PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA

Mohamad Shahrizal Bin Abd Ghafar

Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2015 PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL

MOHAMAD SHAHRIZAL BIN ABD GHAFAR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Program Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI SARAWAK 2015

I

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: ______

Please tick () Final Year Project Report 

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ……………..day of……………..2015 .

Student’s Declaration:

I ------MOHAMAD ------SHAHRIZAL BIN ABD GHAFAR, 36985, FAKULTI SENI GUNAAN------DAN KREATIF------(PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the work entitled ------PENGARUH SIMBOLISME------SENI BINA PADA MASJID. ------KAJIAN KES MASJID------KRISTAL KUALA------TERENGGANU is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

______MOHAMAD______SHAHRIZAL______BIN ABD GHAFAR______(36985 ) Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration:

I ------DR. NORIA ANAK------TUGANG (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that the work entitled ------PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA------MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL------KUALA TERENGGANU (TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of ------IJAZAH------SARJANA MUDA DENGAN------KEPUJIAN (PENGURUSAN SENI) (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by: ______DR.______NORIA TUGANG Date: ______(Name of the supervisor)

II

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:

 This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).  The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.  The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database.  The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.  No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.  This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.

Student signature ______Supervisor signature:______(Date) (Date)

Current Address: NO 213, JALAN PENGKALAN MERBAU SUNGAI TONG SETIU, 21500 TERENGGANU

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

III

Projek bertajuk PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN

KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU telah disediakan oleh

MOHAMAD SHAHRIZAL BIN ABD GHAFAR dan telah diserahkan kepada Fakulti

Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan

Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh

______

(Dr. Noria Anak Tugang)

Penyelia Projek Tahun Akhir

Tarikh:

______

IV

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan kajian ini dengan lancar dan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan kajian ini.

Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Pengurusan Seni, terutama sekali kepada Penyelia Projek Tahun Akhir saya iaitu Dr. Noria Anak Tugang yang telah memberi tunjuk ajar, bimbingan, dorongan dan semangat sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Tanpa ajar daripada beliau mungkin kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pensyarah yang memberi sepenuhnya tanggungjawab dan komitmen dalam membantu serta memberi tunjuk ajar kepada saya.

Selain itu, jutaan terima kasih ditujukan kepada keluarga di atas pengorbanan mereka dalam memberi nasihat, semangat, bimbingan dan dorongan serta bantuan kewangan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Tanpa berkat dan doa mereka tidak mungkin saya berjaya menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada informan saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini.

V

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

BORANG PENGESAHAN ii

PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA iv

PENGHARGAAN v

SENARAI GAMBAR x

ABSTRAK xiii

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Permasalahan Kajian 3

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Skop Kajian 5

1.5 Lokasi Kajian 5

1.6 Batasan Kajian 8

1.7 Kerangka Konseptual 10

1.8 Kepentingan Kajian 17

1.9 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian 18

VI

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Ciri-Ciri Seni Bina 20

2.3 Pengaruh 22

2.4 Simbol 26

2.5 Seni Bina 27

2.6 Motif 29

2.7 Masjid 31

2.8 Ukiran 32

2.9 Rumusan 33

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Kajian Keperpustakaan 35

3.3 Kaedah Kerja Lapangan 36

3.4 Intrumen Kajian 37

3.5 Rumusan 39

VII

BAB 4

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Data 40

4.3 Perbincangan Dan Dapatan Kajian 52

4.4 Rumusan 79

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Kesimpulan 80

5.2 Cadangan 84

Senarai Rujukan 88

Lampiran

VIII

SENARAI GAMBAR

Gambar 1.1 : Peta Pulau Wan Man Kuala Terengganu 6

Gambar 1.2 : Peta lokasi Pulau Wan Man di dalam negeri Terengganu 7

Gambar 1.3 : Kedudukan Masjid Kristal di Pulau Wan Man Kuala Terengganu 7

Gambar 1.4 : Kerangka Konseptual kajian lapangan di Masjid Kristal 10

Gambar 4.1 : Informan pertama, Ustaz Wan Moha Ridhwan Bin Wan Azam 42

Gambar 4.2 : Informan kedua, Cik Wan Nur Mariam 44

Gambar 4.3 : Motif ukiran Bunga Telipok dari dalam Masjid Kristal 53

Gambar 4.4 : Motif ukiran Bunga Telipok dari belah dalam Masjid Kristal 53

Gambar 4.5 : Motif ukiran Bunga Telipok dari Sebelah Luar 54

Gambar 4.6 : Ruang keluar masuk udara dari dalam Masjid Kristal 55

(Motif ukiran Bunga Tanjung)

Gambar 4.7 : Motif ukiran Bunga Tanjung pada Penghadang solat antara 56

wanita dan lelaki

Gambar 4.8 : Motif ukiran Bunga Tanjung pada ruang atas pintu keluar 56

masuk

Gambar 4.9 : Bentuk motif bunga tanjung pada konsep asalnya 58

Gambar 4.10: Ukiran Bunga Kerawang di bahagian luar dinding Masjid 59

Kristal

Gambar 4.11 : Ukiran Bunga Kerawang pada bahagian siling Masjid Kristal 60

dari jarak jauh

Gambar 4.12 : Ukiran Bunga Kerawang dari jarak dekat pada siling Masjid 61

Kristal.

IX

Gambar 4.13 : Ukiran Bunga Kerawang pada pemegang pintu utama 62

Masjid Kristal

Gambar 4.14 : Ukiran Bunga Kerawang pada cermin di sekeliling Masjid 63

Kristal

Gambar 4.15 : Ukiran Jejari Buaya pada mimbar Masjid Kristal 64

Gambar 4.16 : Ukiran Jejari Buaya pada bahagian Atas bumbung mimbar 64

Masjid Kristal

Gambar 4.17 : jenis pasak dan saiznya 65

Gambar 4.18 : pasak setelah di lekatkan pada bahagian Mimbar Masjid 65

Kristal

Gambar 4.19 : Seni Ukiran Kaligrafi ( Ali Imran - 189,190,191)pada 66

bahagian bawah kubah Masjid Kristal dari jarak jauh

Gambar 4.20 : Seni Ukiran Kaligrafi ( Ali Imran - 189,190,191) pada 66

bahagian bawah kubah Masjid Kristal dari jarak dekat

Gambar 4.21 : Seni ukiran kaligrafi ( Al Ankabut - 56) pada 67

bahagian pintu utama Masjid Kristal

Gambar 4.22 : Seni ukiran Kaligrafi ( Al Bayyinah - 5) pada bahagian 67

Mehrab Masjid Kristal

Gambar 4.23 : Bentuk simbol bulan pada menara Masjid Kristal 68

Gambar 4.24 : Mimbar Masjid Kristal, dipuncak mimbar tersebut mempunyai 69

simbol bulan sabit

Gambar 4.25 : Kubah Masjid Kristal (di tengah merupakan kubah utama 70

Masjid Kristal)

Gambar 4.26 : Struktur kubah dari dalam Masjid Kristal 72

X

Gambar 4.27 : Ruang besar berhadapan dengan ruang mihrab (utama) 73

Gambar 4.28 : Ruang kawasan mihrab (utama) 74

Gambar 4.29 : Ruang besar di bahagian tengah 75

Gambar 4.30 : Bahagian ruang solat wanita dari jarak jauh 75

Gambar 4.31 : Ruang sudut maklumat dibahagian penjuru sebelah kanan 76

Gambar 4.32 : Ruang solat wanita (penghadang antara lelaki dan perempuan) 77

Gambar 4.33 : Ruang berwuduk 78

XI

ABSTRAK

Simbolisme pada Masjid Kristal merupakan unsur seni yang terdapat padanya iaitu seperti simbol, motif ukiran dan konsep ruang yang digunakan terhadap masjid tersebut. Tajuk ini dikaji bertujuan untuk merungkai sejauh mana kita mengenali seni-seni ini yang kian dilupakan oleh golongan muda sekarang. Pengaruh simbolisme seni bina ini dikaji untuk mengetahui sejauh mana pengaruh tempatan digunakan pada Masjid Kristal dan konsep yang digunakan sama atau tidak dengan konsep masjid yang lain seperti konsep tradisional ataupun moden.

XII

ABSTRACT

Crystal Mosque symbolism in the art that there are elements on it that like symbols, motifs and carving space concepts used against the mosque. This title is also aimed to dismantling examined the extent to which we recognize the arts are increasingly forgotten by the younger generation now. The influence of Architecture symbolism is examined to determine the extent of the local use on the Crystal Mosque and concepts used together or not with the concepts such as the concept of the mosque traditional or modern.

XIII

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam pengenalan ini pengkaji akan mengolahkan tentang latar belakang tajuk yang akan dikaji dan menerangkan tentang pilihan tajuk yang telah dipilih secara lebih terperinci lagi. Dari segi sudut pandang khusus ini adalah sangat penting kepada pengkaji- pengkaji yang ingin membuat kajian dengan lebih mendalam lagi tentang sesuatu benda yang akan dikaji. Dalam tajuk Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid kajian kes

Masjid Kristal Kuala Terengganu ia telah dibuat mengikut kaedah dan turutan yang telah dirancang. Selain itu, pengkaji juga akan mengkaji dengan lebih terperinci lagi tentang tajuk-tajuk kajian yang lepas untuk menghasilkan penemuan kajian yang baru dalam penyelidikan tentang tajuk yang telah dipilih. Di samping itu, dengan adanya penyelidikan seperti ini ia akan memudahkan lagi para pengkaji mengkaji tentang tajuk kajian dengan lebih mendalam serta mencari punca dan masalah yang ingin dikaji oleh pegkaji. Justeru itu, dengan adanya perancangan yang telah dibuat akan lebih memudahkan lagi pengkaji dalam membuat kajian mengikut bab yang telah disusun.

Taman Tamadun Islam bukti keunggulan seni bina Islam. Sekarang, kita tidak perlu bersusah lagi untuk ke luar negara bagi melihat keindahan kesenian seni bina masjid kerana kesemuanya lengkap ada di Malaysia atau lebih tepat lagi di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Taman Tamadun Islam yang telah dibina menelan perbelanjaan sebanyak RM 249.3 juta yang telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri

1

kita iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, menjanjikan keindahan, keunikan, dan kehalusan kesenian seni bina yang berasaskan Islam. Keunikan Taman Tamadun Islam sudah semestinya dengan wujudnya sebuah masjid dinamakan Masjid Kristal yang terapung serta

23 replika monumen Islam terkenal dari seluruh dunia, termasuk Al-Hambra (Sepanyol),

Masjid Sultan Omar Ali saifuddin (Brunei Darussalam), Masjid Kubah Al-Sakhra,

Baitulmaqdis (Palestin).

Antara monumen-monumen ini yang paling tersengang indah adalah Masjid Kristal yang dijadikan ikon Taman Tamadun Islam dengan ciri dan reka bentuk keseluruhannya yang menarik dan indah. Terletak di muara sungai Terengganu, Lokasi Taman Tamadun

Islam strategik dan mudah dihubungi dengan destinasi pelancongan lain seperti Muzium

Negeri, Pulau Duyong dan Heritage Trail (Bukit Puteri, Kedai Payang dan kampung Cina).

Pulau Wan Man berhampiran Kampung Losong, Kuala Terengganu pada asalnya hanyalah

Sebuah Pulau yang langsung tidak berpenghuni, hanya dipenuhi dengan hutan nipah dan dianggap "berhantu" oleh penduduk setempat. Namun kini, pulau yang dianggap sepi dan

"berhantu" menjadi tumpuan ribuan pengunjung selepas mercu tanda baru Taman

Tamadun Islam yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan kesenian seni bina

Islam dari seluruh pelusuk dunia, bakal mengubah wajah pulau itu dengan sekelip mata.

2

1.2 Permasalahan kajian

Seperti yang kita sedia maklum, tempat beribadat bagi umat Islam dan juga dikenali sebagai rumah Allah adalah masjid dan penghulu kepada semua hari ialah hari jumaat. Bagi setiap hari jumaat kaum lelaki perlulah ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Selain itu, masjid juga merupakan tempat untuk mengadakan himpunan dan tempat pertemuan umat Islam di kawasan itu. Masjid Kristal telahpun menjadi ikon kepada

Terengganu sebagai tempat destinasi lawatan yang amat berguna kepada penggemar- penggemar keindahan ciptaan seni bina akan menggunakan konsep yang sama iaitu sebagai tempat ilmuan berkumpul.

Sebuah masjid yang dibina haruslah mempunyai identiti dan jati diri yang terdapat pada seni bina dan struktur bentuk masjid. Sebagai contoh masjid-masjid yang terdapat di seluruh pelusuk dunia ini. Permasalahan yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah sukar untuk mengenalpasti bentuk-bentuk motif ukiran pada Masjid Kristal. Hal ini demikian kerana, setiap motif ukiran yang digunakan pada dinding masjid begitu susah untuk ditafsirkan.

Selain itu, permasalah yang seterusnya ialah, simbol yang digunakan pada Masjid

Kristal berbeza dengan masjid yang lain. Hal ini demikian kerana, simbol yang digunakan pada Masjid Kristal tidak begitu jelas dan menjadi pertanyaan kepada para pelawat yang datang ke masjid tersebut.

3

Permasalahan yang ke tiga ialah, konsep ruang yang digunakan pada Masjid Kristal mempunyai keunikan yang tersendiri. Ini kerana, semasa pengkaji membuat kajian lapangan di tempat kajian, pengkaji mendapati, beberapa acara sedang dijalankan di dalam masjid tersebut. Setiap ruang yang ada di dalam masjid, terdapat berlainan acara majlis yang dilakukan. Hal ini menyebabkan pengkaji ingin menganalisa konsep ruang yang digunakan pada masjid tersebut.

1.3 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang mendorong pengkaji untuk membuat kajian mengenai Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid Kristal. Antara Objektif

Kajian ialah:-

i. Mengenalpasti bentuk motif ukiran yang digunakan terhadap Masjid Kristal di

Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

ii. Mengkaji bentuk simbol pada Seni Bina Masjid Kristal.

iii. Menganalisa konsep ruang yang terdapat di dalam Masjid Kristal di Pulau Wan

Man, Kuala Terengganu.

4

1.4 Skop Kajian

Skop kajian ini memfokuskan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala

Terengganu sebagai tempat kajian kes pengkaji. Selain itu simbolisme seni bina pada

Masjid Kristal menjadi aspek utama dalam kajian ini. Tambahan pula skop kajian ini hanya tertumpu kepada simbol yang terdapat pada Masjid Kristal sahaja. Pengkaji menfokuskan simbolisme yang terdapat pada masjid seperti motif ukiran, simbol dan konsep ruang yang digunakan terhadap Masjid Kristal. Pengkaji hanya mengunakan kaedah kualitatif dalam kajian ini seperti kajian perpustakaan, kaedah kajian turut serta dan kaedah temubual.

1.5 Lokasi Kajian

Lokasi kajian yang telah dijalankan adalah di Taman Tamadun Islam Pulau Wan

Man Kuala Terengganu. Lokasi kajian ini lebih tertumpu kepada kawasan di sekitar Pulau

Wan Man. Masjid Kristal telah dibina di atas pulau yang dinamakan Pulau Wan Man iaitu yang terletak di daerah Kuala Terengganu. Manakala satu-satunya jalan yang menghubungkan ke kawasan Pulau Wan Man adalah Kampung Losong yang terletak berhampiran pulau tersebut. Kawasan ini begitu pesat dengan pengunjung yang hadir kerana kawasan tersebut begitu hampir dengan Muzium Negeri Terengganu yang dikenali sebagai Muzium Losong.

Pulau ini pada dahulunya tidak berpenghuni dan ia hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan sementara bagi nelayan untuk berehat dan membetulkan pukat yang tersimpul. Sesetengah mengatakan pulau ini tidak berpenghuni kerana kawasannya yang keras dan mistik menyebabkan tiada sesiapa yang berani tinggal di sana. Hal ini menyebabkan kawasan ini terbiar dan dipenuhi dengan semak samun.

5

Kerajaan Terengganu mengambil inisiatif dengan memperlihatkan kawasan tersebut boleh dikomersialkan dan dijadikan tempat destinasi lawatan para pelancong asing mahupun tempatan dengan membina Taman Tamadun Islam di atas pulau tersebut.

Manakala Masjid Kristal pula dijadikan mercu tanda di Taman Tamadun Islam.

Gambar 1.1 : Peta Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Sumber : Internet (http://musafirhomestaygongbadak.blogspot.com)

6

Gambar 1.2 : Peta lokasi Pulau Wan Man di dalam negeri Terengganu Sumber : Internet (http://www.wonderfulmalaysia.com)

Gambar 1.3 : kedudukan Masjid Kristal di Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Sumber : Internet (http://homestaylosongsiakap.blogspot.com)

7

1.6 Batasan Kajian

Dalam menjalankan kajian mengenai Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid.

Kajian Kes Masjid Kristal Kuala Terengganu, pengkaji mengalami beberapa perkara yang menjadi batasan kepada pengkaji. Pengkaji telah memfokuskan kepada beberapa batasan iaitu:-

(i) Informasi

Pengkaji mengalami kesukaran untuk mencari informasi yang sesuai bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan seni bina Masjid Kristal. Hal ini demikian kerana, semasa menjalankan kajian pengkaji tidak dapat berjumpa dengan pihak pengurusan Taman Tamadun Islam yang menjaga bahagian Masjid Kristal. Kebanyakan mereka yang menjaga tidak dapat menerangkan dengan jelas dan terperinci berkaitan pengaruh seni bina masjid tersebut kerana mereka bukanlah pakar dalam bidang tersebut.

(ii) Bahan Rujukan

Pengkaji mengalami masalah untuk mencari bahan rujukan berkaitan dengan pengaruh simbolisme seni bina. Perpustakaan awam di sekitar Kuala Terengganu amat terhad dan pengkaji terpaksa bertanya dengan penduduk sekitar tetapi malangnya penduduk sekitar tidak dapat memberikan informasi yang jelas tentang pengaruh simbolisme terhadap seni bina Masjid Kristal kerana, ramai pakar-pakar ukir tradisional telahpun meninggal dan hanya segelintir sahaja yang ada, malangnya tidak mengusahakan lagi.

8

(iii) Faktor Geografi

Faktor geografi juga menjadi salah satu faktor dalam batasan kajian pengkaji. Hal ini kerana, jarak diantara rumah dan tempat kajian pengkaji amat jauh. Pengkaji tinggal di luar bandar (Daerah Setiu) manakala tempat kajian pengkaji berada di kawasan bandar

(Daerah Kuala Terengganu). Selain itu, keadaan jalan raya yang berliku-liku dan tidak rata menyebabkan pengkaji terbatas untuk sampai ke tempat kajian.

(iv) Faktor Kewangan

Faktor kewangan turut menjadi batasan kajian pada pengkaji. Hal ini kerana, pengkaji merupakan pelajar di Universiti dan tiada sumber pendapatan yang tetap untuk pengkaji menggunakan dana kewangan dalam melakukan kajian.

9

1.7 Kerangka Konseptual

Gambar 1.4 : Kerangka Konseptual kajian lapangan di Masjid Kristal.

Sumber : Data Kuantitatif: Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid, Kajian Kes Masjid Kristal Kuala Terengganu. Sumber Informan : Ustaz Wan Mohd Ridhuan Iman Manaf Bin Muda Cik Wan Nur Mariam Cik farhana

10