Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

NEGERI PULAU PINANG

PENYATA RASMI

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS

7 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)

Dikeluarkan oleh

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

1

LAPORAN PERSIDANGAN

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS

7 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)

Kandungan Muka Surat

KEHADIRAN AHLI-AHLI YANG BERHORMAT 4 - 6

SOALAN-SOALAN LISAN

Soalan Lisan No. 44 – Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. 7 Mustafa kamal Bin Ahmad)

Soalan Lisan No. 46 – Ahli Kawasan (YB. Dato’ 10 Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor)

Soalan Lisan No. 47 – Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly 12 Bin Md. Lazim)

Soalan Lisan No. 48 – Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. 14 Nor Hafizah Binti Othman)

Soalan Lisan No. 49 – Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena 17 Binti Abdul Rashid)

Soalan Lisan No. 50 – Ahli Kawasan (YB. Gooi Hsiao- 19 Leung)

Soalan Lisan No. 51 – Ahli Kawasan (YB. Azrul 20 Mahathir Bin Aziz)

Soalan Lisan No. 52 – Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong 22 Khan Lee)

Soalan Lisan No. 53 – Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah 26 Teong)

Soalan Lisan No. 54 – Ahli Kawasan (YB. Joseph Ng Soon 29 Siang)

PENGUMUMAN MELANJUTKAN MASA PERSIDANGAN OLEH 32 YAB. KETUA MENTERI DI BAWAH PERATURAN 6A(1)

2

Kandungan Muka Surat

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2020 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2020 Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal 33 Singh) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

Ahli Kawasan (YB. Yeoh Soon Hin) mengambil 58 bahagian dalam sesi penggulungan.

DEWAN DITANGGUHKAN

DEWAN DISAMBUNG SEMULA Ahli Kawasan (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji 72 Hussain) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari) mengambil 88 bahagian dalam sesi penggulungan.

DEWAN DITANGGUHKAN

DEWAN DISAMBUNG SEMULA Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh) mengambil 116 bahagian dalam sesi penggulungan.

Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng) mengambil 157 bahagian dalam sesi penggulungan.

DEWAN DITANGGUHKAN

3

LAPORAN PERSIDANGAN

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS

Tarikh : 7 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Dewan Persidangan, Dewan Sri Pinang Jalan Tun Syed Sheh Barakbah Pulau Pinang.

HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan 1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota 3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Timbalan Ketua Menteri I / Abd. Rahman 4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / 5. YB. Chong Eng Padang Lalang 6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 8. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga 9. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung 10. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 11. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal 12. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai Bakap 13. YB. Teh Lai Heng KOMTAR 14. YB. Lim Siew Khim 15. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin 16. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk 17. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang 18. YB. Satees A/L Muniandy

4

Bil. Nama Ahli Kawasan 19. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas 20. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil 21. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga 22. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah 23. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima 24. YB. Lee Chun Kit 25. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang 26. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam 27. YB. Kumaresan A/L Aramugam 28. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar 29. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam 30. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong 31. YB. Goh Choon Aik 32. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota 33. YB. Heng Lee Lee Berapit 34 YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh 35. YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua 36. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan 37. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga

TIDAK HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dr. Afif Bin Bahardin

2. YB. Lim Guan Eng Air Putih 3. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak 4. YB. H'ng Mooi Lye Jawi

5

AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG.

HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri

2. YB. Dato’ Norazmi Bin Mohd. Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri 3. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri

TURUT HADIR

Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri

6

Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi.

Setiausaha Dewan:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa.

Timbalan Setiausaha Dewan:

Bacaan Doa.

Setiausaha Dewan:

Soalan Lisan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bersidang semula. Sekarang kita masih berada dalam sesi soalan lisan. Maka saya ingin pesilakan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad):

Dato’ Yang di-Pertua soalan saya nombor 44.

No. 44. Apakah langkah-langkah yang telah diambil MMK Pembangunan Usahawan dalam membimbing usahawan Pulau Pinang menguasai ilmu dan kemahiran baru di era digital masa kini?

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera bagi menjawab soalan lisan daripada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Di era ekonomi dunia sekarang ini yang bergerak laju ke arah digitalization, keruntuhan banyak syarikat perniagaan juga adalah disebabkan mereka lambat dan gagal memanfaatkan teknologi digital ini. Fenomena ini juga memberi kesan kepada industri kecil dan sederhana dunia dan juga tidak terkecuali di mana business model....(dengan izin) dah berubah, gaya hidup dan cara hidup juga berubah akibat arus digital ekonomi yang melanda dunia sekarang ini.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan inisiatif Vision 2030 menjadikan Pulau Pinang negeri pintar telah pun menubuhkan Digital Corporation, untuk memacu rakyat bersama menerokai dan menguasai ilmu ekonomi digital ini. Kita berbesar hati Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah memperuntukkan RM2.1 juta untuk Digital Penang Corporation ini. Belanjawan ini juga memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta untuk pejawat awam untuk mengikuti kursus-kursus sekurang-kurangnya 5 hari. Oleh itu kita harap RM1.2 juta ini digunakan juga untuk menguasai ilmu digital ini.

Pada tahun hadapan juga, Kerajaan Negeri pada September 2020 akan menjadi tuan rumah World Congress Information Technology 2020 (WCIT) yang akan menjadikan Pulau Pinang tumpuan dunia bagi mengikuti perkembangan teknologi ekonomi digital. WCIT adalah salah satu acara ICT 7

Information Communications Technology...(dengan izin) terbesar dunia dan berprestij yang akan melakar masa depan dunia digital.

Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Jawatankuasa MMK Pembangunan Usahawan dalam membimbing usahawan Pulau Pinang menguasai ilmu dan kemahiran baru di era digital ini, adalah seperti berikut. Melaksanakan program kursus-kursus penguasaan pemasaran digital dan latihan berkaitan teknologi digital itu termasuklah Industri 4.0 dan e-commerce. Selain itu, program mentorship, pitching session dan accelerator juga dilaksanakan.

Antara program yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 adalah seperti berikut. Program BizFrancais pada Julai 2019, Program MyPerintis-BizRez pada 5 Ogos 2019, De Tech Conference 2019 pada 1 hingga 2 Oktober dan kursus-kursus yang khas pemasaran digital yang dijalankan dengan kerjasama PDC, SME Corp, MDEC, Mahir Digital Google and GorgeousGeeks ialah seperti berikut, Penang Netpreneur Siri 1 pada 21 hingga 22 Ogos, Penang Netpreneur Siri 2 pada 24 September 2019, Go Penang Digital ini bersama MDEC E-Usahawan Siri 1 pada 28 September 2019, Go Penang Digital Siri 2 pada 12 Oktober, juga tentang pengenalan kepada Industri 4.0 kita adakan baru-baru ini pada 21 Oktober Unlocking Blockchain, Blockchain and The Industry 4.0. Seterusnya program prasarana untuk usahawan teknologi yang ini telah dijalankan sejak 2015 apa yang disebut sebagai @CAT di Wisma Yeap Chor Ee. Ini untuk menggalakkan dan memberi ruang co-working space dan program accelerator untuk anak muda di bahagian teknologi.

Kerajaan Negeri juga telah melancarkan Penang4.0 Seed Fund dengan nilai USD1 juta untuk pembangunan projek-projek start-up yang berpotensi khasnya yang terlibat dalam industri digital. Setakat ini sejumlah RM3.02 juta seed fund telah dianugerahkan kepada 27 usahawan tempatan dan seterusnya baru-baru ini pada 17 Oktober Kerajaan Negeri telah menandatangani MoU dengan Syarikat Fusionex International dan Syarikat Fusionex menawarkan khidmat data teknologi khususnya Analytic Big Data, IR 4.0, machine learning dan Artificial Intelligence (AI) untuk mewujudkan platform logistic pintar dan pemudah cara dengan pintar smart trading facilities yang akan membolehkan perniagaan khususnya exsporters memanfaatkan pertumbuhan pesat ekonomi digital serta perdagangan cross border...(dengan izin) rentas sempadan, khususnya para usahawan pengeksport dan pengimport.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Soalan, tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

8

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua terima kasih jawapan yang diberikan tadi oleh Yang Berhormat Batu Maung dan sememangnya apabila kita sebut tentang isu keusahawanan ini khususnya di dalam era digital ini. Kita boleh nampak ada banyak platform yang kini digunakan oleh rakyat kita untuk menjalankan aktiviti keusahawanan. Sebagai contoh, kini kita mempunyai platform melalui sosial media seperti Facebook, weChat untuk menjual barang atau pun menjalankan aktiviti-aktiviti perdagangan di mana sekarang ikan pun boleh dibeli melalui Facebook.

Jadi soalan saya khususnya tentang keselamatan cyber ini di mana seringkali kita boleh nampak terdapat kes-kes yang ditular di sosial media di mana terdapat pembeli yang telah membayar atau pun mendepositkan wang bayaran untuk sesebuah barang tetapi barang tu tidak dapat dikirimkan pula. Banyak kes- kes penipuan juga kita boleh nampak ditular di sosial media. Jadi saya ingin dapatkan pandangan Yang Berhormat Batu Maung apakah langkah-langkah khususnya berkenaan dengan keselamatan atau pun (dengan izin)....cyber security ini yang boleh diperkenalkan untuk kita memperkukuhkan lagi aktiviti keusahawanan khususnya di era digital ini.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Terima kasih Pengkalan Kota, pemantauan cyber security ini dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Pulau Pinang memanglah antara negeri yang di mana scam melalui platform online ini of concern....(dengan izin) sebab agak tinggi di sini. Itulah saya sebutkan tadi sungguh pun kita di era digital ekonomi ini perkara cyber security ini adalah satu yang of concern yang kita harap semua pengguna users terus mengikuti ilmu dalam memasarkan barangan mereka itu menguasai ilmu digital ini.

Kerana apa dalam, dalam apa juga bentuk pun akan ada mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk menceroboh menggunakan kesempatan e-digital ini untuk meraih keuntungan dengan mengambil kesempatan ini jadi program- program cyber security akan kita teruskan secara berkala untuk memberi pendidikan kepada semua pengguna supaya berwaspada tentang percubaan pencerobohan laman-laman web atau pun platform-platform yang digunakan oleh usahawan.

Setakat ini platform pasaran digital yang kita bekerjasama ialah Shopee, Lazada, eBay, PGmall yang tempatan PGmall, Lelong dan juga yang terbaru di Pulau Pinang kita ada Asean Trade Products Centre untuk pengeksport- pengeksport memasarkan barangan mereka.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Satu lagi, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Dato’ Batu Maung sememangnya

9 daripada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Batu Maung ini kita yakinlah sememangnya terdapat usaha untuk memperkukuhkan lagi cyber security ini.

Jadi saya mungkin ingin tanya sama ada Kerajaan Negeri bercadang untuk mengeluarkan satu pensijilan atau pun certification programme (dengan izinnya) untuk memberi pengiktirafan kepada platform-platform khususnya platform online ini agar kita boleh memberikan satu pengiktirafan. Inilah platform yang dikenali oleh pihak Kerajaan Negeri dan inilah platform yang para pengguna boleh selamat menjalankan aktiviti-aktiviti perdagangan. Mungkin saya boleh minta jawapan dari YB. Batu Maung.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Terima kasih Pengkalan Kota sekali lagi. Pemantauan cyber-security dan certification ialah di bawah MCMC Kementerian MCMC dan agensi berkenaan ialah MDEC, Malaysian Digital Economy Corporation. Cadangan ini kita akan bawa kepada MDEC dan MCMC. Setakat ini yang kita tahu yang pasaran sekarang ini banyak sudah ada seperti yang saya sebutkan tadi Lazada, eBay, Shopee, Google, Amazon tetapi dari segi certification pengikhtirafan itu kita akan rujuk kepada MDEC dan MCMC, terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih, saya nak terus...(gangguan).

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Saya nak celah sikit, saya mau bantu saya punya kawan saya ini. Soalan ini tentang pengikhtirafan, saya rasa kita tak perlulah begitu ghairah bahawa mesti dapat pengikhtirafan daripada kerajaan atau pun badan-badan yang bukan kerajaan tetapi rasa dalam isu kepakaran dan sebagainya syarikat masing-masing bagi sijil dan sebagainya. Maka pasaran akan menentukan sama ada sijil ini boleh diterima atau tak diterima tak payahlah kita rujuk kepada pendaftaran dan sebagainya zaman ini lain jangan ikut formula yang lama.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Perai. Soalan seterusnya 45 dari Pantai Jerejak. Pantai Jerejak tak ada jadi soalan dilangkau soalan yang 46 saya persilakan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhammad Yusoff Bin Mohd Noor):

Soalan saya soalan 46.

No. 46. Adakah kes dilaporkan berhubung penyebaran fahaman bukan Islam kepada orang Islam di Pulau Pinang. Jelaskan.

(a) Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengambil tindakan berkaitan isu ini atau pun tiada tindakan boleh diambil?

10

(b) Adakah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) atau Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mempunyai cadangan untuk menggubal undang-undang enakmen ini?

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Assalamualaikum warahmatullah, Yang di-Pertua Dewan bagi menjawab soalan daripada Ahli Kawasan Sungai Dua yang bertanyakan berhubung penyebaran fahaman bukan Islam kepada orang Islam di Pulau Pinang. Saya ingin menyatakan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap aduan dan maklumat risikan yang disalurkan ke jabatan tersebut yang berhubung dengan penyebaran fahaman bukan Islam kepada orang-orang Islam di Pulau Pinang ini.

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dan pemantauan terhadap aduan-aduan penyebaran fahaman bukan Islam kepada orang Islam. Ini merujuk kepada Seksyen 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang Tahun 1996 yang menyatakan di bawah tajuk mengembangkan doktrin agama dan sebagainya mana-mana orang samada dia beragama Islam atau tidak yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan satu kesalahan yang boleh dbicarakan di Mahkamah Sivil. Dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3000 ataupun dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya.

Memandangkan seksyen tersebut meletakkan kesalahan ini perlu dibicarakan di Mahkamah Sivil maka tindakan penguatkuasaan dilaksanakan oleh pihak PDRM. Dan bagi soalan yang seterusnya pihak Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyarankan supaya keseragaman dibuat bagi semua enakmen yang berkaitan dengan agama Islam untuk digunapakai di tiap-tiap negeri di Malaysia. Di Pulau Pinang ada jawatankuasa penyelarasan yang sedang melihat enakmen-enakmen ataupun peraturan-peraturan yang digunapakai di Pulau Pinang yang memerlukan tertakluk kepada penyelarasan ini. Masih lagi di dalam penelitian kitalah.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih. Sedikit soalan tambahan tentang isu ini. Kita melihat mendengar tadi bahawa tindakan yang diambil adalah oleh pihak PDRM maknanya pihak jabatan agama tidak ada bersama dalam penangkapan dan diserahkan kepada PDRM. Jadi kadang-kadang bila kita serah kepada PDRM, PDRM mungkin ada lagi banyak kes lain yang perlu diselesaikan dan priority mungkin kepada kes lain. Kes-kes jenayah dan sebagainya. Dia perkara ni kena diambil tindakan oleh pihak Jabatan Agama Islam sebab penguatkuasaan Jabatan Agama Islam baru nampak keberkesanan dan sebagainya. Jadi kalau boleh tolong senaraikan kes- kes yang telah dijatuhkan hukuman kalau ada maklumat daripada tempoh mungkin lima (5) tahun ke belakang. Apa kes-kes yang telah diambil tindakan berkaitan dengan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Ada dak kes-kes yang telah diambil tindakan. Tolong senaraikan. 11

Kedua, saya buat soalan lagi sekali mengapa sejak 30 tahun enakmen kawalan dan sekatan ini tidak dibuat sedangkan negeri lain telah laksanakan. Jawapan yang diberi dalam penelitian. Kalau boleh dalam penelitian ni secara serius kita nak dibuat secara serius seberapa segera mungkin dalam Sidang DUN akan datang kita bincangkan untuk kita persetujui tentang perkara yang berkaitan. Dan setuju atau tidak Pinang Tunggal bahawa dengan melaksanakan enakmen ini dia akan memberi kebaikan dan juga selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Sungai Dua. Pertamanya, kita tidak ada maklumat tentang kes-kes yang telah pun dibuat pendakwaan oleh PDRM berhubung dengan aduan-aduan yang telah dilaporkan. Namun kita percaya bahawa kalau aduan yang berlaku pada lima tahun lepas jumlahnya tersangat kecil. Mungkin kurang daripada sepuluh kot mungkin lima dan bukanlah merupakan usaha bukan usaha-usaha ke arah itu kadang-kadang kita nampak seperti kes-kes kenakalan sahaja. Jadi kita tidak menganggap satu benda yang terdesak. Jadi effort ataupun usaha untuk menyelaraskan enakmen ataupun peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Pulau Pinang ini seperti mana yang disarankan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Dan juga Majlis Raja-Raja sedang dilaksanakan oleh jawatankuasa penyelarasan yang ditubuhkan di peringkat negeri. Ada beberapa lagi yang lebih enakmen-enakmen yang lebih terdesak kan pada pandangan kita perlu kita dahulukan. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sudah tiga (3) soalan habis oleh ketua pembangkang. Ingin saya persilakan Telok Bahang untuk soalan seterusnya.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim):

Soalan saya yang soalan 47.

No. 47. Hijau di .

(a) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kawasan hijau di Balik Pulau?

(b) Elemen hijau ini di dalam Visi Penang2030?

(c) Jalan Kuala Pulau Bentong ke Kuala Sungai Pinang (bakau). Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan tiada pembangunan di kawasan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

Selamat pagi Dato Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan dari Yang Berhomat Telok Bahang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berlandaskan matlamat Penang2030 berhasrat untuk menjadikan negeri ini sebagai A Family Focused, Green and Smart State That Inspires the Nation. Sehubungan itu pelbagai langkah telah dan akan dilaksanakan dalam memastikan negeri kita mengekalkan kawasan hijau secara holistik termasuk di kawasan Balik Pulau. Langkah-langkah yang 12 telah dan akan dilaksanakan untuk mengekalkan kawasan hijau di Balik Pulau adalah seperti berikut.

Mengekalkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada perwartaan keluar kawasan hutan simpanan kekal untuk aktiviti pembangunan. Mengenalpasti kawasan hutan bakau dan hutan nipah dalam tanah kerajaan dan tanah milik agensi kerajaan di Balik Pulau yang bersesuaian untuk diwartakan sebagai hutan simpanan kekal di bawah Akta Perhutanan Negara Tahun 1984.

Melaksanakan program penanaman pokok di kawasan lapang tanah kerajaan dan juga termasuk kawasan bukit di dalam hutan simpanan kekal. Mempergiatkan program menanam pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di persisiran pantai sebagai penahan hakisan serta menahan impak tsunami. Memperluaskan program penanaman pokok dan pengindahan landskap di kawasan kawasan yang sesuai di Balik Pulau. Sebagai makluman kepada Yang Berhormat dan dewan yang mulia, sejak tahun 2008 sehingga kini tiada pewartaan dilakukan untuk mengeluarkan kawasan hutan simpanan kekal oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi aktiviti pembangunan.

Malah kawasan hutan simpan seluas 1182 hektar telah diwartakan sebagai Taman Negara Pulau Pinang di bawah Akta Taman Negara pada 10 April 2003. Menyedari bahawa Balik Pulau mempunyai perairan yang didominasi oleh kawasan berhutan jenis paya laut, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Teknikal Khas sedang memperinci kawasan berhutan paya laut di Balik Pulau yang berpotensi untuk diwartakan sebagai hutan simpan kekal. Seluas lebih kurang 450 hektar telah dikenal pasti iaitu dari Tanjung Kemburu Sungai Pinang, Sungai Rusa sehingga ke Pulau Betong. Jawatankuasa Teknikal ini sedang dalam perincian akhir agar cadangan pewartaan hutan paya laut di seluruh Negeri Pulau Pinang kelak tidak melibatkan penindihan perancangan dan status guna tanah semasa seiring dengan Rancangan Struktur Negeri 2030.

Seperti mana Visi Penang2030 yang diumumkan Kerajaan Negeri sememangnya mensasarkan kemakmuran hidup sebenar dapat dinikmati rakyat dan pada masa yang sama Pulau Pinang diiktiraf sebagai negeri paling hijau di Malaysia. Demi mencapai hasrat murni ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan empat tema utama untuk memacu negeri ke wawasan yang disasarkan. Dan salah satu tema adalah mengetengahkan elemen hijau iaitu Invest in The Built Environment to Improve Resilience dan juga untuk melaksanakan climate change adaption plant. Bagi melaksanakan usaha di dalam tema ini, Kerajaan Negeri telah menggariskan beberapa inisiatif utama dan sasaran bagi climate adaption plant ini dan salah satu sasaran adalah perlaksanaan dan mensasarkan sebanyak 200,000 pokok akan ditanam dalam tempoh sepuluh tahun sehingga tahun 2030 di seluruh Negeri Pulau Pinang termasuk di kawasan Balik Pulau. Jalan Pulau Betong ke Kuala Sungai Pinang merupakan kawasan yang kaya dengan hutan paya laut. Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk memastikan sumber bio- diversity di kawasan tersebut sentiasa terpelihara. Justeru itu pembangunan yang dibenarkan di kawasan tersebut adalah tertakluk kepada rancangan struktur negeri yang secara dasarnya mementingkan pengekalan dan pemeliharaan kawasan sensitif alam sekitar khususnya yang melibatkan hutan paya bakau. Terima kasih.

13

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim):

Soalan tambahan. Di Balik Pulau ni ada satu projek jalan raya dari Sungai Pinang Kuala Sungai Pinang ke Pulau Betong yang melalui bakau. Jalan raya ni telah dibina di atas tanah. Jadi dia memberi akses kepada orang ramai lalu di situ dan memberi peluang untuk berlakunya pencerobohan bakau dan tanah bendang di sana. Apakah langkah kerajaan di dalam struktur jalan atau bangunan yang boleh menghalang akses orang ramai untuk keluar dari ke tepi-tepi jalan dan menceroboh jalan sebab sekarang pun sudah ada pencerobohan jalan apa ada pencerobohan di ruang kecil yang berlaku. Sekian terima kasih.

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih Yang Berhormat Telok Bahang. Sememangnya jalan baru yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar, jajarannya adalah di atas jalan ban yang sedia ada. Jadi sebenarnya ia berdekatan dengan kawasan paya bakau ini dan sememangnya sebelum projek ini pun seperti mana Yang Berhormat nyatakan akses ke pantai adalah senang melalui jalan tanah yang sedia ada. Dan dengan binanya projek jalan baru maka isu-isu kemungkinan pun wujud. Jadi kita harap pihak yang melaksanakan projek mungkin Pejabat Daerah Barat Daya dapat melihat bagaimana dengan wujudnya jalan baru ini akses-akses ke hutan bakau ini atau hutan paya laut ini dapat dikawal. Mungkin ada akses- akses tertentu sahaja yang membolehkan rakyat tempatan akses pantai untuk kegiatan memancing ikan atau riadah dan sebagainya. Jadi pemantauan rapi perlu diadakan bukan sahaja oleh pejabat daerah tetapi saya percaya memandangkan Jabatan Perhutanan pun berniat untuk mengazetkan kawasan-kawasan ini, maka kita berharap agensi yang terlibat memberi perhatian kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Bahang.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Permatang Berangan. Sila.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 48.

No. 48. Statistik kemasukan pelabur dan pelancong asing.

(a) Perincikan statistik pelaburan sedia ada dengan kemasukan pelabur baru selepas Mei 2018. Berapakah jumlah kilang/syarikat pelabur yang menghentikan operasi dan berapakah kerugian akibat penutupannya?

(b) Berapakah statistik terkini kemasukan pelancong asing dan bandingkan hasil yang diperolehi dari sektor tersebut dalam tempoh dua tahun?

14

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Terima Kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Permatang Berangan yang bertanyakan tentang statistik kemasukan pelabur dan pelancong asing. Berdasarkan kepada data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tempoh Julai hingga Disember 2018 statistik pelaburan baharu asing dan pelaburan semula asing masing-masing berjumlah RM557.2 juta dan RM2,420 juta. Bagi tempoh sama, pelaburan baharu tempatan dan pelaburan semula tempatan masing-masing berjumlah RM617 juta dan RM202 juta. Keseluruhan jumlah pelaburan baharu dan pelaburan semula bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM3,796.6 bilion. Manakala bagi tempoh Januari hingga Jun 2019 pula pelaburan baharu asing dan pelaburan semula asing masing-masing berjumlah RM1,806.1 bilion.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang Berhormat. RM1,806 juta.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

RM1,806 juta. Sama lah. Dan RM6,901.8 juta bagi tempoh yang sama. Bagi tempoh yang sama pelaburan baharu tempatan dan pelaburan semula tempatan masing-masing berjumlah RM179 juta dan RM327.5 juta. Keseluruhan jumlah pelaburan baharu dan pelaburan semula bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM9,214.4 juta.

Berdasarkan rekod investPenang tiada kilang/syarikat yang menghentikan operasi atau berpindah keluar daripada Pulau Pinang dari Mei 2018 hingga sekarang. Namun dalam tahun 2019 terdapat satu kilang/syarikat yang melaksanakan pemberhentian pekerja secara voluntary separation scheme (VSS) iaitu kilang/syarikat Osram Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn. Bhd. (OSRAM). Pelaksanaan VSS ini melibatkan kurang daripadaa 50 orang pekerja atau 1% daripada bilangan pekerja OSRAM di Pulau Pinang dan Kulim.

Selain itu, terdapat satu kilang/syarikat iaitu Renesas Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd yang membuat penutupan sementara operasi selama tempoh dari 1 April hingga 30 September 2019. Berdasarkan kepada data Jabatan Imigresen itu adalah untuk industri. Saya kira significant Mei 2018 ini adalah tarikh bermulanya Kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan juga di Malaysia ya. Berkenaan dengan statistik kemasukan pelancong asing pulak berdasarkan kepada data dari Jabatan Imigresen Malaysia. Statistik kemasukan pelancong asing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada tahun 2017 adalah seramai 600,537 orang dan pada tahun 2018 pula seramai 570,499 orang.

Manakala jumlah kemasukan pelancong bagi tahun 2019 daripada Januari hingga September adalah seramai 557,800 orang. Hasil yang diperolehi dari sektor pelancongan tidak direkodkan secara khusus, namun berdasarkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Pulau Pinang sub-sektor paling hampir yang boleh menjelaskan hasil daripada sektor pelancongan adalah melalui sektor berasaskan perkhidmatan, services. Berdasarkan sumber Jabatan Perangkaan Malaysia sumbangan sub-sektor ini kepada KDNK Negeri Pulau Pinang pada tahun 2017 adalah sebanyak RM43,430 juta manakala pada tahun 2018

15 menyumbang sebanyak RM46,115 juta. Data KDNK Pulau Pinang bagi tahun 2019 masih belum dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Sekian.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal. Saya ada dua (2) soalan tambahan. Yang pertama apakah perancangan dan usaha Kerajaan Negeri untuk menambah kemasukan pelabur dan pelancong asing sebagai langkah meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang terutama sekali menggantikan kilang-kilang ataupun menambah operasi kilang-kilang yang mengurangkan tenaga kerja.

Yang kedua bagaimanakah Kerajaan Negeri bertindak mengatasi kejatuhan ringgit serta krisis hubungan diplomatik dengan negara luar seperti India dan China agar usaha kemasukan pelabur dan pelancong asing tidak terhenti ke Pulau Pinang. Terima kasih.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Bagi menjawab soalan tambahan daripada Permatang Berangan. Seperti yang saya sebutkan tadi tidak ada pengurangan jumlah pekerja di industri kita. Jadi usaha kita masih seperti apa yang telah dirancangkan kita ada investPenang yang menjalankan apa nama penarikan pelabur-pelabur asing dan juga tempatan dan usaha-usaha itu kita teruskan la seperti biasa. Kalau kita tengok rekod daripada yang telah saya sebutkan tadi daripada Mei 2018 hingga sekarang memang tidak ada kesan negatif malah kita dapat lihat peningkatan yang positif daripada pelaburan asing ini. Jadi saya rasa soalan itu tidak berkaitan lah. Dan bagi soalan yang kedua tadi. Bagi sektor pelancongan ya.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Industri. Investment.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Saya tak berapa jelas.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Di India dan China, diplomatik

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Tukaran wang asing.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Bukan. Sekali lagi tak apa.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Soalan kedua bagaimanakah Kerajaan Negeri bertindak mengatasi kejatuhan ringgit dan krisis diplomatik antara negara luar. Sekian terima kasih.

16

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Kalau kita lihat kesan daripada trade war antara China dan juga US buat masa sekarang kita tidak begitu terkesan dengan apa yang telah berlaku malah kalau mengikut statistik kita, ada peningkatan dari segi apa nama investment. Daripada FDI yang kita perolehi tempoh berlakunya pergeseran trade war ini. Jadi kita sedang atau masih memerhatikan kesan-kesan yang mungkin berpanjangan namun usaha-usaha dan feedback yang kita perolehi daripada industri menunjukkan bahawa kemungkinan industri yang berpusat di negara-negara tersebut yang mengalami pergeseran trade ini memindahkan sebahagian daripada operasi mereka ke negara-negara terutamanya negara-negara Asia Tenggara dan kita telah mendapat beberapa pertanyaan daripada industri-industri tersebut. Maka kita rasa kesan positif mungkin kita akan perolehi daripada trade war yang sedang berlaku ini.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Seri Delima. Sila.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya number 49.

No.49. Sebagai hab pelancongan makanan, penjaja-penjaja makanan merupakan satu aset negeri dan point of interest untuk para pelancong, tetapi terdapat isu-isu kebersihan yang perlu ditangani.

(a) Apakah matlamat atau visi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk merejuvenasikan penjaja-penjaja di Pulau Pinang?

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima Kasih Dato’ Speaker. Dan Terima kasih pada rakan saya daripada Seri Delima. Dato’ Speaker soalan 49 ini adalah berkenaan apa langkah-langkah yang kita ambil untuk rejunasi penjaja-penjaja dia ada kaitan dengan soalan 51. I just concentrate on 49. Okey. Untuk menjawab rakan saya dari Seri Delima Dato’ Speaker. Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang dikenali sebagai hub pelancongan makanan didalam dan luar negara. Justeru itu penjaja-penjaja makanan merupakan satu aset negeri dan point of interest bagi para-para pelancong ke negeri ini. Sebagai makluman Yang Berhormat, bagi memastikan kebersihan dikawasan penjaja menjalankan perniagaan dipertingkatkan maka Kerajaan Negeri telah menetapkan satu sasaran iaitu 50% pasar awam dan kompleks makanan milik MBPP dan MBSP mesti mencapai standard kebersihan ataupun penarafan kebersihan gred A pada Mac 2020. Manakala standard kebersihan bagi premis makanan yang berlesen pula sasarannya sebanyak 70% untuk mendapat gred A dan 30% gred B juga untuk akhir tahun depan.

Sehubungan dengan itu untuk menjawab soalan berkenaan langkah yang diambil untuk rejuvenasikan penjaja-penjaja di Pulau Pinang. Kita ada perkenalkan satu (1) Skim Pinjaman Harapan Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat yang merupakan satu projek yang

17 dirancang di bawah Jawatankuasa MMK Pembangunan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang bagi memastikan sistem penyaluran modal yang mudah dan tidak membebankan kepada penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil di Pulau Pinang. Dimana matlamat antara lain (SPH) ini adalah satu (1), untuk menawarkan modal tambahan kepada penjaja dan peniaga kecil. Kedua (2), pertingkatkan taraf kehidupan mereka melalui pinjaman perniagaan. Tiga (3), mewujudkan rangkaian usahawan yang operational. Empat (4), mengalakkan budaya menabung dikalangan penjaja dan peniaga kecil. Di mana setiap bayaran mingguan akan diambil 0.25% untuk disimpan oleh tabung (SPH) ini akan dikembalikan roll over apabila peminjam sudah tamat pembayaran. Dan of course secara amnya memperkukuhkan keupayaan pengurusan peniaga kecil. Dato’ Speaker saya difahamkan setakat September 2019 ada 3,386 peminjam dibawah skim SPH ini yang telahpun dimana kita telah keluarkan satu jumlah pinjaman sebanyak RM18.05 juta. Sekian Dato’ Speaker.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):

Saya ada soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):

Okey. Terima kaish kepada Yang Berhormat Datok Keramat sebab skim tersebut memang satu insentif atau inisiatif yang memang positif tapi masalah yang sering kali kita hadapi ialah dimana Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya akan mengambil tindakan terhadap penjaja-penjaja yang tidak berlesen ataupun menjaja di tempat yang tidak dibenarkan untuk menjaja. Jadi sebagai satu langkah adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyediakan tempat menjaja yang sah supaya mereka dapat dikawal dari segi kualiti makanan dan juga kebersihan dan pada masa yang sama, astaka-astaka dan juga kompleks makanan di Pulau Pinang saya rasa memang perlu dinaiktarafkan sebagai contoh Astaka Taman Tun Saadon. Jadi untuk mencerminkan visi PulauPinang2030, boleh tak kita cari langkah yang win win solutions...(dengan izin), supaya mereka dapat menjaja dengan tidak diganggu dengan cara yang sah dan pada masa yang sama kita dapat memartabatkan lagi Pulau Pinang sebagai hub pelancongan. Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Dato’ Speaker, soalan tambahan ini sememangnya ada kaitan dengan soalan 51 tadi yang beritahu. Saya akan jawab juga. Sememangnya kita lihat I think you in Sidang DUN yang lalu, I think my friend from Sungai Dua ada tanya tentang penjaja-penjaja yang ada di tepi jalan dan sebagainya di mana tindakan penguatkuasaan diambil. Apakah bagaimana kita hendak bantu mereka. Sememangnya kita prihatin. Kita akan berikan mereka keutamaan di dalam tapak- tapak penjaja yang didirikan oleh kedua-dua PBT, mereka akan diberi keutamaan kepada tapak-tapak yang berdekatan dengan mana mereka berada dan untuk makluman Dato’ Speaker, setakat ini dari tahun 2015 di bahagian Majlis Bandaraya Pulau Pinang kita sudah pun bina sebanyak hampir 300 atau 298 jumlah gerai ataupun tapak penjaja manakala di MBSP sebanyak 299 tapak. Ini 18 adalah usaha kita dan ini akan berterusan. Kita sememangnya mengenal pasti kawasan-kawasan di mana tapak-tapak penjaja bersama dengan kebiasaannya bersama-sama dengan pasar awam umpamanya yang baru kita buka di Paya Terubong and that’s an example but we will continue to do so Dato’ Speaker, di kedua-dua belah di sini dan di dan of course soalan yang kedua iaitu apakah usaha kita untuk menaik-taraf astaka-astaka yang mempunyai tapak- tapak penjaja sebegini seperti yang dimaklum oleh Yang Berhormat Seri Delima, di dalam kawasan beliau. Sememangnya secara berkala, kita ada memperuntukkan bajet untuk penaiktarafan pasar-pasar awam dan juga tapak-tapak penjaja atau pun astaka seperti ini di mana ia also secara berkala kita ada bajet untuk buat sedemikian Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan..

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang Berhormat Bukit Tengah

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung):

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan no.50

No. 50. Bilakah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Parit 4 dan 5 Seberang Perai Tengah (SPT) akan disempurnakan?

(a) Adakah projek-projek tersebut akan menyelesaikan banjir kilat, khususnya di Kampung Kebun Nenas, Kampung Dock, Kampung Tersusun, Taman Sentul Jaya, Kampung Tok Keramat, Kampung Tok Kangar, Taman Mangga, Kampung Jawad an Kampung Kebun Sireh?

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah. Untuk makluman yang berhormat, Projek Tebatan Banjir yang dilakukan untuk Parit 4 dan juga Parit 5 iaitu dua projek berasingan kini sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada Mac 2020. Projek-projek ini setelah disiapkan sepenuhnya, banjir kilat di kawasan Kampung Kebun Nenas, Kampung Dock, Kampung Tersusun, Taman Sentul Jaya, Kampung Tok Keramat, Kampung Tok Kangar, Taman Mangga, Kampung Jawa dan Kampung Kebun Sireh, sepatutnya dapat dikurangkan magnitudnya. Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung):

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga. Saya tanya soalan ini khusus kepada kawasan-kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini seperti mana tempat- tempat lain lah dan seperti Yang Berhormat daripada Machang Bubuk semalam pun kata sekarang skop kita ini seolah-olah juga menjadi dimaki oleh penduduk. 19

Kita boleh faham kekecewaan dan kesusahan yang dialami oleh penduduk- penduduk yang mengalami banjir kilat yang berkali-kali seminggu. So saya haraplah kerja-kerja RTB Parit 4 dan Parit 5 ini boleh disempurnakan sebelum musim monsun yang akan datang tahun depan.

Soalan tambahan saya, adalah berkenaan dengan apabila banjir berlaku kali ini, ada beberapa tempat dan banyak kawasan tebing-tebing sungai yang telah pun mengalami kerosakan dan juga mendapan dalam sungai-sungai yang amat dekat dengan kawasan-kawasan penduduk seperti di Taman Perwira dan kalau tidak ada tindakan diambil dan mungkin air akan kalau banjir berlaku dan air akan I mean, air akan naik dan banjir akan berlaku di kawasan taman. Soalan saya adalah apakah tindakan-tindakan yang telah pun diambil oleh JPS untuk menangani masalah hakisan dari tebing sungai dan mendapan dalam sungai ini? Terima kasih.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan Negeri sememangnya amat memahami juga seperti mana wakil-wakil rakyat akan kesusahan yang dihadapi oleh penduduk apabila berlaku banjir kilat. Maka untuk menjawab soalan Yang Berhormat mengenai isu hakisan tebing-tebing yang telah berlaku semasa banjir yang baru-baru ini. Pihak JPS telah pun mengenal-pasti lokasi-lokasi hakisan tebing yang kritikal dan tambahan pada itu juga, kerja-kerja pengorekan sungai yang perlu dilakukan secara segera akibat banjir yang berlaku dua minggu yang lepas dan permohonan peruntukan kerja-kerja kecemasan sejumlah RM5.1 juta ada termasuk juga Yang Berhormat Penanti punya tebing, telah pun dikemukan kepada Jabatan Kewangan Negeri untuk kelulusan dan bagi maklumat Yang Berhormat Bukit Tengah, empat (4) daripada projek tersebut ada dalam KADUN Bukit Tengah. Selain daripada itu, kerja pengorekan muara Sungai Juru juga akan dibuat dalam masa terdekat. Ini menelan belanja sebanyak RM1.0 juta dan ia sudah tentu akan membantu mempercepatkan aliran keluar air dan mengurangkan banjir di kawasan KADUN Yang Berhormat. Jadi, nanti dalam sesi penggulungan, saya akan ulas dengan lebih mendalam. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Yang Berhormat Bayan Lepas.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya no.51

No. 51. Berapakah jumlah gerai atau premis yang telah dibina sepanjang lima (5) tahun kebelakangan ini bagi membantu penjaja dan peniaga kecil?

(a) Sila nyatakan juga berapakah jumlah gerai peniaga yang diroboh atau dirampas melalui tindakan penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)?

20

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kepada rakan saya daripada Yang Berhormat Bayan Lepas yang juga tanya tentang jumlah gerai peniaga yang telah dibina dan juga yang telah diroboh atau diambil tindakan penguatkuasaan. Untuk jawab soalan ini Dato’ Speaker, jumlah gerai yang telah dibina dari tahun 2015 hingga tahun 2019 bagi membantu penjaja dan peniaga kecil di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah 298 buah. Manakala di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai pula adalah sebanyak 299 buah. I think the jawapan with Dato’ Speaker’s says 269 it’s an error I think it’s 299 as per the lampiran. The lampiran is correct. Perincian mengenai gerai-gerai yang telah dibina oleh MBPP dan MBSP adalah masing-masing seperti di Lampiran A dan Lampiran B yang akan dikemukakan kepada Yang Berhormat selepas ini.

Pada soalan yang kedua, jumlah gerai peniaga yang telah diroboh atau dirampas melalui tindakan penguatkuasaan oleh MBPP adalah sebanyak 1,800 buah manakala MBSP pula adalah sebanyak 528 buah. Maklumat terperinci tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh MBPP dan MBSP adalah di Lampiran C dan Lampiran D dan tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh Pejabat-pejabat Tanah dan Daerah melibatkan sebanyak 69 buah seperti di Lampiran E. Sekian Dato’ Speaker.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Soalan tambahan Dato’ Speaker. Soalan pertama saya, apabila berlaku penguatkuasaan atau perobohan gerai-gerai ataupun premis yang tidak sah ini sering dikaitkan dengan sentimen perkauman. Kedai Melayu saja yang kena, kedai bangsa lain tak kena. Bolehkah saya mendapatkan penjelasan atau pun jika ada statistik mengikut kaum, gerai-gerai yang telah dilaksanakan enforcement atau pun perobohan.

Soalan kedua saya, masa ataupun notis yang selalunya diterima oleh peniaga hanyalah dua (2) minggu jika PBT yang saya maklum termasuk jugalah daripada Pejabat Tanah. Bagi saya notis yang singkat ini, amat singkat. Jika boleh, PBT atau pun Pejabat Tanah melanjutkan notis penguatkuasaan iaitu samada dalam masa sebulan, dua bulan supaya mereka ini bersedia untuk diambil tindakan.

Soalan ketiga saya, bolehkah PBT ataupun Pejabat Tanah dan Daerah berikan maklumat operasi sebelum tindakan dibuat kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat kawasan supaya kita boleh membantu ataupun mengambil inisiatif yang sama untuk menjaga kemaslahatan peniaga-peniaga tersebut. Apa yang boleh kita bantu. Tiga soalan harap dijawab. Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Untuk soalan pertama yang dikaitkan dengan iaitu kononnya tindakan penguatkuasaan membangkit sentimen bahawasanya ia dikaitkan dengan perkauman iaitu tindakan perobohan ataupun penguatkuasaan diambil terhadap satu kaum sahaja dan bukan satu kaum yang lain. Sebenarnya saya ingin menafikan dengan setegasnya tohmahan ataupun tuduhan tersebut daripada mana-mana pihak terhadap kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan saya Dato’ Speaker, dan kalau kita lihat tadi ada ditanya oleh rakan saya dari Yang Berhormat 21

Bayan Lepas adakah statistik? Sebenarnya ada. Di dalam Lampiran C dan D yang akan diberikan kepada Yang Berhormat, tapi saya hendak elaborate because it’s a very serious allegation and what I would like to clear this once and for all. Umpamanya di Daerah Timur Laut, the biggest part on the island, tindakan yang diambil pada tahun 2019 iaitu setakat ini, 373 tindakan Dato’ Speaker, daripada itu Yang Berhormat Bayan Lepas, tindakan yang diambil terhadap kaum Melayu adalah 77, yang diambil terhadap kaum Cina ialah 101, yang diambil terhadap kaum India 20 dan lain-lain, 36. Ini satu contoh for this year Dato’ Speaker, so it is all races are actions is taken equally, we do not take actions Dato’ Speaker...(dengan izin), based on race. That is what I’m trying to say. Dengan izin, the statement or allegation made, let me put it clear. Kita tak ambil tindakan terhadap satu kaum sahaja dan kalau ada orang di situ kata “negeri ini selalu ambil tindakan terhadap Melayu”, saya bagi statistik tunjuk sebaliknya kaum Cina lebih setakat ini. Sekarang Cina pun akan marah saya. India terlalu kecil, mau lebih. So we take action based on circumstances of the case. Berdasarkan keadaan, situasi. Kalau mereka tak ikut undang-undang betul kita akan ambil tindakan kuat-kuasa, itu sahaja. Saya ingat itu perlu dijelaskan oleh Yang Berhormat Bayan Lepas dan semua rakan saya kepada umum. This is not the government that takes action based on race, number one.

Number two, berkenaan dengan notis. Saya percaya betul notis yang diberi dua (2) minggu. I think that you are correct by both the PBT’s action by the PBT or action by Pejabat Daerah dan Tanah is two (2) weeks. Of course ada permohonan daripada Yang Berhormat Bayan Lepas di mana dinyatakan kalau boleh dipertimbangkan untuk dipanjangkan tempoh tersebut, beri mereka peluang untuk buat persiapan untuk beredar daripada kawasan tersebut, mungkin ini saya boleh bangkitkan kepada kedua-dua PBT dan Pejabat Daerah untuk pertimbangan mereka. Of course itu akan entail mungkin pindaan-pindaan kepada perundangan atau pun garis panduan yang sedia wujud, undang-undang kecil dan sebagainya.

Yang ketiga ialah berkenaan supaya ADUN kawasan diberi makluman juga tentang tindakan yang bakal diambil supaya mungkin ADUN boleh bantu. Saya percaya di peringkat ini apa yang berlaku ialah kedua-dua PBT akan maklum kepada pejabat saya iaitu Pejabat Kerajaan Tempatan, Unit Kerajaan Tempatan untuk mendapat ulasan daripada saya dan saya akan semak dengan Unit Kerajaan Tempatan samada mereka boleh kaji dan pertimbangkan permohonan daripada Yang Berhormat Bayan Lepas, saya juga merupakan ADUN suatu masa dahulu dan saya boleh lihat ada bernasnya atau pun ada point la dengan apa Yang Berhormat Bayan Lepas kata so I would panjangkan kepada mereka Bayan Lepas. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Kebun Bunga.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee):

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 52.

No. 52. Memandangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memohon RM10 billion daripada Kerajaan Pusat untuk membiayai sebahagian kos Pelan Induk Pengangkutan (PSP), adakah 22

penambakan laut di perairan selatan (PSR) masih akan diteruskan?

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga dan untuk makluman Dewan yang mulia, Project Penang South Reclamation (PSR) merupakan projek Kerajaan Negeri yang dilihat sebagai projek Transformasi Ekonomi Negeri bagi 50 tahun akan datang untuk mewujudkan hab perkhidmatan dan pembuatan antarabangsa yang mantap. Berkeluasan 4,500 ekar tanah baharu setelah disiapkan, Kerajaan Negeri dapat menyediakan antara lain, rumah mampu milik berkualiti di lokasi strategik yang dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan awam seperti LRT, trem dan lebuh raya. Pelan induk komprehensif ini boleh menarik minat pelabur asing dan tempatan dan terus meningkatkan kedinamikan Pulau Pinang.

Projek PSR ini juga akan mengalihkan fokus pembangunan dari kawasan utara dan timur laut kepada bahagian selatan Pulau yang masih kurang dibangunkan. Ini dapat meningkatkan taraf hidup komuniti setempat, termasuk nelayan dan generasi muda akan datang. Melalui projek ini juga, nelayan dan keluarga mereka akan berpeluang untuk melangkaui ke arah pembangunan moden yang dapat membantu mereka menaiktaraf kehidupan dan pendapatan serta peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Bagi soalan secara spesifik, bagi peruntukan RM10 billion yang dimohon oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai kos pembinaan projek LRT Fasa 1, Kerajaan Persekutuan iaitu melalui Perdana Menteri sendiri telah memberi jawapan kepada saya dan mencadangkan agar Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah Special Purpose Vehicle milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mengeluarkan bon dengan jaminan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan terus memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi projek tersebut. Projek penambakan PSR akan tetap diteruskan demi menjamin perkembangan dan kelestarian pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang di masa hadapan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Ong Khan Lee):

Soalan tambahan. Terima kasih. Dato’ Speaker, saya terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, penjelasan yang diberikan. Soalan saya tadi yang berkenaan SPV yang diarahkan oleh Perdana Menteri untuk ditubuhkan untuk tujuan pengeluaran bon. Sama ada ini telah mendapatkan pertimbangan Kerajaan Negeri, ini satu. Kedua, kalau tidak dan juga pihak Kerajaan Pusat tidak meluluskan RM10 billion seperti yang dipohon dan saya difahamkan tadi bahawa Yang Amat Berhormat kata projek ini masih akan diteruskan. Soalan saya ialah, kedua, memandangkan masalah miskin tegar di Pulau Pinang dan juga urban poverty sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah. Adakah kita masih patut teruskan dengan projek-projek yang mega sedangkan masalah kemiskinan rakyat masih belum selesai dan ramai lagi yang

23 masih belum mampu membeli rumah mampu milik. Itu soalan saya, dua- dua. Terima kasih Dato’ Speaker.

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat mencadangkan oleh kerana sesuatu negara masih ada golongan miskin tegar, ada urban poverty, kerajaan yang bertanggungjawab atau tidak bertanggungjawab tidak perlu melaksanakan apa-apa projek untuk menangani masalah miskin tegar? Adakah ini maksud dia? Don’t do anything then there will be no poverty in the country. Are you suggesting that?

Balik kepada SPV, memang kalau Yang Berhormat sendiri pun pernah menjadi Ahli dalam Dewan ini dan mengikuti perbahasan tentang Penang Transport Master Plan dan juga projek tambakan PSR, memang apabila projek ini difikirkan dan seterusnya dilantik Project Delivery Partner untuk pelaksanaan, tujuan utama atau pendekatan utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tidak sama dengan Kerajaan Persekutuan, memang bercadang untuk membiayai projek melalui hasil daripada tambakan laut dan pulau yang ditambak itu sebagai modal pembiayaan projek. Itu sudah amat jelas. Tetapi memandangkan perubahan politik yang mewujudkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang baru yang selari dengan Kerajaan Negeri maka kita kemukakan permohonan untuk mendapat wang projek, wang untuk melaksanakan projek ini.

Tetapi kita tahu bahawa rancangan asal kita termasuk wujudnya seksyen pengangkutan pada dua tahun yang lalu adalah satu permulaan untuk menubuhkan SPV itu. Apabila SPV ditubuhkan kelak, seksyen pengangkutan di bawah BPEN hari ini akan migrate kepada SPV yang akan ditubuhkan. Jadi memandangkan Kerajaan Persekutuan tidak dapat memberi peruntukan sepertimana dipohon oleh Kerajaan Negeri kita sudah fullback kepada kaedah yang sememangnya kaedah yang kita mulakan sejak projek ini diconceptualize dan dilaksanakan.

Jadi pentingnya dalam surat berkenaan, Perdana Menteri telah menyatakan SPV Kerajaan Negeri boleh mengeluarkan bon dan Kerajaan Persekutuan akan memberi jaminan sovereignty guarantee, that is the most important. Sebab Kerajaan Negeri pada dirinya tidak dapat mengeluarkan bon, kalau boleh keluarkan bon pun, kadar interest yang dikenakan akan lebih tinggi tetapi kalau ada guarantee daripada Kerajaan Persekutuan, maka kita berjaya dan sudahpun mula perbincangan dan rundingan dengan beberapa konsortium bank yang boleh membantu kita keluarkan bon bagi membiayai projek ini.

Jadi kita amat merasa positif walaupun Kerajaan Persekutuan pada ketika ini tidak dapat memberi apa-apa peruntukan, namun pendekatan yang kita rancang dari awal akan digerakkan juga tetapi di samping itu kita pun berharap dalam RMK-12 ini yang akan dibentangkan pada tahun akan datang, 2020, maka Pusat juga akan menimbangkan, kalau tidak RM10 bilion dengan penuhnya, adakah sebahagian, beberapa bilion untuk membantu Kerajaan Negeri mengurangkan keperluan untuk menerbit bon-bon yang begitu jumlah besar itu bagi membiayai projek ini. Itulah kedudukan terkini. Sekian.

24

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Soalan tambahan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Tambahan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Saya, Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Machang Bubuk.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih, Dato’ Speaker. Saya cuma tertarik dengan Kerajaan Negeri boleh keluarkan bon. Dan just sekiranya kita boleh keluarkan bon, adakah Ketua Menteri akan mempertimbangkan supaya tambakan laut itu akan dikurangkan scale dia daripada tiga pulau, mungkin dengan adanya bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga dengan adanya bon dikeluarkan, bolehkah kita kurangkan skala pulau yang kita akan tambak itu?

YAB. Ketua Menteri:

Saya sedikit kecewa dengan soalan ini sebab sudah beberapa tahun kita bincangkan isu ini. Keluarkan bon, siapa yang akan bayar? Ini bukan bon percuma, ini bukan geran percuma, ini bukan pinjaman yang, kalau pinjaman perlu dibayar. Bon adalah satu bentuk pinjaman bank. Jadi siapa yang akan bayar, dari hari pertama kita sudah tegaskan architecture pembiayaan adalah melalui tambakan hasil pulau yang baharu itu untuk membiayai kos pelaksanaan projek LRT dan juga PIL 1 dan juga kos-kos yang terlibat dalam tambakan laut dan cipta pulau baru itu termasuk infrastruktur-infrastruktur yang akan perlu dilaksanakan dalam pulau-pulau itu supaya readiness untuk diletak dalam pasaran untuk kegunaan industri komersial, kediaman dan juga institusi.

Sebagai tuan tanah Kerajaan Negeri boleh memutuskan berapa banyak tanah itu perlu ditenderkan pada satu-satu masa tertakluk kepada pelaksanaan dan tuntutan kos pembinaan daripada pihak kontraktor. Itulah kaedah yang kita akan gunakan. Jadi soalan itu seolah-olah bon itu tidak perlu dibayar balik adalah tidak betul. Kalau geran datang dari Kerajaan Persekutuan, itulah tidak perlu dibayar. Kalau pinjaman dari Kerajaan Persekutuan pun perlu dibayar juga. Melainkan ianya dianggap sebagai satu projek yang boleh dimasukan dalam RMK-12 atau bajet setiap tahun sebagai development expenditure di bawah Kementerian Kerja Raya katakan, maka itu menjadi projek Persekutuan dan Kerajaan Negeri memang mengalu-alukan kalau keputusan sedemikian dibuat. Selain daripada itu, we are back to our planning. Melalui tambakan, hasil tanah untuk membiayai kos pelaksanaan projek-projek.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Soalan tambahan. 25

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Batu Lancang.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya 53.

No. 53. Apakah status penubuhan Pengurusan Perbadanan Stadium dan kawasan lapang Pulau Pinang?

(a) Sila nyatakan kuasa yang diberikan kepada Perbadanan di bawah Enakmen Perbadanan Stadium dan kawasan lapang.

(b) Bagaimana pula dengan Lembaga Pengarah Stadium dan kawasan lapang? Sila senaraikan keanggotaannya.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya jawapan soalan ke-53. Enakmen Perbadanan Pengurusan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang 2017 telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke-13 pada 25 Mei 2017 dan diwartakan pada 28 September 2017 semasa saya sebagai ADUN Kawasan Jawi.

Enakmen ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk memperbadankan stadium dan taman rekreasi di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif yang akan bermula tugas mulai 2 Januari tahun 2020 bagi menganggotai Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang. Ketua Pegawai Eksekutif ini akan bertanggungjawab untuk pelantikan pegawai-pegawai lain bagi membolehkan perbadanan ini beroperasi. Kuasa yang diperuntukkan di bawah enakmen adalah seperti berikut:

(i) Melaksanakan dasar dan program bagi menjamin daya maju stadium dan kawasan lapang;

(ii) Menggalakkan dan mempromosikan penggunaan stadium dan kawasan lapang oleh mana-mana orang, sama ada tempatan atau asing, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Perbadanan;

(iii) Memajukan dan menambah baik stadium;

(iv) Menyediakan dan melengkapkan stadium dengan loji, jentera, kelengkapan dan perkakasan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan;

(v) Mempromosikan stadium di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sebagai satu tempat serbaguna untuk acara-acara yang berpatutan;

26

(vi) Membangun dan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bersifat komersial yang melengkapi stadium, termasuklah kemudahan penginapan

(vii) Menyediakan perkhidmatan teknikal, nasihat, rundingan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan stadium, sukan dan rekreasi;

(viii) Memajukan sistem dan proses yang akan menjadikan stadium mudah, mampu dan menarik kepada orang awam; dan akhir sekali

(ix) Menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang telah jelas dinyatakan di dalam enakmen. Walaupun Kerajaan Negeri masih di peringkat pertimbangan bagi nama-nama mereka yang tidak dinyatakan dalam enakmen berdasarkan Enakmen Perbadanan Ahli Lembaga Perbadanan adalah seperti berikut dan ada juga ADUN-ADUN, wakil rakyat yang baru, saya huraikan sekali ahli-ahli yang sepatutnya ada dalam Ahli Lembaga Perbadanan.

(i) Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai Pengerusi.

(ii) Dua orang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri di kalangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu:

• Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I

• Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II

(iii) Dua orang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri iaitu:

• Pengerusi Jawatankuasa MMK Belia & Sukan; dan juga

• Pengerusi Jawatankuasa MMK Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancang Negeri

(iv) YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

(v) YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang

(vi) YB. Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang

(vii) Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

(viii) Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Hari ini Datuk Bandar Majlis Bandaraya ada. Sebenarnya semalam ada tapi duduk di belakang pegawai mereka. So kerusi kosong, saya ambil kesempatan ini untuk tarik balik semalam punya, memperbetulkan verbatim itu. Lain kali saya minta kalau ada pegawai sila duduk di tempat yang lebih dekat supaya dengar lebih jelas apakah pandangan-pandangan, ucapan oleh ADUN. 27

(ix) Tiga orang wakil Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh menteri:

• Wakil Kementerian Belia dan Sukan

• Wakil Kementerian Kewangan; dan

• Wakil Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

(x) Sembilan orang yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri:

• Wakil Persatuan Badminton Negeri Pulau Pinang

• Wakil Persatuan Hoki Negeri Pulau Pinang

• Wakil Persatuan Bola Keranjang Negeri pulau Pinang

• Wakil Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang

• Wakil Persatuan Ping Pong Negeri Pulau Pinang; dan

• Empat orang individu lain yang dilantik oleh Kerajaan Negeri

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dua soalan tambahan dari saya. Saya hendak mengetahui berapa peruntukan yang akan disalurkan kepada Perbadanan Stadium bagi tahun 2020? Soalan yang kedua, adakah kesemua stadium dan kompleks sukan yang sedia ada akan diambil alih oleh Perbadanan Stadium ini?

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Saya menjawab soalan tambahan daripada Batu Lancang. Saya rasa semua ADUN pun ingin tahu berapakah peruntukan yang disalurkan. Peruntukan bukan RM10.05 juta tetapi peruntukannya RM6.3 juta sebagai satu peruntukan permulaan pada tahun 2020. Dan kita harap kita dapat menggunakan peruntukan yang RM6.3 juta ini untuk membaiki dan juga ada-ada program yang boleh dilancarkan kita juga boleh menggunakan peruntukan tersebut. Dan soalan tambahan yang kedua, soalan tambahan kedua…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Adakah semua stadium…?

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Buat sementara waktu memang kita masih tunggu Ketua Pegawai Eksekutif kita bermula kerja pada 2 Januari 2020 dan kita akan bincang stadium atau kawasan lapang yang mana kita ambil. Tapi pandangan saya, saya rasa kita akan mengambil bukan semua stadium, mungkin Stadium , itu Stadium Negeri Pulau Pinang dan mungkin City Stadium, di kawasan MBPP dan juga mungkin stadium-stadium lain yang kita akan ambil untuk mengurus. Dan kita harap dengan adanya Perbadanan Stadium kita boleh mempromosikan lagi kegunaan stadium tersebut. 28

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan juga pihak Bagan Jermal, cuma saya nak bangkitkan satu soalan, satu persoalan iaitu berkaitan dengan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang. Adakah sebarang perancangan pembangunan kawasan lapang, stadium tu okeylah untuk stadium cuma kawasan lapang ini, di taman-taman dan sebagainya. Maknanya semua kawasan lapang di taman perumahan dan lain-lain di bawah Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang. Adakah pembangunan ini, perancangan pembangunan ini akan mengambil kira pandangan dan juga cadangan daripada persatuan penduduk dan sebagainya, persatuan penduduk dan juga komuniti di taman berkaitan, berkaitan dengan pembangunan kawasan lapang. Kerana pihak komuniti juga mempunyai perancangan-perancangan, kalau diserahkan terus kepada Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang, maka ini akan mungkin tak sealiran, selari dengan keperluan penduduk di kawasan taman dan juga komuniti yang berkaitan. Terima kasih.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Soalan yang bagus tapi saya kena memperbetulkan dan memberi jawapan penjelasan terhadap ADUN Sungai Dua. Perbadanan Stadium Board ini tidak akan ambil kawasan-kawasan lapang ataupun playground yang di setiap kawasan perumahan dan Stadium Board ini menjaga stadium dan juga kawasan lapang, perkataan “kawasan lapang” ini, is a green park, contoh satu projek yang pertama yang akan diamalkan dan dijalankan oleh Perbadanan Stadium ialah Lot 552, Lebuh Sungai Pinang 7. Di mana the first green park yang kita akan buat di kawasan Lebuh Sungai Pinang 7. Dan contoh seperti Botanical Garden dan Youth Park, tidak akan diambil oleh Perbadanan Stadium termasuk setiap kawasan lapang di kawasan perumahan. Saya setuju di setiap kawasan perumahan kena diselenggara dan juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti dalam ucapan saya semalam, masa penggulungan, saya telah terangkan Kerajaan Negeri akan melalui kedua-dua PBT, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk melengkapi dengan equipment outdoor gym dan juga jogging track, this is the basic dan lampu kalau kawasan lapang ada jogging track tapi tanpa lampu, saya rasa kurang sambutan daripada kegunaannya. Dan inilah saya harapkan Kerajaan Negeri dapat melalui kedua PBT untuk sekali lagi menaiktarafkan dan jadikan tempat yang lebih selesa supaya rakyat cergas, negara sihat.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Bagan Jermal. Saya jemput Air Itam.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang):

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 54.

No. 54. Apakah langkah yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah isu pengiktirafan bagi sesuatu konsert atau sukan?

(a) Masalah penyalahgunaan logo Negeri Pulau Pinang sering berlaku. Adakah penganjur konsert/sukan mencetak logo 29

Negeri Pulau Pinang untuk bahan promosi tanpa permohonan pengiktirafan. Apabila sesuatu berlaku, ia akan menjejaskan reputasi negeri kita.

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Air Itam dan juga untuk makluman Dewan yang mulia. Penggunaan Jata Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan. Justifikasi perundangan yang digunakan, yang digunapakai ialah State of Penang Emblems and Names (Prevention of Improper Use) Enactment (1961), iaitu suatu enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1961. Berdasarkan perkara di atas, tindakan dari segi perundangan boleh diambil atas mana-mana pihak sekiranya didapati menggunakan Jata Negeri Pulau Pinang tanpa kebenaran atau kelulusan. Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih mengambil pendekatan secara berhemah dengan memberi nasihat kepada pihak yang memohon pandangan atau mencadangkan menggunakan Jata Negeri Pulau Pinang agar mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan sebelum ianya diluluskan atau sebaliknya. Sekiranya terdapat sebarang cadangan bagi tujuan penguatkuasaan di masa depan, perkara ini perlu diperhalusi dan dilaksanakan berlandaskan peraturan-peraturan atau undang-undang berkaitan dan enakmen yang sedia ada. Sekian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang):

Dato’ Speaker, soalan tambahan. Yang Amat Berhormat Padang Kota, soalan tambahan saya, lambang jata negeri bukan sahaja digunakan untuk konsert atau aktiviti sukan. Malah kita boleh nampak banyak plat-plat kereta juga mempunyai jata negeri. Apakah tindakan atau pandangan Kerajaan Negeri terhadap isu ini? Terima kasih.

YAB. Ketua Menteri:

Pameran lambang jata negeri oleh pihak yang tidak mendapat kelulusan memang boleh ditakrifkan sebagai satu kesalahan di bawah Enakmen Negeri Pulau Pinang iaitu Emblems and Names (Prevention of Improper Use) Enactment. Jadi bagi perkara ini kita selalu memberi nasihat bahawa penggunaan jata lambang negeri perlu mendapat kelulusan. Dan kelulusan itu bukan susah diperolehi cuma pohon kepada Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya ada justifikasi yang baik, kita tidak halang penggunaan jata ini untuk program-program kemasyarakatan, sukan anjuran persatuan pertubuhan dan sebagainya. Namun syarikat persendirian swasta kalau ada program-program, penajaan program-program tertentu, ianya boleh pertimbangkan. Bukan susah, saya percaya pun tak ada apa-apa fee yang dikenakan.

30

Jadi berhubung dengan lambang menggunakan jata negeri dipamerkan atas kenderaan-kenderaan mungkin ini tertakluk kepada penguatkuasaan oleh JPJ yang saya percaya diambil tindakan dari semasa ke semasa.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Terima kasih. Perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan penggunaan logo jata negeri dan sebagainya. Cuma saya melihat bahawa dalam perasmian Muzium Asia baru-baru ini, dua minggu lepas, tiga minggu lepas, ada dimasukkan sama ada logo ataupun PYDC yang mempunyai kaitan dengan Kerajaan Negeri dan saya nak soalkan di sini, adakah penglibatan Kerajaan Negeri dalam perasmian muzium ini, Muzium Asia, Comic Asia ini dan juga pandangan YB. Padang Kota tentang isu-isu yang semacam ini yang akan melibatkan Kerajaan Negeri dan juga menjejaskan, mungkin memberi impact yang kurang baik kepada Kerajaan Negeri. Berkaitan dengan komik. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Bersabit dengan guna logolah ya?

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih Dato’ Ketua Pembangkang. Nampaknya menggunakan posting Facebook Dato’ Seri Najib sebagai asas pertanyaan ini. Sememangnya tak ada jata digunakan. Kalau ada mungkin satu perkataan dimiliki oleh PYDC dan itupun satu kesilapan. Saya rasa bukan kesilapan PYDC tetapi pengusaha muzium komik itu dan setelah dibangkitkan maka ianya pun diturunkan. Saya rasa Dato’ Ketua Pembangkang tidak akan puashati sehingga saya jawab. Memang tak ada kaitan secara langsung. Memang idea untuk menubuhkan muzium ini diusahakan bersama tetapi tanggungjawab pihak Kerajaan Negeri sekadar membayar atau menaja sebahagian kos iaitu sewaan. Itupun sewaan kepada ruang yang dimiliki oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Kos-kos untuk menubuhkan, membina, mengubahsuai, meletakkan furniture dan sebagainya, adalah tanggungan syarikat berkenaan. Yang difahamkan menelan hampir RM2.0 juta, mereka belanjakan untuk setup.

Pihak kerajaan melalui PYDC, cuma menaja sebahagian sewa atau sewa itu dan kita akan kaji semula. Ia akan tamat Disember 2020, dan akan satu keputusan dibuat.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk sesi soalan lisan, telah pun tamat secara rasmi dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. 31

Sila, Yang Amat Berhormat.

YAB. Ketua Menteri:

Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi, akan diletak atas meja Ahli-Ahli yang bertanya, dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Dan juga di bawah Peraturan 6A(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa bersidangan hari ini 7 November, dilanjutkan juga sehingga jam 10.00 malam.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Tak ada, sokongan?

Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng):

Ya, Yang di-Pertua. Saya sokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, telah pun kemukakan usul di bawah Peraturan 6A (1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 7 November 2019 hari Khamis sehingga jam 10.00 malam.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang setuju, katakan ‘Ya’.

Ahli-Ahli Kerajaan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang tidak bersetuju, katakan ‘Tidak’. Tiada bantahan, usul dipersetujui. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum saya masuk ke sesi penggulungan, cuma saya nak buat satu pengumuman yang baru saya terima daripada Yang Berhormat Jawi, yang telah pun menghantar surat cuti kepada saya, kerana dijangkiti Influenza B. Beliau kata, dia perlu dikuarantinkan beberapa hari. Yang lain, minta jaga-jaga.

Terima kasih. Saya ingin mempersilakan Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang ingin mengambil bahagian dalam sesi penggulungan. Dipersilakan, Datuk Keramat.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Ya.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Dan juga kepada Ahli-Ahli yang Berhormat, soalan-soalan yang telah pun ditanya dan dijawab dalam sesi lisan, melainkan ada makluman tambahan dari EXCO, EXCO boleh minta tolong ringkaskanlah. Sila.

32

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih saya ucapkan pada Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberikan saya peluang untuk membuat ucapan penggulungan ke atas perbahasan yang telah pun dilakukan oleh semua ADUN, pada mesyuarat ini berkenaan dengan pengumuman Bajet 2020, oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri saya, pada 1 haribulan November yang sudah.

Seperti mana Dato’ Speaker ada nyatakan dengan tepat tadi, saya tidak akan sentuh perkara-perkara yang telah saya sentuh didalam jawapan-jawapan kepada soalan-soalan lisan, selain daripada ada tambahan yang spesifik atau khusus.

Dato’ Speaker, saya ingin mula dengan portfolio saya di bawah Kerajaan Tempatan, terlebih dahulu. Untuk makluman semua di sini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun membuat pengumuman akan Visi Pulau Pinang 2030, pada bulan Ogos tahun sudah. Dan visi tersebut adalah, kita ada satu tema iaitu “Umbrella Team of” menjadi satu negeri yang berfokuskan keluarga (Family Focus), yang pintar (Smart), yang hijau (Green), yang akan menginspirasikan negara Malaysia. We want to be a...(dengan izin) Family-focused, Smart, Green, State that will Inspire the Nation.

Kalau kita lihat kepada umbrella team ini...(dengan izin) Dato’ Speaker perkataan yang pertama kita boleh lihat, adalah Smart. Of cause family focus, then we look at the word smart. Itu menunjukkan, berapa pentingnya kita hendak beri keutamaan kepada menjadi satu negeri pintar. Kalau kita lihat kepada negara- negara lain sekarang, yang sedang menjadi satu negara yang dapat dikatakan on par dengan IR 4.0, Revolusi Industri 4.0, kita perlu embrace smart initiative Dato’ Speaker.

Oleh itu, Ketua Menteri found it very-very appropriate to include the words smart, in the umbrella team...(dengan izin). Jadi, soalnya untuk menjadi satu negeri pintar, dan saya gunakan perkataan negeri. Kalau kita lihat pada banyak negara lain, mereka tumpukan kepada inisiatif pintar kepada bandaraya utama mereka. Right, so usually is a smart city, smart city initiative.

But in Penang, we are talking about smart state. Kerana baru-baru ini pada 16 September di bahagian seberang, Seberang Jaya, Seberang Perai Majlis Perbandaran Seberang Perai telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya. Jadi kalau dulu, kita kata hendak jadi bandar pintar, maka ia akan terhad kepada pulau saja. Now that’s not fair to Seberang.

And so now dengan actually pengiktirafan seberang sebagai Bandaraya, keseluruhan negeri, setiap inci bumi Negeri Pulau Pinang sedang ditadbir oleh sebuah Majlis Bandar, dua buah bandar, Majlis Bandaraya. Jadi inisiatif kita untuk jadi pintar, saya selalu sekarang sebut kita hendak jadi negeri pintar, Dato’ Speaker.

Now dalam pada itu, ingin saya maklum kepada semua yang hadir pada bahawasanya kita mempunyai 26 inisiatif negeri pintar yang telah pun dilaksanakan. Already executed. Antara lain Digital Penang, Digital Library, kita sudah ada dua, yang ketiga akan sampai tak lama lagi. Kita ada Smart Poles, kita ada Intelligent Operation Centre, kita ada Link Bike, kita ada Smart Monitoring 33

System, kita ada Sistem Amaran Paras Air Kawasan ataupun SPARK, kita ada Penang Geo Hub, kita ada Crush Aedes Totally (CAT), Trash2Treasure dan sebagainya. Ini antara lain, yang sudah ada.

Itu yang dilaksanakan. Ada enam inisiatif pintar yang dalam proses pelaksanaan iaitu Penang Smart Parking, Project Smart City of Penang ataupun SCoPe, Smart Traffic Analytics and Recognition System (STARS), Proof of Concepts Telegraph yang sedang berjalan sekarang.

Dan juga Project Big Data Analytics, bagi pengurusan bencana antara lain. Ini dalam proses. Dan kita ada sembilan lagi inisiatif, yang akan dilaksanakan. Antara lain Smart Home, Smart Solution for Disaster Managements, Smart Bus Stop and so far.

Infact Dato’ Speaker, ingin saya nyatakan apabila MCMC datang ke Pulau Pinang, apabila Pulau Pinang dipilih oleh Kementerian Komunikasi dan juga MCMC di peringkat pusat, untuk menjadi salah satu daripada enam negeri di mana Projek Demonstrasi 5G ataupun Generasi 5 dilaksanakan. Pulau Pinang adalah antara, satu daripada dia.

Dan apabila MCMC datang ke Pulau Pinang, I think about satu minggu sudah, dan beri taklimat pada semua even ADUN kita yang hadir, dia ada kata bahawasanya Projek Demonstrasi 5G ini, akan sememangnya berkesan di negeri Pulau Pinang. Kerana kita ada banyak inisiatif pintar yang sudah pun dilaksanakan. Dan perlaksanaan ataupun penggunaan 5G ini, dapat kita uji terhadap inisiatif- inisiatif tersebut.

And they admitted, salah satu daripada pengujian ataupun Projek Demonstrasi 5G ini adalah kepada negeri yang mempunyai Smart City, ataupun inisiatif negeri pintar. Dan antara mereka, ada sembilan kategori yang mereka akan lihat kepada keenam-enam negeri ini. Dan daripada sembilan kategori itu, mereka lihat Pulau Pinang memang sesuai kerana Pulau Pinang mempunyai satu sektor pembuatan, ataupun manufacturing sector dan juga sektor tourism di mana ini dua, mereka hendak test 5G.

And of course, Pulau Pinang mereka akur, Pulau Pinang negeri yang utama menerajui di dalam inisiatif pintar. Smart City inisiatif, Dato’ Speaker. Jadi saya gembira untuk umumkanlah, sememangnya kita memberi menitikberatkan ke atas perlaksanaan inisiatif-inisiatif Smart City ini, dan akan bekerjasama dengan pihak swasta juga, dengan pelbagai proof of concepts dalam inisiatif lain.

Yang di-Pertua, Yang Berhormat rakan saya dari Sungai Dua dan juga Yang Berhormat rakan saya dari Kebun Bunga, ada membangkitkan mengenai keperluan untuk selaraskan kesemua inisiatif pintar, dan mewujudkan pelan tindakan bagi pembangunan Negeri Pintar Pulau Pinang. Saya setuju dengan ini.

Dan untuk maklumat Yang Berhormat, penyelarasan inisiatif pintar di peringkat negeri sedang dibuat oleh Penang Smart Delivery Unit, di Bahagian Kerajaan Tempatan. Dan semua inisiatif pintar ini, akan dibukukan didalam satu dokumen yang bertajuk, Dato’ Speaker “Roadmap: Penang Towards A Smart International State” yang dijangka siap pada awal tahun ini.

34

Saya juga nak tambah, saya setuju dengan mereka bahawa perlu diselaraskan. Diperingkat ini, kita kita akui ada pelbagai portfolio yang memegang pelbagai tanggungjawab untuk menjadikan satu realiti Pulau Pinang menjadi negeri pintar. Jadi kita hendak gabungkannya semua. Dan baru-baru ini, saya ingat dalam ucapan-ucapan yang telah diberikan dari mula sampai sekarang, kita telah pun wujudkan satu syarikat Penang Digital Corporation, yang mana kita mempunyai hasrat.

Mungkin pada sidang yang akan datang, untuk meluluskan satu enakmen untuk menjadikan ia satu perbadanan. Di mana ia it would be the umbrella body, for all of our smart intiative delivery units. In fact where programmed are concern.

Dato’ Speaker, for your information I’m the chairman of the smart delivery intiative for programmers. Like for infrastructure it come under YB. Tanjung Bunga. So, we trying to get it all together and I think that is a very good suggestion so, it is going to happen.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Yes, silakan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Tambahan. Okay. Saya nak tanya, sebab masa perbahasan tak sempat nak tanya. Di kawasan Seberang Perai, kita ramai penduduk tanya especially Penanti. Sekarang ni, kita dah tak dak free wifi kan. Jadi dalam inisiatif pintar dan smart delivery, kita macam penduduk di kawasan di Tanah Liat semua tu, dia orang tak dak unifi. Dan tak dak, sekarang tak dak free wifi.

So, soalannya mengambil kira all this intiative-intiative pintar ni, adakah macam hari tu I think ada disebutkan in facebook pun akan buat wifi di atas lampu-lampu jalan, sebagai contohnya di George Town. Dan Huawei juga ada inisiatif-inisiatif begitu.

Jadi saya harap inisiatif-inisiatif smart pintar ni, tidak akan maknanya akan meliputi seluruh Pulau Pinang. Lagi satu, inisiatif-inisiatif yang diadakan di peringkat ADUN sebagainya. Contoh ni Penanti, kita buat inisiatif di mana alert banjir dan kebakaran.

Maknanya alert banjir dan kebakaran tu, akan pergi ke handphone penduduk dan Sukarelawan Komuniti Bomba dan juga MPKK. Dan kita sebabkan bukan semua penduduk ada data, ada internet, the alert system tu pergi guna SMS. Tapi, dia still akan pergi ke handphone.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey.

35

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

So, saya harap inisiatif-inisiatif di peringkat ADUN juga akan dimasukkan dalam smart pintar ini.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih rakan saya daripada Penanti. Sememangnya saya setuju, perlu keseluruhan negeri. That’s why I started out just now, by saying that saya tak mau sebut smart bandar pintar, atau smart city. Then that mean seberang will be sight line. Exactly I started out by saying that so, sememangnya akan ambil kira.

Untuk makluman Dato’ Speaker, apabila MCMC datang juga untuk mengumumkan Demonstrasi Projek 5G di Pulau Pinang, mereka juga mengiktiraf Pulau Pinang sebagai salah satu negeri yang hampir 100% mempunyai liputan 4G LTE that is the whole of island including Seberang Perai, but I understand what Penanti is saying that of course with no more free wifi we are looking at other technologies, other ways to deliver and you are right.

Satu daripada projek yang sedang dilaksanakan, antara enam yang saya sebut tadi, Proof of Concept is Terragraph iaitu satu kerjasama antara Yes dan Facebook di mana kita adalah bandar yang kedua di seluruh dunia yang dipilih untuk pengujian Terragraph yang mana sedang dilakukan Proof of Concept, here.

In fact even in Dewan Sri Pinang, you can get it free, you can go download downstairs, I think there are some posters. Terragraph the project POC is happening at the moment until end of November this month whereby it will be free service for users Dato’ Speaker.

And of course selepas kita melihat sama ada ia sesuai atau tidak dan kita hendak menjadikannya komersial dan lihat kepada pakej yang diberi dan sebagainya. Sememangnya saya telah pun cadangkan supaya ia diperluaskan ke seluruh negeri. At the moment its only now in the World Heritage Site in Georgetown, its not even the whole , its only at the test base Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, saya teruskan. Pengkalan Kota ada bangkitkan mengenai kepentingan mewujudkan Data Raya atau pun Big Data untuk kebaikan orang awam. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana saya nyatakan beberapa inisiatif Negeri Pintar tersebut ada beberapa projek analitis Data Raya atau Big Data Analytics yang diusahakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan juga.

Bagi perolehi Data Raya, perkongsian data perlu diamalkan sesama jabatan atau pun agensi bagi kegunaan jabatan dan agensi lain di mana data yang boleh dikongsi kepada jabatan atau agensi lain termasuk orang awam adalah diklasifikasikan sebagai data terbuka dan boleh dimuat naik dalam portal yang diwujudkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia ataupun MAMPU.

Dan portal tersebut akan menjadi platform kompilasi pelbagai jenis set data termasuk daripada negeri Pulau Pinang yang boleh dimuat naik atau dimuat turun datanya untuk menghasilkan pelbagai inovasi. Malahan pertandingan Hackathon

36 di peringkat Negeri juga telah dianjurkan secara tahunan oleh pihak BTMKN dengan syarat penggunaan set data terbuka daripada portal tersebut oleh para peserta.

Melalui penetapan empat teras strategik Negeri Pintar Pulau Pinang iaitu tadbir urus, infrastruktur data dan rakyat serta lima domain utama Negeri Pintar iaitu Kerajaan Pintar, Masyarakat Pintar, Persekitaran Pintar, Mobiliti Pintar dan Ekonomi Pintar, pembangunan negeri Pulau Pinang menuju sebuah Negeri Pintar yang mampan, melalui tadbir urus Pintar serta pelbagai inisiatif Negeri Pintar adalah selari dengan Transformasi Digital dan Revolusi Industri 4.0 di peringkat dunia.

YB Dato’ Speaker, saya secara ringkas sentuh kepada beberapa inisiatif pintar yang sedang berlaku di Pulau Pinang di mana kita telah pun memulakan satu Proof of Concept iaitu ujian, Proof of Concept, POC means ujian...(gangguan).

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Minta pencerahan sikit. Terima kasih YB. Datok Keramat. Tadi saya mendengar jawapan atau pun hujah yang diberikan oleh YB. Datok Keramat berhubung dengan Data Raya ini. Jadi saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar khususnya data-data peribadi itu sememangnya kita perlu menetapkan satu kawalan yang baik.

Sebab baru-baru ini terdapat satu dokumentari di atas Netflix yang ditayangkan pada bulan September tentang skandal penggunaan data peribadi oleh Cambridge Analytica iaitu sebuah firma data yang disyaki menggunakan data peribadi ini untuk memenangkan pilihan raya Presiden di Amerika Syarikat dan juga pilihan raya Brexit malah di dalam dokumentari tersebut juga didedahkan bahawasanya sebelum pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu, Negara Malaysia juga merupakan salah satu negara yang telah menggunakan perkhidmatan Cambridge Analytica ini untuk menggunakan data peribadi sebagai satu strategi bagi memenangkan pilihan raya. Jadi saya haraplah Kerajaan Negeri dapat memberikan tumpuan khususnya kawalan data peribadi ini.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih kepada rakan saya daripada Pengkalan Kota. Sememangnya itu betul dan sememangnya telah pun diambil pertimbangan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, MAMPU dan juga MCMC, they are very aware of the dangers and of course controls are put in place and they are continuously updating these measures, Pengkalan Kota. Terima kasih dan kita akan ambil perhatianlah tentang apa yang dinyatakan tadi.

Saya sentuh serba sedikit tentang beberapa Proof of Concept, Smart Bus Stop. Apa itu Smart Bus Stop? Apabila kita tanya pada orang apa Smart Bus Stop, kita pun tak tahu mengapa bus stop itu boleh pintar. Okay, ada beberapa ciri pintar iaitu kita memasang CCTV, ada wifi, ada panic button itu penting untuk keselamatan di mana kita bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia.

Kalau kita lihat ada accident umpamanya atau pun ada rompakan dan sebagainya, tekan button terus kita boleh cakap dengan pihak PDRM. Ada power 37 bank, ada papan tanda iklan digital, solar panel dan struktur Telco juga di situ dan Dato’ Speaker kita lihat ada dua POC, satu di bahagian Pulau di Sungai Dua, I think if I am not mistaken dekat USM, and the other one is in Solok Tenggiri di Seberang Jaya di mana mereka di dalam hampir enam (6) bulan ujian dan kita lihat ia mendapat sambutan baik dan kita ada lebih daripada 1,000 lebih perhentian bas di seluruh negeri Pulau Pinang.

Dan di akhir ujian ini apabila kalau kita lihat ia adalah baik kita akan bukan tender terbuka untuk lihat mana-mana syarikat lain juga untuk datang dan kita di dalam peringkat sekarang meneliti ciri-ciri yang ada dan membuat keputusan sama ada perlukah semua ciri tersebut atau pun kita tumpu kepada ciri-ciri yang penting.

Dato’ Speaker, saya pergi kepada in Penang Smart Parking…(gangguan).

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Minta penjelasan. Untuk Bus Stop.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Yes.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih Datok Keramat. Saya memang mengalu-alukan kerajaan untuk membina Smart Bus Stop ini cuma ada sedikit maklum balas daripada pengguna-pengguna bas di mana kebanyakan bus stop kita tidak ada maklumat tentang pukul berapa, bila bas itu akan datang khasnya di George Town banyak pelancong-pelancong, mereka tidak ada maklumat-maklumat yang boleh diguna pakai.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Itu satu ciri yang saya nyatakan tadi akan ada papan tanda iklan digital yang akan memaparkan selain daripada iklan juga bus route, bila bas akan datang, kita juga sudah minta pihak swasta yang memajukan Smart Bus Stop ini, konsep ini untuk adakan perbincangan dengan Rapid Penang juga untuk lihat bagaimana kita boleh selaraskan. They are in discussions, but definitely one of the features of a Smart Bus Stop is this, exactly what you have said.

Saya pergi kepada Smart Parking. Seperti mana umum tahu saya bersama YAB. Ketua Menteri telah pun pada 19 Ogos melancarkan fasa perintis yang melihat, akan melihat kepada dua bahagian iaitu satu di bahagian Pulau juga di bahagian Warisan George Town di mana hampir 700 sensor akan dipasang dan satu di icon city di Seberang di mana hampir 300 sensor akan dipasang yang telah pun bermula.

Dan untuk makluman Dato’ Speaker, di seluruh negeri Pulau Pinang kita ada 36,000 tempat parkir awam iaitu 24,000 di bahagian Seberang dan 12,000 di bahagian Pulau. So selain daripada 1000 lebih yang sudah pun dipasang untuk perintis ini, yang baki akan mula pada Januari dan dijangka siap di seluruh negeri Pulau Pinang pada bulan Julai Dato’ Speaker.

38

Dato’ Speaker, saya ingin juga menyentuh kepada apa YB. KOMTAR bangkitkan iaitu penggunaan e-Wallet dan di mana syarikat yang melaksanakan program Penang Smart Parking ini (PSP), Syarikat HTP menggabungkan teknologi IoT dan Cloud Computing yang akan merangkumi teknologi navigasi dan juga perkhidmatan pembayaran seperti mana yang dinyatakan tadi dalam talian.

Pelaksanaan sistem yang komprehensif ini adalah merangkumi pembangunan aplikasi Pintar dan pembayaran melalui e-Wallet yang sekarang menjadi trend utama masyarakat. E-Wallet dalam aplikasi PSP membolehkan pengguna menggunakan pelbagai saluran pembayaran seperti kad debit, kad kredit, perbankan dalam talian dan kelak akan dihubungkan e-Wallet Touch n Go serta Boost.

Sukacita saya ingin maklumkan pada Dewan ini sehingga 31 Oktober 2019 sebanyak 61,566 pengguna telah memuat turun aplikasi PSP iaitu sebanyak 37,174 muat turun melalui Android dan 24,392 muat turun melalui IOS. Daripada jumlah muat turun tersebut sebanyak RM84,706.40 hasil telah dikutip daripada bayaran tempat letak kereta ini manakala sebanyak RM316,740.00 adalah hasil tambah nilai yang telah dilakukan oleh pengguna melalui e-Wallet masing-masing.

Dato’ Speaker, YB. Berapit membangkitkan isu digital gap bagi golongan warga emas dan golongan yang tidak mahir menggunakan telefon pintar dalam peralihan penggunaan aplikasi PSP berbanding kupon TLK sebelum ini. Kita memang ambil kira, iktiraf bahawa mungkin ada keadaan sebegini tetapi peratusan melalui kaji selidik yang kita buat adalah bukan banyak tetapi memang ada satu kategori tersebut.

Dan untuk makluman, ini Yang Berhormat, penggunaan e-coupon akan menggantikan penggunaan kupon secara fizikal yang akan turut dijual oleh ejen- ejen yang telah dilantik sebelum ini oleh PBT. e-coupon tersebut boleh digunakan oleh pengguna tempat letak kereta di kedai-kedai berhampiran tempat letak kereta tersebut mengikut jam atau secara harian sepertimana kupon sebelum ini.

Yang membezakannya hanyalah e-coupon tersebut tidak perlu dipaparkan di papan pemuka kenderaan milik pengguna seperti sebelum itu. Selain daripada itu, pengguna juga boleh memohon bantuan ahli keluarga atau kenalan untuk membuat bayaran tempat letak kereta pintar ini melalui aplikasi PSP dengan hanya mendaftar nombor plate kenderaan dalam aplikasi tersebut. Dato’ Speaker ….(gangguan).

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Minta jalan daripada Datok Keramat.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Ya, boleh.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Tentang Smart Parking. Terima kasih atas penjelasan daripada YB. Datok Keramat dan saya memang faham tentang e-coupon yang dijual di kedai seperti dalam perbahasan saya tetapi itu kaedah ini bagi golongan minoriti iaitu golongan

39 yang tidak fasih dalam teknologi. Jadi cara ini mungkin membawa mereka satu kurang keselesaan atau satu gap dengan yang lain yang meletak kereta dengan pakai handphone sendiri.

Tetapi mereka perlu ke satu kedai untuk minta supaya boleh dapatkan e- coupon. Selain daripada ketidakselesaan apa yang disebut oleh Datok Keramat juga mengakibatkan satu mungkin masalah yang akan timbul.

Kalau katakan seorang ibu atau bapa keluar mungkin mereka pun nak keluar dengan tanpa beritahu kepada anak mereka, itu serupa dengan semasa generasi dewasa kita, kita nak lepak tetapi tak mahu bagi tau orang, ahli keluarga, itu merupakan satu, itu satu private life kepada orang golongan tua juga walau pun mereka sudah sampai satu umur, mungkin mereka mahu lepak bersama kawan.

Jadi kalau nak lepak di luar tapi nak letak kereta kena bagi tau orang, keluarga, ahli keluarga mereka, macam mana untuk bagi mereka rasa mereka senang hati, itulah soalan saya.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Seperti mana saya nyatakan of course kita memang hendak menangani isu ini dan di peringkat ini kita ada cadangan melalui e-coupon, of course apa keadaan yang disebut oleh Berapit ini tentang orang-orang tua yang hendak lepak, mungkin kita perlu kaji semula.

But seperti mana yang saya nyatakan, sekarang 1,031 censors under the PSP program (dengan izin)....through out the island and mainland is going to pilot run. Dan untuk makluman e-coupon ini merupakan antara cadangan yang telah dibuat pada permulaannya dan kita terdapat hampir tujuh hingga lapan cadangan penambahbaikan sistem ini dan mungkin ini mendapat input daripada semua orang untuk melihat bagaimana kita boleh menaiktaraf sistem tersebut.

Dato Speaker, saya alih kepada isu penguatkuasaan. Rakan saya daripada Sungai Dua telah bangkitkan isu pencemaran sungai kerana pembuangan sisa daripada ladang penternakan khinzir dan pembuangan sisa industri yang menjejaskan ternakan ikan berdekatan dengan kawasan dua.

Dato’ Speaker untuk ini, kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri bagi mengatasi isu-isu berkaitan dengan industri ternakan. Kedua-dua PBT telah memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha untuk menguruskan kolam takungan dan rawatan sisa kandang dengan penggunaan teknologi moden yang akan, yang akan mampu merawat sisa kandang and pada masa ini, dasar Kerajaan Negeri mewajibkan pengusaha khinzir menaik taraf ladang tradisional kepada sistem penternakan yang bersistematik iaitu Modern Pig Farming berdasarkan Enakmen Penternakan Babi 2016.

Sistem penternakan moden ini dilihat mampu mengatasi masalah berkaitan sisa penternakan khinzir di Negeri Pulau Pinang melalui Sistem Biogas. Pengusaha digalakkan menggunakan Sistem Biogas sebagai kaedah rawatan sisa buangan ternakan khinzir yang merupakan satu proses penguraian bahan organik secara anaerobic di dalam tangki pencernaan or digester. Proses tersebut menghasilkan 40 enap cemar ataupun separa cecair yang telah stable dari tangki anaerobic dan enap cemar akan dikeluarkan, dikeringkan untuk menjadi baja kepada tanaman atau menyuburkan tanah soil conditioners. Isu pencemaran sisa-sisa pelepasan effluent memerlukan sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan mengikut bidang kuasa dan Standard Operating Procedure masing-masing. Untuk makluman Dato’ Speaker, tindakan MBSP untuk mengawal pencemaran akibat pembuangan kumbahan adalah seperti yang berikut:

(i) Mengadakan pemeriksaan berkala;

(ii) Mengeluarkan notis dan kompaun;

(iii) Membatalkan lesen; dan

(iv) Mengambil tindakan mahkamah

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Nor):

Terima kasih Datok Keramat, cuma apa yang saya nak mintak pandangan dari segi penguatkuasaan. Perlu ada satu penyelarasan di antara agensi dan Jabatan sebab seperti mana yang kita sedia maklum kadang-kadang pihak jabatan tentu dia ada had-had yang tertentu dan dia perlu penglibatan jabatan lain untuk perlaksanaan penguatkuasaan. Jadi perlu diwujudkan satu task force yang lebih berkesan bagi menyelesaikan masalah ini sebelum tindakan ke atas ladang-ladang ternakan khinzir yang terbuka ini dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun depan. Tahun ini baru tamat tempoh kita nak kumpulkan ladang yang nak buat tertutup. Tahun depan baru nak buat tapi sebelum tempoh itu perkara ini perlu diselesaikan dan satu task force yang berkesan perlu diambil, perlu dibuat, perlu diwujudkan termasuklah pelepasan daripada industri. Kerana bukan kita kata penguatkuasaan tak berkesan. Tapi dia kadang-kadang berlaku di merata tempat tanpa penglibatan agensi lain, jabatan lain dan juga tanpa, tanpa aduan yang berkesan daripada rakyat perlu diteruskan. Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih kepada rakan saya daripada Sungai Dua yang membangkitkan satu perkara yang betul, of course soalan kita adalah berkenaan ladang, sisa daripada ladang dan industri. Dan saya setuju dengan Sungai Dua berkenaan dengan perlunya ada penyelarasan antara agensi. Sama seperti apa saya nyatakan dalam satu jawapan lisan. Berkenaan isu pembuangan sampah dan juga sisa-sisa secara haram yang berlaku dimana sememangnya ada banyak undang- undang peruntukan-peruntukan, dalam undang-undang di mana kita boleh ambil tindakan terhadap mereka. Tetapi tak ada penyelarasan antara agensi jadi satu agensi keluarkan satu kompaun yang mana hanya memerlukan denda walhal kita boleh ada deterrent melalui agensi lain. Dan I agree with Sungai Dua dan saya akan ambil perhatian cadangan untuk mewujudkan satu task force Dato’ Speaker.

Yang Berhormat Bertam telah tanya berkenaan Garis Panduan bagi permainan E-Sports. Untuk makluman semua, pada masa ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam proses menyediakan Garis Panduan yang tersebut. Majlis Bandaraya Pulau Pinang kini mempunyai Garis Panduan Pengawalan Aktiviti Perniagaan Arena Sukan Elektronik, Pusat Siber, Kafe Siber MBPP 2018 untuk mengawal aktiviti berkenaan yang semakin mendapat 41 perhatian golongan remaja. Setakat ini Dato’ Speaker masih belum ada sebarang Garis Panduan yang disediakan untuk permohonan lesen bagi E-Sports oleh MBSP.

Yang di-Pertua, Bertam juga memohon Kerajaan Negeri untuk melonggarkan syarat bagi permohonan lesen penjaja untuk memudahkan permohonan oleh penjaja yang tidak mempunyai lesen penjaja.

Untuk makluman YB., syarat-syarat sedia ada adalah bertujuan untuk memastikan aktiviti penjajaan terkawal daripada aspek kebersihan dan keselamatan pengguna. Sekiranya syarat berkenaan dilonggarkan, berkemungkinan akan mengundang risiko kepada kesihatan pengguna. Walau bagaimanapun, proses permohonan lesen penjaja telah dipermudahkan melalui permohonan terus di kaunter MBSP dan boleh diluluskan dengan serta merta sekiranya dokumen yang dikemukan adalah lengkap. Semakan dan penelitian akan dibuat bagi memastikan peniaga-peniaga sedia ada dapat menjaga kebersihan premis dan keselamatan makanan yang dijual kepada orang awam.

Yang Berhormat Bukit Tengah, membangkitkan masalah peniaga asing di kawasan Taman Perwira yang kian berleluasa dan memohon agar tindakan MBSP diambil untuk tangani masalah ini. Tindakan yang diambil oleh MBSP Dato’ Speaker dalam menangani masalah peniaga asing di kawasan Taman Perwira adalah seperti yang berikut:

(i) Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala di premis perniagaan dan penjaja di kawasan Taman Perwira sehingga Oktober 2016, MBSP telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan sebanyak 11 kali di kawasan tersebut;

(ii) Mengeluarkan Notis Menghendaki Perniagaan Dihentikan kepada peniaga dan pejaja yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen, MBSP 1980. Setakat ini Dato’ Speaker sebanyak 35 notis telah dikeluarkan;

(iii) Mengeluarkan tawaran kompaun di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen. Sebanyak 10 tawaran kompaun sehingga kini telah dikeluarkan;

(iv) Menjalankan tindakan rampasan barang ataupun alatan perniagaan terhadap penjaja asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen. Tujuh penjaja warga asing terlibat dengan aktiviti rampasan tersebut sehingga kini; dan,

(v) Menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen dan Jabatan Kesihatan Negeri. Satu operasi bersepadu telah dijalankan dan dua orang warga asing telah ditahan dan diberkas oleh Imigresen, Jabatan Imigresen Negeri.

Yang di-Pertua, Bertam juga telah cadang agar perkasakan Jabatan Pengurusan Krisis di MBSP.

42

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung)

Datok Keramat, just a quick one. Berkenaan dengan isu di Taman Perwira saya percaya, masalah ini telah pun berlanjutan untuk bertahun-tahun lah dan saya mengambil maklum bahawa memang ada tindakan yang telah pun diambil oleh Kerajaan Tempatan. Cuma nampaknya tak berkesan. Dia pasar malam ini dia bertepatan dengan jalan raya utama di Jalan . It is right on the main road and apabila selepas MPSP keluar dan mungkin memulakan notis-notis dan sebagainya. It seems right the next day they are back to business again. So saya rasa sesuatu yang lebih perkara I mean something more lah sesuatu yang lebih perlu dibuat untuk menangani isu ini. Datok Keramat. Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tengah atas pandangan yang diberikan dan kita, saya akan panjangkan kepada MBSP untuk meningkatkan lah pemantauan dan operasi penguatkuasaaan yang dibuat.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan, berkenaan dengan premis, saya nak mohon agar EXCO Datok Keramat boleh berbincang dengan Ketua Menteri iaitu Padang Kota tengok balik keputusan menolak membina premis 377 tempat di Northern Food Housing Market atau Northern Food Centre yang saya telah cadangkan di 22 ekar di Penanti di Kampung Tok Saadon sebab tanah tu ada 22 ekar itu je satu-satunya tanah kerajaan yang dan saya rasa alasan untuk guna kepada beberapa individu yang dapat tanah tu saya rasa tanah tu boleh di Agro Pelancongan boleh di letakkan di Ara Kuda sebab Ara kuda ada 600 hektar tanah pertanian yang ada 26 green house yang terbengkalai. Yang berdekatan sahaja dengan apa ni 22 ekar yang Agro Park itu, Saya rasa lebih bermanfaat dengan keadaan di mana di Penanti setiap hari ada je penjaja yang disaman dan dirobohkan. Jadi memang tak ada cukup premis perniagaan.

Saya harap keputusan untuk menolak pembinaan 370 lot premis perniagaan Northern Food Centre boleh dilihat semula dan kerisauan berkenaan dengan pekerja asing ataupun peniaga asing yang will take over the lot itu saya rasa kita boleh menanganinya. Kita tak perlu risau, oh Penanti ada banyak pelarian Rohingnya maknanya nanti kalau kita bagi buka buka premis perniagaan nanti akan di dominasikan oleh orang-orang asing. Itu saya rasa itu masalah kedua tapi saya really harap sebab tanah

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Penanti. Penanti.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Kerajaan sangat sikit. Please pertimbangkan semula dan berbincang dengan Padang Kota. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Datok Keramat sila.

43

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Okey terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ia bersangkut paut sudah.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Saya ambil perhatian apa yang dinyatakan oleh Penanti. Saya teruskan dengan pertanyaan ataupun cadangan agar MBSP diperkasakan Jabatan Pengurusan Krisisnya dengan lebih peralatan dan latihan yang lengkap. Dato’ Speaker, untuk tujuan ini, MBSP telah membuat perancangan seperti berikut yang akan dilaksanakan pada tahun 2020 iaitu

(i) Mewujudkan depoh pengurusan Krisis di ketiga-tiga daerah dan

(ii) Menambah kenderaan Operasi Jabatan Pengurusan Krisis sebanyak 28 buah melalui pinjaman daripada Kerajaan Negeri.

Selain daripada itu, latihan turut diberikan kepada keseluruhan Anggota Jabatan Pengurusan Krisis secara berperingkat dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Yang di-Pertua, Bukit Tambun telah mencadangkan agar MBSP menubuhkan satu unit lalu lintas untuk mengawal kesesakan di beberapa tempat di kawasan Seberang Perai. Dan untuk makluman semua, MBSP sememangnya telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan kawalan lalu lintas melalui surat bertarikh 18 Oktober baru-baru ini. Dan oleh, oleh itu, Dato Speaker, Unit lalulintas akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat untuk mengawal kesesakan lalu lintas di kawasan Seberang Perai.

Dato Speaker, ingin saya nyatakan seperti mana dinyatakan oleh KOMTAR untuk menaik taraf Stesen Bas dan memajukan Kawasan Tapak Pesta Pulau Pinang. Tapak Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong dan kawasan tapak pesta merupakan tanah milik Kerajaan Negeri. Terminal bas ini dibina pada tahun 2005 sebagai terminal bas sementara dan MBPP merupakan agensi yang menguruskan terminal tersebut. Pada masa ini, MBPP dalam perancangan untuk melaksanakan kaedah Request for Proposal (RFP) untuk pengurusan sistem e- ticketing termasuk menaik tarafkan kawasan tempat letak kereta MBPP di bas terminal ini. Dato Speaker, Bukit Tambun telah tanya berkenaan pemasangan lampu Light Emitting Diode (LED) dan Close-Circuit Television (CCTV) Yes?

Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng):

Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat yang jawab soalan tentang penaiktarafan Bas Terminal Sungai Nibong. Tetapi apa yang saya tanya adalah adakah satu kemajuan yang besar dengan konsep TOD bukan sahaja e-ticketing lah kerana kemudahan yang dibangunkan 15 tahun yang lepas itu sudah ada sedikit ketinggalan dan tidak mesra penggunalah macam 12 lorong untuk bas hanya ada dua (2) lif dan tidak ada escalator pengguna –pengguna itu agak susah lah nak naik ke tingkat satu untuk beli tiket dan turun bawah untuk tunggu bas atau naik bas lah. So itu adalah cadangan saya terima kasih. 44

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Saya ambil perhatian cadangan tersebut dan akan panjangkan untuk pertimbangan MBPP Yang Berhormat KOMTAR. Bukit Tambun telah tanya tentang LED dan CCTV yang adalah penting kepada kita. Selaras dengan hasrat kita menjadi negeri hijau dan juga negeri pintar. Tapi secara khusus di MBSP. Di MBSP penggantian lampu kepada LED sebanyak 445 telah pun dibuat pada bulan Mei dan pada tahun 2020 MBSP merancang untuk melaksanakan penggantian sebanyak lagi 3,766.

Dan juga MBSP telah syaratkan pemasangan lampu LED di Seberang Perai bermula Jun 2018 untuk skim-skim pembangunan baru. Untuk CCTV, MBSP telah buat pemasangan pada 2014 di 16 lokasi di SPS dan sekarang dalam proses penaiktarafan CCTV yang adalah jenis analog kepada jenis digital, Dato’ Speaker.

Yang Berhormat Permatang Berangan telah tanya tentang sama ada boleh meninjau lampu-lampu di kawasan beliau seperti di Lahar Yooi dan Jalan Taman Saga. Dan membuat aduan bahawa lampu jalan tidak menyala atau pun tidak terang kerana dilindungi pokok. Hasil semakan mendapati lampu-lampu jalan milik MBSP di kawasan tersebut berfungsi dengan baik begitu juga dengan lampu- lampu tiang konkrit TNB yang diselenggara oleh TNB.

Walau bagaimanapun, MBSP amat komited dalam pastikan lampu-lampu jalan di kawasan tersebut tidak dihalang oleh pokok dan oleh itu tindakan penyelenggaraan pokok-pokok dijadualkan pada akhir bulan ini Permatang Berangan.

Untuk Bertam ada tanya tentang lampu limpah di pasang di Bertam untuk menggalakkan permainan bola sepak. MBSP telah kemukakan permohonan peruntukan untuk tujuan ini kepada Kementerian Belia dan Sukan melalui surat bertarikh Julai untuk peruntukan RM2.0 juta dan juga sebanyak RM10 juta di dalam RMK12 untuk penaiktarafan kompleks sukan tersebut. Saya juga rujuk kepada isu Dato’ Speaker, di bawah Kerajaan Tempatan berkenaan tapak pelupusan sampah di Pulau Burung apa status dia.

Untuk ini beberapa Yang Berhormat ada bangkitkan isu berkenaan pencemaran daripada tapak pelupusan sampah Pulau Burung yang menjejaskan sungai dan industri eco cultural di Seberang Perai Selatan. Bagi penyelesaian jangka masa panjang sebuah tapak baru Fasa 3 yang merupakan sanitary landfill Level 4 with daily soil covering and leachate treatment system berkeluasan 127 hektar sedang dibina. Sebuah leachate plant atau pun LTP akan dibina dan dijangka mula beroperasi bulan Januari tahun depan untuk memproses leachate yang terhasil di operasi Fasa 3 dan leachate sedia ada dari Fasa-fasa 1 dan 2 yang sudah pun sampai kapasiti.

Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Proposed Phase 3 Development of Sanitary Landfill at Pulau Burung pada 18 September 2019 di Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat di Putrajaya, tapak pelupusan Fasa 3 akan dibenarkan beroperasi dengan beberapa syarat iaitu LTP siap dibina sepenuhnya serta persetujuan dari pihak SJK(T) Ladang Byram dan penduduk Ladang Byram memandangkan pemindahan penduduk hanya akan dilaksanakan selepas penempatan semula yang disasarkan pada tahun 2022.

45

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ingin saya pergi kepada isu yang dibangunkan oleh pihak Jawi yang bertanyakan walaupun beliau tiada di sini sekarang dikuarantinkan dia ada tanya tentang isu pembuangan sisa konkrit cuma saya tak mau pergi secara detail tetapi pembuangan sampah konkrit sememangnya kita sedang mengambil tindakan tegas, pemantauan kita bukan sahaja di bahagian seberang tetapi juga di bahagian sini.

Ini adalah memandangkan sekarang kita lihat landfill di Jelutong sememangnya juga sudah sampai kapasiti dan kita lihat ada banyak individu- individu yang tidak mahu pergi ke seberang dan membuang sampah ini secara haram. Dato’ Speaker dan sememangnya kawalan dan pemantauan sedang dibuat oleh pihak MBPP dan MBSP.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Minta pencerahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Tentang tapak pembuangan sisa konkrit ini dimaklumkan cadangan di Bukit Teh telah dibatalkan dan di manakah tapak cadangan terbaru?

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Sememangnya apa yang dinyatakan betul, pada asalnya dicadangkan supaya ia dipindah ke Bukit Teh tetapi kita mengalami beberapa isu teknikal terutamanya isu tanah di mana kita ada permasalahan dengan mendapat izin tuan tanah untuk tujuan jalan dan sebagainya. Jadi itu telah menyebabkan satu kelewatan dan menyebabkan Kerajaan Negeri buat keputusan dan kita pindah atau pun kita putuskan not to go with Bukit Teh anymore.

Di peringkat ini cadangan adalah di Pulau Burung juga di satu tapak di kawasan tersebut atau pun ada satu tapak yang dimilik oleh Sime Darby yang berdekatan yang juga di dalam perbincangan either or Pulau Burung is more suitable if you ask me because infra sudah ada, isu jalan tak akan timbul dan sebagainya dan kita boleh masuk dengan lebih cepat jadi kita dalam peringkat hampir menyelesai dan buat keputusan muktamad berkenaan isu ini. Dato’ speaker.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan pasal leachate itu maknanya 2022 baru dibina Leachate Treatment Plant atau pun..(gangguan).

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

No, no the LTP it is 2020 January

46

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Baru akan dibina, so leachate itu akan dijadikan jadi into what into electricity? What is it? Akan jadi?

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

I don’t have the detail on that it is a big technical. LTP will be out and running of course it has been the delay I think we discussed the informally yesterday even with some of the Seberang YB.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya sebab ada beberapa kali soalan DUN kenapa tak nak bagi leachate tu kepada TNB sebab mereka dah minta banyak kalikan untuk jadikan electricity so sementara menunggu Januari 22 apakah penyelesaian leachate?

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Ada satu treatment temporarily leachate treatment plant sekiranya saya boleh nyatakan sebegitu di cell 1 di Fasa 3 yang sedang digunakan yang kita jangka boleh menampung satu hayat sehingga hopefully Januari when other leachate LTP is ready. That is the position.

Dato’ Speaker, ingin saya alih kepada portfolio saya di bawah PlanMalaysia di Pulau Pinang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Sungai Dua telah membangkitkan isu berkenaan isu projek tambakan laut oleh Rayston Sdn. Bhd. di .

Untuk makluman Yang Berhormat, Pelan Induk bagi tebus guna tanah Bagan Ajam ke Telok Air Tawar masih dalam pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri. In fact it was raised in the last one if I’m not mistaken. Tapak permohonan ini adalah Konsesi Tebusguna Tanah oleh Rayston Consortium Sdn. Bhd. melalui perjanjian Land Reclamation and Resettlement Agreement bertarikh 16 Jun tahun 1999 dengan keluasan keseluruhannya 650 hektar.

Mengenai soalan berkenaan kelulusan EIA dan DEIA semua projek tebus guna tanah ini semestinya memerlukan kelulusan kajian-kajian EIA dan DEIA terlebih dahulu. Untuk makluman YB. juga pembangunan yang dicadangkan di atas tapak tebus guna tanah ini juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu pembangunan oleh Rayston Consortium seluas 407 hektar dan satu lagi merangkumi pembangunan bercampur iaitu kediaman dan perniagaan dan pembangunan kawasan pelabuhan oleh Pelabuhan Pulau Pinang seluas 243 hektar yang akan merangkumi aktiviti pembangunan yang berkaitan dengan pelabuhan.

Saya juga ingin maklum kepada Dewan yang mulia ini bahawa kita begitu komited dalam merancangkan pembangunan dan perancangan masa hadapan Negeri Pulau Pinang dan selalu di sidang Dewan dari penggal dahulu hingga sekarang soalan selalu ditanya apakah status Rancangan Struktur Negeri dan apakah status Rancangan Tempatan masing-masing di kawasan pulau dan kawasan seberang.

47

Untuk makluman Dato’ Speaker, saya begitu gembira hari ini setelah sekian lama untuk mengumumkan Rancangan Struktur Negeri telahpun diwartakan. Dan sekarang dalam proses cetakan akhir manakala berkenaan Rancangan Tempatan saya difahamkan bagi pihak bahagian Pulau kita sasar bulan Mac tahun depan ia akan siap. Manakala bagi pihak bahagian seberang kita sasarkan mungkin pertengahan tahun depan.

Dan bagi PlanMalaysia di Pulau Pinang juga kita turut menjadi sebahagian daripada urus setia bersama-sama dengan Pejabat Ketua Menteri di dalam mengadakan Focus Group Discussion berkenaan semua tema-tema kita ada 16 tema kecil di bawah tema besar Visi Penang2030 yang mana semua portfolio, semua EXCO dengan portfolio masing-masing diperlukan untuk ada satu pelan hala tuju yang terperinci yang sedang dilakukan yang akan berakhir pada akhir tahun ini. Saya percaya ini adalah begitu penting sekali untuk direalisasikan visi kita berkenaan Pulau Pinang 2030.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Saya adalah antara YB. yang memang tanya dalam keempat-empat sidang mengenai RT dan RSN. Mengenai Rancangan Tempatan adakah satu sesi Focus Group dengan ADUN dan MPKK akan dibuat?

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Saya percaya ini sememangnya akan dibuat sepertimana even for RSN telah dibuat tapi saya akan semak sama ada telahpun atau pun kalau tidak saya akan semak agar memohon agar ini dibuat Yang Berhormat. Ya, silakan Sungai Dua.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih, cuma saya nak bangkitkan tentang isu tambakan, tambakan laut di kawasan Bagan Ajam sehingga ke Telok Ayer Tawar seluas 650 hektar. Jadi pecahan tadi saya lihat dia merangkumi pembangunan pelabuhan sebahagian dan juga pembangunan bercampur yang akan dibangunkan di kawasan itu.

Apa yang saya bangkitkan dalam ucapan saya itu berkaitan dengan isu masalah berkaitan dengan nelayan di kawasan tersebut, jika pembangunan akan dibuat dan juga isu berkaitan dengan pembangunan kampung-kampung di kawasan sepanjang pantai itu daripada Bagan Ajam kampung contoh sehingga ke Telok Ayer Tawar termasuk di kawasan TUDM di kawasan base pangkalan udara belakang itu memang terlibat sepanjang tu.

Dan adakah perkara ini diambil kira dalam pembangunan kerana dia melibatkan keselamatan kalau TUDM kalau high rise rumah-rumah yang tinggi ini dia melibatkan keselamatan dia akan nampak aktiviti di Pangkalan Udara ini. Dan kampung-kampung ini mungkin akan terjejas impaknya dari segi pengudaraan, dari segi pembangunan yang akan menganggu kehidupan mereka dan juga nelayan ini. Dan adakah satu lagi soalan adakah pihak syarikat ini dah mengutarakan Pelan Merancang untuk pembangunan di kawasan ini?

48

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Sememangnya ingin saya nyatakan dan ulangi sepertimana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sudah pun banyak kali menyatakan tentang projek- projek tebus guna yang besar seperti PSR sama juga seperti di Rayston di Bagan Ajam ini, sememangnya perlu mematuhi syarat-syarat di dalam umpamanya EIA dan DEIA dan juga laporan-laporan impak yang lain seperti fisheries impact, social impact dan ini semua akan diambil kira apa kekhuatiran yang dinyatakan oleh Sungai Dua.

Dan of course berkenaan sama ada Pelan Merancang sudah dimasuk saya telah nyatakan I think the last Jawatankuasa Perancangan Negeri mereka telah kemukakan pelan induk dan ada beberapa pandangan yang diberikan oleh pihak SPC dan juga EXCO. Mereka ada taklimat kepada EXCO Kerajaan Negeri dan mereka akan perhalusi sebelum membawa ke hadapanlah projek ini.

Dato’ Speaker, saya pergi kepada satu lagi isu di bawah PlanMalaysia yang dibangkitkan oleh rakan saya di Pulau Tikus iaitu berkenaan dengan Pembangunan Projek Gurney Wharf. Di mana umum tahu ini adalah satu projek yang akan menjadi satu projek taman rekreasi awam yang akan memanfaatkan dan boleh dinikmati oleh pihak penduduk negeri Pulau Pinang. Keluasan Projek Gurney Wharf ini adalah dianggarkan sekarang 62.03 ekar iaitu pada asalnya ia adalah dalam lingkungan 41 ekar daripada 131 ekar 41 ekar akan diberi diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan taman awam ini.

Tetapi itu pelan yang asal yang mempunyai satu kaedah jalan raya yang menggunakan I think the cloverleaf yang menyebabkan dua kawasan tidak ditambak yang akan masih mempunyai air. So the original plan for the 41 acres for us had the cloverleaf shape road whereby the two in the two rounds we did not tambak that is what happen. This is the map Dato’ Speaker. This is the two water bodies that has not been what do you call tambak at the moment. If you at it look currently, this still fill with water.

So the original 41 now we have decided the state has decided kedua-dua water bodies ini juga kita akan tambak. Dia akan bawa satu jumlah besar yang akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri 62.03 ekar. Dan untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, sorry semua di Dewan di sini, projek Gurney Wharf ini akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu kita ada pelbagai komponen jawapan kepada Pulau Tikus tanya tentang komponen-komponen tersebut.

Antara lain Dato’ Speaker kita ada kerja-kerja landscape dan pengindahan taman rekreasi, penyediaan kawasan pembinaan untuk pejalan kaki, penyediaan laluan untuk basikal, penyediaan kawasan permainan skate park, penyediaan kiosk tandas awam, kedai serbaneka dan viewing deck, penyediaan kawasan permainan kanak-kanak, penyediaan sistem perparitan dan saliran, penyediaan wetlands, penyediaan footpath on grade, penyediaan tangga dan laluan ramp OKU, penyediaan turfing sementara dan kita juga telah ada komponen tambahan daripada komponen asal yang dipaparkan kepada awam untuk dapat input di mana pada asal kita dapat sambutan yang begitu mengalakkan. Hampir lebih pada 95% setuju dengan projek ini dan ini merupakan projek tebus guna tanah yang dipersetujui oleh orang ramai dan telah pun selesai sekarang.

49

Dato’ Speaker untuk makluman semua, di peringkat ini kita ada tambahan komponen iaitu pembinaan hawker centre dan kemudahan f&b, retail area, tempat letak kereta terbuka dan juga kemudahan teksi air untuk prepare for the future of Penang whereby ada cadangan sekarang dan catamaran sebagainya digunakan. So the first water taxi probally will be here at the Gurney Wharf Dato’ Speaker.

And I’m very happy to announce kepada semua rakan-rakan saya di sini bahawasanya penyerahan Gurney Wharf tanah ini kepada Kerajaan Negeri akan dibuat secara berperingkat. I told you the 62.03 and for the first time on the 30th September saya bersama YAB. Ketua Menteri saya dan seluruh barisan EXCO telah memijak bumi baru negeri Pulau Pinang di negeri Pulau Pinang di mana kita ambil fasa pertama iaitu dalam hampir 8 ekar dan fasa kedua baru sekarang kita diserahkan melalui surat minggu dahulu enam ekar. So this is historical Dato’ Speaker whereby its going to happen and what is the plan future for it?

Saya ingin maklum kepada semua di sini fasa pertama adalah di kawasan sebelah Jalan Pangkor on the Pangkor side. Gurney Drive roundabout is on the northern side. This is on the other side. For information I just shown you Dato’ Speaker this is Gurney Wharf. Jalan pangkor is there. Gurney Drive is here. This is the roundabout. This has been surrendered this part as of today the sum nearly 12 acres. Dan kawasan tersebut akan dibangunkan sebagai kawasan permainan skate park, footpath on grade, taman rekreasi, kawasan promenade jalan kaki pejalan kaki dan pengindahan serta landscape dan ini tempoh masa yang akan kita jangkakan untuk fasa ini disiapkan adalah selama 18 bulan.

Dan keseluruhan projek akan siap dalam tempoh tiga tahun Dato’ Speaker. Jadi ini adalah beberapa pengumuman terkini yang ingin saya nyatakan kepada Pulau Tikus. Sekian.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Keramat kerana penjelasan itu. Saya cuma nak tanya bolehkah kita memastikan bahawa kawasan hijau untuk tambakan ini diperluaskan sebanyak mungkinlah. Okay can we ensure that our green space you know be expanded as much as possible..(dengan izin) untuk projek ini?. Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Sememangnya nearly the entire wharf will be public space and green definitely will be the priority kepada Pulau Tikus, Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Datuk Keramat.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

I have just one more portfolio I want to finish up reading Dato’ Speaker which is the portfolio always closest to my heart iaitu perumahan. Just want to give some update to everyone. Berkenaan perumahan.

50

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Minta laluan sebelum Datok Keramat. Terima kasih YB. Datok Keramat kerana patah balik sedikit kerana tadi saya terlepas tentang isu tapak pelupusan sampah haram di Bukit Teh yang pada Jumaat lepas Datok Keramat ada sebut kita tunggu 24 jam tengok apa tindakan yang boleh kita ambil ke atas tuan tanah yang ingkar perintah mahkamah. Maka saya semalam dalam perbahasan saya ada juga sebut tentang isu ini.

Sebab sudah lepas 24 jam malah lima hari lah lepas tapi langsung tiada apa-apa tindakan daripada tuan tanah tersebut. Adakah kita boleh mulakan proses rampas balik tanah atau apa tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan?

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Terima kasih kepada Machang Bubuk tentang minta status terkini. Sememangnya saya telah semak dengan PBT berkenaan dengan isu ini dan sekiranya saya nyatakan hari itu tempoh hari kalau ada ingkar perintah mahkamah tindakan selanjutnya perlu diambil. Apakah tindakan selanjutnya yang boleh diambil? Mengikut Seksyen 82 akta yang digunakan tersebut ada dua cara Dato’ Speaker, ada dua kaedah.

Satu ialah kita mendenda pemilik iaitu saya ingat RM100 sehari setiap hari tidak dilupuskan sampah tersebut. Number one. And the second one is of course Pihak Berkuasa Tempatan masuk, clear and then charge the pemilik for the charges la of clearing. There are two ways to go about it Dato’ Speaker, I have discuss with the PBT and then of course saya ingat saya telah arahkan mereka untuk pertimbangkan kaedah yang mana hendak dipilih dan ambil tindakan yang selanjutnya Machang Bubuk.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Sorry Datok Keramat. I, saya rasa dia bukan sampai yang sedikit yang boleh dibersihkan oleh PBT. Walaupun jika kita pergi kompaun RM500 setiap hari kepada tuan tanah itu, itu boleh dibuatlah. Memang PBT boleh buat. Tapi untuk PBT pergi bersihkan tapak itu saya rasa itu satu mission impossible.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Thank you Machang Bubuk kerana bantu PBT membuat satu keputusan sekarang. Tau kaedah mana nak digunakan. We had all that in mind, I didn’t want to say it, but you said the right thing is gonna be imposible. So the most likely is the first option which is what we can do according to the law. We can only act according to the law at the moment.

But like I said coming back to enforcement and penyelarasan antara agensi. I think that has to be look into and we are looking into that in future cases. You see like this case it will be slap in the wrist. If it is just a RM100 dollar fine a day continuously so I said this on the very beginning but the action was taken under this particular law and therefore any enforcement for breach of the order we have to be based on this law...(dengan izin) Dato’ Speaker.

51

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Datok Keramat.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Saya rasa pandangan ini saya sangat memang faham tapi keadaan sebenar di mana ini sudah menunjukkan ada kelemahan dari segi undang-undang kita di mana sekarang isu ini tidak akan diselesaikan. Sebab dalam undang-undang kita hanya bagi RM500 tapi kawasan itu tidak akan dibersihkan. Isu saya, saya kata sekiranya saya cadangkan bolehkah kita buat pindaan undang-undang rampas balik tanah? Itu yang saya nak tanya.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Saya sudah jawab pada jawapan lisan asal. Saya kata ada banyak jenis undang-undang bukan satu undang-undang sahaja. Ada undang-undang di mana memerlukan tanah dirampas. Ada undang-undang yang memerlukan denda sampai satu setengah juta ringgit. Ada undang-undang yang memerlukan hukuman penjara sampai lima tahun. Mengapa tak ambil tindakan di bawah undang-undang itu?

Kerana tak ada penyelarasan antara agensi. That is the problem. And that is why we have looking into that for future cases. This is a bitter lesson learned but this is what happen and we want not to make this mistake in the future. And even Sungai Dua agree with me the laws exist is not the question of amending the law. In fact at the beginning when this all occurred here on the Island I thought we must have new law or amend the law. But actually after studying Dato’ Speaker, not necessary.

We have to have better inter-agency coordibation. That is more important. And I think for future cases dengan izin we will take necessary action to hold them up to make sure one of them one of the cases will served as a deterrent dengan izin towards would be offended Dato’ Speaker. Saya teruskan kepada perumahan sekarang.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Teruskan dengan perumahan.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Saya ingin sentuh sedikit berkenaan perumahan. Saya ingat perumahan hari-hari saya ada sebut dalam sidang-sidang akhbar. Saya tak mahu ulangi banyak. Tetapi isu terbaru yang kita dapati baru-baru ini adalah berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Negara Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng di dalam Ucapan Belanjawan Negara 2020 di mana mereka atau beliau melihat kepada di dalam keaadaan ekonomi yang lembap sekarang ada overhang di dalam penjualan hartanah.

Overhang means untuk rakan-rakan saya di sini setelah CCC diperolehi untuk sesuatu pembangunan itu, unit perumahan itu tidak dapat dijual dalam tempoh sembilan bulan. It means upon CCC within nine months we don’t sell it goes into the overhang category and the number will increase. Di negara Malaysia 52 kita ada empat bandar utama iaitu Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang yang memang ada overhang. Tetapi untuk makluman semua saya ingin umumkan Negeri Pulau Pinang overhangnya terkawal. Dari tahun sudah sehingga tahun sekarang daripada 3,000 lebih 3,300 lebih unit dalam kategori overhang ini, ia turun kepada 3,100 lebih unit sahaja.

There was reduction. Although there is still overhang. But in others state overhang dia dari tahun ke tahun melonjak begitu banyak. Johor kalau saya tidak silap daripada empat lima ribu dia pergi mencecahi 10,000 di dalam tempoh satu tahun. So nationally there is reason to look into this problem. Tapi overhang juga ingin saya nyatakan bukan satu jenis hartanah sahaja. Pelbagai perumahan ada overhang. Dari perumahan mampu milik sehingga perumahan mewah.

Tapi ini ingin saya nyatakan pada semua di sini. Overhang sebenarnya adalah terhadap rumah-rumah mewah sahaja. Kepada rumah yang mampu milik overhang dia begitu minimal sahaja. In fact out of the few thousand I told you it just in double digit only when it comes to mampu milik memang laris dijual. I always tell developer go towards mampu milik because there is a market for that. Tetapi sekarang Dato’ Speaker sememangnya di peringkat pusat ada satu keputusan untuk mengurangkan threshold yang dibenarkan harga untuk dibeli dari warga asing di mana nationally one million in the moment 1 juta that mean satu juta dan ke bawah kalau kita warga asing tak boleh beli tetapi di Pulau Pinang memang itu tidak diterima pakai sudah pun kerana di Pulau Pinang di peringkat ini di bahagian pulau threshold untuk warga asing untuk landed ialah tiga juta threshold untuk strata iaitu kondo ialah satu juta dan atas.

That is threshold untuk Island. We already different in that sense nationally. And then Seberang Perai side Dato’ Speaker,pula threshold untuk landed adalah satu juta dan atas. Threshold untuk strata ataupun kondo ialah 500 dan ke atas. Actually it is less than the national level. So, on the island is higher and on the mainland it is less. I always say circumstances differ not just intra-state but within a state it self and Penang is a very good example. Untuk makluman semua di sini. Threshold yang dicadangkan RM1 juta untuk dikurangkan di peringkat pusat ialah daripada RM1 juta kepada RM600,000. Di peringkat negeri kita akan buat keputusan sama ada untuk mengikut keputusan itu untuk menangani overhang yang berlaku.

Saya pergi kepada visi Pulau Pinang 2030 di mana kebetulannya Dato’ Speaker. Daripada 16 tema, sub-tema daripada tema pokok yang saya nyatakan tadi. Family Focus, Smart, Green, State That Inspires The Nation the first sub theme if I may put it that way. Yang diberi keutamaan ialah perumahan. That is the first one. That is why perumahan is very closed to my heart. And I very happy to make announcement to selaraskan kita punya hasrat visi selama ini kepada visi 2030. Kerana sebelum ini kita lihat kepada PRU yang akan datang. In 2022. So now we have to re-organize how we are going to move forward where housing is concern in Penang. Seperti mana semua tahu, keutamaan diberi oleh Kerajaan Negeri terhadap pembekalan Perumahan Mampu Milik termasuk Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Mampu Milik. Kos Rendah kita akan kekalkan pada RM42,000 dan Kos Sederhana Rendah RM72,500, Rumah Mampu Milik diperingkat Pulau sehingga RM300,000 beberapa pelbagai produk ada berbagai jenis di Pulau sehingga RM250,000. Untuk makluman semua di sini saya ingin ulangi, di PRU-14 di dalam Manifesto kita di Pulau Pinang, kita buat satu janji untuk tidak kurang daripada 76,000 pelbagai jenis rumah mampu milik ini menjelang 2022. 53

Tapi sehingga sekarang Dato’ Speaker ingin saya nyatakan di sini. Kita telahpun cecahi angka itu sehingga sekarang kita di 102,335 unit rumah mampu milik. Pelbagai jenis yang telah dibina, yang di dalam pelbagai peringkat pembinaan dan yang akan dibina iaitu telah dibina 29,959. Yang di pelbagai peringkat pembinaan 23,985 dan dalam perancangan ataupun telah dilulus untuk dibina 48,391 unit.

Dato’ Speaker sememangnya cabaran terbesar seperti mana saya nyatakan dahulu berkenaan pembekalan perumahan ialah apabila tawar, apabila kita siap bina dan buat tawaran bakal pembeli itu dia pergi ke bank ditolak permohonan pinjaman dia. Dan ia masih berlaku. And itu adalah satu permasalahan yang saya telah bincang dengan Menteri di peringkat pusat, bukan sahaja Menteri KPKT juga Menteri Kewangan dan kita dalam usaha untuk bincang dengan Bank Negara Malaysia bagaimana hendak tangani perkara ini. Tetapi sebelum itu, kita perlu fikirkan kaedah bagaimana kita boleh merumahkan mereka yang tidak dapat akses pinjaman ini. They still need houses, and until we settle this problem, we have to look at other ways to house them. Dan saya dengan Ketua Menteri bersependapat bahawa kaedah sewa-beli perlu dipertingkatkan. The Rent To Own concept has to be a look into futher. Seperti mana semua tahu kita sudahpun ada dua (2) projek perintis di bahagian Seberang Perai Selatan di Jawi iaitu Taman Seruling Emas dan Taman Sungai Duri yang mendapat satu sambutan yang begitu hebat apabila kita lancarkan 2, 3 tahun yang sudah. Dan selepas visi 2030 dilancarkan di dalam tajuk perumahan juga disentuh tentang konsep RTO perlu ditingkatkan dalam bajet yang diucap oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri saya dinyatakan merujuk pada visi Penang sasaran ialah seribu. Tetapi saya gembira untuk menyatakan sehingga kini kita telah kenal pasti beberapa projek lain yang membawa jumlah yang kita ada untuk diagihkan melalui kaedah sewa- beli ini sehingga hari ini 2,079 Dato’ Speaker.

Dan Dato’ Speaker saya balik kepada angka 102,000 yang sudah kita capai setakat ini. Tetapi perlu diselaraskan dengan visi 2030. Jadi apakah hasrat dan objektif kita sehingga 2030 another ten years. Saya telah maklum pada perumahan dan juga digariskan dalam visi 2030 kita hendak tidak kurang daripada 180,000 unit. Pelbagai mampu milik untuk rakyat negeri Pulau Pinang di Pulau Pinang. Dan saya yakin ini kita dapat capai. Dan baru-baru ini apabila saya lancarkan skim RTO ataupun sewa-beli yang terkini di Tasek i think Taman Seri Desa not mistaken yang haritu saya bincang dengan Sungai Dua. Saya ada buat satu pengumuman. Saya selalu beri cabaran kepada semua anggota saya di dalam portfolio saya Datuk-Datuk Bandar, Keseluruhan Pejabat Perumahan saya. I always said that style. So, saya kata kalau kita ada sasaran 180,000 unit pelbagai rumah mampu milik, let us put a target at least 10% of that under the RTO skim. Which means eighteen thousand, at moment where two thousand and seventy nine, if I’m not mistaken Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker ini adalah serba sedikit yang saya ingin nyatakan. Ada dinyatakan tentang PPR. They are very important, very a good question pelbagai YB. terutamanya Sungai Dua...(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan yang berkenaan kos rendah tadi. Saya just nak mohon, nak tanya jika rumah-rumah perumahan yang dibuat oleh pihak JKP sebagai contohnya Seri Burma, Kos Rendah 100, Wazlian 317 rumah kos rendah di 54

Mengkuang dan Concrete Gold about 100 to 200. Saya nak mohon sangat supaya dipercepatkan sebagai contohnya Wazlian sudah mohon dekat 10 tahun. Dan apa yang disyaratkan ialah pemaju itu kena buat apa ini highway or fly over which is too expensive and saya rasa mungkin boleh dibuat oleh JKR.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Okay. We can discuss this details no problem.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Okey. Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Memang kita hendak mereka unit-unit ini dibina dengan secepat yang mungkin tapi ada garis panduan dimana syarat-syarat akan diletakkan oleh kedua-dua PBT dan itu perlu dilihat of course we can look into the case by case basis, I will discuss with you later. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini berkenaan PPR. Projek Perumahan Rakyat. Sememangnya saya selalu nyatakan kita Pulau Pinang daripada hampir 110,000 unit di seluruh negara Malaysia kita negeri dengan terkecil di mana rekod kita hanya menunjukkan kita hanya ada 999 sahaja. Dan baru-baru ini of course kita telahpun kenal pasti beberapa bidang tanah dan telah maklum pada KPKT agar PPR dibina di situ. Iaitu yang pertama di Jelutong dan ada sekarang di setiap, we have identify one. At least one more new PPR to come out with each this of this 5 district. Namun demikian baru-baru ini saya terima satu surat daripada Menteri. Di mana Menteri dia kata, dia hendak jenamakan semula PPR di mana dibuat ia secara request for proposal, that means kalau ada tanah kita buat RFP dan dijual pada harga antara RM95,000 hingga RM300,000. This is the penjenamaan semula. I have my views about that. Dan saya telah openly nyatakan.

Saya berpandangan bahawa kementerian perlu melihat semula kerana kita memang memerlukan PPR. Itu satu keperluan kerana ada golongan yang tidak mampu beli pun. But that is why, we have come out with the concept of Rent To Own. And I think Rent To Own can answer this problem until unless the Menteri agree with me to revert back to PPR. Because in any event there is two things. One (1) if RFP ok fine because somebody has to build the building that is fine, we can go by RFP. But untuk dijual pada RM90,000 itu tak boleh, saya tak boleh terima. At least you jual at RM42,000 or below that, then we can. Then we can do by way of RTO, if you don’t want to rent also. Because RTO is a way of ownership but by way of rental dengan izin. So, itu dalam perbincangan saya dengan Menteri. Ya silakan Sungai Dua.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Datok Keramat. Datok Keramat faham bila saya nak tanya soalan. Cuma tentang rumah PPR saya sebut dalam ucapan saya bahawa kebanyakan yang mohon rumah PPR mungkin dalam senarai ada 2,000 lebih ke 3,000 lebih. Memang mereka yang tidak mampu langsung untuk memiliki rumah, tak boleh nak beli. Tak dak kemampuan pendapatan mungkin RM3,000, RM2,000 tak mampu untuk beli. Saya rasa memang perlu sangat-sangat kita bina rumah PPR dan saya merayu kepada pihak Datok Keramat supaya memikirkan tentang 55 isu ini. Kalau boleh dicadangkan supaya Kerajaan Negeri mencari sumber ataupun membina rumah PPR ini untuk kemudahan. Walaupun kita dah ada banyak saya ingat ada 5,6 PPR. Tapi masih belum mencukupi. Yang kedua (2) tentang isu rumah kos rendah tadi. Saya perlu tekankan supaya rumah A dan B perlu sangat- sangat di teruskan dan saya nak tanya satu soalan berkaitan dengan pembangunan rumah kos rendah swasta

Adakah pihak swasta diwajibkan membina rumah kos rendah terlebih dahulu sebelum membina rumah-rumah yang mahal dan adakah OC atau CCC kelulusan untuk menduduki rumah itu diperolehi sebelum rumah kos rendah dibina? Makna kena wajib bina kos rendah rendah baru dapat OC kalau tidak, pemaju ni kadang-kadang dia tak buat kos rendah dia minta pengecualian, itu yang kita risaukan.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Sungai Dua soalan yang kedua dahulu, sememangnya syarat untuk mendapat CCC perlu kos rendah ataupun kos sederhana rendah mengikut daerah perlu dibina. Kalau mereka tak bina dibenarkan diperingkat ini sehingga 80% kita boleh pertimbangkan untuk lulus CCC untuk kos biasa dikeluarkan kunci dulu. On thought of that they still have to give us bank guarantee, in case kalau dia abandoned this projek at least kita ada dana untuk continue our self.

Sememangnya itu adalah satu syarat dan sememangnya dalam rancangan structure negeri keperluan ada di situ ada 30% untuk kos rendah atau kos sederhana rendah dan kita telah perluaskan sekarang kepada mampu milik juga. PPR saya balik memang betul. Tadi Dato’ Sungai Dua kata RM3,000 tak boleh. Actually kita di Pulau Pinang saya punya senarai menunggu kita hanya layakkan mereka RM1,500 sahaja tidak melebihi untuk PPR. Lebih teruk Dato Sungai Dua. Dato’ Speaker. And of course at the moment our PPR is RM100 sewa, caj penyelenggaraan RM24. So total RM124 in all. But when you talk about PPR like that dia akan sewa sepanjang hayat. Dia tak akan milik. Tapi RTO dia akan milik lepas satu tempoh dan saya sudah berjaya dalam projek-projek saya yang saya lancarkan dalam lingkungan dalam RM200 hingga RM225 sahaja. Which is not far from RM124 if you can pay RM124, I think RTO is the way to go. So, walaupun ada penjenamaan semula dam sebagainya di peringkat pusat, I still berbincang dengan dia dan I agreed if they can’t do it, never mind they do by way of RFP. But we come out with the RTO concept, or maybe one or two PPR for the really hardcore. But I don’t agreed with the price of RM90,000. So I’m going to most likely get consent from the state government to communicate with the minister and say that yes if you want to jenama kan semula so be it. But we want to have our own price cap for this type of categories perumahan.

Dato’ Speaker saya hendak akhiri dengan menyentuh satu lagi perkara iaitu seperti mana saya nyatakan keutamaan untuk perumahan kita adalah bekalan yang mencukupi saya telah perincikan semua angka-angka yang kita sasar dan kita sudah dan sedang dan sebagainya. Keutamaan kedua setelah bekalan ini di buat Dato’ Speaker adalah juga penyelenggaraan dan saya hendak ringkaskan bahawa kita akan teruskan dengan pelbagai tabung penyelenggaraan yang kita ada. Kita ada tabung perumahan untuk Kerajaan Negeri skim-skim perumahan awam Kerajaan Negeri, kita ada tabung penyelenggaraan untuk skim-skim layak di pihak swasta dan tabung-tabung penyelenggaraan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan untuk perumahan diselia mereka. 56

Dan untuk makluman keseluruhan jumlah yang kita telah belanja setakat ini dari tahun 2008 untuk keseluruhan skim-skim ini adalah hampir RM232 juta sehingga hari ini Dato’ Speaker. Dan kita akan teruskan ini kerana kita lihat ada segelintir golongan yang memang tidak dapat mampu menyelenggara perumahan-perumahan mereka. Tapi ada satu lagi saya nak sentuh isu penyelenggaraan sebelum saya sudahi Dato’ Speaker. Iaitu dahulu Kerajaan Pusat juga ada tabung penyelenggaraan saya selalu bangkit la semua orang tahu. Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia. Jadi apa yang sudah berlaku sekarang. Saya dapat maklumat terkini sememangnya TP 1 Malaysia tidak wujud lagi, tapi dia dijenamakan semula kepada dua jenis tabung, Satu (1) Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPP) dan satu lagi (PPP) saya pun tak boleh ingat tetapi haritu saya ada sebut.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ya, ya dalam soalan lisan.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Saya ingin nyatakan kepada dewan bahawa kita sememangnya telahpun masukkan permohonan, dan diharapkan lah permohonan yang melingkungi hampir RM100 juta ini dapat kita terima satu jawapan yang positif. Dato’ Speaker, dengan itu...(gangguan).

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Minta laluan. Yang Berhormat Datok Keramat, dalam ucapan perbahasan saya semalam, saya ada menyentuh tentang perlunya satu kaedah kutipan bayaran maintenance, jadi dalam usul saya tersebut, supaya diadakan satu enakmen atau pun undang-undang supaya kita boleh buat enforcement melalui kerjasama PBA atau pun TNB supaya dapat menyelesaikan masalah yang lebih besar. Terima kasih.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Oh, you mean potong dia punya api air?

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Ya. Sebab saya melihat sekarang MC atau pun JMB tak ada kuasa untuk…(gangguan).

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Mereka perlu pergi ke mahkamah lah itu undang-undang, because they have. Untuk isu supaya paksa mereka lah bayar, potong eletrik dan air, sememangnya perumahan kita telah bincang sebelum ini and I think I bangkit in Dewan sebelum ini. I think the legally we have a problem doing that, that is the reason why we cannot. We discuss with both PBA and TNB. But we can always relook it. I think there was a suggestion I believe by one of my members here untuk membantu dalam pembayaran mereka terutamanya mereka yang ingkar bayar kerana mereka dalam kategori golongan berpendapatan rendah dan berkemungkinan besar mereka menerima wang-wang kebajikan yang dikeluarkan oleh negeri seperti warga emas, all of wang emas dan AES di mana telah ditopup 57 kan kepada RM770, RM790 sorry, there’s was a suggestion which we can take into consideration. Daripada apa yang diberikan kepada mereka. Kalau kita lihat mereka perlu bayar itu RM120, potong, I think Yang Berhormat Sungai Dua is the one who suggested, potong daripada wang yang diberikan ini. Dan itu satu perkara yang akan saya bincang di peringkat negeri kerana I think that is a good suggestion. So dengan kata-kata itu, saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya di Dewan Undangan ini dan saya mohon menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat. Seterusnya saya ingin mempersilakan Ahli Yang Berhormat seterusnya, Paya Terubong.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, rakan-rakan sekerja di dalam MMK dan juga Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Salam Sejahtera dan selamat tenghari.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana diberi peluang untuk membentangkan ucapan penggulungan bagi menjawab soalan-soalan tambahan berkaitan isu-isu pembangunan, pelancongan, seni budaya dan warisan yang telah dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan di DUN ini. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu yang berkaitan portfolio saya. Sebenarnya sebanyak 40 lebih muka surat ucapan saya telah disediakan tetapi saya akan cuba pendekkan penggulungan saya. Kalau harap boleh habiskan sebelum pukul 1.00.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tahun depan Pulau Pinang juga akan menyambut Tahun Melawat Pulau Pinang 2020 yang diilhamkan sebagai sebagai Experience Penang Year 2020 seiring dengan usaha di peringkat kebangsaan untuk Visit Malaysia Year 2020 juga. Experience Penang Year 2020 atau pendeknya EPY2020 dengan tag line ‘The Diversity of Asia’ telah dilancarkan pada bulan Jun tahun ini di peringkat negeri dengan memberi fokus kepada kepelbagaian Pulau Pinang yang ditampilkan melalui Warisan, Budaya, Kesenian dan banyak aspek yang menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi yang paling menggamit kenangan untuk dilawati di Asia.

Sehubungan ini, pelbagai usaha telah dijalankan bagi mempromosikan Pulau Pinang di mata dunia melalui Kerajaan Negeri, PETACH, agensi-agensi kerajaan dan juga pihak swasta. Untuk menjayakan inisiatif ini melalui semua peringkat, sesi-sesi brainstorming turut dijalankan untuk mendapatkan penglibatan penggiat-penggiat pelancong.

Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang turut mengumumkan pelbagai insentif melalui Bajet 2020 untuk membangunkan industri pelancongan serta menjenamakan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan dengan sasaran 30 juta pelancong. Antaranya termasuk meneruskan pemberian 50% hasil cukai pelancongan kepada setiap Kerajaan Negeri untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri. Di peringkat Kerajaan Negeri untuk menggiat aktiviti pelancongan antara strategi yang sedang dikaji oleh Pejabat PETACH 58 termasuk insentif penerbangan, insentif kepada agen pelancongan tempatan, beca rebranding exercise...(dengan izin), melincinkan proses kutipan hotel fee serta mempertingkatkan sistem pengumpulan statistik dan data. Kita terdapat pelbagai program menarik termasuk produk pelancongan terbaru bermula dengan Penang Grand Parade yang akan diadakan pada 1 Januari tahun depan untuk kick- off Experience Penang Year 2020 tahun depan.

Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang pada masa yang sama selaras dengan wawasan pembangunan Negeri Pulau Pinang yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang pada 27 April tahun ini, Kerajaan Negeri sedang merangka Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang sebagai pelan komprehensif Kerajaan Negeri untuk membangunkan pelancongan di seluruh Negeri Pulau Pinang serta mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama.

Matlamat pelan ini adalah untuk menetapkan hala tuju strategik pembangunan pelancongan Pulau Pinang bagi tempoh 2020 sehingga tahun 2030. Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism (PGT) telah melantik konsultan untuk menyediakan Pelan Induk Pelancongan ini. Status penyediaan pelan ini adalah dalam Fasa ke-2 iaitu pengumpulan maklumat dan analisis data. Sebanyak (2) laporan telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri iaitu 1 Laporan Awalan (Inception Report) dan 1 Laporan Interim. Penyediaan pelan tersebut mengikut jadual dan berada di tahap 60% siap selepas empat (4) perbincangan kumpulan fokus yang diadakan dan dijangka disiapkan sepenuhnya pada Disember tahun ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada perbincangan dalam usaha menyumbang kepada Pelan Induk Pelancongan tersebut.

Terdapat beberapa kawasan eko-pelancongan yang telah dikenal pasti melalui sesi kajian Pelan Induk Pelancongan ini di kawasan Balik Pulau dan Seberang Perai yang amat berpotensi untuk dijadikan tempat tarikan eko- pelancongan. Kajian-kajian yang lebih mendalam akan dijalankan untuk merealisasikan tempat-tempat sebegini termasuk kawasan-kawasan paya bakau, sungai dan hutan lipur seperti yang dibangkitkan oleh kesemua ADUN-ADUN di sini.

Bukit Bendera, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seperti mana yang diketahui umum, Bukit Bendera merupakan destinasi pelancongan utama di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas pengumuman peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2020 bagi pembinaan kereta kabel baru ke Bukit Bendera. Saya ingin merujuk kepada kekhuatiran Yang Berhormat Sungai Dua bahawa peruntukan RM100 juta yang bakal disalurkan tersebut akan menguntungkan pihak swasta daripada rakyat Pulau Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat, kaedah peruntukan ini disalurkan atau dibelanjakan masih belum dimaklumkan oleh Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek kereta kabel dapat menyelesaikan isu waktu menunggu yang panjang terutamanya pada waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti umum. Pengunjung akan mempunyai pilihan samada menggunakan perkhidmatan kereta kabel atau perkhidmatan funicular ke puncak Bukit Bendera. Pembinaan kereta kabel juga dilihat sebagai salah satu pengangkutan alternatif di Bukit Bendera. Pada tahun 2019, sehingga 17 Oktober tahun ini, sejumlah 1,380,851 pengunjung telah melawat Bukit Bendera dan berdasarkan statistik tersebut, Bukit Bendera merupakan salah satu tarikan pelancong yang sangat unggul dan penting di Pulau Pinang yang juga 59 popular bukan sahaja di kalangan pelancong tempatan dan juga di kalangan pelancong asing. Jumlah menunjukkan peningkatan jumlah pengunjung pada tahun 2019 berbanding dengan tahun 2018 pada masa yang sama. Ini juga menunjukkan keseimbangan dalam usaha promosi dalam negara dan luar negara dan peningkatan infrastruktur Bukit Bendera turut dapat memanfaatkan pelancong tempatan dan juga antarabangsa.

Projek kereta kabel juga akan menjadi tarikan pelancongan iconic tambahan di Pulau Pinang dan dapat meningkatkan imej Pulau Pinang di mata dunia. Dengan peningkatan pengunjung ke Bukit Bendera secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi bukan hanya kepada pengusaha besar malah kepada perniagaan kecil dan sederhana di sekitar Pulau Pinang dan juga termasuk rakyat di Pulau Pinang.

Seperti saranan Yang Berhormat Air Itam, Kerajaan Negeri akan memastikan Projek Kereta Kabel dilaksanakan dengan betul dan terperinci. Pada masa ini, status pelaksanaan projek adalah di peringkat tender bagi kajian pre- feasibility kereta kabel.

Pelancongan Cruise. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pelayaran cruise telah menyumbang kepada pembangunan pelancongan di Pulau Pinang. Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat KOMTAR dimaklumkan bahawa pelayaran cruise pada waktu senja pernah dikendalikan pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, operasi cruise di waktu senja tersebut telah ditamatkan pada tahun 2009 berikutan dari penutupan operasi di Tanjong City Marina.

Pada masa ini Penang Port Sdn Bhd (PPSB) lebih menumpukan perhatian kepada pelayaran cruise antarabangsa selain bersiap sedia untuk melaksanakan pembangunan semula Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) iaitu cadangan untuk melebarkan jeti di SPCT iaitu cadangan untuk melebarkan jeti di SPCT. Dengan pelaksanaan projek pelebaran jeti di SPCT tersebut, ianya dijangka dapat menerima 2 buah kapal cruise (mega cruise ship) serta memuatkan sekurang- kurang 12 ribu orang penumpang pada satu-satu masa. Segala penambahbaikan terhadap operasi di SPCT termasuk pengendalian semula operasi cruise pada waktu senja akan di cadangkan kepada Penang Port Sdn Bhd selepas projek pelebaran jeti di SPCT selesai sepenuhnya.

Pejabat PETACH sebenarnya juga telah bertembung dengan beberapa operator yang berminat untuk memulakan round island cruise dengan izin, dan produk-produk pelancongan lain yang mempunyai potensi untuk perairan Pulau Pinang. Cadangan tersebut adalah dalam peringkat perbincangan untuk meneliti secara lanjut produk pelancongan ini yang merupakan satu peluang untuk penduduk tempatan dan juga pelancong menghayati keindahan Pulau Pinang.

Program di Seberang Perai. Yang Berhormat Yang di-Pertua, merujuk kepada saranan Yang Berhormat Bukit Tambun, Kerajaan Negeri sememangnya menyokong penganjuran program-program pelancongan di Seberang Perai khususnya yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun seperti berikut:

(i) Pesta Seni & Kebudayaan 2019 yang telah diadakan pada 15 hingga 17 Ogos 2019 di Pasar Bukit Mertajam.

60

(ii) Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang ke-2 yang telah diadakan pada 16 hingga 18 Ogos tahun ini di Laman Padi Jeti Kampung Terus, Guar Perahu. Saya juga ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Penanti atas usaha beliau untuk mempromosikan kawasan tersebut dan juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan produk pelancongan baru ini di Pesta Pulau Pinang. sehubungan itu, cadangan Yang Berhormat Penanti untuk membangunkan zip line di kawasan Kampung Terus sebagai produk pelancongan yang baru bersekali dengan Pesta Padi tahunan atau juga Fresh Water Wet Land, adalah mempunyai potensi dan Yang Berhormat Penanti turut boleh menghantar satu kertas cadangan berkenaan cadangan ini untuk dikaji dan dipertimbangkan untuk tahun depan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Tambahan sikit, lupa nak sebut. Okay kita juga mendapat permohonan daripada Persatuan Bot Naga sebab di Kampung Terus juga ada 800 meter sungai yang lurus the only sungai lurus di Pulau Pinang. jadi mereka minta supaya Sungai Perai di depan Kampung Terus tu, dari titi Kampung Terus sampai ke Desa Damai tu, dijadikan tempat latihan bot naga dragon boat dan juga International Dragon Boat Race 2 kali setahun. Lagi satu ialah loji …(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey. Hantar cadangan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Because PBA also here, the lagi satu ialah loji PBA yang terbengkalai di depan Sungai Kampung Terus itu dijadikan chalet atau pun resort sebab ia sudah terbengkalai 20 tahun.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey, sudah. Jawapan, hantar cadangan kepada EXCO.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

Memang betul Dato’ Yang di-Pertua. Pejabat saya sentiasa open untuk menerima apa-apa cadangan dan thank you for your idea. Dan juga Pesta Pulau Aman Seberang Perai Selatan tahun 2019 yang telah diadakan pada Oktober baru- baru ini di Pulau Aman. Selain itu, merujuk kepada soalan YB. Penanti di mana kebanyakan program pelancongan adalah dianjurkan di bahagian Pulau sahaja. Saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri juga menganjurkan pelbagai program di Seberang Perai untuk mempromosikan industri pelancongan di Seberang Perai. Antaranya termasuk Butterworth Fringe Festival, Perarakan Chingay Pulau Pinang, Pertandingan Tarian Singa Atas Tiang Antarabangsa Pulau Pinang, Penang Celebrate Chinese New Year di Auto City dan juga Penang Celebrate Hari Raya di Design Village dan lain-lain lagi. Kerajaan Negeri akan terus mewujudkan pelbagai produk pelancongan berkualiti termasuk program yang boleh diletakkan di dalam kalendar tahunan di bahagian Pulau Pinang dan juga bahagian Seberang Perai. Inilah janji Pejabat PETACH saya.

61

Pejabat PETACH telah menjemput ADUN-ADUN melalui surat-surat yang telah dihantar untuk mengemukakan produk pelancongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan di kawasan Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk diteliti agar dapat dipertimbangkan untuk dibangunkan sebagai tapak pelancongan. Pejabat PETACH belum menerima cadangan daripada Yang Berhormat Permatang Pasir berkenaan cadangan produk pelancongan untuk mengadakan satu floating market di kawasan tersebut tetapi pejabat saya memang mengalu-alukan supaya kertas cadangan tersebut dapat dihantarkan secepat mungkin agar dapat ditelitikan oleh konsultan di bawah baik untuk pelancongan.

Majlis Kesenian Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan eko-sistem yang memupuk pembangunan industri kreatif dan juga bidang perkhidmatan khusus termasuk bidang kesenian dan kebudayaan. Bagi tujuan ini Kerajaan Negeri memang bercadang untuk menubuhkan satu Majlis Kesenian Negeri Pulau Pinang atau dikenali sebagai Penang State Arts Council... (dengan izin). Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Seri Delima, Majlis Kesenian Negeri Pulau Pinang, Penang State Arts Council merupakan badan induk untuk menyelaras dan menguruskan pembangunan industri kesenian Pulau Pinang dengan lebih bersepadu dan mampan. Majlis ini akan menetapkan polisi dan hala tuju Negeri Pulau Pinang dalam bidang kesenian dengan berkesan di samping mengetengahkan isu-isu semasa yang perlu ditangani oleh Kerajaan Negeri.

Pada masa ini, Kerajaan Negeri dalam proses mengkaji terma rujukan untuk penubuhan Majlis Kesenian Negeri Pulau Pinang pada tahun depan, termasuk juga mengkaji dari segi peruntukan dan bajet yang akan diperlukan untuk penubuhan majlis tersebut untuk jangka masa panjang sebab kita belum memastikan bahawa peruntukan yang secukupnya dapat diperuntukkan untuk, bukan hanya untuk penubuhan majlis tersebut dan juga untuk operasi sepanjang long term untuk Penang State Arts Council tersebut. Selain itu, Pejabat PETACH juga dengan kerjasama penggiat industri kesenian Pulau Pinang akan menganjurkan Arts Penang untuk pertama kalinya di bulan Mei dan juga bulan Jun untuk tahun 2020 untuk mempromosikan dan meletakkan Pulau Pinang di kalangan masyarakat kesenian antarabangsa. Ini adalah untuk meletakkan Pulau Pinang setaraf dengan negara-negara ASEAN seperti KL Biennale, Singapore Biennale dan Jakarta Biennale untuk menarik pembeli-pembeli antarabangsa dan juga artis- artis untuk berkumpul di Pulau Pinang dan berkongsi bakat serta menjulung Pulau Pinang sebagai satu destinasi kesenian antarabangsa.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):

Saya ingin mencelah sedikit saja. Terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Terubong sebab inisiatif untuk mempromosikan ya, warisan kebudayaan dan kesenian Pulau Pinang ni memang, memang wujudnya kita nampaklah. Dan orang kata, Diversity of Asia ya, this is what “Experience Penang Year 2020” is about...(dengan izin). Dan saya rasa saya yakin bahawa di Pulau Pinang ini kita memang mempunyai Diversity...(dengan izin), yang lebih banyak kalau kita, orang kata, kalau kita bandingkan dengan Singapura. Jadi produk yang jauh lebih banyak dan saya cukup mampu ya, kita dapat mempromosikan banyak lagi perkhidmatan pelancongan. Tetapi apa yang saya nak titik beratkan itu adalah contohnya apabila kita mengadakan ataupun Kerajaan Negeri mengadakan Arts Week sebagai contohnya, sebenarnya ada juga beberapa artis tempatan yang 62 mengeluh bahawa mereka tidak diajak ataupun to english centered ataupun another words, it tends to favors one type of group...(dengan izin). Jadi kalau boleh kita seharusnya melibatkan para artis, para pemuzik from all walks of life, from every layer in society juga. Itu cadangan jugalah, cadangan saya, terima kasih.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Yang Berhormat Paya Terubong, sedikit saja tentang isu-isu yang berkaitan juga. Sememangnya tadi saya mendengar hujahan Yang Berhormat Paya Terubong tentang penganjuran Arts Week ini. Sememangnya ini merupakan salah satu aktiviti yang sememangnya akan mengembangkan khususnya sektor seni di Negeri Pulau Pinang ini tapi cumanya kita mendapat sedikit pertanyaan ataupun query di mana, tadi Yang Berhormat berkata bahawa penganjuran Arts Week pada Mei dan Jun, pada bila? Sebab hari tu ada di kalangan penggiat seni ini telah memaklumkan bahawa mungkin tarikh tu agak dekat sedikit dengan George Town Festival, penganjuran Georgetown Festival pada tahun depan di mana kedua-dua program yang besar ini merupakan program kesenian juga dan kita menerima cadangan lah di mana kalau boleh kita tengok balik tarikh ataupun tarikh penganjuran agar ia tidak bertembung dua-dua program ini dan akan menarik, akan mengurangkan penyertaan kalangan ramai kepada program ini. Dan tentang penubuhan Majlis, Penang Arts Council itu, sememangnya saya mengambil sambutan yang baiklah tentang Penang Arts Council tersebut. Cuma saya ingin bangkitkan tentang Penang Arts District juga di mana saya berharap…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang Berhormat, sekarang, kalau begitu mengapa tak bahas ucapan perbahasan?

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Sikit saja, sikit saja, tambahan kepada Penang State Arts Council itu di mana Penang Arts District tu sepatutnya mungkin kita boleh dimasukkan juga di bawah seliaan Penang State Arts Council tersebut agar pergerakan Penang Arts District ini dapat dipercepatkan. Terima kasih.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soo Hin):

Seri Delima dan juga Pengkalan Kota, memang hala tujunya untuk Penang Arts District akan diseliakan oleh Penang State Arts Council in the future and untuk makluman, Arts Penang yang dicadangkan untuk diadakan pada tahun depan adalah more on visual arts dan GTF telah menjadi satu festival untuk performing arts yang terkenal untuk Pulau Pinang. Jadi Arts Penang yang dicadangkan adalah more on visual arts yang tidak akan contra dict dengan GTF yang lebih tumpu kepada performing arts. Dan ke semua usaha-usaha ini adalah untuk meletakkan Pulau Pinang sebagai satu destinasi kesenian seperti yang kita sama-sama mengharaplah. Dan seterusnya mengenai pelancongan perubatan.

63

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Dato’ Yang di-Pertua, mohon mencelah sebab tidak ada maklumat tentang cadangan untuk zon budaya dan seni di kawasan Seberang Perai, akan dijawab nanti atau?

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soo Hin):

I rasa ini akan dijawab pada hari esok untuk soalan lisan Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Okey, terima kasih.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soo Hin):

Soalan 57, esok.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Soalan lisan sudah ada, bahas, nak bahas nanti. Ini panjang masa. Sila, sila.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soo Hin):

Yang di-Pertua, kerajaan Negeri akan secara berterusan untuk memantapkan pelancongan perubatan iaitu medical tourism...(dengan izin) di Pulau Pinang. Bagi menjawab pertanyaan YB. Bukit Tengah, perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan Pulau Pinang terus menjadi destinasi pertama untuk pelancongan perubatan di Malaysia dan terunggul di rantau Asia adalah seperti berikut;

(i) Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penang Center for Medical Tourism yang merupakan satu ikatan hospital-hospital swasta di seluruh Negeri Pulau Pinang. Ia ditubuhkan untuk meningkatkan daya saingan sektor perubatan di Pulau Pinang di tahap antarabangsa.

(ii) Menganjurkan program roadshow dan sesi rangkaian iaitu networking session di destinasi sasaran pihak ahli hospital seperti di Indonesia, Dubai, Shanghai, Hong Kong, Guangzhou, Songkhla dan lain-lain negara untuk memperkenalkan Pulau Pinang sebagai destinasi perubatan.

(iii) Penembusan pasaran-pasaran baharu di Indonesia seperti Bandung, Kalimantan, Makassar, Palembang dan Surabaya melalui lawatan sesi rangkaian, ikatan B2B dan B2C.

(iv) Penembusan pasaran-pasaran baharu seperti bandar taraf kedua dan juga taraf ketiga China atau 2nd tier or 3rd tier cities (dengan izin), serta Negara Timur Tengah disebabkan oleh penerbangan terus ke Guangzhou melalui Southern China Airlines dan juga Doha melalui Qatar Airways.

(v) Seterusnya menumpukan kepada pemasaran bukan tradisional seperti pemasaran digital dan juga pemasaran radio.

64

(vi) Menjalankan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan supaya menambahkan penerbangan terus ke Pulau Pinang. Inisiatif ini telah membawa dan juga mencatat kejayaan seperti berikut:

(a) Penerbangan ke Guangzhou melalui China Southern Airlines meningkat ke 14 seminggu pada, mulai bulan April tahun ini;

(b) Penerbangan ke Doha melalui Qatar Airways juga telah meningkat ke lima kali seminggu pada Oktober tahun ini;

(c) Penerbangan baharu ke Changsha & Quanzhou melalui Qingdao Airlines 2 kali seminggu sejak November tahun ini, baru-baru ini; dan

(d) Penerbangan baharu ke Jakarta melalui Batik Air 7 kali seminggu sejak bulan Mei tahun ini juga. Dan dijangkakan akan lebih lagi penerbangan baru yang akan diwujudkan melalui usaha PETACH yang akan direalisasikan di bulan Disember dan bulan Januari.

(vii) Dan seterusnya kita juga memastikan semua kemudahan infrastruktur yang menyokong industri pelancongan perubatan berfungsi dengan baik supaya pesakit dari luar negara dapat merasakan suasana yang mesra, aman dan selamat semasa di Pulau Pinang. Berdasarkan data…(gangguan).

Ahli Kawasan batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):

Mohon penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong. Saya rasa dalam Persidangan DUN yang lepas, saya pun telah bangkitkan bersama rakan saya daripada Bagan Dalam pun pernah membangkitkan sama ada penerbangan terus daripada Pulau Pinang ke India ini akan dibuat atau tidak. Kerana kita lihat ada ramai juga pelancong daripada India yang datang melancong di Pulau Pinang ini. So apakah rancangan daripada Yang Berhormat?

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soo Hin):

Saya boleh bagi jaminan kepada Batu Uban, India memang merupakan sasaran yang penting untuk Pulau Pinang dan pejabat saya memang mengambil berat terhadap penerbangan terus ke India ini. Dan juga saya pun telah menjalankan beberapa usaha yang YB. Bagan Dalam pun ada maklumkan, kita masih berusaha mendapatkan penerbangan terus dari India ini. Dan haraplah kita dapat menyaksikan penerbangan terus ini dapat dilaksanakan di tahun depan dan saya akan ajak YB. Batu Uban dan YB. Bagan Dalam sama-sama kita naik direct flight ke India ini.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Mengapa dua sahaja?

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Kami dua yang berjuang.

65

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sudah, sambung.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soo Hin):

Okey, semua di Dewan akan dijemput.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencelah sikit tentang direct flight.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sudah.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Just nak mencelah sikit saja. Sebab bukan, saya nak, sebab ini satu isu yang ramai yang tanya saya jugalah. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Paya Terubong kerana merupakan EXCO Pelancongan pertama Pulau Pinang yang telah melawat India untuk mempromosikan Pulau Pinang pada bulan Januari nanti, bulan Januari yang lepas. Dan, yeah it’s fact. I’ve checked, never, never before, he is the first EXCO pelancongan yang telah melawat. EXCO Pelancongan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sudahlah.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Okey, terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Buat kacau sahaja.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Just one, just one because this is important.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Penerbangan dari India?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Betul, pasal India. Betul, betul, tak saya just nak bagi recognition yang sebenarnya masa kita buat all the jetty and everything dekat Kampung Terus tu disebabkan oleh lawatan saya ke Kerala di India. Saya memang, saya nak sebut, Kerala India, dia punya the best boat house. So itu saya nak cadangkan kepada EXCO Pelancongan, please pergi ke situ, ada aircond, untuk makan, boleh rehat,

66 ada, ya, ya, YB. Machang Bubuk pun sudah pergi. Dan saya nak kata ada banyak benda yang kita boleh belajar di situ. Terima kasih.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soo Hin):

Secara kebetulan saya pun baru balik daripada Kochi, Kerala dan saya memang dapat tahu bahawa di Kerala pun ada satu dia panggil, Snake Boat yang juga merupakan satu produk pelancongan yang terunggul di Kerala State ini. Saya pun bersetuju bahawa cadangan YB. Penanti tadi bahawa in the future kita pun mengkaji dragon boat boleh diadakan di Seberang Perai selain daripada yang…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Turut jemput Speaker supaya saya bagi masa yang lebih untuk ucap, (Ahli Dewan ketawa). Sila, kalau tak ada, jaga masa sudah pukul satu.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

Saya memang akan menjemput Yang di-Pertua dan semua di Dewan ini. Berdasarkan data Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), pada tahun 2018, Pulau Pinang masih merupakan destinasi perubatan yang terunggul di Malaysia, di mana ia merangkumi sebanyak 61% hasil pendapatan perubatan di kalangan negeri-negeri di Malaysia, iaitu berjumlah RM567.2 juta iaitu peningkatan sebanyak 8.7% berbanding dengan tahun 2017.

Bagi tahun 2019 pula, data P.MED dari Januari hingga Jun 2019 menunjukkan bahawa bilangan pesakit asing telah meningkat sebanyak 12.52% dan hasil pendapatan pula telah meningkat sebanyak 15.57%. Kerajaan Persekutuan turut menyokong pelancongan perubatan Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya melalui penganjuran Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020 (Malaysia Year of Healthcare Travel 2020) sebagai mengisi program Visit Malaysia 2020. Kempen tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan utama Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan di rantau Asia Tenggara ini. Pulau Pinang, sebagai pasaran pelancongan perubatan yang terbesar di Malaysia akan dapat memanfaatkan kempen ini secara maksimun.

Pembangunan Pelancongan di Bertam. Kerajaan Negeri amat berterima kasih di atas segala rancangan pembangunan pelancongan yang diberikan. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan YB. Bertam bagi pemajuan di Bertam dan ingin memaklumkan perkembangannya seperti berikut:

Pekan Kepala Batas sebagai Bandar Warisan – Pada masa ini, sebanyak 81 buah bangunan di kawasan Kepala Batas telah disenaraikan di dalam bangunan warisan di MBSP. MBSP sedang mengusahakan untuk mewartakan bangunan- bangunan tersebut sebagai bangunan warisan. Dalam masa yang sama, MBSP juga sedang dalam proses membuat kajian bagi mengkaji kesesuaian Pekan Kepala Batas dijadikan sebagai Bandar Warisan di Seberang Perai.

Kedua, Padang Benggali dalam bidang eko-pelancongan. MBSP telah mengenal pasti pesisiran Teluk Ayer Tawar – Kuala Muda sebagai aset pelancongan. MBSP dalam proses menyediakan dokumentari pelancongan bagi pesisiran pantai Telok Ayer Tawar dan Kuala Muda.

67

Ketiga, Kiosk Bertam sebagai hub makanan. MBSP akan membuat kajian dan perancangan bagi menambahkan elemen-elemen yang dapat menarik pelancong-pelancong bukan sahaja ke Kiosk Bertam tetapi ke Pusat Bandar Bertam Perdana secara keseluruhannya bagi memajukan sektor pelancongan.

Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Kerajaan Negeri sememangnya telah menyahut saranan Yang Berhormat Kebun Bunga untuk refresh dan memperkasakan produk pelancongan di tapak warisan dunia UNESCO George Town. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah menjalankan projek-projek memulihara dan memelihara warisan kebudayaan di Tapak Warisan Dunia George Town, ini termasuk:

Projek Pembangunan Kapasiti Warisan Kebudayaan Tidak Ketara yang Berasaskan Komuniti (Community-Based Inventory on Intangible Cultural Heritage).

GTWHI telah menjalankan projek ini sejak dari tahun 2017 dan telah berjaya memberikan latihan kepada 60 individu tempatan dalam mendokumentasikan warisan budaya masing-masing. Sekurang-kurangnya 50 upacara dan perayaan yang masih dijalankan di dalam tapak warisan Goerge Town telah didokumentasikan secara bersistematik, dan maklumat ini adalah penting bagi memahami praktis-praktis warisan kebudayaan yang berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan.

Projek Pembangunan Komuniti Tempatan Dalam Bidang Industri Kreatif, Pusat Interpretasi dan Muzium dalam Bandar Warisan George Town…(dengan izin) Empowering Local Communities through Creative Industry, Interpretation Centres and Museums in the Heritage City of George Town.

Kerajaan Negeri melalui GTWHI meneruskan kerjasama dengan komuniti tempatan dalam memperkembangkan dan mempromosikan industri kreatif berasaskan tradisi kebudayaan sebagai produk pelancongan Tapak Warisan Dunia George Town. Sekurang-kurangnya 13 aktiviti di bawah projek ini telah dijalankan, antaranya aktiviti merasai pengalaman warisan kebudayaan, contohnya penghasilan kuih secara tradisi, aktiviti memahami upacara perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya, aktiviti membuat colok secara tradisional dan Projek ini juga menggalakkan entrepreneur tempatan mencipta produk pelancongan yang baru, seperti permainan tabletop kaki lima yang telah di produce oleh orang tempatan. Dia itu seperti pemainan monopoli iaitu tabletop game yang memperkenalkan elemen-elemen kebudayaan warisan George Town dengan cara kreatif dan permainan ini ia sesuai untuk kanak-kanak dan juga sesuai juga untuk orang dewasa yang dapat memperkenalkan elemen-elemen Warisan George Town untuk orang awam bermain dengan game ini seperti monopoli. Bengkel Pengkhususan dan Pengurusan Galeri juga telah dijalankan pada 2 dan 3 November tahun ini kepada 30 orang peserta komuniti tempatan dan usaha ini telah meningkatkan kapasiti mereka dalam mengembangkan dan mempromosikan produk dan warisan kebudayaan mereka.

Usaha-usaha ini adalah penting bagi memastikan masyarakat tempatan diberikan keutamaan dan dapat menjana pendapatan yang mampan daripada aktiviti pelancongan warisan yang kian berkembang. Usaha seperti ini juga sangat disokong oleh pihak UNESCO memandangkan ianya dapat menyumbang kepada 68 nilai-nilai keunggulan sejagat Tapak Warisan Dunia George Town. Kerajaan Negeri amat komited untuk mempromosikan produk tradisi kebudayaan tempatan di Goerge Town dan akan terus berusaha membangunkan produk pelancongan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Berapit, Kerajaan Negeri sememangnya prohatin dalam usaha mengurangkan risiko kebakaran terhadap bangunan bersejarah di Pulau Pinang. Peristiwa kebakaran yang telah berlaku baru-baru ini di Pek Kong Cheng Tua Pek Kong Temple di Bukit Mertajam pada Julai tahun ini adalah peristiwa yang sangat menyedihkan kerana bangunan dan objek bernilai warisan kebudayaan telah terbakar. Kehilangan ini adalah amat dikesali dan kita pun memang tidak mahu incident seperti yang berlaku di Muzium di Brazil atau Okinawa baru-baru ini akan berlaku di Pulau Pinang. Sebenarnya incident yang berlaku di Pek Kong Cheng Tua Bukit Mertajam ini dapat diminimumkan sekiranya Pelan Pengurusan Risiko Bencana untuk Warisan Kebudayaan atau (dengan izin)…Disaster Risk Reduction for Cultural Heritage dapat disediakan sebelum berlakunya bencana.

Sejak tahun 2017, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah memulakan usaha pembangunan kapasiti untuk masyarakat tempatan dalam pengurusan risiko bencana terhadap warisan budaya. Beberapa siri Bengkel Pengurusan Bencana bagi Warisan Kebudayaan Berasaskan Komuniti telah dijalankan dalam usaha menyediakan pelan pengurusan risiko bencana terhadap bangunan warisan milik peserta, menyediakan strategi pengurusan risiko, dan dapat meningkatkan daya tahan peserta dalam menangani kebakaran sekiranya ia berlakunya.

Pihak GTWHI juga telah menjalankan program “Komuniti Sebagai Responden Kebakaran di Tapak Warisan Dunia George Town” yang memberi latihan keselamatan kebakaran kepada komuniti tempatan dan mereka diberikan satu set alat pemadam api dan alat pengesan api kepada mereka. GTWHI juga telah bekerjasama dengan Balai Bomba Lebuh Pantai untuk menjalankan kursus dan latihan praktikal kepada orang awam, dan telah mendapatkan sambutan yang sangat memberangsangkan.

Secara rumusan, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang supaya kedua-dua Kerajaan Tempatan iaitu MBSP dan MBPP dapat menyediakan pelan tindakan untuk memeriksa dan memperbaiki sistem pendawaian elektrik di semua bangunan bersejarah di Pulau Pinang secara berperingkat.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Minta celah. Tentang warisan di Seberang Perai saya dimaklumkan Enakmen Warisan Negeri telah membuat pindaan pada beberapa tahun yang lalu mengenai Pesuruhjaya Warisan tetapi sehingga kini di Seberang Perai masih lagi tiada Pesuruhjaya Warisan. Ini telah menyebabkan bangunan-bangunan di Seberang Perai yang berwarisan tidak, sehingga kini tidak gazetkan.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

Ya, memang betul. Selepas saya menjadi EXCO saya pun mendapati bahawa Enakmen Warisan ini memang telah diwartakan dan seorang Pesuruhjaya Warisan untuk negeri kita masih belum dilantik. Dan sebenarnya dahulu ada calon 69 tetapi calon tersebut tiada respond jadi pihak Kerajaan Negeri akan mesti dapatkan satu calon lagi. Sekarang dalam usaha ini.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Minta celah daripada Paya Terubong mengenai dengan jawapan tadi yang mengatakan bangunan warisan untuk memeriksa keselamatan seperti sistem pendawaian elektrik dan sebagainya. Daripada jawapan Paya Terubong, saya difahamkan ini adalah di bawah bidang kuasa PBT, kedua-dua PBT negeri ini. Jadi adakah ini bermaksud Paya Terubong, office daripada Paya Terubong akan sediakan satu senarai berkaitan dengan bangunan-bangunan yang dicadangkan PBT boleh menguatkuasa atas cadangan Paya Terubong supaya ini boleh dilaksanakan sebab mungkin sekarang dalam gray area. PBT pun tak ada, tidak melaksanakan pemeriksaan ini. Dan bangunan warisan yang dikatakan aset kepada negeri ini mungkin harus ditetapkan oleh EXCO Pelancongan. Itulah soalan saya.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

Saya percaya bahawa kedua-dua PBT mempunyai satu senarai yang mengandungi semua bangunan-bangunan warisan di bawah bidang kuasa masing-masing. Dan untuk pelan ini, cadangan daripada pejabat saya adalah untuk kedua-dua PBT ini dapat menjalankan pemeriksaan kepada semua bangunan warisan yang bersejarah di bawah bidang kuasa masing-masing. Pelan ini akan dimulakan di tahun depan supaya kedua-dua PBT dapat mengambil tindakan. Dan saya juga bercadang bahawa ADUN-ADUN di kawasan masing- masing juga boleh menyumbang dengan menyediakan latihan keselamatan kebakaran dengan kerjasama para Bomba masing-masing untuk memberi kesedaran kepada pemilik di bangunan warisan di kawasan masing-masing. Itu sebagai satu kerjasama dan juga saya pun percaya bahawa semua wakil rakyat pun ada tanggungjawab untuk membantukan perkara ini.

Merujuk kepada cadangan YB. Machang Bubuk untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk budaya penjaja makanan negeri Pulau Pinang, saya memang bersetuju dan menerima cadangan tersebut sebagai satu komitmen lanjut dalam mengusahakan pencalonan makanan jalanan iaitu street food Pulau Pinang untuk mendapatkan status UNESCO Intangible Heritage. Sejurus dengan itu, saya juga ingin mencadangkan agar Yang Berhormat Machang Bubuk yang begitu dekat, yang begitu minat, yang begitu champion untuk street food ini untuk mempengerusikan jawatankuasa khas tersebut. [Ahli Dewan menepuk meja].

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih Paya Terubong. Saya rasa memang boleh menerima tetapi seperti macam saya sebut semalam perlu ada sokongan-sokongan daripada jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan, bajet itu kena ada. Sekiranya perkara ini perlu ditubuh dengan begitu serius iaitu ia memang perlu diluluskan oleh pihak EXCO, maka saya sudi menerima cabaran itu. Tak ada masalah tetapi saya perlu ada satu kepastian, perlu ada sokongan daripada agensi-agensi kerajaan dan segala termasuk kewangan dan kepakaran, consultant yang perlu kita untuk mencapai pencalonan itu. Mengikut apa pengalaman yang telah kita capai UNESCO Heritage, George Town Heritage itu, ia saya rasa itu boleh jadi satu cara

70 atau role model yagn boleh kita bawa. Saya terima baik sekiranya saya diberi amanah atau kepercayaan daripada pihak Kerajaan Negeri.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih, sila sambung.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

Terima kasih atas kerelaan Machang Bubuk untuk mengambil alih, untuk mengambil task force ini. Saya, EXCO akan memastikan semua agensi-agensi yang berkaitan dan juga stakeholder yang berkaitan untuk berkumpul sekali memberi sokongan penuh untuk menubuhkan satu jawatankuasa ini untuk membantu Machang Bubuk melaksanakan tugas…(gangguan).

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Bukan membantu Machang Bubuk, ini membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini projek Kerajaan Pulau Pinang dan juga I think rakyat Pulau Pinang ingin melihatkan perkara ini jadi. Ini impian penjaja-penjaja di negeri Pulau Pinang ini.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

Memang setuju. Jadi marilah kita sama-sama menjayakan impian ini.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya ada soalah tambahan berkenaan heritage. Saya nak tanya adakah selain daripada George Town pihak Kerajaan Negeri akan cuba daftar sebagai contohnya macam Langkawi dia ada geopark under heritage, UNESCO Global Geopark lepas tu di Johor semua ada RAMSAR site. Jadi telah dicadangkan supaya kita pun dari Teluk Ayer Tawar to Penaga, to Kuala Muda dan juga di Wet Land di Hutan Air Itam Dalam sampai ke Sungai Mati di Kampung Terus itu mengikut RAMSAR Convention and Wet Land and International tu, dia boleh didaftarkan sebagai RAMSAR site. Saya nak tanya dan juga masa pesta padi dari tahun lepas dicadangkan supaya kawasan penanaman padi di Kampung Terus, Timbalan Menteri cadangkan untuk daftarkan sebagai Warisan Kebangsaan. Adakah Kerajaan Negeri akan membuat apa-apa susulan tindakan untuk mendaftar untuk RAMSAR ka, untuk geo park ataupun warisan kebangsaan?

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

Semua ini akan diambil maklum dan dibincangkan. Sebagai penutup Yang di- Pertua, Kerajaan Negeri telah membangunkan pelancongan Pulau Pinang untuk meningkatkan ekonomi rakyat. Oleh itu, saya berharap supaya penduduk tempatan akan dapat merasai hasil pembangunan pelancongan dan turut menikmati program-program pelancongan yang diadakan di Pulau Pinang.

71

Mungkin oleh kerana kesuntukan masa, saya mungkin tidak dapat menjawab setiap soalan atau cadangan daripada semua ADUN. Namun begitu, saya mengalu-alu YB.-YB. Dapat menghantar cadangan-cadangan atau input- input mengenai pelancongan, kesenian, kebudayaan dan warisan kepada pejabat saya supaya kita sama-sama menjadikan Pulau Pinang sebagai satu hab pelancongan yang unggul.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan, hari ini hari akhir beliau berkhidmat untuk negeri Pulau Pinang dan jasa beliau akan sentiasa dikenangi oleh seluruh rakyat negeri Pulau Pinang dan dengan ini sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Paya Terubong. Ahli-ahli Yang Berhormat kita perlu berhenti rehat dan kita bersidang semula jam 2.30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.

Dewan ditangguhkan pada jam 1.17 tengah hari.

Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang.

Setiausaha Dewan:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Ahli-ahli Yang Berhormat kita berada dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Batu Maung.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Bismillahir Rahmanir Rahim, Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II, Ahli-ahli Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Assalammualaikum dan salam Sejahtera, Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana diberikan kesempatan bertemu dan berkumpul dalam Dewan Yang Mulia ini. Menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas pada petang ini untuk membawa amanah dan harapan rakyat Negeri Pulau Pinang. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas belanjawan tahun 2020 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ketika membentangkan rang undang-undang 72 pembekalan dan usul anggaran pembangunan Pulau Pinang pada tahun 2020 sempena Mesyuarat Kedua Penggal Yang Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas Negeri Pulau Pinang dengan tema Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama sebagai iltizam untuk mencapai visi Negeri Pulau Pinang 2030 sebagai sebuah negeri yang memberi fokus kepada pembinaan institusi keluarga, negeri hijau dan pintar dan menjadi inspirasi kepada Negara.

Saya memikul tanggungjawab sebagai Ahli MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Perdagangan antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna, Koperasi dan Pembangunan Usahawan yang telah diamanahkan kepada saya. Saya berharapkan belanjawan ini menjadi satu 'catalyst' kepada usaha untuk merapatkan jurang yang kaya dan miskin, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan juga memberi tumpuan kepada golongan B40 sesuai dengan tema Pulau Pinang 2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama.

Sepertimana ucapan belanjawan 2020 Pulau Pinang pada 1 November 2019 bahawa pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang berkembang secara positif dan menjelang suku tahun kedua 2019 ekonomi Malaysia telah mula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus berbanding 4.5 peratus pada suku tahun pertama. Kita sungguh pun 2018 dalam keadaan ekonomi yang agak muram 2018 Negeri Pulau Pinang mencatatkan GDP sebanyak 5.1 dibandingkan dengan pusat yang mencatatkan GDP 4.7. Seterusnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menjelaskan sehingga Jun 2019 MIDA atau pun Lembaga Pembangunan Pelaburan-Pelaburan Malaysia telah meluluskan pelaburan berjumlah 9.2 bilion yang mana lebih tinggi berbanding 5.8 bilion pada keseluruhan tahun 2018 dan daripada jumlah tersebut sebanyak 8.7 bilion adalah pelaburan asing (foreign direct investment) manakala RM0.5 bilion adalah pelaburan tempatan.

Dan ini menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang mencatatkan jumlah pelaburan pembuatan tertinggi Malaysia dan mewakili 35 peratus daripada jumlah pelaburan langsung FDI Nasional dan industri elektrik dan elektronik iaitu E&E kekal sebagai penyumbang pelaburan tertinggi untuk Pulau Pinang dengan jumlah 93%. Ini menjadikan Pulau Pinang terus kekal relevan sebagai lokasi pelaburan strategik yang menjadi tumpuan pelabur. So, dari segi GDP Pulau Pinang mengatasi angka nasional. Dari segi sektor pembuatan manufacturing juga Pulau Pinang mengatasi angka pusat. Cuma dari segi sektor perkhidmatan ini Pulau Pinang kita ke bawah sikit daripada prestasi pusat.

Seterusnya saya akan terus memberi laporan tentang perkembangan jawatankuasa MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa. Saya mulakan dengan melaporkan tentang zon perdagangan bebas digital atau Digital Free Trade Zone (DFTZ) yang merupakan satu inisiatif untuk manfaatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi internet dan aktiviti e-dagang atau e-commerce...(dengan izin), merentas sempadan atau cross border.

Penang DFTZ merupakan platform untuk memudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka dengan menjadikan e-dagang sebagai keutamaan. Pada Julai 2019 Menteri Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Yang Berhormat Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa Lapangan Terbang Pulau Pinang antara tiga (3) lokasi terbaru di bawah inisiatif zon bebas perdagangan digital DFTZ 2019 untuk menjadikan Malaysia sebagai hab e- capaian, e-dagang serantau original e-commerce trading hub. 73

Kerajaan Negeri seterusnya telah mendatangani satu (1) MoU di bawah inisiatif Penang DFTZ pada 17 Oktober 2019 dengan Syarikat Fusionex International bagi perlaksanaan Penang Smart Trade Facilitation Platform dan Intelligent Logistics Hub sebagai satu (1) platform logistic pintar dan pemudahcara perdagangan pintar antara Negeri Pulau Pinang dengan komuniti tempatan, serantau dan global yang akan membolehkan perniagaan memanfaatkan penumpuan pertumbuhan ekonomi internet serta perdagangan rentas sempadan.

Terdapat beberapa konsep utama yang akan diperkenalkan antaranya di bawah inisiatif Smart Facilitation Trading Hub ini. Pertama platform ini dijangka akan memanfaatkan (IoT) Internet of Things atau sensor data untuk mengesan pergerakan barangan dan meningkatkan operasi dan yang kedua analisi Big Data untuk memberikan pandangan berharga mengenai import, eksport, pemindahan, penanda aras global, trend, ramalan dan tuntutan pengguna global.

Seterusnya MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri masih dalam peringkat cadangan dan kajian supaya Pulau Pinang position...(dengan izin) kedudukannya yang strategik sebagai Regional Trading Hub dengan perkembangan pembesaran Lapangan Terbang Udara Bayan Lepas dan juga pembesaran Penang Port dengan menggunakan platform e-commerce sebagai pemudah cara.

Pulau Pinang seperti tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat dan Speaker tahu ialah mempunyai sejarah kurun ke-14, 15, 16 sebagai Regional Trading Hub di rantau ini. Dulunya Medan, Phuket, Myanmar, Vietnam menggunakan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pusat dagangan di kurun tersebut. Seterusnya untuk pengeksport MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Perdagangan Antarabangsa juga baru-baru ini telah mengadakan Export Day atau Hari Eksport pada 31 Oktober yang lepas. Sambutan kepada program yang dianjurkan bersama MATRADE, PDC, MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa telah mendapat sambutan yang baik. Program ini memberi panduan kepada para usahawan kita bagaimana memasuki pasaran-pasaran antarabangsa dan dalam siri itu diberikan tunjuk ajar dan taklimat bagaimana memasuki pasaran Vietnam, Indonesia dan juga China. Di Pulau Pinang juga kita bersama-sama ucapkan tahniah kerana telah ditubuhkan satu inisiatif daripada pihak swasta, apa yang dipanggil (ATPC) Asean Trade Product Centre. Di mana produk-produk daripada Pulau Pinang dan Asean yang adakan memasuki pasaran China boleh menggunakan platform ATPC yang berpusat di Pulau Pinang.

Seterusnya MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa mengalu- alukan saranan Yang Amat Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Pantai Jerjak yang mengumumkan bahawa ruang dan peluang akan dibuka untuk para usahawan memasarkan barangan mereka menggunakan outlet-outlet di airport yang sekarang ini terdapat 100 outlet. Pengumuman oleh Pantai Jerjak ini akan memberi peluang kepada usahawan dalam negeri kita untuk manfaatkan memasarkan barangan mereka di pintu masuk negara.

Seterusnya perkara-perkara di bawah Penang International Halal Hub. Saya ingin menjawab soalan daripada Sungai Dua Yang Berhormat Sungai Dua yang mencadangkan agar Kerajaan Negeri membuat pemeriksaan ke ruang memasak di restoran di Negeri Pulau Pinang bagi memantau status halal, kebersihan makanan dan sebagainya. Untuk makluman, Yang Berhormat Sungai Dua permohonan bagi mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah bersifat 74 sukarela. Bidang kuasa pemeriksaan premis oleh Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang adalah tertakluk kepada premis restoran yang memohon atau memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Namun melalui agensi-agensi lain seperti Jabatan Kesihatan Negeri yang melakukan pemeriksaan dari sudut kebersihan dan keselamatan makanan dan sekiranya terdapat aduan atau maklumat tentang penyalahgunaan dan perbahasaan dan penandaan halal, barulah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP akan membuat pemeriksaan ke atas premis berkenaan. Seterusnya Sungai Dua turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada maklumat senarai syarikat yang menghantar makanan supaya status makanan halal dapat dijelaskan secara terus kepada pengguna.

Untuk makluman Sungai Dua, pengguna boleh menyemak status halal syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran makanan, melalui Direktori Halal Malaysia di portal rasmi Halal Malaysia www.halal.gov.my. Sejak tahun 2014, pihak JAKIM telah memperkenalkan permohonan persijilan Halal Malaysia untuk skim logistik pengangkutan dan pergudangan, bermakna logistic dan warehousing.

Syarikat-syarikat penghantaran makanan ini, boleh memohon untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia, melalui permohonan untuk skim logistik. Dan hal ini akan memberi pilihan kepada pengguna, untuk membuat keputusan dalam menggunakan khidmat syarikat penghantaran makanan.

Tuan, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Ya, silakan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya cuma nak sentuh sedikit tentang isu syarikat penghantaran makanan. Sebab syarikat yang terlibat, telah menggunakan senarai nama. Dan dalam senarai tu, kalau kita check pun tak disebut halal atau tidak tapi tempat, tempat yang disediakan makanan tu, kadang- kadang meragukan.

Kadang-kadang nama-nama contohnya nama melayulah, kita kata nama- nama kedai tu. Tapi, penyediaannya bukan penyediaan yang halal. Sebab dia campur masakan-masakan tidak halal sekali. Jadi kadang-kadang makanan yang diambil tu, dihantar kepada yang order tu orang Islam. Dia tak tau pun kata kedai tu, kedai yang tak halal. Ini berlaku. Sebab saya bincang, sembang dengan orang yang kerja menghantar barang makanan ni, dia ambil di kedai tak halal. Tapi di order oleh orang Melayu, sebab dia tak tau kedai tu kata terlibat dengan masakan yang tidak halal sekali. Jadi, ini banyak yang berlaku.

Jadi kalau boleh, kita kena tengok balik senarai tu. Senarai kedai tu yang betul-betul halal letak sebelah, yang tak halal sebelah. Tak boleh sekalikan. Bila sekalikan orang tengok nama ja, nama tu dia ingat nama yang halallah, sebenarnya tak halal. Macam mana kita nak selesaikan masalah.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Terima kasih Sungai Dua. Pihak JAIPP yang mewakili JAKIM ada audit berkala, dan kita juga mengambil laporan aduan-aduan yang

75 diterima. Sebenarnya proses pengsijilan halal Malaysia ini, cukup teliti ataupun stringent dan restoran syarikat yang mendapat pengiktirafan sijil halal ini, perlu mempamerkan logo sijil halal itu. Kita membuat audit berkala dan sekiranya ada laporan sebegitu, mereka boleh melaporkan terus kepada pihak JAIPP yang mewakili JAKIM Malaysia.

Seterusnya Timbalan Speaker, Industri produk halal dunia, dianggarkan sekitar USD 7 trilion atau kira-kira RM28.91 trilion. Negara mensasarkan usahawan tempatan dapat merebut peluang keuntungan sekurang-kurangnya 5%, daripada nilai produk halal dunia atau kira-kira USD 350 bilion atau RM1,445.5 bilion.

Dan untuk itu, Halal Pulau Pinang yang sudah masuk tahun ke 10 tahun ini, sedang menyemak semula hala tuju PIHH dari segi transformasi dan pihak JAKIM, pihak Halal Development Corporation pun, juga telah dan sedang membuat transformasi dengan dunia era ekonomi digital yang ada sekarang ini. Sama juga dengan PIHH, sebab itulah pada Penang International Halal Conference yang baru- baru ini kita memperkenalkan the first global halal blockchain, pada conference bulan April lalu.

Ini supaya para usahawan industri halal ini, bersedia dengan era digital ekonomi ini. Kena bersedia. Dan kita pun bukanlah keseorangan, blockchain ini kalau kita lihat dua tiga hari lepas Presiden Xi Jinping, China mengumumkan bahawa Kerajaan China akan membuat research tentang blockchain ini, yang dapat memberi manafaat kepada industri dalam era dunia digital yang ada sekarang ini.

Seterusnya, saya nak terus ke bahagian Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna. Saya menerima dua soalan berbangkit daripada YB. Sungai Dua dan Yang Berhormat Telok Bahang, berkaitan Hal Ehwal Pengguna.

Soalan Yang Berhormat Sungai Dua dan YB. Telok Bahang, berkaitan isu kenaikan harga barangan contohnya seperti gula, ikan, ayam dan sayur- sayuran. YB. Telok Bahang turut membangkitkan isu, berkaitan kenaikan harga barangan disebabkan terdapat permintaan yang tinggi oleh pengguna, atau disebabkan Kerajaan Negeri tidak dapat menampung keperluan pengguna.

Untuk makluman Sungai Dua dan juga Telok Bahang, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi harga barangan, dan perkhidmatan seperti penawaran dan permintaan, kos pengeluaran, kos pengangkutan, kadar upah, kadar tukaran wang asing dan sebagainya.

Sebagai sebuah kerajaan yang mengambil berat terhadap kepentingan rakyat di bandar mahupun luar bandar, pelbagai inisiatif dan program telah diambil oleh kerajaan melalui Kementerian KPDNHEP bagi memastikan harga barangan adalah berpatutan. Antaranya,

(i) Penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan. Pencatutan maknanya harga yang berlebihan 2011, dengan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang cuba menaikkan harga barangan dan mengambil keuntungan yang tidak munasabah;

76

(ii) Menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga. Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit 1993 bagi mewajibkan peniaga meletakkan tanda harga; seterusnya;

(iii) Meneruskan pemberian peruntukan subsidi dan mengawal barangan keperluan asas iaitu tepung gandum kegunaan am, minyak masak, 1kg gula putih bertapis, gas memasak, petrol RON95 dan diesel untuk pastikan pengguna menikmati barangan pada harga yang tidak membebankan; seterusnya;

(iv) Menjalankan pemantauan harga barangan keperluan asas di seluruh negara oleh Pegawai Kementerian Harga, Pegawai Pemantau Harga Kementerian; dan

(v) Melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.

Sepanjang tahun ini, perayaan Hari Raya Cina, Hari Raya Puasa dan baru-baru ini sempena Deepavali baru-baru saya turun ke Supermarket dan mendapati di musim tiga-tiga musim perayaan ini, harga barangan adalah berpatutan.

Dan ada Supermarket, Hypermarket yang menawarkan harga yang kadang- kadang 50%, daripada harga kawalan harga maksimum musim perayaan yang diletakkan oleh KPDNHEP. Seterusnya, vi. Mengadakan Program Penyeragaman Harga bagi membolehkan pengguna di kawasan pendalaman, menikmati harga barangan kawalan seperti beras, tepung gandum, minyak masak, gula putih bertapis LPG, RON Petrol RON95 dan diesel dijual pada harga yang dikawal oleh kerajaan.

Sehingga bulan Oktober tahun 2019, sebanyak 252 kes tanda harga di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, telah diambil tindakan dalam operasi dan pemeriksaan di seluruh Pulau Pinang, melibatkan nilai kompaun sebanyak RM34,700.00.

Sepanjang tahun 2019, sebanyak 32 notis di bawah Seksyen 21 telah dikeluarkan kepada peniaga kerana disyaki mencatut. Dan 2 kes di bawah Seksyen 53A, kerana peniaga gagal menyelenggara rekod perniagaan. Kedua- dua kes telah dikompaun.

Seterusnya Gerakan Pengguna Daerah. Gerakan Pengguna Daerah atau GPD adalah sepenuhnya di bawah seliaan, makna bajet dan pengurusan KPDNHEP yang dijenamakan semula pada tahun 2001, yang dahulunya dikenali sebagai Sukarelawan Pemantau Harga (SPH).

Penubuhan GPD di Pulau Pinang, selaras dengan matlamat Kerajaan Persekutuan untuk bantu kerajaan dalam memantau harga barangan, penanda harga dan perkhidmatan. Tugas-tugas GPD merangkumi;

i. Merancang, menyelaras dan melaksana aktiviti kepenggunaan peringkat daerah;

ii. Memberi pandangan kepada Gerakan Pengguna Negeri, dalam sebarang perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan.

77

Di peringkat Negeri Pulau Pinang, Kumpulan Pemantau Pengguna KADUN yang ditubuhkan pada 4 Julai 2008, di setiap 40 Dewan Undangan Negeri dengan kerjasama CAP, Persatuan Pengguna Pulau Pinang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri secara langsungnya telah terbubar dengan penubuhan GPD, Gerakan Pengguna Daerah.

Jawatankuasa Gerakan Pengguna Daerah dilantik daripada wakil Persatuan Pengguna peringkat daerah, perwakilan dari badan-badan perniagaan setempat, agensi-agensi kerajaan peringkat daerah serta individu yang aktif dalam bidang kepenggunaan. Tetapi di Negeri Pulau Pinang, pendekatan berbeza dibuat iaitu Yang Berhormat ADUN melantik seorang jawatankuasa GDP mewakili daerah masing-masing. Di Pulau Pinang, berbeza sikit. Kita berikan ADUN untuk melantik seorang calon GPD, bagi wakil daerah masing-masing.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Minta penjelasan.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Ya.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Dato’ Batu Maung. Yang Berhormat Batu Maung. Berkenaan dengan GPD ini. Memang saya pun telah menerima permohonan untuk dipanjangkan kepada Menteri, Pejabat EXCO. Saya nak tau, apakah kuasa yang ada pada AJK GPD ini.

Adakah mereka jawatankuasa, itu boleh membuat lawatan ke kedai-kedai ataupun Supermarket semasa musim perayaan ataupun musim dimana harga barang itu naik.

Dan apa pula imbuhan yang diberikan kepada mereka. Ada tak mereka, kalau dia menyertai apa-apa operasi ke apa, ada tak apa-apa elaun akan diberikan kepada AJK GPD ini. Terima kasih.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Pemantauan oleh GPD ini, adalah dibuat bersama-sama dengan penguatkuasa KPDNHEP. Mereka juga boleh pergi sendiri. Tetapi, disegi penguatkuasaan itu, mereka tak boleh buat. Mereka cuma boleh melaporkan kepada penguatkuasa KPDNHEP.

Dan setiausaha, pengerusi dan setiausaha ada sedikit elaun. Saya tak sebutkan disini. Dan ada juga peruntukan untuk mengadakan program-program hal ehwal kepenggunaan.

Okey, seterusnya ialah MMK Koperasi. Sehingga Jun 2019, sebanyak 732 koperasi yang berdaftar dengan SKM Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pulau Pinang, meliputi 596 koperasi dewasa dan 136 koperasi sekolah dengan keanggotaan koperasi berjumlah 306,710 orang.

Bagi merencanakan pembabitan penambahbaikan gerakan koperasi di Negeri Pulau Pinang, pelbagai aktiviti dijadualkan bersama SKM, ANGKASA Negeri 78

Pulau Pinang dan Maktab Koperasi Wilayah Utara yang melibatkan semua jenis koperasi, termasuk koperasi dewasa, koperasi menengah dan koperasi sekolah.

Kerjasama erat daripada koperasi-koperasi dewasa ini turut menyumbang kesan baik kepada penduduk Negeri Pulau Pinang.

Bermula Jun 2018 sehingga hari ini, MMK Koperasi bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pulau Pinang telah menganjurkan siri jelajah Pasar Co-op bagi lima (5) daerah di Pulau Pinang. Program Pasar Co-op memberikan peluang kepada kita untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga jimat.

Selain itu, menjadi hasrat SKM agar program ini menjadi platform bagi membantu koperasi yang ditubuhkan dalam kalangan komuniti seperti ibu tunggal, belia, rumah ibadat dan sebagainya untuk mempromosikan dan meningkatkan jualan produk-produk mereka. Dengan harapan perniagaan yang dijalankan secara berkoperasi ini, dapat membantu meningkatkan sosio- ekonomi masyarakat dan komuniti setempat secara langsung, dan sekaligus dapat meningkatkan perolehan dalam gerakan koperasi dan seterusnya menjadi penyumbang yang berkesan kepada ekonomi negara.

Selain kita menawarkan pelbagai barangan pengguna dengan penjimatan hebat usahawan dan komuniti setempat turut diperkasakan dengan ilmu keusahawan mengguna pakai model business yang terkini sesuai dengan peredaran zaman IR 4.0. Pada Julai 2019, SKM berjaya menyediakan platform untuk koperasi-koperasi memasarkan produk mereka melalui konsep eBiz Co-op menggunakan platform PG mall yang turut didokong oleh kolobrasi bersama Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad. Ini merupakan alternatif terbaik kepada kedai fizikal Co-op Mart dan Co-op Biz dalam bentuk kiosk.

Seterusnya MMK di bawah MMK Pembangunan Usahawan, saya akan menjawab soalan berbangkit daripada YB. KOMTAR dan Sungai Acheh. Untuk makluman KOMTAR, asas penempatan kadar sewaan unit-unit di KOMTAR adalah berdasarkan kadar nilaian semasa yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Masalah utama yang dihadapi oleh KOMTAR adalah unit-unit kosong di kawasan podium sama ada di kawasan Fasa 1 atau Fasa 2 dan berdasarkan nilaian JPPH yang terbaru, kadar sewa bulanan semasa adalah antara RM2.00 RM2.79 sekaki persegi hingga RM3.34 sekaki persegi.

Kerajaan Negeri melalui PDC bersedia untuk mempertimbangkan kemungkinan pengurangan harga sewaan unit di KOMTAR kepada RM1.50 sekaki persegi atau pada kadar yang bersesuaian dan ke bawah. Walau bagaimanapun, ia memerlukan penelitian yang lebih menyeluruh kerana kurangnya sambutan perniagaan di KOMTAR pada masa kini bukan hanya berpunca dari faktor harga sewaan semata-mata tetapi juga faktor lain seperti ketiadaan tarikan yang sesuai, keadaan kemudahan dan prasarana semasa, keperluan teknologi, pemasaran persaingan dari kompleks perniagaan lain, keadaan ekonomi dan lain-lain. Selain itu kesan penurunan kadar sewa ini kepada PDC dalam aspek penjanaan hasil untuk jangka pendek dan jangka panjang perlu diteliti. Kita mengharapkan dengan pelancaran nanti UTC, kita harap peniaga-peniaga di KOMTAR akan mendapat manfaat hasil penubuhan UTC bila siapnya UTC nanti.

YB. Sungai Acheh ada mengesyorkan supaya insentif bantuan agensi seperti MARA dan FAMA diselaraskan dengan YB. ADUN Kawasan bagi memberi 79 peluang kepada golongan berumur di bawah 30 tahun membuat pinjaman. Untuk maklumat Sungai Acheh, agensi seperti MARA menyediakan kemudahan sokongan pembiayaan perniagaan kepada golongan belia melalui skim-skim seperti berikut. Skim-skim ini ada dalam website MARA, kita boleh tengok, panjang ini, ada dalam website MARA, ada untuk anak muda skim pembiayaan Putra RM10,000.00, Skim Pembiayaan Semai lepasan Kolej MARA RM50,000.00 dan kalau di bawah FAMA pula ada skim Caravan Tani, Motosikal Tiga Roda, K-Shop, Geran Kap. Semua ini ada dalam website FAMA dan juga MARA.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):

Minta laluan. Macam ucapan yang saya maklumkan sebelum ini juga, memang agensi-agensi ini dan juga jabatan ini dia ada geran atau pun pinjaman yang disediakan. Cuma saya maklumkan bahawa daripada inisiatif kita pada Kerajaan Negeri menggabungkan agensi-agensi ini untuk kita turun padang di ground ni supaya lebih kita touch depa di ground sebab ada yang mai di Pejabat ADUN sendiri mai tak ada peluang apa-apakah yang ada, bila kita habak MARA ini, ini, eh adakah? So mungkin mereka tak ambil tahu atau mereka tidak dapat pendedahan itu. Maksud saya itu iaitu macam PERDA di bawah KPLB, MARA di bawah ini, so gabungkan semua ini sekali kita buat satu program di daerah, turun di daerah ini supaya lebih pendedahan itu di peringkat akar umbi, itu maksud saya. Memang tahu, memang semua itu dia ada MARA, PNB, semua dia ada faedah-faedah yang perlu direbut peluang oleh anak-anak muda ini, itu maksud saya.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Sungai Acheh, saya ambil cadangan Sungai Acheh itu, kerana MMK Pembangunan Usahawan memang kita buat program. InsyaAllah kita ambil cadangan itu, kita akan gabungkan semua agensi pusat dan Federal untuk turun ke setiap daerah untuk supaya maklumat-maklumat program yang ada ini dapat kita manfaat kepada rakyat di kawasan-kawasan masing-masing.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan. Ini banyaklah wanita especially yang tanya saya banyak, banyak kalilah. Dia orang kata, saya pun dah buat dengan MARA juga, dengan usahawan Wanita dan masa taklimat semua memang baguslah, senang dapat, kalau 10, 000 ke bawah tu tak payah ada premis perniagaan, semua kan tapi sebenarnya bila lepas habis sesi itu, dah lawatan semua dah tengok all the automation yang kita nak, wanita nak buat, nak masak itu tak renyah, ada mesin- mesin semua tapi bila nak buat itu, banyak, macam-macam syarat yang dikenakan. Lagi satu, nak tanya, rasanya, selain MARA, ada banyak lagi orang lain yang buat yang KEMAS, lepas tu Asas Tani, macam-macam. Ramai orang tanya kenapa kalau agensi-agensi yang buat ini, yang untuk bantu usahawan itu dia asyik bagi peralatan dan barang-barang itu semua kepada orang yang dalam senarai, dalam senarai usahawan dia, orang-orang tu ja yang dapat. Jadi kalau orang-orang lain yang datang semua program tu memang tak dapat.

Ini pertanyaan yang mereka cakap. So bila dia orang pergi program- program ini, orang-orang yang memang dah ada dalam senarai so dia orang rasa macam pilih kasihlah. Maknanya orang-orang yang dah memang sentiasa dapat

80 tu akan sentiasa dapat macam-macam tetapi orang-orang baru yang datang program-program usahawan ini tak dapat. Itulah soalan dia.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Hussain):

YB. Penanti, saya akan minta maklumat ini. Usahawan-usahawan yang kata tak dapat ini, kita akan lihat mana-mana agensi yang boleh menawarkan sama ada geran ataupun pinjaman kepada usahawan-usahawan ini. Saya percaya semua agensi ini ada SOP dalam pertimbangan pinjaman atau pun geran dan mereka kena patuhi SOP sedemikian. Kadang ada yang blacklist, tetapi case by case saya akan ajukan kepada mereka yang rasa mereka tak diperduli atau pun tak dapat apa-apa ….(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Perasaan macam kegelisahan atau pun rasa tak puas hati ini because dia orang rasakan sekarang ini kita dah ada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang sama tetapi amalan-amalan atau pun senarai-senarai peniaga itu masih masa kerajaan yang dulu. So dia orang kata kita dah menang PRU selepas PRU 14 pun apa yang macam dia orang rasa macam diskriminasi terhadap usahawan- usahawan yang mungkin menyokong Pakatan Harapan, mereka rasa macam tu lah, maknanya kalau peniaga-peniaga yang usahawan yang diberi priority atau pun keutamaan sebelum kita menang itu tapi patutnya kalau selepas PRU 14, pihak Menteri atau pun pihak EXCO kena cuba tengoklah senarai-senarai usahawan yang diberi bantuan dan macam-macam facility, macam barangan, peralatan, duit, macam tu, itu yang dia orang tanya tu, yang rasa tak puas hati di kalangan usahawan kita.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifly Bin Ibrahim):

YB. Batu Maung, saya cuma nak sentuh sikit, saya rasa mungkin isu itu dia tak timbul, macam saya sebut tadi, isunya apabila, saya juga ada buat program bersama dengan MARA dan agensi lain tetapi yang mungkin macam saya sebut tadi, mungkin ADUN-ADUN lain yang mungkin tak dapat pendedahan itu semua. Bila kita garapkan semua agensi-agensi dan mana yang terlibat ini untuk kita buat program di peringkat daerah ini dia akan lebih menyeluruh. Macam yang disebut oleh YB. Penanti tadi, saya pun faham dia sebenarnya bukan apa, mungkin dia yang rapat dengan kita dia akan tahu, mungkin atau pun apa nama rapat dengan pegawai agensi tersebut dia akan tahu. Tetapi yang dia sibuk sama ada baru lepas belajar ka atau pun dia baru mula berniaga, jadi dia tak dapat pendedahan secara langsung. Mungkin dia sibuk dengan nak menguruskan perniagaan dia so dia tertinggal bab itu. Dia kurang dapat pendedahan so itu saya minta untuk dia turun, bila kita boleh touch di ground. Isu itu mungkin saya rasa terpencil sikitlah kalau kata yang ikut senarai, sebab saya tahu agensi-agensi yang dok ada ini banyak membantu kita cuma mungkin terlepas pandang atau pun mereka ini tak dapat nak rebut peluang ini sebab benda ini tak sampai ke peringkat ground ini, itu bagi saya mungkin macam itu. Terima kasih.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Seperti saya sebut tadi ialah Penanti kalau ada senarai mereka ini boleh berhubung dengan pejabat saya untuk kita tangani isu yang dibangkitkan tadi.

81

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Tentang usahawan juga Yang Berhormat. Sebab dua-dua kawan saya sudah bercakap. Ada skim, macam-macam skim untuk memberi pinjaman dan geran kepada usahawan kecil. Tekun salah satu daripadanya dan sebelum ini kita memang tahu dia kena ada tandatangan daripada Ketua Bahagian baru lulus. Dan Kerajaan pernah memberikan satu skim untuk usahawan India, khas RM10 juta setahun. SPUMI dia panggil, S P U M I, sampai sekarang masih usahawan yang mohon itu tak dapat, sekarang dia pun tak tahu dia kena pergi ambil tandatangan daripada Ketua Bahagian juga. Dulu ambil dengan Ketua Bahagian pun tak dapat sebab dia kata Ketua Bahagian ada kuota dia, dia kena bagi orang-orang dia dulu, lepas itu orang luar baru boleh dapat, kalau ada balance lagilah. Sekarang balance dia ada orang pergi mohon pun tak dapat. Apakah sebab perkara ini masih wujud. Minta ulas sikit. Thank you.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Bagan Dalam, saya duduk Bagan Dalam dua (2) tahun.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Suara pun dalam.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Sekarang tidak perlu lagi tandatangan Ketua Bahagian, tak perlu lagi. Sungai Dua boleh confirm.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Yang Berhormat, tapi masih belum, orang yang pohon sekarang pun tak dapat, SPUMI ini 10 juta ada dan masih ada balance lagi, kita dipanggil untuk pergi ke Putrajaya, mereka berikan satu taklimat kepada ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen masyarakat India. Mereka kata ini untuk, khas untuk masyarakat India diperuntukkan dalam Bajet sebelum ini, masih ada lagi. Apabila ada orang datang kepada kita, kita pun hantar pergi ke Pejabat Tekun, mohon, dia ada lagi, tak perlu melalui proses politik macam dulu. Ketua Bahagian tak payah sign, saya pun tak payah sign, you terus ini. Sekarang kita kata transparent, Pakatan Harapan transparent tetapi tidak diluluskan walau pun dia fulfill semua kriteria yang requirement itu.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Kita mungkin boleh memberi, jemput, ADUN Kawasan menjemput pegawai Tekun peringkat Negeri untuk memberi taklimat dan mereka, seperti yang sebutkan tadi, mereka ada SOP mereka sendiri dan kalau dulu saya percaya, dulu mungkin, sekarang mereka berhati-hati. Dulu banyak pinjaman Tekun tak bayar, peratusan yang tak bayar tinggi, mungkin dia ingat pinjaman pilihan raya,…..(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Dan dihalalkan.

82

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Dan peratusan tak bayar itu tinggi. Sama juga dengan dulu ada satu pinjaman penjaja dan peniaga kecil, saya dimaklumkan oleh YB Menteri KPDNHEP RM165 juta, 95% tak bayar. Itu di bawah kerajaan dulu. So kita mungkin lepas ini turun dan memberi taklimat kepada ADUN-ADUN Kawasan. Saya juga minta ADUN-ADUN Kawasan supaya kalau boleh ada data base sama ada penjaja dan peniaga kecil supaya maklumat-maklumat tentang program-program usahawan ini dapat disebarkan melalui Pusat Khidmat ADUN Kawasan kecuali mereka yang berdaftar dengan SSM, mereka yang berdaftar dengan SSM automatik SMECorp akan capture data base ini.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Batu Maung dan juga soalan yang berkaitan dengan Tekun. Dulu Tekun ada memberikan peruntukan khas untuk usahawan India, ada diberikan kuota khas. Tapi saya rasa sekarang ni, tak pasti lah kuota tu ada ka tak ada.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Ada lagi, ada lagi.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Yang baru, bajet yang baru. RM20 juta. Cuma syarat dulu la dikatakan mesti ketua bahagian. Saya rasa dia

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Jawapan dia ada tak ada Ketua Bahagian kena sign?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Dak, dia beri sokongan lah. Hanya sokongan.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Ada kira?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Bukan mesti, bukan mesti sign la. Bukan mesti ketua bahagian sign...(gangguan) Disokong. Biasalah di peringkat sekarang pun ada jabatan...(gangguan)

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Ya atau tidak?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Sokongan, sokongan. Kita menyokong la. Usahawan mai dekat kita, kita sokong. Ketua bahagian sokong.

83

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satess A/L Muniandy):

Dato’.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Tak semestinya wajib kena sokong. Ada yang tak sokong pun.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satess A/L Muniandy):

Dato’ Ketua Pembangkang, ini bukan kita sokong atau tidak. Dia dipaksa untuk rujuk kepada ketua bahagian. Ketua bahagian sokong, dia tengok, eh ini orang dulu la, ini sebelum 2018, dia tengok ini orang PAS kita tak mau bagi. Dulu. Ini orang, oh ini orang apa? Oh ini orang daripada PKR. Kita tak mau bagi. Itu cerita dia. Tapi sekarang tak ada. Tetapi masih lagi tak dapat. Itu yang kita nak tanya. Apa masalah birokrasi yang dihadapi oleh TEKUN? Tetapi sistem itu tidak harus dipakai, di mana perlu ada sokongan politik. Kenapa perlu ada sokongan politik? Itu soalan kita di sini.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey la. Saya ingat mungkin dulu kita, mungkin ditetap sokongan bukan ada...(gangguan)

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Saya ingat kita masuk pergulunggan, bukan perbahasan di sini....(gangguan)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Bukan mesti.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Jadi dipersilakan Yang Berhormat Batu Maung.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Tak wajib la. Bukan kata tak sokong politik, tak dapat.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Terima kasih Sungai Dua dan Bagan Dalam. Di bawah Visi Penang2030, MMK Penerangan Dalam Negeri, Antarabangsa, Penggunaan, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Usahawan diberikan tugas sebagai champion dalam visi Kerajaan Negeri untuk 'upgrade economy household' untuk meningkatkan pendapatan isi rumah. Dan di bawah inisiatif ini apa yang dipanggil ia sebagai 'initiative strategy B4 bawah vision Penang2030, dengan izin foster and ecosystem that 'nurtures creative industries' dan niche business. Dan inisiatif utama dalam visi ini ialah dengan izin 'to establish a culture and design cluster to develop creative talent, product and services'. Kedua maknanya mewujudkan satu creative industries, makna industri kreatif, perfileman, kemahiran, kraf, ini di bawah Visi2030. 84

Seterusnya, untuk membangunkan Penang 'start-up'. Maknanya perniagaan baru berdasarkan teknologi dan social enterprise. Ini istilah baru di mana pembabitan pihak-pihak korporat melakukan CSR membantu golongan B40 ini. Dan seterusnya 'business outsourcing' ataupun 'business services' yang saya sebutkan tadi business services di Pulau Pinang ini prestasi kita masih di bawah tahap nasional. Kalau manufacturing kita di atas, prestasi kita melebihi peringkat nasional, GDP kita melebihi peringkat national, bahagian services atau perkhidmatan ini, contohnya kewangan, 'accounting', 'logistic', 'design services', 'the like' of Microsoft, Pulau Pinang masih ke belakang sikit daripada national level. Ini kita nak galakkan lagi. Dan seterusnya menggalakkan 'co-working Space', 'e- commerce' dan 'digital business'. Itu diberikan tanggungjawab kepada MMK Pembangunan Usahawan. Satu cabaran yang besar.

Dan untuk itu, Sungai Dua ada sebut tentang blockchain, AI, VR, deep learning, machine learning, data analytics merupakan istilah-istilah baru yang ramai masih tak boleh nak garap. Dan untuk itulah yang saya sebutkan tadi Kerajaan Negeri dah peruntukkan RM2.1 juta untuk Penang Digital Corporation untuk memacu usaha bagi semua memahami dan juga bukan sahaja memahami, 'awareness', 'readiness' dan seterusnya di peringkat pelaksanaan dan penjawat awam yang saya sebutkan tadi telah diberikan peruntukan RM1.2 juta untuk kursus-kursus seperti kursus digital. Dan untuk itu, masa depan 'the future' adalah untuk anak muda. Bila isu-isu digital ini, masa depan ialah anak muda. Bukanlah kita nak abaikan golongan senior, tapi masa depan dalam era digital ini ialah anak muda. Sebab itulah program-program kalau MMK Pembangunan Usahawan setakat ini kita telah melatih 636 usahawan mengikuti program digital online, pemasaran digital setakat bulan Oktober ini. Dan kita sasarkan tahun ini sahaja kita akan dapat melatih 1000 orang usahawan. Maknanya kita ada lagi 300 lebih lagi usahawan untuk dilatih dan empat (4) program lagi yang akan kita adakan sebelum tamat hujung tahun ini. Tiga (3) semuanya di bahagian Seberang Perai. Kita sudah banyak program di sebelah Pulau, selebihnya ini kita akan tumpu kepada Seberang Perai. Dan saya akan edarkan tarikh-tarikh ini bermula pada bulan November ini untuk ADUN-ADUN kawasan, kalau ada usahawan-usahawan yang berminat untuk ikuti.

Saya memang galakkan kursus-kursus online ini di dalam era digital kerana kita lihat banyak, banyak perniagaan mula berkubur sampai makcik gerai pun membuat aduan, dia tak pernah merasa dalam tempoh, tahun ini jualannya berkurangan. Mungkin kerana produk jualannya sama dan juga sekarang ini banyak orang sudah tidak kunjung ke pasar, ke food court, mereka banyak order. Dan kadang-kadang makcik-makcik kita ni dia tak mampu menggunakan teknologi smartphone pun kerana matanya kabur, dia nak tengok pun jauh, macam itu. Sebab itulah di era digital ini kita minta anak dia. Kadang-kadang saya turun ke bawah, usahawan-usahwan ini yang mana kita nak pulihkan, minta kalau mereka ada anak, anaknya yang mengurus pemasaran ataupun menggunakan FB dan pemasaran digital itu untuk meningkatkan jualannya.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan. Boleh, saya nak tanya samada under profile bawah portfolio Pantai Jerejak, bukan, Batu Maung, bolehkah, sebab kalau MARA dan semua agensi-agensi yang bantu usahawan dia perlukan SSM dan juga lesen permit macam-macam. Saya pernah tanya juga samada kita boleh adakan satu

85 shared, shared facilities. Sebagai contohnya ramai usahawan-usahawan diajar berkenaan dengan retort technology dan boleh dipasarkan online.

Sebab retort technology itu tak perlu masuk makanan dalam fridge, dia boleh tahan setahun, dua (2) tahun. Macam semalam pun saya lapar, saya makan makanan retort yang RM6 tu yang jual dekat 7 Eleven tu, saya dengan anak saya makan you know, macam-macam la, dia ada dengan nasi, dengan daging, dia semua dengan ayam. Jadi sebab kita buat program Food Bank and Retort ni ramailah wanita-wanita yang telah dilatih sebab 30 mereka menggunakan retort machine. Tapi bila saya buat program dengan MARA, MARA kalau dia nak beli retort machine tu sebagai contohnya RM35,000.00 lepas tu nak beli dia punya auto, automatic sealer tu supaya tak ada, ada, you know, seal makanan itu dengan baik about RM4000 macam tu lah. Jadinya kalau kita letak buat satu shared facility, maknanya sapa-sapa boleh masak dekat situ, kalau dia masak dekat rumah, dia pergi retort ja dekat shared facility ni. Maknanya individu housewife dan usahawan-usahawan wanita. Dia tak perlu ada satu retort machine dalam rumah dia. Tapi bila saya tanya MARA, MARA kata shared facility tak boleh dibuat oleh, dia kena satu-satu syarikat. Boleh tak Kerajaan Negeri memandangkan makanan adalah satu cara untuk memasarkan produk dan mencari jalan supaya untuk bantu kami untuk mengadakan share facilities untuk teknologi retort.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Saya akan mengambil cadangan Penanti ini dan akan dibincangkan dalam Mesyuarat MMK Usahawan yang datang kepada mana-mana agensi pusat atau negeri yang bersedia. Kalau ada premis-premis tertentu yang boleh kita buat program bersama...(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Maknanya saya boleh buat dekat dewan saya, dewan serbaguna saya, saya ada facility tapi syarat tu agensi-agensi semua dia nak bagi hanya kepada syarikat-syarikat. Dia tak nak pergi check facility yang boleh kita community guna. Itulah masalah dia.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):

Nanti kita akan bincang bersama kerana kadang-kadang authority, siapa authority yang kawal selia dan akan kita bincang dalam MMK. Satu lagi berita baik ialah kepada semua usahawan digital ini, Kerajaan Pusat dalam belanjawan yang baru ini memberi fokus kepada micro businesses. Dan untuk itu kita boleh manfaatkan RM10 juta yang diperuntukkan kepada usahawan mikro untuk mengikuti kursus-kursus online, pemasaran online ini.

Dan seterusnya kita juga tidak lupa tentang macam yang saya sebutkan tadi ialah start-up. Sekarang ini Kerajaan Negeri di bawah Invest Penang, menyelia start-up yang di mana kita sediakan sebanyak RM4.0 juta. Sekarang ini kita telah keluarkan RM3.02 juta dan sebanyak 27 usahawan teknologi yang mendapat manfaat. Dan kita nak gandakan bagaimana nak membantu anak muda usahawan teknologi ini selaras dengan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri high- tech. Dan kita kalau kita lihat saingan negeri-negeri jiran kita, Indonesia misalnya, saya baru sebulan yang lepas ke Bandung, dalam tempoh 8 bulan dia telah 86 commercialize 120 'start-up' technology. Jadi kita boleh galakkan usaha membantu anak muda dalam produk-produk design baru lebih-lebih lagi IOT gateway ni.

Seterusnya Pulau Pinang telah melalui revolusi industri sejak 49 tahun yang lalu yang diasaskan oleh Mantan Ketua Menteri Tun Dr. Lim Chong Eu dan hasil usaha ini Pulau Pinang terkenal menjadi Silicon Valley of the East dengan sektor E&E menjadi tunjang industri pembuatan yang telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Pulau Pinang. Bakat atau talent yang telah terhasil telah menjadikan ramai bakat ini berhijrah mengikut kerjaya mereka ke serata dunia mengikuti syarikat-syarikat multinational yang mereka bekerja.

Pulau Pinang berbangga dengan bakat-bakat ini dan antaranya mengikut majalah Fortune kita dapati CEO dan pemilik syarikat multinational, Broadcom, USA Hock Tan anak Pulau Pinang pada 2017 beliau dinobatkan sebagai CEO berpendapatan paling tinggi di US dengan pendapatan sebanyak USD103 juta untuk tahun 2017. Jadi apa yang nak disarankan di sini maknanya Pulau Pinang ada talent ini. Talent ini dia terus mengikuti kerjaya dengan MNC yang di Pulau Pinang ada 300 multinational, anak-anak Pulau Pinang daripada tahun 80an, 70an yang masih bekerja, mereka mengikuti kerjaya mereka, mengikuti syarikat- syarikat ke mana syarikat ini ada cawangannya

Jadi untuk melestarikan kelestarian Pulau Pinang sebagai negeri berteknologi tinggi, MMK Pembangunan Keusahawan mencadangkan Kerajaan Negeri untuk mengkaji dan sudah sampai masanya penubuhan satu pusat research product design and development centre di Pulau Pinang. 49 tahun kita dalam industri high-tech dan kita mendapati negeri-negeri seperti China misalnya baru 29 tahun tetapi telah menonggak ke depan dalam semua sektor telco, energy, dan infra dan sebagainya. Jadi untuk penubuhan ini mungkin memerlukan perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk software, hardware dan facilities. Kerajaan Negeri mungkin boleh mengambil peruntukan ini kalau tidak daripada state mungkin peruntukan ini dari RMK-12 dan antara area selain dari E&E yang Pulau Pinang mempunyai kemahiran area IoT gateway. Kita menuju ke Smart parking, Smart City, Smart Home, IoT gateway ini ialah device yang mana smart home ini iaitu tv digital, pc dan IoT Gateway ini adalah connecting device jika kita ada 25,000 rumah yang akan dibina, kita ada satu produk ini maknanya boleh dihasilkan oleh R&D dan dikomersialkan oleh syarikat tempatan sudah tentunya multiplier effect kesan berganda akan memberi pulangan pekerjaan kepada rakyat tempatan dan juga semua SME tempatan.

Selain daripada itu, produk baru seperti medical device, rail and aerospace adalah antara ruang untuk talent-talent engineer kita yang kita tahu mempunyai bakat dunia boleh dimanfaatkan. Tambah pula kita punyai projek PTMP yang akan dalam tempoh empat lima tahun lagi dah tentunya SME kita boleh keluarkan komponen-komponen untuk rail ini.

Seterusnya saya juga sebutkan tadi sudah sampai masanya Pulau Pinang ada regional trading hub dan kita perlu memperkukuhkan perdagangan serantau bersama negara-negara jiran kita. Kita tahu Selatan Thai menyumbang 70% volume transaksi pelabuhan Butterworth kita itu. Jadi Pulau Pinang perlu manfaatkan dengan inisiatif e-commerce dan digital business dan smart trade facilities untuk dagangan dengan jiran kita Vietnam, Myanmar, Thailand dan juga Indonesia. Sudah tentunya kita perlukan 'facilities' seperti ware housing dan 87 logistic yang efisyen dan seterusnya kita berharap di Pulau Pinang, usahawan- usahawan kita selain daripada inisiatif digital ini sudah mula mengaplikasikan automasi dalam sektor pembuatan ini. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada 'cheap and low skill foreign labour' iaitu kita kena kurangkan pergantungan kepada pekerja asing yang berkemahiran rendah.

Dan akhir sekali, Yang Berhormat Tuan Speaker. Sebelum mengakhiri ucapan penggulungan saya hari ini saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih. Sebenarnya tak habis lagi, ada satu lagi. Bagaimanapun saya nak rakamkan ucapan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan soalan dan juga kerjasama sepanjang tahun ini dalam kita menaikkan martabat usahawan kita dan seterusnya meningkat perdagangan untuk negeri Pulau Pinang dan sambil itu saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato‘, Seri Farizan Darus yang telah berkhidmat selama 35 tahun sebagai Penjawat Awam dan 8 tahun sebagai SS di Pulau Pinang. Satu tempoh khidmat cemerlang yang beliau berikan. Dan saya akhiri dengan pantun kepada beliau.

Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Terima kasih. Saya mohon menyokong.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjung Bunga.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ingin bermula dengan merakamkan ucapan syabas dan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kedua sidang Dewan Undangan Negeri ke-14, khususnya yang berkaitan dengan isu-isu di bawah portfolio Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir untuk dibawa ke perhatian Kerajaan Negeri. Beberapa isu dan cadangan baru telah dibangkitkan dan pentadbiran ini pastinya akan sedaya upaya memberi perhatian ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan demi meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang.

Tuan Yang di-Pertua. Sukacita dimaklumkan bahawa pada masa ini Kerajaan Negeri giat meneruskan pelaksanaan sembilan projek pembinaan dan menaik taraf jalan yang telah diperincikan dalam Belanjawan 2019 dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM7,338,000.00 selaras dengan notis perubahan melalui kelulusan oleh Jabatan Kewangan Negeri, di mana empat projek telah pun siap pembinaan, tiga lagi dalam peringkat pembinaan dan dua projek dalam peringkat kajian serta kerja-kerja awalan. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan pembangunan infrastruktur yang lestari dan seimbang di negeri ini.

88

Sehubungan dengan itu, setiap projek infrastruktur dirangka dengan teliti berdasarkan kepada keperluan semasa dan peruntukan yang tersedia.

Saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua bahawa Kerajaan Negeri dalam Bajet 2020 tidak memperuntukkan dana untuk pembaikan cerun.

Sebagai makluman Yang Berhormat, dana bagi kerja pembaikan cerun dimohon oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang melalui peruntukan persekutuan iaitu peruntukan B11 bagi pembaikan cerun di Jalan Negeri kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), JKR Malaysia, serta peruntukan B27 bagi pembaikan cerun di Jalan Persekutuan yang dimohon kepada Kementerian Kewangan. Permohonan peruntukan ini adalah berdasarkan keperluan pembaikan cerun dari semasa ke semasa. Bagi tahun 2019, untuk cerun di jalan negeri, sejumlah RM4.23 juta telahpun diluluskan dan projek-projek berkaitan sedang dilaksanakan. Manakala untuk Jalan Persekutuan, sejumlah RM2 juta telah diluluskan bagi tahun 2019. Suka juga ingin saya kongsikan di sini, Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 11 Oktober 2019 telah mengumumkan penambahbaikan garis panduan penggunaan dana MARRIS di mana Kerajaan Negeri dibenarkan menaik taraf jalan, jambatan, parit, longkang dan cerun dengan menggunakan dana MARRIS sehingga 15 peratus atau RM20 juta, yang mana lebih rendah. Dalam hal ini, pembaikan cerun juga boleh menggunakan peruntukan MARRIS selepas ini. Tambahan kepada itu saya rasa Sungai Dua pun mungkin sudah maklum Setiausaha Kerajaan baru ialah mantan TKSU Kementerian Kerja Raya yang sebenarnya telah bertanggungjawab ke atas cerun. Maka saya pun pasti Dato SUK yang baru dapat membantu Kerajaan Negeri kita semasa ada masalah cerun khususnya bagi mendapat peruntukan persekutuan.

Seterusnya Yang Berhormat Sungai Dua juga membangkitkan isu kesesakan lalu lintas di Sungai Dua di mana keadaan kesesakan lalu lintas bertambah teruk setelah pembinaan divider di tengah jalan.

Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, pembahagi jalan dibina di lokasi tersebut bagi tujuan keselamatan dalam menangani isu kemalangan. Berhubung isu kesesakan lalu lintas pula, sukacita dimaklumkan pada masa ini, satu kajian sedang dilaksanakan oleh pihak perunding yang dilantik oleh JKR untuk menjalankan kajian trafik di kawasan terbabit. Hasil daripada kajian tersebut, cadangan kaedah mengurangkan kesesakan lalu lintas bagi jangka masa panjang akan dikenal pasti untuk pelaksanaannya dengan peruntukan yang boleh digunakan.

Tuan Yang di-Pertua. Saya beralih kepada soalan Yang Berhormat Bukit Tambun, iaitu adakah projek-projek yang dijalankan di kawasan industri Batu Kawan boleh disiapkan mengikut jadual? Contohnya kerja menaik taraf jambatan Batu Kawan ke Byram.

Untuk makluman Yang Berhormat, projek-projek infrastruktur di Taman Perindustrian Batu Kawan sedang dilaksanakan dan akan disiapkan mengikut jadual keperluan manakala berhubung dengan kerja menaik taraf jambatan Batu Kawan ke Byram yang akan dilaksanakan oleh PDC, ianya kini di peringkat perancangan untuk permohonan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Yang Berhormat Bukit Tambun juga ada membangkitkan cadangan agar pihak JKR 89 memberi pertimbangan untuk melebarkan jejambat Bandar Tasek Mutiara yang menghubungkan Bandar Tasek Mutiara dengan Jalan Bukit Tambun. Sebagai makluman Yang Berhormat, pada masa ini pihak pemaju sedang dalam proses menyediakan pelan induk ataupun masterplan untuk Bandar Tasek Mutiara sebagaimana yang disyaratkan oleh MBSP. Pelan induk tersebut juga adalah tertakluk kepada pelaksanaan kajian TIA, Traffic Impact Assestment maka dalam hal ini, sekiranya terdapat keperluan untuk melebarkan jejambat tersebut berdasarkan TIA yang dilaksanakan, pihak JKR akan mensyaratkan pemaju untuk melaksanakan pelebaran jambatan tersebut.

Yang Berhormat Bukit Tambun juga memohon agar pihak JKR menyusul kelulusan peruntukan dengan pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) berkenaan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf laluan persekutuan FT001 Fasa Enam yang perlu dilaksanakan sebelum Fasa 5 siap sepenuhnya. Untuk makluman Yang Berhormat, baru-baru ini pihak KKR telah memperolehi senarai projek yang telah diluluskan peruntukan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di bawah RMK11 Rolling Plan-4, di mana peruntukan bagi fasa enam projek menaik taraf laluan persekutuan FT001 telah diluluskan. Bukit Tambun ini memang dapat banyak projek.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga tetapi saya dimaklumkan kelulusan ini hanya untuk jambatan yang merentasi Sungai Kerian sahaja. Saya ingin mendapat pengesahan disebabkan tadi Yang Berhormat Tanjung Bunga sebut bakal SUK kita adalah Timbalan KSU Kementerian Kerja Raya. Oleh itu diharapkan sepanjang daripada fasa 5 dapat disambungkan sepenuhnya.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun berharap begitu dan sebenarnya Yang Berhormat betul menurutkan maklumat yang saya terima memang skop yang diluluskan hanya melibatkan kerja menaik taraf jambatan Sungai Kerian dan pembinaan jejambat di Persimpangan ke USM. Namun begitu untuk kerja-kerja sebahagian dengan kita boleh minta secara tambahan dan kita akan cuba dan In Shaa Allah seperti yang saya katakan tadi dengan bantuan Dato‘ SUK yang baru.

Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, permohonan projek Fasa 6 ini adalah bagi skop menaik taraf laluan persekutuan FT001 dari Persimpangan Permatang Keling (Seksyen 720) ke jambatan di atas Sungai Junjung, Simpang Ampat (Seksyen 740). Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui pihak JKR akan menyusul kelulusan peruntukan ini bagi bahagian-bahagian projek lain seperti saya sebut tadi.

Yang Berhormat Bukit Tambun juga membangkitkan isu kesesakan lalu lintas di persimpangan Tol Bukit Tambun Selatan, di mana Yang Berhormat agar keseluruhan memohon keseluruhan Jalan Paboi dan Jalan Tambun dinaiktaraf untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Sebagai maklumat Yang Berhormat, telah terdapat beberapa perancangan yang dapat membantu kesesakan lalu lintas di persimpangan tol Bukit Tambun Selatan iaitu cadangan projek pembinaan persimpangan baru dari Lebuhraya Utara Selatan ke Batu Kawan yang kini dalam peringkat perancangan oleh (NCIA) Northern Corridor 90

Implementation Authority. Manakala satu lagi projek di bawah pelaksanaan PDC iaitu pembinaan jalan perusahaan Valdor ke Jambatan Valdor di kawasan industri . Ini sedang dilaksanakan. Dengan penyiapan kedua-dua projek ini adalah dijangkakan kesesakan lalu lintas ke tol Bukit Tambun dapat dikurangkan dan sekiranya perlu kita membuat penaiktarafan untuk Jalan Paboi, dan Jalan Tambun juga saya rasa kita perlu mengambil kira setelah kita membuat penaiktarafan di projek-projek ini terdahulu supaya kita boleh dapat full picture…(dengan izin) ya selepas pelaksanaan projek-projek ini mungkin aliran trafik akan bertukar sedikit.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa soalan daripada Yang Berhormat Jawi, tapi saya rasa untuk menyingkatkan masa saya akan bagi bertulis sebab beliau tidak ada dalam Dewan. Ini ucapan penggulungan paling panjang saya dapat, so...(dengan izin) saya cuba kurangkan ya.

Okey, terus ke Yang Berhormat Batu Uban, beliau telah menyuarakan syor agar Kerajaan Negeri menaiktaraf parit dan longkang di kawasan dan Taman Brown yang telah melebihi tiga puluh tahun. Bagi maklumat Yang Berhormat, pihak JKR akan melaksanakan kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf longkang di Minden Heights sebelum penghujung tahun ini. Manakala bagi parit dan longkang di Taman Brown, pelaksanaannya akan dimasukkan untuk penyelenggaraan pada tahun 2020. Di samping itu pihak JPS juga telah memasukkan keperluan penaiktarafan parit di Minden Heights dalam kajian RTB Sungai Dua Besar.

Yang Berhormat Berapit, beliau pun ada banyak soalan. Pertamanya harapan beliau agar pembinaan laluan pejalan kaki konkrit dapat direalisasikan dekat dengan sekolah. Mengikut maklumat yang saya dapat JKR telah melaksanakan kerja-kerja tersebut bermula sebelas Oktober dan dijangka siap pada hujung tahun ini. Kalau ada masalah boleh hubung bagi tau, saya akan check. Seterusnya Yang Berhormat Berapit juga memohon agar Kerajaan Negeri mempercepatkan isu pelebaran Jalan Kampung Besar. Sebagai mana yang telah dijawab kepada Yang Berhormat dalam soalan bertulis, Yang Berhormat pun ada bangkitkan dalam ucapan. Pihak JKR telah pun membuat perbincangan bersama- sama dengan pemilik tanah iaitu Railway Asset Cooperation. Walau bagaimanapun, mereka tidak bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut bagi tujuan pembinaan jalan dan setakat ini memberi izin lalu sahaja untuk kita membuat penyelenggaran. Dalam hal ini saya telah berbincang dengan JKR dan bersetuju mungkin kita boleh buat satu perbincangan dan rundingan yang lebih lanjut sekiranya perlu di peringkat Kementerian Pengangkutan lah. Untuk mengatasi isu ini. Jadi saya akan melihat isu inilah.

Yang Berhormat Berapit, seterusnya mencadangkan agar Jalan Berapit dapat dilebarkan dari permulaan ke hujung hingga ke hujung untuk mengelakkan kemalangan. Yang Berhormat Berapit juga memohon agar Kerajaan Negeri mengkaji kesesuaian pelebaran jalan Berapit berdekatan Pasar Berapit. Jalan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ni sememangnya mempunyai kelebaran yang berlainan di seksyen-seksyen yang berlainan. Dia atas jejambat tu ROB empat lorong, kemudian dia turun jadi dua lorong, kemudian tiga lorong. Jadi saya faham apa ni isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit. Namun sekiranya matlamat Yang Berhormat adalah untuk mengurangkan risiko kemalangan saya tidak berasa bahawa pelebaran jalan akan membantu untuk mencapainya. Ini kerana salah satu punca kemalangan adalah kelajuan kereta yang menurun 91 daripada ROB, ROB ni ialah road over bridge...(dengan izin) atas landasan kereta api itu, jejambat ke kawasan Perkampungan Berapit. Saya telah melihat. Saya tak ada masa nak pergi ke kawasan tersebut semalam tapi saya tengok Google Maps lah dan JKR pun telah memasang transverse bars yang begitu tebal sehingga dalam Google Maps pun boleh nampak sangat terang ya. Ini untuk menurunkan had laju kenderaan dan juga had laju di jalan tersebut telah pun dikurangkan kepada 35 kilometer sejam. Namun begitu saya difahamkan masih berlaku, kereta membawa dengan laju dan sebagainya. Jadi saya boleh cadangkan mungkin kita boleh bawa ke perbincangan yang lanjut bersama-sama dengan MBSP dengan JKR sekali untuk kita cari satu penyelesaian lah. Kalau matlamat kita untuk mengelak kemalangan mungkin kita fokus pada tu ye, sebab berdasarkan kepada traffic count nasihat daripada JKR adalah keperluan untuk pelebaran jalan itu belum lagi.

Yang Berhormat Berapit ada juga bertanya mengenai status projek pelebaran Jalan Kulim. Untuk maklumat Yang Berhormat JKR telah memohon kelulusan peruntukan bagi tujuan pembinaan projek ini dalam Belanjawan 2020 Negeri Pulau Pinang. Pada masa ini permohonan ini sedang dalam pertimbangan Jabatan Kewangan Negeri, dan sebenarnya total projek ini memang besar JKR telah memecahkan kepada tiga fasa dan mungkin kita minta peruntukan secara berfasa. Pun begitu, saya mempunyai pendapat bahawa Jalan Kulim ini sebaik- baiknya dinaiktaraf oleh Kerajaan Persekutuan kerana ia adalah jalan yang menghubungkan antara negeri, ya. Dan sepatutnya merupakan jalan Persekutuan seperti mana laluan Jalan FT 001 ya, dia bukan macam jalan negeri lain. Oleh itu, sekiranya permohonan daripada Kerajaan Negeri tidak berjaya mungkin kita boleh cuba juga untuk mencari penggunaan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Tapi kita tengok ya berdasarkan pada, sila Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Terima kasih Yang Berhormat EXCO Kerja Raya membagi jawapan yang begitu tepat. Satu soalan demi satu soalan. Berkaitan dengan, saya terima kasihlah atas tadi semua jawapan dari Kampung Besar dan juga Jeram, Berapit. Berkaitan dengan Jalan Kulim ini saya difahamkan juga daripada JKR SPT ia kan dibahagikan kepada tiga peringkat tetapi buat masa sekarang disebabkan ada sesetengah tempat tengah ada projek pembangunan. Jadi pemaju di sana juga menjadikan sesetengah tempat sebagai empat lorong bagi dua hala. Di sini disebabkan ada kelewatan projek itu di jalan itu dihabiskan, jadi juga berlaku kemalangan. Dan saya juga pernah bertanya dengan JKR sekiranya pelebaran jalan untuk sesetengah tempat saja tidak disiapkan, sebab kita tak tahu bila tarikh siap dia. Dia tak ada satu jangka masa yang diberikan kepada ADUN kawasan itu atau penduduk. Jadi berlakunya kemalangan di sana atau katakan tak ada garisan di sana seperti yang dibangkitkan oleh Jawi juga tiada garisan di sana, garisan tidak nampak dan pada masa malam sangat bahaya kerana jalan itu besar dan terus saja. Sangat straight (dengan izin). Sekarang masalah Jalan Kulim menghadapi masalah itu yang di depan Taman Sentosa. Jadi saya harap YB EXCO boleh jawab.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan melihat kepada kedua-dua perkara tersebut iaitu projek yang tergendala itu buat separuh jalan dan juga garis jalan yang pudar. 92

Yang Berhormat Permatang Berangan ada memohan untuk pemasangan sebuah lampu isyarat di Simpang Tiga Tai Tong, . Untuk maklumat Yang Berhormat buat masa ini pihak JKR tidak ada perancangan untuk membina lampu isyarat di lokasi tersebut. Walau bagaimana pun, pemasangan lampu isyarat akan disyaratkan kepada pihak pemaju yang akan melaksanakan pembangunan di lokasi tersebut melalui kelulusan Kajian Impak Trafik (TIA) kelak. Saya rasa kita perlu buat analisa terdahulu dan jika ada keperluan maka boleh dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat KOMTAR, beliau pun tidak ada dalam Dewan. Saya akan bagi jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Bukit Tambun ada lagi, ada soalan lagi. Yang Berhormat Bukit Tambun mengesyorkan agar pengurusan trafik dilaksanakan di hala Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bukit Tambun pada waktu puncak. Sebagai mana maklumat Yang Berhormat, sebagai makluman Yang Berhormat, inisiatif bagi membantu melancarkan pergerakan aliran trafik di hala Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bukit Tambun telah dikoordinasikan oleh pihak LLM dengan cadangan pelebaran dan penambahan lorong. Disamping itu bagi langkah jangka panjang, beberapa cadangan penambahbaikan susulan telah dibincangkan oleh pihak LLM bersama dengan pihak NCIA untuk tujuan permohonan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Penanti, ada mengemukakan cadangan untuk membuat draw bridge ataupun arch bridge di Ampang Jajar bagi memberi laluan bot nelayan selain itu boleh jadi tarikan pelancong juga. Sebagai maklumat Yang Berhormat, laluan..(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Sorry, juga untuk buang the structure di bawah tu. Sebab pintu atas tu telah dibuang tapi structure di bawah tu untuk pembersihan sungai.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Untuk pembersihan sungai juga ye? Sebagai maklumat Yang Berhormat laluan bot di bawah jambatan tersebut pada masa ini tidak mempunyai masalah laluan sewaktu air surut. Tetapi dia bila air pasang yang problem dia, bot dia tak boleh lalu. Walau bagaimana pun cadangan pembinaan arch bridge ini kita akan angkat kepada cawangan jalan JKR Malaysia untuk kajian kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Mungkin Yang Berhormat kalau mempunyai apa ni keinginan untuk membantu boleh tolong bantu juga tulis surat dan sebagainya supaya untuk menyokong projek tersebut.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Yang Berhormat minta pencerahan

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Okey, silakan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Berkaitan Bandar Tasik Mutiara dan Jalan Bukit Tambun, sebenarnya Pemaju GUH telah membuat kajian TIA di Jalan Bukit Tambun dan 93 bagi Bandar Tasik Mutiara pihak Tambun Indah juga sedang dalam proses membuat TIA. Oleh itu, diharap pihak JKR dan MBSP dapat mendapatkan kajian TIA tersebut. Kita tidak perlu lagi mnghabiskan peruntukan untuk membuat kajian TIA.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Baik terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya itu pun yang kita nak buat. Kita nak menggunakan TIA-TIA yang dibuat oleh pihak pemajulah dan kita boleh follow up (dengan izin) juga. Yang Berhormat Bayan Lepas memohon agar pelebaran jalan FT 006...(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Tapi sebelum tu, sat lagi yang saya minta untuk Penanti ada jawapan lain ke ataupun Penanti yang tu saja.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Penanti ada banyak.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Ada banyak, tapi saya nak terangkan tadi tu sekiranya tak boleh buat arch bridge sebab JKR ada buat anggaran kos RM 27 juta something like that kalau tak boleh buat pun buang struktur di bawah tu boleh tak? Supaya air ikan semua boleh lalu, dan penyucian sungai tu.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Saya ambil maklum perkara itu, dan saya akan menyusuli. Terima kasih Yang Berhormat. Mana ya, Bayan Lepas pelebaran Jalan FT006 dari Bukit Belah ke PUSPAKOM minta dipercepatkan untuk menyelesaikan masalah lalu lintas yang lebih teruk ketika hujan dan juga ketika musim buah-buahan khususnya musim durian. Yang Berhormat juga memohon untuk membina jejambat motosikal dan pejalan kaki, pedestrian and motorcycle bridge di Kampung Seronok susulan pelebaran jalan P10 yang telah mendatangkan risiko kepada orang kampung khususnya kepada jemaah masjid Kampung Seronok. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kedua-dua cadangan projek berkenaan telah dimohon dalam senarai RMK 11, Rolling Plan ke 4 pada Januari 2019 kepada KKR untuk kelulusan dan pelaksanaannya sebenarnya tertakluklah kepada kelulusan tersebut.

Yang Berhormat Pulau Betong tidak ada dalam Dewan. Saya akan bagi jawapan bertulis. Okey.

Tuan Yang Dipertua, saya nak masuk isu-isu tebatan banjir. Yang ini Penanti ada la. Setibanya musim hujan, Pulau Pinang akan menghadapi risiko banjir kilat khususnya apabila hujan lebat bertembung dengan air pasang. Ini adalah satu hakikat negeri yang berpesisiran pantai kerana pertembungan ini akan menyukarkan pengaliran keluar air ke laut.

Namun kebelakangan ini, keamatan hujan tampaknya lebih teruk sehingga sesetengah kawasan merekodkan taburan hujan sebanyak 100 hingga 200mm 94 sejam menurut data yang diperolehi dari stesen hujan. Buat pengetahuan Dewan yang mulia ini, taburan hujan 60mm sejam sudah dikategorikan sebagai hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat, apatah lagi 100 atau 200mm sejam.

Keamatan hujan yang begitu tinggi ini adalah akibat fenomena climate change ataupun perubahan iklim. Kenyataan ini bukanlah satu alasan tetapi satu realiti yang terpaksa kita terima. Menurut perangkaan dari stesen-stesen hujan kita, purata taburan hujan tahunan di negeri ini telah meningkat dengan mendadak seperti berikut dari tahun 90...(gangguan).

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Sebelum tu Yang Berhormat Tanjung Bunga, saya keluar ambil barang sahaja. Tolong jangan skip jawapan-jawapan saya.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Okey, okey. Saya ambil maklum.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Terima kasih.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Tahun 1990 hingga tahun 1999, taburan purata taburan hujan 31mm sejam, dari tahun 2000 – 2009, purata taburan hujan meningkat kepada 146mm sejam, pada dekad ini ya, 2010 hingga 2018, data yang terkini purata taburan hujan 180mm sejam.

Dalam erti kata lain, peningkatan intensity ataupun keamatan hujan ini sebanyak enam (6) kali ganda sejak tahun 90an. Ini adalah fenomena climate change berdasarkan nombor iaitu fakta yang tidak boleh dinafikan. Maka, tidak hairanlah, infrastruktur perparitan dan saliran yang sedia ada sudah pasti tidak dapat menampung jumlah hujan yang begitu banyak.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula sistem perparitan dalaman di seluruh negeri dengan merangkakan Pelan Induk Tebatan Banjir dan Saliran Mesra Alam (Drainage Master Plan) di setiap lima daerah. Sejumlah RM5,247,633.54 telah dibelanjakan untuk menghasilkan lima DMP tersebut.

DMP yang dihasilkan ini turut mengguna pakai garis panduan dan konsep- konsep yang terkandung dalam MSMA ataupun Manual Saliran Mesra Alam yang dijadikan rujukan rasmi bagi perancangan dan pembangunan di kelima-lima daerah. Yang Berhormat Machang Bubuk ada juga menimbulkan persoalan mengenai perkara ini. Walaupun, beliau tidak ada, tapi ini untuk pengetahuan semua.

Jadi, sebenarnya terdapat 25 projek yang sedang dalam pelaksanaan yang menggunakan DMP, Drainage Master Plan sebagai rujukan dan nilai tambahan, added value yang boleh diperolehi daripada DMP ini adalah keberkesanan perancangan infrastruktur saliran serta impak yang positif terhadap alam sekitar sekiranya kita mengikutinya dengan betul. 95

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Nak tambah sedikit.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Sila, sila.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Cuma saya nak tanya Drainage Master Plan ni, adakah dimasukkan saliran- saliran yang terdapat di kampung, di kawasan kampung. Kawasan luar bandar sebab saliran ini juga perlu diberi perhatian, kalau tak dibuat, maka akan berlaku banjir di kawasan kampung, di kawasan luar bandar. Adakah termasuk, sama ada JKR, Jabatan Kerja Raya Cuma masukkan parit tepi jalan sahaja ataupun termasuk parit-parit dalam kampung mungkin boleh diberikan perhatian oleh Pejabat Daerah dan sebagainya supaya termasuk dalam drainage master plan ni. Terima kasih.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Sebenarnya drainage master plan hanya mengambil kira saliran utama dan sungai sahaja. Parit kampung tidak terlibat dalam skop kajian Drainage Master Plan sebab terlalu besar. Tapi mungkin itu memerlukan kajian-kajian yang lainlah yang boleh juga kita pertimbangkan.

Drainage Master Plan yang dihasilkan ini turut menggunapakai garis panduan. Oh, yang ini dah baca. Sorry. Selain daripada penghasilan Drainage Master Plan, selain daripada DMP yang kita buat, Kerajaan Negeri telah membuktikan komitmen untuk menangani keamatan hujan yang makin meningkat dengan membelanjakan sejumlah wang yang besar dalam pelaksanaan infrastruktur tebatan banjir. Sejak tahun 2013, sebanyak 369 projek dengan jumlah nilai RM155,240,605.67 telah diperuntukkan daripada dana Caruman Perparitan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang pula telah membelanjakan RM42,680,882.52 untuk 37 projek tebatan banjir dalam tempoh masa yang sama. Di samping itu, sebanyak RM155,790,273.00 tambahan telah diperuntukkan bagi lapan (8) projek high impact oleh Kerajaan Negeri berikutan banjir besar pada November 2017. Dan daripada lapan (8) projek tersebut, enam (6) projek dalam status pembinaan manakala dua (2) lagi dalam proses tender ekoran penyempurnaan reka bentuk terperinci pada tahun ini.

Walaupun projek-projek berimpak tinggi ini mampu mengurangkan banjir di kawasan-kawasan kritikal, ini penting ya Ahli-ahli Yang Berhormat, ia hanya boleh berfungsi selepas penyempurnaan projek, di mana kebanyakannya dijadualkan pada tahun depan. Saya faham keluhan ramai Ahli Yang Berhormat di sini yang mengatakan sewaktu pelaksanaan projek, memang banjir dan kadang- kadang lebih teruk lagi sebab bila berlaku pelaksananan dan pembinaan, memang ada banyak kesan dan impak di tapak tapi yang kita nak kan adalah kesusahan pada hari ini dan keselasaan pada masa depan. Jadi...(gangguan).

96

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Minta laluan. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tanjung Bunga mengenai risiko banjir yang lebih teruk lagi ketika projek berkenaan. Dan saya telah melihat sendiri projek RTB di mana di muara sungai tu mereka piling hingga tutup laluan air. Jadi, untuk keselamatan ataupun untuk kita secure, diharapkan JPS dapat sentiasa memantau projek berkenaan. Tu sahaja.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih dan saya akan mengingatkan JPS. Sila Bukit Tengah.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung):

Yang Berhormat Tanjung Bunga. Tadi, saya mendengar hujahan berkenaan dengan apabila RTB projek ini sedang dijalankan, dan belum siap, kalau hujan dan musim hujan dia akan boleh mengakibatkan banjir dan ini adalah satu masalah yang telahpun berlaku di kawasan saya, apabila diversion itu tidak mencukupi, rancangan alternatif lah. Dan dalam hal ini of course saya juga ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada YB. Tanjung Bunga yang sebegitu cepat sekali apabila saya meminta bantuan untuk mendapat cari satu pam mobile untuk dipasang di satu longkang besar di Juru yang boleh banyak mengurangkan air keluar daripada longkang dan mengurangkan air dan masalah banjir.

Soalan saya adalah, adakah Kerajaan Negeri akan mmpertimbangkan supaya menambahkan banyak lagi pam-pam mobile ini di masa depan di Pulau Pinang supaya, you know, ia boleh membantulah dalam keadaan-keadaan itu. Terima kasih.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih. Cadangan yang baik. Sebenarnya kita baru sahaja ada membeli pam-pam yang baru juga tapi of course kekangan yang terbesar adalah kekangan kewangan lah. Masa berlaku banjir di kawasan Yang Berhormat, sebenarnya pam tak cukup, kita pinjam daripada JKR Malaysia, JKR negeri–negeri lain. Ya, saya rasa dalam, banyak juga dalam 8 biji atau lebih dan kita bawa ke Pulau Pinang untuk diletakkan di kawasan-kawasan kritikal termasuk kawasan Yang Berhormat. Tapi sudah tentu sekiranya ada peruntukan, saya ingin juga untuk melabur dalam beberapa pam mobile supaya boleh digunakan dalam keadaan-keadaan yang kritikal.

Jadi selain daripada caruman perparitan, caruman daripada MBPP, projek- projek high impact, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM22,311,500.00 melalui Peruntukan Pembangunan Negeri P08 Butiran 51 Rancangan Tebatan Banjir (Pencegahan Banjir). Ini membawa jumlah besar peruntukan Kerajaan Negeri sejak tahun 2013 bagi projek-projek tebatan banjir kepada RM376,023,261.19. Ahli-ahli Yang Berhormat, RM376 juta daripada dana Kerajaan Negeri untuk menangani isu banjir. Itu bukan jumlah yang kecil khususnya bagi negeri yang tidak mempunyai sumber asli. Namun, Kerajaan Negeri senantiasa komited dan mengambil serius isu-isu berkenaan dengan banjir ini. Dan sudah tentu, saya nak tambah di sini, rakyat Pulau Pinang...(gangguan).

97

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Tanjung Bunga. Sikit ja saja.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Sungai Dua.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Sikit sahaja. Saya nak minta perhatian ataupun pandangan Tanjung Bunga tentang apa yang saya pohon dalam ucapan saya iaitu berkaitan dengan RTB bagi kawasan Tasek Gelugor dan Sungai Dua yang saya tak nampak lagi dimasukkan. Jadi kalau boleh diberi perhatian juga bagi kawasan ini kerana kawasan ini juga terdedah dengan banjir. Kawasan Tasek Gelugor ia air dari Sungai Kulim juga. Mungkin termasuk. Tapi di kawasan Sungai Dua ada beberapa kawasan yang perlu RTB ini untuk memastikan kawasan itu juga tidak terdedah dengan banjir. Kalau boleh dimasukkan juga mungkin akan datang. Terima kasih.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga ada sedikit maklumatlah yang akan saya sampaikan dalam penggulungan. Jadi, selain daripada peruntukan Kerajaan Negeri, rakyat Pulau Pinang juga amat bernasib baik kerana pertukaran kerajaan telah berlaku pada tahun lepas kerana sejak daripada tu kita telah menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak lima (5) projek yang bernilai RM194.5 juta iaitu RTB Teluk Kumbar (RM10 juta), RTB Teluk Bahang (RM8 juta), RTB Pondok Upeh (RM10 juta), RTB Sungai Kechil (RM16.5 juta) dan RTB Sungai Pinang, Daerah Timur Laut (DTL) (RM150 juta) yang telah dinanti-nantikan sejak sekian lamanya.

Secara keseluruhan, sekiranya kita menggabungkan projek-projek Kerajaan Negeri dengan projek Kerajaan Persekutuan, maka lebih setengah bilion ringgit telahpun diperuntukkan untuk infrastruktur tebatan banjir di Pulau Pinang sejak tahun 2013.

Dan ini untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Dua, beliau dah tinggalkan Dewan tapi saya jawab sedikit. Mengenai RTB di kawasan luar bandar dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, sebarang cadangan pembangunan sistem perparitan di kawasan kampung dan luar bandar adalah di bawah penyelarasan Unit Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah yang akan meneliti keperluannya dengan bantuan kepakaran teknikal pihak JPS.

Selain itu, cadangan pembinaan longkang dan sistem perparitan di kawasan kampung boleh diangkat untuk kelulusan menggunakan peruntukan caruman perparitan di bawah Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir, di mana apa-apa permohonan adalah tertakluk kepada baki peruntukan caruman perparitan tahun semasa. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang telah saya kongsikan berkenaan penambahbaikan garis panduan penggunaan dana MARRIS yang telah diumumkan, maka Kerajaan Negeri kini dibenarkan menaik taraf jalan, jambatan, parit, dan longkang dengan menggunakan dana MARRIS seperti saya jelaskan tadi. Penambahbaikan ini sememangnya akan memberikan impak yang besar di mana Kerajaan Negeri akan dapat menaik taraf parit-parit dan longkang-longkang

98 untuk meningkatkan kapasiti yang dapat ditampung. Jadi, saya harap perkara ini boleh membantulah ia, banyak kawasan-kawasan Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Tambun, Pantai Jerejak tidak ada di sini, saya jawab Bukit Tambun menyuarakan permintaan agar Kerajaan Negeri memastikan semua kolam tadahan, pintu air dan ban Sungai Junjung dan Sungai Jejawi diselenggara dan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya sentiasa berusaha untuk memastikan penyelenggaraan kolam takungan, rumah pam dan ban dilaksanakan dengan baik. Melalui MBSP, pelaksanaan kerja penyelenggaraan sejumlah 64 kolam tadahan air di Daerah SPS dilaksanakan oleh kontraktor dengan kekerapan dua (2) kali sebulan. Bagi menangani masalah kolam tadahan yang tidak berfungsi, MBSP mengambil tindakan melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada struktur yang rosak dan mengorek enapan yang menyekat aliran air ke dalam kolam bagi membolehkan kolam kawalan banjir berfungsi seperti biasa. Manakala bagi pintu air, kerja penyelenggaraan dilaksanakan oleh JPS pada tahun ini adalah seperti berikut:-

Untuk Pintu Air Pasang Surut Gate ‘B’, Tanjung Ketupat, JPS telah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Sistem Mekanikal dan Elektrikal dan lain- lain kerja dengan peruntukan sebanyak RM246,500 bagi menaik taraf sistem mesin angkat dengan menggantikan sistem yang lama kepada yang baru. JPS juga telah menyiapkan kerja-kerja tambahan sebanyak RM47,150 untuk menaik taraf longkang dengan menambahkan sistem flapgate di outlet longkang di kawasan taman berhampiran Pintu Air Tanjung Ketupat.

Untuk Pintu Air Pasang Surut Gate ‘C’, JPS telah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Sistem Alat Angkat dan Kerja-kerja Pendawaian beserta sistem keselamatan kilat atau petir. Kos untuk projek ini adalah sebanyak RM206,890 dan sedang di peringkat pelaksanaan. Untuk Pintu Air Pasang Surut Gate ‘D’, terdapat tiga (3) pintu air di mana dua (2) beroperasi dengan baik manakala satu (1) lagi memerlukan tindakan pembaikan. Saya sudah ambik perhatian perkara ini dan saya akan meminta JPS untuk menyusuli.

Di samping itu, bagi kerja-kerja penyelengaraan ban Sungai Junjung pula, JPS pada tahun ini telah menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan dengan kos sebanyak RM40,000 menggunakan peruntukan negeri. Manakala bagi kerja penyelenggaraan Ban Sungai Jejawi, JPS pada tahun ini telah melaksanakan kerja penyelenggaraan dengan kos sebanyak RM157,000 dengan penggunaan peruntukan negeri dan RM211,000 menggunakan peruntukan persekutuan.

Yang Berhormat Bukit Tambun membangkitkan cadangan agar Kerajaan Negeri mengkaji secara komprehensif akan keperluan projek tebatan banjir di persimpangan Jalan Persekutuan / Jalan Changkat, Pekan Jalan Besar Sungai Bakap dan Kampung Sepulau.

Sebagai makluman, keperluan projek tebatan banjir melibatkan persimpangan Jalan Persekutuan / Jalan Changkat dan Pekan Jalan Besar telah diambil kira dalam cadangan RTB . Manakala bagi kawasan Kampung Sepulau pula, ianya telah diambil kira di dalam cadangan RTB Sungai Junjung. Kedua-dua cadangan RTB ini telah diangkat permohonan peruntukannya di bawah RMK12. Pelaksanaanya adalah tertakluk kepada kelulusan.

99

Yang Berhormat Bukit Tambun menyuarakan pandangan bahawa bagi mengatasi masalah tebatan banjir di Kampung Setul, pembangunan semula kampung ini perlu dilaksanakan.

Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Yang Berhormat. Idea Yang Berhormat berkenaan pembangunan semula Kampung Setul ini turut dipersetujui oleh pihak JPS dan JPS akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Daerah dan Tanah bagi membincangkan tindakan mitigasi banjir dalam pembangunan semula yang melibatkan kawasan Kampung Setul.

Seterusnya Yang Berhormat Jawi saya akan jawab bertulis, Batu Lancang ada di dalam Dewan saya akan jawab.

Yang Berhormat Batu Lancang ada bertanya mengenai pelan mitigasi jangka pendek untuk menangani banjir di sekitar Projek Pengukuhan Sungai Jelutong undeground diversion. Seperti saya yang mana saya sudah jelaskan dalam jawapan lisan hari itu kita ada beberapa projek jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.

Antaranya adalah untuk membaiki pintu air di hulu Sungai Jelutong bagi menampung kapasiti air yang lebih banyak dan juga untuk membina penahan tebing di Lorong Hijau Lima dan di samping itu, MMK Tebatan Banjir telah meluluskan peruntukan sebanyak RM750,000 untuk pelaksanaan kedua-dua projek di Solok Van Praagh sepertimana Yang Berhormat sedia maklum. Yang Berhormat Permatang Berangan ada memohon agar Kerajaan Negeri bersiap.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

Beri laluan YB Tanjung Bunga.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Sila.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

Saya ingat dalam perbahasan saya, saya tidak bangunkan isu-isu 'short term'. Saya masih ingat ia daripada soalan lisan saya, saya ingat kamu telah miss perbahasan saya, saya cadangkan tentang Solok Perak menaik taraf itu jangan bagi peluang untuk mereka drag lagi. Sebab dari segi tempoh kerja-kerja menaik taraf itu kena habis di bulan Oktober tahun ini.

Saya berharap YB Exco dengan pengarah JPS dapat memberi perhatian sebab kerja itu lambat bukan dari segi keadaan cuaca tapi kerja-kerja concreting. Mereka mengambil masa concreting 28 hari. Mereka buat block by block. Kerja dia lambat, saya difahamkan dari kertas tender tidak sebut kerja block by block ia kena buat keseluruhan. Sekarang mereka hanya tunggu block by block untuk menjimatkan kos-kos kerja mereka.

Yang kedua, dalam perbahasan permintaan saya adalah kita kena tengok dari segi modernize. Sebab yang tadi, Yang Berhormat juga berkata tentang penaburan hujan yang lebat dan tinggi enam (6) kali ganda berbanding dulu. Saya ingat kita kena lihat cara-cara modern jangan lagi gunakan cara yang lama iaitu

100 semula jadi daripada sungai ke muara, muara ke laut. Saya ingat cara ini tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang ini.

Saya amat berharap YB. Tanjung Bunga boleh selesaikan masalah isu banjir di Batu Lancang dengan adanya pam-pam besar untuk mengepam air keluar ke laut. Saya faham bahawa kosnya tinggi. Tapi, saya berharap kalau boleh YB. Tanjung Bunga bagi dua (2) pam besar dulu untuk menyelesaikan masalah ini. Saya percaya kalau ada dua (2) pam yang besar di muara sungai. Seboleh bolehnya masalah banjir itu akan selesai di kawasan saya. Terima kasih.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat, untuk kerja-kerja di Solok Perak itu, kita akan perhatikan, sudah tentu seperti mana Yang Berhormat maklum dalam apa- apa kontrak dia ada tempoh dia jadi sekiranya dia keluar daripada tempoh maka akan dikenakanlah LAD dan sebagainya. Jadi pada saya dia patut ikutlah tempoh yang telahpun ditetapkan. Jadi kita akan semak untuk memastikan kerja-kerja berjalan dengan lancar.

Cadangan-cadangan untuk menggunakan kaedah-kaedah baharu dan juga untuk membuat pembinaan rumah pam dengan tidal gate dan sebagainya itupun akan dikaji dan sebenarnya termasuk dalam skop RTB Sungai Pinanglah untuk penyelesaian yang lebih besar.

Yang Berhormat Permatang Berangan ada membuat, memohon agar Kerajaan Negeri bersiap sedia untuk menangani bencana banjir. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JPS Pulau Pinang telah membuat persediaan di pelbagai peringkat iaitu seperti berikut:-

Untuk peringkat sebelum kejadian banjir, langkah-langkah pengorekan semua sungai dan parit berdasarkan peruntukan yang diterima jabatan dari Negeri dan Persekutuan. Pemeriksaan semua siren, rumah pam dan tidal gate, pemeriksaan standby pump, memulakan kekerapan rondaan ke kawasan potensi banjir bila hujan, membuat analisa potensi baki hujan tahunan yang akan turun dan pemeriksaan kenderaan, bot dan pam bergerak.

Semasa kejadian banjir pula JPS akan membuka bilik gerakan banjir, pemantauan dan laporan banjir kepada Ketua Bencana Daerah dan melawat kawasan banjir untuk mengenalpasti kedalaman banjir bagi tindakan selanjutnya.

Yang Berhormat Permatang Berangan ada mengesyorkan agar parit ban dipasang pagar di sepanjang jajaran parit untuk mengelakkan berlakunya kes kemalangan yang tidak diingini seperti di Kampung Belukar Sungai Kreh.

Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum di dalam jawapan bertulis berkaitan isu ini, jalan pertanian dan jalan ban adalah untuk menghubungkan jalan utama ke kawasan pertanian. Maka, jalan ini adalah untuk laluan jentera bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan memudahkan para petani menjalankan kerja-kerja berkaitan aktiviti pertanian mereka. Kebiasaannya jalan ban memang tidak dipasang pagar kerana ia akan mengganggu laluan jentera dan aktiviti-aktiviti lain kerana akan menjadikan laluan menjadi sempit. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri mengambil maklum dan kita akan mempertimbangkan cadangan ini mungkin di kawasan-kawasan yang tertentu. 101

Tuan Yang di-Pertua....(gangguan).

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Mohon mencelah.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Sila.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga, saya cuma ingin menyuarakan hasrat penduduk setempat yang mana kawasan yang saya sebutkan itu melibatkan pesisir parit ban kiri kanan lebih kurang 500 meter dan yang terdekat dengan penduduk adalah kira-kira 18 buah rumah di sekitar itu di kiri kanan saliran tersebut yang mana kebanyakan penduduk di situ lalu lalang di kawasan situ dan memang ada laluan jalan mini tar berhampiran yang menjadi laluan utama untuk keluar ke jalan besar, jalan utama. Jadi saya rasa mungkin pihak EXCO boleh melihat keperluan untuk pemasangan kalau pun bukan di seluruh sepanjang pesisir itu, sebahagian yang berdekatan dengan kediaman perlu untuk mengelakkan kemalangan. Terima kasih.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan, saya rasa boleh dikaji yang tadi saya sebut itu secara am tapi mungkin seperti Yang Berhormat kata untuk lokasi-lokasi yang tertentu ada keperluannya, saya rasa saya mintalah JPS di kawasan tersebut untuk membuat lawatan mungkin untuk melihat lokasi tersebut. Mereka akan hubungi Yang Berhormat.

Yang Berhormat Bukit Tengah memohon Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Parit 4 dan Parit 5. Kerajaan Negeri mengambil maklum akan permohonan Yang Berhormat ini dan melalui pihak JPS akan sedaya upaya berusaha untuk memastikan pelaksanaan kedua-dua projek Tebatan Banjir ini mengikut jadual.

Kemajuan terkini bagi Projek Tebatan Banjir Parit 4 dan Parit 5 adalah 47% dan 68% masing-masing tapi masalah yang secara lazim kita menghadapi apabila membuat Projek Tebatan Banjir adalah masalah yang berkait dengan isu pengambilan tanah umpamanya dan juga penguatkuasaan ke atas struktur- struktur haram umpamanya dan sebagainya. Kadang-kadang isu pengalihan utiliti juga menjadi kekangan.

Bagi pihak Kerajaan Negeri kita memang nak lagi cepat daripada Yang Berhormat tapi kadang-kadang kekangan itulah yang menyusahkan tapi kita juga akan mencari jalan untuk menyelesaikan sebaik mana yang mungkin. Kadang- kadang kita buat beberapa proses secara parallel supaya dapat di percepatkan.

Yang Berhormat Bukit Tengah juga memohon agar Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah banjir di kawasan lain seperti Kampung Kebun Nenas, Jalan Perusahaan, Tok Kangar, Taman Belimbing dan Taman Sentul.

102

Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan-kawasan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat adalah dirangkumi dalam kawasan pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Parit 4 dan Parit 5. Pihak JPS akan menilai keberkesanan projek-projek tebatan banjir tersebut dalam mengurangkan permasalahan banjir di kawasan yang dinyatakan setelah projek ini siap dilaksanakan.

Sekiranya perlu dilakukan penambahbaikan yang lebih maka kita akan pertimbangkan pada ketika itu. Manakala bagi Jalan Perusahaan, satu kajian sedang dilaksanakan oleh perunding yang dilantik oleh MBSP berkaitan dengan permasalahan banjir di kawasan Jalan Perusahaan.

Yang Berhormat Bukit Tengah ada membangkitkan permohonan untuk projek kecemasan banjir yang ini Yang Berhormat, pihak JPS telahpun mengemukakan permohonan kepada Jabatan Kewangan Negeri bagi mendapatkan kelulusan untuk melaksanakan kerja-kerja kecemasan akibat kejadian banjir yang telah berlaku dan kerja-kerja kecemasan ini melibatkan kerja pengorekan sungai, pembaikan tebing dan lain-lain kerja-kerja kecemasan yang berkaitan dengan pencegahan banjir. Permohonan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Kewangan pada 1 November dengan jumlah permohonan sebanyak RM5,140,000.00 melibatkan pelaksanaan sebanyak 32 kerja-kerja kecemasan di 3 daerah iaitu SPS, SPT dan DTL. Syukur, sukacita saya maklumkan bahawa permohonan ini telah pun diluluskan. Juga termasuk kawasan Penanti.

Yang Berhormat Batu Lancang memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan pemasangan pam-pam besar di muara sungai seperti sudah disebut tadi, diluluskan ya saya harap juga. Yang ini seperti mana yang juga saya telah jelaskan, sedang dikaji oleh Perunding RTB Sungai Pinang dan maka kita akan menunggulah. Hasil daripada kajian tersebut.

Yang Berhormat Sungai Pinang meminta RTB Sungai Pinang dipercepatkan. Kerajaan Negeri pun mengharapkan dipercepatkan dan bagaimanapun pihak JPS akan memastikan pelaksanaan RTB Sungai Pinang akan dilaksanakan mengikut perancangan semasa yang telah pun digariskan. Status semasa projek ini sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini adalah dalam peringkat penyediaan reka bentuk terperinci oleh perunding dan yang dijangka selesai pada Jun tahun depan. Seterusnya selepas reka bentuk terperinci habis, maka kita boleh buat tender untuk melantik kontraktor dan kita harap pembinaan fizikal dapat dimulakan pada akhir tahun depan.

Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada Yang Berhormat Pengkalan Kota. Jarang dapat soalan daripada Yang Berhormat Pengkalan Kota. Jarang banjir sebab tu. Tapi ini bukan pasal banjir (Ahli Dewan ketawa) memohon agar pihak JPS mengindahkan Taman Rekreasi muara Sungai Pinang. Sebagai makluman Yang Berhormat, pihak JPS kini dalam proses melaksanakan projek pengindahan Taman Rekreasi muara Sungai Pinang. JD baru hantar gambar-gambar kepada saya, nampak cantik, berdasarkan kelulusan peruntukan pembangunan negeri yang diperolehi pada tahun 2019 bernilai RM60 ribu. Manakala untuk tindakan jangka masa panjang, skop pengindahan juga akan diambil kira dalam projek RTB Sungai Pinang yang melibatkan Taman Rekreasi muara Sungai Pinang dan juga lain-lain kawasan sepanjang jajaran Sungai Pinang.

103

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Yang Berhormat Tanjung Bunga, sedikit sahaja. Di sini Pengkalan Kota ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Bunga atas pertimbangan tersebut dan seperti mana yang dijawab oleh Yang Berhormat Tanjung Bunga, ia sememangnya merupakan sebahagian daripada rancangan tebatan banjir. Saya rasa Pengkalan Kota buat sementaranya boleh tunggulah kalau untuk pengindahan tu yang dana tu boleh disalurkan kepada tujuan tebatan banjir terlebih dahulu. Kita beri keutamaan kepada rakan-rakan kita khususnya Sungai Pinang dan Batu Lancang. Terima kasih.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat yang amat prihatin, terima kasih. Yang Berhormat Penanti, soalan berkait dengan Projek Tebatan Banjir Permatang Rawa. Yang Berhormat bertanya apa yang sedang dilakukan buat sementara waktu, sementara kita membuat pengkajian semula. Sebagai makluman Yang Berhormat, JPS sedang meneruskan kerja-kerja pembinaan di kawasan hilir sungai iaitu downstream di chainage 3,000 hingga chainage 4,200 untuk melebarkan lagi saluran sungai sedia ada. Manakala bagi hulu sungai, cadangan kolam takungan yang kita ada bincang sedang direka bentuk bagi tujuan mengurangkan lagi risiko banjir di Kampung Tanah Liat dan Taman Guru. Manakala tindakan jangka masa pendek yang telah dilaksanakan adalah melaksanakan kerja pengorekan enapan dan mendalamkan sungai. Tapi kita harap Yang Berhormat bahawa reka bentuk itu akan difinalise dalam masa yang terdekat dan kemudian saya akan jemput Yang Berhormat juga untuk datang bermesyuarat untuk melihat reka bentuk yang dicadangkanlah.

Yang Berhormat juga memohon Kerajaan Negeri memberi peruntukan khas untuk pelaksanaan kerja pembaikan tebing Sungai Permatang Rawa. Yang ni sama juga dengan Bukit Tengah tadi, sekali dalam RM5.1 juta itulah, ada dalam skop tu jadi kita harap tebing tersebut akan dibaiki dengan secepat mungkin. Yang Berhormat Penanti membangkitkan bahawa terdapat cadangan-cadangan untuk membuat kolam takungan air di Sungai Kulim di sebelah Kedah untuk mitigasi banjir di kawasan Penanti dan memohon status pelaksanaannya.

Yang Berhormat Machang Bubuk juga ada bertanya soalan yang berkait. Jadi saya jawab kedua-dua sekali. Cadangan untuk membina kolam takungan ini akan dipertimbangkan di dalam Kajian Keberkesanan Penyelesaian Banjir Jangka Panjang di Negeri Pulau Pinang termasuk daerah Kulim dan Bandar Baru di negeri Kedah. Itu satu tajuk yang panjang, tajuk ini sebenarnya adalah tajuk projek yang telah dimohon kepada Kerajaan Persekutuan dan saya dimaklumkan Kerajaan Persekutuan pun memandang positif permohonan tersebut dan ia adalah satu permohonan atau pun satu kajian yang akan diadakan secara total, menyeluruh, sebab Yang Berhormat Penanti pun tahu masalah-masalah di situ tertakluk kepada isu-isu air yang datang daripada hulu. Maka, apa-apa penyelesaian yang kita nak buat haruslah total dan menyeluruh agar kita tidak membazir duit dan masa kita.

Selain daripada itu, selain daripada kajian menyeluruh itu, satu kajian di bawah IRBM atau Integrated River Basin Management Sungai Perai sedang dilaksanakan dengan mengambil kira kawasan tadahan di Kulim juga. Jadi, ada dua kajian yang bakal terlaksana dan kajian tersebut juga akan merangkumi aspek banjir yang akan dicadangkan oleh Perunding kelak. 104

Yang Berhormat Permatang Pasir tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat Bayan Lepas saya jawab. Meminta agar Projek RTB Bayan Lepas dipercepatkan. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya ingin melaksanakan kesemua projek dengan kadar segera. Namun pelbagai faktor termasuk pematuhan prosedur perolehan dan pertimbangan yang terbaik mestilah diambil kira. Bagi mengurangkan impak banjir di lembangan Sungai Bayan Lepas, langkah jangka panjang yang diambil oleh JPS adalah pelaksanaan RTB Sungai Bayan Lepas di kawasan hilir sungai. Status projek ini adalah dalam penyediaan laporan terakhir dan dokumen tender. Jangkaan iklan tender pre- qualification (Pre-Q) adalah dalam bulan November tahun ini dan projek ini akan mengambil kira pengurangan impak banjir di Kampung Binjai dan sebahagian Kampung Seronok. Manakala sebagai tindakan jangka masa sederhana, JPS telah mengambil inisiatif dengan menaik taraf tebing di hulu Sungai Bayan Lepas sepanjang 850 meter dengan menggunakan pelbagai sumber seperti peruntukan pembangunan negeri, caruman perparitan dan peruntukan persekutuan dengan jumlah sebanyak RM482,591.00 bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan hulu Sungai Bayan Lepas yang melibatkan Pekan Bayan Lepas, Kampung Kolam Ikan, Kampung Baruh dan sebahagian Kampung Seronok.

Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan syabas jugalah kepada JD Daerah Barat Daya yang telah mengambil inisiatif. Beliau mempunyai matlamat untuk membaiki tebing di situ tapi peruntukan tu kurang. Jadi beliau telah menggunakan peruntukan daripada pelbagai sumber daripada persekutuan sikit, daripada negeri sikit, daripada perparitan sikit untuk menyelesaikan masalah itu. Jadi saya harap, JD-JD lain pun mengambil iktibar dan juga mengambil inisiatif lah sebagaimana Jurutera Daerah di Barat Daya.

Yang Berhormat Bagan Dalam sudah balik Dewan, saya jawab. Menyuarakan harapan agar peruntukan tebatan banjir pada tahun hadapan disalurkan ke RTB Sungai Nyor. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi projek RTB Sungai Nyor, Perunding reka bentuk terperinci akan dilantik pada Disember ini menggunakan peruntukan caruman perparitan dan kajian tersebut dijangka siap pada akhir tahun depan. 12 bulan biasanya. Sekiranya diluluskan peruntukan dalam RMK-12, adalah dijangka pembinaan fizikal boleh bermulalah setelah proses tender diselesaikan. Tapi ini sebenarnya cara Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila kita nak buat projek tebatan banjir, kita akan menggunakan duit Kerajaan Negeri terdahulu untuk melakukan reka bentuk terperinci. Sebab bila kita sudah buat reka bentuk terperinci, maka akan ada alasan dan asas yang sangat kuat untuk meminta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan kita dapati permohonan-permohonan yang telahpun dibuat reka bentuk lebih mudah dan senang untuk mendapat peruntukan. Jadi kita haraplah kita buat dengan cara ini supaya kita harap dapat kelulusan untuk RTB Sungai Nyior.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Tambun membangkitkan berkenaan loji kumbahan di Perkampungan Valdor. Sebagai maklumat Yang Berhormat, Perkampungan Valdor terletak di bawah kawasan tadahan Jawi, Sungai Bakap. Berdasarkan maklumat Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) buat masa ini, Perkampungan Valdor menggunakan sistem palong atau pun pore flush berkapasiti 870 penduduk setara atau pun population equivalent (EPE) dengan bilangan rumah sebanyak 174 buah. Terdapat 17 buah loji setempat dan sebuah stesen pam sedia ada yang memberikan perkhidmatan pembentungan di dalam kawasan tadahan Jawi, Sungai Bakap tersebut. JPP mendapati tidak ada keperluan buat masa ini untuk loji rawatan berpusat dilaksanakan di 105

Perkampungan Valdor memandangkan pertumbuhan pembangunan yang agak kurang dan kebanyakannya adalah kawasan perkampungan, perladangan dan hutan. Sehubungan itu, pihak JPP berpendapat, kajian kebolehlaksanaan atau feasibility study perlu dibuat terlebih dahulu bagi perancangan jangka masa panjang untuk penyediaan sistem pembentungan di kawasan ini termasuk mengenal pasti kawasan untuk pembinaan loji. Berdasarkan rekod aset pihak JPP, terdapat kira-kira 62 loji rawatan kumbahan pelbagai sistem di dalam kawasan Bukit Tambun yang beroperasi dan diselenggara oleh IWK.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Machang Bubuk tidak ada tapi saya akan jawab juga perkara ini untuk pengetahuan umum. Bertanya mengenai pewartaan sumber bekalan air, adakah sungai-sungai termasuk? Jawapannya adalah ya, sungai-sungai di mana bahagiannya ada dalam kawasan tadahan, sememangnya adalah diwartakan. Tapi kalau sungai itu diluar kawasan tadahan maksudnya di hulu, di hilir sungai umpamanya maka tidaklah. Tapi walau pun tidak ada dalam kawasan tadahan, sungai-sungai tersebut masih perlu dipelihara dan dilindungi oleh jabatan-jabatan seperti Jabatan Alam Sekitar dan JPS dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Yang Berhormat Machang Bubuk juga bertanya adakah kos terlibat dalam pewartaan kawasan tadahan air ini, jawapannya tidak ada kos melainkan pengambilan tanah dilakukan. Sebab memang ada beberapa kawasan tadahan air yang merangkumi beberapa kawasan tanah persendirian dan sekiranya Kerajaan Negeri ingin mengambil alih tanah tersebut, maka ganti rugi terpaksa dibayar dengan penilaian yang dibuat oleh JPPH. Yang Berhormat Penanti.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Mohon.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Baru nak jawab..boleh?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Alright. Tak, saja just nak komen pasal masalah bila kita nak guna tu, apa yang kita bincang itu di dalam PAC juga ialah mengikut akta yang sedia ada, kita boleh keluarkan tanah-tanah sungai atau pun daripada geran tanah individu. Jadinya, kalau kita boleh keluarkan daripada geran, jadi individu tuan tanah tak payah bayar cukai tanah sebab tanah dia dalam sungai and all that. Jadi maknanya sebab sekarang ini ada juga tuan-tuan tanah dia kata bila JPS nak masuk buat pam ke muara sungai semua tu, tu semua tanah dia, dia kena bayar cukai so dia minta pampasan, tak lama banyak dalam RM5 ribu kan tapi kita takda peruntukan dalam tender ke apa untuk masukkan pampasan. Jadi saya nak mohon dua cara iaitu satu, keluarkan daripada geran dan lagi satu ialah masukkan pampasan yang tak banyak sangat ini di dalam kos projek supaya JPS boleh masuk untuk membuat pencucian dan macam-macam.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan-cadangan tersebut. Dan saya rasa perlu dikaji, kita boleh kaji bagaimana kita nak menguatkuasakan cara untuk

106 mengeluarkan ya, sungai-sungai dan sebagainya daripada geran dan mungkin ini boleh membantulah semua pihak.

Yang Berhormat Penanti ada minta Kerajaan Negeri membayar bil elektrik untuk mengepam air ke dalam Empangan Mengkuang dari Sungai Kulim. Bagi makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah meletakkan beberapa syarat kepada Kementerian Air, Tanah & Sumber Asli sebelum penyerahan Empangan Mengkuang kepada Kerajaan Negeri. Salah satu daripada syarat tersebut adalah untuk pihak Kementerian menanggung kos pengepaman dari Sungai Kulim melalui Rumah Pam Mak Sulong ke Empangan Mengkuang sehingga paras 55 meter. Syarat ini telah pun dipersetujui oleh pihak Kementerian. Malah ada surat ya, yang telah menyatakan persetujuan mereka. Oleh itu, pihak Kementerian sewajarnya menanggung kos bil elektrik terlibat selagi paras takungan di Empangan Mengkuang belum mencapai paras 55 meter. Buat masa ini parasnya ialah 49.03 meter iaitu 71.9%.

Yang Berhormat Penanti juga membangkitkan permohonan agar peruntukan tambahan diberikan agar Rumah Pam Mak Sulong boleh berfungsi untuk membawa lebihan air dari Sungai Kulim ke Empangan Mengkuang apabila paras sungai melebihi tiga meter. Sebenarnya Yang Berhormat, projek menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong adalah sebahagian daripada projek pembesaran Empangan Mengkuang. Ianya dibina untuk mengepam air dari Sungai Kulim ke Empangan Mengkuang. Berdekatan muka sauk sedia ada Rumah Pam Mak Sulong ini adalah empangan jajar ataupun barrage JPS untuk mengawal paras air Sungai Kulim bagi tujuan pengairan sawah padi. JPS juga telah menetapkan bahawa pengepaman dari Rumah Pam Mak Sulong hanya boleh dilaksanakan apabila paras Sungai Kulim melebihi 4.6 meter. Paras tertinggi barrage ini adalah 4.8 meter dan air akan melimpah ke hilir sungai sekiranya paras air melebihi had ini. Penetapan ini adalah khusus untuk musim penanaman padi.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) telah mengoperasi Rumah Pam Mak Sulong semenjak 16 Oktober 2018 untuk mengepam air Sungai Kulim ke Empangan Mengkuang. Namun demikian, pihak PBA tidak dapat mengoperasikannya semenjak 16 September 2019 disebabkan kerosakan pada sistem pengepaman. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak kementerian dan kontraktor semenjak 26 September 2019 semasa lawatan tapak bersama, tapi perkara ini belum lagi diperbaiki kerana perlu mendapatkan alat ganti yang dijangka mengambil tempoh sehingga 12 minggu untuk sampai.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada masalah banjir kilat, Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa antara isu yang dihadapi, khususnya di kawasan- kawasan berdekatan dengan bukit, adalah masalah banjir lumpur, pencemaran kelodak dalam sungai dan sistem perparitan, serta runtuhan cerun dan tembok penahan cerun. Seringkali, kebanyakan masalah ini berpunca daripada pelaksanaan kerja tanah yang tidak mematuhi Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak ataupun Erosion and Sedimentation Control Plan (ESCP) yang telah diluluskan. Bagi setiap projek pemajuan, Jurutera Perunding hendaklah mengemukakan reka bentuk ESCP kepada JPS sebagai sebahagian daripada kelulusan pelan kerja tanah di peringkat PBT. Namun selepas mendapat kelulusan seringkali didapati bahawa ESCP tidak dipatuhi di tapak. Antara ketidakpatuhan yang lazimnya dilakukan adalah:

107

(a) Kolam takungan dan perangkap kelodak tidak dibina mengikut spesifikasi yang disyaratkan;

(b) Perangkap kelodak tidak diselenggara dengan sempurna;

(c) Kerja-kerja pemotongan cerun dibuat tanpa struktur kawalan;

(d) Pelan kerja tanah tidak dikemukakan kepada PBT dan JPS untuk kelulusan sebelum pelaksanaan kerja; dan

(e) Pembersihan atau pembukaan tanah dalam skala besar tanpa penyediaan pelan kawalan yang mencukupi.

Dan apabila berlaku perkara-perkara ini maka, akan berlakulah banjir lumpur dan masalah-masalah yang berkaitan. Jadi bagi menangani masalah projek pemajuan yang tidak mematuhi garis panduan dan syarat-syarat kerja tanah yang ditetapkan, Kerajaan Negeri pada tahun 2016 telah menubuhkan Jawatankuasa Induk Kawalan Hakisan dan Kelodak Negeri Pulau Pinang atau dengan nama ringkasnya Jawatankuasa Ops Lumpur. Jawatankuasa ini bertujuan untuk memastikan semua projek pembangunan dan pemajuan dijalankan mematuhi keperluan pelan ESCP yang telah diluluskan semasa permohonan kelulusan kerja tanah. Antara fungsi Jawatankuasa ini adalah untuk merangka pelan tindakan strategik jangka pendek dan jangka panjang bagi meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ESCP. Jawatankuasa ini juga bertindak sebagai pelaksana operasi bersepadu Ops Lumpur yang membuat lawatan mengejut ke tapak-tapak pembinaan di seluruh negeri Pulau Pinang.

Bagi makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2017 operasi Bersepadu Ops Lumpur telah dilakukan sebanyak enam kali. Daripada enam kali tersebut, ketidakpatuhan telah berlaku di empat projek. Jadi empat daripada enam yang dilawat ada ketidakpatuhan. Pada tahun 2018, kekerapan operasi bersepadu telah ditingkatkan sebanyak tiga kali ganda, daripada enam kali kepada 18 kali. Ketidakpatuhan telah dijumpai di kesemua 18 projek yang telah dilawat. Pada tahun 2019, tahun ini, setakat bulan Oktober, sebanyak 66 operasi bersepadu Ops Lumpur telahpun dilakukan, iaitu lebih tiga kali ganda tahun yang lepas. Operasi bukan sahaja dilakukan ke atas projek swasta, tapi kita buat jugalah lawatan mengejut ke atas projek-projek Kerajaan. Baik Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan. Dan daripada 66 operasi yang kita lakukan, ketidakpatuhan dikenal pasti di 55 projek.

Statistik di atas menunjukkan bahawa daripada jumlah 90 projek yang dilawat sejak tahun 2017, 77 mempunyai ketidakpatuhan. Dalam erti kata lain, 85% daripada projek-projek pembinaan tidak mematuhi syarat-syarat ESCP yang telah dikemukakan oleh jurutera perunding sendiri. Ini adalah perkadaran ataupun proportion yang amat tinggi. Maka tidak hairanlah apabila aduan banjir lumpur sering diterima. Malah, ketidakpatuhan ESCP yang serius juga boleh mengakibatkan tanah runtuh di tapak pembinaan. Jelas kelihatan walaupun operasi bersepadu telah ditingkatkan dengan ketara, perkadaran ketidakpatuhan masih tidak menurun. Ini menunjukkan pihak pemaju dan jurutera perunding seolah-olah bersikap tidak endah terhadap keperluan untuk mematuhi ESCP. Saya percaya sikap ini berlaku kerana tindakan susulan atau penalti yang dikenakan adalah terlalu ringan. Selepas ketidakpatuhan dikenal pasti, tindakan yang diambil hanyalah berbentuk arahan pembaikan ataupun arahan henti kerja. Ini sahaja. 108

Dari segi penalti yang berbentuk denda, MBPP tidak mempunyai peruntukan kompaun manakala MBSP pula hanya mempunyai peruntukan kompaun sebanyak RM250.00. Cuba bayangkan 10 kali kena kompaun pun hanya membayar RM2,500.00. Patutlah pihak pemaju dan jurutera perunding mengambil perkara ini dengan ringan.

Maka, Jawatankuasa Ops Lumpur telah bermesyuarat untuk mencari jalan bagi mengenakan penalti yang setimpal dengan kesalahan. Setelah membuat tinjauan, kami mendapati bahawa Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan penguatkuasaan ESCP dengan berjayanya. Caranya adalah dengan menguatkuasakan kompaun di bawah Seksyen 70A, 71 dan 121 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ataupun Akta 133. Kadar kompaun yang dibenarkan pula adalah separuh daripada denda yang diperuntukkan dalam 133. Di Selangor, kompaun yang dikenakan adalah seperti berikut:

(i) Untuk Seksyen 70A iaitu kesalahan:

(a) Melaksanakan aktiviti kerja tanah tanpa kelulusan PBT.

(b) Melaksanakan kerja tanah tanpa sediakan perangkap kelodak.

(c) Gagal selenggara perangkap kelodak.

(d) Gagal sediakan perangkap kelodak.

(e) Gagal selenggara kolam takungan banjir.

(f) Kolam takungan banjir tidak mematuhi pelan lulus.

(g) Gagal mengawal dan mengambil langkah wajar bagi menghalang hakisan tanah dari terus berlaku.

Penaltinya adalah kompaun tidak melebihi RM25,000.00 bagi setiap kesalahan.

(ii) Untuk Seksyen 71(a):

(a) Kesalahan gagal selia tapak hingga menyebabkan tebing cerun yang dibentuk runtuh.

(b) Gagal selia tapak hingga menyebabkan tembok penahan cerun yang disediakan runtuh.

(c) Gagal selia tapak hingga mendapan tanah memasuki sungai berhampiran serta menyebabkan banjir lumpur.

(d) Gagal selia tapak sehingga mendapan tanah memasuki sistem perparitan utama dan menyebabkan banjir lumpur.

Kompaun yang dikenakan di Selangor adalah tidak melebihi RM250,000.00 bagi setiap kesalahan.

(iii) Untuk Seksyen 121:

109

(a) Gagal memohon permit laluan jalan keluar masuk sementara.

(b) Gagal selenggara parit awam sedia ada yang disebabkan mendapan tanah dari tapak pembangunan.

(c) Gagal selenggara simpanan jalan awam, dan

(d) Gagal sediakan papan tanda kawalan lalulintas dengan secukupnya.

Kompaun adalah tidak melebihi RM5,000.00.

Jadi daripada statistik yang dikongsi oleh salah satu PBT di Selangor, secara purata (averagely) nilai kompaun yang dikutip sejak pelaksanaan kompaun- kompaun ini adalah lebih kurang RM500 ribu setahun. Dengan ini cuma satu PBT. Selangor ada 12 PBT. Boleh dibayangkan berapa banyak jumlah kompaun yang dapat dikutip dari seluruh negeri? Pada masa yang sama, statistik di Negeri Selangor juga menunjukkan ada trend menurun dari segi bilangan kompaun yang dikeluarkan setelah dikuatkuasakan sejak tahun 2005. Ini bermaksud bahawa ketidakpatuhan sudah berkurangan kerana pihak pemaju dan jurutera perunding di Selangor sudah lebih peka dan patuh kepada keperluan pelan ESCP. Jadi in other words, kita perlu denda mereka habis-habisan baru dia tau dan rasa dan dia ikut.

Jadi sukacita saya ingin memaklumkan Dewan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai hasrat yang sama, iaitu untuk menguatkuasakan kompaun di bawah Akta 133. Justeru, setelah melalui proses bengkel bersama semua agensi yang terlibat, satu kertas kerja untuk meminda Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) Jalan, Parit dan Bangunan 1980 di bawah Akta 133 sudah pun disediakan dan bakal dibentangkan untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa yang terdekat. Sekiranya diluluskan, kesalahan- kesalahan di bawah Seksyen 70A, 71 dan 121, Akta 133 akan menjadi kesalahan yang boleh dikompaun dengan kadar seperti yang diperuntukkan, iaitu sehingga RM25,000.00 bagi setiap kesalahan di bawah Seksyen 70A, RM250,000.00 bagi Seksyen 71 dan RM5,000.00 bagi Seksyen 121. Tambahan kepada itu, Jawatankuasa ini juga mencadangkan agar satu unit khas di setiap PBT ditubuhkan bagi mengendalikan penguatkuasaan undang-undang ini. Jadi kepada semua pemaju dan jurutera perunding di Pulau Pinang, saya harap mengambil ucapan ini sebagai satu saranan. Sekiranya masih lagi tidak mematuhi ESCP dan gagal menunaikan syarat-syarat di bawah kelulusan pelan kerja tanah, Kerajaan Negeri akan mengenakan denda yang berat kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, isu yang...(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan. Saya nak tanya adakah, ini satu berita yang sangat baik, jadi adakah kompaun yang tinggi ini untuk menurunkan ketidakpatuhan ini juga akan meliputi penanaman semula sebagainya di Sungai Lembu yang baru ini kan banyak yang setiap kali hujan berlaku banjir lumpur yang sangat bahaya sebab Sungai Lembu itu berbukit-bukit tapi ia disebabkan program penanaman semula getah dan nenas. Dan kalau ikut aduan saya, di Mesyuarat tindakan daerah macam kita takda apa apa undang-undang disebabkan ini adalah tanah pertanian. Jadi ada tak boleh tak sesuatu dibuat untuk cover juga masalah ini. 110

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Masalah di Sungai Lembu itu sebenarnya dia tu jatuh ke dalam grey area. Untuk kompaun-kompaun yang ingin kita perkenalkan ini dia sebenarnya semua adalah tertakluk kepada peruntukan Akta 133. Jadi semua kesalahan-kesalahan tadi saya telah bacakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan yang jatuh di bawah kategori- kategori tersebut yang saya nyatakan tadi. Maka sudah tentu boleh diambil tindakan. Tapi masalahnya apabila ia di luar daripada lingkungan Akta 133 ini, maka menjadi masalah juga. Tapi saya, saya pun amat bersimpati dengan keadaan tersebut dan saya juga marah kerana orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini menggunakan grey area ataupun loophole ini untuk membuat kerja tanah tanpa izin dan merosakkan dan mengakibatkan banjir lumpur dan sebagainya. Tapi saya rasa mungkin boleh ya yang ni perlu kita kaji dengan lebih teliti. Sebab sebelum ni memang Kerajaan Negeri kita tidak ada peruntukan nak kompaun satu ringgit pun. Di MPSP ada 250 ringgit ya. Tapi selain daripada itu tak ada tindakan lain yang boleh dibuat. Tapi dengan undang-undang kecil pindaan undang-undang kecil ini maka kompaun yang berat boleh dikenakan jadi saya harap kita boleh juga menggunakan undang- undang kecil ini untuk mendenda mereka yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua. Isu yang terakhir, iaitu Infrastruktur Telekomunikasi…(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Sebelum tu nak tanya sebagai EXCO Tebatan Banjir, saya nak mohon supaya paya-paya, paya-paya terutama macam di Sungai Mati sebab sekarang ni JPS setiap kali dia cuci dia akan cuci Sungai Mati. Tetapi sungai mati ni adalah kawasan paya sebenarnya peat soil. Dan dia adalah kawasan di mana dia boleh menyerap sebagai sponge la maknanya air. Dan ini akan dapat membantu mengurangkan banjir dan selain itu ia juga membantu untuk menyerapkan karbon dan juga toksik daripada apa racun-racun daripada penanaman padi jadi juga maknanya kalau JPS sekarang ni kalau dia buat ban ditepi-tepi sungai yang ada paya tu saya nak mohon supaya ban itu dibuat jangan kena kawasan yang paya. Dia dia buat ban tinggikan tapi bukan di tebing yang ada paya tu. Sebab paya tu memang sangat penting. I think kalau di masa-masa bengkel dari JKR Singapore kan dia kata kita kena balik semula kepada semulajadi untuk membantu mengurangkan banjir. Dan saya tengok di Thailand juga di Bangkok mereka juga menggunakan tanah dan untuk menyerap air. Jadi, saya nak mohon JPS jangan cuci Sungai Mati dan juga kalau nak tinggikan ban jangan bagi kena kawasan paya terima kasih.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan tersebut. Saya minta JPS untuk mengambil perhatian berkenaan perkara tersebut.

Tuan Yang Dipertua, Saya amat bersetuju dengan pandangan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Putih tentang sektor pembangunan ekonomi digital yang perlu diutamakan agar dapat memperkasakan pelbagai sektor di Negeri Pulau Pinang khususnya (IKS). Pengukuhan ekonomi digital ini bukan sahaja menjadi perkara asas dalam pelaksanaan inisiatif negeri pintar, malah sekaligus dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan. 111

Sebagai makluman Yang Berhormat, penyediaan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang kini jauh lebih baik berbanding 10 tahun yang lalu. Hal ini dapat dilihat dengan statistik liputan telekomunikasi daripada (MCMC), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dan Multimedia Malaysia yang menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri kedua terbaik di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kadar penembusan jalur lebar bagi setiap 100 penduduk di Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan sebanyak 140.6% iaitu melebihi kadar nasional 127.7% manakala bagi kadar penembusan jalur lebar tetap ataupun berwayar, Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan sebanyak 11.7%, melebihi kadar penembusan jalur lebar nasional iaitu 8.1%.

Tuan Yang Dipertua, walaupun laporan prestasi ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan, namun Kerajaan Negeri amat komited untuk menambah baik lagi dengan merangka Pelan Induk Kesalinghubungan Negeri Pulau Pinang atau Penang Connectivity Master Plan (PCMP) yang merangkumi aspek pembangunan infrastruktur telekomunikasi, pengurusan tadbir urus yang lebih cekap dan peningkatan kesedaran awam terhadap pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri bekerjasama rapat dengan kesemua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi melalui Bahagian Kerajaan Tempatan, dalam Pejabat SUK bersama-sama dengan MCMC dalam usaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama di Malaysia dengan ketersediaan penuh jalur lebar bertaraf gigabit. Kerjasama dalam merealisasikan PCMP ini adalah yang pertama dalam sejarah industri telekomunikasi negara dengan hasrat untuk memacu aspirasi Kerajaan Negeri ke arah konsep negeri pintar.

Seterusnya, izinkan saya memberi maklum balas mengenai kenyataan Yang Berhormat Jawi. Sebab ini pun untuk pengetahuan umum yang menyentuh mengenai pelaksanaan Projek Demonstrasi 5G. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Projek Demonstrasi 5G ini adalah persediaan sebelum teknologi 5G dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak syarikat penyedia perkhidmatan pada tahun depan. Jadi untuk Projek Demonstrasi kita akan membuat pengujian ke atas (use case) atau kes penggunaan di kawasan-kawasan yang dicadangkan.

Selain daripada itu, pelaksanaan Projek Demonstrasi 5G ini melibatkan komitmen yang besar daripada syarikat-syarikat telco seperti Altel Communications, Celcom Axiata, Digi, edotco, Maxis, Petronas dan TM dan U Mobile dengan membuat pelaburan awal sebanyak RM116 juta. Oleh itu, tidak ada keperluan untuk PBT membuat cadangan lokasi pembinaan menara dan struktur yang baharu kerana untuk Projek Demonstrasi ini sebenarnya industri dan kita juga ada berbincang dengan pihak-pihak industri di kawasan perindustrian dan sebagainya untuk mengenalpasti beberapa projek yang dia boleh digunakan untuk projek demonstrasi ini. Dan selepas kejayaan projek-projek demonstransi di enam negeri di Malaysia. Pulau Pinang adalah satu daripada enam negeri tersebut. Maka 5G akan dilaksanakan ataupun roll out secara keselruhan pada second half ataupun pertengahan kedua tahun depan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Yang Berhormat, minta penjelasan. Tentang mengenai 5G ini. Yang Berhormat telah menyatakan bahawa syarikat telekomunikasi terlibat secara 112 langsung dengan pelaburan. Soalan saya adalah, bukannya adakah saya tidak mahu tanya. Adakah Kerajaan Pulau Pinang sedia dengan untuk 5G. Saya nak tanya adakah syarikat-syarikat telekomunikasi ini sedia untuk teknologi 5G ini. Yang sedia ada 4G pun dia punya kualiti sangat tidak memuaskan. Saya guna Digi. Saya tau. I think semua pun setuju yang guna Maxis, Celcom. Ada tak mereka ni betul-betul bersedia, ataupun 5G ini adalah satu lagi cara untuk mengambil lebih duit daripada pelanggan. Ini soalan saya.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Dia sebenarnya Yang Berhormat, saya faham network ini ketersediaan dan kecapaian network kadang-kadang kita lihat network kurang baik dan sebagainya. Ini adalah isu yang berkait dengan infrastruktur telekomunikasi. Sekiranya kita boleh membina lebih banyak lagi pemancar. Menara pemancar maka sudah tentu, network, Yang Berhormat akan dipertingkatkan. Tapi, saya rasa Yang Berhormat pun tahu kita mempunyai beberapa kekangan apabila kita berhadapan dengan pembinaan menara pemancar di Negeri Pulau Pinang, pun begitu Kerajaan Negeri adalah komited untuk memastikan kita bersedia ya. Untuk menghadapi isu apa ni arus masa depan iaitu Digital Economy Industry Revolution 4.0 semuanya memerlukan infrastruktur komunikasi. Itu adalah perkara yang asas. Kalau kita tidak mahu menara pemancar dibina. Maka bagaimana kita nak. Kita boleh complaint lah. Dia adalah satu fungsi yang secara langsung direct function correlation. Kalau ada pemancar maka ada signal. Kalau tidak ada pemancar memang tidak ada signal.

Jadi dalam perkara ini, saya nak terus kepada perkara ini. Seperti mana yang semua sedia maklum. Terdapat segelintir rakyat yang membantah pembinaan infrastruktur telekomunikasi yang berdekatan dengan kawasan- kawasan kediaman. Ini mungkin berlaku kerana, salah faham. Dan kekeliruan dalam kalangan orang ramai yang masih tidak mengetahui fakta-fakta sebenar berkenaan sinaran yang dikeluarkan oleh menara-menara pemancar telekomunikasi.

Menurut MCMC, struktur pemancar telekomunikasi yang dibina adalah selamat dan tidak mengancam kesihatan penduduk sekitar serta mematuhi garis panduan World Health Organization (WHO) dan International Committee on Non- Ionising Radiation Protection (ICNIRP). MCMC turut menambah bahawa kedua- dua agensi pakar mengenai keselamatan dan kesihatan radiasi, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Nuklear Malaysia, telah menjalankan pelbagai kajian berkenaan radiasi pemancar telekomunikasi di Malaysia dan hasil kajian adalah selari dengan WHO dan ICNIRP. Malah, sebanyak 24,000 kajian mengenai kesan radio frequency dan electromagnetic field (RF) dan (EMF) oleh struktur pemancar telekomunikasi terhadap sistem biologi telah dibuat sepanjang 30 tahun oleh para saintis di seluruh dunia. Berdasarkan kepada itu, pihak WHO telah merumuskan bahawa kajian-kajian yang telah dilaksanakan telah membuktikan bahawa pendedahan EMF oleh struktur pemancar telekomunikasi tidak menjejaskan kesihatan manusia. Fakta ini turut disokong oleh KKM yang menyatakan bahawa tiada bukti saintifik yang menyakinkan untuk mengaitkan risiko radiasi terhadap kesihatan dengan struktur pemancar telekomunikasi. Menurut Agensi Nuklear Malaysia pula, sinaran yang dikeluarkan oleh struktur pemancar telekomunikasi dikategorikan sebagai sinaran tidak mengion ataupun (non-ionizing radiation). Dalam erti kata lain, sinaran ini adalah bertenaga rendah

113 dan tidak boleh menyebabkan pengionan (ionization) dalam badan manusia dan oleh itu, tidak ada kaitan langsung dengan sinaran radioaktif.

Sehubungan dengan itu, satu Standard Operating Procedure, Bantahan Penduduk Terhadap Struktur Pemancar Telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang sedang dirangka untuk mengendalikan aduan-aduan yang diterima. Pelaksanaan SOP ini bertujuan untuk memperkemas dan menambahbaik proses pembangunan infrastruktur telekomunikasi berikutan wujudnya bantahan penduduk setempat. Secara amnya, aduan-aduan yang diterima akan dikaji dan tindakan akan diambil berdasarkan bukti yang disahkan oleh agensi kerajaan atau doktor pakar bertauliah, dan bukan sekadar ketakutan yang tidak berasas. Akhir kata, Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan ketersediaan Negeri Pulau Pinang untuk menghadapi cabaran dunia abad ke-21.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Mohon, satu soalan. Pasal digital decoder sebab Kerajaan Pusat telah menutup analog Oktober 30, then berjanji untuk bagi digital decoder, sebab ramai sangat penduduk tanya kan, digital decoder untuk semua golongan B40 tapi penduduk ramai tanya yang tak semua yang dapat, ramai yang tak dapat jadi mereka banyak yang tanya saya suruh saya tanya soalan ini. Lagi satu soalan popular, dari semua penduduk bila nak buka Mengkuang Dam? Saya nak sarankan boleh tak kita tak payah tunggu 55 meter sebab sebenarnya 55 meter tu sekarang kita nak macam katalah November, Disember air, air hujan banyak kan. Then kita boleh masukkan dalam Mengkuang Dam tu. Jadi, kalau bila boleh kita buka. I know u kata benda tu bahaya lah, nanti whatever la sebab tu nak simpan air. Tapi kita nak duduk bahagian bawah je you know macam dulu-dulu la kita tak payah la keliling 10 kilometer tu. It just, it just semua orang tanyalah bila nak buka Mengkuang Dam.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih, Yang Berhormat Penanti. Mengkuang Dam tu, kita akan bincanglah dengan lebih lanjut di peringkat Kerajaan Negeri. Sebab faktor yang utama adalah of course keselamatan.

Yang kedua, kita ada perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan. Mereka pun telah bersetuju, in black and white ya maksudnya secara rasmi. Maka syarat- syarat tu, saya rasa sekiranya Kerajaan Persekutuan ingin berunding, saya rasa kita pun terbuka. Ya, kita boleh berunding untuk mencari penyelesaian.

Tapi, apa-apa pun keputusan ya perlu dibuat di peringkat Kerajaan Negeri dengan rundingan dengan kementerian kelak ya. Jadi Yang Berhormat, saya secara sendiri tak boleh memberi jawapan bila nak buka ya.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Minta laluan. Okey, terima kasih Tanjung Bunga. Cuma saya amat tertarik dengan apa yang di telah sampaikan mengenai pemancar. Seperti yang kita sedia maklum, pemancar ni adalah pemancar untuk talian komunikasi ni. Kadang- kadang dijadikan satu sumber kewangan, apabila syarikat-syarikat komunikasi memberi bayaran sewa kepada surau, masjid dan apa tu perumahan.

114

Dan di perumahan pun, kadang-kadang persatuan penduduk dengan JMB dan sebagainya bergaduh apa tu semata-mata nak fight ada masalah kesihatan ataupun tidak. Jadi dalam ruang yang ada ini, saya mohonlah ada satu keputusan yang concrete yang boleh mereka kemukakan bahawa, perkara ni betul-betul tak bahayakan mereka.

Malah boleh mendatangkan sumber, yang boleh menyelesaikan masalah penyelenggaraan dan sebagainya. Terima kasih.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):

Terima kasih Yang Berhormat. Dan sebenarnya, itulah yang kita nak capai. Sebab tu kita buat SOP bantahan yang baru ini, dan ia akan menjadi satu garis panduan yang amat concrete lah, dari segi cara kita mengendalikan aduan dan juga cara yang apa ni, kita nak berpandukan kepada fakta dan juga bukti ya.

Dan pada masa yang sama Kerajaan Persekutuan pun juga ya akan membantu untuk menyebarkan maklumat yang tepat, supaya orang ramai pun boleh lebih faham ya. Ada satu kempen yang akan dibuat secara di peringkat kebangsaan juga ya, oleh MCMC untuk membantu kita dalam perkara ini.

Soalan Yang Berhormat Penanti, mengenai isu dekoder dan sebagainya, itu sebenarnya bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Saya tidak boleh memberi jawapan. Tapi kalau nak nanti, saya boleh cuba untuk mendapatkan jawapanlah.

Akhir kata okey kita komited, Kerajaan Negeri komited untuk ketersediaan ia menghadapi dunia abad ke-21, termasuk penyertaan dalam ekonomi digital, penerimaan dan penggunaan IR4.0 serta capaian kepada teknologi terbaru seperti 5G.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir sekali, adalah Yang Berhormat Bayan Lepas memohon agar Kerajaan Negeri membuat susulan berkaitan permohonan peti surat baru di kawasan Taman Perda, Tingkat Teluk Kumbar 4.

Walaupun perkara ini sebenarnya bukan bawah portfolio saya, saya rasa. Tapi, saya akan bantu untuk membuat susulan secara bertulis kepada POS Malaysia, memandangkan bangunan pejabat pos di Bayan Lepas telah dirobohkan, bagi memberi laluan kepada pelebaran jalan FT006. Jadi kita akan cubalah, saya akan hubungi POS Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhir kata, adalah menjadi impian agar Kerajaan Negeri agar Negeri Pulau Pinang membangun maju dengan infrastruktur yang efisyen dan lestari, bagi keselesaan rakyat Pulau Pinang. Justeru Kerajaan Negeri, sentiasa berusaha dengan gigih melalui pelbagai platform untuk memastikan Negeri Pulau Pinang memiliki infrastruktur terbaik, selaras dengan gagasan Penang2030 “Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara”, bagi menyediakan kehidupan yang selesa dan berdaya huni kepada rakyat.

Untuk itu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk pihak swasta dan Kerajaan Persekutuan, untuk merealisasikan sebarang perancangan projek infrastruktur. Semoga dengan kerjasama yang erat di antara

115 semua pihak, Negeri Pulau Pinang akan terus bergerak maju ke hadapan dan membawa kemakmuran kepada semua rakyat.

Bagi mengakhiri ucapan, dengan sentimen semua orang nak sampaikan pantun, saya pun nak merakamkan serangkap pantun yang berbunyi:

“Pulau Pinang Pulau Mutiara,

Negeri indah tumpuan semua,

Naiktaraf infra fokus utama,

Agar rakyat hidup sejahtera”

“Perubahan iklim dugaan dunia,

Cuaca kini sukar diduga,

Perancangan dan kajian kian dilaksana,

Sokongan dan kesabaran dihargai jua”.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat. Saya sokong.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga. Dipersilakan, Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Puyu.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Terlebih dahulu, dengan izinkan saya untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Tamil, dan juga Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar-pelajar yang sedang duduki peperiksaan SPM di seluruh Malaysia.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Yang Berhormat Timbalan.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Saya nak bagi perhatian sikit. Deepavali ini bukan disambut sahaja daripada orang Tamil, tapi the whole of India celebrate Deepavali.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Baik, saya ambil nasihat. Yang Berhormat Timb. Yang Berhormat. 116

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Is all Deepavali. Ya, but. But even in North India, we use it Diwali. So, when he said Diwali, is a same time we all celebrate in India...(gangguan)

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Dato’ Speaker.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Speak to Kanyakumari.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Timbalan Speaker.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Thank you.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Saya perbetulkan. Ada perbezaan Deepavali lain, Diwali lain.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Just the spelling different only. But is the same function.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

No. No. Cara. (Ahli Dewan ketawa).

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Speaker, saya tidak bersetuju dengan Speaker hari ini. (Ahli Dewan ketawa). Ini soal, apa ni nationalisma.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

No. No. (Ahli Dewan ketawa. I think when he says Indian, it’s it’s from Kashmir to Kanyakumari. It doesn’t classified only Tamil. Thank you.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Dato’ Speaker, saya nak perbetulkan. Different is, orang utara menyambut Diwali untuk menyambut kepulangan Dewa Ram selepas mengalahkan seorang Raja di selatan India, ke negara mereka iaitu Ayutthaya.

Tetapi di selatan, is win over Naragasuren. So, that is a different. Deepavali lain.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Diwali. 117

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Diwali. It’s Deepavali. Hari yang sama tetapi, different occasion.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Let’s enjoy the unity in Malaysia.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Baik. Semua dah ambil maklum. Yang Berhormat Timbalan Yang di- Pertua, di kesempatan ini, saya mengambil peluang menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerana masih dibagi peluang untuk menyampaikan ucapan penggulungan, bagi isu-isu berkaitan dengan portfolio Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang telah dibahaskan oleh Yang Amat Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, ke atas Rang Undang-Undang Bekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ucapan terima kasih saya, dengan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 dengan tema “Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama”, dan juga kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah ambil bahagian dalam sesi perbahasan pada kali ini.

Saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri, yakin bahawa perbelanjaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020, merupakan langkah awal yang positif ke arah merealisasi matlamat “Penang2030 : Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara”.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah menjalankan pelbagai program kebajikan, sejak tahun 2009 untuk memastikan rakyat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan serta menikmati hasil penjimatan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Keprihatian Kerajaan Negeri terhadap golongan yang kurang kemampuan, dapat dilihat melalui penerusan program i-Sejahtera pada tahun 2020 dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Seterusnya, Kerajaan Negeri yang berbesar hati menaikkan kadar bantuan bagi menghargai golongan warga emas, iaitu daripada RM130.00 setahun ke RM150.00. Kenaikan ini dianggarkan memberi manfaat kepada 178,000 warga emas, di negeri ini yang melibat yang melibatkan peruntukan sebanyak RM26.7 juta. Dan kenaikan sebanyak RM3.5 juta berbanding tahun ini.

Sebagai tanda perhatian Kerajaan Negeri terhadap golongan OKU, Kerajaan Negeri dengan sukahatinya, telah mengumumkan untuk menaikkan kadar bantuan OKU daripada RM130.00 setahun, kepada RM150.00 yang akan terlibat hampir 10,000 penerima. Dan kenaikan ini terlibat peruntukan sebanyak, RM1.5 juta dengan kenaikan sebanyak RM200,000.00.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, satu aspek Negeri Kebajikan ialah melalui Agenda Ekonomi Saksama (AES) atau dahulunya dikenali Program Pembasmian Miskin Tegar, lahir pada tahun 2009 di mana Pendapatan Garis

118

Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun tersebut adalah RM500.00 berbanding dengan RM400.00 bagi Kerajaan Persekutuan.

Penerima, jumlah penerima bantuan AES pada bulan Julai tahun 2009, adalah seramai 651 dengan perbelanjaan sebanyak RM187,285.00. Seramai 300 penerima bantuan di Daerah Seberang Perai Utara (SPU), 53 bagi Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), 167 penerima bagi Daerah Seberang Perai Tengah, 121 penerima bagi Daerah Barat Daya dan 36 penerima daripada Daerah Timur Laut.

Jumlah penerima dan belanja AES pada bulan Julai 2009, mengikut pecahan daerah ada seperti:

(i) DTL - RM4,920.00;

(ii) DBD - RM32,060.00;

(iii) SPU - RM95,220.00;

(iv) SPT - RM43,385.00; dan

(v) SPS - RM11,700.00 dan sejumlah RM187,285.00.

PGK kemudiannya, telah dinaikkan daripada RM500.00 kepada RM600.00 pada tahun 2012. Dan pada RM770.00, sehingga tahun 2013. PGK digunakan sejak tahun 2014 sehingga kini, adalah sebanyak RM790.00. Kerajaan Negeri akan tambah nilai, top up sehingga genap RM220.00 bagi mana-mana keluarga yang berpendapatan perkapita kurang daripada jumlah RM220.00.

Contohnya, sekiranya sekeluarga sebuah keluarga mempunyai lima orang ahli isi keluarga dan pendapatan mereka kurang daripada RM1,000.00 sebulan, yakni pendapatan per kapita keluarga tersebut kurang daripada RM220.00, Kerajaan Negeri akan memberi tambah nilai RM100.00 setiap bulan.

Kerajaan Negeri telah membelanja sebanyak RM33,208,284.00 juta, sejak tahun 2009 sehingga bulan September 2019. Sehingga bulan September 2019, secara keseluruhannya seramai 720 individu dan keluarga yang telah menerima bantuan ini. Seramai 340 penerima bantuan di Seberang Perai Utara (SPU), 93 bagi Daerah Seberang Perai Selatan, 86 penerima bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), 90 bagi Daerah Barat Daya dan 111 penerima bagi Daerah Timur Laut. Jumlah penerima dan perbelanjaan AES sehingga September 2019 mengikut pecahan daerah adalah berikut:

(i) DTL - RM28, 420.00

(ii) DBD - RM23,969.00

(iii) SPU - RM98,067.00

(iv) SPT - RM27,830.00

(v) SPS - RM25,562.00 119

Jumlah pada bulannya adalah RM203,848.00. Selain itu setiap tahun Kerajaan Negeri telah menyediakan beberapa program-program kebajikan terutamanya Program i-Sejahtera merangkumi Program Penghargaan kepada rakyat melalui Warga Emas, Program Bantuan OKU, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Ibu Emas. Dalam pada itu, bagi meringankan beban ibu bapa, Kerajaan Negeri juga turut memberikan RM200 one-off melalui Program Anak Emas diberikan bagi baby yang dilahirkan selepas tahun 2011.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Minta laluan boleh.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Nanti, bagi meringankan beban waris warga emas, ibu tunggal dan OKU dalam pengurusan jenazah, Kerajaan Negeri akan memberi bantuan secara one- off RM1,000.00. Keseluruhan perbelanjaan yang telah dibelanjakan bagi Program i-Sejahtera sejak tahun 2009 sehingga September 2019 adalah sebanyak RM302,288,240.00. Ke semua ini dilaksanakan kerana kepimpinan Negeri yang bersih dan melaksanakan pentadbiran dengan telus dan komited. Dipersilakan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Terima kasih kepada Yang Berhormat Phee yang begitu konsisten dalam memelihara atau pun menjaga kebajikan rakyat. Cuma dalam persoalan saya yang ingin saya bangkitkan mengenai PGK garis kemiskinan negeri telah lama berada pada tahap 790 yang menjadi asas perkiraan AES. Boleh atau tidak Kerajaan Negeri cuba up kepada RM920 mengikut PGK Kerajaan Pusat. Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Ya, perbincangan dan mesyuarat berkaitan perkara ini telah diadakan beberapa sesi dan setelah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menaikkan PGK dari RM220 ke RM260. Ini sedang diuruskan. ADUN Sungai Dua dan ADUN Permatang Berangan telah untuk menjawab cadangan yang dibangkit oleh Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung):

Yang Berhormat sorry, minta maaf Yang Berhormat boleh mencelah sikit. Yang Berhormat berkenaan dengan kebajikan negeri memang tidak dapt dinafikan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah pun menyumbang banyak dari segi peruntukan dalam 10 tahun kebelakangan ini. Juga daripada jumlah-jumlah angka-angka yang diberikan tadi 300 juta lebih diberi di bawah program-program i-Sejahtera dan banyak lagi program-program khusus. Saya nak address adalah berkenaan isu PGK. PGK ini untuk saya sepatutnya adalah satu cara kita boleh membuat measurement ataupun penilaian kadar kemiskinan dalam sesebuah negeri atau pun negara kita dan itu akan membantu kemudiannya negara ataupun negeri membuat dasar-dasar melihat bagaimana kita boleh menangani masalah kemiskinan. Satu ritikan baru-baru ini daripada United Nation, Professor Philip Alston dan juga banyak lagilah Yang Berhormat yang menyatakan bahawa the national PGK adalah terlalu rendah sebab itu hanya menggambarkan miskin tegar seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

120

Bila kita sebut 900 actually not 20 tapi sekarang 980 itu adalah untuk menilai kemiskinan tegar yang tidak menggambarkan kemiskinan sebenarnya dalam negeri kita dan sebelum ini pun Penang Institute dalam tahun 2015 pernah membuat satu laporan kajian yang menyatakan bahawa Negeri Pulau Pinang harus mengkaji untuk meningkatkan PGK lebih tinggi lagi dan bukan mengikut kadar peringkat nasional sebab kalau lihat peringkat nasional itu pun masih dikira sebagai terlalu rendah Yang Berhormat. So Penang Institute ada pernah mencadang supaya PGK itu kita di Penang ada yang satu specific yang kita boleh menilai mengguna mengambil kira social economic condition untuk Penang. Sebab Penang dia ada mungkin condition tersendiri. So adakah kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan itu Yang Berhormat?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih semua cadangan ini telah diambil kira oleh demikian telah terlihatnya. Kami mula dengan 500 apabila Kerajaan Persekutuan hadnya 400 dan kami telah naik sampai 790. Paras kini kami telah selaraskan di persekutuan dan juga negeri adalah satu keluarga yang besar iaitu PH. Apa yang mereka buat kami akan berbincang demikian perbincangan yang belum muktamad adalah bahawa PGK yang kepada kini 220 hendak naik sampai 260. Cadangan Yang Berhormat akan diambil kira.

Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng):

Yang Berhormat, minta laluan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi banyak bantuan kepada mereka yang perlu bantu ini. Tetapi apa yang saya ingin tanya adalah, apakah usaha lain yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu mereka untuk meningkatkan lagi pendapatan. Sekiranya Kerajaan Negeri akan mengkaji menaikkan PGK tersebut bermaksud Kerajaan Negeri akan menanggung lagi banyak beban kewangan untuk membantu golongan ini. Untuk saya jika ajar mereka pancing lagi baik daripada beri mereka ikanlah. So untuk meringankan beban Kerajaan Negeri dan juga boleh meningkatkan mereka daripada masalah kemiskinan ini.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih Ahli Yang Berhormat KOMTAR, memang Kerajaan Negeri telah banyak program. Program bukan hanya bagi duit bukan bagi ikan tetapi juga bagi pancing dan juga bagi ini umpan. Iaitu kata kami telah adakan program-program seperti PSDC, program-program seperti kami telah bagi mereka peluang kerja sambil belajar iaitu kata selepas tiga (3) tahun mereka boleh dapat sijil and skill certification including tools general engineer ini semua telah dijalankan dan saya apa saya bangkit di sini adalah perkara-perkara berkaitan dengan tanggungjawab saya dan jikanya kata untuk lain-lain program seperti akan dibawa oleh Ahli Yang Berhormat daripada Perai banyak lagi program.

Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng):

Sikit lagi, Yang Berhormat Sungai Puyu di negara-negara seperti Hong Kong mereka ada social worker yang akan jaga beberapa orang client merekalah. So adakah Pulau Pinang juga akan mengadakan social worker punya model untuk membantu keluarga-keluarga supaya mereka boleh lebih fokus. Macam ADUN

121 kadang-kadang terlalu banyak so social worker ada professional skill, ada experience dia untuk membantu mereka untuk selesaikan masalah kemiskinan.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Ya, memang di Putrajaya di mana di bawah portfolio Timbalan Perdana Menteri telah pada kini minta semua EXCO-EXCO yang bertanggungjawab kepada kebajikan untuk bermesyuarat supaya kena wujudkan satu sistem di mana social worker. Di mana social worker hendak didaftar dan juga kena bagi dia sijil dan lain-lain. Di sini juga saya bangkit satu masalah yang kemungkinan akan wujud iaitu kata bila kata social worker ada dua (2) syarat social worker ada satu yang professional yang mereka akan dibayar gaji dan lain-lain dan di Negeri Pulau Pinang ada satu negeri yang lebih istimewa iaitu kata social worker datang daripada persatuan-persatuan, NGO-NGO dan kumpulan-kumpulan agama. Di mana mereka hanya untuk kerja amal seperti Tzu Chi. Ini memang belum muktamad lagi dan masih dalam perbincangan. Cadangan jikanya yang mana ADUN Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Yang Mulia ini ada apa-apa cadangan boleh panjangkan pada pejabat saya supaya saya kumpul-kumpul maklumat mewakili semua untuk berbincang di pusat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menjawab cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat ADUN Sungai Dua dan Permatang Berangan berkenaan penerusan bantuan program i-Sejahtera kepada para penerima di kawasan Sungai Dua dan Permatang Berangan dan memohon penjelasan bagi bantuan yang telah ditamat kepada para penerima. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi program ibu emas dan program bantuan ibu tunggal, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemutihan bagi tahun 2019. Hal ini adalah kerana didapati banyak perlanggaran syarat yang memohon oleh para pemohon bantuan.

Oleh itu, jawatankuasa induk telah memutuskan supaya semua pendaftaran sedia ada bagi kedua-dua program tersebut dibeku dan perlu diaktifkan semula oleh pemohon secara atas talian sekiranya mereka masih layak dan menepati syarat. Perkara ini telah diwar-warkan melalui media dan juga melalui ADUN di majlis-majlis yang terlibat orang ramai dan panggilan telefon kepada penerima bagi setiap KADUN. Secara kesimpulannya, mereka bukan tamat bantuan, tetapi diminta untuk melakukan pengaktifan semula sekiranya masih layak supaya para penerima tahu status bantuan diterima.

Selain itu, pemutihan juga dilaksanakan sekiranya pemohon tidak tuntut wang bantuan bagi tiga (3) tahun berturut-turut bagi kelompok ini, sistem akan membuat pengasingan dan penerima tersebut dikecualikan daripada bayaran untuk tahun berikutnya. Sekiranya pemohon masih berminat, permohonan masuk semula pada program boleh dilakukan. Ini walaupun kami telah umumkan dan walaupun kami kata cut of date adalah 30hb Jun tetapi telah dilanjutkan dan lanjutkan kerana masih ada banyak yang belum aktifkan semula. Mengapa kehendak saya ada pergi banyak tempat semasa kami buat bayaran, sumbangan. Terlihat ibu emas syarat ibu emas bahawanya anda tidak bekerja, hanya di rumah. Mereka pakai seragam kilang. Ada ibu tunggal dia bawa anak lahir. Ibu tunggal oleh siapa ibu tunggal telah kahwin semula maklum. Kalau tak ada kerja boleh ambil daripada ibu emas ada pilihan. Oleh itu terpaksa beku dan diaktif semula. Ini adalah satu cara pentadbiran bahawa cekap.

122

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menjawab kepada cadangan Yang Berhormat berkenaan penglibatan Mutiara Food bank di Kawasan Sungai Dua. Untuk makluman Yang Berhormat, Mutiara Food bank ditubuhkan sejak Mei 2017 iaitu sebuah pilot projek Kerajaan Negeri yang diasaskan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin yang ketika itu merupakan Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang. Pada masa itu Program Mutiara Food Bank telah berjaya dilaksanakan di 9 kawasan Parlimen, 20 KADUN dan 73 MPKK seluruh negeri Pulau Pinang.

Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat tiga komponen penting dalam menggerakkan program ini iaitu penyumbang, penggerak dan penerima. Justeru kriteria ini ada pada setiap permohonan yang dibuat kepada Mutiara Food Bank. Sehingga kini, DUN Sungai Dua tidak tersenarai dalam program Mutiara Food Bank. Hal ini disebabkan tidak ada permintaan bertulis daripada ADUN mahu pun penyelaras DUN dalam menggerakkan program ini di kawasan tersebut. Tambahan lagi, sejak program Mutiara Food Bank dilaksanakan, sebanyak 35,000 penerimanya yang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal, anak yatim, penerima AES, penerima JKM, Zakat dan Pusat Tahfiz telah menerima manfaat daripada program ini. Hal ini secara tidak langsung menunjuk bahawa program ini sudah bergerak dengan baik, seiring dengan kemampuan dan kekuatan logistik yang ada pada Mutiara Food Bank.

Pada masa ini Mutiara Food Bank telah memula perbincangan bersama Persatuan Hotel dan Chef Pulau Pinang dalam usaha menyelamat lebihan makanan di dapur Pulau Pinang. Saya difahamkan penglibatan menyelamat makanan daripada dapur akan dimula pada Januari 2020. Akhir sekali sekiranya Ahli Yang Berhormat berhajat untuk menggerakkan program Mutiara Food Bank di kawasan Sungai Dua bolehlah berhubungi talian 04-2189654 iaitu Pejabat Food Bank atau 019-5192953 untuk Ketua Pegawai Operasi Mutiara Food Bank. Menjawab cadangan Yang Berhormat berkenaan dengan penyegeraan pembinaan Pusat Transit Gelandangan, untuk makluman Yang Berhormat, Pusat Transit Gelandangan telah dicadangkan di bangunan rumah kedai 2 tingkat milik MBPP di No.9, Jalan C.Y. Choy di bawah seliaan MBPP telah menyenaraikanpendekkan kontraktor iaitu shortlisted bagi pembinaan pusat transit ini. Kerajaan Negeri kini sedang mengadakan rundingan terakhir sebelum penyerahan tapak kepada kontraktor terpilih. Sekiranya urusan ini berjalan lancar, pembinaan pusat boleh dipercepatkan pada bulan Disember 2019 dan sebelum akhir Januari tahun 2020.

Bagi menjawab cadangan Yang Berhormat berkenaan isu gelandangan, difokuskan bukan sahaja di Pulau tetapi juga di Seberang, JKM sentiasa fokus dalam mengawal aktiviti pengemisan dan kutu rayau yang juga berkaitan dengan isu-isu gelandangan dengan menjalankan operasi di seluruh daerah Pulau Pinang. Sehingga September 2019 sebanyak 361 operasi telah dijalankan dan melibatkan 559 orang yang diselamatkan. Sebanyak 10 unit rumah pangsa di PPR Desa Wasasan, Seberang Perai Tengah telah dikenal pasti dan dicadangkan untuk menjadi rumah transit yang boleh menjadi penempatan sementara bagi kes-kes gelandangan yang berkeperluan.

Berkenaan isu penagihan dadah yang disuarakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK bagi menangani isu penagihan dadah dalam kalangan masyarakat setempat. Berbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui AADK termasuk pendekatan pemeriksaan komuniti iaitu community 123 empowerment bagi menangani masalah penagih dadah bagi meningkatkan kesedaran semua peringkat komuniti berkenaan masalah ini. Pendekatan ini adalah bagi menggerakkn penglibatan pemimpin dan ahli komuniti sebagai perancang pelaksana dan pemantauan bagi setiap program terutama program- program pencegahan anti dadah di kawasan masing-masing. Usaha ini sedang giat dilakukan dan semakin mendapat kerjasama yang baik dari keseluruhan ahli- ahli masyarakat bagi bersama-sama dengan kerajaan dalam menangani isu penyalahgunaan dadah. Bagi penguatkuasaan pula sebanyak 284 aduan telah diterima dan berjaya diselesaikan. Seramai 1814 orang penagih dadah telah ditahan daripada Januari sehingga September 2019 dengan kerjasama dengan NGO seperti PEMADAM dan agensi belia. Semua pejabat daerah telah memberi sokongan dan komitmen kepada Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Tindakan Membanteras Dadah yang perlu diadakan dua (2) kali setahun.

Selain daripada itu, AADK juga melaksanakan Program Rintis di kawasan terpilih di seluruh negara bagi mengatasi masalah pelencongan sosial yang berlaku. Kerjasama antara 9 kementerian dan 15 agensi bersama dengan NGO setempat dan masyarakat dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah, bahan dan masalah pelencongan sosial. Tanggungjawab ini akan diberikan kepada pemimpin setempat sebagai peneraju program. Strategi pelaksanaan Program Rintis ini telah kolaborasi jabatan/agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam menangani pemasalahan dadah dan pelencongan sosial, penggunaan model bersepadu dan pelaksanaan pelan tindakan komprehensif di kawasan rintis. Di negeri Pulau Pinang, Guar Perahu telah dipilih sebagai kawasan perintis pelaksanaan program ini.

Bagi tujuan yang sama, Kerajaan Negeri melalui Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) peringkat negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri yang bersidang pada September 2019 telah bersetuju dan komited untuk bersama bekerjasama menjayakan program ini. Satu bengkel Technical Working Group yang melibatkan Kerajaan Negeri, 9 kementerian, 15 jabatan, NGO, pemimpin setempat akan dijalankan pada bulan Disember ini bagi membincang Pelan Tindakan Komprehensif dan berkesan dan mencari resolusi penyelesaian, permasalahan, perlencongan sosial bagi melaksanakan program rintis di Guar Perahu.

Yang Berhormat, menjawab isu yang berbangkit berhubung isu tidak ada bantuan tabung bencana oleh NADMA yang disampai ….(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Boleh tanya pasal yang AADK itu ka?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Boleh, boleh (ketawa).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Sebab program rintis yang pertama di Pulau Pinang ini di Guar Perahu. Okey, saya faham yang AADK dan projek rintis ini satu usaha yang sangat baik sebab melibatkan macam, kira komuniti memerangi dadah, kita bersama dengan komuniti. Hanya nak, dari segi undang-undang, dari segi undang-undang yang 124 kita ada di Pulau Pinang atau pun di Malaysia, saya nak mohon kalau pihak kerajaan boleh membuat sesuatu kepada orang-orang yang mengedar dadah ini iaitu tokan-tokan sebab sekarang ini kalau mengikut apa ni, dialog pada 8 September bersama dengan semua dan juga petisyen, dialog dengan skuad AADK dan semua pertubuhan belia dan MPKK apa yang kita dapat datanya ialah pengedar-pengedar ini menggunakan even runner-runner dari budak-budak sekolah rendah sebab senang, budak-budak sekolah rendah mungkin dia tak tahu itu dadah, dia ingat itu dia panggil ubat gigi kan. So dia dapat duit RM10.00, emak-emak dia semua pi kerja, jadi then dia akan, walaupun dia runners tapi dia pun pengguna juga, ais dan syabu itu, sebab..Jadi dari segi penguatkuasaan bila saya bagi data-data maklumat, mana dia rumah-rumah di Taman Guar Perahu atau Kampung Tok Sardon yang mana rumah-rumah tokan ini, mana dia tempat pengedaran dadah.

Masalahnya bila saya minta Polis, Polis tahan reman beberapa hari, lepas itu tokan-tokan ini dia datang balik ke rumah dia dan mereka ini bukan hanya mengedar tapi dia orang juga merompak. Jadi kes-kes rompakan especially macam kes dadah sintetik itu, jadi bolehkah sesuatu dari segi undang-undang sebab AADK menfokus kepada pemulihan, dari segi psiko sosial tetapi masalah yang tokan-tokan yang menggunakan sampai ke budak-budak sekolah rendah untuk mengedar. Dan kalau kita tengok sekarang ini budak-budak yang 21, 20 tahun ini mereka mengedar sebab mereka boleh dapat pendapatan RM5,000.00 sebulan sekurang-kurangnya. Jadi dia macam satu cara untuk mendapat duit tapi dari segi undang-undang. Kalau maybe pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat boleh sit down, bukan kita nak guna SOSMA, I mean bukan nak guna SOSMA tapi lebih kurang macam itulah, maknanya you dah tahu dia ni memang pengedar, memang pengedar tegar sebab dah pergi Pusat Serenti yang dua tahun pun dia balik ke Taman Guar Perahu dia still akan jadi pengedar. Setengah-setengah mereka ini mereka macam, mereka memang diambil semua orang-orang yang tak ada kerja termasuk dengan bekas-bekas tentera untuk jadi dia punya pengedar, dia bagi drug itu free. Dan dia ambil 9 orang ke out of 10 orang yang ambil ice.

Jadi kita dah kenal siapa dia, yang penting is penduduk kampung kata dan penduduk taman kata kita dah bagi maklumat dia ni dah kena tangkap dah pergi dua tahun datang balik still jadi pengedar. So saya tak tahulah nak whether kita nak guna SOSMA ka apa ka tapi boleh tak kita buat sesuatu , buang dia kat mana- mana ka, macam ramai juga kata why not buang dia ke Sabah ka, sorry,sorry, what I mean is tempat yang dia susah nak patah balik. Sesuatulah maknanya kalau kita buang tokan itu, dia supplier kan, kalau kita buang dia makna supplier itu dah tak ada. Macam itulah, terima kasih.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq):

Dengan izin Timbalan Speaker, saya ingin mencelah sedikit. Untuk menjawab soalan YB. Penanti, untuk maklumat Yang Berhormat di negara kita, kita ada undang-undang yang cukup khusus dan spesifik untuk pengedaran dadah dan saya rasa undang-undang ini memang cukup ketat iaitu apabila pengedaran memang hukuman dia di bawah 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. Kalau Yang Berhormat bagi tahu kena dua (2) tahun itu balik mai ….(gangguan).

125

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya nak sebut di sini dadah sintetik dia bukan pure dadah, kalau yang hukuman gantung sampai mati itu, itu ialah pure dadah. Pure dadah memang boleh digantung tapi kalau syabu dia sintetik yang kita boleh buat kat rumah kita guna it is just chemistry ja, so itu tak kena. Saya dah tanya dah dengan Pengarah AADK.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq):

Yang Berhormat, dadah sintetik ini adalah Methamphetamine or Amphetamines and memang termaktub dalam Akta Dadah Merbahaya juga kalau ikut berat dia apabila lebih sesuatu berat is chargeable under Section 39B, bukan kata dadah asli sahaja dan bukan dadah sintetik. I think you got that wrong Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

I mean dalam taman-taman kat kampung-kampung ni dia orang pun pandai juga, dia orang tengok, hah ni hat yang nak kena hukum gantung ni yang tak kena hukum gantung. Saya dah tanya kenapa, saya cakap fasal kes-kes yang betul-betul yang memang dia boleh terlepas, dia tak sampai pure, pure whatever yang boleh hukum gantung tu, tak dia pergi kena tangkap reman dan dibebaskan, dia pergi Pusat Serenti dibebaskan. Ni orang-orang yang tokan yang macam ini.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Baik, terima kasih. Itulah anda telah dipilih Ahli Yang Berhormat untuk projek perintis ini. Dan September kami telah bincang dan satu slot pada Disember, bangkitlah di sana. Disember akan ada satu workshop, satu workshop yang melibatkan Kerajaan Negeri 9 kementerian, 15 jabatan, NGO dan pemimpin setempat akan menjalankan pada bulan Disember ini bagi membincangkan pelan tindakan komprehensif, dan berkesan dan mencari resolusi penyelesaian pemasalahan sosial ini.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Sorry, saya ingatkan sebab AADK kata psiko sosial ja. So kalau melibatkan undang-undang then saya setuju.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Saya percaya bahawa dalam semua platform Ahli Yang Berhormat boleh bawa masuk semua isu dan juga dan tidak berkaitan tu ada biasa masuk. Itu pengalaman saya la. Iaitu kata pada masa itu Disember bawa masuk lah di sana. Betul tak?

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, untuk menjawab isu yang dibangkit berhubung isu tidak ada bantuan tabung bencana oleh NADMA yang sampai kepada rakyat ekoran bencana alam yang dialami. Taufan Lekima yang melanda beberapa negeri di Malaysia pada 9 Ogos 2019 telah mengakibatkan banyak kerosakan dan untuk makluman Yang Berhormat, Pejabat Daerah telah adakan penyelarasan dengan pihak Pejabat ADUN, Ahli Parlimen dan MPKK untuk mendapat bilangan rumah yang telah terjejas. Pada mulanya proses penyelarasan 126 mengambil masa kerana penyaluran maklumat mangsa bencana tidak dikemukakan terus kepada Pejabat Daerah namun, Pejabat Daerah telah berjaya menyelaraskan maklumat mangsa bagi menyalurkan bantuan.

Kerajaan Negeri berpendapat bahawa bagi meningkatkan lagi kecekapan penyampaian maklumat dan penyelarasan secara keseluruhannya, pihak ADUN, Ahli Parlimen dan MPKK hendak segera berkongsi maklumat yang diterima daripada penduduk dengan Pejabat Daerah berkaitan. Maklumat awal yang menerima daripada Pejabat Daerah pada 12 Ogos adalah sebanyak 806 rumah yang terjejas di seluruh Negeri Pulau Pinang. NADMA juga bersetujui agar rumah- rumah yang memerlu pembaikan melebihi RM5,000.00 sebuah diuruskan oleh Kerajaan Negeri dan rumah-rumah yang memerlu pembaikan kurang daripada RM5,000.00 sebuah diuruskan oleh APM dan NADMA. Susulan itu, pada 20 Ogos 2019, NADMA telah menyalurkan peruntukan pembaikan rumah kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM2,020,000.00.

Tarikh terakhir yang diberikan oleh APM untuk menerima permohonan pembaikan dan tuntutan adalah 21 Ogos, namun selepas tarikh tersebut, masih terdapat permohonan dan tuntutan yang dikemukakan oleh pihak Pejabat ADUN, Ahli Parlimen dan MPKK. Kerajaan Negeri telah memohon untuk melanjutkan tempoh sehingga 31 Ogos 2019. Sehingga tarikh yang tersebut, APM telah menerima dan memproses permohonan pembaikan tuntutan sebanyak 1600 buah daripada Pejabat Daerah. Walau bagaimanapun, selepas 31 Ogos, masih terdapat permohonan yang dikemukakan oleh pihak Pejabat ADUN, Ahli Parlimen dan MPKK dan Kerajaan Negeri juga bersetujui menguruskan pembaikan mangsa yang terjejas walaupun kos pembaikan kurang daripada RM5,000.00. Kerajaan Negeri telah menetapkan 3 September 2019 adalah tarikh terakhir Pejabat Daerah menerima permohonan pembaikan dan tuntutan. Sehingga 3 September 2019, sebanyak 1911 buah rumah yang memerlu pembaikan di mana ianya termasuk bilangan rumah rosak dengan kos pembaikan kurang daripada RM5,000.00 yang diterima oleh Pejabat Daerah selepas 31 Ogos 2019. Daripada jumlah keseluruhan rumah mangsa yang terjejas dan diuruskan oleh Pejabat Daerah, Kerajaan Negeri terpaksa memohon peruntukan tambahan sebanyak RM2,786,920.13 untuk peruntukan tambahan tersebut telah diterima daripada NADMA pada 11 Oktober 2019.

Pada 20 Ogos 2019, NADMA telah menyalur sebanyak RM403,000.00 kepada Kerajaan Negeri berdasarkan 800 Ketua Isi Rumah (KIR) seperti laporan awal yang diterima. Memandangkan jumlah rumah yang terjejas sehingga 3 September 2019 telah meningkatkan kepada 3075 buah termasuk 99 buah yang dibaiki oleh Pejabat Parlimen, Kerajaan Negeri terpaksa memohon peruntukan tambahan sebanyak RM654,500.00 daripada NADMA dan wang tambahan tersebut hanya diterima pada 4 Oktober 2019.

Menjawab cadangan yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat ADUN Bertam untuk mewujudkan Mutiara Food Bank di peringkat KADUN. Untuk makluman, cadangan Yang Berhormat sudah dimasukkan dalam perancangan Mutiara Food Bank tahun 2020 iaitu untuk memastikan semua DUN di seluruh Negeri Pulau Pinang akan mendapat manfaat daripada program Mutiara Food Bank. Walau bagaimanapun, segala kriteria dan syarat-syarat asas perlu dipenuhikan oleh kawasan penerimaan iaitu harus mempunyai dua (2) komponen penting iaitu penggerak dan penerima yang layak. Akhir sekali, sekiranya YB. terdapat sebarang pertanyaan berkenaan dengan Mutiara Food Bank, boleh lah 127 menghubungi person in charge di talian 04-2189654 iaitu Pejabat Food Bank atau 019-5192953 iaitu Pegawai Operasi Mutiara Food Bank.

Menjawab cadangan yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat ADUN KOMTAR untuk menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di KOMTAR bagi kelas menari dan sebagai serta bayaran untuk melaksanakan pusat dicadangkan ditaja oleh PDC atau mana-mana NGO yang berminat. Untuk makluman Yang Berhormat, komuniti yang berminat untuk menubuhkan PAWE di kawasan Parlimen masing-masing boleh kemukakan cadangan penubuhan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat untuk mengangkat permohonan ke peringkat kelulusan. PAWE merupakan satu program sokongan sosial di peringkat komuniti dengan objektif menyediakan platform kepada warga emas berinteraksi dengan rakan sebaya, serta masyarakat setempat. Mengisikan program dan aktiviti yang dijalankan di PAWE adalah bertujuan untuk kesejahteraan warga emas berteraskan lima (5) dimensi program iaitu kesihatan, sosial, ekonomi, kerohanian dan pembelajaran sepanjang hayat. Memang ini program bukan program yang baru. Dulu pun sudah ada. Betul tak? Tetapi telah terus sembunyi oleh Barisan Nasional walaupun itu adalah untuk orang ramai. Ini bukan program baru, program lama. Itulah tunjuk sehingga mana Barisan Nasional pentingkan hak sendiri bukan hak rakyat. Betul tak Ahli Yang Berhormat Ketua Pembangkang Sungai Dua?

Menjawab cadangan yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat ADUN Bukit Tengah untuk Kerajaan Negeri mengadakan satu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang khusus kepada Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa kini, Kerajaan Negeri sedang berada dalam peringkat akhir penilaian penambahbaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan per kapita. Kadar PGK yang digunakan pakai di Negeri Pulau Pinang bagi setiap rumah sehingga kini ialah RM790 dan dicadangkan selaras kepada RM960, selari dengan kadar PGK nasional serta per kapita negeri yang dicadangkan untuk naik daripada RM220 kepada RM260. Yang Berhormat, berkenaan cadangan yang mewujudkan satu dasar yang menyeluruh bagi menangani kemiskinan kanak-kanak Pulau Pinang, ianya memerlukan suatu dasar data yang komprehensif. Hal ini penting untuk pemahaman situasi kanak-kanak golongan miskin dan mereka yang terdedah kepada kemiskinan, vulnerable to poverty. Analisis data kesihatan dan prestasi akademik kanak-kanak penerima AES yang kumpul dijangka dapat memberi pandangan terhadap mereka yang miskin.

Selain itu, Kerajaan Negeri komited bagi menjalankan kajian yang lebih mendalam dan memahami keadaan kanak-kanak golongan miskin dan golongan B40 daripada segi kesihatan, pendidikan dan situasi ekonomi keluarga. Ini akan membantu Kerajaan Negeri untuk membentukkan satu dasar yang menyeluruh dan inklusif untuk kemakmuran kanak-kanak agar mereka terdedah akan dapat keluar dari lingkungan kemiskinan. Pada masa itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan Bantuan Kanak-kanak (BKK) kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 dan bagi yang berumur lebih dari 18 boleh dipertimbangkan jikanya bersekolah sehingga tamat menengah atas. BKK juga diberikan kepada keluarga atau penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

128

Kerajaan Negeri juga menjaga kebajikan kanak-kanak dengan memegang kepada Dasar Perlindungan Kanak-kanak 2001. Dasar ini merupakan satu dasar yang merangkumi prinsip perlindungan kanak-kanak selaras dengan Konvesyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan Akta Kanak-kanak 2001. Dasar ini memberi tumpuan kepada aspek advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan bagi melindungi kanak-kanak. Secara khususnya, dasar ini bertujuan untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat lindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua pihak, termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi kanak-kanak.

Menjawab cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Air Itam untuk mempercepatkan pemberian bantuan kepada warga emas melalui kaedah EFT. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah membuka pilihan untuk menerima pemberian sumbangan secara EFT bagi memudahkan penyampaian sumbangan kepada penerima.

Walau bagaimanapun pada kini, Kerajaan Negeri menghadapi kesukaran untuk laksanakan program ini kerana data pemohon yang sedia ada kurang lengkap terutama nombor akaun. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri memerlukan tempoh kurang-kurang tiga (3) tahun untuk melaksanakan pembayaran EFT kepada semua penerima. Iaitu pada tahun 2018, kami telah umumkan bahawa kami akan bayar melalui EFT, telah keluarkan borang. Tetapi apabila nak bayar pada tahun 2019 kami telah menghadapi kesulitan iaitu kata m2u ada masalah dan ada juga maklumat-maklumat yang tidak lengkap. Keadaan pembayaran sumbangan secara EFT sebelum ini pernah dilaksanakan secara percubaan menggunakan kaedah SPEKS Fasa 1 tahun 2019. Pembayaran ini dilakukan dengan hanya melibatkan kelompok kecil seramai 4,811 penerima daripada beberapa KADUN iaitu 19 KADUN di kelima-lima daerah adalah untuk mengenalpasti semua isu-isu, masalah yang timbul sepanjang pelaksanaan bayaran menggunakan kaedah ini.

Berikut adalah pecahan jumlah penerima mengikut daerah. Di DTL 1,098, di DBD 1,233, di SPU 1,229, di SPT 1,047, di SPS 204. Yang 4,811 warga emas dapat 1,000 yang memohon melalui EFT. Pembayaran percubaan ini telah dilaksanakan secara berperingkat, batch bermula 8 Mac 2019 dan telah selesaikan sepenuhnya pada 29 Mac 2019 dengan melibatkan rekod jumlah transaksi yang berjaya kepada sebanyak 4,700 orang penerima iaitu 98% dan transaksi gagal kepada sebanyak 111 orang penerima iaitu 2%. Sebagai makluman, beberapa tindakan pembaharuan, modifikasi di sistem i-Sejahtera telah dilakukan oleh pihak Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri, BTMKN supaya data dapat diintegrasikan bersama dengan sistem SPEKS bertujuan untuk memudahkan urusan proses penyediaan dan pembayaran EFT. Namun ianya masih dilihat amat membebankan pihak pelaksana dari segi tenaga kerja khususnya kepada Penyemak dan Pelulus di sistem SPEKS dan tidak bersesuaian dengan jumlah penerima i-Sejahtera yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Lanjutan daripada itu, pihak Kerajaan Negeri menerusi Maybank telah memutuskan untuk melaksanakan pembayaran EFT melalui M2e yang dilihat lebih mudah, segera dan efisyen. Melalui kaedah ini, transaksi bayaran dilakukan secara pukal ke semua akaun penerima yang disenaraikan atau dijanakan daripada sistem i-Sejahtera.

129

Berikut itu, percubaan bayaran secara EFT melalui M2e telah dibuat untuk Program Penghargaan Warga Emas Fasa 1 dan kepada KADUN-KADUN di bawah Daerah Seberang Perai Tengah kecuali KADUN Perai dan Seberang Jaya telah dibayar secara percubaan bayaran melalui SPEKS. Bayaran melibatkan kelompok kecil penerima sebanyak 1,781 orang dan prestasi bayaran adalah lancar tanpa sebarang isu berbangkit. Untuk makluman Yang Berhormat, daripada 1,781 orang yang terlibat dalam percubaan bayaran tersebut, 1,748 transaksi direkodkan berjaya, 98% dan sebanyak 33 berstatus gagal transaksi, 2% atas pelbagai sebab berkaitan akaun bank pemohon. Antara sebab-sebab kegagalan transaksi adalah seperti berikut. Akaun tidak dapat dikenalpasti (Unable to locate account), nombor akaun tidak sah (invalid ID number), akaun tidak aktif (dormant account) dan akaun telah ditutup (account closed).

Pembayaran menggunakan kaedah EFT secara M2e berskala besar telah diimplementasi sepenuhnya untuk pembayaran program-program i-Sejahtera yang dilaksanakan pada bulan Ogos sehingga September 2019 melibatkan Program Penghargaan Warga Emas Fasa 2, Program Bantuan Ibu Tunggal Fasa 1 dan Program Ibu Emas Fasa 1. Prestasi pembayaran telah lancar tanpa sebarang isu. Berikut laporan pembayaran EFT dan tunai bagi ketiga-tiga program tersebut iaitu kata melalui EFT. Untuk Program Penghargaan Warga Emas, EFT 4,172. Jumlah transaksi yang berjaya iaitu 4,062 iaitu 97%. Yang gagal 110, 3%. Program Bantuan Ibu Tunggal Fasa1 4,890, yang berjaya 4,784 98%, yang gagal 106 iaitu 2%. Penghargaan Ibu Emas Fasa 1 1,359, yang berjaya adalah 1,336 iaitu 98% dan tidak berjaya 23, 2%. So, jumlah daripada 10,421 penerima EFT, kami telah berjaya 10,182, 98%, yang gagal ada 239 iaitu 2%.

Jumlah berbanding dengan bayar tunai iaitu kata Program Penghargaan Warga Emas, penerima 14,245, yang dibayar 6,875 iaitu 48%. Yang jumlah baki ada 7,370 orang iaitu 52%. Bantuan Ibu Tunggal daripada 5,354 yang berjaya adalah 4,395 atau 82% dan baki yang belum bayar ada 958, 18%. Penghargaan Ibu Emas daripada 25,101, yang berjaya 22,895 dan yang tidak berjaya 2,206, 9%. So, jumlah daripada 44,700, hanya 34,135 iaitu 76% berjaya dan tidak berjaya 10,535 iaitu 24%.

Ini menunjuk bahawa apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Air Itam dan lain-lain ADUN memang, memang ia lebih baik digunakan dan akan diteruskan. Di sini saya merayu Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawanya usaha ini minta la semua penerima-penerima mestilah melalui EFT. Ini akan menjimat kerana untuk menghantar satu surat kepada penerima akan menggunakan kos Kerajaan Negeri lebih kurang RM1.50. Ini boleh dijimat. Yang telah berjaya, ia akan dimaklumkan melalui mesej daripada hand phone.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada masa ini Kerajaan Negeri sedang dalam proses pelaksanaan bayaran program i-Sejahtera fasa terakhir bagi tahun 2019 yang melibatkan Program Penghargaan Warga Emas Fasa 3, Program Bantuan Ibu Tunggal Fasa 2 dan Program Ibu Emas Fasa 2. Berikut adalah penerima tunai dan EFT untuk membayar dari Program Penghargaan Warga Emas kami adalah 6,980 untuk bayar EFT 151, keseluruhan ada 7,131. Program Bantuan Ibu Emas 2,726 untuk EFT ada 307, sejumlah ada 3,033. Untuk Program Ibu Emas ada 8,936, untuk EFT adalah 1,057, keseluruhan 9,993. Jumlah ada 18,642, yang EFT 1,515 dan keseluruhan adalah 20,157.

130

Berdasarkan rekod pembayaran bagi sepanjang tahun 2019, jumlah keseluruhan penerima yang memilih kaedah EFT masih agak sedikit berbanding daripada penerima tunai. Ini menunjukkan bahawanya masih ramai penerima yang berkemungkinan tidak peka atau tidak dapat hebahan berkenaan pilihan kaedah bayaran secara EFT. Lanjutan daripada itu, saya menyeru kerjasama daripada pihak ADUN untuk mewar-warkan kepada semua pemohon di bawah KADUN masing-masing bagi menggalakkan mereka untuk memilih kaedah bayaran melalui EFT dan segera mengemaskini maklumat akaun bank.

Pada masa ini, KADUN dengan jumlah penerima tertinggi yang memilih untuk menerima sumbangan melalui kaedah EFT bagi setiap program adalah untuk Warga Emas yang paling tinggi Paya Terubong 2,827, Seri Delima 2,247, Pengkalan Kota 1,959. Untuk Program Ibu Emas. Sungai Puyu 1,221, Paya Terubong 710, Machang Bubuk 646. Untuk Ibu Tunggal. Paya Terobong 248, untuk Sungai Puyu 203 dan Batu Maung 162.

Menjawab kepada cadangan Yang Berhormat bagi mewujudkan insentif atau mekanisme untuk menggalakkan penyertaan lebih banyak pasaraya untuk terlibat dalam Mutiara Food Bank. Pada masa ini, terdapat 3 pasaraya besar iaitu TESCO, Aeon Big dan Sunshine yang telah mengambil bahagian dalam menggerakkan Program Food Bank di seluruh negeri.

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat untuk mewujudkan satu insentif atau mekanisme bagi menggalakkan penyertaan pasaraya dalam Program Food Bank sudah diangkat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri melalui Yayasan Food Bank Malaysia. Tambahan lagi, satu RUU Akta Perlindungan Penderma Makanan telah dibentang dalam Parlimen baru-baru ini. Akta ini merupakan satu akta yang masih lagi menunggu kelulusan Dewan Negara sebelum diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diwartakan. Mutiara Food Bank yakin dan percaya sekiranya Akta ini sudah diwartakan, ia secara tidak langsungnya akan menarik minat lebih banyak penyertaan pasaraya, pengilang kilang, restoran dan sebagainya.

Menjawab cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Batu Uban dan ADUN KOMTAR untuk Kerajaan Negeri menetapkan SOP pemilihan makanan yang disalurkan kepada Mutiara Food Bank supaya produk-produk yang disumbangkan adalah lebih berkualiti. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa dan hak untuk menentukan SOP pemilihan makanan yang diberikan oleh pihak pasaraya kepada Mutiara Food Bank. Hal ini kerana pasaraya merupakan satu syarikat swasta manakala Mutiara Food Bank merupakan agensi yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Memang kami ada bincang sama mereka dan saya juga dalam semua Food Bank semua KADUN, kami telah minta mereka bahawa buat semakan sebelum bagi khasnya tarikh luput dan lain-lain. Itu kena diuruskan oleh semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di KADUN masing-masing. Walau bagaimanapun, matlamat asal penubuhan Mutiara Food Bank adalah untuk menyelamatkan lebihan makanan yang masih boleh dimakan, digunakan sebelum dibuang di tapak pelupusan.

Pihak Mutiara Food Bank juga berbincang bersama beberapa pasaraya yang terlibat dalam memastikan kualiti barangan yang diagihkan akan lebih baik daripada masa hadapan. Menjawab cadangan Yang Berhormat ADUN Sungai Pinang mengenai penubuhan Tabung Khas Bencana atau banjir kilat untuk membantu agensi-agensi seperti Jabatan Parit dan Saliran dan pengurusan banjir. 131

Untuk makluman Yang Berhormat Tabung Khas Bencana adalah hasil dana dari yang diperolehi melalui Tabung Tsunami pada 2014. Jabatan Kewangan Negeri telah mencadangkan baki dana bantuan tersebut dipindahkan kepada Tabung Khas Bencana. Pada masa ini, baki terkini yang diperolehi melalui Tabung Tsunami tersebut adalah sebanyak RM4,061,132.90. Bantuan ini akan diberi kepada mangsa terlibat dengan bencana dan bukan bagi pembaikan infrastructure.

Menjawab cadangan Yang Berhormat ADUN Pulau Tikus yang menelitikan proses kerja sistem i-Sejahtera bagi menjimatkan masa dan tenaga kerja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat proses kerja untuk menerima sumbangan melalui EFT bagi semua pemohon baru Program i-Sejahtera adalah seperti:

(a) Pemohon mengisi maklumat menerusi borang pendaftaran secara atas talian di laman web i-Sejahtera;

(b) Borang permohonan dicetak dan dilampirkan bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;

(c) Borang permohonan dikemukakan ke pusat perkhidmatan ADUN/ Ahli Parlimen/ PPK yang berdekatan untuk pengesahan pendaftaran;

(d) Borang permohonan dipanjangkan kepada Pusat Khidmat kepada Pejabat Daerah untuk pengesahan maklumat EFT (pemohonan memilih menerima bayaran secara tunai)

Iaitu kata siapa yang memilih EFT diminta bahawa dapat pengesahan daripada perbankan.

Menjawab cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat ADUN Penanti supaya Kerajaan Negeri meneruskan usaha menyelamat lebihan makanan proses retort agar makan tahan lebih lama, dan dapat menyelamatkan lebihan makanan agar tidak melakukan pembaziran. Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk meneruskan usaha menyelamat lebihan makanan yang masih berkualiti untuk salurkan kepada golongan yang memerlukan melalui Program Mutiara Food Bank. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia berhubung dengan pelaksanaan Program Retort sebab pihak Yayasan Food Bank Malaysia merupakan institusi penemuan pergerakan Program Food Bank termasuk projek retort melalui peruntukan RM20 juta yang telah diperuntukan kepada yayasan.

Menjawab cadangan yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Tambun untuk mengkajikan program di Belanda yang menjadikan Pusat Jagaan Warga Emas digabung dengan golongan belia agak membantu golongan belia dan isu perumahan. Ini hasil daripada lawatan Ahli Yang Berhormat kepada Belanda. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menggabungkan dua komuniti tersebut bagi menggalakkan masyarakat yang bersaing bergantung dengan harmoni. Antara cadangan yang telah dikemukakan semasa bengkel Penang 2030 adalah mewujudkan satu Pusat Aktiviti Harian yang menempatkan warga emas juga golongan belia.

Menjawab cadangan yang dibangkit Ahli Yang Berhormat Pulau Betong, meneruskan Program Pelajar Emas kepada tahun hadapan dan isu tidak memaklum secara rasmi di peringkat ADUN bagi membubarkan Program Pelajar 132

Emas. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Pelajar Emas ini dibawah Program i-Sejahtera Kerajaan Negeri dan tidak akan diteruskan dengan pembayaran terakhir dibuat pada bulan Disember 2018. Program ini tidak diteruskan memandang terdapat pertindihan bantuan kepada kumpulan sasar yang sama sebab Program Bantuan Kerajaan iaitu Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Maklumat berkenaan dengan keputusan ini telah di umum secara tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua berkenaan dengan alam sekitar, seterusnya izinkan saya membahas isu-isu berkaitan dengan alam sekitar yang merupakan portfolio di bawah tanggungjawab saya. Melalui pengamatan saya daripada soalan-soalan sidang undangan yang dan juga pembahasan oleh Ahli- ahli Dewan Udangan Negeri rata-rata banyak menyentuh isu perubahan iklim, climate change. Saya percaya ramai yang telah sedar berkenaan betapa serius isu perubahan iklim ini dan saya amat berharap supaya momentum saranan ini telah diterjemahkan dalam bentuk tindakan untuk semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing selaras dengan inisiatif pelaksanaan oleh Kerajaan Negeri.

Sesungguhnya kita semua sedar isu alam sekitar semakin hari mecabarkan, mencabar usaha-usaha untuk menangani, meneruskan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran sisa-sisa pepejal dan toksik, penebangan hutan secara haram, mengurangkan sumber semulajadi dan sebagainya telah mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan kepada alam sekitar. Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran udara, air dan darat. pemanasan global dan sebagainya adalah kesan ketidakstabilan eko sistem yang merupakan daripada perubahan iklim. Isu-isu alam sekitar tersebut merupakan antara cabaran- cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh kita semua.

Kerajaan Negeri sememangnya komited terhadap usaha-usaha ke arah perlindungan dan pemulihan alam sekitar di negeri Pulau Pinang. Pelbagai program serta aktiviti yang dipayungi oleh dasar Cleaner, Greener, Safer, Healthier and Happier Penang dan sekarang ia diusahai disusuli pula dengan visi Penang2030 telah dilaksanakan bagi pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.

Kita mengambil serius perubahan iklim melalui polisi-polisi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Berteraskan kepada visi Penang2030, merancang dan merangkakan kerja Kerajaan Negeri dalam berhadapan dengan isu-isu alam sekitar adalah memulakan proses pembangunan Agenda Hijau Pulau Pinang (Penang Green Agenda) yang berperanan sebagai road map untuk tempoh 10 tahun bagi memacu Negeri Pulau Pinang ke arah negeri hijau dan lestari (green and sustainable state) daripada 2020 hingga 2030. Fokus Penang Green Agenda adalah untuk memformulasikan kaedah bagi:-

(a) menangani isu-isu sensitif alam sekitar berpaksikan kepada pemeliharaan, pemuliharaan dan kawalan pencemaran ke arah kelestarian;

(b) mengenal pasti sasaran jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar; dan

133

(c) merangka strategi dan pelan tindakan untuk mencapai sasaran kelestarian alam sekitar yang telah dikenal pasti berdasarkan Sustainable Development Goals.

Skop pembangunan Penang Green Agenda adalah meliputi:-

(a) Land Use and Planning (LUP);

(b) Disaster Risk Reduction and Management (DRRM);

(c) Green Economy (GE);

(d) Agriculture (AGR);

(e) Marine and Coastal Management (MCM);

(f) Sustainable Mobility and Connectivity (SMC);

(g) Green Buildings and Townships (GBT);

(h) Water and Sanitation (WAS);

(i) Governance and Institutions (GOV); dan

(j) Biodiversity and Natural Ecosystems (BIOD);

Proses pembangunan Penang Green Agenda telah mula pada tahun 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019. Proses ini dilaksanakan dalam tiga (3) fasa seperti berikut:-

(a) Fasa Pertama: mengenalpasti skop, halatuju, rangka kerja, tindakan, tugas serta tanggungjawab pihak berkepentingan;

(b) Fasa Kedua: mengenalpasti sasaran serta indikator yang perlu dicapai dan membentuk strategi serta pelan tindakan untuk mencapai sasaran yang dikenal pasti; dan

(c) Fasa Ketiga: pelancaran dan pelaksanaan pelan tindakan secara bersepadu.

Pada masa ini, pembangunan Penang Green Agenda berada pada peringkat Fasa Kedua. Inisiatif-inisiatif dalam menghadapi perubahan iklim (climate change) yang telah dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang dan akan diselaraskan di bawah roadmap Penang Green Agenda adalah seperti berikut:-

(a) Larangan sepenuhnya penggunaan bekas polisterin bermula pada tahun 2010 di seluruh Pulau Pinang kerana ianya mengandungi toxic styrene, benzene, carcinogens dan neurotoxins yang berbahaya kepada manusia di samping merosakkan ekosistem dan menjejaskan kepelbagaian bio- diversiti hidupan marin;

(b) Melaksanakan dasar No To Single-Use Plastic meliputi program “No Free Plastic Bag” sejak 2019 dan “No To Plastic Straw” bermula April 2019 sebagai langkah kawalan penggunaan plastik sekali guna di Pulau Pinang 134

kerana setiap plastik sekali guna yang dibuang mengambil masa yang lama untuk mereput dan menghasilkan karbon dan toksik yang merbahayakan kepada manusia semasa proses pereputan. Program “No Free Plastic Bag” telah ditambah baik melalui pelaksanaan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Pulau Pinang pada setiap hari Isnin bermula dari 1 Julai 2019;

(c) Melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa di Punca pada 1 Jun 2016 bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar serta menjaga keseimbangan ekosistem dan pada masa yang sama meningkatkan kadar kitar semula sisa pepejal di Negeri Pulau Pinang kepada 43% pada tahun 2018 berbanding 18% pada tahun 2008;

(d) Melaksanakan Program Pengurusan Hutan Secara Lestari dengan mengekalkan kawasan hutan sedia ada di Negeri Pulau Pinang sebagai penyerap karbon termasuk hutan darat dan hutan paya laut seluas 5,100.93 hektar sebagai hutan simpanan kekal;

(e) Melaksanakan penanaman sebanyak 275,000 pokok di seluruh Negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga Disember 2018 sebagai langkah pengurangan karbon. Jumlah ini termasuk 137,193 pokok bakau yang telah ditanam sejak tahun 2008 bagi menjaga kestabilan ekosistem kawasan persisiran pantai serta memastikan hutan paya laut terus dipelihara;

(f) Memperkenalkan Pensijilan Pejabat Hijau Pulau Pinang (Penang Green Office Certification)sebagai inisiatif pengurangan pelepasan karbon dan penjimatan tenaga;

(g) Melaksanakan Car-Free Day dan menyediakan laluan trek berbasikal bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon dari kenderaan melalui aktviti rekreasi dan riadah;

(h) Menjalin kerjasama dengan organisasi antarabangsa seperti Global Environment Centre (GEC), United Nation Environment Programme (UNEP) dan Climate and Clean Air Coalition bagi melaksanakan projek perintis melibatkan Short Lived Climate Pollutant Pollutant (SLCP) yang merupakan salah satu penyumbang pelepasan karbon;

(i) Memperkenalkan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) dan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan pelepasan karbon kenderaan persendirian di jalan raya; dan

(j) Memulakan inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF) oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar rendah karbon.

Yang Berhormat Timbalan Yang Di-pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai Centre of Excellence In Asia Pacific dalam menghadapi perubahan iklim melalui program Implementing Awareness On Short Live Climate Pollutant. Pengiktirafan tersebut ada diberikan oleh:-

135

(i) United Nation Evironment Programme (UNEP);

(ii) International Environment Technology Center (IETC);

(iii) International Solid Waste Association (ISWA);

(iv) International Partner Local Authority (IPLA);

(v) Climate and Clean Air Coalition (CCAC); dan

(vi) Zero Waste Society, South Australian Government.

Saya yakin Negeri Pulau Pinang tidak akan berhenti di sini sahaja. Kerajaan Negeri akan terus maju ke hadapan dengan membawa perubahan dan memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam menghadapi perubahan iklim di masa akan datang.

Yang Berhormat Pengkalan Kota, Machang Bubuk dan Sungai Dua telah membangkitkan mengenai isu import sisa plastik dan isu operasi kilang- kilang…(gangguan).

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Sungai Puyu. Tentang climate change. Sebelum masuk ke sisa plastik. Terima kasih Sungai Puyu yang telah memberi satu penjelasan yang begitu terperinci berkenaan dengan perubahan iklim. Bagi Sungai Puyu rehat juga. Cuma ada satu perkara iaitu adakah Sungai Puyu juga bersetuju bahawa sekarang bukannya climate change sahaja tetapi kita dunia sudah sampai satu tahap di mana sekarang kita panggil climate crisis. Dia sudah menjadi sampai satu crisis la. Khasnya, perubahan iklim melampau itu yang kebarangkalian berlaku telah meningkat begitu mendadak perubahan iklim. Maka, ia adalah satu climate crisis dan adakah Sungai Puyu berasa tindakan dan usaha yag dijalankan Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu, mencukupi untuk kita berdepan dengan isu climate crisis ini? Kerana seperti apa yang dikatakan memang kita mendapat anugerah daripada international punya institution. Pengikhtirafan satu perkembangan yang baik dan perlu diberi satu pengikhtirafan. Cuma saya rasa usaha, adakah usaha-usaha itu sepeti yang telah disarankan oleh 1,100 saintis itu termasuk kena kurangkan aktiviti-aktiviti yang seperti stabilize the global population and the destruction of nature and restore of forest and mangrove to absorb carbon dioxide. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan kurangkan makan daging, reduce food waste. Semua ada banyak cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. So, apakah pandangan Sungai Puyu adaah usaha Penang, government itu memadai berdepan dengan climate crisis ini.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009, apabila kami telah ambil langkah pertama di mana kami kata ‘No Free Plastic Bag Day’, every Monday. Kami telah dikatakan sebagai negeri yang bodoh. Mengapa ada undang-undang begitu, atau inisiatif begitu? Tetapi Kerajaan Negeri tidak ubah our principle, our stand in the protection of our environment. Negeri Pulau Pinang telah buat begitu banyak program-program sehingga kami dapat taraf tu. Apabila kami kata iaitu 101,000 over scientist dia kata, dia ada tiap-tiap negara, ada yang tidak serupa. In

136

Malaysia, Penang leads. In Malaysia, Penang leads apabila saya pernah dihadiri mesyuarat MESTECC. Semua orang mengakui bahawa Negeri Pulau Pinang telah dahului semua negeri-negeri di Malaysia sehingga, baik pun ke menteri, baik pun dia punya penggerak telah menasihat bahawa jikanya kalau anda nak belajar dengan environment dan iklim, mesti datang Pulau Pinang untuk workshop dan memang Pulau Pinang telah jadi tuan rumah. Ada pelbagai workshop untuk pelbagai negeri.

Penang Green Council juga telah diarah hantar kepada negeri-negeri yang lain, untuk bagi taklimat dan tunjuk ajar atau kongsi karya dengan EXCO-EXCO tertentu dan pentadbir-pentadbir tertentu apa kami buat di Negeri Pulau Pinang. Macam mana kami buat memang tidak cukup. Kerana kami buat bukan untuk tunjuk. Bukan kami buat bukan untuk ditarafkan. Tetapi Negeri Pulau Pinang, pentadbiran Pulau Pinang, sayangi, cintai alam sekitar. Yang tu telah push us to the next level. That is more important. So, kalau nak tanya sebagai personal...(dengan izin)

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Yang Berhormat Sungai Puyu, bergulung.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Ya, saya sekarang menjawab. Iaitu kata, jika tak buat, its your stand. That is personal. (bahasa cina)...(dengan izin), Timbalan Yang di-Pertua. Iaitu katakan, kami tidak mahu kata individual, individual itu tidak penting. Teamwork is more important. Kerajaan Negeri memang, we will stand to our principal to protect the environment the best we can. That’s what we assure. Kalau ejen- ejen nak buat apa kena tanya, kami juga akan dengar, kalau dengar mereka betul, kami akan ikut. Kalau mereka salah, jangan marah. Everybody has the freedom of expression yang telah diamalkan oleh Pakatan Harapan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengkalan Kota, Machang Bubuk dan Sungai Dua telah membangkitkan berkenaan isu import sisa plastik dan isu operasi kilang plastik di Negeri Pulau Pinang. Negeri China merupakan pengimport dominan pasar sisa plastik global untuk tujuan kitar semula dengan jumlah purata import sebanyak 9 juta tan metrik setahun. Walau bagaimanapun, mulai Januari 2018, negara China telah mengenakan larangan pengimportan 24 jenis sisa plastik disebabkan oleh peningkatan kadar pencemaran yang drastik di negara tersebut akibatnya lambakan import sisa plastik. Di sini, enam (6) tahun yang dahulu, Kerajaan Negeri telah war-warkan dan telah mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan kehendak lihat dengan serius di pengimportan plastik kerana AP-AP telah dikeluarkan banyak.

Susulan itu, negara-negara membangun di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam telah menjadi lokasi sasaran pengeksport sisa plastik dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Australia, Jepun, Kanada, United Kingdom, Saudi Arabia dan juga dari banyak Eropah termasuk di Jerman Barat.

Industri kitar semula plastik global menjanakan sebanyak RM3.5 bilion pada tahun 2018. Menurut Institut Industri Kitar Semula Skrap (ISRI), Malaysia telah mengimport sebanyak 750,000 metrik tan sisa plastik bernilai lebih 137

daripada RM483 juta pada tahun 2018, berbanding dengan 450,000 metrik tan pada tahun 2017.

Lambakan pengimportan sisa plastik ke Malaysia telah menjadi isu di peringkat nasional bermula pada tahun 2018 disebabkan:-

(a) Pengisytiharan Harmonize Code System (HS) bagi import sisa plastik yang tidak tepat oleh pengimport bagi mengelakkan semakan daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia;

(b) Amalan tidak bertanggungjawab pihak pengimport yang hanya memproses sisa plastik bersih dan membakar atau membuang sisa plastik campuran lain yang kotor serta tidak menguntungkan; dan

(c) Pencemaran udara, air dan tanah akibatnya pelupusan sisa kitar semula plastik yang membawa kepada kos kesihatan dan alam sekitar yang tidak dapat dipulihkan.

Pada masa itu, isu melibatkan import plastik kitar semula diurus tadbir oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Namun begitu, Kerajaan Negeri tidak semata-mata berpeluk tubuh malah bertindak secara pro-aktif bersama KPKT dan MESTECC untuk memastikan supaya:-

(a) Semua plastik import yang tidak mematuhi piawaian ditetapkan dihantar pulang ke negara asal mengikut Basel Convention; dan

(b) Kilang-kilang plastik yang beroperasi di Pulau Pinang mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai isu kelangsungan Industri Berasaskan Kayu di Pulau Pinang. Sektor industri berasas kayu (IBK) merupakan salah satu industri yang dijalankan di Negeri Pulau Pinang. Pengawalseliaan ke atas industri-industri berasas kayu di Negeri Pulau Pinang dilaksanakan berpandukan kepada Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1986 dan Kaedah- kaedah Industri Berasaskan Kayu 1989. Selain daripada berperanan sebagai penyumbang hasil kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sektor Industri Berasas Kayu (IBK) ini juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Negeri Pulau Pinang dengan anggaran melebihi 2,000 orang. Sehingga Oktober 2019, sebanyak 282 buah kilang IBK yang telah berdaftar di bawah Enakmen Industri Berasas Kayu 1986.

Isu dan cabaran Sektor IBK di Negeri Pulau Pinang ialah kilang-kilang IBK yang tidak berdaftar susulan kekangan untuk mematuhi keperluan syarat yang ditetapkan di bawah Enakmen ini. Di antaranya ialah isu mengenai tapak kilang yang hanya boleh didirikan di tanah zon industri. Hal ini juga adalah selaras dengan keperluan Garis Panduan Essential for Siting of Industries in Malaysia (ESSIM). Isu tersebut menjadi kekangan kepada Industri terutamanya dalam meluaskan pasaran produknya di negara-negara yang memerlukan pengiktirafan ‘chain of custody’ oleh Kementerian Perusahaan Utama.

138

Daripada 282 buah kilang industri di Pulau Pinang, hanya 97 buah kilang sahaja mempunyai lesen kekal manakala sebanyak 185 kilang masih belum dapat didaftarkan untuk pemberian lesen sepenuhnya susulan isu tapak kilang tersebut.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pada 3 Januari 2018, telah bersetuju dan meluluskan untuk pemberian Lesen Sementara kepada Kilang-kilang IBK yang belum berdaftar di bawah Enakmen Industri Berasas Kayu termasuklah meluluskan Pindaan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (EIBK) Negeri Pulau Pinang 1987 untuk memperbaiki dan memperkemaskan pendaftaran oleh kilang-kilang IBK di negeri Pulau Pinang. Lesen sementera ini diberi bagi tempoh tiga (3) tahun untuk memberi ruang kepada semua 185 pengusaha industri ini bagi memenuhi syarat-syarat kilang IBK secara berperingkat termasuk mencari tapak baru sebelum menerima lesen penuh di bawah enakmen ini.

Berpandu daripada kenyataan itu, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan terhadap tindakan untuk ambil tanah, untuk pengambilan tanah daripada industri kilang perabut. Sebalik itu, memperkemaskan semua industri IBK di negeri Pulau Pinang agar dapat mewujudkan sebuah industri IBK yang sihat dan bebas daripada kesalahan undang-undang. Usaha ini sekali gus dapat menarik pengusaha-pengusaha perkayuan di negeri jiran untuk menghantar sumber kayu kayan ke negeri Pulau Pinang untuk diproses serta menjamin kelangsungan industri IBK di negeri Pulau Pinang.

Yang Berhormat Sungai Dua dan Permatang Berangan telah membangkit tentang isu berkenaan peningkatan populasi monyet dan babi hutan yang menyebabkan wujud konflik melibat penduduk setempat. Sepanjang tahun 2019, Jabatan Perhilitan Pulau Pinang telah menerima aduan ganggu kera di DUN Sungai Dua di lokasi yang berikut: Kampung Air Hitam Dalam, Taman Merbau Indah, Tamah Desa Sena dan Permatang Sintok Jaya.

Manakala aduan babi hutan pula diterima di kawasan Taman Sungai Dua Utama, Air Hitam Dalam, Kampung Kota, Kampung Teluk, Kampung Merbau Jaya dan Pengkalan Machang. Bagi menangani aduan tersebut, pihak jabatan telah memasang perangkap kera dan perangkap babi hutan di beberapa lokasi aduan di antara Kampung Kota, Taman Desa Murni dan Flat Desa Utama. Hasil daripada usaha ini, sebanyak 26 ekor kera dan 13 ekor babi hutan telah ditangkap sepanjang tahun 2019. Inisiatif terbaru oleh pihak Kerajaan Negeri dan pihak Jabatan Perhilitan bagi menangani isu ini ialah projek perintis bagi kerja kontrak tangkapan kera di kawasan Pelan Tindakan Kera yang bermasalah di negeri Pulau Pinang yang mula pada tahun hadapan. Program ini dilaksanakan oleh Jabatan Perhilitan dengan sumber kewangan dari pihak Kerajaan Negeri. Selain itu, pihak jabatan juga akan terus giat menjalankan operasi khasnya babi hutan dilokasi- lokasi aduan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, babi hutan adalah hidupan liar yang dilindungi dan disenaraikan dibawah Akta Pemeliharaan Hidupan Liar 2010, Akta 716. Jabatan Perhilitan membenarkan hidupan liar diburu dengan mematuhi syarat-syarat memburu serta mempunyai memburu lesen yang sah yang dikeluarkan oleh jabatan. Sepanjang tahun 2019, Jabatan Perhilitan Pulau Pinang telah menerima aduan ganggu babi hutan di DUN Permatang Berangan di lokasi seperti berikut: Taman Sepadu, Taman Haji Ahmad Jamil, Kampung Tok Sardon, 139

Guar Petai, Padang Menora, Kampung Baru, Kampung Besar, Kampung Permatang Manggis, Kampung Nyior Sebatang, Kampung Rakit dan Kampung Seberang Tok Doi.

Bagi menangani aduan tersebut, pihak jabatan telah memasang perangkap babi hutan di beberapa lokasi. Selain itu, keadaan lain turut digunakan adalah dengan menjalankan operasi pembasmian musuh tanaman dengan kaedah tembak mati oleh jabatan. Pihak jabatan juga terus giat membasmi babi hutan dan memasang perangkap tambahan diperluaskan di lokasi-lokasi aduan yang lain. Oleh kerana konflik hidupan liar dengan manusia, ini merupakan isu rakyat. Justeru itu, saya menyeru semua pihak berkepentingan dimohon dapat bersama di dalam menyelesaikan permasalahan konflik hidupan liar dan manusia secara kolaboratif. Pihak jabatan mengalu-alukan bantuan daripada segi sumber kewangan daripada mana-mana pihak berkepentingan di dalam membinakan perangkap babi hutan secara komuniti bersama dengan pihak jabatan dan penduduk setempat. Masyarakat dan wakil komuniti juga dialu-alukan bersama dengan Jabatan Perhilitan bagi mengadakan sesi kesedaran awam kepada masyarakat bagi menangani konflik hidupan liar manusia seperti kempen kebersihan kawasan, kampung dan taman perumahan dan nasihat pengurusan kawasan belukar dan semak samun dan sebagainya yang menjadi habitat kepada hidupan liar ini.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Yang Berhormat, waktu dah 7.06, Dewan ditangguhkan dan Dewan akan bersidang pada pukul 8.00 malam.

Dewan ditangguhkan pada jam 7.06 malam.

Dewan disambung semula pada jam 8.00 malam.

Setiausaha Dewan:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Puyu.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat ADUN Sungai Dua telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk meningkatkan lagi peruntukan bagi tujuan memelihara alam sekitar. Cadangan tersebut boleh dipertimbangkan pada masa yang akan datang. Memang di portfolio saya berkenaan dengan alam sekitar bukan ini jumlah berapa banyak, cuma berapa projek yang telah dijalankan. Isu pencemaran yang 140 juga dibangkit oleh Yang Berhormat Sungai Dua dan Bukit Tambun berkenaan dengan pencemaran sungai yang disebabkan oleh ladang-ladang ternak khinzir.

Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius terhadap isu pembuangan sisa-sisa ternakan yang menyebabkan pencemaran sungai. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan task force bagi mengatasi isu-isu pencemaran laut, sungai dan pantai. Peranan task force tersebut adalah untuk menangani isu-isu pencemaran di punca (pollution at source) yang di mana kami menyebabkan pencemaran laut, sungai dan pantai. Di sini memang kami telah ada beberapa program untuk ladang khinzir.

Kami telah mencadangkan untuk mewujudkan close house farming. Close house farming juga kami telah ada satu (1) perundingan dengan satu syarikat mereka sudah tunggu EIA. Mereka akan bina ini biogas facilities, di mana dengan close house semua sisa-sisa akan salur kepada pusat ini supaya pusat ini boleh mencernakan leticia under feed dan memang iaitu kata untuk Modern Pig Farming (MPF) mempunyai empat (4) kriteria lagi iaitu ladang tertutup zon penampan dengan jarak 200 meter, zero discharge, good animal husbandry practice atau GAHP.

Berkenaan dengan isu ladang solar kerana dia tak ada saya tak jawablah kalau dia masih minat jumpa saya, saya bagi dia baca. Keluasan kawasan hutan simpanan yang digazetkan di kawasan SPS. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bukit Tambun, Negeri Pulau Pinang mempunyai seluas lebih kurang 6,282 hektar kawasan berhutan yang di mana jumlah seluas 5,100 hektar iaitu Hutan Simpanan Kekal yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan seluas 1,182 hektar lagi diwartakan sebagai Taman Negara Pulau Pinang di bawah Akta Taman Negara 1980.

Seluas 5,100 hektar Hutan Simpanan Kekal yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 ini meliputi empat (4) daerah. Daerah Timur Laut mempunyai keluasan Hutan Simpanan Kekal yang tertinggi di Negeri Pulau Pinang iaitu seluas 2,474.44 hektar, diikuti oleh Daerah Barat Daya iaitu seluas 1,456.99, di Daerah Seberang Perai Selatan seluas 661.26 dan di Seberang Perai Tengah mempunyai keluasan Hutan Simpanan terkecil iaitu seluas 508.24. Dan usaha-usaha untuk ni untuk menggazetkan sebagai hutan simpanan telah dijalankan di mana kami telah ada bermesyuarat untuk kelima-lima daerah dan telah diluluskan di MMK Alam Sekitar di mana kami telah kenal pasti mana tempat akan diwartakan. Iaitu kata semua hutan-hutan bakau di negeri Pulau Pinang akan diwartakan sebagai hutan simpanan. Ini kami telah sampai tahap yang terakhir di mana selepas ini kami akan meminta final survey dan submit kepada PUU untuk semakan sebelum diwartakan.

Isu hutan bakau dan kredit karbon, ini ada satu (1) soalan yang sering dibangkit dalam Dewan ini. Untuk pengetahuan dan kesedaran Ahli Yang Berhormat khasnya dari Penanti di mana sentiasa kata ini 479 hektar kayu bakau hendaklah kekal untuk carbon footprint itu carbon trade. Apakah itu carbon trade? Adakah kerajaan telah databased line? Mengikut mesyuarat bersama ARE pada dulu di mana di pengerusi oleh menteri. Menteri Datuk Seri Junaidi, saya ada biasa tanya soalan ini juga. Tetapi tidak ada databased line. So carbon trade itu apa? Selepas kami ada satu (1) databased line itu sudah jadi yang punya. Kalau hari apa yang lebih kami dapat buat trading, yang sedia ada tak boleh buat trading 141 minta semakan, apakah carbon trading? Janganlah dengar orang kata carbon trading dia punya value berapa dia kira by itu. Khasnya saya tak beranilah cabar dengan seorang pakar di nama Dr. Foo dia memang pakar, saya bukan.

Tetapi jikanya dia kata untuk buat aquaculture kena lima (5) kilometer daripada foreshore. Apa itu aquaculture, aquaculture adalah kami tengok ikan atau udang. Kalau ikan dalam laut, kalau udang darat. You must know you must understand. Kalau setiap tiap-tiap sering kali dia berkata termasuk Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Dua yang mempersoalkan ZIA. ZIA itu zahir bila? 2003 di bawah Barisan Nasional. Berdekatan sana ada 50 ekar mengapa tidak disoalkan. Juga kayu bakau dipotong, dikorek jadi kolam ikan. Ada dak? Kemungkinan Ahli Yang Berhormat daripada Penaga boleh bagi feedback betul dak. Tahun 2007 telah diwartakan di ARSM 2020, betul dak? Tahun 2013 telah kami follow up, follow up kerana di atas apa? Di atas food security di atas pembangunan seimbang. So kami follow up. 1hb November 2013 di mana tanah itu telah minta pindah milik kepada CMI.

Apakah terus kami buat? Kami terus ada satu (1) bengkel 7hb sampai 9hb November 2013. Siapa yang pergi rasmi? Ahli Yang Berhormat daripada apa ini Ahli Yang Berhormat daripada Machang Bubuk yang merasmikan workshop ini. Untuk apa, untuk wujudkan satu garis panduan kerana pada dulunya sehingga 2013 memang tidak ada garis panduan. Walaupun telah ada begitu banyak, mengapa kami ada garis panduan kerana kami telah dapati Malaysia dalam senarai FDA ada 27 syarikat pengeksport hasil laut kepada Amerika Syarikat telah di blacklist kerana menggunakan apa? Menggunakan kimia-kimia dalam apabila bila-bila buat testing ada jumpa di sana. So what the hell is health department doing atau sana pula dia main politik dia telah senaraikan hitam 27, 23 datang daripada mana syarikat di Negeri Pulau Pinang. Ini to redeem ourself so that is the reason why, kita semua kena buat buat apa dia cara untuk this one must stand up and notify the matter. Sedarkah bahawa JPS belanja lebih kurang RM600,000 satu tahun untuk membersihkan sungai dan laut. RM600,000, mengapa? Kerana dulunya tidak ada garis panduan. We have to rectify cara penternakan dan lain- lain.

Saya percaya bahawa Ahli Yang Berhormat daripada Penaga dia sedar, sedar bahawanya kegiatan penagih dadah tertinggi di Penaga khasnya Pasir Gebu sampai Kuala Muda. Kerana tidak ada pembangunan, tidak aktiviti berniaga di sana. Jikanya kami ada aktiviti seperti perniagaan, pembangunan jalan masuk MPV atau Mobile Police Vehicle dia boleh masuk kegiatan ini akan boleh dikurangkan, kami ada yakin. Saya percaya bahawa Ahli Yang Berhormat daripada Penaga sedar dengan laporan-laporan bahawa tempat itu juga adalah datang orang kata illegal landing migrants’ workers dari sana. Bukan tak tahu, tahu. Mereka kata, so adakah kami kena membiarkan tidak ada teruskan lanjutkan di kawasan sana. So how you quantify peluang kerja, peluang meniaga peluang untuk belajar hapuskan kegiatan-kegitan yang kurang sihat. Janganlah kerana ada impian sendiri kami telah deny orang-orang di sana satu kemajuan. Memang kami akan teliti EIA kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat prihatin dan cintai alam sekitar. EIA mereka pada tahun 2016 telah ditolak kerana tidak selaras dengan apa-apa garis panduan yang telah diwujudkan pada Kerajaan Negeri yang sehingga kini diguna pakai seluruh Malaysia. Pulau Pinang dahululah lagi. 2003 sampai sekarang mereka nak buat, tak boleh buat. Kerana kami buat bagi perhatian, buat pemantauan kena ikut syarat-syarat.

142

Di sini juga ada daripada Penaga, ada dari Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Dua. Seberang mengambil hasil hutan seperti pokok sama ada di dalam hutan simpanan kekal di mana hutan, tanah kerajaan tertakluk kepada bawah kebenaran Pihak Berkuasa Negeri yang peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Memang, kami tak bagi, tak bagi sesiapa pun pi potong kayu bakau itu. Saya sendiri ada pergi Pasir Gebu. Ada siput di sana, ada ketam di sana. Kami tau. Dan di dalam Dewan sini ada banyak mengelirukan Dewan ini. Kata sana ada ribu, ribu burung. Dengar atau nampak? Kena nampak baru cakap. Orang cakap apa, you dengar apa, cakap sini. Itu satu kegiatan yang tidak baik.

Kerana memang ada lebih 10,000 jenis-jenis burung yang kumpul di sana. Di mana? Bagan Belat. Bagan Belat di mana? Telok Ayer Tawar. Bukan Penaga. Harap boleh faham sikit. Harap boleh faham sikit.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Sungai Puyu. Terima kasih di atas penjelasan daripada Sungai Puyu berkaitan dengan projek ZIA. Projek ZIA ni memang di peringkat PAC juga kita memanggil untuk diberi penjelasan berkaitan dengan projek ZIA. Saya masa berada di PPK Penaga tahun 2008 sudah melihat isu ini. Sudah terlibat dengan isu projek ZIA. Dan bertugas di Penaga. Kita cuma concern peringkat kita. Kita cuma mengambil berat tentang, tentang alam sekitar dan kita menghargai apa yang dibuat sehingga projek itu ditangguhkan sehingga sekarang. Cuma kita nak kepastian bahawa perkara yang berkaitan dengan alam sekitar ini bukan kita kata diberhentikan.

Kita tak suruh hentikan. Cuma saya, dalam ucapan saya lah, ucapan saya sendiri kita nak kalau kata hutan itu ditebang dan janjinya diganti semula dan ianya akan diganti semula. Sebab kita nak ada, kena ada zon pemampan di situ ada pokok-pokok, api-api dan sebagainya, bakau dan sebagainya. Itu yang kita perlukan. Bukan kata kita kata inginkan supaya projek itu dihentikan sepenuhnya supaya kajian yang lebih teliti dibuat mengambil kira alam sekitar dan sebagainya. Dan saya rasa penjelasan daripada Sungai Puyu dah menjelaskan itu. Jadi kita amat menghargainya. Cuma tolong pastikan itulah. Dari segi alam sekitar dan sebagainya dilihat dan pembangunan di kawasan tu tak akan mencemari. Sebab orang buat kolam ni, kolam udang dan sebagainya, kumbahannya ataupun apa yang, setelah lima (5) tahun kolam itu akan menghadapi masalah dari segi taik ikan, udang dan sebagainya. Kadang-kadang dia buang dalam laut ja. Itu yang akan teruskan akan mencemarkan laut tu kembali. Dibuang, macam di Sungai Chenaam dulu, projek dia buang. Dan dia akan mendatangkan penyakit dan sebagainya kepada ternakan dan juga kepada ikan-ikan di laut.

Jadi itu yang kita bangkitkan dan kita tau projek ni dah lama daripada 2003 sampai sekarang ni. Belum dilaksanakan lagi. Jadi kita yang tu ja kita nak kepastian. Kalau boleh ditentukan, ditetapkan bahawa alam sekitar tidak diubah dan sebagainya, kita tidak ada masalah. Terima kasih.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Boleh saya?

143

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih iaitu kata nyaris-nyaris saya ingat you, Yang Berhormat nak cerita perihal dengan PAC. Di mesyuarat PAC di mana pakar yang datang tu, jangan la. Kerana itu adalah salah guna kuasa. Salah guna kuasa. Kerana kalau kami buat semakan minutes, adakah dalam mesyuarat sebelum kami jemput seorang pakar hadiri mesyuarat itu, telah dibincang. Kalau dia dah bincang hal- hal lain, iaitu kata kami telah bincang ni, kami tak faham, kami telah mencadangkan untuk minta satu pakar untuk bagi keterangan. Itu dia datang ada secara rasmi. Jika dalam ni orang kata dalam agenda-agenda mesyuarat, tidak ada sentuh bahawa nak jemput seorang pakar hadiri mesyuarat itu. Mesyuarat itu mesyuarat rasmi. Bukan ikut suka hati nak buat.

Walaupun Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Dua adalah Pengerusi PAC. Hormatilah seluruh dia punya standing order dan lain-lain. Memang, memang apa yang Penaga kata betul. Kerana saya baru kata JPS telah belanja RM600,000 tiap- tiap tahun untuk cuci dia punya cuci dia sungai. Kerana cara dia menghasil tangkapan mereka, melepaskan air, melepaskan semua dan matikan semua biodiversity. Oleh demikian, saya telah sendiri mensyaratkan bahawa kena ada zero discharge. Apakah maksud zero discharge? Zero discharge adalah bahawa dia air kena salur pi satu holding area. Holding pond, bagi dia tenang, subsidize. Air dirawat baru dia boleh berlepas. Itulah satu cara. Itulah mereka tidak boleh kerana akan kurangkan kolam-kolam itu. We have to do that. Tidak ada pilihan. Kerana nak jaga dan pertahankan alam sekitar di sana.

Untuk buffer zone, memang buffer zone sana, kami tau daripada 200 meter telah diperluaskan sehingga dalam, orang kata presentation oleh Dr. Foong. Dia rasa terkejut. Dia sudah perluas begitu banyak. Memang kami telah buat survey. Memang kami telah tau bahawanya sampai bila, kami kurang-kurang ada empat (4) atau 500 meter daripada kolam-kolam tersebut. Dia orang kata expanding hutan simpanan. Dan di sana apabila kami lukis tapak kawasan yang hendak diwartakan sebagai Hutan Simpanan. Kami ambil kira ini kan semua. Ini penting. Di mana-mana berapa pokok you potong, berapa pokok you tanam. Itu juga satu syarat. Saya percaya bahawa apa yang minta sebelum ini telah disyaratkan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

YB. Minta laluan. Terima kasih pada Sungai Puyu di atas penjelasan. Dato’ Timbalan Speaker, saya nak mencelah sikit berkaitan dengan projek yang dibangkitkan tadi iaitu projek ZIA. Sememangnya saya mengakui sebagaimana disebut oleh YB. Sungai Puyu bahawa projek ini telah pun bermula tahun 2003. Lama sangat dah. Saya pun masih kecil lagi. Dan yang penting apa yang saya sentuh dalam perbahasan saya berkaitan dengan projek ZIA ini supaya dinilai semula ataupun dikaji semula setelah walaupun zaman BN 2003 hingga 2008, kita ambil alih Kerajaan Negeri melalui Pakatan Rakyat dan sekarang ni Pakatan Harapan. Mana-mana yang kita nampak memberi kesan buruk kepada alam sekitar yang boleh menjejaskan ataupun merosakkan ekosistem, laut itu sendiri, makanya projek itu perlu dinilai ataupun dikaji semula untuk kita buat yang terbaik, untuk kita buat yang terbaik demi memelihara alam sekitar dan juga nelayan-nelayan yang sememangnya itu adalah merupakan kawasan tempat sumber rezeki mereka.

144

Sama sebagaimana projek yang kita bantah di Pahang, projek LYNAS. Sehingga kita buat kempen safe Malaysia, tolak LYNAS. Jadi setelah kita ataupun setelah hari ini PH mendapat kuasa yang sememangnya dulu DAP juga sebahagian daripada yang menentang termasuk PAS, termasuk blok Pembangkang, kilang LYNAS ni yang boleh menjejaskan kesihatan dan juga dia punya keadaan sekitar. Maka setelah mandat diberi oleh rakyat, kuasa tu berada di tangan kita. Maka kita buat yang terbaik. Jadi sama lah sebagaimana yang kita menentang LYNAS itu mesti dihentikan dengan projek ZIA ini juga saya minta supaya kerajaan hari ini menilai semula. Kalau itu yang terbaik, bagaimana cara kita nak menjaga hutan bakau daripada dirosakkan kerana kita tau kalau ditebang, tanaman semula, ia tidak akan nak menghasilkan sebagaimana tanaman bakau yang asal tu memang ambil masa yang lama. Terima kasih kepada Sungai Puyu.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Baik. Terima kasih. Memang kami ambil kira ini kan semua. Oleh yang demikian, di syarat-syarat, dia punya EIA pada tahun 2016 telah ditolak kerana tidak memenuhi apa garis panduan yang dikehendak oleh Kerajaan Negeri. Memang, memang kami ambil kira bahawanya sangat penting. Dan kepentingan bukan haknya, hutan bakau, bukan zon ZIA. Tetapi kena ambil seimbangkan semua penduduk-penduduk di sana. Amat penting. Penting kerana mereka juga tidak boleh di, orang kata left behind. Kerana itu ialah kenyataan pertama yang Mantan Ketua Menteri yang mengatakan dalam kemajuan negeri Pulau Pinang, no one will be left behind. Iaitu kata duduk sama rata berdiri sama tinggi, iaitu semua orang kena berfaedah daripada pembangunan-pembangunan di Negeri Pulau Pinang. Dan sana juga hendak dibangunkan. Nah sini saya nak tunjuk laporan- laporan yang kata import. Mereka pakai semua. Kami bukan gaji buta. Boleh. Laporan ini adalah di website iaitu kata semua orang boleh check. Nama syarikat, alamat semua pun ada. Alert 27 daripada Malaysia, 23 daripada negara Pulau Pinang. So kita kena wujudkan satu sistem sebagai projek perintis, satu projek yang macam mana boleh tunjuk as a role model. Kerana Pulau Pinang akan dahului semua orang. Penang will leads. Di sini juga saya rasa amat kecewa bahawa ada orang-orang yang juga membuat tuduhan. Tuduhan kata bahawa Negeri Pulau Pinang khasnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak prihatin alam sekitar. Dan buat tuduhan bahawa di Pulau Burung. Pulau Burung dia punya leaches masuk pi laut. Matikan hutan bakau. Matikan ikan, mati semua. Matikan ikan, matikan semua.

Cukuplah, saya sudah kata kalau nak siasat, turun padang, lihat, faham baru buat kenyataan. Dan di sini hutan bakau mati. Nah saya tunjuk. Nah hutan bakau di Pulau Burung. Pulau Burung. Sini, wah nampak pun ada burung juga. Betul tak? Dia kata kena leaches, dia masuk di laut, ikan mati. Mati di mana? Mati di mana? Sungai Udang. Tetapi kami lihat di sini, sini, ada banyak lagi, orang kata ni usaha-usaha akuakultur ikan sini. Sini punya kolam tak mati, yang dekat tak mati, yang jauh, 20 ni 12 kilometer sana dia mati. Jangan, jangan. Saya sendiri bagitau pada mereka ambil perhatian bahawa pada hari tu di pulau, di Sungai Udang sana ikan sudah nak mati. Saya kata tak jaga, neap tide. Kalau kami ambil tengok semua masa-masa yang ikan mati, bila? Waktu malam. Bila? Neap tide atau air mati. Mengapa? Kerana pencemaran. Oleh siapa? Bukan daripada Pulau Burung tetapi cara mereka buat breeding di sana. Mengapa kami lihat pada 9hb Ogos ikan liar pun mati. Mengapa ikan liar mati? Surface run of di sana a legal bloom waktu malam bila air dia, ombak tolak dia punya selut semua naik semua apa perbuangan di sana dia naik, ikan liar dia pun tak ada masa untuk lari diri, 145 mati di sana. That is the consequence of we do not take care of the environment. This is the consequence of we do not take care of our so called food security. Itu amat penting.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

YB. boleh celah sekarang. Okey bukan tentang Pulau Burung, ini lebih kepada projek ZIA. Ini bukan satu perkara baru yang saya bincangkan dulu masa saya jadi Ahli Majlis pun selalu dibangkitkan isu ini di Majlis Perbandaran Seberang Perai dan pernah sekali Yang Berhormat Air Putih masa itu semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang telah merasmikan forum Equal Tourism yang diadakan di The Light Hotel dan beliau telah menyatakan bahawa persisir pantai dari Teluk Ayer Tawar dan Penaga mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai destinasi eko-pelancongan dan Kerajaan Negeri akan mengkaji kesesuaiannya untuk dimajukan tetapi saya pun faham Sungai Puyu berkali-kali telah menyatakan bahawa itu adalah dua tempat yang berbeza.

Saya, sebab tempat itu terlalu besar daripada saya tengok google maps pun terlalu besar untuk diukur, saya tidak boleh ukur then saya pun tidak faham keadaan sebenar mungkin Sungai Puyu tahu lebih Bagan Belat dan Pasir Gebu dan sebagainya. Saya bukan orang sana tetapi apa yang saya ingin bangkitkan di sini adalah, kalau tempat itu sesuai dijadikan tapak RAMSAR, saya berharap Kerajaan Negeri akan kaji balik ZIA dan kita boleh jadikannya sebagai tapak RAMSAR dan itu tidak bermakna penduduk tempatan ataupun yang penduduk pendalaman tidak akan mendapat peluang pekerjaan, mungkin kita boleh, peluang pekerjaan yang berkait dengan eko-pelancongan.

Itu adalah salah satu cadangan, tetapi seperti yang kita bincangkan tadi mungkin boleh co-exist kedua-dua tapak the bird watching ini dan juga eco culture pond ini di tempat yang sama tanpa memberi apa-apa impak negative kepada persekitaran ataupun alam semula jadi. So, saya berharap Kerajaan Negeri, seperti yang kita bincangkan, ini adalah Kerajaan Barisan Nasional yang rancang pada tahun 2003 dan kita semua tahu Barisan Nasional dia cuai, dia tidak mengambil kira impaknya ke atas rakyat, impaknya ke atas alam sekitar. Itu, saya ingat Sungai Dua pun akan bersetuju dengan saya. So, saya berharap…(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Tak setuju.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Oh! bukan, Sungai Dua tak setuju. Tapi mereka yang meluluskan projek ini pada tahun 2003. So, saya berharap Kerajaan Negeri, just saya faham dia belum dimulakan kerja. Dia perlu comply all the DEIA requirements tetapi walau bagaimanapun kalau ada satu ketika projek ini perlu dikaji balik dan kalau dirasakan lebih sesuai dijadikan tapak RAMSAR kita perlu we have to move our direction towards that, that's my humble point Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Saya nak tambah sikit Sungai Puyu tentang…(gangguan).

146

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Tetapi Sungai Dua apa-apa pun Barisan Nasional yang meluluskan projek ini pada awalnya…(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Lulus projek, tetapi tak buat apa pun lagi sampai 2008, sekarang tugas Pakatan Harapanlah duk buat.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Sungai Dua setuju itu adalah satu keputusan yang salah. …(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Keputusan dibuat tapi tak buat apa. …(gangguan).

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Keputusan yang salah. Setuju tak?

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Di minta Yang Berhormat duduk, Sungai Puyu.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Masa yang terhad, saya rumuskan, saya rumuskan kerana Kerajaan Barisan Nasional tidak tau apa nak buat. Oleh yang demikian, kami nampak di atas sana ada 50 ekar yang mereka sudah buat kolam ikan tanpa EIA. Ada EIA dak? Tak ada. Baik, cadangan RAMSAR itu boleh dipertimbangkan kerana memang Bagan Belat hendak dikekal sebagai satu eco-tourism area. Itu memang dan memang pada kini kalau you nampak bahawa ada banyak pada hari cuti, banyak orang telah, orang kata dicerobohi tapak sana untuk tangkap ketam, siput semua ada di sana. Oleh yang demikian. …(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Boleh saya, boleh saya tanya.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Sedikit.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Tak, pasal the carbon credit saya just nak tunjuk. Dalam Penang Isu Oktober pun ada proposal pasal pengiraan of carbon. Carbon, I mean carbon revenue. Ini adalah jurnal dari Universiti Malaya. So, bila saya sebut dalam saya punya perbahasan tentang then bila Dr. Foong, Dr. Foong dia ada PHD in mangrove dari USM. So, bila Sungai Puyu sebagai EXCO kata macam, you know this is dari Penang Institute October 2019 menceritakan pasal pengiraan carbon revenue di

147

Malaysia dan maknanya is not just Dr. Foong dari USM, even Penang Institute sendiri cover page untuk bulan Oktober. …(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Saya bersetujui, saya bersetujui, saya bersetujui 100% apa yang saya persoalkan macam mana kami kira carbon credit. Adakah kami, ada data base line? Apa data base line yang sedia ada itu ada hak milik, hak milik warga Malaysia.

Apa yang tambah, apa yang tambah pada the data base line boleh buat untuk carbon credit iaitu kata kami tidak akan gadaikan hak-hak kami atau barang kami kerana kami dapat duit. Kalau tak ada data base line kami tidak boleh kira the carbon credit. You got to understand the formula.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Understand, tapi. …(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

You understand duduklah.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

No, what, apahal ini. Kita tak faham, I tak faham kenapa you pertikaikan macam tadi I dengar you macam kata kita orang salah guna kuasa sebab invite Dr. Foong. PAC boleh panggil sesiapa pun. Tak ada kena mengena dengan salah guna kuasa.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

PAC boleh jumpa sesiapa pun jika ada satu issue yang berbangkit dan tidak boleh diselesaikan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Memang issue ini dibangkitkan oleh.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Bila?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

YB Satees dalam PAC.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Bila?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Memang dia yang bangkitkan saya pun.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh): 148

Baik, saya cabar, saya cabar bahawa tunjuk minutes of the meeting dalam hal-hal lain dan tunjuk bahawanya.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Dalam minit of the meeting mana Encik Farulizam urusetia PAC. Where he is? Ada.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Iaitu kata. …(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

YB, YB Satees where?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Iaitu kata…(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Bagan Dalam yang bawakan issue ini dalam PAC.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Dia bawa issue PAC, iaitu issue dalam PAC. Adakah satu keputusan di buat bahawanya yang mesyuarat yang akan datang kami akan menjemput sesiapa untuk bagi keterangan. Adakah begitu?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Ya, Pengerusi boleh jawab.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Pengerusi jawab. Adakah begitu?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey, kita bincang sebelum kita next meeting, kita bincang issue apa kita nak bangkitkan, nak bincang dalam next meeting. So, kita bincang last meeting itu kita kata issue ZIA, issue CMI, CMI punya kes, CMI punya harta-harta (aset) termasuk ZIA dengan Penanti, projek di Penanti. Projek yang pertanian, agro park, semua projek yang CMI. So, bila kita bincang, kita perlu juga ada maklumat sebelum, sebelum kita bincang ZIA, bincang tentang projek ZIA, kita ada maklumat tentang mangrove, tentang paya bakau dan sebagainya. So, on the spot, dua, tiga hari sebelum kita setuju untuk jemput Dr. Foong. Kita bincang empat, lima orang dalam WhatsApp dan sebagainya.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Baik, Timbalan Dato’ Speaker, I rest my case, I rest my case kerana dia telah mengaku dalam Dewan yang mulia, bukan semasa mesyuarat PAC, tetapi

149 beberapa hari sebelum dan melalui WhatsApp group, WhatsApp group itu bukan secara rasmi.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya ada email kepada urusetia, urusetia PAC dan urusetia PAC Encik Farulizam suruh saya email Dr. Foong saya bg cv semua and then Encik Farulizam hantar kepada pengerusi.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Itu saya, kalau you tiada mau ikut peraturan-peraturan you punya hak. Tetapi saya nak tanya soalan di sini. Semasa mesyuarat PAC adakah tak ada telah rakamkan bahawa hendak menjemput seorang pakar untuk hadir, untuk bagi taklimat. Ada tak ada? Kalau tak ada di sini kami dengar bahawa dia tiga (3) hari sebelum mesyuarat dalam WhatsApp group. Kami telah bersetujui, kami terus setujui. Adakah boleh sebelum. …(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Dia ada email, email untuk. …(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Dia ada email, email atau apa tu lain cerita. Saya nak tanya, semasa mesyuarat ada atau tak ada? Itu penting. Kalau tak ada ini salah guna kuasa. Faham!

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Saya PAC punya pengerusi, saya punya pasal saya nak panggil sapa.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Bukan, kalau telah bersetujui semasa mesyuarat itu secara rasmi..(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Saya nak panggil siapa, apa yang you kacau.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Di luar mesyuarat, di luar mesyuarat this is informal…(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Is not, sekarang ini macam ini ,CMI ada bentang pasal, pasal projek ZIA. …(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Saya faham, saya faham. …(gangguan).

150

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Sementara the meeting. …(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Saya faham. …(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Tak, saya nak explain apa jadi. Selepas…(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Tak payah explain. Tak payah explain. Tak payah explain. Salah guna kuasa. Salah guna kuasa.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Meeting perbentangan tu ada berlaku ikan-ikan semua mati apabila tambakan bakau dilakukan dan saya dapat result. …(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Ahli-Ahli Yang Berhormat. …(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

And then kita ada. …(gangguan). (microphone ditutup)

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Saya minta Yang Berhormat Sungai Puyu untuk gulungkan ucapan. Saya bagi you lagi lima minit.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Lima minit tak habislah kerana dia orang kacau. Baik, merujuk pada cadangan Yang Berhormat Sungai Dua meningkatkan taraf ekonomi golongan petani khususnya Perusahaan Industri Asas Tani (IAT).

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah memperuntukkan RM200 ribu di bawah peruntukan Pembangunan Negeri bagi Pembangunan Industri Memproses Makanan.

Skop pembangunan adalah meliputi pembangunan zon memproses makan, ZPN apprentice incubator pembangunan Usahawan Industri Asas Tani (IAT). Pembangunan Kumpulan Pekembangan Wanita (KPW) dan Pembangunan Produk IAT.

Ahli Yang Berhormat Sungai Dua telah mengaturkan isu mengenai petani dan sawah padi yang terjejas akibat bencana Taufan Lekima yang belum menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Jabatan Pertanian Negeri telah mengenal pasti 1,177 petani

151 yang melibatkan kemusnahan seluas 1286.90 hektar dengan nilai anggaran kerosakan sebanyak RM10.953 juta.

Sehubungan dengan ini, pihak jabatan telah menjalankan senarai petani yang terlibat kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk pertimbangan bantuan yang bersesuaian dan jika dilulus bantuan akan disalur dalam masa terdekat.

Ahli Yang Berhormat Bertam, telah membangkit isu berkenaan kawalan harga padi benih. Untuk makluman Yang Berhormat, pelantikan pembekal benih padi adalah di bawah bidang kuasa MOA. Namun demikian, tidak ada mekanisme khas untuk tujuan kawalan harga benih yang dijual, yang diurus oleh orang tengah. Individu atau syarikat lain selain daripada syarikat pembekal yang dilantik secara sah oleh pihak MOA.

Walau bagaimanapun, walaupun Kerajaan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa tertentu bagi tujuan kawalan harga benih yang padi sah. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian sering melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

Menjawab soalan Yang Berhormat Bertam, berkaitan dengan peruntukan belia, belia yang ingin menceburi bidang pertanian. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri telah memperuntukkan RM50 ribu bagi program pembangunan pertanian pelapis serta RM300 ribu bagi program khidmat perkembangan techno pertanian.

Untuk skop pembangunan dan pertanian pelapis ialah pembangunan bukit tani, usahawan muda dan belia dalam sekolah. Program yang dijalankan adalah banyak bentuk latihan adalah bentuk latihan dan pemberi insentif dalam bentuk peralatan ladang. Program ini merupakan sokongan kepada golongan belia yang berhasrat menceburi bidang pertanian.

Ahli Yang Berhormat Batu Uban telah mencadangkan supaya Tabung Usaha Tani (TUT) dapat dipromosi dengan lebih meluas lagi bagi mengalakkan lebih ramai golongan usahawan kaum Cina dan India. Kerajaan Negeri telah peruntukan RM750,000 bagi program usahawan tani sejak dari tahun 2015 sehingga Oktober 2019 dan melahirkan usahawan pertanian IAT pelapis sehingga Oktober 2019 seramai 144 orang perusaha IAT telah menerima manfaat daripada program ini dengan kos keseluruhan berjumlah RM795,000. Kerajaan Negeri juga bersetujui dengan cadangan Yang Berhormat Batu Uban agar menggunakan khidmat ADUN bagi merancak lagi promosi Tabung Usaha Tani supaya dinikmati oleh semua golongan masyarakat di Pulau Pinang.

Ahli Yang Berhormat Sungai Acheh membangkit isu tambak tanah sawah yang semakin berleluasa. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri sentiasa komited untuk tidak menyokong sebarang permohonan lingkungan semula atau permohonan ubah syarat tanah daripada kawasan pertanian khasnya jelapang padi kepada kawasan pembangunan lain khasnya bagi kawasan jelapang padi dari Pulau Pinang yang telah diwartakan di bawah Warta Tali Air. Selain itu, kawasan penanaman padi juga telah diwartakan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang, RSNPP Kerajaan Negeri yang akan mendekatkan lagi aktiviti penguatkuasaan berkaitan dengan menambak tanah sawah melalui Pihak Berkuasa Tempatan dengan mengambil tindakan perundangan terhadap pemaju yang tambak tanah sawah 152 tanpa sebarang kelulusan. Menjawab soalan Yang Berhormat Bertam berkaitan dengan peruntukan kepada belia yang ingin menceburi bidang pertanian, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dalam peruntukan RM50,000.00 seperti tadi saya telah bagi tahu.

Yang Berhormat Sungai Acheh. Selain dari terdapat juga peluang bagi terusan bagi Sungai Tongkang dan cabang-cabangnya perlu direka bentuk dan dinaiktaraf semula. Oleh itu, pihak IADA Pulau Pinang telahpun mencadangkan satu projek naiktaraf sistem pengairan dan saliran di skim pengairan Sungai Acheh dalam RMK-12. Antara skop projek tersebut adalah seperti naiktaraf sistem perparitan dan tali air, pembinaan struktur-struktur peparit dan tali air. Membina dan naiktaraf rumah pam kitar semula menyiram pam elektrik dan naik taraf rumah pam sedia ada.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):

Sungai Puyu. Minta laluan sedikit Sungai Puyu. Yang berkaitan dengan saliran di kawasan sawah padi di Sungai Acheh ini yang isu sekarang ini satu peparitan itu okey sekarang ini depa duk buat saliran. Cuma yang jadi masalahnya apabila air daripada Bukit Merah, sumber daripada air Bukit Merah itu di kawasan Perak tu, sebelum dia masuk ke kawasan Sungai Acheh ini dia akan melalui kawasan-kawasan sawah padi di kawasan Perak, Bagan Serai, Parit Buntar dan sebagainya. Jadi dia sebelum masuk Sungai Acheh ini dia akan di kawasan- kawasan Perak tu akan tab dulu dan dia akan sampai slow bila sampai di kawasan Sungai Acheh dan jadi masalah di kawasan Sungai Acheh. Kita minta penyelelarasan di IADA di Pulau Pinang dan juga di Perak itu sendiri.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Saya ini akan catit dan selepas itu saya akan bincang dengan EXCO yang berkenaan bahawa ini hendak diberi keutamaan dan perhatian di MMK.

Terdapat juga faktor-faktor menyebabkan lain yang menyebabkan berlakunya isu bekalan air diantara ialah sikap segilintir pertanian yang tidak sedia daripada segi penyediaan kawasan petak sawah dan seterusnya menyebab jadual bekalan air tidak dipatuhi. Isu bekalan air tidak dapat diselesai secara meskipun penyediaan infrastruktur sempurna diselesaikan. Oleh yang demikian kami akan meminta bahawa satu mesyuarat diantara dua-dua pihak untuk diselesaikan perkara ini.

Menjawab kepada isu yang berbangkit oleh Yang Berhormat Sungai Dua. Enakmen Penternak Babi. Pada tahun 2016 serta Peraturan Lesen Penternak Babi Negeri Pulau Pinang 2019 akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2020. Enakmen ini merupakan salah satu kaedah menyelesaikan jangka panjang terhadap isu-isu yang berbangkit dan ladang-ladang ternak khinzir konvensional yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang. Selain dari itu, usaha ini juga memberi fokus kepada penggurusan pelupusan sisa yang terkawal iaitu zero discharge. Memang 60 tahun Barisan Nasional tak buat dan tak berani buat, kami akan buat. Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu pencemaran najis babi. Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertanggungjawab bagi mengenalpasti kesalahan dan yang dilakukan dengan keluarkan notis penambahan baik, menyiasat aduan, memberi khidmat nasihat, menyampaikan teknologi kawalan dan useful micro. 153

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Sungai Puyu. Cuma saya tertarik yang disebut tadi tentang apa tarikh 1 haribulan 1, 2020 akan dikuatkuasakan pelaksanaan ladang ternakan khinzir tertutup. Jadi dah tangguh sekali sampai sekali lagi, last bulan 12, 2019 jadi kita harap persediaan peringkat jabatan agensi termasuk PBT dan sebagainya untuk pelaksanaan penguatkuasaan perlu dibincang dan disusun segera. Tak mau esok bila dah sampai tempoh, nak laksanakan jadi masalah. Tangguh pula sampai berapa tahun. Jadi kita nak 2020 ini laksanakan ladang tertutup terus ada pelaksanaannya, penguatkuasaannya dan laksanakan ladangan tertutup ini secara mungkin, secara terus. Tidak boleh berperingkat-peringkat kerana kita nak selesaikan segera isu khinzir, isu kumbahan khinzir.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Ini ada satu huraian daripada Ketua Pembangkang yang mewakili Barisan Nasional di mana mereka mengakui 60 tahun mereka tidak boleh buat apa dan kini memohon Kerajaan PH supaya uruskan ini. Saya akan ambil maklum. Saya ambil maklum. Terima kasih, saya akan maklum.

Yang Berhormat Sungai Dua mencadangkan agar keluasan zoning ternakan ikan dalam sangkar supaya industri ini dapat dikembangkan. Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan syor-syor serta saranan untuk memajukan sektor perikanan Pulau Pinang namun begitu, sebelum peluasan zoning ternak ikan dalam sangkar dilaksanakan, profil sektor perlu dikaji secara terperinci untuk melaksanakan zoning ternakan ikan dalam sangkar secara lebih meluas. Diantaranya konflik di antara nelayan. Timbul sekiranya berlaku pindahan kawasan aktiviti menangkap ikan sedia dan nelayan setempat. Konfliks terhadap kawasan laluan bot dan aktiviti perkapalan. Mencari kawasan baru, mengambil kira kesesuaian faktor penting serta kedalaman parameter kualiti air dan sama terdedah angin monsun atau tidak. Ini memang semua akan diambil kira bahawa ia pada kini mereka ada satu tapak yang terdekat dengan shore line dan juga tidak cukup dalam, tidak cukup 10 meter. Tak cukup 10 meter ini akan bahaya dan mereka akan menghadapi kerugian.

Yang Berhormat Sungai Acheh membangkit isu pencerobohan Pukat KENKA 2 bot di kawasan perairan Pulau Pinang serta mengesyorkan supaya tindakan penguatkuasaan dan kompaun di bawah Akta Perikanan 1986 diperketatkan. Untuk makluman Yang Berhormat, nelayan yang telah melakukan kesalahan akan ditahan selama, ditahan bersama vessel and peralatan dibawah Seksyen 8 (B) Akta Perikanan 1985. Nelayan tersebut juga boleh dikompaun di bawah Seksyen 31, Akta Perikanan 1985 dan boleh didakwa di mahkamah. Bagi menangani isu pencerobohan Pukat KENKA 2 bot di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan telah mengenakan kadar kompaun yang lebih tinggi sebagai langkah pencegahan mulai 1 Jun 2015 yang lalu. Di mana kadar kompoun telah dinaikkan kepada RM1,200.00 dan RM1,500.00 dan RM2,000.00 berbanding dengan RM800.00, RM900.00 dan RM1,000.00 bagi kesalahan pertama, kedua dan ketiga.

Saya ajak Ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan. Untuk kita bersama-sama desak Kerajaan Persekutuan untuk lebih berani dan tegas untuk menangani masalah ini kerana bidang kuasa terletak ditanggungjawab mereka. Amat baiklah Ahli Dewan Rakyat daripada dapat membawa peruntukan yang lebih 154 besar kepada Jabatan Perikanan untuk membeli bot-bot baru mampu dan menggunakan, meningkatkan kecekapan, pengawalan dan penguatkuasaan dan mereka dalam menahan, menangkap penceroboh ini.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):

Mohon mencelah Yang Berhormat Sungai Puyu. Tadi dibangkitkan tentang penguatkuasaan di peringkat perikanan di bawah peringkat persekutuan itu memang saya setuju lah. Cuma mungkin daripada kaedah ataupun cadangan saya sekiranya untuk penambahbaikan di kawasan jeti sama ada di jeti Kuala Chenaam ataupun jeti kawasan Sungai Udang itu diwujudkan satu base penempatan sama ada menggunakan tapak ataupun pelantar unit nelayan untuk letakkan bot perikanan dan juga pegawai di situ. Sekurang-kurangnya boleh memantau secara terus di kawasan pintu masuk perairan Pulau Pinang ini pencerobohan pukat-pukat Kenka, dogo ataupun pukat pulut. Itu cadangan saya sebab ini diperingkat state, kita rasa kita boleh minta untuk satu tapak di kawasan Sungai Acheh di Sungai Chenaam atau di Sungai Udang itu sendiri. Cadangan saya lah.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Baik. Saya akan panjangkan cadangan ini. Kerajaan Negeri percaya bahawa perairan fokus pembangunan daripada kawasan utara dan timur laut kepada bahagian selatan Pulau yang masih kurang dibangunan melalui Projek PSR akan meningkatkan taraf hidup komuniti tempatan termasuk nelayan dan generasi muda yang akan datang.

Di sini juga saya mencadangkan cadangan-cadangan yang akan dilaksanakan untuk menambah baik kehidupan di kawasan habitat di kawasan selatan Pulau Pinang adalah seperti program penanaman bakau di pelabuhan, tukun tiruan, pelepasan benih ikan dan udang-udang. Fish aggregating device (FAD), pelaksaanaan struktur bersifat ecologi, ecoengineering adalah perlindungan pulau buatan dan menyediakan dana untuk kajian penyediaan berkaitan laluan migrasi udang, penyu dan terumbu karang.

Berkenaan isu ketiga. Tiga nelayan yang digugur keahlian di Persatuan Nelayan kerana menyokong projek tambatan laut Kerajaan Negeri yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Telok Bahang akan disiasat dengan lebih lanjut dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, LKIM bagi membela nasib nelayan dengan sewajarnya. Siasatan awal oleh pihak LKIM mendapati tidak ada rekod pengguna ahli setakat ini yang telah disahkan oleh Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan Telok Bahang.

Untuk kesihatan, sehubungan dengan isu itu menjawab kepada Ahli Yang Berhormat Sungai Dua berhubung dengan komitmen Kerajaan Negeri terhadap isu denggi. Kerajaan Negeri sememangnya tidak pernah berputus asa untuk sentiasa komited untuk membendung, menukar wabak denggi. Namun begitu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mengerakkan MPKK di kawasan masing-masing untuk menjalankan aktiviti gotong royong secara berkala. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti satu kaedah baharu bagi membendung, menukarkan nyamuk aedes melalui pelepasan nyamuk iaitu kata Aedes aegypti ber wolbachia. Secara ringkas wolbachia adalah itu ialah bakteria yang memasuk ke dalam telur nyamuk aedes supaya nyamuk yang 155 menetas akan dijangkiti dengan bakteria tersebut bagi membendung jangkitan denggi kepada manusia. Dengan secara ini, penularan wabak denggi dan kes demam denggi dapat dikurangkan.

Seterusnya menjawab kepada soalan Yang Berhormat Air Itam berkaitan dengan penetapan Kerajaan Negeri bagi rangka Standard Operating Procedure, SOP yang lebih efektif untuk mencegahkan denggi. Untuk makluman Yang Berhormat penetapan SOP kawalan pencegahan denggi telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Yang Berhormat Sungai Dua turut membangkitkan usul kepada Kerajaan Negeri untuk melihat isu kesihatan mental. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri peka dengan permasalahan ini dan sedar akan kepentingan dan menangani masalah kesihatan mental. Kerajaan Negeri sedang merangkakan satu program dinamakan Happy Penang dan berkerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan NGO-NGO yang terlatih mengenai masalah kesihatan mental, antara usaha yang diambil oleh Kerajaaan Negeri ialah dengan memberikan saringan kesihatan mental percuma melalui Program Penang Sihat yang dianjurkan oleh ADUN masing-masing.

Dato‘ Speaker, sebelum mengakhiri ucapan saya, izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada rakan-rakan saya khasnya YB Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Segala perkongsian ilmu dan sumbangan bakti beliau dalam pembangunan di Negeri Pulau Pinang amat disanjung tinggi.

Semoga YB. Dato’ Seri dapat terus menyumbang pandangan dan buah fikiran walaupun telah masuk ke alam persaraan. Serangkap pantun dari saya untuk YB. Dato’ Seri:-

Di sana padi di sini padi

Itulah nama sawah dan bendang

Di sana budi di sini budi

Baru sempurna bernama orang.

Kalau ada pauh didaik

Bawa sebiji ke tanah seberang

Kalau ada budi yang baik

Kekal abadi dikenang orang.

Dato’ Speaker, saya lagi nak tambah sikit lagi di sini. Dato’ Seri SUK adalah kawan karib sejak saya seorang Ahli Pembangkang iaitu pada 90an. Saya memang dapat belajar banyak daripada dia, dia memang selalu rela untuk tunjuk ajar. Oleh demikian, saya nak kata kepada Yang Berhormat Dato’ Seri SUK.

156

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Saya hutang budi. Sekian, terima kasih dan saya mohon menyokong.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Padang Lalang.

Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng):

Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, izinkan saya untuk merakamkan ucapan terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan Bajet 2020.

Saya amat menghargai maklum balas positif yang diberikan di dalam ucapan perbahasan Yang Berhormat - Yang Berhormat sekalian mengenai prestasi yang baik iaitu Penang Women’s Development Corporation (PWDC), JPWK, dan Gender Responsive Participatory Budgeting (GRPB), terutamanya YB. Kebun Bunga yang telah mengatakan bahawa bajet yang diperuntukkan kepada PWDC adalah “money well spent” and “well-deserved”. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dalam mengiktiraf usaha dan keupayaan PWDC dan JPWK dengan mengatakan “ahli JPWK adalah sangat terperinci dalam pelaksanaan program”. Ini adalah speciality wanita. Details. Saya amat berbesar hati apabila YB. Bukit Tambun mengatakan peserta aktiviti JPWK adalah lebih daripada 1000 peserta. Ini adalah satu testimoni penting untuk penubuhan JPWK dan pemimpin wanita.

Pencapaian PWDC dan JPWK bukan hanya sekadar dari komitmen dan usaha gigih pegawai PWDC di bawah kepimpinan CEO, dengan kerjasama Ahli- Ahli Lembaga Pengarah, dan kesemua ahli JPWK, tetapi faktor utama yang juga menyumbang kepada kejayaan mereka pada hari ini adalah sokongan tidak terhingga dari Yang Berhormat - Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri ini, Ahli-Ahli EXCO, dan sudah tentu, dari YAB Ketua Menteri.

Ribuan terima kasih diucapkan khasnya kepada YB Bukit Tambun, YB. Sungai Pinang, YB. Berapit, YB. Teluk Ayer Tawar, YB. Penanti, dan YB. Pulau Betong yang telah mengambil bahagian dengan penuh komited dalam memberi maklum balas yang bernilai melibatkan portfolio Pembangunan Wanita & Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam.

Negeri Pulau Pinang mendahului negeri-negeri lain dalam mengarusperdanakan gender. Tiada negeri di Malaysia kecuali Pulau Pinang yang mengguna pakai Dasar Keterangkuman Gender dan menginstitusikan JPWK dalam struktur Kerajaan Negeri. Kini, Negeri Sembilan, Perak dan Melaka akan menjejak langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah agensi seperti PWDC, di dalam negeri masing-masing. Satu sesi perkongsian amalan terbaik pelaksanaan agenda kepelbagaian dan keterangkuman telah diatur oleh Talent Corp, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, untuk EXCO-EXCO Negeri berkenaan. Bukan setakat di peringkat kebangsaan sahaja, malah model Negeri Pulau Pinang juga telah menarik perhatian dan pengiktirafan antarabangsa.

157

Satu Perjanjian Persefahaman (MOU) telah ditandatangani oleh United Nations Human Programme UN-Habitat, United Cities and Local Government (UCLG) Asia Pacific dan PWDC. PWDC adalah rakan kerjasama strategik dengan kedua-dua organisasi tersebut dalam berkongsi pengetahuan dan pengalaman Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) melalui sesi pembangunan kapasiti.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa mempromosikan kesaksamaan gender di platform yang berlainan. Saya amat bangga dengan PWDC telah memainkan peranan yang utama untuk menjayakan Women Assembly dalam 7th Asia Pacific Urban Forum atau APUF-7. PWDC telah menjadi wakil Women Assembly dan merangka strategi untuk memenuhi agenda wanita. Ini membuktikan PWDC telah diiktirafkan oleh pihak antarabangsa sebagai badan peneraju dan pemandu pengarus perdana gender di Malaysia.

Di peringkat antarabangsa, kajian World Bank tahun 2012, membuktikan bahawa peranan pemimpin lelaki amat penting dalam mengarusperdanakan gender terutamanya dalam pengubalan dasar. Saya amat berbangga bahawa YAB. Ketua Menteri merupakan model male champion yang boleh dicontohi. Saya bagi pihak PWDC dan semua wanita di Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua male champions di dalam Dewan ini dan di Pulau Pinang.

Kami di PWDC akan berusaha lagi untuk menunaikan hasrat Kerajaan Negeri dalam:

Mengurangkan ketidaksaksamaan gender; meningkatkan penyertaan wanita dalam komuniti dan perwakilan wanita di peringkat pembuat keputusan; mengurangkan keganasaan berasaskan gender, gender-based violence;…(dengan izin), dan meningkatkan kesedaran gender di sektor awam dan swasta, serta khalayak ramai. Dengan demikian, Pulau Pinang akan menjadi sebuah negeri yang selamat, mesra dan harmoni untuk golongan wanita dan lelaki, tua dan muda serta OKU. Maka, saya secara ikhlas, memohon sokongan berterusan semua pihak mengupayakan PWDC dan JPWK untuk mencapai kejayaan yang lebih signifikan lagi, terutamanya daripada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini dan ketua-ketua Jabatan.

Ke semua usaha ini tidak akan tercapai tanpa sokongan bernas daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, terutamanya the crafter of vision Penang2030, iaitu Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga yang Mengispirasikan Negara, iaitu Y.A.B Ketua Menteri kita.

Portfolio Keterangkuman Gender akan memasuki tahun kedua pelaksanaan pada tahun 2020. Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Keterangkuman Gender ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas kelulusan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk menggerakkan dan mempergiatkan lagi agenda keterangkuman gender di negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sentiasa percaya keterangkuman gender adalah asas untuk keadilan sosial.

Saya amat mengalu-alukan galakan dan cadangan Yang Berhormat - Yang Berhormat terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan di bawah Dasar Keterangkuman Gender ini. Segala maklum balas yang diberikan menjadi pembakar semangat kepada kami di dalam PWDC untuk terus bekerja keras melaksanakan agenda keterangkuman gender. Saya mengambil kesempatan ini 158 untuk mengucapkan terima kasih kepada YB Bukit Tambun, YB Kebun Bunga dan YB Telok Ayer Tawar yang menyatakan tanda sokongan terhadap dasar ini melalui perbahasan mereka tempoh hari.

PWDC merupakan agensi pelaksana Dasar Keterangkuman Gender yang memfokus kepada pembangunan kapasiti dan pelaksanaan program bagi meningkatkan kesedaran mengenai perspektif gender kepada pegawai jabatan dan agensi kerajaan serta komuniti. Pembangunan kapasiti adalah penting untuk memperkukuhkan pemahaman semua golongan yang terlibat dalam melaksanakan dasar ini. Sehingga kini, sebanyak 5 sesi pembangunan kapasiti (capacity building) telah dijalankan dan melibatkan 33 jabatan dan agensi kerajaan negeri, dan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan. Sesi-sesi yang dianjurkan ini adalah bersifat participatory dan bottom up, yang memberi peluang kepada pegawai-pegawai sendiri untuk merangka Pelan Tindakan DKG yang bersesuaian dengan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri masing-masing, supaya mewujudkan sense of ownership untuk pelan tindakan tersebut. Semua Pelan Tindakan DKG yang dikumpul ini akan diterbitkan dalam suku pertama tahun 2020.

Saya berbesar hati untuk berkongsi bahawa DKG telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di Pulau Pinang. Beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan telah memohon Taklimat DKG dan khidmat nasihat daripada PWDC untuk lebih memahami “apa itu Dasar Keterangkuman Gender” serta aplikasinya. Taklimat DKG telah dijalankan untuk Penang Development Corporation (PDC), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang masing-masing pada Ogos dan Oktober 2019.

Di sini, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di atas penubuhan Unit Keterangkuman Gender yang pertama di Malaysia sebagai unit pelaksanaan DKG di MBSP. Saya yakin semua usaha-usaha dilaksanakan oleh agensi-agensi tersebut akan menjadi model dan dorongan kepada semua jabatan dan agensi untuk melaksanakan DKG sepenuhnya.

Selain itu, di peringkat komuniti, pelaksanaan DKG juga dilihat menerima respon yang menggalakkan. Penang Chinese Townhall dengan kerjasama PWDC telah menganjurkan Forum Impact of Gender Inclusiveness In Society pada Jun tahun ini. Hasil daripada forum ini, Penang Chinese Town Hall telah mengatakan komitmen dalam meningkatkan perwakilan wanita sebanyak 5% dalam Ahli Jawatankuasa yang kini banyak dipegang oleh kaum lelaki. Ini merupakan tanda kemajuan pelaksanaan keterangkuman gender di peringkat komuniti. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang kerana telah mengadakan program sedia urus isi rumah pada Februari tahun ini di Pangsapuri PPR Ampang Jajar, , Butterworth. Program ini bertujuan mempertingkatkan tahap kesedaran pencegahan kebakaran dalam kalangan suri rumah tangga. Ini merupakan pengiktirafan bahawa penjagaan keselamatan rumah tangga juga merupakan peranan ibu selain daripada bapa. Hal ini turut membuktikan kesedaran dan kepekaan gender dengan izin,…gender sensitivity yang meningkat di Pulau Pinang.

Mengenai Gender-Responsive dan Participatory Budgeting, Kerajaan Negeri aktif melaksankan program bagi mengintitusikan GRPB. Bengkel pelaksanaan GRPB telah dilaksanakan pada Jun 2019 yang melibatkan tujuh (7) jabatan serta 159 agensi Kerajaan Negeri. Iaitu kelima-lima Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Ini ialah selepas mereka faham apa gender dan juga dasar keterangkuman gender. Selepas itu mereka mempelajari proses GRPB. Kena melalui proses ini kita mengarus perdanakan gender.

Hasil daripada perbincangan tersebut sebanyak tujuh (7) projek perintis GRPB telah dikenal pasti untuk pelaksanaan oleh agensi yang mengambil bahagian. Terima kasih kepada YB. Berapit di atas cadangan untuk menitikberatkan kaedah GRPB dalam menangani masalah pengangkutan awam dan jalan raya di Berapit. Saya pasti bahawa penggunaan kaedah GRPB akan dapat menangani masalah ini dengan berkesan kerana GRPB menegaskan kelompok berlainan keperluan berbeza. Kita tidak boleh menafikan bahawa keperluan wanita dan lelaki, orang tua dan orang muda adalah berbeza. Apatah lagi keperluan golongan murid-murid serta OKU yang memang berbeza.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji YB. Sungai Pinang kerana telah menggunapakai GRPB dalam projek Taman Perjiranan Lebuh Sungai Pinang 7. Penggunaan GRPB mengambil kira kehendak dan cadangan penduduk Sungai Pinang dalam proses pembinaan taman tersebut. Hal ini membuktikan keberkesanan BKG dalam intitusikan GRPB. Sebagai perancangan jangka panjang sasaran Kerajaan Negeri adalah untuk memperluaskan lagi pelaksanaan projek GRPB ke semua 40 KADUN di negeri Pulau Pinang dengan momentum yang telah dicetuskan, saya yakin dan percaya sasaran ini akan dicapai.

Mengenai Pembangunan Wanita dan Keluarga Yang Berhormat Yang di- Pertua, aspirasi Penang2030 Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menitikberatkan aspek family focus dalam kemajuan negeri Pulau Pinang. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Pinang mengenai kemudahan penjagaan anak di tempat kerja memang berketepatan dan wajar diberi perhatian, kerana selalunya kita nak galakkan wanita atau ibu terus bekerja, tapi ataupun keluar dari kitchen, work out of kitchen but kerja di kitchen mesti ada orang buat dan kerja rumah pun mesti ada orang buat dan siapa yang akan buat itu kita mesti adakan rancangan untuk memberi sokongan supaya wanita atau ibu yang kerja dapat sokongan sistem. Kajian yang telah dilaksanakan oleh Talent Corp dan Ernst and Young menunjukkan 35% wanita berhenti kerja kerana mempunyai masalah penjagaan anak. Kerajaan Pusat telah mengiktiraf keperluan kemudahan penjagaan anak untuk meningkatkan dan mengekalkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja. Kerajaan Pusat pada tahun 2019 iaitu tahun ini telah berjaya menyediakan 66 taman asuhan kanak-kanak (Taska) baru di bangunan kerajaan dengan peruntukan RM10 juta pada tahun ini. Bagi tahun hadapan pula, peruntukan telah dipertingkatkan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi taska terutamanya di hospital dan sekolah. Jadi saya menyeru pihak- pihak hospital dan sekolah di Pulau Pinang memohon peruntukan ini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah mengorak langkah untuk memudahcarakan penubuhan pusat penjagaan anak di sektor swasta. Kerajaan Negeri dengan kerjasama PWDC, Talent Corp dan JCI Pearl telah menganjurkan dialog industri “Childcare A Workplace In Business In Parenting”. Dialog ini bertujuan untuk memberi satu platform untuk sektor awam dan swasta berkongsi amalan baik dan mengenalpasti halangan dan penyelesaian bagi menubuhkan pusat penjagaan anak di tempat kerja. Sebagai lanjutan dialog ini, satu kumpulan kerja akan ditubuhkan dan projek perintis penubuhan pusat penjagaan anak di 160 tempat kerja swasta akan dikenalpastikan. Saya harap projek ini akan menjadi titik permulaan untuk menerapkan satu persekitaran yang mesra kepada ibu bapa yang berkerja di swasta, di sektor swasta. Dengan itu kita akan mencapai situasi (dengan izin)…win win untuk bekerja majikan dan negeri Pulau Pinang dan negara.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Swee Khim):

Minta pencerahan. Terima kasih kepada Padang Lalang. Tentang isu penjagaan di tempat kerja. Di mana ada soalan lisan saya dan jawapan diberi adalah Kerajaan Negeri belum ada, tidak mempunyai sebarang garis panduan khusus untuk majikan mendirikan pusat penjagaan kanak-kanak di tapak perkilangan atau tempat kerja. Dan Kerajaan Negeri akan bersama-sama dengan kedua-dua PBT mengkaji keperluan dan kesesuaian menyediakan garis panduan. Di sini saya ingin bertanya Yang Berhormat Padang Lalang, saya nampak semua usaha telah dilakukan cuma pihak PWDC dan juga NGO yang lain, adakah Padang Lalang bersetuju bahawa inisiatif ini untuk membantu mempercepatkan sama ada garis panduan atau mempercepatkan kemudahan untuk sedia, penyediaan pusat jagaan kanak-kanak adalah perlu, melibatkan Kerajaan Tempatan khususnya sebab garis panduan adalah daripada Kerajaan Tempatan. Walhal belum ada sebarang garis panduan lagi.

Walaupun saya tahu keselamatan adalah sangat penting. This is we cannot compromise tapi tiada garis panduan, macam mana mereka boleh bermula? Adakah Padang Lalang setuju bahawa Kerajaan Tempatan sepatutnya mempercepatkan dan bersama-sama dengan PWDC keluar satu garis panduan dengan secepat mungkin. Terima kasih.

Ahli Kawasan Padang Lalan (YB. Chong Eng):

Saya sangat setuju dan harap pihak yang berkenaan akan memberi keutamaan dalam hal ini. Kita sekarang sangat maju. Kita mesti juga maju dalam aspek ini mengadakan pusat, mengadakan garis panduan yang perlu. Tak ada garis panduan dan dibiarkan operasi yang tanpa lesen adalah lebih bahaya. Tak selamat langsung. Jadi saya harap lah, kita nak majukan keluarga kita mesti majukan pusat jagaan kanak-kanak. Kita mesti majukan pusat jagaan orang tua. Kita mesti majukan pusat jagaan OKU. Kita mesti majukan pusat confinement centre, nursing centre. Ini merupakan keperluan akan bertambah banyak lagi pada masa yang akan datang.

Saya amat mengalu-aku idea yang dikemukakan oleh YB. Pulau Tikus yang mencadangkan untuk mengadakan kelas mempertahankan diri bagi golongan wanita. Saya bersetuju bahawa pembelajaran seni mempertahankan diri bukan sahaja untuk keselamatan diri malah mampu meningkatkan keyakinan serta membangunkan kemahiran kepimpinan golongan wanita. Maka saya menyeru program mempertahankan diri harus dijalankan diperingkat komuniti dan bukan sahaja untuk golongan wanita bahkan kanak-kanak dan juga belia-belia dan juga kaum lelaki pun perlu mempertahankan diri.

Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada YB. Telok Ayer Tawar yang mencadangkan pelaksanaan program-program oleh PWDC yang memfokus kepada penyediaan golongan wanita dalam menghadapi industri 4.0, Aspirasi Malaysia untuk menjadi hub industri 4.0 bagi Asia Tenggara memerlukan negara untuk bersedia dalam berbagai aspek. Cadangan yang diutarakan oleh YB. Telok 161

Ayer Tawar akan diberi perhatian bagi memastikan golongan wanita tidak terpinggir dalam menghadapi arus industri 4.0. Mengenai Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) dan Kepimpinan Wanita.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan JPWK berkuatkuasa 1 Januari tahun ini. Setakat ini kesemua 40 JPWK telah merancang dan melaksanakan sejumlah 248 program yang memfokus kepada pembangunan komuniti, kekeluargaan, keusahawan, kewanitaan, kesihatan dan ekonomi yang melibatkan penyertaan sejumlah seramai 59,600 peserta. Daripada jumlah peserta yang menghadiri projek dan aktiviti yang telah dijalankan 63% adalah golongan wanita sementara 37% adalah golongan lelaki. Program-program tersebut telah membuka ruang untuk lebih banyak wanita, golongan wanita tampil ke hadapan. So setengah program yang dianjurkan oleh JPWK juga berjaya mendapat perhatian dari pihak media dan diterbitkan di dalam surat khabar dan berita televisyen iaitu Program JPWK Berapit.

Syabas saya ucapkan di atas kejayaan JPWK walaupun dalam masa tersingkat sejak penubuhan. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan dalam kalangan golongan wanita supaya mereka dapat memberi perkhidmatan yang lebih luas untuk komuniti. PWDC telah menganjurkan program-program pembangunan kemahiran kepimpinan untuk semua Ahli-ahli JPWK.

Sebagai maklumat kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, sebanyak 6 bengkel pembangunan kepimpinan yang melibatkan 418 ahli JPWK dan satu bengkel pembangunan kepimpinan lanjutan melibatkan 46 Ahli JPWK telah dijalankan untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan Ahli-ahli JPWK. Di samping itu, satu bengkel melatih jurulatih, (dengan izin)…training of trainer’s (TOT) telah diadakan untuk membina satu pasukan jurulatih yang dapat mengendalikan bengkel-bengkel kepimpinan.

Pembangunan kepimpinan wanita tidak dihadkan hanya di kalangan JPWK sahaja. Usaha pembangunan kepimpinan turut dipanjangkan kepada ahli-ahli wanita di dalam MPKK. Setakat ini, PWDC telah mengadakan sebanyak lapan (8) bengkel pembangunan kepimpinan telah dijalankan dan dihadiri oleh 348 ahli wanita MPKK. Ini akan membina kapasiti wanita dalam komuniti untuk memimpin dan berkhidmat untuk komuniti setempat masing-masing. Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada YB. Bukit Tambun, YB. Berapit, YB. Kebun Bunga dan YB. Pulau Betong kerana mengiktiraf usaha yang dilaksanakan oleh JPWK. Memang terbukti bahawa golongan wanita boleh menjadi pemimpin yang efektif jika diberi peluang. Saya bersetuju dengan cadangan YB. Berapit dan YB. Pulau Betong untuk meneruskan JPWK pada tahun hadapan untuk bersama-sama berganding bahu dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat dan terus memperkasakan lebih banyak pemimpin wanita untuk menabur bakti untuk negeri Pulau Pinang.

ADUN dan JPWK dapat menganjurkan program-program yang berimpak demi pembangunan wanita dan keluarga dalam kawasan masing-masing.

Ini tajuk keganasan berasaskan gender or dipanggil gender based violence. Terima kasih kepada YB. Sungai Pinang kerana membangkitkan isu mengenai kepentingan hak wanita. Hak asasi manusia termasuk wanita, lelaki dan kanak- kanak merupakan teras agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri 162 sentiasa berusaha dan memberikan sokongan untuk membenteras keganasan terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. Isu keganasan ini berlaku disebabkan dinamik kuasa di mana orang yang lebih berkuasa akan menindas golongan yang kurang berkuasa. It’s a power dynamic.

Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Kempen Penang Goes Orange pada setiap tahun sejak 2014. Selaras dengan United Nation International Day For The Elimination Of Violence Against Women. Kempen ini adalah tanda sokongan Kerajaan Negeri dalam membanteras keganasan golongan wanita dan kanak-kanak. Kajian yang dijalankan oleh United Nation Development Fund for Women menunjukkan keganasan terhadap wanita akan meningkat sekiranya berlakunya ketidaksaksamaan gender. Kempen PGO adalah penting untuk menyebarkan amalan saling hormat menghormati dan meningkatkan kesedaran orang ramai dalam membanteras keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Pada tahun ini, pelancaran kempen PGO bertema “I Stop Violence Against Women and Children” (V.A.W.C). VAWC akan diadakan pada 17 November tahun ini dan dianjurkan oleh Women Centre For Change or WCC dan PWDC. Lebih 5,000 peserta akan menyertai pelancaran tersebut. Ini adalah kali pertama. Begitu ramai peserta akan datang bersama untuk menyokong hentikan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada semua agnesi-agensi kerajaan yang telah memberi sokongan kepada PGO VAWC ini dan juga semua sponsor-sponsor.

Sementara itu acara penutup kempen PGO akan diadakan pada 7 Disember 2019 di Escape Park, Teluk Bahang. Kumpulan sasaran adalah golongan belia sebab pentingnya belia kita memahami gejala ini dan tahu langkah-langkah yang boleh diambil jika berdepan dengan keganasan tersebut. Walaupun acara penutup akan diadakan pada bulan hadapan. Acara tersebut telah mendapat sambutan hangat dan dalam masa hanya sebulan PWDC terpaksa menutup pendaftaran kerana telah berjaya menerima penyertaan maksimum iaitu seramai 1,000 peserta. Syabas ya, diucapkan kepada PWDC.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat bangga dengan sokongan yang amat menggalakkan daripada golongan belia terhapad Kempen PGO ini. Selain itu, promosi kempen melalui media sosial juga dilaksanakan untuk memastikan objektif Kempen PGO disampaikan kepada lebih ramai. Saya sendiri juga telah diberi peluang temuramah oleh radio Mutiara FM untuk mewar-warkan kempen tersebut. Kerajaan Negeri berperihatin dalam memastikan wanita di Seberang Perai dan kawasan persekitaran mendapat access kepada perkhidmatan sokongan dan kaunseling kepada golongan wanita, wanita yang ditindas. Jadi pada tahun 2009, MMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama WCC telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW) di Seberang Jaya. PPW akan meraikan ulang tahun ke sepuluh pada tahun ini. Sejak penubuhannya sehingga tahun 2018 pihak Kerajaan Negeri telah memberi sokongan melalui peruntukan sebanyak RM1.68 juta. Sukacita saya maklumkan, PPW berjaya melaksanakan objektif dan sehingga kini seramai 8,982 orang wanita telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan PPW ini.

Berbincang mengenai isu keganasan, saya juga mengalu-alukan inisiatif yang dicetuskan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk 163 menubuhkan jawatankuasa bagi menangani keganasan rumah tangga di peringkat kebangsaan. Menurut statistik Polis DiRaja Malaysia 2018, kes keganasan rumah tangga adalah jenis kes yang paling banyak yang dilaporkan berbanding dengan kes keganasan terhadap wanita yang lain. Oleh itu, saya percaya dengan penubuhan jawatankuasa ini pengendalian dan pengurusan isu keganasan rumah tangga akan bertambah baik.

Pelbagai kisah kejayaan dari negara lain telah membuktikan keberkesanan penubuhan jawatankuasa ini. Laporan Kerajaan Negeri Victoria, Australia pada tahun 2018 telah menunjukkan jumlah mangsa keganasan rumah tangga yang mendapat bantuan professional telah bertambah. Semenjak jawatankuasa negara tersebut iaitu Australian Government Royal Commission For Family Violence yang ditubuhkan pada 2015. Maka adalah penting kemudahan disediakan untuk wanita yang menghadapi keganasan mendapat khidmat nasihat dalam mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

Melihat kepada statistik yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia, 80% mangsa rogol terdiri daripada golongan yang berumur tidak melebihi 18 tahun. Peratusan ini amat membimbangkan dan menyedihkan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan untuk menyebarkan kesedaran tentang penderaan seksual kanak-kanak melalui penerbitan buku pendidikan keselamatan tubuh badan. Buku tersebut merupakan inisiatif oleh pihak Kerajaan Negeri di bawah MMK Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk diguna sebagai salah satu sumber maklumat dan informasi oleh ibu bapa, guru-guru sekolah, pengusaha taska dan tadika serta pengasuh untuk mendidik anak-anak supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan hak dan penjagaan tubuh badan mereka. Sekiranya anak-anak dididik dengan pengetahuan dan cara untuk melindungi diri mereka sendiri, kita pasti mereka mampu mengurangkan risiko pendedahan gangguan seksual terhadap kanak-kanak kita.

Jadi kepada ibu bapa-ibu bapa di dalam Dewan ini yang belum mendapat buku ini boleh lah mendapat senaskah dari pejabat saya ataupun, pun boleh diturunmuatkan, you can download from laman web www.bodysafety.com.my. Buku ini dalam empat (4) Bahasa, Bahasa Melayu, China, Tamil dan English. Secara keseluruhan sejumlah 80,000 buku ini telah diedarkan kepada sekolah- sekolah menengah dan rendah, taska dan pusat jagaan kanak-kanak, pusat NGO dan sebagainya.

Jadi sebanyak lima (5) program yang berkaitan juga telah dijalankan termasuk ceramah, taklimat dan sesi penkongsian ilmu dan pengalaman dengan pakar-pakar isu penderaan seksual kanak-kanak. Kerajaan Negeri melalui office saya akan meneruskan program ini agar lebih ramai warga Pulau Pinang mendapat manfaat daripada buku tersebut dan mengurangkan kes penderaan seksual kanak-kanak.

Mengenai agama selain Islam, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan portfolio Agama Selain Islam atau ASI sebagaimana yang digariskan dalam Manifesto Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang. Melalui pengenalan portfolio ini, hubungan Kerajaan Negeri dengan persatuan dan pertubuhan agama selain Islam menjadi lebih erat dan pelaksanaan program menjadi lebih tersusun. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan ASI yang selama ini bekerjasama untuk melaksanakan agenda portfolio Agama Selain Islam. 164

Tidak lupa juga saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang memperuntukkan sejumlah RM300,000 setahun bagi menampung kos aktiviti program dan forum yang berteraskan Agama Selain Islam. Kerajaan Negeri telah membangunkan pusat harmoni dengan peruntukan sebanyak RM3.0 juta di mana konsep pusat harmoni adalah yang pertama di Malaysia. Kita telah lead in many aspects. Pusat Harmoni yang terletak di Jalan Scotland, akan digunakan untuk menguruskan hal ehwal agama selain Islam dan terdapat sebuah dewan serbaguna untuk tujuan aktiviti atau program yang berkenaan. Pusat Harmoni akan mula beroperasi pada minggu hadapan, dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk turut hadir ke Majlis Perasmian Pusat Harmoni Pulau Pinang yang akan diadakan pada 14 November 2019, jam 2.00, pukul 2.30 petang. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

Selain daripada peruntukan di bawah portfolio Agama Selain Islam, terdapat juga peruntukan penyelenggaran di bawah Tabung Amanah Rumah Ibadat Bukan Islam (TARIBI) dan penyediaan tapak RIBI melalui jawatankuasa penyelarasan RIBI. Kedua-kedua jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datok Keramat. Perbezaan penganutan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia seharusnya dihormati dan dijadikan sebagai kekuatan terhadap asas perpaduan masyarakat negara. MMK ASI akan terus memainkan peranan untuk memastikan perpaduan yang telah wujud itu kekal menjadi kekuatan negeri Pulau Pinang untuk mencapai aspirasi Penang2030.

Jadi, Dato’ Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, serta institusi-institusi swasta yang telah membantu portfolio saya dan juga Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program-program demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Pulau Pinang. Semoga kerjasama yang erat dan terjalin ini akan membantu Kerajaan Negeri untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada stakeholder terbesar iaitu rakyat negeri Pulau Pinang. Saya percaya dengan dorongan berterusan daripada anda semua, kita akan dapat…(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajjah Norlela Binti Ariffin):

Boleh tanya tambahan tak? Just nak tanya, adakah Padang Lalang akan mohon bajet yang lebih besar memandangkan JPWK dan Briged Wanita adakah program yang sangat-sangat Berjaya? Jadi saya harap, Padang Kota, Ketua Menteri akan memberi-memberi bajet yang sebagai sokongan yang besar pada wanita. Terima kasih.

Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng):

Saya ada keyakinan. As long as we have a good performance, I think we would not we don’t have to worry about peruntukan. I mean peruntukan ini kita mesti munasabah juga la. Kita, we don’t ask for the bulan and the star. Kita sangat munasabah. Cukup lah ha. Sekiranya perlu, jadi mohonlah.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajjah Norlela Binti Ariffin):

Satu cadangan, saya baru teringat. Di Selangor sekarang ni, dia mempunyai satu program kepimpinan wanita. Di mana 100 wanita, diberi pimpinan wanita 165 yang di interview ada test semua. Diberi buat PhD dan Master dan juga Degree di Selangor. Jadi saya harap, Padang Kota akan beri sokongan yang sama untuk wanita pemimpin-pemimpin wanita yang di identify kan yang telah dijumpa oleh PWDC dan Padang Lalang.

Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng):

Saya pun tau tentang program itu. Tetapi saya tak begitu setuju. Kerana di dalam universiti sekarang pun sudah ada banyak undergraduated wanita dan kita ada cara yang sendiri, cara Pulau Pinang untuk melatih lebih ramai pemimpin wanita.

Jadi saya percaya dengan dorongan daripada anda semua kita akan dapat membawa impak kepada transformasi sosial di mana semua lapisan masyarakat, tidak kira wanita atau lelaki, akan dapat menikmatkan kemakmuran bersama. Ini adalah impian saya dan juga saya rasalah PWDC, dan saya harap itu juga impian Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sebelum mengakhiri ucapan penggulungan saya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan Bin Darus, atas segala sumbangan yang diberikan dalam kemajuan Negeri Pulau Pinang. Saya mewakili Ahli-ahli Jawatankuasa MMK Pembangunan Wanita & Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam mengucapkan selamat bersara kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan Bin Darus, dan semoga beliau akan terus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Pulau Pinang khususnya wanita dan kanak-kanak.

Saya tak ada pantun. Tapi saya nak kongsikan among few things that I have learn from Dato’ Seri ialah rajin, integriti. Dia selalu datang sangat awal pada pagi. Setiap pagi ya. Dan dia balik lewat ya, setiap malam. Jadi dia rajin, dia berintergriti dia berilmu. Tapi yang satu-satu lagi saya rasa EQ dia sangat baik. Very cool ya. Semasa saya Ahli Parlimen di Bukit Mertajam beliau adalah Yang di-Pertua. Ada satu jalan. Jalan Chai Heng Kai sekarang ada banyak masalah. Ada orang pergi demonstrate. Dan Dato’ Seri pun ada di situ. Saya pun ada di situ. Saya nampaknya, saya tengok dia cool saja. Orang lain cakap banyak-banyak tapi dia cool. Jadi saya rasa adalah sangat penting ‘how cool you are, will decide how high you’ll go’’. Start with cool, ya.

Jadi pada waktu yang sama saya mengucapkan selamat bertugas kepada Yang Berbahagia Dato’ Abdul Razak Bin Jaafar iaitu SUK yang baharu. Welcome to greener, cleaner, safer, beautiful and gender inclusive Penang. Sekian, terima kasih. Saya memohon menyokong.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat Padang Lalang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan akan bersidang pada 8 haribulan November 2019 pada pukul 9 pagi, 9.30 pagi dan Dewan sekarang ditangguhkan.

Dewan ditangguhkan pada jam 9.55 malam.

166