Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 50 Isnin 21 November 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 43) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 Jawatankuasa: Jadual: Maksud B.31 (Halaman 45) Maksud B.48 (Halaman 121) Maksud B.60 (Halaman 181) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 44) Usul Anggaran Pembangunan 2017 Jawatankuasa: Maksud P.31 (Halaman 45) Maksud P.48 (Halaman 121) Maksud P.60 (Halaman 181) DR.21.11.2016 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Isnin, 21 November 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] ___________________________________________________________________ JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan sejak awal tahun ini berapakah jumlah subsidi yang diperuntukkan kepada sektor pertanian dalam usaha membantu petani tempatan dan berapakah jumlah petani yang telah memanfaatkan bantuan berkenaan. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman]: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanah Merah, sebagai menjawab soalan daripada Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah pun membelanjakan sebanyak RM1.9 bilion sebagai subsidi dan insentif kepada 175,000 pesawah di seluruh negara bagi tahun 2016. Pecahannya seperi berikut; Skim Baja Padi Kerajaan – RM465 juta, Skim Bantuan Input Pengeluaran – RM563 juta, Insentif Benih Padi Sah - RM85 juta, Skim Subsidi Harga Padi – RM616 juta, Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Untuk Pertanian Padi Bukit – RM70 dan Insentif Input Pengeluaran Padi – RM112 juta iaitu berjumlah keseluruhan RM1.9 bilion. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah membelanjakan RM65.5 juta pada tahun 2016 untuk melaksanakan 18 projek dengan keluasan 7,337 hektar kepada petani seramai 4,871 orang yang menjalankan pelbagai projek seperti peningkatan hasil sayur-sayuran, projek tanaman semula buah-buahan terpilih, pembangunan kluster tanaman kontan, kluster buah-buahan betik, pembangunan kluster buah rambutan dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi Timbalan Menteri kita nampak slow and steady DR.21.11.2016 2 pagi ini. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Setakat ini, kita tahu negara kita juga ada kena tempias oleh fenomena El Nino baru-baru ini. Jadi setakat ini, berapakah jumlah subsidi pengeluaran padi yang diberi kepada petani-petani yang terjejas berikutan fenomena El Nino baru-baru ini? Terima kasih. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, bencana El Nino telah menjejaskan 4,697 hektar kawasan pertanian melibatkan juga petani sejumlah 1,835 orang pesawah. Kawasan tertumpu di Selinsing, Perak iaitu di Kerian dan juga di Bukit Semanggol. Berhubung dengan bantuan yang kita berikan sebagaimana yang saya menjawab soalan yang sama pada minggu sudah saya kira, kita sedang mendapatkan peruntukan dan bercadang untuk memberi bantuan sebanyak RM250 bagi setiap pesawah yang terjejas. Sekian, terima kasih. 2. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan berapakah keuntungan yang diperoleh oleh TNB selepas pertukaran meter analog kepada meter digital. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keuntungan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan hanya diperoleh oleh jualan unit elektrik yang direkodkan oleh meter sama ada meter analog atau digital. Sebaliknya, ia turut dipengaruhi oleh kombinasi pelbagai faktor termasuklah aktiviti pelaburan dalam dan luar negara serta kecekapan operasi TNB. Selain itu, kesedaran pelanggan untuk menggunakan elektrik dengan lebih cekap akan turut mempengaruhi kadar jualan unit elektrik dan keuntungan TNB. Walau bagaimanapun, penukaran meter analog kepada meter digital juga mempunyai kecenderungan untuk meningkatkan bil elektrik pengguna memandangkan kadar kejituan meter digital yang lebih tinggi berbanding meter analog. Terima kasih Yang Berhormat. ■1010 Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun]: Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Persoalannya ialah bila kita lihat kepada rungutan rakyat berkaitan dengan meningkatnya bil elektrik mereka, tentulah kita terpaksa melihat kepada asas perkhidmatan sebelum diswastakan Tenaga Nasional Berhad (TNB), ia adalah di bawah Lembaga Letrik Negara. Jadi, ia adalah pada asasnya perkhidmatan utiliti. Akan tetapi setelah diswastakan ia lebih bersifat perniagaan. Tidak menjadi salah perniagaan untuk DR.21.11.2016 3 mencari keuntungan tetapi mesti juga dilihat kepada perkhidmatan yang diasaskan Lembaga Letrik Negara itu. Jadi soalnya ialah bagaimana untuk kerajaan melihat, untuk memberikan ruang supaya rungutan rakyat berkaitan dengan kos sara hidup mereka yang juga terlibat sebahagian dalam pembayaran bil elektrik dapat dikurangkan dengan diberikan perhatian kepada sungutan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun atas keprihatinan beliau terhadap kepentingan rakyat ya. Yang Berhormat, penjanaan elektrik dan juga distribution electric kepada rakyat itu dengan izin, sedang ditingkatkan mutunya. Kalau dulu kita gunakan meter analog, lepas itu kita hijrah kepada meter digital yang 67 peratus sekarang sudah meliputi semua pelanggan-pelanggan dan sekarang kita akan ke smart meter, smart meter. Baik, dalam proses itu seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, bebanan rakyat itu kalau mereka gunakan jumlah elektrik lebih daripada RM77, baru dikenakan bayaran-bayaran yang lebih, yang akan surcaj dan juga rebet akan dikenakan. Kalau mereka kurang daripada itu, kita tidak ada masalah. Bererti kita menyelia dan mengawasi penggunaan elektrik. Kalau sekiranya kita jimat cermat, kurang bebanan kita, itu satu. Kedua ini, dalam proses kita menaiktarafkan proses billing ini melalui meter yang baru ini, digital dan juga smart ini, kita memberi kejituan kepada penggunaan elektrik itu supaya tidak ada ketirisan dan juga tidak ada penyalahgunaan bagi penggunaan elektrik. Maka CSR ataupun kepada rakyat miskin melalui cara-cara lain, kita bantu. Seperti yang dikatakan mungkin di Terengganu dengan Kelantan, keperluan itu mendesak maka kita cari cara-cara lain, program SuriaKU diperkenalkan untuk membantu rumah-rumah dengan adanya subsidi yang bakal akan diberi untuk mereka gunakan solar di atas bumbung dan jualan balik kepada Tenaga Nasional Berhad untuk rumah-rumah eKasih kalau ada yang terlibat. Maka program itu baru bermula, maka kita cari jalan untuk bantu mereka melalui cara-cara lain. Akan tetapi kalau lebih daripada RM77 baru kita kenakan. Kurang daripada itu, tidak ada bebanan kepada bil elektrik. Terima kasih. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Bila jadi Menteri? Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya ini bukan– yang ini bukan di bawah kementerian dia. Mana itu Menteri dan juga Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. DR.21.11.2016 4 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tidak ada pelanggaran Yang Berhormat. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Ini bukan perhimpunan baju kuning lah. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Senator. [Ketawa] Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy: Tuan Yang di-Pertua, saya adalah pemangku Timbalan Menteri KeTTHA. Kalau Yang Berhormat daripada Seputeh jahil… Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Pemangku apa? Pemangku MIC. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Inilah ingat suruh dia pergi bersih kah. Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy: …Suruh dia pergi sekolah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, soalan diajukan kepada Speaker Yang Berhormat, saya sudah jawab tidak ada pelanggaran. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Ya, ya. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, sila jawab. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Dia, bekas Speaker, dia ingat dia boleh jawab. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Seputeh, pergi sarapan pagi dulu. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: [Ketawa] Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua, ini fasal– saya difahamkan TNB akhir-akhir ini banyak untung, alhamdulillah. Supaya untung bagi kerajaan baliklah, cukai. Sejak dulu penjanaan dia buat distribution, penjanaan dulu kita ada bebas dan lepas itu kebetulan kita ada 1MDB. Selepas itu, 1MDB masuk, bila open tender rate itu lebih kompetitif maka TNB pun untung. Sekarang 1MDB kita sudah tidak ada, jadi adakah cadangan kerajaan untuk penjanaan ini kita beri lebih banyak kepada TNB supaya TNB akan menjadi lebih banyak spread dia punya kos lebih baik dan akhir, nikmat tarif yang lebih rendah dapat dinikmati oleh rakyat. Terima kasih. Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy: Terima kasih Yang Berhormat
Recommended publications
  • Pemilihan Calon Berpotensi Jadi Nombor Dua Umno (Berita Harian 10/06/2004)
    10/06/2004 Pemilihan calon berpotensi jadi nombor dua Umno By Kadir Dikoh PENGUMUMAN Datuk Hishammuddin Hussein untuk mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan di Perhimpunan Agung parti ke-57 September ini, mengakhiri teka-teki yang sudah berlegar sejak beberapa bulan lalu. Sekali gus juga, Menteri Pelajaran itu menutup tirai buat sementara untuk mengintai jawatan Naib Presiden Umno - jawatan yang dilihat sebagai hierarki untuk ke puncak dalam parti berusia 58 tahun itu. Hishammuddin pasti sudah membuat perkiraan secara mendalam dan `petunjuk' arah mana yang akan dituju. Beliau mahu meneruskan kepemimpinan Pemuda untuk sepenggal saja lagi. Langkah itu dikira bijak dan menunjukkan beliau tidak gopoh dalam membuka langkah untuk naik ke tangga hierarki yang lebih tinggi dalam parti. Sejarah dalam Umno juga menyaksikan kegopohan seseorang untuk naik secara mendadak, akan jatuh dengan cepat. Bagaimanapun, persaingan untuk jawatan Naib Presiden tetap sengit kali ini tetapi tidak semestinya tiga calon yang menang itu nanti, bakal mengiringi Datuk Seri Najib Razak ke puncak. Berdasarkan sejarah dalam Umno, hanya mereka yang bernasib baik dan berada di barisan Naib Presiden tepat pada waktu dan ketikanya saja boleh naik. Maknanya, mereka yang menjadi Naib Presiden pada waktu hampir peralihan kuasa pada peringkat Presiden dan Timbalan Presiden akan berpeluang besar untuk naik ke jawatan nombor dua dan faktor usia turut memainkan peranan. Kerana itu juga, perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno dikatakan lebih cenderung untuk memilih mereka yang berpotensi menjadi orang nombor dua dalam parti, manakala dua orang lagi dipilih bagi menseimbangkan keadaan. Namun, kebiasaannya terpulang kepada bakal Presiden Umno untuk memilih seorang daripada kalangan tiga Naib Presiden untuk menjadi orang nombor dua dalam parti tanpa mengira kekananan seseorang itu (berdasarkan jumlah undi tertinggi).
    [Show full text]
  • Penolakan Berterusan Pengundi Di Kelantan Terhadap Barisan Nasional
    GEOGRAFIA Online TM Malaysian Journal of Society and Space 1 0 (15 - 27) 15 Themed Issue on The Social Dynamics of Malaysian Political Landscape with Special Reference to the 13 th General Elections © 2014, ISSN 2180-2491 Pilihan Raya Umum 2013: Penolakan berterusan pengundi di Kelantan terhadap Barisan Nasional Mohd Faidz Mohd Zain 1, Samsu Adabi Mamat 1, Junaidi Awang Besar 2, Mohd Fuad Mat Jali 2 1Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, 2 Pusat Pengajian Sosial Pembangunan, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia Corespondence: Mohd Faidz Mohd Zain (email: [email protected]) Abstrak Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 13) telah diadakan pada 5 Mei 2013. Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan pemerintahan di Malaysia namun bagi di negeri Kelantan, BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan terus memberi mandat kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk penggal ke-6 berturut-turut apabila berjaya menguasai majoriti 2/3 kerusi DUN dengan PAS menang 32 kerusi, BN 12 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu kerusi. Apa yang uniknya pilihan raya di Kelantan, pertembungan dua parti politik Melayu ini sering kali memperlihatkan persaingan sengit antara dua buah parti ini. BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan terutama di kawasan bandar dan pekan-pekan kecil di Kelantan. Berdasarkan temubual dengan beberapa pemimpin parti politik di Kelantan dan rujukan bahan sekunder, dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan adalah kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz disamping kegagalan Gelombang Merah di Kelantan serta sokongan pengundi bandar kepada PAS.
    [Show full text]
  • BN's List of Candidate for Parliamentary Seats in GE13 Bernama 16 April, 2013
    BN's List Of Candidate For Parliamentary Seats In GE13 Bernama 16 April, 2013 KUALA LUMPUR, April 16 (Bernama) -- Following is the Barisan Nasional's list of candidates for parliamentary seats in the 13th General Election as announced Tuesday. P001. Padang Besar: Datuk Zahidi Zainul Abidin (Umno) P002. Kangar: Shaharuddin Ismail (Umno/New face) P003. Arau: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Umno) P004. Langkawi : Datuk Nawawi Ahmad (Umno) P005. Jerlun: Datuk Othman Aziz (Umno) P006. Kubang Pasu : Datuk Mohd Johari Baharom (Umno) P007. Padang Terap: Datuk Seri Mahdzir Khalid (Umno) P008. Pokok Sena : Datuk Shahlan Ismail (Umno/New face) P009. Alor Setar : Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA) P010. Kuala Kedah : Dr Zaki Zamani Abdul RAshid (Umno/New face) P011. Pendang: Datuk Othman Abdul (Umno) P012. Jerai: Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Umno/New face) P013. Sik : Dr Mansor Abdul Rahman (Umno/New face) P014. Merbok: Prof Dr Ismail Daud (Umno/New face) P015. Sungai Petani: Shamsul Anuar Ismail (Umno/New face) P016. Baling: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno) P017. Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie (MCA/New face) P018. Kulim/B.Baharu: Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Umno) P019. Tumpat: Mansor Salleh (Umno) P020. Pengkalan Chepa : Datuk Dali Husin (Umno) P021. Kota Baharu : Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Umno) P022. Pasir Mas: Che Johan Che Pa (Umno/ New face) P023. Rantau Panjang : Ghazali Ismail (Umno/New face) P024. Kubang Kerian: Anuar Safian (Umno) P025. Bachok : Datuk Awang Adek Hussin (Umno) P026. Ketereh: Tan Sri Annuar Musa (Umno) P027. Tanah Merah : Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Umno) P028. Pasir Puteh : Tuan Mustaffa Tuan Mat (Umno/New face) P029.
    [Show full text]
  • Six Former UMNO Mps Join Bersatu BERNAMA 12/02/2019
    Six former UMNO MPs join Bersatu BERNAMA 12/02/2019 PUTRAJAYA, Feb 12 (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) chairman Tun Dr Mahathir Mohamad today announced that six former UMNO Members of Parliament have joined Bersatu. They are Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), and Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah). Dr Mahathir said the six Members of Parliament were accepted into Bersatu after studying their application and having imposed the condition that they would only become ordinary members without holding any position in the party. "Becoming Bersatu members does not mean that they are looking for protection from the party. We will not give any protection from anything that they had committed earlier,” said Dr Mahathir, who is also the Prime Minister, at a media conference, here. Earlier, he had presented Bersatu membership cards to the six Members of Parliament and the Member of Parliament for Masjid Tanah, Mas Ermiyatie Samsudin who had joined Bersatu in December last year. Dr Mahathir said Bersatu would utilise the services of these MPs for certain tasks including seeking their opinions and giving them the opportunities to campaign in the elections for Bersatu and Pakatan Harapan (PH). He added that Bersatu accepted the applications of the MPs concerned following efforts to ‘revive’ UMNO which were strengthened through collaborations with PAS. "(Previously) UMNO was an infidel party according to PAS and was totally rejected. But when there is an advantage for PAS, it will collaborate with all parties,” he said.
    [Show full text]