4(B)(Xvl)1 SOALAN
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020 PERKARA : 4(B)(XVl)1 SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM YB. JOSEPH NG SOON SIANG 1. Graduan dan siswazah sukar memperolehi pekerjaan yang bergaji setimpal dengan kelulusan. Masih ramai yang sukar mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka dan kadar pengangguran meningkat disebabkan COVID-19. (a) Apakah rancangan kerajaan tentang masalah ini? (b) Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah pengangguran tersebut? YB. PROF. DR. P. RAMASAMY AIL PALANISAMY MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTER! 1. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang (Penang Career Assistance and Talent (CAT) Centre) telah melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk menangani isu pengangguran di kalangan graduan dan siswazah seperti berikut: (i) Menjalani pemadanan kerja untuk membantu graduan dan siswazah dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan dari majikan/syarikat; (ii) Laman sesawang Pusat CAT menjadi satu titik tumpuan kepada majikan dan juga pencari kerja. Melalui perkhidmatan percuma laman sesawang Pusat CAT ini, pihak majikan dapat mempromosi peluang pekerjaan yang ditawarkan manakala 1 1D236/03 graduan dan siswazah juga dapat memohon pekerjaan yang ditawarkan menerusi laman sesawang tersebut; (iii) Jangkauan kepada agensi-agensi pekerjaan lain secara proaktif bagi memahami peluang-peluang pekerjaan yang aktif untuk dipanjangkan kepada graduan dan siswazah melalui laman sesawang serta Facebook Pusat CAT; (iv) Bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam membantu graduan dan siswazah melalui program-program seperti latihan, kaunseling, insentif kewangan dan lain-lain; dan (v) Bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk mempromosikan maklumat tentang peluang pekerjaan yang tersedia seperti dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi program JomKerja dan JomNiaga di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri juga turut melaksanakan program-program bantuan bagi menggalakkan keusahawanan di kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya kepada para graduan dan siswazah. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) Skim Pinjaman Harapan (SPH) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melaksanakan Skim Pinjaman Harapan (SPH) bermula 2009 sehingga kini. Sehingga September 2020, seramai 3,601 usahawan/penerima bantuan pembiayaan mikro kredit yang telah diluluskan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM19.83 juta telah disalurkan. (ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang 2 10236/03 sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM). TUT memberi dorongan kepada golongan belia termasuk graduan dan siswazah untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Sehingga September 2020, sebanyak RM863,000.00 telah diagihkan kepada 156 orang usahawan untuk menikmati kemudahan kredit ini. Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan Program ini adalah untuk peniaga kecil sepenuh masa yang menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan berpendapatan RM3,000.00 sebulan. Bantuan ini diberikan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada bagi memperolehi hasil yang lebih lumayan. (b) Sejak tahun 2001, Penang Skills Development Centre (PSDC) menawarkan kursus jangka pendek untuk graduan dan siswazah yang belum mendapat pekerjaan, iaitu Graduate Reskilling Scheme yang dijenamakan semula sebagai Program Peningkatan Kemahiran lndustri (INSEP) pada tahun 2005. Program ini bertujuan untuk melengkapkan graduan dan siswazah baharu dengan kemahiran dan kecekapan yang bersesuaian dengan permintaan pihak industri untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan siswazah. Graduan dan siswazah yang terpilih akan dilatih di PSDC untuk tiga bulan yang pertama sebelum menjalani latihan industri di syarikat yang terpilih untuk tiga bulan yang seterusnya. Penyusunan sedemikian mewujudkan situasi menang-menang di mana syarikat dapat meningkatkan produktiviti dengan mengambil graduan dan siswazah yang telah mengikuti program INSEP manakala graduan dan siswazah dapat memperolehi lebih banyak pengalaman kerja. Sejak bermulanya program ini pada tahun 2001, seramai 3,378 orang graduan/siswazah telah menjalani program ini dan menurut kajian pengesanan PSDC, sebanyak 95% daripada graduan/siswazah tersebut telah berjaya mendapat pekerjaan. 3 1D236/03 I MESYUARA T KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020 PERKARA : 4(B)(XVl)2 SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM YB. JOSEPH NG SOON SIANG 2. Rumah kosong yang tidak berpenghuni / terbiar lama telah menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan sarang binatang berbahaya seperti ular yang membahayakan keselamatan penduduk sekeliling. (a) Bagaimanakah cara untuk memastikan rumah kosong ini tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan sarang binatang berbahaya? (b) Adakah pemantauan akan dijalankan? YB. JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 2. (a) Tindakan yang boleh diambil bagi memastikan rumah kosong ini tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan sarang binatang berbahaya adalah seperti berikut: (i) Mengambil tindakan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975; (ii) Mengeluarkan Notis Mengkehendaki Kacau ganggu Dihapuskan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976; (iii) Mengeluarkan kompaun; (iv) Membersihkan kawasan premis dan menuntut kos pembersihan daripada pemilik premis sekiranya gagal untuk mematuhi syarat notis yang telah diberikan; dan 1 ID238/01 (v) Mengambil tindakan mahkamah. (b) Jabatan Kesihatan, melalui Unit Kawalan Vektor di setiap Pejabat Kesihatan Daerah menjalankan pemantauan secara berterusan melalui aktiviti pemusnahan tempat pembiakan (PTP) di semua lokaliti yang dilaporkan terdapat kes penyakit bawaan vektor. Hasil maklumbalas ini akan digunakan bagi merangka tindakan lanjut melalui mesyuarat tindakan antara agensi samada di peringkat daerah atau negeri. Pemantauan kes penyakit bawaan vektor dan kawasan pembiakan serangga pembawa penyakit dijalankan di semua kawasan berpenduduk. Di kawasan yang didapati rumah kosong membawa kepada pembiakan serangga pembawa vektor, pencarian pemilik rumah kosong dijalankan. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa selain pemantauan berdasarkan aduan yang diterima. Sekiranya pemilik/penghuni gaga! mematuhi notis setelah tamat tempoh, PBT akan melakukan kerja-kerja pembersihan dan segala kos serta perbelanjaan yang terlibat akan dituntut daripada pemilik/penghuni. Strategi ini didapati amat berkesan dan pantas bagi membendung dan membanteras penularan denggi ke kawasan-kawasan lain apabila berlakunya wabak memandangkan Pulau Pinang adalah kawasan endemik bagi penyakit ini. 2 ID238/01 MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020 PERKARA : 4(B)(XVl)3 SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM YB. JOSEPH NG SOON SIANG 3. Peningkatan kes jangkitan wabak denggi dan chikungunya berlipat ganda di kawasan Air ltam walaupun pelbagai usaha dilakukan. (a) Semburan kabus (fogging) hanya akan dijalankan apabila ada kes denggi di sesuatu kawasan yang terlibat. Adakah kemungkinan fogging dijalankan atas permintaan dari orang awam yang memerlukan perkhidmatan secara berkala atau segera? YB. DR. NORLELA BINTI ARIFFIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 3. (a) Semburan kabus (fogging) yang dijalankan di sesuatu kawasan yang terdapat kes denggi merupakan antara langkah pencegahan penyakit bawaan serangga mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Waiau bagaimanapun, semburan fogging bukan langkah pencegahan utama kerana semburan fogging hanya akan membunuh nyamuk dewasa dan hanya akan dapat menyelesaikan masalah pada jangka masa tersebut sahaja. Oleh sebab itu, semburan fogging tidak dapat dijalankan di atas permintaan penduduk atau orang awam yang memerlukan perkhidmatan secara berkala atau segera. Waiau bagaimanapun, penduduk masih boleh membuat aduan kepada pihak kesihatan daerah sekiranya risau dengan peningkatan kehadiran vektor atau nyamuk di kawasan kediaman dan persekitaran mereka. 1 1D239/06 Sebagai langkah pencegahan di peringkat kawasan setempat, penduduk rumah dan masyarakat setempat diminta untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran terutamanya menghapuskan bekas takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Bagi kes dan wabak penyakit yang telah pun berlaku, kawalan vektor dilaksanakan dengan mengikut garis panduan sedia ada di peringkat kementerian oleh pasukan kawalan vektor daripada Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan. Langkah kawalan merangkumi pemusnahan tempat pembiakan yang merupakan langkah yang satu• satunya paling penting, diikuti oleh larvisiding (atau dulunya dikenali sebagai oiling), dan semburan ruang termal serta fogging ultra low volume (ULV) untuk membunuh serangga dewasa dengan insektisid. Oleh itu, langkah pencegahan penyakit bawaan serangga utama, mengikut garis panduan sedia ada di peringkat kementerian bukan fogging, kerana fogging hanya menyelesaikan masalah nyamuk dewasa pada jangka masa tersebut sahaja. Seiring dengan dasar tersebut, fogging tidak dapat dijalankan di atas hanya permintaan penduduk.