E-BULETIN KKM kami sedia membantu edisi julai 2018 penyayang profesionalisme kerja berpasukan

Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan 2018-YBMK m/s 1 Majlis Perasmian 3rd Asian Dengue Summit 2018-YBTMK m/s 6 2nd Langkawi Arthroplasty Knee Update (LAKU) 2018-KSU m/s 3 Majlis Pelancaran Garis Panduan Safe Surgery Saves Live Programme m/s 4

www.moh.gov.my EDISi JULAI 2018

program gotong-royong mega perangi aedes 1.0 peringkat kebangsaan 2018 Tarikh: 28 Julai 2018 Tempat: Shah Alam,

B Dr. , Menteri Kesihatan merancakkan penubuhan COMBI di seluruh negara telah turun padang bersama-sama komuniti serta meningkatkan penglibatan ahli-ahli majlis pihak Pangsapuri Warnasari Bandar Puncak berkuasa tempatan (PBT), jawatankuasa persatuan Alam dalam Program Gotong-Royong penduduk, sekolah-sekolah dan juga msyarakat YMega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan setempat. YBMK berharap rakyat Malaysia sentiasa 2018. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen peka terhadap kebersihan kediaman dan meluangkan Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU), YBhg. Dato’ masa 10 minit untuk menghapuskan tempat-tempat Dr. Chong Chee Kheong, TKPK (KA) dan YBhg. pembikan nyamuk Aedes. Dato’ Dr. , Pengarah JKN Selangor. Program tersebut bertujuan menghapuskan tempat- tempat pembiakan nyamuk Aedes dan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kebersihan di kediaman dan bahaya nyamuk Aedes. YBMK optimis bahawa program gotong- royong tersebut dapat diperkasakan lagi dengan

E-BULETIN KKM 01 EDISi JULAI 2018

Hari Pertama YB Dr. BERtugas di IPKKM Tarikh: 2 Julai 2018 Tempat:

B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan telah telah melaporkan diri ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari pertama di Putrajaya Kompleks E. YTurut hadir bersama untuk menjemput kedatangan YB Timbalan Menteri ialah YBhg. Dato’ Hasnol Zam Zam bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan (TKSUP), YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan (TKSUK), YBhg. Datuk Dr. Shahnaz bin Murad TKPK (P&ST) dan ahli-ahli pengurusan Tertinggi KKM. YB Timbalan Menteri telah menyatakan beliau berharap dapat bekerjasama dengan dengan semua warga kerja KKM untuk meningkatkan sistem penjagaan kesihatan dan memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat.

E-BULETIN KKM 02 EDISi JULAI 2018

2nd Langkawi Arthroplasty Knee Update (LAKU) 2018

Tarikh: 15 Julai 2018 Tempat: Langkawi Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah merasmikan 2nd Langkawi Arthroplasty Knee Update (LAKU) 2018 bertemakan “The Difficult Knee”. YKursus tersebut merupakan usaha kerjasama antara Hospital Langkawi, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim dan Hospital Kulim bersama- sama Arthoplasty Interest Group (AIG), Malaysian Orthopaedic Association dan Ministry of Health Malaysia Orthopaedic Doctors Society. Arthroplasty atau pembedahan lutut merupakan sub-kepakaran bidang ortopedik atau tulang. Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar menyediakan perkhidmatan sub-kepakaran arthroplasty. Dengan adanya latihan tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran pembedahan sub- kepakaran ini demi kesejahteraan pesakit.

E-BULETIN KKM 03 EDISi JULAI 2018

Majlis Pelancaran Garis Panduan Safe Surgery Saves Live Programme

Tarikh: 2 Julai 2018 Tempat: Putrajaya Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Malaysia telah melancarkan edisi kedua Garis Panduan Safe Surgery Saves Lives Programme bersempena YSeminar Keselamatan Pesakit selama dua hari. Seminar ini bertemakan “Enhancing Surgical Safety” yang selaras dengan agenda WHO untuk memastikan akses sejagat ke pembedahan yang berkualiti, selamat dan terjangkau di seluruh dunia. KKM telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk menjadi salah satu negara perintis dalam pelaksanaan Cabaran Keselamatan Pesakit Global Sedunia - Program Pembedahan Selamat Menyelamatkan Nyawa sejak tahun 2009. KKM juga mengemukakan garis panduan khusus dan Senarai Semak untuk Keselamatan Pembedahan berdasarkan Senarai Semak Pembedahan Selamat WHO.

E-BULETIN KKM 04 Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 Tarikh: 14 Jun 2018 Tempat: Kuala , Terengganu

B Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2018. Turut hadir Yialah YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), Dr. Haji Mohamad bin Omar, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Dr. Noryati bt Abu Amin, Pengarah Pusat Darah Negara (PDN). Majlis tersebut dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Pusat Darah Negara. YBMK menyeru rakyat Malaysia untuk menderma darah terutamanya golongan muda. Kesedaran yang tinggi tentang kepentingan menderma darah akan mampu membantu menyelamatkan insan yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa mahu pun agama. Dalam majlis tersebut, YB Dr. Dzulkefly telah menyampaikan Anugerah Penderma Darah Terbanyak kepada wakil-wakil setiap negeri.

E-BULETIN KKM 05 EDISi JULAI 2018

Majlis Perasmian 3rd Asian Dengue Summit 2018 Tarikh: 5 Julai 2018 Tempat: B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan 3rd Asian Dengue Summit 2018 di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Turut hadir Ybersama YBhg. Dato’ Dr. Hj. Azman bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBhg. Dato’ Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam). Persidangan tersebut memberi peluang kepada semua penyelidik, pakar kesihatan awam, pihak swasta dan kerajaan terutama klinik, penyelidik, pemimpin kesihatan awam kerajaan dan penggubal dasar untuk bersama-sama bertukar idea dan meningkatkan pengetahuan di rantau asia bagi mencapai strategi pengurusan kes denggi yang terbaik.

E-BULETIN KKM 06 EDISi JULAI 2018

Majlis Amanat dan Sesi Dialog Persidangan Pengurusan Hospital KKM 2018 Tarikh: 7 Julai 2018 Tempat: Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah merasmikan Majlis Amanat dan Sesi Dialog Persidangan Pengurusan YHospital KKM 2018. Tema persidangan tersebut ialah “Isu dan Cabaran Pengurusan Fasiliti” yang menjurus kepada cabaran dan penyelesaian terbaik dalam pengurusan fasiliti di hospital. Pengurusan tersebut telah dihadiri oleh pegawai- pegawai di peringkat hospital dari pelbagai negeri. Persidangan tersebut merupakan platform kepada pegawai-pegawai untuk membincangkan isu-isu semasa di peringkat pengurusan hospital selain bertukar pendapat, cadangan dan idea dalam menyelesaikan isu- isu berbangkit.

E-BULETIN KKM 07 EDISi JULAI 2018

Persidangan Antarabangsa ke-2 Pembiayaan Kesihatan mengenai Penggerakkan Sumber Komuniti ke Arah Pembiayaan Kesihatan Berkelanjutan Tarikh: 4 Julai 2018 Tempat: Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, benteng penjagaan kesihatan, memperkasakan Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) masyarakat untuk menjaga kesihatan mereka telah menyampaikan nota utama dan juga memberi tumpuan kepada sumber dan pada Persidangan Antarabangsa usaha kita ke dalam perubatan pencegahan. Yke-2 Pembiayaan Kesihatan mengenai Usaha-usaha transformasi memerlukan semua Penggerakkan Sumber Komuniti ke Arah pihak berkepentingan bekerjasama dengan Pembiayaan Kesihatan Berkelanjutan. Turut KKM untuk memperbaiki kesihatan bagi negara. hadir Datuk Dr. Hj. Rohaizat, Pengarah Bahagian Perancangan. Transformasi dalam sektor kesihatan amat diperlukan dalam 3 domain utama, iaitu Penyampaian perkhidmatan, Pembiayaan kesihatan dan Transformasi organisasi. KKM telah memulakan pelbagai inisiatif transformasi, seperti yang digariskan oleh 8 Teras Transformasi Penjagaan Kesihatan. KKM bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan untuk memperkenalkan pembaharuan pembiayaan kesihatan yang mantap, mengukuhkan perkongsian awam- swasta, mendorong penjagaan asas sebagai E-BULETIN KKM 08 EDISi JULAI 2018

Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Health Promotion In Learning Institutions (HePiLi) peringkat Kebangsaan 2018

Tarikh: 26 Julai 2018 Tempat: Gombak, Selangor B Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Health Promotion In Learning Institutions Y(HePiLi) peringkat Kebangsaan 2018 dan Majlis Pelancaran Program Tunas Doktor Muda yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Turut hadir YB , Timbalan Menteri Pendidikan, YB , Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan YBhg. Dato’ Dr. Hj. Azman Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan). Program ini adalah koloborasi pintar antara KKM, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam meningkatkan kesedaran terhadap aspek pendidikan kesihatan dari peringkat sekolah. Konvensyen HePiLI bertujuan untuk menilai kemampuan, kreativiti, kepekaan serta kemahiran ahli Kelab Doktor Muda dan PROSIS (Program Siswa Sihat) sebagai agen dalam menyampaikan mesej kesihatan kepada rakan sebaya. Selain itu, program berkenaan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka atas aktiviti promosi serta pendidikan kesihatan yang telah dijalankan di institusi masing-masing.

E-BULETIN KKM 09 EDISi JULAI 2018 MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2017

Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Seiausaha (KSU) telah merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 bagi Jabatan YKesihatan Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan semua penerima APC 2017 dan sebagai tanda penghargaan ke atas sumbangan dan prestasi cemerlang mereka dalam menggalas amanah serta tanggungjawab menyediakan JKWP Labuan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negara Tarikh: 3 Julai 2018 ini. Semoga prestasi cemerlang ini terus dikekalkan Tempat: Labuan dan menjadi contoh kepada warga kerja Kesihatan yang lain.

JKWP Kuala Lumpur Tarikh: 11 Julai 2018 Tempat: Kuala Lumpur

E-BULETIN KKM 10 EDISi JULAI 2018

Tarikh: 4 Julai 2018 Hospital Labuan Tempat: Labuan

LAWATAN KERJA KSU Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah fasiliti kesihatan di beberapa buah Ynegeri seperti Labuan, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Beliau telah meninjau fasiliti perubatan di klinik dan hospital serta mengenal pasti beberapa keperluan yang lain seperti kebajikan warga kerja kesihatan. YBhg. Dato’ Seri juga telah turun padang ke tapak projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Gombak bagi memantau status terkini pelaksanaan projek klinik tersebut. Beliau berharap pembinaan klinik tersebut mampu memberikan manfaat kepada Hospital Kulim masyarakat di sekitarnya. Tarikh: 12 Julai 2018 Tempat: Kulim, Kedah

E-BULETIN KKM 11 EDISi JULAI 2018

Hospital Seberang Jaya Tarikh: 12 Julai 2018 Tempat: Pulau Pinang

Klinik Kesihatan Temoyong

Tarikh: 10 Julai 2018 Tempat: Langkawi

Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Tarikh: 26 Julai 2018 Tempat: Klang, Selangor

E-BULETIN KKM 12 EDISi JULAI 2018

LAWATAN KERJA YBMK

B Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah fasiliti Ykesihatan di beberapa buah negeri seperti dan Terengganu. YB Menteri telah meninjau status tapak projek Hospital Petra Jaya. Pelbagai aspek telah diteliti dan diambil kira bagi memastikan projek tersebut dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. YB Menteri juga telah mengadakan lawatan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan sempat beramah-mesra bersama Hospital Umum Sarawak warga kerja hospital dan para pesakit Tarikh: 3 Julai 2018 yang mendapatkan perkhidmatan Tempat: Kuching, Sarawak kesihatan di hospital tersebut.

Tapak Projek Hospital Petra Jaya

Tarikh: 3 Julai 2018 Tempat: Kuching, Sarawak E-BULETIN KKM 13 EDISi JULAI 2018 LAWATAN KERJA Klinik Kesihatan Hiliran Tarikh: 15 Julai 2018 Tempat: Terengganu YBMK

B Dr. Dzulkefly juga telah turun padang melawat ke Klinik Kesihatan Hiliran dan Hospital Sultanah Nur YZahirah. Beliau sempat mengadakan perbincangan bersama warga kerja di hospital dan klinik bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat. YB Menteri berharap penyampaian perkhidmatan kesihatan sentiasa berkembang maju ke hadapan seiring dengan perkembangan dan perubahan teknologi yang terkini.

Hospital Sultanah Nur Zahirah Tarikh: 15 Julai 2018 Tempat: Terengganu

E-BULETIN KKM 14 EDISi JULAI 2018

Majlis Pelancaran Gotong-Royong Mega 1.0 perani Aedes Peringkat Kebangsaan 2018

Tarikh: 28 Julai 2018 Tempat: Pulau Pinang B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Bilangan 1 tahun 2018 YPeringkat Negeri di Taman Pauh Indah, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Turut hadir bersama YB Dr. Afif bin Bahardin, EXCO pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa & Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Dato’ Wan Mansor bin Hamzah, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes tersebut juga dijalankan secara serentak di seluruh negara dan sebanyak 14 lokasi telah dipilih untuk diadakan gotong-royong di Pulau Pinang. Objektif utama program tersebut untuk mendapat tindakan bersepadu gotong-royong secara besar-besaran dilaksanakan dengan melibatkan penduduk setempat, ketua komuniti, pasukan COMBI dan lain-lain agensi bagi memastikan pemusnahan tempat pembiakan Aedes.

E-BULETIN KKM 15 EDISi JULAI 2018

Malaysia - International Dental Exhibition & Conference (MIDEC) 2018

Tarikh: 20 Julai 2018 Tempat: KLCC, Kuala Lumpur Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah merasmikan Malaysia - International Dental Exhibition & YConference (MIDEC) 2018. Majlis tersebut merupakan anjuran Malaysian Dental Association (MDA). Tema majlis tersebut adalah “Tomorrow’s Dentistry Today” dan telah disertai oleh penceramah antarabangsa serta persidangan tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan. Persidangan tersebut merupakan platform terbaik kepada para pengamal pergigian di Malaysia untuk bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan serta kemahiran dalam perkhidmatan kesihatan mulut sekali gus menyediakan perkhidmatan rawatan berkualiti kepada masyarakat.

E-BULETIN KKM 16 EDISi JULAI 2018

LAWATAN KERJA KPK KE KLINIK KSIHATAN KUALA DUNGUN

Tarikh: 14 Julai 2018 Tempat: Dungun, Terengganu

Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah melawat ke Klinik Kesihatan (KK) Kuala Dungun di daerah YKuala Dungun, Terengganu yang telah mulai beroperasi sejak Ogos 2009 serta memberikan perkhidmatan kesihatan kepada hampir 82 ribu penduduk sekitar. KK Kuala Dungun menawarkan perkhidmatan kesihatan primer dengan konsep Family Doctor, kesihatan ibu dan anak, penjagaan penyakit kronik, rawatan pergigian, perkhidmatan kesihatan domisiliari di rumah pesakit, perkhidmatan perawatan luka, pendidikan kesihatan dan sebagainya. Pada petang KPK telah meluangkan masa untuk melawat tapak Hospital Dungun. Hospital ini bakal mempunyai 110 buah katil dan dijangka siap pembinaan dalam suku pertama tahun 2019. KPK telah mencadangkan agar hospital yang lama dioptimakan penggunaannya dengan pendekatan hibrid untuk terus digunakan bagi pemberian perkhidmatan kesihatan primer.

E-BULETIN KKM 17 EDISi JULAI 2018

LAWATAN KERJA KPK KE KLINIK PERGIGIAN UTC & KLINIK KESIHATAN UTC

Tarikh: 19 Julai 2018 Tempat: Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah melawat Klinik Pergigian UTC dan Klinik Kesihatan UTC yang terletak Ydi Kampung Sena, Kangar. Klinik Pergigian UTC telah beroperasi sejak 23 Oktober 2017 mempunyai tenaga kerja seramai 15 orang. Klinik ini menerima secara purata 40 orang pesakit sehari dengan jumlah pesakit dari Januari hingga Jun 2018 seramai 9634 orang. Rawatan yang disediakan termasuk cabutan gigi, tampalan, rawatan kebengkakan gusi, penskeleran, dan saringan kesihatan mulut. Seramai 53 orang warga KKM bertugas di Klinik Kesihatan UTC. Skop perkhidmatan Klinik Kesihatan UTC ini merangkumi Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD), Pesakit Kronik, Kesihatan Ibu & Anak (MCH), Makmal dan Farmasi. Klinik Kesihatan UTC memberi perkhidmatan kepada lebih 27,350 orang penduduk sekitarnya. Dari Januari hingga Jun 2018, klinik ini telah pun mencatat jumlah kedatangan seramai 29,510 orang dengan purata kedatangan 201 orang pesakit sehari.

E-BULETIN KKM 18 EDISi JULAI 2018 HEALTHCARE FORUM 2018 Tarikh: 5 Julai 2018 Tempat: Kuala Lumpur B Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Healthcare Forum 2018. Forum tersebut telah dianjurkan oleh Institut Strategi & Kepimpinan Asia (ASLI). YTurut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dan Tan Sri Dr. Michael Yeoh, Ketua Pengawai Eksekutif Institut Strategi & Kepimpinan Asia. Tema forum tersebut ialah “Sustaining Tomorrow’s HEALTHCARE, EMPOWERING Today’s Consumers”. Forum tersebut merupakan platfom dalam usaha meningkatkan taraf kualiti perkhidmatan kesihatan ke arah yang lebih baik.

E-BULETIN KKM 19 EDISi JULAI 2018

Majlis Sambutan Meraikan Jubli Ulang Tahun Kali Ke-25 Registri Buah Pinggang Kebangsaan Tarikh: 28 Julai 2018 Tempat: Pulau Pinang B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan kepada perintis-perintis NRR, bekas-bekas juara Menteri Kesihatan telah merasmikan serta ahli-ahli tokoh warga NRR diikuti dengan Majlis Sambutan Meraikan Jubli Perak perasmian pelancaran laman web e-NRR. Ulang Tahun Kali Ke-25 Registri Buah YPinggang Kebangsaan (NRR) di Olive Tree Hotel, Pulau Pinang. NRR di bawah pengurusan Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berperanan dalam mengumpul, memantau dan menguruskan data pesakit buah pinggang yang didaftarkan di bawah institusi kesihatan awam dan swasta seluruh negara. Turut hadir bersama ialah Prof. Dr. Goh Bak Leong, Pengerusi Persatuan Nefrologi Malaysia. Majlis tersebut turut menyampaikan Sijil Penghargaan Peringatan Jasa dan Pengorbanan E-BULETIN KKM 20 EDISi JULAI 2018 Congenital Heart Disease (CHD) Taskforce Presentation Dinner

Tarikh: 13 Julai 2018 Tempat: Putrajaya

B Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Congenital Heart Disease (CHD) Taskforce Presentation Dinner. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham YAbdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. Kecacatan CHD merupakan kecacatan pada dinding jantung, injap jantung, arteri dan urat jantung. YB Menteri dalam ucapan beliau menekankan kepentingan penjagaan jantung kerana masalah jantung merupakan masalah utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

E-BULETIN KKM 21 EDISi JULAI 2018

Program Kecergasan Mendaki Bukit Kubong bersama warga kerja JKWP Labuan Tarikh: 3 Julai 2018 Tempat: Labuan Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah menyertai Program Kecergasan Mendaki Bukit Kubong bersama warga Ykerja JKWP Labuan. Aktiviti tersebut bertujuan untuk menanam sikap menjaga kesihatan melalui aktiviti fizikal seperti mendaki bukit dan bersukan. Aktiviti seperti bersenam, mengayuh basikal dan mendaki bukit adalah antara aktiviti yang mampu memberikan rangsangan baik kepada tubuh badan agar lebih cergas dan sihat. Aktiviti bersenam juga mampu membakar kalori dan menurunkan berat badan di samping meningkatkan keupayaan jantung untuk menyalurkan darah ke seluruh badan serta meningkatkan stamina badan.

E-BULETIN KKM 22 EDISi JULAI 2018 Sesi Dialog dan Majlis Ramah Mesra bersama Warga Kerja JKN WP Labuan

Tarikh: 3 Julai 2018 Tempat: Labuan

Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah menghadiri Sesi Dialog dan Majlis Ramah Mesra bersama Warga Kerja YJabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir ialah Dr. Ismuni Bohari, Pengarah JKWP Labuan. Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Seri KSU telah memberi amanat berhubung hala tuju KKM di samping sesi soal jawab bersama warga kerja JKWP Labuan berkaitan tadbir urus, hala tuju dan kebajikan warga kerja. Pelbagai idea dan cadangan yang bernas yang diberikan demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di samping mewujudkan persekitaran dan budaya kerja yang selamat, selesa dan kondusif dalam kalangan warga kerja KKM.

E-BULETIN KKM 23 EDISi JULAI 2018

Bengkel Roadmap Kesejahteraan Kanak-Kanak Nasional Tarikh: 10 Julai 2018 Tempat: Putrajaya Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah menghadiri “Bengkel Roadmap Kesejahteraan Kanak-Kanak Nasional” Yyang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr . Turut hadir ialah YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) dan YBhg. Dato’ Dr. Hj Azman bin Hj Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan). Bengkel tersebut diselaraskan oleh KPWKM dan dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada KPWKM, KKM, KPM, KDN JKM, UNICEF Malaysia dan lain- lain.

E-BULETIN KKM 24 PEGAWAI YANG DINAIKKAN PANGKAT

RUSLI BIN HARUN JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED UTAMA C BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI GELARAN : SETIAUSAHA BAHAGIAN TARIKH : 2 JULAI 2018

DATO’ DR. CHONG CHEE KHEONG JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI PERUBATAN GRED UTAMA A GELARAN : TIMBALAN KETUA PENGARAH (KESIHATAN AWAM) TARIKH : 19 JULAI 2018

PEGAWAI YANG BERTUKAR DALAMAN

DATO’ DR. HAJI AZMAN BIN HAJI ABU BAKAR JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI PERUBATAN GRED UTAMA A KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA GELARAN : TIMBALAN KETUA PENGARAH (PERUBATAN) TARIKH : 19 JULAI 2018

PEGAWAI YANG BERTUKAR MASUK

THEAN MING FATT JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED UTAMA C BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN GELARAN : SETIAUSAHA BAHAGIAN TARIKH : 2 JULAI 2018

DR. HAJI BAHARI BIN DATO’ TOK MUDA HAJI AWANG NGAH JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI PERUBATAN GRED UTAMA B BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN GELARAN : PENGARAH TARIKH : 25 JULAI 2018

PEGAWAI YANG BERSARA

DR. SALMAH BINTI BAHRI JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI FARMASI GRED UTAMA A BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI GELARAN : PENGARAH TARIKH : 19 JULAI 2018 SIDANG PENGARANG E-BULETIN KKM Penasihat YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia

Ketua Pengarang Puan Yamuna Perimalu

Pengarang Za’aba Hj. Abu Bakar Mona Ang Mohd Iswandy bin Wally

Sidang redaksi e-Buletin KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pengurusan tertinggi KKM dan semua bahagian di KKM yang menjayakan penerbitan e-Buletin Edisi Julai 2018.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan sumbangan artikel, sila hubungi:

Sidang Redaksi e-Buletin KKM Unit Komunikasi Korporat Aras 4, Blok E7 Kementerian Kesihatan Malaysia, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya Malaysia.

Emel : [email protected] Tel : 03-8883 3481 / 3675 Faks : 03-8888 6187

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

https://www.instagram.com/kementeriankesihatanmalaysia/

https://twitter.com/KKMPutrajaya KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA UNIT KOMUNIKASI KORPORAT Aras 4, Blok E7, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya Malaysia. 2018