4/29/2017 Pelitabrunei PB 29 APRIL 2017 Pelita1
''KITA tidaklah wajar membiarkan ''SESUNGGUHNYA Allah wawasan ini sebagai satu retorik dan Malaikat berselawat intelektual semata-mata, yang ke atas Junjungan Nabi cuma indah dalam sebutan. Tetapi Besar kita Nabi Muhammad kita mesti melaksanakannya Sallallahu Alaihi Wasallam dengan penuh komitmen dan oleh yang demikian wahai bersungguh-sungguh. Kita perlu orang-orang beriman bertindak lebih tangkas bagi berselawatlah kamu menghasilkan impak yang ke atasnya dan sejahteralah tinggi yang boleh menyumbang kamu sekalian.'' kepada kemajuan dan kemakmuran - (Firman Allah Subhanahu negara.'' - Titah Sempena Sambutan Wata'ala dalam Hari Kebangsaan Negara Brunei Surah Al-Ahzab, ayat 56). Darussalam Kali Ke-33, Tahun 2017. 4.39 4.49 6.09 6.32 12.19 3.35 6.26 7.38 TAHUN 62 / BILANGAN 51 29 APRIL 2017 / 1438 2 JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / PERCUMA Brunei - Filipina nikmati hubungan erat Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Hamzah Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman dari Manila, Republik Filipina MANILA, REPUBLIK FILIPINA, Khamis, 27 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara bagi meraikan Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina. Majlis Santap Negara diadakan di Malacañan Palace dan dihoskan oleh Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte. Keberangkatan tiba Kebawah DYMM di Istana Malacañan, dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Presiden Republik Filipina. Majlis Santap Negara dimulakan dengan ucapan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Filipina, dengan mengalu-alukan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Republik Filipina.
[Show full text]