitu kaedah atau peraturan, menetapkan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana- mana undang-undang kecil, kaedah dan peraturan dan, mengenai sesuatu kesalahan yang berterusan ia boleh menetapkan sejumlah wang tidak

NO SOALAN: 139 melebihi RM200 bagi setiap 1 hari selama tempoh kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Bagi membanteras PATI dan isu penggajian PATI secara berterusan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain terutamanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti menjadi tumpuan warganegara asing. JIM juga turut melibatkan Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta persatuan penduduk dalam menyalurkan maklumat keberadaan PATI dalam menangani masalah PATI secara holistik.

Suka untuk ditegaskan di sini bahawa usaha untuk memerangi PATI bukan hanya terletak di bahu agensi penguatkuasa semata-mata, tetapi tugas sedemikian harus juga dipikul oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik, bangsa, atau kepercayaan agama masing-masing. Masyarakat amat digalakkan untuk memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat tentang sebarang aktiviti salah laku PATI dan Majikan yang menggaji PATI yang berlaku di persekitaran mereka kepada pihak berkuasa.

NO SOALAN: 140

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN TARIKH : 22 JULAI 2019

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil untuk menyediakan perkhidmatan sokongan pembelajaran alternatif home schooling bagi kanak-kanak OKU yang tidak dapat hadir ke sekolah. Apakah tahap kejayaan program ini sejak 2016 sehingga kini berdasarkan Pelan Tindakan OKU 2016-2022.

NO SOALAN: 140

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Konsep homeschooling merupakan satu kaedah pembelajaran di rumah. Pembelajaran homeschooling dilaksanakan berpandukan punca kuasa Akta Pendidikan (Pindaan) 2002, Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 14 Tahun 2002: Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 dan Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di peringkat Rendah Tahun 2003. Ibu bapa perlu mengemukakan permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib. Homeschooling bertujuan memberi peluang kepada kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah. Selain itu, pembelajaran homeschooling juga dapat memastikan kanak-kanak tidak tercicir untuk mendapatkan pendidikan wajib.

Berdasarkan rekod di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dari tahun 2015 hingga 2019, KPM telah meluluskan sebanyak tiga permohonan murid berkeperluan khas (MBK) untuk mengikuti home schooling iaitu di negeri Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan. Permohonan yang diluluskan melibatkan MBK yang menghadapi masalah kesihatan kronik yang mana mereka tidak dapat menguruskan diri sendiri. Pengecualian ini akan terbatal dengan sendirinya apabila murid berdaftar dan bersekolah di mana-mana sekolah rendah lain.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 141

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH TARIKH : 22 JULAI 2019

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) sejauh mana kesiapsiagaan negara dalam menghadapi semua jenis bencana, berdasarkan kepada arahan Majlis Keselamatan Negara; dan

(b) sejauh mana pengetahuan setiap agensi berkaitan terhadap arahan- arahan bencana berdasarkan Majlis Keselamatan Negara.

NO SOALAN: 141

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kejadian bencana di Malaysia tidak hanya meliputi bencana alam seperti banjir, ribut, gempa bumi dan tsunami, bahkan kejadian bencana lain seperti bencana industri, bencana maritim, udara, kemalangan kimia, radiologi dan nuklear, jerebu dan bencana wabak penyakit berjangkit atau pandemik serta kemalangan biologi. Kesemua kategori bencana yang dinyatakan tadi telah digariskan dengan terperinci dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20.

2. Selaras dengan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sentiasa mengambil langkah proaktif dalam memastikan kesiapsiagaan agensi-agensi yang terlibat berada pada tahap terbaik dalam menangani pelbagai bentuk bencana melalui pelbagai inisiatif, antaranya:

i. Pemantapan, perolehan dan penempatan aset-aset agensi berkaitan pengurusan bencana dan memantapkan pembinaan keupayaan (capacity building) di kalangan agensi-agensi responder;

ii. Mengadakan program simulasi dan latihan bencana berkala yang melibatkan kerjasama semua agensi penyelamat, di samping Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) yang melibatkan agensi-agensi pengurusan bencana

NO SOALAN: 141

di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dengan komuniti tempatan termasuk NGO bagi memastikan atur gerak dan koordinasi di antara agensi-agensi kerajaan, sukarelawan dan komuniti dapat dijalankan secara teratur; iii. Mengadakan audit pemulihan dan penambahbaikan Pusat Pemindahan Sementara serta stok makanan dan keperluan bencana di Depoh-Depoh Keperluan Bencana dan Pangkalan- Pangkalan Hadapan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat; iv. Mengadakan post-mortem / After Action Review persiapan dan tindak balas bersama agensi yang berkaitan untuk mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan serta pemantapan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi bantuan bencana negara; v. Mengadakan sesi kursus pengurusan bencana untuk para Pegawai Daerah selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah; vi. Mengadakan siri latihan untuk pendedahan kepada Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan pengendalian Pusat Kawalan Tempat Kejadian; vii. Menilai tahap kesiapsiagaan setiap agensi responder dan sokongan sebelum Monsun Timur Laut melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Pusat, Negeri dan Daerah.

NO SOALAN: 141

viii. Merancang dasar-dasar baharu dan projek mitigasi bagi mengurangkan impak kejadian bencana yang diramal berlaku;

ix. Memperkenalkan dasar-dasar baharu seperti penyaluran terus dana kepada agensi-agensi bantuan bencana melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara bagi meningkatkan kesiapsiagaan melalui latihamal menghadapi bencana dan pemulihan peralatan yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua,

3. NADMA berpandangan kesiapsiagaan dan pengetahuan agensi- agensi berkaitan adalah pada tahap yang memuaskan. Namun mereka memerlukan latihan dan pendedahan secara berkala dan berterusan bagi memastikan kecekapan pengurusan bencana mengikut Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 dapat ditingkatkan kepada tahap lebih baik terutama sekali yang melibat kejadian bencana baru seperti pencemaran bahan kimia dan industri serta pandemik.

4. Kerajaan amat mengalu-alukan sebarang cadangan atau syor daripada semua pihak untuk peningkatan pengurusan bantuan bencana demi kebajikan dan kebaikan semua pihak.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 142

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD TARIKH : 22 JULAI 2019

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah penyelesaian yang boleh diambil untuk menyelesaikan bayaran yang diminta oleh Pejabat Tanah dan Galian Pahang kepada Tenaga Nasional Berhad untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) talian grid Semenanjung Malaysia 2017-2018 di perkampungan Orang Asli di Pekan, Bera, Temerloh, Jerantut dan Cameron Highlands.

NO SOALAN: 142

JAWAPAN

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian telah mengemukakan surat Rayuan Permohonan Pengecualian Bayaran Izin Lalu bertarikh 19 Jun 2019 Bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Semenanjung Malaysia 2017/2018 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kepada Setiausaha Kerajaan Pahang dan perkara ini masih dalam pertimbangan pihak Kerajaan Negeri.

NO SOALAN: 143

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B PROF. EMERITUS TAN SRI DATO` SERI DR. IBRAHIM SHAH BIN ABU SHAH TARIKH : 22 JULAI 2019

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang negara yang telah dilakukan oleh Kerajaan sejak Mei 2018 hingga Jun 2019 dan kenapakah peningkatan hutang berlaku sedangkan Kerajaan bersungguh- sungguh ingin menghapuskan hutang yang dilakukan oleh Kerajaan terdahulu.

NO SOALAN: 143

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Secara keseluruhan, hutang dan liabiliti kerajaan adalah berjumlah RM1.1 trilion, atau sekitar 75% berbanding Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2018. Jumlah ini mengambil kira hutang langsung kerajaan, komitmen jaminan yang ditanggung dan dibiayai oleh Kerajaan, serta liabiliti lain termasuk bayaran pajakan kewangan (finance lease) dan hutang syarikat 1MDB. Kedudukan hutang dan liabiliti kerajaan untuk tahun 2018 telah turun sebanyak 4 mata peratusan daripada 79% pada tahun 2017.

2. Kedudukan hutang langsung Kerajaan Persekutuan yang dikawal selia di bawah akta-akta pinjaman iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637], Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403], dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188] adalah sebanyak 51% KDNK pada akhir-2018, iaitu kekal di bawah paras 55% daripada KDNK.

3. Komitmen jaminan yang ditanggung dan dibiayai Kerajaan adalah sebanyak 9% berbanding KDNK bagi akhir tahun 2018. Ia terdiri daripada tanggungan hutang sebahagian syarikat berkaitan Kerajaan yang menerima Jaminan Kerajaan bagi melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan awam dan utiliti.

NO SOALAN: 143

4. Bayaran pajakan kewangan dan liabiliti lain seperti 1MDB pula adalah sebanyak 15% berbanding KDNK pada akhir 2018.

Tuan yang di-Pertua,

5. Bagi hutang langsung kerajaan, peningkatannya adalah disebabkan keperluan Kerajaan membiayai defisit belanjawan tahunan yang mana pinjaman dibuat untuk menampung belanja pembangunan. Pada akhir- 2018, hutang langsung kerajaan adalah berjumlah RM741.0 bilion atau 51.2% daripada KDNK, lebih tinggi berbanding RM686.8 bilion atau 50.1% daripada KDNK pada akhir-2017. Peningkatan sebanyak RM54.2 bilion adalah bagi membiayai defisit pada tahun 2018.

NO SOALAN: 144

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID TARIKH : 22 JULAI 2019

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan mengambil alih pengoperasian rumah api di Pulau Pisang daripada Kerajaan Singapura oleh kerana dilaporkan Kerajaan Singapura mula menunjukkan kuasa dengan melarang nelayan warga Malaysia berteduh atau mendekati pulau tersebut dan ini dilihat sebagai satu tindakan yang melampau.

NO SOALAN: 144

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Pulau Pisang adalah sebuah pulau milik Malaysia di Selat Melaka dan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Pontian. Kedudukannya kira-kira 23 km dari dengan keluasan Pulau Pisang 446 ekar (178.4 hektar). Pulau Pisang merupakan pulau terbesar selain Pulau Tunda, Pulau Kemudi, dan Pulau Sauh yang terdapat di sekitarnya.

2. Melalui persetujuan indenture yang telah ditandatangani pada 6 Oktober 1900 antara Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor pada ketika itu, dengan James Alexender Swettanham, Gabenor Negeri-Negeri Selat yang mewakili Kerajaan British, Kerajaan Johor telah menyerahkan sebahagian kecil tanah di Pulau Pisang bermula dari pantai hingga ke Rumah Api kepada Kerajaan Inggeris.

3. Berdasarkan indenture tersebut, Singapura sebagai pewaris Negeri Selat telah mentadbir sebahagian kecil tanah dari pantai ke Rumah Api tersebut yang berjumlah 2.25 ekar. Secara umumnya, keluasan 2.25 ekar tersebut hanyalah 0.5% dari keseluruhan keluasan Pulau Pisang yang diuruskan oleh Singapura bagi maksud pengurusan dan kawal selia Rumah Api oleh Maritime and Port Authority of Singapore (MPA) melalui dua (2) orang pekerja Rumah Api yang bertugas secara bergilir- gilir. Perjanjian indenture tersebut masih sah dan terpakai sehingga kini bagi maksud pengurusan dan kawal selia Rumah Api sahaja dan tidak

NO SOALAN: 144

melibatkan hak milik kedaulatan pulau. Kedaulatan Pulau Pisang adalah “undisputed” dan adalah hak milik Malaysia.

4. Berdasarkan semakan Majlis Keselamatan Negara, tiada sebarang laporan berhubung tindakan kerajaan Singapura melarang nelayan warga Malaysia berteduh atau mendekati pulau tersebut.

Sekian, terima kasih.