Buletin MDKL Edisi 04/2017
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
PERUTUSAN YDP Yang Berbahagia, Tuan Mohamad Zain bin A Hamid, SIS.,PPT. SIDANG A ssalamualaikum wbt. REDAKSI Pertama sekali saya ingin menzahirkan kesyukuran ke hadrat PENAUNG Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah TUAN MOHAMAD ZAIN BIN A HAMID, SIS.,PPT. Kuala Langat telah berjaya mengharungi cabaran serta YANG DIPERTUA tugasan sepanjang tahun 2017 dengan penuh gemilang serta MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT membanggakan. PENASIHAT Secara jujurnya, saya amat berbangga dan berterima kasih ENCIK MOHD YASIN BIN ALWI, AIS. kepada semua warga MDKL yang telah memerah keringat TIMBALAN YANG DIPERTUA serta memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT dalam memastikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat dapat direalisasikan sehingga berjaya menempa KETUA PENGARANG nama dengan anugerah-anugerah seperti Johan bagi ENCIK MOHAMMAD KAMAL BIN MOHD RAMLAN Pertandingan Pantai angkat Bagi Tahun 2016 ( Pantai Kelanang) PENGARANG Pengiktirafan Malaysia Book Of Record sempena Penganjuran ENCIK MOHD SHAUKI BIN JAMALUDIN Morib Retromania Grand gathering 2017, Pengiktirafan 5 Bintang Penggredan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa PENOLONG PENGARANG Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2017 , Persijilan ISO Versi MS ENCIK NORHISHAM BIN OTHMAN ISO 9001:2015, Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Prihatin ENCIK MOHAMAD AZAMUDDIN BIN ARIS Majlis Daerah Sempena Bulan Kebajikan 2017, dan Anugerah 5 ENCIK SAMSUL BIN ZAINUN Bintang Malaysia Government Portal and Websites Assesment ENCIK MOHAMAD HAFIZAN BIN MAT SAID 2016 JURUFOTO Saya percaya dengan kerjasama secara kolektif dan usaha ENCIK NORHISHAM BIN OTHMAN yang progressif daripada semua pegawai dan kakitangan telah ENCIK SAMSUL BIN ZAINUN pun diterjemahkan melalui pencapaian serta anugerah yang ENCIK MUHAMMAD NAFIS ASYRAF BIN RAMLI telah diraih ini dapat diteruskan dalam menjamin peningkatan ENCIK AHMAD AZAMUDDIN BIN MD ARIS mutu penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan terbaik. Penerbitan buletin ini dikhususkan kepada pembaca Sektor Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negara dan edaran secara percuma. Segala tulisan, ilustrasi dan foto dalam buletin ini adalah hak milik penerbit dan tidak dibenarkan disiarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penerbit. Diterbitkan oleh: Unit Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Daerah Kuala Langat Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 3187 2825 / 2732 / 8957 / 1743 Faks : 03 3187 9304 E-mel : [email protected] , [email protected] Laman Sesawang : www.mdkl.gov.my Pada 14 Oktober 2017 telah diadakan Program Pembersihan Pantai Negeri Selangor di Pantai Morib, Kuala Langat yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna, Negeri Selangor, Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Perancangan Pembangunan (LA21) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) serta agensi-agensi yang lain Program ini dilaksanakan diempat buah pantai lain di Negeri Selangor . Pantai yang telibat dalam program ini adalah Pantai Remis, Kuala Selangor, Pantai Bagan Lalang, Sepang, Pantai Tanjung Harapan, Klang dan Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Simbolik pelancaran telah diadakan di Pantai Morib yang telah disempurnakan oleh YAM. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah mencemar duli merasmikan Program Pembersihan Pantai Negeri Selangor dan Karnival Budaya dan Lestari Alam Sekitar Peringkat Daerah Kuala Langat. Tengku Zatashah turut menyertai gotong royong membersihkan persisiran pantai dan kawasan sekitarnya bersama-sama badan NGO, wakil Jabatan-jabatan dalam Daerah, Ahli Majlis MDKL, kakitangan MDKL dan penduduk tempatan. Hadir sama, YB. Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Selangor, YDM. Tengku Dato’ Mohamed Al Haj bin Tengku Harun, Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat, YB Tuan Hj. Hasnul bin Baharuddin, ADUN Morib, Yang Dipertua MDKL dan Pegawai Daerah Kuala Langat. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1439H / 2017M telah diadakan pada 1 Disember 2017 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Majlis sambutan bertemakan ‘Umat Bersatu Negeri Sejahtera’ yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor serta Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, berkenan berangkat mencemar duli merasmikan majlis tersebut. Sebelum majlis perasmian, perarakan kontinjen telah diadakan diikuti bacaan ayat suci al-Quran, persembahan nasyid, selawat dan tazkirah khas Maulidur Rasul. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi YB Dato’ Dr Ahmad Yunus bin Hairi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, YBhg. SS. Dato’ Haris bin Kasim. Minggu Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2017 (AINS) telah diadakan pada 9 hingga 12 Oktober 2017 bertempat di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Tujuan diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi budaya inovasi dan memberi fokus dalam kalangan kakitangan awam dan masyarakat umumnya. Sehubungan dengan itu, Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Selangor 2017 turut diadakan dalam minggu tersebut iaitu pada 12 Oktober 2017 bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali. MDKL turut tidak ketinggalan dengan menghantar Kumpulan IRIS 2 sebagai wakil menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS ) tahun 2017. Majlis Penyerahan Insentif Kontinjen Kuala Langat Sempena Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) Kali Ke-12 Tahun 2017 telah diadakan pada 27 Oktober 2017 bertempat di Dewan Kompleks Sukan MDKL. Program ini anjuran Majlis Daerah Kuala Langat bertujuan untuk penyerahan insentif yang telah dijanjikan kepada kontinjen Daerah Kuala Langat atas kejayaan dalam Kejohanan Sukan Selangor tahun 2017.Majlis penyerahan insentif telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Yang Berusaha Encik Mohd Yasin bin Alwi dan YDM Tengku Dato’ Mohamed Al Haj bin Tengku Harun, Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat. Program Aspirasi Mural di Stadium Jugra telah diadakan pada 24 hingga 25 November 2017 yang telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat dengan kerjasama ATKC Sdn Bhd dan IKBN Kuala Langat. Aktiviti yang dijalankan memfokuskan kepada aktiviti gotong royong menjayakan kreativiti dan rekaan mural di sepanjang tembok Stadium Jugra. Pihak MDKL mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan keprihatinan pelajar-pelajar IKBN Daerah Kuala Langat yang telah menjayakan program ini. Pada 30 November 2017 telah diadakan Program Penanaman Flora Kawasan Paya Bakau – Ecosystem Approach To Fisheries Management Siri 1 di Pantai Kelanang yang telah dianjurkan bersama Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Majlis Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Aktiviti penanaman anak pokok api-api yang telah dijalankan melibatkan kira-kira 100 peserta termasuk Sukarelawan Nelayan (SUPER) dan pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat dengan anak pokok yang ditanam berjumlah 200 pokok. Program berkenaan dirasmikan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid. Karnival Budaya dan Lestari Alam Sekitar Peringkat Daerah Kuala Langat 2017 telah diadakan bertempat di Pantai Morib. Program anjuran Jabatan Perancangan Pembangunan dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat, MDKL telah berjaya dianjurkan selama 2 hari iaitu pada 14 hingga 15 Oktober 2017. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan peraga pakaian dari bahan kitar semula yang telah menarik penyertaan dari Tadika KEMAS seluruh Daerah Kuala Langat. Aktiviti lain adalah pertandingan bola sepak, pertandin- gan mewarna, pertandingan memasak dan pameran dari agensi kerajaan dan swasta. Majlis perasmian penutup serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj. Hasnul bin Baharuddin, ADUN Morib. Pada 1 Oktober 2017 yang lalu bertempat di Pusat Latihan Perindustrian Pemulihan (PLPP) Bangi, bersempena Hari Kebajikan Negara 2017, Majlis Daerah Kuala Langat telah dianugerahkan “Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT Prihatin)” dalam kategori Majlis Daerah. Majlis perasmian dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pada 11 November 2017 bertempat Promenade Puteri Harbour, Johor Bahru, bersempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia & Hari Habitat Sedunia 2017 Anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Majlis Daerah Kuala Langat telah menerima Anugerah Inisiatif Kejiranan Hijau Kategori Majlis Daerah bagi ketegori Anugerah Penyediaan Laluan Basikal dan Anugerah Laluan Pejalan Kaki tahun 2017. Majlis perasmian dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tanggal 11 Disember 2017 bertempat di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang bersempena Hari Keputeraan Ke-72 DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor telah berkenan