Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Larangan Kenderaan Berat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 65 TAMBAHAN No. 26 No. 20 1hb Oktober 2012 PERUNDANGAN Sel. P.U. 99. AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (Akta 333) PERINTAH PENGANGKUTAN JALAN (LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BERAT) (MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA) 2012 BAHAWASANYA melalui Pemberitahuan No. 2413 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 21 Jun 2012, notis telah diberikan mengenai cadangan untuk membuat suatu perintah di bawah subseksyen 70(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]; DAN BAHAWASANYA tiada apa-apa bantahan yang diterima oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya terhadap pembuatan perintah itu: MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 70(1) Akta itu, Majlis Perbandaran Subang Jaya, setelah berunding dengan Ketua Pengarah bagi Pengangkutan Jalan dan setelah memberi pertimbangan kepada perkara-perkara yang disebut dalam subseksyen 70(2) Akta itu, membuat perintah berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Pemanduan Kenderaan Berat) (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2012. (2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2012. Sel. P.U. 99. 406 Larangan 2. Pemanduan kenderaan berat yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama di atas jalan yang dinyatakan di dalam ruang (2) Jadual Pertama bagi tempoh yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual Pertama adalah dilarang. Pengecualian 3. Kenderaan yang menjadi harta Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh undang-undang Persekutuan atau undang-undang Negeri dikecualikan daripada peruntukan Perintah ini. JADUAL PERTAMA (1) (2) (3) Jalan yang baginya Tempoh Larangan larangan terpakai Berat dengan muatan melebihi 1. Persiaran Tujuan 6.30 pagi - 9.30 pagi 10,000 kg termasuk lori tangki minyak atau air, lori balak dan 2. Persiaran Kewajipan 4.30 petang - 7.30 malam treler 407 Sel. P.U. 99. JADUAL KEDUA PETA JALAN BAGI PERINTAH JALAN (LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BERAT) DI PERSIARAN TUJUAN DAN PERSIARAN KEWAJIPAN PETA JALAN BAGI PERINTAH JALAN (LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BERAT) DI PERSIARAN TUJUAN DAN PERSIARAN KEWAJIPAN Bertarikh 30 Ogos 2012 [MPSJ/JUU/100-1/28; P.U. Sel. Am 0076/1 Jld 5] DATO’ ASMAWI BIN KASBI Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya Sel. P.U. 99. 408 ROAD TRANSPORT ACT 1987 (Act 333) ROAD TRANSPORT (PROHIBITION ON THE DRIVING OF HEAVY VEHICLES) (SUBANG JAYA MUNICIPAL COUNCIL) ORDER 2012 WHEREAS by notification No. 2413 published in the Government of Selangor Gazette on 21 June 2012, notice was given of the intention to make an order under subsection 70(2) of the Road Transport Act 1987 [Act 333]; AND WHEREAS no objection was received by the Municipal Council Subang Jaya against the making of such order: NOW THEREFORE in exercise of the powers conferred by subsection 70(1) of the Act, the Municipal Council of Subang Jaya after consultation with the Director General for Road Transport and after taking into consideration the matters referred to in subsection 70(2) of the Act, makes the following order: Citation and commencement 1. (1) This order may be cited as the Road Transport (Prohibition on the Driving of Heavy Vehicles) (Majlis Perbandaran Subang Jaya) Order 2012. (2) This Order comes into operation on 1 October 2012. Prohibition 2. The driving of heavy vehicles in column (1) of the First Schedule on the road specified in column (2) of the First Schedule as shown in the map in Second Schedule for the period specified in column (3) of the First Schedule is prohibited. Exemption 3. Vehicles which are the property of the Federal Government or State Government or of any local authority or statutory body exercising powers vested in it by Federal or State law are exempted from the provisions of this Order. FIRST SCHEDULE (1) (2) (3) Roads to which the Prohibition period prohibition applies Laden weight exceeding 10,000 1. Persiaran Tujuan 6.30 a.m. - 9.30 a.m. kg includes oil or water tank, timber lorry and trailer 2. Persiaran Kewajipan 4.30 p.m. - 7.30 p.m. 409 Sel. P.U. 99. SECOND SCHEDULE MAP FOR PROHIBITION ON THE DRIVING OF HEAVY VEHICLES AT PERSIARAN TUJUAN AND PERSIARAN KEWAJIPAN PETA JALAN BAGI PERINTAH JALAN (LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BERAT) DI PERSIARAN TUJUAN DAN PERSIARAN KEWAJIPAN Dated 30 August 2012 [MPSJ/JUU/100-1/28; P.U. Sel. Am 0076/1 Jld 5] DATO’ ASMAWI BIN KASBI President Subang Jaya Municipal Council Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/ atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA.