TEKS UCAPAN

MAJLIS MALAM PERDANA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN MKM KE-60

OLEH

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

DI

DEWAN TUN DR ISMAIL

PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC)

KUALA LUMPUR

PADA

JUMAAT, 11HB NOVEMBER 2016

MASA

8.30 MALAM

1

Bismillahhirahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejatera, Salam 1 and good evening.

YANG BERHORMAT DATO’ HENRY SUM AGONG TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

YANG BERBAHAGIA DATO’ SRI JAMIL BIN SALLEH KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

YANG BERBAHAGIA DATO’ BASARUDIN BIN SADALI TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PERDAGANGAN DALAM NEGERI) KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

YANG BERBAHAGIA DATO’ RAZALI BIN OTHMAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (KEPENGGUNAAN DAN PENGURUSAN) KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

YANG BERBAHAGIA PROF. DATUK MOHD YUSOF BIN KASIM PENGERUSI MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

2

YANG BERBAHAGIA DR. NOOR ZARI BIN HAMAT PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

YANG BERUSAHA PROF. MADYA DR ABDUL RAHMAN BIN ABDUL RAZAK SHAIK KETUA PENGARAH MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

AHLI LEMBAGA PENGARAH MKM

PENGURUSAN TERTINGGI MKM, SKM DAN ANGKASA

KETUA-KETUA JABATAN KPDNKK DAN AGENSI DI BAWAH KPDNKK

AHLI LEMBAGA KOPERASI DAN KOPERATOR

PARA PESERTA INTERNATIONAL COOPERATIVE SEMINAR

SELURUH WARGA MKM DAN PIHAK MEDIA

DATUK-DATUK, DATIN-DATIN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

To the international guests, allow me to speak in Bahasa Malaysia.

PENDAHULUAN

1. Syukur alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah SWT, dapat kita berkumpul pada malam ini dalam Majlis Malam Perdana, Maktab Koperasi Malaysia sempena ulang tahun yang ke-60.

3

2. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis ini bagi sama-sama menyaksikan pelancaran sambutan ulang tahun MKM yang menjadi kebanggaan seluruh warga MKM.

3. Ucapan syabas kepada urusetia yang telah berusaha gigih bagi memastikan majlis pada malam ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

SAMBUTAN ULANG TAHUN MKM

4. Bersempena dengan hari yang bersejarah ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-60 kepada seluruh warga MKM yang telah menabur bakti dan taat setia kepada MKM.

5. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang telah menunjukkan komitmen dalam melaksanakan tugas mereka selama ini. Kini, MKM telah berjaya mencapai tahap kemajuan dan kecemerlangan yang sungguh membanggakan.

6. Saya difahamkan, pelbagai program telah dilaksanakan sejak awal tahun bersempena sambutan ulang tahun MKM ke-60. Program terbaru adalah Karnival Usahawan Koperasi dan Larian Jubli Intan MKM yang diadakan pada 14-16 Oktober lalu. Saya dimaklumkan, walau pun program tersebut ini pertama kali dilaksanakan oleh MKM namun penyertaan orang ramai bagi kedua-dua program amat mengalakkan.

4

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

MKM MERENTASI MASA

7. 60 tahun yang lalu, MKM adalah sebuah maktab latihan koperasi yang kecil dan tidak dikenali. Bermula dengan dua pensyarah yang mengendali tiga kursus bagi kakitangan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan koperator dengan infrastruktur asas yang serba kekurangan. Secara rasmi ditubuhkan pada 1956 dan diperbadankan pada tahun 1968, peranan MKM semakin penting dalam membantu kerajaan menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui pendidikan dan latihan koperasi.

8. Sejak itu, MKM terus mempergiatkan lagi aktiviti pendidikan dan latihan kepada anggota koperasi khususnya di luar bandar. Ilmu pengkoperasian amat diperlukan ketika itu dengan bilangan keanggotaan yang semakin meningkat. Maka, jumlah tenaga pengajar MKM ditambah dan pembangunan infrastruktur latihan seperti bilik kuliah diberikan keutamaan.

9. Kini, MKM berbangga dengan kemajuan yang dicapai melalui pengukuhan program latihan koperasi yang dilaksanakan serta disokong dengan infrastruktur pendidikan yang kondusif dan serba lengkap. Sehubungan itu, MKM semakin dikenali di dalam dan luar negara. MKM terus mempertingkatkan mutu pembelajarannya agar para koperator berpeluang mendapatkan pendidikan dan latihan koperasi yang terbaik.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

PENCAPAIAN MKM

10. MKM turut memperkasakan gerakan koperasi melalui penyertaan golongan muda. Penubuhan kolej iCOOP milik penuh MKM adalah satu langkah yang bijak. Kolej iCOOP berperanan meningkatkan keupayaan golongan muda

5

khususnya lepasan SPM sebagai pemimpin gerakan koperasi masa depan. Kolej iCOOP melaksanakan kursus Diploma Pengurusan Koperasi dan yang terbaru Diploma Perniagaan Koperasi.

11. Bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan semasa, MKM telah memperkenalkan Skim Latihan Kerjaya Koperasi (SLKK) yang bermatlamat memberi pendedahan kepada graduan lepasan MKM dengan menjalani proses pengalaman bekerja selama 6 bulan. Para pelatih akan ditempatkan di koperasi-koperasi besar dan sederhana serta bahagian-bahagian tertentu di MKM.

12. Sebagai pengerak utama pendidikan dan latihan koperasi, MKM turut memberi perhatian kepada penambahbaikan pusat latihan. Kalau dahulu, MKM hanya mempunyai satu cawangan sahaja tapi kini cawangannya telah bertambah kepada 6 cawangan yang dikenali sebagai zon. Antara zon-zon MKM adalah Zon , Zon , Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Tengah.

13. Sejak dari penubuhannya, bilangan peserta kursus di MKM bertambah setiap tahun. Tahun lepas 2015, bilangan peserta kursus adalah seramai 36,824 orang dengan jumlah kursus sebanyak 805 kursus. Manakala, jumlah bilangan peserta sejak 2011 hingga Sept 2016 adalah seramai 721,709 orang dengan jumlah kursus sebanyak 3,482 kursus. Ini membuktikan bahawa kursus-kursus yang diadakan di MKM masih relevan dalam gerakan koperasi.

6

LADIES AND GENTLEMEN, MTCP ALUMNI MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAM (MTCP)

14. The MTCP Program marked the Government of Malaysia’s commitment towards the South-South Cooperation among developing countries. Under the spirit of cooperation and sharing of experience, our government tabled a budget for this purpose every year.

15. I was informed by Prof. Dr. Abdul Rahman that the CCM has been conducting MTCP program since 1984. It has been 32 years it first started and has trained 988 participants representing 85 countries.

16. For this year, the programmes ended in August. I understand that many training institutions submitted the proposal to conduct the MTCP programmes. However, only handful institutions were selected to run the program due to budget and I’m proud to say CCM is one of the training arms that has been selected to help the government with this mission.

17. I must say that such program shows the government’s commitment and support towards cooperative movement locally and internationally. We believe that the cooperative movement is an economic vehicle that has the potential to overcome rising issues on cost of living.

18. I am delighted to know that there are international participants and the resource persons for the seminar with us celebrating the 60th Anniversary of CCM tonight. I understand that with us tonight are the speakers from Malaysia, Japan, Philippines and Thailand. An also MTCP alumni from Thailand, Indonesia, Philippines, Vietnam, Sri Lanka, India, Mauritius and

7

Morocco. Welcome back to Malaysia and I hope you had benefited from the seminar organized earlier.

19. I believe besides networking between local and international participants, I trust many issues and ideas have been discussed during the seminar. We hope the discussion in the seminar has set a new spirit and viewpoint for the cooperative leader in leading respective cooperatives to a higher level than it is.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, LADIES AND GENTLEMEN

PENUTUP

20. Saya begitu yakin dengan keupayaan dan kesungguhan MKM, menjadi sebuah institutsi pendidikan dan latihan koperasi yang unggul bagi membantu gerakan koperasi melalui ilmu pengetahuan untuk mencapai KDNK sebanyak RM50 billion menjelang 2020, sejajar dengan kehendak Dasar Koperasi Negara.

21. Harapan saya agar MKM terus cemerlang dalam melestarikan usaha-usaha pembangunan modal insan koperasi dan penjenamaan semula MKM kepada Institut Koperasi Malaysia kelak akan memberi impak serta persepsi yang lebih dinamik.

22. I do hope CCM will continue to excel in developing human capital in the cooperative movement for the next 100 years ahead. Keep doing the good job in training; nonetheless keep in mind the element of innovation and improvisation in the training and education plan.

8

23. It is not an easy job, Confucius said “If you plan for one year… plant rice, if you plan for ten year… plant trees, if you plan for 100 years… educate people”.

24. This shows how important human resource in our business and I urge cooperative leaders to start taking a serious look at the education and training agenda.

25. Dengan lafaz Bismillahirramanirrahim; saya dengan sukacitanya merasmikan majlis Malam Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun MKM ke-60.

Wabillahi taufiq walhidayah, Wassalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

9