Persidangan Dewan Undangan Negeri Bermula Pada Pukul 9.30 Pagi
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA PADA PUKUL 9.30 PAGI HADIR YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU Dato’ Haji Mohd Zubir bin Embong, DPMT.,PJK. YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.,DPMT. WAKIL SEBERANG TAKIR Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Putera bin Tengku Awang, DPMT. WAKIL KUALA BERANG Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee, DPMT.,DMSM.,KMN. WAKIL PERMAISURI Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ. WAKIL TELEMONG Yang Berhormat Ir. Rosli bin Othman, AMN. WAKIL KEMASIK Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK. WAKIL HULU BESUT Yang Berhormat A. Latiff bin Awang, PJC.,PJK. WAKIL PENGKALAN BERANGAN Yang Berhormat Roslee bin Daud, AMZ.,PPN. WAKIL BUKIT BESI 1 Yang Berhormat Ghazali bin Taib, AMZ. WAKIL AJIL Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN. WAKIL JERTIH Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, AMT. WAKIL AIR PUTIH Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK. WAKIL LANGKAP Yang Berhormat Haji Mohd Mahdi bin Musa, AMT. WAKIL KOTA PUTERA Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK. WAKIL BATU RAKIT Yang Berhormat Mohd Iskandar bin Jaafar, PJK. WAKIL JABI Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK. WAKIL KUALA BESUT Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat WAKIL PAKA Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, SSMT. WAKIL RHU RENDANG Yang Berhormat Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut, PJC. WAKIL WAKAF MEMPELAM Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak WAKIL BUKIT TUNGGAL 2 Yang Berhormat Azan bin Ismail WAKIL BANDAR Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah WAKIL BUKIT PAYONG Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB. WAKIL LADANG Yang Berhormat Ariffin bin Deraman WAKIL ALUR LIMBAT Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat WAKIL CUKAI Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim WAKIL TELUK PASU Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim WAKIL TEPOH Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik WAKIL SURA Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun WAKIL MANIR Yang Berhormat Haji Alias bin Harun WAKIL RANTAU ABANG TIDAK HADIR (DENGAN MAAF): Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK. WAKIL KIJAL Yang Berhormat Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi, AMT. WAKIL BATU BUROK 3 HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA) YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN Dato’ Haji Osman bin Muda, DPMT.,SMZ.,PJC.,PJK. YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI Dato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK. YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI Dato’ Haji Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, DPMT.,SMZ.,PJC.,PJK. SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI Encik Zulkifli bin Ali, SMT.,AMN.,PJK. 4 PUKUL 9.30 PAGI SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah. ….[Al-Fatihah dibaca]…. Perkara pertama di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Doa oleh Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan. DOA Dibaca oleh Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DIPERTUA DEWAN KELUAR DARI DEWAN UNDANGAN NEGERI MEMOHON PERKENAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU UNTUK BERANGKAT KE MAJLIS DEWAN UNDANGAN NEGERI. TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir Rabbil Alamin. Wabihi Nastain. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Yang Berhormat Ahli–Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu sekalian. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat Beta dan Sultanah hadir pada pagi ini, dan seterusnya bertitah di Majlis Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Ketiga Belas. 5 Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wasallam, dan limpahan keberkatan kepada seisi keluarga dan para sahabat Baginda serta seluruh umat-Nya. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Beta ingin menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat agar memperbaharui tekad dan menjadikan Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Ketiga Belas satu lembaran baharu untuk kita sama-sama memberikan yang terbaik demi agama, bangsa dan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Beta berharap agar semua pihak sentiasa bersatu padu dalam menghadapi tahun 2016 yang dilihat sebagai satu lagi tahun yang sangat mencabar buat negara kita. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menerima kesan akibat persekitaran ekonomi global yang sangat tidak menentu. Hal ini disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi dunia, terutamanya minyak mentah, ketidaktentuan pasaran tukaran asing, kelembapan ekonomi negara China yang menjadi rakan dagang terbesar negara, serta ketegangan geopolitik. Namun, kepelbagaian sumber pendapatan dan pasaran eksport telah membantu negara untuk mengimbangi kesan ketidaktentuan ekonomi global, sehingga terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik iaitu pada kadar 5% dalam tahun 2015, mengikut laporan Bank Negara Malaysia. Tindakan Kerajaan Pusat memperkenalkan langkah-langkah Pengubahsuaian Bajet 2016 adalah satu tindakan proaktif demi menjamin kelestarian dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara. Beta percaya, Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Memanda Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, akan turut sama mengambil langkah-langkah yang proaktif di peringkat negeri, selaras dengan Pengubahsuaian Bajet 2016 sepertimana yang diumumkan oleh Memanda Perdana Menteri. Beta difahamkan bahawa pendapatan negeri akan terjejas berikutan kejatuhan harga minyak di pasaran dunia iaitu daripada 145 Dolar Amerika setong kepada 30 Dolar Amerika setong. Namun Beta yakin dan percaya bahawa kita masih boleh 6 mengekalkan kecekapan pentadbiran dan tetap menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat sungguhpun keadaan ini agak mencabar. Bagi perbelanjaan pembangunan, Beta berharap Kerajaan Negeri dapat memastikan pelaksanaan secara sempurna akan projek-projek fizikal yang telah dirancang, khasnya projek-projek berimpak tinggi untuk rakyat. Pelaksanaan projek hendaklah dipantau secara berterusan dan teliti bagi memastikan projek disiapkan mengikut tempoh, sekaligus penggunaan peruntukan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Beta berkeyakinan Negeri Terengganu mampu untuk mencatat lebih banyak kejayaan terutamanya dalam bidang pembangunan berdasarkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan pada tahun 2015. Beta difahamkan ekonomi Negeri Terengganu pada tahun 2015 dianggarkan mencatat pertumbuhan KDNK sebanyak 5.5 peratus. Sektor perkhidmatan dijangka akan terus menjadi pemacu ekonomi Negeri Terengganu dengan aktiviti berkaitan perdagangan serta pengukuhan kemasukan pelaburan, teknologi dan pelancongan bakal meningkatkan sumbangan kepada KDNK Negeri. Selain daripada itu, kadar inflasi yang sederhana dan terkawal iaitu 2.6 peratus pada November 2015 membolehkan ekonomi negeri kekal pada landasan pertumbuhan yang stabil pada tahun ini. Beta menyambut baik usaha Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Memanda Menteri Besar untuk melakukan transformasi ekonomi dengan menubuhkan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu atau MEN-T. Sasaran pertumbuhan ekonomi sehingga 8 peratus, peningkatan pendapatan isirumah kepada RM8,000 serta penghasilan 41,000 peluang pekerjaan pada tahun 2020 adalah satu sasaran yang besar tetapi realistik. Pelaksanaan semua projek-projek di bawah MEN-T di harap dapat diberi tumpuan demi faedah dan kebaikan rakyat jelata. Beta dimaklumkan bahwa Kerajaan Negeri telah menerima dua pelaburan berskala besar yang akan ditempatkan di Kerteh Biopolymer Park (KBP). Pertama, ialah projek pembuatan sarung tangan getah sintetik dengan nilai pelaburan sebanyak RM920 juta. Kedua, ialah projek penghasilan bahanapi daripada kelapa sawit dengan nilai pelaburan sebanyak RM800 juta. Kedua-dua projek ini dijangka akan memberi peluang pekerjaan kepada 4,200 orang. Tahniah Beta ucapkan. 7 Inisiatif Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Kuala Terengganu Special Economic Zone (KTSEZ) adalah satu usaha berkesan bagi menseimbangkan pembangunan ekonomi di seluruh Negeri Terengganu. Kawasan KTSEZ ini adalah seluas 729,000 hektar dan didiami hampir 54 peratus rakyat Negeri Terengganu. Beta berharap dengan perancangan yang teliti dan pelaksanaan projek-projek pelaburan yang berimpak tinggi, inisiatif KTSEZ ini dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat serta menjadikan Bandaraya Kuala Terengganu sebagai sebuah vibrant city sekaligus menjadi satu daya tarikan pelancong. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Beta juga amat memandang serius permasalahan kenaikan kos sara hidup di kalangan rakyat. Beta sedia maklum akan usaha Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan program-program Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR) sepertimana yang diumumkan oleh Memanda Menteri Besar dalam Bajet Negeri 2015, Bajet Negeri 2016 dan Majlis Ucap Negeri baru- baru ini. Program-program EKR ini diharap bukan sahaja dapat meringankan beban rakyat dalam menangani peningkatan kos sara hidup, malah memberi peluang baharu bagi rakyat menambah