ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF

1 TAJUK PROJEK Cadangan Susunatur Pembangunan Bercampur di atas PTD 131870 – PTD 132077, PTD 132502- 13250505, PTD 144145, PTD 144146, PTD 144147, PTD 144148, PTD 144149, PTD 144150, PTD144157, PTD 219866, PTD 219877, PTD 219904, PTD 219915, PTD219984-219985 Mukim , Daerah Bahru, Johor Darul Takzim 2 PEMAJU PROJEK DAN PERUNDING EIA 2.1 PEMAJU PROJEK Nama : Eco Tropics Development Sdn Bhd Alamat : 01-03, Level 1, No. 10, Jalan 1/21, Taman Setia Tropika, 81200 , Johor. Nama Pegawai : Mr. Ling Tien Heng Jawatan : Pengurus Besar Tel : 07 - 235 2552 Fax : 07 - 234 2552 2.2 PERUNDING EIA Nama : Sustainable Resources Management Alamat : 20 Jalan Maju 2 Taman Perindustrian Desa Cemerlang 81800 Johor Nama Pegawai : Sam TSEN Jawatan : Pengarah Tel : 012 7880603 Fax : 02 68 999 529 Email : [email protected] 3 KEPERLUAN PROJEK Cadangan projek ini adalah untuk memenuhi keperluan berikut: • Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru mengezonkan kawasan pembangunan sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. • Polisi Perumahan Negara menggalakkan penyediaan rumah mampu milik yang mencukupo dan berkualiti untuk penduduk tempatan • Rancangan ke-10 menggalakkan penyediaan kemudahan dan infrastruktur asas (NKRA) di kawasan luar bandar untuk menaiktaraf kehidupan penduduk di luar bandar.

Objektif utama pembangunan projek ini adalah untuk memenuhi keperluan perumahan tempatan dan di persekitaran tapak projek di samping memenuhi keperluan kawasan perindustrian. Pembangunan ekonomi yang pesat di Johor Bahru telah menggalakkan pembangunan di persekitaran tapak projek. Di samping itu, pembukaan - Highway telah memudahkan kawasan pembangunan projek dihubungi dengan tempat lain seperti Senai, Johor Bahru dan Singapura (melalui Laluan Linkedua). Keperluan pekerjaan turut akan meningkat. Pembangunan projek yang berkonsepkan industri ringan kluster akan menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk di persekitaran.

4 PENGENALAN PROJEK Cadangan projek terletak di dengan longitud dan latitude berikut: • Utara 1°30'17.25"N 103°56'8.08"E • Barat 1°29'18.02"N 103°54'57.97"E • Tenggara 1°27'51.64"N 103°57'27.19"E • Timur Laut 1°29'58.29"N 103°57'27.76"E Rujuk Rajah 1.

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-1 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF Rajah 1 Lokasi Tapak Projek

N

NE SITE (Residential) SITE (Future Development)

W SITE (Industrial)

S

Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru, Blok Perancangan 3 Kota Masai / Nusa Damai / Flora Height

Konsep Pembangunan Cadangan projek adalah untuk tujuan perumahan, komersil dan industri. Zon 16, 17 dan 18 yang merupakan kawasan golf telah diluluskan di dalam Laporan EIA yang telah dikemukakan pada tahun 1992. Pindaan telah dibuat dan kawasan ini akan dibangunkan untuk perumahan strata. Zon 20, 21 dan 22 yang telah diluluskan pada tahun 1992 turut akan dibangunkan sebagai perumahan strata. Kawasan komersil di Zon 7 akan kekal sebagai kawasan komersil. Pelan susunatur telah dipinda dengan tambahan kepada kawasan hijau. Rajah 2 menunjukkan pelan susunatur yang telah dipinda.

5 PILIHAN PROJEK Hanya satu tapak projek yang dipertimbangkan. Pembangunan yang dicadangkan adalah untuk pembangunan bercampur yang merangkumi perumahan, komersil dan perindustrian. Tapak projek pada asalnya telah diluluskan untuk tujuan perumahan, padang golf, komersil dan industri. Pelan susunatur yang asal telah dipinda dengan peningkatan kepada jumlah perumahan kepada 3,531 unit. Pilihan "No Build" bermakna tiada perlaksanaan projek ini. Semua impak yang memanfaatkan tidak dapat direalisasikan.

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-2 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF Rajah 2 Cadangan Pelan Susunatur (Zon 16, 17, 18, 20, 21, 22 dan sebahagian Zon 7 (Pindaan 31 Oktober 2014)

ZONE 16, 17, 18 ZONE 20,21,22

ZONE 7

ZONE 10

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-3 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF Rajah 3 Cadangan Pelan Susunatur (Industri - Zon 10)

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-4 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF

6 AKTIVITI PROJEK 6.1 Peringkat Pra-Pembinaan Aktiviti yang terlibat pada peringkat pra-pembinaan termasuklah kajian topografi dan penyiasatan tapak. Penyiasatan tapak termasuklah mengenalpasti gunatanah semasa di persekitaran tapak seperti tapak perumahan dan sumber alam sekitar. 6.2 Peringkat Pembinaan Aktiviti terlibat pada peringkat pembinaan termasuklah: pembersihan tapak dan kerja tanah, mobilisasi bahan pembinaan, mesin dan alatan pembinaan, penyediaan tempat kediaman pekerja, pembinaan bangunan dan infrastruktur, pelupusan sisa pembinaan dan lanskap. 6.3 Peringkat Operasi (Tamat Pembinaan) Setelah pembinaan tamat, aktiviti yang berkaitan termasuklah penjanaan dan rawatan sisa kumbahan, penjanaan dan pengurusan sisa pepejal, penyelenggaraaan sistem perparitan, penjanaan trafik dan kesan sosio-ekonomi. 7 PERSEKITARAN SEDIA ADA 7.1 Tanah dan Topografi Bahagian utara tapak projek adalah hutan primer. Secara keseluruhan, kecerunan di dalam tapak majoriti berada di dalam kategori Kelas I. 7.2 Geologi Tapak projek terdiri daripada batuan sedimen. Tiada sebarang tapak atau kuari yang dijumpai di dalam tapak projek. 7.3 Meteorologi Data meteorologi yang digunakan adalah Stesyen Meteorological di Lapangan Terbang Senai. Data Min Suhu Harian 25 to 27oC Suhu Tertinggi 34.7oC Suhu Terendah 25oC Min Jumlah Hujan Tahunan 2,434 mm Min Kelembapan Relatif Harian 82% to 88%. Arah Tiupan Angin Dominan Utara Kelajuan Angin Dominan Tahunan 2.60 m/s

7.4 Saliran & Hidrologi Tapak projek terletak di dalam kawasan tadahan Sungai Chemangar, yang merupakan anak Sungai Lebam. Sungai Lebam adalah salah satu cabangan Sungai Johor. Kawasan tadahan Sungai Chemangar adalah kira-kira 20 km2. Rujuk Rajah 4.

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-5 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF

Rajah 4 Kawasan Tadahan

7.5 Kualiti Air Sedia Ada Kualiti air Sungai Kim Kim berada di dalam kategori tercemar dengan Index Kualiti Air berada di antara Kelas III (WA2 dan WR5) dan Kelas IV (WA1, WA3 dan WR4). Kualiti air di bahagian hilir Zon 10 berada di kategori tercemar dengan Index Kualiti Air berada di antara Kelas IV (WR4). Air larian daripada Zon 20-22 akan disalurkan ke WD1 (Kelas III). WD2 akan menerima sisa kumbahan yang telah dirawat dan didapati kualiti air berada di dalam Kelas V (Tercemar).

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-6 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF

Rajah 5 Lokasi Persampelan Kualiti Air

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-7 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF

7.6 Kualiti Udara Sedia Ada Kualiti udara sedia ada telah dipantau di dua lokasi. Kandungan pepejal terampai (TSP), nitrogen dioksida dan sulfur dioksida masing-masing berada di dalam tahap yang dibenarkan iaitu tidak melebihi 260 µg/m3, 320 μg/m3 dan 350 μg/m3.Rujuk Rajah 6.

Rajah 6 Lokasi Persampelan Kualiti Udara

7.7 Tahap Bunyi Sedia Ada Tahap bunyi telah dipantau selama 1 jam pada waktu siang di tiga lokasi. Secara umum, tahap bunyi adalah rendah dan berada di dalam limit waktu siang. Rujuk Rajah 7.

Rajah 7 Lokasi Pengukuran Tahap Bunyi Sedia Ada

A2 SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-8 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF

7.8 Guna Tanah Semasa Rujuk Jadual 1bagi guna tanah sedia ada di persekitaran tapak.

Jadual 1 Guna Tanah Sedia Ada Tapak Projek Jarak Arah Guna Tanah Catatan Utara Banda Bisdari Perdana Timur Industrial Complex Tiada kawasan 250 m Barat , Tmn Cendana sensitif alam sekitar Selatan Tmn Pasir Putih, Sg Kim Kim Utara Banda Bisdari Perdana Timur Tanjung Langsat Industrial Complex Tiada kawasan 500 m Barat Taman Scientex, , Tmn Cendana sensitif alam sekitar Selatan Tmn Pasir Putih, Pasir Gudang Utara Kemajuan Chaya Baru (Felda) Timur Tanjung Langsat Industrial Complex Tiada kawasan 1 km Barat Taman Scientex, Pasir Gudang, Tmn Cendana sensitif alam sekitar Selatan Tmn Pasir Putih, Pasir Gudang Utara Kemajuan Chaya Baru (Felda) Timur Tanjung Langsat Industrial Complex Tiada kawasan 2 km Barat Taman Scientex, Pasir Gudang sensitif alam sekitar Selatan Tmn Pasir Putih, kolam ikan / udang Utara Kota Masai, Kampung Chaya Baru, Timur Tanjung Langsat Industrial Complex Tiada kawasan 3km Barat , Taman Bungaraya sensitif alam sekitar Tmn Pasir Putih, Tanjung Puetri Golf Resort, Kolam Selatan ikan / udang, Pasir Gudang

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-9 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF

Rajah 8 Guna Tanah dalam Radius 3km

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-10 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF

7.9 Infrastruktur dan Aksebiliti Tapak projek dapat dihubungi melalui Jalan Kong Kong - Masai. 7.10 Persekitaran Biologi Tapak projek adalah kawasan lapang yang diliputi oleh semak samun. Tiada spesis flora dan fauna yang perlu dilindungi dikesani. 7.11 Populasi Tapak projek berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Berdasarkan data pada tahun 2010, populasi penduduk di kawasan ini mencapai kira-kira 212,000 orang. Populasi ini dijangka akan meningkat kepada 340,000 orang menjelang tahun 2025. Pembangunan ekonomi di kawasan ini amat bergantung kepada sektor perindustrian di Pasir Gudang. 8 KESAN ALAM SEKITAR DAN LANGKAH KAWALAN 8.1 Hakisan Tanah dan Pemendapan Konsep Pelan Kawalan Hakisan Tanah dan Pemendapan (ESCP) telah disediakan bagi projek ini untuk dilaksanakan pada peringkat pembinaan. Hakisan tanah dan pemendapan harus dikawal secara efektif dengan pelaksanaan Best Management Practices (BMP). ESCP telah disediakan berdasarkan kriteria rekabentuk yang ternyata di dalam Urban Stormwater Management Manual for Malaysia MSMA 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Kesan hakisan pada peringkat operasi adalah tidak ketara. 8.2 Air Larian Permukaan dan Risiko Banjir Projek akan meningkatkan permukaan tidak telap air di dalam tapak. Maka, kuantiti air larian permukaan di kawasan hilir dijangka akan turut meningkat. Kolam takungan diperlukan memandangkan tapak projek terletak lebih daripada 500 meter daripada pesisiran pantai. Enam kolam takungan telah dicadangkan. Dua kolam takungan masing-masing akan disediakan di Zon 10, Zon 16, 17 dan 18 serta Zon 20,21 & 22. 8.3 Pencemaran Air Pada peringkat pembinaan, punca pencemaran yang utama ketika kerja tanah adalah sedimen. Apabila projek ini dibangunkan sepenuhnya, sisa kumbahan yang dijana dijangka tidak akan memberi kesan yang ketara terhadap persekitaran. Tiada perubahan perlu dibuat ke atas loji rawatan air kumbahan sedia ada. Satu loji rawatan air kumbahan yang baru akan dibina di Zon 20. Ramalan terhadap kualiti air di persekitaran tapak projek menunjukkan bahawa Index Kualiti Air tiada perubahan yang ketara. 8.4 Pencemaran Udara Tiada cerobong yang dibenarkan di dalam tapak projek. Maka, isu pencemaran udara adalah tidak ketara. Pada peringkat pembinaan, kandungan pepejal terampai harus dipantau. Jalan sedia ada yang digunakan ketika peringkat pembinaan harus dibasahkan untuk mengurangkan kesan pencemaran udara terutamanya ketika cuaca panas dan kering. 8.5 Pencemaran Bunyi Punca pencemaran bunyi adalah daripada alatan pembinaan dan pengangkutan bahan pembinaan. Penerima sensitif yang terdekat terletak di timur tapak projek. Kerja penanaman cerucuk harus dijalankan di antara 7 pagi hingga 7 petang.

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-11 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF 8.6 Sisa Pepejal Sisa pepejal pada peringkat pembinaan adalah berpunca daripada sisa pembinaan. Sisa pembinaan harus dikitar semula sekiranya boleh digunapakai. Pada peringkat operasi, sisa pepejal berpunca daripada kawasan perumahan dan perdagangan. Sisa pepejal akan dilupuskan di Tapak Pelupusan Tanjung Langsat. 8.7 Sosio-Economi Pada peringkat pembinaan, kesan positif termasuklah janaan peluang pekerjaan dan kesan sosio- ekonomi. Pada peringkat operasi, dijangka terdapat migrasi penduduk persekitaran ke kawasan perumahan baru di dalam tapak projek dan janaan peluang pekerjaan di pusat perdagangan. 8.8 Guna Tanah Pengezonan tapak adalah selaras dengan guna tanah tapak projek. Pembangunan projek telah diluluskan pada tahun 1992. Perubahan yang ketara di dalam Laporan EIA ini adalah padang golf diubah kepada perumahan. 8.9 Kesan Ekologi Akuatik dan Terrestrial (Habitat and Spesis) Tiada spesis yang hampir pupus dijumpai di dalam tapak projek. 8.10 Lanskap Kawasan hijau yang dicadangkan adalah sebanyak 20% daripada keseluruhan tapak projek, iaitu melebihi keperluan 10%. 8.11 Pengangkutan dan Trafik Pada peringkat pembinaan, terdapat peningkatan trafik akibat daripada pengangkutan bahan dan alatan pembinaan. Kesan pada peringkat operasi adalah tidak ketara. 8.12 Utiliti Tiada kesan ketara.

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-12 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF

9 PEMANTAUAN ALAM SEKITAR DAN AUDIT Program Pemantauan adalah seperti di dalam Jadual 2.

Jadual 2 Program Pemantauan Alam Sekitar # Aspek Impak Pelan Tindakan Siapa Bila 1 Kualiti Kualiti Melaksanakan pemantauan kualiti udara Makmal Setiap bulan Udara Udara di lokasi penerima sensitif berbanding akreditasi pada dengan Malaysian Ambient Air Quality peringkat Guidelines: pembinaan • Purata tahap TSP bagi 24-jam tidak harus melebihi 260 µg/Nm3 • Lokasi pemantauan A1 seperti di Rajah 9 2 Kualiti Air Kualiti Air Melaksanakan pemantauan kualiti air Makmal Setiap bulan bagi parit buatan di bahagian timur dan akreditasi pada dibandingkan dengan: peringkat • Parameter di Jadual 3 pembinaan • Lokasi pemantuan di W1, W2; rujuk Rajah 9 6 Bunyi Bunyi Melaksanakan pemantauan bunyi dan Makmal Setiap bulan dibandingkan dengan: akreditasi pada • Schedule of Permissible Sound Level peringkat LAeq pembinaan Masa dBA 07:00 AM to 10:00 PM 65 10:00 PM to 07:00 PM 60 • Lokasi pemantauan di NB1, NB2, NB3; rujuk Rajah 9 9 Perangkap Pepejal Pemantauan ke atas pelepasan daripada Makmal Setiap bulan Mendap Terampai perangkap mendap dan dibandingkan akreditasi pada dengan: peringkat • Kandungan pepejal terampai (TSP) tidak pembinaan melebihi 50 mg/L • Lokasi pemantuan rujuk Rajah 9

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-13 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF

Rajah 9 Lokasi Pemantauan Kualiti Air, Udara dan Tahap Bunyi

Jadual 3 National Water Quality Guidelines NWQS Kelas Parameter Unit I II III IV V Ammoniacal Nitrogen mg/l < 0.1 0.1 - 0.3 0.3 - 0.9 0.9 - 2.7 > 2.7 Biochemical Oxygen mg/l < 1 1-3 3-6 6-12 > 12 Demand Chemical Oxygen mg/l < 10 10-25 25 - 50 50 - 100 > 100 Demand Dissolved Oxygen mg/l > 7 5-7 3-5 1-3 < 1 pH mg/l > 7.0 6.0 - 7.0 5.0 - 6.0 < 5.0 > 5.0 Total Suspended Solids mg/l < 25 25 - 50 50 - 150 150 - 300 > 300 Water Quality Index > 92. 7 76.5 - 92.7 51.9 - 76.5 31.0 - 51.9 < 31.0

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-14 ENVIRONMENTAL IMPACT ASSSESSMENT RINGKASAN EKSEKUTIF

10 KESAN KETARA Kesan cadangan projek ke atas alam sekitar telah dikenalpasti dan langkah kawalan yang sewajarnya telah dibincangkan di dalam laporan EIA ini. 11 KESIMPULAN Semua kesan ke atas alam sekitar telah dikenalpasti. Kesan Kesan akibat daripada pembangunan projek boleh ditangani dengan langkah kawalan yang dicadangkan. Maka, EIA ini mencadangkan supaya projek ini dapat dilaksanakan. Semua keperluan EIA telah disemak berdasarkan Senarai Semak EIA yang dilampirkan.

SUSTAINABLE RESOURCES MANAGEMENT Page RE-15