Hakcipta Terpelihara © 1992 – Perbadanan Perpustakaan Awam Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 4 - 1992

PENGHULU DI PERLIS

Oleh : RAMLI ISMAIL

INSTITUSI Penghulu adalah merupakan sebuah institusi yang mempunyai sejarah tersendiri di Negeri Perlis suatu ketika dahulu. Penghulu pada masa itu merupakan orang harapan Raja dan rakyat. Paling tepat mereka adalah sebagai orang pengantaraan. Bagaimanapun, tidak ramai orang yang mengetahui mengenai sejarah institusi Penghulu di Perlis. Apa yang diketahui oleh anak-anak muda sekarang ialah peranan penghulu masa kini yang sudah jauh berbeza. Dalam mengesan sejarah institusi Penghulu di Perlis itulah, Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Perlis dengan kerjasama Biro Penyelidikan dan Dokumentasi Persatuan Penulis Perlis (3P) telah membuat satu penyelidikan khas mengenai perkara tersebut. Satu rombongan pengkajian telah dibuat ke rumah seorang Penghulu lama di negeri ini iaitu Dato' Indera Kayangan Mustafa Mohd. Saad yang tinggal di Kampung Bawah Bukit . Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Penolong Pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Haji Muhamad Haji Harun dan Ketua Satu 3P, Encik Rejab Ismail. Wawancara itu mengambil masa hampir tiga jam menyentuh berbagai aspek. Dato' Mustapa pula dibantu oleh Setiausaha Persatuan Penghulu Negeri Perlis, Encik Mansor Jusoh yang juga Penghulu Mukim Oran, Ngulang dan Chuping serta salah seorang jawatankuasa persatuan berkenaan, Penghulu Zainuddin Hashim yang juga Penghulu mukim Jejawi, Aran dan Sungai Adam. Sepanjang wawancara dibuat telah dirakamvideokan yang kemudian disimpan di Unit Koleksi Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri untuk tatapan generasi akan datang. Pengenalan ringkas Dato' Mustafa ialah bekas Penghulu yang berkhidmat sejak tahun 1945 hingga 1968, kini sudah berusia 78 tahun. Beliau berasal dari merupakan cucu kepada Penghulu Kuala Perlis pertama, Allahyarham Penghulu Said Awang. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Kuala Perlis kemudian berpindah ke dan belajar hingga darjah 3 di Sekolah Melayu, Kangar. Bapanya ialah Allahyarham Mohd. Saad Sulong, seorang guru yang berkelulusan Maktab Melayu Matang, Perak tahun 1910. Di samping belajar di sekolah Melayu, pada sebelah malam Dato' Mustafa belajar bahasa Inggeris di Sekolah Cina Kangar.

Dato Indera Perkasa Mustafa Mohd. Saad.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Hakcipta Terpelihara © 1992 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 1992 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 4 - 1992

Tahun 1931, beliau memasuki Maktab Perguruan Tanjung Malim, Perak dan tamat 1933. Kemudian beliau mengajar di Sekolah Melayu Bintong dengan gaji $6 sebulan. Selepas itu beliau berpindah menjadi Guru Besar di Sekolah Melayu Kangar. Beliau mengakhiri jawatan sebagai guru di Sekolah Melayu Oran sebagai Guru Besar sejak tahun 1936 hingga 1941 apabila Jepun menyerang Malaya. Dalam pemerintahan Jepun, beliau ditugaskan oleh pemeruitah Jepun mengetuai kumpulan muzik sebagai propaganda Jepun ketika itu. Apabila Jepun menyerah kalah, ketika itulah beliau memulakan kariernya sebagai seorang Penghulu selama 23 tahun sejak tahun 1945 hingga tahun 1968. Penghulu pertama di Perlis ialah Almarhum Syed Harun dan kemudian Allahyarham Haji Ahmad, Encik Hashim serta Ku Adnan bagi Mukim sebelum diperluaskan ke mukim- mukim lain. Selepas Arau, ia berkembang pula ke mukinR Chuping tahun 1920-an apabila Wan Ali Wan Choh menj adi Yenghulu. Padang Pauh dilantik Penghulu Choh, Kuala Perlis Penghulu Said Awang, Oran/ Ngulang Datuk Habib. Mereka bertugas hingga sebelum tahun 1930. Perlantikan dibuat oleh Almarhum Raja Syed Alwi. Tahun 1930 tiba pula giliran Penghulu Osman menjadi Penghulu di Mukim Bintong, Penghulu Omar di Utan Aji dan Penghulu Ku Hamid Ku Yahya mukim Abi. Mereka juga dilantik oleh Raja Syed Alwi.

Rombongan Jawatankuasa Penyelidikan, Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Perlis dan Jawatankuasa Biro Penyelidikan dan Dokumentasi 3P. Dato' Mustata memberitahu, peranan Penghulu zaman dahulu adalah menguruskan segala hal mengenai Pejabat Tanah. Di samping itu, I'enghulu juga menjadi pendaftar bagi kelahiran binatang ternakan. Sekiranya berlaku kecurian ternakan,kepada Penghulu juga dilaporkan. Begitu juga dengan kecurian harta benda lain, Penghululah tempat rakyat mengadu. Malah jika berlaku pergaduhan dalam keluarga, kepada Penghulu juga tempat mencurah rasa. Solah-olah peranan Penghulu seperti Kadi sekarang. Rakyat yang hendak menjelaskan hasil tanah, juga dibuat pembayaran di rumah Penghulu.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Hakcipta Terpelihara © 1992 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 1992 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 4 - 1992

Kumpulan Penghulu yang terakhir dilantik oleh Raja pada tahun 1945 ialah Ku Adnan Ku Yahya (Mukim Arau), Dato' Mustafa Md. Saad (Oran/Ngulang/Chuping),Abu 13akar (Bintong), Syed O sman (LJtan Aj i) , 0 marYahya (Kuala Perlis), Ahmad Musa () sementara Jaafar Hassan menjadi Penolong Penghulu di situ, Ismail Jasin (Paya), Taib (), Rahim Yahdali (Abi) dan Ismail (Sena). Bermula tahun 1958, jawatan Penghulu dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan awam (TPA) melalui perkenan Raja Perlis. Di antara kumpulan pertama yang dilantik oleh JPA tersebut ialah Johari Darus, Syed Yahya Syed Hussain, Syed Hamid Syed Hussain, Tengku Abdullah Tengku Mahmud, Abdullah Ariffin, Abu Bakar Haji Ahmad, Idrus Kasim dan RamliTaib. Peranan Penghulu dalam kumpulan terakhir yang dilantik oleh Raja pada tahun 1945 lalu paling berharga ialah berusaha menyedarkan masyarakat kampung supaya menderma wang untuk membina Dema English School atau sekarang dikenali dengan panggilan Sekolah Menengah Derma Kangar. Dari usaha itulah, para penduduk kampung bersetuju menyumbangkan hasil sawah padi mereka dalam tempoh dua musim untuk dimasukkan dalam tabung pembinaan sekolah berkenaan. Para Penghulu masa itu juga memainkan peranan menyedarkan rakyat me- nubuhkan syarikat kerjasama di samping membuka sekolah-sekolah persendirian di kam- pung-kampung. Dato' Mustafa sendiri memainkan peranan membuka sekolah rakyat di Datuk Kayaman, Guar Nangka, Panggas, dan Titi Tinggi. Banyak jalan luar turut dibina melalui kerja gotong-royong hasil usaha tok-tok Penghulu. Beliau berkata, sepanjang ingatannya, para Penghulu di Perlis tidak ada yang melakukan curang atau zalim kepada rakyat, tetapi semuanya dapat menjaga imej hingga dihormati oleh rakyat dan raja. Beliau menyarankan supaya institusi Penghulu di negeri ini dikembalikan seperti zaman dahulu agar penghulu lebih dihormati. Sehubungan dengan itu, Penghulu pula hendaklah pandai menjaga diri tanpa terlalu aktif dalam sesuatu pertubuhan politik dan sebagainya.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Hakcipta Terpelihara © 1992 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis