KENYATAAN MEDIA

Bismillahirrahmanirrahim,

Sebagai Setiausaha Agung (SUA) kepada Parti BERSATU, dan bagi pihak Presiden dan Pemangku Pengerusi serta Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), saya ingin menjelaskan beberapa isu yang hangat dibincangkan pada waktu ini.

Bagi pihak parti, saya juga merasa amat sedih, apabila YB Tun Dr. , YB Datuk Seri , YB Syed Saddiq, YB dan YB Amiruddin Hamzah ambil keputusan tidak bersama dengan blok kerajaan semasa sidang parlimen 18 Mei 2020.

Perkara ini bukan hanya dinyatakan dalam surat permohonan mereka sendiri tetapi juga dizahirkan dengan duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan semasa sidang parlimen tersebut.

Mengikut perlembagaan parti, keahlian seseorang ahli TERHENTI secara serta-merta apabila berlaku mana-mana yang berikut:

- 10.2.2: Mengisytiharkan keluar daripada parti - 10.2.3: Menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini.

Susulan daripada itu, satu surat telah pun dikeluarkan kepada tiap-tiap seorang daripada mereka iaitu YB Tun Dr. Mahathir, YB Datuk Seri Mukhriz Mahathir, YB Syed Saddiq, YB Maszlee Malik dan YB Amiruddin Hamzah, sebagai notis pemberitahuan kedudukan keahlian mereka yang TERHENTI secara serta merta mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3. Saya ingin tegaskan bahawa kelima-lima mereka tidak dipecat daripada parti, tetapi keahlian mereka telah terhenti kerana melanggar perlembagaan parti.

Ini adalah berlandaskan perlembagaan parti kerana kepentingan parti adalah lebih utama dari mana-mana individu. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang apabila parti mempunyai perlembagaannya sendiri.

Banyak aduan yang telah diterima mengenai salah laku mereka, antara lain adalah seperti:

1. YB Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan untuk masih bersama-sama dengan sebaik sahaja Kerajaan Perikatan Nasional dibentuk dibawah kepimpinan Presiden BERSATU, YAB Tan Sri .

2. YB Tun Dr. Mahathir pada 4 Mei telah pun membuat kenyataan bersama dengan ketua-ketua parti Pakatan Harapan mendesak supaya Sidang Parlimen dilanjutkan.

3. YB Tun Dr. Mahathir telah pun mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik dengan sahnya oleh YDPA.

4. YB Tun Dr. Mahathir pada 18 Mei juga mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan dengan membuat pengumuman untuk terus berusaha menjatuhkan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri .

Dalam hal ini, Tan Sri Megat Najimuddin sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin telah memaklumkan kepada saya sebagai Setiausaha Agung bahawa perkara di atas tidak lagi relevan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin apabila kedudukan keahlian mereka terhenti mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3. Saya juga ingin memaklumkan bahawa keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan telah pun diputuskan pada mesyuarat MPT bertarikh 23 Februari, yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir sendiri.

Pengumuman keputusan MPT telah diumumkan oleh Tan Sri Presiden, sebagai Pemangku Pengerusi pada 24 Februari selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya pada hari yang sama.

Sebagai Pemangku Pengerusi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun memberhentikan YB Senator Datuk Wira Hj. Marzuki Yahya melalui notis yang bertarikh 18 Mac berkuatkuasa serta-merta.

Selanjutnya pada 26 Mac, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik saya sebagai Setiausaha Agung yang baharu menggantikan YB Senator Datuk Wira Marzuki Yahya.

Dengan perlantikan ini, semua arahan atau kenyataan yang dikeluarkan YB Senator Datuk Wira Marzuki Yahya yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Agung BERSATU adalah tidak sah serta merupakan satu salah guna kedudukan.

Saya juga mengambil kesempatan ini menyeru semua ahli BERSATU untuk merapatkan saf dan menyokong serta mendukung kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU merangkap Pemangku Pengerusi sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan Malaysia.

Saya yakin dengan pengalaman beliau, Tan Sri Muhyddin Yassin mampu untuk menangani isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi negara terutamanya dalam sektor ekonomi dan politik, khususnya ketika krisis penularan wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia.

Sekian, terima kasih.

DATUK SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia , 29 Mei 2020