Kajian Terhadap Pelaksanaan Perakaunan Akruan – Pengesahan Baki Awal Bagi Aset Tak Alih Di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Kementerian Kesihatan Malaysia
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
KAJIAN TERHADAP PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN – PENGESAHAN BAKI AWAL BAGI ASET TAK ALIH DI JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BIL.CAD/K/3/2/2014 1. LATAR BELAKANG 1.1 Pada masa kini, Kerajaan Persekutuan mengamalkan asas perakaunan tunai ubah suai sebagai kaedah perakaunan untuk mengiktiraf dan merekod urus niaga apabila tunai diterima atau dibayar dalam tempoh perakaunan tersebut. Di bawah kaedah ini, perbelanjaan aset tidak dipermodalkan dan liabiliti tidak dilaporkan di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan. Perbelanjaan pula hanya akan diiktiraf semasa pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan tahun semasa dalam tempoh antara Januari hingga Januari tahun berikutnya. Sejajar dengan salah satu daripada cadangan di bawah Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Ekonomi Baru, Kerajaan telah menetapkan supaya penggunaan sistem perakaunan akruan hendaklah dilaksanakan untuk sistem pengurusan fiskal yang berhemat. Ini seterusnya dapat mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dalam perakaunan Kerajaan Persekutuan. 1.2 Salah satu tanggungjawab Pegawai Pengawal dalam memastikan pelaksanaan perakaunan akruan dibuat sewajarnya adalah untuk memastikan daftar aset dan liabiliti dikemas kini selaras dengan pekeliling dan peraturan yang berkuat kuasa. Pengemaskinian ini bertujuan untuk mendapatkan baki awal bagi pelaksanaan akruan pada tahun 2015. 2. OBJEKTIF PENGAUDITAN Objektif pengauditan adalah untuk mengesahkan data baki awal aset tak alih Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1 Januari 2015 adalah tepat dan bebas daripada sebarang kesilapan material serta memenuhi tujuh (7) kriteria berikut: 1 Bil. Kriteria Keterangan Keseluruhan transaksi/urus niaga yang perlu direkodkan telah 1. Completeness direkodkan Amaun/Jumlah dan data lain berkaitan dengan transaksi/urus 2. Accuracy niaga telah direkodkan sewajarnya Transaksi/urus niaga telah direkodkan dalam tempoh perakaunan 3. Cut-off yang betul Urus niaga dan peristiwa-peristiwa yang telah direkodkan telah 4. Occurrence berlaku dan berkaitan dengan entiti 5. Existence Fizikal item yang diperoleh wujud dan dapat disahkan Entiti mempunyai keupayaan untuk mengawal hak untuk aset Rights and 6. Obligations Liabiliti adalah milik entiti dan mempunyai tanggungjawab untuk melunaskannya Aset, liabiliti dan kepentingan ekuiti dimasukkan ke dalam penyata 7. Valuation kewangan pada jumlah yang sesuai dan apa-apa penilaian yang terhasil atau pelarasan peruntukan direkodkan sewajarnya 3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN Skop pengauditan adalah meliputi pengesahan data baki awal bagi aset alih di JKN Melaka merangkumi 3 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Pengesahan dilakukan dengan menyemak data aset tak alih daripada Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (SPATA), Laporan Jabatan Pengurusan Penilaian Harta (JPPH) dan senarai daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Dokumen hak milik serta pemeriksaan fizikal dan temu bual dengan pegawai yang bertanggungjawab juga dijalankan. Semakan dibuat antara data yang dikunci masuk dalam SPATA dengan Laporan Penilaian oleh JPPH, senarai JKPTG dan senarai di PKD bagi mengesahkan maklumat aset tak alih. Selain itu semakan fizikal terhadap 20 sampel premis/tanah daripada 115 aset tak alih yang dilaporkan dalam SPATA telah dilakukan. Butiran sampel aset adalah seperti di Lampiran 1. 2 4. PENEMUAN AUDIT Hasil semakan tersebut terdapat beberapa penemuan seperti berikut: 4.1 Peratusan Premis Yang Telah Dinilai Oleh JPPH Semakan Audit telah dijalankan ke atas maklumat SPATA dan Senarai Nilaian Aset Tanah & Bangunan Yang Tiada Maklumat Kos Sejarah oleh JPPH (Borang JPPH 2). Hasil pemeriksaan mendapati jumlah sebanyak 83 (85.57%) premis/tanah di negeri Melaka telah dinilai daripada 97 premis/tanah yang dipohon untuk dinilaikan. JPPH turut menilai 7 premis/tanah yang tidak disenaraikan didalam Borang JPPH 2. Butiran terperinci peratusan diperiksa seperti di Lampiran 2. 4.2 Perbezaan Nombor Hak Milik Tanah Dan Nombor Lot Perbandingan maklumat aset telah dibuat antara senarai Daftar Premis Aset (DPA) di dalam SPATA dengan senarai JKPTG dan JPPH. Hasil perbandingan tersebut menunjukkan terdapat 17 premis/tanah perbezaan nombor hak milik tanah dan nombor lot seperti Jadual 1. Jadual 1 Perbezaan Nombor Hak Milik Tanah Dan Nombor Lot NAMA NO. HAKMILIK TANAH NO. LOT BIL. MUKIM PREMIS DPA JKPTG JPPH DPA JKPTG JPPH MELAKA TENGAH Klinik Ayer 1. Kesihatan GM15 GM15 GM16 - LOT1487 LOT1488 Molek Ayer Molek Klinik Desa Batu GRN4198 2. Batu 18414 GRN41985 - LOT450 LOT450 Berendam 5 Berendam Klinik Desa GRN309/6 3. Bukit Katil 00309/63 GM150 - LOT1106 LOT1106 Bukit Katil 3 Klinik Bukit Kesihatan - - PT2266 LOT50 4. 00371/65 SL371/65 Rambai Bukit - - - LOT2 Rambai 3 NAMA NO. HAKMILIK TANAH NO. LOT BIL. MUKIM PREMIS DPA JKPTG JPPH DPA JKPTG JPPH Klinik Desa Tanjong 5. Pantai 00031063 SL310/63 GM227 - PT2128 LOT2128 Kling Kundor Klinik Desa LOT1239 6. Telok Mas 00001381 HSM1381 - - PT1853 Telok Mas LOT1686 Klinik Bandar Kesihatan 7. 00025087 HSD25087 - - PT23 LOT304 Melaka Jalan Gereja Klinik Desa Bukit 8. Solok Paya 0011/66 SL11/66 GM293 - LOT2443 LOT2443 Lintang Dalam JASIN Batang Klinik Desa 1. 353/65 HSM54 HSM54 - PT6 PT6 Melaka On Lok Klinik Desa 353/65 GM255 GM255 - - LOT656 Batang 2. Batang Melaka Melaka - - GM240 - LOT 657 LOT657 Klinik Desa LOT 3. Nyalas Masjid 358/63 SL358/63 GM550 - LOT2319 2319 Baru Kuarters 4. Serkam Klinik Desa 468/65 SL468/65 GM316 - PT1914 PT1914 Pulai ALOR GAJAH Klinik Desa Ayer 00000004 HSM4 - - PT5 LOT1850 1. Ayer Pa'abas Pa'abas - HSM7 PT92 LOT2009 Klinik Desa Durian 2. Pantai 00000007 - HSM4 - - PT4 Tunggal Belimbing Klinik Desa Kuala 3. Kuala 00000040 GM40 GRN542 - LOT992 LOT1098 Linggi Linggi Klinik Desa 4. Lendu 00000546 GM400 GRN546 - LOT1486 LOT1348 Lendu Sungai Klinik Desa 5. 00000535 - GRN379 - - LOT691 Baru Ilir Kg. Pulau 4 4.3 Perbezaan Senarai Daftar Premis Aset (SPATA) Dengan Senarai JKPTG, JPPH dan PKD Semakan audit mendapati bilangan premis yang disenaraikan di SPATA, JKPTG, JPPH dan PKD adalah berbeza iaitu masing-masing 115,127, 95 dan 139. Butiran adalah seperti Jadual 2. Jadual 2 Senarai Perbezaan Senarai Daftar Premis Aset (SPATA) Dengan Senarai JKPTG, JPPH dan PKD SPATA JKPTG JPPH PKD DAERAH Bil. Bil. Bil. Bil. Bil. Lot Bil. Lot Bil. Lot Bil. Lot Premis Premis Premis Premis Alor Gajah 35 89 47 89 36 89 57 89 Jasin 40 61 38 61 34 61 43 61 Melaka 40 84 42 84 25 84 39 84 Tengah Jumlah 115 234 127 234 95 234 139 234 Selain itu, bilangan lot tanah yang disenaraikan di SPATA, JKPTG, JPPH dan PKD juga berbeza iaitu masing-masing 131,136,126 dan 136. Butiran adalah seperti berikut: SPATA JKPTG JPPH PKD Bil. Bil. Bil. Bil. Lot DAERAH Bil. Bil. Bil. Lot Lot Bil. Bil. Lot Tiada Bil. Lot Bil. Bil. Lot Tiada Lot Lot Didaftar Belum Lot Direkod Dalam Lot Belum Lot Disenarai Di Dinilai Daftar Rekod Dinilai Senarai Alor 89 40 49 89 50 39 89 45 44 89 57 32 Gajah Jasin 61 48 13 61 42 19 61 39 22 61 43 18 Melaka 84 43 41 84 44 40 84 42 42 84 36 48 Tengah JUMLAH 234 131 103 234 136 98 234 126 108 234 136 98 Butiran terperinci perbezaan tersebut adalah seperti di Lampiran 3. Penyelarasan maklumat premis bangunan dan tanah hendaklah diselaraskan supaya nilaian nilaian aset tak alih di JKN Melakaadalah lengkapdan tepat. 5 Sebarang perbezaanyang tidak disenaraikanuntuk nilaian baki untuk penyata kewangan hendaklah dinyatakan. 4.4 Perancangan Penggunaan Premis/Tanah Kosong Semakan Audit mendapati 10 daripada 20 premis/tanah yang dilawati adalah kosong dan tidak digunakan. Gambar 1 hingga 10 menggambar keadaan premis/tanah di JKN Melaka. Gambar 1 Gambar 2 Klinik Kesihatan Tengkera (Lama) – Klinik Kesihatan Tanjung Kling (Lama) – Bangunan Kosong Bangunan Kosong Gambar 3 Gambar 4 Klinik Desa Solok Menggong – Tanah Klinik Desa Cheng – Tanah Kosong Kosong 6 Gambar 5 Gambar 6 Klinik Desa Machap Umboo – Bangunan Klinik Desa Sebatu – Tanah Kosng Klinik Telah Dikosongkan Gambar 7 Gambar 8 Klinik Desa Pulai – Bangunan Klinik Klinik Desa Semujok – Tanah Kosong Kosong Gambar 9 Gambar 10 Klinik Desa Simpang Kerayong – Tanah Klinik Desa Batang Melaka – Tanah Kosong Kosong Perancangan jangka panjang perlu dilaksanakan sama ada premis/tanah itu digunakan atau sebaliknya kerana jika ditinggalkan untuk tempoh yang lama ia mungkin akan diceroboh atau musnah. 7 4.5 Hakmilik Tanah Sebenar Semakan Audit di JKN Melaka mendapati satu lot tanah di Daerah Melaka Tengah iaitu LOT1245 wujud dalam daftar JKPTG dan telah dinilaikan oleh JPPH sebagai hakmilik KKM. Namun hasil semakan dengan PKD Melaka Tengah, lot tersebut telah ditukarguna antara KKM dengan Kementerian Dalam Negeri melalui surat KTPK/SPHP/101/879/30/6-17(21) bertarikh 29 Mac 2007. KKM telah menyerah hak ke atas LOT1245 dan telah mendapat LOT2552 sebagai balasan. Semakan turut mendapati LOT2552 berkenaan tidak didaftarkan dalam SPATA. 5. RUMUSAN Secara keseluruhannya, rekod aset tak alih di JKN Melaka yang telah dinilai oleh JPPH boleh digunapakai untuk mendapatkan baki awal tahun 2015. Namun demikian perkara berikut perlu diberi perhatian: a) Keseragaman maklumat antara SPATA, JKPTG dan JPPH adalah perlu bagi memastikan KKM mengambil kira maklumat yang betul dan tepat dalam mendapat baki awal aset tak alih tahun 2015; b) Perancangan yang teliti perlu dibuat bagi memastikan premis/tanah KKM digunakan sebaik mungkin bagi mencapai maksud ianya diperolehi. 8 LAMPIRAN 1 SENARAI ASET TAK ALIH DI JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA YANG TELAH DILAWAT NO. TARIKH NO.LOT/ STATUS BIL. MUKIM NAMA PREMIS HAKMILIK