20.11.2020

KENYATAAN MEDIA oleh Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

KERJA-KERJA PENYAMBUNGAN PAIP DI LINTANG NIPAH: GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL 12 JAM DI KAWASAN DI JALAN KAMPUNG SEHINGGA JALAN , DBD, PULAU PINANG PADA 28 NOVEMBER 2020

9.00 malam, Sabtu 28 November 2020 – 9.00 pagi Masa/Hari/Tarikh Ahad, 29 November 2020.

Sebab Kerja-kerja penyambungan paip untuk JKR di Lintang Nipah (bersebelahan Masjid Jamek Sg. Nibong), DBD, Pulau Pinang.

Bil. akaun air yang terjejas 6,200

PULAU PINANG, Jumaat, 20.11.2020: Kerja-kerja penyambungan paip pada sesalur utama 600mm MS di Lintang Nipah (bersebelahan Masjid Jamek Sungai Nibong), DBD, Pulau Pinang untuk membolehkan pelaksanaan projek pembangunan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Pulau Pinang akan dijalankan pada Sabtu, 28.11.2020.

Bagi memudahkan kerja-kerja fizikal berkenaan, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) perlu mengasingkan dan “menutup” sebahagian saluran paip 450mm AC sedia ada.

Penutupan saluran paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual 12 jam di beberapa kawasan di Jalan Kampung Relau sehingga Jalan Sungai Dua.

Kerja-Kerja Penyambungan Paip di Lintang Nipah: Gangguan Bekalan Air Berjadual 12 Jam di Kawasan di Jalan Kampung Relau Sehingga Jalan Sungai Dua, DBD, Pulau Pinang pada 28 November 2020 / Page 1 of 2

Kira-kira 6.200 akaun air akan terjejas oleh gangguan bekalan air ini.

Pengguna-pengguna di kawasan berikut dinasihatkan menyimpan air mencukupi untuk penggunaan selama 12 jam, bermula 9.00 malam Sabtu, 28 November 2020 hingga 9.00 pagi Ahad, 29 November 2020:

1. Jalan Kampung Relau 14. Jalan Murai 2. Medan Kampung Relau 15. Medan Murai 1,2 & 3 3. Lengkok Nipah 4 & 5 16. Jalan Merak 4. Persiaran Nipah 17. Lorong Merak 1 & 2 5. Tapak Pesta Sungai Nibong 18. Jalan Helang Terminal Bas Ekpress MBPP, 6. Jalan Sungai Nibong & Depot 19. Lorong Helang 1,2 & 3 Rapid 7. Jubilee Home 20. Lorong Sungai Dua 8. Klinik Kesihatan Sg. Dua 21. Lorong Sungai Dua 1 9. Jalan Sungai Dua 22. Persiaran Sungai Dua Universiti Sains 10. 23. Lebuh Sungai Dua (USM) Jalan Sungai Dua 11. Tesco Extra Jalan Sungai Dua 24. Lengkok Sungai Dua 12. Taman Pekaka 25. Kuarters JKR Jabatan Pengangkutan Jalan 13. Kampung Sungai Dua 26. (JPJ) Batu Uban Sila rujuk peta pada ‘Appendix A’ yang menunjukkan semua kawasan yang terlibat.

Harap maklum bahawa kerja-kerja penyambungan paip ini adalah untuk membolehkan pelaksanaan projek pembangunan oleh JKR di kawasan ini.

PBAPP memohon maaf di atas segala kesulitan sementara yang berlaku. Sila simpan air yang mencukupi untuk penggunaan ketika gangguan air 12 jam.

Terima kasih. ______

Dikeluarkan oleh : Syarifah Nasywa bt Syed Feisal Barakbah Unit Komunikasi Korporat Tel : 04-200 6607 Email : [email protected] Kerja-Kerja Penyambungan Paip di Lintang Nipah: Gangguan Bekalan Air Berjadual 12 Jam di Kawasan di Jalan Kampung Relau Sehingga Jalan Sungai Dua, DBD, Pulau Pinang pada 28 November 2020 / Page 2 of 2