TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

BAGI

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (BELANJAWAN) 2021

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

25 NOVEMBER 2020 (RABU) Teks Ucapan

(MUKADIMAH)

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Datuk Yang di-Pertua,

1. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) di Peringkat Dasar ini.

2. Sebagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan, “Belanjawan 2021 merupakan penzahiran konsep Prihatin Rakyat yang didokong teguh oleh Kerajaan . Kebajikan dan kesihatan rakyat adalah keutamaan, manakala kelangsungan perniagaan serta ketahanan ekonomi menjadi pegangan demi mencapai kemakmuran bersama.”

3. Kerajaan Perikatan Nasional juga melalui Belanjawan 2021 ini telah berjaya memastikan setiap lapisan masyarakat menerima kebaikan, terutamanya golongan rentan, OKU dan wanita. Syabas saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan.

4. Bagi tahun 2021, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diperuntukkan sebanyak RM2.584 bilion. Daripada jumlah ini, RM2.459 bilion adalah di bawah butiran B.48 – Peruntukan Mengurus manakala RM125.640 juta di bawah butiran P.48 – Peruntukan Pembangunan.

5. Di samping itu, KPWKM juga telah diberi peruntukan tambahan sebanyak RM791 juta seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2021. Peruntukan Belanjawan 2021 adalah untuk manfaat kesemua kumpulan sasar Kementerian.

2 Teks Ucapan

6. Sesungguhnya, KPWKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional atas keprihatinan terhadap keperluan kumpulan sasar KPWKM yang memperlihatkan penambahbaikan kadar bantuan seperti berikut:

Pertama : Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan seorang;

Kedua : Kadar Bantuan Orang Tua (BOT) dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan seorang;

Ketiga : Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan seorang;

Keempat : Kadar bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 sebulan seorang; dan

Kelima : Kadar Bantuan Kanak-Kanak (BKK) untuk keluarga miskin dinaikkan daripada RM100 bagi seorang anak dengan maksimum RM450 kepada RM150 seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun dan RM200 seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.

Datuk Yang di-Pertua,

7. KPWKM telah meneliti semua pertanyaan, isu, cadangan mahupun pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Peringkat Dasar sama ada secara perbahasan dalam Dewan mahupun bertulis.

3 Teks Ucapan

8. Seramai 18 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan sebanyak 34 pertanyaan, isu dan cadangan sepanjang sesi perbahasan kali ini.

9. Izinkan saya untuk menjawab semua pertanyaan, isu dan cadangan mahupun pandangan tersebut secara keseluruhan dan jawapan lanjut akan dibekalkan secara bertulis.

Birokrasi Bantuan

Datuk Yang di-Pertua,

10. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Kalabakan di atas keprihatinan terhadap proses permohonan bantuan kebajikan serta mengurangkan birokrasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khususnya selepas berlakunya insiden penularan wabak pandemik COVID-19 di Malaysia.

11. Untuk makluman, Kementerian mengambil maklum perkara ini dan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan agar tidak berlaku keciciran. Setiap permohonan bantuan akan dibuat siasatan secara terperinci dan pertimbangan bantuan adalah mengikut kriteria dan syarat yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM.

12. JKM juga mempunyai pangkalan data yang lengkap bagi setiap penerima bantuan sedia ada melalui sistem eBantuan JKM.

13. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk mempercepatkan proses permohonan bantuan dan mengurangkan birokrasi selepas Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), JKM telah melaksanakan inisiatif pengecualian kaji semula bantuan kewangan bulanan persekutuan kepada semua penerima bantuan sedia ada di seluruh negara termasuk dan Sarawak.

4 Teks Ucapan

14. Perlanjutan bantuan dibuat secara automatik kecuali bagi kes- kes yang boleh ditamatkan berdasarkan maklumat yang sahih. KPWKM komited dalam meneliti proses birokrasi dalam usaha memendekkan tempoh permohonan bantuan agar penerima dapat menikmati faedahnya secepat mungkin dan akan sentiasa berusaha menambahbaik penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

Datuk Yang di-Pertua,

15. Kementerian melalui JKM turut:

i. menggalakkan semua permohonan perkhidmatan bantuan JKM dibuat secara atas talian (online).

ii. mempromosikan perkhidmatan bantuan di semua platform media massa dan juga media sosial;

iii. mengadakan kerjasama erat di antara agensi-agensi yang berkaitan untuk mempromosikan perkhidmatan kementerian kepada pengetahuan umum; dan

iv. bekerjasama dengan pemimpin masyarakat dan NGO bagi mengenal pasti mereka yang layak dibantu mendapat perkhidmatan dan bantuan daripada agensi-agensi di bawah kementerian.

16. Untuk makluman, semua jenis bantuan dan perkhidmatan yang disampaikan oleh pihak Kerajaan dan khususnya KPWKM adalah untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat jelata.

17. Pada masa yang sama, Kementerian antara lain kini dalam proses memohon perjawatan tambahan iaitu pegawai JKM secara kontrak melalui program Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi membantu mempercepatkan proses siasatan permohonan bantuan di daerah. Antara jawatan yang dimohon adalah Pegawai Akhlak, Pelindung Kanak-kanak dan Pegawai Kes yang menguruskan bantuan kebajikan.

5 Teks Ucapan

Datuk Yang di-Pertua,

18. Seterusnya untuk makluman Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Kota Samarahan dan Yang Berhormat Kalabakan, berkenaan dengan cadangan agar JKM kaji semula SOP untuk penerima bantuan khususnya kepada golongan OKU atau golongan yang memerlukan di kawasan-kawasan luar bandar.

19. Kementerian menerusi JKM telah melaksanakan program reach out OKU di luar bandar melalui 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)/ Jajahan (PKMJ)/ Bahagian (PKMB). PKMD, PKMJ dan PKMB juga turut bekerjasama dengan agensi berkaitan, pemimpin tempatan, Ketua Kampung, pemimpin Orang Asli dan sebagainya dengan mengadakan pelbagai program termasuk program turun padang agar perkhidmatan dan bantuan yang disediakan dapat disampaikan terus kepada mereka yang benar-benar layak dan menepati syarat yang ditetapkan.

20. Di samping itu, JKM telah menubuhkan Pusat Aktiviti Sukarelawan (V@C) yang menjadi tempat untuk sukarelawan JKM mengadakan perjumpaan dan perbincangan dalam membuat perancangan dan penyusunan aktiviti kesukarelawanan.

21. Objektif penubuhan V@C juga selari dengan matlamat JKM untuk memperkasakan program-program yang berasaskan komuniti ataupun Peranan Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK) (The Role of Community-Based Organization) dalam pembangunan komuniti.

Bantuan Membaiki Rumah

Datuk Yang di-Pertua,

22. Seterusnya, Yang Berhormat Pontian turut membangkitkan berkenaan bantuan membaiki rumah yang rosak akibat bencana.

23. Selaras dengan peruntukan dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20, tanggungjawab JKM adalah mengenal pasti

6 Teks Ucapan pusat pemindahan, membuat pendaftaran mangsa bencana, mengedarkan keperluan asas kepada mangsa bencana dan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada mangsa yang memerlukan.

24. Bantuan membaiki rumah yang rosak akibat bencana adalah di bawah tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri/Daerah untuk menentukan jumlah dan kadar yang ditetapkan.

25. Bantuan membaiki rumah yang disediakan oleh JKM bukan untuk membina semula rumah atau membayar ganti rugi tetapi lebih kepada bantuan ihsan kepada mangsa.

Bantuan untuk Warga Emas di Parlimen Lanang

Datuk Yang di-Pertua,

26. Yang Berhormat Lanang, berdasarkan statistik JKM sehingga Oktober 2020, penerima Bantuan Orang Tua (BOT) mencatatkan bilangan penerima bantuan tertinggi berbanding penerima skim- skim bantuan lain iaitu 27.5 peratus (136,984 penerima) daripada keseluruhan penerima bantuan JKM (498,935 penerima) di seluruh Negara dengan perbelanjaan sebanyak RM479.2 juta. Pada tahun 2020, Kerajaan telah menyediakan peruntukan sejumlah RM575.0 juta untuk menampung keperluan penerima bantuan warga emas ini.

27. Kriteria utama kelulusan sesuatu bantuan ialah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa. Sekiranya pendapatan keluarga berada di bawah PGK yang telah ditetapkan serta memenuhi kriteria dan syarat yang telah digariskan jabatan maka warga emas itu layak dipertimbangkan bantuan.

28. Selain daripada syarat dan kriteria berkenaan penilaian, JKM turut mengambil kira tanggungjawab anak-anak terutama yang telah bekerja dan mempunyai pendapatan untuk menjaga dan memastikan ibu bapa yang mempunyai kehidupan yang selesa.

7 Teks Ucapan

29. Berdasarkan statistik penerima bantuan di Parlimen Lanang bagi warga emas dan pesakit kronik terlantar adalah seramai 806 penerima dengan RM3.25 juta telah disalurkan bagi Januari hingga Oktober tahun ini.

30. Keseluruhan penerima bantuan Parlimen Lanang adalah sebanyak 2,142 penerima dan sebanyak RM7.29 juta telah disalurkan.

Pemberian Bantuan Makanan dan Bantuan Kewangan Sepanjang PKP

Datuk Yang di-Pertua,

31. Untuk makluman Yang Berhormat Penampang dan Yang Berhormat Dungun berkenaan dengan pemberian bantuan kebajikan kepada rakyat dalam kesulitan.

32. KPWKM telah diwartakan sebagai agensi perkhidmatan perlu (essential services) selaras dengan perkara 2, Jadual Perkhidmatan Perlu, Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah PKP COVID-19. Susulan itu, KPWKM telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga serta menguruskan hal ehwal kebajikan golongan yang terjejas atas sebab PKP.

33. KPWKM melalui peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah RM22.2 juta daripada Kementerian Kewangan (MOF) telah menjalankan Agihan Bantuan Sosial Bakul Makanan bernilai RM100 kepada keluarga B40 di 222 buah kawasan Parlimen. JKM telah selesai menyelaraskan pengagihan sebanyak 222,000 bantuan bakul makanan pada 6 Mei 2020.

34. KPWKM juga turut dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan Bantuan Bakul Makanan yang disediakan di bawah Tabung Bencana COVID-19 NADMA.Sehingga23 November 2020, NADMA telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM30,629,105.00 kepada KPWKM secara berperingkat.

8 Teks Ucapan

35. Bantuan ini juga telah diperluaskan termasuk di kawasan PKP Diperketatkan (PKPD/EMCO). KPWKM turut membangunkan Prosedur Operasi Standard sebagai panduan kepada pegawai bertanggungjawab bagi urusan pelaksanaan agihan peruntukan Tabung COVID-19 NADMA dalam perbelanjaan program bekalan makanan.

36. Secara keseluruhannya, sehingga November 2020 peruntukan sebanyak RM47.43 juta telah dibelanjakan oleh KPWKM untuk membuat agihan bakul makanan kepada seramai 820,723 Ketua Isi Rumah (KIR) dan memberi manfaat kepada 3.2 juta Ahli Isi Rumah (AIR) di seluruh negara.

37. Bagi Negeri Sabah pula, sehingga 17 November 2020, Ketua Isi Rumah yang telah menerima Bantuan Bakul Makanan adalah seramai 78,933 Ketua Isi Rumah (KIR) dan memberi manfaat kepada 315,732 Ahli Isi Rumah (AIR). Bagi pelaksanaan bantuan ini sebanyak RM7.8 juta peruntukan telah disalurkan.

38. Manakala bagi Bantuan Kewangan Bulanan Persekutuan pula, sehingga Oktober 2020, JKM telah membelanjakan sejumlah RM1.5 bilion untuk menampung keperluan seramai 498,935 penerima bantuan.

39. Untuk makluman Yang Berhormat Penampang, Sabah merupakan negeri yang menerima bantuan tertinggi iaitu sebanyak 12.4 peratus berbanding negeri-negeri lain.

40. Sehingga Oktober 2020 JKM telah menyalurkan bantuan kepada penduduk negeri Sabah seramai 61,646 penerima daripada keseluruhan penerima bantuan JKM (498,935 penerima) dengan perbelanjaan sebanyak RM184 juta.

Bantuan Khas Ibu Tunggal (PENJANA)

Datuk Yang di-Pertua,

41. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Julau berkaitan dengan bantuan khas kepada golongan ibu tunggal.

9 Teks Ucapan

42. Kerajaan amat prihatin terhadap nasib golongan wanita termasuk Ibu Tunggal yang sudah pastinya melalui kehidupan yang sukar lebih- lebih lagi yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

43. Oleh itu, Kerajaan melalui inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan pada 5 Jun 2020 yang lalu, telah memperuntukkan RM45 juta bagi membantu Ibu Tunggal.

44. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) iaitu salah sebuah agensi di bawah KPWKM telah dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) secara one-off berjumlah RM300 seorang kepada 150,000 orang ibu tunggal yang layak di seluruh negara.

45. Permohonan bagi mendapatkan bantuan ini telah pun ditutup pada 31 Oktober 2020. Walau bagaimanapun, sebanyak 161,909 didapati layak bagi menerima bantuan ini.

46. Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil inisiatif untuk menggunakan lebihan peruntukan sedia ada Kementerian iaitu sebanyak RM3.572 juta bagi menampung bayaran kepada 11,909 penerima memandangkan peruntukan asal berjumlah RM45 juta yang disalurkan adalah tidak mencukupi.

47. Pembayaran kepada penerima sedang dilaksanakan oleh Bank Simpanan Nasional dan proses pembayaran dijangka selesai sebelum 31 Disember 2020.

48. Berhubung dengan Ibu Tunggal iaitu Puan Paulene Anak Embu, hasil semakan JPW mendapati bahawa beliau telah memohon BKIT pada bulan September 2020 dan sukacita dimaklumkan bahawa permohonan beliau telah diluluskan. Penyaluran bayaran kepada beliau sedang dilaksanakan oleh Jabatan ini. Pemohon juga telah dimaklumkan mengenai kelulusan tersebut.

10 Teks Ucapan

Peluang Pekerjaan bagi Golongan OKU

Datuk Yang di-Pertua,

49. Yang Berhormat Setiu mencadangkan agar bantuan Kerajaan tertumpu kepada peluang pekerjaan bagi golongan OKU.

50. Untuk makluman, kenaikan kadar bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) adalah merupakan salah satu tarikan kepada majikan bagi meningkatkan pengambilan pekerja OKU selain faedah pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

51. Kementerian melalui JKM telah mengambil beberapa tindakan bagi membantu meningkatkan peluang pekerjaan kepada OKU seperti berikut:

Melaksanakan Program Karnival Kerjaya secara tahunan sebanyak 6 kali setahun mulai tahun 2016;

Menyediakan perkhidmatan sokongan pekerjaan seperti Job Coach. Jumlah OKU yang mendapat pekerjaan melalui pendekatan Job Coach adalah seramai 1,397 orang sejak 2012;

Mengadakan Program Persiapan Pekerjaan untuk pencari kerja OKU. Sebanyak 7 program telah diadakan mulai tahun 2017 melibatkan 160 orang mahasiswa OKU dan 120 orang pelajar OKU lepasan sekolah; dan

Mempromosikan secara berkala berkenaan potensi dan keupayaan OKU untuk bekerja kepada pihak majikan.

52. Selain daripada KPWKM, Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga menyediakan insentif kepada Majikan melalui PERKESO dan Penjana Kerjaya.

11 Teks Ucapan

53. Sehingga Jun 2020, mengikut data daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seramai 4,002 OKU bekerja di sektor awam dan seramai 15,382 pekerja OKU di sektor swasta telah direkodkan oleh KSM.

54. KPWKM turut bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam mengimplementasikan dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU dan langkah-langkah affirmative yang perlu diambil oleh suruhanjaya, kementerian serta agensi di bawah kementerian bagi mempercepat pencapaian dasar tersebut.

55. KPWKM merupakan Kementerian yang telah mencapai sasaran 1% penglibatan OKU dalam perkhidmatan awam.

Menaikkan Syarat Kelayakan Elaun Pekerja Cacat (EPC) RM1,200 kepada RM1,500

Datuk Yang di-Pertua,

56. Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau atas cadangan untuk menaikkan syarat kelayakan Elaun Pekerja Cacat.

57. Elaun Pekerja Cacat (EPC) merupakan insentif yang diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

58. Dalam hubungan ini, setiap OKU yang layak akan menerima EPC sebanyak RM400 sebulan. Kadar ini akan meningkat kepada RM450 pada tahun 2021.

59. Berdasarkan statistik JKM sehingga Oktober 2020 sebanyak 17.7 peratus (88,435 penerima) daripada keseluruhan penerima skim bantuan JKM dengan peruntukan RM372 juta telah disalurkan kepada OKU yang layak.

60. Sesungguhnya, KPWKM menyambut baik cadangan Yang Berhormat Arau dan cadangan tersebut akan diperhalusi.

12 Teks Ucapan

Keganasan Rumah Tangga semasa PKP

Datuk Yang di-Pertua,

61. Kebelakangan ini terdapat banyak perbincangan mengenai isu keganasan rumah tangga sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di media massa. Ini ekoran berlakunya peningkatan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan hampir di seluruh dunia.

62. Dilaporkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak tiga kali ganda kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di beberapa negara maju seperti China dan Perancis sejak diletakkan di bawah perintah berkurung (lockdown) ekoran wabak COVID-19. Negara kita turut menunjukkan trend peningkatan keganasan rumahtangga sejak PKP.

63. Yang Berhormat Segambut, Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga (JKRT) ditubuhkan pada November 2019 sebagai platform pemantauan dan penyelarasan usaha menangani kes keganasan rumah tangga antara agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

64. Mesyuarat ini bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun di mana mesyuarat pertama telah diadakan pada 28 November 2019 dan terkini adalah pada 4 Jun 2020.

65. Kementerian telah mengadakan beberapa sesi konsultasi bersama pihak-pihak yang berkaitan secara berfokus dan berkala dalam usaha menangani isu keganasan rumah tangga.

66. Contohnya, semasa tempoh awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian telah mengadakan pertemuan bersama agensi Kerajaan dan NGO pada 17 April 2020 seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Women’s Aid Organisation (WAO), All Women’s Action Society (AWAM) dan Befrienders bagi memperluaskan hebahan maklumat yang tepat mengenai bantuan dan khidmat sokongan untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga.

13 Teks Ucapan

67. KPWKM telah mengambil inisiatif seperti mempercepatkan proses permohonan Perintah Perlindungan Kecemasan (Emergency Protection Order) kepada mangsa.

68. Kementerian turut menyelaras beberapa isu berbangkit semasa pelaksanaan PKP bersama beberapa agensi seperti berikut:

Mahkamah Persekutuan bagi membantu dalam proses mendapatkan perintah perlindungan; dan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu sekatan jalan raya (SJR) agar memberikan kebenaran pergerakan kepada mangsa untuk perlindungan (termasuklah antara negeri) dan memudahkan proses aduan oleh mangsa.

69. Dalam usaha mengurangkan peningkatan kes keganasan rumahtangga, Kementerian kini sedang giat mengemas kini Garis Panduan Pengendalian Kes Keganasan Rumah Tangga.

70. Garis panduan ini merupakan satu bentuk persefahaman antara agensi terlibat untuk memahami tanggungjawab setiap agensi dalam pengurusan kes keganasan rumah tangga. Beberapa sesi libat urus bersama pelbagai pihak telah diadakan seperti berikut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat (Ibu Pejabat dan Negeri Selangor pada 18 Jun 2020;

Jabatan Bantuan Guaman pada 14 Ogos 2020; dan

Women’s Aids Organisation (WAO) pada 9 September 2020.

71. Garis Panduan ini merumuskan peranan dan tanggungjawab Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mahkamah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),

14 Teks Ucapan

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

72. Ditegaskan bahawa isu keganasan rumah tangga merupakan isu yang perlu ditangani secara holistik melibatkan kerjasama merentas kementerian dan NGO kerana melibatkan aspek kesejahteraan institusi keluarga terutamanya semasa negara dilanda wabak pandemik COVID19 dan dengan penguatkuasaan PKP. Tuntasnya, Kementerian sentiasa mengambil berat berkenaan isu keganasan terutamanya yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Kesaksamaan Gender dan Kebajikan Keluarga Semasa PKP

Datuk Yang di-Pertua,

73. Untuk makluman Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Petaling Jaya, Kementerian mengambil maklum bahawa wabak pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang berbeza dan tidak sama rata (disproportionate, dengan izin) kepada wanita dan lelaki sebagai contoh, dalam isu tanggungjawab unpaid care work yang lebih membebani wanita berbanding lelaki.

74. Selain dibebani tanggungjawab terhadap kerja-kerja domestik, wanita juga lebih terdedah kepada risiko diberhentikan kerja atau terpaksa berhenti kerja dalam situasi pandemik ketika ini.

75. Realiti ini secara umumnya dilihat telah melebarkan lagi jurang gender yang selama ini cuba untuk ditangani oleh semua pihak.

76. Mengambil kira hakikat ini, Kementerian amat mengalu-alukan peruntukan daripada Kerajaan semasa pengumuman Belanjawan 2021 yang mana sejumlah RM145 juta disediakan untuk membangunkan wanita dalam bidang keusahawanan melalui pelbagai agensi pelaksana, di samping program khusus untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam kontrak Kerajaan.

15 Teks Ucapan

77. Bagi menangani isu bebanan tugas penjagaan pula, Kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta secara keseluruhan bagi menyokong lebih banyak penubuhan Taman Asuhan Kanak-kanak atau TASKA di bangunan Kerajaan dan bangunan pejabat sektor swasta, yang akan menyokong wanita untuk kembali aktif bekerja serta menjana pendapatan.

78. Sehubungan itu, dapat dilihat bahawa Kerajaan amat peka terhadap keperluan wanita dan telah mengintegrasikan perspektif gender dalam penyediaan belanjawan kali ini, yang dilihat lebih mesra wanita, serta kumpulan sasar lain di bawah KPWKM.

79. Menyedari kepentingan untuk menyediakan perkhidmatan yang mampu memberikan immediate relief kepada wanita yang berhadapan dengan pelbagai bentuk diskriminasi berasaskan gender terutamanya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, Kerajaan telah mengambil langkah pragmatik dengan menerima syor KPWKM iaitu peruntukan sebanyak RM21 juta bagi tahun 2021 untuk penubuhan Pusat Sokongan Sosial Setempat.

Menaik Taraf Perkhidmatan Talian Kasih

Datuk Yang di-Pertua,

80. Berhubung dengan isu menaik taraf perkhidmatan Talian Kasih yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pandan.

81. Untuk makluman, Talian Kasih merupakan talian prihatin masyarakat yang boleh diakses oleh orang awam melalui dua sumber iaitu menerusi talian bebas tol 15999 dan aplikasi WhatsApp di nombor 019-26 15999.

82. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam, tujuh (7) hari seminggu dan berfungsi sebagai focal point kepada semua pelanggan KPWKM untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan mahupun permohonan.

16 Teks Ucapan

83. Skop perkhidmatan Talian Kasih merangkumi aspek berkaitan penderaan, kaunseling, gelandangan, perlindungan, kebajikan, talian kanak-kanak, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif, masalah sosial remaja dan perkara yang melibatkan kumpulan sasar Kementerian.

84. Manakala Aplikasi WhatsApp Talian Kasih iaitu di 019-26 15999 adalah bertujuan bagi menambah baik mutu perkhidmatan Talian Kasih yang sedia ada bagi memberi fokus kemudahan kepada golongan OKU pendengaran dan pertuturan untuk mengajukan sebarang pertanyaan, permohonan dan aduan.

85. KPWKM mengambil inisiatif menambah baik perkhidmatan Talian Kasih merangkumi:

i. Perjawatan/Sumber Manusia; ii. Latihan; iii. Sistem Pengoperasian; iv. Naik Taraf Ruang Kerja dan Kemudahan; dan v. Meningkatkan penyampaian perkhidmatan Tele- kaunseling.

86. KPWKM juga telah mewujudkan Talian Khas Kaunseling Covid-19 bagi memberi perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada mereka yang terkesan daripada penularan wabak COVID-19 serta PKP. Talian Khas Kaunseling atau perkhidmatan tele-kaunseling ini melibatkan seramai 528 orang kaunselor di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan JKM di seluruh negara.

Kekurangan Sumber Manusia di JKM

Datuk Yang di-Pertua,

87. Kementerian mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Segambut terhadap skop kerja Kementerian ini khususnya

17 Teks Ucapan di bawah JKM dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kumpulan sasar selaras dengan perubahan sosial dan cabaran kehidupan masyarakat yang dinamik.

88. Umum maklum mengenai kenaikan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang secara langsung akan memberikan kesan kepada bilangan permohonan bantuan kebajikan pada masa akan datang.

89. Bagi mendepani cabaran tersebut, pelbagai inisiatif sedang dan telah diambil bagi memperkasakan JKM antaranya:

i. Penstrukturan semula JKM melibatkan JKM Ibu pejabat, JKM Negeri, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan institusi di bawah pengurusan JKM melibatkan fungsi, beban tugas dan keperluan perjawatan. Cadangan penstrukturan semula JKM dijangka akan dikemukakan kepada JPA pada Disember 2020;

ii. KPWKM turut mengemukakan permohonan pemberian elaun khas kepada pegawai skim perkhidmatan:

a) Pembantu Pembangunan Masyarakat;

b) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat;

c) Pegawai Pembangunan Masyarakat; dan

d) Pegawai Skim Perubatan dan Kesihatan kader Kementerian Kesihatan.

iii. Mereka adalah pegawai yang bertugas di Pejabat JKM Daerah/ Bahagian/ Jajahan dan Institusi Kebajikan bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan teras seperti perlindungan, penjagaan, perawatan dan pemulihan kepada setiap kumpulan sasar. Cadangan pemberian elaun khas ini telah dikemukakan kepada JPA pada

18 Teks Ucapan

16 Januari 2020. Sesi Naziran oleh Bahagian Saraan JPA ke institusi dan PKMD di bawah JKM telah diadakan pada 26 Ogos 2020;

iv. Mewujudkan pakar bidang khusus (Subject Matter Expert – SME) sebagai pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang- bidang berkaitan kumpulan sasar seperti kanak-kanak, OKU, dan warga emas. Ianya juga sebagai kemudahan laluan kerjaya kepada pegawai dan kakitangan JKM selain memberi nilai tambah kepada perkhidmatan jabatan;

v. Meningkatkan profesionalisme perkhidmatan JKM menerusi praktis Kerja Sosial. Ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam menggubal Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial; dan

vi. memohon perjawatan tambahan secara kontrak melalui program Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi membantu proses siasatan permohonan bantuan di daerah.

90. Penggubalan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial akan meningkatkan standard perkhidmatan kerja sosial supaya ia setanding dengan kerjaya profesional.

91. Ini secara tidak langsung akan membuka lebih banyak lagi peluang penyertaan pekerja sosial dalam pasaran kerja sekali gus menarik minat masyarakat menceburi profesion ini di sektor awam mahupun badan bukan kerajaan serta pewujudan pakar bidang SME dan seterusnya meningkatkan bilangan pekerja sosial di Malaysia.

92. Yang Berhormat Segambut, wabak pandemik COVID-19 merupakan salah satu wabak dan ditakrifkan sebagai bencana mengikut Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20.

19 Teks Ucapan

93. Oleh itu, pengendalian pusat kuarantin adalah di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pengoperasian sesebuah pusat kuarantin adalah sama seperti pengoperasian Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mana Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah (JPBN/D) akan melibatkan semua agensi mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing.

94. JKM merupakan antara agensi yang utama mengikut Arahan MKN No. 20 yang berperanan untuk membuat pendaftaran dan menyediakan keperluan asas seperti bekalan makanan kepada Person Under Surveillance (PUS) selain memastikan keperluan sosial dapat dipenuhi.

95. Bagi menyelesaikan kes-kes permohonan bantuan yang tertunggak, JKM telah mengambil beberapa langkah yang proaktif bagi memproses permohonan tersebut seperti menubuhkan pasukan task force, membuat penjadualan semula petugas di pusat kuarantin dan menggembleng tenaga semua kakitangan selain pekerja kes bantuan untuk menjalankan siasatan.

Menyatukan Perkhidmatan LPPKN & JPW

Datuk Yang di-Pertua.

96. Untuk makluman Yang Berhormat Tangga Batu, perkhidmatan reproduksi manusia yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah saling melengkapi dan mempunyai kumpulan sasar masing-masing.

97. Perkhidmatan LPPKN lebih tertumpu pada advokasi dan pendidikan serta pencegahan selaras dengan fungsi LPPKN yang ditetapkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga (Pindaan 2006) [Akta 352].

98. LPPKN merupakan agensi peneraju dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pelan Strategi

20 Teks Ucapan

Kebangsaan bagi Menangani Perkahwinan Bawah Umur, Dasar Perancang Keluarga Kebangsaan.

99. LPPKN komited sebagai agensi utama bagi melahirkan generasi penduduk yang berkualiti menerusi pembinaan institusi keluarga yang sejahtera, perkhidmatan yang disediakan adalah khidmat komprehensif bagi kesejahteraan keluarga (family well-being).

100. Sejajar dengan hasrat Kerajaan yang peduli kepada keperluan dan kehendak rakyat, LPPKN akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan kesejahteraan keluarga di premis statik dan pusat keluarga bergerak di seluruh negara dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan komprehensif serta mesra pelanggan.

101. Manakala fungsi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) adalah melaksanakan program pembangunan kapasiti, khidmat kaunseling dan nasihat sokongan bagi wanita serta menyelaras, memantau dan menilai program berkenaan.

102. Cadangan untuk menggabungkan JPW dan LPPKN melalui perubahan dan penggabungan fungsi tidak dapat dilaksanakan atas faktor-faktor seperti objektif dan fungsi penubuhan dan kumpulan sasar yang berbeza serta memerlukan pindaan Akta 352.

Pusat Sokongan Sosial Setempat

Datuk Yang di-Pertua,

103. Seterusnya, untuk makluman Yang Berhormat Segambut dan Yang Berhormat Tangga Batu, Kerajaan melalui KPWKM akan membangunkan Pusat Sokongan Sosial Setempat sebagai pusat rujukan untuk mendapatkan nasihat dan perkhidmatan sosial seperti kaunseling dan perlindungan kepada kumpulan sasar KPWKM iaitu wanita, kanak- kanak, keluarga, warga emas dan OKU.

21 Teks Ucapan

104. Pada masa ini, pembukaan pusat ini akan dibuat di beberapa buah negeri terdahulu. Pusat ini akan diuruskan oleh KPWKM dengan Kerjasama NGO.

105. Selain itu, KPWKM amat menghargai dan mengalu-alukan penglibatan berterusan NGO dalam menawarkan perkhidmatan sokongan sosial kepada masyarakat yang memerlukan dan akan meneliti bentuk sokongan dan bantuan lanjut yang boleh diberikan kepada mereka.

106. KPWKM optimis bahawa pendekatan ini akan menggerakkan usaha whole of government serta whole of society dalam membendung masalah sosial dan menawarkan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

107. Inisiatif ini dijangka akan menggalakkan orang ramai tampil mengemukakan laporan kepada pihak berkuasa apabila berhadapan dengan insiden yang tidak diingini berikutan penubuhan sistem sokongan seperti pusat setempat ini.

108. KPWKM juga yakin, usaha ini akan meningkatkan lagi kualiti pengumpulan data-data sosial bagi membolehkan KPKWM membuat pemetaan program dan aktiviti yang lebih bersasar.

Penubuhan TASKA di Tempat Kerja Sektor Awam (TTKA)

Datuk Yang di-Pertua,

109. Yang Berhormat Segambut, Kementerian telah mengambil langkah proaktif dalam menguruskan peruntukan RM30 juta bagi penubuhan TASKA di Tempat Kerja Sektor Awam (TTKA) untuk tahun 2020 iaitu:

i. Membuka permohonan Geran TTKA 2020 bermula 6 Disember 2019 sehingga 31 Mac 2020;

ii. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Geran TASKA di Tempat Kerja Sektor Awam (JPGT) Bilangan 1

22 Teks Ucapan

Tahun 2020 pada 14 Februari 2020 dan telah meluluskan permohonan 24 TTKA dengan jumlah peruntukan RM3.853 juta; dan

iii. Melaksanakan Mesyuarat JPGT Bilangan 2 Tahun 2020 yang diadakan pada 3 Julai 2020 telah meluluskan 11 TTKA dengan jumlah peruntukan RM1.605 juta. Jumlah keseluruhan yang diluluskan adalah 35 TTKA dengan peruntukan RM5.459 juta.

110. Permohonan yang diterima tidak mencapai sasaran adalah disebabkan perkara berikut:

i. Ketiadaan ruang untuk menubuhkan TASKA di premis kerajaan; dan

ii. Kekangan pelaksanaan penubuhan TTKA kesan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 menyebabkan peruntukan tidak dapat dibelanjakan dalam tahun semasa.

111. Kelulusan penubuhan sesebuah TTKA adalah melibatkan beberapa agensi teknikal dalam memenuhi tatacara Penubuhan TASKA di premis Kerajaan.

112. Belanjawan 2021 telah memperuntukkan RM30 juta bagi penubuhan TTKA baharu dan penambahbaikan TTKA sedia ada dan keutamaan kepada Hospital. Pengemaskinian Terma Rujukan Pengurusan Geran TTKA telah dilaksanakan bagi tujuan penambahbaikan ruang TASKA sedia ada. KPWKM akan membuka permohonan Geran TTKA Tahun 2021 pada bulan Disember 2020.

113. Mesyuarat Penyelarasan Isu TASKA dan Pusat Jagaan bersama KPKT yang dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

23 Teks Ucapan telah diadakan pada 6 November 2020 bagi mempermudahkan proses pendaftaran TASKA.

Mempertingkatkan Dana kepada Pengusaha TASKA dan TADIKA Swasta

Datuk Yang di-Pertua.

114. Untuk makluman Yang Berhormat Tangga Batu, Bantuan Khas kepada Pengusaha TASKA disediakan untuk meringankan beban pengusaha TASKA dan ibu bapa dalam langkah pencegahan COVID-19 di TASKA. Sebanyak 2,623 TASKA dengan jumlah RM12.15 juta diluluskan kepada TASKA yang berdaftar dan berpotensi untuk didaftarkan.

Penundaan Projek Pembangunan KPWKM

Datuk Yang di-Pertua,

115. Kementerian amat peka dengan keperluan untuk mengutamakan perbelanjaan bagi menangani COVID-19 berbanding dengan pelaksanaan projek pembangunan yang kurang kritikal.

116. Untuk makluman Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Kubang Pasu, Peruntukan Pembangunan Kementerian (Maksud Pembangunan 48) yang disediakan bagi tahun 2021 adalah berjumlah RM125.6 juta.

117. Bagi Butiran 03100, Naiktaraf Bangunan KPWKM di Lot 4G11, Putrajaya, peruntukannya RM63.9 juta. Hakikatnya, peruntukan ini adalah untuk melunaskan komitmen Kerajaan terhadap bayaran sewa pajakan bangunan KPWKM kepada Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., kos utiliti dan keperluan penyelenggaraan bangunan KPWKM secara berjadual.

118. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bangunan KPWKM telah dibina secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (Private Finance Initiative, PFI). Oleh itu, komitmen bayaran sewa pajakan kepada

24 Teks Ucapan

Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. adalah selama 25 tahun iaitu sehingga tahun 2036.

119. Yang Berhormat Kubang Pasu, bagi Butiran 00704, Pembaikan/ Pembesaran Institut Kebajikan Sedia Ada, Kementerian amat berterima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana telah mengagihkan peruntukan yang besar berjumlah RM68.8 juta pada tahun ini (2020).

120. Untuk tahun 2021, Kementerian akan menyusun semula kerja-kerja tambahan yang perlu dilaksanakan di institusi-institusi JKM berdasarkan keutamaan bagi memastikan kemudahan dan peralatan di institusi- institusi JKM sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.

Rang Undang-undang Gangguan Seksual dan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial

Datuk Yang di-Pertua,

121. Yang Berhormat Permatang Pauh, Kementerian amat menghargai keprihatinan semua pihak melalui saranan dan gesaan agar Rang Undang-undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS) dan RUU Gangguan Seksual dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini.

122. Draf RUU PKS yang berkaitan kesalahan dan penalti telah disemak oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara pada bulan Januari 2020 manakala draf awal RUU PKS telah dikemukakan kepada Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada bulan Ogos 2020.

123. Namun demikian, berdasarkan semakan awal pihak AGC, terdapat beberapa perkara dasar yang perlu disemak, diperhalusi dan diteliti semula. Kementerian amat menghargai komitmen dan sokongan yang diberikan, termasuklah penglibatan pelbagai pihak dalam menyediakan draf RUU tersebut yang bukan sahaja melibatkan wakil daripada agensi Kerajaan tetapi juga dalam kalangan ahli-ahli akademik dan pertubuhan- pertubuhan bukan Kerajaan.

25 Teks Ucapan

124. Dimaklumkan bahawa usaha untuk menggubal RUU Gangguan Seksual masih lagi merupakan salah satu agenda yang menjadi keutamaan dan KPWKM sedang mengambil langkah progresif ke arah memuktamadkan RUU tersebut.

125. Ini termasuklah, membuat tindakan penyelarasan dan sesi libat urus dengan Kementerian dan agensi lain yang terlibat dalam penggubalan RUU ini. Tindakan ini amat penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan undang-undang ini kelak.

126. RUU ini mempunyai dua matlamat penting, iaitu mengehendaki setiap pihak mengambil langkah proaktif mencegah gangguan seksual daripada berlaku dan menyediakan pihak mangsa pembelaan undang- undang yang lebih sesuai, berkesan serta bermakna.

127. Tidak dapat dinafikan jadual penggubalan RUU ini sedikit terjejas berikutan dengan wabak pandemik COVID-19 yang telah mengehadkan pelaksanaan libat urus draf RUU berkenaan. Oleh yang demikian, sasaran pembentangan RUU dicadang untuk dibentangkan pada tahun 2021.

128. Walau bagaimanapun, KPWKM tetap komited melaksanakan program-program advokasi yang lebih meluas untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai hak-hak mereka dalam isu gangguan seksual melalui kerjasama strategik dengan beberapa pertubuhan bukan Kerajaan.

129. KPWKM sekali lagi mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas pandangan yang diberikan oleh semua pihak dan menyeru agar kita bersama-sama dapat menghormati setiap proses yang perlu dilalui dalam memastikan RUU Gangguan Seksual ini dapat diluluskan.

130. Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan kedua-dua RUU ini, pihak Kementerian juga telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak AGC pada bulan Oktober 2020.

26 Teks Ucapan

131. Pada masa kini, pihak Kementerian dalam usaha mengemaskini dan meneliti isu-isu dasar seperti yang dimaklumkan oleh pihak AGC sebelum draf RUU yang muktamad dikemukakan untuk semakan terperinci oleh pihak AGC.

Projek Rintis Alternative to Detention

Datuk Yang di-Pertua,

132. Yang Berhormat Permatang Pauh, Kementerian telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Imigresen Malaysia dan NGO berkenaan pelaksanaan projek rintis Alternative to Detention (ATD) untuk kanak-kanak tanpa penjaga dan terpisah dalam tahanan Imigresen. Kanak-kanak ini lari dari negara asal di atas kekejaman dan jika dibiarkan dalam tahanan, anak-anak ini terdedah dengan risiko kesihatan, kemurungan dan tekanan pasca trauma.

133. KPWKM melihat kepentingan memperkenalkan kaedah alternatif bertujuan memastikan kesejahteraan penghuni kanak-kanak di Depoh Tahanan Imigresen (DTI). Projek rintis ini juga membabitkan kerjasama antara JKM dan Jabatan Imigresen Malaysia sebagai agensi pelaksana serta dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

134. Pendekatan ATD tidak melihat kesalahan imigresen sebagai memerlukan penahanan tanpa perbicaraan, dan sebaliknya menekankan pencarian resolusi kes bagi kanak-kanak terbabit supaya dapat mematuhi undang-undang dan proses imigresen dalam negara.

135. Perkara ini merupakan manifestasi tanggungjawab kerajaan dan masyarakat dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan kanak- kanak benar-benar terpelihara.

27 Teks Ucapan

Statistik Talian Kasih yang Mengelirukan

Datuk Yang di-Pertua.

136. Saya ingin memberi penjelasan khususnya kepada Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Merbok dan Yang Berhormat Tangga Batu berkenaan statistik Talian Kasih yang telah dilaporkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pada 17 November 2020 dalam sesi Jawab Lisan.

137. Jumlah keseluruhan panggilan Talian Kasih 15999 dan WhatsApp 019-26 15999 bagi tempoh Januari hingga 14 November 2020 adalah sebanyak 159,703.

138. Jumlah panggilan mengikut kategori iaitu sebanyak 79,917 yang dinyatakan dalam jawapan lisan Dewan Rakyat pada 17 November 2020 adalah di bawah bidang kuasa Kementerian.

139. Angka tersebut adalah merujuk kepada soalan Yang Berhormat Batu Kawan yang bertanyakan tentang bilangan panggilan telefon kepada Talian Kasih 15999 mengikut jenis panggilan yang dalam kategori bidang kuasa KPWKM.

140. Manakala baki sebanyak 79,786 panggilan yang tidak dinyatakan dalam jawapan lisan tersebut adalah merangkumi panggilan pengujian teknikal (test call) atau aduan tidak berkaitan seperti panggilan tidak sempat dijawab oleh Call Agent, panggilan gangguan, pemanggil tidak bercakap dan lain-lain.

141. Memandangkan terdapat keprihatinan Ahli Yang Berhormat terhadap panggilan bukan di bawah bidang kuasa KPWKM yang direkodkan Talian Kasih, ianya akan turut dimasukkan dalam jawapan Parlimen untuk soalan-soalan yang akan datang sekiranya sesuai dan terdapat keperluan.

28 Teks Ucapan

(PENUTUP)

Datuk Yang di-Pertua,

142. Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan serta cadangan penambahbaikan yang melibatkan kumpulan sasar di bawah Kementerian ini. Kami menghargai segala cadangan dan teguran serta akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima.

143. Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat terhadap beberapa inisiatif Kementerian terutamanya dalam mengendalikan isu birokrasi bantuan, sumber manusia di JKM, sosial, wanita, OKU, kanak-kanak dan keluarga diharap dapat memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

144. Kementerian dari semasa ke semasa sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan hak dan kepentingan kumpulan sasar KPWKM terpelihara. Kenaikan kadar kemiskinan dan peningkatan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) menunjukkan terdapat keperluan yang mendesak untuk mengoptimumkan pengurusan sumber bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada golongan sasar.

145. Justeru itu, Kementerian sentiasa mengalu-alukan cadangan penambahbaikan dan sebarang bentuk kerjasama daripada semua pihak.

#KitaJagaKita “Teguh Kita, Menang Bersama”

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

29

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

YB DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD MENTERI PENGAJIAN TINGGI

BAGI

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (BELANJAWAN) 2021

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS DEWAN RAKYAT

25 NOVEMBER 2020 (RABU)

PENDAHULUAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamu’alaikum Warrahmatulahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Datuk Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin mengucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan 23 orang Ahli Yang Berhormat dalam memberikan pandangan dan saranan membina semasa sesi perbahasan. Sebanyak 40 soalan dan cadangan telah diajukan kepada KPT. Semua isu-isu akan dijelaskan dan dirumuskan mengikut tema.

2

(A) PENGURANGAN YURAN

Datuk Yang di-Pertua,

2. Kementerian menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh YB Pekan, YB Machang, YB Kuala Krai, YB Muar dan YB Tangga Batu berkenaan dengan pengurangan yuran pengajian pelajar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, secara amnya, pelajar di Universiti Awam (UA) hanya membayar dua hingga sepuluh peratus daripada kos sebenar yuran pengajian. Baki sebanyak 90 hingga 98 peratus dibiayai melalui subsidi Kerajaan.

3. Walau bagaimanapun, atas dasar keprihatinan, bagi pengajian semester 2 sesi 2019/2020, Kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan kadar yuran asrama dan perkhidmatan atau aktiviti pada kadar minima 15 peratus. Malah terdapat sesetengah UA, Politeknik dan Kolej Komuniti mengurangkan kadar sehingga 100 peratus. Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM72 juta. Langkah yang sama juga telah diteruskan bagi pengajian semester 1 sesi 2020/2021.

3

(B) BANTUAN KEPADA PELAJAR

Datuk Yang di-Pertua,

4. YB Pekan, YB Bagan,YB Machang, YB Pasir Mas, YB Sipitang, YB Parit, YB Bukit Mertajam, YB Pasir Salak, YB Arau dan YB Tangga Batu pula memperkatakan berkenaan dengan bantuan kepada pelajar bagi membolehkan mereka mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dengan lebih kondusif.

5. Perkara yang dibangkitkan ini sememangnya menjadi keutamaan kementerian. Justeru, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM41.2 juta bagi bantuan khususnya kepada pelajar B40 antaranya:

(i) Bantuan sumbangan pelan data dengan peruntukan berjumlah RM24 juta kepada 320,396 pelajar UA. Seramai 225,784 pelajar menerima bantuan simkad dan 94,612 pelajar menerima bantuan berbentuk tunai bagi pembelian pelan data; (ii) Bantuan pemilikan peranti dengan peruntukan RM13.4 juta. Bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 8,965 pelajar UA; (iii) Bantuan tunai sebanyak RM50 seorang secara one-off kepada 76,153 pelajar baharu bagi Sesi Akademik 2020/2021. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta; dan (iv) Dalam masa yang sama, pihak kementerian juga sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk menyediakan bantuan-bantuan lain untuk manfaat semua pelajar IPT termasuk pelajar IPTS.

6. Dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Kementerian turut melancarkan inisiatif crowdfunding melalui Tabung Prihatin Siswa. Inisiatif ini bertujuan untuk mengajak pihak luar sama- sama menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan kesulitan pelajar yang berkeperluan dalam meneruskan sesi PdP mereka. Dalam jangka masa sederhana pula, Kementerian akan meningkatkan kapasiti jalur lebar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan

4 memperkasakan Malaysian Research & Education Network (MYREN) kepada antara 500mbps hingga 10gbps dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

5

(C) PINJAMAN PTPTN

Datuk Yang di-Pertua,

7. Kerajaan sebelum ini telahpun bersetuju untuk menangguhkan pembayaran balik PTPTN bermula April sehingga September 2020. Berhubung dengan cadangan penyambungan moratorium pinjaman PTPTN oleh YB Bukit Mertajam, YB Jerantut dan YB Tangga Batu, hakikatnya kementerian telah melaksanakan penyambungan moratorium kali kedua mulai Oktober sehingga Disember 2020. Jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik bagi kedua-dua moratorium ini adalah sebanyak RM1.125 billion yang memanfaatkan 1.5 juta peminjam. Sungguhpun penangguhan diberikan, Kementerian mengucapkan terima kasih kepada 422,609 peminjam yang masih meneruskan bayaran balik pinjaman dengan jumlah RM595 juta bagi tempoh April hingga Oktober 2020. Untuk moratorium yang ketiga, Kementerian telah mengambil tindakan awal berbincang dengan agensi-agensi berkaitan termasuklah Kementerian Kewangan. Perkara ini akan dibawa untuk pertimbangan pihak Kerajaan selanjutnya.

8. Menyentuh tentang cadangan daripada YB Pasir Salak untuk menaikkan kembali kadar pinjaman PTPTN bagi setiap semester pengajian pula, sukacita dimaklumkan Kementerian bersetuju untuk menaikkan jumlah pinjaman PTPTN daripada RM6,800.00 kepada RM8,000.00 bagi peminjam dari keluarga B40 yang melanjutkan pengajian peringkat Diploma di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tertakluk kepada simpanan bertakaful oleh pihak IPTS bermula pada tahun 2021. Pada masa yang sama, Kementerian juga bersetuju untuk meluaskan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN kepada pelajar IPTS dari keluarga B40 berdasarkan syarat kelayakan PTPTN mulai tahun 2021.

9. YB Johor Bahru dan YB Arau pula mencadangkan supaya faedah pinjaman dikecualikan dan diskaun bayaran balik diberikan kepada peminjam. Kementerian akan mengkaji cadangan ini secara serius dan pada masa yang sama memastikan kelestarian sumber kewangan PTPTN tidak terjejas untuk jangka masa panjang.

6

(D) BANTUAN KEPADA IPTS DAN IPTS BUMIPUTERA

Datuk Yang di-Pertua,

10. YB Simpang Renggam, YB Libaran dan YB Pasir Salak telah menyentuh mengenai bantuan yang diberikan kepada IPTS. Kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah memperuntukkan sejumlah dana melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu usahawan Bumiputera dan pengusaha Kolej Latihan Bumiputera termasuk IPTS yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

11. Selain itu, sejumlah RM50 juta daripada peruntukan PENJANA telah disalurkan kepada IPT untuk melaksanakan program Career Advancement Programme atau KPT-CAP khusus kepada pelajar-pelajar IPTS. Dalam Bajet 2021, Kerajaan turut memperuntukkan RM150 juta untuk merealisasikan inisiatif KPT-PACE (Professional Certification). Inisiatif ini menawarkan baucar bernilai RM3,000 kepada pelajar di IPTA dan IPTS yang berhasrat untuk mendapatkan sijil profesional dalam bidang masing-masing.

12. Selain daripada perkara di atas, KPT juga telah melaksanakan usaha berikut:

i. Menubuhkan Pasukan Petugas Kebangsaan Pemudahcara IPTS Sebagai Industri (PEMUDAH IPTS). Pasukan ini akan mengenalpasti isu dan cabaran yang dihadapi IPTS serta mencadangkan penyelesaian terbaik agar IPTS dapat bergerak maju dan bersaing di peringkat global; dan ii. Memberi lebih banyak kelulusan kepada IPTS untuk melaksanakan persijilan berdasarkan pengalaman yang dikenali sebagai Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu atau Accreditation of Prior Experiantial Learning (APEL).

7

(E) ELEMEN KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN TINGGI NEGARA

Datuk Yang di-Pertua,

13. YB Pontian telah menyentuh tentang kewujudan Falsafah Pendidikan Tinggi Negara dan cadangan untuk memasukkan elemen keusahawanan ke dalam falsafah tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kesungguhan KPT terhadap pembangunan keusahawanan dalam kalangan pelajar ditegaskan melalui Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Pendidikan Tinggi 2015 – 2025, dengan objektif untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Selanjutnya, Pelan Tindakan Keusahawanan, Institusi Pengajian Tinggi telah dibangunkan sebagai panduan induk kepada IPT untuk memperkukuh pelaksanaan agenda keusahawanan masing-masing. Seperti jawapan lisan saya kepada soalan Ahli Yang Berhormat sebelum ini, seramai 49,983 orang pelajar telah menjalankan perniagaan dalam tempoh pengajian. Manakala 7,148 orang graduan masih meneruskan kerjaya mereka sebagai usahawan selepas tamat pengajian.

14. Terkini, KPT sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021 – 2025 dan diperkukuhkan lagi oleh MOHE Guide To Entrepreneurship Integrated Education (EIE), sebagai guiding principle pembentukan ekosistem keusahawanan di IPT yang lebih tuntas.

8

(F) BANTUAN PENDIDIKAN ‘MYBRAIN’

Datuk Yang di-Pertua,

15. YB Kemaman telah menyentuh mengenai bantuan pendidikan MyBrain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program MyBrain15 telah berjaya menaja seramai 56,910 orang pelajar bagi mengikuti program di peringkat pascasiswazah dan sehingga September 2020, seramai 30,427 pelajar tajaan MyBrain15 telah berjaya menamatkan pengajian. Program ini telah menunjukkan impak positif yang menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya dan peningkatan pendapatan serta taraf hidup. Sehubungan dengan itu, Kementerian telah mengemukakan cadangan bagi meneruskan pelaksanaan program MyBrain15 ini kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. KPT berhasrat menjadikan program ini sebagai satu daripada program berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke- 12 (2021 – 2025).

9

(G) BANTUAN/BIASISWA PENUH KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI

16. Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai saranan daripada YB Cameron Highland supaya masyarakat Orang Asli diberikan bantuan atau biasiswa penuh untuk menyambung pengajian di IPT. Kerajaan komited dan prihatin dalam menyediakan pelbagai sumber pembiayaan kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan termasuk pelajar Orang Asli melalui biasiswa, pinjaman pelajaran serta bantuan kewangan sedia ada.

17. Selain itu, bagi meningkatkan akses pendidikan tinggi kepada masyarakat Orang Asli, KPT telah mewujudkan mod kemasukan secara laluan khas untuk pelajar Orang Asli bagi lepasan SPM dan STPM atau setaraf. Pada Sesi Akademik 2020/2021, seramai 304 calon pelajar Orang Asli telah memohon untuk melanjutkan pengajian melalui UPUOnline, dan dari jumlah tersebut seramai 273 calon atau 90 peratus telah ditawarkan tempat ke IPTA dan institut latihan kemahiran awam (ILKA).

10

(H) KOLABORASI MASYARAKAT MELALUI PROGRAM SULAM

Datuk Yang di-Pertua,

18. YB Simpang Renggam telah menyentuh mengenai usaha IPT untuk membantu masyarakat terutamanya menerusi program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti SULAM masih diteruskan menggunakan pendekatan baharu secara dalam talian sesuai dengan situasi semasa. Inisiatif yang kini dikenali sebagai e-SULAM merupakan kaedah PdP yang melibatkan interaksi pelajar dengan komuniti secara dalam talian. Interaksi ini melibatkan pengkongsian video dan pengkongsian maklumat melalui media sosial. Bagi menggalakkan penglibatan pelajar bersama komuniti dan industri, bermula November 2020 Kementerian turut melaksanakan pertandingan e-SULAM peringkat nasional.

11

(I) PERUNTUKAN BIASISWA

Datuk Yang di-Pertua,

19. Kementerian amat mengambil berat keperluan bantuan biasiswa kepada pelajar. Berhubung peruntukan biasiswa yang dibangkitkan oleh YB Tangga Batu, pada tahun 2020, KPT telah diberi peruntukan sebanyak RM170 juta. Peruntukan tersebut bagi membiayai 26,000 pelajar sedia ada dan tajaan baharu meliputi pengajian di dalam dan di luar negara.

20. Pada tahun 2021 pula, Kementerian memberikan tumpuan penajaan yang lebih kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam negara. Pendekatan ini diambil berdasarkan rasional berikut:

(i) Situasi pendemik COVID-19 yang membataskan pergerakan keluar dan masuk ke sesebuah negara; (ii) Kos pengajian dalam negara yang secara relatifnya lebih rendah berbanding kos di luar negara, secara tidak langsung dapat menambah bilangan pelajar yang ditaja; dan (iii) Membantu kelangsungan pengoperasian IPTS melalui tajaan kepada pelajar mereka.

21. Justeru, peruntukan sebanyak RM162 juta pada tahun 2021 dijangka tidak menjejaskan matlamat untuk membangunkan modal insan negara memandangkan jumlah sasaran penerima pada tahun tersebut diunjurkan sebanyak 33,000 pelajar, melebihi jumlah sebenar penerima pada tahun 2020.

12

(J) PERUNTUKAN UiTM

Datuk Yang di-Pertua,

22. Kerajaan tidak pernah mengetepikan kepentingan institusi pendidikan bumiputera seperti UiTM. Untuk makluman YB Simpang Renggam dan YB Tangga Batu, jumlah peruntukan mengurus yang diterima UiTM pada tahun 2020 sebanyak RM1.861 billion adalah termasuk peruntukan untuk Hospital UiTM. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2021 peruntukan tersebut telah diasingkan. Secara keseluruhannya, peruntukan untuk UiTM (tidak termasuk HUiTM) pada tahun 2020 adalah sebanyak RM1.737 billion, manakala peruntukan untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM1.733 billion, iaitu pengurangan hanya sebanyak RM3 juta atau 0.18 peratus sahaja. Saya ingin maklumkan bahawa pengurangan sebanyak 0.18 peratus ini akan ditampung oleh pihak Kementerian melalui penjimatan dalaman yang dilaksanakan.

23. Saya juga ingin memaklumkan bahawa peruntukan pembangunan yang diterima oleh UiTM dalam bajet 2021 adalah lebih tinggi berbanding peruntukan 2020. Dalam tahun 2020, UiTM diperuntukan sebanyak RM877.1 juta manakala untuk tahun 2021, UiTM diperuntukan sebanyak 901.42 juta iaitu peningkatan sebanyak 2.77 peratus.

24. Kementerian ingin menegaskan bahawa kebajikan warga UiTM merupakan antara yang menjadi keutamaan KPT. Justeru, saya ingin menyatakan jaminan bahawa 100 peratus peruntukan emolumen kepada kakitangan akademik akan disalurkan. Selain daripada itu, kementerian juga memberi jaminan bahawa pembayaran gaji dan emolumen kepada kakitangan kontrak (EKK) akan turut dibiayai oleh Kerajaan.

13

(K) NAIK TARAF DARUL QURAN

Datuk Yang di-Pertua,

25. YB Dungun pula telah mencadangkan supaya Darul Quran dinaik taraf sebagai Universiti Al-Quran. Kementerian menyambut baik cadangan tersebut dan perbincangan lanjut perlu diadakan bagi melihat kesediaan institusi di samping memastikan syarat serta kriteria proses naik taraf yang ditetapkan dipenuhi sepenuhnya.

14

(L) CAWANGAN UNIVERSITI AWAM DI KEMAMAN

26. YB Kemaman ada menyentuh mengenai pewujudan cawangan UA di Kemaman. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, di Terengganu telah ada dua (2) kampus utama UA, iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan UniSZA. Manakala lima (5) kampus cawangan juga telah dibina di beberapa daerah seperti UniSZA Kampus Tembila, Besut; UMT Bukit Kor, Marang; UiTM Kuala Terengganu; Dungun; dan Bukit Besi. Selain itu, empat (4) Politeknik dan tiga (3) Kolej Komuniti juga telah beroperasi di Terengganu dan salah sebuah Kolej Komuniti tersebut berada di Kemaman. IPT-IPT ini berupaya menampung keperluan pelajar khususnya di Terengganu untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

15

(M) PENUTUP

Datuk Yang Di-Pertua,

27. Sekali lagi Kementerian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan, perhatian dan sokongan berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya terhadap usaha- usaha memartabatkan kecemerlangan pendidikan tinggi negara yang diterajui oleh KPT.

28. Perkara-perkara lain yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya sentuh kerana kesuntukan masa akan dijawab secara bertulis.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Pengajian Tinggi 25 November 2020

16

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

BAGI

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (BELANJAWAN) 2021

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS DEWAN RAKYAT

25 NOVEMBER 2020 (RABU)

1

UCAPAN PENGGULUNGAN PERBAHASAN RUU PERBEKALAN 2021 DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KE-14 KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) 25 NOVEMBER 2020

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua,

 Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan 2021 yang telah membangkitkan isu- isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

ISU VAKSIN COVID-19

Tuan Yang di-Pertua,

 Seramai 12 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan telah membangkit persoalan berkaitan vaksin.

Peruntukan RM3 Bilion Perolehan Vaksin

 Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Serian dan Yang Berhormat Kota Samarahan yang

2

bertanyakan sama ada jumlah peruntukan RM3 bilion bagi tujuan perolehan vaksin ini adalah mencukupi.

 Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sasaran imunisasi kebangsaan bagi tujuan imuniti kelompok (herd immunity) bagi penyakit COVID-19 adalah sehingga 70% jumlah populasi negara. Bersandarkan kepada sasaran ini, pihak MOSTI telah menjalankan simulasi anggaran peruntukan yang diperlukan dengan mengambilkira jangkaan harga purata vaksin-vaksin yang sedang dibangunkan serta peratusan perolehan wajar bagi setiap satu jenis vaksin daripada pelbagai syarikat farmaseutikal.

 Menerusi simulasi ini, anggaran jumlah yang diperlukan bagi memenuhi sasaran 70% populasi negara yang menerima vaksin COVID-19 adalah sekitar RM3 bilion. Walaupun begitu, jumlah RM3 bilion ini masih lagi tertakluk kepada perubahan memandangkan harga akhir vaksin yang akan diperolehi kelak masih di peringkat rundingan dan perbincangan.

Penglibatan Tempatan dalam Pembangunan Vaksin

Tuan Yang di-Pertua,

 Yang Berhormat Jerlun telah mencadangkan agar peruntukan disediakan bagi penciptaan vaksin tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada vaksin daripada luar negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini Malaysia tidak mempunyai fasiliti lengkap untuk pembuatan vaksin bagi kegunaan kesihatan manusia.

3

 Menyedari keadaan semasa memerlukan suatu tindakan proaktif, Mesyuarat Majlis Sains Negara baru-baru ini telah bersetuju agar suatu Roadmap Pembangunan Vaksin Negara dibangunkan dengan objektif menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun. Roadmap ini dijangka siap pada suku kedua tahun 2021.

 Selain daripada pembangunan roadmap ini, MOSTI juga telah menawarkan skim dana baharu iaitu MOSTI Combating COVID-19 Fund yang menggalakkan projek R&D&C&I dalam memerangi dan mengawal wabak COVID-19.

 MOSTI telah meluluskan satu (1) projek menerusi tabung ini yang berjumlah RM2.1 juta kepada Universiti Malaya (UM) bagi pembangunan vaksin COVID-19. MOSTI berharap inisiatif ini menjadi satu platform bagi penciptaan vaksin tempatan seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan bekalan vaksin dari luar negara.

 Selain itu, Kerajaan juga turut memasukkan elemen pemindahan teknologi dan kepakaran menerusi rundingan yang sedang dibuat bagi tujuan perolehan vaksin daripada negara atau syarikat farmaseutikal luar negara. Sebagai contoh, perjanjian kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China yang ditandatangani pada minggu lepas turut bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan vaksin pada masa hadapan. Begitu juga perbincangan awal saya dengan pihak Rusia, tidak terhad kepada kemungkinan pembelian vaksin Sputnik 4

tetapi juga pemindahan kepakaran membangunkan vaksin COVID- 19 dan untuk virus lain di Malaysia.

 Seterusnya Yang Berhormat Libaran telah membangkitkan tentang persediaan syarikat GLC iaitu PharmaNiaga dan Duopharma bagi tujuan pembotolan vaksin COVID-19. Ini dikenali sebagai fill and finish.

 Seperti mana yang telah dimaklumkan dalam persidangan penggal yang lepas, kedua-dua syarikat ini mempunyai fasiliti yang berkemampuan untuk melaksanakan fill and finish. Duopharma akan menggunakan kemudahan sedia ada di Klang untuk melaksanakan fill and finish. Kemudahan tersebut perlu dinaik taraf dan dijangka akan disiapkan menjelang awal 2021. Manakala, Pharmaniaga mempunyai kemudahan sedia ada yang boleh diubahsuai (converted) bagi tujuan pembuatan vaksin COVID-19 fill and finish bagi satu dos vaksin dan multi-dos vaksin.

 Keputusan pemilihan syarikat bagi tujuan fill & finish tidak tertakluk kepada Duopharma dan Pharmaniaga sahaja. Kita menggalakkan mana-mana syarikat yang boleh melaksanakan fill and finish, ataupun pembuatan vaksin dari pihak swasta. Pemilihan syarikat dilakukan adalah berdasarkan keupayaan untuk mengilang produk farmaseutikal tempatan yang telah memenuhi keperluan Amalan Perkilangan Baik (GMP) mengikut standard Pharmaceutical Inspection Co-operation Scheme (PIC/S). Pemilihan pengilang yang telah memenuhi standard ini sangat penting bagi memastikan aspek technology transfer boleh berjalan dengan lancar.

5

Pembangunan Vaksin dari Negara Islam

Tuan Yang Di-Pertua,

 Seterusnya berkaitan isu pembangunan vaksin COVID-19 oleh negara-negara Islam yang disentuh oleh Yang Berhormat Jelebu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini terdapat beberapa buah negara Islam yang turut membangunkan vaksin COVID-19 seperti Iran, Kazakhstan dan juga Indonesia. Walau bagaimanapun, difahamkan pembangunan vaksin dari negara- negara tersebut masih lagi di peringkat awal.

Komunikasi Kumpulan Anti-Vaksin dan Status Halal Vaksin

 Yang Berhormat Jelebu juga Yang Berhormat Parit telah membangkitkan perkara berhubung isu golongan anti-vaksin serta isu vaksin COVID-19 yang halal.

 Untuk makluman Ahli–ahli Yang Berhormat, di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), telah dibentuk sebuah Jawatankuasa Kecil Komunikasi (JKK) yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang berperanan menyampaikan maklumat strategik berkenaan vaksin kepada negara dan rakyat serta kepada khalayak sasaran yang tepat berhubung vaksin COVID-19.

6

 Suatu pelan komunikasi strategik sedang dirangka dan ini termasuklah bagi menangani gerakan anti-vaksin. Selain daripada agensi kerajaan yang berkaitan, pelan komunikasi ini juga akan melibatkan pelbagai kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agamawan, ketua komuniti serta pihak swasta bagi mamastikan penerangan jelas berkaitan vaksin ini dapat disampaikan secara berkesan kepada setiap kumpulan sasaran.

 Berkenaan status halal vaksin pula adalah seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga akan turut menganggotai Jawatankuasa Kecil ini bagi memastikan orang Islam di negara ini mendapatkan maklumat yang tepat berkait penggunaan vaksin ini.

Teknologi Kawalan Pandemik COVID-19

Tuan Yang di-Pertua,

 Izinkan saya mengulas mengenai gesaan Yang Berhormat Langkawi supaya Kerajaan mengenal pasti dan mengkaji teknologi– teknologi baharu dalam usaha mendepani pandemik COVID-19.

 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Langkawi, MOSTI telah diberi mandat untuk mengetuai Kumpulan Kerja 9 (KK9): Sains & Teknologi di bawah Jawatankuasa Strategik Pengurusan Pandemik (JSPP) di bawah MKN.

7

 Melalui jawatankuasa ini, MOSTI telah menyediakan cadangan program yang akan dilaksanakan di bawah kumpulan kerja ini yang mengandungi pelan tindakan semasa, jangka masa sederhana dan panjang.

 Di antara program yang telah dikenalpasti ialah:

i) Penambahbaikan aplikasi pengesanan kontak sedia ada;

ii) Pembangunan sistem pemantauan kuarantin berdasarkan kepada teknologi;

iii) Pembangunan kaedah penyaringan - rapid testing kit, yang bakal menjadi salah satu strategi untuk pengurusan pandemik jangka masa sederhana;

iv) Sistem pengesanan pemandu dan kenderaan daripada luar negara;

v) Pembangunan teknologi blockchain bagi pengesanan vaksin;

vi) Digital Health Certificate;

vii) Teknologi bahan nano dalam penyediaan PPE; dan

viii) Inisiatif Geo-dataraya Kebangsaan untuk membangunkan risk map supaya kawalan pergerakan untuk masa yang akan datang boleh dilaksanakan dengan lebih teliti lagi.

8

APLIKASI TEKNOLOGI DAN AUTOMASI DALAM SEKTOR PERTANIAN

Tuan Yang di-Pertua,

 Akhir sekali, izinkan saya mengulas saranan dan cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Salak berkaitan aplikasi teknologi dan automasi dalam bidang pertanian di kawasan jelapang padi.

 Untuk makluman ahli Yang Berhormat, MOSTI melalui agensi-agensi pelaksananya telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasa agenda pertanian negara.

 MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Pertanian (DOA) telah membangunkan Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi. Sistem ini telah mula dioperasikan semenjak tahun 2012 dan diperluaskan ke 12 jelapang padi di seluruh Malaysia.

 Sistem ini menggunakan imej satelit multi-temporal Radarsat-2 untuk mengenalpasti keluasan sebenar kawasan bertanam padi pada setiap musim dan pemantauan empat (4) status aktiviti penanaman padi iaitu membajak, mengairi, menanam dan menuai dengan kekerapan setiap 11 hari.

 Imej satelit ini diintegrasikan dengan maklumat sempadan pentadbiran, skim pengairan, maklumat pesawah dan lot sawah dalam satu pangkalan data bagi membolehkan agensi pertanian

9

mengurus dan memantau jelapang padi dengan lebih mudah, tepat dan cepat. Hasil kajian keberkesanan pengoperasian sistem mendapati sistem ini menjimatkan masa sebanyak 50% berbanding turun di lapangan, memantau 100% keseluruhan jelapang dan penjimatan subsidi Kerajaan sehingga 10%.

 Terbaharu, inisiatif National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) telah diperkenalkan pada tahun ini bertujuan membantu dalam mempercepatkan proses penciptaan, penerimaan, dan pengkomersialan teknologi dan inovasi tempatan di semua peringkat.

 Sehingga 18 November, terdapat 52 permohonan dalam bidang pertanian telah dikenalpasti untuk pelaksanaan Sandbox. Melalui platform Sandbox, MOSTI telah menjalankan kerjasama strategik dengan pihak FELDA dalam membantu memenuhi hala tuju Inisiatif Pertanian Pintar. Ini membuka peluang kepada agensi di bawah sektor pertanian yang lain untuk bekerjasama bersama pihak MOSTI dalam meningkatkan produktiviti pertanian sawah padi melalui penggunaan teknologi termaju, mewujudkan peluang ekonomi dan pekerjaan yang bernilai tinggi kepada generasi baharu penanam padi, serta mempercepatkan proses R&D dan pengkomersialan.

 Selain itu, melalui Sandbox juga, sebanyak sepuluh (10) startups yang berkaitan dengan dron telah dikenal pasti dan telah mencadangkan empat (4) startups untuk menjalani ujian dron di tapak pertanian FELDA. Hasil daripada ujian ini, membantu mewujudkan parameter bersesuaian bagi tujuan pengunaan dron secara menyeluruh di dalam negara.

10

PENUTUP

Sekian sahaja maklum balas saya tentang isu-isu di bawah MOSTI yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan RUU Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 Tahun 2020 dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh bidang kuasa MOSTI.

Terima kasih.

11

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

YB DATO' SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN MENTERI DALAM NEGERI

BAGI

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (BELANJAWAN) 2021

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS DEWAN RAKYAT

25 NOVEMBER 2020 (RABU)

PENDAHULUAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Saya mengucapkan terima kasih kepada seramai 13 orang Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan 2021 Peringkat Dasar di Dewan Yang Mulia ini dari 9 hingga 19 November 2020 yang telah menyentuh portfolio berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

2. Secara keseluruhannya, Belanjawan 2021 telah memperuntukkan sebanyak RM17 billion khusus kepada kementerian saya bagi memberi fokus kepada mempertingkat Keselamatan dan Ketenteraman Awam.

2a. Saya mengambil kesempatan di dalam Dewan Yang Mulia ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota PGA, Kpl. Baharuddin Bin Ramli yang telah terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup. Manakala rakan setugas mangsa, Kpl. Norihan A/L Tari cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Saya juga memohon Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini supaya mendoakan agar anggota kita yang cedera itu segera sembuh.

2

(I) KEPENJARAAN, DADAH DAN RELA

Tuan Yang di-Pertua,

3. Bagi menjawab soalan YB Seputeh dan YB Permatang Pauh untuk membebaskan lebih ramai banduan melalui pindaan parol dan lembaga pengampunan dalam menangani COVID-19 di penjara, saya ingin memaklumkan bahawa KDN telah melaksanakan Pelepasan Secara Perintah Parol di bawah peruntukan Bahagian IV A, Akta Penjara 1995 bermula pada tahun 2008. Sehingga kini, seramai 35,021 banduan telah dibebaskan.

4. Jabatan Penjara Malaysia juga telah melaksanakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) bagi banduan yang hukumannya di bawah 1 tahun yang berada pada tahap tertentu pemulihan. Semenjak ia dilaksanakan pada Oktober 2020, seramai 500 banduan telah dilepaskan secara PBSL.

5. Bagi menjawab pertanyaan YB Permatang Pauh, Rang Undang-Undang baharu Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan 2020 sedang dalam proses penggubalan. Buat masa ini Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan bengkel bersama Kementerian / Jabatan / Agensi termasuk akan mengadakan perbincangan bersama NGO dan juga Pusat Pemulihan Dadah Persendirian yang terlibat dalam usaha menangani masalah dadah bagi mendapatkan input dan cadangan penggubalan akta baharu

3

tersebut. Insha Allah ianya akan dibawa dalam persidangan Parlimen akan datang.

6. YB Raub juga telah mencadangkan supaya membahagikan sebahagian daripada perkhidmatan rawatan pemulihan dadah serta pencegahan kepada NGO.

7. Dalam hal ini, AADK mempunyai peranan utama yang sentiasa bersedia untuk berganding bahu bersama NGO dalam usaha memperluas dan memantapkan pendidikan pencegahan dalam komuniti serta perkhidmatan rawatan dan pemulihan.

8. Melalui Inisiatif Bersepadu Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah, Substan dan Pelencongan Sosial di 12 Kawasan Berisiko Tinggi, Jabatan Kerajaan dan badan NGO dapat memainkan peranan mengikut kompetensi dan kepakaran masing-masing. Selaras dengan usaha Kerajaan untuk membangunkan komuniti melalui penglibatan NGO, sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan bagi merealisasikan pelaksanaan Inisiatif Bersepadu tersebut untuk meningkatkan usaha pendidikan pencegahan serta rawatan dan pemulihan dadah. Sehingga Oktober 2020, sebanyak 1,065 program kolaborasi telah dilaksanakan di 12 kawasan Inisiatif Bersepadu bersama 302 NGO.

4

Tuan Yang di-Pertua,

9. YB Beaufort, YB Pekan dan YB Tuaran telah bertanyakan mengenai cadangan pelaksanaan tindakan holistik bagi membanteras PATI di seluruh negara terutamanya di Sabah, cadangan pemberian ganjaran kepada orang awam yang memberikan maklumat serta status Laporan Audit Negara berhubung kemasukan pelancong China dan India yang tiada rekod keluar.

10. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, aktiviti penguatkuasaan ke atas PATI di seluruh negara terutamanya di negeri Sabah akan terus dipertingkatkan dan ditambah baik dengan pelaksanaan Pelan Holistik Penguatkuasaan PATI. Pelan tersebut merupakan strategi penguatkuasaan yang komprehensif untuk mengatasi permasalahan kebanjiran PATI di negara ini dalam tempoh 5 tahun. Objektif pelan ini adalah untuk mewujudkan satu ekosistem yang tidak kondusif kepada PATI melalui pendekatan mendaya upaya agensi penguat kuasa dan kawalan sedia ada termasuk meningkatkan kerjasama strategik dan kesedaran masyarakat setempat.

11. Pada masa ini, operasi bersepadu Op Benteng dipertingkatkan melalui pewujudan National Task Force (NTF). Op Benteng dilaksanakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan secara bersepadu dengan pelbagai Agensi / Jabatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan

5

Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia yang mana ditugaskan untuk menyekat kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan. Bermula dari 1 Mei 2020 sehingga 22 November 2020, tangkapan PATI melalui Op Benteng merekodkan seramai 8,551 orang dari pelbagai warganegara.

12. Bagi menyokong pelaksanaan Op Benteng secara menyeluruh, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah turut melaksanakan operasi penguatkuasaan bersasar bagi menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah. Dari 1 Januari 2020 sehingga 20 November 2020, sebanyak 753 operasi telah dilaksanakan melibatkan tangkapan seramai 1,840 PATI serta 24 orang majikan atas pelbagai kesalahan imigresen.

13. Terdapat cadangan daripada YB Pekan untuk memberikan ganjaran kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyeludupan PATI.

14. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Seksyen 26 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) memperuntukkan mana-mana agensi penguatkuasaan boleh memberikan ganjaran dalam apa jua bentuk kepada pemberi maklumat berhubung pendedahan kelakuan tidak wajar atau yang memudaratkan.

6

15. Berdasarkan Seksyen 59C Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) juga, Ketua Pengarah boleh memerintahkan imbuhan sebagaimana yang difikirkan patut untuk dibayar kepada mana- mana orang bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan berhubung dengan pengesanan dan pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta tersebut. Justeru, cadangan pemberian ganjaran tentang isu penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) boleh dipertimbangkan bagi meningkatkan pengesanan kesalahan imigresen berkenaan.

16. Berdasarkan Laporan Audit Negara berhubung kemasukan pelancong China dan India yang tiada rekod keluar seperti yang diutarakan oleh YB Tuaran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

PENUTUP

Tuan Yang di-Pertua,

17. Setakat ini sahajalah penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkaitan KDN.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

7

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

YB DATO' SAIFUDDIN BIN ABDULLAH MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

BAGI

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (BELANJAWAN) 2021

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS DEWAN RAKYAT

25 NOVEMBER 2020

1

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN RAKYAT: SESI PENGGULUNGAN JAWAPAN KE ATAS BELANJAWAN 2021 KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA GILIRAN KE-13 DARIPADA 27 25 NOVEMBER 2020 (RABU)

Tuan Yang di-Pertua.

1. Bagi pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam memberikan pandangan yang menyentuh tugas Kementerian saya sepanjang Perbahasan Belanjawan ini.

2. Seramai lima puluh empat (54) orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan enam puluh lapan (68) usul yang berkaitan.

3. Penggulungan saya akan menyentuh lapan (8) perkara iaitu : i. Majlis Media Malaysia; ii. Ekonomi Digital; iii. MERS 999; iv. Peruntukan Kompleks Angkasapuri; v. Penyebaran Berita Palsu; vi. Perkhidmatan Telekomunikasi; vii. Perkhidmatan Internet / Jalur Lebar; dan viii. Peruntukan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

2 Tuan Yang di-Pertua,

4. Berkaitan Majlis Media Malaysia (YB Lembah Pantai. )

4.1. KKMM telah menerima laporan pro-tem committee Majlis Media Malaysia (MMM) berhubung cadangan penubuhan MMM dan cadangan draf Rang Undang-Undang (RUU) yang berkaitan. Memandangkan cadangan penubuhan MMM ini melibatkan pelbagai pemegang taruh, maka sesi libat urus perlu terlebih dahulu diadakan secara intensif dan mendalam bagi membolehkan Kementerian ini mendapat maklum balas yang komprehensif untuk mempertimbangkan cadangan ini dengan lebih lanjut.

5. Berkaitan Ekonomi Digital (YB Klang)

5.1. Kerajaan mengambil maklum saranan YB Klang dalam memberi fokus untuk melatih dan memberi kesedaran kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mendalami kemahiran digital. Dalam hal ini, MDEC, khususnya telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menggalakkan PKS dan usahawan mikro menggunakan teknologi digital, khususnya aplikasi e-dagang dalam perniagaan.

5.2. Antara inisiatifnya tersebut adalah, Program eUsahawan, Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS), Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) , Go-eCommerce,

3 Kempen eDagang untuk PKS, Usahawan Mikro (PKSM) dan Kempen Shop Malaysia Online.

5.3. Di samping itu, terdapat Digital Xccelerator (DX) iaitu gerbang utama yang menyediakan rujukan seperti program kesedaran, nasihat mengenai digital, dana, pusat sumber dalam talian, program berkaitan pendigitalan dan penyelesaian digital yang diselaraskan.

5.4. Kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara dan dipengerusikan YAB Perdana Menteri. Ia bertujuan untuk menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital dan 4IR di Malaysia. Penubuhan majlis ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi digital di Malaysia yang bersifat inklusif. Enam (6) kluster telah dibentuk iaitu ekonomi, bakat digital, masyarakat, infrastruktur digital dan data, teknologi baru muncul dan Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua,

6. Berkaitan MERS 999 (YB Setiu)

6.1. MERS 999 merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kecemasan kepada orang awam dengan melibatkan kerjasama agensi pusat dan agensi-agensi kecemasan negara berdasarkan peruntukan 192 di bawah

4 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sistem MERS 999 yang sedia ada akan diteruskan dan pada masa yang sama, akan dilakukan migrasi ke Sistem Next Generation Emergency Services (NG999). Sistem baru ini akan mengambil kira perkembangan teknologi baharu seperti Artificial Intelligence (AI), Big Data Analytics (BDA), Internet of Things (IoT) dan 5G.

6.2. Untuk makluman Yang Berhormat juga, aktiviti pencemaran bukan merupakan aktiviti yang termasuk dalam penakrifan perkhidmatan kecemasan seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Walau bagaimanapun, sekiranya pencemaran tersebut melibatkan kecemasan nyawa, MERS 999 boleh mengendalikan panggilan tersebut tetapi sekiranya dengan perkembangan terbaru ada cadangan tentang kecemasan-kecemasan bentuk baharu atau kecemasan bukan tradisional, ia boleh dipertimbangkan tetapi haruslah diteliti terlebih dahulu supaya tidak menjejaskan operasi sebenar MERS 999 atau yang baharu nanti, NG999.

7. Berkaitan Projek Pembangunan Kompleks Angkasapuri atau lebih dikenali dengan Media City (YB Langkawi)

7.1. Peruntukan sebanyak RM125 juta untuk Kompleks Angkasapuri adalah untuk membayar sewaan iaitu Availability Charges bagi Projek Media City. Projek ini dilaksanakan melalui Private Finance Initiative (PFI) secara konsep Build, Lease, Maintain & Transfer (BLMT).

5 Sebahagian daripada projek ini juga telah pun siap dan digunakan oleh RTM.

7.2. Skop projek ini ialah memperlengkapkan bangunan RTM sedia ada dengan peralatan penyiaran baharu dan juga menaik taraf peralatan penyiaran sedia ada dari format Standard Definition (SD) ke format High Definition (HD). Projek ini juga sejajar dengan Projek Pendigitalan Nasional iaitu migrasi TV analog ke siaran TV digital seluruh negara. Sekiranya projek ini ditangguhkan, RTM secara langsungnya tidak boleh bersiaran kerana sebahagian besar dari peralatan dan sistem yang digunakan oleh RTM untuk beroperasi sekarang termasuk dalam skop projek ini.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Berkaitan Penyebaran Berita Palsu (YB Arau dan YB Setiu)

8.1. KKMM telah melaksanakan program dan aktiviti untuk membendung penyebaran berita palsu antara lain melalui Pasukan Respons Pantas (PRP) semasa negara berdepan pandemik COVID-19. PRP KKMM turut menjalinkan kerjasama strategik dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sehingga 24 November 2020, sebanyak 409 penafian berita palsu telah diperjelaskan kepada masyarakat. Ini di samping yang dicharge di mahkamah dan sebagainya.

6 8.2. Dari segi perundangan, peruntukan undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) adalah antara instrumen perundangan yang terguna pakai dalam mengawal perekaan, penerbitan dan penularan kandungan atau berita tidak benar pada ketika ini. Dan buat masa ini, KKMM merasakan undang-undang yang sedia ada adalah mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua,

9. Berkaitan Perkhidmatan Telekomunikasi (YB Pekan, YB Ipoh Barat, YB Jelebu, YB Parit, YB Setiu dan YB Klang)

9.1. Kini terdapat syarikat penyedia perkhidmatan yang menawarkan pakej paling asas untuk jalur lebar talian tetap dengan kelajuan 30Mbps pada harga serendah RM79, dan 100Mbps pada harga serendah RM99. Harga pakej asas jalur lebar mudah alih prabayar pula di antara RM9 hingga RM30 sebulan, manakala harga pakej asas jalur lebar mudah alih pascabayar adalah antara RM8 hingga RM38 sebulan. Dengan adanya pelbagai pelan yang ditawarkan, golongan B40 dan M40 boleh memilih pilihan pakej mampu milik yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

9.2. Penawaran Internet secara percuma sebanyak 1GB setiap hari di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) juga masih diteruskan oleh syarikat

7 telekomunikasi negara iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM) sehingga 31 Disember 2020. Selain itu, pemberian percuma kad SIM juga dilakukan oleh penyedia perkhidmatan YES sebanyak 40GB data kepada semua ibu bapa dan pelajar di sekolah kerajaan, pelajar dan ahli fakulti institusi pengajian tinggi bagi menikmati inisiatif ‘Learn from Home.’ Penyediaan kapasiti gentian tambahan oleh TM dan TIME bagi menampung penggunaan Internet yang semakin meningkat juga turut dilaksanakan.

9.3. Bagi memastikan sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian berjalan dengan lancar, SKMM bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi utama negara telah pun mengambil beberapa pendekatan proaktif melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) bagi memastikan rakyat Malaysia terus berpeluang menikmati perkhidmatan Internet sejak awal daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Selain itu, Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara boleh juga digunakan sebagai pelengkap (complement) untuk pembelajaran atas talian oleh para pelajar untuk pembelajaran dan mengakses Internet.

9.4. Pihak SKMM secara berkala dan berterusan melaksanakan pengukuran bagi prestasi rangkaian telekomunikasi untuk perkhidmatan jalur lebar dan perkhidmatan suara kepada pengguna di Malaysia. Parameter prestasi rangkaian ini adalah berdasarkan Commission Determination on the Mandatory Standards for Quality of Service (MSQoS) yang

8 telah ditetapkan oleh SKMM. Antara parameter yang diukur ialah kadar panggilan terputus (Dropped Call Rate) dan kadar panggilan bersambung (Call Setup Success Rate) untuk memastikan kualiti panggilan adalah terjamin.

10. Berkaitan Perkhidmatan Internet/Jalur Lebar (YB Pasir Puteh, YB Sabak Bernam, YB Pasir Mas, YB Bachok, YB Cameron Highlands, YB Julau, YB Kuala Krai, YB Jempol, YB Kota Samarahan, YB Igan, YB Seremban, YB Baram, YB Sibuti, YB Selangau, YB Puchong, YB Kulim, YB Tanjong Manis, YB Lubok Antu dan YB Hulu Selangor)

10.1. Baru-baru ini saya dan SKMM telah memberikan taklimat tentang JENDELA kepada ahli-ahli Yang Berhormat dari kedua-dua pihak pada 18 November 2020 yang lalu. Terima kasih kerana hadir dan isu yang paling besar, saya hendak ringkaskan sahaja ialah soal utiliti awam.

10.2. Kita sedang memujuk, berbincang dengan Kerajaan Negeri dan sudah dibentangkan sekali dalam Majlis Fizikal Negara dan juga akan dibentangkan dalam pertemuan dengan Ketua- ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar kerana selagi pada pandangan kami, kalau kesalinghubungan Internet ini dikira sebagai utiliti, maka ia akan masuk dalam Kebenaran Merancang (KM) di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana ia akan membantu mempercepatkan proses untuk mendapatkan kelulusan tapak kerana satu daripada masalah dari segi menyediakan menara dan sebagainya ialah soal mendapatkan kebenaran daripada pihak PBT dan ini insya

9 allah akan diusahakan. Sudah mendapatkan maklum balas yang sangat positif daripada Menteri-menteri besar dan Ketua-ketua Menteri secara keseluruhannya.

11. Akhir sekali, berkaitan dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). (YB Lembah Pantai, YB Shah Alam, YB Johor Bahru, YB Port Dickson, YB Kota Raja, YB Pekan, YB Bagan, YB Jelutong, YB Lanang, YB Arau, YB Subang, YB Kota Kinabalu, YB Kuala Kedah, YB Semporna, YB Kulai, YB Pulai, YB Kangar, YB Bukit Mertajam, YB Pasir Salak, YB Pokok Sena, YB Jerlun, YB Sibuti, YB Selangau, YB Puchong, YB Tuaran, YB Pasir Gudang, YB Bayan Baru, YB Segambut, YB Kuala Langat, YB Parit Buntar, YB Hulu Selangor, YB Lahad Datu dan YB Tangga Batu)

11.1. Ingin saya menjelaskan bahawa, sebelum tahun 2019 dan 2020, peruntukan JASA diletakkan di bawah dua (2) kod aktiviti yang berbeza iaitu di bawah kod aktiviti Dasar Sedia Ada JASA dan kod aktiviti Emolumen Kakitangan Kontrak di Bawah KKMM. Perbelanjaan JASA di bawah kod aktiviti Dasar Sedia Ada, bagi tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018 adalah sebanyak RM23.7 juta , RM26.6 juta, RM 31.5 juta dan RM27.9 juta. Manakala dicampur perbelanjaan di bawah kod aktiviti Emolumen Kakitangan Kontrak di bawah KKMM bagi tahun-tahun yang sama ialah RM54.9 juta, RM54.2 juta, RM53.9 juta dan RM 45.9 juta. Kalau dicampurkan semuanya, maka bagi tahun-tahun yang sama ialah RM78.5 juta, RM81 juta, RM85.3 juta dan RM74 juta.

10 11.2. Bagi tahun 2021, anggaran peruntukan JASA keseluruhannya di bawah kod aktiviti JASA iaitu RM4 juta di bawah Dasar Sedia Ada dan RM81.5 juta di bawah Dasar Baru JASA. Jadi dalam hubungan ini, anggaran peruntukan untuk JASA tahun 2021 sebanyak RM85.5 juta itu bukanlah sesuatu yang luar biasa jika dibandingkan dengan peruntukan yang sebelum ini.

11.3. Bagi tahun 2019, tiada peruntukan kerana JASA telah dibubarkan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu. Dalam tempoh 2019 dan 2020, semua pegawai lantikan kontrak Gred 22 dan ke atas telah ditamatkan. Kementerian ini telah mengeluarkan surat bertarikh 30 Ogos 2018 memaklumkan penamatan kontrak ke atas 776 orang berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2018. Kementerian juga pada masa itu telah melaksanakan pembayaran ganjaran kepada pegawai lantikan kontrak yang terlibat mengikut kadar yang ditetapkan dalam pekeliling yang berkuat kuasa.

11.4. Dengan perkembangan semasa, Kementerian ini menyedari bahawa penubuhan semula JASA haruslah berbeza dengan fungsi dan peranannya sebelum ini. Dalam hal ini Kabinet telah bersetuju supaya JASA dijenama dan distrukturkan semula dan dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM).

11.5. Matlamat J-KOM ialah mewujudkan komunikasi dua hala di antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, dan mendengar suara serta maklum balas daripada

11 rakyat. Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan penghakupayaan komuniti (community empowerment). Tugas utama J-KOM pada masa ini ialah melaksanakan Komunikasi Strategi Pembudayaan Norma Baharu (Pandemik Covid-19).

11.6. J-KOM berbeza dengan JaPen kerana JaPen memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi pembujukan melalui pemasaran maklumat di peringkat awareness, interest dan desire. Manakala J-KOM lebih menumpukan kepada pendekatan penghakupayaan sasaran di peringkat action.

11.7. Dengan mengambil kira dinamika ini, dan selaras dengan penubuhan Majlis Digital Negara dan 4IR, maka komuniti hendaklah dilihat dari sudut pandangan sarwa yang besar dan luas, bahawa kini wujud dua bentuk komuniti, iaitu ‘Komuniti Setempat’ dan ‘Komuniti Digital’.

11.8. ‘Komuniti Setempat’ ialah mereka yang tinggal, bekerja dan sebagainya, secara fizikal di sesuatu kawasan. Manakala, ‘Komuniti Digital’ ialah mereka yang berada secara fizikal dan digital di sesuatu kawasan itu, dan mereka yang tidak secara fizikal berada di sesuatu kawasan itu, tetapi berasal atau pernah berada atau berminat dengan kawasan itu dan

12 membentuk atau menjadi anggota komuniti digital yang berkait dengan kawasan itu, iaitu dalam pelbagai bentuk komuniti digital secara dalam talian dan menggunakan media sosial.

11.9. Oleh kerana itulah ingin dijelaskan di sini bahawa fungsi J- KOM ini tidak bersifat bertindan dengan agensi-agensi di kementerian lain dari segi kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti. Program-program dan aktiviti-aktiviti J- KOM meliputi tiga (3) komponen kandungan utama iaitu kandungan Komuniti Berbudaya Ilmu, Komuniti Digital dan Komuniti Patriotik. Kementerian akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan, Jabatan Pembangunan Komuniti, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) dan sebagainya di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah bagi memastikan gerak kerja dan aktiviti berjalan lancar.

11.10. Kementerian juga akan menggunakan lebih 1,101 buah Pusat Internet Komuniti (PIK) yang terdapat di seluruh negara untuk dijadikan sebagai Pusat Kegiatan Digital berkonsep baharu. J-KOM juga akan mengakar-umbi peranan agensi-agensi KKMM seperti SKMM, MDEC, MYNIC dan Cyber Security Malaysia yang sekarang hanya berada di peringkat kebangsaan dan negeri sahaja. 11.11. J-KOM akan mengambil kira ruang penjimatan dalam Belanjawan yang diperuntukkan. Ini kerana struktur J-KOM akan ditempatkan di daerah-daerah di seluruh Negara berbanding dengan struktur JASA yang dahulunya berada di

13 seluruh kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tuan Yang di-Pertua,

12. Kementerian mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Sesi Perbahasan Ke Atas Belanjawan bagi tahun 2021 yang menyentuh mengenai peranan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kementerian mengambil perhatian dan akan mengambil tindakan susulan terhadap isu-isu yang dibangkitkan bagi menambah baik perkhidmatan di bawah bidang kuasa Kementerian.

14

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

YB PUAN HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

BAGI

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (BELANJAWAN) 2021

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS DEWAN RAKYAT

25 NOVEMBER 2020 (RABU)

1

SESI KEMENTERIAN MENJAWAB TERHADAP PERBAHASAN BELANJAWAN 2021 DI DEWAN RAKYAT, MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2020

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 25 NOVEMBER 2020 (RABU)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 14 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) khususnya dalam 5 bidang utama iaitu:

(a) Perumahan; (b) Kerajaan Tempatan; (c) Kebombaan; (d) Kesejahteraan Bandar; dan (e) Kawalan Kredit Komuniti.

2. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian adalah seperti berikut:

1. YB Johor Bahru; 2. YB Port Dickson; 3. YB Tanjong Karang; 4. YB Hulu Rajang; 5. YB Bagan Datuk; 6. YB Kuala Krai; 7. YB Kangar; 8. YB Jerlun; 9. YB Julau; 10. YB Kuala Langat; 11. YB Lembah Pantai; 12. YB Pasir Gudang; 13. YB Bayan Baru; dan 14. YB Hulu Selangor.

2

PERUMAHAN

3. Pertama, menyentuh isu penyelarasan sewa rumah dan moratorium Program Perumahan Rakyat (PPR) dan premis perniagaan yang dibangkitkan oleh YB Tanjong Karang dan YB Kangar.

4. Untuk makluman Yang Berhormat, antara inisiatif KPKT membantu meringankan beban penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ialah melalui inisiatif berikut:

a. Pengecualian pembayaran sewa selama 7 bulan (MAC- SEPTEMBER 2020) bagi PPR Disewa di bawah pengurusan KPKT dengan jumlah kos sebanyak RM3,713,472.00 ditanggung oleh Kerajaan. Pengecualian ini bagi PPR disewa & rumah transit seperti berikut:

i. Rumah Transit Bukit Jalil (632 unit rumah); dan ii. PPR Lembah Subang 1 (3,004 unit rumah).

Jumlah Unit: 3,636 unit rumah

b. Penangguhan pembayaran selama 7 bulan (MAC- SEPTEMBER 2020) bagi PPR Sewa Untuk Dimiliki (RTO) di bawah pengurusan KPKT yang melibatkan 10 projek PPR (4,650 unit) dengan penangguhan pembayaran sebanyak RM6,672,750.00.

SENARAI PROJEK PPR TERLIBAT:

1. PPR Sentul Murni 500 unit 2. PPR Lembah Subang 2 842 unit 3. PPR Kampung Hassan 176 unit 4. PPR Ladang Siliau, Port 113 unit Dickson 5. PPR Tok Suboh 231 unit

3

6. PPR Amanjaya 208 unit 7. PPR Kota Setar 500 unit 8. PPR Sinar Intan 3 80 unit 9. PPR Gua Musang 1,000 unit 10. PPR Kota Bharu 1,000 unit Jumlah 4,650 unit rumah

5. KPKT juga menggalakkan pengecualian dan penangguhan bayaran sewa dan bayaran bulanan bagi Perumahan Awam dan PPR di bawah pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Kerajaan Negeri/ Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Namun begitu perkara ini adalah tertakluk kepada budi bicara agensi negeri berkenaan.

6. KPKT melalui Siaran Media pada 21 Mac 2020 yang lalu juga menyarankan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggunakan budi bicara masing-masing untuk memberi pengecualian sewa premis PBT kepada peniaga kecil yang terjejas pendapatan akibat terpaksa menutup perniagaan ekoran pelaksanaan PKP.

7. Seterusnya YB Kuala Krai berharap supaya Kuala Krai mendapat manfaat di bawah peruntukan untuk program-program KPKT seperti PPR, Rumah Mesra Rakyat (RMR), Perumahan Penjawat Awam (PPAM) atau penyelenggaraan perumahan.

8. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Belanjawan 2021 berjumlah RM519,500,000.00 adalah bagi projek-projek sambungan sedia ada dan tidak melibatkan projek baharu. Pada masa ini, terdapat 7 projek PPR yang telah dan sedang dibina di Negeri Kelantan merangkumi 4 projek PPR yang telah siap dibina melibatkan 2,568 unit rumah dan 3 projek PPR masih dalam pembinaan yang melibatkan 850 unit rumah.

9. Manakala, peruntukan bagi program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di bawah Belanjawan 2021 berjumlah RM310 juta adalah juga bagi projek-projek sambungan sedia ada dan tidak melibatkan projek baharu. Terdapat 1 projek PPAM di Kuala Krai yang

4

terdiri daripada 135 unit Rumah Teres 1 Tingkat yang telah siap sepenuhnya pada Mei 2019 dan telah diduduki.

10. Untuk makluman Yang Berhormat juga, sebarang cadangan projek perumahan KPKT baharu di kawasan tertentu, pihak Yang Berhormat boleh mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan penyelarasan dan perakuan berdasarkan keutamaan projek. Walau bagaimanapun, cadangan permohonan yang diterima akan diteliti oleh KPKT tertakluk kepada kesesuaian tapak, keperluan setempat dan kedudukan kewangan Kerajaan Pusat.

11. Berhubung Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) pula, adalah program di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang diwujudkan bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah untuk membina rumah di atas tanah sendiri berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

12. Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2021, RMR akan ditawarkan kepada permohon RMR di dalam senarai menunggu (termasuk 80 permohon di kawasan Parlimen Kuala Krai yang akan dinilai semula) serta kepada pemohon baharu yang berkelayakan.

13. Bagi Penyelenggaraan Perumahan, pada tahun 2020, 2 projek di bawah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) sedang dalam pelaksanaan di Kuala Krai iaitu di Flat Taman Guchil melibatkan projek-projek berikut: a. Membaik pulih bumbung dan pendawaian elektrik dengan kos RM50,000; dan b. Mengecat harta bersama dengan kos RM80,000.

14. Bagi permohonan tahun 2021, KPKT belum menerima lagi permohonan dari Parlimen Kuala Krai dan sedia mempertimbangkan bagi kerja-kerja penyenggaraan yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

15. Seterusnya YB Kangar turut membangkitkan berhubung penyelenggaraan perumahan awam.

5

16. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak KPKT menyediakan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) yang bertujuan membiayai kerja- kerja baik pulih dan penyelenggaraan perumahan kos rendah awam berstrata/ berbilang tingkat.

17. Bagi tahun 2020, sebanyak RM55 juta (RM30 juta bajet pembangunan + RM25 juta Pakej Rangsangan Ekonomi - PRE) telah diperuntukkan bagi menyenggara perumahan awam berstrata ini. Skop kerja PPP memberi fokus kepada kerosakan harta bersama perumahan kos rendah awam berstrata/berbilang tingkat yang menjejaskan keselamatan penduduk seperti berikut:

i. membaiki atau mengganti lif; ii. membaiki atau mengganti tangki air dan sistem ratikulasi; iii. membaiki atau mengganti paip sanitari; iv. membaiki atau mengganti bumbung; v. membaiki atau mengganti tangga dan handrail; vi. mengecat bangunan dan harta bersama; vii. pendawaian dan kerja elektrikal; dan viii. membaiki kerosakan umum pada kemudahan awam harta bersama yang menjejaskan keselamatan dan keselesaan penghuni.

18. Selain itu, pada tahun ini juga Kerajaan telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM40 juta di bawah PRE PRIHATIN yang memfokuskan kepada penyelenggaraan lif di perumahan awam strata.

6

KERAJAAN TEMPATAN

19. Seterusnya saya beralih kepada isu-isu berkaitan Kerajaan Tempatan. YB Tanjong Karang membangkitkan isu berkaitan kemudahan perniagaan kepada penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi jalan.

20. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, keputusan samada untuk memberikan kebenaran kepada rakyat berniaga di hadapan rumah atau di tepi jalan adalah tertakluk kepada Kerajaan Negeri dan PBT masing-masing.

21. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif membantu peniaga/penjaja yang terkesan semasa tempoh PKP melalui beberapa kelonggaran syarat-syarat kelulusan lesen penjaja dengan mewujudkan Lesen Penjaja Sementara pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Negeri Selangor iaitu :

a. Pemberian Lesen Penjaja Sementara kepada peniaga di hadapan rumah boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, kelulusan perlu diteliti semula oleh PBT sekiranya terdapat aduan yang boleh menyebabkan kacau ganggu atau halangan laluan awam;

b. Pemohon Lesen Penjaja Sementara bagi perniagaan makanan dikecualikan daripada menghadiri kursus/ latihan berkaitan pengendalian makanan;

c. PBT akan memastikan proses permohonan dipermudahkan sama ada secara manual atau secara dalam talian serta meminimumkan jumlah dokumen yang perlu dikemukakan;

d. PBT akan mengenal pasti tapak/ lokasi yang lebih banyak dan sesuai untuk dijadikan tapak penjaja sementara; dan

e. PBT akan memberi keutamaan kepada pemohon Lesen Penjaja Sementara bagi peniaga sedia ada (yang tidak berlesen) di lokasi dan penduduk di kawasan setempat.

7

22. Selain itu, terdapat inisiatif daripada Kerajaan Negeri Kedah dalam membantu peniaga/penjaja dengan :

a. Memberikan pengecualian lesen penjaja berkuatkuasa tahun 2014 sehingga kini;

b. Membenarkan pengeluaran lesen kepada Penghantar Makanan (COD) semasa tempoh PKP; dan

c. Memberikan kebenaran untuk membuka dan menyusun semula pasar malam, pasar pagi dan bazaria berpandukan SOP MKN dan KPKT semasa tempoh PKP.

23. Kerajaan Persekutuan tidak memberikan apa-apa arahan kepada Kerajaan Negeri atau PBT untuk meruntuhkan tapak perniagaan yang didirikan di tepi jalan.

8

KEBOMBAAN

24. Menyentuh pula isu kebombaan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Hulu Rajang yang sangat prihatin dengan keselamatan penduduk di kawasan Sungai Asap serta berharap agar Kerajaan menyegerakan pembinaan balai bomba di Sungai Asap.

25. Untuk makluman Yang Berhormat, berhubung dengan pembinaan balai bomba di kawasan Sungai Asap, Kementerian ini melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat permohonan projek pembinaan balai bomba tersebut dalam RMKe-12 Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2021.

26. Walau bagaimanapun, permohonan projek tersebut tidak diluluskan oleh agensi pusat memandangkan masih terdapat isu berkaitan ketersediaan tapak bagi tujuan pembinaan balai bomba. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, status permohonan kelulusan tapak masih dalam tindakan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit.

27. Sehubungan itu, kementerian ini akan memohon semula peruntukan bagi projek pembinaan Balai Bomba Sungai Asap dalam RMKe-12 Rolling Plan Kedua (RP2) tahun 2022.

28. Pada masa kini, kawasan Sungai Asap mendapat perlindungan kebakaran daripada Pasukan Bomba Sukarela Uma Daro Liling dengan jarak lebih kurang 2.5 kilometer yang mengambil masa 4 minit untuk tiba ke lokasi. PBS Uma Daro Liling memiliki kekuatan keanggotaan seramai 27 orang ahli dan sebuah kenderaan bomba sukarela Proton Arena yang dilengkapi dengan pam angkut bagi kerja- kerja pemadaman.

29. Perkara kedua pula dibangkitkan oleh YB Julau berhubung pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Julau.

30. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pihak kementerian bersetuju dengan cadangan pembinaan balai bomba kategori E di daerah Julau.

9

Walau bagaimanapun, pembinaan balai bomba ini tertakluk kepada kelulusan permohonan tapak serta keupayaan kewangan semasa kerajaan.

31. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak telah melakukan lawatan kerja ke Julau pada 17 September 2020 dan telah mengenal pasti tapak balai bomba yang merupakan tanah kerajaan berkeluasan 5.75 ekar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Julau.

32. Pada masa kini, JBPM sedang dalam proses melengkapkan dokumen untuk permohonan sebahagian daripada tapak tanah berkenaan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Sarawak. Perolehan tapak dijangka akan dapat diselesaikan dalam tahun 2021 manakala, permohonan projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Julau akan dibuat dalam RMKe-12 Rolling Plan Kedua (RP2) tahun 2022.

33. Kawasan Julau kini mendapat perlindungan kebakaran daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor dengan jarak lebih kurang 45 kilometer serta dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Pekan Julau dengan kekuatan 20 orang anggota bersama sebuah kenderaan bomba sukarela Proton Arena yang dilengkapi dengan pam angkut dan hos bagi tujuan pemadaman.

10

KESEJAHTERAAN BANDAR

34. Seterusnya, YB Johor Bahru, YB Port Dickson, YB Kangar, YB Jerlun, YB Lembah Pantai, YB Pasir Gudang, YB Bayan Baru, YB Kuala Langat dan YB Hulu Selangor telah menyentuh isu peruntukan kepada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang seolah-olah berbaur politik.

35. Untuk makluman Yang Berhormat, PeKT adalah merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Dasar Komuniti Negara (DkomN) yang telah dilancarkan pada 17 Februari 2019. Dasar ini digubal bertujuan untuk menangani isu sosial perumahan di peringkat komuniti setempat khususnya di kawasan perumahan berstrata kos rendah di seluruh negara. Ia bermatlamat untuk mendaya upaya komuniti supaya terlibat secara aktif dalam usaha penyenggaraan dan pengurusan harta awam dan harta bersama. Objektif DkomN adalah seperti berikut:

i. Mendaya upaya anggota komuniti supaya mempunyai rasa kepunyaan, prihatin terhadap harta benda, ruang dan fasiliti yang dikongsi bersama serta rasa tanggungjawab terhadap komuniti dan kawasan tempat tinggal;

ii. Membentuk komuniti yang peka terhadap isu-isu komuniti, saling menghormati, menyayangi dan bekerjasama antara jiran tetangga;

iii. Memupuk kerjasama strategik antara komuniti dengan sektor awam, sektor swasta dan NGO dalam membangunkan komuniti; dan

iv. Melahirkan lebih ramai pemimpin dan sukarelawan dalam kalangan komuniti perumahan berstrata.

36. PeKT adalah sebuah entiti yang menjalankan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat dan bukan merupakan sebuah platform politik. Cadangan penubuhan PeKT ini adalah inisiatif KPKT bagi menggalakkan penyertaan komuniti

11

setempat dalam proses pemerkasaan dan peningkatan tadbir urus sesebuah komuniti di bandar.

Pelantikan dan kriteria pemilihan PeKT

37. PeKT yang dilantik merupakan individu yang berkhidmat secara sukarela untuk mendukung dasar-dasar kerajaan. Mereka terdiri daripada penggiat-penggiat komuniti yang mempunyai rasa tanggungjawab dalam membantu KPKT untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti di kawasan masing-masing. PeKT tidak mempunyai perkaitan dengan sebarang parti politik dan hanya bertanggungjawab dalam melaksanakan program-program yang telah ditetapkan oleh KPKT dan digariskan dalam Dasar Komuniti Negara (DkomN).

38. Proses pelantikan PeKT dibuat secara teratur berdasarkan garis panduan pelantikan yang telah ditetapkan oleh KPKT. Setiap calon PeKT dikehendaki mengemukakan borang pencalonan dan disaring terlebih dahulu bagi memastikan calon yang dilantik telah memenuhi kriteria pelantikan yang ditetapkan. Hanya calon yang telah memenuhi kriteria pelantikan akan diperakukan oleh Ketua Setiausaha KPKT sebelum diluluskan pelantikannya di peringkat Menteri KPKT. Pemilihan PeKT adalah berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

a. Penduduk yang bermastautin dalam kawasan tersebut;

b. Warganegara Malaysia yang berumur antara 21 hingga 68 tahun;

c. Tidak berstatus muflis;

d. Bebas daripada sebarang tuduhan jenayah dan tiada prosiding mahkamah sedang dijalankan ke atasnya serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau;

e. Bergiat aktif dan berpengalaman dalam aktiviti kemasyarakatan; dan

12

f. Syarat-syarat lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh KPKT.

Program-program PeKT

39. Selain dari program-program di bawah DkomN, PeKT yang dilantik telah ditetapkan KPI masing-masing untuk melaksanakan 5 program utama seperti berikut:

a. Kempen pembudayaan norma baharu Covid-19; b. Bomba Komuniti; c. Trash to Cash; d. Inisiatif Sifar Sisa (ZeComm); dan e. Kebun Komuniti.

40. Program-program disebutkan adalah program yang memberi manfaat dan memberi nilai tambah kepada komuniti serta tidak berunsurkan politik sama sekali.

41. PeKT akan bertindak selaku rakan strategik KPKT bagi membantu melaksanakan program sedia ada di samping membimbing komuniti setempat untuk bergerak sendiri dan menerapkan kebergantungan yang minimum terhadap bantuan kerajaan. Selain itu, PeKT selaku badan yang tidak berkepentingan dan tidak bermotifkan politik sentiasa bersifat neutral terhadap sesuatu isu dan fokus dalam membangunkan komuniti yang mampan.

42. Objektif-objektif utama penubuhan PeKT adalah seperti berikut:

a. Memperkasakan komuniti setempat dalam melaksanakan program pembangunan sosial;

b. Membantu pihak kerajaan dalam mengenal pasti keperluan komuniti dalam menangani isu-isu kesejahteraan bandar; dan

c. Mewujudkan hubungan yang baik dan mesra antara Kerajaan Persekutuan dengan komuniti setempat.

13

43. Antara peranan lain yang boleh dimainkan oleh PeKT termasuklah:

a. Menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat berhubung dasar dan inisiatif di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

b. Mewujudkan komuniti yang bersatu padu dan berdaya saing melalui aktiviti-aktiviti kesejahteraan bandar dan seterusnya memperkasakan komuniti dan generasi yang lebih mampan;

c. Memantau dan membantu menggerakkan penglibatan komuniti dalam meningkatkan keharmonian komuniti setempat;

d. Menjalankan kegiatan khidmat nasihat bagi memelihara kebersihan, kesihatan dan alam sekitar di sesebuah komuniti; dan

e. Mendapatkan respon dan maklum balas awal komuniti setempat sebelum sesuatu projek atau program dilaksanakan.

44. YB Port Dickson turut membangkitkan bahawa PeKT ini menerima one-off grant untuk kepentingan politik dan NGO tertentu.

45. Untuk makluman Yang Berhormat, sekali lagi saya tegaskan bahawa KPKT menerusi Dasar Komuniti Negara tidak pernah menolak sebarang kerjasama dari rakan strategik sama ada dari pihak swasta mahupun pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berminat untuk membantu serta memanfaatkan komuniti.

46. Peruntukan yang dicadangkan bukan peruntukan berbentuk one-off. Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan program PeKT yang dijangka akan dilaksanakan setiap bulan. PeKT yang melaksanakan program-program adalah tertakluk kepada Garis Panduan pelaksanaan program di mana program-program berbentuk politik adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sebarang pelaksanaan program perlu mendapat kelulusan KPKT terlebih dahulu dan program-program yang dilaksanakan akan

14

dipantau dan disahkan terlebih dahulu oleh Pegawai Sekretariat Muafakat Komuniti, KPKT di negeri-negeri berkenaan.

47. Sekiranya didapati PeKT telah melanggar garis panduan dan melaksanakan program-program berunsurkan politik, maka KPKT tidak akan membuat pembayaran kepada PeKT berkenaan. Ia selari dengan tatacara perbelanjaan kewangan Kerajaan sedia ada bagi memastikan tiada penyalahgunaan dana untuk maksud yang tidak dibenarkan.

48. Selain itu, bagi memastikan ketelusan dan integriti, PeKT yang dilantik juga akan dipantau dan diaudit dari semasa ke semasa bagi memastikan perbelanjaan program tidak melanggar skop perbelanjaan yang telah ditetapkan dalam garis panduan KPKT. Audit akauntabiliti akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh KPKT bagi memastikan ketelusan dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh PeKT. Ia juga memastikan PeKT fokus dalam pelaksanaan program dan tidak menyimpang dari kehendak KPKT dalam memperkasakan komuniti.

15

KAWALAN KREDIT KOMUNITI

49. Terakhir, saya akan menyentuh perkara berkaitan kredit komuniti atau pemberi pinjam wang berlesen di bawah KPKT. YB Bagan Datuk dalam celahannya semasa perbahasan oleh YB Pekan dan YB Tanjong Karang telah bertanyakan berkenaan moratorium bagi pinjaman oleh syarikat-syarikat kredit komuniti serta isu berkaitan syarikat-syarikat bas pelancongan.

50. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua jenis pinjaman kredit yang ditawarkan di Malaysia. Pertama, pinjaman yang ditawarkan oleh institusi bank. Kedua, pinjaman yang ditawarkan oleh institusi bukan bank yang tidak dikawal selia oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM). Di bawah kategori ini, peminjam boleh mendapatkan pinjaman di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] serta Akta Sewa Beli 1957 [Akta 212].

51. Untuk makluman Yang Berhormat juga, terdapat syarikat Kredit Komuniti yang berlesen di bawah KPKT tetapi menjalankan urusniaga pinjaman yang menggunakan perjanjian di bawah Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] di bawah kawal seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Perkara ini termasuklah pinjaman yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat pengusaha bas di bawah Akta 212.

52. Bagi pinjaman di bawah Akta 400, syarikat-syarikat Kredit Komuniti tidak tertakluk untuk memberikan moratorium kepada peminjam- peminjam memandangkan perkara tersebut adalah berdasarkan Akta dan Peraturan yang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, Kementerian memahami keperluan orang awam yang mendesak dalam tempoh COVID-19 memandangkan terdapat peminjam yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan pada masa ini.

53. Sehubungan itu, Kementerian melalui siaran media bertarikh 9 April 2020 telah menyeru dan menyarankan agar semua Syarikat Kredit Komuniti yang berlesen di bawah KPKT turut memberikan moratorium

16

kepada peminjam-peminjam susulan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN-Tambahan) pada 6 April 2020.

54. Seterusnya, YB Tanjong Karang dan YB Kimanis juga membangkitkan agar satu jawatankuasa merentasi Kementerian atau tindakan penyelarasan dibuat berkaitan moratorium pinjaman yang diberikan oleh syarikat-syarikat kredit ini.

55. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian telahpun bekerjasama dengan pihak Persatuan Pemberi Pinjaman Wang (Kredit Komuniti) serta syarikat Kredit Komuniti untuk berbincang dan mendapatkan pandangan serta maklum balas bagi menangani isu pemberian moratorium ini.

56. Berdasarkan maklum balas yang diterima oleh Kementerian, jumlah pemberian moratorium yang telah diberikan oleh syarikat Kredit Komuniti kepada peminjam secara keseluruhan yang direkodkan adalah lebih daripada RM20.3 juta yang melibatkan sebanyak 22 buah syarikat Kredit Komuniti yang berkemampuan. Manakala tempoh pemberian moratorium adalah bergantung kepada setiap kes dan diberikan antara 3 sehingga 9 bulan.

57. Selain itu, inisiatif-inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh syarikat Kredit Komuniti kepada peminjam yang terjejas pula adalah seperti berikut:

i. Menawarkan kadar faedah yang lebih rendah atas permintaan peminjam;

ii. Membenarkan kelewatan pembayaran dengan tidak mengenakan sebarang caj kelewatan;

iii. Membenarkan pembayaran bulanan mengikut kadar kemampuan peminjam masing-masing; dan

17

iv. Memberikan bantuan berupa barang keperluan harian ataupun dengan izin, daily essential goods kepada peminjam yang mengalami kesukaran ketara seperti beras, roti, susu, minyak masak, gula, biskut, tepung dan sebagainya.

58. Kementerian berpandangan bahawa syarikat Kredit Komuniti telah sedaya upaya mengambil saranan daripada pihak Kerajaan bagi pemberian moratorium tersebut serta memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak Kerajaan. Walau bagaimanapun, Kementerian juga ingin mengutarakan beberapa kekangan yang dihadapi oleh sesetengah syarikat Kredit Komuniti itu sendiri seperti berikut:

a. Syarikat-syarikat Kredit Komuniti ini mempunyai perbezaan dari segi keupayaan dan kemampuan dari segi dana, kapasiti serta modal dan kebanyakan syarikat Kredit Komuniti sedia ada adalah termasuk dalam kategori syarikat kecil dan sederhana yang hanya bergantung terhadap keuntungan atas urusniaga pinjaman wang. Oleh itu, syarikat-syarikat ini tidak mempunyai kemampuan yang tinggi untuk menawarkan pemberian moratorium kepada peminjam;

b. Operasi syarikat Kredit Komuniti turut terjejas kerana tidak dibenarkan dibuka pada bulan Mac sehingga ke bulan Mei pada awal tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun masih perlu menampung kos operasi syarikat seperti gaji pekerja, sewa kedai, dan sebagainya;

c. Memandangkan syarikat-syarikat Kredit Komuniti ini juga tidak layak mendapat moratorium atas pinjaman yang dibuat daripada pihak bank, terdapat syarikat yang tidak berupaya untuk meneruskan operasi syarikat atas kekangan kewangan dan juga terpaksa membuang pekerja bagi meneruskan operasi syarikat; dan

18

d. Ketiadaan modal pusingan memandangkan terdapat ramai peminjam-peminjam tidak berupaya untuk melangsaikan bayaran bulanan pinjaman termasuk yang langsung tidak dapat dihubungi.

59. Sekiranya terdapat mana-mana pihak peminjam yang menghadapi masalah pembayaran dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, pihak Kementerian menyarankan untuk menghubungi Syarikat Kredit Komuniti yang berkaitan untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci.

60. Untuk makluman Yang Berhormat, KPKT tiada halangan sekiranya Kerajaan ingin menubuhkan satu Jawatankuasa ataupun Pasukan Bersepadu Khas merentasi pelbagai kementerian bagi membincangkan strategi dan pelaksanaan bagi pihak yang menawarkan pinjaman-pinjaman di bawah kategori institusi bukan bank dengan lebih terperinci.

61. Mengenai cadangan untuk meletakkan semua syarikat kredit termasuklah Syarikat Kredit Komuniti yang dikawal selia oleh KPKT untuk diletakkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) pula, KPKT secara dasarnya tiada halangan sekiranya perkara tersebut diputuskan oleh Kerajaan melalui keputusan Kabinet. Ini kerana Kementerian berpandangan bahawa secara umumnya perkara ini akan membawa pelbagai manfaat seperti berikut:

a. Kawalseliaan industri kredit di bawah satu akta tunggal akan memberi kelebihan dari segi penyelarasan kemudahan fasiliti kredit, pelaporan kewangan yang menyeluruh yang merangkumi institusi perbankan dan bukan perbankan, penguatkuasaan di bawah satu akta, serta perancangan dasar sedia ada dan dasar baharu termasuk inisiatif bantuan kewangan dari pihak kerajaan;

b. Ia turut dijangka akan memberi kelebihan dari segi pelaporan hutang isi rumah kerana laporan akan lebih menyeluruh merangkumi institusi perbankan dan bukan perbankan. Perkara ini akan memudahkan Kerajaan khususnya BNM untuk membuat

19

penetapan monetari dengan lebih tepat seperti kadar faedah, inflasi, kadar OPR dan lain-lain lagi; dan

c. Memantapkan sistem pinjaman sedia ada di bawah industri bukan bank di Malaysia terutamanya bagi pinjaman yang bersifat mikrokredit (microlending) yang telah lama diamalkan di Malaysia yang amat memerlukan kepada pembaharuan secara sistematik dan keseragaman bagi memenuhi ekspektasi pelanggan terutamanya urusniaga berasaskan dalam talian.

62. Walau bagaimanapun, sekiranya syarikat-syarikat Kredit Komuniti ini perlu dimasukkan di bawah kawalseliaan Akta FSA, ia seharusnya tidak menafikan peluang untuk peminjam terutamanya dalam kalangan peminjam mikro dan yang tidak layak (underserved) di bawah institusi perbankan untuk mendapatkan kemudahan pinjaman ini selaras dengan hasrat dan tujuan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] diwujudkan.

63. KPKT juga menyokong penuh sekiranya penggubalan Akta Kredit Pengguna (AKP) disegerakan dan diterajui oleh BNM dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sepertimana cadangan YB Menteri Kewangan pada 6 November 2020 dalam Ucapan Belanjawan 2021.

PENUTUP

64. Sekian dahulu jawapan daripada saya berhubung pertanyaan- pertanyaan Ahli Yang Berhormat mengenai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya berharap semoga Allah mengangkat wabak penyakit yang kita hadapi ini dan pada tahun hadapan segala perancangan kita akan dapat berjalan dengan lancar serta ekonomi negara berkembang dengan baik agar masyarakat dapat menikmati lebih manfaat daripadanya.

Sekian,

Wabillahi wal taufiq wal hidayah Assalammualaikum w.b.t

20

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

YB DATUK DR. HAJI ABDUL LATIFF BIN AHMAD MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

BAGI

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (BELANJAWAN) 2021

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS DEWAN RAKYAT

25 NOVEMBER 2020 (RABU)

1

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana telah memperuntukkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebanyak RM10.2 bilion bagi tahun 2021. Terdapat peningkatan sebanyak 4.41% (RM431 juta) jika dibandingkan pada tahun 2020. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.65 bilion adalah peruntukan pembangunan (DE) dan RM3.53 bilion bagi peruntukan mengurus (OE).

2. Semasa perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2021 yang telah berlangsung mulai 9 hingga 19 November 2020. Seramai 16 orang ahli-ahli Yang Berhormat telah sudi berbahas dan mengajukan beberapa pertanyaan, isu, cadangan mahupun pandangan kepada KPLB. Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat yang terlibat.

3. Oleh itu, izinkan saya untuk menjawab semua pertanyaan, isu, cadangan ataupun pandangan yang telah disuarakan oleh semua ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan tersebut mengikut isu-isu seperti berikut:

A. Program Infrastruktur Luar Bandar; i. Jalan Luar Bandar (JALB) ii. Bekalan Air Luar Bandar (BALB) iii. Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)

B. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA);

C. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); dan

D. Peningkatan Ekonomi dan Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar

2

A. PROGRAM INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR i. Jalan Luar Bandar (JALB)

Tuan Yang di-Pertua,

4. Isu yang pertama adalah mengenai program infrastruktur luar bandar, iaitu Jalan Luar Bandar (JALB). Seramai lapan orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan JALB di dalam sesi persidangan kali ini, iaitu Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Tanjong Manis dan Yang Berhormat Lubok Antu.

5. Untuk makluman Yang Berhormat Papar sebanyak RM1.3 bilion akan diperuntukkan bagi melaksanakan projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, bagi pecahan peruntukan Jalan Luar Bandar dan Jalan Perhubungan Desa, Kementerian masih belum menerima maklumat tersebut daripada EPU, JPM.

6. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Rajang, cadangan Jalan dari Rumah Timothy/Rumah Ason Nanga Mujong ke Bandar Baru Tunoh, Kapit akan dikemukakan kepada UPEN Sarawak untuk dimasukkan ke dalam Senarai Keutamaan Negeri sebelum diangkat kepada EPU, JPM untuk kelulusan.

7. Bagi Projek Jalan dari Pekan Lapok ke Long Aya, Baram, Sarawak seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baram, ianya tidak tersenarai di dalam kelulusan RMKe-11. Sehubungan itu, sekiranya terdapat keperluan mendesak, Kementerian ini akan mengemukakan cadangan projek ini di bawah Rolling Plan yang berikutnya berdasarkan Senarai Keutamaan Negeri yang dikemukakan oleh UPEN Sarawak.

8. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Manis dan Yang Berhormat Lubok Antu berkaitan cadangan pembinaan Jalan Paloh, Kedang,

3

Berangan, Bukit Kinyau, Parit Bugis, Semaring, Mupung dan Teluk Gelam serta cadangan Jalan Luar Bandar di kawasan Lubok Antu yang meliputi kawasan Ulu Engkari, Ulu Lemanak juga tidak tersenarai di dalam Senarai Keutamaan Kerajaan Negeri yang telah diterima oleh Kementerian.

9. Sehubungan itu, sekiranya terdapat keperluan mendesak, Yang Berhormat di pohon untuk mengemukakan keperluan tersebut kepada Kerajaan Negeri sebagai Senarai Keutamaan Negeri dan pihak Kementerian akan mengemukakan permohonan kepada EPU, JPM untuk kelulusan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kesemua projek tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan EPU, JPM dan kedudukan kewangan semasa Kerajaan.

10. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Belud, sebanyak empat (4) projek telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Projek-projek tersebut termasuklah Projek Naiktaraf Jalan Tengkurus Lahanas Siba-Lahanas Sokib, Kota Belud, dan Projek Menaiktaraf Jalan Dudar – Taburan - Mendawang, Kota Belud, Sabah yang telah diluluskan di bawah RMKe-11,Tahun 2020 dengan kos sebanyak RM57 juta dan RM 85 juta. Status terkini adalah di peringkat penentuan skop dan kerja awalan.

11. Manakala Projek Jalan Pirasan Melaga - Mandap Doluoh, Sabah telah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat RMKe-11 Tahun 2019 dengan kos sebanyak RM55 juta. Status terkini adalah di peringkat lantikan perunding. Projek Membina Jalan Rosok Ginapas, Kota Belud, dengan kos RM10 juta telah siap pelaksanaan telah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat RMKe-11, Tahun 2019.

12. Seterusnya bagi cadangan Naiktaraf Jalan Sayap – Mansulit, Kota Belud, Sabah dan Naik taraf Jalan Podos Taginambur, Kota Belud, Sabah, Kementerian telah mengangkat permohonan projek tersebut bagi pelaksanaan di bawah RMKe-12. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada kelulusan oleh pihak EPU, JPM dan kedudukan semasa kewangan kerajaan.

4

13. Untuk makluman Yang Berhormat Libaran, Projek Jalan Semawang Ke Tanjung Kuala Gum-Gum, Sandakan, telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama RMKe-11, Tahun 2016 dengan kos sebanyak RM236.7 juta. Status terkini projek adalah dalam penyediaan dokumen tender dan dijangka tender pada Disember 2020.

14. Bagi projek Jalan Dandulit Ke Kg. Banting, Sandakan, Sabah ianya telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama RMKe-11 Tahun 2016 dengan kos sebanyak RM14.5 juta. Status terkini projek adalah di peringkat pelaksanaan dengan status terkini adalah 55.85%. Projek ini dijangka siap pada Jun 2021. Manakala bagi cadangan naik taraf Jalan Dandulit Sg. Beruang, Sandakan, Kementerian telah mengangkat permohonan projek tersebut bagi pelaksanaan di bawah RMKe-12. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada kelulusan oleh pihak EPU, JPM dan kedudukan semasa kewangan kerajaan.

15. Untuk makluman Yang Berhormat Sipitang, Projek Naik taraf Jalan Iburu, Sipitang, telah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat RMKe- 11 Tahun 2020 melibatkan kos sebanyak RM10 juta dengan skop menaiktaraf jalan sepanjang 2.5 km serta dengan spesifikasi JKR R1. Status terkini adalah di peringkat penentuan skop dan Kerja awalan. Manakala bagi cadangan Membina Jalan Mendulong-Meligan- Long Pasia, Sipitang,Kementerian telah mengangkat permohonan projek tersebut bagi pelaksanaan di bawah RMKe-12. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada kelulusan oleh pihak EPU, JPM dan kedudukan semasa kewangan kerajaan.

16. Bagi cadangan jajaran-jajaran lain pula, sekiranya mendesak Yang Berhormat disarankan untuk mengemukakan keperluan tersebut kepada Kerajaan Negeri sebagai senarai keutamaan dan pihak Kementerian akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat semakan kos sebelum diangkat kepada pihak EPU, JPM bagi kelulusan pelaksanaan.

ii. Bekalan Air Luar Bandar (BALB)

Tuan Yang di-Pertua, 5

17. Isu seterusnya adalah berkaitan dengan Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Seramai tiga orang Ahli Yang Berhormat telah membangkit isu BALB pada sesi persidangan kali ini iaitu Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Libaran, dan Yang Berhormat Sipitang.

18. Untuk makluman Yang Berhormat Papar, bagi tahun 2021, sebanyak 1,500 daripada 4,800 buah rumah yang disasarkan untuk mendapat manfaat bekalan air bersih dan terawat adalah dari pelaksanaan projek- projek BALB di Negeri Sabah yang melibatkan pelbagai Parlimen dan Daerah.

19. Khusus bagi Parlimen Papar, Kementerian ini sedang melaksanakan Projek BALB Sistem Retikulasi Negeri Sabah Zon 2 – Daerah Papar dengan kos RM9 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2021. Projek ini akan memberi manfaat kepada 173 buah rumah yang melibatkan DUN Pantai Manis dan DUN Kawang.

20. Seterusnya, berkaitan dengan projek bekalan air terawat di Kampung Tanjung Pisau yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Libaran. Untuk makluman Yang Berhormat pembinaan projek ini sedang dilaksanakan oleh Kementerian di bawah Projek BALB Sistem Retikulasi Negeri Sabah Zon 9 Daerah Sandakan yang dijangka siap sepenuhnya pada 17 Februari 2021.

21. Manakala bagi Kg. Sungai Beruang, Kg. Kuala Gum-Gum, Kg. Dandulit dan Kg. Banting, pembinaan sedang dilaksanakan oleh Kementerian di bawah Projek BALB Kg. Dandulit dan kawasan sekitar Sandakan yang dijangka siap pada 30 September 2021.

22. Seterusnya bagi Kg. Pulau Nunuyan, Kg Sinompuru dan Kg. Ulu Dusun, Yang Berhormat dipohon untuk mengemukakan cadangan kepada UPEN Sabah untuk diselaraskan senarai keutamaan sebelum dikemukakan kepada Kementerian ini. Pelaksanaan projek ini juga tertakluk kepada kelulusan oleh EPU, JPM dan kedudukan semasa kewangan kerajaan.

6

23. Untuk makluman Yang Berhormat Sipitang, secara dasarnya, pengoperasian dan penyelenggaraan loji rawatan air adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN). Peranan KPLB adalah membantu mempercepatkan liputan dan merapatkan jurang bagi kawasan luar bandar yang belum mempunyai bekalan air terawat.

24. Sehubungan itu, Kementerian mencadangkan ketidakcukupan bekalan elektrik bagi operasi loji rawatan air ini dibawa dan dibincangkan bersama Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Air Negeri.

iii. Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)

Tuan Yang di-Pertua,

25. Isu seterusnya adalah berkaitan dengan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). Seramai dua orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu BELB iaitu Yang Berhormat Papar dan Yang Berhormat Libaran.

26. Untuk makluman Yang Berhormat Papar, pihak Kementerian masih lagi belum menerima perincian bagi peruntukan yang diluluskan pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek BELB adalah meliputi keseluruhan negeri Sabah. Pengurangan peruntukan bagi tahun 2021 berbanding tahun-tahun sebelum ini adalah berikutan pelaksanaan projek-projek yang masih lagi di peringkat rekabentuk perunding dan memerlukan aliran tunai yang sedikit.

27. Skop pelaksanaan BELB adalah bagi memberi bekalan atau memperluaskan liputan bekalan elektrik di kawasan luar bandar yang berada di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selepas projek siap ia akan diserahkan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi tujuan operasi dan senggara yang mana hasil kutipan bil elektrik akan menjadi milik SESB. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak SESB untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih bekalan elektrik di negeri Sabah.

7

28. Untuk makluman Yang Berhormat Papar juga, keseluruhan peruntukan BELB akan diuruskan oleh pihak Kementerian sendiri. Pelaksanaan projek akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik dan dipantau oleh Kementerian. Peruntukan pembangunan yang diluluskan di bawah program BELB ini adalah bagi tujuan pembinaan infrastruktur bekalan elektrik baru bagi kawasan-kawasan yang masih belum menerima bekalan. Tanggungjawab bagi kerja-kerja penyenggaraan untuk menjamin kestabilan bekalan adalah di bawah tanggungjawab SESB.

29. Untuk makluman Yang Berhormat Libaran pula, berkaitan dengan isu penyaluran bekalan elektrik ke Kampung Pamaguan. Kementerian telah pun menyalurkan bekalan elektrik ke kampung ini menerusi Projek Sistem Solar Hibrid di Empat Buah Pulau Terpencil di Negeri Sabah dan Kampung Desa Wawasan, Batu 19 menerusi Projek Sambungan Talian Grid Khas di Daerah Kinabatangan dan Sandakan. Bagi Pulau Libaran pula kini dalam fasa pembinaan menerusi perlaksanaan Projek BELB Secara Sistem Solar Hibrid di pulau-pulau terpencil di Negeri Sabah.

B. JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)

Tuan Yang di-Pertua,

30. Seterusnya adalah berkaitan isu-isu masyarakat Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat Cameron Highlands, KPLB sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian yang serius kepada kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli.

31. Sehingga penghujung RMKe-11, sebahagian besar perkampungan Orang Asli telah mendapat bekalan infrastruktur asas meliputi jalan perhubungan, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kemudahan ameniti sosial seperti dewan dan gelanggang sukan. JAKOA juga secara berterusan mengemukakan permohonan peruntukan sebagai usaha untuk memastikan semua perkampungan Orang Asli dilengkapkan dengan infrastruktur dan kemudahan asas supaya

8

masyarakat Orang Asli menikmati kemudahan sepertimana yang disediakan kepada masyarakat arus perdana.

32. Di samping itu, bagi memastikan perkampungan Orang Asli menerima liputan talian komunikasi, JAKOA bekerjasama dengan SKMM dan MEASAT untuk mempercepatkan pemasangan pencawang dan peranti yang membolehkan liputan komunikasi sampai ke kampung-kampung berkenaan. Melalui perancangan bajet yang telah disusun, KPLB yakin perkampungan Orang Asli dapat dilengkapkan dengan infrastuktur dan kemudahan asas yang berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua,

33. KPLB komited dalam memastikan pembangunan modal insan masyarakat Orang Asli melalui sistem pendidikan yang berkualiti. Bagi maksud ini, pihak JAKOA sentiasa bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk mendapatkan akses pendidikan di semua peringkat pembelajaran bermula dari pendidikan awal kanak-kanak sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Bagi kemudahan penajaan pula, pihak JAKOA bekerjasama dengan pihak MARA bagi menaja pelajar orang Asli yang layak melanjutkan pengajian ke luar negara selain tajaan JAKOA sendiri bagi pelajar di dalam negara.

34. Berkenaan isu pengangkutan anak-anak Orang Asli ke sekolah, kerajaan membelanjakan peruntukan sebanyak RM24 juta setahun bagi membiayai kos pengangkutan murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dengan melibatkan hampir 630 laluan. Oleh kerana pihak kerajaan telah mengisytiharkan pelaksanaan PKP maka pihak JAKOA telah pun membayar segala tuntutan yang dikemukakan oleh pengusaha bas sekolah bagi membantu mereka dalam meneruskan perniagaan sebagai pengusaha bas kepada murid- murid orang Asli.

35. Untuk makluman Yang Berhormat, buat ketika ini pada dasarnya pihak JAKOA tiada perancangan untuk memberi sebarang bantuan dan pampasan kerana pihak JAKOA hanya membuat bayaran bagi perkhidmatan yang telah diberikan oleh pihak pengusaha bas sahaja.

9

Dalam masa yang sama, pihak Kerajaan menerusi Inisiatif PRIHATIN mempunyai Skim Bantuan Insentif Khas Pemandu Bas Sekolah yang boleh dipohon melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Tuan Yang di-Pertua,

36. Berkenaan Projek Tanaman Semula Komersial (TSK) RISDA, sebanyak 99 ladang TSK yang telah matang, dan ianya masih mencatatkan keuntungan pulang modal dengan jumlah RM4.6 juta (data sehingga Jun 2019). Bagaimanapun, kebanyakan ladang tidak dapat memberi pulangan dividen melebihi RM400 sebulan. Namun, projek ini masih menyumbang kepada peningkatan taraf pendapatan masyarakat Orang Asli. Meskipun demikian, beberapa perkara perlu diteliti semula bagi memastikan hasil ladang benar-benar memberi pulangan yang wajar kepada masyarakat Orang Asli. Projek TSK adalah projek kerjasama dengan RISDA menggunakan geran peruntukan Kerajaan melalui JAKOA. Sehubungan itu, tiada isu berkenaan hutang Orang Asli berkait dengan Projek TSK.

37. Berkenaan cadangan Yang Berhormat mengenai kerajaan negeri perlu mengadakan seorang perwakilan Ahli Dewan Undangan Negeri secara lantikan. Cadangan ini akan diperhalusi untuk pertimbangan.

38. Yang Berhormat Cameron Highlands seterusnya ada membangkitkan isu tanah di mana kemelut utama yang membelenggu penyelesaian terhadap masalah ini adalah berkaitan masalah perundangan. Yang Berhormat juga turut mencadangkan pindaan kepada Akta 134 dan Kanun Tanah Negara.

39. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan memang berhasrat untuk membuat pindaan secara menyeluruh terhadap Akta 134 agar kandungannya lebih mantap dan komprehensif serta mencakupi isu-isu utama masyarakat Orang Asli termasuk isu tanah. Namun, Kanun Tanah Negara yang menjadi asas kepada perundangan dan pentadbiran tanah di negara ini juga turut perlu diteliti dan ditambahbaik agar dapat menjamin dan memelihara kepentingan masyarakat Orang Asli apabila dibaca bersama Akta 134. Bagi tujuan tersebut, sesi libat

10

urus telah dan akan diteruskan bersama-sama pihak berkepentingan agar satu ketetapan dasar dapat dirumus bagi memastikan satu ketetapan perundangan baru diwujudkan.

40. Berkenaan cadangan untuk mengadakan Enakmen Tanah Rizab Orang Asli di peringkat kerajaan negeri, perkara ini adalah di luar bidang kuasa JAKOA. Walau bagaimanapun, JAKOA akan sentiasa meneruskan gerak kerja serta sesi libat urus dengan semua Kerajaan Negeri terlibat dalam menyelesaikan masalah sosio ekonomi masyarakat Orang Asli termasuklah isu tanah.

41. Yang Berhormat Cameron Highlands juga telah mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Perbadanan Khas atau Lembaga bagi tujuan untuk merancang, merangka dasar serta melaksanakan pembangunan sosio- ekonomi masyarakat Orang Asli yang mana penubuhannya adalah melalui Akta di Parlimen.

42. Dalam hal ini, Kerajaan perlu meneliti berkenaan objektif, peranan dan fungsi Perbadanan atau Lembaga tersebut agar tidak berlaku pertindihan fungsi dengan JAKOA. Ia merupakan cadangan yang baik demi masa depan masyarakat Orang Asli, namun Kerajaan perlu membuat penilaian sewajarnya sebelum ia dapat dilaksanakan.

43. Mengenai institusi Batin dalam komuniti Orang Asli yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cameron Highlands. Kerajaan melalui JAKOA sememangnya telah melaksana dan mengekalkan institusi tradisional kepimpinan Orang asli ini berpandukan Garis Panduan Tatacara Pelantikan dan Penamatan Jawatan Batin/Penghulu Orang Asli. Ini merangkumi kaedah pelantikan, syarat pelantikan, proses pelantikan dan penamatan.

44. Pihak JAKOA juga amat mengalu-alukan perlantikan ahli majlis daerah di kalangan Orang Asli bagi memudahkan isu isu orang asli dan pembangunan asli diketengahkan dengan lebih mikro dan sistematik.

11

C. PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA)

Tuan Yang di-Pertua

45. Isu seterusnya adalah mengenai RISDA, seramai tiga orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan RISDA pada sidang kali ini iaitu Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Sik.

46. Untuk makluman Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Sik program Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan pendaftaran Kad Permit Autoriti Transaksi – Getah (PAT-G) dilaksanakan sepenuhnya oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) di bawah seliaan Kementerian Perindustrian Utama dan Komoditi (MPIC). RISDA bertindak sebagai pemudahcara iaitu menerima borang permohonan tuntutan dari Pekebun Kecil kemudian mengemukakan kepada LGM untuk proses semakan, kelulusan dan pembayaran.

47. Bagi program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) pula, kerajaan melalui RISDA akan terus membantu lebih ramai pekebun kecil di seluruh negara meningkatkan pendapatan. Dalam RMK-12, lebih ramai usahawan pekebun kecil akan dibantu melalui Program Pembangunan Usahawan, Program Pembangunan Produk/Perkhidmatan dan Program Pemasaran. Dijangka seramai 22,500 orang akan menerima manfaat.

D. PENINGKATAN EKONOMI DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT LUAR BANDAR

Tuan Yang di-Pertua

12

48. Berkaitan dengan isu peningkatan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat luar bandar, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, KPLB menerusi Program DesaMall@KPLB beriltizam membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara atas talian dan terbuka untuk disertai oleh usahawan luar bandar. Cadangan pembinaan Pusat e-Dagang Desa akan dipertimbangkan tertakluk kepada kesesuaian dalam pelaksanaan perluasan Program DesaMall@KPLB pada masa akan datang.

49. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Salak, berkaitan dengan penajaan pelajar IPTS, MARA masih menaja pelajar di IPTS Bumiputera bagi program Diploma Berpakej iaitu program yang mempunyai jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian. MARA juga akan memperluaskan tajaan pelajar di IPTS Bumiputera yang bertaraf empat (4) SETARA ke atas dan lima (5) bintang MyQuest ke atas di peringkat Diploma dalam bidang-bidang utama. Sehingga Oktober 2020 seramai 3,323 orang pelajar mendapat kemudahan pinjaman pelajaran MARA di IPTS di seluruh negara.

50. Yang Berhormat Wangsa Maju melalui teks ucapan beliau ada membangkitkan isu mengenai peruntukan belanjawan KPLB tahun 2021, serta keberkesanan pelaksanaan program KPLB bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, purata pendapatan isi rumah penduduk luar bandar di Malaysia pada tahun 2019 adalah sebanyak RM5,004, meningkat sebanyak 4.6% berbanding tahun 2016.

51. Peningkatan purata pendapatan penduduk luar bandar pada kadar 4.6% adalah lebih tinggi daripada peningkatan purata pendapatan di peringkat nasional iaitu 4.2%. Kadar kemiskinan di luar bandar juga menunjukkan penurunan daripada 17.5% pada tahun 2016, kepada 12.4% pada tahun 2019. Selain itu, laporan yang sama turut menyatakan liputan bekalan elektrik di luar bandar adalah 99.8% dan liputan bekalan air pula adalah 84.7%.

13

52. Data-data ini menunjukkan usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan termasuk KPLB menunjukkan hasil yang positif. Walau bagaimanapun, KPLB menyedari masih banyak yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dan seterusnya mengurangkan jurang pendapatan di antara bandar dan luar bandar.

PENUTUP

Tuan Yang di-Pertua

53. Melalui pelaksanaan program pembangunan infrastruktur asas luar bandar dan juga pembangunan sosio ekonomi yang dirancang sepanjang tahun 2021, KPLB yakin ianya dapat membantu meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Komitmen dan iltizam ini adalah demi memastikan masyarakat luar bandar dapat menikmati hidup yang lebih sejahtera selaras dengan hasrat Dasar Pembangunan Luar Bandar dan Wawasan Kemakmuran Bersama.

Sekian, terima kasih.

14

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA HAJI ANNUAR HAJI MUSA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (BELANJAWAN) 2021

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS DEWAN RAKYAT

25 NOVEMBER 2020 (RABU)

1 | URUSAN PARLIMEN

TEKS PENGGULUNGAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MENJAWAB PERBAHASAN BELANJAWAN 2021 PERINGKAT DASAR

PENDAHULUAN

Tuan Yang Di Pertua,

Sebelum saya menjawab pertanyaan dan isu-isu yang telah dibangkitkan, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Tanjong Karang, yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Peringkat Dasar, dan telah menyentuh portfolio Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Izinkan saya teruskan dengan memberikan penjelasan ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Yang Berhormat Pontian telah mengutarakan isu berkaitan memudahkan proses pengeluaran lesen penjaja dan peniaga kecil serta penambahan lokasi premis perniagaan penjaja dan peniaga kecil yang strategik. Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Seputeh juga telah menyentuh isu penjaja dan peniaga kecil, khasnya di Kuala Lumpur.

2 | URUSAN PARLIMEN

Sebagaimana Yang Berhormat semua maklum, ketika negara diuji dengan impak wabak Covid-19, Kerajaan ini sentiasa mengambil tindakan Prihatin dengan memberi perhatian khusus kepada kebajikan dan kemaslahatan rakyat Malaysia. KWP di dalam mendukung semangat Wilayah Prihatin telah melancarkan pelbagai inisiatif proaktif untuk mengurangkan impak wabak Covid-19 kepada kebajikan dan kemaslahatan rakyat sejajar dengan dasar dan falsafah Kerajaan Persekutuan. Antara inisiatif tersebut adalah dengan menggalakkan anak-anak muda di Wilayah Persekutuan berniaga di bawah Program Pembangunan Usahawan Muda (UMK) dan inisiatif “Wilayah Bebas Berniaga” (WBB).

1. Program Pembangunan Usahawan Muda kota

Untuk makluman Yang Berhormat semua, KWP telah mewujudkan Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan belia dengan memperbanyakkan kawasan perniagaan di lokasi-lokasi strategik dan tumpuan ramai khususnya di pusat bandar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sehingga kini sebanyak 1,122 ruang niaga telah dikenalpasti. Manakala sebanyak 234 ruang niaga telah ditawarkan bagi usahawan di Kuala Lumpur manakala 64 ruang niaga telah ditawarkan bagi usahawan di Putrajaya. Antara kawasan-kawasan yang terpilih dan dirancang serta tambahan untuk pelaksanaan inisiatif ini adalah seperti Jalan Melayu, Jalan Haji Taib, Jalan Alor, sekitar ‘Little India’, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Uda di Kampong Bharu dan di Presint Diplomatik Putrajaya. Adalah diharapkan juga pemilihan lokasi-lokasi tersebut dapat memberi nafas baharu lonjakan urban rejuvenation melalui pembukaan

3 | URUSAN PARLIMEN prasarana perniagaan yang moden, terkini dan teratur serta menjadi tarikan kepada sekalian masyarakat termasuk orang muda seperti mewujudkan Artists Corner. Kementerian yakin dapat menawarkan 2000 tempat berniaga kepada anak-anak muda UMK berniaga di bawah program ini.

2. Inisiatif “Wilayah Bebas Berniaga” (WBB)

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, KWP telah melancarkan inisiatif “Wilayah Bebas Berniaga” (WBB) yang membenarkan warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk mengadakan aktiviti perniagaan penjaja di mana sahaja dalam Wilayah Persekutuan tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang berkenaan. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban warga kota yang terjejas sumber pendapatan berikutan penularan virus Covid-19. DBKL, PPj dan PL telah melaksanakan tindakan untuk merealisasikan inisiatif ini dengan memudahkan proses permohonan lesen, memendekkan masa kelulusan dan mengecualikan fi lesen yang dikenakan.

 Pengeluaran Lesen Sementara KL Prihatin

Misalnya bagi Kuala Lumpur, DBKL telah melancarkan Lesen Sementara KL Prihatin yang membenarkan aktiviti perniagaan penjaja di mana sahaja dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 6 bulan bermula pada 15 November 2020 sehingga 15 April 2021.

Lesen Sementara KL Prihatin ini adalah suatu penambahbaikan kepada Lesen Permit Penjaja Waktu Terhad PKPP yang telah dikeluarkan sebelum ini, seperti berikut:

4 | URUSAN PARLIMEN

● Jenis jualan yang dahulunya dihadkan hanya untuk makanan dan minuman sahaja telah ditambah untuk aktiviti jualan barang kering, buah-buahan dan barangan basah. ● Tiada bayaran Fi lesen dikenakan kepada penjaja dan ianya adalah percuma kepada penjaja untuk sepanjang tempoh pelaksanaan program tersebut berbanding lesen sebelum ini yang perlu dibayar sebanyak RM 20.00 untuk sebulan. ● Bagi memudahkan proses mendapatkan lesen, permohonan boleh dilakukan di dalam talian dan lesen boleh dicetak oleh pemohon sekiranya permohonan telah diluluskan. Proses permohonan secara talian akan dapat keputusan dalam tempoh 24 jam manakala proses permohonan secara manual akan diproses dalam tempoh 3 hari.

Untuk makluman sehingga 23 November 2020 sebanyak 1,797 permohonan lesen telah diterima oleh DBKL. 728 pemohon telah diluluskan manakala 402 pemohon telah lulus bersyarat. Baki permohonan lain sedang dalam proses. Program ini dijangka memberi manfaat kepada 3,000 keluarga di Wilayah Persekutuan.

Untuk makluman Dewan saya sendiri telah turun padang untuk melihat pelaksanaan inisiatif "Wilayah Bebas Berniaga" (WBB). Alhamdulillah saya sendiri dapat melihat ramai warga kota yang dapat berniaga sekarang secara sah dengan lesen yang diluluskan dengan pantas. Ini adalah bukti Kerajaan hari ini di dalam menerapkan dasar pro penjaja dan peniaga kecil yang dapat memberi peluang rakyat menggiatkan diri dalam ekonomi tatkala negara dibelenggu wabak COVID-19. Namun ini tidak bererti aspek kesihatan, keselamatan dan kepentingan awam harus di kompromi. Dasar dan peraturan perlesenan akan terus dipantau. Segala- galanya haruslah betul tempat, masa & aturannya.

5 | URUSAN PARLIMEN

Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) ini tidak bermaksud penjaja boleh berniaga dimana- mana sahaja tanpa sebarang kawalan langsung. Bagi memastikan inisiatif ini dilaksanakan dengan baik dan teratur, DBKL, PPj dan PL telah mengeluarkan garis panduan mengenai tatacara mudah yang perlu dipatuhi oleh pemohon. Garis Panduan ini juga diselaraskan dengan peraturan dan undang-undang kecil DBKL, PPj dan PL yang sedia ada. Selain itu, SOP berkuatkuasa berkenaan Covid-19 seperti penjarakan sosial juga hendaklah dipatuhi. PBT telah menyediakan talian dan kaunter bagi melayan pertanyaan dan permohonan dengan mematuhi norma baharu semasa bertugas.

Dalam Garis Panduan ini para pemohon masih tertakluk kepada syarat- syarat lesen yang telah ditetapkan oleh PBT, antaranya satu lokasi terhad kepada satu orang pelesen, jualan secara take away sahaja dan tidak dibenarkan meletak kerusi/ meja untuk pelanggan, suntikan tifoid diwajibkan bagi aktiviti perniagaan makan dan minum, pembinaan struktur semi kekal tidak dibenarkan, menyediakan tong sampah yang bertutup dan memastikan aspek kebersihan terjaga, lalu lintas di jalan- jalan adalah lancar serta mengosongkan tapak perniagaan selepas waktu perniagaan.

6 | URUSAN PARLIMEN

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Yang Berhormat Pontian juga telah mencadangkan agar Kampong Bharu dijadikan pusat peniaga kecil yang termoden di negara ini dan dijadikan salah satu tumpuan pelancong antarabangsa.

Suka ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, perancangan untuk membangunkan Kampong Bharu diteruskan dan Kerajaan ingin menegaskan komitmen bahawasanya Kampong Bharu akan dibangunkan dengan cara tertentu.

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang semalam telah sudi mengaturkan perbincangan khas dengan KWP bagi merangka langkah- langkah segera dan proaktif untuk membangunkan Kampong Bharu.

Kampong Bharu bukan hanya akan dibangunkan sebagai pusat peniaga kecil tetapi kita ingin menjadikan Kampong Bharu setaraf dan setara dengan kemajuan-kemajuan di sekitarnya. Antara lain Kampong Bharu akan dihubungkan sistem pengangkutannya dan jalannya dengan lebuhraya di sekitarnya seperti Lebuhraya DUKE dan AKLEH.

Kampong Bharu juga akan dinaikkan prasarananya dan kita telah merancang secara komprehensif untuk memajukan Kampong Bharu sebagai kawasan residential dan juga kawasan komersial yang setara dengan kawasan-kawasan lain di sekitar Kuala Lumpur.

7 | URUSAN PARLIMEN

Namun begitu saya faham tentang concern untuk memastikan Kampong Bharu dibangunkan bagi menonjolkan identiti dan karakter Melayu Kampong Bharu sebagai pusat pelancongan dan kebudayaan. Suka saya memberi jaminan bahawa Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu (PIPKB 2040) merancangkan beberapa pembangunan yang menonjolkan identiti Melayu Kampong Bharu seperti berikut:

● Kampong Bharu Food Haven di Jalan Raja Muda Musa termasuklah cadangan Open Air Food Court berskala besar yang juga menempatkan ruang untuk persembahan kesenian dan kebudayaan tradisional Melayu sebagai sebahagian cadangan Pusat Pelancongan dan Kebudayaan Melayu. Kawasan ini juga akan menjadi pusat peniaga yang moden di Kampong Bharu yang akan mempromosikan pelbagai produk makanan Melayu yang mampu menarik pelancong tempatan dan antarabangsa;

● cadangan pembangunan Kampong Bharu Shopping Street di Jalan Raja Alang yang menonjolkan hasil tempatan dan tradisional Melayu seperti barangan seni, kraftangan, pakaian tradisional dan cenderamata yang dapat menjadi tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa. Keterlibatan golongan peniaga dari Kampong Bharu juga disasarkan di perancangan agar dapat meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat; dan;

● cadangan lain termasuklah penyediaan tapak pelbagai guna bagi tujuan Bazar Ramadhan, Grand Bazar Jalan Raja Uda-Jalan Raja Bot dan lain-lain adalah antara pembangunan yang sedang dirancang.

8 | URUSAN PARLIMEN

KWP ingin memberi jaminan Kampong Bharu tetap akan dimajukan, namun identiti Kampong Bharu, pemilikan aset di Kampong Bharu serta aspek heritage Kampong Bharu tetap akan dipelihara.

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Yang Berhormat Pontian juga telah mencadangkan agar Putrajaya dijadikan pusat antarabangsa Al-Quran dengan terbinanya Quran Village di Presint 14.

Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia telah lama memainkan peranan meninggikan syiar Islam di arena antarabangsa. Antaranya sejak 60’an negara menjadi tuan rumah Majlis Musabaqah/ Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA).

Kini di Putrajaya telah terbina Nasyrul Quran iaitu pusat menyalin dan mencetak Al-Quran terbesar di dunia. Pembangunan Quran Village ini merupakan kesinambungan daripada pembangunan Nasyrul Quran di Putrajaya. Manakala Nasyrul Quran dibina dengan tujuan sebagai pusat percetakan Al Quran dan telah berjaya menjadi pusat percetakan Al- Quran ke-2 terbesar di dunia (dengan lebih 2 juta naskhah dihasilkan dan diedarkan serata dunia), Quran Village pula dirancang sebagai pembangunan yang mempamerkan konsep penghayatan isi kandungan Al Quran di dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Sebagai contoh, Quran Village akan memberikan penerangan pengaplikasian pengajaran dari Al Quran kepada aspek saintifik di Pusat Sains Quran dan Sirah; kepada aspek ekonomi di Pusat Tijarah; dan kepada aspek seni Islam di Pusat Seni Mushaf; yang akan dibina di pembangunan tersebut.

9 | URUSAN PARLIMEN

Selain pembangunan yang dirancang melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, Quran Village juga akan melibatkan pembangunan yang menggunakan dana wakaf dari dalam dan luar negara. Ini membolehkan keterlibatan masyarakat Islam sedunia didalam usaha murni meningkatkan syiar Islam melalui penghayatan Al-Quran yang menyeluruh.

Saya suka untuk menerangkan bahawa pembinaan Quran Village turut melibatkan pembinaan satu lagi Masjid di Putrajaya. Rata-rata umum mengetahui bahawa setiap hari Jumaat masyarakat Islam di Putrajaya menunaikan tanggungjawab bersolat Jumaat di pelbagai surau-surau kecil selain di Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan. Sebelum keadaan COVID-19, ruang solat Jumaat di masjid dan surau di Putrajaya dipenuhi sehingga ke luar bangunan. Jadi melihat projeksi penduduk di Putrajaya pada masa hadapan adalah jelas pembangunan satu lagi Masjid di Putrajaya diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam di Putrajaya dan kawasan sekitar.

10 | URUSAN PARLIMEN

Untuk makluman Yang Berhormat, komponen cadangan Quran Village adalah seperti berikut:-

KOMPONEN FUNGSI a) Masjid Az-Zikr Boleh memuatkan 3000 jemaah dan Galeri Al- Quran 30 juzuk dan ruang pameran sirah-sirah Islam di aras 2 masjid.

b) Pusat Tijarah Pusat e-perniagaan, kios dan bazar.

c) Pusat Sains Pusat pameran dengan teknologi moden yang Quran dan Sirah terkini seperti Panel Skrin Sentuh Interaktif, ‘Projection Mapping’, Augmented Reality (AR), Paparan Hologram, Smart Sensors, Planetarium & Teknologi ‘Immersive’.

d) Institut Al-Jawf Institut dan latihan, Dewan Seminar dan lain- dan Al-Quran lain.

e) Pusat Seni Pameran penyalinan 30 juzuk Al-Quran dengan Mushaf/ Restu Art illuminasi seni tapak Melayu.

- Infrastruktur Infrastruktur dan Decking dan Decking

Masjid ini akan dibina dengan karakter dan reka bentuk serta fungsi tertentu yang bersesuaian dengan fungsi Quran Village. Ia tidak akan menjadi “Gajah Putih”, malah ia akan menjadi Pusat Ilmu Al-Quran yang unik dan pertama di dunia.

11 | URUSAN PARLIMEN

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Yang Berhormat Labuan telah mengutarakan isu berkaitan rumah kos rendah di Labuan.

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, secara keseluruhan ketiga- tiga Wilayah Persekutuan, KWP telah mensasarkan pembinaan sebanyak 80,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun mulai 2018 hingga 2028.

Sehingga November 2020, sebanyak 58,499 unit iaitu 94 projek Residensi Wilayah sedang berada di dalam pelbagai peringkat pembangunan iaitu di Kuala Lumpur sebanyak 54,479 unit, Putrajaya sebanyak 2,908 unit dan Labuan sebanyak 1,112 unit. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16,079 unit rumah iaitu 27 projek telah siap dibina dan 26,684 unit rumah iaitu 35 projek masih dalam pembinaan manakala yang lainnya masih dalam peringkat perancangan.

Pada masa kini, KWP juga memberi tumpuan kepada Program Residensi Prihatin bagi membantu warga Wilayah Persekutuan berpendapatan rendah B40 untuk memiliki kediaman berkualiti dengan harga RM200 ribu dan ke bawah untuk seunit rumah. 10,000 unit disasarkan siap dalam tempoh 3 tahun (2021 hingga 2024).

Untuk makluman Yang Berhormat Labuan, program perumahan mampu milik turut dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan bagi memberi peluang kepada warga Labuan untuk memiliki rumah pada harga mampu milik.

12 | URUSAN PARLIMEN

Sehingga tahun 2020 sebanyak 1,112 unit (3 projek) Residensi Wilayah telah siap di Labuan. Selain itu, PL juga telah menyediakan rumah sewa di Taman Perumahan LDA dan Taman Mutiara pada kadar yang berpatutan. KWP juga masih mengkaji kemungkinan melaksanakan Residensi Prihatin di Labuan tertakluk kepada ketersediaan tapak dan pemaju bersesuaian.

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Yang Berhormat Labuan telah membangkitkan isu mengenai Jambatan Labuan-Menumbok, Sabah.

Izinkan saya menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Sabah yang telah memberi kepercayaan kepada perubahan pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lepas di mana telah memungkinkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membentuk kerajaan negeri.

Sejajar dengan semangat Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Kerajaan PN sememangnya komited untuk membangunkan Sabah dan Sarawak sesuai dengan potensi dan kedudukan yang strategik dalam pembangunan serantau dan global.

Di dalam hal ini, Labuan sebagai suatu entiti Persekutuan yang berhampiran dengan Sabah dan Sarawak turut sama berpotensi dalam perangkaan model pembangunan yang baharu bagi rantau tersebut. Bukan sekadar pusat kewangan pesisir, Labuan berkemampuan meluaskan rangka kemajuan ekonominya secara bersepadu dengan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah hub logistik, pengangkutan, oil and gas dan pelancongan.

13 | URUSAN PARLIMEN

Oleh itu, pembinaan Jambatan ini dijangka menjadi game changer di dalam membuka peluang yang lebih besar untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Labuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, Jambatan ini boleh meningkatkan jaringan kesalinghubungan yang terhasil apabila disambungkan dengan Pan Borneo Highway. Lebih dari itu, Labuan boleh turut memberi khidmatnya menjangkaui lingkungan ekonomi antarabangsa bersama dengan Brunei yang berhampiran serta dengan Indonesia lebih-lebih lagi dengan perpindahan pusat pentadbiran baru Kerajaan Indonesia ke Kalimantan Timur.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 9 September 2020 telah bersetuju dengan Kertas Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Bersama oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenai Cadangan Pembinaan Jambatan Labuan-Sabah dilaksanakan secara Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership).

Beberapa syarikat swasta telah menunjukkan minat dan hasrat untuk terlibat didalam pembinaan Jambatan Labuan-Sabah secara penswastaan. Justeru, KWP dan KKR kini dalam usaha melaksanakan proses Request for Proposal (RFP) bagi memberi peluang syarikat- syarikat berminat menyertai cadangan projek Jambatan.

Kerajaan optimis pelaksanaan Jambatan Labuan-Sabah yang dilaksanakan secara Kerjasama Awam Swasta melalui terma-terma yang dipersetujui bersama kelak bakal menjadi realiti dan memberi manfaat berganda kepada rakyat Labuan, Sabah, Sarawak dan serantau.

14 | URUSAN PARLIMEN

InshAllah, hasrat melihat terbinanya sebuah Jambatan, menghubungkan Labuan dengan tanah besar Borneo akan menjadi realiti.

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Yang Berhormat Labuan telah membangkitkan isu berkaitan peruntukan mengurus Perbadanan Labuan (PL).

Bagi belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan bahawa Geran Kerajaan untuk peruntukan mengurus (OE) PL akan susut kepada RM39,408,500.00 daripada OE 2020 iaitu RM50,176,400.00 dengan perbezaan berjumlah RM10,767,900.00.

Di dalam hal ini, KWP berpandangan adalah penting PL memperkasakan sumber hasil dengan memperkasakan ekonomi Labuan. Antara beberapa langkah yang boleh diambil PL adalah :

 Menarik lebih banyak pelaburan daripada pihak swasta yang secara tidak langsung boleh membantu PL meningkatkan hasil selain mengalakkan pihak swasta menjalankan kerja-kerja CSR bersama dengan PL.

 Merancakkan semula ekonomi tempatan pasca Covid-19 supaya masyarakat setempat boleh berdikari semula seterusnya mengembalikan hasil kerajaan yang berkurangan berikutan impak wabak tersebut.

 Melaksanakan perbelanjaan bersasar oleh PL dengan memberi tumpuan kepada komuniti yang memerlukan tanpa mengabaikan kepentingan kelompok masyarakat yang lain. Walaupun dengan

15 | URUSAN PARLIMEN pengurangan geran untuk belanja mengurus ini, PL akan memastikan pengurusan kewangan PL tidak akan mengorbankan perkhidmatan yang kritikal dan diperlukan rakyat Labuan.

Seperti yang saya katakan mengenai pembinaan Jambatan Labuan- Sabah, pembangunan sedemikian berupaya untuk memberi nafas baharu di dalam pembangunan ekonomi Labuan sekaligus meningkatkan hasil yang bakal diterima PL. Selain itu, KWP boleh melihat pelbagai aspek lain seperti memperkasakan peranan Labuan bagi pusat pengankutan pesawat ringan serta kedudukan Pelabuhan Labuan yang berpotensi berdiri sendiri melalui kerjasama dengan pihak swasta.

Oleh itu KWP komited di dalam membantu PL di dalam memperkasa ekonominya melalui projek yang mengutamakan potensi Labuan sebagai hub kewangan pesisir, hub logistik termasuk pengangkutan laut dan udara, hub oil and gas serta pelancongan.

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Yang Berhormat Segambut telah menyentuh isu banjir di Kuala Lumpur terutama di Sungai Toba dan Sungai Keroh.

Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, masalah banjir kilat di Kuala Lumpur merupakan suatu isu yang sentiasa menjadi keprihatinan bagi saya dan pihak KWP serta DBKL. Setiap kali berlakunya insiden banjir kilat saya sendiri diberi update daripada agensi berkenaan dan turun padang untuk melihat keadaan.

16 | URUSAN PARLIMEN

Oleh itu saya telah meminta DBKL terus berusaha meningkatkan keberkesanan mengatasi masalah banjir kilat melalui tindakan seperti berikut:-

1. Penyelenggaraan berkala iaitu pembersihan sungai dan parit induk;

2. Pembersihan longkang-longkang tepi jalan dengan lebih kerap;

3. Pemantauan terhadap penyelesaian banjir kilat yang didapati dari laporan dan aduan dibuat seminggu sekali;

4. Lokasi hot spot yang tidak dapat diselesaikan dengan kaedah jangka pendek akan dimasukkan ke dalam projek penyelesaian banjir kilat;

5. Penguatkuasaan terhadap tapak projek pembangunan yang melanggar syarat-syarat kelulusan dari DBKL.

Saya juga telah mengarahkan DBKL meneliti pelaksanaan suatu bentuk Early Warning System bagi banjir kilat. Dengan teknologi yang ada pada masa ini saya berpandangan kejadian banjir kilat boleh diramal berpandukan data meteorologi sedia ada dan memastikan amaran dapat disebarkan kepada orang ramai.

Secara spesifik mengenai Sungai Toba dan Sungai Keroh, Sungai Toba adalah di bawah seliaan DBKL manakala Sungai Keroh adalah di bawah seliaan JPS. Di dalam hal ini, DBKL dan JPS sentiasa mengadakan mesyuarat dan perbincangan untuk rangka perancangan mitigasi banjir kilat di kawasan tersebut,

17 | URUSAN PARLIMEN

Bagi Sungai Keroh JPS telah mengadakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Keroh iaitu Keroh River Diversion (sepanjang 2.2km) di mana air hujan dilencongkan ke Kolam Takungan Jinjang dan Kolam Takungan Kampung Benteng untuk menampung air hujan sebanyak 0.4 juta cubic meter.

Bagi mengatasi masalah banjir di Kawasan Tadahan Sg. Toba, DBKL telah melaksanakan banyak tindakan di dalam beberapa tahun kebelakangan seperti menaiktaraf sistem perparitan di kawasan Segambut Bahagia (RM1.6 juta), membina Kolam Takungan Banjir (On Site Detention - OSD) di Taman SPPK Segambut (RM4.8 juta) dan Segambut Bahagia (RM9.0 juta) serta pengorekan pasir secara berkala.

DBKL juga bagi tahun 2021 telah merancang pelaksanaan projek bagi Mempertingkatkan Sistem Perparitan Utama Dan Kerja-Kerja Pipe Jacking Di Kawasan Tadahan Sungai Toba selain merangka cadangan tebatan banjir jangka pendek dan panjang bagi Sg. Toba serta lokasi- lokasi lain di Kuala Lumpur yang seterusnya dapat dilaksana pada masa hadapan bagi menghadapi masalah banjir kilat.

KWP memahami banjir kilat adalah suatu fenomena yang tidak mudah diatasi. Namun usaha berterusan mesti dilakukan bagi memastikan masalah ini dapat diminimakan. Ia bukan sahaja memerlukan kawalan pembangunan yang lebih ketat serta memerlukan kesedaran warga kota sendiri agar menjaga aspek saliran yang kekal efisien, tidak tersumbat dan sentiasa berfungsi dengan baik.

18 | URUSAN PARLIMEN

Terima Kasih Tuan Yang Di-Pertua, Semua Persoalan Sudah Dijawab Bajet Disokong Sebulat Suara Agar Terbela Rakyat Yang Susah

Sekian, terima kasih.

19 | URUSAN PARLIMEN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

YB DATO' SRI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN MENTERI BELIA DAN SUKAN

BAGI

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (BELANJAWAN) 2021

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS DEWAN RAKYAT

25 NOVEMBER 2020 (RABU)

1

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN ______

TEKS JAWAPAN KE ATAS PERBAHASAN BELANJAWAN 2021 MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEMPAT BELAS (DEWAN RAKYAT) 2 NOVEMBER – 15 DISEMBER 2020 ______

Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 5 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat iaitu YB PONTIAN, YB PASIR MAS, YB BUKIT MERTAJAM, YB TANGGA BATU DAN YB HULU SELANGOR yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- Undang Perbekalan 2021 yang menyentuh isu-isu di bawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan.

2

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan atas penyediaan belanjawan yang cukup holistik dan menyeluruh. Usaha jelajah, sesi konsultasi dan libat urus yang dijayakan sewaktu penyediaan Belanjawan 2021 telah menatijahkan tawaran belanjawan yang merangkumi semua aspek pembangunan belia dan sukan.

Berdasarkan pemerhatian awal KBS, terdapat lebih “50 titik sentuhan” (touch points) Belanjawan 2021 yang melibatkan sektor belia dan sukan. Ia boleh dipecahkan kepada beberapa dimensi utama:

i) Dimensi penyediaan peluang pekerjaan; ii) Dimensi penciptaan pekerjaan; iii) Dimensi pembangunan latihan dan kemahiran; iv) Dimensi akses kepada dana; dan v) Dimensi pembangunan sukan dan pengukuhan industri.

Izinkan saya Yang Di-Pertua, untuk memberikan respons dan maklum balas kepada beberapa isu spesifik yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.

3 a) ISU-ISU SUKAN

1. Geran Khas Kepada Persatuan Sukan Kebangsaan

Yang di-Pertua,

i. Saya ingin mulai dengan ucapan penghargaan kepada YB BUKIT MERTAJAM, atas konsistensi dan kesungguhan beliau mengemukakan pelbagai cadangan berkait isu belia dan sukan di dalam media. Beliau sendiri mengakui bahawa “10 Cadangan Belanjawan Untuk KBS” itu bukan semuanya di bawah bidang kuasa KBS. Namun begitu, keikhlasan dan kesungguhan beliau, saya ucapkan penghargaan dan terima kasih.

ii. Untuk makluman, Kementerian Belia Dan Sukan telahpun menyediakan sebanyak RM10 juta melalui Inisiatif Prihatin Sukan (IPS) 2020 yang telah dilancarkan pada bulan Jun 2020 lalu bagi membantu meringankan beban ekonomi yang dihadapi oleh persatuan sukan yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan bermula 18 Mac 2020.

iii. Sebanyak 1,369 kelulusan telah diberikan termasuk 160 kelulusan automatik Bantuan Pengurusan Sukan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan dan

4

1,028 kelulusan automatik Bantuan Pengurusan Sukan kepada Persatuan Sukan Negeri. iv. Selain itu, Kementerian melalui Majlis Sukan Negara (MSN) juga telah membantu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dengan melaksanakan pembayaran elaun Pengurus Besar dan Pegawai Eksekutif Sukan bagi tempoh 6 bulan (Januari hingga Jun 2020) kepada PSK yang terlibat sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Bantuan bagi bulan Julai hingga Disember 2020 telah pun diterima oleh PSK tersebut dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM273,200. v. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, selain bantuan yang disediakan oleh Kementerian dan MSN, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga telah menyediakan bantuan dana COVID-19 pertama pada bulan April 2020 dan bantuan dana COVID-19 kedua pada bulan Oktober 2020 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM600,000 bertujuan membantu PSK di bawah naungannya menampung perbelanjaan terutamanya daripada segi pengurusan dan pentadbiran.

5

2. Peruntukan Kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)

i. Untuk makluman YB BUKIT MERTAJAM, tiada peruntukan khusus yang pernah diluluskan di bawah Belanja Mengurus B.45 KBS untuk kegunaan YAKEB. Walau bagaimanapun, atas prinsip menjaga kebajikan bekas atlet kebangsaan, KBS telah menyalurkan RM250 ribu pada tahun 2018 dan RM600 ribu pada tahun 2020 melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) dan Jawatankuasa Pemberian Bantuan (JKPB) Jabatan Belia dan Sukan Negara. Kementerian Kewangan juga telah menyalurkan sebanyak RM3 juta kepada YAKEB bagi tahun 2019.

ii. Sebagai makluman jua, bantuan kewangan kepada YAKEB telah disenaraikan sebagai salah satu fokus di bawah inisiatif/projek KBS bagi tahun 2021. Walaupun tiada peruntukan khusus kepada YAKEB melalui KBS dalam Belanjawan 2021 ini, namun saya sendiri telah mendapatkan jaminan daripada Kementerian Kewangan untuk menyediakan peruntukan terus kepada YAKEB. Ini bagi memastikan kebajikan bekas atlet kebangsaan yang telah berkhidmat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa sentiasa terjamin dan terpelihara.

6

iii. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan kepada YAKEB atas usaha kebajikan yang diusahakan untuk bekas atlet. Saya juga ucapkan tahniah kerana YAKEB secara proaktif telah mula memperbanyak program keusahawanan di kalangan bekas atlet bagi mengharungi tempoh dan masa sukar akibat COVID- 19 ini.

3. Pembinaan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dan Fasiliti Sukan Ekstrem Hulu Selangor

i. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB HULU SELANGOR kerana kesungguhan dan kekerapan mengemukakan pandangan dan syor mengenai isu belia dan sukan.

ii. YB HULU SELANGOR telah membangkitkan tentang cadangan pembinaan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dan Fasiliti Sukan Ekstrem Hulu Selangor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini KBS belum menerima sebarang permohonan rasmi berkenaan perkara ini. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bersedia untuk mempertimbangkan permohonan daripada pihak Yang Berhormat bagi pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

7 b) ISU-ISU BELIA

1. Cadangan Mewujudkan Semula Tabung Usahawan Belia (TUB)

i. Syor dan cadangan YB PONTIAN sewaktu perbahasan belanjawan mengenai keperluan agenda keusahawanan diperkukuh untuk menangani isu pengangguran di kalangan belia amat saya hargai. Lebih menarik lagi, YB PONTIAN turut mengusulkan agar usaha strategik secara rentas Kementerian mesti dilaksanakan bagi menambah penglibatan belia dalam sektor keusahawanan.

ii. Saya berpandangan, cadangan YB PONTIAN ini berasaskan keprihatinan yang sangat wajar dan mempunyai asas yang kukuh. Kadar pengangguran di kalangan belia merupakan isu yang mesti ditangani dengan sebaiknya oleh Kerajaan. Antara cadangan YB PONTIAN adalah untuk KBS mewujudkan semula Tabung Usahawan Belia (TUB).

iii. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sememangnya pernah mewujudkan skim pinjaman di bawah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (KWAPEB). Skim pinjaman tersebut ialah Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (TKWAPEB) dan Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB). Secara terus terang, isu dan

8

masalah utama yang dihadapi kedua-dua skim tersebut ialah soal tunggakan hutang yang tinggi dan hasil bayaran balik yang tidak memuaskan. iv. Ini kerana KBS menghadapi kekangan kerana tidak mempunyai institusi pendanaan yang khusus seperti kementerian-kementerian lain dalam menguruskan skim pinjaman kepada para usahawan belia ini. Justeru itu, KBS berpandangan bahawa adalah wajar supaya fungsi dan peranan pendanaan ini dilaksanakan oleh agensi seperti TEKUN dan SME Corp. manakala KBS pula berkolaborasi dengan agensi ini sebagai pemudah cara dan penghubung kepada golongan belia. v. Sebagai contoh, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) di bawah SME Corp. Malaysia, sebuah agensi di bawah MEDAC, KBS merupakan rakan strategik utama bagi pelaksanaan program ini sejak tahun 2014 sehingga kini. KBS bekerjasama rapat dengan pihak SME Corp. dengan menghubungkan belia yang ingin menyertai program TUBE ini. vi. Antara inti ucapan YB PONTIAN turut mengesyorkan agar agenda pembangunan keusahawanan dijayakan secara rentas Kementerian. Hakikatnya, inilah yang sedang diusahakan oleh KBS pada ketika ini. Agenda

9

kolaborasi rentas kementerian merupakan sebahagian daripada inisiatif utama yang dijayakan KBS. vii. KBS merupakan salah satu daripada 14 buah Kementerian yang terlibat sama dalam melaksana program keusahawanan. KBS menerusi kolaborasi secara rentas kementerian akan terus membimbing dan memberi sokongan kepada golongan belia dalam aspek keusahawanan. Antara kementerian / agensi yang terlibat adalah:

a. Kerjasama KBS dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui Program Pencetus Usahawan.

b. Program KBS bersama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) juga akan menjadi ikhtiar untuk membantu golongan belia berniaga.

c. Kerjasama KBS bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui agensinya MDEC telah dapat menghasilkan program myGIG yang bertujuan menyokong keterlibatan para belia dalam ekonomi digital.

d. Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota bersama Kementerian Wilayah Persekutuan.

10

viii. Dalam masa yang sama, program keusahawanan yang dipelopori KBS akan tetap diteruskan. Ini termasuklah kursus teknikal belia tani, inisiatif TVETPRENEUR di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dan Pelaksanaan inisiatif Bisnes Orang Muda yang dijayakan oleh IMPACT Malaysia akan diteruskan.

ix. Bagi memudahkan para belia mengakses segala inisiatif yang sedang dijayakan oleh pihak kerajaan, KBS sedang menerajui pembangunan Single Landing Page (one-stop center) yang dinamakan Sistem MyBelia.

2. Geran Khas Kepada Persatuan Belia Kebangsaan

i. Berkenaan isu yang dibangkitkan oleh YB BUKIT MERTAJAM, KBS pada masa ini sedang mempertimbangkan untuk memberi pembiayaan pelaksanaan aktiviti pembangunan belia berjumlah sekurang-kurangnya RM30,000 kepada 12 buah pertubuhan belia di bawah badan gabungan MBM termasuk MBM terutamanya bagi melaksanakan aktiviti selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat.

ii. Semua pertubuhan yang dicadangkan oleh MBM ini adalah pertubuhan yang telah mematuhi syarat-syarat Garis Panduan Pemberian Bantuan Jabatan Belia dan Sukan Negara iaitu persatuan yang lengkap MYKD 2018

11

dan 2019. Aktiviti-aktiviti yang cadangkan untuk dilaksanakan adalah cadangan persatuan sendiri dan pihak KBS telah memaklumkan kepada semua persatuan melalui MBM untuk memohon melalui sistem e-Bantuan KBS dengan kadar segera sebelum tahun perakaunan kerajaan ditutup. iii. Berkenaan isu yang dibangkitkan oleh YB TANGGA BATU, bantuan kepada pertubuhan-pertubuhan belia masih menjadi keutamaan KBS khususnya dalam mendepani cabaran COVID-19 ini. iv. Walaupun tiada peruntukan khusus kepada KBS untuk bantuan pentadbiran persatuan belia dalam Belanjawan 2020, KBS telah menyediakan bantuan pentadbiran sebanyak:

a) RM1 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM); b) RM1 juta kepada Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan; c) RM195,000 kepada 6 Badan Beruniform; d) RM1.025 juta kepada 14 Majlis Belia Negeri (MBN); dan e) RM3.78 juta kepada 105 Majlis Belia Daerah (MBD). Bantuan keseluruhan yang disalurkan ini adalah berjumlah RM7 juta.

12 v. Bagi tahun 2021, Kementerian akan memberikan keutamaan kepada bantuan pelaksanaan aktiviti yang dilaksanakan secara bersama persatuan belia. vi. Pendekatan ini dilihat lebih mendatangkan manfaat kepada golongan belia dan komuniti setempat berbanding penyaluran untuk bantuan pentadbiran yang hanya diterima oleh pertubuhan sahaja. Bantuan pelaksanaan aktiviti ini diharap akan dapat menggalakkan lagi pertubuhan belia untuk terus giat melaksanakan program pembangunan belia yang berimpak tinggi dengan kos yang minimum, kumpulan sasaran yang lebih besar dan berfokus serta menyerlahkan lagi potensi belia di pelbagai peringkat.

13

C. URUSAN PENTADBIRAN

1. Rasional KBS Mengecilkan Pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Daerah

i. Isu mengenai langkah pengecilan pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang telah dibangkitkan oleh YB PASIR MAS sewaktu perbahasan belanjawan; pernah juga dibangkitkan sewaktu soalan lisan. Namun, saya tidak sempat memberikan jawapan kerana kesuntukan masa.

ii. YB PASIR MAS di antara Ahli Parlimen yang sangat vokal dalam isu-isu berkaitan perluasan peluang kepada belia di luar bandar dan kawasan pedalaman.

iii. Untuk makluman YB PASIR MAS, Kementerian Belia dan Sukan telah diminta untuk melaksanakan inisiatif Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam selaras dengan surat edaran pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 26 Disember 2018. Berdasarkan arahan tersebut, semua agensi kerajaan termasuk Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) perlu mengambil langkah untuk merasionalisasikan kewujudan pejabat- pejabat di daerah untuk mengoptimumkan sumber manusia, penyusunan semula perjawatan (redeployment) bagi mengelakkan pertindihan fungsi, dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan semasa.

14

ii. Merujuk kepada soalan YB PASIR MAS, pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas tidak dikecilkan. Buat masa ini, Kementerian tiada mempunyai perancangan untuk menambah, memperbesar dan mengecilkan PBSD Pasir Mas berdasarkan arahan JPA tersebut.

2. Pemotongan Emolumen Jabatan Belia dan Sukan Negara

i. Untuk makluman YB BUKIT MERTAJAM, Kementerian Belia dan Sukan telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM50,688,100 bagi tujuan emolumen di Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Merujuk kepada pertanyaan YB, berikutan daripada cabaran fiskal yang dihadapi kerajaan, penyelarasan semula emolumen telah dibuat berdasarkan keperluan jawatan sebenar di JBSN. Sebelum ini, peruntukan disalurkan adalah mengikut waran perjawatan keseluruhan termasuk jawatan yang tiada penyandang. Oleh itu, penyelarasan ini tidak menjejaskan pembayaran emolumen kepada semua penjawat awam di JBSN.

ii. Kementerian memberi jaminan bahawa tiada pengurangan atau pemecatan penjawat awam dibuat berikutan pengurangan peruntukan ini.

15

Yang di-Pertua,

Setakat ini sahaja maklum balas dan jawapan ke atas cadangan, pandangan dan pertanyaan spesifik yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai KBS. Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh KBS.

Sekian, terima kasih.

16

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

YB DATO’ DR. SHAMSUL ANUAR BIN HJ. NASARAH MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI

BAGI

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (BELANJAWAN) 2021

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS DEWAN RAKYAT

25 NOVEMBER 2020 (RABU)

PENDAHULUAN

1. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan yang telah memperuntukkan sejumlah RM2.102 bilion kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Jumlah ini merangkumi peruntukan perbelanjaan mengurus sejumlah RM1.064 bilion dan peruntukan pembangunan sejumlah RM1.038 bilion.

2. Kementerian juga merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan sembilan (9) orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sepanjang perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021. Saya akan menjawab ke atas perbahasan belanjawan di peringkat dasar mengikut empat (4) isu seperti berikut: a) Mineral; b) Perhutanan; c) PERHILITAN; dan d) Tenaga.

2

ISU PERTAMA – MINERAL

Tuan Yang di-Pertua,

3. YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN [PONTIAN] mohon Kerajaan menggali khazanah bumi di Malaysia yang bernilai trillion ringgit dan mengaktifkan Majlis Mineral Negara. Hasil hutan wajar dibahagikan dengan baik agar kerajaan dapat hasil yang maksimum.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, negara kita kaya dengan sumber mineral semula jadi yang masih belum diterokai. Menyedari potensi sektor mineral ini, Kerajaan telah bersetuju mengaktifkan semula Majlis Mineral Negara (MMN) dan mesyuarat pertama dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini. MMN akan bertindak sebagai platform tertinggi melibatkan keahlian Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di mana secara khususnya ia akan menjadi platform untuk penyelarasan dasar dan menangani isu-isu berkaitan pembangunan industri mineral di negara ini.

5. Pada masa yang sama, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli juga sedang membangunkan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) yang merupakan satu dasar utama bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri mineral dalam setiap rantaian nilai. Pelan ini juga akan menggariskan strategi dan pelan tindakan untuk menggerakkan industri-industri sokongan yang mampu menjadi

3 penyumbang utama kepada ekonomi negara dan mengurangkan pengeksportan bahan mineral dan batuan secara mentah.

6. Namun begitu, hala tuju baharu pembangunan industri mineral negara akan menekankan kepada kelestarian dan kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan oleh itu, beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dibangunkan dimulai dengan dokumen SOP Bauksit Negeri Pahang, Terengganu dan Johor telah digunapakai. Pada masa ini, Kementerian sedang memuktamadkan satu lagi SOP iaitu SOP Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE). SOP ini menggariskan prosedur dan amalan terbaik aktiviti perlombongan NR- REE yang merangkumi tiga fasa iaitu pra, semasa dan pasca perlombongan.

7. KeTSA juga dalam tindakan melaksanakan pengezonan kawasan sumber mineral agar industri mineral dapat terus dibangunkan tanpa menjejaskan komitmen 50 peratus daripada keluasan tanah negara dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan dilitupi pokok-pokok.

8. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas kawasan hutan. Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen mengambil hasil hutan daripada Hutan Simpanan Kekal sebagaimana peruntukan seksyen di bawah Bab 2-Lesen, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].

4

9. Kutipan hasil hutan kepada Kerajaan Negeri diperolehi daripada pembayaran royalti, premium, ses, kompaun kesalahan hutan, pampasan dan lain-lain caj/fi. Penetapan kadar royalti, premium dan ses adalah mengikut negeri masing-masing.

5

ISU KEDUA – PERHUTANAN

Tuan Yang di-Pertua,

10. YB TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] dan TUAN SABRI BIN AZIT [JERAI] mohon Kerajaan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM170 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah sebagai pampasan susulan antaranya pengekalan Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air.

Tuan Yang di-Pertua,

11. Kerajaan tidak menyediakan sebarang peruntukan khas kepada Kerajaan Negeri Kedah sebagai pampasan bagi pengekalan Hutan Simpanan Kekal. Bagi membantu Kerajaan Negeri melindungi dan menguruskan kawasan ini, Kementerian telah memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) termasuk bagi penyediaan pelan tindakan pengurusan Taman Negeri Ulu Muda, pembangunan infrastruktur yang berkaitan, pembangunan modal insan serta peningkatan kesedaran masyarakat.

12. Dalam ucapan belanjawan baru-baru ini Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM70 juta di bawah instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) sebagai insentif tambahan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri untuk melaksanakan program dan projek bagi menjamin kelestarian biodiversiti. Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk inisiatif yang sama pada tahun 2019. Peruntukan ini diagihkan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri melalui Pemberian Berdasarkan Tahap

6

Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP).

13. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri akan bekerjasama untuk meneroka pelbagai instrumen baharu kewangan bagi mendapatkan dana konservasi termasuk melalui mekanisme Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation and the Role of Conservation, Sustainable Management of Forests and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing Countries (REDD Plus).

7

ISU KETIGA – PERHILITAN

Tuan Yang di-Pertua,

14. YB DATO’ HAJI AHMAD NAZLAN BIN IDRIS [JERANTUT] mohon Kerajaan memberikan pengurusan Taman Negara kepada perbadanan-perbadanan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri agar ianya dapat ditambah nilaikan aset-aset yang ada untuk pengembangan ekonomi di satu-satu kawasan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

15. Taman Negara diwujudkan bagi konservasi alam semula jadi, penyelidikan, pendidikan dan aktiviti ekopelancongan yang memberi faedah kepada masyarakat setempat. Terdapat beberapa kategori tadbir urus Taman Negara di Semenanjung Malaysia di bawah kerangka perundangan yang berbeza seperti Akta Taman Negara 1980 [Akta 226]; Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939; Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 dan Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor 1989. Pengurusan Taman Negara Pahang, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang adalah di bawah Kerajaan Persekutuan manakala Taman Negara Johor Endau Rompin serta Taman Negeri Royal Belum Perak diuruskan oleh Kerajaan Negeri.

16. Untuk makluman, pengurusan Taman Negara Pahang adalah tertakluk di bawah Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939 di mana buat masa ini diselia oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ) sebagai officer in charge (OIC) di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Pengurusan Taman

8

Negara Pahang oleh Jabatan PERHILITAN merangkumi fungsi konservasi hidupan liar, penyelidikan, penguatkuasaan, kawalan sempadan Taman Negara, infrastruktur dan penyelenggaraan.

17. Taman Negara Pahang sebagai contohnya, aktiviti bersifat komersial semuanya diuruskan oleh pihak swasta seperti kemudahan penginapan Mutiara Resort serta restoran diurus sepenuhnya oleh syarikat swasta iaitu Tradewind Sdn. Bhd. sejak 16 Disember 1994 sehingga 18 Disember 2023 dengan tempoh pajakan selama 30 tahun. Penyediaan perkhidmatan bagi produk ekopelancongan pula dijalankan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

18. KeTSA mengambil maklum cadangan Kerajaan Negeri Pahang untuk meminda Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939 bagi menguruskan Taman Negara Pahang dengan lebih baik, sistematik dan berkesan. KeTSA telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Pahang bagi meneliti cadangan ini.

19. Sebagai Kementerian yang memainkan peranan penting dalam memastikan sumber asli negara dilindungi, dipulihara dan digunakan secara berkekalan, KeTSA menekankan kepentingan untuk mengekalkan objektif mewujudkan Taman Negara Pahang iaitu untuk konservasi alam semula jadi, penyelidikan, pendidikan dan aktiviti ekopelancongan yang memberi faedah kepada masyarakat setempat.

20. Sehingga kini, Jabatan PERHILITAN telah menyediakan pelbagai infrastruktur dan kemudahan rekreasi di Taman Negara Pahang seperti Titian Kanopi dan Bumbun serta menguruskan rintis-rintis hutan sepanjang lebih 320 km. Ini bertujuan untuk membuka peluang kepada

9 masyarakat setempat untuk menjana ekonomi melalui aktiviti ekopelancongan.

21. Jabatan PERHILITAN juga telah memberi latihan kepada komuniti setempat termasuk Orang Asli sebagai Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi (Nature Guide). Sehingga kini terdapat lebih daripada 150 orang Pemandu Pelancong berlesen yang beroperasi di Taman Negara Pahang. Pemandu Pelancong ini perlu berdaftar dengan pejabat Taman Negara bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

Tuan Yang di-Pertua,

22. YB TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [KEMAMAN] mohon Kerajaan mempertimbangkan penambahan anggota PERHILITAN, khususnya di negeri Terengganu serta aset-aset yang sudah lama berkaitan dengan tugas mereka bagi menangani peningkatan kes-kes gangguan gajah liar yang telah mengancam keselamatan masyarakat setempat selain menyebabkan kemusnahan terhadap kebun dan ladang yang berhampiran.

Tuan Yang di-Pertua,

23. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) akan berterusan membuat penilaian berkaitan keperluan kepada sumber- sumber tambahan termasuk kakitangan dan aset-aset strategiknya bagi meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan tugas seharian bukan sahaja di Negeri Terengganu malah juga di seluruh Semenanjung.

10

Namun begitu, pertambahan kakitangan adalah bergantung kepada dasar semasa kerajaan pada masa ini.

24. Bagi Jabatan PERHILITAN di Negeri Terengganu, buat masa ini terdapat 106 perjawatan dan jumlah ini adalah mencukupi bagi menjalankan kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar. Jabatan PERHILITAN Negeri Terengganu mempunyai 24 buah kenderaan 4x4; 1 buah Lori Pengangkut Gajah (5 tan); 7 buah Bot dan 4 buah motosikal bagi melaksanakan penugasan. Di samping itu, sebanyak 4 buah kenderaan 4x4 akan disewa bagi meningkatkan kapasiti perlaksanaan kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar.

25. Di samping itu, Jabatan PERHILITAN akan menumpukan skop tugas kakitangan sedia ada kepada kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar di mana operasi penguatkuasaan kawasan perlindungan kakitangan Jabatan PERHILITAN sedia ada akan dibantu dengan penglibatan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Orang Asli (OA) yang lantik secara contract for service (CFS) di bawah inisiatif Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) mulai Julai 2020.

26. Seramai 18 Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Orang Asli telah dilantik bagi BP3 pada tahun 2020 dan seramai 24 orang lagi akan dilantik pada tahun 2021 untuk membantu tugas-tugas penguatkuasaan di Terengganu. Selain itu, Jabatan PERHILITAN juga berkerjasama dengan PDRM, Jabatan Perhutanan Negeri dan NGO bagi melaksanakan penguatkuasaan bersepadu melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

11

Tuan Yang di-Pertua,

27. YB TUAN BARU BIAN [SELANGAU] mohon Kerajaan menyediakan peruntukan bagi merekrut orang asal Sarawak seperti kaum Dayak sebagai pemandu pelancong dan bagi mengawasi hutan-hutan di sempadan negara yang sekali gus mampu menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua,

28. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk memulihara dan menguruskan hidupan liar dan aktiviti-aktiviti berkaitannya melalui penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Penguatkuasaan undang-undang di Sabah dan Sarawak pula dilaksanakan menerusi Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 (Sabah) dan Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Sarawak).

29. Jabatan PERHILITAN telah melaksanakan kolaborasi strategik dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi-agensi penguatkuasaan di peringkat Negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) menerusi program Ops Belang, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3) di Semenanjung Malaysia.

12

30. Operasi dijalankan di kawasan hotspot dalam kawasan perlindungan termasuk Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Taman Negeri, Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Tapak RAMSAR bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar.

31. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan PERHILITAN, Jabatan Hidupan Liar Sabah, dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) serta NGO telah melaksanakan kolaborasi strategik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan OBK di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk membendung kes-kes jenayah yang melibatkan pembalakan dan hidupan liar. Operasi penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan juga dapat mengawal kegiatan pencerobohan dan kemasukan warga asing secara haram serta memutuskan rantaian jenayah terancang yang menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

32. Operasi penguatkuasaan melalui Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) di Semenanjung Malaysia turut melibatkan 93 orang Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT) dan 100 Orang Asli (OA) sebagai renjer hidupan liar yang dilantik secara contract for service (CFS). Setakat ini pelaksanaan BP3 dan peruntukan yang disediakan hanya meliputi kawasan di Semenanjung Malaysia sahaja. Kementerian akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan perincian untuk melaksanakan BP3 di negeri berkenaan dan memohon peruntukan tambahan bagi tujuan ini.

13

33. Di Sarawak, kaedah pemantauan dan pelaporan spatial (Spatial Monitoring and Reporting Tool - SMART) telah dilaksanakan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan untuk menangani aktiviti pencerobohan di kawasan perlindungan termasuk Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau (Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary - LEWS) dan Taman Negara Batang Ai (TNBA). Aktiviti pemantauan dan rondaan di LEWS dan TNBA turut melibatkan seramai 19 orang penduduk setempat dan NGO iaitu Wildlife Conservation Society (WCS).

34. KeTSA sememangnya menggalakkan penglibatan aktif komuniti setempat termasuk khidmat pemandu pelancong untuk meningkatkan lagi keberkesanan dalam memulihara khazanah biodiversiti negara. Langkah ini juga dapat memupuk rasa kebertanggungjawaban untuk melindungi biodiversiti serta meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat. Walau bagaimanapun, pelantikan pemandu pelancong di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak. SFC pula berperanan untuk menyelia dan mengeluarkan sijil untuk pemandu pelancong ini.

14

ISU KEEMPAT – TENAGA

Tuan Yang di-Pertua,

35. YB TUAN CHAN FOONG HIN [KOTA KINABALU] mohon Kerajaan menjelaskan: a) apakah status pengambilan semula Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) oleh Kerajaan Negeri Sabah. b) bagaimana pengagihan peruntukan sebanyak RM7 juta berkaitan program kecekapan tenaga dan tenaga diperbaharui dan berapa jumlah yang akan diagihkan kepada Negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua,

36. Peruntukan pembangunan sebanyak RM 458.87 juta tersebut adalah bagi tujuan pelaksanaan projek-projek sambungan di bawah RMK-11 bagi pembangunan infrastruktur bekalan elektrik Sabah yang dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES).

37. Mengenai penyerahan kuasa pembekalan elektrik dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan komited untuk meneruskan penyerahan tersebut dan Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal dalam masa terdekat ini untuk memulakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah.

15

38. Mengenai RM7 juta yang diperuntukkan untuk program kecekapan tenaga dan tenaga diperbaharui, Kerajaan komited dalam menggalakkan pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga oleh sektor industri dan komersial sebagai langkah untuk mengurangkan kos perniagaan mereka. Peruntukan ini yang diberikan untuk pelaksanaan Program Geran Audit Tenaga Bersyarat dan Pengurusan Tenaga dalam Sektor Industri dan Komersial bertujuan membantu syarikat dan usahawan tempatan untuk menjalankan audit tenaga bagi mengenal pasti potensi penjimatan tenaga elektrik di premis dan pepasangan mereka dan seterusnya melaksanakan langkah-langkah penjimatan tenaga.

39. Geran ini boleh dipohon oleh pemilik-pemilik premis industri dan komersial yang menggunakan elektrik melebihi 3 juta kWj dalam tempoh enam (6) bulan berturut-turut. Jika diluluskan, penerima geran perlu melaksanakan inisiatif penjimatan tenaga dengan nilai pelaburan yang sama atau melebihi nilai geran yang diterima. Kemudahan pembiayaan dalam bentuk geran bersyarat ini terbuka kepada semua syarikat dan usahawan tempatan yang berkelayakan di semua negeri termasuk Negeri Sabah dan Sarawak. Program yang sama telah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan beberapa buah syarikat di Sabah telah mendapat manfaat daripada program audit bersyarat ini.

Tuan Yang di-Pertua,

40. YB Datuk Mohamaddin Bin Ketapi [Lahad Datu] mohon Kerajaan mengambil perhatian yang serius terhadap masalah bekalan elektrik khususnya di Lahad Datu dan mencari jalan supaya masalah ini dapat diselesaikan bersama Kerajaan Negeri Sabah.

16

Tuan Yang di-Pertua,

41. Kerajaan sedia maklum mengenai masalah pembekalan elektrik di Pantai Timur Sabah yang berpunca daripada ketidakcukupan bekalan elektrik di kawasan tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan pembinaan sebuah loji jana kuasa elektrik baharu di Pantai Timur Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah dan cadangan ini akan dibincangkan dengan Kerajaan Negeri Sabah baharu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah yang dipengerusikan oleh saya sendiri sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

42. Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga telah menyediakan peruntukan berjumlah RM216 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan elektrik di Lahad Datu, Sabah seperti berikut:

a) Projek Menaiktaraf Pencawang Masuk Utama (PMU) Dam Road. Projek ini dilaksanakan bagi memaksimumkan penyaluran elektrik dari Pantai Barat ke Pantai Timur Sabah dan dijangka dapat meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan elektrik di kawasan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Ia dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2023; dan

b) Projek Penambahan Kapasiti di PPU Sri Perdana dan Pembinaan PPU First Palm City untuk menampung permohonan bekalan elektrik baharu di kawasan Lahad Datu. Ia juga dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2023.

17

Tuan Yang di-Pertua,

43. YB Datin Paduka Dr Tan Yee Kew [Wangsa Maju] mohon Kerajaan memberikan pertimbangan berhubung kaedah pembayaran bil elektrik oleh pengguna yang mengalami masalah kewangan kesan daripada keadaan negara pada masa ini.

Tuan Yang di-Pertua,

44. Pihak TNB sememangnya membenarkan pengguna elektrik membuat pembayaran tunggakan bil elektrik secara ansuran terutamanya semasa tempoh pemulihan ekonomi akibat pandemik Covid-19. Dalam hal ini, TNB telah melaksanakan Pelan Bayaran Mudah (PBM) sehingga 31 Disember 2020 bagi membantu pengguna domestik yang terkesan dengan bil elektrik yang lebih tinggi akibat peningkatan penggunaan elektrik semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti berikut:

a) PBM ditawarkan secara automatik kepada semua pengguna domestik bermula dari penyerahan bil sebenar mulai 15 Mei 2020; b) di bawah PBM, jumlah yang perlu dibayar dalam bil bulanan sebenar akan dibahagikan berdasarkan peratusan tertentu pada setiap bulan sehingga bulan Disember 2020. Selain itu, tiada surcaj lewat bayar dan tiada pemotongan bekalan dikenakan apabila pengguna membayar amaun PBM setiap bulan; dan c) sekiranya pengguna belum membayar jumlah PBM sepenuhnya dalam tempoh kredit 30 hari, surcaj lewat bayar ke atas jumlah

18

bil yang tertunggak tidak akan dikenakan sehingga 31 Disember 2020.

45. Dalam tempoh ini juga, tiada pemotongan bekalan akan dilaksanakan oleh TNB kecuali dalam kes-kes tertentu seperti: a) permohonan daripada pengguna akaun berdaftar; b) arahan daripada pihak berkuasa; dan c) kes usikan pepasangan meter.

PENUTUP

Tuan Yang di-Pertua,

46. Setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya berharap daripada penjelasan tersebut ia telah dapat menjawab semua soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

47. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Kementerian akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Saya memberi jaminan bahawa mana-mana pertanyaan yang tidak dapat dijawab oleh saya pada kali ini akan diambil catatan untuk tindakan susulan.

Sekian, terima kasih.

19