Selangor Tetap Waspada Ancaman TFC Language Malay
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Headline Selangor tetap waspada ancaman TFC Language Malay Media Harian Metro Section/Page No Sukan Tittle Date 8 Mac 2021 Journalist Firdaus Hashim dan Malik Muhamad Source https://www.hmetro.com.my/topic/arena/2021/03/6 Remarks Sains Sukan 82012/selangor-tetap-waspada-ancaman-tfc Selangor tetap waspada ancaman TFC Kuala Lumpur: Gandingan penyerang import dan tempatan khususnya di jentera serangan sekali lagi ditagih oleh pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel apabila anak buahnya turun menentang Terengganu FC (TFC) dalam aksi kedua Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok. Harapan itu disandarkan selepas melihat pemainnya beraksi cemerlang ketika menundukkan Sri Pahang FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin. Dalam aksi itu, penyerang utama yang juga pemenang kasut emas musim lalu, Ifedayo Olusegun beraksi baik meskipun dia tidak meledak sebarang gol dengan Oliver Buff dan Shahrel Fikri Md Fauzi masing-masing mencetak dua dan satu gol. Ifedayo dilihat banyak membuka ruang buat rakan sepasukan sepanjang aksi itu, malah dia tidak kekok menyesuaikan diri dengan Shahrel dan Alif Haikal yang baru kali pertama digandingkan "Pastinya pemain memerlukan masa untuk mempamerkan aksi berbeza, mungkin hari ini adalah Oli (Oliver Buff) namun jangan lupa dengan Ifedayo. Dia memegang anugerah Kasut Emas sebelum ini. Kebiasaannya dia (Ifedayo) melakukan secara berseorangan tetapi dia bergandingan dengan Alif (ketika menentang Sri Pahang). Ini satu petanda yang amat baik dan saya sangat gembira serta yakin untuk perlawanan seterusnya," katanya.musim ini. Headline Selangor tetap waspada ancaman TFC Language Malay Media Harian Metro Section/Page No Sukan Tittle Date 8 Mac 2021 Journalist Firdaus Hashim dan Malik Muhamad Source https://www.hmetro.com.my/topic/arena/2021/03/6 Remarks Sains Sukan 82012/selangor-tetap-waspada-ancaman-tfc Sementara itu, hasrat peminat setia TFC untuk melihat bekas pertahanan Aston Villa, Christopher Herd beraksi buat kali pertama bertemu Selangor FC tidak kesampaian apabila pemain itu belum cergas sepenuhnya. Ini diakui ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain yang tidak mahu mengambil risiko menurunkan pemain berpengalaman itu kerana yakin pemain lain juga mampu menggalas tugas di posisi itu bertemu The Red Giants selepas menjinakkan UiTM 2-1. "Herd berkemungkinan tidak boleh beraksi lagi malam esok kerana belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan ringan sebelum liga bermula. Namun saya belum lagi membuat keputusan siapa yang bakal menggalas tugas di posisi berkenaan kerana kami baharu tiba dari Shah Alam," katanya. .