[Type text]

e-PROSIDING Seminar Teknologi Multimedia dan Komunikasi 2017 [SMTCom’17]

Meneliti Semula Persekitaran Media: Masa Hadapan Multimedia dan Inovasi 19-20 Julai 2017

EDC Hotel & Resorts, Sintok, Kedah Darul Aman UNIVERSITI UTARA

Editor: Adibah Ismail Mohd. Khairie Ahmad Suhaini Muda

06010 UUM, SINTOK, KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | i

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Hakcipta © 2019 SMMTC

Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok Kedah, Malaysia Tel: +604-9285801 Fax: +604-9285804 E-mail: [email protected] Laman Sesawang: www.smmtc.uum.edu.my

Terbitan Pertama 2019

Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam prosiding ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan semula, ataupun dipindahkan dengan sebarang bentuk ayat dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakam dan sebagainya tanpa mendapat izin daripada Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, UUM.

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan e-Prosiding SMTCom 2017 : Seminar Teknologi Multimedia dan Komunikasi 2017 Meneliti Semula Persekitaran Media: Masa Hadapan Multimedia dan Inovasi, 3-4 September 2018

Editor : Adibah Ismail e-ISBN XXX-XXX-XXXX-XX-X 1. Multimedia 2. Teknologi Media 3. Komunikasi I. Adibah Ismail. II. Seminar Teknologi Multimedia dan Komunikasi 2017/ Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, UUM.

Editor: Adibah Ismail Mohd. Khairie Ahmad Suhaini Muda

Reka bentuk kulit: Jasni Ahmad & Mohd Khairie Ahmad

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | ii e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

JAWATANKUASA PELAKSANA SMTCom’17

PENAUNG Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak Naib Canselor Universiti Utara Malaysia

PENASIHAT Prof. Madya Dr. Huda Ibrahim Penolong Naib Canselor, UUM CAS

Prof. Madya Dr. Ariffin Abdul Mutalib Dekan SMMTC

PENGERUSI Prof. Dr. Che Su Mustaffa

TIMBALAN PENGERUSI Encik Jasni Ahmad

BENDAHARI TAJAAN Dr. Azizah Che Omar Dr. Mohd Khairie Ahmad Dr. Suhaini Muda SETIAUSAHA Cik Norhayati Mohd Jalil LOGISTIK, JAMUAN, SAMBUTAN & PROTOKOL PEN. SETIAUSAHA Puan Nafiza Ahmad Dr. Joyce Cheah Lyn-Tse Puan Faezah Saidin En. Mohd Najib Ahmad PROMOSI DAN KERTAS KERJA En. Jasni Ahmad ACARA /CENDERAMATA Puan Aeni Zuhana Saidin Dr. Subashini a/p Annamalai Dr. Mohd Khairie Ahmad Dr. Zuwairie Mat Saad

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | iii

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Kata Pengantar

Jawatankuasa Penganjur dengan sukacitanya mengalu-alukan semua peserta ke Se- minar Teknologi Multimedia dan Komunikasi 2017 (SMTCom’17). SMTCom’17 anju- ran Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Uta- ra Malaysia merupakan seminar tahunan Pusat Pengajian bagi kali ke-2 sejak mula diperkenalkan pada 2016. Matlamat utama seminar ini adalah menyediakan wadah kepada warga akademik SMMTC untuk saling mempersembahkan hasil ilmiah mas- ing-masing bagi memantapkan silang bidang ilmu iaitu multimedia, teknologi media dan komunikasi. Bagaimanapun, prosiding ini hanya dikhususkan untuk kertas pem- bentangan berkaitan bidang komunikasi.

Selepas proses penilaian rakan sebaya, prosiding SMTCom’17 berjaya menerbitkan 19 makalah yang meliputi perbicangan teoritikal dan juga praktikal dalam bidang komunikasi. Makalah-makalah tersebut membicarakan persoalan berhubung trans- formasi komunikasi di era kontemporari secara teori dan praktis.

Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pembentang kerana kesediaan mereka untuk berkongsi karya dan idea. Moga segala usaha penerbitan e-prosiding ini dapat meningkatkan wacana bidang komunikasi menurut konteks semasa.

Jawatankuasa Prosiding Seminar Teknologi Multimedia dan Komunikasi 2017

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | iv

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

SENARAI KANDUNGAN

Media Sosial dan Pendemokrasian Komunikasi Organisasi 1 Che Su Mustaffa

Media Sosial Dan Kepincangan Hubungan Kekeluargaan: Penelitian Dari Aspek 19 Punca Serta Anjakan Paradigma Dalam Usaha Menanganinya Nik Adzrieman Abdul Rahman, Zaneza Mohammed Zake & Suryati Abdul Shukor

Adaptasi Budaya: Kesan Media Sosial Ke Atas Kegunaan Dan Kepuasan 37 Zuwairi Mat Saad

Prospek Dan Cabaran Komunikasi Penyertaan Belia Di Era Media Baharu 50 Mohd Khairie Ahmad, Norshuhada Shiratuddin, Shahizan Hassan, Mohd Azizzud- din Mohd Sani, Noor Sulastry Yurni Ahmad & Kartini Aboo Talib

Pengurusan Krisis Dan Reputasi Organisasi Awam: Peranan Kredibiliti Organisasi 60 dan Media Baharu Dalam Membentuk Tanggapan Publik Jamilah Jamal

Keseimbangan Kerja dan Keluarga Dalam Kalangan Pengamal Media di Malaysia 67 Azelin Aziz, Mohd Khairie Ahmad & Rosli Mohammed

Aplikasi Penentuan Agenda Dalam Proses Kerja Wartawan Dalam Penyediaan 76 Berita Wilayah, Radio Televisyen Malaysia Kedah Rozainida Zainul & Romlah Ramli

Transformasi Kewartawanan Penyiasatan Di Malaysia Dalam Konteks Media 88 Baharu Dari Perspektif Pengamal Media Adibah Ismail, Mohd. Khairie Ahmad & Che Su Mustaffa

Tanggungjawab Sosial Korporat Menurut Perspektif Islam 97 Azlinda Boheran Nudin & Che Su Mustaffa

Karekteristik Interaksi Dalam Pengelolaan Aktiviti Kerja: Cabaran Terhadap Ko- 112 munikasi Pengurusan Organisasi Rosli Mohammed, Mohd Khairie Ahmad & Mohamad Noor Sharipuddin

Komunikasi Kepimpinan Berasaskan Nilai Confucianisme Dan Perkaitannya Ter- 125 hadap Kepimpinan Kontemporari Joyce Cheah Lynn-Sze

Impak Dan Cabaran Penarafan Universiti Dari Perspektif Komunikasi Strategik 13 3 Norhafezah Yusof, Rosna Awang Hashim & Suzilah Ismail

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | v

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Aplikasi Model Beroda Taylor Enam Segmen Dan Adopsi Inovasi 142 Nan Zakiah Megat Ibrahim & Che Su Mustaffa

Keberdayaan Psikologi Petani Wanita: Analisis Sumbangan Faktor Komunikasi, 155 Demografi Dan Inovasi Fauziah Asyiek & Che Su Mustaffa

Meningkatkan Sokongan Komuniti Terhadap Pelancongan Acara Melalui Komu- 184 nikasi Berkesan Asmahany Ramely, Nik Adzrieman Abd Rahman, Mohd Fadzilillah Ab Talib & Su- ryati Abd Shukor

Konsep Kecekapan Komunikasi Antara Budaya Dari Perspektif Pelajar 198 Syarizan Dalib, Minah Harun, Norhafezah Yusof & Mohd Khairie Ahmad

Fenomena Penggunaan ‘Pick Up Lines’ Dalam Komunikasi Pembujukan 208 Azlina Kamaruddin

Anjakan Paradigma Wajah Diri Puisi: Daripada Puisi Kertas Ke Komunikasi Puisi 216 Siber Mohamad Azmi Ab Rahman

Ulasan Model Kualiti Perkhidmatan 2 25 Suhaini Muda & Sabrina Mohd Rashid

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | vi

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

MEDIA SOSIAL DAN PENDEMOKRASIAN KOMUNIKASI ORGANISASI Che Su Mustaffa Universiti Utara Malaysia, Malaysia [email protected]

ABSTRAK Kertas kerja ini memperkatakan tentang peranan yang dimainkan oleh media sosial dalam konteks penyaluran maklumat yang lebih kepada bercorak demokrasi dalam sesebuah organisasi berbanding dengan andaian teori pengurusan klasik yang menekankan komuni- kasi diktator. Demokrasi adalah merupakan bentuk komunikasi yang memberikan kebebasan bersuara kepada kakitangan bawahan mela- lui peningkatan penyertaan dalam bentuk komunikasi dari bawah ke atas (bottom-up communication). Media sosial adalah merupakan elemen baru yang membawa kepada anjakan paradigma berkaitan dengan tatacara penyaluran maklumat di dalam organisasi. Perbin- cangan dalam kertas kerja ini meliputi takrifan berkaitan dengan ko- munikasi organisasi, demokrasi, teori pengurusan klasik dan media sosial. Melalui peranan yang dimainkan oleh media sosial kini, peru- bahan pola penyaluran maklumat dalam konteks hubungan superior- subordinat telah berlaku. Ini seterusnya membawa kepada peruba- han paradigm dalam kajian-kajian berkaitan dengan komunikasi or- ganisasi.

Kata kunci: komunikasi, komunikasi organisasi, demokrasi, media sosial.

PENGENALAN Komunikasi adalah nadi kepada perkembangan sama ada secara dalaman mahupun luaran dalam sesebuah organisasi. Ini kerana komunikasi merupakan tunjang utama kepada proses penyaluran dan perkongsian maklumat dalam kalangan kaki tangan organsiasi. Organisasi yang gagal untuk menguruskan komunikasi dengan cara yang baik dianggap sebagai organisasi yang berkemungkinan akan menemui kegagalan. Keberkesanan proses komunikasi bergan- tung sepenuhnya terhadap individu yang mempraktikkan aktiviti berkomunikasi. Individu yang gagal berkomunikasi dengan baik dianggap akan mengalami kerugian sama ada kepada dirinya mahupun kepada organisasi. Peringkat awal perkembangan ilmu komunikasi menekankan tentang penyaluran maklumat yang dilakukan berteraskan kepada birokrasi atau lebih bercorak komunikasi diktator. Bentuk- bentuk komunikasi utama yang ditekankan dalam pengurusan organisasi ialah komunikasi for- mal dan kepentingan komunikasi secara bersemuka. Perkembangan mutakhir berkaitan den- gan media komunikasi ialah bermulanya teknologi komunikasi baru iaitu Internet yang mem- bawa kepada perubahan tatacara penyaluran maklumat dalam organisasi iaitu komunikasi demokrasi. Demokrasi dalam konteks ini bererti kebebasan dalam proses penyaluran dan per- kongsian maklumat dalam kalangan kaki tangan organisasi yang mempraktikan pengurusan berbentuk birokrasi. Sehubungan itu, kertas kerja ini memperkatakan tentang pendemokra- sian penyaluran maklumat dalam organisasi sejajar dengan perkembangan media baru ini.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 1

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

TAKRIFAN KOMUNIKASI Seperti yang telah dibincangkan, komunikasi adalah proses penyampaian maklumat dari satu pihak kepada pihak lain dengan wujudnya beberapa unsur lain seperti maklumbalas bagi tujuan mengukur keberkesanan komunikasi, sumber, penerima dan juga gangguan-gangguan tertentu yang mengganggu kelancaran proses komunikasi. Komunikasi berlaku secara formal dan secara tidak formal. Komunikasi juga dikategorikan sebagai komunikasi lisan dan komuni- kasi bukan lisan. Sarjana awal dalam bidang komunikasi seperti Osgood (1954) menyatakan komunikasi sebagai satu proses apabila penghantar mesej berusaha untuk mempengaruhi penerima dengan menggunakan pelbagai ransangan. Komunikasi juga dikatakan sebagai proses pemindahan idea dan buah fikiran dari individu kepada individu yang lain (Hamilton, 1996). Komunikasi organisasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej di dalam kelompok formal dan tidak formal dalam sesebuah organisasi. Komunikasi formal diiktiraf oleh organisasi dan berorientasikan kepentingan organisasi. Komunikasi dalam bentuk formal mi- salnya surat resmi, bulletin resmi, pekeliling, mesyuarat dan polisi. Komunikasi tidak formal adalah lebih berorientasikan sosial seperti perbincangan kumpulan tidak resmi, perbincangan peribadi, perjumpaan tidak resmi dan sebagainya. Komunikasi dalam konteks organisasi berfungsi seperti berikut: (i) Fungsi informatif. Organisasi turut merupakan satu sistem yang memproses maklu- mat. Maklumat yang diperlukan perlulah tepat, benar dan masa yang bersesuaian bagi tujuan membantu kaki tangan melaksanakan kerjanya dengan berkesan. Mak- lumat juga diperlukan oleh pengurusan atasan organisasi bagi membolehkan mereka menentukan dasar dan polisi organisasi dan seterusnya disalurkan kepada kaki tan- gan. (ii) Fungsi regulatif: Komunikasi berkomunikasi sebagai pengawal kepada tingkahlaku kaki tangan organisasi. Komunikasi dalam bentuk ini adalah bertujuan untuk membe- rikan arahan serta disiplin kepada kaki tangan. (iii) Fungsi pembujukan: tidak semua arahan perlu disalurkan dengan cara yang tegas. Pengurusan atasan perlu juga mempunyai kemampuan untuk membujuk kaki tangan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. (iv) Fungsi kesepaduan: Komunikasi berperanan menyepadukan kaki tangan organisasi ke arah mencapai matlamat bersama dan mengelakkan konflik.

Komunikasi juga turut memainkan berbagai lagi peranan dalam organisasi. Bahagian sete- rusnya membincangkan tentang takrifan organisasi dan komunikasi organisasi.

TAKRIFAN ORGANISASI Organisasi adalah satu entiti yang berpadu dengan cara yang sistematik terdiri dari ba- hagian-bahagian tertentu bagi membentuk satu kesatuan untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Sarjana-sarjana awal dalam bidang berkatan organisasi seperti Adler (1989) turut mendefinisikan perkataan organisasi sebagai satu kumpulan individu yang dipecahkan kepada hierarki. Oleh itu setiap individu dalam organisasi mempunyai kedudukan tersendiri dalam carta struktur organisasi dan setiap individu sememangnya mempunyai tugas-tugas yang jelas untuk dilaksanakan. Manakala Devito (1997) mendefinisikan organisasi sebagai satu kumpulan manusia yang berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Menurut beliau lagi, bilangan ba-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 2

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 hagian dan kaki tangan dalam sesebuah organisai sememangnya berbeza-beza di antara satu organisasi dengan sesebuah organisasi yang lain. Sesebuah organisasi yang kecil mungkin mempunyai bilangan ahli seramai tiga hingga ke empat orang manakala sesebuah organisasi yang besar berkemungkinan mempunyai bilangan ramai sehingga melebihi angka ke seribu orang. Goldhaber (1993), mendefinisikan organisasi sebagai satu proses pertukaran maklumat da- lam sesebuah kelompok masyarakat dalam menghadapi sebarang kemungkinan persekitaran yang sukar dijangkakan. Goldhaber turut menambah bahawa perancangan dan matlamat perlu ditetapkan agar semua individu mempunyai satu visi dan misi untuk mencapainya. Andrew dan Herschel (1996) menambah bahawa setiap unit dalam organisasi perlu berhubung dan bergabung untuk melaksanakan sesuatu perkara. Sekiranya tidak wujud persefahaman maka akan menyebabkan matlamat yang dituju akan musnah. Justeru segala perancangan dan strategi yang dirancang seharusnya dipersetujui oleh pihak atasan serta difahami oleh semua orang dalam organisasi. Rentetan itu, komunikasi organisasi adalah proses mencipta dan saling bertukar mesej da- lam satu jaringan hubungan yang bergantung antara satu sama lain bagi mengatasi persekita- ran yang tidak pasti. Komunikasi yang diamalkan dalam sesebuah organisasi bertujuan untuk memastikan maklumat yang betul boleh didapati oleh pekerja untuk mencapai objektif yang diperlukan oleh organisasi supaya dapat membentuk satu pengalaman dan boleh digunakan untuk membuat keputusan yang lebih berkesan. Sesebuah organisasi akan lebih bersifat di- namik, progresif dan yang paling utama ialah pihak pengurusan atasan bukan lagi merupakan pihak utama yang menentukan segala dasar, polisi dan arah tuju sesebuah perniagaan. Ia kini lebih bersifat kolektif iaitu hubungan strategik antara majikan dan pekerja. TAKRIFAN MEDIA SOSIAL Media sosial adalah sejenis media yang membolehkan para pengguna dengan mudah un- tuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial,wiki, forum dan du- nia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Media sosial sebagai sebuah kumpulan aplikasi berasaskan Internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan membo- lehkan penciptaan dan pertukaran maklumat dilakukan dengan cepat merentasi masa dan tempat. Sementara itu, jaringan sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat la- man web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklu- mat dan berkomunikasi.Jaringan sosial terbesar antara lain Facebook, Myspace, Plurk, dan Twitter. Jika media tradisional menggunakan media cetak dan media penyiaran, maka media sosial menggunakan Internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk ber- hibur dengan memberi sumbangan dan maklumbalas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad yang mewujudkan fenomena demokrasi dalam berkomunikasi. Idea dan pendapat bebas dikongsikan dan disalurkan sesama kaki tangan organisasi. Media sosial bukanlah teknologi pertama yang berkaitan dengan demokrasi dalam penyalu- ran maklumat. Sebelum ini ciptaan seperti akhbar percetakan, telegraf, radio, telefon dan komputer yang diterajui kearah penciptaan teknologi sosial. Radio bermula sebagai perkhidma- tan pesanan sebelum digunakan sebagai sistem penyiaran. Telefon dicipta untuk kegunaan perniagaan sahaja. Internet juga pada asalnya digunakan sebagai alat perniagaan dan penyeli- dikan dan bukan untuk penggunaan awam. Semua penemuan ini mempunyai keupayaan untuk membantu proses pendemokrasian masyarakat dan perkongsian maklumat dalam organisasi.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 3

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Sejajar dengan perkembangan Internet, rangkaian sosial adalah fenomena di mana penggu- na yang saling berhubungan boleh melibatkan diri dengan kawan-kawan dan lain-lain penggu- na untuk berkongsi dan membincangkan minat, peristiwa, aktiviti, idea, dan / atau media da- lam talian. Komuniti dalam talian adalah satu bentuk rangkaian sosial terlibat dalam bilik sem- bang atau forum. Friendster sebagai media sosial diperkenalkan pada tahun 2002. Ia mempunyai pangkalan pengguna lebih dari 90 juta pengguna berdaftar dengan majoriti berasal dari Asia. Matlamat Friendster adalah untuk mewujudkan tempat yang selamat bagi orang ramai untuk bertemu dengan kenalan baru bagi memperkembangkan jaringan sosial mereka. Pada tahun 2003 Lin- kedIn pula diasaskan sebagai rangkaian sosial yang profesional. Pengguna boleh memuat naik resume mereka atau menyiarkan profil dan kemudian berinteraksi dengan pengguna lain. Lin- kedIn mengendalikan idea bahawa ‘anda harus benar-benar mengenali orang yang anda berin- teraksi dengan laman web in’i. Sepanjang masa kumpulan, forum, dan papan kerja telah dicip- ta.Walaupun kebanyakan rangkaian sosial sehingga titik ini memberi tumpuan kepada berko- munikasi dengan rakan-rakan di Internet atau menemui kenalan baru dan memperluaskan rangkaian profesional seseorang. Pada tahun 2003 pula, Photobucket dilancarkan sebagai tapak utama pertama untuk membolehkan pengguna berkongsi gambar dalam talian sama ada kepada rakan dan keluarga atau kepada orang ramai. Flickr, dimiliki oleh Yahoo!, juga tapak perkongsian foto yang berfungsi untuk meramaikan jaringan sosial. Media sosial hari ini telah menarik minat pengguna di seluruh dunia dan semakin ramai pengguna yang telah memasukkan teknologi ini ke dalam rutin harian mereka. Kita membaca akhbar di iPhone sebelum masuk ke pejabat dan kemudian membuat perancangan dengan rakan-rakan melalui Facebook atau WhatsApp. Maklumat turut diperolehi melalui mel eletro- nik. Pergantungan terhadap teknologi sebegini kian meningkat. Persoalan yang timbul ialah mengapakah keadaan ini berlaku? Fenomena ini tercetus kerana keadaan infrastruktur teknologi digital yang berbeza terma- suk kelajuan dan kos rendah berbanding dengan media tradisional. Kelincahan dalam penggu- naan media sosial digabungkan dengan harga yang berpatutan. Laman web yang digunakan, seperti Facebook dan Twitter, adalah percuma. Peralatan lain mungkin mempunyai yuran atau ditawarkan versi percuma dengan ciri-ciri terhad. Sebaliknya, laman web boleh diakses bila-bila masa dan dapat digunakan untuk menghantar mesej, foto, video dan lain-lain kepada seseo- rang di seluruh dunia dengan segera. Pengguna Twitter juga dapat menerima suapan Twitter menerusi peranti mudah alih mereka. Peranti mudah alih juga agak murah berbanding kabel. Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) atau mesej teks sangat menjimatkan.Walaupun pesanan SMS mula diperkenalkan sebagai gimik promosi percuma pada tahun 1995, ia masih agak mu- rah. Pemesejan teks biasanya sepersepuluh daripada harga perkhidmatan telefon berwayar menjadikan perbezaan ekonomi yang signifikan untuk orang ramai Tinggal di negara-negara di mana pendapatan purata kurang daripada satu dolar setiap hari menyebabkan penularan penggunaan media sosial meningkat. Perubahan hierarki mengenai kuasa adalah satu lagi manfaat media digital. Rangkaian digi- tal membolehkan kakitangan organisasi berkomunikasi di luar struktur kuasa yang tipikal. Dari- pada hierarki ke atas, media sosial membolehkan koordinasi yang lebih fleksibel dalam kalan- gan kaki tangan dengan cara yang paling minimum. Rangkaian digital terdiri daripada rantaian arahan yang lebih rakan kepada rakan. Ini mencipta keupayaan untuk menghantar maklumat tanpa kawalan pengurusan atau organisasi formal. Teknologi dan rangkaian digital juga mem- punyai keupayaan untuk menukar bentuk hubungan yang terjalin di luar talian. Media sosial dikatakan menyebelahi suara dalam masyarakat yang disensor lantaran media digital mempunyai keupayaan untuk aktiviti mengakses dan menemui maklumat. Peningkatan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 4

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 akses kepada berita, laporan, dan penerbitan lain boleh dilakukan secara atas talian. Pengguna juga mempunyai lebih banyak peluang untuk melihat maklumat melalui laman web seperti Wikileaks. Google Alerts, Digg, Del.icio.us untuk memantau dan berkongsi maklumat. Banyak peranti mudah alih hari ini mempunyai aplikasi dan rangkaian yang menghebahkan lokasi se- perti sensor GPS, serta telefon bimbit dapat menentukan lokasi fizikal. Kesemua aspek ini memudahkan proses koordinasi dilakukan.

ANDAIAN PENDEKATAN KLASIK TENTANG KOMUNIKASI ORGANISASI

Pendekatan klasik (1880-1927) mengkategorikan beberapa teori yang muncul akibat perkembangan revolusi industri pada pertengahan kurun ke 19. Sejajar dengan perkembangan industri, persoalan yang timbul ketika itu adalah berkaitan dengan bagaimanakah organisasi perindustrian boleh diuruskan dengan cekap dan berkesan supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Pengurusan organisasi diperingkat awal ini dikenali sebagai pendekatan klasik atau teori-teori klasik yang menekankan kepentingan birokrasi. Birokrasi berhubungan dengan organisasi masyarakat yang disusun secara ideal. Birokrasi dicapai melalui formalisasi peraturan, struktur, dan proses di dalam organisasi. Para pendu- kung teori klasik seperti Fayol (1949), Taylor (1911), dan Weber (1948), selama bertahun-tahun telah memperjuangkan model birokrasi bagi meningkatkan keberkesanan pentabiran sesebuah organisasi. Teori-teori klasik didominasi oleh andaian tentang keperluan garis panduan yang jelas dalam pentadbiran sorganisasi bagi tujuan menentukan halatuju organisasi serta mendi- siplinkan pekerja. Pendekatan klasik menekankan pembahagian kerja yang jelas antara kaki tangan bawahan dan pengurusan atasan. Lantaran itu, pihak pengurusan atasan bertanggung- jawab sepenuhnya dalam memilih pekerja, memproses kerja, menetapkan peraturan, dan se- bagai balasannya adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk berusaha memaksimakan hasil kerja mereka. Andaian teori klasik juga adalah pekerja dimotivasikan oleh ganjaran kewangan. Teori klasik yang akan dibincangkan dalam bahagian ini meliputi Teori Birokrasi , Teori Pentad- biran dan Teori Pengurusan.

TEORI BIROKRASI Istilah birokrasi mula diperkenalkan oleh Weber (1864-1920), seorang ahli sososiologi dari German. Weber mempercayai birokrasi adalah merupakan cara yang paling berkesan untuk membentuk organisasi lantaran setiap orang diberikan layanan yang sama dan agihan buruh adalah jelas. Birokrasi adalah merupakan struktur organisasi yang dicirikan oleh berbagai pera- turan, proses yang seragam, prosedur dan keperluan serta agihan tanggungjawab

Menurut Weber (1947), sesebuah organisasi birokratik yang ideal perlu mempamerkan be- berapa ciri utama mencakupi peraturan dan garis panduan yang formal, pengkhususan kerja dilakukan berdasarkan kepakaran, tugas berdasarkan pangkat dan kedudukan, pemilihan pe- kerja yang objektif, sifat kemanusiaan yang kurang, dan diskripsi tugas yang jelas. Teori Birokrasi menekankan kepada peraturan dan garispanduan formal bagi tujuan me- mastikan keseragaman dalam mencapai matlamat kerja. Keseragaman adalah penting bagi membolehkan pekerja mendapat arahan dan mempunyai visi dan misi yang sama untuk men- capai matlamat organisasi. Dengan itu, konflik dapat diminimakan dan pengurusan organisasi akan menjadi lebih berkesan.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 5

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Teori ini turut mengandaikan pembahagian tugas berdasarkan kepakaran kerana melalui kepakaran yang dimiliki oleh pekerja dikatakan dapat mempertingkatkan produktiviti. Dengan memperkenalkan konsep pengkhususan dalam melaksanakan kerja, teori ini mengandaikan bahawa prestasi kerja kakitangan organisasi akan dapat dimaksimakan.

Seterusnya, kedudukan, pangkat dan kuasa serta peranan adalah penting. Kedudukan pe- kerja dalam sesebuah organisasi menentukan bidang tugas mereka. Faktor kedudukan, pang- kat dan kuasa ini juga adalah berdasarkan kepada kedudukan dan kepakaran mereka dalam organisasi. Ini juga secara tidak langsung dapat menerangkan bentuk hubungan komunikasi interpersonal di antara setiap pekerja dalam mencapai matlamat organisasi. Rata-ratanya komunikasi formal adalah merupakan ciri utama pola komunikasi bagi organisasi yang menga- malkan birokrasi yang tinggi.

Dalam konteks pengambilan pekerja, krietria pemilihan hanya berdasarkan kepada keceka- pan teknikal dan kebolehan untuk melakukan tugas. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk mengenalpasti pekerja yang benar-benar berkelayakan. Pihak pengurusan organisasi menilai kelayakan pemohon secara objektif dan hanya individu yang paling layak sahaja yang akan akan diambil bekerja.

Pertukaran kakitangan di dalam organisasi bagi membolehkan tugas yang sama turut dila- kukan oleh pekerja yang berlainan amat digalakkan. Ini adalah berdasarkan kepercayaan ba- hawa tugas adalah lebih penting daripada orang yang melakukan tugas tersebut kerana peker- ja boleh bertukar ganti. Langkah ini adalah merupakan proses persediaan kepada penggantian pekerja dalam pengurusan kakitangan organisasi.

Organisasi yang mengamalkan Teori Birokrasi juga kurang menekankan sifat kemanusiaan. Penekanan lebih diberikan kepada sifat professional dalam hubungan interpersonal. Pengurus menghadkan hubungan personal mereka dengan kakitangan kerana dibimbangi kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan ketidakadilan dalam membuat pertimbangan dan memberikan layanan kepada pekerja. Manakala pekerja pula perlu memberikan keutamaan berkerja untuk mencapai matlamat organisasi daripada matlamat beliau sendiri. Weber (1947) berpendapat bahawa keadaan ini dapat mewujudkan persekitaran organisasi yang sihat. Se- tiap pekerja akan memperolehi peluang yang sama untuk mendapat ganjaran daripada hasil kerja mereka.

Bagi menguruskan organisasi dengan cekap dan berkesan, diskripsi kerja yang lengkap dan jelas perlu diberikan kepada semua pekerja bagi membantu mereka dalam melakukan tugas dan tanggungjawab. Kakitangan perlu mempunyai pemahaman yang jelas terhadap apa yang dijangkakan oleh organisasi daripada tugas mereka dan perlu berusaha keras untuk memenuhi jangkaan berkenaan.

Teori Birokrasi menekankan kepada penyusunan organisasi dalam struktur yang jelas. Prin- sip birokrasi menekankan bahawa organisasi perlu diuruskan berdasarkan kepada logik-logik jelas dan peraturan-peraturan yang boleh dijangka. Ini bagi mengurangkan risiko ketidakpas- tian kerana setiap organisasi beroperasi dalam keadaan yang tidak pasti. Melalui struktur yang jelas akan memudahkan tindakan diambil di samping membantu proses pelancaran maklumat di dalam organisasi.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 6

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

TEORI PENTADBIRAN KLASIK

Teori Birokrasi menghuraikan tentang struktur organisasi yang ‘ideal’ dan sebaliknya, Teori Pentadbiran Klasik pula menggariskan strategi-strategi yang spesifik dalam melaksanakan struktur birokratik. Teori Pentadbiran klasik menterjemahkan banyak prinsip-prinsip deskriptif dalam model birokratik kepada prinsip-prinsip praktikal dalam pengurusan organisasi. Teori ini juga lebih dikenali sebagai prinsip-prinsip pengurusan (Principles of Management). Teori Pentadbiran Klasik dipelopori oleh Henri Fayol (1841-1925). Beliau menekankan ten- tang kepentingan asas-asas dalam struktur organisasi dan amalan pengurusan. Fayol mengun- jurkan strategi spesifik dalam membangunkan struktur dan susunan di dalam sebuah organisasi yang kompleks. Menurut beliau, setiap individu yang terlibat dalam menguruskan sebuah organisasi yang besar perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang keseluruhan gambaran organisasi dan bertanggungjawab dalam menentukan halatuju dan perancangan secara keselu- ruhannya. Tanggungjawab keseluruhan ini kemudiannya perlu diagihkan sebagai satu fungsi spesifik kepada pentadbir yang bertanggungjawab untuk melapor terus kepada pegawai ata- san. Prinsip-prinsip pentadbiran yang diperkenalkan oleh Fayol menggariskan beberapa prinsip asas dan telah diaplikasikan secara meluas serta amat berpengaruh di dalam rangka dan pen- tadbiran sesebuah organisasi perindustrian moden. Fayol menggariskan prinsip-prinsip asas pengurusan di dalam teori pentadbirannya seperti berikut: 1. Perancangan, penyusunan dan penguasaan. Menjadi panduan kepada pengurus untuk menilai tugas dan matlamat organisasi serta merangka strategi spesifik, terutamanya di dalam mengenalpasti tenaga kerja dan sumber yang diperlukan. Selain daripada itu, membolehkan pengurus mengagih tenaga kerja, peralatan dan sumber yang diperlukan serta menyusun akti- viti kakitangan bagi mencapai matlamat organisasi. 2. Penyelarasan dan pembahagian tugas. Melibatkan aktiviti pengurus untuk mengatur, mengurus dan mengintegrasikan tugas-tugas yang dilakukan oleh kumpulan yang berbeza bagi mencapai matlamat organisasi. Pembahagian tugas menggalakkan peningkatan mutu melalui pengkhususan kerja setiap kakitangan. Pekerja akan dapat menumpukan lebih perhatian ke- pada tugas-tugas spesifik membawa kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan kerja. 3. Pengawalan dan autoriti. Membolehkan pengurus untuk menggunakan autoriti mere- ka bagi memastikan tindakan pekerja seiring dengan matlamat dan peraturan organisasi. Au- toriti memberikan kuasa kepada pengurus untuk menggunakan kuasa dan mengawal pekerja bawahannya dalam melakukan tugas ke arah kebaikan organisasi. Pekerja bawahan perlu akur kepada kuasa pihak atasan. 3. Disiplin. Merupakan peraturan dan garis panduan organisasi dan tindakan perlu diam- bil ke atas pekerja yang gagal untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 4. Kesatuan pengarahan/pengurusan. Setiap kakitangan hanya perlu menerima arahan dari seorang pengurus. Prinsip ini sesuai bagi mempertingkatkan kejelasan peranan tugas den- gan mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab ke atas apa dan siapa yang mempunyai auto- riti dalam tugas organisasi. 5. Arahan yang berantaian (Scalar chain). Setiap kakitangan perlu menjawab terus kepa- da hanya seorang ketua dan beliau juga perlu bertanggungjawab secara terus untuk menyelia pekerja bawahannya. Rantaian ini menggariskan satu panduan jelas dalam interaksi diantara pengurus dan pekerja bawahannya. Sistem autoriti ini juga dibentuk sebagai satu hierarki yang mempunyai jaluran pengarahan yang jelas dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. 6. Tanggungjawab individu kepada organisasi. Tindakan setiap kakitangan perlulah me- nepati kehendak dan keutamaan organisasi.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 7

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

7. Imbuhan. Setiap kakitangan perlu diberikan imbuhan dengan dibayar gaji dan juga imbuhan lain seperti bonus, perkongsian keuntungan, pembahagian saham dan sebagainya sejajar dengan produktiviti kerja. Prinsip ini digariskan berdasarkan kepada kepercayaan ba- hawa motivasi utama setiap kakitangan adalah kewangan dan prestasi kerja mereka banyak bergantung kepada jumlah imbuhan yang diberikan. 8. Pemusatan kuasa. Menekankan bahawa organisasi beroperasi dengan jayanya apabila pentadbiran berpusat mengawal secara rapi setiap aktiviti kakitangan dan pemindahan kuasa setiap proses organisasi tidak seharusnya diperkembangkan hingga ke tahap tanpa penyeliaan dan kawalan. 9. Susun atur. Membolehkan penyusunan, perancangan dan klasifikasi tugas yang jelas. Prinsip ini menekankan bahawa semua tugas organisasi serta proses-proses tertentu perlu dinyatakan dan diintegrasikan dengan jelas dalam matlamat rasmi organisasi. 10. Keadilan. Menjelaskan bahawa setiap kakitangan organisasi perlu dilayan dengan adil dan saksama. 11. Kestabilan kerja. Setiap kakitangan memerlukan masa yang mencukupi untuk mempe- lajari bagaimana untuk melakukan kerja dan selagi mereka melakukan tugas dengan baik, jawatan dan pekerjaan mereka adalah terjamin. 12. Kesetiaan dan pengabdian (Esprit de corps). Matlamat organisasi dapat dicapai dengan jayanya sekiranya kakitangan merasa bangga dengan organisasi mereka. Fayol menekankan bagaimana pentingnya kesetiaan dan sikap berbakti sepenuhnya kepada pekerjaan dan organi- sasi. 13. Fungsi barisan kakitangan. Ini dapat menjelaskan keperluan kakitangan sokongan yang dapat membantu pihak pengurusan yang terlibat dalam pembuatan keputusan dan perlaksa- naan tugas bagi mencapai matlamat utama organisasi.

Jika diteliti kedua-dua teori yang telah dibincangkan, terdapat beberapa persamaan di da- lam prinsip yang perkenalkan oleh Fayol dengan Teori Birokrasi yang dipelopori oleh Weber dan bagaimana kedua-kedua teori ini saling bertindih dan berkait. Kedua-duanya mempromo- sikan logik, aturan dan struktur di dalam mengendalikan organisasi. Seperti yang dinyatakan, Teori Pentadbiran diperkenalkan sebagai satu garis panduan yang disediakan lebih kepada peraturan atau arahan (preskriptif) untuk organisasi industri dan ianya adalah berdasarkan kepada peraturan dan autoriti yang ketat. Kekuatan dan kekurangan Teori Pentadbiran juga dapat dilihat dengan jelas. Contohnya, prinsip-prinsip peraturan dan arahan yang diperkenal- kan membuatkan teori ini lebih pragmatik dan boleh diaplikasi dengan meluas di dalam organi- sasi. Bagaimanapun, dengan ketiadaan prinsip pengurusan yang universal, prinsip-prinsip yang diperkenalkan oleh teori ini boleh menjadi mengelirukan, bertentangan dan tidak sesuai apabi- la berurusan dengan masalah organisasi yang khusus dan berbeza. Selain daripada itu, teori ini juga sering dikatakan sebagai tidak fleksibel dan tidak sensitif kepada keperluan manusia.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 8

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

TEORI PENGURUSAN SAINTIFIK

Dalam dunia Sains Pengurusan, Federick W. Taylor cukup dikenali dan beliau digelar sebagai “Bapa Pengurusan Saintifik”. Taylor memulakan kajian secara saintifik terhadap perge- rakan pekerja dalam industri melebur besi. Beliau telah membuat pemilihan terhadap pekerja yang mempunyai keupayaan sebenar, memberikan perkerja latihan dan insentif untuk melak- sanakan kerja dengan kaedah kerja yang tepat. Taylor juga memperkenalkan sistem ganjaran bagi pekerja yang telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi masing- masing. Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh Taylor, pekerja yang tidak me- menuhi piawaian dan sasaran yang ditetapkan akan disingkirkan dari sistem kitaran kerja sete- lah berada di bawah pengawalan dalam jangka masa tertentu. Taylor turut memperkenalkan sistem waktu rehat berjadual bagi membantu mengurangkan kepenatan bekerja.

Taylor juga menggariskan beberapa prinsip pengurusan yang penting dan juga konsep- konsep dalam pengurusan saintifik yang wajar untuk dinilai. 1. Keberkesanan operasi perlu diukur secara saintifik dan objektif dimana kaedah sains perlu digunapakai. Ini termasuklah penyelidikan saintifik. 2. Kakitangan organisasi dilihat sebagai seseorang yang bekerja atas dasar ekonomi, bo- leh dimotivasikan dengan ganjaran ekonomi. Pengurus perlu menentukan cara yang paling efisyen dalam melakukan tugasan, melatih pekerja untuk melakukan tugas masing-masing mengikut cara yang ditentukan dan memberikan ganjaran apabila pekerja meningkatkan pro- duktiviti mereka. 3. Pekerja perlu digerakkan mencapai tahap potensi maksima. Taylor percaya bahawa kakitangan perlu dipilih secara bijak dan dilatih mengikut prinsip pengurusan saintifik. 4. Unsur keadilan ditekankan dan sistem yang kompetitif diperkenalkan di mana setiap pekerja akan dibayar berdasarkan kepada produktiviti individu dan bukan kepada jam bekerja. 5. Organisasi yang harmoni lahir daripada peraturan dan prosedur yang jelas, kecemer- langan latihan kerja dan keadilan dalam pemberian ganjaran. Jadi penekanan diberikan kepa- da kerjasama sesama kakitangan dan antara pengurus dan kakitangan. Matlamat organisasi dan individu haruslah seiring.

Kerajaan persekutuan, institusi pengajian tinggi dan organisasi ketenteraan merupakan con- toh-contoh organisasi yang masih menggunapakai pendekatan teori-teori klasik dalam pengu- rusan mereka. Namun demikian, kebanyakan daripada idea-idea yang disumbangkan melalui pendekatan ini mendapat banyak kritikan kerana pada pandangan umum, banyak organisasi tidak boleh mendapat manfaat daripada kerja-kerja Taylor kerana ianya lebih sesuai dipraktik- kan dalam organisasi industri (perindustrian dan perusahaan) yang mempunyai ‘rutin, pengu- langan, piawaian kerja, dan mungkin tugas-tugas sebegitu akan menjadi semakin berkurangan di dalam masyarakat dimana mesin akan digunakan sebagai ganti sumber manusia dalam me- lakukan tugas-tugas tersebut’ (Hicks & Gullett, 1975: 184). Kebanyakan individu akan merasa tergugat dengan prinsip-prinsip yang lebih menekankan kepada cara terbaik untuk mencapai matlamat daripada individu yang melakukan tugas tersebut. Seperti teori-teori birokrasi dan pentadbiran, teori ini juga dikritik kerana tidak sensitif kepada individu, yang mana individu dilihat sebagai sebuah mesin hidup dan bukan sebagai seorang individu yang berfikiran.

PENDEKATAN TEORI KLASIK DAN AMALAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

Komunikasi dalam organisasi berdasarkan pendekatan klasik menekankan kepada penyalu- ran maklumat dalam bentuk atas ke bawah (top-down communication). Ini selaras dengan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 9

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 andaian misalnya oleh Teori Birokrasi yang menghuraikan strategi-strategi spesifik untuk membangunkan struktur dan aturan dalam sesebuah organisasi yang kompleks. Pengurusan organisasi pula lebih banyak melibatkan isu-isu dalam pengurusan dan merangka agihan tugas. Andaian ini mempunyai kaitan dengan Teori Birokrasi dengan mengenalpasti strategi spesifik dalam merangka tugas kaki tangan sesebuah organisasi bagi mempertingkatkan keberkesanan organisasi (Haslina, 2006). Dari perspektif komunikasi, sekiranya sesebuah organisasi diurus dengan menggunakan pendekatan klasik, ia selalunya menggunapakai amalan komunikasi yang tertentu. Contohnya, lebih banyak pola komunikasi ke bawah dipraktiskan. Komunikasi ke bawah bermaksud komu- nikasi dari pihak pengurusan atasan kepada pihak bawahan iaitu pekerja. Komunikasi yang sehala ini banyak berbentuk arahan dan perancangan yang diberikan oleh pihak atasan kepada pengurus yang berada di bawah tanggungjawabnya dan seterusnya para pengurus ini akan memberikan arahan dan maklumat yang sama kepada kakitangan bawahannya. Kebanyakan mesej yang dihantar lebih berasaskan kepada kerja semata-mata. Komunikasi sosial jarang diperakui sebagai sebahagian daripada kehidupan organisasi. Jadi dalam konteks ini, tidak hairan jika komunikasi ke atas iaitu komunikasi dari pihak pe- kerja kepada pengurusan atasan langsung tidak wujud. Pandangan pekerja bawahan langsung tidak diberikan perhatian atau penghargaan. Kakitangan jarang mengkritik pihak pengurusan, sekurang-kurangnya secara rasmi, kerana dengan berbuat demikian mereka terpaksa mengha- dapi risiko dibuang kerja. Masalah peribadi tidak boleh dibincangkan dengan pihak atasan. Walaupun jarang berlaku, konflik dalaman sering diselesaikan melalui keputusan yang dibuat oleh pegawai tertinggi dalam organisasi. Selain daripada itu, komunikasi di antara sesama ka- kitangan juga tidak diperakui secara rasmi dan sebetulnya, tidak digalakkan. Kedudukan seseo- rang dalam hierarki organisasi menentukan bentuk kerja yang dilakukan. Pendekatan klasik ini juga tidak begitu mengambilkira faktor persekitaran dan mengandai- kan bahawa organisasi beroperasi secara berasingan dengan keadaan persekitarannya. Pene- kanan hanya diberikan kepada cara bagaimana untuk membangunkan metod yang boleh digu- nakan dalam mentadbir sebarang jenis organisasi yang besar, tanpa mengambilkira faktor- faktor persekitaran dan persaingan. Pendeknya, teori-teori ini agak kurang memberikan per- hatian kepada entiti lain di dalam persekitaran.

TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT DAN MEDIA SOSIAL Permulaan abad ke 21 menyaksikan dunia berhadapan pula dengan pelbagai aplikasi tekno- logi komunikasi terutamanya yang berkaitan dengan Internet. Teknologi Komunikasi Maklumat (TKM) terdiri dari teknologi komunikasi dan teknologi maklumat merupakan elemen penting yang mengubah persekitaran dan suasana kerja dalam organisasi. Teknologi komunikasi meru- juk kepada perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang dialami oleh individu se- masa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar maklumat antara individu dengan individu lain (Rogers 1986; Mohd Khaire, 2006). Teknologi yang berkembang dengan begitu pesat turut mempengaruhi tingkahlaku ahli masyarakat dan organisasi. Sistem perhubungan di antara kaki tangan di dalam sesebuah or- ganisasi diakibatkan oleh budaya yang diamalkan oleh organisasi, faktor demografi, persekita- ran fizikal, teknologi, peraturan yang wujud dan sebagainya. Sejak awal abad ke-21, pelbagai istilah berkaitan dengan organisasi organisasi maya, dunia tanpa sempadan, masyarakat ber- maklumat, dan berbagai lagi istilah yang timbul akibat ledakan teknologi komunikasi. Pendek kata, melalui pengenalan kepada teknologi telah atau dengan sendirinya mewujudkan sistem- sistem baru dalam masyarakat (Mohd Khaire, 2006).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 10

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Isitlah sebegini wujud kerana teknologi kini telah mengubah tatacara sesebuah organisasi beroperasi dan sekali gus mengubah cara berkomunikasi. Bagi organisasi yang mempunyai banyak cawangan, mengendalikan mesyuarat agak sukar. Dengan adanya teknologi, mesyua- rat boleh dikendalikan melalui perantaraan video atau komputer. Perlaksaan kerja juga boleh dilakukan di merata-rata tempat lantaran semua maklumat boleh dicapai di tempat yang me- nawarkan kemudahan teknologi. Sistem kerja dalam bentuk sebagai tele-kerja atau e-pejabat telah memperkenalkan satu inovasi baru dalam konteks pengurusan organisasi. Ini sekaligus akan turut mengakibatkan terjadinya perubahan pada sistem pengurusan organisasi dengan menimbulkan model-model pengurusan yang baru serta juga andaian-andaian yang menje- laskan lagi tentang implikasi penggunaan teknologi terhadap organisasi.

Sejajar dengan perkembangan teknologi Internet, fenomena media sosial mula menular melampaui batas sempadan negara dan masyarakat. Media sosial dari segi takrifannya adalah perisian berasaskan Internet dan antaramuka yang membolehkan individu untuk berinteraksi antara satu sama lain, bertukar maklumat tentang kehidupan, photo dan pemikiran semasa. Contoh media sosial yang sering digunakan ialah Twitter, Facebook, Blog, YouTube dan seba- gainya. Melalui media sosial, setiap orang yang mempunyai akses kepada Internet boleh be- rinteraksi dengan berjuta orang serta boleh menyebarkan buah fikiran dan menyemak maklu- mat.

Media sosial bermula sebagai peralatan peribadi yang digunakan untuk berinteraksi dengan rakan dan keluarga tetapi kemudiannya diterimapakai oleh organsiasi yang berkeinginan untuk menggunakan kelebihan yang ada pada kaedah komunikasi yang popular ini untuk bertukar- tukar maklumat, meningkatkan jualan, pasaran, mengendalikan imej dan sebagainya. Dengan itu, media sosial kini merupakan tempat atau sarana untuk menghubungkan manusia untuk berinteraksi dan sekali gus mendatangkan implikasi yang besar tehadap pola komunikasi orga- nisasi. Maklumat kini boleh disalurkan merentasi hirarki organisasi. Pembentukkan kumpulan kerja yang terdiri dari berbagai kategori pekerja dalam organisasi menyebabkan komunikasi yang berlaku lebih bebas.

Malaysia muncul sebagai negara ketiga selepas Singapura dan yang mencatatkan pe- ratusan tertinggi untuk segmen pengguna Internet dengan pengguna sebanyak 67 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna Internet di seluruh Asia Tenggara kira-kira 252.4 juta (https://www.hmetro.com.my/node/103534). Purata masa digunakan oleh pengguna media sosial di Malaysia ialah 3 jam 17 minit sehari (https://caritutor.wordpress.com/2016/08/11).

Tinjauan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2016 menunjukkan dalam konteks penggunaan Internet di Malaysia, purata umur pengguna Internet ialah 32.4 tahun. Talipon pintar adalah merupakan alat akses kepada Internet terting- gi (89.3%), dan kadar pemilikan talipon pintar meningkat dari 74.3% dalam tahun 2014 kepada 90.7% dalam tahun 2015 (https://www.mcmc.gov.my/resources/statistics/internet-users- survey). Sejumlah 59.0% pengguna Internet melawati laman web resmi kerajaan dan tujuan utama berbuat demikian ialah untuk mencari peluang pekerjaan (70.0%) dan peluang pendidi- kan (65.5%). Terdapat lebih 18 juta pengguna media sosial yang aktif di Malaysia di mana seta- kat tahun 2015, sebanyak 77.3 peratus daripada isi rumah di Malaysia mempunyai akses kepa- da perkhidmatan jalur lebar. Malah, sektor e-dagang Malaysia mencatatkan salah satu daripa- da urus niaga dalam talian perkapita tertinggi di Asia Tenggara dan daripada rekod terbabit, hasil penembusan Internet menunjukkan terdapat potensi besar untuk pertumbuhan pasaran e-dagang di peringkat tempatan.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 11

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Pemanfaatan media sosial menyebabkan lanskap komunikasi organisasi agak berbeza den- gan apa yang kita lihat sekarang. Terdapat beberapa fakta dan statistik menarik yang berkaitan dengan Internet dan media sosial kini: 1. Lebih 75% keseluruhan pengguna Internet menggunakan sosial media. 2. Generasi muda lebih mementingkan Instagram jika dibandingkan dengan Facebook dan Twitter. 3. LinkedIn merupakan sosial media yang sangat penting bagi golongan professional. 4. Kebanyakan rangkaian sosial adalah seimbang di antara lelaki dan wanita seperti Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn, melainkan Pinterest. 5. Bagi kumpulan pengguna yang berumur antara 19 – 49 tahun, Youtube adalah capaian paling tinggi berbanding rangkaian komunikasi sosial yang lain. 6. Penggunaan Youtube adalah meluas, namun Facebook mengatasinya dengan penggunaan yang lebih besar.

Rakyat Malaysia merupakan pengguna Instagram paling aktif di rantau Asia Pasifik, menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh perunding penyelidikan. Kaji selidik mendapati peratusan pengguna aktif Instagram di Malaysia meningkat daripada 59 peratus pengguna tahun lepas (2015) kepada 73 peratus tahun ini (2016) (http://www.themalaymailonline.com).

Hal ini telah menunjukkan bahwa media sosial merupakan media pilihan yang digemari oleh publik saat ini. Media sosial memaparkan berbagai maklumat dan kesannya maklumat menga- lir merentasi hirarki organisasi. Perkembangan pesat media sosial disebabkan teknologi ko- munikasi, gaya hidup dan fantasia atau retorik. Penggunaannya juga adalah kerana takut ke- tinggalan zaman selaras dengan andaian yang dikemukakan oleh Teori Pengaruh Sosial menye- babkan timbulnya keperluan untuk menggunakan media sosial bagi menyebarkan maklumat melalui gerbang media. Kekuatan pengaruh media sosial ini adalah sangat besar lantaran pen- garuhnya terhadap pengguna yang meluas serata dunia. Media sosial menyebabkan perubahan kepada hubungan sosial, meluasnya jurang antara mereka yang mempunyai maklumat dengan yang tidak memiliki maklumat, privasi terganggu, kepencilan dari lingkungan sosial dan maklumat ‘sampah’ dimasukkan. Penggunaan media sosial dalam pengurusan organisasi menyebabkan tergugatnya diktatorship dalam berkomunikasi (Communication Dictatorship). Diktator dalam berkomunikasi adalah secara asasnya adalah komunikasi yang berbentuk formal yang ditekankan sebagai proses kominikasi. Proses penyaluran maklumat adalah berasaskan kepada hirarki organisasi yang studah stabil, dimantapkan dengan dan memberikan fokus kepada tingkah laku tertentu. Baha- sa yang digunakan adalah formal dan dalam bentuk yang sudah mantap. Setiap aspek komuni- kasi sangat teratur, berstruktur dan terancang. Setiap aspek telah diletakkan di dalam acuan. Perintah untuk melakukan sesuatu telah ditakrifkan sebagai suatu cara tetap yang perlu dija- lankan dengan konkrit oleh pekerja. Maklum balas tidak dialu-alukan. Setiap aspek komunikasi tersusun, berstuktur dan terancang. Sebaliknya Demokrasi Komunikasi melalui media sosial melibatkan penggunaan komunika- si bukanlah formal. Komunikasi ini sesuai untuk kegunaan harian, tidak mengikuti peraturan biasa dan cuba untuk menjauhkan diri dari jargon dan mesej korporat. Misalnya, Tweet meru- pakan contoh secepat minda dan jari dapat berkolaborasi. Pada dasarnya media sosial adalah media tidak rasmi untuk 24 jam sehari. Tidak ada yang peduli untuk berpakaian atau melihat kod pakaian. Penghantaran mesej tidak teratur, tidak berstruktur atau dirancang. Ia adalah organik. kasual dan sebahagian besarnya tidak rasmi.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 12

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

DARI TEORI KLASIK KE KOMUNIKASI ORGANISASI MELALUI MEDIA SOSIAL: ANJAKAN PARADIGMA KOMUNIKASI DIKTATOR KE KOMUNIKASI DEMOKRASI Peralatan yang canggih serta mudah dibawa (gajet) seperti telefon mudah alih, peralatan bantuan digital peribadi, komputer peribadi kocek, komputer peribadi tablet telekomunikasi tanpa wayar dan sebagainya telah membantu mengurus dan memudahkan proses kerja serta komunikasi. Peralatan sebegini memungkinkan komunikasi dilakukan dengan mudah dan pan- tas, ahli-ahli organisasi dapat berkongsi, berinteraksi, mencapai maklumat dan juga memberi maklumbalas tanpa mengira lokasi dan masa. Ini bersesuaian dengan era masa kini yang men- jadikan maklumat sebagai asas dalam sesuatu aktiviti. Keupayaan teknologi menyatukan dan menyalurkan sumber serta maklumat secara sistematik dan mengikut fungsi tertentu menjadi- kan ia sebagai satu mekanisme yang dapat menghasilkan tindakan yang berkesan serta cekap (Mohd Khairie, 2016). Ketika teknologi Internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosial pun ikut membangun dengan pesat. Kini untuk mengakses Facebook atau Twitter misalnya, boleh dila- kukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang boleh mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di Malaysia. Kerana kelajuannya media sosial juga mula tampak menggantikan peranan media massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita. Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh memiliki media sendiri. Jika untuk memiliki media tradi- sional seperti televisyen, radio, atau akhbar memerlukan modal dan tenaga kerja yang ba- nyak, maka lain halnya dengan media. Seorang pengguna media sosial boleh mengakses meng- gunakan media sosial dengan rangkaian Internet bahkan yang aksesnya lambat sekalipun, tan- pa bayaran besar, tanpa alat mahal dan dilakukan sendiri tanpa pekerja. Pengguna media sosial dengan mudah boleh menyunting, menambah, mengubah suai baik tulisan, gambar, video, grafik,dan pelbagai model kandungan lain. Secara filisofikalnya, media sosial adalah mengenai menjadi manusia biasa. Manusia biasa yang saling berkongsi idea, untuk mencipta, berfikir, berdebat, mencari seseorang yang boleh menjadi kawan baik, mencari pasangan, dan membina sebuah komuniti. Terasnya, dengan menggunakan media sosial menjadikan kita sebagai diri sendiri. Selain kelajuan maklumat yang boleh diakses dalam beberapa saat, menjadikan diri sendiri dalam media sosial merupakan alasan mengapa media sosial berkembang pesat. Tidak terkecuali, keinginan untuk kepentin- gan diri dan keperluan menciptakan nama peribadi. Jika dalam kehidupan seharian kita tidak boleh menyampaikan pendapat secara terbuka, keadaan sebaliknya tercetus apabila kita menggunakan media sosial. Kita boleh menulis apa saja yang kita mahu atau kita boleh juga mengulas apapun yang ditulis atau disediakan orang lain. Ini bererti komunikasi terjalin melalui dua arah. Komunikasi ini kemudian mencipta komuniti dengan cepat kerana adanya minat yang sama mengenai sesuatu perkara. Media sosial juga mencirikan komunikasi tidak formal misalnya melalui penggunaan bahasa tidak rasmi. Bahasa yang digunakan mencerminkan aliran pemikiran bebas yang dipengaruhi oleh pegangan bahawa struktur dan peraturan ketat akan memusnahkan komunikasi. Mesej disampaikan melalui penggunaan singkatan-singkatan yang difahami oleh sumber dan peneri- ma. Peraturan strukrtur bahasa dikatakan merupakan perangkap yang mengurung cara kita berkomunikasi. Tambahan pula, dalam proses komunikasi, kepantasan dan ketepatan maklu- mat amat dipentingkan. Tindakan pekerja adalah berdasarkan maklumat yang diterima. Ke- pantasan aliran maklumat bergantung kepada jumlah dan kaedah yang digunakan bagi menya- lurkannya. Dalam konteks pengurusan organisasi, masalah maklumat lewat sampai, akan dapat

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 13

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

diatasi sekiranya peralatan teknologi komunikasi termasuk media sosial ini digunakan dengan betul. Berkaitan dengan perkembangan media sosial juga, terdapat pandangan yang mempersoal- kan kenapa Komunikasi Diktator memerintah begitu lama? Mengapa kita memerlukan tekno- logi media sosial untuk membawa kita kepada Demokrasi Komunikasi? Ini kerana teknologi Internet dikatakan akan mendatangkan kesan berikut: 1. Peningkatan kerjasama atas talian: Inovasi dari segi komunikasi iaitu komunikasi akan menjadi pelbagai bentuk dan ciri dari segi bilangan dan fungsi. Menjelang tahun 2020, inovasi dalam bentuk kerjasama secara atas talian dijangkakan akan menjadi lebih signifikan dan cekap. Menjelang tahun yang sama juga, kerajaan, organisasi perniagaan, organisasi bukan bermotif- kan keuntungan diramalkan masih kekal mengamalkan model biasa/tradisional bagi mengekal- kan hubungan dengan masyarakat dan pelanggan atas talian dan luar talian. Kesukaran bagi organisasi yang telah biasa mengamalkan sistem birokrasi tradisional dan pendekatan klasik melambatkan proses perubahan dan adopsi kepada penerimaan dan penggunaan teknologi dalam konteks pengurusan. Dalam tempoh jangkamasa panjang adalah diharapkan talipon bimbit dan Internet akan membawa perubahan kepada semua jenis institusi. Masyarakat dikatakan memerlukan model komunikasi yang lebih baik dalam konteks penyaluran maklumat tentang organisasi. Internet dikatakan berkeupayaan untuk menukarkan suasana di tempat kerja, pendedahan kepada me- dia dan dalam tatacara berkomunikasi. Kemampuan dalam berkomunikasi dijangkakan mele- takkan jangkaan dan keutamaan yang tinggi terhadap ‘real-time information’ dan ‘omnipresent accessibility’. Komunikasi atas talian telah meningkatkan penglibatan publik dalam politik, pendidikan dan aktiviti sosial and akan berterusan menghubungkan manusia kerana makin ramai orang ber- komunikasi secara maya. Penglibatan yang aktif anggota masyarakat akan mendedahkan ma- syarakat kepada lebih banyak maklumat dan membuat keputusan yang lebih baik dan wajar. Terlalu banyak inovasi teknologi dan sosial serta jangkaan yang menggugat sesuatu model untuk kekal dengan andaian yang sama. Anjakan paradigm adalah perlu kerana dunia dikata- kan menjadi ‘24x7 world’. Penekanan perlu diberikan kepada model baru, kecekapan baru, tindakbalas yang baru, dan anjakan paradigm dalam konteks berkomunisi. Misalnya, komuni- kasi formal adalah proses bertukar maklumat dengan mengikuti peraturan. Namun begitu, dengan penggunaan media sosial akan dapat meningkatkan transparensi maklumat yang baru dan keupayaan penyaluran .maklumat bila diperlukan dan dalam bentuk yang diperlukan. Organisasi yang gagal mengikuti perkembangan ini akan menjadi tidak releven dan pupus. Perubahan hubungan pelanggan dan organisasi. Organisasi yang menyemak semula hu- bungan dengan pelanggan dikatakan lebih berkemunginan akan berjaya. Organisasi pemerin- tah, perniagaan dan NGO seharusnya lebih peka dan responsif dan secara perlahan-lahan akan menjadi lebih cekap. Birokrasi dalam organisasi yang konservatif juga diramalkan akan makin pudar. Rekabentuk organisasi juga dikatakan semakin berubah. Struktur organisasi dikatakan akan berdepan dengan cabaran baru dan terdapat nilai yang mungkin boleh diterima oleh birokrasi dan institusi untuk digunapakai tanpa melibatkan perubahan yang besar dengan kakitan- gan/pelanggan. Perubahan dalam organisasi berbentuk perniagaan dikatakan akan lebih dras- tik berbanding organisasi kerajaan dan akan wujud satu fenomena yang dikenali sebagai “mar- keting democracy” dan organisasi yang gagal untuk menempatkan diri dalam persaingan ini akan mengalami kemerosotan.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 14

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Perubahan pada organisasi kerajaan tidak dapat berlaku secara radikal kerana peraturan dan perundangan. Namun pergerakan adalah kearah lebih banyak kerjasama dan transparen- si. Perbezaan ini adalah kerana organisasi perniagaan perlu melakukan perubahan bagi tujuan survival tetapi sebaliknya bagi pihak kerajaan. Respond daripada pihak kerajaan terhadap In- ternet dan media baru dikatakan agak lambat diadoptasi oleh organisasi yang mengamalkan birokrasi selaras dengan andaian dalam pendekatan klasik. Sesetengah laman web kerajaan dikatakan agak ketinggalan manakala agensi komersial lebih drastik mengubah dan menge- maskini laman web, memberikan maklumbalas kepada pengguna, menjadi berguna dan mu- dah digunakan dari segi perisian yang diaplikasikan. Apakah faktor yang menyebabkan situasi ini bagi agensi kerajaan? Birokrasi, minat yang rendah, struktur yang telah lama bersemadi dalam organisasi dan kurangnya kepimpinan yang menghargai teknologi merupakan faktor yang menyebabkan sesetengah organisasi ketinggalan dari segi adopsi teknologi. Agensi kerajaan berdepan dengan kerumitan dan sukar untuk beru- bah. Tahap perkembangan terhadap keterbukaan dan responsif terhadap teknologi adalah lambat dari apa yang diharapkan. Berkemungkinan besar bergerak kearah yang bertentangan dan menjadi terbuka kepada anjakan paradigm berkaitan penggunaan teknologi dalam organi- sasi. Meskipun banyak maklumat yang boleh diperolehi dari atas talian, masih terdapat sego- longan pekerja yang tidak menggunapakai maklumat berkenaan atau lambat dalam menga- dopsi teknologi selaras dengan andaian Teori Difusi Inovasi berkaitan dengan kategori peneri- ma sesuatu inovasi. Pekerja yang telah berumur dan selesa dengan keadaan yang sedia ada merupakan golongan ‘laggard’ yang paling lewat menggunapakai sesuatu inovasi. Perubahan kepada penggunaan teknologi sahaja tidak menjamin kecekapan. Bagi organisasi perniagaan, media digital mendatangkan pertambahan nilai dari segi akses kepada pasaran, menyokong kualiti interaksi, agihan dan maklumbalas pengguna menyebabkan organisasi berteraskan keuntungan ini lebih dominan dalam mengadopsi teknologi.. Model ini kemudiannya secara perlahan akan diadoptasi oleh organisasi kerajaan. Bermula dengan tarikan blog dan disusuli dengan kegilaan terhadap Facebook, media sosial menjadi salah satu fenomenon paling menarik dalam sejarah perkembangan teknologi komu- nikasi yang menyaksikan pertumbuhan pesat komuniti dalam talian sama ada dari segi kekua- tan mahupun bilangannya. Dengan kemampuannya yang membolehkan interaksi antara peng- guna dengan aplikasi serta menyokong pendemokrasian maklumat dan pengetahuan dan mengubah peranan orang ramai daripada pengguna maklumat kepada pengeluar kandungan, media ini semakin mendapat perhatian sebagai media yang interaktif dan efektif. Bagi Warr (2008) kini merupakan era jaringan sosial, kecerdikan kolektif, partisipasi, penciptaan kolabora- tif, dan pengedaran tanpa sempadan. Dalam usaha amalan TKM di dalam organisasi, pengurus dan juga ahli-ahli organisasi pas- tinya berhadapan dengan pelbagai fenomena, persoalan dan masalah. Bersesuaian dengan falsafah teknologi, perubahan adalah satu perkara yang pasti berlaku. Umumnya struktur or- ganisasi, corak berkomunikasi, cara bekerja dan hasil kerja akan berhadapan dengan pelbagai isu serta cabaran baru (Jablin and Putnam 2001). Treem (2014) meneroka perlaksanaan media sosial dalam organisasi dari aspek akauntabiliti. Andaian pengkaji ialah teknologi tidak hanya memaparkan komunikasi tetapi juga berpotensi meningkatkan akauntabiliti. Hasil kajian me- nunjukkan sebelum sistem soal media dilaksanakan, pekerja telah menyatakan kebimbangan mereka tentang akauntabiliti yang mungkin boleh dicipta oleh media sosial. Persoalan ini me- nyebabkan pengunaan yang kurang dari segi penggunaan sistem media sosial. Kesan lain berhubungan dengan peranan teknologi dan pengaruhnya dalam komunikasi or- ganisasi:

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 15

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

1. Kesempatan untuk hubungan bersemuka akan hilang dan informasi berdasarkan isyarat nonverbal berkurang. Akibatnya, kesempatan berbagi informasi secara spontan berkurang pula. Pihak pengurus perlu menyusun kerja dan menyediakan kesempatan tatap muka yang lebih banyak (melalui teks dan simbol).

2. Akan lebih banyak mesej-mesej informal dan merentas hierarki karena pembenaran ter- hadap format baru yang muncul sebagai proses alamiah jaringan elektronik. Struktur organisasi dan alur informasi formal akan didefinisikan lagi.

3. Dampak saluran berarti bahwa mesej berkesan dan bernilai akan menurun. Data digital dengan konteks dan interpretasi minima adalah aturannya. Akibatnya, pengambilan keputusan akan terganggu daripada terbantu. Ketidakjelasan dalam menginterpretasi informasi akan me- ningkat dan kualiti keputusan menurun kerana kurangnya pemahaman konteks dan nilai orga- nisasi. Organisasi harus bekerja lebih keras dalam mengkomunikasikan sejarah dan nilai-nilai organisasi. Para pengurus harus mencari cara baru untuk mengkomunikasikan komponen afek- tif dari mesej. Gaya pengambilan keputusan yang baru dan lebih baik juga perlu.

4. Kepercayaan akan mempunyai peranan yang berbeda dalam komunikasi. Kepercayaan akan muncul seiring dengan kebersamaan pengalaman, nilai-nilai, memberi dan menerima dan sebagai hasil komunikasi antarmanusia. Hadirnya satelit, e-mail, dan jaringan komunikasi elek- tronik lainnya dapat mengurangi dimensi kepercayaan yang selama ini kita telah terbiasa. Ja- ringan komunikasi baru dapat saja menggantikan peranan ini.

5. Komputerisasi menekankan pada disiplin untuk berpikir secara linear. Data terproses da- lam kerangka kecepatan sesuai kemajuan perangkat teknologi. Sebagai konsekuensinya, manu- sia menjadi tak sabar dan rasa toleransi berkurang terhadap gaya individu berkomunikasi. Or- ganisasi dapat pula menjadi berkurang toleransi terhadap pegawai yang tidak berfikir atau beranggapan dalam mode linear. Mereka harus mencari cara untuk mendukung dan melin- dungi pemikiran serta komunikasi yang bersifat nonlinear.

6. Harapan akan prestasi pekerja adalah berdasar pada kondisi machine driven. Dengan pe- nyesuaian kita terhadap kecepatan dan ketepatan komputer, kita mungkin mengharap para pegawai mempunyai kualiti dan menghasilkan dengan cara yang sama. Para pegawai dalam organisasi dapat menganggap permintaan ini sebagai hal yang tak manusiawi dan memaksa. Organisasi dapat mengangkat lingkungan kerja seperti itu sebagai persoalan. Maka organisasi harus mendefinisikan dan menggunakan standar kinerja yang sesuai dengan kondisi baru.

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian di atas, media sosal dikatakan telah mewujudkan fleksibiliti terhadap ahli organisasi di mana maklumat boleh disampaikan dengan cara yang lebih fleksibel. Media sosial berupaya untuk menyimpan dan memberi akses maklumat boleh manjadikan seseorang ahli organisasi berasa dihargai. Ia juga memberi pengertian bahawa organisasi memberi lebih kepercayaan kepada ahlinya. Sungguhpun begitu, pengurus kebiasaannya bersikap sangsi ter- hadap fenomena ini. Situasi tersebut seringkali juga menimbul rasa curiga pengurus seolah- olah kawalan mereka terhadap pihak bahawan berkurangan. Dengan demikian pengurus akan mewujudkan pelbagai bentuk kawalan baru bagi menjamin idak begitu memberi kesan terha- dap kuasa kawalan mereka. Internet bukan sahaja sebagai medium untuk memperoleh maklumat, malah berkembang kepada media sosial yang mempunyai kemampuan yang lebih hebat hasil gabungan tiga ele-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 16

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 men utama: teknologi, perbualan, dan perkongsian maklumat. Media ini juga mampu mengi- rimkan kandungan multimedia dan kemudahan interaksi antara khalayak dengan pengeluar kandungan. Pembangunan teknologi digital dan aplikasi penciptaan serta perkongsian kandun- gan ini merupakan salah satu elemen penting pada media sosial. Laman-laman media sosial seperti penanda sosial (Simpy), berita sosial (Digg, Reddit), wikis (Wikipedia), laman jaringan sosial (Facebook), dan perkongsian foto dan video (Flickr, YouTube) membolehkan penggu- nanya berinteraksi dengan laman tersebut dan pengunjung lain. Media sosial menyebabkan peningkatan kepada penggunaan komunikasi informal. Komuni- kasi informal adalah proses pertukaran maklumat spontan dalam kalangan pelbagai orang yang berlainan status dalam struktur organisasi. Namun begitu, pengunaan komunikasi informal tertakluk kepada pengiktirafan organisasi. Komunikasi dalam paradigma lama menekankan kepada Kediktatoran Komunikasi manakala komunikasi melalui media sosial mengundang kepada Demokrasi Komunikasi. Dua dunia ini bertempur. Dunia rasmi Kediktatoran Komunikasi cuba untuk memaksa peraturannya ke atas maklumat yang bebas mengalir, spontan dalam Demokrasi Komunikasi. Oleh itu, Garis Pan- duan Media Sosial dan berbagai peraturan berkaitan dengan penggunaan media sosial cuba diwujudkan. Sebaliknya, Demokrasi Sosial Media berjuang untuk membuang belenggu peratu- ran dan menggunakan suara manusia melalui media sosial. Ini menyebabkan percanggahan pandangan ini masih berterusan. Secara keseluruhannya, makalah ini telah membincangkan tentang pengurusan informasi dalam sesebuah organisasi berdasarkan pendekatan klasik. Teori-teori klasik menekankan kepada penyaluran maklumat merentas fungsi organisasi dan peranan hirarki amat penting. Namun, dengan kehadiran media sosial yang menawarkan cara berkomunikasi yang berbeza berkemungkinan mengundangkan kepada semakan semula terhadap paradigm lama dalam berkomunikasi dan kemungkinan untuk mewujudkan perspektif baru berkaitan dengan Demo- krasi Komunikasi dalam perkongsian maklumat dalam kalangan kaki tangan organisasi.

RUJUKAN

Andrews, P. H., & Herschel, R. T. (1996). Organizational communication: Empowerment in a technological society. Boston, MA: Houghton Mifflin Company. Devito, J.A. (1997). Human Communication : The basic course. New York: Longman. Hamilton, M. (1996). Verbal auditory hallucination and the invention of alter-ego mental con- structs. In J. Aitken & L. J. Shedletsky (Eds.) Reader on intrapersonal communication and so- cial cognition, (pp. 151-158). Annendale, VA: Speech Communication Association. Haslina Halim (2007). Pendekatan Klasik. Dalam Pengantar Komunikasi Organisasi. Che Su Mustaffa dan rakan-rakan. Pearson Sdn Bhd:Prentice Hall. Goldhaber, G.M. (1993). Organizational Communication. (6th ed). Dubuque, Iowa: Brown & Benchmark. Hicks, H., & Gullett, C. R. (1975). Organizations: Theory and behavior. New York: McGraw-Hill. https://caritutor.wordpress.com/2016/08/11/tahap-penggunaan-internet-media-sosial-di- malaysia/ https://www.hmetro.com.my/node/103534 https://www.mcmc.gov.my/resources/statistics/internet-users-survey

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 17

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Mohd Khaire Ahmad (2007). Teknologi Komunikasi Maklumat dan Organisasi. Dalam Pengan- tar Komunikasi Organisasi. Che Su Mustaffa dan rakan-rakan. Petaling Jaya, Selangor: Pren- tice Hall. Rogers, E. M. (1986). Communication Technology: The New Media in Society. New York: The Free Press. Treem, J. W/. (2015). American Behavioral ScientistSocial Media as Technologies of Accounta- bility. Explaining Resistance to Implementation Within Organizations, 59 (1), 25-42.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 18

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

MEDIA SOSIAL DAN KEPINCANGAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN: PENELITIAN DARI ASPEK PUNCA SERTA ANJAKAN PARADIGMA DALAM USAHA MENANGANINYA Nik Adzrieman Abdul Rahman, Zaneza Mohammed Zake & Suryati Abdul Shukor Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia

Abstrak

Perbincangan kertas kerja ini adalah lebih memfokuskan perkaitan bagaimana media sosial telah dikatakan berkait rapat dengan isu perceraian pasangan suami di Malaysia. Faktor yang mendorong peningkatan kadar perceraian adalah pelbagai dan salah satu darinya adalah disebabkan terlalu banyak masa menggunakan alat media sosial. Penelitian terhadap permasalahan ini adalah bertujuan untuk melihat i. sejauhmana medium sosial mana menyumbang kepada kes perceraian pasangan, ii. isu-isu dalam media social yang menjadi punca perceraian dan iii. apa tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak berwajib. Sampel kajian adalah terdiri daripada 5 orang pegawai yang mengu- ruskan urusan nikah cerai di mahkamah syariah di . Kaedah pen- yelidikan secara temubual secara mendalam telah digunakan untuk mendapat- kan data kajian. Analisis secara tematik digunakan untuk menganalisis data ka- jian. Hasil kajian mendapati bahawa saluran yang paling menyumbang kepada isu perceraian adalah Whatsapp, diikuti Facebook dan Wechat. Seterusnya se- bab-sebab perceraian adalah disebabkan oleh sikap curang diantara pasangan dan diikuti oleh pasangan yang melupakan tanggungjawab sebagai suami atau isteri kerana terleka menggunakan medium social. Kebiasaannya masyarakat hanya melihat bagaimana media sosial membawa kepada kesan buruk dalam masyarakat, oleh yang demikian, satu anjakan paradigm perlu juga dilihat ten- tang bagaimana sesuatu permasalahan itu diselesaikan. Terdapat beberapa langkah yang dijalankan oleh pihak mahkamah untuk menangani isu ini terma- suklah mengadakan kaunseling kepada pasangan yang sedang dalam proses perceraian, ceramah berkala dan juga mengadakan kelas bimbingan. Oleh itu langkah-langkah kesedaran perlu dimainkan oleh semua pihak untuk menge- lakkan isu sebegini mengganggu keharmonian kesejahteraan sejagat.

Pengenalan

Media sosial merupakan salah satu medium komunikasi yang memudahkan serta memperce- patkan proses interaksi di antara manusia pada masa kini. Sosial media yang popular digunakan oleh masyarakat zaman sekarang adalah seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram dan Wechat. Generasi muda pada zaman sekarang juga telah memilih media sosial ini sebagai sumber informasi utama mereka berbanding media-media konvensional seperti televisyen dan radio. Walaubagaimanapun, penggunaan media sosial yang berlebihan ini juga sebenarnya turut member implikasi yang kurang sihat dari aspek hubungan kekeluargaan dewasa ini. Selain itu, implikasi negatif yang amat ketara yang perlu diambil perhatian adalah penggunaan tanpa

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 19

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 kawalan yang mengakibatkan pembuangan masa yang sia-sia. Masyarakat kita terutamanya remaja yang asyik dengan teknologi ini kerap menghabiskan masa berjam-jam melayari laman sosial ini. Sekiranya situasi ini tidak dikawal sepenuhnya dengan efektif maka menyebabkan masyarakat membazirkan masa berharga mereka dengan perkara-perkara yang melalaikan. Oleh yang demikian, media sosial boleh dikategorikan sebagai salah satu punca utama masyarakat pada masa kini membazirkan masa dengan melakukan sesuatu yang tidak berfae- dah.

Bukan itu sahaja, masyarakat yang melayari media sosial mudah untuk memiliki kenalan yang ramai tanpa mereka disedari. Pendaftaran sebagai ahli tanpa syarat di media sosial boleh men- yebabkan sesiapa sahaja menghubungi mana-mana pihak yang mereka kehendaki dengan mu- dah dan pantas. Situasi beginilah yang mengakibatkan pengguna media sosial memiliki bera- tus-ratus sahabat hanya dihujung jari sahaja. Ringkasnya, media sosial digunakan sebagai alat untuk memperolehi lebih ramai kenalan dengan mudah di serata dunia. Ada juga yang berpen- dapat bahawa, media sosial telah menyebabkan hubungan yang dekat secara fizikal menjadi renggang manakala hubungan yang jauh juga dari sudut geografi telah menjadi semakin rapat. Apa yang boleh kita lihat bahawa hubungan kekluargaan pada masa kini teurut menerima tempias akibat penggunaan yang keterlaluan dikalangan anggota keluarga itu sendiri. Oleh yang demikian, banyak kajian dilakukan untuk mengenalpasti adakah media sosial merupakan punca utama peningkatan kadar perceraian pada zaman kini. Adakah pengaruh media sosial ini menjadi punca utama peningkatan kadar perceraian ataupun bukan. Disebabkan pengaruh media sosial pada masa kini sangat tinggi maka banyak pengamatan telah dibuat untuk me- mastikan samaada peningkatan kadar perceraian pasangan muda pada zaman kini kerana disebabkan oleh media sosial.

Kemelut Media Sosial dan Isu Perceraian.

Isu berkaitan dengan kemelut media sosial dengan kes perceraian sering menjadi perdebatan di kalangan masyarakat pada hari ini. Media sosial dianggap sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini. Oleh yang demikian, sebagai masyarakat yang prihatin kita perlu juga mengetahui saluran mana yang menyumbang kepada kes isu perceraian dan juga apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pihak berwajib. Dalam membuat penelitian terhadap persoalan ini, beberapa persoalan yang kan timbul iaitu;

i. Apakah saluran media sosial yang menyumbang kepada penceraian? ii. Adakah terdapat punca-punca perceraian yang disebabkan oleh media sosial? iii. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memberi kesedaran kepada pasangan muda?

Keperluan-keperluan dalam membuat perbincangan terhadap kes ini antaranya adalah untuk memberi panduan serta tunjuk ajar kepada pasangan muda terutamanya dan bagaimana dan cara-cara yang berkesan untuk menyelamatkan rumahtangga mereka daripada terus runtuh akibat daripada penggunaan media sosial. Penemuan pengkajian juga bertujuan memberi pendedahan kesan-kesan media sosial kepada pasangan suami isteri kesan penggunaan media sosial yang berlebihan.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 20

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Remaja alaf 21 pada hari ini membesar dengan internet, secara tidak langsung boleh dikatakan bahawa media sosial telah menjadi “alat komunikasi dalam kehidupan seharian mereka sama ada untuk hubungan komunikasi dalam persahabatan, maklumat, pendidikan, hiburan dan lain-lain lagi” (Azmi, Khaizuran & Safurah, 2010). Kandell (1998) menjelaskan bahawa remaja lebih kerap bergantung kepada Internet berbanding golongan lain dalam masyarakat, mungkin disebabkan oleh keinginan yang tinggi untuk membentuk identiti dan menjalinkan hubungan yang intim dalam kalangan remaja. Media sosial merupakan satu bentuk pengenalan baru kepada alat komunikasi masyarakat terutama sekali golongan remaja masa kini kerana beriku- tan apa sahaja maklumat boleh diperolehi dengan hanya dihujung jari.

Saluran-saluran Utama Media Sosial pada Masa Kini

Laman sosial Facebook dan Twitter menjadi ancaman utama kepada kes penceraian. Satu dari- pada tujuh kes penceraian yang dilaporkan di Britain menunjukkan punca utama kes pen- ceraian adalah disebabkan status yang dimuatnaik pasangan di laman sosial seperti Facebook. Sebahagian respoden mengakui bahawa mereka mencari bukti kecurangan pasangan masing- masing melalui laman media sosial. Kajian yang dikendalikan oleh Firma guaman Slater dan Gordon mendapati, Facebook, Skype, Snapchat, Twitter, WhatsApp dan beberapa media sosial yang lain memainkan peranan dalam kes penceraian hari ini. Andrew Newbury berkata, jika lima tahun dahulu, Facebook jarang dikaitan dalam kes penceraian tetapi kini ia menjadi perkara biasa. Andrew Newbury berkata:

"Media sosial adalah cabaran perkahwinan masa kini. Media sosial khususnya Facebook yang memaparkan gambar dan status yang menjadi penyebab pen- ceraian", katanya dipetik Dailymail.

Sementara itu, kaji selidik yang dilakukan Censuswide (Sinarharian, 2016) terhadap 2011 pasangan suami isteri menunjukkan sebab utama pasangan melihat media sosial pasangan masing-masing adalah untuk melihat dengan siapa mereka berkomunikasi, berjumpa dan ke mana mereka pergi. Pertengkaran yang terjadi adalah berkaitan bekas kekasih pasangan, menghantar mesej peribadi secara rahsia, dan memuatnaik gambar yang tidak sepatut- nya.Selain itu, kajian mendapati kebanyakan pasangan tidak berpuas hati terhadap pasangan selepas menemui sesuatu dalam laman Facebook pasangan dan menyembunyikan kata laluan daripada pasangan.

Trend penggunaan gajet elektronik dan media sosial didapati mampu menjadi penyebab pen- ceraian, kata seorang pakar keluarga. Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor (sinarharian 2015) berkata aplikasi seperti WhatsApp boleh menjadi platform untuk pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan konflik rumah tangga. Mariani berkata:

"Apabila masing-masing merasa marah, lalu menghantar mesej dalam WhatsApp misalnya. Ia boleh menimbulkan intonasi suara dan hasrat yang berbeza, disusuli persepsi negatif si penerima yang berlawanan dengan niat sebenar si penghantar mesej," katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa kadar penceraian masyarakat Islam di Malaysia se- makin membimbangkan dengan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh enam tahun lalu. Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga menunjukkan 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu yang secara purata terdapat 156 pasangan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 21

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Islam bercerai setiap hari. Mariani (Sinarharian 2016) berkata di zaman canggih ini, peng- gunaan WhatsApp juga boleh mendorong kepada perbuatan curang yang mana perkenalan biasa antara lelaki dan wanita menerusi aplikasi media sosial boleh membawa kepada per- hubungan mesra hingga melupakan batas pergaulan. Mariani berkata:

"Penggunaaan media sosial seperti Facebook dan Instagram juga boleh mem- bawa kepada hubungan yang tidak baik antara suami isteri kerana masing- masing mungkin tidak menjaga sensitiviti perhubungan mereka dengan me- muat naik status dan gambar masing-masing yang tidak bersesuaian, untuk tatapan orang lain," katanya.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din (Sinarharian 2016) menyifatkan perceraian yang melibatkan 156 kes setiap hari adalah sangat tinggi dan wajib menyedarkan semua pihak terutama bagi pasangan yang mahu berkahwin mengenai kepentingan menjaga keharmonian rumah tangga. Beliau berkata pasan- gan seharusnya tahu dan faham bahawa setiap perceraian akan memberi gangguan kepada sistem diri anak-anak dan keluarga mereka termasuk soal kerjaya masing-masing. Belaiu menambah:

"Pasangan sebaiknya mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang komunikasi berkesan iaitu cara pengurusan konflik, pengendalian krisis, psikologi keluarga dan pengurusan persepsi yang berkesan," katanya.

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani (Sinarharian 2017) berkata kursus pra-perkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan yang akan bernikah perlu disusun semula mengikut kesesuaian gaya hidup golongan muda yang semakin berubah. Beliau berpendapat:

"Pengisian dan intipati kursus perlu menitikberatkan pelbagai aspek berkaitan psikologi perkahwinan, kanak-kanak dan remaja selain kemahiran menangani konflik rumah tangga," katanya.

Beliau mencadangkan universiti turut menyediakan program pengajian berkaitan kaunseling keluarga dan perkahwinan kepada pelajar.

Punca-punca kes Perceraian di Malaysia

Curang terhadap pasangan menjadi faktor utama kebanyakan daripada 20 permohonan kes perceraian yang difailkan hingga 30 Januari lalu di daerah Pontian, Johor (Sinarharian 2016). Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Mohd. Khalil Md. Nor berkata, selain itu masalah ke- wangan dan campur tangan keluarga serta kurangnya komunikasi antara pasangan turut men- jadi punca perceraian mereka. Beliau berkata, penggunaan media sosial yang semakin meluas seperti Facebook, WhatsApp, Telegram dan Instagram menjadi faktor perhubungan mereka semakin renggang kerana leka melayari bahan tersebut. Masalah penceraian ini bukan sahaja melibatkan pasangan yang baharu berkahwin, malah terdapat juga yang sudah lama mendiri- kan rumah tangga gagal mempertahankan mahligai yang dibina.

“Bagi Sementara itu, Ahmad meminta pasangan yang akan berkahwin turut memberikan per- hatian terhadap aspek ekonomi supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan baik dan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 22

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 saling berbincang serta bersama-sama mengatasi masalah kewangan yang ada dan tidak mem- biarkan suami atau isteri sahaja mencari jalan penyelesaian yang akhirnya membawa ke arah penceraian. pasangan baharu mungkin terkejut dengan suasana alam perkahwinan yang ditempuhi, tempat pekerjaan, meninggalkan keluarga dan sebagainya,” ka- tanya semasa ditemui pada Kursus Pra Perkahwinan Perdana di Dewan Semi- nar, Pejabat Agama Daerah Pontian.

Mohd. Khalil berkata, sepanjang tahun lalu pula, sebanyak 71 kes penceraian telah didaftarkan daripada 355 kes yang dirujuk kepada pihak kaunseling. Dalam pada itu, beliau menasihatkan pasangan yang akan berkahwin supaya bersedia untuk menempuh alam perkahwinan yang tentunya tidak sama seperti semasa mereka tinggal bersama-sama keluarga atau dengan ra- kan-rakan serumah.

“Mereka perlu mengakui realiti suami isteri perlu bertolak ansur, bersedia menerima pandangan dan teguran, jujur kepada pasangan dan melupakan zaman semasa hidup bersendirian,” katanya.

Profile kes perceraian di Malaysia

Dalam sesebuah kajian atau penyelidikan yang dijalankan, memerlukan kaedah yang sesuai dalam mendapatkan data atau dapatan kajian. Data yang mencukupi dan baik membantu se- sebuah kajian itu dijalankan dengan berkesan. Untuk mendapatkan data yang mencukupi, kae- dah penyelidikan kajian tersebut haruslah sempurna dan mengikut prosedur yang telah diten- tukan. Ia adalah bagi menjamin dapatan kajian yang dihasilkan benar-benar terjamin mutunya dan berkesan.

Dalam membincangkan reka bentuk kajian, penyelidik juga harus menentukan pemboleh ubah -pemboleh ubah penyelidikan yang terbabit dan bagaimana pemboleh ubah-pemboleh ubah berkenaan dapat diukur dan juga disamping membincangkan populasi dan teknik persampelan yang terlibat dalam mengenalpasti responden penyelidikan. Perancangan penyelidikan juga perlu melibatkan pendekatan penganalisian data yang akan digunakan oleh penyelidik. Se- kiranya pendekatan penyelidikan merujuk kepada pendekatan kuantitatif, maka penyelidik perlu menentukan teknik statistik yang paling sesuai untuk digunakan. Manakala jika pendeka- tan kualitatif menjadi pilihan penyelidik maka kaedah seperti analisis tema perlu ditentukan.

Rekabentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu perlu dijalankan. Ia juga berfungsi sebagai garis panduan untuk membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Rekabentuk penyelidikan juga menjadi panduan bagi membo- lehkan penyelidik membuat inferens berkaitan dengan pemboleh ubah yang dikaji.

Denzin dan Lincoln (1994) berpendapat bahawa penyelidikan kualitatif melibatkan kepelba- gaian kaedah secara terfokus, termasuk menggunakan pendekatan naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek. Cresswell (1994) pula mentakrifkan bahawa penyelidikan kualitatif sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang didasari kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan sosial. Rekabentuk kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah lebih menjurus kepada cara dan bagaimana untuk menda-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 23

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 patkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian. Ia juga merupakan kaedah untuk mendapat- kan objektif-objektif kajian yang cuba dicapai oleh penyelidik. Objektif-objektif kajian penye- lidikan ini ialah untuk:

i. Mengetahui saluran media sosial yang menyumbang kepada penceraian. ii. Mengenal pasti punca-punca perceraian yang disebabkan oleh media sosial. iii. Mengenal pasti tindakan pihak berkuasa terhadap kes-kes perceraian disebabkan me- dia sosial

Justeru, bagi mencapai objektif penyelidik akan sedaya upaya untuk cuba membuat dan men- gadakan kaedah serta cara untuk merealisasikan tujuannya. Pada peringkat awal, penyelidik akan melakukan kajian dan tinjauan terhadap penyelidikan-penyelidikan yang telah dilakukan sebelum ini. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pertindihan tajuk dengan penyelidikan yang lain dengan penyelidikan yang sedang dijalankan.

Setelah memastikan tiadanya pertindihan tajuk, pengkaji telah memilih lima responden yang bertugas di Makhamah Syariah yang mengedalikan kes-kes penceraian di sekitar Lembah Klang untuk ditemuduga dengan mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan isu pen- ceraian yang melibatkan media sosial. Tujuan penyelidikan kualitatif adalah untuk mengkaji bagaimana individu membentuk maksud kepada sesuatu isu berdasarkan konteks yang diten- tukan. Penyelidikan kualitatif menyerlahkan nilai manusia itu sendiri, system kepercayaan, peraturan-peraturan dan bagaimana cara manusia menginterpretasikan mesej. Ini adalah un- tuk memahami bagaimana seseorang itu faham dan menterjemahkan sesuatu keadaan.

Rajah 3.1 Model penyelidikan induktif Sumber: Diadaptasikan daripada Keyton, J. (2006). P. 19.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 24

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Berdasarkan ciri-ciri ini, Nueman (dalam Cavana et al., 2000:36) mentafsirkan penyelidikan kualitatif sebagai “satu analisis sistematik mengenai tindakan sosial yang penuh makna melalui pemerhatian yang teliti ke atas bagaimana manusia membentuk dan mempertahankan keadaan sosial mereka”. Berbeza dengan penyelidikan kuantitatif, penyelidikan kualitatif ber- mula dengan persoalan-persoalan kajian yang tidak dapat dijangkakan jawapannya. Data di proses kemudian dibandingkan dengan teori yang bersesuaian yang boleh menerangkan fenomena tertentu bagi mendapatkan jawapannya.

Dalam menjalankan sesuatu kajian, lokasi kajian juga merupakan perkara yang penting untuk memperolehi kesahihan dapatan kajian. Untuk memilih lokasi kajian bagi melaksanakan penye- lidikan seseorang penyelidik mempunyai alasan tersendiri (Spradley, 1980). Kajian ini telah dijalankan di sekitar Lembah Klang. Tujuan lokasi ini dipilih adalah kerana kadar penggunaan media sosial yang tinggi dicatatkan di kawasan ini. Akses yang sangat mudah mendorong kepada peningkatan penggunaan media sosial di kawasan Lembah Klang. Banyak maklumat yang dapat dikumpul untuk dianalisa apabila memilih lokasi tersebut untuk menjalankan ka- jian. Lembah Klang merupakan kawasan di Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, dan meliputi kawasan bandar dan bandaraya di negeri Selan- gor. Ia merupakan satu rujukan alternatif dan ia menjadikan kawasan metropolitan Kuala Lum- pur atau Metropolitan Lembah Klang. Kedudukan geografinya juga ditentukan oleh Banjaran Titiwangsa ke arah utara dan arah timur Selat Melaka ke barat. Pada tahun 2012, Lembah Klang telah direkodkan didiami oleh kira-kira 7.5 juta orang. Kawasan Lembah Klang kebanya- kannya didiami oleh sebilangan besar pendatang dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia dan juga kebanyakannya terdiri daripada pekerja asing dari , India dan Nepal. Kawasan Lembah Klang merupakan antara kawasan yang mempunyai jumlah penduduk tertinggi Malay- sia dimana dari segi komposisi kaum, kaum Melayu merupakan kaum majoritinya seramai (50.59%), kaum Cina (29.03%), kaum India (11.62%), kaum lain (0.72%) dan manakala bukan warganegara (8.04%). Walau bagaimanapun, kawasan di Lembah Klang mempunyai perbezaan komposisi kaum yang sangat ketara.

Populasi merupakan kumpulan lebih besar yang memperoleh manfaat daripada dapatan yang diperoleh hasil pengkajian saintifik ke atas sampel. Populasi sasaran pula merupakan populasi yang hendak diselidik oleh pengkaji serta dijadikan asas bagi membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini sangat jarang dapat diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi pilihan ideal (Fraenkel dan Wallen, 2006). Populasi capaian pula dikatakan sebagai populasi pilihan realistik kerana kebanyakan pengkaji menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dalam dapatan kajian. Sampel ialah kumpulan orang, institusi, tempat, atau fenomena yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh penye- lidik. Contohnya, jika sebuah sekolah mempunyai 700 orang pelajar dalam jurusan Sains, maka kumpulan tersebut dikenali sebagai populasi dan manakala seramai 250 orang pelajar daripada kumpulan itu yang dipilih untuk suatu penyelidikan, maka 250 orang pelajar tadi dikenali seba- gai sampel. Hakikatnya, keinginan penyelidik adalah untuk menyelidik populasi yang telah dikenalpasti dalam sesuatu penyelidikan. Faktor-faktor seperti saiz populasi yang besar, pelba- gai dan meliputi kawasan yang luas menyukarkan penyelidik bagi berbuat demikian. Aktiviti mencari dan menghubungi semua ahli populasi akan memakan masa yang lama dan melibat- kan perbelanjaan kos yang tinggi. Oleh yang demikian, penyelidik harus memilih sampel untuk diselidik. Penyelidik telah memilih seramai lima orang petugas di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang khususnya mengendalikan kes penceraian di sekitar Lembah Klang bagi mem- perolehi dapatan kajian.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 25

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan oleh penyelidik bagi menjalankan sesuatu penyelidikan dengan mudah. Menurut Marohaini (2001), dalam penyelidikan kualitatif peng- kaji merupakan instrumen kajian utama dan mereka harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk berhubung dengan manusia di sekelilingnya. Instrumen kajian digunakan sebagai alat utama bagi memperoleh data sepertimana yang dikehendaki oleh penyelidik un- tuk mencapai objektif kajian. Method yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah temubual atau kualitatif. Sebanyak lima orang responden yang dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk memperoleh data menerusi kajian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif dijalankan melalui sesi temubual dan pemerhatian untuk memperoleh data yang lebih tepat. Penyelidik telah memilih untuk menemuduga lima petugas di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang mengendalikan kes-kes penceraian di sekitar Lembah Klang. Pemilihan tersebut adalah kerana petugas-petugas ini setiap hari berhadapan dengan masalah-masalah rumahtangga serta penceraian. Kaedah dilakukan oleh pengkaji dengan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan untuk ditanyakan kepada informen. Kaedah ini untuk mendapatkan maklumat tentang isu yang dihadapi dengan lebih mendalam untuk mengelakkan salah tafsir atau salah anggap.

Dalam sesebuah penelitian, teknik pengumpulan data merupakan faktor yang sangat penting dalam memperolehi keberhasilan penelitian. Hal ini adalah berkaitan dengan bagaimana cara untuk mengumpulkan data, mengenalpasri siapakah sumbernya, dan mengenalpasti apakah alat yang hendak digunakan. Jenis-jenis sumber data adalah mengenalpasti daripada mana data tersebut diperoleh dan apakah data tersebut diperoleh dari sumber langsung ataupun data tersebut diperoleh dari sumber tidak langsung. Kaedah pengumpulan data merupakan teknik yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat data. Manakala instrumen pengumpul data pula merupakan alat yang digunakan untuk mendapatkan data. Aktiviti pengumpulan data pada asanya adalah merupakan kegiatan penggunaan teknik dan instrumen yang telah ditentukan dan diuji reliabilitasinya. Secara umumnya, pengumpulan data sama ertinya sebagai proses yang dilakukan penyelidik untuk merungkap berbagai fenomena, informasi atau keadaan lokasi penelitian sesuai dengan lingkup penelitian. Dalam praktiknya, pengumpulan data ada yang dilaksanakan penyelidik melalui kaedah pendekatan penelitian kuantitatif dan kaedah penelitian kualitatif.

Hitchcock dan Hughes (1989) menyarankan beberapa langkah untuk menjalankan temubual iaitu: i. Penemubual haruslah menjadi pendengar yang baik dan membenarkan peserta kajian menjawab soalan-soalan secara aktif serta menghargai pendapat peserta kajian. ii. Penemubual juga harus berkecuali, tidak menonjolkan pandangan sendiri dan tidak menunjukkan reaksi tertentu terhadap peserta kajian. iii. Penemubual juga harus tenang, ceria dan sentiasa menyakinkan peserta kajian bahawa jawapan mereka akan dirahsiakan dan mereka bebas memberi apa sahaja pandangan dalam respon.

Temu bual merupakan suatu kaedah kajian yang penting kerana ia membantu penyelidik meneroka untuk mendapatkan maklumat kajian dengan lebih mendalam. Seringkali masalah timbul dalam kajian, dimana banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian, dokumentasi mahupun daripada catatan diari seseorang. Penyelidik perlu ber- hubung terus melalui kaedah ‘face-to-face’atau bersua muka secara terus menerus dengan informan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki secara langsung. Semasa proses menemuduga informan dijalankan, segala perbualan atau proses temuduga tersebut dirakam-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 26

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 kan dengan menggunakan perakam suara telefon bimbit. Proses temubual dijalankan mengikut masa yang sesuai informan, iaitu ketika masa mereka rehat, selesai tugas dan semasa sedang lapang. Proses temubual mengambil masa setengah jam seorang supaya tidak menganggu urusan lain.

Sebanyak empat soalan telah diajukan kepada setiap informan yang mengenai kaitan media sosial dan isu perceraian pasangan muda pada zaman kini. Antara soalan-soalan yang dikemu- kakan untuk ditemubual informan adalah berteraskan intipati-intipati persoalan seperti:

i. Apakah saluran media sosial yang menyumbang kepada penceraian? ii. Adakah terdapat punca-punca perceraian yang disebabkan oleh media sosial? iii. Apakahlangkah-langkah yang diambil bagi memberi kesedaran kepada pasangan muda?

Watsupp dan Kes Perceraian

Keseluruhan bahagian analisis data dan perbincangan ini membincangkan mengenai dapatan hasil kajian daripada penganalisisan data-data yang diperolehi daripada transkripsi-transkripsi yang diperolehi dan terhasil selepas proses temubual diadakan antara penyelidik dan infroman dijalankan. Keseluruhan hasil dapatan adalah berdasarkan jawapan transkripsi yang diberikan oleh informan dengan berpandukan soalan-soalan temubual berstruktur yang telah dilaksana- kan.

Hasil dapatan yang diperolehi terdapat tiga bahagian persoalan yang diperolehi dalam isu me- dia sosial dan perceraian ini. Antara hasil dapatan tersebut adalah yang pertama saluran media sosial yang menyumbang kepada perceraian pasangan muda pada zaman kini. Kedua, punca- punca perceraian yang berlaku akibat daripada kesan penggunaan media sosial ini. Ketiga, langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan berlakunya perceraian akibat daripada penga- ruh penggunaan media sosial. Selain itu, pengajaran yang dapat disampaikan kepada pasangan muda yang lain daripada kes-kes yang telah berlaku.

Penerangan pada Rajah 4.2.2 akan menjawab persoalan yang pertama iaitu apakah saluran media sosial yang menyumbang kepada penceraian.

Saluran Media Sosial Bilangan Responden Whatsapp 5 Facebook 3 Wechat 2 Instagram 1 Twitter 1

Rajah 4.2.2 Saluran Media Sosial

Rajah 4.2.2 menunjukkan saluran-saluran media sosial yang digunakan oleh pasangan muda pada zaman kini yang mempunyai kaitan punca perceraian rumahtangga mereka. Temubual yang dijalankan terhadap kelima-lima informan, antara saluran media sosial yang digunapakai oleh pasangan muda pada zaman kini yang menjadi punca perceraian adalah Facebook,

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 27

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Wechat, Instagram, Whatsapp dan Twitter. Diantara kelima-lima informan, kesemua bersetuju bahawa Whatsapp merupakan media sosial yang popular digunakan oleh pasangan muda.

Ini adalah kerana media sosial whatsapp sangat mudah untuk digunakan dan menghubungkan masyarakat dengan mudah dan cepat. Manakala tiga informan menyatakan bahawa peng- gunaan media sosial Facebook pula menduduki ranking kedua popular penggunaannya oleh pasangan muda. Facebook menyatukan kembali pasangan-pasangan muda dengan sahabat- sahabat lama yang telah lama terputus hubungan dengan mudah dan cepat. Segala cerita dan gambar-gambar boleh dilihat dan diperolehi dengan mudah sahaja. Antara penyataan infor- man adalah:

“…Mesej biasa yang dikirim menerusi media sosial oleh pasangan yang telah berumah tangga kepada kenalan lama yang telah lama terputus hubungan mem- bolehkan menyemarakkan bibit kemesraan yang akhirnya berakhir dengan per- ceraian. Ini merupakan diantara trend masa kini yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga di kalangan pasangan muda akhir-akhir ini dan sangat membim- bangkan…”( I 1 )

“…saluran media sosial yang popular digunakan pasangan muda masa kini ialah Facebook sebab mempunyai kemudahan untuk mencari dan melihat sesiapa sa- haja yang kita kehendaki. Ia sangat mudah, malahan kanak-kanak juga boleh menggunakannya. Facebook ini boleh membawa kepada kelalaian dimana si isteri lupa tanggungjawabnya sehingga menjurus kepada perceraian…” ( I 2 )

“…Penggunaaan media sosial seperti Facebook dan Instagram juga boleh mem- bawa kepada hubungan yang tidak sihat diantara suami isteri kerana masing- masing tidak menjaga sensitiviti perhubungan mereka dan keadaan rumahtangga mereka dengan memuat naik status dan gambar masing-masing yang merujuk kepada perbalahan, untuk tatapan orang lain…”( I 3 )

Terdapat dua lagi informan menyatakan bahawa saluran media sosial jenis Wechat merupakan penyumbang kepada perceraian pasangan muda masa kini. Penggunaannya yang kurang popular ini memberi ruang kepada remaja ber- hubungan diantara satu sama lain tanpa dapat dikesan, menurut informan:

“…dengan adanya media sosial ini sememangnya memberi kesan yang positif dan member kesenangan kepada kehidupan kita masa kini namun di sebalik itu terda- pat juga pelbagai kesan negatif pada kehidupan kita yang mungkin kita tidak se- dari. Akhir-akhir ini banyak berlakunya keruntuhan rumah tangga disebabkan pasangan terlalu leka melayan media sosial sehingga mengabaikan tanggung- jawab masing-masing…” ( I 1 )

“…Media sosial dan aplikasi pesan singkat seperti WeChat memberikan ruang kepada pasangan untuk bertemu dan berkenalan dengan kenalan baru dengan sangat mudah. Ini merupakan “pembunuh perkahwinan” yang paling berba- haya, sebagai contoh fungsi “Shake” yang terdapat di WeChat. Pasangan den- gan cepat boleh bertemu dengan orang yang lokasinya tidak jauh dan memu- lakan pembicaraan…” ( I 4 )

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 28

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Bagi mengelakkan kes perceraian pasangan muda pada zaman kini menjadi lebih buruk, pan- tauan dan tindakan perlu diambil. Kajian lebih mendalam mengenai saluran-saluran media sosial yang banyak menyumbang kepada perceraian ini perlu dikenalpasti. Untuk memberi keyakinan dan kesedaran kepada masyarakat, informan-informan kajian menyatakan bahawa saluran media sosial Whatsapp merupakan saluran yang paling kerap digunakan oleh pasangan bercerai ini untuk berlaku curang. Persoalan mengenai saluran media sosial yang manakah paling kerap digunakan telah memberi hasil daripada dapatan kajian iaitu seramai lima infor- man, kelima-limanya bersetuju menyatakan bahawa media sosial Whatsapp lebih tinggi kekerapan penggunaannya berbanding medial sosial lain. Saluran media sosial yang lain seperti Facebook, Wechat, Twitter dan Instagram juga didapati mempunyai kaitan dalam kes per- ceraian pasangan muda.

Kesimpulannya, di zaman serba moden ini pembelian telefon yang semakin murah, ditambah lagi dengan plan-plan data yang mampu dimiliki masyarakat sekarang mengakibatkan semakin ramai pasangan suami isteri yang terlibat dalam kancah skandal. Apa yang lebih memalukan, ia membawa kepada kadar perceraian yang semakin tinggi di Malaysia. Media sosial itu sendiri bukanlah isu utama, malahan ia tidak memberi kesan negatif sepenuhnya tetapi pengguna yang menggunakannya yang merosakkan nama media sosial tersebut. Samaada mahu atau tidak sahaja untuk berlaku curang di belakang pasangan masing-masing.

Masalah Kecurangan melalui Media Sosial

Persoalan bahagian kedua ini akan menjelaskan mengenai kes-kes perceraian yang berlaku akibat daripada penggunaan media sosial di kalangan pasangan muda. Kes-kes ini membukti- kan bahawa wujudnya perceraian pasangan muda disebabkan oleh media sosial. Kes-kes ini juga sebagai bukti bahagian isu yang dibincangkan ini telah wujud dan semakin merebak dan perlu diambil tindakan atau sesuatu perlu dibuat agar isu ini tidak menjadi lebih serius.

Punca-punca Bilangan Responden Curang 3 Lupa Tanggungjawab 2 Hilang Kepercayaan 1 Bazir Masa 1

Rajah 4.2.3 Kes perceraian yang berpunca daripada media social

Rajah 4.2.3 Menunjukkan kes-kes perceraian yang berlaku akibat daripada media sosial. Dian- tara sebab-sebab berlakunya perceraian akibat daripada media sosial ini adalah kerana curang dengan orang lain, lupa tanggungjawab, leka melayan media sosial dan hilang kepercayaan. Kes-kes ini berlaku akibat daripada salah laku yang dilakukan oleh pasangan menerusi media sosial. Terdapat 4 sebab yang menyumbang kepada perceraian pasangan muda yang diberi- tahu oleh informan semasa sesi temubual, curang dengan orang lain adalah isu yang banyak berlaku sdekarang ini. Antara jawapan informan mengenai kes perceraian di media sosial adalah seperti:

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 29

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

“…kalau pasangan kita tengah beremosi atau bosan, pasti mereka akan memilih untuk melayan media sosial sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dan menghilangkan kebosanan. Lalu mengheret kepada penglibatan orang ketiga. Alaaa… Macam nak luahkan masalah rumah tangga dekat orang lain akhirnya ke- lain pulak jadinya…” ( I 1 )

Selain curang dengan orang lain, lupa tanggungjawab juga merupakan sebab yang tinggi berlakunya perceraian pasangan muda zaman kini. Isteri melayan media sosial dari siang ke malam sehingga lupa tanggungjawab kepada suami. Suami balik kepenatan dan kelaparan mengharapkan makanan hasil daripada air tangga isteri, hampa melihat isteri asyik melayan media sosial. Lupa tanggungjawab men- yediakan makan dan minum kepada suami, menjaga pakaian suami juga anak- anak dan memastikan keadaan rumah sentiasa berada dalam keadaan teratur. Isu sebegini yang menyumbang kepada perceraian pasangan muda sekarang ini. In- forman menyatakan isu lupa tanggungjawab ini adalah:

“…Peringkat awal mungkin si suami boleh bersabar, senduk nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk main whatsapp tapi lama-lama si suami itu akan bosan. Dahlah penat banyak kerja di pejabat dan bila balik ke rumah pula tidak dapat layanan daripada isteri. Di luar sana banyak perempuan-perempuan lain yang sanggup mengambil alih tugas isteri di rumah untuk melayan kemahuan si suami…” ( I 2 )

“…Sambut suami di muka pintu, angkat begnya, layan suami sekejap, tuangkan air minumnya dan berikan senyuman kasih sayang walaupun hanya seminit dua walau sesibuk mana pun kita. Jangan disebabkan seminit dua ini, suami kita cari wanita lain. Jangan sesekali pandang rendah perkara-perkara begini, sebab bagi lelaki yang sudah berkahwin, satu cara untuk dia menghilangkan penat setelah seharian bekerja adalah dengan mengharapkan layanan dari isterinya, sekalipun hanya dengan melihat senyuman dari isternyai dimuka pintu... ketika itu… dihati- nya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan menghilangkan bebanan emosi nya…” ( I 5 )

Secara kesimpulannya, hasil tinjauan dalam bahagian ini memberikan maklumat yang banyak berkenaan kes-kes perceraian akibat penggunaan media sosial ini. Dalam hal ini, kita dapat mengetahui dan mempelajari mengenai sebab-sebab yang menyumbang kepada perceraian pasangan muda pada zaman ini disebabkan oleh media sosial. Dengan mengenal pasti punca- punca perceraian ini maka masyarakat akan tahu dan berwaspada untuk menggunakan medial sosial ini secara berleluasa. Ia juga memberi panduan atau peringatan kepada pasangan muda terutmanya supaya mengawasi atau menjaga hubungan keluarga mereka dengan lebih baik. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa betapa pentingnya menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam institusi keluarga bagi mencapai keharmonian keluarga.

Ikhtiar dalam menagani Isu perceraian di Malaysia Bahagian ketiga ini akan menjawab persoalan apakah langkah-langkah yang diambil bagi mem- beri kesedaran kepada pasangan muda. Langkah-langkah kesedaran dilakukan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu ini. Sekiranya langkah-langkah lambat diambil maka isu perceraian ini akan menjadi lebih teruk dan boleh menjejaskan kestabilan dan ke- harmoni masyarakat. Diantara langkah-langkah yang telah diambil dapat dilihat pada rajah 4.2.4 di bawah.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 30

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Langkah-langkah yang di ambil oleh Bilangan Responden Mahkamah Syariah Kaunseling 5 Ceramah Berkala 2 Kelas Bimbingan 1 Tindakan Undang-undang 1

Rajah 4.2.4 Langkah yangdiambil bagi memberi kesedaran kepada pasangan muda

Rajah 4.2.4 Menunjukkan langkah-langkah yang diambil bagi memberi kesedaran kepada pasangan muda mengenai isu perceraian yang melibatkan penggunaan media sosial. Terdapat beberapa langkah yang diambil bagi memberitahu dan menyebarkan maklumat-maklumat tentang perceraian dan media sosial ini. Segala permasalahan yang timbul di dalam sesebuah rumahtangga itu boleh ditangani dan diselesaikan dengan cara yang baik. Antara langkah- langkah yangdiambil bagi memberi kesedaran kepada pasangan muda adalah seperti memberi ceramah, sesi kaunseling dan kelas-kelas bimbingan agama. Informan menyatakan langkah- langkah yang diambil adalah:

“…punca masalah rumahtangga perlu rawatan dari akar umbi. Ceramah dan tak- limat kesedaran isu perceraian dilaksanakan di samping menerapkan kesedaran mengenai pentingnya institusi keluarga dalam kehidupan kepada pasangan- pasangan muda ini. Tiada sebarang konflik di dunia ini yang tidak dapat diselesai- kan dan kewarasan berfikir semasa menangani konflik dapat menyelamatkan rumahtangga…” ( I 1 )

“…peranan utama kaunselor ialah untuk membantu pasangan suami isteri yang menghadapi masalah mencari jalan untuk mengeratkan kembali hubungan kasih sayang dan kemesraan di samping mengelakkan berlakunya perceraian. Kaunsel- ing merupakan salah satu terapi yang dapat mengurangkan tekanan yang diha- dapi oleh pasangan muda ini yang menghadapi konflik dalam rumahtangga mereka…” ( I 4 )

Terdapat juga individu menyatakan bahawa kelas-kelas bimbingan agama juga memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada pasangan muda. Majoriti pasangan muda yang bercerai melibatkan penggunaan media sosial ini adalah daripada kaum melayu yang beragama Islam. Kurangnya bimbingan agama yang menjurus pasangan muda ini membuat keputusan tidak rasional yang membelakangkan agama Islam. Sifat ego, tinggi diri, terburu-buru dan emosional antara yang menyebabkan berakhirnya sesebuah rumahtangga yang bahagia kepada keruntuhan. Dengan adanya didikan agama ini, pasangan akan membuat keputusan dengan lebih rasionl dan segala tindakan yang diambil akan berlandaskan agama. Informan kajian memberitahu:

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 31

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

“…banyak faktor yang menyumbang ke arah perceraian pasangan muda dan salah satu daripadanya adalah mengabaian agama. Awal kepada agama ialah mengenali Allah swt iaitu akidah maka mendidik keluarga mengenali Allah adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Mengerjakan solat lima waktu secara ber- jemaah dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Pengabaian agama maka ter- bentuklah keluarga yang pincang, resah, gelisah dan tidak tenteram…” ( I 4 )

Selain daripada itu ada individu menyatakan bahawa orang ketiga yang menye- babkan hubungan suami isteri berpisah kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan bahawa perosak kekeluargaan Islam merupakan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.

Menurut individu ketiga, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan akan dikenakan ke atas orang ketiga ini bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).

“…Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali atas kesalahan me- mujuk perempuan bersuami lari…” ( I 3 )

“…Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah ber- kahwin daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabitkan kesalahan akan didenda RM2,000 atau hukuman penjara setahun atau kedua- duanya sekali,” ( I 3 )

Terdapat satu lagi peruntukan membincangkan mengenai kes membabitkan peranan orang ketiga ini ialah Seksyen 38 iaitu menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawabnya dan hukumannya sama seperti Seksyen 36.

"…Malaysia mempunyai undang-undang menghukum orang ketiga iaitu pihak yang menghalang pasangan menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan un- dang-undang ini bukan terdapat di Wilayah Persekutuan sahaja tetapi hampir di setiap negeri, tetapi setakat ini tiada kes khusus mengenainya yang telah dibawa ke dala mahkamah..” ( I 3 )

Secara kesimpulannya, isu perceraian terutama dalam kalangan pasangan muda pada zaman ini merupakan isu yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak. Dari per- spektif kaunseling, kewujudan beberapa model terapi kaunseling keluarga boleh dimanfaatkan untuk membantu pasangan muda ini dalam menghadapi konflik rumahtangga. Namun demikian, usaha yang berterusan perlu dilakukan dengan lebih terperinci lagi berkaitan dengan isu perceraian pasangan muda ini agar model terapi yang ingin dibangunkan akan sentiasa ditambah baik bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya.

Anjakan Paradigma dalam Isu Penyelesaian

Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauhmana kaitan media sosial dan isu perceraian pasan- gan muda pada zaman ini. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti saluran-saluran media

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 32

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 sosial yang memainkan peranan dapat meningkatkan kadar perceraian pasangan suami isteri pada zaman ini. Terdapat juga langkah-langkah yang perlu diambil bagi memberi kesedaran kepada pasangan muda ini mengenai kaitan media sosial dan perceraian pasangan muda pada zaman ini dalam proses untuk mencapai matlamat dalam mengurangkan kadar perceraian pasangan muda pada masa kini. Dapatan kajian secara keseluruhannya yang diperolehi hasil daripada temubual berstruktur, menunjukkan bahawa banyak langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyalurkan maklumat dan tujuan memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai penggunaan media sosial yang disalahgunakan.

Kajian yang dijalankan melibatkan aspek kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual berstruktur, memfokuskan kepada penglibatan kakitangan Mahkamah Syariah Wilayah Perse- kutuan yang terlibat mengendalikan kes-kes perceraian di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Melihat kepada analisis data temubual yang diperolehi, penggunaan media sosial yang tidak terkawal merupakan punca utama perceraian pasangan muda di kawasan Wilayah Perse- kutuan Kuala Lumpur. Informan kajian terdiri daripada lima orang penjawat awam yang berkhidmat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mempunyai pen- galaman dalam mengendalikan kes-kes perceraian di kawasan Kuala Lumpur.

Fokus utama dalam penyelidikan ini adalah untuk melihat saluran media sosial yang yang digunakan oleh pasangan muda zaman sekarang yang menjadi punca perceraian bagi memberi kesedaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati dalam melayani media-media sosial bagi menjamin kesejahteraan rumahtangga. Analisis data pada persoalan yang pertama menunjuk- kan bahawa saluran-saluran media sosial yang digunakan oleh pasangan muda yang menyum- bang kepada peningkatan kadar perceraian pasangan muda di Kuala Lumpur adalah media sosial Whatsapp. Hal ini adalah kerana, media sosial whatsapp sangat mudah untuk digunakan dan menghubungkan masyarakat dengan sangat mudah dan cepat.Mesej 'biasa biasa' yang dikirim menerusi whatsapp oleh individu yang sudah berumah tangga kepada kenalan lama boleh menyemarakkan bibit kemesraan yang akhirnya berakhir dengan perceraian. Cabaran yang dihadapi pada zaman kini adalah untuk mengurangkan kadar perceraian yang melibatkan media sosial memandangkan dunia sekarang yang semakin ke depan dalam sektor teknologi maklumat kini. Menurut statistik, dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai dan ini sekaligus menimbulkan kerisauan men- genai institusi keluarga Islam di Malaysia. Melihat kepada rekod di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga turut mendedahkan bahawa sebanyak 38,035 pasangan yang bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu. Berdasarkan statistic ini, dikatakan bahawa secara puratanya sebanyak 156 kes perceraian berlaku pada setiap hari atau enam kes pada setiap jam. Selain daripada itu, statistik perceraian pasangan Islam dalam tempoh lima tahun lalu juga menunjukkan bahawa peningkatan yang begitu drastik sekali iaitu daripada 43,749 kes pada 2011 kepada 53,870 kes pada 2014, naik sebanyak 10,121 kes. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kebanyakan kes per- ceraian yang telah direkodkan melibatkan usia perkahwinan yang baru memasuki lima tahun dan ke bawah.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki juga berkata, situasi ini di bawah tahap membimbangkan kerana statistik menunjukkan bahawa berlaku peningkatan pendaftaran penceraian pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun ini. Beliau juga berkata, statistik menunjukkan pada tahun 2012 sebanyak 29,253 pasangan men- daftar untuk bercerai, manakala pada tahun 2013 pula sebanyak 29,583 pasangan dan angka tersebut terus meningkat kepada 33,842 pasangan pada tahun 2014.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 33

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

“…Antara masalah yang menjadi punca utama mereka mendaftarkan penceraian ialah lemah didikan agama, faktor ekonomi, campur tangan orang ketiga, ma- salah seksual, masalah sosial, masalah kesihatan, masalah kerjaya, tidak ber- tanggungjawab dan masalah komunikasi…” (Utusan Online 3 Mac 2016)

Tambah beliau lagi…

“…Bagi tempoh sama juga sebanyak 12,434 pasangan telah mendaftar untuk rujuk kembali, dalam hal ini semua pihak harus sepakat mencari penyelesaian bagi mengela\k statistik pen- ceraian di negara ini terus meningkat setiap tahun…” (Utusan Online 3 Mac 2016)

Langkah-langkah yang diambil iaitu mendapatkan kaunseling atau khidmat nasihat perkahwi- nan amat rendah terutama yang berdepan dengan masalah. Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata pasangan bermasalah kebiasaannya hanya akan datang ke Unit Khidmat Nasihat dan Kaunseling apabila masalah mereka telah berada pada tahap yang kritikal. Malah menurutnya lagi, pada ketika itu pasangan terbabit sudahpun bertekad untuk meneruskan dengan permohonan cerai mereka.

“…Oleh itu, program kesedaran untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling perlu diadakan bagi menyedarkan pasangan agar mendapatkan khidmat ini sebelum masalah sam- pai ke tahap seperti telur di hujung tanduk…” (Borneo Post 3 June 2013)

Seperti yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dimana mereka telah men- yediakan empat orang pegawai perundingcara mereka yang bertugas dalam unit kaunseling. Diantara aktiviti yang dijalankan oleh unit tersebut adalah termasuk siri kursus kaunseling, kursus kaunseling asas, kursus kaunseling pertengahan, kursus kaunseling lanjutan, kursus peningkatan kemahiran kaunseling, kursus pemantapan diri perundingcara, kursus kaunseling perkahwinan, kursus kaunseling keluarga dan kursus kaunseling akidah. Selain daripada itu, kurangnya ilmu pengetahuan berhubung kemahiran asas dalam isu perkahwinan, kurangnya ilmu pengetahuan berhubung hak masing-masing dan juga isu tanggungjawab serta larangan- larangan agama dalam hal berkaitan turut menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian pasangan muda masa kini.

Komunikasi yang lebih efektif diperlukan dalam menangani setiap isu yang membabitkan masyarakat dewasa ini. Selain itu penguatkuasaan yang lebih ketat oleh pihak kerajaan melalui pemantaun yang lebih rapi terhadap pelbagai saluran seperti saluran penyiaran dan media interaktif yang amat popular dikalangan rakyat kini. Penggunaan media perlu diperbanyakkan lagi berikutan media lebih dekat dengan hati masyarakat. Penglibatan atau kerjasama secara aktif oleh kerajaan bersama dengan agensi-agensi media, termasuk media tradisional seperti radio, televisyen, media cetak dan media baru boleh menghubung secara terus apa yang ingin disampaikan kerajaan kepada masyarakat. Tan Mee Lee (2002) mendapati bahawa televisyen merupakan keperluan yang sangat penting dalam kehidupan seharian dan mempunyai potensi dan kecenderungan memberikan kesan kepada penonton. Langkah-langkah kesedaran yang ingin disampaikan dapat diumumkan, serta ianya akan meningkatkan keyakinan pasangan muda ini untuk melayari bahtera rumahtangga. Melalui proses perkongsian makna, kita beru- saha untuk membuat orang lain mengerti cara kita melihat dunia ataupun kita menginginkan orang lain melihat dunia melalui kaca mata yang sama seperti kita. (Shockley-Zalaback, 2002). Mereka juga akan merasa mempunyai tempat untuk merujuk atas masalah-masalah yang di- hadapi.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 34

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Akibat daripada peningkatan kes perceraian di Malaysia kini, pihak kerajaan perlu membuat langkah pencegahan yang drastic melalui anjakan paradigm iaitu tidak menyekat penggunaan media social tatpi mengawal penggunaannya agar angka statistik ini tidak akan terus mening- kat dari tahun ke tahun. Selain daripada itu, cadangan lain kerajaan perlu mempertingkan keu- payaan penguatkuasaan terhadap salah guna media sosial. Satu jabatan khas perlu ditubuhkan bagi menangani isu-isu perceraian yang berpunca daripada media sosial. Program-program kesedaran mengenai salahguna media sosial ini bagi tujuan yang boleh menuju ke kancah per- ceraian perlu diadakan dari masa ke semasa. Program-program ini perlu bagi tujuan mem- bendung tingkah laku yang tidak beretika dan penggunaan media sosial yang keterlaluan se- hingga mengabaikan keluarga sendiri. Sudah tiba masanya penguatkuasaan dilaksana secara meluas ke atas individu ketiga atau perosak rumah tangga kerana syariah Malaysia membenar- kan pesalah yang berniat menceroboh hubungan suami isteri dihukum apatah lagi hingga men- gakibatkan perkahwinan menjadi huru-hara. Cabaran membina sebuah keluarga pada zaman kini terlalu banyak, malah keluarga moden yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh merupakan antara pasangan yang paling ramai bercerai tidak hanya kerana masalah kewan- gan, sebaliknya pengaruh pihak ketiga.

Usaha lebih keras perlu dilakukan hingga ke peringkat bawahan demi mensejahterakan insti- tusi kekeluargaan Islam di Malaysia dan untuk mewujudkan benteng bagi menghalang penga- ruh luar yang menjadi perosak hubungan suami isteri. Hukuman yang lebih berat perlu diwu- judkan bagi memberi amaran kepada pasangan yang berkahwin muda ini untuk lebih berhati- hati dan juga menjaga keluarga masing-masing dengan lebih baik. Walaupun perceraian bu- kanlah sesuatu yang melanggar undang-undang di Malaysia tetapi hukuman perlu diwujudkan bagi mengelakkan pasangan muda ini dengan mudah mengambil jalan untuk berpisah.

Cadangan yang lebih baik lagi, selain kursus perkahwinan pasangan perlu juga melalui kursus- kursus kesedaran perceraian. Kursus in menerangkan lebih lanjut tentang punca-punca per- ceraian pada zaman moden kini. Salah satu daripada punca tersebut perlulah ditekankan men- genai isu penggunaan media sosial. Ini memberi kesedaran kepada pasangan yang ingin ber- kahwin pada usia muda untuk memantau atau lebih berwaspada dalam mengharungi ke- hidupan rumahtangga. Ramai pasangan yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai penge- tahuan yang meluas mengenai cara-cara untuk menangani konflik rumahtangga. Kursus ini juga boleh ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menhadirinya dan bukan dikhaskan kepada mereka yang ingin berkahwin sahaja. Kursus kesedaran perceraian ini juga perlu diwajibkan diadakan di jabatan-jabatan kerajaan dan ia menjadi kurus wajib tahunan kepada kakitangan kerajaan. Ini adalah kerana kakitangan kerajaan juga tergolong diantara mereka-mereka yang bercerai.

Kesimpulan

Apa yang dapat dirangkupkan menerusi perbincangan ini adalah, media sosial itu bukanlah penyebab perceraian tetapi penggunaan yang tidak terkawal oleh mereka-mereka yang terlalu alpa dengan teknologi zaman kini yang menjadi penyebab kepada keruntuhan rumahtangga. Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya, biarlah perceraian menjadi jalan yang tera- khir untuk digunakan. Pokok pangkalnya adalah hati pasangan muda ini, perlulah dipenuhi dengan ilmu pengetahuan sebelum ingin melayari bahtera rumahtangga. Oleh yang demikian, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengurangkan kadar perceraian yang berlaku dengan mengenal pasti faktor-faktor perceraian. Setiap perceraian yang berlaku adalah berpunca dari kurang memahami konsep sebenar perkahwinan dan kejahilan tentang

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 35

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 syariat atau fiqh rumah tangga. Sekiranya semua pihak berbalik kepada syariat Allah yang se- benar, insya Allah masalah perceraian akan dapat dikurangkan dan dielakkan.

Rujukan

Creswell, J.(1994). Research design: Qualitative and Quantitative Approaches, London: Sage. Creswell, John. (1994). Research Design, Qualitative and Quantitative Approach Perspective, Washington DC: The World Bank. Denzin and Lincoln (ed) (1994), Hand Book of Qualitative Research, Sage Publication.Thousan oaks, London. 1994:236-237 Fielding, C. & Schreier, D. (2001) On Writing Qualitative research: living by words. Routledge/Falmer. Fraenkel, J.R., & Wallen, N.E. (2006). How to design and evaluate research in education. New York: McGraw-Hill. Hitchcock, G. and Hughes, D. (1989) Research and the Teacher, London, Routledge Kandell, J. J. 1998. Internet addiction on campus: the vulnerability of college students. CyberP- sychology & Behavior 1: 11-17. Keyton, J. (2006). Communication fresearch: Asking questions, finding answers. New York: McGraw-Hill. Marohaini Yusoff. (2001). Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian, hlm 87- 119. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Marshall, Catherine & Rossman, Gretchen, B. (1995). Desingning Qualitative Research. New- bury Park, CA: Sage. Media sosial boleh jadi medium cerai – 14 Januari 2016 http://www.sinarharian.com.my Media Sosial Punca Hubungan Keluarga Renggang – 16 Februari 2017 http://www.pru14.tv Media sosial punca penceraian?–30 April 2015 http://www.sinarharian.com.my Newman, W.L.(2000). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Bos- ton: Allyn & Bacon. Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. London: Sage Publication. Perosak Rumahtangga boleh dihukum penjara - 27 Mac 2013 http://www.malaysiandigest.com Schockley-Zalabak, P. (2002). Fundamentals of Organizational Communication. Boston, MA: Allyn & Bacon. Spradley, James P. (1980). Participant Observation. New York: Holt, Rinehart &Winston. Tan Mee Lee. (2002). Media dan Masyarakat: Rancangan Televisyen dan impaknya ke atas belia di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur Jabatan Pengajian Media.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 36

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

ADAPTASI BUDAYA: KESAN MEDIA SOSIAL KE ATAS KEGUNAAN DAN KEPUASAN Mohd Zuwairi Mat Saad Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK

Kemunculan media baru iaitu internet dengan pelbagai aplikasi digu- nakan di seluruh dunia. Hal ini turut mengubah cara individu dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu bersama individu yang lain. Dengan kemajuan teknologi kini, hubungan interaksi antara indi- vidu bukan sahaja menggunakan teks semata-mata malah hubungan interaksi menjadi lebih interaktif dengan wujudnya beberapa media sosial seperti Instagram, Facebook, dan lain-lain lagi. Pengguna media sosial ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Fenomena limpahan media sosial ini menimbulkan pelbagai kesan dan cabaran ke atas penggunaan internet sebagai sebuah media baru. Me- nerusi Teori Kegunaan dan Kepuasan, individu yang menggunakan me- dia tertentu dan kandungan media tertentu untuk memenuhi keper- luan mereka di sebalik tujuan tertentu. Kesannya termasuklah ke atas komunikasi manusia dalam proses adaptasi budaya. Kemudahan yang terdapat pada media sosial membolehkan seseorang individu berko- munikasi dengan individu yang lain tanpa sempadan di samping ber- kongsi maklumat, pengetahuan, mengadakan hubungan persahabatan dan dijadikan sebagai medium untuk berhibur. Malah ia dijadikan se- bagai medium penyesuaian antara budaya baru melibatkan proses pemahaman melalui interaksi supaya tuntutan persekitaran budaya yang baru boleh dipenuhi.

Kata kunci: komunikasi, antara budaya, media sosial, kegunaan dan kepuasan.

PENGENALAN

Globalisasi merupakan suatu perkataan yang diambil dari perkataan global yang bermaksud universal atau dalam kata lainnya membawa maksud menyeluruh. Lim Kim Hui dan Har Wai Mun (2007) dalam bukunya Globalisasi, media, dan budaya: antara hegemoni barat dengan kebangkitan Asia memberikan definisi globalisasi merupakan suatu proses integrasi global untuk membentuk masyarakat global melalui penyesuaian budaya, nilai dan bahasa serta menghubungkaitkan unit-unit ekonomi politik dunia dalam satu jaringan sistem antarabangsa. Proses globalisasi melibatkan sokongan perkembangan teknologi dan kesanggupan penyerapan elemen baharu.

Proses globalisasi telah menjadikan dunia semakin kecil seperti mana metafora Marshall McLuhan (1964) yang mengatakan dunia sudah menjadi seolah-olah ‘perkampungan sejagat’. Satu perkara penting yang merealisasikan proses globalisasi ini adalah perkembangan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 37

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 teknologi komunikasi. Melalui jaringan sistem komunikasi seperti internet, telefon, ataupun media global, dunia telah “dikecilkan” melalui hubungan yang merentasi sempadan negara dilakukan dengan begitu mudah sekali (Samsudin A Rahim 2003). Teknologi komunikasi sentiasa mengalami perkembangan dan mengubah bentuk dan cara berkomunikasi antara individu. Pada awalnya media hanya berkembang dengan adanya media cetak, media elektronik. Akan tetapi, kini munculnya media baru.

Kemunculan media baru iaitu internet dengan pelbagai aplikasi digunakan di seluruh dunia. Hal ini turut mengubah cara individu dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan sesama individu. Dengan kemajuan teknologi kini, hubungan interaksi antara individu bukan sahaja menggunakan teks semata-mata malah hubungan interaksi menjadi lebih interaktif dengan wujudnya beberapa media sosial. Pelbagai media sosial wujud dalam talian seperti Friendster pada awalnya, Facebook, Instagram dan pelbagai media sosial yang lain. Pengguna media sosial ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Fenomena munculnya pelbagai jenis rangkaian media sosial ini menimbulkan berbagai impak ke atas penggunaan internet sebagai sebuah media baru dan kewujudan daripada perkembangan teknologi itu sendiri. Salah satu media sosial yang popular masa ini dan menjadi berbagai objek kajian dalam menganalisis impak internet ke atas kegunaan dan kepuasan masyarakat ialah media sosial Facebook. Generasi muda dan remaja ialah kumpulan khalayak yang banyak dijadikan sebagai subjek di dalam sebuah kajian yang berhubung kait dengan media sosial ini. Bagi generasi muda, kemudahan internet ialah satu revolusi dalam konteks kehidupan mereka.

Selain itu, generasi muda merupakan generasi yang disebut sebagai inovator dalam budaya media bukanlah sebuah trend masa kini kerana secara sejarahnya telah ditemukan bahawa mereka yang pertama dalam menerokai bentuk-bentuk media baru. Generasi muda menjadi pemimpin dalam mediatisasi budaya. Mereka berada pada barisan depan dalam menerokai teknologi media baru (Drotner 2000 & Brow 2000). Generasi muda terutamanya golongan remaja menjadi pengguna yang mendominasi rangkaian media sosial atas talian.

Justeru itu, kemunculan media baru iaitu internet dengan pelbagai aplikasi digunakan di seluruh dunia. Media sosial terutamanya, digunakan sebagai alat dalam adaptasi antara budaya. Komunikasi antara seseorang individu antara individu yang lain berlainan budaya memberi kesan terhadap penyesuaian budaya baru dari sudut pengumpulan maklumat dan komunikasi. MEDIA SOSIAL Era globalisasi kini telah menyaksikan perkembangan pesat teknologi elektronik. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), seperti media baru, yang termasuk media sosial, Skype, telefon bimbit, e-mel, permainan dalam talian, dan blog, secara drastik mengubah cara seseorang individu berkomunikasi, terutamanya dalam konteks komunikasi antara budaya. Media baru telah menjadikan masyarakat manusia lebih saling berhubung dan saling bergantung antara satu sama lain (Chen, 2012). Masyarakat seluruh dunia menggunakan media baru untuk berkomunikasi tanpa mengira waktu, ruang, dan tanpa batasan kaum dan agama. Internet bukan sahaja mempengaruhi perkembangan sosial dan ekonomi, tetapi juga menjadi sebahagian daripada komuniti rangkaian semasa (Loader & Dutton, 2012).

Media sosial merupakan platform baru hubungan komunikasi kini. Menurut Mayfield (2008) media sosial merupakan kumpulan atas talian yang mmepunyai ciri-ciri seperti penglibatan, keterbukaan, perbualan, komuniti dan perhubungan. Interaksi sosial berlaku secara bebas

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 38

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 dengan menghubungkan antara seseorang individu dengan individu yang lain secara atas talian dengan cepat dan senang dicapai. Sehingga kini, pengguna media sosial semakin meningkat. Berdasarkan laman web https://www.statista.com sehingga Mac 2017 pengguna media sosial paling tinggi penggunanya adalah Facebook iaitu hampir 2 bilion.

Gambarajah 1

Jumlah pengguna mengikut media sosial

Kajian telah menunjukkan bahawa media sosial telah dianggap sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat atau berita dari keluarga dan rakan-rakan (Holt, Shehata, Stromback, & Ljungberg (2013). Kajian-kajian terdahulu juga menunjukkan bahawa kebanyakan media sosial fungsinya melebihi saluran komunikasi massa tradisional, memudahkan pertukaran maklumat dengan kos yang lebih murah (Baym et al., 2012; Beniger, 1996), menarik lebih ramai orang mengambil bahagian dalam komunikasi (Huber, 1990; Rainie, 2000), dan mengurangkan masa dan kekangan fizikal yang dihasilkan oleh komunikasi tradisional (Baym et al., 2012, Eveland & Bikson, 1998). Berbanding dengan komunikasi tradisional, media sosial menyediakan satu kaedah interaksi alternatif, yang membolehkan pengguna menghasilkan dan bertukar maklum balas serta-merta dan membentangkan imej masyarakat yang lebih realistik (Gerbner et al., 2002; Ju, Jia, & Shoham, 2016).

Secara realistiknya mengapa masyarakat menggunakan media sosial? Menurut Teori Kegunaan dan Kepuasan, individu yang menggunakan media tertentu dan kandungan media tertentu untuk memenuhi keperluan mereka di sebalik tujuan tertentu (Katz, Haas, & Gurevitch, 1973). Berdasarkan buku Theories of Human Communication yang ditulis oleh Littlejohn (2002), teori ini pada awalnya mula diperkenalkan pada tahun 1940-an hasil daripada kajian Herzog (1944) dan Suchman (1949). Terdapat beberapa andaian dalam teori kegunaan dan kepuasan iaitu yang pertama, khalayak merupakan individu yang aktif iaitu mempunyai tujuan dan matlamat tertentu apabila mendedahkan diri kepada media. Kedua, dalam proses komunikasi massa, daya usaha untuk menentukan pemilihan media untuk memenuhi keperluan ditentukan oleh khalayak. Ketiga, media massa sedia bertanding dengan sumber-sumber lain untuk memuaskan keperluan khalayak (McQuail dan Windahl, 1981).

Jika dilihat kepada andaian tersebut, dapat dikatakan bahawa pendekatan Teori Kegunaan dan Kepuasan ini memberikan alternatif untuk melihat hubungan antara isi kandungan media dengan khalayak. Menurut Samsudin (1993), pendekatan teori ini melihat kepada kategori isi kandungan media berdasarkan fungsi berbanding tahap cita rasa iaitu yang bermaksud bahawa individu akan menggunakan isi kandungan media untuk mendapatkan atau memenuhi sesuatu keperluan. Oleh itu, tingkah laku individu boleh dikatakan banyak dipengaruhi oleh keperluan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 39

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 dan minat seseorang individu, bukan semata-mata disebabkan oleh ciri isi kandungan media itu sendiri.

Antara beberapa kategori keperluan yang biasanya ingin dipenuhi oleh individu apabila mendedahkan diri kepada media ialah: i. Kepelbagaian iaitu untuk mengelakkan diri daripada keadaan yang biasa atau meluahkan perasaan ii. Hubungan peribadi iaitu keperluan maklumat untuk bahan perbualan dalam interaksi sosial atau menganggap media sebagai teman untuk berhibur iii. Identiti peribadi atau psikologi peribadi iaitu seperti pengukuhan nilai, memberikan jaminan diri, memahami diri, menerokai realiti hidup dan lain-lain iv. Risikan iaitu untuk mencari maklumat tentang sesuatu yang mungkin akan mempengaruhi diri atau membantu individu mencapai dan melakukan sesuatu

(McQuail et al. 1972)

Oleh itu, dapat dikatakan bahawa khalayak media bukan bersifat pasif. Kenyataan ini bererti bahawa andaian asas dalam peluru ajaib atau jarum suntikan tidak berlaku dalam dunia realiti. Pendekatan teori ini juga dikatakan mula diperkenalkan oleh Elihu Katz (1959) dalam artikel yang ditulisnya sebagai menolak dakwaan Bernand Berelson (1959) bahawa bidang penyelidikan komunikasi sudah ’mati’ kerana semuanya telah dikaji.

Katz (1959) berkata, kajian-kajian seumpana ini khusus untuk menjawab soalan, ”Apakah yang dilakukan media terhadap khalayaknya?”. Kebanyakan daripada kajian ini menunjukkan bahawa komunikasi massa mempunyai kesan minimum dari segi memujuk individu. Oleh itu, pengkaji berubah kepada pembolehubah yang memberi lebih kesan iaitu pengaruh kumpulan. Sebagai gantinya dan juga untuk menyelamatkan bidang komunikasi, Katz mengajak pengkaji menjawab soalan ”Apakah yang dilakukan oleh individu terhadap media”.

Justeru itu, Katz (1959) juga menyebut beberapa kajian termasuk kajian yang dijalankan oleh Bereleson (1965) yang berjudul What Missing The Newspaper Means. Kajian itu dilakukan semasa mogok surat khabar dan Berelson telah menemubual orang ramai tentang apa yang meraka rasa begitu kehilangan sekali. Responden memberikan sebab-sebab mereka menggunakan media seperti bersantai, berhibur, kedudukan sosial dan sebagainya.

Selain itu, Katz (1959) juga menyentuh beberapa kajian lain tentang kepuasan yang diperoleh daripada media massa termasuklah siri kajian yang dilakukan oleh Lazarsfeld dan Stanton (1942, 1944 dan 1949) dan kajian Suchman (1942). Selain itu, Blumer dan McQuail (1969) turut menggunakan pendekatan teori kegunaan dan kepuasan kehendak sebagai strategi penyelidikan umum ketika mengkaji pilihan raya umum Britain pada tahun 1964 dan mendapati bahawa sebab utama penonton menonton siaran politik pilihan raya ialah untuk memantau persekitaran politik.

Daripada andaian-andaian yang telah dibuat dalam Teori Kegunaan dan Kepuasan dapat disimpulkan bahawa teori ini amat sesuai untuk melihat kesan media sosial ke atas individu yang aktif iaitu khalayak itu sendiri mempunyai tujuan dan matlamat tertentu dalam komunikasi kemanusiaan dengan menggunakan dan mendedahkan diri kepada media

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 40

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 terutamanya media sosial. Apabila mengkaji bagaimana dan mengapa individu menggunakan media baru dan bagaimana mereka memperoleh kepuasan setelah menggunakannya, maka adalah penting untuk melihat perkaitan diantara kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji mengenai kegunaan dan kepuasan. Terdapat juga beberapa kajian yang telah dilakukan mengenai media sosial dan juga kajian yang menggunakan Teori Kegunaan dan Kepuasan.

Pada awalnya Teori Kegunaan dan Kepuasan, para penyelidik hanya mengkaji program berasaskan realiti dalam usaha untuk memahami teori tersebut. Kajian berbentuk perbandingan dilakukan terhadap penonton. Sebagai contoh Nabi, Biely, Morgan dan Stitt (2003) mengkaji perbandingan psikologi penonton terhadap rancangan televisyen yang telah ditonton. Barton dan Raney (2002) menggunakan kedudukan teori ini untuk mengkaji hiburan secara visual. Oliver (1996) mengkaji tentang drama keganasan yang berasaskan pengembaraan bangsa. Eighmey dan McCord (1998) dalam kajian kegunaan dan kepuasan terhadap internet juga mendapati bahawa internet digunakan sebagai hiburan dan eksplorasi. Selain itu, pengkaji juga menemui dimensi baru penggunaan media yang berkaitan dengan interaktiviti internet termasuklah penglibatan peribadi dan menjalinkan hubungan yang berpanjangan.

Sejak kebelakangan ini, pendekatan kegunaan dan kepuasan telah diterokai dalam kajian media baru dan pembentukan teknologi komunikasi. Penggunaan televisyen dan perkembangan teknologi, isu penggunaan VCR (Levy, 1980; Rubin dan Bantz, 1989), televisyen kabel (Heeter dan Greenberg, 1985), dan penggunaan alat kawalan jauh (Perse dan Ferguson, 1993), telah diterokai. Tambahan, penyebaran populariti oleh internet (Charmey dan Greenberg, 2001; Parker dan Plank, 2000), mengenai World Wide Web (Eighmey dan McCord, 1998; Kaye, 1998), dan penggunaan e-mail (Dimmick, Kline dan Stafford, 2000) telah dikaji juga. Oleh itu, media sosial merupakan media terkini yang sesuai untuk dikaji kesannya. KEGUNAAN DAN KEPUASAN SERTA ADAPTASI BUDAYA PELAJAR ANTARABANGSA

Selain daripada menggunakan media sosial untuk tujuan tertentu seperti berhibur dan mencari rakan baru, ia juga digunakan untuk proses mengadaptasi budaya baru. Adaptasi budaya me- rupakan satu proses iaitu seseorang individu mengadakan interaksi silang budaya sehingga menyebabkan kelakuan komunikatif mereka berubah bagi memudahkan pemahaman (Cai & Rodríguez, 1996).

Manakala bagi kegunaan dan kepuasan, McQuail et al. (1972) menyatakan bahawa terdapat empat perkara yang menyebabkan seseorang individu mendedahkan diri kepada media iaitu (i) mengelakkan diri daripada keadaan yang biasa atau meluahkan perasaan, (ii) keperluan mak- lumat atau media sebagai teman untuk berhibur, (iii) identiti peribadi atau psikologi peribadi, dan (iv) pencarian maklumat. Kajian yang dilakukan ini mengandaikan bahawa pelajar antara- bangsa menggunakan media dalam proses adaptasi budaya sama ada berada di negara asal atau negara asing.

Zhu dan Krever (2017) menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara peng- gunaan pelajar antarabangsa terhadap beberapa jenis media di negara asing dengan tahap penyesuaian budaya mereka. Park et al. (2014) juga menunjukkan bahawa pelajar antarabang- sa yang menggunakan media sosial bersama individu negara asal cenderung tertekan dalam proses menyesuaikan diri di negara-negara tuan rumah. Kajian Rahman (2014), pelajar antara- bangsa menggunakan media sosial boleh dikategorikan kepada empat kumpulan iaitu berhu- bung dengan rakan-rakan, berhubung dengan keluarga dan mencari rakan lama. Manakala pelajar antarabangsa berhubung dengan individu di negara asal mereka bagi memenuhi fungsi

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 41

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 untuk berhubung dengan keluarga dan mencari kawan lama. Bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai proses adaptasi budaya melalui media sosial, temu bual telah diadakan terhadap pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di Universiti Utara Malaysia.

Seramai 20 orang pelajar antarabangsa yang berada di Malaysia telah temu bual. Berdasarkan jadual 1 menunjukkan bahawa terdapat lima negara berbeza iaitu China, Somalian, Yaman dan Indonesia dalam lingkungan umur 18 hingga 26 tahun. Manakala durasi pelajar antarabangsa yang tinggal di Malaysia adalah dari satu hingga 2 tahun.

Jadual 1 Penyertaan pelajar antarabangsa dari segi jantina, umur, tempoh tinggal di Malaysia Jantina Umur Tempoh tinggal Negara Asal di Malaysia Lelaki: 15 18-20: 13 1-5 bulan China: 9 Perempuan: 5 21-23: 5 6-10 bulan Somalia: 4 24-26: 2 1 tahun Yaman: 5 2 tahun ke atas Indonesia: 1

Penggunaan Media Sosial Soalan utama apabila kajian berkaitan dengan media social adalah mengenai penggunaan dan kekerapan dari segi masa yang dihabiskan oleh pengguna semasa melayari media social. Soalan pertama yang ditanya adalah mengenai penggunaan media sosial (jenis) dan kekerapan (jam) menggunakannya. Semua 20 orang pelajar antarabangsa menyatakan bahawa mereka meng- gunakan media sosial yang popular di dunia iaitu Facebook, Twitter dan Instagram. Bagi pelajar yang tidak dapat mengakses media sosial seperti yang dinyatakan, mereka menggunakan me- dia sosial yang boleh diakses di negara mereka seperti negara China. Kebanyakan pelajar China menggunakan media sosial seperti Baibu, Reddit, Quora dan Weibo. Hasil daripada temu bual juga menunjukkan bahawa pelajar antarabangsa menggunakan lebih daripada satu media so- sial dalam satu-satu masa. Mereka menghabiskan masa dalam menggunakan media sosial da- lam satu-satu masa selama satu hingga empat jam dan menggunakannya setiap hari. Penggu- naan dari segi jam menghabiskan masa dalam melayari media social menunjukkan bahawa terdapat pengguna berat yang menggunakan media social iaitu menggunakan media social melebihi empat jam dalam satu-satu masa.

Tujuan Penggunaan Media Sosial Setiap pengguna mempunyai tujuan yang tersendiri dalam menggunakan media social. Terda- pat pengguna yang menggunakan untuk tujuan komunikasi semata-mata. Bahkan, terdapat pengguna yang membuka akaun media social untuk dijadikan sebagai alat hiburan semata- mata seperti menggunakan untuk bermain pelbagai permainan atas talian. Oleh itu, soalan turut ditanya kepada pelajar antarabangsa apakah tujuan utama menggunakan media social apabila melalui proses adaptasi budaya. Kesemua pelajar menyatakan tujuan utama mereka menggunakan media sosial untuk menghubungkan mereka dengan rakan-rakan dan keluarga di negara asal dan keluarga. Terdapat juga pelajar menggunakan media sosial untuk berbin- cang mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran dengan membentuk kumpulan- kumpulan di media sosial. Malah terdapat pelajar yang menggunakan media sosial untuk ber- kongsi aktiviti harian mereka bersama rakan-rakan di media sosial. Malah terdapat informan yang mengatakan bahawa beliau menggunakan media social untuk tujuan berkomunikasi den- gan rakan-rakan. Hal ini kerana atas cadangan rakan-rakan menggunakan media social sebagai medium komunikasi yang lebih efektif.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 42

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Mendapatkan Informasi Mengenai Budaya Kuasa media dalam menyebarkan informasi intelektual mengenai budaya memberi kesan ke- pada kefahaman pengguna media itu sendiri terhadap budaya sendiri atau budaya asing. Pera- nan media sebagai alat menyebarkan maklumat menjadi lebih interaktif dengan munculnya media social yang membolehkan penyampaian maklumat bukan bersandarkan kepada teks semata-mata malah pengguna boleh menyokong teks-teks dengan paparan audio visual. Soa- lan seterusnya adalah mengenai proses penggunaan media social yang membolehkan pelajar antarabangsa mengetahui mengenai budaya Malaysia. Informan menyatakan bahawa mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai budaya Malaysia sebelum datang ke Malaysia. Informan turut menyatakan bahawa media sosial memberi manfaat kepada mereka dalam pencarian maklumat budaya baru dan secara keseluruhan media social sangat memban- tu mereka terutamanya dari segi mencari maklumat mengenai makanan di Negara asing.

Informan kajian ini merupakan pelajar daripada negara yang tidak tahu menahu mengenai budaya Malaysia. Soalan seterusnya adalah mengenai penggunaan media sosial dalam penca- rian maklumat mengenai budaya Malaysia di negara mereka sebelum datang ke Malaysia. In- forman menyatakan bahawa mereka menggunakan media sosial berbanding media yang lain dalam mencari maklumat mengenai budaya Malaysia. Hal ini kerana terdapat banyak kumpu- lan-kumpulan dan ‘pages’ mengenai Malaysia telah dibentuk oleh pengguna tertentu. Komuniti sokongan secara atas talian ini sangat membantu mereka dalam proses adaptasi budaya wa- laupun ahli komuniti adalah orang asing yang tidak dikenali. Maklumat-maklumat diperoleh daripada perkongsian melalui kumpulan-kumpulan yang dibentuk dan dikemas kini melalui ‘pages’ tersebut. Informan juga turut mencari rakan-rakan yang tinggal di Malaysia sebelum datang ke Malaysia.

Setelah mencari maklumat mengenai budaya Malaysia, pelajar antarabangsa akan membuat persediaan mengenai budaya baru yang bakal dihadapi. Soalan turut ditanya mengenai apakah cabaran yang dilalui setelah datang ke Malaysia dan bagaimana media sosial membantu mere- ka. Informan menyatakan bahawa mereka terkejut dengan cuti umum di Malaysia yang terlalu banyak. Kesannya, mereka mula mengetahui melalui media sosial bahawa Malaysia mempu- nyai kepelbagaian budaya dan merayakan setiap budaya mengikut tarikh-tarikh tertentu. Se- lain itu, informan turut menggunakan media sosial untuk mengetahui maklumat mengenai makanan di Malaysia yang boleh dimakan.

Cabaran Budaya Baru Hal ini kerana makanan di Malaysia tidak sama seperti negara asal. Melalui media sosial juga Informan mengatakan bahawa mereka dapat mengetahui sikap keterbukaan rakyat negara sendiri. Kebanyakan rakan-rakan berkongsi gambar di media sosial berada di tempat haram bagi mereka. Perkongsian sebegini memberi cabaran terhadap mereka mengenai pengekalan identiti asal mereka sendiri. Media sosial juga digunakan oleh informan untuk mempelajari bahasa Melayu dan dalam masa yang sama dapat memperkukuhkan Bahasa Inggeris mereka. Terdapat cabaran informan ketika berada di Malaysia dari segi makanan. Media sosial mem- bantu mereka dalam mencari jenis makanan yang bersesuaian dengan mereka. Menurut pela- jar daripada Yaman, Malaysia mempunyai makanan yang berbeza dengan Yaman. Melalui me- dia sosial beliau mengetahui makanan yang boleh dimakan. Malaysia yang mempunyai kepel- bagaian budaya, agama dan bangsa merupakan satu cabaran bagi pelajar antarabangsa pada awal mereka menjejak kaki di Malaysia. Cabaran mereka adalah mengenai cuti. Timbul persoa- lan di lubuk hati mereka, bagaimana Malaysia mempunyai banyak cuti umum. Informan mela- kukan sedikit carian melalui media sosial dan memperoleh jawapannya iaitu Malaysia mempu- nyai banyak budaya yang berbeza dengan negara asal mereka.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 43

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Kepuasan Media Sosial Apabila ditanya mengenai kepuasan, adakah pelajar antarabangsa puas menggunakan media sosial untuk mengetahui mengenai sesuatu budaya. Kesemua 20 informan menyatakan baha- wa berasa puas apabila menggunakan media sosial dalam mengenali budaya Malaysia. Media sosial membantu mereka mengenali budaya baru dan dalam masa yang sama dapat mempela- jari bagaimana cara meneruskan kehidupan di negara asing seperti Malaysia.

Akhir sekali turut ditanya mengenai pandangan pelajar antarabangsa mengenai pendapat me- reka dalam penggunaan media sosial terhadap proses adaptasi budaya. Secara keseluruhannya informan menyatakan bahawa media sosial sangat berguna dalam adaptasi budaya pelajar- pelajar antarabangsa. Manfaat yang diperoleh adalah dari sudut positif dan negatif. Ia bergan- tung pada kegunaan pelajar itu sendiri dalam menggunakan media sosial sebagai medium ko- munikasi atau pencarian maklumat mengenai sesuatu budaya. Selain itu, terdapat informan yang menyatakan bahawa media sosial boleh dijadikan medium bertukar-tukar pendapat dan maklumat mengenai sesuatu budaya baru. Mendapatkan informasi budaya baru bagi pelajar antarabangsa dan berkongsi budaya sedia ada dengan rakan-rakan baru di Malaysia.

Secara rumusannya, melalui temu bual yang dijalankan terhadap pelajar antarabangsa menda- pati bahawa proses adaptasi budaya menjadi lebih mudah dengan adanya media sosial. Pelajar antarabangsa terutamanya dapat mengetahui budaya baru sebelum mereka tiba di negara baru dengan tujuan tertentu. Rentetannya, mereka mendapat kepuasan hasil daripada peng- gunaan media sosial apabila maklumat yang dikehendaki diperoleh melalui media sosial.

HALA TUJU DAN CABARAN MEDIA SOSIAL DALAM PROSES ADAPTASI BUDAYA Hala Tuju Media Cabaran Media Sosial dalam Sosial dalam Adaptasi Budaya Adaptasi Budaya

Meningkatkan Ketepatan Kefahaman Maklumat

Komunikasi Tanpa Perkongsian Sempadan Maklumat

Mendapatkan Masa maklumat

Perkongsian Idea Privasi

Media sosial sudah pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam penyampaian maklumat terutamanya apabila ia dikaitkan dengan adaptasi antara budaya. Media sosial bukan sahaja memudahkan komunikasi antara individu mengenai sesuatu budaya malah, memberikan kesan daripada aspek penyesuaian sesuatu budaya itu sendiri. Pengguna media sosial lebih gemar menggunakan media sosial tertentu dengan tujuan dan matlamat yang mempunyai kecende- rungan untuk meningkatkan fahaman ke atas sesuatu budaya berbanding media lain. Pemili-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 44

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 han media sosial berdasarkan capaian di tempat asal jika pengguna ingin mengetahui budaya baru. Hal ini kerana terdapat kekangan daripada pemilihan media sosial itu sendiri apabila ter- dapat sesetengah Negara yang menyekat media sosial tertentu seperti Negara China, Iran dan Korea Utara.

Melalui penggunaan media sosial dalam komunikasi antara budaya, maklumat yang diperoleh adalah pada masa yang sebenar tanpa perlu bersemuka dan bersifat lebih interaktif. Media sosial juga telah membuka dan memberi ruang kepada komunikasi global dengan lebih luas tanpa mengira sempadan dan melalui cara ini ia dapat menjimatkan masa. Melalui Inter- net dengan memfokuskan kepada media sosial apa sahaja maklumat atau informasi yang di- perlukan boleh diperoleh jawapan dengan mudah dan cepat.

Apabila keberkesanan komunikasi berlaku ia dapat memudahkan lagi penyesuaian budaya. Hal ini kerana komunikasi yang berlaku secara atas talian boleh berlaku dalam apa jua keadaan dengan adanya capaian atau rangkaian internet. Kesannya komunikasi antara budaya berlaku tidak mementingkan fizikal dan tempat. Perasaan malu atau tidak yakin semasa berkomunikasi tidak lagi menjadi halangan dengan adanya media sosial. Selain itu, proses adaptasi budaya melalui media sosial juga menyokong terhadap penyesuaian budaya melalui komuniti yang diwujudkan di atas talian. Bagi komuniti-komuniti asal yang berada dalam budaya baru, sokon- gan perlu diperlukan supaya proses adaptasi menjadi lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan budaya baru.

Walaupun sumbangan besar media sosial lebih memfokuskan kepada komunikasi yang berlaku antara individu, perkongsian idea dan maklumat mengenai sesuatu budaya juga turut berlaku tanpa mengira sempadan. Pengguna bebas melontarkan idea dan melakukan perkongsian maklumat sama ada secara terus daripada pengguna media sosial itu sendiri atau perkongsian informasi melalui pautan-pautan yang diambil daripada laman sesawang yang lain. Natijahnya, menjadikan pengguna media sosial sebagai pengguna kaya dengan maklumat terhadap budaya sendiri atau budaya baru sebelum, semasa atau selepas proses adaptasi budaya berlaku.

Cabaran Terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi bagi pengguna-pengguna media sosial dalam adaptasi budaya. Pertama mengenai ketepatan maklumat yang disampaikan oleh individu ke- pada individu yang lain mengenai sesuatu budaya. Hal ini kerana, pengguna-pengguna media sosial terdiri daripada pelbagai latar belakang dan demografi. Informasi yang diberikan ka- dangkala adalah dari sumber yang tidak mempunyai autoriti dalam penyampaian maklumat. Sebagai pengguna pintar dan berinfo, maklumat-maklumat yang diberikan perlu melalui proses saringan tersendiri berdasarkan pemilihan dan membandingkan maklumat sedia ada dengan maklumat alternative daripada saluran lain seperti laman web dan sebagainya.

Cabaran yang kedua adalah mengenai perkongsian maklumat dalam bentuk teks mahupun gambar laman sosial tanpa saringan sebelum dimuat naik juga memberi kesan kepada penggu- na lain yang menggunakan media sosial. Bagi pengguna yang memegang secara positif terha- dap budaya asal sudah pasti memberi kejutan budaya apabila terdapat perbezaan mengenai budaya baru. Perkongsian maklumat tanpa had dan bebas memberi kesan kepada pengekalan identity asal. Walau bagaimanapun ia berbalik kepada etika sesuatu budaya dan diri pengguna itu sendiri.

Pengguna sudah pasti menggunakan media sosial dalam kekerapan tertentu pada satu-satu masa. Bagi pengguna berat yang menggunakan media sosial lebih daripada empat jam semasa

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 45

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 melayari media sosial dikategorikan sebagai pengguna berat terutamanya golongan remaja. Hal ini menyebabkan ketagihan berlaku. Pengguna menghabiskan banyak masa di media sosial menyebabkan pemindahan berlaku terhadap fokus dan tumpuan dalam tugas-tugas tertentu. Secara tidak langsung ia juga menjejaskan kesihatan jasmani dan rohani.

PENUTUP Pelbagai kajian telah dijalankan oleh para sarjana mengenai kegunaan dan impak media sosial terhadap proses adaptasi budaya. Bab dalam buku ini sedikit sebanyak memperkayakan lagi maklumat mengenai kegunaan dan kepuasan media sosial dalam skop adaptasi budaya. Selain itu, perbincangan juga dilakukan terhadap hala tuju media sosial dalam memberikan impak yang positif terhadap proses adaptasi budaya dan cabaran yang perlu dilalui oleh individu yang berada di negara asing. Disebabkan kemampuannya yang membolehkan hubungan komunikasi dalam kalangan pengguna tanpa batasan dan penyebaran maklumat secara global, media sosial digunakan dengan meluas oleh pelbagai kumpulan pengguna termasuk pelajar untuk pelbagai tujuan seperti mendapatkan maklumat, pembelajaran, komunikasi antarabudaya dan sebagainya.

Walaupun terdapat pelbagai media sosial atas talian, Facebook merupakan salah satu laman media sosial yang popular bersifat interaktif yang menjadi satu platform baru bagi khalayak untuk mengekpresikan diri mereka dan juga sebagai tempat untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam adaptasi budaya. Selain itu, media sosial juga memberi kepuasan kepada pengguna dalam hubungan persahabatan apabila jaringan persahabatan tersebut menjadi lebih luas dan bermakna sama ada mengekalkan rakan lama di negara sendiri atau membina hubungan baru dengan rakan-rakan di negara asing. Dengan adanya media sosial komunikasi pengguna bukan sahaja menjadi satu hala, malah dalam satu-satu masa pengguna boleh berinteraksi melebihi dari seorang bergantung kepada rakan yang ada dalam akaun media sosial pengguna. Secara tidak langsung ia menyokong kepada komunikasi antara budaya.

RUJUKAN

Barton, K., & Raney, A. A. (2002). Disposition and ethnicity in competition-based reality televi- sion programming: An examination of the effects on viewer enjoyment. Paper presented in Annual Meeting of Education Society in Journalism and Mass Communication. Miami, FL. Baym, N. K. (2006). Interpersonal life online. In L. A. Lievrouw & S. Livingstone (Eds.), Handbook of New Media (pp. 35-54). London: Sage Press. Baym, N., Campbell, S. W., Horst, H., Kalyanaraman, S., Oliver, M. B., Rothenbuhler, E., & Mil- ler, K. (2012). Communication theory and research in the age of new media: A Conversa- tion from the CM Café. Communication Monographs, 79(2), 256-267. Beniger, J. R. (1996). Who shall control cyberspace? In L. Strate, R. Jacobson, & S. B. Gibson (Eds.), Communication and cyberspace: Social interaction in an electronic environment, (pp. 49-58). Cresskill, NJ: Hampton Press. Berelson, B. (1959). The state of communication research. Public Opinion Quarterly, 23:1-6. Blumler, J. G, and D. McQuail. (1969). Television in Politics: Its Uses and Influence. London: Fa- ber and Faber. Bosch, T. E. (2009). Using online social networking for teaching and learning: Facebook use at the university of Cape Town. Communication: South African Journal for Communication Theory and Research, 35 (2): 185-200.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 46

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Boyd, D. M., & Ellison, N. B. (2007). Social network sites: Definition, history and scholarship. Journal of Computer-Mediated Communication, 13(1), 210-230. Charmey, T., & Greenberg, B. (2001). Uses and gratifications of the Internet. Dlm. C. Lin & D. Atkin (Eds.). Communication, Technology and Society: New Media Adoption and Uses, hlm. 383-406. Cresskill, NJ: Hampton. Chen, L., & Hanasono, L. K. (2016). The effect of acculturation on Chinese international stu- dents’ usage of Facebook and Renren. Chinese Media Research, 12(1), 46–59. Croucher, S. M. (2011). Social networking and cultural adaptation: A theoretical model. Journal of International and Intercultural Communication, 4(4), 259-261. Croucher, S. M., & Cronn-Mills, D. (2011). Religious misperception: The case of Muslims and Christians in France and Britain. Cresskill, NJ: Hampton Press. Dimmick, J., Kline, S., & Stafford, L. (2000). The gratification niches of personal e-mail and the telephone. Communication Research, 27(2), 227–248. Eighmey, J., & McCord, L. (1998). Adding value in the information age: Uses and gratifications of sites on the World Wide Web. Journal of Business Research, 41(3):187–194. Eveland, J. D., & Bikson, T. K. (1988). Work group structures and computer support: A field experiment. Transactions on Office Information Systems, 6, 354-379. Gerbner, G., Gross, L., Morgan, M., Signorielli, N., & Shanahan, J. (2002). Growing up with tele- vision: Cultivation processes. Media Effects: Advances in Theory and Research, 2, 43-67. Herzog, H. (1944). What do we really know about daytime serial listeners?. Dlm. P.F. Lazarsfeld (ed.). Radio Research, hlm. 2-23. London: Sage. Hew, K. F. (2011). Student’s and teacher’s use of Facebook. Computers in Human Behavior, 27:662-676. Holt, K., Shehata, A., Strömbäck, J., & Ljungberg, E. (2013). Age and the effects of news media attention and social media use on political interest and participation: Do social media function as leveller?. European Journal of Communication, 28(1), 19-34. Huber, G. P. (1990). A theory of the effects of advanced information technologies on organiza- tional design, intelligence, and decision making. In J. Fulk & C. W. Steinfield (Eds.), Organi- zations and communication technology, (pp. 237- 274). Newbury Park, CA: Sage. Hwang, B. H., & He, Z. (1999). Media uses and acculturation among Chinese immigrants in the USA: A uses and gratifications approach. International Communication Gazette, 61(1), 5- 22. Ju, R., Jia, M., & Shoham, M. (2016). Online social connection: Exploring international students' use of new media in their adaptation process. China Media Research, 12(2), 76-90. Katz, E. (1959). Mass communication research and and the study of the popular culture: An editorial note on a possible future for this journal. Studies in Public Communication, 2: 1-6. Katz, K., Haas, H., & Gurevitch, M. (1973). On the use of the mass media for important things. American Sociological Review, 38(2), 164-181. Kaye, B. K. (1998). Uses and gratifications of the World Wide Web: From couch potato to Web potato. The New Jersey Journal of Communication, 6(1):21-40. Lampe, C., Ellison, N., & Steinfield, C. (2008). Changes in uses and perception of facebook. Pro- ceedings of the ACM 2008 conference on computer supported cooperative work, hlm. 721- 730. Lazarsfeld, P.F., & Stanton, F. (1949). Communication Research. NY: Harper and Row. Lewis, J., & West, A. (2009). ‘Friending’: London-based undergraduate’ experience of facebook. New Media & Society, 11(7):1209-1229. Levy,M. R. (1980). Program playback preferences in VCR households. Journal of Broadcasting, 24(3):327–336. Littlejohn, S. W. (2002). Theories of human communication, seventh edition. Melbourne: Wadsworth Thomson Learning.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 47

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Lueck, K., & Wilson, M. (2010). Acculturative stress in Asian immigrants: The impact of social and linguistic factors. International Journal of Intercultural Relations, 34(1), 47-57. Madge, C., Meek, J., Wallens, J., & Hooley, T. (2009). Facebook, social intergration and informal learning at university:’it is more for socializing and talking to friends about work than for actually doing work’. Learning, Media & Technology, 34(2):141-155. McQuail, D., J. Blumler & R. Brown. (1972). The television audience: a revised perspective. Dlm. D. McQuail (ed.). Sociology of Mass Communication. London: Longman. McQuail, D., Windahl, S. 1981. Communication Models for The Study of Mass Communications. London: Longman. Mohd Effendi@Ewan Mohd Matore. (2010). Facebook: Fenomena yang membawa ketagihan?. 2010. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT, hlm 606-613. Muhammad Fairuz Abd Rauf, Marina Hassan, Siti Fatimah Omar & Hema Subramaniam. (2010). Impact of online social network towards communication effectiveness in educational insti- tution: A case study of UNISEL. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integra- tion in ICT, hlm 242-247. Nabi, R. L., Biely, E. N., Morgan, S. J., & Stitt, C. R. (2003). Reality-based television programming and the psychology of its appeal. Media Psychology, 5(4):303–330. Namsu Park, Kerk F. Kee & Sebastian Valenzuela. (2009). Being immersed in social networking environment: facebook groups, uses and gratifications, and social outcomes. CyberPsy- chology & Behavior, 12(6):729-733. Oliver, M. B. (1996). Influences of authoritarianism and portrayals of race on Caucasian view- ers’ responses to reality-based crime dramas. Communication Reports, 9(2):141–150. Park, N., Song, H., Lee, K.,M. (2014). Social networking sites and other media use, acculturation stress, and psychological well-being among East Asian college students in the United States. Computers in Human Behavior, 36, 138–146. Parker, B. J., & Plank, R. E. (2000). A uses and gratifications perspective on the Internet as a new information source. American Business Review, 18:43-49. Pempek, T. A., Yermolayeva, Y. A., & Calvert, S. (2009). College students’ social networking experiences on facebook. Journal of Applied Developmental Psychology, 30(3):227–238. Perse, E. M., & Ferguson, D. A. (1993). The impact of the newer technologies on television sa- tisfaction. Journalism Quarterly, 70(4):843–853. Raacke-Bond, J. & Raacke, J. (2008). MySpace and Facebook: Applying the uses and gratifica- tions theory to exploring friend-networking sites. CyberPsychology & Behavior, 11(1):169- 174. Raacke-Bond, J. & Raacke, J. (2010). Myspace and facebook: Identifying dimensions of uses and gratifications for friend networking sites. Individual Differences Research, 8(1): 27-33. Rahman N. (2014). The usage and online behavior of social networking sites among interna- tional students in New Zealand. The Journal of Social Media in Society, 3(2), 65-81. Rainie, L., & Wellman, B. (2012). Networked: The new social operating system. Cambridge, MA: The MIT Press. Raman, P., & Harwood, J. (2008). Acculturation of Asian Indian sojourners in America: Applica- tion of the cultivation framework. Southern Communication Journal, 73(4), 295-311. Rubin, A. M. (1985). Uses of daytime television soap operas by college students. Journal of Broadcasting and Electronic Media, 29(3):241–258. Samsudin A Rahim. (1993). Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sawyer, R., & Chen, G. M. (2012). The impact of social media on intercultural adaptation. Inter- cultural Communication Studies, XXI, 151-169. Sheldon, P. (2008). Student favorite: Facebook and motives for its use. Southwestern Mass Communication Journal, 23(2):39–53.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 48

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Shuter, R. (2012). Intercultural new media studies: The next frontier in intercultural communi- cation. Journal of Intercultural Communication Research, 41(3), 219-237. Statista - The Statistics Portal. (n.d.). Retrieved June 02, 2017, from https://www.statista.com/statistic-portal/ Suchman, E. (1942). An invitation to music. Dlm. Lazarsfeld and F. N. Stanton (Eds). Radio re- search. New York: Duell, Sloan and Pearce. Tsai, J. H. C. (2006). Use of computer technology to enhance immigrant families' adaptation. Journal of Nursing Scholarship, 38(1), 87-93. Walther, J. B. (1996). Computer-mediated communication: Impersonal, interpersonal, and hyperpersonal interaction. Communication Research, 23(1), 3-43. Wang, W. C., Huang, T., Huang, S. C., & Wang, L. J. (2009). Internet use, group identity, and political participation among Taiwanese Americans. China Media Research, 5(4), 47-63. Wang, Y., & Sun, S. (2009). Examining Chinese students’ Internet use and cross cultural adapta- tion: Does loneliness speak much?. Asian Journal of Communication, 19(1), 80-96. Ye, J. (2006). Traditional and online support networks in the cross‐cultural adaptation of Chi- nese international students in the United States. Journal of Computer‐Mediated Commu- nication, 11(3), 863-876. Zhu, P., & Krever, R. (2017). Media use and cultural adaptation by foreign students in Chinese universities. Journal of Media & Cultural Studies, 31 (2), 307-324

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 49

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

PROSPEK DAN CABARAN KOMUNIKASI PENYERTAAN BELIA DI ERA MEDIA BAHARU Mohd Khairie Ahmad¹, Norshuhada Shiratuddin¹, Shahizan Hassan¹, Mohd Azizuddin Mohd Sani¹, Noor Sulastry Yurni Ahmad¹ & Kartini Aboo Talib² 1 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected], [email protected], shahi- [email protected],[email protected], [email protected] 2Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Makalah ini berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan untuk meneliti penyertaan golongan belia dalam proses pembentukan dan pemban- gunan negara. Ledakan teknologi media baharu telah menyediakan su- atu alternatif yang memungkinkan keterlibatan golongan belia dalam pelbagai bidang sesebuah negara. Berdasarkan hasil kajian temubual kumpulan berfokus di seluruh Malaysia, makalah ini menghuraikan keupayaan media baharu sebagai sebuah wadah bagi memungkinkan golongan muda khususnya untuk terlibat secara langsung dan aktif da- lam agenda pembangunan negara. Di samping itu turut dikupus ialah cabaran yang para belia berhadapan berhubung penggunaan media baharu bagi tujuan penyertaan dan pembangunan negara. Kajian ini merumuskan bahawa media baharu berpotensi meningkatkan penyer- taan golongan muda khususnya dalam agenda negara.

Kata kunci: partisipasi komunikasi, komunikasi perubahan sosial, me- dia baharu, politik, belia

PENGENALAN Abad ke-21 menyaksikan kebangkitan perdebatan berhubung demokrasi dan masyarakat sivil di Asia. Malaysia turut tidak terkecuali dalam hal ini lebih-lebih lagi dalam kalangan golongan muda. Demokrasi dan masyarakat sivil sejak dua dekad lalu menjadi antara fokus serta gerakan golongan muda di Asia termasuklah di Malaysia (Ibrahim, 1996). Hal ini menunjukkan perkem- bangan positif ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Justeru itu itu, penyertaan atau partisipasi golongan belia khususnya dalam apa jua agenda negara amatlah bermakna. Seba- gaimana menurut Freire (1970), pembangunan berpartisipasi merupakan suatu paradigma baharu sebagai pengiktirafan kelemahan Paradigma Dominan yang gagal mengakui kepentin- gan nilai serta budaya tempatan dalam proses pembangunan negara. Manakala kemunculan media baharu seperti digagaskan oleh Habermas (dalam Seidman, 1989) dilihat memungkinkan kejayaan paradigma penyertaan atau partisipasi. Justeru itu, makalah ini meneroka gagasan media baharu dalam pembangunan negara dalam konteks belia di Malaysia.

PARTISIPASI, BELIA DAN MEDIA Menurut Cohen dan Uphoff (1980) partisipasi adalah merupakan satu proses membuat kepu- tusan, melaksana, menikmati manfaat dan juga menilai. Manakala Moser (1983), mendefinisi- kan partisipasi dengan melihat dari dua sudut iaitu sebagai satu alat dan tujuan tertentu. Wil-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 50

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 kins, Tufte dan Obregon (2014) pula memberikan definisi partisipasi sebagai satu tindakan su- karela dan komuniti belia yang mengambil peluang serta terlibat dalam aktiviti kemasyaraka- tan. Serveas (2008) mengatakan partisipasi sebagai pembahagian kekuasaan iaitu ahli masya- rakat yang turut terlibat dalam agenda pembangunan negara. Generasi belia kini lebih bersikap terbuka dan berani membentuk identiti dalam cara dan ke- hendak mereka sendiri. Walaupun sikap tersebut tidak menonjol, namun mereka dilihat sema- kin yakin mengisukan persoalan hak kewarganegaraan mereka dalam masyarakat sivil dewasa ini. Meskipun begitu, majoriti golongan belia dikatakan tidak melaksanakan peranan mereka sebagai warganegara sepenuhnya kerana tidak mengambil bahagian, memberi pandangan, dan membuat keputusan di dalam isu-isu yang memberi kesan kepada negara. Tambahan pula, kajian terdahulu juga telah menunjukkan bahawa peranan media khususnya media baharu, telah mengubah kerangka perilaku rakyat melaksanakan hak-hak mereka dan mengambil ba- hagian dalam masyarakat sivil La'aro (2016). Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengkaji pe- ranan media dalam memperkasakan belia untuk lebih melibatkan diri dalam pembangunan negara. Usaha-usaha perlu diambil bagi memastikan pelbagai pihak berkuasa dan institusi so- kongan terutamanya para belia yang datang dari kawasan yang terpinggir menggunakan pel- bagai jenis media secara positif sebagai alat untuk memudahkan partisipasi mereka. Jenkins, Clinton, Purushotma, Robinson dan Weigel (2006), membuat sumbangan penting ke- pada pemahaman tentang persekitaran kontemporari. Menurut mereka persekitaran media baharu telah membawa budaya penyertaan yang lebih baik untuk rakyat menjadi sebahagian daripada proses sosio-politik. Budaya penyertaan ini adalah situasi di mana terdapat halangan yang agak rendah untuk penzahiran dan penglibatan sivik. Masyarakat diberi kuasa oleh tekno- logi media baharu untuk membuat dan berkongsi mesej dengan orang lain tanpa batas sempa- dan tempat dan masa. Ini menimbulkan perasaan di kalangan masyarakat bahawa sumbangan mereka adalah penting dan memungkinkan satu tahap hubungan sosial antara satu sama lain sehingga ke tahap yang mereka peduli apa yang orang lain berfikir tentang apa yang mereka suarakan. Tambahan pula, ciri budaya penyertaan ini, menurut Jenkins et al. (2006) merang- kumi beberapa bentuk gabungan melalui keahlian formal dan tidak formal dalam komuniti dalam talian. Aktiviti mereka bertumpu di pelbagai bentuk media sosial seperti ekspresi diri dan penyelesaian masalah secara kolaboratif. Para sarjana (Gil de Zuniga, 2007; Norris 2000; Newton, 1999; Putnam, 1996). telah mene- gaskan bahawa penggunaan media mempengaruhi penglibatan sivik dalam dua pola, satu ada- lah pandangan pesimis yang diperolehi dari teori penyuburan (cultivation theory) dan pandan- gan optimis yang timbul daripada teori kegunaan dan kepuasan (users and gratification theory) dalam konteks media baharu. Pandangan pesimis percaya bahawa lebih banyak masa dibelanjakan dengan hasil media dalam masa kurang bersosial atau terlibat dalam isu masyarakat lain. Kecuali untuk berita, semua penglibatan media lain cenderung untuk menghalang orang daripada aktiviti lain. Walau ba- gaimanapun berita telah secara konsisten dikaitkan dengan penglibatan sivik. Dalam erti kata lain, pendedahan kepada berita serta maklumat agak mempengaruhi kepentingan rakyat da- lam memahami isu-isu masyarakat (Gil de Zuniga & Valenzuela, 2011; Newton, 1999; Putnam, 1995). Kemunculan internet telah mengubah dapatan kajian lepas mengenai penggunaan media dan penglibatan agenda negara. Melalui Blog, Twitter, buku Muka dan aplikasi media lain di inter- net, masyarakat kini mengambil bahagian dalam penglibatan sivik daripada sebelumnya. Se- perti yang dinyatakan oleh Kahne, Middaugh dan Lee (2012), kemunculan teknologi baru me- nyimpulkan pandangan yang berbeza dari ramalan optimis dan pesimis. Optimis telah menolak hipotesis yang mengatakan bahawa internet menawarkan peluang yang luar biasa untuk berin-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 51

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 teraksi dan bertukar pandangan dengan orang-orang seperti minda serta pandangan yang me- nentang. Selain itu, individu yang sedang dalam talian lebih mungkin terdedah kepada maklu- mat, pandangan dan perspektif yang lebih luas daripada mereka yang tidak menggunakan in- ternet (Rheingold, 2008).

KAEDAH KAJIAN Untuk memahami sikap, kepercayaan, pengalaman dan perasaan disebalik penggunaan media baharu dalam kalangan belia, temubual kompulan berfokus merupakan satu teknik yang amat sesuai (Rabiee, 2004; Stewart, Shamdasani & Rook, 2007). Sejumlah lapan kumpulan belia yang berumur dari 18 hingga 35 tahun telah diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Mereka ini terdiri daripada belia dalam kategori terpinggir sosio-ekonominya yang mewakili pelbagai bangsa, jantina, agama, tahap pendidikan dan kawasan penempatan. Sebanyak enam siri te- mubual berfokus dijalankan di Semenanjung Malaysia serta masing-masing satu sesi di Sawa- rak dan di Sabah. Hasil temubual berfokus yang dijalankan sekitar 2014 hingga 2015 telah ditranskripkan dan dilakukan analisis tematik untuk mencungkil penjelasan-penjelasan berhubung prospek dan cabaran media baharu untuk komunikasi partisipasi belia di Malaysia. Analisis ini menerapkan kaedah tematik semantikal sebagaimana disyorkan oleh Krippendroff (2004) dan juga analisis tematik hubungan oleh Palmquist, Carley dan Dale (1997). Untuk mengurus dan menganalisa data kualitatif ini, perisian data kualitatif berkomputer iaitu NVivo versi 8 telah diaplikasikan.

PROSPEK MEDIA BAHARU Hasil temubual yang dianalisis menjelmakan beberapa tema yang dapat menjelaskan akan potensi media baharu kepada usaha meningkatkan penglibatan sivik para belia. Umumnya prospek ini dapat dikesan menerusi ciri-ciri media baharu, infrastruktur sokongan media terse- but dan juga dorongan material berkaitan dengan media baharu. Rajah 1 merumuskan tema utama yang dapat menjelaskan prospek media baharu ke atas penglibatan sivik para belia.

Rajah 1. Hasil analisis tematik prospek media baharu

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 52

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Capaian Terbaik Hasil kajian mendapati bahawa para belia menyifatkan media baharu sebagai sebuah media yang terbaik dari segi mencapainya. Media baharu yang beroperasi menerusi infrastruktur internet membolehkan segala bentuk maklumat serta komunikasi dapat dicapai pada bila-bila masa, tanpa mengira batas lokasi, dan melalui pelbagai medium. Keadaan tersebut diperkukuhkan dengan penciptaan telefon pintar (smart phone) yang mempunyai ciri serta keupayaan seiringan dengan media baharu.Melalui telefon pintar membolehkan capaian terhadap maklumat dan komunikasi masa kini menjadi realiti sebenar. Corak Terkini Penggunaan perkakasan berteknologi seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan pelbagai lagi peranti merupakan gaya hidup generasi kini. Lazimnya peranti tersebut pula mempunyai sifat pelbagai fungsi dalam satu peranti. Selain itu, peranti tersebut juga mempunyai teknologi yang mampu merangkaikan para penggunanya. Kesemua ciri ini menjadikan komunikasi serta maklumat berada dalam satu peranti dan berupaya berhubungan tanpa batas masa juga kawasan. Menurut para informan kajian ini, kesemua ciri tersebut ada pada media baharu yang berpotensi sebagai alat untuk berpartisipasi.

Maklumat Terkini Media baharu juga dilihat sebagai prospek penting terhadap penyertaan belia dalam agenda negara kerana media tersebut mampu menyediakan keperluan maklumat secara terkini. Meru- juk media konvensional, maklumat yang disediakan lazimnya adalah bersifat kurang terkini atau tidak secara langsung (semasa). Ini kerana media konvensional perlu melalui proses ter- tentu sebelum ianya dapat disiarkan. Berbanding media baharu proses-proses produksi adalah minimum apatlah lagi apabila maklumat atau komunikasi tersebut dihasilkan oleh individu. Kepantasan menyalurkan dan bermaklumat menjadikan media baharu berpotensi serta sesuai dengan peibadi para belia.

Platfom Bersesuaian Sifat media baharu antaranya adalah berperibadi yakni pengguna mempunyai kawalan lang- sung terhadap media tersebut. Umumnya sifat golongan muda berkehendakan sesuatu yang tidak mengawal atau terlalu banyak sekatan. Untuk itu media baharu disifatkan oleh para belia dalam kajian ini sebagai satu alat yang bersesuaian dengan sifat mereka tersebut. Dengan me- dia baharu, para belia tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak bagi melahirkan pan- dangan mereka di samping mereka sendiri mempunyai kawalan ke atas apa dan bagaimana penglahiran pendangan mereka dapat dikemukakan.

Jaringan Global Maklumat dan komunikasi menerusi media baharu adalah bersifat meluas. Analisis data dari kumpulan fokus mendapati penerimaan media baharu dalam pembangunan negara antara lain kerana sifatnya yang mempunyai kesalingan hubungan antara media. Boleh dikatakan hampir semua bentuk platfom dalam media baharu ada berantaian antara satu sama lain. Misalnya sesuatu paparan Facebook juga boleh rirangkaikan dalam WhatsApp atau blog. Tambahan itu, segala perkongsian dalam sesebuah media sosial dapat dicapai oleh masyarakat sejagat.

Perkongsian Mudah Berbeza dengan media konvensional, media baharu mempunyai satu kelebihan yang tersendi- ri. Sungguhpun media konvensional seperti radio, televisyen dan surat khabar mempunyai

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 53

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 keluasan penyiaran, namun ia tidak terus sampai kepada khalayaknya. Berbeza dengan media baharu, perkongsian maklumat serta komunikasinya bukan sahaja bersifat meluas tetapi pada masa yang sama turut bersifat berperibadi. Ini menjadikan media baharu lebih mudah dikong- sikan mesejnya kepada khalayak yang khusus. Malah media baharu mempunyai kesan per- kongsian berganda melalui proses tular. Oleh itu, apa sahaja yang hendak disampaikan oleh belia ia menjadi mudah serta lebih luas perkongsiannya.

Mesra Politik Asas penyertaan atau partisipasi dalam pembangunan negara ialah sistem yang demokratik. Ini bermakna rakyat seboleh mungkin disediakan dengan sistem saluran yang dapat menyampai- kan pandangan serta hasrat mereka. Melihat sistem media konvensional, perkara tersebut sukar dicapai dengan baik sebagaimana rungutan para belia. Mereka berpandangan sering dipinggirkan lantas peluang untuk menzahirkan pandangan adalah terhad. Namun dengan ciri- ciri seperti sesetengahnya dibincangkan terdahulu, media baharu disifatkan oleh para belia lebih mesra politik. Mereka tidak perlu terlalu bergantung kepada parti atau saluran politik untuk menyampaikan pandangan. Ini kerana media baharu menyediakan suatu sistem yang minimum halangan politik dalam menyuarakan pandangan mereka.

Pelbagai Platfom Hasil temubual kumpulan berfokus yang dijalankan mendapati ciri media baharu yang mempu- nyai pelbagai platfom merupakan satu lagi prospek kepada penyertaan para belia. Berbanding dengan media konvensional, ciri media tersebut adalah terhad dari segi bentuknya. Misalnya, surat khabar atau majalah hanya boleh menghasilkan teks serta visual tetap. Radio pula hanya mampu menghasilkan audio. Tetapi media baharu berupaya mengabungkan semua ciri yang ada pada media cetak, radio serta televisyen. Tambahan lagi, media baharu mempunyai satu lagi ciri yang amat menarik belia iaitu bersifat interaktif. Di samping itu, media baharu juga mempunyai kepelbagaikan saluran seperti laman sesawang, blog, WhatsApp, Instagram, Twit- ter, Podcast dan sebagainya. Kepelbagaian ini memudahkan dan menyediakan ruang mengikut minat serta kecenderungan belia masing-masing. Keadaan ini pastinya memotivasi serta menggalakkan para belia untuk berpernyertaan.

Subsidi Penawaran rebet sejumlah RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G kepada sejumlah 1.5 juta belia pada 2013 merupakan antara inisiatif Kerajaan Malaysia dalam menggalakan penggunaan media baharu. 1Pakej Komunikasi Belia menurut informan kajian antara penyumbang kepada para belia agar dapat berpartisipasi dalam agenda pembangunan negara menerusi media ba- haru. Subsidi sebegini sedikit sebanyak menyediakan peluang kepada belia untuk memiliki peranti tersebut dan seterusnya dapat melaksanakan proses penyertaan menerusi media ba- haru tersebut. Dengan adanya subsidi sebegini, prospek media baharu sebagai alat kepada proses bermaklumat dan berkomunikasi tentang agenda negara dapat ditingkatkan dalam ka- langan belia.

CABARAN Matlamat kedua makalah ini adalah untuk menghuraikan cabaran penggunaan media baharu bagi tujuan partisipasi belia. Dapatan tembual kumpulan berfokus seperti yang dipaparkan di Rajah 2 menunjukkan cabaran tersebut adalah pelbagai. Umumnya, bukan sahaja kekangan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 54

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 ada pada pengetahuan dan kemahiran menggunakan media baharu, tetapi cabaran tersebut merangkamui aspek infrastruktur, perundangan dan sokongan lain juga. Pengetahuan dan maklumat Biarpun media baharu bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan belia, namun rata-rata belia yang terlibat dalam kajian ini menyatakan tahap pengetahuan dan maklumat tentang media baharu masih lagi terhad. Walaupun ramai dalam kalangan mereka telah menggunakan media baharu tetapi mereka turut mengakui masih kurang pengetahuan tentang cara penggunaan yang betul serta lebih berkesan. Mereka biasanya hanya menggunakan fungsi- fungsi yang lazim sama ada terhadap peranti mahupun aplikasi peranti tersebut. Menyentuh tentang penggunaan media baharu untuk penyertaan mereka dalam agenda negara, para belia dalam kajian ini agak kabur tentang apa yang boleh mereka lakukan. Apabila dicadangkan agar mereka memberi komentar, melahirkan idea mahupun pandangan, mereka agak kurang yakin dengan kemampuan mereka. Sehubungan itu didapati bahawa mereka turut kekurangan pengetahuan asas tentang penghasilkan bahan-bahan dalam media baharu.

Rajah 2. Hasil analisis tematik cabaran mengguna media baharu

Kemahiran Berhubung cabaran terhadnya pengetahuan dan maklumat tentang media baharu, satu lagi tema yang muncul dari hasil kajian ialah kekurangan kemahiran menggunakan media baharu. Cabaran kemahiran ini dapat diteleti dalam tiga aspek iaitu peranti (perkakasan), aplikasi dan kreativiti. Cabaran peranti merujuk kepada kurangnya kemahiran mengendalikan peranti yang digunakan. Peranti seperi telefon pintar bukan sahaja berfungsi untuk berinteraksi secara verbal, tetapi juga mempunyai fungsi merakam serta menyunting foto dan video. Malah fungsi tersebut dengan rangkaian internet umpamanya boleh menjadikan seseorang belia berfungsi sebagai wartawan warga. Hasil temubual bersama para belia juga mendedahkan bahawa ramai

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 55

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 juga dalam kalangan mereka mempunyai kemahiran yang terhad dalam menggunakan sesuatu aplikasi media baharu. Keadaan ini pastinya menghadkan kepelbagai penglibatan mereka dalam agenda negara. Seperkara lagi berkaitan cabaran ini adalah kekurangan kemahiran dalam berkreativiti menerusi media baharu. Kebanyakan mereka hanya menjadi pengguna (pasif) berbanding menjadi penyumbang kepada kandungan media baharu berhubung isu-isu berkaitan mereka. Walaupun ada para belia yang menghasilkan video pendek, laporan beraudio atau video, komentar dan sebagainya, namun agak terhad kerena mereka berasa tidak pandai untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut.

Infrastruktur Umumnya kajian terdahulu berhubung saluran penyertaan menunjukkan kekangan bagi ma- syarakat untuk berpartisipasi. Namun dengan terciptanya teknologi komunikasi media baharu, ternyata halangan dan kekangan tersebut dapat dikurangkan. Dalam konteks di Malaysia, bu- kan sahaja peranti-peranti canggih diperkenalkan tetapi juga kerajaan turut menyediakan in- frastruktur tertentu bagi merakyatkan teknologi komunikasi baharu. Di kawasan desa dan pe- dalaman, disediakan Pusat Internet Desa (PID) untuk mendedahkan dan menggalakan masya- rakat desa serta pedalaman menggunakan media baharu tersebut. Malah turut disediakan kemudahan capaian internet secara percuma seperti Projek Kampung Tanpa Wayar (PKTW) di desa-desa manakala Wi-Fi Komuniti di kawasan bandar. Walau bagaimanapun hasil kajian mendapati cabaran tetap wujud dari aspek infrastruktur. Rata-rata informan kajian ini sama ada dari Semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak menyatakan kemudahan yang dis- ediakan tersebut tidak berfungsi dengan sewajarnya. Ada yang tidak diselenggara, tidak di- uruskan dengan betul (masyarakat tidak diberikan akses seperti kata laluan), kemudahan tidak dibuka untuk kegunaan, kemudahan rosak (komputer rosak, wi-fi rosak) dan ada juga infra- struktur yang tidak lengkap.

Kewangan Kekangan kewangan merupakan antara cabaran yang pasti khususnya apabila melibatkan belia yang rata-ratanya dalam kajian ini datang dari kumpulan berpendapatan rendah. Ramai juga dalam kalangan informan kajian menyatakan bahawa mereka tidak berwang untuk membeli peranti seperti telefon pintar mahupun komputer. Pastinya ketidakmampuan ini mengekang mereka dari berpenyertaan dalam agenda negara kerana tidak mempunyai alat perhubungan berkomunikasi dan bermaklumat. Sesetengah belia yang dikaji mempunyai peranti berkaitan namun kekangan mereka seterusnya ialah tidak mempunyai akses kepada internet disebabkan tidak berkemampuan melanggan pakej data internet. Hal ini turut menyekat peluang mereka untuk berpartisipasi dalam agenda negara. Keadaan lebih mengekang jika di kawasan mereka turut tidak mempunyai kemudahan wi-fi percuma. Perundangan Selain cabaran berkaitan dengan saluran berpartisipasi, perundangan turut dikenalpasti sebagai satu aspek yang memberi kesan kepada penyertaan para belia. Majoriti belia yang ditemubual melahirkan perasaan takut untuk bersuara dalam media baharu kerana bimbang akan tindakan undang-undang diambil ke atas mereka. Umpamanya mereka takut ditangkap, dipenjara atau didenda terhadap apa yang mereka suarakan dalam media baharu. Tambahan apabila mereka ada terbaca laporan media yang menyatakan ada pengguna laman sosial ditangkap kerana atas kesalahan menghasut, menghina dan sebagainya. Keadaan ini dapat dirumuskan sebagai para belia mempunyai kecelikan perundangan yang rendah yang boleh membantut proses partisipasi mereka dalam agenda pembangunan negara. Bukan sahaja mereka takut dikenakan tindakan undang-undang, tetapi mereka juga didapati kurang jelas

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 56

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 akan apa yang disifatkan sebagai perkara sensitif serta tidak pasti akan perkara yang dianggap menyalahi undang-undang apabila berkomunikasi menerusi media baharu.

Motivasi

Sebagai golongan muda yang kurang pendedahan kepada aktiviti-aktiviti penyertaan dalam agenda negara, mereka mempunyai keyakinan diri yang rendah. Menerusi temubual kumpulan berfokus terhadap belia yang dilaksanakan, didapati mereka sering berasa rendah diri dan beranggapan idea, pandangan serta buah fikiran mereka tidak mendapat tumpuan atau bercanggah dengan pihak berwajib. Perasaan segan dan tidak yakin dengan keupayaan mereka dikaitkan dengan pandangan kurang atau tiada sokongan daripada ahli keluarga, rakan sebaya, masyarakat setempat dan pihak berkuasa. Kerisauan persepsi negatif oleh golongan tersebut menjadi satu kekangan kepada para belia untuk berpernyertaan walaupun menerusi media baharu.

Sokongan

Rententan dari cabaran kurang motivasi, ia dikaitkan juga dengan sikap pihak-pihak tertentu kepada para belia. Memandangkan menglibatkan belia secara aktif serta langsung dalam proses pembangunan negara merupakan suatu usaha baharu, maka pihak berkuasa, masyarakat setempat serta keluarga diperlukan. Sokongan tersebut boleh berlaku dalam bentuk menyediakan suasana berpenglibatan, melibatkan belia secara langsung dalam organisasi tertentu, menyediakan kemudahan serta perkhidmatan, dan bantuan kewangan berkaitan media baharu. Sokongan sebegini oleh pihak terbabit akan dapat merancakkan belia untuk terlibat dalam pembangunan negara.

PERBINCANGAN Saranan dan wawasan PBB meningkatkan penglibatan golongan belia dalam buat-keputusan negara (UNDP, 2012) adalah sesuatu yang tidak mustahil. Berdasarkan penemuan-penemuan yang diutarakan sebentar tadi, dapat disimpulkan bahawa media baharu menyediakan potensi kepada belia untuk terlibat secara langsung dalam penyertaan bernegara. Media baharu bukan sahaja berfungsi sebagai alat, tetapi ia turut berperanan sebagai suatu sistem yang menyedia- kan sfera publik (public sphere) dalam konteks belia untuk terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan, melaksana, menikmati manfaat dan juga menilai agenda negara. Dapatan berhubung prospek media baharu membuktikan bahawa media ini telah mempen- garuhi belia berpartisipasi dalam tiga bentuk: asas penyertaan, pemerhati, dan pelaku. Umum- nya, kemunculan media baharu dengan ciri-ciri mesra belia telah mengerakkan permulaan kepada belia untuk ambil tahu (kesedaran bermaklumat) tentang hal ehwal pembangunan negara. Keadaan tersebut menyediakan asas permulaan kepada belia untuk aktif berpengliba- tan. Media baharu didapati telah menggerakkan belia untuk menjadi pemerhati kepada proses bernegara (Hassan, Shiratuddin, Sani, Ahmad, Rahman, Ahmad & Talib, 2016). Ini berlaku me- nerusi kegiatan mencari maklumat berhubung perkara-perkara berkaitan. Kemuncak kepada penggunaan media baharu ialah apabila belia menyebarkan dan menghasilkan pandangan, pemikiran, idea, komentar serta cadangan berkaitan sesuatu dasar negara. Sungguhpun potensi media baharu menyediakan prospek penglibatan aktif belia dalam pembinaan negara. Pengetahuan serta maklumat, kemahiran, infrastruktur dan kewangan merupakan antara cabaran langsung terhadap penggunaan media baharu bagi tujuan partisi- pasi komunikasi. Manakala cabaran tidak langsung pula terdiri dari perundangan, sokongan dan motivasi berkaitan penggunaan media baharu. Oleh yang demikian, untuk memastikan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 57

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 keberhasilan media baharu dalam kalangan belia maka strategi dan usaha perlu mengambil kira cabaran-cabaran ini.

RUMUSAN Ke arah merealisasikan penyertaan belia dalam agenda negara, media baharu perlu dijadikan sebagai fokus komunikasi penyertaan. Dengan maksud lain, perlu ada anjakan paradigma penggunaan media sebagai alat berpartisipasi. Adalah tidak dinafikan fungsi media konven- sional atau media massa, namun bagi memastikan penyertaan besar golongan belia maka me- dia baharu wajar menjadi wadah utama. Umumnya ciri-ciri media baharu didapati agak serasi dengan kehendak dan gaya belia. Namun perlu juga diberi perhatian serta langkah-langkah intervensi dilakukan bagi menangani cabaran penggunaan media baharu untuk penyertaan dalam agenda negara.

PENGHARGAAN Makalah ini terhasil dari penyelidikan yang dibiayai melalui Long-term Research Grant Scheme (LRGS) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Kod S/O – 12988).

RUJUKAN Cohen J, Uphoff, N. (1980). Participation's place in rural development: seeking clarity through specificity. World Development, 8, 213–235. Freire, P. (1970). Pedagogy of the oppressed. New York: Continuum. Gil de Zuniga, H & Valenzuela, S. (2011). The mediating path to a stronger citizenship: Online and offline networks, weak ties, and civic engagemen. Communication Research, 38(3), 397-421. Ibrahim, A. (1996). The Asian renaissance. : Times Books International. Jenkins, H; Clinton, P., Robinson, A.J. & Weigel, M. (2006). Confronting the challenges of parti- cipatory culture: media education for the 21st century. Cambridge: MIT Press. Kahne ,J. Middaugh, E. & Lee, N. (2012). Youth online activity and exposure to diverse perspec- tives. New Media & Society, 14(3), 492-512. Krippendorff, K. (2004). Content analysis: An introduction to its methodology (2nd. ed.). Thou- sand Oaks: Sage. La'aro, O.A., Ahmad, M.K., & Mustaffa, C.S. (2015). Modeling Relationship between Media Lite- racy Competencies and Use of New Media for Civic Engagement among Youths in New Digital Media Environment. New Media and Mass Communication, 40, 23-32. La'aro, O.A.. (2016). Media literacy competence and use of new media for civic engagement among Nigerian youths. Unpublished PhD Thesis. Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malay- sia. Moser, C. O. N., (1983), "The problem of evaluating community participation in urban devel- opment" C. Moser (ed.) Evaluating Community Participation in Urban Development Projects. London: Development Planning Unit Working Paper No. 14, pp. 3-11. Newton, K. (1999). Mass media effects: mobilization or media malaise? British Journal of Politi- cal Science, 29(4), 577–599. Palmquist, M. E., Carley, K.M., and Dale, T.A. (1997). Two applications of automated text analy- sis: Analyzing literary and non-literary texts. In C. Roberts (Ed.), Text Analysis for the Social Sciences: Methods for Drawing Statistical Inferences from Texts and Transcripts. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 58

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Putnam, R.D (1995). Tuning in, tuning out: The strange disappearance of social capital in Amer- ica. Political Science & Politics, 284, 664-683 Rheingold, H. (2008). Using participatory media and public voice to encourage civic engage- ment in Bennett, W.L, (ed). Civic Life Online: Learning How Digital Media Can Engage Youth. The John D. and Catherine T. MacArthur Foundation Series on Digital Media. Cam- bridge, MA: The MIT Press, 2008. 97–118. Seidman, S. (ed.). (1989). Jurgen Habermas on society and politics: a reader. Boston: Beacon Press. Serveas, J. (ed.). (2008). Communication for Development and Social Change. California: SAGE Publications. Hassan, S., Shiratuddin, N., Sani, M.A.M., Ahmad, M.K., Rahman, Z.S.A., Ahmad, N.S.Y., & Talib, K.A. (2016). New Media Utilization among Rural and Urban Youth in Marginalized Com- munities in Malaysia. The Social Sciences, 11(18), 4427-4431. Shiratuddin, N., Sani, M.A.M., Hassan, S., Ahmad, M.K., Talib, K.A. & Ahmad, N.S.Y. (2016). Generation Y’s political participation and social media in Malaysia. Jurnal Komunikasi Ma- laysia, 32(1), 125-143. Stewart, D. W., Shamdasani, P. N., & Rook, D. W. (2007). Focus groups: Theory and practice. Thousand Oaks: SAGE Publications. United Nation Development Programme. (2012). Enhancing Youth Political Participation throughout the Electoral Cycle. New York: UNDP. Wilkins, K.G., Tufte, T., & Obregon, R. (eds.). (2014). The Handbook of Development Communi- cation and Social Change. West Sussex: John Wiley & Sons.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 59

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

PENGURUSAN KRISIS DAN REPUTASI ORGANISASI AWAM: PERANAN KOMUNIKASI KEPIMPINAN, KREDIBILITI ORGANISASI DAN MEDIA BAHARU DALAM MEMBENTUK PERSEPSI PUBLIK

Jamilah Jamal Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Pengurusan reputasi adalah salah satu aspek terpenting dalam bidang komunikasi organisasi. Walaupun pengurusan reputasi telah lama mendapat perhatian dalam sektor swasta namun ia masih lagi kurang mendapat tumpuan dalam kalangan organisasi awam. Oleh yang de- mikian, masih tidak banyak yang boleh difahami berkenaan perspektif reputasi organisasi awam manakala isu-isu penting berkaitan penguru- san reputasi kekal menjadi tanda tanya. Namun demikian, kebelakan- gan ini dapat dilihat perubahan ketara dalam pendekatan pengurusan reputasi awam. Peningkatan insiden dan isu yang menjejaskan reputa- si organisasi awam telah menjadi titik tolak kepada kesedaran akan pentingnya pengurusan reputasi yang lebih efektif. Antara lain, peru- bahan ini juga didasari oleh perkembangan semasa terutamanya ke- munculan media baharu yang melakari landskap pengurusan reputasi keseluruhannya.

Kata kunci: komunikasi kepimpinan, komunikasi krisis, kredibiliti orga- nisasi, media baharu, reputasi organisasi awam

PENGENALAN Reputasi organisasi yang kukuh dan stabil adalah aset organisasi yang paling berharga. Reputa- si yang kukuh membantu menarik pekerja yang berkebolehan, mengurangkan kadar tukar gan- ti kakitangan, meningkatkan keyakinan publik terhadap produk dan perkhidmatan, serta mena- rik dan mengekalkan pelabur (Helm & Tolsdorf, 2013). Ringkasnya, reputasi oganisasi yang disenangi akan memberikan banyak kelebihan kepada organisasi yang menjadi asas kepada kelangsungan dan kelestarian organisasi untuk terus kekal bersaing dalam persekitaran yang kompetitif. Reputasi organisasi awam mewakili reputasi kerajaan sebagai peneraju pucuk pimpinan ne- gara. Ianya turut menjadi asas kepada jangkaan prestasi masa hadapan dan petunjuk kepada kemampuan oganisasi awam dalam memenuhi jangkaan pihak berkepentingan atau pemegang taruh, dalam konteks ini adalah semua pihak yang berkaitan dan berkepentingan denagn orga- nisasi awam. Kesimpulannya, reputasi organisasi awam menjamin kuasa, autonomi dan akses kepada sumber-sumber terpenting dalam memastikan kelangsungan organisasi. Walau bagai- manapun reputasi yang buruk memberikan implikasi yang besar terhadap organisasi. Reputasi yang tidak diurus dengan baik akan mendedahkan organisasi kepada pelbagai implikasi, anta- ranya organisasi dilihat sebagai tidak kompeten, tidak cekap dan rigid, dikaitkan dengan ama- lan birokrasi berlebihan (Luo-ma, 2007; Luoma-aho, Olkkonen & Lähteenmäki, 2013), hilang

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 60

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 sokongan publik, kadar tukar ganti kakitangan yang tinggi, kesahan kuasa yang dipersoalkan serta menjadi petunjuk kepada ketidakstabilan atau kegoyahan legitimasi dalam organisasi awam (Wæraas & Moar, 2015). Umumnya, pengurusan reputasi organisasi awam di Malaysia masih kurang diberi tumpuan berbanding organisasi swasta. Oleh yang demikian, tidak banyak yang boleh difahami berke- naan reputasi organisasi awam dan isu-isu penting berkaitan pengurusan reputasi kekal men- jadi tanda tanya (Nik Hazimah & Zaharul Nizal, 2010). Yang pasti, seperti kebanyakan organisa- si awam di seluruh dunia, organisasi awam di Malaysia turut dikaitkan dengan ketidakcekapan, tahap professionalism yang rendah, kedudukan kewangan yang tidak stabil dan gelora politik yang tidak berkesudahan (Nik Hazimah & Zaharul Nizal, 2010). Sifat semulajadi organisasi awam yang tidak berorientasikan keuntungan, tiada persaingan dan kurang tekanan telah me- nyebabkan pengurusan reputasi terus terpinggir serta semakin kurang mendapat perhatian. Memburukkan lagi keadaan, aspek pengurusan krisis yang menentukan jatuh bangunnya repu- tasi sesebuah organisasi turut tidak diberi penekanan dalam organisasi awam berbanding or- ganisasi swasta lantaran ‘jaminan keselamatan’ daripada pelbagai aspek yang dimiliki organisa- si awam. Namun demikian, kebelakangan ini dapat dilihat perubahan ketara dalam pendekatan pengurusan reputasi awam. Peningkatan insiden dan isu yang menjejaskan reputasi organisasi awam telah menjadi titik tolak kepada kesedaran akan pentingnya pengurusan reputasi yang lebih efektif. Antara lain, perubahan ini juga didasari oleh perkembangan semasa terutamanya kemunculan media baharu yang melakari landskap pengurusan reputasi keseluruhannya. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan peralihan pola pengurusan reputasi organisasi awam daripada pengurusan bersifat tradisional kepada kotemporari seiring dengan anjakan paradigm dalam bidang pengurusan masa kini yang secara umumnya didasari oleh elemen komunikasi kepimpinan berkarisma dan kredibiliti organisasi dalam pengurusan reputasi serta peranan media baharu dalam membentuk tanggapan audien terhadap reputasi organisasi awam.

Reputasi Organisasi Awam Reputasi sebagai satu konstruk telah dibincang dan diterima secara meluas dalam bidang ko- munikasi organisasi. Sarjana dalam ulasan yang kompehensif (Chun, 2005; Luoma-aho, 2007; Meng & Berger, 2013) mengambil kesimpulan bahawa konsep reputasi organisasi yang mene- pati dalam bidang pengurusan adalah definisi oleh Fombrun (1996, p.72) iaitu “a perpetual representation of a company’s past actions and future prospects that describes the firm’s overall appeal to its key constituents when compared to other leading rivals”. Fombrun (2012, p.100) kemudiannya mengperhalusi definisi reputasi ini sebagai “a collective assessment of a company’s attractiveness to a specific group of stakeholders relative to a reference group of companies in which the company competes for resources”. Definisi ini memperjelas reputasi sebagai satu konsep yang mencakupi semua aspek pengurusan organisasi pada masa lalu dan juga jangkaan kemampuan organisasi dalam memenuhi jangkaan publik pada masa hadapan. Definisi reputasi organisasi ini juga dikaitkan dengan penilaian dan tanggapan pemegang taruh terhadap organisasi berdasarkan pengalaman dan interaksi yang berterusan dengan organisasi dan dibandingkan dengan pengalaman mereka dengan saingan organisasi tersebut. Tanggapan pemegang taruh boleh menjadi baik atau sebaliknya dan kebiasaannya ia bersifat tidak statik memandangkan penilaian reputasi adalah satu proses yang berterusan selagi mana mereka berurusan dengan organisasi. Selain definisi oleh Fombrun (1996, 2012) yang bersifat menyeluruh, definisi reputasi seba- gai “the perception of an organization based on its stakeholders’ interpretation of that organi-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 61

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 zation’s past, present and future activities and the way in which these are communicated”oleh Tucker dan Melewar (2005, p. 378) turut membina asas penkonsepan reputasi dengan men- gambil kira sudut pandangan kakitangan sebagai publik dalaman organisasi. Tanggapan kaki- tangan organisasi ini dibuat berdasarkan intepretasi terhadap pengalaman dan interaksi mere- ka secara langsung dengan organisasi. Definisi ini turut menjelaskan kedudukan dan kepentin- gan kakitangan sebagai aset organisasi dan tanggapan mereka turut mempengaruhi kemam- puan oganisasi membentuk reputasi yang kukuh di mata publik. Menjurus kepada organisasi awam, pentafsiran reputasi lebih ditafsir dari sudut pendeka- tan politik sesuai dengan pesekitaran oganisasi awam yang berasaskan ciri-cirinya yang unik. Keunikan ini menurut Carpenter’s (2010, p. 45) ditafsirkan sebagai “a set of symbolic beliefs about the unique or separable capacities, roles, and obligations of an organization, where these beliefs are embedded in audience networks”. Mengambil kira ruang lingkup organisasi awam yang lebih meluas serta fungsinya yang semakin berkembang, Carpenter and Krause (2012) kemudiannya menggarap semula definisi ini dengan memasukkan elemen kapasiti, ha- srat, sejarah dan misi yang termaktub dalam rangkaian audien yang pelbagai. Keunikan reputa- si dalam konteks ini merujuk kepada pemaparan kebolehan dan kemampuan organisasi awam dalam mencipta penyelesaian-penyelesaian kepada pelbagai situasi luar jangka serta mempel- bagaikan penawaran perkhidmatan. Artikel ini memilih untuk mengadaptasi gabungan ketiga- tiga pendekatan definisi reputasi oleh Fombrum (1996, 2012), Tucker dan Melewar (2005) dan juga Krause dan Carpenter (2012) sebagai asas memahami konstruk reputasi organisasi dalam sektor awam. Organisasi awam dikategorikan dengan organisasi swasta melalui karekteristiknya yang jelas berbeza. Organisasi awam dicirikan oleh polisi atau dasar kerajaan, penguatkuasaan undang- undang dan akta, pihak berkepentingan ataupun pemegang taruh, budaya organisasi, peratu- ran yang rigid, serta amalan birokrasi (Sminia & Van Nistelrooij, 2006). Tekanan untuk mema- tuhi peraturan dan dasar yang ditetapkan apabila berurusan dengan pihak berkuasa, memerlu- kan tuntutan pengurusan reputasi yang spesifik bagi memastikan kelancaran pentadbiran or- ganisasi. Walaupun reputasi sudah mula mendapat perhatian serius di sektor awam (Luoma-aho & Makikangas, 2014), pengukuhan reputasi seringkali mendapat kekangan daripada persekitaran politik yang mendasari organisasi awam itu sendiri (Wæraas & Byrkjeflot, 2012). Kekangan ini temasuklah yang melibatkan isu-isu yang kritikal seperti isu keselamatan publik, (Liu, Horsley, & Yang, 2012), legitimasi politik, (Houston & Harding, 2013; Waeraas & Byrkjeflot, 2012), tad- bir urus korporat (Vigoda-Gadot, Zalmanovitch, & Belonogov, 2012); prestasi organisasi yang tidak menyerlah, etika dan kepatuhan peraturan (compliance), aduan dan ugutan pelanggan, kepercayaan public/pelanggan, kualiti perkhidmatan atau produk (O'Toole & Meier, 2009; Lag- er, 2010; Grunwald & Hempelmann, 2010) dan komunikasi kerajaan (Liu, Horsley, & Yang, 2012). Ini menyebabkan pengurusan reputasi organisasi awam lebih mencabar berbanding organisasi swasta yang lebih bersifat fleksibel bagi membolehkannya bersaing dalam persekita- ran yang kompetitif dan berorientasikan keuntungan.

Elemen yang mempengaruhi reputasi organisasi awam Reputasi sebagai satu konstruk terbentuk daripada tiga elemen utama iaitu identiti, identiti yang diingini dan imej (Davies, Chun, daSilva, & Roper, 2003). Pendekatan reputasi organisasi awam tradisional mengenal pasti elemen yang mempengaruhi pengurusan reputasi oganisasi awam antaranya, pengurusan prestasi oganisasi, kepercayaan atau ketidakpercayaan publik, kualiti perkhidmatan atau produk, persepsi politik dan peranan pengaruh kerajaan. Selain itu,

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 62

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 persekitaran politik organisasi awam itu sendiri turut membentuk elemen yang mempengaruhi reputasi organisasi. Persekitaran organisasi awam dicirikan oleh wujudnya tekanan ekoran campur tangan pihak berkuasa yang mengehadkan perancangan strategi organisasi awam, kurangnya konsistensi dalam pengurusan reputasi serta elemen karisma pemimpin dalam membina daya tarikan emosi publik terhadap oganisasi mampu mempengaruhi pembentukan reputasi organisasi (Waeraas & Moar, 2015; Carpenter & Krause, 2012; Kennedy, 2009; Luoma- aho & Makikangas, 2014).

KRISIS DAN PENGURUSAN REPUTASI ORGANISASI AWAM Seperti mana organisasi swasta, reputasi organisasi awam juga terdedah dengan pelbagai isu dan ancaman yang mampu menggugat kestabilan reputasi. Selain terpalit isu sejagat yang ber- kaitan dengan tadbir urus organisasi awam lain seperti kekurangan kepakaran, isu ketelusan, birokrasi berlebihan dan kepercayaan publik (Luoma-aho & Makikangas, 2014; Grimmelikhuij- sen and Meijer, 2014), masalah integriti (Liu, Horsley, & Yang, 2012), organisasi awam di Ma- laysia juga dikaitkan dengan ketidakberkesanan dalam cara menguruskan krisis. Sebagai con- toh integriti badan kehakiman dan pihak berkuasa lain yang berkaitan telah mendapat perha- tian meluas daripada media dan masyarakat khususnya lantaran beberapa kontroversi yang melanda. Justeru adalah penting bagi organisasi awam memiliki model pengurusan komunika- si krisis yang berkesan bagi menangani pelbagai isu, konflik dan krisis yang berpontensi mem- bentuk persepsi negatif terhadap reputasi sektor awam. Sorotan karya pengurusan krisis dan reputasi awam kotemporari lebih memfokus kepada elemen komunikasi terutamanya elemen komunikasi kepimpinan berkarisma (de Vries, Bakker- Pieper, & Oostenveld, 2010); Levine, Muenchen, & Brooks, 2010), kredibiliti organisasi (Kouzes, & Posner, 2014).) dan pengurusan reputasi melalui media baharu (Rokka, Karlson & Tienai, 2014; Mangan, 2015) dalam pengurusan komunikasi krisis dan reputasi.

Komunikasi Kepimpinan Berkarisma Komunikasi kepimpinan berkarisma adalah satu konsep yang baru diperkenalkan (Levine, Muenchen, & Brooks, 2010; Johansson, Miller, & Hamrin, 2014) merujuk kepada komunikasi pemimpin yang secara aktif melibatkan kakitangan dalam dialog, mendapatkan dan berkongsi maklumbalas, mengamalkan pembuat-putusan partisipatif, bersifat terbuka, mudah didekati dan sentiasa melibatakan diri dalam aktiviti komunikasi organisas. Intipati konsep ini mema- parkan aktiviti dan tingkah laku komunikasi pemimpin dalam mencapai objektif organisasi. Secara ringkasnya, pemimpin yang komunikatif adalah salah satu ciri pemimpin yang cemer- lang. Dalam konteks krisis organisasi, komunikasi pemimpin berkarisma juga sentiasa konsisten dalam menyampaikan maklumat berkenaan krisis (Elsbach, 2006). Konsistensi dalam penyam- paian mesej oleh pemimpin menyumbang secara langsung kepada aspek kredibiliti organisasi.

Kredibiliti organisasi Kredibiliti organisasi merujuk kepada sejauh mana maklumat yang disampaikan oleh organisasi dipercayai oleh publik (Kazoleas & Teven, 2009). Organisasi yang memiliki kredibiliti dilihat mempunyai kepakaran, berpengalaman dan kawalan ke atas maklumat yang disalurkan. Kredi- biliti organisasi merupakan elemen penting yang mempengaruhi reputasi organisasi meman- dangkan organisasi tidak dianggap mempunyai reputasi yang baik jika publik berpendapat ia tidak memiliki kredibiliti dan kawalan ke atas sumber maklumatnya (Kouzes & Posner, 2014; Six, 2013). Organisasi yang berkredibiliti lebih berpeluang untuk bertahan apabila dilanda krisis.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 63

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Maklumat yang disalurkan dianggap lebih berkualiti, tepat dan lengkap. Kajian menunjukkan kebanyakan organisasi awam dilihat sebagai tidak memiliki kredibiliti yang tinggi, malah orga- nisasi awam cenderung untuk dipersalahkan apabila berlaku sesuatu krisis yang melibatkan kerajaan (Houston & Harding, 2013). Oleh yang demikian sudah seharusnya organisasi awam memberikan perhatian serius terhadap aspek kredibiliti organisasi

Media baharu Dalam usaha untuk memulihkan reputasi dan mendapatkan semula keyakinan publik, organi- sasi awam mula beralih kepada media baharu sebagai saluran untuk menyampaikan wadah organisasi. Antara tujuannya yang utama ialah untuk membina, meneguh dan mengekalkan imej dan reputasi melalui initiatif perhubungan awam yang memfokus kepada pembentukan imej dan reputasi yang berterusan. Pelan tindakan efektif yang berorientasikan komunikasi strategik dilaksanakan melalui kerjasama erat dengan pihak media, ketua komuniti dan organi- sasi bukan kerajaan. Penggunaan media baharu turut menekankan komunikasi dalaman dan luaran yang jelas, pengurusan media yang berkesan dan penggunaan saluran media digital yang pelbagai dan menyeluruh. Keberkesanan penggunaan media baharu banyak dibuktikan dalam kajian terkini di mana fungsi media sosial telah berkembang daripada hanya untuk tujuan membina hubungan kepa- da fungsi pengurusan termasuk pengurusan komunikasi krisis (Jin, Liu & Austin, 2014; Park & Cameron, 2014). Seiring perkembangan dalam industri media, organisasi awam perlu melaksa- nakan komunikasi strategik dengan menggunakan pelbagai platform media baharu untuk me- nyampaikan maklumat krisis kepada publik. Kombinasi komunikasi tradisional secara besemu- ka dan bertulis, samada bercetak atau elektonik, digabungkan dengan komunikasi di atas talian mampu membentuk jaringan komunikasi yang lebih komplek dan jangkauan audien yang lebih meluas. Penyampaian maklumat krisis menerusi media baharu secara intensif seperti portal rasmi, blogs, Facebook, Twitter, Flickr dan short messaging delivery system (EMS) berpontensi memastikan maklumat diserba secara meluas dan pantas. Media sosial berrkemampuan me- nyampaikan maklumat kepada segenap lapisan masyarakat dan terbukti menjadi pilihan au- dien dalam mendapatkan dan berkongsi maklumat (Park & Cameron, 2014; Pew Internet & American Life Project, 2010). Selari dengan karekteristik media baharu, organisasi awam seba- gai sumber asas kepada maklumat krisis perlu memastikan pengagihan maklumat adalah kon- sisten dan berterusan untuk membentuk persepsi yang positif bagi mendapatkan sokongan publik.

RUJUKAN Carpenter, D. 2010. Reputation and Power: Organizational Image and Pharmaceutical Regula- tion at the FDA. Princeton: Princeton University Press. Carpenter, D. P., & Krause, G. A. (2012). Reputation and public administration. Public Adminis- tration Review, 72, 26-32. Chun, R. (2005). Corparate reputation: Meaning and management. International Journal of Management Reviews, 7, 91-109. Davies, G., Chun, R., daSilva, R. and Roper, S. (2003). Corporate Reputation and Competitive- ness. London: Routledge. de Vries, R. E., Bakker-Pieper, A., & Oostenveld, W. (2010). Leadership = communication? The relations of leaders’ communication styles with leadership styles, knowledge sharing and leadership outcomes. Journal of Business & Psy-chology, 25, 367-380.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 64

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Rokka, J., Karlsson, K., & Tienari, J. (2014). Balancing acts: Managing employees and reputation in SM. Journal of Marketing Management, 30(7/8), 802-827. Elsbach, K. D. (2006). Organizational perception management. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Fombrun, C. J. (1996). Reputation: Realizing value from the corporate image. Cambridge, MA : Harvard Business School Press. Fombrun, C. J. (2002). Corporate reputation as economic assets. In M. Hit (Ed.), Handbook of Strategic Management. Oxford: Blackwell. Grimmelikhuijsen, S.G., & Meijer, A.J. (2014). Effects of Transparency on the Perceived Trustworthiness of a Government Organization: Evidence from an Online Expe- riment. Journal of Public Administration Research and Theory. 24, 137– 157. Grunwald, G., & Hempelmann, B. (2010). Impacts of reputation for quality on perceptions of company responsibility and product-related dangers in times of product-recall and public complaints crises: Results from an empirical investigation. Corporate Reputation Review, 13, 264-283. Helm, S. V., & Tolsdorf, J. (2013). How does corporate reputation affect customer loyalty in a corporate crisis? Journal of Contingencies & Crisis Management, 21, 144-152. Houston, D. J., & Harding, L. H. (2013). Public trust in government administrators explaining citizen perceptions of trustworthiness and competence. Public Integrity, 16, 53-75. Jin, Y., Liu, B. F., & Austin, L. L. (2014). Examining the Role of Social Media in Effective Crisis Management: The Effects of Crisis Origin, Information Form, and Source on Pub- lics’ Crisis Responses. Communication Research, 41, 74–94. Johansson, C., Miller, V. D., & Hamrin, S. (2014). Conceptualizing communicative leadership: A framework for analysing and developing leaders' communication competence. Corporate Communications: An International Journal, 19, 147-165. Kazoleas, D., & Teven, J. J. (2009). Public relations and organizational credibility: Refining the definition, measurement and assessment of organizational trust. Human Communica- tion. A Publication of the Pacific and Asian Communication Association, 12, 9-32. Kennedy, S. S. 2009. Distrust, American style diversity and the crisis of public confidence. Am- herst, N.Y.: Prometheus Books. Kouzes, J. M., & Posner, B. Z. (2012). Credibility: How leaders gain and lose it, why people de- mand it. San Francisco, CA: Jossey Bass. A Wiley Imprint. Lager, J. M. (2010). Governments demand compliance, ethics demands leadership. Journal of Public Affairs, 10, 216-224. Levine, K. J., Muenchen, R. A., & Brooks, A. M. (2010). Measuring transformational and cha- rismatic leadership: Why isn’t charisma measured? Communication Monographs, 77, 576-591. Liu, B. F., Horsley, J. S., & Yang, K. (2012). Overcoming negative media coverage: Does gov- ernment communication mat-ter? Journal of Public Administration Research and Theory, 22, 597-621 Luoma-aho, V. (2007). Neutral reputation and public sector organization. Corporate Reputation Review, 10, 124–143. Luoma-aho, V. L., & Makikangas, M. E. (2014). Do public sector mergers (re) shape reputation? International Journal of Public Sector Management, 27, 39-52. Luoma-aho, V., Olkkonen, L., & Lähteenmäki, M. (2013). Expectation management for public sector organizations. Public Relations Review, 39, 248-250. Mangan, D. (2015). Regulating for Responsibility: Reputation and Social Media. International Review of Law, Computers and Technology, 29, pp. 16–32.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 65

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Meng, J., & Berger, B. (2013). An integrated model of excellent leadership in public relations: Dimensions, measurement, and validation. Journal of Public Relations Research, 25, 141-167. Nik Hazimah, N.M., & Zaharul Nizal, Z. (2010). Professionalism in practices: A preliminary study on Malaysian public universities. International Journal of Business and Management, 5(8), 138-145. O’Toole, L. J. J., & Meier, K. J. (2009). The human side of public organizations: Contributions to organizational performance. American Review of Public Administration, 39, 499-518. Park, H & Cameron, G.T. (2014) Keeping It Real Exploring the Roles of Conversational Human Voice and Source Credibility in Crisis Communication via Blogs. Journalism & Mass Com- munication Quarterly, 91, 487-507. Pew Internet and American Life Project. (2006). “Blogger Callback Survey.” Pew Internet and American Life Project. http://www. pewinternet.org. Six, F. d. r. (2013). Trust in regulatory relations: How new insights from trust research improve regulation theory. Public Management Review, 15, 163–185. Sminia, H., & Van Nistelrooij, A. (2006). Strategic management and organization development: Planned change in a public sector organization. Journal of Change Management, 6, 99- 113. Tucker, L., & Melewar, T. C. (2005). Corporate reputation and crisis management: The threat and manageability of anti-corporatism. Corporate Reputation Review, 7, 377- 387. Vigoda-Gadot, E., Zalmanovitch, Y., & Belonogov, A. (2012). Public servants’ trust in citizens: An extension of theory and an empirical examination with structural equation modeling (SEM). Public Organization Review, 12, 383-399. Wæraas, A., & Byrkjeflot, H. (2012). Public sector organizations and reputation management: Five problems. International Public Management Journal, 15, 186-206. Wæraas, A., & Maor, M. (2015). Organizational reputation in the public sector. NY: Routledge.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 66

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

KESEIMBANGAN KERJA DAN KELUARGA DALAM KALANGAN PENGAMAL MEDIA DI MALAYSIA Azelin Aziz1, Mohd Khairie Ahmad2 & Rosli Mohammed3 1 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 2 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 3 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Makalah ini berdasarkan hasil kajian yang meneroka impak kerja atau tugas terhadap kualiti kehidupan dalam kalangan pengamal media. Isu keseimbangan kerja-keluarga merupakan satu aspek penting pengurusan organisasi media. Ketidakcekapan dalam mengurus aspek ini berpotensi mengakibatkan produktiviti dan profesionalisme para pengamal media terjejas. Bagi memahami senario tersebut, makalah ini meneroka kefahaman dan persepsi para pengamal media berhubung kepentingan keseimbangan kerja-keluarga. Hasil 12 siri temubual mendalam bersama pengamal media mengemukakan kaedah-kaedah bagi menjamin keseimbangan kerja-keluarga dapat dinikmati. Langkah atau kaedah tersebut dikupas dari perspektif organisasi mahupun individu pengamal media tersebut. Kajian ini menyimpulkan pentingnya transformasi pengurusan organisasi media dan komunikasi di negara ini.

Kata kunci: kualiti pengamal media, pengurusan bakat, sumber manusia, kesejahteraan kerja

PENGENALAN

Industri media secara beransur-ansur menjadi penting kepada sumber ekonomi berasaskan pengetahuan pasca perindustrian. Industri ini dijangka mencapai kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 13% dalam segmen domestik dan mensasarkan pertumbuhan tahunan sebanyak 20% untuk eksport kandungan berdasarkan aspirasi Program Transformasi Ekonomi Malaysia (http://etp.pemandu.gov.my). Rententan itu Dasar Industri Kreatif Malaysia antara yang menjadi tumpuan dan mengalami perubahan drastik. Walau bagaimanapun, perkembangan itu disyaki berpotensi mengabaikan keadaan pekerja kreatif seperti dalam industri media. Ianya berpotensi menjana risiko pasaran buruh yang ditandakan dengan kerja yang tidak teratur, tidak selamat dan tidak dilindungi. Oleh itu, senario ini telah meletakkan beberapa persoalan penting mengenai kualiti keseimbangan kerja keluarga dalam industri yang semakin meningkat ini. Kajian mengenai hubungan antara kerja dan keluarga telah mendapat tumpuan signifikan daripada sarjana kerana lebih banyak pekerja kini sedang mengalami konflik antara tugas dan keluarga. Senario ini ditambah oleh peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga buruh, peningkatan pasangan berkerjaya serta peningkatan ibu/bapa tunggal (Aziz & Chang, 2013; Aryee, Srivinas, & Hwee, 2005; Edwards & Rothbard, 2000). Akibatnya, persoalan telah timbul mengenai sama ada pekerja dapat mengimbangi peranan mereka di rumah dan bekerja dengan sewajarnya.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 67

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

MENGURUS KUALITI HIDUP PENGAMAL MEDIA Kehidupan keluarga yang seimbang (disebut sebagai keseimbangan keluarga-kerja (KKK)) dijangka menjadi isu bermakna dengan mengambil kira kepelbagaian nilai dan budaya masyarakat Russo, Shteigman, dan Carmeli (2016). Ini kerana, struktur kerja dan keluarga dipercayai mempengaruhi bagaimana pengalaman kerja dan kehidupan berkeluarga (Aycan, 2008; Spector, Cooper, Poelmans, Allen, O'dricoll, & Sanchez, 2004). Contohnya, waktu bekerja yang tidak tetap dan jadual kerja secara giliran antara struktur kerja yang memebri impak kepada KKK. Begitu juga, kehadiran keluarga atau pembantu rumah dalam rumahtangga mungkin memudahkan pekerja dengan tuntutan keluarga. Konsep Barat tentang KKK seperti yang dilihat secara luas dalam sorotan kajian lepas dipercayai tidak universal (Yang, Chen, Choi & Zou, 2000). Oleh itu, untuk memahami bagaimana orang bukan barat mengalami KKK, kajian yang menumpukan sampel seperti di Malaysia diperlukan. Di dalam sorotan karya kerjaya dan keluarga di Malaysia, majoriti kajian ini menumpukan perhatian untuk meneliti penentu dan hasil dari pelbagai pengalaman kerja dan keluarga (Ahmad, 2008; Noor, 2011). Agak terhad kajian yang dilakukan untuk meneroka konsep-konsep pembinaan keluarga yang berkaitan dengan pekerjaan. Dalam kajian yang meneliti konsep KKK, guru wanita sekolah kerajaan antaranya telah diberi tumpuan. Dalam kajian tersebut, pekerja bekerja dalam jadual tetap dan mempunyai waktu kerja yang lebih pendek di tempat kerja berbanding dengan pekerjaan lain. Berbeza dengan terdahulu, kajian ini bertujuan untuk memperluaskan kajian Aziz dan Chang (2013) yang berusaha menkonsepsualisasikan definisi KKK - dengan melihat dari perspektif pekerja yang bekerja dalam waktu bekerja yang tidak teratur. Untuk tujuan ini, individu yang bekerja dalam industri kreatif seperti stesen penyiaran, media berita, rumah pengeluaran dan pengiklanan merupakan antara sampel berpotensi. Dalam industri kreatif, kerja-kerja yang dilakukan adalah berasaskan projek dan didorong oleh tarikh akhir. Akibatnya, pekerja bekerja lebih lama daripada purata kerja 8 jam sehari, pada hujung minggu atau pada malam hari tidak dapat dielakkan. Ini telah menjadikan garis antara kerja dan domain keluarga semakin kabur. Dengan tuntutan jadual kerja yang tidak menentu, menguruskan pelbagai peranan kerja dan keluarga adalah mencabar. Prestasi kerja dalam industri kreatif sangat dipengaruhi oleh kreativiti dan inovasi pekerja. Kajian telah menunjukkan bahawa ketidakseimbangan antara kerja dan peranan keluarga mempengaruhi prestasi. Sehubungan dengan ini, adalah perlu untuk menyiasat isu-isu keseimbangan kerja keluarga dalam kalangan pekerja yang jam bekerja adalah tidak tetap. Dalam konteks kumpulan ini, apakah yang mereka garapkan sebagai KKK. Oleh itu, soalan penyelidikan berikut akan dijawab oleh kajian ini: Apakah konsepsualisasi keseimbangan kerja-keluarga kepada pekerja dalam industri kreatif?

KONSEP KESEIMBANGAN KERJA-KELUARGA Gambaran keseluruhan kesusasteraan menunjukkan bahawa tidak ada definisi yang diterima secara meluas mengenai pembinaan keseimbangan keluarga. Selalunya, penyelidik melihat KKK sebagai kekurangan konflik atau gangguan antara kerja dan peranan keluarga. Walau bagaimanapun, berhujah bahawa konflik semata-mata tidak mencukupi untuk mewakili KKK kerana ia tidak dapat menangkap aspek-aspek positif antara muka keluarga kerja yang mungkin menyumbang kepada perkiraan keluarga kerja yang seimbang. Sebagai alternatif, para ulama mula mencadangkan definisi lain untuk membina KKK - antara lain, memberi tumpuan kepada perspektif kesamaan. Sebagai contoh Greenhaus, Collins dan Shaw (2003) menyatakan keseimbangan dicapai apabila input dan hasil dalam setiap domain adalah sama. Dalam perspektif yang lain, terdapat juga ulama yang

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 68

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 mengimbangi keseimbangan menggunakan konstruk psikologi. Sebagai contoh, Clark (2001:349) mentakrifkan sebagai 'kepuasan dan berfungsi dengan baik di tempat kerja dan di rumah dengan sedikit konflik peranan'. Memandangkan ini, penyelidik percaya keseimbangan konsep menggunakan penggunaan psikologi lebih realistik kerana bersifat subyektif - pengagihan sumber yang sama antara domain misalnya mungkin tidak diperlukan. Sebagai contoh, walaupun bilangan kanak- kanak yang lebih tinggi pada amnya akan meningkatkan permintaan seseorang dalam peranan keluarga, kehadiran anak-anak yang lebih tua boleh memberikan sumber bantuan yang penting, seperti sumber yang sedikit. Berhubung dengan ini, penyelidik percaya sama ada atau tidak keseimbangan dicapai, terserah kepada penghakiman individu tentang apakah harapannya mengenai peranan kerja dan keluarga dipenuhi atau tidak. Oleh itu, dengan menemu ramah para pekerja tentang makna hidup keluarga yang seimbang kepada mereka, matlamat ini dapat dicapai.

PENGARUH STRUKTUR KERJA

Perbezaan dalam struktur kerja seperti jumlah jam kerja, penjadualan masa kerja serta deskripsi pekerjaan dipercayai telah menyebabkan variasi dalam pengalaman keseimbangan kerja keluarga di kalangan orang-orang pekerjaan yang berbeza. Ini kerana, struktur kerja yang berbeza meletakkan jumlah permintaan yang agak berbeza terhadap individu (Clark, 2001). Setakat ini, dalam kesusasteraan Malaysia, kajian keluarga kerja yang lalu kebanyakannya mencontohi pekerja yang bekerja dalam jadual waktu siang tradisional (misalnya Marchand, Damers, & Durand, 2005; Nasrudin & Hsia, 2008; Sabil & Marican, 2011). Selain itu, kajian-kajian ini juga juga menyiasat hubungan antara kerja-peramal keluarga terhadap pengalaman konflik keluarga kerja-dengan pengecualian untuk [1] kajian yang meneroka konsep keseimbangan keluarga-pekerja. Dalam kajian mereka, para peserta adalah guru wanita yang bekerja berjam-jam dan jadual. Andaian dalam masyarakat bahawa wanita menyertai profesion pengajaran kebanyakannya disebabkan oleh sebab-sebab yang berkaitan dengan keluarga, terutama untuk menjaga urusan keluarga walaupun mereka bekerja. Selaras dengan ini, tidak menghairankan bahawa pandangan para peserta tentang kerja yang seimbang Kehidupan keluarga mengelilingi isu memenuhi tanggungjawab kerja dan keluarga. Dengan kata lain, keseimbangan dicapai apabila mereka dapat memenuhi tugas kerja dan rumah tangga dengan sewajarnya. Kajian ini menyiasat peserta yang bekerja dalam keadaan kerja yang lebih menuntut khususnya mereka yang bekerja tidak teratur jam dan jadual seperti yang dalam industri kreatif. Industri ini telah mendapat perhatian yang cukup dari kerajaan kerana potensi untuk menyumbang kepada KDNK negara 2014 - khususnya, kategori multimedia kreatif. Dalam industri ini, prestasi kerja sangat bergantung kepada kreativiti dan inovasi individu untuk menghasilkan kerja yang luar biasa. Kerja-kerja yang dilakukan adalah terutamanya berasaskan projek dan mematuhi tarikh akhir. Akibatnya, bekerja lebih lama daripada purata kerja 8 jam sehari, pada waktu petang atau pada hujung minggu tidak dapat dielakkan. Ini telah menjadikan garis antara kerja dan domain keluarga semakin kabur berbanding dengan pekerjaan dengan jam tetap dan jadual. Kajian menunjukkan bahawa jam kerja dan jadual yang tidak teratur lebih cenderung mengalami tekanan atau konflik antara kedua-dua peranan (Marchand, Damers & Durand, 2005; Sabil & Marican, 2011). Mempunyai bekerja berjam-jam, kerja petang dan hujung minggu akan bermakna pekerja secara fizikal tidak tersedia untuk urusan keluarga yang dirancang pada waktu tertentu. Oleh itu, matlamat kajian ini untuk mengkaji orang-orang ini jadual kerja tidak tradisional melihat kehidupan keluarga yang seimbang.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 69

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

METOD KAJIAN Kajian ini memerlukan cara yang penting untuk meneroka fenomena keseimbangan kerja keluarga seperti pemikiran dan persepsi. Menurut Berger (2010) dan Marshall dan Rossman (2010) pemahaman perspektif yang lebih mendalam dapat dikesan melalui interaksi muka-ke- muka. Oleh itu, kajian ini menggunakan teknik wawancara mendalam. Dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan, satu siri wawancara mendalam dijalankan dengan dua belas pengamal dari pelbagai latar belakang, peranan, dan segmen industri kreatif. Mereka ditanya soalan-soalan terbuka untuk membolehkan mereka untuk lebih mengungkapkan pemikiran dan persepsi mereka tentang keseimbangan antara kerja dan keluarga. Wawancara tersebut direkodkan, disalin dan dianalisis menggunakan perisian analisis kualitatif, NVivo. Analisis tematik telah dilakukan untuk memeriksa data dan nod ditubuhkan untuk menjelaskan apakah keseimbangan kerja-keluarga bermakna kepada pekerja dalam industri kreatif.

HASIL KAJIAN

Secara umumnya, para pemberi maklumat kajian ini kebanyakannya bekerja dalam industri berkaitan berita kerana enam dari mereka mendakwa bekerja sebagai wartawan. Tiga daripada mereka bekerja dalam organisasi penyiaran, dua dari rumah produksi dan hanya satu yang bekerja di firma pengiklanan. Pemberi maklumat juga terdiri daripada sembilan orang Melayu, dua orang Cina dan satu orang India. Di samping itu, majoriti mereka adalah wanita. Daripada dua belas pemberi maklumat, enam orang telah berkahwin, salah seorang daripada mereka adalah bapa tunggal dan lima lagi tidak berkahwin. Pada asasnya, untuk informan berkahwin mereka mempunyai purata dua hingga tiga anak bersama dengan sekurang- kurangnya seorang ibu bapa masih hidup. Majoriti pemberi maklumat juga sama ada tinggal bersendirian atau dengan ahli keluarga terdekat mereka. Butiran maklumat latar belakang setiap pemberi maklumat boleh disemak dalam Jadual 1.

Jadual 1. Latar Diri Informan Kajian

Bangsa Jantina Kerjaya Status Anak Kediaman Status IbuBapa Inf. 1 Melayu Wanita Kewartawanan Bujang 0 IF OFA Inf. 2 Melayu Wanita Penyiaran Kahwin 1 NF BPA Inf. 3 Melayu Wanita Kewartawanan Kahwin 2-3 Sendiri OMA Inf. 4 Melayu Lelaki Kewartawanan Bujang 0 Sendiri OMA Inf. 5 Melayu Lelaki Kewartawanan Kahwin ≥ 4 Sendiri OMA Inf. 6 Cina Wanita Kewartawanan Kahwin 2-3 Sendiri OFA Inf. 7 Melayu Lelaki Penyiaran Kahwin 2-3 Sendiri BPA Inf. 8 Cina Wanita Kewartawanan Bujang 0 IF BPA Inf. 9 Melayu Lelaki Kewartawanan Bujang 2-3 NF OFA Inf. 10 Melayu Wanita Penyiaran Kahwin 2-3 NF BPA Inf. 11 Melayu Lelaki Penyiaran Bujang 0 Sendiri OMA Inf. 12 India Wanita Penyiaran Bujang 0 Sendiri BPA

Kefahaman Hasil analisis temubual mendalam mendapati umumnya terdapat tiga tema utama yang menunjukkan kefahaman informan berhubung KKK. Penglibatan peranan, konflik peranan dan peranan pencapaian seperi yang diilustrasikan dalam Rajah 1 menjelaskan idea utama kefahaman berhubung KKK. Peranan tingkahlaku merujuk respon para peserta menyebutkan keseimbangan sebagai situasi di mana mereka dapat melaksanakan tugas mereka di tempat

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 70

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 kerja dan di rumah dengan sewajarnya. Tema ini menerangkan tentang pemberi maklumat yang dapat menghabiskan masa dan memberi komitmen seperti yang dikehendaki pada tugas dan tugas keluarga mereka. Keseimbangan dalam konteks penyertaan berperanan juga menerangkan tentang pengurusan masa antara dan keupayaan untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua domain. Tema utama ketiga yang menyokong keseimbangan kerja keluarga adalah 'pencapaian peranan'. Ia merujuk kepada tanggapan yang mencerminkan keseimbangan sebagai keadaan di mana individu berpuas hati dengan pencapaian mereka dalam pekerjaan serta keadaan keluarga. Kestabilan kewangan, prestasi dan produktif adalah tiga subtema yang menerangkan tentang pencapaian peranan. Secara umum, semua respons telah dikategorikan kepada tiga kategori yang disebut sebagai: penyertaan peranan, konflik berperanan, dan pencapaian peranan.

Rajah 1. Kefahaman informan tentang keseimbangan kerja-keluarga

Tanggapan pencapaian KKK Dari hasil analisis data, tanggapan pencapaian KKK dapat diklasifikasikan sebagaimana di Jadual 2. Secara umumnya penerokaan awal KKK dalam kalangan pengamal media medapati majoriti mereka menzahirkan pencapaian KKK yang positif. Merujuk jadual tersebut, terdapat tujuh informan yang menunjukkan mereka beranggapan mencapai KKK. Jika diteliti latar informan tersebut, hampir keseluruhan yang positif adalah lelaki. Manakala bagi tanggapan yang menyatakan mereka tidak mencapai KKK pula adalah rata-ratanya golongan wanita. Berdasarkan dapatan ini, secara umumnya golongan pekerja wanita didapati berpotensi berhadapan dengan pelbagai isu sama ada di tempat kerja ataupun di rumah. Senario ini amat berkait rapat dengan reka bentuk tugas dalam industri media. Sungguhpun lazimnya waktu bekerja rasmi adalah sama seperti industri lain, namun pekerja industri media perlu bekerja dalam waktu yang tidak menentu. Dengan ledakan teknologi komunikasi seperti media baharu, hambatan kerja pengamal media menjadi semakin meningkat. Umpamanya kepantasan produksi bahan berita menjadi suatu yang diutamakan manakala berita perlu senantiasa

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 71

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 dikemaskini dan bersifat terkini. Kesemua tuntutan tersebut pastinya menuntut kaedah dan masa kerja yang berbeza.

Jadual 2. Tanggapan Pencapaian KKK Pengamal Media

Informan Puas Hati Capai Separuh Tidak Capai

1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12 

ELEMEN PEMBENTUKAN KKK Perbincangan selanjutnya berusaha meneroka apakah aspek-aspek yang dapat menyumbang kepada KKK berdasarkan pengalaman dan juga harapan para pengamal media. Memahami hal ini bukan sahaja dapat menyediakan satu rangka pemikiran tentang bagaimana KKK boleh dijana, tetapi juga dapat dijadikan sebagai input kepada mana-mana pengurusan organisasi media dalam pengurusan sumber daya manusia. Rajah 2 memaparkan hasil analisis tema utama dan sub-tema yang dikenalpasti.

Rajah 2. Elemen pembentukan keseimbangan kerja-keluarga

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 72

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Elemen kerja Terdapat lima elemen berkaitan kerja yang dapat meyokong proses mencapai KKK. Pertamanya ialah amalan sistem yang anjal di tempat kerja. Ini antara lain seperti pekerja diberi keanjalan waktu bekerja, di mana tempoh waktu bekerja adalah ditetapkan tetapi pekerja mempunyai sedikit kebebasan untuk waktu masuk atau keluar. Selain itu, cara bekerja juga boleh dianjalkan umpamanya ada sesetangah kerja yang dibolehkan dibuat diluar pejabat atau lokasi kerja. Ini dapat berlaku dengan adanya kecanggihan sistem teknologi komunikasi masa kini. Kedua ialah persekitaran kerja, ia merujuk kepada situasi di tempat kerja yang sedikit sebanyak menyokong perkara-perkara berkaitan keluarga. Umpamanya disediakan khidmat taman asuhan kanak-kanak, penjagaan selepas sekolah sama ada berbayar mahupun tidak berbayar atau apa-apa kemudahan yang dapat meringankan tanggungajawab keluarga. Elemen ketiga ialah sokongan daripada majikan. Perkara ini boleh dilaksanakan sama ada melalui komunikasi formal dan juga tidak formal seperti sering berbincang serta bertanyakan khabar hal ehwal keluarga staf. Antara lain juga amalan meraikan pencapaian ahli keluarga staf atau menghulurkan bantuan tertentu. Mengambil kira aspek kekeluargaan dalam pengubalan polisi organisasi merupakan satu lagi elemen kerja yang menyokong KKK. Umpamanya tugas-tugas yang perlu dilaksanakan di luar waktu bertugas lazim difokuskan kepada staf yang tidak berkeluarga. Begitu juga pertimbangan diberikan untuk pengambilan cuti pada musim perayaan, penempatan staf dan pengiliran kerja. Faedah mesra keluarga merupakan satu lagi bentuk elemen yang dapat menyumbang kepada KKK. Kemudahan perubatan, ganjaran kepada pencapaian pendidikan anak-anak dan kemudahan pinjaman kenderaan serta perumahan antara beberapa contoh faedah tersebut.

Elemen keluarga

Sementara itu, bagi elemen keluarga pula terdapat enam perkara mampu menyokong KKK. Pertama ialah masalah keluarga yang tidak ketara. Tanpa dapat dinafikan, permasalahan dalam keluarga adalah unik, dinamik dan pelbagai. Selagi mana masalah keluarga dalam keadaan terkawal, seseorang petugas media lazimnya boleh mencapai KKK. Elemen kedua ialah sokongan daripada ahli keluarga khususnya pasangan, anak-anak serta ahli keluarga lain yang terdekat. Perkara ini pula berkait dengan satu lagi elemen ke arah KKK iaitu persefahaman antara ahli keluarga. Penglahiran kata-kata mahupun tindakan dalam bertolak ansur tentang peranan antara anggota keluarga adalah satu manifestasi persefahaman. Keutamaan yang dapat diberikan dalam mengurus keluarga merupakan elemen keempat bagi mencapai KKK. Ini bermaksud, apabila seseorang itu dapat memberi tumpuan kepada hal keluarga di luar waktu bekerja, maka individu tersebut dapat menyeimbangkan peranannya. Berkaitan itu juga, pengurusan masa yang berkesan ketika bersama keluarga merupakan satu lagi elemen ke arah KKK. Kejujuran dikenalpasti sebagai elemen terakhir bagi memastikan keseimbangan kerja- keluarga dapat dicapai. Hal ini merujuk kepada sikap pengamal media yang kerja bersungguh demi meningkatkan dan memantapkan keluarga.

PERBINCANGAN Berdasarkan perbincangan terdahulu, dapat disimpulkan bahawa pengamal media menzahirkan keseimbangan kerja-keluarga sebagai satu proses melaksanakan peranan tugas, mengurus masa dan komitmen terhadap aspek kerja serta keluarga. Hasil temubual bersama para pengamal media ini turut dapat dirumuskan bahawa mereka berorientasikan penglibatan peranan dalam memahami dan mengamalkannya. Umumnya, hasil kajian ini mendapati wujud perspektif KKK yang bercampur. Namun majoriti informan berperspektif KKK sebagai peluang penyertaan peranan. , menghabiskan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 73

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 masa dan memberi komitmen kepada kedua-dua domain. Dalam kajian ini, perspektif melihat KKK disebut sebagai perspektif penyertaan peranan. Khususnya, kebanyakan peserta wanita menyebut tentang aspek ini. Temuan ini selaras dengan hujah dalam sorotan kajian lepas bahawa peranan jantina tradisional masih lazim dalam masyarakat bukan barat seperti Malaysia (Noor, 1999). Wanita masih dijangka memainkan peranan utama dalam rumah tangga walaupun bekerja dalam jadual yang tidak teratur. Hanya sebilangan kecil informan yang melihat KKK dari perspektif peranan konflik. Ini menyokong cadangan yang dibuat oleh sarjana terdahulu bahawa orang bukan barat mungkin akan melihat kerja dan keluarga sebagai saling mengganggu (Yang, Choi & Zou, 2000; Jago, 2015). Sebaliknya, kerja dilihat sebagai satu cara untuk menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik. Kajian ini juga mendapati bahawa beberapa informan menganggap KKK dari segi perspektif pencapaian peranan. Ini merujuk kepada sejauh mana para informan gembira dengan pencapaian mereka dalam kerja dan juga berpuas hati dengan keadaan dalam keluarga - yang mempunyai keluarga yang bahagia dan berjaya serta dapat memberikan keperluan keluarga. Daripada penemuan ini, didapati bahawa majoriti yang bertindak balas terhadap aspek pencapaian adalah informan lelaki. Ini tidak menghairankan memandangkan dalam masyarakat ini, lelaki dianggap sebagai pencari nafkah (Westman, 2005), dengan demikian bekerja dengan baik adalah penting bagi mereka untuk menyediakan untuk keluarga. Oleh itu, pencapaian kerja adalah lebih banyak perhatian kepada informan lelaki daripada informan wanita.

RUMUSAN

Kesimpulannya, penemuan kajian ini mendedahkan bahawa, pertama, wanita tanpa menghiraukan pekerjaan, kebanyakannya melihat KKK dari penyertaan peranan atau memenuhi tugas tugas peranan. Kedua, wanita dalam pekerjaan yang menuntut boleh menyertai profesion itu daripada keghairahan dan cita-cita mereka, oleh itu, mengakibatkan mereka juga melihat KKK dari perspektif pencapaian peranan-yang berjaya dalam kerjaya sementara tidak mengabaikan keluarga. Akhirnya, penemuan itu juga membayangkan lelaki dan wanita agak berbeza dalam bagaimana kehidupan keluarga yang seimbang.

RUJUKAN Ahmad, A. (2008). Direct and Indirect Effects of Work-Family Conflict on Job Performance, The Journal of International Management Studies, 3(2), 176-180. Aryee, S., Srinivas, E.S., & Hwee, H.T. (2005). Rhythms of life: Antecedents and outcomes of work-family balance in employed parents, Journal of Applied Psychology, 90(1), 132-146. Aycan, Z. (2008). Cross-cultural approaches to work-family conflict. In K. Korabik, D. S. Lero & D. L. Whitehead (Eds.) Handbook of work-family integration. Burlington: Elsevier, 353-370. Aziz, A. & Chang, A. (2013). Work and family: The perception of balance among female teachers in Northern Malaysia, International Journal of Management Studies, 20(2), 1-14. Berger, A.A. (2010). Media and communication research methods. Thousand Oaks: Sage. Clark, S.C. (2001). Work cultures and work/family balance, Journal of Vocational Behavior, 58(3), 348-365.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 74

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Edwards, J.R. & Rothbard, N.P. (2000). Mechanisms linking work and family: Clarifying the relationship between work and family constructs, Academy of Management Review, 25, 178-199. Greenhaus, J.H., Collins, K.M., & Shaw, J.D. (2003). The relation between work-family balance and quality of life, Journal of Vocational Behavior, 63(3), 510-531. Grzywacz, J.G., Butler, A.B., Almeida, D.M. (2008). Work, family , and health: Work-family balance as a protective factor against stresses of daily life. In A. Marcus-Newhall, D. F. Halpern & S. J. Tan (Eds.). The Changing Realities of Work and Family. Malden, MA: Black- well Publishing Ltd. (pp. 194-215) Jago, M.D.L. (2015). Revisiting talent management, work-life balance and retention strategies. International Journal of Contemporary Hospitality Management, Vol. 27(3), 1-34. Marchand, A., Demers, A., & Durand, P. (2005). Does work really cause distress? The contribution of occupational structure and work organization to the experience of psychological distress, Social Science & Medicine, 61, 1-14. Marshall, C., & Rossman, G.B. (2010). Designing qualitative research (5th ed.). Thousand Oaks: Sage Publications. Nasurdin, A.M., & Hsia, K.L. (2008). The Influence of Support at Work and Home on Work- Family Conflict: Does Gender Make a Difference?, Research and Practice in Human Resource Management, 16(1), 18-38. Noor, K.M. (2011). Work-life balance and intention to leave among academics in Malaysia Public Higher Education Institution, International Journal of Business and Social Science, 2(11), 240-248. Noor, N.M. (1999). Roles and women's well-being: some preliminary findings from Malaysia, Academic Research Library, 41(3), 123-145. Russo, M., Shteigman, A., & Carmeli, A. (2016). Workplace and family support and work–life balance: Implications for individual psychological availability and energy at work. The Journal of Positive Psychology, 11(2), 173-188. Sabil, S., & Marican, S. (2011). Working hours, work-family conflict and work-family enrichment among professional women: A Malaysian case, International Conference on Social Science and Humanity. Singapore: IACSIT Press. Spector, P.E., Cooper, C.L., Poelmans, S., Allen, T.D., O'driscoll, M. & Sanchez, J.L. (2004). A cross-national comparative study of work-family stressors, working hours, and well-being: China and Latin America versus the Anglo world, Personnel Psychology, 57(1), 119-142. Voydanoff, P. (1988). Work role characteristics, family structure demands, and work/family conflict”, Journal of Marriage and Family, 50(3), 749-761. Westman, M. (2005). Cross-cultural differences in crossover research. In S. A. Y. Poelmans (Ed.), Work and Family: An International Research Perspective, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, 241-260. Yang, N., Chen, C.C., Choi, J. & Zou, Y. (2000). Sources of work-family conflict: A Sino-U.S. comparison of the effects of work and family demands, Academy of Management Journal, 43(1), 113-123.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 75

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

APLIKASI PENENTUAN AGENDA DALAM PROSES KERJA PENYEDIAAN BERITA WILAYAH, RADIO TELEVISYEN MALAYSIA KEDAH

Rozainida Zainul1 & Romlah Binti Ramli2 1 Seksyen Berita, RTM Kedah ([email protected]) 2Jabatan Komunikasi, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia ([email protected])

ABSTRAK

Jabatan Penyiaran Malaysia melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai media utama kerajaan berperanan menyediakan perkhidmatan penyiaran un- tuk rakyat dan negara. Artikel ini adalah sebahagian kajian bagi mengenalpasti perkaitan antara proses kerja, penulisan berita dan kredibiliti berita RTM yang disiarkan dalam Berita Wilayah sebagai medium penyampaian berita dan mak- lumat serta melihat pemahaman wartawan terhadap penulisan berkaitan dasar kerajaan menerusi laporan berita dan rencana. Kesan dan pengaruh pe- nulisan berita merujuk perspektif komunikasi dengan mengaplikasikan Teori Penentuan Agenda. Teori ini menjelaskan bahawa media berperanan mem- bentuk persepsi khalayak bergantung kepada gaya penulisan sesuatu berita. Semua pihak dalam pengurusan penerbitan sesebuah berita memainkan per- anan yang penting dalam memastikan proses kerja penerbitan Berita Wilayah berjalan lancar dan peranan media dalam memperjuangkan hak asasi kemanu- siaan merupakan salah satu tanggungjawab sosial melalui penghasilan berita yang berkredibilti.

Kata kunci: Radio Televisyen Malaysia (RTM), Berita wilayah, Proses Kerja Pe- nulisan

PENGENALAN Jabatan Penyiaran Malaysia melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM), sebagai media rasmi kerajaan berperanan menyediakan perkhidmatan penyiaran untuk rakyat dan negara.Sejak sekian lama, RTM menjadi nadi menyampaikan dasar, rancangan serta idea-idea kerajaan da- lam pembangunan, ekonomi masyarakat dan sosio-politik kepada rakyat, sesuai dengan fungsi media di negara membangun. berperanan dalam mendidik dan menyampaikan maklumat te- pat kepada masyarakat pada masa sama menjaga sensitiviti dan memupuk perpaduan harmoni dalam kalangan masyarakat secara keseluruhan. Dalam proses berkenaan, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa yang meliputi Seksyen Berita Radio, Seksyen Berita TV dan Seksyen Ehwal Semasa memainkan peranan penting sebagai pe- nyebar berita dan maklumat mengenai dasar-dasar semasa negara. Selain menyebarluas Gaga- san 1Malaysia, berita dan maklumat yang melibatkan pendekatan terbaharu Pelan Hala Tuju Transformasi Kerajaan (GTP), Indeks Pencapaian Negara dan Bidang Keberhasilan Utama Nega- ra (NKRA), RTM seperti jabatan dan agensi lain dalam sektor penerangan di KKMM serius beru- saha mengajak seluruh rakyat memahami Perlembagaan Malaysia, menghayati 5 prinsip Rukun Negara di samping terus mengamalkan nilai-nilai murni serta berusaha memupuk perpaduan. Semua inisiatif itu atas kesedaran, bahawa kesejahteraan menjadi kunci utama dalam mem-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 76

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 bentuk konsep sebuah negara bangsa yang maju, makmur, sejahtera dan berjaya selaras den- gan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Di samping melaporkan perkembangan berita semasa di dalam dan luar negara, Berita uta- ma televisyen yang ke udara dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil di samping Berita Wilayah dan Berita Dunia serta berita setiap jam turut menyiarkan berita-berita yang mempunyai dasar utama berkenaan. Bukan sekadar menyiarkan ucapan pemimpin dan kenya- taan rasmi kerajaan sebagai bahan berita, malah perancangan turut dibuat oleh editor dan wartawan RTM untuk liputan khusus kepada aktiviti yang melibatkan 1Malaysia serta semua dasar utama termasuk GTP, NKRA di samping meninjau kefahaman rakyat terhadap Perlemba- gaan Malaysia dan prinsip Rukun Negara. Topik yang sama dan perkara-perkara lain yang sering dibangkitkan dalam persidangan De- wan Rakyat dan Dewan Negara juga dapat diikuti semasa siaran Langsung dari Parlimen dan Laporan Persidangan Parlimen melalui TV1 dan Radio Malaysia Klasik Nasional. Selain memberi akses langsung kepada Persidangan di Parlimen yang merangkumi persidangan di Dewan Ra- kyat dan Dewan Negara, RTM turut menjadi agen hebahan penting perjalanan proses piliha- nraya, samada Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil. Namun, bagi memfokus kepada skop kajian, analisis ini akan hanya menumpukan kepada penulisan Berita Nasional Wilayah pukul 5 petang, sebagai material utama kajian. Berita Wilayah menyiarkan lebih banyak suara rakyat lebih fokus kepada sesuatu isu. Jika sebelum ini persembahan berita lebih berupaya piramid terbalik, namun demikian pelaporan terkini lebih bersifat piramid biasa. Persoalan akan dikemukakan oleh rakyat dan pemimpin akan menjawab. Tidak perlu lagi menyiarkan terlalu banyak bahan dan stereotaip dari sese- buah dari sesebuah negeri seperti sekarang. Pandangan dan kupasan pihak ketiga seperti pen- ganalisis dan ahli akademik juga akan dimuatkan atau dipanggil ke studio secara langsung jika perlu.

Rajah 1. Piramid Terbalik (Sumber: Anis Shahirah Abdul Sukur Puteri Roslina Abdul Wahid, 2015)

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 77

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Rajah 2. Piramid Menegak dalam Pemberitaan Naratif

Menurut Jane (2008), sebagai pemahaman yang mudah, semua berita, termasuk piramid terbalik mungkin dianggap sebagai 'naratif'. Namun demikian, penjelasan ringkas mengenai naratif adalah "rantaian peristiwa dalam hubungan sebab-akibat yang berlaku dalam masa dan ruang". Perbezaan antara 'berita sebagai maklumat' dan 'berita sebagai naratif', dan 'berita yang bersekutu dengan gaya sastera', pastinya bukan baru dalam wacana kewartawanan teru- tama di barat. Skrip berita akan diubah dari ‘direct reporting’ kepada ‘indepth and analytical reporting’ iai- tu sesuatu isu akan dilaporkan secara menyeluruh, mengupas kesan positif dan negatif serta respon orang ramai. Manakala, penyampaian lebih santai dan bersahaja seolah-olah bercerita bukannya ‘straight forward’ seperti memaksa penonton menerima apa yang disiarkan. Secara perkaitan, dalam pelaporan Berita Wilayah di RTM, dua orang penyampai akan me- nyampaikan berita dengan lebih banyak interaksi dua hala dengan penyampai di studio negeri- negeri selain berusaha untuk lari dari kebiasaan yang terlalu formal, rigid, dan ia dalam situasi penuh yakin tapi bersahaja.

KUASA MEDIA MASSA Media massa sebenarnya mempunyai kuasa dalam membentuk sesuatu imej tidak kira imej parti pembangkang, imej sesuatu isu mahupun imej seseorang. Perkara ini dapat dilihat dari beberapa kajian yang telah dijalankan. Antaranya kajian Bahtiar Mohamad, Hassan Abu Bakar, Mohamad Khadafi Hj. Rofie (2004) yang bertajuk ‘Imej Islam di media cetak: Analisis kandun- gan akhbar Mingguan Malaysia’. Kajian mendapati wujud perbezaan di antara akhbar Berita Minggu dengan Mingguan Malaysia dalam melaporkan berita-berita tentang Islam. Penyiaran berita tentang islam dapat dibahagikan pembahagian 46.30% (Berita Minggu) dan 53.70% (Mingguan Malaysia). Imej Islam dalam kedua-dua akhbar ini digambarkan dalam pelbagai arah samada positif, negatif, atau pun neutral dengan merujuk kepada aspek akidah, ibadah, akhlak dan perundangan. Satu lagi kajian yang dapat membuktikan kuasa media massa dalam membentuk imej ialah kajian Mei Li Lean (2008) iaitu New Kids on the Block: The Discursive Construction of two New Premiers by the Mass Media. Kajian ini memfokus kepada liputan berita yang diberikan terha- dap Perdana Menteri Malaysia, (pada ketika itu) Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam tempoh awal peralihan kuasa. Kajian paradigm analitikal Analisis Wacana Kritis memfokus kepada strategi diskursif tertentu seperti tajuk utama akhbar, bahasa kepimpinan, gambar-gambar, ‘quotation patterns’ dan leksikalisasi. Hasilnya, kedua- dua perdana menteri dipresentasikan sebagai ‘Mr. Nice Guy’ dan ‘Mr. Mysterious Guy’.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 78

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Dalam usaha membuktikan kuasa media dan melihat perkaitannya dengan teori penentuan agenda, telah banyak kajian dilakukan. Antara ialah kajian berupa tesis yang dijalankan oleh Ahmad Zahid Hamidi (2008) yang bertajuk ‘ManifestoBarisan Nasional sebagai Agenda Akhbar Bahasa Melayu semasa tempoh kempen Pilihan raya’. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai agenda akhbar bahasa Melayu keti- ka pilihan raya umum untuk tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999. Kajian ini juga mengu- kuhkan Teori Penentuan Agenda memandangkan kedua-dua akhbar berkenaan menunjukkan kecenderungan terhadap amalan penentuan agenda kerana akhbar-akhbar berkenaan dimiliki oleh parti pemerintah yang mahukan pengamal media kedua-dua akhbar berkenaan menter- jemahkan agenda parti dalam semua liputan dalam halaman akhbar mereka. Sementara itu, bagi melihat proses pemilihan sumber berita satu kajian telah dibuat oleh Mus Chairil Samani (1992) iaitu kajian bertajuk ‘Sumber berita: Analisis isi kandungan empat akhbar harian nasional Malaysia’. Kajian ini mendapati bahawa kuasa yang dimiliki oleh seseo- rang itu dalam masyarakat mampu mempengaruhi cara pemilihan sumber dalam kalangan wartawan keempat-empat akhbar. Elemen ‘kuasa’ yang ditinjau daripada jenis sumber yang dipilih menunjukkan golongan terpilih paling banyak digunakan sebagai sumber dalam sesuatu berita. Sumber terpilih ini terdiri daripada golongan elit bidang sosial, ekonomi, politik dan budaya (seperti yang ditemui oleh Gans, 1980) bagi media di Amerika Syarikat. Selain itu, juga didapati bahawa wartawan di negara ini tidak mengamalkan perspektif yang lebih meluas da- lam memilih sumber bagi bahan tulisan mereka (tidak berusaha untuk memberikan perspektif seimbang sejajar dengan komposisi anggota sesuatu masyarakat, mereka juga tidak banyak berpandukan tatasusila kewartawanan yang jelas menggalakkan liputan berita yang adil dan saksama. Di luar negara, kajian-kajian berkaitan dengan teori penentuan agenda dalam politik melalui media massa giat dijalankan. Hampir kesemua kajian mendapati media massa sememangnya mempunyai kuasa dalam menentukan agenda dan memainkan peranan yang besar dalam me- nyalurkan ideologi pihak pemerintah. Antara kajian yang signifikan oleh Hassan Bashir (2009), dengan menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kritis mendapati akhbar Qanun paling ber- pengaruh dalam masyarakat Iran melalui penggunaan bahasanya yang jujur dan jelas, malah idea dan pemikiran moden yang ekstrensif telah dipersembahkan dengan bijak. Akhbar ini mempunyai disiplin yang sistematik dan ini menggambarkan kemampuan penulisnya mempro- jeksi idea-idea moden ke dalam masyarakat tradisional di Iran. Akhbar Qanun didapati me- mainkan peranan yang penting dalam proses memodenkan pemikiran sosial dan politik di ne- gara tersebut. Kwamena Kwansah-Aidoo (2003) pula membuat kajian berkaitan penentuan agenda media dalam konteks negara Ghana yang meneliti hubungan kompleks yang wujud diantara media, peristiwa tertentu dan penentuan agenda di Ghana. Kajian yang mengenal pasti kesan-kesan yang signifikan dengan faktor sosio budaya yang melibatkan dua peristiwa tertentu mendapati peristiwa tersebut dibingkaikan oleh media untuk memberikan kesan penentuan agenda. Pembingkaian media terhadap peristiwa-peristiwa tersebut telah menyediakan khalayak den- gan rekabentuk kognitif sedia ada dan ini memungkinkan perluasan penentuan agenda. Kajian oleh Omar Ozer dan Neda Uzer Saracer (2009) yang bertajuk bertajuk ’Context prob- lem in news and ideological presentation of custom killings in newspaper: An example in Hur- riyet and Sabah daily newspaper’ pula, mendapati dalam mempersembah atau menyampai maklumat atau peristiwa di dalam akhbar, wartawan sengaja memilih untuk mengabaikan hu- raian atau penjelasan sosial, budaya dan ekonomi dan berita sengaja dipersembahkan dengan memberikan perincian tertentu bagi mencipta berita yang popular dan sensasi.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 79

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

TEORI PENENTUAN AGENDA Penentuan agenda ialah teori yang sering digunakan dalam kajian komunikasi untuk meneliti penggunaan media massa oleh khalayak (Syed Arabi Idid, 1994). Teori yang pada mulanya di- perkenalkan oleh Cohen (1963) ini, telah dikembangkan dan dibuat kajian yang lebih empirikal oleh McCombs dan Shaw (1972) mendapati bahawa media amat berkesan dalam mempenga- ruhi apa yang hendak difikirkan oleh khalayak. Pada asasnya, teori ini berkembang dari kajian komunikasi yang meletakkan andaian baha- wa media massa mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana sewaktu perang dunia, kha- layak didedahkan kepada dakyah musuh dan perintah sendiri sehingga menyebabkan mereka mempercayai sepenuhnya apa jua utusan yang disampaikan oleh pemerintah. Selain itu wujud juga propaganda antara terhadap khalayak yang dinyatakan sebagai memang mudah memper- cayai apa jua utusan yang disampaikan melalui media massa (Syed Arabi Idid, 1994). Kajian berkaitan peranan media massa dalam politik terus dikembangkan lagi dengan Hov- lan mengkaji tentang keupayaan media massa pada tahun 1957, dan dua tahun kemudian membuat satu lagi kajian bersama Janis. Dapatan dari kedua-dua kajian tersebut merumuskan bahawa utusan khususnya media massa bukan sahaja mampu mengubah tindak balas kha- layak, malah dianggap begitu kuat sehingga mampu mengubah sikap pembacanya (Syed Arabi Idid, 1994). Di Malaysia, antara pengkaji yang menggunakan teori penentuan agenda ialah Syed Arabi Idid bagi melihat peranan media massa dalam pilihanraya umum Malaysia yang diadakan pada tahun 1990. Kajian beliau mendapati isu yang ditonjolkan oleh media (agenda media) mempu- nyai pertalian rapat dengan apa yang akan menjadi topik perbincangan umum atau agenda umum (Syed Arabi Idid, 1994). Dalam pemilihan dan paparan berita, editor, kakitangan bilik berita dan penyiar memainkan peranan penting untuk membentuk realiti politik supaya pembaca bukan sahaja mengetahui tentang sesuatu isu yang disiarkan, tetapi juga memahami kepentingan untuk mengaitkan isu dengan masalah maklumat dalam berita dan kedudukan (berita) (McCombs & Shaw, 1972). Teori ini mengatakan akhbar, televisyen dan media-media lain menyebabkan khalayak pe- duli atau tidak peduli, memberi perhatian atau mengabaikan, menokok tambah atau mengu- rangkan ciri-ciri khusus (isi-isi) dalam sesuatu kejadian (Shaw, 1979). Teori ini menjelaskan ba- hawa media berperanan membentuk persepsi khalayak bergantung kepada gaya penulisan sesuatu berita. Selain itu, versi awal model penyebaran maklumat juga menjelaskan bahawa kesan media bersifat tidak langsung, maklumat dan aliran berita daripada radio dan cetakan sampai kepada para pemimpin pendapat yang kemudiannya memberi pengaruh kepada masyarakat (Shaw, 1979). Menyedari terdapat hubungan antara laporan akhbar dengan perhatian masyarakat awam membolehkan penyelidik seperti Maxwell McCombs dan Donald Shaw dalam kajian berkenaan kempen politik 1968 tampil dengan usul yang menyatakan bahawa media mengajar masyara- kat berkenaan isu-isu yang dianggap penting (Muin, 2011). Dalam menulis berita, seseorang wartawan itu perlu menilai impak setiap berita yang hendak disiarkan (Chamil Wariya, 2008). Penilaian impak bermaksud penulis berhati-hati menimbang samada maklumat yang diguna- kan dalam tulisan akan meninggalkan kesan ke atas audiennya dan ini melibatkan proses me- milih unsur-unsur bahan yang difikirkan boleh meninggalkan impak paling hebat ke atas kha- layak. Sebuah penulisan berita yang berkesan ialah penulisan yang dibaca oleh khalayak sasa- ran, dibincangkan dan diingati oleh khalayak (Chamil Wariya, 2008).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 80

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Dalam hal ini, ia dapat dibahagikan ke dalam dua peringkat iaitu agenda setting peringkat pertama adalah menentukan bahagian atau aspek-aspek dari isu umum tersebut yang dinilai penting. Peringkat kedua adalah memberitahu kita mengenai bagaimana cara membingkai isu atau melakukan framing terhadap isu, yang akan menjadi agenda media dan juga agenda ma- syarakat. Penelitan agenda setting tahap ke-3 dilakukan pada saat pemilihan presiden Amerika tahun 1976, dengan melihat berbagai faktor yang berpengaruh dalam agenda setting. Para peneliti mencuba mempelajari hubungan antara agenda para calon dengan agenda para pemi- lih berdasarkan latar belakang pemilih. Menurut Agenda Setting theory terdapat tiga proses agenda setting iaitu media agenda, public agenda dan policy agenda, berikut analisis isu tersebut menurut proses terjadinya agen- da setting seperti Rajah 3 di bawah.

Rajah 3. Teori Penetntuan Agenda (McQuail & Windahl, 1993)

Pada tahap ini, Karen Siune dan Ole borre (1975) turut melakuan penelitian untuk menge- tahui kompleks agenda setting dalam di Denmark. Mereka merakam acara di television dan radio serta mewawancara 1300 pemilih untuk mengetahui apa yang menurut mereka menjadi agenda masyarakat. Tahap ke-4 dimulai pada tahun 1980-an dan terus berlangsung hingga saat ini, dengan fokus perhatian pada upaya menjawab pertanyaan mengenai apa yang menjadi sumber agenda media atau dengan kata lain, faktor-faktor apa yang menentukan agenda me- dia. Menurut Rogers dan Dearing (1998), agenda setting merupakan proses linear yang terdiri atas tiga tahap, iaitu agenda media, agenda publik, dan agenda kebijakan. Menurut Huck, Quiring dan Brosius pada tahun 2009 pula, penentu agenda berperanan da- lam memaklumkan penerima mengenai pentingnya kepercayaan daripada orang lain. Hal ini bermula daripada persepsi pihak ketiga dalam sesuatu perkara. Selain itu, media massa me- mainkan peranan yang penting kerana media boleh mempengaruhi masyarakat dengan mu- dah. Teori Penentu Agenda menggambarkan kekuatan pengaruh media yang sangat kuat ter- hadap pembentukan persepsi masyarakat. Menurut McCombs dan Shaw, 1972, teori ini men- jelaskan betapa besarnya pengaruh media yang berkait rapat dengan pengaruh serta peranan- nya dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Ia juga menjelaskan secara

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 81

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 meluas mengenai besarnya pengaruh media iaitu berkaitan dengan kemampuannya dalam menyebarkan maklumat kepada khalayak mengenai sesuatu perkara yang penting. Dearing dan Rogers (1996) mendefinisikan agenda setting sebagai persaingan antara pelba- gai isu penting untuk mendapatkan perhatian dari para pekerja media, masyarakat. Manakala, Jennings Bryant dan Susan Thompson (2002), menyatakan agenda setting adalah hubungan yang kukuh antara berita yang disampaikan media dengan isu-isu yang dinilai penting oleh masyarakat. Lazarsfeld pula menyatakan agenda setting sebagai kekuasaan untuk mengatur pelbagai isu. Selain itu, McCombs dan Shaw, 2002, menyatakan bahawa media massa memiliki kemampuan memindahkan hal-hal penting dari agenda berita mereka menjadi agenda awam. Kita menilai penting apa saja yang dinilai penting oleh media. Dengan kata lain, teori agenda setting adalah teori yang berkesan dalam komunikasi massa yang dapat memberi pengaruh terhadap masyarakat dan budaya. Media memberikan isu-isu terpenting dan mengabaikan isu lainnya. Masyarakat cenderung kepada menerima suatu isu atau berita melalui media massa yang berbeza-beza.

KAEDAH KAJIAN Berikut merupakan kategori informant. Kajian ini akan mendapatkan data daripada dua sumb- er utama iaitu sumberprimer dan sumber sekunder. Sumber primer bagi kajian ini ialah sumber internet iaitu teks berita yang diperolehi dari RTM. Sementara sumber primer lain yang terlibat dalam kajian ini pula terdiri daripada informan yang dipilih dari pelbagai kategori. Sumber pri- mer kebiasaannya merangkumi wartawan dan editor akhbar, penganalisis politik, ahli akade- mik dan masyarakat sekitar. Pengkaji menetapkan had jumlah informan dalam kajian ini kepa- da sepuluh orang sahaja. Informan yang ditemubual adalah terdiri daripada editor, wartawan, juru kamera, dan penyunting visual. Namun begitu, mereka ini mempunyai latar belakang pen- didikan, ekonomi dan politik yang berbeza. Sumber sekunder bagi kajian ini pula diambil dari artikel-artikel jurnal dan majalah, komentar atau rencana, dan kertas kerja yang berkaitan den- gan topik kajian. Kaedah temu bual merupakan kaedah pengumpulan data melalui interaksi verbal secara langsung diantara pengkaji dengan responden. Kaedah ini memerlukan pengkaji menanyakan soalan kepada responden dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang rele- ven dengan topik kajian. Jenis struktur atau format temu bual yang hendak digunakan bergan- tung kepada soalan-soalan kajian dan bentuk jawapan yang diharapkan daripada responden. Kajian ini akan menggunakan kaedah temu bual struktur semi – standardized atau juga dikenali sebagai temu bual mendalam (in-depth interview) iaitu struktur yang berada di antara garisan struktur tidak standard dengan struktur standard. Dalam pendekatan ini, topik atau isu akan diteliti terlebih dahulu dalam bentuk outline form yang peranan sebagai senarai semak bagi memastikan setiap penemu bual mengendalikan pencarian fakta atau maklumat yang sama daripada responden. Mereka juga disaran untuk memberikan pandangan atau saranan lain berkaitan topik yang dibincangkan. Namun begitu, pengkaji akan mengubah atau menggubal soalanyang berse- suaian dengan latar belakang responden, misalnya soalan yang hendak ditanyakan kepada penyokong parti yang berlainan sudah pasti akan berbeza atau soalan yang hendak ditanyakan kepada editor mestilah berbeza dengan soalan yang hendak ditanyakan kepada penganalisis politik ataupun ahli akademik. Inilah sebabnya kaedah temu bual mendalam dipilih oleh peng- kaji dan bukan kaedah temu bual standardized atau pemerhatian dan soal selidik. Data yang diperolehi daripada temu bual ini juga dianalisis dan dibuat huraian deskriptif.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 82

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Data dikumpul bermula 7 November sehingga 21 November 2014. Menurut Wimmer dan Dominick (2003), data kualitatif terdiri dari pelbagai bentuk seperti nota-nota yang dicatat semasa pemerhatian, transkrip temu bual, dokumen-dokumen, diari dan junal-jurnal. Kajian kualitatif secara amnya menggunakan metod induktif iaitu data yang releven dengan topik kajian dikutip atau dikumpul dan dikategorikan kepada kategori-kategori bermakna yang ber- sesuaian, seterusnya penerangan atau penjelasan dikembangkan dari data tersebut. Bagi data yang diperoleh hasil daripada temu bual pula, pengkaji membuat analisis berdasarkan teori yang menunjangi kajian iaitu dengan menghuraikan data

DAPATAN KAJIAN Keseluruhan data yang dianalisis ini jelas menunjukkan bahawa berita adalah keperluan utama media massa dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Dalam kajian ini, didapati bahawa pengarang, wartawan serta pengamal media merupakan golongan profesion- al yang peranannya dapat mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat, melalui laporan dan penulisan mereka. Oleh yang demikian wartawan dianggap sebagai agen perubahan kepa- da masyarakat. Sebagai golongan yang berpengaruh, mereka mempunyai etika profesion untuk dijadikan sebagai panduan dalam menjalankan tugas harian. Maka, wartawan atau lebih tepat sebagai pengamal media memainkan peranan yang penting dalam penulisan berita teruta- manya untuk menyalurkan maklumat menerusi media cetak mahupun media elektronik. Pros- es penerbitan berita wilayah peranan pemberita merupakan elemen yang paling utama dalam menentukan samada isu yang dipaparkan dapat diselesaikan sebaik mungkin atau sebaliknya. Aspek pemahaman peranan serta tanggungjawab ke arah membantu masyarakat umum da- lam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat atau khalayak umum. Pengamal media termasuk jurukamera dan penyunting visual juga merupakan gandingan yang diperlukan dalam setiap proses penerbitan berita wilayah bagi memastikan maklumat yang disalurkan seimbang dan diterima oleh masyarakat. Namun, media kerajaan perlulah menjalankan peranan yang positif kerana isu-isu yang dipaparkan hendaklah adil dan saksama. Isu-isu yang dipaparkan menerusi Berita Wilayah adalah yang mempunyai keperluan yang tinggi dan serius diperbincangkan dalam kalangan rakyat atau masyarakat umum. Isu-isu yang dipaparkan lebih cenderung kepada permasahan rakyat, keiskinan, pembalakan haram, masa- lah air, dan keperluan pembangunan. Isu-isu tersebut diperolehi dari tinjauan dan pemerhatian pemberita sendiri, media lain serta aduan penduduk.

AMALAN DAN PROSES KERJA BERITA WILAYAH Amalan cara kerja atau proses kerja dalam penghasilan Berita Wilayah. Dapat dilihat bahawa jawapan yang diberikan oleh informant berpendapat sokongan visual yang menarik amat pent- ing dalam membantu dan melancarkan proses kerja ketika menerbitkan sesuatu bahan berita. Penyusunan audio visual yang menarik dalam memastikan Berita Wilayah berkredibiliti juga merupakan antara faktor atau peranan yang menyumbang kepada penarikan penonton terha- dap Berita Wilayah. Amalan etika organisasi memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi, tidak kira organisasi awam mahupun swasta. Organisasi media kerajaan seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) harus mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. (Mohd Yahya Mohamed Ariffin dan Md Sidin Ahmad Ishak, 2011). Menurutnya lagi, organisasi media swasta pula perlu patuh kepada polisi yang ditetapkan oleh pemilik atau pemegang saham. Media massa swasta juga tertakluk kepada Kod

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 83

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2004) dalam penyebaran kandungan media kepada masyarakat umum. Etika organisasi media menjadi garis panduan kepada wartawan dan pengarang dalam menyampaikan maklumat termasuklah maklumat tentang dasar kera- jaan. Dalam pada itu, hasil analisis turut memperlihatkan bahawa media memainkan peranan yang penting dalam memaparkan isu untuk tatapan khalayak dan masyarakat umum. Justeru, ianya dapat diselesaikan selepas pendedahan pihak media mengenai isu-isu yang dipaparkan. Kelazimannya, isu-isu yang dipaparkan menerusi Berita Wilayah adalah yang bernilai dan per- lukan penyelesaian segera.

PENENTUAN AGENDA BERITA WILAYAH Lane dan Carter (2012) menegaskan bahawa advokasi media adalah proses menyebarkan mak- lumat melalui media komunikasi di mana tujuannya adalah untuk melaksanakan tindakan, se- perti perubahan dasar, atau untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap isu. Media massa telah terbukti sebagai satu medium atau perantara terpenting dalam menyampaikan maklumat dan mesej tertentu. Kepentingan media bukan sekadar terhenti dalam menyampaikan maklumat sahaja, tetapi lebih daripada itu kerana media berperanan dalam membentuk pola pemikiran masyarakat. Maka setiap penambahbaikan dalam membantu media untuk terus menyampaikan ideologi atau menyalurkan maklumat perlulah diambil kepentingan pada setiap peringkat organisasi. Pada prinsipnya media dan masyarakat sosial adalah sesuatu yang sukar untuk dipisahkan. Media massa bukan sahaja bertanggungjawab untuk mendidik, memotivasi dan memaklu- matkan masyarakat tetapi merupakan medium penting kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat tentang pembangunan negara di samping akur dengan undang-undang dan dasar kerajaan demi kepentingan dan kestabilan negara. Berdasarkan data yang telah dianalisis, jelas menunjukkan penghasilan Berita Wilayah me- merlukan penambahbaikan untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada audiens atau masyarakat umum. Kajian ini juga memperlihatkan hubungan media dan kerajaan sertabagai- mana mereka bekerjasama dalam menghasilkan sesuatu berita yang berkaitan negara dan berita semasa. kajian ini menjelaskan pengaruh kerajaan dalam bidang media massa. Selain itu, kajian ini dapat memperlihatkan persepsi masyarakat dan tindak balas mereka ke atas program kerajaan, samada mendapat sokongan ataupun tentangan.

KREDIBILITI BERITA RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) Kredibiliti berita melalui media massa khususnya televisyen merupakan satu konsep yang kompleks. Para sarjana telah menggunakan pelbagai pendekatan untuk menilai dan memaha- mi setiap komponen yang terdapat di dalam media (Cristina Calvo-Porral, Valentín-Alejandro Martínez-Fernández & Oscar Juanatey-Boga, 2014). RTM khususnya sebagai saluran maklumat utama kerajaan harus berani membuat perubahan daripada segi penyampaian berita dan mak- lumat yang tidak bersifat terlalu mendominasi demi mewajarkannya untuk terus kekal dalam arus perdana semasa. Maka, kajian ini membuktikan proses kerja serta penghasilan Berita Wi- layah menepati setiap garis panduan. Kajian terhadap kredibiliti berita RTM dapat dilihat sangat penting bagi memberi kepuasan saluran maklumat kepada rakyat khususnya bagi khalayak yang mahukan sesuatu berita yang disajikan secara benar.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 84

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Khalayak semakin prihatin terhadap sumber maklumat dan mengharapkan agar sumber be- rita yang disiarkan boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti. Khalayak juga perlu menyedari tentang proses pengampangan yang wujud dalam akhbar dan televisyen yang diplikasikan dari Teori Penentuan Agenda. Maka, khalayak dapat mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyunting berita di televisyen dan mereka lebih yakin kerana berita-berita yang disajikan kepada mereka adalah berita yang telah disunting terlebih dahulu dan penulisan yang beretika. Rentetan dari itu, setiap isu yang dipaparkan menerusi Berita Wilayah dapat diselesaikan atau sekurang-kurangnya masalah yang dihadapi rakyat mendapat perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Dapat dilihat bahawa semua pihak terutamanya dalam pengurusan pener- bitan warga berita semasa sesebuah berita memainkan peranan yang penting dalam memasti- kan proses kerja penerbitan Berita Wilayah berjalan lancar.

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, peranan media dalam memperjuangkan hak asasi kemanusiaan meru- pakan sesuatu yang penting dan merupakan salah satu tanggungjawab sosial media. Masyara- kat kini mula sedar akan hal-hal yang berlaku dan mengambil berat mengenai perkembangan- nya. Justeru, penentuan agenda dengan aspek pelaporan secara ‘piramid menegak’ adalah pendekatan yang menjelaskan fenomena sebenar dalam proses kerja dan penghasilan Berita Wilayah. Antaranya persediaan awal pengamal media sebelum membuat liputan dan memban- tu menyelesaikan isu yang diketengahkan. Media juga perlu mengambilkira garis panduan ser- ta dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan yang menjadi tunjang utama dari teori berkenaan. Wujudnya amalan praktis sosial antara media massa dan masyarakat umum. Memandangkan pentingnya peranan media massa dalam kehidupan, justeru kajian ini diper- kembangkan dan diketengahkan untuk menyerlahkan lagi penggunaan serta peranan media massa dalam menyalurkan maklumat serta ideologi dari pihak pemimpin.

RUJUKAN A. Kadir Jasin (2008). Pilihan Raya Umum 2008. Rakyat Sahut Cabaran. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd. Abdul Latif Abu Bakar (1998). Peranan Media dalam Pilihan Raya Persekutuan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Anis Shahirah Abdul Sukur & Puteri Roslina Abdul Wahid (2015). Analisis Piramid Terbalik dan Nilai Berita dalam Terjemahan Berita Dunia. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 26, 2015. http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/11026/3%20ANALISIS% 20PIRAMID%20TERBALIK%20DAN%20NILAI%20BERITA%20DALAM%20TERJEMAHAN% 20BERITA%20DUNIA.pdf Bahtiar Mohamad, Hassan Abu Bakar, Mohamad Khadafi Hj. Rofie. (2004). Imej Islam di Media Cetak: Analisis Kandungan Akhbar Mingguan di Malaysia. The Malaysian Journal of Lan- guage and Communication. Vol 1 (1). Beaudoin,C. E., & Thorson, E. 2002. Journalists, public differ on perception of media coverage. Newspaper Research Journal, 23(4), 52-61. Bryant, J., &Miron, D. 2004. ‘Theory and research in mass communication’, Journal of Commu- nication. 54(4): 662-704, Chamil Wariya (2008). Penulisan berkesan : media cetak, elektronik, dan web. Kuala Lumpur : Malaysian Press Institute Chang Peng Kee, .2009. ‘Pembingkaian Maklumat Dalam Iklan-iklan Pasukan Petugas Khas Pe- mudahcara Perniagaan’, Journal Excellence, Vol. 1, No. 1, pp. 85-100.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 85

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Chang PengKee, et al, ‘Indigenising Framing Knowledge From Contente-analysing The Weblog Frames Built on Chedet.com’, Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication Vol 26: 47-61 47, Universiti Kebangsaan Malaysia. Cristina Calvo-Porral, Valentín-Alejandro Martínez-Fernández & Oscar Juanatey-Boga (2014). Mass communication media credibility: an approach from the Credible Brand Model. In- tercom – RBCC São Paulo, v.37, n.2, p. 21-44, jul./dez..DOI 10.1590/1809-5844 20141 Fairclough.N,(1989). Language and Power. Harlow: Pearson. Education Limited. Fairclough.N,(1995). Critical Discourse Analysis. The Critical Study of Language. Harlow: Pear- son. Education Limited. Fairhurst, G. & Star, R, (1996). ‘The art of Framing’, San Francisco: Jossey-Bass. Flanagin, A. J., & Metzger, M. J. 2000. Perceptions of Internet information credibility. Journalism & Mass Communication Quarterly, 77(3), 515-540. Jane, J. (2008). Turning the inverted pyramid upside down: how Australian print media is learn- ing to love the narrative Journal Title Asia Pacific Media Educator. https://research- repository.griffith.edu.au/bitstream/handle/10072/23024/51696_1.pdf?sequence=1 Lane CH1, Carter MI. (2012). The role of evidence-based media advocacy in the promotion of tobacco control policies. Salud Publica Mex. 2012 Jun; 54 (3) : 281-8. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22689166 McCombs, M. E. & Shaw, D. L. (1972). The Agenda Setting Function of Mass Media . Public Opinion Quarterly 36 (2): 176-187. DOI: https://doi.org/10.1086/267990 McQuail, D., & Windahl, S. (1993). Communication Models for the Study of Mass Communica- tions (2nd ed). London: Longman. Mei Li Lean., (2008). ‘New Kids on the Block’: The Discursive Construction of two New Premiers by the Mass Media. Critical Approaches to Discourse Analysis across Disciplines, dipetik daripada http://cadaad.org/ejournalJurnal Mohd Asri Mohamad, (2002). Pengaruh Golongan Elit Pemerintah Dalam Pemaparan Berita- Berita Etnik. Analisis Kandungan Terhadap Pelaporan Berita Akhbar Utusan Malaysia dan Sejurus Sebelum dan Selepas Pilihanraya Umum Ke-10 Malaysia. Disertasi Universiti Sains Malaysia Mohd. Yahya Mohamed Ariffin dan Md. Sidin Ahmad Ishak, (2010). Amalan Penyediaan dan Penulisan Bahan Siaran Media di Malaysia:Kajian Analisis Kandungan Jurnal Komunikasi, Journal of Communication,Vol 26 dipetik daripada www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume26- 1-2010.html Mokhtar Muhammad, Mohd. Illias Salleh& Rahmat Ghazali, (2000). Analisis kandungan liputan akhbar arus perdana dan akhbar alternatif berkaitan Pilihanraya Umum 1999. Technical Report. Institute of Research, Development and Commercialization, Universiti Teknologi MARA. Normah Mustaffa, Faridah Ibrahim, Mus Chairil Samani, & Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2010). Persepsi khalayak terhadap kredibiliti media di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5 (2). pp. 153-160. Normah Mustaffa, Faridah Ibrahim, Mus Chairil Samani, & Mohd. Helmi Abd. Rahim, (2010). Persepsi khalayak terhadap kredibiliti media di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5 (2). pp. 153-160. Omer Ozer dan Neda Ucer Saracer. (2010). Context problem in news and ideological presenta- tion of custom killings in newspapers: An example in Hurriyet and Sabah daily newspa- pers. Journal Media and Communication Studies. Vol.2(4) dipetik daripada http://www.academicsjournals.org/jmcs Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi. (2004). Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Kuala Lumpur: Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 86

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Syed Arabi Idid. (1994). Penentuan Agenda: Peranan Media Massa Dalam Pilihanraya Umum. Kuala Lumur: Dewan Bahasa dan Pustaka Vreese, C. H. De. (2005). News framing: Theory and typology. Information Design Journal aand Document Design. 13(1): 51-62. Wanta, W., & Hu, Y, (1994). The effects of credibility, reliance, and exposure on media agenda- setting: A path analysis model. Journalism Quarterly, 71(1), 90-98. West, M. D., (1994). Validating a scale for the measurement of credibility: A covariance structure modeling approach. Journalism Quarterly, 71(1), 159-168. Zhang, M. X. 2006. The present situation and analysis of mass media use and media credibility in countryside of mid-China: The case of Hubei province. China Media Research, 2(4), 37- 47

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 87

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

TRANSFORMASI KEWARTAWANAN PENYIASATAN DI MALAYSIA DALAM KONTEKS MEDIA BAHARU DARI PERSPEKTIF PENGAMAL MEDIA Adibah Ismail1, Mohd Khairie Ahmad2 & Che Su Mustaffa3 1 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 2Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 3Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRACT

Makalah ini membincangkan dengan terperinci cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengamal media di Malaysia dalam mempraktikkan ke- wartawanan penyiasatan dalam era media baharu. Makalah ini meng- huraikan kaitan ekonomi-politik media di Malaysia dengan persekita- ran media hari ini. Ia turut menghuraikan tentang transformasi komu- nikasi era kontemporari yang telah mencetuskan ledakan maklumat menyebabkan pengamal media mendapat akses kepada maklumat yang lebih luas dan terpaksa mengubah praktis kewartawanan mereka bagi mengikuti perubahan semasa. Bagaimanapun, cabaran-cabaran utama kepada pengamal media dikenal pasti sebagai kesukaran men- cari isu, kesukaran mendapatkan maklumat dan kesukaran membukti- kan kebenaran.

Kata kunci: media baru, kewartawanan penyiasatan, Malaysia.

PENGENALAN Sejak berabad yang lalu, organisasi media di seluruh dunia telah mengamalkan kewartawanan penyiasatan yang dianggap sebagai satu bentuk kewartawanan tertinggi dan paling dihormati. Ini kerana peranannya dalam demokrasi yang memastikan masyarakat tidak ditindas atau dianiaya oleh mereka yang berkuasa (Ettema & Glasser, 1984). Bagaimanapun, praktis kewar- tawanan penyiasatan ini bukanlah bertahan pada tahap yang sama sebaliknya turut mengalami pasang surut ekoran perubahan pelbagai faktor termasuk suasana politik, ekonomi, persekita- ran media dan penerimaan masyarakat. Kewartawanan penyiasatan kembali menjadi praktis yang popular di organisasi media beri- kutan kejayaan pendedahan skandal Watergate pada tahun 1972. Dalam kes yang mashyur ini, dua wartawan dari The Washington Post iaitu Carl Bernstein dan Bob Woodward telah menyi- asat kes rompakan di bangunan Watergate yang menempatkan ibu pejabat Parti Demokratik. Ketekunan mereka menyiasat telah mendedahkan skandal terbesar di Amerika Syarikat pada masa itu yang akhirnya memaksa Presiden Richard Nixon meletak jawatan pada tahun 1974. Kejayaan mereka dilihat sebagai simbol kekuasaan media dalam menegakkan kebenaran (Schudson, 2004). Skandal Watergate telah menjadi inspirasi wartawan di seluruh dunia se- hingga kewartawanan penyiasatan menjadi popular di Eropah, Australia, Britain dan juga ne- gara-negara membangun seperti Filipina. Menariknya, kewartawanan penyiasatan tidak pernah menjadi tradisi dalam organisasi me- dia di Malaysia. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, media di Malaysia menga- malkan budaya menyokong agenda kerajaan dan melaporkan sesuatu perkara dari perspektif kerajaan. Amalan ini bertentangan dengan Empat Teori Akhbar yang diperkenalkan oleh

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 88

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Siebert, Peterson dan Schramm (1963) di mana mereka meramalkan bahawa sistem media secara automatik akan mengikut sistem politik sesebuah negara. Jika negara tersebut menga- malkan sistem politik autokratik maka medianya akan tergolong dalam Model Autoritarian di mana media dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Sebaliknya jika sebuah negara demokrasi, sistem akhbarnya tergolong dalam Model Liberal iaitu media bebas dari kongkongan kerajaan dan boleh bertindak sebagai pemantau yang menjaga kepentingan rakyat dari dianiaya dan ditindas oleh golongan yang berkuasa. Bagaimanapun, ramalan teori tersebut tidak berlaku di Malaysia. Sistem media di Malaysia tidak bersifat liberal walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Hubungan media dan kerajaan di Malaysia lebih kompleks ker- ana media bukan sahaja terikat dengan pelbagai undang-undang tetapi juga pemilikan media, nilai dan budaya media tempatan. Menurut Mustafa Kamal (2005), pengamal media di Malay- sia diterapkan dengan kebimbangan bawah ketidakstabilan politik akan berlaku sekiranya me- dia tidak menyokong aspirasi kerajaan. Pemikiran media dimanipulasi oleh kerajaan dengan tanggapan-tanggapan negatif sebegini supaya media dapat digunakan sepenuhnya untuk meraih sokongan rakyat. Aspek sosial negara ini juga mempengaruhi sistem media kerana populasi Malaysia terdiri daripada Bumiputera (68.8 peratus), Cina (23.2 peratus), India (7.0 peratus) dan lain-lain (1.0 peratus) (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017). Selain mengamalkan budaya kaum mereka sendiri, rakyat pelbagai kaum di Malaysia juga mengamalkan aspek-aspek budaya Timur seperti menjaga air muka, menghormati ketua dan kolektivisma konservatif. Nilai-nilai ini sangat ber- canggah dengan nilai-nilai yang diperlukan dalam kewartawanan penyiasatan. Kewartawanan penyiasatan yang dipraktikkan di Malaysia didapati terkongkong dengan tapisan-kendiri dan keperluan untuk menerima pengaruh hegemoni (Kia Soong, 1990). Dalam persekitaran media yang sebegini, media di Malaysia memberikan penekanan kepada pembangunan sosio-ekonomi yang kini telah membayangi kepentingan untuk menun- tut keadilan sosial dan demokrasi partisipasi. Pengamal media tidak bertanyakan soalan yang sukar dan sensitif kepada pemimpin negara kerana dibayangi dengan “keperluan untuk men- yokong kemajuan negara.” Ahli-ahli politik juga kebal dari siasatan media apabila mereka men- gawal melalui pemilikan media. Pemilikan tersebut membolehkan mereka mengawal editor dan penerbit dengan membentuk polisi dan budaya organisasi media yang tidak gemar kepada kewartawanan penyiasatan (Mustafa Kamal, 2005). Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia, Norila Mohd Daud (2008) telah menulis bahawa pengamal media di Malaysia tidak dibenarkan untuk mempraktiskan kewartawanan penyiasatan terutamanya melibatkan ahli politik yang mempunyai latar belakang yang mencurigakan. Dalam situasi sebegini, dapat dilihat bahawa kewartawanan penyiasatan di Malaysia masih wujud tetapi tidak dipraktikkan secara meluas (Norsiah, Mohd. Sobhi & Nazialita, 2015). Sebagai sebuah negara membangun, cabaran dan prospek kewartawanan di Malaysia me- maparkan perspektif yang berbeza dan amat menarik untuk diteliti kerana ia berlainan dari literatur terdahulu yang banyak memfokuskan kepada perspektif Barat. Perubahan-perubahan yang sedang berlaku di Malaysia termasuk dari segi politik, ekonomi dan sosial menjanjikan satu perspektif yang menarik kerana kewartawanan penyiasatan yang dulunya tidak diminati oleh pengamal media, telah mula mencuri tumpuan media arus perdana dan alternatif (Adibah & Syd Abdul Rahman, 2009). Bagi memahami mengapa kewartawanan penyiasatan tidak per- nah menjadi tradisi di Malaysia, adalah penting untuk kita melihat dari sudut ekonomi-politik media di negara ini kerana menurut Mosco (2009), ia adalah faktor utama yang akan memben- tuk hala tuju dan agenda kewartawanan sesebuah organisasi media.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 89

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

EKONOMI-POLITIK MEDIA DI MALAYSIA Penelitian terhadap ekonomi-politik media di Malaysia akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang hubungan kuasa yang mempengaruhi operasi sesebuah organisasi media, mer- angkumi proses penerbitan, pengedaran dan penggunaan sumber. Dalam erti kata lain, pihak yang mengawal media sama ada pemilik organisasi tersebut mahupun pemerintah negara memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana media boleh berfungsi dalam masyarakat. Mereka mempunyai kelebihan untuk memaksa masyarakat menerima keputusan mereka kerana mereka mempunyai kuasa kawalan ke atas media (Mosco, 2009). Polisi pem- bangunan Malaysia adalah antara elemen penting yang dapat menjelaskan tentang situasi ekonomi-politik media di Malaysia. Sebelum 1980an, pembangunan Malaysia adalah berdasarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan untuk membasmi kemiskinan dan menghapuskan ketidakseimbangan kaum dalam ekonomi Malaysia. Apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau telah memperkenalkan beberapa dasar bagi menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Antara lain, Tun Mahathir telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur, dasar penswastaan dan Wawasan 2020. Tun Mahathir telah menukar monopoli negeri terhadap ekonomi kepada institusi swasta yang menyumbangkan hasil yang lumayan kepada kerajaan. Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2009, beliau mensasarkan trans- formasi dalam kerajaan dan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi dengan memperk- enalkan Program Transformasi Kerajaan (PTK) dan Program Transformasi Ekonomi (PTE) (INTAN, 2016). Ia juga adalah sebahagian daripada usaha menyokong gagasan Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Seiring dengan ekonomi-politik Malaysia, organisasi media di Malaysia bermula sebagai or- ganisasi bebas yang menyokong pergerakan pejuang kemerdekaan. Ia kemudiannya berubah semasa DEB apabila parti-parti politik mula menjadi pemilik saham dalam surat khabar arus perdana. Ia dijustifikasikan sebagai satu tindakan untuk menggalakkan penyertaan rakyat dalam ekonomi negara (Zaharom, 2000) kerana apabila parti politik yang mewakili rakyat men- jadi pemilik media, rakyat akan mempunyai ruang yang lebih luas untuk bersuara dan terlibat dalam pemerintahan negara. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mengambil alih dua konglomerat akhbar perdana di Malaysia iaitu Press (NSTP) yang menerbitkan pelbagai akhbar dan majalah termasuk akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times dan akhbar Bahasa Melayu, Berita Harian. Kedua-dua akhbar ini adalah antara akhbar yang mempunyai jumlah pembaca yang terbesar di Malaysia. UMNO juga mengambil alih Kumpulan Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Melayu, juga sebuah akhbar yang mempunyai ramai pembaca. Malaysian Chinese Association (MCA) mengikut jejak langkah UMNO dengan mengambil alih satu lagi akhbar utama berbahasa Inggeris iaitu The Star. Ma- laysian Indian Congress (MIC) turut mengambil alih beberapa akhbar Tamil. Media di Malaysia mula beroperasi di bawah kawalan parti-parti politik ini dengan menjadi orang tengah yang menyokong dan menyampaikan aspirasi kerajaan kepada rakyat. Corak pemilikan yang sama masih berterusan namun berubah corak seiring dasar pen- swastaan yang dilancarkan oleh Tun Mahathir. Pada tahun 2003, kerajaan Malaysia melalui Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) telah melancarkan konglomerat media ter- besar di Malaysia iaitu Berhad (MPB). Di bawah MPB, NSTP menerbitkan be- berapa akhbar arus perdana seperti New Straits Times, Berita Harian dan . Media Prima juga memiliki rangkaian televisyen merangkumi TV3, NTV7, 8TV dan TV9 selain beberapa stesen radio (Media Prima, 2016). Jika diteliti, dapat disimpulkan bahawa pada tahap ini parti pemerintah telah mempunyai kawalan penuh terhadap media arus perdana negara termasuk akhbar, radio dan televisyen. Zaharom (2000) membuat dua kesimpulan menarik tentang eko-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 90

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 nomi-politik media di Malaysia. Pertamanya, beliau mengatakan bahawa dasar penswastaan yang diperkenalkan kerajaan telah mengkomersialkan institusi media yang memberi indikasi bahawa masyarakat akan menikmati kepelbagaian kandungan. Sebaliknya di Malaysia, mo- nopoli dari pihak kerajaan ini telah menyebabkan masyarakat disajikan dengan kandungan yang lebih kurang serupa. Kedua, Zaharom (2000) merumuskan bahawa liberalisasi yang dilak- sanakan oleh kerajaan bukannya menjadikan media lebih bebas sebaliknya berlawanan apabila kerajaan kini mempunyai lebih kuasa kawalan terhadap media berbanding sebelum ini. Menu- rut Wang (2001), langkah penswastaan media di Malaysia sebenarnya adalah satu cara kera- jaan “menjinakkan” media untuk berfungsi sebagai agen penyebaran maklumat yang men- yokong dasar-dasar kerajaan. Ia sekaligus memansuhkan fungsi media sebagai pemantau yang mengawasi dan mempersoalkan tindak-tanduk kerajaan bagi pihak masyarakat, supaya tidak berlaku penyalahgunaan kuasa. Dalam situasi ekonomi-politik media seperti ini, adalah sukar untuk organisasi media mempraktiskan kewartawanan penyiasatan. Mengambilkira persekitaran ekonomi-politik media di Malaysia, makalah ini akan meneliti cabaran dan prospek kewartawanan penyiasatan di Malaysia dari perspektif pengamal media. Seramai 16 pengamal media dari media arus perdana dan alternatif yang terdiri daripada war- tawan penyiasatan dan editor telah ditemuramah untuk mendalami perspektif mereka yang terlibat secara langsung dalam praktis kewartawanan penyiasatan di Malaysia.

CABARAN MEDIA BAHARU TERHADAP KEWARTAWANAN PENYIASATAN DI MALAYSIA Ekonomi-politik media Malaysia telah mempengaruhi kebebasan akhbar di Malaysia. Kebe- basan akhbar adalah satu konsep penting yang mempengaruhi praktis kewartawanan penyi- asatan kerana kewartawanan ini memerlukan wartawan membuat pendedahan tentang kepin- cangan dalam pemerintahan. Kebebasan untuk mencari dan mendapatkan maklumat sangat- lah penting supaya wartawan dapat membina berita penyiasatan yang lengkap komprehensif dan mampu membawa perubahan kepada masyarakat. Selain keperluan untuk mendapatkan maklumat, kebebasan akhbar juga mempengaruhi penerbitan berita-berita penyiasatan kerana pemilikan media yang dikongkong oleh kerajaan tidak akan membenarkan berita-berita sebe- gini disiarkan. Freedom House, sebuah organisasi bebas yang memantau kebebasan media dan demokrasi seluruh dunia melaporkan bahawa dalam tahun 2015, indeks kebebasan akhbar dunia telah menurun ke titik paling rendah dalam tempoh 12 tahun. Kurang dari seorang dari- pada tujuh manusia di dunia yang menikmati media yang bebas dari cengkaman pemerintah dari segi undang-undang, tekanan ekonomi, kandungan media dan operasi harian media. Ini bukanlah perkembangan yang baik untuk kewartawanan penyiasatan kerana laporan tersebut turut menyebut hubungan penurunan tersebut dengan penurunan penerbitan berita-berita penyiasatan. Ia adalah cabaran paling besar kepada kewartawanan ini apabila media dik- ongkong oleh kerajaan dari segi kandungan dan operasi (Dunham, Nelson, & Aghekyan 2015).

KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA Menurut Mahathir (1989), sistem media di Malaysia menepati ciri-ciri Teori Akhbar Tanggung- jawab Sosial. Menurut beliau “doktrin tanggungjawab sosial, dengan semua kekurangannya, adalah bentuk terbaik yang dicipta sebagai panduan praktis kebebasan akhbar” (m.s. 109). Jika dakwaan ini benar, sistem media di Malaysia sepatutnya dikategorikan sebagai bebas oleh Freedom House dalam laporannya berkaitan kebebasan akhbar. Bagaimanapun, menurut lapo- rannya untuk tahun 2017, Malaysia dikategorikan sebagai tidak bebas. Hakikatnya, situasi ini tidaklah mengejutkan kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang menjamin ke- bebasan akhbar. Sebaliknya, kerajaan Malaysia telah menjadikan kebebasan akhbar sebagai satu sub-elemen di bawah kebebasan bersuara, yang dijamin di bawah Perlembagaan Perseku- tuan Malaysia, Artikel 10 (1)(a). Bagaimanapun jaminan ini disertai dengan beberapa kekangan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 91

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 undang-undang yang dinyatakan dalam Fasal 2 dan 4, Artikel yang sama (Faruqi & Ramana- than, 1998; Sedu, 2009; Yatim, 1995). Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut: 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)— (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan— (a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang dida- patinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau manamana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatansekatan yang bertujuan untuk melindungi keis- timewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntu- kan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan; (b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang dida- patinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam; (c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang dida- patinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parli- men boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dil- indungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang ber- hubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang- undang itu. (Perlembagaan Persekutuan, 2010)

Dalam penelitian beliau terhadap Perlembagaan Persekutuan, Rais (1995) menyimpulkan bahawa kebebasan bergerak, berucap, berkumpul dan berpersatuan adalah yang paling dik- ongkong bukan sahaja dari segi bahasanya tetapi juga undang-undang berkaitan yang digubal untuk mengawalnya. Sebaliknya, Nerawi (2009) menyatakan bahawa tidak ada beza antara Malaysia dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom dari segi terma berkaitan perlindungan kebebasan bersuara. Bagaimanapun, kongkongan terhadap ke- bebasan bersuara di Malaysia hanya ketara apabila statut seperti Akta Mesin Cetak dan Pener- bitan (1984) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) diambil kira. Statut-statut lain seperti Akta Hasutan, Akta Fitnah dan Akta Rahsia Rasmi juga terdapat di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) dikritik kerana semua penerbitan di Malaysia perlu mempunyai permit percetakan dan Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa penuh untuk menolak, membatalkan atau menggantung permohonan per- mit tersebut (Zaharom, 2000). Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) pula dilabelkan sebagai akta yang kejam kerana ia membenarkan tahanan tanpa bicara jika Menteri Dalam Negeri menyifatkan tingkah laku seseorang sebagai ancaman kepada negara atau kerajaan (Mohd Azizuddin dll, 2009).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 92

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Kerajaan Malaysia pula dituduh menggunakan undang-undang tersebut untuk kepentingan mereka walaupun akta-akta yang disebutkan telah hilang asas pelaksanaannya kerana asalnya ia digubal untuk membendung aktiviti komunis (Rais, 1995). Contohnya, dalam laporan Free- dom House 2015, kerajaan Malaysia dikatakan telah menggunakan Akta Hasutan untuk men- dakwa, menahan atau menyiasat sekurang-kurangnya 19 orang dalam usahanya untuk menu- tup satu skandal rasuah (Dunham, 2016). Malangnya, bukan undang-undang yang disebutkan di atas sahaja yang mengawal media di Malaysia. Menurut Arbee (1990), terdapat lebih dari- pada 42 statut yang sebenarnya mengawal media di negara ini. Ini bukanlah satu persekitaran yang sihat untuk kewartawanan penyiasatan kerana kebebasan menyuarakan pendapat berkai- tan politik dan kritikan terhadap kerajaan tidak dapat dilaksanakan dalam persekitaran sebe- gini. Lebih memburukkan keadaan, persekitaran tersebut telah menyukarkan wartawan penyi- asatan untuk mendapatkan sumber dalaman atau informan yang sanggup mendedahkan mak- lumat kerana takut didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (1972). Ruang penerbitan untuk berita-berita penyiasatan juga menjadi satu isu besar kerana kebanyakan media takut untuk menerbitkan isu-isu kontroversi kerana tidak mahu permit mereka ditamatkan. Namun begitu, kebebasan akhbar di Malaysia masih wujud dan berubah mengikut perkembangan semasa. Ia menjanjikan prospek untuk kewartawanan penyiasatan berkembang di Malaysia. Melalui temuramah, pengamal media mendedahkan terdapat empat isu yang timbul akibat kongkongan kebebasan media di Malaysia iaitu tindakan undang-undang, kesukaran mencari isu, kesukaran mendapatkan maklumat, dan mencari kebenaran.

TINDAKAN UNDANG-UNDANG Menurut pengamal media yang ditemuramah, persekitaran media di Malaysia tidak meng- galakkan praktis kewartawanan penyiasatan kerana media terpaksa menanggung risiko yang tinggi untuk dikenakan tindakan undang-undang. Ia telah menjadi satu budaya di Malaysia apabila media menyiarkan berita penyiasatan yang mendedahkan salah laku seseorang, media tersebut akan terpalit dengan tindakan undang-undang oleh pihak yang didedahkan. Salah seorang daripada 16 pengamal media yang ditemuramah mengakui mempunyai tiga kes saman yang menanti perbicaraan, satu daripadanya melibatkan ahli politik manakala dua lagi melibat- kan tokoh korporat. Ketiga-tiga kes dibicarakan di bawah Akta Fitnah. Bagaimanapun, menurut salah seorang editor, wartawan dapat mengelakkan situasi disaman jika mereka menulis berita penyiasatan yang lengkap dan benar sehingga pihak terbabit tidak berani mengemukakan saman.

KESUKARAN MENCARI ISU Kekurangan penerbitan berita penyiasatan di akhbar-akhbar Malaysia juga dikaitkan dengan kurangnya kewujudan isu. Menurut salah seorang mengamal media, adalah sangat sukar untuk mendapatkan sesuatu isu yang mempunyai kesan yang besar terhadap kerajaan. Ia berkait rapat dengan persekitaran media terkawal di negara ini di mana wartawan sukar untuk men- dapatkan maklumat walaupun daripada pemberi maklumat. Sumber maklumat mereka terhad kepada maklumat yang dibekalkan oleh kerajaan, yang semestinya telah ditapis. KESUKARAN MENDAPATKAN MAKLUMAT Kebanyakan informan memaklumkan tentang masalah birokrasi yang mereka alami semasa mencari maklumat terutamanya daripada agensi kerajaan. Menurut mereka, ia melambatkan kerja wartawan kerana pegawai kerajaan perlu mendapatkan pelepasan dari pelbagai pering- kat sebelum sesuatu maklumat dapat diberikan kepada wartawan. Kadangkala ia mengambil masa sehingga berbulan-bulan sebelum wartawan mendapat jawapan kepada persoalan mereka. Situasi ini sangat mempengaruhi semangat wartawan untuk menyiasat kerana mereka

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 93

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 terikat dengan tarikh akhir untuk penghantaran artikel kepada editor tetapi penyiasatan disu- karkan oleh pencarian maklumat yang memakan masa lama. Separuh daripada informan me- maklumkan mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat dari agensi kera- jaan. Bagaimanapun, menurut seorang wartawan, kesukaran ini dapat diatasi dengan selalu menghubungi pegawai berkaitan, membuat temujanji, membina reputasi yang baik dengan sumber dan mengatur strategi bagi memastikan mereka menjawab sialan yang dikemukakan. Beliau memberi contoh jika diminta soalan terlebih dahulu sebelum persetujuan untuk ditemu- ramah, beliau menyarankan agar soalan-soalan sensitif tidak ditanya di dalam senarai soalan yang dihantar terlebih dahulu sebaliknya ia disimpan untuk ditanya ketika temuramah berse- muka nanti. Jika tidak, pegawai terbabit pasti tidak mahu ditemuramah. Seorang lagi wartawan turut mengakui menghadapi masalah yang sama tetapi mempunyai perspektif yang berbeza dari wartawan lain. Menurut beliau, kerajaan bukannya menyembuny- ikan maklumat sebaliknya mereka tidak mempunyai inisiatif untuk memberitahu masyarakat tentang apa yang berlaku, terutamanya apabila ia akan merosakkan reputasi mereka. Dalam era internet, dengan bantuan enjin carian, sepatutnya pencarian maklumat menjadi lebih mudah. Hanya beberapa ketukan pada papan kekunci, maklumat yang dikehendaki akan terpapar di skrin komputer. Bagaimanapun informat mengakui bahawa mereka masih menghadapi kesukaran mendapatkan maklumat dari atas talian kerana kebanyakan laman web agensi kerajaan tidak memaparkan maklumat terkini. Mereka terpaksa menghantar permoho- nan untuk mendapatkan maklumat terkini dan biasanya ia akan memakan masa yang lama. Menurut salah seorang wartawan, maklumat yang telah lama hanya dapat digunakan sebagai latar belakang dalam penulisan berita penyiasatan. Ia tidak dapat digunakan untuk membantu siasatan. Lebih mengejutkan apabila dua orang informant yang juga editor berkata Malaysia telah melihat perlaksanaan Akta Kebebasan Maklumat di beberapa negeri yang dipegang oleh pembangkang, iaitu Selangor dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, ia tidak membawa sebarang perubahan kerana pegawai-pwgawai yang terlibat masih tidak arif berkaitan akta tersebut menyebabkan mereka memberikan pelbagai alasan. Informan tersebut mengatakan bahawa perubahan sukar dibuat walaupun kerajaan negeri yang baru telah dilantik, tetapi pegawai kerajaan masih orang yang sama menyebabkan mereka masih berpegang kepada mentaliti yang sama seperti dahulu. Mengulas berkaitan budaya pemberi maklumat (whistle blower) di kalangan masyarakat Malaysia, seorang informan memaklumkan bahawa rakyat Malaysia tidak cukup berani untuk tampil memberikan maklumat kepada wartawan kerana mereka terutamanya pegawai- pegawai kerajaan, ahli politik mahupun pihak berkuasa, terlalu berhati-hati kerana takut dike- nakan tindakan. Katanya lagi, kadangkala sumber meminta tidak disebutkan nama asalnya menyebabkan wartawan terpaksa menggunakan nama samaran. Ia sekaligus mengurangkan kredibiliti berita penyiasatan tersebut. Beliau menambah bahawa di Malaysia tidak terdapat akta yang melindungi sumber maklumat walaupun akta ini telah diperkenalkan di negara- negara lain. Oleh itu saksi takut untuk membuat kenyataan kepada akhbar keran takut mereka akan dilucutkan dari jawatan. Menurut wartawan tersebut, masyarakat di Malaysia mempun- yai kebebasan bersuara tetapi mereka tidak mempunyai kebebasan selepas bersuara kerana terikat dengan beberapa akta seperti Akta Hasutan dan Akta Fitnah. Keadaan inilah yang menyukarkan wartawan mendapatkan maklumat melalui pendedahan sumber.

KESUKARAN MENCARI KEBENARAN Walaupun dunia dilanda ledakan maklumat, mencari kebenaran masih menjadi salah satu cabaran besar kepada kewartawanan penyiasatan. Menurut salah seorang informan, perseki-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 94

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 taran media kini telah berubah ke arah yang lebih baik dengan tertubuhnya beberapa or- ganisasi media baru yang lebih bebas tetapi kesukaran untuk menentukan kebenaran berlaku apabila terdapat terlalu banyak maklumat sehingga sukar untuk wartawan menentukan sama ada maklumat tersebut benar atau palsu. Menurutnya, sebagai wartawan penyiasatan, mereka terikat kepada fakta-fakta dan kebenaran, bukan sekadar spekulasi, tanggapan sumber, dipen- garuhi oleh ideologi politik atau pemikiran yang sempit. Cabaran utama ialah mencari kebena- ran kerana wartawan perlu adil dan tidak berat sebelah dalam menyatakan kebenaran. Bagai- manapun ia sukar dilaksanakan apabila maklumat atas talian dipenuhi oleh pelbagai maklumat yang salah dan tidak sah. Ketiga-tiga cabaran ini adalah kesan langsung teknologi maklumat dan komunikasi apabila sesiapa sahaja boleh menerbitkan apa sahaja di atas talian. Wartawan penyiasatan terpaksa kembali kepada prinsip asas mereka iaitu mencari kebenaran di sebalik lautan maklumat. Kovach dan Rosenstiel (2010) mencadangkan agar wartawan mempraktiskan kewartawanan pengesahan di mana menerbitkan fakta semata-mata adalah tidak mencukupi. Mereka men- cadangkan agar wartawan meletakkan nilai yang tinggi kepada maklumat yang lengkap dengan menjawab segala persoalan berkaitan fakta sesuatu isu dan meletakkan fakta-fakta ini dalam konteks yang betul.

RUJUKAN Adibah, I. & Syd Abdul Rahman, S. Z. (2009, June). Evaluating the state of investigative journal- ism in Malaysia from practitioners’ perspectives. Paper presented at International Confer- ence on Corporate Law, Surabaya, Indonesia. Arbee, A. R. (1990). Malaysia. Dalam C. J. Hamelink & A. Mehra (Eds.), Communication devel- opment and human rights in Asia pp. 51-67. Singapore: Asian Mass Communication Re- search and Information of Social Studies, the Netherlands Centre Dunham, J. (2016). Press Freedom in 2015: The battle for the dominant message. Retrieved on 9 May 2016, from https://freedomhouse.org/sites/default/files/FH_FTOP_2016Report_ Final_04232016.pdf. Dunham, J., Nelson, B., Aghekyan, A. (2015) Press freedom in 2014: Harsh laws and violence drive global decline. Freedom House. Dilayari di https://freedomhouse.org /sites/default/files/FreedomofthePress_2015_FINAL.pdf pada 7 Ogos 2017. Ettema, J.S. & Glasser, T.L. (1984, August 5-8). On the epistemology of investigative journalism. Paper presented at the Annual Meeting of the Association for Education in Journalism and Mass Communication, Gainesville, Florida. Faruqi, S. S., & Ramanathan, S. (1998). Mass media laws and regulations in Malaysia. Singa- pore: Asian Media Information and Communication Centre (AMIC). INTAN (2016). Government Transformation Programme. Retrieved on 1 October 2016 from https://www.intanbk.intan.my/iportal/index.php/en/gtp Jabatan Perangkaan Malaysia (2017) Anggaran penduduk semasa Malaysia 2016-2017. Dilayari di https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=155&bul_id=a1d 1UTFZazd5ajJiRWFHNDduOXFFQT09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT0 9 pada 7 Ogos 2017. Kaplan, A.D. (2007). Global investigative journalism: Strategies for support. Washington: Center for International Media Assistance. Kia Soong, K. (1990). Malaysian critical issues. Petaling Jaya: SIRD. Kovach, B., & Rosenstiel, T. (2010). Blur: How to know what’s true in the age of information overloaded. New York: Bloomsbury.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 95

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Media Prima (2016) About us. Dilayari dari http://www.mediaprima.com.my/about-us/ pada 1 October 2016. Mahathir, M. (1989). The social responsibility of the press. In A. Mehra (Ed.), Press systems in Asean states (pp. 107-116). Singapore: Asian Mass Communication Research and Informa- tion Centre (AMIC). Mohd. Azizuddin, M. S., Norhafezah, Y., Azahar, K. & Rusdi, O. (2009) Malaysia in transition: A comparative analysis of Asian values, Islam Hadhari, and 1malaysia. Journal of politics and law, 3(2), pp. 110-118. Mosco, V. (2009). The political economy of communication, 2nd edition. Canada: Sage Publica- tions Ltd. Mustafa Kamal, A. (2005). Journalism, National Development and Social Justice in Malaysia, Asia Pacific media educator, 16, pp. 63-70. Nerawi S., (2009). An analysis of Islamic conceptualisations of press freedom in Malaysia, Un- published PhD dissertation. University of Queensland, Brisbane, Australia Norsiah, A. H., Mohd. Sobhi, I., Nazialita G. M. (2015) Empowering citizen media through inves- tigative journalism in Malaysia. Malaysian Journal of Communication, 31(2) pp. 631-647. Norila, Mohd Daud (2008) Trends and future of Malaysian mass media. Paper presented on 30th October 2008 at Dewan Tunku Canselor, Universiti of Malaya, Kuala Lumpur. Perlembagaan Persekutuan (2010). Perlembagaan Persekutuan sehingga 1 November 2010. The commissioner of law revision, Malaysia. Retrieved from http://www.agc.gov.my/images/Personalisation/Buss/pdf/Federal%20Consti%20(BI%20te xt).pdf on 6 Julai 2017. Rais, Y. (1995). Freedom under executive power in Malaysia: A study of executive supremacy. Kuala Lumpur: Endowment Publications. Schudson, M. (2004) Notes on scandal and the Watergate legacy. American behavioral scien- tist, Vol. 47(9). DOI:10.1177/0002764203262345. Siebert, F. S., Peterson, T. B., & Schramm, W. (1963). Four theories of the press: The authoritar- ian, libertarian, social responsibility, and soviet communist concepts of what the press should be and do. Urbana: University of Illinois Press. Wang, Lay Kim (2001) Media and democracy in Malaysia; Javnost-The Public, 8(2), pp. 67-88. Zaharom, N. (2000). Globalized theories and national controls: The state, the market, and the Malaysian media. J. Curran, J. & M.J. Park, (Eds.), De-Westernizing media studies, (pp. 139 -153) London and New York: Routledge.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 96

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Azlinda Boheran Nudin1 & Che Su Mustaffa2 1 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 2Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Kewujudan CSR pada hari ini menjadi satu keperluan kepada sesebuah organisasi untuk berkembang maju. Organisasi mula melihat CSR seba- gai satu kewajipan yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan pihak berkepentingan serta mula menyedari bahawa banyak faedah yang boleh diperolehi daripada pelaksanaannya. Tekanan daripada pelbagai pihak dan kesedaran organisasi sendiri menyebabkan isu-isu berkaitan dengan pelaksanaan dan konsep CSR mula dibincangkan se- cara meluas. CSR kini mula dilihat dari sudut yang berbeza dengan memberi penekanan dalam aspek keagamaan terutamanya melalui prinsip Islam. Hal ini disebabkan oleh perkembangan organisasi berte- raskan shariah yang menuntut kepada pelaksanaan keseluruhan ope- rasi organisasi dengan mengamalkan nilai-nilai Islam. Konsep CSR me- nurut perspektif Islam dilihat berbeza dengan perspektif Barat. CSR menurut perspektif Islam menekankan kepada konsep hubungan den- gan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Alam. Konsep CSR menurut perspektif Islam mengandungi prinsip seperti taqwa, tawhid, amar makruf nahi mungkar, khalifah, keadilan dan ikh- tiyar.

Kata kunci: Tanggungjawab social korporat, perspektif Islam, konsep tanggungjawab sosial korporat.

PENDAHULUAN Isu berkaitan dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah banyak dibincangkan secara meluas di peringkat global oleh ahli akademik mahupun dalam kalangan organisasi (Panapanaan, Linnanen, Karvonen, & Phan, 2003; Hasan & Harahap, 2010; Abu Bakar, 2015). CSR dahulunya dianggap tidak relevan dan diremehkan berubah menjadi satu konsep yang diterima pakai dalam dunia peniagaan di seluruh dunia sejak 20 tahun kebelakangan ini. Pada awal konsep CSR diperkenalkan iaitu di akhir abad ke-19, CSR tidak dibincangkan secara meluas disebabkan pandangan organisasi bahawa pelaksanaan CSR akan meningkatkan beban organisasi (Che Man & Borhan, 2010). Namun, perubahan zaman yang semakin kompetitif telah membuka ruang bagi perbincangan mengenai isu CSR ini di sekitar penghujung tahun 1990-an. CSR mula dilihat penting akibat daripada faktor globalisasi iaitu persaingan organisasi dalam meningkatkan imej mereka melalui berbagai aktiviti kemasyarakatan dan juga masalah sosial seperti masalah yang berlaku yang menjejaskan organisasi. CSR merupakan sebahagian daripada komunikasi korporat dan perhubungan awam (Argenti, 2007) kerana melalui CSR, organisasi dapat berhubung dengan pelbagai pihak berkepentingan, menonjolkan identiti serta membina imej dan reputasi. Oleh itu, tidak hairanlah isu CSR semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

CSR dilakukan oleh organisasi adalah untuk menyumbang kembali keuntungan kepada masyarakat bagi memenuhi tuntutan pelbagai pihak berkepentingan. Amalan CSR banyak

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 97

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 memberi impak kepada sesebuah organisasi. Menurut Jones dan Wicks (1999), inisiatif CSR yang proaktif mempengaruhi prestasi kewangan organisasi melalui aset seperti reputasi, kepercayaan, dan komitmen yang memberikan kesan jangka panjang untuk kejayaan dalam perniagaan. Amalan CSR juga turut mempengaruhi persepsi publik luaran tentang operasi sesebuah organisasi (Deegan, 2002). Kajian dalam bidang CSR kini telah beralih daripada persoalan mengapa perlu mengamalkan CSR kepada apakah faedah yang diperolehi hasil daripada mengamalkan CSR (Shaoling, 2011). Sesebuah organisasi akan menghadapi masalah hubungan dengan pihak berkepentingan seperti pelabur, pelanggan, masyarakat, pekerja dan sebagainya sekiranya tidak mengambil berat berkaitan dengan kebajikan pihak berkepentingan melalui pelaksanaan CSR dan menyebabkan imej dan operasi organisasi terjejas (Sims, 2003).

CSR juga boleh diteliti melalui perspektif keagamaan terutamanya yang berprinsipkan Islam dimana pada hakikatnya konsep yang dibawa di dalam CSR juga telah lama dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Islam (Dusuki, 2008) sebagai satu pilihan kepada paradigma anjuran sarjana Barat. Agama Islam menganjurkan kepada umatnya untuk melaksanakan tanggungjawab dalam konteks membantu hubungan sesama manusia, tanggungjawab terhadap persekitaran dan sebagainya seperti yang telah tercatat di dalam al-Quran. Nilai dan prinsip yang terdapat di dalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dapat dijadikan panduan bagi pelaksanaan konsep CSR (Mohammed, 2007) seperti mana juga dalam perspektif konvensional.

PERKEMBANGAN CSR Konsep CSR mula ditulis secara formal pada tahun 1950-an oleh Bowman, 1953 di dalam buku yang bertajuk Social Resposibility of the Businessman (Kim, Kwak & Koo, 2010), namun konsep tersebut masih lagi dianggap sebagai bahan jenaka dan gurauan serta bertentangan dengan konsep pelaburan dan terma-terma dalam perniagaan sehinggalah penghujung tahun 1970-an (Min-Dong, 2008). Terdapat pelbagai istilah dikemukakan bagi menjelaskan berkaitan hubungan perniagaan dan masyarakat (Waddock, 2004) dan istilah warga korporat merupakan salah satu istilah yang popular (Windsor, 2001).

Beberapa sarjana pula lebih gemar menggunakan istilah tanggungjawab korporat (Chen & Bouvain, 2009) yang menjelaskan bagaimana tanggungjawab organisasi menjangkaui aspek ekonomi dan persekitaran. Namun begitu, kebanyakan kajian menggunakan istilah tanggungjawab sosial korporat (CSR) (Vogel, 2005) iaitu pertimbangan dan tanggungjawab firma terhadap isu diluar daripada aspek ekonomi, teknikal dan keperluan peraturan dalam organisasi (Davis, 1973).

CSR mula diberi perhatian khusus apabila terdapat perdebatan dalam kalangan masyarakat berkaitan masalah sosial seperti peluang pekerjaan, pencemaran alam sekitar, diskriminasi agama, isu gender dan sebagainya (Boatright, 2008). Isu-isu ini timbul berikutan berlakunya perubahan semasa global yang menyebabkan pelbagai pihak turut menerima kesan. Menurut Carrol dan Buchholz (2006), masalah serius berkaitan dengan sosial sepatutnya diselesaikan dengan segera kerana kos pengurusan isu sosial akan meningkat dalam jangka masa yang lama sekiranya organisasi menangguh untuk melaksanakan CSR.

Justeru, CSR dilihat mampu membantu mengurangkan masalah yang dihadapi melalui tanggungjawab yang dilaksankan oleh organisasi yang sedar tentang etika yang perlu dipenuhi terhadap pelbagai pihak berkepentingan. CSR juga merupakan aktiviti yang dilakukan bagi memberikan impak terhadap pihak berkepentingan dan juga organisasi. Organisasi melaksanakan CSR dengan tujuan untuk membantu pelbagai pihak berkepentingan dalam

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 98

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 setiap aspek seperti sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, CSR merupakan program korporat yang membolehkan organisasi berhubung dengan pelbagai pihak berkepentingan (Signitzer & Prexl, 2008).

CSR merupakan aspek yang telah lama diperdebatkan dan pelbagai kajian telah dilakukan di dalam aspek ini. CSR dilaksanakan oleh organisasi dengan menggunakan pendekatan yang berbeza bergantung kepada keadaan dan keperluan (Dusuki, 2008). Kebanyakan kajian mengenai CSR beberapa dekad yang lalu memberi penekanan kepada bentuk CSR yang dijalankan dalam masyarakat barat seperti penelitian yang dilakukan dalam kajian Bowen (1953) yang menekankan nilai etika dan budaya yang berkembang dalam masyarakat barat yang dijadikan sebagai panduan bagi hubungan antara organisasi dengan masyarakat (Yusuf, 2010).

Kebelakangan ini, CSR telah menarik perhatian kerajaan, organisasi awam dan organisasi swasta di Malaysia (Goi & Yong, 2009). Hal ini dapat dilihat melalui usaha pelbagai pihak dalam mencipta kesedaran dan menyediakan inisiatif kepada organisasi kerajaan dan organisasi swasta untuk menyelaraskan objektif perniagaan dengan perhatian terhadap CSR. Abdul Rashid dan Ibrahim (2002) menjalankan kajian berkaitan dengan tingkah laku pengurus dan pegawai di dalam organisasi di Malaysia terhadap tanggungjawab sosial, penglibatan dalam aktiviti tanggungjawab sosial, pendedahan korporat, dan faktor yang mempengaruhi tingkah laku terhadap CSR mendapati sebanyak 50 peratus bersetuju dengan aktiviti tanggungjawab sosial. Sebanyak 69 peratus percaya bahawa penyertaan organisasi dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat sekaligus dapat meningkat keuntungan dalam jangka masa yang panjang, 65 peratus percaya bahawa tanggungjawab sosial meningkatkan imej organisasi. Organisasi yang terlibat dalam aktiviti tanggungjawab sosial akan bertanggungjawab terhadap aduan pelanggan dan mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan.

Terdapat beberapa kajian CSR juga telah dilakukan di Malaysia namun kebanyakannya hanya bertumpu terhadap CSR dan pengurusan yang menjelaskan hubungan di antara tingkah laku pengurusan dengan CSR (Abdul Rashid dan Ibrahim, 2002), struktur pemilikan dan CSR (Ghazali, 2007) serta isu semasa berkaitan CSR dalam kalangan organisasi di Malaysia (Jangu et al., 2007). Tidak banyak kajian CSR yang menumpukan terhadap perspektif dan nilai keagamaan yang merupakan aspek yang penting dalam membentuk pelaksanaan CSR berdasarkan norma dan budaya setempat.

KONSEP CSR BARAT Konsep CSR merupakan konsep yang luas dan sukar untuk difahami secara tepat dan jelas. Salah satu faktor yang menyebabkan konsep CSR sukar difahami disebabkan kerumitan dan ketiadaan definisi yang dipersetujui berkaitan dengan konsep CSR (Perrini, 2006). Walaupun konsep CSR secara meluas dibincangkan dalam teori dan amalan (Weber, 2008) definisi yang diterima secara meluas berkaitan dengan CSR masih belum wujud (Turker, 2009). Pandangan berkaitan dengan CSR adalah berbeza (Griffin, 2000). Amaeshi dan Adi (2005) berpendapat bahawa terdapat banyak definisi CSR berdasarkan kepada topik yang dibincangkan oleh pengkaji. Marrewijk (2003) menyatakan satu penyelesaian untuk semua sebagai definisi CSR adalah sukar memandangkan CSR mempunyai makna yang berbeza bagi setiap organisasi bergantung kepada pembangunan, kesedaran dan matlamat organisasi. Umumnya, CSR ditafsirkan sebagai kewajipan ahli perniagaan untuk melanjutkan polisi, membuat keputusan atau mengikut garis panduan tindakan bagi memenuhi objektif dan memberikan nilai kepada masyarakat (Bowen, 1953 dalam Carroll, 1999). CSR juga merupakan langkah bagi organisasi menyatukan aspek sosial, persekitaran dan ekonomi di dalam nilai,

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 99

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 budaya, pembuatan keputusan, strategi dan operasi (Berger, Cunningham, & Drumwright, 2007). McWilliams dan Siegel (2000) menyatakan CSR digambarkan sebagai satu set tindakan yang bertujuan untuk melaksanakan aktiviti sosial dan di luar kepentingan kewangan organisasi serta tidak diperuntukan dalam undang-undang. Zanisek (1979) pula menjelaskan bahawa CSR merupakan darjah kesesuaian antara harapan masyarakat terhadap komuniti perniagaan dan etika perniagaan. Hal ini adalah berkaitan den- gan tanggungjawab organisasi yang merangkumi pembangunan mapan, layanan kepada peker- ja dan masyarakat dimana organisasi beroperasi secara bermoral (Ford, 2007). Oleh yang de- mikian, CSR dianggap sebagai satu proses melalui nilai moral sesebuah organisasi bagi menya- takan keprihatinan (Maclagan, 1999) dan kewajipan organisasi dalam aspek ekonomi, politik dan aktiviti sosial bagi menyumbangkan kearah kesejahteraan masyarakat (Jones, 1980). Walaupun terdapat pelbagai konsep yang dikemukakan oleh sarjana, namun konsep CSR yang paling banyak digunakan adalah daripada piramid CSR yang dikemukakan oleh Carroll (1979, 1999). Carroll berhujah bahawa CSR terdiri daripada empat unsur iaitu ekonomi, tanggungjawab undang-undang, etika dan kedermawanan. Dari sudut ekonomi, organisasi perlu mempunyai tanggungjawab ekonomi untuk mendapatkan keuntungan dan dari segi perundangan pula organisasi perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan bagi organisasi. Ketiga, organisasi perlu mengamalkan tanggungjawab etika bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dan yang keempat tanggungjawab kedermawanan atau philantropi iaitu berkhidmat kepada masyarakat, komuniti atau pendidikan (Carroll & Buchholz, 2006). Konsep CSR oleh Carroll (1979, 1999) tersebut banyak digunakan oleh pengkaji seperti Maignan dan Ferrell (2001) yang menyatakan CSR terdiri daripada ekonomi, tanggungjawab undang-undang, etika dan budi bicara syarikat terhadap pihak yang berkepentingan. Seterusnya Hazoor, Masood, Bashir dan Hammad (2012) telah mengguna pakai konsep CSR yang dikemukakan oleh Maignan dan Ferrell (2001). Dalam kajian Hazoor, Masood, Bashir dan Hammad (2012), tanggungjawab ekonomi merujuk kepada menghasilkan keuntungan dan memenuhi keperluan penggunaan, dan tanggungjawab undang-undang organisasi adalah untuk memenuhi operasi ekonomi dan misi dalam rangka kerja undang-undang. Tanggungjawab etika pula adalah berkaitan dengan kewajipan organisasi bagi mematuhi peraturan moral untuk menentukan tingkah laku yang sesuai dalam masyarakat. Tanggungjawab budi bicara pula merupakan tingkah laku organisasi yang tidak wajib tetapi diharapkan oleh pihak yang berkepentingan sebagai bukti menunjukkan organisasi adalah warganegara yang baik (Galbreath, 2010). Konsep CSR lain adalah seperti yang dikemukakan oleh Ullman (1985) yang menjelaskan bahawa CSR wujud di dalam sesebuah organisasi bagi memenuhi keperluan, jangkaan, dan permintaan luar daripada organisasi yang dikaitkan secara langsung dengan produk atau pasaran syarikat. Pandangan yang sama turut diutarakan oleh beberapa sarjana seperti CSR adalah berkaitan dengan memahami hubungan dengan masyarakat (Wood, 1991) dan jangkaan masyarakat terhadap organisasi (Carroll, 1979). Oleh yang demikian, CSR cenderung untuk memberi tumpuan kepada kesan luaran organisasi seperti pengguna, masyarakat, organisasi amal (Sethi & Steidlemeier, 1995). Hal ini bermaksud konsep CSR banyak menyentuh tentang manfaat menjaga kebajikan pelbagai pihak berkepentingan. Clarkson (1995) menganjurkan bahawa organisasi mampu bertahan sekiranya dapat memenuhi keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan yang utama (masyarakat, pekerja, pemegang saham, pelanggan, persekitaran dan sebagainya) kerana mereka adalah sumber yang penting berbanding dengan pihak berkepentingan kedua (contohnya media) kerana mereka tidak terlibat secara lansung dalam urusan sesebuah organisasi. Oleh itu, Maignan dan Ferrell (2001) tidak mempertimbangkan pihak

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 100

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 berkepentingan kedua dalam konsep CSR kerana pihak berkepentingan kedua tidak mempengaruhi organisasi untuk terus maju. Mohr, Webb dan Harris (2001) pula melihat CSR sebagai komitmen sesebuah organisasi meminimumkan kesan buruk terhadap masyarakat dan memaksimumkan kesan yang bermanfaat bagi tempoh jangka masa yang panjang. Konsep CSR banyak menumpukan kepada rangka kerja pengurusan pihak berkepentingan dan bukannya kepada masyarakat secara umum (Maignan & Ferrell, 2001) kerana konsep CSR yang diketengahkan adalah organisasi bertanggungjawab kepada pihak berkepentingan mereka. Pihak berkepentingan adalah mereka yang mempunyai kaitan dengan organisasi yang terdiri daripada pemegang saham, pekerja, pelabur, pembekal dan pelanggan. Kerajaan juga merupakan pihak berkepentingan kerana kerajaan memberikan infrastruktur dan undang- undang yang harus dipatuhi oleh sesebuah organisasi. Komuniti dan alam semula jadi juga adalah dikategorikan sebagai pihak berkepentingan. Crowther dan Rayman-Bacchus (2004) pula menyatakan bahawa terdapat tiga tahap definisi CSR. Pertama, definisi yang paling utama meletakkan penekanan kepada hubungan di antara organisasi global, kerajaan dan individu dalam masyarakat. Misalnya berkaitan dengan peranan kerajaan terhadap pasaran boleh dijelaskan pada tahap ini. Definisi yang kedua adalah berkaitan dengan hubungan antara organisasi dengan masyarakat. Menurut Vogel (2005) CSR memberikan faedah kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh organisasi. Tahap yang ketiga adalah tumpuan terhadap hubungan antara organisasi dengan pihak berkepentingan. Dahlsud (2006) telah menjalankan kajian berkaitan dengan definisi CSR dengan melihat bagaimana CSR ditakrifkan dalam definisi yang sedia ada. Walaupun banyak usaha untuk membawa definisi yang jelas tentang CSR, masih terdapat kekeliruan tentang bagaimana CSR perlu ditakrifkan. Hasil kajian Dahlsud (2006) mendapati terdapat 37 definisi CSR yang digunakan pada masa kini yang diperolehi daripada pelbagai sumber. Daripada jumlah definisi tersebut terdapat beberapa definisi yang paling kerap digunakan dan salah satunya adalah daripada Commision of European Communities (2001) yang menyatakan CSR merupakan satu konsep di mana organisasi mengintegrasikan aspek sosial dan persekitran dalam operasi perniagaan mereka dan dalam interaksi sosial mereka dengan pihak berkepentingan secara sukarela. Kajian Dahlsud (2006) menyimpulkan bahawa CSR adalah amalan di mana organisasi cuba untuk memperbaiki semua tindakan dengan mengambil kira lima dimensi organisasi iaitu pihak berkepentingan, sosial, ekonomi, kesukarelawan dan alam sekitar. Quinio (2009) dalam kajiannya berkaitan dengan amalan dan persepsi CSR menyatakan ba- hawa The Boston College Center for Corporate Citizenship (BCCCC) telah mengeluarkan satu konsep CSR yang mengandungi tiga dimensi iaitu kelakuan moral/etika atau pematuhan terhadap peraturan, kedermawanan dan kesan serta manfaat aktiviti komersial syarikat kepada masyarakat. Namun begitu, konsep CSR ini banyak menerima kritikan. Sesetengah pengkaji berpendapat bahawa CSR adalah merupakan aktiviti untuk mengalihkan perhatian organisasi daripada aktiviti menghasilkan keuntungan sahaja yang mengurangkan nilai yang perlu dilakukan oleh organisasi untuk masyarakat (Chris, 2006). Dapat dirumuskan bahawa konsep CSR adalah aspek yang menjangkaui undang-undang dan mengandungi prinsip-prinsip ekonomi, perundangan, etika atau motivasi philantropi, visi, perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan oleh organisasi bagi menarik minat pelanggan, pekerja, pelabur, pembekal, masyarakat dan persekitaran. Walaupun pelbagai kajian dalam aspek ini telah dilakukan, CSR masih mempunyai makna yang luas dan kompleks serta konsepnya terus berkembang dan merangkumi pelbagai idea dan amalan yang sentiasa berubah. Konsep CSR masih digambarkan sebagai kabur (Fisher, 2004), samar-samar

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 101

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

(Williamson, Lynch-Wood & Ramsay, 2006), subjektif (Frederick, 1986), tidak jelas (McWilliams, 2001), dan kesahihannya masih diperdebatkan (Lantos, 2001). Oleh yang demikian, masih tidak terdapat satu definisi yang kukuh untuk menerangkan tentang tindakan organisasi berkaitan dengan CSR (Marrewijk, 2003). CSR bukan hanya mempunyai kekurangan daripada segi konsep dan definisi CSR malahan terdapat beberapa percanggahan pendapat di sekitar istilah itu sendiri. Oleh itu, aspek lain seperti nilai keagamaan dalam agama Islam perlu dibincangkan supaya dapat menjadi nilai tambah kepada konsep CSR seterusnya konsep CSR dapat diperkukuhkan untuk diaplikasikan di dalam konteks yang bersesuaian seperti organisasi yang berteraskan Islam.

ASAS TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM ISLAM

Nilai Islam menyediakan garis panduan yang lengkap dalam melaksanakan tanggungjawab sosial samada dalam konteks individu mahupun organisasi. Tanggungjawab merupakan seba- hagian daripada ajaran agama Islam yang disebut masuliyyah. Tanggungjawab di dalam Islam lebih menjurus kepada pendekatan rohani (Borhan, 2011) yang berasaskan kepada ajaran al- Quran dan Sunah. Ikatan kerohanian ini menggambarkan komitmen terhadap moral dan nor- ma sosial dengan berasaskan kepada shariah. Hal ini demikian kerana di dalam Islam matlamat yang ingin dicapai bukan hanya tertumpu kepada keperluan material sahaja tetapi merangkumi konsep kesejahteraan hidup manusia yang menekankan konsep persaudaraan dan keadilan sosial dan spiritual bagi setiap insan (Gillian Rice, 1999). Pada hakikatnya, konsep CSR telah lama wujud sebelum wujudnya istilah CSR yang dikemu- kakan oleh Barat. Konsep CSR ini dikenali sebagai tanggungajawab sosial yang perlu dilaksana- kan oleh seseorang muslim. Hal dibuktikan melalui beberapa ayat di dalam al-Quran yang me- nerangkan berkaitan dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Manusia merupakan khalifah yang bertanggungjawab kepada Allah untuk semua tindakan yang di lakukan di dunia dan setiap tindakan tersebut akan disoal pada hari kiamat kelak. Sebagai wakil Allah di muka bumi dan pemegang amanah, manusia mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah Tawhid, beribadah dengan ikhlas, beriman kepada Allah dan mencegah perbuatan yang mungkar. Tanggungjawab di dalam Islam mementingkan prinsip menggalakkan kebaikan dan mencegah yang mungkar (amar makruf nahi mungkar) iaitu tanggungjawab yang telah diberikan oleh Allah kepada umat Islam sebagai khalifah untuk memakmurkan muka bumi. Hal ini diterangkan oleh Allah SWT di dalam surah At-Tawba yang bermaksud:

“mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Rasulnya”(At-Tawba; 71)

Islam juga menggalakkan perbuatan yaang baik melalui bantuan ke arah kebaikan kerana membantu insan lain. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan Taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran”(Al-Maidah: 2). Individu yang menjalankan tanggungjawab merupakan individu yang bertaqwa. Ketakwaan kepada Allah SWT akan mewu- judkan nilai moral di dalam diri individu. Individu yang bertaqwa akan memastikan hubungan baik dengan Allah di samping hubungan dengan manusia serta makhluk yang lain. Individu yang bertaqwa dikenali sebagai muttaqeen sebagaimana yang disebut di dalam tu- juh bahagian yang berbeza di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Al Baqarah (ayat 3-4, ayat

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 102

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

177 dan ayat 183), Al-Imran (ayat 133-136), Al-Maidah (ayat 8-9), dan Al-Furqan (Ayat 63-76). Kamil (2012) menyatakan bahawa di dalam ketujuh-tujuh ayat tersebut mengandungi kompo- nen Ibadah (solat, puasa, haji, zakat), Iman, dan taubat. Kemudian timbulnya kesabaran, kawa- lan emosi, kemaafan, sedekah, keadilan, integriti, memenuhi perjanjian, menjaga kesucian, kebenaran, menyayangi keluarga dan keikhlasan. Kesemua komponen ini menjadikan individu sebagai seorang yang bertaqwa (muttaqeen). Individu yang bertaqwa memahami peranannya di dalam dunia ini adalah untuk mengurus dan membangunkan dunia berdasarkan peraturan Islam (Dusuki, 2008). Hal ini bermaksud kesepaduan antara kesejahteraan material dengan nilai moral akan menetukan nasib individu di dunia mahupun di akhirat (Hasan, 2002). Di samping itu, bertaqwa kepada Allah juga meru- juk kepada sifat rohani manusia mukmin yang terus menerus berusaha untuk mengelakkan diri daripada kemarahan dan kemurkaan Allah SWT (Yusof, 2010). Individu yang bertaqwa sentiasa berada di jalan yang lurus yang membawa kepada perjalanan hidup sebenar. Oleh itu, tanggungjawab sosial di dalam Islam dilihat meliputi paradigma Taqwa di mana tingkahlaku setiap peringkat kehidupan manusia akan dinilai oleh Allah SWT.

KONSEP CSR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Sejak dari awal lagi, agama Islam memiliki kekuatan dan keunikan dalam ideologi moral, bu- daya, politik dan prinsip ekonomi (Al-Buraey, 1981). Islam mengandungi sistem etika dan susu- nan sosial berdasarkan kepada prinsip kesamarataan, keadilan, kebebasan dan persaudaraan. Di dalam Islam, individu mempunyai kebebasan untuk bertindak dan individu perlu bertang- gungjawab dengan setiap tindakan yang dilakukan (Naqvi, 2001). Justeru, konsep Taqwa perlu dipegang sebagai prinsip utama dalam kehidupan bagi memastikan kesejahteraan individu di dunia dan akhirat. Taqwa merupakan asas ajaran Islam dan menjadi modal utama serta bekal yang paling baik bagi menjamin keselamatan dan kebahagiaan baik dalam menghadapi urusan duniawi mahupun ukhrawi (Kartini (2012). Pada dasarnya konsep tanggungjaab sosial timbul daripada beberapa prinsip yang telah dinyatakan di dalam al-Quran antaranya keadilan (An- Nisa:135, Al-Maidah:8-9), persaudaraan (Ali-Imran:103, Al-Hujurat:13), ikhlas (Al-Baiyina:5, Al- Ma’un:4-7), tanggunggjawab (An-Nisa:45, Al-An’am:165, Yunus:109) amanah (A-Nisa:58, Al- Anfal:27, Al-Baqarah:283, At-Takwir: 19-21) dan kerjasama (Al-Maidah:2). Beberapa pengkaji CSR dalam konteks Islam telah mengemukakan konsep CSR Islam anta- ranya Mohammed (2007), Farook (2007), Dusuki (2008), dan Che Man dan Borhan (2010). Mo- hammed (2007) dalam kajiannya menerangkan bahawa asas etika Islam dijadikan sebagai rangka kerja CSR dalam Islam merangkumi prinsip Tawhid, keadilan sosial, tanggungjawab dan juga ikhtiar. Tawhid atau mengakui keEsaan Allah SWT ini menyediakan satu arah tuju dalam menjamin penyatuan semangat ke arah kepatuhan terhadap shariah Islamiah dan juga turut menunjukkan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi (Che Man & Borhan, 2010). Prinsip Tawhid merupakan kunci dalam falsafah perniagaan Islam yang terkandung di dalam hubungan individu dengan Tuhan Pencipta Alam (Gillian Rice, 1999). Segala yang diperolehi, kekayaan, kepakaran, kebolehan, pangkat, kedudukan dan kekuasaan adalah milik Allah SWT sepenuhnya (Mukhazir, Muhamad & Noordin, 2006). Prinsip keadilan sosial pula menekankan bahawa ahli masyarakat harus mengambil berat mengenai keperluan asas fakir miskin (Gillian Rice, 1999). Konsep ini menjadikan individu mempunyai rasa tanggungjawab antara satu dengan yang lain serta tidak melakukan perkara yang akan mendatang kemudaratan kepada diri sendiri, orang sekeliling dan juga makhluk Al- lah yang lain. Hal ini telah disebut di dalam firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 90 :

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 103

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman, ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya” (Al-Nahl : 90)

Prinsip ikhtiar pula merupakan satu elemen yang dimiliki oleh semua individu yang membo- lehkan individu tersebut membuat pilihan ke atas sesuatu situasi yang dihadapinya. Allah SWT berfirman di dalam Surah Yunus ayat 108 yang bermaksud “Wahai sekalian manusia! telah datang kepada kamu kebenaran (al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu, sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingka- rinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri”. Hal ini bermaksud, indi- vidu mempunyai pilihan sama ada untuk melakukan kebaikan mahupun kejahatan dan setiap perbuatan yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan ke atas dirinya sendiri. Prinsip tanggungjawab merupakan perkara yang perlu dilaksanakan oleh individu bagi men- capai keseimbangan di dalam kehidupan. Di dalam Islam, individu menanggung tanggungjawab yang besar terhadap tindakannya sendiri. Individu perlu bertindak mengikut batas moral dan etika dan perlu mengambil berat tentang orang lain dalam melakukan setiap tindakan (Che Man & Borhan, 2010). Hal ini telah tercatat di dalam firman Allah SWT di dalam surah Al- Muddathir ayat 38 yang bermaksud “tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan bu- ruk bagi amal jahat) yang dikerjakan”. Ayat tersebut menunjukkan bahawa setiap individu yang melakukan kejahatan akan mendapat balasan yang buruk dan begitu juga sebaliknya serta tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Oleh itu, setiap manusia perlulah melakukan kebai- kan kerana setiap amalan yang dilakukan di atas dunia ini akan dipersoalkan di akhirat kelak. Dusuki (2008) menyatakan bahawa konsep CSR dalam Islam adalah bersandarkan kepada prinsip shariah (undang-undang Islam) dan dapat difahami di dalam dimensi Taqwa yang men- gandungi empat komponen iaitu maruah individu, kebebasan, hak dan saksama, serta amanah dan tanggungjawab. Ketakwaan kepada Allah SWT akan mewujudkan nilai moral di dalam diri individu. Individu yang bertaqwa akan memastikan hubungan baik dengan Allah di samping hubungan dengan manusia serta makhluk yang lain. Menurut Dusuki (2008), CSR dalam Islam mencukupi dimensi Taqwa dimana sesebuah organisasi korporat dianggap sebagai sebuah organisasi yang merangkumi sekumpulan individu di dalamnya, memainkan peranan yang penting sebagai hamba dan juga khalifah Allah di muka bumi ini dalam setiap situasi. Oleh itu organisasi dilihat telah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah dan seterusnya kepada makhluk yang lain. Kartini (2012) menyatakan prinsip-prinsip individu yang bertaqwa adalah seperti beriman kepada yang ghaib (Allah SWT, malaikat dan hari akhirat), mendirikan solat dan membelanja- kan harta di jalan Allah SWT, dan beriman dengan kitab-kitab Allah. Kemudian di dalam surah Al-Imran ayat 136 disebut bahawa prinsip individu yang bertaqwa adalah individu yang selalu menuju kepada ampunan Allah SWT, suka menginfakkan harta di waktu lapang mahupun sem- pit, sanggup menahan marah, memaafkan kesalahan individu lain, berbuat baik, jujur, segera bertaubat apabila melakukan kesalahan dan berhenti melakukan perbuatan keji dan kesalahan lain. Oleh yang demikian, pihak pengurusan dan ahli organisasi seharusnya memiliki prinsip- prinsip individu yang bertaqwa supaya tanggungjawab dapat dilakukan bertepatan dengan garis panduan Islam. Konsep CSR dalam konteks Islam juga turut diterangkan dalam kajian Che Man dan Borhan (2010) yang menyatakan bahawa CSR dalam Islam banyak menjurus kepada aspek kerohanian yang berteraskan daripada ajaran al-Quran dan Sunah. Dimensi konsep CSR dalam Islam yang

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 104

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 diterangkan dalam kajian mereka adalah Taqwa, Tawhid (perpaduan), keadilan, dan tanggung- jawab mempunyai persamaan dengan dimensi dalam kajian Mohammed (2007) dan Dusuki (2008). Khan dan Karim (t.t) dalam kajian mereka juga telah mengemukakan beberapa konsep CSR dalam Islam yang sama iaitu prinsip Tawhid, pemegang amanah, kebenaran dan tanggung- jawab, serta keseimbangan dan keadilan. Walau bagaimanapun, kajian Farouk (2007) mengutarakan prinsip yang agak berbeza na- mun masih berkisar di dalam konsep yang sama. Dimensi yang dikemukakan oleh Farook dapat diklasifikasikan sebagai penjelasan yang juga terdapat di dalam dimensi yang dilakukan oleh pengkaji lain. Farouk (2007) menyatakan bahawa CSR dalam Islam berasal daripada prinsip teras dalam al-Quran. Tiga prinsip utama yang menjadi asas kepada CSR dalam Islam adalah khalifah bagi manusia di muka bumi, tanggungjawab kepada Tuhan, dan melaksanakan kebaikan serta mencegah kemungkaran (amar makruf nahi mungkar). Prinsip khalifah bermaksud manusia adalah wakil Allah SWT di bumi yang bertanggungjawab untuk menyebarkan dakwah Tawhid, beribadah dengan ikhlas, beriman kepada Allah dan mencegah perbuatan yang mungkar. Khalifah juga berkaitan dengan kepemimpinan yang bersifat menyeluruh yang berkaitan dengan urusan khusus dan umum dalam kepentingan agama mahupun dunia. Allah telah menyatakan prinsip ini dalam surah Al- Baqarah ayat 30 yang bermaksud“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Prinsip tanggungjawab kepada Tuhan menjelaskan berkaitan dengan prinsip khalifah yang menandakan bahawa individu akan bertanggungjawab kepada Allah untuk semua tindakan yang telah mereka lakukan di dunia pada hari kiamat kelak. Prinsip ini dijelaskan dalam ayat al- Quran yang bermaksud “Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”(Al-Baqarah, 2:286). Individu mempunyai tanggungjawab kepada Allah SWT yang perlu dilaksanakan supaya dapat memperolehi kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Prinsip yang menggalakkan kebaikan dan mencegah yang mungkar (amar makruf nahi mungkar) pula merangkumi tanggungjawab yang telah diberikan oleh Allah kepada umat Islam sebagai pemegang amanah dan khalifah di muka bumi. Hal ini diterangkan oleh Allah SWT di dalam Al- Quran yang bermaksud: “mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Rasulnya” (Surah At-Tawba, 9:71) Al-Imam Az Zajjaj mendifinisikan makruf dengan maksud segala perbuatan baik yang dilakukan oleh manusia dan makruf dari segi syarak membawa maksud setiap satu amalan yang termasuk di dalam kategori ibadat baik dalam bentuk melakukan sesuatu amalan mahupun dalam bentuk meninggalkannya (Ibrahim, 2000). Lafaz makruf disebut sebanya tiga puluh lapan kali di dalam Al-Quran. Antaranya firman Allah yang bermaksud “dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan baik” (Luqman: 15), dan “maka berlumba-lumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan.”(Al-Baqarah: 148). Mungkar pula membawa maksud sesuatu tin- dakan yang jelek, diharam, dibenci dan bercanggah dengan hukum agama. Mencegah perkara yang mungkar bermaksud mencegah daripada melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan syariat. Semua jenis maksiat adalah perkara mungkar kerana akal yang sihat mengingkarinya (Ibrahim, 2000). Hal ini menjelaskan bahawa individu mahupun organisasi bertanggungjawab untuk mencegah perbuatan yang dilarang dan menggalakkan serta melakukan kebaikan dengan melaksanakan suruhan Allah SWT. Dalam melaksanakan tanggungjawab, prinsip ini amat penting bagi meamastikan tanggungjawab yang dilaksanakan mematuhi peraturan yang

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 105

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 ditetapkan dalam agama Islam. Farouk (2007) menjelaskan bahawa ketiga-tiga prinsip tanggungjawab ini merangkumi aspek dalam kehidupan seseorang muslim. Gabungan prinsip- prinsip ini menjelaskan konsep tanggungjawab ketuhanan bagi setiap umat Islam. Berdasarkan kepada pandangan pengkaji lepas berkaitan dengan konsep CSR dalam Islam, dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa prinsip yang menjelaskan konsep CSR dalam Islam iaitu Tawhid, keadilan, ikhtiar, tanggungjawab, Taqwa, shariah, khalifah, persaudaraan, tanggungjawab kepada Tuhan dan melaksanakan kebaikan dan menghindari kemungkaran (amar makruf nahi mungkar).

MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DALAM ISLAM Islam mempertimbangkan isu berkaitan dengan tingkah laku beretika sebagai sebahagian dari- pada suruhan moral. Di dalam al-Quran dan Sunah telah dinyatakan dengan tegas berkaitan dengan tindakan manusia yang perlu mengikut undang-undang dan melakukan kebaikan untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT seperti yang tercatat di dalam surah Al-Kahfi ayat 46 yang bermaksud: “Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal- amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.” Perbincangan berkaitan dengan tanggungjawab sosial banyak diterangkan di dalam Al- Quran dalam pelbagai aspek. Islam memberikan perhatian kepada perniagaan melalui aspek- aspek moral untuk mencapai keuntungan maksimum. Aspek moral juga dilihat penting bagi memastikan sesuatu perniagaan dijalankan pada landasan yang betul serta mengikut undang- undang yang ditetapkan serta mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Ini menunjukkan bahawa Islam mengambil berat terhadap aspek ekonomi dan moral dan kedua dua aspek ini tidak boleh dipisahkan. Di dalam al-Quran telah dinyatakan tentang hubungan kejayaan perniagaan dengan perkembangan ekonomi yang dipengaruhi oleh etika keusahawanan di dalam perniagaan. Allah telah menyatakan di dalam surah Al-Isra ayat 35 yang bermaksud “Dan sempurnakanlah suka- tan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).” Hal ini menunjukkan bahawa Islam menggalakkan tanggungjawab dalam aspek ekonomi dengan mengamalkan prinsip keadilan dan kejujuran. Islam juga menganggap pemeliharaan alam sekitar adalah salah satu daripada tanggungjawab sosial. Semua usaha perniagaan perlu mengambil berat berkaitan dengan aspek pemeliharaan alam sekitar. Tanggungjawab terhadap alam sekitar juga telah dinyatakan oleh Al-Quran yang bermaksud: “Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan binatang ternakan, sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan” (Al-Baqarah:205). Ayat berkenaan jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab terhadap alam sekitar merupakan satu tanggugjawab yang besar dan diamanahkan kepada umat manusia. Allah SWT melarang perbuatan yang menjejaskan alam sekitar dan menjaga alam sekitar merupakan amalan yang mulia dan dapat memberikan kebaikan kepada pelbagai pihak. Oleh itu, Allah SWT tidak suka kepada manusia yang melakukan kerosakan di atas muka bumi serta akan mendapat balasan yang buruk di akhirat kelak. Dalam aspek kebajikan sosial, Islam amat menggalakkan kepada umatnya memberikan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan dan kurang keupayaan untuk bekerja melalui

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 106

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 pemberian sedekah dan pinjaman kebajikan (Qard Hasan). Allah berfirman di dalam surah Al- Taghabun ayat 16 "Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaran-Nya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya” Ayat tersebut menerangkan tentang tanggungjawab umat Islam untuk membantu orang lain melalui sumbangan dan derma amal dan sifat kedekut adalah sesuatu yang dianggap keji di dalam Islam. Pinjaman kebajikan (Qard Hasan) juga telah diterangkan di dalam al-Quran yang bermaksud: “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempitkan dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.” (Surah al Baqarah: 245 ). Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa konsep dan pelaksanaan tanggungjawab sosial dan konsep keadilan telah lama wujud dalam Islam iaitu semenjak kehadiran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Walaupun ayat-ayat al-Quran tidak merujuk secara lansung kepada CSR tetapi terdapat banyak ayat-ayat dalam al-Quran yang menerangkan tentang kewajipan individu untuk membantu individu lain. Oleh itu bagi sesebuah organisasi, mereka perlu membantu dan memberi manfaat kepada individu lain. Yusuf dan Bahari (t.t) menyatakan bahawa kewujudan organisasi telah dilihat oleh ulama seperti Shafi'i, Ahmad bin Hambal, Ibnu Hamid al- Ghazali, Ibn al- Faraj, Ibn Al Jawzi sebagai pelaksana fardu kifayah. Organisasi dapat melakukan perkara yang sukar untuk dilakukan oleh individu dan boleh menanggung serta menjaga kepentingan masyarakat yang lebih besar. Malah CSR bagi sesebuah organisasi bukan sahaja menanggung dan menjaga keadaan di sekeliling mereka, tetapi lebih daripada itu CSR adalah kewajipan manusia untuk mematuhi undang-undang Allah SWT. Allah SWT telah memerintahkan manusia untuk taat kepadaNya dan satu bentuk ketaatan kepada Allah SWT adalah dengan memastikan kesejahteraan manusia dan menjaga persekitaran semula jadi. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”(Surah Al- Dzaariyat: 56). Allah SWT juga berfirman “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(An’am:165).

PENUTUP Pada masa kini, kewujudan organisasi yang berteraskan Islam dilihat semakin meningkat dis- ebabkan oleh penerimaan masyarakat terhadap sistem perniagaan Islam yang kian berkem- bang contohnya pertambahan bilangan industri perbankan, perhotelan, dan institusi kerajaan yang menggunakan prinsip shariah (undang-undang Islam) di dalam organisasi mereka. Pengu- rusan dan operasi organisasi yang berteraskan Islam adalah berbeza dengan sistem penguru- san organisasi Barat. Sekiranya dilihat kepada sistem atau ilmu-ilmu saintifik daripada Barat berkenaan dengan pengurusan organisasi, kebanyakannya hanya bertumpu kepada manfaat sementara yang bersifat luaran dan materialistik (Ahmad, 2010) atau hanya utk memenuhi keperluan organisasi sahaja (Azmi, 2001) tanpa didasarkan kepada kejayaan yang hakiki (al- falah) serta keperluan mencari keredaan Ilahi (Abdullah, 2010).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 107

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Pelaksanaan konsep-konsep dari Barat dalam melaksanakan idea-idea pembangunan di ne- gara-negara sedang membangun juga yang turut menerima kritikan dan dipersoalkan kese- suaiannya. Pelaksanaan konsep-konsep pembangunan beracuankan Barat ini dikatakan gagal mengambil kira aspek agama dan budaya masyarakat tempatan. Pelaksanaan konsep Barat ini juga dilihat tidak bersesuaian dengan organisasi yang berteraskan Islam kerana falsafah organi- sasi Islam adalah berbeza dengan falsafah organisasi Barat kerana organisasi Islam adalah be- rasaskan al-Quran dan Sunah serta budaya yang biasanya berkembang di dalam masyarakat Islam (Yusuf, 2010). Ekoran perkembangan pesat organisasi yang berteraskan Islam seperti perbankan shariah, isu-isu lain yang berkaitan juga turut mendapat tempat dan perhatian da- lam kalangan pengkaji, pemikir dan juga pihak pelaksana (Juliandi, 2016) termasuklah isu CSR. Kewujudan CSR pada hari ini menjadi satu keperluan kepada sesebuah organisasi untuk berkembang maju. Organisasi mula melihat CSR sebagai satu kewajipan yang perlu dilaksana- kan untuk memenuhi tuntutan pihak yang berkepentingan serta mula menyedari bahawa ba- nyak faedah yang boleh diperolehi daripada pelaksanaannya. Dalam masa yang sama, masya- rakat juga mula menuntut organisasi supaya melaksanakan CSR dan melabelkan organisasi yang tidak melaksanakan CSR sebagai organisasi yang tidak menyumbang kepada kesejahte- raan masyarakat. Tekanan daripada pelbagai pihak dan kesedaran organisasi sendiri menye- babkan isu-isu berkaitan dengan pelaksanaan konsep CSR mula dibincangkan secara meluas. Oleh yang demikian, tidak hairanlah isu mengenai pelaksanaan CSR semakin hangat dibincang- kan. Hal ini kerana, pelanggan mengharapkan syarikat melaburkan keuntungan yang diperolehi untuk melaksanakan CSR mereka (Brown & Dacin, 1997) bagi membantu pembangunan komu- niti melalui pelbagai aspek. CSR juga dapat menarik perhatian publik terutama di Malaysia lan- taran banyak syarikat mengaplikasikan CSR pada masa kini. Tuntutan masyarakat berkaitan aspek CSR ini telah menunjukkan betapa pentingnya CSR diamalkan secara meluas teruta- manya di negara yang membangun seperti Malaysia. Dusuki (2008) menyatakan terdapat ramai sarjana Barat telah membincangkan dari aspek teori, moral dan etika sebagai asas untuk inisiatif CSR. Namun, usaha tersebut telah mendapat kritikan dari segi masalah justifikasi, kekaburan konsep, tidak konsisten dan gagal memberi panduan etika kepada organisasi bagi membuat keputusan berkaitan dengan perkara yang perlu diikuti dan komitmen yang diperlukan dalam CSR. Oleh yang demikian, salah satu daripa- da pendekatan terkini yang boleh diteliti ialah CSR berdasarkan perspektif keagamaan yang berprinsipkan Islam kerana prinsip etika Islam menyediakan rangka kerja yang lengkap untuk CSR dengan menyediakan asas kepada kesejahteraan sosial, tindakan yang baik, kebajikan ke- pada masyarakat dan aspek sosial yang lain (Gill, 2011). CSR dalam perspektif Islam merupakan salah satu cara dalam mencapai tujuan ekonomi Islam, iaitu kesejahteraan ekonomi, keadilan, kebebasan individu dalam konteks kesejahteraan sosial masyarakat. Organisasi yang menyata- kan bahawa mereka beroperasi menggunakan prinsip shariah sepatutnya mengamalkan CSR yang menggunakan prinsip-prinsip di dalam Islam. Berdasarkan kepada perbincangan, dapat disimpulkan bahawa CSR merupakan suatu isu yang telah disebutkan dalam agama Islam dan menjadi salah satu ajaran sejak kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lagi. CSR bukanlah suatu isu yang baru kepada agama Islam dan perlaksanaannya turut dilakukan secara meluas dan merangkumi elemen ekonomi, sosial dan alam sekitar. Namun begitu CSR dalam Islam masih dianggap baru oleh masyarakat pada masa ini disebabkan pengaruh model barat yang mula memperkenalkan istilah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Oleh itu, CSR dalam Islam masih dianggap baru walaupun suruhan berkaitan dengan tanggungjawab sosial telah lama dinyatakan di dalam al- Quran.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 108

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

RUJUKAN Abu Bakar, F (2015). Corporate Social Responsibility (CSR) management process at Bank Islam Malaysia Berhad. Tesis PhDtidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia, Kedah. Abdul Rashid, M. Z., & Ibrahim, S. (2002). Executive and management attitudes towards corporate social responsibility in Malaysia. Corporate Governance, 2(4), 10-16 Amaeshi, K. M. & Adi, B. (2007). Reconstructing the corporate social responsibility construct in Utlish. Business Ethics: A European Review, 16(1), 3-18. Arshad, R., Othman, S., & Othman, R. (2012). Islamic corporate social responsibility, corpo- rate reputation and performance. World Academy of Science, Engineering and Technolo- gy, 64, 1070-1074 Berger, I., Cunningham, P., Drumwright, M. (2007). Mainstreaming corporate social responsibil- ity: Developing markets of virtue. California Management Review, 49(4), 132-157. Boatright, J. R. (2001). The future of corporate social responsibility. Business and Professional Ethics Journal, 20 (3/4), 39-48. Bowen, H. R. (1953). Social Responsibilities of the Businessman. New York: Harper & Row. Borhan, A. S (2011). Pelaksanaan pembangunan wakaf korporat Johor Corporation Berhad (Jcorp): Satu tinjauan. Dibentangkan di International Conference on Humanities 2011. Brown, T. & Dacin, P. A. (1997). The company and the product: Corporate associations and consumer product responses. Journal of Marketing, 61(1), 68-84. Carroll, A. B. (1979) A three-dimensional conceptual model of corporate social performance. Academy of Management Review, 4(4), 497-505. Carroll, A. B. (1999). Corporate social responsibility: Evolution of a definitional construct. Business & Society, 38(3), 268-295 Carroll, A. B., & Buccholtz, A. K. (2006). Business and Society: Ethics andmStakeholder Man- agement. Mason: Thomson. Commission of the European Communities (2001). Green Paper-Promoting a European framework for Corporate Social Responsibility, Commission of the European Com- munities, Brussels. Crowther, D. & Rayman-Bacchus, L. (2004). Perspective on Corporate Social Responsibility. Aldershot: Ashgate. Dahlsrud, A. (2006). How corporate social responsibility is defined: An analysis of 37 definitions. Corporate Social Responsibility and Environmental,15, 1-13. Dusuki, A. W. (2008). What does Islam say about corporate social responsibility. International Association for Islamic Economic, 12(1), 5-28. Dusuki, A. W., & Abdullah, N. I. (2007). Maqasid al-Shari’ah, maslahah and corporate social responsibility. The American Journal of Islamic Social Siences, 24(1), 25-45. Che Man, N. & Borhan, J. T (2010). Pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat: Implikasi dan keberkesanannya kepada masyarakat. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Ma- laysia ke V. Clarkson, M. B. E. (1995). A stakeholder framework for analysing and evaluating corporat so- cial performance. Academy of Management Review, 20(1), 92-117. Davis, K. (1973). The case for and against business assumption of social responsibilities. Acad- emy of Management Journal, 16(2), 312–322. Deegan, C. (2002). The legitimising effect of social and environmental disclosures-a theoretical foundation. Accounting, Auditing and Accountability Journal, 15(3),282-312. Ekawati Rully (2004). Tanggung Jawab Sosial (Corporate Social Responsibility) dalam Per- spektif Ekonomi Islam. Tesis master tidak diterbitkan. Universitas Islam Negri Syarif Hidayatullah: Jakarta Ford, N. (2007). Corporate social responsibility in African context. New African, 465, 50-52.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 109

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Gillian Rice (1999). Islamic ethics and the implications for business. Journal of Business Eth- ics, 18, 345-358. Farouk, S. (2007). On corporate social responsibility of Islamic financial institutions. Journal of Islamic Economic Studies, 15(1), 31-46. Frederick, W.C. (1986). Toward CSR3: Why ethical analysis is indispensible and unavoidable in corporate affairs. California Management Review, 28(2), 126-41 Goi, L. C & Yong, K. H (2009). Contribution of Public Relation (PR) to corporate social responsi- bility (CSR): A review on Malaysia perspective. International Journal of Marketing Studies, 1(2), 46-49. Gill, U. (2011). Understanding Islam’s link wink with corporate social responsibility and sustainability. Corporate Governance & Responsibility: Realizing Sustainability Forum 2011. Griffin J. (2000). Corporate social performance: Research directions for the 21st century. Busi- ness & Society, 39(4), 479-91 Hasan, A. & Harahap, S. S. (2010). Exploring corporate social responsibility disclosure: The case of Islamic banks. International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, 3(3), 203-227. Hazoor Muhammd Sabir, Masood Nawaz Kalyar, Bashir Ahmed & Hammad Raza Zaidi (2012). Factors affecting corporate social responsibility: An emperical study from Pakistan perspective. Interdisciplinary Journal of Contemporary Research Business, 3(10), 831- 852. Galbreath, J. (2010). Drivers of corporate social responsibility: The role of formal strategic planning and firm culture. British Journal of Management, 21, 511-525. Ghazali, N. A. M. (2007). Ownership structure and corporate social responsibility disclosure: Some Malaysian evidence. Corporate Governance, (3), 251-266. Ibrahim, B. (2000). Meraih Kebaikan Mencegh Kemungkaran. Kuala Lumpur: Darul Nu,man. Jones, T. M. (1980). Corporate social responsibility revisited, redefined. Carlifonia Management Review, 22(3), 59-67. Jones, T. M., & Wicks, A. C . (1999). Convergent stakeholder theory. Academy of Management. Review, 24(2), 206-21. Kartini, H. A. (2012). Taqwa penyelamat ummat. Al’ulum, 2(52), 26-35. Khan, M.S.U., & Karim, M.N. (t.t). Corporate social responsibility: Contemporary thought and Islamic perspective. Thoughts on Economics, 21(1), 45-65. Kim, J. B., Kwak. G., & Koo, Y. R. (2010). A note on corporate social responsibility (CSR) in city branding and design. The Asian Journal on Quality, 11(3), 251-265. Maclagan, P. (1999). Corporate social responsibility as a participative process. Business Ethics: A European Review, 8(1), 43-49. Lantos, G. P. (2001). The boundaries of strategic corporate social responsibility. Journal of Consumer Marketing, 18(7) 595-632. Marrewijk, M. V. (2003). Concepts and definitions of CSR and corporate sustainability: Between agency and communion. Journal of Business Ethics, 44(2), 95-105. Maignan, I., & Ferrell, O. (2001). Antecedents and benefits of corporate citizenship: An investi- gation of French businesses. Journal of Business Research, 51(1), 37-51. McWilliams, A. (2001). Corporate social responsibility: A theory of the firm perspective. Acad- emy of Management Review, 26(1), 117-28. McWilliams, A., & Siegel, D. (2000). Corporate social responsibility and financial performance. Strategic Management Journal, 21, 603-619. Min-Dong, P, L. (2008). A review of the theories of corporate social responsibility: Its evolutio- nary path and the road ahead. International Journal of Management Review, 10(1), 53-73.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 110

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Mohd Nor, S. (2012). Integrating moral in a dynamic model of corporate social responsibility in Islamic economic and finance. Asian and African Area Study, 11(2), 137-150. Mohr, L. A., Webb, D. J., & Harris, K. E. (2001). Do consumers expect companies to be so- cially responsible? The impact of corporate social responsibility on buying behavior. Jour- nal of Consumer Affairs, 35(1), 45-72. Mohammed, J. A. (2007). Corporate social responsibility in Islam. Tesis PhD tidak diterbitkan, Auckland University of Technology, New Zealand. Mukhazir, M. R. M., Muhamad, R. & Noordin, K. (2006). Corporate sosial responsibility disclo- sure: A tauhidic approach. Jurnal Syariah, 14(l), 125-142 Perrini, F. (2006). The practitioner’s perspective on non-financial reporting. California Man- agement Review, 48(2), 73-103. Quinio, K. (2009). Practice and perception: The diffusion of corporate social responsibility (CSR). Tesis master tidak diterbitkan, Georgetown University, Washington. Samina, Q. S. (2012). Practice of corporate social responsibility in Islamic banks of Bangladesh. World Journal of Social Sciences, 2(6),1-13 Sethi, S. P., & Steidlmeier, O. (1995). The evolution of business role in society. Business & Soci- ety Review, 94, 9-13. Siwar., C & Hossain., M. T. (2009). An analysis of Islamic CSR concept and the opinion of Malay- sian managers. Management of Environmental Quality: An International Journal, 20(3), 290-298. Sims, R. R. (2003). Ethics and corporate Social Responsibility. Praeger, USA: Why Giants Fall. Signitzer, B., & Prexl, A. (2008). Corporate sustainability communications: Aspects of theory and professionalization. Journal of Public Relations Research, 20, 1-19. Turker, D. (2009). Measuring corporate social responsibility: A scale development study. Journal of Business Ethics, 85, 411-427. Ullmann, A. (1985). Data in search of a theory: A critical examination of the relationship among social performance, social disclosure, and economic performance. Academy of Management Review, 10, 540–577. Vogel, D. (2005). The Market for Virtue: The Potential and Limit of Corporate Social Responsibility. Washington, DC: Brooings Institution Press. Weber M. (2008). The business case for corporate social responsibility: A company-level meas- urement approach for CSR. European Management Journal, 26, 247-261. Williamson, D., Lynch-Wood, G., & Ramsay, J. (2006). Drivers of environmental behavior in manufacturing SMEs and the implications for CSR. Journal of Business Ethics, 67(3),317- 330. Wood, D. J. (1991). Corporate social performance revisited. Academy of Management Review, 16(4), 691-718. Yusuf, M. Y. & Bahari, Z. (t.t). Islamic corporate social responsibility in islamic banking: To- ward poverty alleviation. Dibentangkan di 8th International Conference on Islamic Eco- nomics and Finance. Yusuf, M. Y. (2010). Model pelaksanaan CSR bank syariah: Kajian empiris pembiayaan mikro batul mal Aceh. Jurnal Ekonomi Islam, 4(2), 197-215. Md Anowar Zahid & Kamal Halili (2012). Corporate social responsibility to employees: Con- sidering Common law vis-à-vis Islamic law principles. Pertanika Journal of Social Science & Humanities, 209, 87-100. Zenisek, T. J. (1979). Corporate social responsibility: A conceptualization based on organiza- tion literature. Academy of Management Review, 4, 359-368.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 111

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

KAREKTERISTIK INTERAKSI DALAM PENGELOLAAN AKTIVITI KERJA: CABARAN TERHADAP KOMUNIKASI PENGURUSAN ORGANISASI

Rosli Mohammed, Mohd Khairie Ahmad & Mohamad Noor Sharipuddin Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia

ABSTRAK Kertas ini memerihalkan dapatan dari beberapa kajian yang telah dija- lankan dalam menyelidiki karekteristik interaksi dalam pengelolaan ak- tiviti kerja dalam pelbagai organisasi di Malaysia. Fokus perbincangan adalah pada karekteristik perlakuan komunikasi yang membentuk iklim komunikasi serta dimensi-dimensi komunikasi yang mempunyai hu- bungan pengaruh terhadap iklim komunikasi. Sebanyak enam dikotomi perlakuan komunikasi dalam proses interaksi kerja ditinjau bagi meli- hat bentuk iklim komunikasi. Manakala dimensi perlakuan komunikasi pula di tinjau berdasarkan dimensi-dimensi percaya, kesanggaan ko- munikasi, kecerapan komunikasi ke atas, keterbukaan komunikasi ke bawah, penglibatan dalam proses buat keputusan, kehendak pada pencapaian kerja yang tinggi, pemerosesan maklumat persekitaran dan identifikasi organisasi.. Persampelan responden dibuat dengan meng- gunakan kaedah persampelan berstarata. Dapatan dari kajian ini me- nyokong kajian-kajian terdahulu yang menunjukkan hubungan serta pengaruh yang signifikan di antara perlakuan komunikasi, dimensi- dimensi komunikasi dengan iklim komunikasi. Iklim komunikasi me- nyangga juga jelas memberi sumbangan kepada kecemerlangan pen- capaian organisasi. Dengan kata lain terdapat dua aspek perlakuan komunikasi yang penting dalam pengelolaan aktiviti kerja yang berke- san yang perlu diberi perhatian, iaitu keterbukaan dalam proses per- kongsian maklumat seperti perkongsian maklumat kerja, maklumat strategik organisasi, maklumat peribadi, maklumat pencapaian organi- sasi. Manakala aspek kedua pula adalah kesokongan dalam interaksi kerja seperti menjadi pencerap yang berkesan, galakan pada cetusan input, arahan kerja yang jelas, ketepatan serta maklumat yang mencu- kupi dan maklumbalas konstruktif.

PENGENALAN

Seiring dengan perubahan global, setiap organisasi perlu melakukan tranformasi bagi memas- tikan ia masih relevan dan memenuhi keperluan. Organisasi yang bersifat dinamik memerlukan perubahan bukan saja kepada produk tetapi ia bermula dengan organisasi itu sendiri. Komuni- kasi memainkan peranan penting dan keperluan untuk mengetahui perlakuan interaksi dalam proses komunikasi dalam kalangan anggota kerja organisasi iklim komunikasi itu sendiri. Dalam proses mengelolakan aktiviti kerja organisasi, perlakuan komunikasi dalam kalangan anggota kerja dikatakan sebagai salah satu unsur penyumbang penting kepada proses pencapaian mat- lamat organisasi dan peningkatan produktiviti kerja (Frantz,1988). Kepentingan komunikasi

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 112

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 dalam pengurusan organisasi memang sesuatu yang sukar dinafikan. Kajian beberapa sarjana (Kovach,1989; Rosli,2007) menunjukkan 80 peratus masa yang digunakan oleh para pengurus adalah untuk berinteraksi dengan orang lain secara bersemuka, merangkumi interaksi dengan subordinat, rakan sekerja, pegawai atasan, pelanggan dan pembekal. Aktiviti berkomunikasi ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengerakkan anggota kerja ke arah pencapaian matlamat organisasi ataupun matlamat peribadi. Dalam usaha tersebut, kaedah yang sering digunakan adalah melalui proses interaksi di peringkat dyad, kumpulan serta organisasi.Dengan demikian pola interaksi yang diamalkan oleh anggota kerja organisasi akan memberi impaks kepada iklim komunikasi. Iklim komunikasi organisasi akan membantu untuk menerangkan perlakukan ahli organisasi itu sendiri (Ahsanul, 2013).

Kenyataan ini selari dengan peranan komunikasi yang diutarakan oleh De Ridder (2003), bahawa komunikasi pengurusan mempunyai dua matlamat, pertama, adalah untuk memaklumkan (communicatio) maklumat mengenai tugas serta tanggungjawab, dasar-dasar organisasi serta isu-isu organisasi yang berkaitan kepada anggota kerja. Kedua, komunikasi (communicare) bermatlamat untuk mewujudkan sebuah komuniti organisasi atau menerapkan semangat komuniti pada organisasi.Kenyataan ini juga menyokong saranan oleh Koontz dan Wiehrich (1991) menegaskan bahawa komunikasi diperlukan untuk i) menetap dan menyebar- luaskan matlamat sesebuah organisasi, ii) menyusun rancangan untuk mencapai matlamat tersebut, iii) mengatur sumber manusia dan sumber lain dalam cara yang paling cekap dan berkesan, iv) memilih, membentuk, dan menilai anggota kerja sesebuah organisasi, v) memim- pin, mengarah, mendorong, dan mencipta iklim yang akan mencetuskan keinginan orang untuk menyumbang, dan vi) mengawal pencapaian kerja.

PERSPEKTIF TEORI KAREKTERISTIK INTERAKSI DAN IKLIM KOMUNIKASI

Neher, (1997) mendefinisikan iklim sebagai satu kualiti persekitaran dalaman organisasi yang bercirikan kepada sifat-sifat berikut (a) di alami oleh ahli – ahli organisasi, (b) mempengaruhi perlakuan mereka, dan (c) boleh diperihalkan dalam bentuk nilai-nilai yang mencirikan sese- buah organisasi. Rosli (2007) pula mendefinisikan iklim sesebuah organisasi diperolehi melalui pengalaman interaksi daripada kumpulan-kumpulan khusus atau unit-unit dalam organisasi daripada aktiviti-aktiviti komunikasi harian mereka. Di samping itu, kebanyakan sarjana dan pengamal bersependapat bahawa dalam sesebuah organisasi, iklim komunikasi dibentuk ber- dasarkan kepada gelagat interaksi anggota kerja organisasi. Rosli (2007) menegaskan bahawa iklim komunikasi bermaksud bagaimana ahli-ahli sesebuah organisasi berinteraksi dalam pros- es pengelolaan aktitviti kerja . Mengikut Weick’s (1969), darjah ketidakpastian terhadap sesua- tu maklumat akan mempengaruhi proses pengelolaan kerja dan proses membuat keputusan organisasi. Hasil dari proses interaksi, darjah ketidakpastian terhadap maklumat yang diterima akan dapat dikurangkan dan mempunyai nilai. Dengan kata lain teori ini memerihalkan pen- tingnya kejelasan maklumat dalam proses mengelolakan aktiviti kerja. Selain dari itu, dengan penjelasan yang jelas, akan wujud darjah perkongsian maklumat yang tinggi. Dengan sifat begi- tu, dapat membantu meningkatkan kepastian seseorang individu untuk bertindak, khususnya dalam proses membuat keputusan.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 113

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Rajah 1: Model Pengelolaan Kerja Weick’s

Rajah 1 memerihalkan bagaimana proses mengelolakan aktiviti kerja dilaksanakan. Mengikut Weick proses interaksi kerja dalam sesebuah organisasi akan melalui tiga fasa iaitu enactment, pemilihan (selection) dan pengekalan (retention). Rules dan cycles digunakan dalam setiap fasa-fasa tersebut. Penggunaan rules dan cycles bergantung pada darjah ketidakpastian terha- dap input-input maklumat yang diproses. Dengan matlamat untuk menyelaraskan aktiviti kerja, fasa-fasa dalam proses mengelolakan aktiviti kerja akan dikelolakan melalui proses interaksi (cycles) dan dokumentasi bertulis dalam bentuk rules. Pendekatan ini secara langsung mem- bantu menjana pada proses pencapaian matlamat organisasi. Di dalam setiap fasa keorganisa- sian maklumat di proses melalui subproses-subproses himpunan rules dan cycles komunikasi.

Pada fasa enactment, proses pengelolaan aktiviti kerja, memberi perhatian kepada perlakuan komunikasi terhadap pemerosesan maklumat persekitaran. Di sini, organisasi mela- lui proses mendekodkan maklumat mengikut kefahaman terhadap interaksi dalam kalangan ahli-ahli dalam organisasi. Dalam fasa ini juga, sesebuah organisasi sedar akan perubahan da- lam persekitaran maklumatnya, tahap ketidakpastian (equivocality) dalam input-input maklu- mat dikenalpasti, rules dan cycles yang sesuai digunakan dalam proses input-input maklumat tersebut. Pada fasa ini juga, setiap maklumat yang diterima akan dinilai dan difahami bagi mengurangkan tahap ketidakpastiannya. Seterusnya, dalam fasa pemilihan (selection) pula, keputusan dibuat mengenai bagai- mana rules dan cycles yang digunakan telah mempengaruhi ketidakpastian dalam input-input maklumat dan cycles yang manakah yang harus diulangi oleh organisasi tersebut untuk mene- ruskan proses-proses input-input yang seterusnya. Apabila keputusan telah dibuat dalam fasa selection ini, tambahan rules dan cycles akan dipilih dan diulangi untuk mengurangkan tahap ketidakpastian dalam mesej-mesej yang diterima oleh organisasi. Dengan kaedah ini, tahap untuk memahami input-input maklumat tersebut akan dapat ditingkatkan. Marshall Poole (1985) pula memerihalkan iklim komunikasi yang dibentuk dari hasil interaksi dalam kalangan anggota kerja. Pola interaksi anggota kerja di dalam sesebuah organisasi terhasil daripada iklim komunikasi yang bersifat keterbukaan, kesanggaan, mudah dihubungi, kerjasama dan pengli- batan bersama dalam usaha pencapaian matlamat organisasi (Down dan Hazen,1977). Ia me- rangkumi perkara-perkara yang membantu dalam mengalakkan proses komunikasi antara ang- gota organisasi sama ada di peringkat atasan, bawahan dan mendatar. Daniel, Spikers & Papa, (1997) pula memerihalkan perlakuan-perlakuan komunikasi yang membentuk iklim komunikasi menyangga berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut :-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 114

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

i. Komunikasi yang fleksibel dengan mempunyai saluran yang terbuka dan penyeba- ran maklumat dari berbagai arah (atas, bawah dan mendatar). ii. Mempunyai maklumat yang tepat dan mencukupi, menyeluruh mengenai aspek- aspek prosedur kerja, penilaian prestasi, polisi organisasi, keputusan dan aspek lain yang berkaitan dengan tugas. iii. Saling percaya mempercayai, keterbukaan, dan sokongan dalam komunikasi antara pegawai atasan dengan pekerja bawahan. iv. Penglibatan dalam proses membuat keputusan, penyelesaian masalah dan lain-lain yang berkaitan dengan tugas dan kepimpinan yang demokratik.

Ini menunjukkan bahawa karekteristik interaksi yang memudahcarakan pemupukan jalinan hubungan yang positif di perihal sebagai iklim menyangga atau positif. Jalinan hubungan yang terhasil dari interaksi yang positif akan menghasilkan pekerja yang mempunyai minat terhadap kerja serta tahap produktiviti kerja yang tinggi. Manakala interaksi yang negatif atau defensif akan mengakibatkan pekerja mempunyai sikap malas terhadap kerja yang dilakukan. Menurut Pace dan Faules (1994), iklim komunikasi yang terhasil dari proses interaksi kerja yang berlaku dalam proses pengelolaan aktiviti kerja (Frank dan Brownwell,1989; Pace dan Paules,1994 dan Apker,Ford & Fox,2003; Rosli,2007, Lawal & Yusuf (2014). Bentuk interaksi kerja ini merangku- mi tahap percaya, kesokongan, keterbukaan, perundingan, keprihatinan dan ketelusan, tahap penglibatan dalam proses membuat keputusan serta harapan terhadap pencapaian matlamat kerja yang tinggi. Justeru itu, iklim komunikasi yang terhasil dari proses interaksi anggota kerja akan menjadi pemangkin kepada usaha mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan or- ganisasi (Euske dan Roberts,1987).Bagi tujuan menjana kecemerlangan, pengurusan organisasi yang berkesan perlu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, khususnya melalui iklim komunikasi yang diamalkan. Jadual 1.1 Dikotomi Interaksi Kerja

Iklim Menyangga Iklim Defensif  Penjelasan- memberi pendapat peribadi tanpa  Penilaian- membuat pengadilan; menyalah- mengambil kira orang lain kan/memuji; membuat penilaian moral ter-  Orientasi penyelesaian masalah – sependapat hadap motif seseorang. dalam mengenal pasti masalah: elak daripada  Pengawalan – berusaha untuk mengubah persengketaan. tingkah laku dan sikap orang lain.  Spontan – bebas daripada penipuan/ manipula-  Strategik - memanipulasi orang lain dengan si; berterus terang memberikan motivasi yang pelbagai dan sa-  Empati – menunjukkan rasa hormat kepada mar-samar/ melibatkan diri dalam bentuk orang lain; memberikan perhatian terhadap motivasi yang samar-samar. perkara yang memanfaatkan orang lain.  Berkecuali – tidak menumpukan perhatian  Kesaksamaan – penglibatan dalam perancangan terhadap orang lain. Melayan mereka sebagai tanpa mengambil kira/menekankan perbezaan objek, bukan manusia. status, kebolehan dan nilai.  Superior- ketua yang bertindak lebih tinggi,  Persediaan – memberikan pandangan secara kaya, penampilan bijak dan lain-lain; menun- tentatif dan fleksible; bersedia untuk berubah. jukkan perasaan bahawa orang lain tidak sempurna.  Ketidakpastian – sentiasa yakin (dogmatic); tidak fleksible, suka berhujah; sentiasa ingin menang.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 115

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

KEWAJARAN METOD KAJIAN

Metod kajian yang sesuai dalam pengukuran karekteristik interaksi adalah melalui pendekatan sistem yang digunakan oleh penyelidik dalam memerihalkan iklim komunikasi yang di amalkan oleh organisasi kajian. Pendekatan ini secara umumnya melihat sumbangan setiap unit atau individu dalam proses pengelolaan aktiviti kerja (James & Jones,1974; Weick,1987). Begitu juga dengan persekitaran organisasi, khususnya pemerosesan maklumat persekitaran yang secara langsung memberi impak kepada proses kerja sesebuah organisasi. Banyak kajian- kajian ( Katz & Kahn,1966; Allen & Cohen, 1969; Whitley & Frost, 1973, Rosli,2007; Sakyi, 2010) terdahulu mendapati pemerosesan maklumat persekitaran yang di perolehi secara dalaman serta luaran adalah asas utama dalam proses pengelolaan aktiviti kerja sesebuah organisasi.

Instrumen kajian Dalam mengukur karekter interaksi, enam dimensi perlakuan komunikasi yang diuabahsuai oleh Rosli (2007) dari instrumen asal yang dibentuk oleh Peterson & Pace,(1976) sesuai digu- nakan. Pengumpulan data adalah melalui borang soal selidik manakala analisis adalah berda- sarkan persepsi dan pandangan secara individu. Instrumen ini telah banyak digunakan oleh penyelidik tempatan (Rosli, 2007, Naimah, 2014, Murni 2015) dan telah menunjukkan darjah reliability serta validity yang tinggi.

Unit penganalisaan

Bagi tujuan memperolehi data-data mengenai bentuk karekter interaksi dan dimensi-dimensi komunikasi penyumbangnya, maka unit penganalisaan digunakan adalah berasaskan kepada persepsi anggota kerja secara individu, dan kumpulan. Pemerihalan data akan di buat secara menyeluruh daripada persepsi individu bagi mengambarkan persepsi psikologikal terhadap dimensi-dimensi yang menyumbang perlakuan komunikasi yang diamalkan dalam organisasi kajian.

Munchinsky (1977) dan Jablin(1987) juga menegaskan bahawa dalam kajian-kajian yang di jalankan untuk meninjau iklim organisasi, kebiasaannya ia memberi fokus kepada indi- vidu sebagai unit analisis. Seterusnya rumusan dapatan analisis persepsi individu akan di buat secara menyeluruh (aggregate) bagi melihat bentuk iklim yang diamalkan. Pemilihan unit ana- lisis ini juga selari dengan pendapat James (1982), Joyce dan Slocuum (1984) dan James, Joyce dan Slocuum (1988) yang menegaskan bahawa dalam membuat penyelidikan mengenai iklim dalam sesebuah organisasi adalah dengan mengumpulkan (aggregate) skor-skor individu yang diperolehi secara menyeluruh terhadap pemerihalan tanggapan mereka terhadap iklim kerja.

Persampelan kajian

Corak pemilihan responden adalah dengan menggunakan kaedah persampelan berstarata (Stratified Random Sampling) berdasarkan persampelan rawak mudah. Pemilihan responden yang dicadangkan adalah mereka yang terlibat diperingkat pengurusan atasan, pengurusan pertengahan dan kakitangan yang terlibat dalam operasi organisasi. Rekabentuk persampelan yang dicadangkan ini dapat memerihalkan dapatan kajian yang menyeluruh, iaitu merangkumi semua peringkat kerja dalam sesebuah organisasi.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 116

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Dapatan dari beberapa kajian (Moye, M.J. and Henkin, A.B. (2006), Brigham Young University (2004), Madlock, P.E. (2008), Aggarwal, & Bhargava, S. (2009), Rosli (2007) dan Sakyi (2010) membuktikan bahawa setiap bahagian atau anggota kerja sentiasa berperanan dalam melaksanakan aktiviti kerja yang selari dengan matlamat sesebuah organisasi. Peranan ketua yang bertindak sebagai pemimpin atau pengurus organisasi adalah penting dalam memastikan proses perlaksaan serta penyelarasan aktiviti kerja yang selari dengan matlamat organisasi. Begitu juga dengan subordinat, peranan mereka juga adalah penting untuk membantu usaha ke arah proses pencapaian matlamat organisasi. Dengan kata lain sokongan serta kerjasama yang baik di antara ketua dengan subordinat serta sebaliknya adalah penting. Peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pihak dapat dilihat melalui perlakuan komunikasi mereka dalam proses pengelolaan aktiviti kerja. Mengikut Rhoades dan Eisenberg (2002, sekiranya pekerja mempunyai persepsi yang positif terhadap kesanggaan ketua, mereka akan terus mempunyai sikap enyumbang kearah kecemerlangan organisasi.

Berdasarkan kajian Rosli (2007),Naimah (2015) pengiktirafan pencapaian organisasi, sebagai organisasi cemerlang berbanding. Dengan kata lain pencapaian organisasi ini bukan sahaja diperingkat tempatan tetapi juga diperingkat antarabangsa. Sebagai satu penanda aras kece- merlangan pencapaian organisasi, maka adalah wajar bagi kita menyatakan bahawa iklim ko- munikasi yang di amalkan mempunyai pengaruh yang tersendiri. Sepertimana dapatan dari kajian-kajian (Jones &James, 1979; Clampitt & Downs, 1993; Rosli,2007, dan Aggarwal & Bhar- gava. (2009) terdahulu iklim komunikasi menyangga yang di amalkan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pencapaian organisasi. Dapatan dari kajian ini juga menyokong perlakuan kesanggaan dalam interaksi kerja antara organisasi yang mempunyai perkhidmatan yang cemerlang dengan organisasi lain. Saluran komunikasi ke atas adalah cara pekerja barisan hadapan memindahkan maklumat kepada pengurus atau majikan mereka. Kekurangan komu- nikasi ke atas akan memberi kesan buruk kerana ia boleh membawa kepada salah faham dan mesej gagal disampaikan dengan baik.

Ahlstrom, Hagberg & Delive, (2013), dalam kajiannya berpendapat bahawa kekurangan mak- lumbalas dari pekerja bawahan di sebuah hospital memberi kesan buruk kepada penjagaan pesakit dan dalam membuat sebarang keputusan. Kakitangan berat berkongsi maklumat kera- na bimbang ia akan memberi ancaman kepada mereka dan ia membawa kepada tindakan yang salah terhadap keputusan yang dibuat kerana tidak memperoleh maklumat yang jelas atau tepat. Kajian mereka adalah untuk melihat kelakuan interaksi ketua eksekutif sebuah hospital dan tindakan mempromosi suara pekerja atau komunikasi ke atas dalam memastikan kecemer- langan organisasi penjagaan kesihatan. Hasil kajian mendapati hospital itu berjaya menerima anugerah kerana ketua memudahkan pekerja untuk menyuarakan pendapat dengan membo- lehkan dia senang didekati dengan sering hadir di dalam organisasi. Ia menjadikan ia sebagai interaksi konsisten dengan menggalakkan perhubungan, membina kepercayaan dan menaik taraf kepada komunikasi terbuka. Ketua di dalam kajian ini mewujudkan budaya kerja dengan membina persekitaran yang telus terutama berita buruk dari pekerja mereka. Maklumbalas daripada pekerja ini meningkatkan lagi maklum balas komunikasi ke atas. Ia dipersetujui oleh Rosli (2007) dan Kilburn & Cates, (2010) di dalam kajian mereka, mendapati ketua yang mem- beri penekanan kepada perhubungan dengan pekerja akan meningkatkan kecenderungan ke- pada pekerja itu sendiri memberi maklum balas secara sukarela.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 117

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Selari dengan perspektif teori dan dapatan empirikal yang diperolehi menunjukkan ba- gaimana iklim komunikasi yang di amalkan memberi memberi kesan kepada tahap pencapaian organisasi. Kajian oleh Rosli (2007), Murni (2015) dan Naimah (2015) mendapati organisasi yang mengamalkan interaksi kerja yang lebih menyangga menghasilkan produktiviti kerja yang lebih berkesan,khususnya dalam perlaksanaan program pengurusan kualiti menyeluruh (TQM). Dapatan kajian-kajian ini yang mendapati jalinan hubungan antara ketua, serta interaksi den- gan rakan sekerja dan kualiti maklumat yang diperolehi dari ketua secara positif menyumbang pada proses pencapaian organisasi. Dengan demikian dapatlah dirumuskan bahawa persepsi yang positif terhadap interaksi dengan ketua telah menyebabkan anggota kerja mempunyai komitmen yang tinggi terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh organisasi untuk menjana kecemerlangan dalam proses pengelolaan kerja. Karekteristik interaksi yang positif juga dapat mencetuskan usaha anggota kerja terhadap proses pencapaian matlamat organisasi. Rangsan- gan usaha kerja subordinat serta ketua, jangkaan komunikasi, kerjasama dan penyelarasan aktiviti kerja, keadilan organisasi dan amalan membuat keputusan.

Perlakuan komunikasi yang mengutamakan keterbukaan dalam perkongsian maklumat yang berkesan, sebaliknya interaksi yang negatif akan menjana kepada bentuk komunikasi yang autokratik atau tertutup. Allison, Armstrong dan Hayes (2001) menyatakan subordinat yang mempunyai kualiti interaksi hubungan yang tinggi akan menerima perhatian, sensitiviti dan sokongan daripada ketua dan sebagai tukarannya subordinat akan mempertingkatkan tahap percaya, rasa hormat, menyukai ketua serta kekerapan untuk berinteraksi yang lebih tinggi. Sebaliknya pula sekiranya kualiti interaksi hubungan yang rendah wujud, ianya akan menjana pada interaksi yang bercorak formal. Dengan kata lain, sokongan ketua dalam perla- kuan interaksi adalah merupakan asas utama kejayaan sesebuah organisasi melaksanakan ker- ja yang berwajaran dengan pencapaian matlamat organisasi.

Manakala Aggarwal & Bhargava, (2009) pula menegaskan bahawa tiga perlakuan yang menjana kepada pemupukan jalinan hubungan yang positif, iaitu persekitaran yang relaks serta informal, keterbukaan perbincangan dan maklumbalas konstruktif tanpa unsur kritikan.Begitu juga dengan kajian oleh Fairhurst dan Chandler (1989) dan Whitener, Brodt, Korsgaard dan Werner,(1998) dan Aggarwal & Bhargava, (2009) menegaskan bahawa jalinan hubungan ber- kualiti tinggi di perihalkan sebagai perkongsian maklumat yang tinggi, manakala jalinan hubun- gan yang rendah disifatkan sebagai interaksi yang kurang menekankan penglibatan dalam ka- langan anggota kerja. Begitu juga dengan pemupukan sikap percaya-mempercayai di kalangan ahli-ahli organisasi memupuk rangsangan kepada penyaluran mesej yang bermatlamat untuk pemakluman serta arahan kerja yang selari dengan matlamat organisasi.

Interaksi pengurus yang mengamalkan bentuk komunikasi sebegini, selain dari banyak membekalkan maklumat serta pengaruh, mereka juga banyak mengamalkan sikap keterbukaan terhadap cadangan-cadangan (input) serta maklumbalas ke arah memperkasakan proses kerja yang lebih berkesan. Selain daripada sifat komunikasi dua hala ketua, anggota kerja juga harus mempunyai sifat komunikasi yang sama, iaitu banyak mengamalkan sikap memberi maklumat serta cadangan kepada ketua juga akan menyumbang kepada keberkesanan komunikasi me- reka.

Mengikut Malcom (2004) yang mengatakan bahawa sifat komunikasi bercorak bidirec- tional akan memudahkan proses perlaksanaan kerja yang selari dengan pencapaian organisa- si.Ini adalah kerana, dengan corak komunikasi bersifat dua hala, ianya akan dapat mengurang- kan darjah kekeliruan maklumat di kalangan pekerja organisasi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 118

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kefahaman yang jelas terhadap maklumat da- sar serta penglibatan anggota kerja diperingkat perancangan akan membantu usaha ke arah pencapaian matlamat perlaksanaan sesuatu dasar baru. Sebaliknya jika organisasi hanya ber- tindak menyebarkan maklumat tanpa mementingkan darjah kejelasan serta kefahaman mak- lumat yang diterima akan menyebabkan kepada ketidakpastian atau kekeliruan. Kenyataan ini juga disokong oleh Conrad (1985), keterbukaan pengurusan atasan terhadap anggota kerjanya akan mengalakkan proses komunikasi, dan secara langsung menjadikan pekerja berasa kehadi- ran diri mereka penting dan bermakna dalam organisasi. Dengan demikian, jelas menunjukkan bahawa pengurus yang cemerlang adalah mereka yang suka berkomunikasi, menjadi penden- gar yang baik serta berperanan sebagai pemudahcara daripada amalan yang banyak memberi arahan kepada anggota kerjanya.

CABARAN PENGURUSAN DALAM AMALAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI.

Dengan demikian dapat di simpulkan bahawa anggota kerja yang mempunyai tahap persepsi terhadap identifkasi yang positif, secara langsung menjadi semakin positif amalan komunikasi menyangga yang di amalkan. Ini dapat pula di kaitkan dengan sikap kekitaan serta komitmen kerja yang tinggi terhadap organisasi perkhidmatan. Mengikut Andriopoulos dan Therkelsen (2003 hal.122) “Continous inclusion of employees in the decision making process and openness fosters the emotional contract enhancing employees’ identification with and commitment to the brand image”. Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa dalam proses pen- gelolaan kerja, komunikasi bukan hanya di lihat sebagai satu proses penyaluran maklumat dari ketua kepada subordinat, tetapi merangkumi keterbukaan dalam proses perkongsian maklu- mat. Perkongsian maklumat terhasil dari tahap kefahaman, saling faham-memahami, konteks persekitaran dan kejelasan dalam penyampaian. Begitu juga dengan kesanggaan jalinan hu- bungan anggota kerja menjadi pemangkin kepada darjah keterlibatan dalam proses penyele- saian masalah serta tahap identifikasi anggota kerja sesebuah organisasi.

Dua aspek ini adalah penting dalam menjayakan proses pengelolaan aktiviti kerja yang berke- san, khususnya dalam proses penyelesaian masalah serta pencapaian matlamat organisasi. Dengan kata lain iklim komunikasi menyangga serta dimensi-dimensi komunikasi mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk membentuk pencapaian organisasi yang tinggi. Sementara itu (Sakyi, 2010) dalam kajiannya berpandangan bahawa mereka yang berada di posisi pengu- rusan cenderung untuk menggunakan komunikasi ke bawah, bagaimanapun tidak meluangkan masa atau hanya sedikit masa dalam memastikan bahawa komunikasi ke atas adalah digalak- kan di dalam organisasi swasta. Menurutnya kebanyakkan organisasi gagal untuk mengalakkan atau mewujudkan budaya keterbukaan dalam kalangan pekerja bawahan di mana keadaan ini mewujudkan ekologi organisasi lebih kepada komunikasi ke bawah berbanding dua hala. Oleh itu ia secara tidak langsung akan mewujudkan tingkah laku mempertahankan diri dan salah faham terhadap maklumat. Bagi mendapat pengurusan organisasi yang efektif , pihak pengu- rusan atasan perlu lebih terbuka kepada maklumat di terima dari pekerja bawahan.

Dalam banyak kajian, dimensi-dimensi komunikasi yang mempunyai ciri-ciri bermaklumat serta jalinan hubungan merupakan dimensi paling berpengaruh dalam menentukan tahap iklim komunikasi Penentuan daya pengeluaran yang tinggi, terhasil daripada proses perkongsian maklumat dan kesanggaan dalam gaya interaksi yang diamalkan. Apabila pekerja berkongsi serta mengamalkan kesangaan dalam berinteraksi dengan rakan sekerjanya, pekerja bawahannya dan penyelianya, biasanya dia akan memperolehi

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 119

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 pengetahuan yang mendalam tentang latarbelakang, pengalaman, sikap dan perilaku pekerja lain. Berdasarkan input yang diperolehi, hubungan antara manusia dalam organisasi itu akan terjalin dengan kukuh. Lanjutan dari itu, ia akan memberikan kesan yang positif pada pertum- buhan organisasi dan juga pekerja-pekerjanya.

Begitu juga gelagat seperti sokongan, kecukupan maklumat, keakraban hubungan juga menyumbang kepada keberkesanan komunikasi pada peringkat individu, dyadik serta kumpulan kecil. Dengan kata lain, kecemerlangan pencapaian organisasi bukan terhasil dari peranan yang dimainkan oleh seorang individu, tetapi ianya adalah peranan secara bersama anggota kerja. Dapatan dari kajian ini juga menyokong kepentingan amalan komunikasi me- nyangga sebagai penyumbang utama dalam proses mempertingkatkan kepuasan serta penca- paian organisasi. Kajian ini membuktikan kebanyakan penemuan dari kajian yang lalu bahawa semakin positif persepsi terhadap iklim dan dimensi-dimensi komunikasi maka semakin me- nyangga iklim komunikasi, begitu juga sebaliknya.

Dalam memerihalkan kepentingan interaksi menyangga dalam proses pengelolaan ak- tivititi kerja, dua aspek penting yang perlu diberi perhatian, iaitu maklumat serta interaksi. Selain dari itu untuk memastikan aliran maklumat yang berkesan, bentuk perbincangan yang mengalakkan seperti keterbukaan dan keteluasan adalah asas utama dalam proses perkong- sian maklumat. Rajah di bawah menerangkan bagaimana pengukuran iklim komunikasi. enam unsur perkongsian maklumat serta 11 kemahiran interaksi adalah merupakan asas penting dalam mengukur dimensi-dimensi komunikasi yang akhirnya akan menjana kepada pembentu- kan iklim komunikasi di dalam sesebuah organisasi.

Iklim Komunikasi

Keterbukaan Maklumat Kesanggaan Interaksi

Kecukupan Aliran maklumat maklumat Kemahiran Interaksi 1. Pencerap aktif

Amalan Perkongsian maklumat 2. Empati

1. Maklumat strategik 3. Jelas maksud

2. Maklumat peribadi 4. Semak ketepatan

3. Maklumat kerja kumpulan 5. Maklumbalas konsruktif

4. Maklumat pencapaian 6. Kawal emosi

5. Maklumat keatas 7. Urus konflik

6. Maklumat persekitaran 8. Dapat maklumbalas

9. Arahan jelas

10. Sedia maklumbalas

11. Galakan cadangan input

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 120

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Karekteristik interaksi ini menyokong juga model Weicks’(1969) yang menekan proses interaksi berkesan yang melibatkan 4 fasa utama, iaitu peringkat perbincangan terhadap sesuatu per- masalahan kerja, peringkat pemilihan alternatif, peringkat percubaan dan akhirnya mendoku- mentasikan keputusan yang boleh diterimapakai. Dalam pada itu, untuk mengelolakan aktiviti kerja yang berkesan bukan di sebabkan oleh interaksi dua hala, tetapi merangkumi proses perkongsian maklumat. Justeru itu dalam pengurusan sesebuah organisasi, jalinan hubungan serta perkongsian maklumat yang berkualiti mengenai halatuju, pembaharuan-pembaharuan serta perubahan yang dibuat hendaklah dipertingkatkan. Ini bertujuan untuk memperting- katkan kesedaran serta kefahaman anggota kerja dalam melaksanakan tugas harian mereka. Dengan peningkatan kesedaran serta kefahaman yang jelas terhadap halatuju organi- sasi ianya secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan usaha anggota kerja kearah perlaksanaan kerja yang berkualiti tinggi. Maklumat-maklumat yang disalurkan bukan merupa- kan maklumat yang berasaskan kepada intuisi atau andaian tetapi maklumat yang disalurkan hendaklah berasaskan kepada perkongsian maklumat analitikal dan empirikal. Disamping itu juga anggota kerja perlu mengetahui serta memahami kandungan maklumat pengurusan or- ganisasi secara menyeluruh dan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan objektif sistem itu. Begitu juga dengan jalinan hubungan bermaklumat sama ada diperingkat pengurusan atasan dengan anggota kerja, penyelia dengan kakitangan bawahannya dan sesama rakan se- kerja perlu dipertingkatkan. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat berpasukan da- lam usaha mencapai matlamat penubuhan organisasi. Beberapa penyelidikan telah menunjuk- kan bahawa hubungan baik dalam kalangan anggota kerja dalam sesebuah organisasi bukan sahaja diperlukan untuk kejayaan organisasi tetapi juga amat penting terhadap manusia selu- ruhnya. Secara tidak langsung akan wujud semangat kerja berpasukan yang tinggi serta tahap penglibatan kerja juga disumbang oleh persekitaran organisasi yang menyangga, khususnya dari segi kesokongan serta keterbukaan komunikasi. Persekitaran komunikasi yang mengalakan penyertaan serta penglibatan anggota kerja dalam proses pengurusan harian organisasi seperti proses pengubalan dasar dan strategi, proses membuat keputusan, komunikasi dua hala yang bercirikan keterbukaan dan kesokon- gan akan dapat mempertingkatkan kepuasan terhadap aktiviti berkomunikasi dan kepuasan terhadap kerja yang dilakukan. Persekitaran komunikasi sebegini akan menjadi pemangkin kepada anggota kerja untuk mempertingkatkan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang dilaksanakan.Ini adalah kerana melalui persekitaran komunikasi sebegini, pekerja beranggapan mereka sebagai sebahagian dari pengurusan organisasi. Sekiranya penglibatan pekerja tidak diambilkira dalam proses pengubalan dasar dan strategi organisasi, komitmen mereka juga adalah rendah. Begitu juga dengan tahap identifikasi terhadap organisasi dijangka dapat diper- tingkatkan sekiranya persepsi yang positif terhadap pola interaksi dikalangan anggota kerja. Pastinya di dalam mana-mana jua, komunikasi memainkan peranan penting dalam menghubungkan setiap ahli organisasi dalam pelbagai pengelolaan kerja. Komunikasi diguna- kan oleh pekerja secara formal dan tidak formal untuk berbincang, bertukar idea, dan seba- gainya. Nurlita, (2012) di dalam kajiannya jelas mengatakan bahawa pekerja adalah ahli organi- sasi yang boleh menentukan kejayaan organisasi dalam mencapai matlamat. Pastinya tanpa sokongan daripada pekerja, sesebuah organisasi sukar untuk mencapai matlamat pencapaian- nya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai ia memerlukan pekerja berpretasi tinggi, dima- na mereka boleh bekerja dengan baik apabila terdapat hubungan komunikasi yang berkesan antara ketua dan pekerja. Oleh itu organisasi bukan sahaja mencapai pencapaian cemerlang tetapi dalam masa yang sama kebajikan pekerja juga terpelihara.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 121

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Rumusannya dapatlah kita katakan bahawa untuk mebina kumpulan kerja yang berke- san dalam sesebuah organisasi, perlakuan komunikasi yang berwajaran khususnya proses inte- raksi kerja adalah sangat penting.Antara ciri-ciri penting dalam pembentukan pasukan kerja yang cemerlang adalah dengan menjadikan:- i. Menjadikan suasana kerja yang boleh dianggap baik serta adil oleh pihak pekerja bawahan. ii. Mengamalkan penyertaan-mendengar serta mencerap idea-idea yang di sampai- kan oleh pekerja dan mendapatkan penglibatan mereka dalam perancangan kerja organisasi. iii. Tunjukkan sifat empati kepada pekerja-pekerja bawahan sebagai penyelia atau pengurus yang mewakili pihak atasan dan juga mengambil kira isu-isu positif yang di kemukakan oleh pihak subordinat. iv. Berkomunikasi secara terbuka, terutama dalam proses perkongsian maklumat me- lalui penglibatan semua peringkat kerja.

RUJUKAN

Aggarwal, U. and Bhargava, S. (2009), “Reviewing the relationship between human resource practices and psychological contract and their impact on employee attitude and beha- viours: a conceptual model”, Journal of European Industrial Training, Vol. 33 No. 1,pp. 4- 31. Ahsanul, I. M. (2013, July). The Role of Communication Climate in Organizational Effectiveness. International Journal of Scientific & Engineering Research , 4(7), 155-156. Ahlstrom, L., Hagberg, M., & Dellve, L. (2013). Workplace Rehabilitation and Supportive Conditions at Work:A Prospective Study. Journal of Occupational Rehabilitation, 248-60. Allen, M., & Brady, R (1997).Total Quality Management, organizational commitment, per- ceived organizational support and intraorganizational communication. Management Communication Quarterly: McQ Thousand Oaks. 3, 316-341. Andriopoulus,C.,Gosti,M.(2001). “Living” the corporate identity: Case studies from the creative industry. Corporate Reputation Review. 4,144-154. Batt, R & Doellgast (2003). Orgaizational Performance in services.In Holman,D .,Wall,T, et al (eds) The New Workplace: A Guide To The Human Impacts Of Modern Working Practices. John Wiley & Sons.Ltd.New York. Barrett, J.(2002). Change communication: Using strategic employee communication to facilitate major change. Corporate Communication: An International Journal.7, 219-231. Barry,B & Crant, M. (2000). Dyadic communication relationship in organizations: An attribu- tion/expectancy approach. Organization Science Linthicum.11, 648-664. Bednar, D.A (1982). Relationships between communicator style and managerial performance in complex organizations: A field study. Journal of Business Communication,19, 51-76 Campbell, Kim., White, D., & Johnson,E (2003). Leader-member relations as function of rapport management Clampitt,P. & Downs (1993). Employees perceptions of the relationship between communica- tion and productivity. The Journal of Business Communication, 30, 5-28. Christensen,L.T.(2002),”Corporate communication: the challenge of transparency”, Corporate Communication: An international Journal, Vol.7 No.3, pp 162-168 Conrad,C. (2002). Strategic Organizational Communication: Towards the 21st Century, (3rd edi- tion). Harcourt Brace College Publishers. San Diego.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 122

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Cushman,D.P (2000). Stimulating and integrating the development of organizational communi- cation: High Speed Management Theory. Management Communication Quarterly,13, 486- 501. Daniels,T.D.,Spiker, K & Papa, J.M (1997). Perspectives on Organizational Communication (4th.Edition). Brown & Benchmark Publishers, Madison. Dennis,H.S (1975). The construction of a managerial communication climate inventory for use in complex organizations. In Pace,W.R.,& Faules, D.F (1994) Organizational Communica- tion. 3rd.Edition. Prentice Hall.New Jersey De Ridder,J. (2003). Organisational communication and supportive employees, Human Re- source Management Journal. 14, 53-67 Daniels,T.D.,Spiker, K & Papa, J.M (1997). Perspectives on Organizational Communication ( 4th.Edition). Brown & Benchmark Publishers, Madison. Downs,C., & Hazen,M. (1977). A Factor Analytic Study of Communication Satisfaction, Journal of Business Communication.16, 63-74 Euske, N., & Roberts,K (1987). Evolving perspectives in organization theory: Communication implications. In Jablin F.M., Putnam,L., Roberts,K.,& Porter,L.(Eds).Handbook Of Organiza- tional Communication, eds., Newbury Park,CA:Sage Falcione,L.R & Herden,P.R (1987). Communication climate in organization. Dalam Jablin F.M., Putnam,L., Roberts,K.,& Porter,L.(Eds) Handbook Of Organizational Communication, New- bury Park,CA:Sage Falkhemeir,J.(2014), The power of strategic communication in organizational development, International Journal of Quality and Services Sciences, Vol.6 Gibb,J. (1961). Defensive communication. Journal of Communication.11, 141-148 Jablin,M.F (1987). The new handbook of organizational communication: Advances in Theory,research and method.eds.Sage Publication Inc. California James,L.,& Jones, A.(1982). Organizational climate: A review of theory and research. Psycholog- ical Bulletin. 81, 1086-1112 James,L., Joyce,W., & Slocum,J.(1988). Comment: organizations do not recognize. Academy of Management Review. 13, 129-132 Joyce,F., & Slocuum,W.Jr ( 1984). Collective climate: Agreement as a basis for defining aggre- gate climates in organizations. Academy of Management Journal. 27,721-742 Katz ,D., & Kahn,R.L. (1978). The social psychology of organizations (2nd.Ed.) John Wiley and sons, New York Kilburn, B., & Cates, T. (2010). Leader behavior: gatekeeper to voluntary upward feedback. Management Research Review, 900-910. Koontz,H & Wiehrich, H (1991). Pengurusan ( karya terjemahan oleh Salmi dan Siti Nadzrah). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Lawal, B. Z., & Yusuf, M.-B. O. (2014). The Impact Of Participatory Decision Making In Organizational Management. International Journal of Marketing and Technology, 1-17 Muchinsky,P.M (1977). Organizational communication: Relationship to organizational climate and job satisfaction. Academy of Management Journal. 20, 592-607 Neher, W.(1997). Organizational Communication: Challenges of Change, Diversity, and Continu- ity. Allyn & Bacon. Boston Nurlita, I. (2012). Investigation Of Organizational Communication Climate Bhayangkara Surabaya University Using Communication Climate Inventory (CCI) Method. Surabaya, Indonesia: Bhayangkaran Surabaya University Peterson, D.,& Pace,W (1976). Communication climate and Organizational satisfaction. Dalam Pace,W.R.,& Faules, D.F (1994) Organizational Communication. 3rd.Edition.107-110. Pren- tice Hall.New Jersey

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 123

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Poole, M. (1985). Communication and Organizational Climates: Review, Critique and New Perspective in Organizational Communication. Beverly Hills, California: Sage Publications Inc. Rosli, M. (2007). Iklim Komunikasi & Pencapaian Organisasi: Kajian kes antara dua buah organisasi awam Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Sakyi, E. K. (2010). Communication challenges in implementing health sector decentralisation at district level in Ghana: A study of health workforce and stakeholder opinions from three district health administrations. Leadership in Health Services, 156-171. Tourish, D., & Robson, P. (2003). Critical upward feedback in organisations: Processes, problems and implications for communication management. Journal of Communication Management, 150-167. Wayne, P. R., & Faules, D. F. (1994). Organizational Communication. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall Inc. Weick, K.R (1969). The Social Psychology of Organizing, Addison- Wesley, Reading Weick, K.R (1987). Theorizing about organizational communication.In Handbook Of Organiza- tional Communication,eds.F.Jablin, L.Krone, and L.Porter,18- 40. Newbury Park,CA:Sage. Whitener,E., Brodt,S., Korsgaard,A., & Werner,J (1998). Managers as iniatiators of trust: An exchange relationship framework for understanding managerial trustworthy behavior. Academy of Management Review. 23, 513-530

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 124

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

KOMUNIKASI KEPIMPINAN BERASASKAN NILAI CONFUCIANISME DAN PERKAITANNYA TERHADAP KEPIMPINAN KONTEMPORARI

Joyce Cheah Lynn-Sze Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Salah satu isu yang sering diberi perhatian dalam kajian komunikasi kepimpinan adalah bagaimana pemimpin memupuk dan mengamalkan komunikasi antara budaya yang berkesan. Memandangkan model kepimpinan Barat dan Cina semakin berubah dan mungkin menumpu ke arah kepimpinan yang sama, tujuan artikel ini adalah untuk melihat konsep komunikasi kepimpinan daripada sudut falsafah tradisional Cina, iaitu Confucianisme. Justeru, artikel ini membincangkan bagaimana komunikasi antara dua budaya yang berbeza boleh membawa kepada konsep pertembungan. Dengan menggabungkan falsafah tradisional dan komunikasi kepimpinan kontemporari, artikel ini juga membincangkan peranan hubungan nilai-nilai dalam kepimpinan yang berdasarkan nilai-nilai Confucianisme. Pandangan ini bukan sahaja memberikan perspektif alternatif kepada konsep komu- nikasi kepimpinan, ini juga menyumbang kepada pengembangan mod- el teori komunikasi kepimpinan di Asia Timur.

Kata kunci: komunikasi kepimpinan, nilai Confucianisme, komunikasi antara budaya

PENGENALAN Pembentukan kepimpinan generasi baru merupakan topik hangat dalam kajian komunikasi kepimpinan. Falsafah dan budaya tradisional telah mempengaruhi corak pemikiran dan tingkah laku masyarakat dalam sesebuah negara termasuklah pemimpin (Ma & Tsui, 2015). Oleh itu, amalan kepimpinan akan mencerminkan keunikan budaya masyarakat terutamanya negara yang mempunyai kepelbagaian budaya. Contohnya di Malaysia, nilai-nilai kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin telah mempengaruhi budaya, politik dan ekonomi negara (Burska, 2006; Storz, 1999). Oleh kerana terdapat persaingan global dan pendidikan Barat, ramai pemimpin telah mempraktikkan amalan pengurusan Barat (Ma & Tsui, 2015). Walaupun kebanyakan kajian kepimpinan bergantung kepada teori kepimpinan Barat (de Man, 2011), terdapat juga kajian yang mengkaji tentang pemikiran falsafah Cina seperti Confucianisme dalam menerangkan tingkah laku kepimpinan kontemporari (King & Zhang, 2014; Wong, 2001). Tambahan pula, kajian menunjukkan bahawa nilai-nilai Confucianisme telah mempengaruhi pemimpin sejak berkurun (O‟Keefe & O‟Keefe, 1997). Jelas sekali, falsafah tradisional Cina masih menjadi sebahagian daripada budaya di Malaysia pada hari ini. Oleh itu, artikel ini membincangkan hubungan antara nilai budaya tradisional dan komunikasi kepimpinan kontemporari. Pengetahuan tentang nilai-nilai kebudayaan dan komunikasi kepimpinan dapat memberikan input berguna bagi para pemimpin yang berusaha untuk memimpin dalam persekitaran kepelbagaian budaya yang berkesan. Justeru, artikel ni bertujuan untuk memahami bagaimana amalan komunikasi kepimpinan kontemporari mencerminkan falsafah tradisional ini.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 125

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

LATAR BELAKANG FALSAFAH CONFUCIANISME Masyarakat Cina telah dipengaruhi oleh warisan yang diturunkan oleh ahli falsafah Cina, iaitu Confucius. Sejak 2000 tahun yang lalu, pengikut ajaran Confucius telah memastikan warisannya diserap ke dalam sebahagian kehidupan sosial, ekonomi, pendidikan dan budaya masyarakat Cina di Asia Timur (O‟Keefe & O‟Keefe, 1997). Ajaran Confucius menyarankan supaya setiap individu perlu mempunyai batasan diri walaupun individu tersebut disifatkan sebagai seorang pemimpin. Orang Barat mendapati masyarakat Cina yang bersifat pasif dan kesopanan amat mengelirukan. Ini kerana prinsip kepimpinan Barat lebih bersifat lantang, jelas dan secara lang- sung. Oleh itu, Tu (2000) mendefinisikan Confucianisme sebagai sifat budaya yang bukan saha- ja mengawal sikap pengikut tetapi juga nilai-nilai mereka. King dan Zhang (2014) berhujah bahawa nilai-nilai Confucianisme bukan hanya sesuai di- praktikkan oleh masyarakat Cina, tetapi untuk masyarakat dunia. Ini kerana nilai ini merupakan satu etika global yang dapat memupuk pendekatan global terhadap kepimpinan. Nilai teras kepimpinan Confucianisme yang memberi tumpuan kepada keharmonian ini menunjukkan satu alternatif yang penting kepada pembangunan teori kepimpinan Barat. Kajian terhadap peruba- han budaya Cina dan kesannya terhadap kepimpinan Cina memudahkan pemahaman komuni- kasi antara budaya dan mengurangkan jurang dalam penyelidikan kepimpinan global. Ini juga mewujudkan asas yang kukuh untuk memahami bagaimana nilai-nilai budaya Cina mempenga- ruhi pembelajaran, pendidikan dan pembangunan pemimpin serta menyediakan penyelesaian alternatif dalam menghadapi perubahan persekitaran (Han, 2013). Walaupun ramai ahli ekonomi telah memperlihatkan bahawa ekonomi di China akan menjadi salah satu yang terbesar di dunia pada dekad yang akan datang, namun pemahaman tentang tentang nilai-nilai tradisional Cina masih pada tahap minimum. Kebanyakan kejayaan industri di Hong Kong dan Taiwan telah dikaitkan dengan nilai Confucianisme (Robertson, Christopher, Hoffman & James, 2000). Tambahan pula, kepelbagaian budaya yang semakin meningkat di negara Asia telah menambahkan kajian mengenai pertembungan budaya antara nilai Asia dan Barat. Pemimpin dalam organisasi multinasional akan menghadapi kelemahan daya saing sekiranya mereka mengabaikan kepentingan tradisi dan nilai-nilai Asia dalam era media baharu. CONFUCIANISME DAN KOMUNIKASI KEPIMPINAN Kebudayaan dan kepimpinan merupakan dua aspek yang menarik tetapi merupakan bidang yang sukar dikaji (Fan, 2000). Ini kerana kedua-dua subjek adalah kompleks dan hubungan an- tara kedua-dua aspek tersebut masih dipertikaikan, khususnya hubungan antara budaya Cina dan kepimpinan. Ini adalah disebabkan kekurangan persetujuan dan kesukaran untuk mengka- tegorikan nilai budaya Cina (Fan, 2000). Ramai penyelidik telah membuktikan bahawa budaya memberi impak secara langsung ter- hadap ciri kepimpinan dan menyatakan bahawa budaya dan norma tradisi membezakan gaya kepimpinan (Javidan & Carl, 2005). Triandis (1995) dalam kajiannya menyimpulkan bahawa gaya kepimpinan dalam sesebuah negara dipengaruhi oleh nilai-nilai budaya. Beliau menyata- kan bahawa masyarakat negara yang bersifat individualistik lebih menekankan kepada kebeba- san dan autonomi manakala masyarakat budaya kolektivis lebih tertumpu kepada tahap kese- lamatan serta keharmonian kumpulan. Oleh itu, terdapat perbezaan budaya dan tahap kepim- pinan dalam sesebuah negara. Hofstede dan Peterson (2000) menyatakan bahawa pengamalan nilai-nilai budaya adalah berterusan dan mempunyai pengaruh yang penting kepada pembangunan pemimpin dalam masyarakat (Scarborough, 1998). Tambahan pula, Scarborough (1998) menyatakan bahawa walaupun nilai-nilai pemimpin dipengaruhi oleh masyarakat dan tekanan, tetapi nilai-nilai ter-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 126

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 sebut masih selaras dengan nilai teras budaya dan tingkah laku pemimpin. Contohnya, amalan kepimpinan dan masyarakat di negara Asia Timur akan mencerminkan nilai budaya yang bera- saskan Confucianisme. Nilai-nilai Confucianisme Secara umumnya, ajaran Confucius menekankan tentang kualiti peribadi manusia seperti ke- manusiaan, kesopanan, kejujuran, menghormati, kebaikan, menghormati, berbudi pekerti yang tinggi dan bertanggungjawab. Oleh itu, tumpuan ajarannya adalah mengenai soal moral yang lebih menjurus kepada soal kehidupan sosial manusia (Han, 2013). Confucianisme melihat Ren (kemanusiaan) sebagai mengambil berat terhadap pengikut dan Zhi (kebijaksanaan) sebagai memahami pengikut. Oleh itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa nilai Ren merupakan faktor utama dalam mengekalkan hubungan yang harmoni di antara pe- mimpin dan pengikut. Nilai Zhi pula adalah nilai penting untuk menunjukkan kepimpinan yang berkesan (Wang, Wang, Ruona, & Rojewski, 2005). Di samping itu, Confucius menyatakan ba- hawa nilai-nilai seperti kebajikan, kebijaksanaan, keberanian, kemaafan dan kebenaran adalah nilai-nilai etika yang penting untuk pemimpin dalam masyarakat kolektivis. Pengikut perlu me- nunjukkan kesetiaan, ketaatan dan menghormati sebagai balasan. Perhubungan antara pemimpin dan pengikut merupakan topik yang tertua dan diterima secara meluas oleh budaya Cina (Wang, 2011). Perhubungan pemimpin yang baik dilihat seba- gai mempunyai keupayaan untuk berjaya. Selain itu, pemimpin dijangka bersifat matang, yakin, berterus terang, elegan dan pandai bersosial dengan persekitaran luar (Ling et al., 2000). Sifat ini agak sama dengan teori kepimpinan Barat namun lebih rumit dan sukar. Kajian Li dan Mo- reira (2009) mendapati bahawa kira-kira 69.8% daripada responden menjawab pembinaan hubungan jangka panjang (guanxi), manakala 55.6% menjawab memberi perhatian kepada keharmonian. Keputusan ini menunjukkan bahawa perhubungan dan keharmonian jangka pan- jang dianggap penting dalam kalangan masyarakat Cina. Penyelidik telah menyatakan bahawa pemimpin yang berkesan dalam organisasi Cina mempunyai kualiti kepimpinan transformasional (Leung & Bozionelos, 2004). Kajian Xu (2011) yang mengkaji kepimpinan di Tanah Besar China dalam bidang pendidikan mendapati majoriti pemimpin menunjukkan sifat-sifat murah hati, mempunyai nilai moral dan tingkah laku kepim- pinan transformasional. Namun, didapati pengetahuan yang terhad terhadap nilai-nilai seperti kemanusiaan, kebi- jaksanaan, kepercayaan dan kesetiaan yang perlu diamalkan dalam komunikasi kepimpinan. Akibatnya, banyak di antara nilai-nilai tersebut hanya diterima dan digunapakai kerana tidak ada satu rangka rujukan di dalam struktur sedia ada dalam konteks kepelbagaian budaya se- perti di negara Malaysia. Ini mewujudkan cabaran kepada pemimpin yang cuba untuk mem- bentuk visi dan menyampaikan visi supaya keharmonian masyarakat dicapai. Justeru, adalah penting untuk mengetahui dan memahami nilai-nilai teras Confucianisme dalam komunikasi kepimpinan kontemporari. Penyelidik mendapati bahawa nilai-nilai Confu- cianisme mempunyai pengaruh yang berterusan tentang pandangan masyarakat Cina terhadap aspek kemanusiaan, komunikasi dan kepimpinan. Dalam memberi fokus kepada nilai-nilai Con- fucianisme, ini tidak bermakna masyarakat Cina di Malaysia dianggap mempunyai budaya Cina yang monolitik. Terdapat perbezaan yang jelas di antara mereka seperti dalam dialek dalam komunikasi seharian dan juga aspek-aspek lain dalam kehidupan mereka, contohnya, dalam masakan.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 127

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Pertembungan nilai Confucianisme dalam komunikasi kepimpinan kontemporari Idea yang menggabungkan prinsip kepimpinan tradisional dengan prinsip kepimpinan moden telah dibincangkan oleh Farh dan Cheng (2000). Kajian tersebut menyatakan bahawa sekiranya prinsip kepimpinan tradisional dan moden disatukan, perlu terdapat bukti dalam setiap budaya tentang andaian antara budaya atau asimilasi daripada budaya lain. Contohnya, prinsip tradi- sional kemanusiaan Cina akan menjadi satu prinsip yang moden dalam budaya yang lain, iaitu teori kepimpinan Barat. Walaupun perbezaan antara amalan kepimpinan Barat dan Cina telah dilaporkan, perbezaan ini adalah perkara-perkara yang diberi penekanan dan tidak bermakna. Oleh itu, King dan Zhang (2014) mencadangkan bahawa kajian kepimpinan dikaji berkaitan dengan pengamalan nilai-nilai Confucianisme. Melihat kepada nilai-nilai teras dalam Confucianisme, kepimpinan Barat juga mempunyai idea yang sama tetapi tidak serupa (Lin, Ho & Lin, 2013). Contohnya, kebajikan dalam Barat adalah agak sama dengan idea Ren dalam Confucianisme, dimana nilai tersebut menunjukkan peribadi yang baik dan murah hati. Manakala nilai kebenaran agak sama dengan idea yi dalam Confucianisme, di mana merujuk kepada kebenaran moral dan kebaikan. Walaubagaimanapun, perbezaannya mungkin dari segi kualiti seperti kebajikan atau kebenaran di negara-negara Barat adalah berbentuk intrinsik, manakala sifat-sifat di kalangan masyarakat Cina menekankan hubungan. Dalam erti kata lain, seseorang dalam masyarakat Cina akan dianggap baik atau setia, hanya apabila amalan atau tingkah laku mereka mematuhi kriteria sebagai orang yang baik hati atau yang benar oleh masyarakat. Walaupun terdapat pendapat bahawa nilai-nilai kepimpinan Cina adalah penting, na- mun nilai-nilai Confucianisme tersebut jarang menjadi subjek di dalam kajian. Salah satu se- babnya ialah sifat yang sukar difahami mengenai nilai Confucianisme. Memandangkan falsafah dan pemikiran tradisional Cina bukan semata-mata memberi tumpuan kepada pemahaman nilai kerja Confucian, tujuan artikel ini adalah untuk melihat kepada nilai-nilai teras Confucia- nisme dalam komunikasi kepimpinan kontemporari, iaitu konsep Ren (kebaikan, kemanusiaan), Yi (kebenaran), Li (upacara dan ibadah), Zhi (kebijaksaaan), Xin (kejujuran dan amanah), Zhong (kesetiaan), Shu (murah hati dan kemaafan) dan Xiao (ketaatan) (Thompson, 2010) dalam ko- munikasi kepimpinan. Perbincangan dalam artikel ini harap dapat memperkayakan konsep komunikasi ke- pimpinan sedia ada, iaitu kajian yang berkonsepkan Barat kepada konsep kepelbagaian budaya di Malaysia. Kajian ini mendedahkan bahawa kriteria untuk menilai komunikasi kepimpinan adalah sama seperti perspektif Barat kerana ia merangkumi kedua-dua aspek, iaitu pembentu- kan visi dan penyampaian visi dan saling kebergantungan antara kedua-dua aspek tersebut dapat menghasilkan tingkah laku kepimpinan yang berkesan sesuai dengan sikap, pengetahuan dan kemahiran pemimpin. Namun begitu, cabaran yang dihadapi pemimpin Malaysia adalah berbeza dalam mengekalkan pertumbuhan dan transformasi negara untuk generasi akan da- tang kerana keunikan komposisi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama (Low, 2013). Dalam erti kata lain, walaupun konsep komunikasi kepimpinan dilihat sebagai satu fe- nomena sejagat, tetapi amalannya mungkin berbeza mengikut budaya masing-masing. Di Ma- laysia, kepimpinan perlulah dibincangkan dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan aga- ma. Perkaitan antara nilai tradisional Cina dan komunikasi kepimpinan Kepimpinan berdasarkan nilai tradisioanal ditakrifkan sebagai nilai-nilai moral asas yang mendasari pembuatan keputusan dan tindakan pemimpin. Seterusnya, nilai-nilai tradisional yang dijangka dapat dipraktikkan dalam komunikasi kepimpinan kontemporari dibincangkan. Integriti

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 128

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Integriti ditakrifkan sebagai kepatuhan kepada kod moral atau etika yang ketat. Integriti menjadi pusat kepada kajian kepimpinan moden, yang dilihat sebagai "komitmen dalam tindakan prinsip-prinsip moral yang wajar" (Heck, 1996) dan merupakan prasyarat kepada kepimpinan kontemporari. Banyak kajian mendapati bahawa kepimpinan berasaskan integriti berkait rapat dengan nilai keadilan, kejujuran, dan kepercayaan (House, et al., 2004). Nilai ini juga dikatakan hampir sama dengan nilai yi dalam Confucianisme, iaitu seorang pemimpin perlu melakukan perkara yang betul, maka pengikut akan mengikutnya di jalan yang benar dan akan menghormatinya (Lang et al., 2012). Oleh itu, pemimpin perlu sentiasa berhati-hati den- gan kelakuan sendiri, dan percaya bahawa teladan mempunyai pengaruh besar ke atas masya- rakat. Kepercayaan Kepercayaan ditakrifkan sebagai hubungan saling bergantung antara pemimpin dan pengikut. Pengamalan nilai kepercayaan membolehkan pemimpin mendapat komitmen daripada pengikut, justeru mewujudkan perpaduan dan meningkatkan prestasi organisasi. Dalam komunikasi kepimpinan kontemporari, kepercayaan merupakan nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Ma dan Tsui (2015) mengatakan bahawa nilai ini yang membawa kepada kewujudan kepelbagaian budaya untuk membentuk hubungan kerja yang sihat serta meningkatkan komunikasi antara pemimpin dan pengikut. Bagi Confucius, kepercayaan atau xin adalah sangat penting dalam komunikasi interpersonal terutamanya dalam pentadbiran negara (Han, 2013). Pemimpin perlu mendapatkan kepercayaan daripada masyarakat supaya dapat menggerakkan dan berkomunikasi dengan mereka (Lang et al., 2012). Kepercayaan yang tinggi menggalakkan keterbukaan dan penerimaan di antara satu sama lain serta memboleh- kan pemimpin memberi motivasi kepada pengikut. Ketaatan Ketaatan ditakrifkan sebagai kepatuhan yang mantap dan menyokong arahan pemimpin, melainkan tindakan yang diminta adalah tidak bermoral, tidak sah atau tidak beretika. Dalam kepemimpinan kontemporari, keupayaan untuk membuat dan melaksanakan keputusan adalah penting, terutamanya apabila menghadapi kekangan masa dan sumber. Pemimpin bukan sahaja perlu menilai akibat daripada keputusan mereka untuk semua pihak yang terlibat, tetapi mereka juga mesti berusaha untuk mengelakkan berat sebelah yang memberi kesan kepada pembuatan keputusan yang rasional. Dalam Confucianisme, ketaatan atau Xiao merujuk kepada tugas, perasaan, atau hubungan yang wujud di antara anak dan ibubapa (Lang et al., 2012). Berdasarkan kepada Confucian, sama seperti hubungan pemimpin dan pengikut, ketaatan dan menghormati ibu bapa bukanlah satu konsep agama dalam budaya Cina, tetapi ia telah membentuk satu amalan hidup yang boleh diterima. Kebaikan/Kemanusiaan Kebaikan merupakan mempunyai perasaan empati, tidak bersifat ego dimana akan menguatkan kecekapan dan prestasi kepimpinan (Moodian, 2009). Dalam kepimpinan moden, pengamalan nilai kebaikan merupakan faktor utama dalam membentuk organisasi yang lebih baik. Sejajar dengan etika Confucianisme, Confucius mempercayai bahawa manusia perlu berbuat baik dan berperikemanusiaan (Lin et al., 2013). Kebaikan bermaksud baik hati dan kasih sayang, murah hati, kesucian hati dan ketekunan. (Pellegrini & Scandura, 2008). Sebagai tindak balas kepada kepimpinan yang baik, pengikut menunjukkan rasa hormat dan kesetiaan kepada pemimpin dengan melengkapkan kewajipan mereka. Pemimpin yang baik hati menge- kalkan hubungan yang harmoni dengan pengikut dan menjaga kehidupan profesional dan peri- badi mereka (Lin et al., 2013).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 129

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Keikhlasan Keikhlasan adalah kejujuran dalam segala perbuatan dan komunikasi kepimpinan. Seorang pemimpin yang ikhlas dapat meningkatkan kepercayaan dengan pengikut. Dalam Confucianisme, Zheng yi dirujuk sebagai keikhlasan kepada diri dan juga kepada pengikut. Me- nurut Low (2012), fungsi keikhlasan adalah untuk melatih kebijaksanaan dan pengetahuan, hati nurani dan kemampuan pemimpin untuk berbuat kebaikan. Keikhlasan merupakan tindak ba- las positif atas dasar penerimaan pengikut terhadap pengaruh pemimpin.

KESIMPULAN Kesimpulannya, artikel ini mendedahkan banyak persamaan asas antara kedua-dua falsafah tradisional Confucianisme dan komunikasi kepimpinan kontemporari. Kepimpinan Cina dan Barat telah mengamalkan prinsip-prinsip dari budaya masing-masing dengan cara yang mewujudkan persamaan. Konvergensi konsep kepimpinan Barat dan Cina ini menunjukkan bahawa kedua-dua ideologi saling melengkapi kerana kedua-duanya menggambarkan bentuk kepimpinan yang sangat baik. Konsep sedemikian mempunyai implikasi untuk pembangunan komunikasi kepimpinan Barat dan Cina. Model kepimpinan Barat mendapat manfaat daripada penekanan kepada faktor kemanusiaan manakala konsep kepimpinan Cina dapat meningkatkan penekanan terhadap inovasi. Artikel ini diharap dapat membentangkan perspektif baru mengenai kepimpinan Cina dan Barat dan memberi pemahaman bagaimana jurang dalam konsep kepimpinan dapat dikurangkan dan bagaimana kajian komunikasi kepimpinan mungkin berkembang pada masa akan datang.

RUJUKAN Ames, R. T. & Rosemont, H. (1998). “Introduction.” The analects of Confucius: A philosophical translation. New York: Ballantine. Aritz, J. & Walker, R. C. (2014). Leadership styles in multicultural groups: Americans and East Asians working together. International Journal of Business Communication., 51(1), 72–92. Burska, Z. (2006). The Malaysian Chinese: A Story about preserving identity. Asia and Pacific Studies, 3/2006, 37-50. Chan, W. T. (1969). A source book of Chinese Philosophy. Princeton University Press. Cheng, B. S., Boer, D., Chou, L. F. Huang, M. P., Yoneyama, S., Shim, D., Sun, J. M., Lin, T. T., Chou, W. J., & Tsai, C. Y. (2013). Paternalistic leadership in four East Asian societies: Gene- ralizability and cultural differences of the triad model. Journal of Cross-Cultural Psycholo- gy, 45(1), 82–90. Cheung, C. K. & Chan, A. C. F. (2008). Benefits of HK Chinese CEOs‟ Confucian & Daoist leader- ship styles. Leadership and Organization Development Journal, 29(6), 474-503. de Man, H. (2011). Chinese philosophy as a mirror for western leaders. The Maastricht School of Management, No. 2011/05, 1-22. Dorfman, P. W., Howell, J. P., Hibino, S., Lee, K. L., Tate, U., & Bautista, A. (1997). Leadership in Western and Asian countries: Commonalities and differences in effective leadership processes across cultures. Leadership Quarterly, 8(3), 233-274. Dorfman, P., Lavidan, M., Hanges, P., Dastmalchian, A., & House, R. (2012). GLOBE: A twenty- year journey into the intriguing world of culture and leadership. Journal of World Business, 47, 504-518. Fan, Y. (2000). A classification of Chinese culture. Cross Cultural Management: An International Journal, 7(2), 3-10. Farh, J. L. & Cheng, B. S. (2000). A cultural analysis of paternalistic leadership in Chinese organi- zations. In Li, J. T., Tsui, A. S. & Weldon, E. (eds). Management and Organizations in the Chinese Context. Great Britain: Macmillan Press LTD.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 130

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Fleishman, E. A., Harris, E. F., & Burtt, H. E. (1955). Leadership and Supervision in Industry. Co- lumbus, Ohio: Bureau of Educational Research, Ohio State University. Fontaine, R., & Richardson, S. (2003). Cross-cultural Research in Malaysia. Cross Cultural Man- agement: An International Journal, 10(2), 75-89. Retrieved from http://www2.ihis.aau.dk. Fukuyama, F. (2011). The origins of political order. New York: Farrar, Strauss and Giroux Gao, F. Y., Bai, S. S., & Shi, K. (2011). The effects of transformational leadership in Chinese fami- ly business. How should family business lead their family employees? International Journal of Trade, Economics and Finance, 2(3), 218-224. Han, P. C. (2013). Confucian Leadership and the Rising Chinese Economy: Implications for De- veloping Global Leadership. The Chinese Economy, 46(2), 107-127. Heck, R. H. (1996). Leadership and Culture: Conceptual and Ethodological Issues in Comparing models across cultural settings. Journal of Educational Administration, 34(5), 74 – 97. Hershock, P. D. & Ames, R. T. (Ed.). (2006). Confucian cultures of authority. Albany, New York: State University of New York Press Hofstede, G. & Bond, M. H. (1988). The Confucius connection: From cultural roots to economic growth. Organizational Dynamics. 16(4), 5-21. Hofstede, G. & Peterson, M. F. (2000). Culture: National values and organizational practices. In Ashkanasy, N. M., Wilderom, C. P. M., & Peterson, M. F. (eds). Handbook of Organization- al Culture and Climate. United States of America: Sage Publication. House, R., Javidan, M., Hanger, P., & Doftman, P. (2002). Understanding cultures and implicit leadership theories across the globe: An introduction to project GLOBE. Journal of World Business, 37, 3-10. Hsieh, K. C. & Chen, Y. C. (2011). Development and significance of paternalistic leadership be- havior scale. Asian Social Science, 7(2), 45-55. Hui, H., & Tan, G. C. (1999). The moral component of effective leadership: The Chinese case. In W. H. Mobley, M. J. Gessner, & V. Arnold (Eds). Advances in Global Leadership. Stamford, CT: JAI Press. Ip, P. L. (2011). Practical wisdom of Confucian ethical leadership: A critical inquiry. Journal of Management Development, 30(7/8), 685-696 Javidan, M., & Carl, D. E. (2005). Leadership across cultures: A study of Canadian and Taiwa- nese executives. Management International Review, 45(1), 23-44. King, P. & Zhang, W. (2014). Chinese and western leadership models: A literature review. Jour- nal of Management Research, 6(2), 1-21. Kirkbride, P. S., Tang, S. F. Y., & Westwood, R. I. (1991). Chinese conflict preferences and nego- tiating behaviour: Cultural and psychological influences. Organization Studies, 12(3), 365- 386. Lang L. L., Irby, B. J., & Brown, G. (2012). An emergent leadership model based on Confucian virtues and East Asian leadership practices International Journal of Educational Leadership Preparation, 7(2), 1-14. Leung, S. L. & Bozionelos, N. (2004). Five-factor model traits and the prototypical image of the effective leader in the Confucian culture. Employee Relations, 26(1), 62-71. Li, T. B., & Moreira, G. O. (2009). The influences of Confucianisme and Buddhism on Chinese business: The case of Aveiro, Portugal. Journal of Intercultural Communication, 19. Lin, L. H., Ho, Y. L., & Lin, W. H. E. (2013). Confucian and Taoist Work Values: An Exploratory Study of the Chinese Transformational Leadership Behavior. Journal of Business Ethics. 113, 91–103. Ling, W. Q., Chia, R. C. & Fang, L. (2000). Chinese implicit leadership theory. The Journal of So- cial Psychology, 140(6), 729-739. Low, P, K. C. (2010). Values make a leader, the Confucian perspective. Insights to a changing world, 2010(2), 13-28.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 131

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Low, P. K. C. (2012). Filial Piety and Good Leadership. E-Leader Berlin 2012. Retrieved from http://www.g-casa.com/conferences/berlin/papers/low-2.pdf Low, P. K. C. (2013). Value matters or do values really make a difference! Educational Research, 4(4), 330-339. Lu, X., Jia, W., & Heisey, D. R. (2002). Chinese communication studies: Contexts and compari- sons. Westport, CT: Ablex. McDonald, P. (2012). Confucian foundations to leadership: A study of Chinese business leaders across Greater China and South-East Asia. Asia Pacific Business Review, 18(4), 465–487. Misumi, J. (1985). The behavioral sciences of leadership: An interdisciplinary Japanese research program. Ann Arbor, MI: University of Michigan Press. Misumi, J., & Peterson, M. F. (1985). The performance-maintenance (PM) theory of leadership: Review of a Japanese research program. Administrative Science Quarterly, 30, 198-223. Moodian, M. A. (2009). Contemporary Leadership and Intercultural Competence: Exploring the Cross -Cultural Dynamics Within Organizations. Los Angeles, CA: Sage. Ma, L. & Tsui, A. S. (2015). Traditional Chinese philosophies and contemporary leadership. The Leadership Quarterly. 26, 13-24. O'Keefe, H., & O'Keefe, W. M. (1997). Chinese and Western behavioural differences: Under- standing the gaps. International Journal of Social Economics, 24 (1/2/3), 190. Pellegrini, E. K. & Scandura, T. A. (2008). Paternalistic leadership: A review and agenda for fu- ture research. Journal of Management, 34(3), 566-593. Ralston, D. A., Yu, K. C., Wang, X., Terpstra, R. H., & He, W. (1996). The cosmopolitan Chinese manager: Findings of a study on managerial values across six regions of China, Journal of International Management, 2, 79-109 Robertson, Christopher J., Hoffman, James J. (2000). How Different Are We? An Investigation of Confucian Values In The United States. Journal of Managerial Issues, 12 (1), 34-47. Selvarajah, C. & Meyer, D. (2006). Archetypes of the Malaysian manager: Exploring ethnicity dimensions that relate to leadership. Journal of Management & Organization, 12, 251- 269. Scarborough, J. (1998). Comparing Chinese and Western cultural roots: Why East is East and…Business Horizons, 41(6), 15-24. Sheh S. W. (2010). Confucianisme and Chinese leadership. Chinese management studies, 4(3), 280-285. Storz, M. L (1999). Malay and Chinese values underlying the Malaysian business culture. Inter- national Journal Intercultural Relation, 23(1), 117-131. Thompson, M. (2010). Signals of virtue in Chinese consumerism and business. Journal of Inter- national Business Ethics, 3(2), 71-79. Triandis, H. C. (1995). Individualism and Collectivism. Boulder, CO: Westview Press. Tu, W. M. (2000). Implications of the rise of "Confucian" East Asia. Daedalus, 129(1), 195-218. Wang, P. (2011). Hospitality leadership: A Chinese perspective. World research summit for tour- ism and hospitality, Hong Kong. Wang, J., Wang, G. G., Ruona, W. E. A., & Rojewski, J. W. (2005). Confucian values & the impli- cations for international HRD. Human Resource Development International, 8(3), 311-326. Wong, K. C. (2001). Chinese culture and leadership. International Journal of Leadership in Edu- cation, 4(4), 309-319. Xu, K. B. (2011). An empirical study of Confucianisme: Measuring Chinese academic leadership management Communication Quarterly, 25(4), 644–662. Xu, L. C., Chen, L., Wong, D., & Xue, A. Y. (1985). The role of psychology in enterprise manage- ment. Acta Psychologica Sinica, 17, 339-345. Yan, J. & Sorenson, R. (2006). The effect of Confucian values on succession in family business. Family Business Review, 14(3), 235-250.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 132

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

IMPAK DAN CABARAN PENARAFAN UNIVERSITI DARI PERSPEKTIF KOMUNIKASI STRATEGIK

Norhafezah Yusof1, Rosna Awang Hashim2 & Suzilah Ismail3 1 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 2Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 3Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Pendidikan tinggi amat terkesan dengan penampilan penarafan universiti. Dalam konteks makalah ini, ianya merujuk kepada terma ranking dan rating. Sejak penerbitan Times Higher Education Supplement (THES), UK dan Ranking Akademik Universiti-universiti Kelas Dunia (ARWU), Shanghai Jiang Tao University, China, institusi pengajian tinggi atau sistem pendidikan tinggi di mana-mana negara tidak dapat lari daripada persepsi yang pelbagai oleh pihak berkepentingan dan orang awam terhadap institusi mereka. Justeru, adalah penting untuk menganalisis isu penarafan universiti daripada perspektif perubahan organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penarafan kebangsaan dan antarabangsa terhadap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa penarafan universiti berkembang berdasarkan tuntutan pihak berkepentingan. Kajian ini juga membincangkan cabaran yang dihadapi oleh IPT.

Kata kunci: penarafan, ranking, komunikasi, perubahan, universiti.

PENGENALAN Penarafan universiti adalah satu trend pengukuran kualiti dan status sesebuah universiti. Dalam konteks penulisan makalah ini, terma penarafan dibahagikan kepada dua perkara iaitu ranking dan rating. Ranking memperihalkan susunan kedudukan universiti secara mutlak berdasarkan kriteria pengukuran yang ditetapkan. Manakala rating ialah standard pencapaian yang boleh dicapai oleh sesebuah universiti sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan. Ini bermaksud, untuk rating, dua buah universiti boleh menduduki tempat cemerlang (tahap 6) sekiranya keduanya memenuhi kiteria penilaian. Amerika Syarikat telah mempelopori sistem ini dengan memperkenalkan “America Best College” pada tahun 1983 (Luca & Smith, 2013). Penerbitan ranking tersebut menerusi U.S News & World Report telah memberikan ranking secara keseluruhan terhadap prestasi IPT di Amerika Syarikat. Ranking ini telah bertahan sehingga kini dan merupakan antara yang masih relevan dalam konteks ranking IPT di Amerika Syarikat. Pada Julai 2002, badan UNESCO-CEPES di Bucharest, Romania telah bekerjasama dengan Akademi Pengurusan dan Pengurusan Leon Kozminski (LKAEM) di Warsaw, Poland telah menganjurkan buat pertama kalinya perbincangan di peringkat antarabangsa (Council of Europe, 2014). Fokus utama perbincangan adalah Fungsi Ranking dan Jadual Liga Universiti. Kemudiannya, Warsaw telah meningkatkan usaha dalam menguatkan dan memperbaiki sistem ranking.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 133

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Bermula pada 2003, Asia telah mengorak langkah dalam mengukur kualiti universiti dunia. Ranking tersebut dinamakan Academic Ranking of World Universities (ARWU) (Hazelkorn, 2013). Ia juga dikenali sebagai Ranking Shanghai (Shanghai Ranking). Ranking ini adalah yang pertama mengukur kedudukan universiti di peringkat antarabangsa. Manakala di United Kingdom pula, ranking universiti bermula dalam tahun 2004 (Hazelkorn, 2013). Uniknya, usaha ranking ini telah dimulakan oleh suratkhabar kebangsaan dan utama di United Kingom yang bertanggjungjawab dalam memperkenalkan ranking universiti. Antara yang popular ialah The Times, The Times Higher Education Supplement (THES), Sunday Times, Financial Times, Guardian dan Daily Telegraph. Negara Jepun menerusi suratkhabarnya, Asahi Shimbun telah menerbitkan the Daigaku (Universiti). Ranking ini telah bermula pada tahun 1994 (Yonezawa, Nakatsui & Kobayashi, 2002). Tujuan utama penerbitan ranking universiti ialah untuk membantu para pelajar untuk menyediakan diri mereka untuk kemasukan universiti. Kriteria utama dalam ranking tersebut adalah pengajaran, penyelidikan dan sumbangan terhadap komuniti. Pada masa yang sama, terdapat sebuah agensi iaitu Recruit Limited di Jepun yang menjalankan tinjauan di kalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan utama ialah untuk menghasilkan garis panduan bagi para pelajar di peringkat sekolah menengah dalam membuat keputusan untuk kemasukan universiti di Jepun. Di Malaysia, kita bermula dengan sistem rating. Pemilihan SETARA atau dikenali dengan nama penuh Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia kerana ianya lebih komprehensif dari penarafan yang lain di Malaysia. Usaha penarafan di negara ini telah dimulakan oleh Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2007 dengan bantuan kumpulan pakar universiti (MQA, 2017). Sistem penarafan ini diperkenalkan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan IPT. Berdasarkan hasil atau output penarafan ini, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berharap dapat membuat intervensi positif untuk memperbaiki kualiti pendidikan tinggi di Malaysia (Chang, 2014). Terdapat 6 domain yang diukur dalam SETARA iaitu: pensyarah, pemilihan pelajar, penyelidikan, program akademik, sumber dan pengurusan.

SISTEM PENARAFAN YANG PENTING DI MALAYSIA Masyarakat Malaysia sebenarnya telah lama terdedah kepada sistem penarafan dunia. Ianya telah bermula sejak 1957. Kerajaan Malaysia telah mula menghantar pelajar Malaysia ke luar negara di bawah pelbagai tajaan seperti Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Sistem penarafan telah digunakan untuk memastikan pelajar yang di bawah tajaan memilih unversiti yang berkualiti di luar negara. Walaupun terdapat pelbagai sistem penarafan yang telah menjadi kayu ukur mengenai kedudukan universiti di dunia, pada umumya, terdapat 4 jenis penarafan (ranking dan rating) yang penting pada pandangan perspektif pemegang taruh di Malaysia. Mereka adalah THES, QS, SETARA dan MyRA.

Times Higher Education Supplement (THES) Times Higher Education Supplement atau lebih dikenali sebagai THES adalah salah satu ranking yang terkenal di dunia. The Times adalah pengasas dalam penerbitan peringkat universiti di United Kingdom dan mula menerbitkan ranking universiti secara tahunan semenjak Oktober 1992 (Hazelkorn, 2008). Tujuan utama sistem ranking ini adalah untuk membantu lepasan sekolah dalam pemilihan program kursus serta institusi yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran mereka. Kumpulan sasaran utama ialah lepasan sekolah, akademik dan pentadbir di universiti. Berpusat di London, sistem ini berpengaruh dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap kedudukan universiti di dunia. Sistem ini menggunakan pengukuran yang bersandarkan kepada lima kriteria utama iaitu: (1) Pengajaran (suasana/iklim pembelajaran), (2) Penyelidikan (bilangan, pendapatan dan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 134

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 reputasi), (3) Sitasi (impak penyelidikan), (4) Pengantarabangsaan (Staf, pelajar dan penyelidikan) dan (5) Pendapatan industri (pemindahan pengetahuan). Pembahagian secara terperinci adalah seperti berikut: 1 Pengajaran (30%) Peratusan (%) Reputasi survei 15 Ratio staf –pelajar 4.5 Ratio PhD- sarjana muda 2.25 Ratio bilangan pemegang PhD 6 Pendapatan institusi 2.25 2 Penyelidikan (30%) Reputasi survei 18 Pendapatan penyelidikan 6 Produktiviti penyelidikan 6 3 Sitasi yang bersandarkan penyelidikan (30%) 30 4 Pengantarabangsaan (7.5%) Ratio pelajar: antarabangsa-tempatan 2.5 Ratio staf: antarabangsa-tempatan 2.5 Kolaborasi antarabangsa 2.5 5 Pendapatan Industri (2.5%) 2.5 Sumber: THES (2017)

Quacquarelli Symonds Limited (QS) QS World University Ranking adalah persaing terdekat THES. Bermula sebagai rakan kerjasama kepada THES, QS telah mengorak langkah menjadi badan ranking secara persendirian. Sebelum ini, sistem ranking ini dikenali sebagai THE-QS World University Ranking (Hazelkorn, 2011). Kerjasama tersebut bermula pada tahun 2004 sehingga 2009. Sekarang ianya dikenali sebagai Quacquarelli Symonds Limited (QS). Sistem ini juga berpusat di United Kingdom. Secara umumnya, terdapat dua cara sistem ini berfungsi iaitu ranking berdasarkan prestasi universiti secara keseluruhan dan ranking menurut subjek. Kriteria untuk prestasi secara keseluruhan adalah seperti berikut: Bil Kriteria Pemberat/ Penerangan peratusan (%) 1 Ulasan rakan akademik 40 Berdasarkan kepada survei global di kalangan akademik 2 Ratio staf/pelajar 20 Penaksiran terhadap komitmen pengajaran 3 Sitasi setiap staf akademik 20 Penaksiran terhadap impak penyelidikan 4 Reputasi majikan 10 Penaksiran berdasarkan survei terhadap majikan graduan yang telah bekerja 5 Ratio pelajar antarabangsa 5 Penaksiran terhadap diversiti komuniti pelajar 6 Ratio staf antarabangsa 5 Penaksiran terhadap diversiti komuniti staf Sumber: QS Top universities (2017)

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA)

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 135

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

SETARA adalah singkatan kepada Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. SETARA adalah sistem rating utama di Malaysia yang melihat kepada prestasi dan kualiti IPT secara keseluruhan. Ianya mula diperkenalkan pada tahun 2007, kemudian diikuti pada tahun 2009 dan yang terakhir ialah pada 2011. Pada masa kini, instrumen SETARA sedang dibuat penambahbaikan dan sistem ini akan kembali mengukur prestasi IPT selepas selesai dibuat penambahbaikan dari segi domain kriteria utamanya. Sistem SETARA ini lebih menekankan kepada pembelajaran di peringkat Sarjana Muda bagi kesemua IPT yang terlibat. Terdapat enam pemeringkatan tahap pencapaian sesebuah IPT di Malaysia bermula dengan tahap 1 (lemah) sehingga tahap 6 (terbilang) Terdapat tiga domain utama dalam instrument SETARA iaitu: input, proses dan output (MQA, 2016). Secara spesifik, domain input mengukur bakat, sumber dan governan. Manakala dalam domain proses, panel menilai kualiti kurikulum. Domain output pula mencakupi penilaian terhadap kualiti graduan yang dihasilkan dan kepuasan graduan terhadap kualiti IPT masing-masing. Setiap domain mempunyai skor sebanyak 100 peratus. Secara tepatnya, perincian instrumen adalah seperti berikut:

INPUT: TADBIR URUS No Kriteria Pemberat Sumber data 1 Badan Pengurusan (Lembaga 12.5 Data Institusi Pengarah, etc) (Penilaian Kendiri dengan Bukti Dokumentasi) 2 Tadbir Urus Akademik 12.5 3 Pengurusan and Staf 12.5 4 Perancangan Strategik 12.5 5 Autonomi Akademik 12.5 6 Garis panduan tanggungjawab 12.5 yang jelas serta pembuat keputusan 7 Perwakilan pelajar 12.5 8 Iklim Organisasi 12.5

INPUT: SUMBER DAN SOKONGAN PEMBELAJARAN No Kriteria Pemberat Sumber data 1 Infrastruktur 50 Data Institusi 2 Kewangan 20 3 Kemudahan sokongan 30

INPUT: SUMBER MANUSIA (KUALITI, PENGALAMAN DAN DIVERSITI) No Kriteria Pemberat Sumber data 1 Tutor: Adequacy 10 Data Institusi Tutor: Keupayaan 20 Data Institusi Tutor: Pengalaman 20 Data Institusi Keseluruhan Kualiti Staf 10 Tracer Study Akademik 2 Kualiti Pelajar 40 Data Institusi

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 136

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

PROSES: KURIKULUM No Kriteria Pemberat Sumber data 1 Kurikulum 100 Tracer Study dan Data Institusi (Penilaian Kendiri dengan Bukti Dokumentasi)

2 Kualiti Pengajaran /Pedagogi 100 Data Institusi (Penilaian Kendiri dengan Bukti Dokumentasi)

OUTPUT: KUALITI GRADUAN DAN KEPUASAN GRADUAN TERHADAP UNIVERSITI No Kriteria Pemberat Sumber Data 1 Kebolehpasaran Graduan 40 Survei 2 Kepuasan Graduan 20 Tracer Study 3 Kepuasan Majkan 40 Tracer Study Sumber: MQA (2016)

Malaysia Research Asessment Instrument (MyRA) MyRA adalah instrumen yang dibina untuk menyeimbangi penafsiran kualiti universiti dari segi penyelidikan. Apabila SETARA diperkenalkan, KPT mula berfikir cara yang terbaik untuk mengukur prestasi universiti di Malaysia dari perspektif input, proses dan output penyelidikan. Maka, terhasillah instrument MyRA yang menilai 8 perkara utama dalam penyelidikan IPT di Malaysia. Butirannya adalah seperti berikut: 1) Maklumat mengenai bilangan staf akademik dan bilangan pelajar 2) Kuantiti dan kualiti penyelidik 3) Kuantiti dan kualiti penyelidikan 4) Kuantiti dan kualiti pascasiswazah 5) Inovasi 6) Khidmat professional dan hadiah 7) Jaringan dan jangkauan 8) Kemudahan sokongan Myra merupakan kayu pengukur kepada prestasi penyelidikan dalam sesebuah IPT. Dalam penarafan MyRA (2014-2015), lima buah universiti awam dan sebuah universiti swasta telah menerima penarafan tahap 6 iaitu cemerlang (The Star, 2015). Kedudukan universiti awam amat penting dalam penarafan MyRa kerana ia digunakan sebagai kayu ukur untuk pemberian dana oleh KPT kepada setiap universiti awam. Contohnya, universiti awam yang mencapai tahap 6 (cemerlang) akan mendapat dana yang maksimum berbanding universiti awam lain yang hanya mencapai tahap 3. Justeru, pihak pengurusan universiti dilihat berlumba-lumba dalam usaha meningkatkan pencapaian penarafan (rating) MyRa dalam konteks memperolehi dana dari KPT. Walaubagaimanapun, kita juga diingatkan oleh Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo bahawa IPT perlu berhati-hati dalam keghairahan mengejar sesuatu penarafan. Beliau menyarankan supaya kesarjanaan akademik tidak dikorbankan semata-mata mengejar rating mahupun ranking (Ibrahim, 2017). Pernyataan beliau adalah penting untuk peringatan bersama supaya apabila kita mengejar sesuatu perubahan, pihak pengurusan dan akademik di IPT melihat kembali kepada tujuan asal penubuhan universiti dan sumbangan yang perlu diberikan kepada negara.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 137

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

MODEL KOMUNIKASI PERUBAHAN Dalam memahami keperluan dan cabaran penarafan IPT di Malaysia, Model Komunikasi Perubahan yang diutarakan oleh Lewis (2011) dijadikan sebagai panduan. Model ini memberi penekanan terhadap peranan pemegang taruh dalam merencana perubahan dalam organisasi. Model ini juga dikenali sebagai A Stakeholder Communication Model of Change. Model ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang saling berkaitan iaitu; 1) Faktor pendorong (antecedent) kepada strategi, penilaian dan interaksi, 2) Pelaksanaan strategi, 3) Keprihatinan pihak berkepentingan dalam konteks penilaian dan interaksi dan 4) Hasil. Model ini berteraskan kepada persoalan bagaimana sesuatu perubahan dipengaruhi oleh pemegang taruh yang berkepentingan. Dalam isu penarafan IPT di Malaysia, faktor pendorong kepada isu ini berpaksikan kepada strategi pesaing, pandangan pengurusan universiti terhadap strategi perubahan dan persepi pemegang taruh terhadap kualiti IPT. Selepas kesemua perkara tersebut diambil kira, pengurusan IPT perlu melancarkan strategi komunikasi untuk menangani isu perubahan iaitu penarafan (ranking atau rating). Semasa strategi komunikasi dilancarkan, pihak pemegang taruh akan melihat, menafsir and memikirkan impak penarafan tersebut terhadap pihak mereka. Pemegang taruh di sini melibatkan pemberi dana, universiti pesaing, ibu bapa, pihak industri, pelajar, dan institusi yang berkait rapat dengan IPT. Output akan dinilai berdasarkan pencapaian pelan strategik universiti. Sebagai contoh, Universiti April (UA) berusaha mengubah kedudukannya dari tangga 100 ke 50 dalam sesuatu sistem ranking. Dalam fasa pertama, pengurusan UA akan menganalisis bagaimana strategi universiti pesaing, kekuatan UA dan metod yang diperlukan untuk memperkenalkan perubahan. Selepas itu, pengurusan UA akan merancang pelan strategik untuk mencapai kedudukan 50 dalam sistem ranking dengan mengambil kira pandangan pemegang taruh yang berkepentingan. Fasa kedua pula ialah apabila pihak pengurusan melancarkan strategi komunikasi untuk tujuan ranking. Antaranya ialah mengambil pendekatan Gain-Frame. Strategi Gain Frame bermaksud, jika UA berjaya naik ke tangga 50, seluruh staf di UA akan mendapat imbuhan seperti insentif bonus dalam bentuk kewangan. Kita andaikan bahawa UA telah mencapai tahap ranking 50 dengan usaha yang dijalankan secara berterusan. Justeru, fasa ketiga yang melibatkan peranan pemegang taruh adalah penting. Dalam fasa ini, pesaing akan cemburu, penaja akan gembira dan semua pihak yang menyokong UA akan bekerja lebih kuat kerana UA telah mencapai reputasi yang baik di peringkat ranking tersebut. Hasilnya, di fasa keeempat iaitu hasil (outcome); pengurusan UA perlu menilai pencapaian itu sama ada ianya dalam bentuk jangka masa pendek atau sebaliknya. Adalah penting untuk terus membuat analisis yang kritis di fasa keempat untul membolehkan strategi perubahan yang diperkenalkan mampu bertahan atau sebaliknya.

CABARAN Hasil dari penarafan IPT dalam konteks Malaysia, setiap institusi menghadapi cabaran hebat dalam usaha mengekalkan prestasi dan kualiti yang baik pada pandangan pihak berkepentingan. Cabaran pertama: Autonomi universiti Dalam menghadapi cabaran penarafan universiti, adalah penting bagi sesebuah universiti mempunyai autonomi dalam merancang, melaksana dan menilai strategi perubahan yang dilakukan. Apabila sesebuah universiti diberi kuasa autonomi, adalah lebih mudah untuk kumpulan pengurusan universiti membuat strategi yang selaras dengan falsafah penubuhan universiti. Autonomi di sini bermaksud, setiap kumpulan pengurusan universiti merancang strategi yang selaras dengan falsafah universiti. Pada masa yang sama, mempunyai

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 138

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 akauntabiliti yang tinggi dalam membuat keputusan. Justeru, perlu kurangkan campurtangan dari pihak luar dalam urusan tadbir urus universiti. Apabila budaya autonomi telah dipraktiskan sepenuhnya, pihak pengurusan akan lebih fleksibel dalam menguruskan tadbir urus universiti dan tidak perlu mengikut trend yang tidak memberi impak yang positif terhadap universiti. Perkara ini disokong oleh kenyataan Morshidi, Norzaini and Chang (2017), bahawa autonomi penting untuk pihak pengurusan universiti membuat perancangan strategik yang menyokong dasar penubuhan universiti dan pada masa yang sama melihat keupayaan universiti dalam menghadapi cabaran penarafan (ranking).

Cabaran kedua: Pengaruh dan peranan industri Pihak industri semakin berperanan dalam mempengaruhi pembentukan kurikulum universiti di Malaysia pada masa kini. Universiti dilihat tersepit dalam menghadapi pandangan industri terutama dalam isu kebolehpasaran graduan pada masa kini. Isu penggangguran di kalangan graduan kerap menjadi perdebatan hebat antara ahli akademik dan pihak industri. Justeru, apabila aspek kebolehpasaran graduan diukur dalam penarafan universiti, ia adalah cabaran hebat yang perlu didepani oleh pihak pengurusan IPT. Antara langkah yang diambil secara serius oleh KPT dan IPT di Malaysia ialah memperkenalkan kursus dan latihan keusahawanan secara formal dan tidak formal untuk merangsang graduan memilih menjadi usahawan (Noorkartina, Hock Eam, Norhafezah & Jan Jan, 2015).

Cabaran ketiga: Pengaruh badan dan institusi penarafan Penarafan boleh dilihat sebagai satu standard yang berbentuk komersial. Tujuan awal penubuhan badan dan institusi penarafan adalah lebih kepada memberi garis panduan kepada pelajar dan keluarga untuk memilih universiti yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan pelajar, kursus yang diminati dan kepakaran yang dimiliki oleh sesebuah fakulti (Hazelkorn, 2013). Berlainan pula dengan tujuan penarafan universiti yang pada masa kini. Sekarang, fokus utama ialah kepada kriteria yang menekankan kepada kecemerlangan akademik, penjanaan penyelidikan, sitasi penerbitan, pengkomersialan produk, penjanaan kewangan dan kepuasan pelajar. Justeru, terdapat beberapa kriteria mungkin tidak dapat dipenuhi oleh sesebuah universiti terutamanya yang baru dan yang bukan berteraskan Sains dan Teknologi. Ini akan membantutkan usaha sesetengah universiti untuk mengejar ranking kerana ianya berlawanan dengan tujuan asal penubuhan sesuatu institusi tersebut. Ini adalah antara dilema negara dan universiti yang pada asalnya mempunyai agenda yang lain berbanding dengan kriteria yang ditetapkan oleh sesuatu badan penarafan tersebut. Perkara ini kerap dibangkitkan oleh sarjana yang mengkaji isu penarafan ini seperti Morshidi, Norzaini and Chang (2017) menyatakan perkara ini dalam penulisan mereka, “The dilemma of university rankings in policy and policymaking: The Malaysian experience”.

Cabaran keempat: Perspektif graduan Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2020, Malaysia mengorak langkah untuk menjadi hub pendidikan global (KPT, 2017). Justeru, IPT di Malaysia perlu mempertingkatkan strategi pengambilan pelajar antarabangsa terutamanya di peringkat sarjana. Dengan pelbagai universiti untuk dipilih, pelajar mempunyai pilihan untuk menentukan halatuju akademik mereka. Oleh itu, penarafan universiti akan diambil kira oleh pelajar terutamanya pelajar antarabangsa dalam pemilihan universiti. Ini adalah kerana kebanyakan yang ditaja oleh negara mereka mempunyai kriteria tertentu dalam pemilihan universiti.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 139

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

KESIMPULAN Pada masa sekarang, kedudukan universiti senantiasa diperhatikan oleh pihak berkepentingan. Dalam konteks Malaysia, selaras dalam usaha untuk memperkasakan Institusi Pengajian Tinggi, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-20 telah merancakkan strategi untuk meningkatkan kualiti dan prestasi IPT (KPT, 2017). Antara usaha yang sedang dijalankan penambaikan instrumen SETARA. Dalam usaha memperkasakan penarafan IPT di Malaysia, instrumen SETARA digubal dengan lebih komprehensif. Ia meliputi institusi, akademik, penyelidikan dan servis. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama kumpulan pakar akademik bercadang untuk melancarkan SETARA baharu dalam masa terdekat selepas dibuat penambahbaikan.

PENGHARGAAN Kajian ini dibiayai oleh Universiti Utara Malaysia melalui skim geran Universiti. Makalah ini adalah sebahagian dari kajian The Malaysian Public University Ranking and Index.

RUJUKAN Chang, D. W. (2015). Is there a ‘mid-rank trap’ for universities? Journal of International and Comparative Education, 4 (2), 52-66. Council of Europe (2014). Retrieved from http://www.coe.int/t/dg4/highereducation/ehea2010/StakeholdersCEPES_EN.asp Hazelkorn, E. (2008). Learning to live with league tables and ranking: The experience of institutional leaders. Higher Education Policy , 21, 193-216, doi: 10.21427/D7PP7Z Hazelkorn, E. (2011). Ranking and the Reshaping of Higher Education: The battle for world class excellence. New York: Palgrave MacMillan. Hazelkorn, E. (2013). Reflections on a decade of global ranking: What we’ve learned and outstanding issues. Beitraege zur Hochschulforschung, 2. Doi: 10.21427/D76905 Ibrahim, K. (2017, Julai 27). KPI, MyRA nilai prestasi universiti. Berita Harian, ms. 10. Lewis, L.K. (2011). Organizational change: Creating change through strategic communication. Oxford: Wiley-Blackwell. Luca, M., & Smith, J. (2013). Salience in quality disclosure: Evidence from the U.S. News College Ranking. Journal of Economics & Management Strategy, 22 (1), 58-77. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2017). Retrieved from https://www.mohe.gov.my/ Malaysian Qualifications Agency (2016). Retrieved from http://www.mqa.gov.my/PortalMQAv3/default/en/ratings_setara11.cfm Malaysian Qualifications Agency (2017). Retrieved from http://www.mqa.gov.my Morshidi, S., Norzaini, A., & Wan, C.D. (2017). The dilemma of university rankings in policy and policymaking: The Malaysian experience. In E. Hazelkorn (Ed.), Global rankings and the geopolitics of higher education: Understand the influence and impact of rankings on higher education, policy and society (pp. 77-100). London & New York: Routledge. Noorkartina, M., Hock-Eam, L., Norhafezah, Y., Jan-Jan, S. (2015). Estimating the effect of entrepreneur education on graduates’ intention to be entrepreneurs. Education + Training, 57, 8/9, 874 – 890. QS top universities (2017). Retrieved from: https://www.topuniversities.com/university- rankings.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 140

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

The Star (2015, December 13). Universities obtain six star rating. Retrieved fromhttp://www.thestar.com.my/news/education/2015/12/13/universities-obtain-six- star-rating/#0mUj3T4Fqii4AeJK.99. Times Higher Education (2017). Retrieved from https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings. Yonezawa, A., Nakatsui, I., & Kobayashi, T. (2002). University ranking in Japan. Higher Education in Europe, 27 (4), 373-382.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 141

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

APLIKASI MODEL BERODA TAYLOR ENAM SEGMEN DAN ADOPSI INOVASI

Nan Zakiah Megat Ibrahim1, and Che Su Mustaffa2 1 Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Malaysia, [email protected] 2Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Kepelbagaian faktor dikaitkan dengan penerimaan inovasi dalam ka- langan masyarakat setempat. Strategi mesej muncul sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada adopsi inovasi yang dibawa oleh agen pembangunan. Kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa strategi mesej dilihat sebagai faktor utama yang menyumbang kepada masyarakat untuk menerimapakai idea inovasi yang dibawa. Agen pembangunan dikenalpasti sebagai pihak yang bertanggungjawab da- lam memastikan penerimaan inovasi dalam kalangan masyarakat. Bagi tujuan itu, agen pembangunan perlu mengatur strategi yang efektif da- lam menyampaikan maklumat berkaitan dengan program pembangu- nan yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Namun begitu, wujud masa- lah di mana agen pembangunan tidak begitu arif dalam mengatur stra- tegi penyampaian maklumat sehingga menimbulkan masalah dengan peneriman inovasi. Ini secara tidak langsung memberikan kesan kepa- da pelaksanaan program pembangunan yang dijalankan di kawasan se- tempat. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan berlakunya masalah penolakan inovasi, maka agen pembangunan perlu melaksanakan stra- tegi dalam menyampaikan maklumat. Model Beroda Taylor Enam Segmen merupakan model yang jelas dalam menggambarkan strategi mesej yang boleh digunakan oleh agen pembangunan untuk mengga- lakkan penerimaan inovasi dalam kalangan masyakarat.

Kata Kunci: Strategi mesej, Adopsi inovasi, Agen pembangunan, Model Beroda Taylor Enam Segmen

PENGENALAN Evolusi pembangunan telah memperlihatkan proses bermulanya adopsi inovasi yang mene- kankan kepada peranan agen pembangunan sebagai individu yang mempunyai “kuasa” untuk menggalakkan masyarakat menerima inovasi (Lerner & Schramm, 1964). Pada peringkat awal program pembangunan telah meletakkan isu penyelesaian terhadap masalah kemiskinan yang melanda masyarakat sebagai fokus utama penyertaan program pembangunan yang dijalankan (Freire, 1972). Perkembangan semasa dari semasa proses pembangunan telah meletakkan masyarakat bukan hanya mempercayai agen pembangunan sebagai saluran utama program pembangunan namun turut memberikan kepercayaan kepada media massa sebagai medium utama program pembangunan yang dijalankan (Lerner & Schramm, 1964). Perkembangan konsep inovasi telah lama menjadi isu di setiap negara sejak dahulu lagi kerana ia di anggap sebagai tunjang kepada tahap kemajuan sesebuah negara. Inovasi bukan hanya dilihat dari satu sudut sahaja bahkan ianya dinilai dalam kepelbagaian aspek sama ada dalam konteks masyarakat, individu mahu pun organisasi. Rogers (1962) merupakan salah seo- rang sarjana yang begitu aktif membincangkan tentang inovasi dan perkembangannya sehing-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 142

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 ga menegaskan bahawa pelaksanaan inovasi memerlukan adopsi secara aktif sama ada dalam diri individu, masyarakat mahu pun organisasi (Tornazky & Klein, 1982). Rogers dan Shoemaker (1971) menegaskan bahawa terdapat beberapa ciri-ciri awal inovasi yang diperlukan untuk memastikan inovasi yang dilaksanakan perlu meliputi aspek kebaikan relatif, kos, kompleksiti dan kesan inovasi. Selaras dengan perkembangan semasa pihak kerajaan setempat mula memberikan tumpuan kepada pembangunan inovasi teknologi untuk memasarkan produk yang berasaskan pertanian. Galakan terhadap masyarakat untuk menghasilkan inovasi telah mula berkembang untuk dalam mewujudkan masyarakat yang lebih kreatif dan inovatif dalam menggunakan sumber yang sedia ada (England & Stewart, 2007). Inovasi sering dilihat sebagai pengaplikasian idea-idea baru kepada pembentukan produk, proses atau aspek-aspek lain yang berkaitan dengan nilai-nilai kemasyarakatan yang memfo- kuskan kepada pencapaian kemajuan melalui inovasi. Penerimaan inovasi memerlukan pera- nan organisasi sokongan yang bertanggungjawab sebagai pelaksana kepada proses inovasi yang dijalankan iaitu agen pembangunan (Rogers, 2003). Kebiasaannya organisasi yang dilantik menjalankan tanggungjawab melalui menggalakkan penyertaan masyarakat untuk melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dengan menghasilkan suatu inovasi yang dapat mem- bantu meningkatkan taraf hidup masyarakat ke arah yang lebih baik.

DEFINISI STRATEGI MESEJ Hwang, McMillan dan Lee (2003) mentakrifkan strategi sebagai penyusunan kaedah secara mendalam dengan mengambilkira kesan positif dan juga negatif akibat daripada pelaksanaan. Mesej pula merupakan maklumat, idea dan isu yang disampaikan oleh komunikator kepada audiens terhadap sesuatu isu (Taylor, 1999). Strategi mesej pula merupakan pengumpulan, penyusunan dan penyebaran sesuatu idea, isu dan maklumat dengan mengambilkira aspek kemahiran komunikasi sebagai tunjang utama dalam menyempurnakannya (McMillan & Sally, 2000). Strategi mesej mesej juga didenifisikan sebagai pengaturan penyampaian maklumat kepada masyarakat yang memfokuskan kepada idea-idea pembangunan melalui agen pem- bangunan yang dilantik. Strategi mesej yang dikemukakan oleh Taylor (1991) meliputi strategi mesej ego, strategi mesej sosial, strategi mesej amalan, strategi mesej kepekaan, strategi me- sej keperluan dan strategi mesej rasional.

Ciri-Ciri Strategi Mesej Terdapat beberapa ciri-ciri strategi mesej iaitu meliputi: a) Strategi mesej ego Strategi ego yang dikemukakan oleh Taylor ditakrifkan sebagai rayuan yang dilakukan kepada audiens dengan memberikan penekanan kepada imej diri dan kepentingan organisasi mereka sendiri. Mesej dalam strategi ini bertujuan untuk menggambarkan ego seseorang atau status organisasi supaya dapat menarik individu lain menggunakan perkhidmatan yang tidak terhad. b) Strategi mesej sosial Strategi sosial pula diklasifikasikan sebagai strategi yang digunakan untuk mempengaruhi indi- vidu lain untuk menilai diri mereka sebagai seseorang yang berguna dengan mengutamakan kepada perasaan dan penglibatan diri yang akan mengubah tingkah laku sosial untuk meneri- ma idea dan maklumat yang diberikan. c) Strategi mesej kepekaan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 143

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Strategi kepekaan pula dikaitkan dengan deria-deria utama manusia dalam kehidupan iaitu deria sentuhan, bau, rasa, penglihatan dan juga bau. Namun keutamaan deria-deria ini bukan diperlukan secara serentak dalam menyampaikan maklumat sebaliknya ia bergantung kepada konteks penyampaian maklumat yang diinginkan mengikut kesesuaian masa dan keadaan pe- nerima mesej. d) Strategi mesej amalan Dalam konteks strategi amalan pula lebih menekankan kepada kebergantungan terhadap data dan maklumat yang menekankan kepada unsur-unsur pujukan yang dapat mengubah tingkah laku audiens untuk menerima maklumat yang disampaikan. Strategi ini kebiasaannya kekal untuk diaplikasikan kepada audiens yang mempunyai latar belakang yang sama. e) Strategi mesej keperluan Strategi keperluan pula merujuk kepada ruang masayang diperuntukkan kepada audiens dalam membuat keputusan samaada menerima maklumat yang disampaikan atau pun sebaliknya manakala strategi agihan pula didefinisikan sebagai kesempatan yang diambil semasa berla- kunya perubahan tingkah laku dalam kalangan audiens. Kebiasaannya perubahan tingkah laku dalam kalangan audiens memberikan peluang kepada sumber untuk menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan (Taylor, 1999).

DEFINISI ADOPSI INOVASI Adopsi merujuk kepada menerima pakai sesuatu elemen melalui perubahan tingkah laku yang dirancang oleh individu itu sendiri (Moore & Benbasat, 1991). Adopsi terhadap sesuatu idea baru dipengaruhi oleh keputusan penggunaan, ciri-ciri inovasi, saluran komunikasi yang digu- nakan, sistem dan juga tahap usaha mengamalkannya (Lamble, 1984). Barao (1992) mendefinisikan inovasi sebagai idea-idea, produk dan pemikiran baru yang diba- wa oleh pihak yang berkepentingan ke dalam sesuatu kelompok masyarakat. Adopsi inovasi juga bermaksud menerimapakai idea-idea baru yang di bawa ke dalam kelompok individu den- gan mengambilkira ciri-ciri inovasi sebagai keberkesanan inovasi yang dibawa (Rogers, 1962). Ciri-ciri inovasi pula ditakrifkan sebagai tarikan dan elemen-elemen utama yang terdapat da- lam inovasi yang diperkenalkan kepada audiens (Moore & Benbasat ,1991; Tornatzky & Klein, 1982). Rogers dan Shoemaker (1971) menyatakan inovasi terhadap sesuatu idea baru memerlukan amalan produk yang dihasilkan dengan mengambilkira ciri-ciri inovasi sebagai keberkesanan inovasi yang dibawa. Rogers (1962) telah mengenalpasti lima ciri-ciri inovasi yang perlu ada terhadap sesuatu idea atau produk yang dihasilkan iaitu kebaikan relatif, kerumitan, kebolehu- jian, imej dan dan juga keteramatan. Namun Richard, D’Souza dan Allaway (2011) pula telah menambahbaik ciri-ciri inovasi ini ke arah ciri-ciri inovasi yang lebih meluas iaitu meliputi bebe- rapa aspek iaitu: a) Kebaikan relatif Richard, D’Souza dan Allaway (2011) mendefinisikan kebaikan relatif adalah sesuatu produk memiliki keistimewaan yang boleh menghubungkan dengan orang lain. b) Mudah digunakan Mudah digunakan pula diertikan sebagai produk yang memiliki ciri senang untuk diaplikasikan dalam sesuatu perkara. c) Imej

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 144

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Ciri imej pula bermaksud produk yang berupaya meningkatkan produktiviti produk yang diha- silkan. d) Keserasian Keserasian bermaksud keupayaan produk yang boleh digunakan sepenuhnya oleh pengguna. e) Kerumitan Kerumitan pula bermaksud produk yang sukar digunakan namun memberikan kepelbagaian kegunaan kepada pengguna. f) Kebolehcubaan Kebolehcubaan pula dieertikan sebagai ciri yang menonjolkan produk untuk diuji oleh produk tentang kebaikannya. g) Keteramatan Definisi keteramatan pula dimaksudkan sebagai produk yang boleh diteliti terlebih dahulu ten- tang kegunaannya sebelum digunakan oleh pengguna. h) Boleh diperhatikan Bagi definisi boleh diperhatikan pula bermaksud produk yang boleh dilihat dengan jelas oleh pengguna akan kandungan, pembungkusan, pemilikan dan sebagainya. i) Boleh dikomunikasikan Boleh dikomunikasikan bermaksud sesuatu produk yang mudah untuk digambarkan kepada orang lain. j) Boleh diuji Definisi boleh diuji pula fokus kepada keupayaan sesuatu produk untuk digunakan tanpa perlu diuji oleh pengguna. k) Kesesuaian personal Kesesuaian personal pula bermaksud produk yang boleh dimiliki oleh pengguna tanpa men- gambilkira latar belakang pengguna yang sebenar. l) Kelebihan sosial Kelebihan sosial pula berkaitan dengan ciri produk yang dihasilkan dapat memberikan kesan yang terbaik kepada pengguna sasaran. m) Kehendak Ciri kehendak pula merujuk kepada keupayaan produk yang boleh diterima oleh pengguna secara berterusan. n) Kelebihan relatif berdasarkan ciri-ciri Bagi ciri kelebihan relatif berdasarkan ciri-ciri pula didefinisikan sebagai produk yang memberi- kan keselesaan kepada penggunanya dan memenuhi keperluan yang sama dalam kalangan pengguna. o) Kelebihan relatif ekonomi Ciri kelebihan relatif ekonomi pula bermaksud penghasilan produk yang mengutamakan kepa- da masa, kos, harga dan juga kualiti. p) Kategori risiko

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 145

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Seterusnya, kategori risiko pula memfokuskan kepada produk yang dihasilkan perlu mengam- bilkira isu-isu perundangan dan kesihatan pengguna sasaran. q) Ketidaksinambungan Ciri terakhir iaitu berkaitan dengan ketidaksinambungan yang menekankan kepada potensi sesuatu produk untuk dijadikan idea kepada pembangunan produk yang lain.

FAKTOR KEBERKESANAN STRATEGI MESEJ Wilcox, Ault dan Agee (1997) mengenal pasti sembilan faktor untuk memastikan komunikasi berkesan melalui strategi mesej yang diaplikasikan dalam konteks pembangunan. Faktor-faktor tersebut ialah: i) Kepercayaan, sikap dan kebimbangan- Memerlukan pengetahuan yang selari di antara penyampai dan juga audiens. ii) Kredibiliti sumber- Kepercayaan audiens bergantung kepada sumber yang kukuh. iii) Rayuan untuk kepentingan diri sendiri- Audiens lebih memberikan perhatian kepada mesej yang berbentuk rayuan berdasarkan elemen psikologi. iv) Mesej yang jelas- Mesej yang menyakinkan berdasarkan kepada penekanan idea uta- ma sahaja dan tidak melencong. v) Masa dan konteks- Proses pembujukan lebih berkesan dengan faktor persekitaran yang menyokong mesej yang disampaikan. vi) Penyertaan audiens- Menyarankan audiens memberikan komitmen terhadap mesej yang disampaikan. vii) Cadangan bertingkah laku- Audiens lebih menerima mesej apabila komunikator me- nyediakan rancangan tindakan. viii) Kandungan dan struktur mesej- Penekanan terhadap mesej yang utama diiringi dengan keperluan terhadap mesej yang disampaikan. ix) Pembujukan- Komunikasi yang berkesan melalui pembujukan yang berterusan.

TINJAUAN KAJIAN LEPAS STRATEGI MESEJ DALAM KEPELBAGAIAN BIDANG Carey (1960) telah menjalankan kajian awal berkaitan dengan strategi mesej di mana dimula- kan dengan pegaruh strategi mesej dalam konteks pengiklanan pada ketika itu. Hasil kajian beliau telah mendapati bahawa, strategi mesej sangat mempengaruhi pengiklanan berkaitan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 146

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 dengan pertanian di mana telah membantu audien untuk mengetahui tentang perkembangan bidang pertanian secara berperingkat. Pengiklanan pada ketika itu banyak memfokuskan kepa- da memaklumkan kepada orang ramai dan pengguna tentang barangan dan perkhidmatan berkaitan dengan pertanian, yang secara tidak langsung telah membantu meningkatkan eko- nomi penduduk setempat (Cutler & Javalgi, 1993). Kajian berkaitan strategi mesej dijalankan di dalam sistem kekeluargaan untuk menilai strategi mesej melalui pembujukan. Kajian deTruck dan Miller (1983) meneliti tentang strategi mesej yang digunakan terhadap remaja terutamanya dalam aspek menarik minat pelajar ter- hadap proses pembelajaran. Isu yang dilihat adalah berkaitan mesej terhadap remaja sebagai elemen utama yang perlu diberikan perhatian melibatkan faktor umur dan gender. Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan semasa proses pembujukan dilakukan iaitu mengu- rangkan paksaan terhadap remaja dan mengutamakan faktor kasih sayang melalui komunikasi interpersonal. Dalam konteks perhubungan awam pula, strategi mesej lebih menumpukan kepada strategi mesej maklumat, memudahkan, pembujukan, ugutan dan ancaman, rundingan dan menyelesaikan masalah (Hazleton & Long, 1988; Hazleton, 1993). Hazleton (1993) dalam ka- jiannya di syarikat swasta mendapati strategi mesej dalam konteks organisasi dianggap sebagai simbol yang boleh dilihat, sebahagian dari proses komunikasi dan komunikasi perhubungan awam. Strategi mesej terdiri daripada satu atau lebih simbol yang dikodkan sebagai mesej oleh pihakorganisasi kepada pekerja dan seterusnya diterjemahkan untuk menerima maklumat yang disampaikan. Walau bagaimanapun, pekerja menyatakan bahawa untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan, strategi mesej mesti dikongsi atau sekurang-kurangnya difahami oleh kedua-dua sumber dan penerima maklumat. Dalam konteks komunikasi organisasi, strategi mesej dikaji dari segi penyusunan mak- lumat yang efektif. Kajian berkaitan dengan strategi mesej organisasi bertumpu kepada aspek strategi mesej yang digunakan terhadap peringkat atasan kepada pekerja bawahan (Somech & Drach, 2002). Somech dan Drach (2002) cuba meneliti dengan lebih mendalam berkaitan aspek utama yang perlu untuk memastikan mesej yang disampaikan oleh pihak atasan dapat disalur- kan kepada peringkat bawahan dengan lebih cepat dan berkesan. Peringkat atasan mengguna- kan pendedahan strategi mesej melalui komunikasi interpersonal dalam menyampaikan seba- rang maklumat kepada pihak bawahan. Hasil kajian turut membuktikan bahawa dalam meng- gunakan strategi mesej melalui komunikasi interpersonal, pihak atasan perlu menggunakan pendekatan yang lembut dan strategi yang rasional. Perloff (2003) mengemukakan bahawa mesej yang digunakan oleh pihak atasan di da- lam organisasi semasa proses penyampaian kepada ahli organisasi bawahan mementingkan struktur, kandungan dan bahasa. Dari segi struktur mesej, mesej yang kabur perlu dielakkan supaya audiens dapat memastikan bahawa mesej yang disampaikan tidak mengandungi mak- sud yang tersirat bagi mengubah tingkah laku seseorang. Penelitian terhadap strategi mesej juga dilakukan dalam konteks laman web. Hwang, McMillan dan Lee (2003) meneliti tentang ciri-ciri yang terdapat di dalam laman web korporat dari segi fungsi, audiens dan strategi mesej yang digunakan untuk menarik minat audiens me- layari laman web tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui analisis kandun- gan terhadap ciri-ciri mesej yang terdapat di dalam laman web tersebut dengan mengaplikasi- kan Model Taylor (1999). Hasil analisis kandungan yang dilakukan mendapati bahawa strategi mesej yang perlu ada di dalam laman web memerlukan dua aspek utama yang dapat mempen- garuhi audiens iaitu kandungan informasi dan pengagihan informasi. Di dalam kandungan in- formasi terdapat tiga segmen iaitu meliputi aspek pencatuan, keperluan dan juga rutin. Bagi

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 147

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 pengagihan informasi juga melibatkan tiga segmen iaitu keterbukaan, sosialisasi dan juga deria penerimaan terhadap idea yang disampaikan. Dalam segi penyampaian mesej kesihatan pula, strategi mesej turut dikaji untuk me- ningkatkan kesedaran masyarakat tentang penjagaan kesihatan. Mesej kesihatan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang penjagaan kesihatan dengan mengguna- kan komunikasi sebagai saluran utama untuk menyampaikan mesej kesihatan. Kajian yang dilakukan oleh Niederdeppe dan rakan-rakan (2008) menggunakan kaedah kualitatif melalui proses temubual dengan orang awam yang mendapatkan khidmat kesihatan. Kesukaran dalam menyampaikan mesej melalui komunikasi dua hala kepada masyarakat setempat adalah kera- na penggunaan strategi penyampaian mesej naratif. Ekoran daripada situasi ini menyebabkan timbulnya stereotaip negatif dalam mentafsir mesej kesihatan yang disampaikan. Tambahan pula, latar belakang masyarakat yang taraf hidup mereka rendah. Secara tidak langsung ini menyukarkan penyampaian mesej kesihatan kepada masyarakat setempat. Kajian ini meru- muskan bahawa strategi mesej yang disampaikan tidak berjaya kerana kesukaran masyarakat setempat untuk menilai dan mentafsir mesej yang disampaikan. Seterusnya, strategi mesej juga difokuskan kepada komunikasi bukan lisan. Dawson, Madera dan Neal (2009) telah menyatakan bahawa komunikasi bukan lisan sebagai strategi mesej untuk menarik minat pelanggan dalam bidang perhotelan dan mendapati bahawa stra- tegi mesej melalui komunikasi bukan lisan ini digunakan apabila pihak hotel mengalami kesu- karan untuk memahami kehendak pelancong asing yang datang ke hotel mereka. Kim dan Rader (2010) pula telah mengenalpasti beberapa tipologi yang digunakan da- lam komunikasi korporat dengan meneliti tentang strategi mesej yang dominan untuk mem- promosikan imej korporat. Organisasi mengaplikasikan tiga strategi mesej komunikasi untuk menarik minat orang ramai melayari laman web mereka. Tiga strategi tersebut merangkumi aspek strategi mesej berkaitan tanggungjawab, strategi mesej melalui tanggungjawab sosial korporat dan strategi mesej gabungan. Audiens yang memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi akan dapat menilai strategi mesej yang digunakan oleh organisasi adalah berkesan atau pun sebaliknya. Strategi mesej juga merupakan elemen yang penting untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat (Burns & Ungerleider, 2002). Kajian Cairo (2010) yang meng- gunakan Teori Perancangan Kelakuan (Planned Behavior Theory) menyatakan beberapa an- daian yang dikemukakan iaitu (i) perbezaan keyakinan dalam strategi mesej melalui komputer, (ii) penyampaian mesej melalui emosi keyakinan dalam diri audiens, dan (iii) perkaitan antara jumlah maklumat dan keberkesanan mesej pembujukan. Pringle (2013) telah mendapati bahawa strategi penyampaian maklumat yang berke- san telah memberikan kesan yang positif dalam kalangan masyarakat untuk melibatkan diri mereka dalam pembangunan ekonomi yang dapat menjana taraf kehidupan masyarakat di luar bandar. Masyarakat dikatakan lebih tertarik dengan mesej yang mengandungi pujian dan me- sej berbentuk ganjaran kerana bagi mereka mesej sebegitu dapat menaikkan lagi semangat mereka untuk melibatkan diri secara langsung dan berterusan ke dalam program pembangu- nan yang dijalankan (Mohan, 2015). Strategi penyampaian maklumat juga dikaitkan dengan penerimaan idea menggunakan teknologi dalam kalangan masyarakat luar bandar. Agen pembangunan yang menggunakan strategi dalam menyampaikan maklumat memberikan impak kepada masyarakat bergiat aktif dalam menerima teknologi yang dibawa dalam kehidupan mereka (Mision, 2014). Orlikowski (2016) menyatakan faktor penting dalam keberkesanan program pemban- gunan yang dijalankan di kawasan luar bandar iaitu faktor strategi penyampaian maklumat

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 148

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 pembangunan oleh agen pembangunan. Kuriyan dan Toyama (2014) juga menjelaskan bahawa faktor strategi mesej menjadi elemen utama kepada keberkesanan program pembangunan sosial di kawasan pedalaman. TINJAUAN KAJIAN LEPAS BERKAITAN STRATEGI MESEJ DENGAN ADOPSI INOVASI Ryan dan Gross (1943) menjalankan kajian berkaitan adopsi inovasi melalui penyebaran benih jagung secara hibrid di Iowa. Pengenalan terhadap inovasi baru melalui sistem ini bermakna petani Iowa terpaksa membuat perubahan penting dalam mengubah tingkah laku mereka ber- banding dengan sebelum ini. Dalam melakukan perubahan ini, pemimpin pendapat merupakan individu utama yang perlu mengatur strategi dari segi penyampaian maklumat berkaiatan den- gan inovasi baru ini. Dalam konteks petani ketika ini, elemen pembujukan menjadi strategi mesej utama yang dapat membantu mengubah tingkah laku masyarakat daripada tidak mene- rima inovasi sehingga menerima teknik penyebaran pertanian yang baru ini sebagai inovasi yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka dengan lebih baik. Blum (2003) pula menyatakan bahawa proses membuat keputusan dalam kalangan pe- tani, dipengaruhi kuat oleh strategi pembujukan yang bukan sahaja bergantung kepada agen pembangunan namun turut memerlukan sokongan daripada ahli keluarga terutamanya dalam mengubah keputusan. Keluarga seolah-olah mempunyai pengaruh yang lebih kepada keputu- san untuk mengamalkan inovasi , di mana ikatan keluarga dapat menyumbang kepada sosioe- konomi yang lebih kukuh. Beckman dan Berry (2012) organisasi yang menggunakan strategi mesej yang sentiasa membujuk dapat mewujudkan masa depan organisasi yang lebih cerah terutamanya dalam memperkenalkan sesuatu inovasi kepada ahli di dalam organisasi. Kejayaan organisasi yang menggunakan strategi membujuk untuk memastikan pekerja menerima inovasi teknologi se- cara tidak langsung mewujudkan situasi penerimaan teknologi dengan lebih cepat dan terbuka (Markides, 1997; Hamel, 1998; Markides, 1998; Kim & Mauborgne, 1999). Organisasi ini juga secara tidak langsung mampumerangsang permintaan, memperluaskan pasaran yang sedia adadan mewujudkaninovasi produk yangboleh diaksesdan berdaya saing (Beise & Rennings, 2013).

Dalam konteks membina hubungan di dalam organisasi melalui strategi mesej pula, Toth (2000) menyatakan komunikasi interpersonal menjadi elemen utama dalam usaha-usaha untuk membangunkan individu. Pembinaan hubungan memerlukan strategi penyampaian maklumat oleh pihak atasan untuk memupuk hubungan individu. Terdapat beberapa faktor yang dapat menjadi penyumbang kepada pembinaan hubungan iaitu faktor pengaruh peribadi organisasi, pengaruh peribadi ahli di dalam organisasi dan strategi mesej secara interpersonal. Strategi mesej secara interpersonal paling memberikan peranan untuk membina hubungan dalam konteks organisasi (Meyers & Maheswaran, 2014; Arts, Frambach & Bijmolt, 2015). Wright (2006) pula menyatakan mesej komunikasi dapat membantu dalam memasti- kan maklumat yang disampaikan dapat diterima oleh audiens yang menerima inovasi. Hasil kajian telah mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang secara signifikan terhadap penerimaan mesej komunikasi yang disampaikan iaitu meliputi kehendak dan keper- luan maklumat berkaitan inovasi oleh audiens dan manfaat yang diperolehi daripada inovasi yang diperkenalkan (Steg & rakan-rakan, 2014; Olsen & Chandakula, 2015).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 149

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

MODEL BERODA TAYLOR ENAM SEGMEN (TAYLOR’S SIX-SEGMENT MESSAGE STRATEGY WHEEL) SEBAGAI MODEL PANDUAN Perkembangan kajian yang pesat dalam konteks strategi mesej telah memberikan ruang kepa- da pengkaji-pengkaji Barat untuk membina satu teori yang dapat mengukur tentang strategi mesej. Taylor (1999) telah membangunkan teori yang dapat mengukur tentang strategi mesej iaitu Model Beroda Taylor Enam Segmen (Taylor’s Six-Segment Message Strategy Wheel). Model ini telah dibangunkan untuk menganalisis penggunaan strategi mesej umumnya dalam konteks pengiklanan. Menurut Hwang, McMillan dan Lee (2003) keutamaan dalam model ini memberi penekanan kepada menggunakan strategi rayuan untuk menyampaikan maklumat kepada audiens. Walaupun model ini masih lagi di peringkat yang baru, namun pengaplikasiannya telah lama digunakan terutamanya ketika krisis ekonomi dunia. Ketika itu, model ini belum lagi di- bangunkan sepenuhnya dan menyedari hakikat bahawa keperluan terhadap membangunkan model ini agar dapat memberikan penjelasan yang mendalam tentang bagaimana strategi me- sej dapat membantu dalam menyampaikan maklumat tentang sesuatu isu dengan lebih berke- san (Golen & Zaidner, 2008). Secara umumnya, model ini dibangunkan bermula daripada da- sar-dasar komunikasi yang lebih banyak menggunakan elemen-elemen komunikasi sebagai teras utama dan banyak diaplikasikan dalam konteks pengiklanan untuk menganalisis bagai- mana tema-tema utama strategi mesej yang dikemukakan oleh Taylor dapat membantu mem- bujuk audiens menggunakan perkhidmatan atau produk yang diperkenalkan oleh sesebuah organisasi (Hwang, McMillan & Lee, 2003). Taylor (1999) telah mentakrikfkan istilah strategi mesej sebagai “apa yang dikatakan” dan bukan berdasarkan kepada “bagaimana untuk menyampaikannya”. Taylor juga telah men- jelaskan bahawa strategi mesej dilihat sebagai pendekatan penyampaian maklumat tentang produk, perkhidmatan dan organisasi melalui proses komunikasi sebagai tunjang utama. Tema-tema strategi yang telah diperkenalkan oleh Taylor telah dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu strategi transformasi dan strategi informasi. Di dalam strategi trans- formasi terdapat tiga elemen utama iaitu strategi ego, sosial dan amalan. Bagi strategi infor- masi juga terdapat tiga elemen yang meliputi strategi kepekaan, keperluan dan juga rasional. Golan dan Zaider (2008) telah menekankan bahawa dalam menarik minat audiens untuk me- nerima maklumat yang disampaikan maka pengaplikasian strategi mesej yang dikemukakan oleh Taylor perlu dilakukan. Dalam konteks strategi transformasi, segmen ego yang dikemukakan oleh Taylor dita- krifkan sebagai rayuan yang dilakukan kepada audiens dengan memberikan penekanan kepada imej diri dan kepentingan organisasi mereka sendiri. Segmen ego ini bukan bersifat negatif kerana melalui segmen ini audiens lebih mudah menerima maklumat yang memberikan faedah dan keuntungan kepada mereka. Mesej dalam segmen ini bertujuan untuk menggambarkan ego seseorang atau status organisasi supaya dapat menarik individu lain menggunakan perk- hidmatan yang tidak terhad (Taylor, 1999; Vender & Wolbourg, 2008). Segmen sosial pula diklasifikasikan sebagai strategi yang digunakan untuk mempenga- ruhi individu lain untuk menilai diri mereka sebagai seseorang yang berguna. Strategi ini lebih mengutamakan kepada perasaan dan penglibatan diri yang akan mengubah tingkah laku sosial untuk menerima idea dan maklumat yang disampaikan (Taylor, 1999). Seterusnya bagi segmen kepekaan pula dikaitkan dengan deria-deria utama manusia dalam kehidupan iaitu deria sentuhan, bau, rasa, penglihatan dan juga bau. Namun keutamaan deria-deria ini bukan diperlukan secara serentak dalam menyampaikan maklumat sebaliknya ia bergantung kepada konteks penyampaian maklumat yang diinginkan (Golan & Zaidner, 2008).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 150

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Bagi strategi informasi pula, terdapat tiga segmen utama iaitu segmen amalan, keper- luan dan rasional. Dalam konteks segmen amalan, strategi bergantung kepada data dan mak- lumat yang menekankan kepada unsur-unsur pujukan yang dapat mengubah tingkah laku au- diens untuk menerima maklumat yang disampaikan. Kebiasaannya strategi ini kekal untuk di- aplikasikan kepada audiens yang mempunyai latar belakang yang sama (Taylor, 1999). Bagi segmen keperluan pula berdasarkan kepada ruang masa untuk audiens membuat keputusan sama ada menerima maklumat yang disampaikan atau pun sebaliknya (Carey, 1975). Segmen yang terakhir iaitu segmen agihan yang menekankan kepada kesempatan yang diambil semasa berlakunya perubahan tingkah laku dalam kalangan audiens. Dalam konteks ini, perubahan tingkah laku dalam kalangan audiens memberikan peluang kepada sumber un- tuk menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan (Taylor, 1999). Keseluruhan model ini digambarkan dalam Rajah 1.

Gambaran Transmisi Gambaran ritual *Tuntutan berasas Perkara penting *Imej berasas *Pemindahan yang diutamakan *Perkongsian maklumat *Emosi *Rasional *Tumpuan pengala- *Tumpuan produk man Agihan Ego

Keperluan

akut Sosial

Amalan Keperluan akut

Kepentingan peningkatan emosi

Perkara penting yang kurang diutamakan

Rajah 1. Model Beroda Taylor Enam Segmen

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 151

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

KESIMPULAN Pelaksanaan strategi dalam menyampaikan maklumat khususnya kepada masyarakat luar bandar sangat berguna bagi membolehkan mereka memahami dengan lebih cepat dan mendalam berkaitan terutamanya dalam konteks pembangunan masyarakat setempat. Keupayaan agen pembangunan dalam menggunakan strategi dalam menyampaikan maklumat berkaitan program pembangunan membolehkan inovasi yang dibawa oleh pihak kerajaan adalah berkesan. Pengaturan strategi yang efektif perlu merangkumi beberapa aspek sebagaimana yang dikemukakan oleh Taylor (1999), iaitu perlu memiliki ciri-ciri mesej yang berbentuk rayuan (strategi ego), mengutamakan tingkah laku sosial (strategi sosial), mengutamakan kepada deria-deria utama manusia (strategi kepekaan), mempunyai unsur pujukan (strategi amalan), adanya ruang masa dalam membuat keputusan (strategi keperluan) dan juga kesempatan untuk mengubah tingkah laku (strategi agihan). Penyampaian maklumat memerlukan pengambilan langkah yang efektif agar dapat memastikan mereka dapat menerima secara positif terhadap idea pembangunan. Taylor (1999) menyatakan bahawa strategi ego, strategi sosial, strategi kepekaan, strategi amalan, strategi keperluan dan strategi agihan merupakan ciri utama kepada keberkesanan penyampaian maklumat kepada masyarakat. Ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa dalam konteks menerima pakai sesuatu inovasi, penggunaan strategi yang berteraskan kepada strategi ego, strategi sosial, strategi kepekaan, strategi amalan, strategi keperluan dan strategi agihan amat perlu agar dapat memastikan sesuatu idea yang dibawa dapat diterima oleh penerima inovasi. Dalam konteks kajian lepas yang telah dijalankan, Model Taylor diaplikasi untuk menggam- barkan perkaitan di antara strategi mesej yang digunakan oleh agen pembangunan terhadap adopsi inovasi. Ini telah mengukuhkan lagi andaian bahawa strategi mesej yang digunakan dapat membantu dalam mengubah tingkah laku yang diingini oleh sumber. Ini dapat dilihat daripada situasi di mana penerimaan masyarakat terhadap inovasi yang dibawa. Ini secara tidak langsung menambah kepada idea baharu bahawa strategi mesej bukan hanya dilihat da- lam konteks pengiklanan namun turut menyumbang kepada ilmu komunikasi pembangunan. Selain itu juga, kebanyakan kajian lepas menggunakan Model Taylor dalam konteks kajian berbentuk pengiklanan. Namun, model ini turut diuji dan diaplikasikan dalam bidang komuni- kasi dan dapatan kajian telah membuktikan bahawa model ini dapat diaplikasikan dalam bi- dang komunikasi dengan terhasilnya model yang menggambarkan adopsi inovasi dalam kalan- gan masyarakat luar bandar. Elemen strategi mesej dilihat sebagai faktor yang turut membantu dalam menggalakkan lagi penerimaan idea dalam kalangan masyarakat setempat. Dengan adanya hasil kajian ini dapat membuktikan bahawa pengaplikasian model Taylor bukan sahaja digunakan dalam bidang pengiklanan namun turut memberikan sumbangan kepada bidang kajian komunikasi. Dapatan ini selaras dengan dapatan yang dikemukakan oleh Taylor (1999) dan Hwang, McMillan dan Lee (2003) yang mencadangkan supaya pengaplikasian model ini perlu diuji dalam konteks komunikasi terutamanya dalam meneliti strategi mesej sebagai ele- men utama untuk mengubah tingkah laku sasaran dalam menerima sesuatu inovasi baru.

PENGHARGAAN Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Che Su Mustaffa, Dr. Khairie Ahmad sebagai penyelia Ijazah Kedoktoran (PhD) dan kesemua panel SMTCOM17 yang membuka pe- luang untuk menyumbangkan artikel.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 152

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

RUJUKAN Arts, J. W. C., Frambach, R. T., & Bijmolt, T. H. A. (2015). Generalizations on consumer innova- tion adoption: A meta-analysis on drivers of intention and behavior. International Journal of Research in Marketing, 28(2), 134–144. Barao, S. M. (1992). Behavioral aspects of technology adoption. Journal of Extension, 30 (2), 13- 15. Beckman, S. L., & Barry, M. (2012). Innovation as a learning process: Embedded design think- ing. California Management Review. 50 (1). 25–56. Beise, M., & Rennings, K. (2013). Lead markets and regulation: A framework for analyzing the international diffusion of environmental innovations. Ecological Economics. 52(1). 5–17. Blum, A. (2003). Use of Different Information Sources for Decision Making by Traditional Far- mers in a Progressive Knowledge System, 60-73. Journal of Extension Systems, ISSN 0970- 2989. 89-102. Burns, T. & Ungerleider, C. (2002) Information and communication technologies in elementary and secondary education. International Journal Educational Policy, Research and Practice. 3, 27–54. Carey, J. W. (1960). A Cultural Approach to Communication. Journal of Communication. 2, 1-22. Cairo, O. (2010). Informational advertising: differences in usage across media types, product categories and national cultures. Journal of International Consumer Marketing, 12 (3). 69- 83. Dawson, M., Madera., J. M., & Neal., J. K. (2009). Managing bilingual employees: communica- tion strategies for hospitality managers. Managing bilingual employees. 319-333. deTruck, M. A. &Miller., G. R. (1983). Adolescent Perceptions of Parental Persuasive Message Strategies. Journal of Marriage and Family, 45 (3). 543-552. England, I. & Stewart, D. (2007). Executive Management and IT Innovation in Health: Identify- ing the barriers to adoption. Health Informatics Journal, 13(2), 75-87. Freire, P. (1972). The Pedagogy of the Oppressed, Sheed and Ward, London. Golan, G. J., & Zaidner, L. (2008). Creative strategies in viral advertising: An application of Tay- lor’s six-segment message strategy wheel. Journal of Computer-Mediated Communication, 13(4), 959-972. Hamel, G. (1998). Strategy innovation and the quest for value. Sloan Management Review, Winter, 7–14. Hazleton, V. J. & Long, L. W. (1988). Concepts for public relations education, research, and practice: A communication point of view. Central States Speech Journal, 39, 77–87. Hwang, J. S., McMillan., S. J., & Lee G. (2003). Corporate Web Sites As Advertising: An Analysis Of Function, Audience, And Message Strategy. Journal of Interactive Advertising. 3 (2). 10‐23. Kim., S. & Rader., S. (2010). What they can do versus how much they care Assessing corporate communication strategies on Fortune 500 web sites. Journal of Communication Manage- ment. 14 (1). 59-80. Kim, W.C. & Mauborgne, R. (1999) Strategy, value innovation and the knowledge economy. Sloan Management Review, 40 (3), 41–54 Kuriyan, R., I. & Toyama (2014). Integrating Social Development and Financial Sustainability: The Challenges of Rural Kiosks in Kerala” in Proceedings of the 2006 International Confe- rence on Information and Communications Technologies and Development,Berkeley, 121- 130. Lamble, W. (1984). Diffusion and adooption of innovations. Lerner., D. & Schramm., W. (1964), Communication and Change, The Last Ten Years and Next, Honolulu, University of Hawaii Press. Markides, C. (1997). Strategic innovation. Sloan Management Review, Spring, 9–23.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 153

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Markides, C. (1998). Strategic innovation in established companies. Sloan Management Re- view, 31–42. Mcmillan, R. & Sally, J. (2000). The Microscope And The Moving Target: The Challenge Of Applying Content Analysis To The World Wide Web. Journalism And Mass Communication Quarterly, 77 (1), 80-98. Meyers, L. J., & Maheswaran, D. (2014). Exploring message framing outcomes when systemat- ic, heuristic, or both types of processing occur. Journal of Consumer Psychology. 14 (1&2). 159–167 Mision, R. (2014). Every Village a Knowledge Centre. Last accessed: 29 September 2006. Akses di http://www.mission2007.org/. Mohan R. (2015). Participation: from tyranny to transformation? Exploring new approaches to participation in development, Zed, London. Moore, G. C. & Benbasat, I. (1991).Development of an instrument to measure the perceptions of adopting aninformation technology innovation.Information Systems Research, 2 (3). 192-222. Niederdeppe., J., Bu., Q. L.,Borah., P., Kindig., D. A. &Robert., S. A. (2008). Message Design Strategies to Raise Public Awareness of Social Determinants of Health and Population Health Disparities. The Milbank Quarterly. 86 (3). 481-513. Olsen, M. C., & Chandukala, S. R. (2015). Green claims and message frames: How green new products change brand attitude. Journal of Marketing, 78(5), 119–137. Orlikowski, W. (2015). Case Investigating Incremental and Radical Changes in Systems Devel- opment. MIS Quarterly, 17 (3), 309-340. Pringle, I. (2013). Community of ICT. Electronic Journal of Developing Countries, 8 (4), 1-14. Rogers, E. M. (1962). Diffusion of Innovations, (1st ed.), New York: The Free Press. Rogers, E.M. & Shoemaker, F.F. (1971). Communication of innovations: A cultural Approach. New York: The Free Press. Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5th Ed.), New York, USA: The Free Press. Steg, L., Bolderdijk, J. W., Keizer, K., & Perlaviciute, G. (2014). An integrated message strategy for encouraging pro-environmental behaviour: The role of values, situational factors and goals. Journal of Environmental Psychology, 38, 104–115. Taylor, R. E. (1999). A Six-Segment Message Strategy Wheel. Journal Of Advertising Research, 39 (6), 7-17. Tornatzky, L. G. & Klein, K. J. (1982). Innovation characteristics and innovation-adoption im- plementation: a meta-analysis of findings, IEEE Transactions on Engineering Management, 29, 28-45. Wright, R. (2006). Consumer behaviour. Thomson Learning.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 154

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

KEBERDAYAAN PSIKOLOGI PETANI WANITA: ANALISIS SUMBANGAN FAKTOR KOMUNIKASI, DEMOGRAFI DAN INOVASI

Fauziah Asyiek1, dan Che Su Mustaffa2 1 Universitas Sri Vijaya, Indonesia 2Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Kertas kerja ini memperkatakan tentang keberdayaan psikologi dalam kalangan petani wanita dari sudut faktor komunikasi, demo- grafi dan inovasi. Pemberdayaan masyarakat merupakan usaha kera- jaan bagi mewujudkan perubahan masyarakat dari masyarakat yang tradisional menjadi masyarakat yang maju dalam akses ilmu penge- tahuan dan teknologi, informasi, inovatif, kreatif, kemandirian dan penglibatan dalam program pembangunan bagi petani tidak terkecu- ali petani wanita agribisnis di pedesaan. Konsep komunikasi dan pembangunan dalam perjalanannya berawal dari 1) konsep paradig- ma dominan yang berorientasi pada industrialisasi dan teknologi se- mata tanpa melihat unsur sosial budaya lokal masyarakat, 2) para- digma ketergantungan, dan 3) paradigma alternatif, dalam implemta- sinya lebih dikenal dengan pemberdayaan masyarakat, iatu konsep pembangunan berpusat kepada masyarakat (people centered devel- opment) atau pembangunan yang berpusat pada rakyat iaitu melalui penglibatan masyarakat dalam program pembangunan sejak peren- canaan, pelaksanaan dan evaluasi/monitoring. Komunikasi merupa- kan komponen penting dan perlu bagi strategi pembangunan komu- niti secara keseluruhan kerana komunikasi menghubungkan pihak- pihak yang terlibat dalam pembangunan untuk bersama-sama men- gongsi idea-idea, masalah dan pandangan dalam merancang dan me- laksanakan strategi pembangunan. Komunikasi juga boleh member- dayakan komuniti dengan pengetahuan baru atau inovasi, sikap baru dan kaedah baru melalui pengkongsian maklumat Proses Difusi In- ovasi atau penyebaran inovasi melalui saluran komunikasi melalui sis- tem sosial baik secara interpersonal, pendedahan kepada media massa maupun kekosmopolitan.

Kata kunci: Petani wanita, komunikasi, inovasi, keberdayaan, Difusi Inovasi.

PENGENALAN Pemberdayaan adalah kemampuan individu untuk mendapatkan kawalan sosial, politik, ekonomi dan psikologi melalui akses terhadap informasi, pengetahuan, keterampilan, dan par- tisipasi dalam masyarakat ( Zimmerman, 1995). Melalui program pemberdayaan diharapkan berlakunya perubahan dari masyarakat konvensional menjadi masyarakat dinamik, aktif, dan menggunakan potensi yang sedia ada dalam masyarakat itu sendiri. Program pemberdayaan di Indonesia misalnya, difokuskan terutamanya kepada masyarakat desa dalam usaha pengem- bangan sistem agribisnis melalui peranan agen pengembangan pertanian (Saragih, 2010).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 155

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Pemberdayaan masyarakat bertujuan membentuk individu atau masyarakat menjadi man- diri melalui kemampuan berfikir, memutuskan serta melakukan sesuatu yang dipandang tepat demi untuk menyelesaikan masalah dengan kemampuan kognitif, afektif, konatif dan psikomo- tor (Sidu, 2006). Lantaran itu, pemberdayaan masyarakat desa harus meliputi semua lapisan masyarakat sama ada lelaki mahupun wanita. Ini dapat dilaksanakan melalui program pem- bangunan yang berwawasan gender atau pembangunan yang berperspektif gender (Kantor Kementerian Negara Pemberdayaan Perempuan, 2008).

Banyak kajian lepas jelas menunjukkan umumnya petani wanita hanya melakukan aktiviti komunikasi secara interpersonal dengan sesama petani dan kurang terdedah kepada media massa (Hayati, 2008; Hapsari, 2007; Oktarina dan rakan rakan, 2009; Aktar dan rakan rakan, 2010; Devi & Verma, 2011). Ini menyebabkan wanita tani di Indonesia masih kurang meneri- ma dan mencari informasi secara meluas kerana terhad kepada penggunaan sumber interper- sonal (Mardikanto, 2007; Oktarina dan rakan-rakan, 2009) sedangkan media massa turut ber- peranan sebagai sumber maklumat penting. Maklumat adalah penting kerana petani wanita turut berperanan sejak dari penyediaan benih sampai pada pengolahan dan pemasaran hasil (Afzah dan rakan-rakan, 2009; Junaidi, 2009; Oktarina dan rakan-rakan, 2009).

Banyak kajian Perilaku komunikasi tetapi belum mengaitkan perilaku komunikasi dalam konteks keberdayaan petani wanita agribisnis dari segi sebagai individu dalam konteks rumah tangga mahupun pelaku agribisnis di pedesaan berdasarkan konsep dan teori keberdayaan psikologi. Oktarina dan rakan-rakan (2009) menyimpulkan perlunya dikaji lebih lanjut aktiviti komunikasi dalam program pemberdayaan petani wanita dalam berbagai aspek bagi mengeta- hui secara mendalam aktiviti komunikasi petani wanita dalam agribisnis bagi menyumbang kepada pengetahuan tentang kebekesanan strategi program pemberdayaan bagi petani wanita di pedesaan.

Fenomena petani wanita kurang mendapat informasi ini membawa kepada wujudnya ju- rang pengetahuan yang perlu diisi berdasarkan kepada penelitian-penelitian empiri. Kurang penerimaan inovasi seringkali terkait dengan perilaku komunikasi seperti mana menurut Sub- agio (2008) bahawa perilaku komunikasi selalu berkaitan dengan usaha untuk mendapatkan informasi teknologi dan pemecahan masalah usahatani sebagai bahan pertimbangan dalam pengambilan keputusan tentang inovasi. Persoalan yang timbul disini ialah bagaimanakah peri- laku komunikasi petani wanita dalam sektor agribisnis di Indonesia yang dapat dikaitkan den- gan pemberdayaan mereka?

Program-program pembangunan pertanian di pedesaan disampaikan kepada petani melalui berbagai saluran komunikasi, baik melalui media maupun komunikasi interpersonal, terutama melalui agen pengembangan pertanian sebagai agen utama pemberdayaan bagi kalangan pe- tani. Peranan agen bukan saja sebagai sumber informasi tetapi juga merubah perilaku petani dalam meningkatkan pengetahuan, sikap dan keterampilan (Mardikanto, 2010). Perilaku ko- munikasi sebagai penghubung pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan untuk sama- sama berkongsi idea-idea, pandangan, masalah atau merancang dan melaksanakan strategi pembangunan. Selain itu komunikasi juga berperanan memberdayakan masyarakat atau ko- muniti dengan informasi inovasi dalam wujud pengetahuan, sikap dan kaedah baru melalui pengkongsian maklumat (Yusof & rakan-rakan, 2011) terutama berkaitan dengan inovasi.

Komunikasi pembangunan merupakan salah satu bidang ilmu komunikasi mempunyai pera- nan yang penting dalam membawa mesej-mesej pembangunan melalui program-program pembangunan di bandar mahupun pedesaan (Nasution, 2004). Program-program pembangu-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 156

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 nan pertanian di pedesaan disampaikan kepada petani melalui berbagai saluran komunikasi, baik melalui media maupun komunikasi interpersonal, terutama melalui agen pengembangan pertanian sebagai agen utama pemberdayaan bagi kalangan petani. Peranan agen bukan saja sebagai sumber informasi tetapi juga merubah perilaku petani dalam meningkatkan pengeta- huan, sikap dan keterampilan (Mardikanto, 2010). Perilaku komunikasi sebagai penghubung pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan untuk sama-sama berkongsi idea-idea, pan- dangan, masalah atau merancang dan melaksanakan strategi pembangunan. Selain itu komu- nikasi juga berperanan memberdayakan masyarakat atau komuniti dengan informasi inovasi dalam wujud pengetahuan, sikap dan kaedah baru melalui pengkongsian maklumat (Yusof & rakan-rakan, 2011) terutama berkaitan dengan inovasi.

Agribisnis merupakan salah inovasi yang berupa idea-idea dalam pengembangan pertanian dari masyarakat yang melakukan pengelolaan usahatani secara tradisional menjadi pengelo- laan usahatani yang berorientasi komersial iatu mempunyai kemampuan dalam orientasi pasa- ran, kemampuan dalam menerima resiko, dan bekerjasama dengan pedagang sarana produksi dan lembaga pemasaran lainnya. Sistem agribisnis merupakan rangkaian dari sub-sistem pe- nyediaan sarana produksi, sub-sistem proses produksi (usahatani), dan sub-sitem pengolahan hasil dan /pemasaran (Syarkowi & Sufri, 2004; Arifin, 2004; Saragih, 2010). Selama ini petani wanita masih melakukan pengeloaan secara tradisional, dimana pengelolaan hanya berdasar- kan kepada kebiasaan-kebiasaan yang dilakukan tanpa memperhitungkan keuntungan dari aspek penyediaan sarana produksi, proses produksi dan pengolahan serta pemasaran hasil. Beralihnya pengelolaan usahatani melalui penerimaan inovasi sistem agribisnis diharapkan petani wanita mempunyai keberdayaan.

Menurut Slamet (2006), pengembangan pertanian beorientasi agribisnis harus melalui pen- dekatan kelompok, kerana melalui kelompok akan terjadi interaksi antara petani dan merupa- kan forum belajar sekaligus forum pengambilan keputusan yang dapat mengembangkan ke- berdayaan petani. Oleh itu, agen pengembangan pertanian dalam program pemberdayaan harus mampu menyampaikan informasi berupa inovasi dan sekaligus membuka pola berfikir petani dari petani yang hanya subsisten menjadi petani yang berorientasi komersial. Perkara ini boleh dilakukan melalui peningkatan produksi dan pendapatan dengan mempertimbang- kan inovasi yang sesuai dengan kondisi lokal dan teknologi yang mempunyai nilai tambah se- hingga memberikan keuntungan kepada petani. Konsekuensinya, agen pengembangan perta- nian selaku pelaku pemberdayaan kepada petani harus terus menyampaikan informasi inovasi dan selalu berkomunikasi hal-hal yang dapat memberikan keuntungan bagi petani agar petani benar-benar mampu dan mandiri dalam memutuskan serta memecahkan permasalahan yang dihadapi mereka.

Oleh itu, perilaku komunikasi merupakan faktor penting dalam penerimaan inovasi dan pemberdayaan petani melalui pelbagai media yang merupakan suatu metod pengembangan yang melalui kombinasi saluran komunikasi massa, perseorangan, dan juga kelompok untuk proses penyebaran maklumat inovasi (Anantanyu, 2009; Mardikanto, 2010). Selari andaian Rogers (2003), saluran komunikasi massa mempunyai peranan penting dalam meningkatkan pengetahuan manakala saluran antara perorangan berperanan penting pada peringkat pem- bujukan dan pengambilan keputusan dalam penyerapan inovasi.

Permasalahan wanita di Sumatera Selatan secara khusus tidak jauh berbeza dengan perma- salahan utama pemberdayaan petani wanita di Indonesia umumnya. Aktiviti komunikasi petani wanita yang rendah dengan komunikasi interpersonal cenderung lebih tinggi jika dibandingkan dengan pemanfaatan media massa. Selari itu beberapa pendapat dan kajian-kajian lepas me-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 157

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 nunjukkan juga banyak faktor karakteristik yang mempengaruhi keberdayaan dalam bentuk partisipasi, kemandirian dan kapasiti diri seseorang serta pengambilan keputusan (Mardikanto, 2009). KOMUNIKASI PEMBANGUNAN

Pembangunan merupakan salah satu bentuk perubahan masyarakat dan mempunyai akibat ke atas komunikasi. Pembangunan adalah pemanfaatan dan pengarahan perubahan masyara- kat dalam bentuk material mahupun bukan material. Manakala menurut Sevaes (2008), komu- nikasi pembangunan adalah suatu proses sosial yang dirancang untuk mencari pemahaman bersama di antara semua pihak dalam menciptakan tindakan terpadu dalam inisiatif pemban- gunan.

Konsep komunikasi pembangunan pertama kali diperkenalkan oleh Lerner melalui kajiannya yang berjudul ”The Passing of Traditional Society” pada tahun 1958. Pandangan ini diperkuat oleh Wilbur Schramm pada tahun 1964 dengan buku yang bertajuk “Media and National De- velopment”. Menurut Schramm (1964), media massa berperanan sebagai agen perubahan sosial di negara-negara berkembang. Schramm mengemukakan bahawa perubahan sosial yang terjadi sebagai akibat dari perubahan agregat dalam individu”. Menurut Schramm (1964), me- dia massa berperanan sebagai agen perubahan sosial di negara-negara berkembang. Schramm mengemukakan bahawa perubahan sosial yang terjadi sebagai akibat dari perubahan agregat dalam individu. Oleh itu, dalam rangka mendorong pembangunan pemerintah nasional perlu komunikasi melalui peranan media massa untuk memotivasi sasaran untuk berubah.

Menurut Rogers, Schramm adalah orang pertama yang mengakui bahawa komunikasi dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan nasional di dunia ketiga melalui peranan media massa, dari masyarakat tradisional menjadi masyarakat moden (Servaes, 2008). Schramm percaya bahawa media massa boleh memperbaiki kehidupan dengan melengkapi sumber daya informasi dan mendedahkan masyarakat untuk belajar. Keadaan pada tahun 1960-an ini dinamakan sebagai paradigma dominan pembangunan (Rogers, 1969; Singhal & Sthapitanonda, 2008).

Paradigma awal pembangunan bermula dari tiga teori tentang perubahan sosial pada ma- syarakat iaitu i) teori modenisasi, ii) teori ketergantungan , dan iii) teori sistem dunia (Dilla, 2007; Servaes, 2008). Teori modenisasi atau disebut juga pendekatan paradigma dominan pembangunan, iaitu program pembangunan disampaikan melalui media massa dengan pola top-down kepada masyarakat secara hirarki atau vertikal dengan mengutamakan pertumbu- han ekonomi dan perubahan masyarakat sebagai indikator pencapaian berdasarkan pendapa- tan per capita dan perubahan sosial masyarakat menjadi moden (Rogers, 1969; Servaes, 2008; Dilla, 2007; Melkote, 2010).

Schramm (1964), dalam bukunya ”Media and National Development” menekankan pera- nan media massa sebagai agen perubahan sosial di negara-negara membangun. Perubahan sosial dipandang terutama sebagai proses top-down dan uni-directional. Schramm mengemu- kakan bahawa perubahan sosial yang terjadi sebagai akibat dari perubahan agregat dalam indi- vidu. Oleh itu, dalam rangka mendorong pembangunan, kerajaan secara nasional perlu untuk memanfaatkan komunikasi untuk memotivasi sasaran untuk berubah. Menurut Rahim (1992), peranan media massa sebagai ”kuasa pengganda” bersesuaian dengan konsep pembangunan pada masa itu, kerana kondisi berkenaan memberikan tumpuan kepada kemewahan material berdasarkan pendapatan per kapita. Akan tetapi disebalik industrialisasi dan infrastuktur me- dia massa, masih banyak permasalahan sosial lainnya iaitu semakin tingginya jurang sosial eko-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 158

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 nomi masyarakat antara yang kaya dengan miskin. Industrialisasi dengan teknologi berdasar- kan modal menuju modenisasi di negara-negara sedang membangun melalui dana pinjaman dari negara-negara maju. Pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan menyebabkan masyarakat yang mempunyai status sosial ekonomi yang lebih baik menikmati hasil dari konsep pemban- gunan tersebut (Singhal & Sthapitanonda, 2006; Servaes, 2008). Industrialisasi dengan tekno- logi berdasarkan modal menuju modenisasi di negara-negara sedang membangun melalui dana pinjaman dari negara-negara maju. Pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan menyebabkan ma- syarakat yang mempunyai status sosial ekonomi yang lebih baik menikmati hasil dari konsep pembangunan tersebut (Singhal & Sthapitanonda, 2006; Servaes, 2008).

Konsep pembangunan paradigma dominan mula dikritik pada tahun 1960-an dengan mun- culnya paradigma ketergantungan yang berkembang di negara-negara sedang membangun sebagai antitesis terhadap perspektif modernisasi (Servaes, 2008). Peranan komunikasi dalam perpektif paradigma ketergantungan menyimpulkan bahawa konsep komunikasi yang ada mencerminkan ketidakseimbangan global sehingga untuk mencapai pembangunan yang lebih berkesan, negara-negara sedang membangun harus memisahkan diri dari negera-negara Barat. Pembangunan berkonsepkan Barat dikatakan telah mendominasi ideologi politik dan nilai-nilai sosial budaya negara-negara sedang membangun akibat dari ketergantungan pada negara- negara maju untuk pembangunan ekonomi dan media.

Menurut Servaes (2012), nilai seperti ideologi kerja dan produk media disebarluaskan oleh negara Barat ke negara membangun sebagai cara media Barat mendominasi pasaran di negara sedang membangun (Singhal & Sthapitanonda, 2008). Fenomena ini membawa kepada lahir- nya teori sistem dunia sebagai reaksi kepada teori ketergantungan yang di kritik pada perten- gahan 1970-an sebagai alternatif paradigma dominan yang disebut perspektif pluralis (Mel- kote, 1991; Rogers, 1976; Servaes, 2008). Paradigma ketergantungan dikatakan terlalu me- numpukan kepada faktor-faktor eksternal yang menyebabkan faktor internal tidak dititikbe- ratkan (Servaes, 2008. Teori atau paradigma ketergantungan gagal untuk mengatasi sejumlah masalah pembangunan yang terjadi seperti masalah rasuah dan kegagalan projek-projek yang dirancang oleh pihak kerajaan (Singhal & Sthapitanonda, 2006).

Akan tetapi sejak menempuh dekad 1970-an, terjadinya perubahan konsep pada negara- negara membangun. Hal tersebut disedari, walaupun banyak negara membangun telah mela- bur dalam infrastruktur media massa dengan penekanan industrialisasi dan modenisasi, akan tetapi masih ramai rakyat yang miskin, pengangguran dan tidak berpelajaran kerana tidak semua rakyat menikmati hasil pembangunan (Rahim, 1992; Dilla, 2007). Lantaran konsep pembangunan yang hanya bertumpu pada sistem top-down dan model komunikasi sehala (linier) dalam bentuk pembujukan dan propaganda untuk mengejar pertumbuhan ekonomi sahaja berubah dengan konsep komunikasi pembangunan komunikasi interaktif dua hala di antara peserta (Melkote, 2010, Servaes, 2008, Rangkuti, 2010).

Paradigma alternatif mengandaikan bahawa komunikasi interpersonal, media massa, dan media rakyat merupakan elemen komunikasi yang berperanan dalam memberdayakan masya- rakat untuk berfikir, memutuskan dan melaksanakan program-program pembangunan (Singhal & Sthapitanonda, 2006). Masyarakat diajak berfikir tentang hak dan kewajipannya, idea-idea berkenaan masalah yang ada dalam masyarakat dan berdiskusi dalam penyelesaiannya sehing- ga masyarakat termotivasi kerana dilibatkan dalam program-program pembangunan (Melkote, 1991, 2010). Penekanan utama komunikasi ialah menyalurkan maklumat dalam bentuk komu- nikasi dua hala dan partisipatif (Jacobson, 1994).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 159

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Paradigma pembangunan dikatakan lebih ideal apabila program pembangunan menginte- grasikan antara tradisional dan moden. Peranan utama komunikasi dalam pembangunan iaitu menyediakan informasi teknikal dan menyalurkan inovasi yang tepat atas permintaan masya- rakat lokal, dan menyebarkan informasi tentang pencapaian pembangunan dari kelompok- kelompok lokal sebagai motivasi untuk keberhasilan bagi kelompok lainnya (Rogers,1995).

Oleh itu, secara konseptual komunikasi pembangunan bersumber dari teori komunikasi dan teori pembangunan yang saling bergabung. Teori komunikasi berlandaskan andaian menghu- bungkan arus informasi berupa ide-ide atau gagasan baru dari kerajaan kepada masyarakat atau sebaliknya. Sedangkan teori pembangunan digunakan sebagai acuan kepada bentuk pe- rubahan yang diinginkan secara terarah menuju keadaan masyarakat yang lebih baik (Dilla, 2007). Tujuan komunikasi pembangunan adalah untuk memajukan pembangunan melalui memperkenalkan ide-ide atau teknologi baru dan memotivasi masyarakat (Harun & Ardianto, 2011) termasuklah memberdayakan anggota masyarakat. Oleh itu, konsep komunikasi pem- bangunan merupakan usaha pemilihan strategi dan model komunikasi yang memungkinkan terjadinya perubahan dalam pembangunan. Berdasarkan falsafahnya, komunikasi pembangu- nan merupakan usaha pembebasan dan pencerahan pembangunan untuk meningkatkan har- kat, martabat dan pemberdayaan masyarakat. Bagi mencapai tujuan berkenaan aktiviti pem- bangunan senantiasa mengarah pada pemberdayaan masyarakat (Dilla, 2007).

Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan yang dibincangkan, paradigma pembangunan ekonomi yang telah lama mendominasi model pembangunan diberbagai negara termasuk In- donesia, perlu diimbangi dengan pembangunan yang berpusat pada rakyat dan harus diinte- grasikan dengan paradigma sosial budaya sebagai keseluruhan proses pembangunan (Dilla, 2007; Rangkuti, 2010). Sebagai konsep yang bertumpu pada aspek sosial-budaya maka pem- bangunan dalam konteks paradigma ini didefinisikan sebagai strategi pemberdayaan masyara- kat yang berorientasikan nila-nilai sosial-budaya yang hidup dan berkembang di masyarakat setempat. Sebagai model yang berorientasi pada pemberdayaan masyarakat maka semua usa- ha agen pengembangan pertanian dalam pembangunan diarahkan pada tindakan membujuk, mendidik, dan konsultasi atau diskusi untuk menggali potensi diri anggota masyarakat dan komuniti (Dila, 2007; Mardikanto, 2009) termasuk bagi tujuan pemberdayaan masyarakat.

Di Indonesia, aplikasi teknologi pertanian di pedesaan bermula dari ”Revolusi Hijau” sebagai dasar bagi tujuan pengembangan bidang pertanian. Ini merupakan sebahagian dari paradigma pembangunan dominan yang berorientasi pada peningkatan produksi melalui pemanfaatan berbagai teknologi pertanian (teknologi kimia seperti baja, racun, dan mesin pertanian) menu- ju pertanian moden (Elizabeth, 2011). Sehingga pada tahun 1984, Indonesia mengalami pe- ningkatan produksi beras dalam meningkatkan produksi pertanian di sub sektor tanaman pan- gan menjadikan Indonesia menjadi negara yang mampu mencapai ”swasembada beras”. Na- mun di sebalik kejayaan tersebut, muncul masalah kerosakkan persekitaran antara lain seperti hama yang semakin berkembang dan penggunaan racun yang mengancam sepanjang tahun menyebabkan musnahnya musuh-musuh alami hama berkenaan. Penggunaan racun yang ber- lebihan mengakibatkan perubahan kondisi agro ekosistem dan pencemaran persekitaran (Ma- nuwoto, 2009; Rangkuti, 2010). Lantaran pendekatan pembangunan pertanian yang berfokus program pemerintah mengacu kepada model komunikasi linier (komunikasi sehala) dan ber- bentuk vertikal (top-down) menimbulkan kesedaran perlunya orientasi semula terhadap pembangunan yang dilakukan selama ini. Kesedaran ini menghasilkan konsepsi pembangunan mapan (sustainable development) dalam bidang pertanian (Sadono, 2011).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 160

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan teknologi ke negara sedang membangun adalah kesan campur tangan negara-negara maju dengan alasan mempercepat proses pembangunan di negara-negara Dunia Ketiga dalam bentuk bantuan kredit pendanaan dan bantuan teknikal bagi negara-negara yang sedang membangun. Ini turut menambah beban hutang bagi negara yang sedang membangun. Fenomena ini mengakibatkan munculnya berbagai masalah pada zaman Orde Baru meliputi krisis dari segi ekonomi, sosial, budaya dan politik yang menimbul- kan gejolak krisis multidimensi yang berpanjangan dan mengakibatkan runtuhnya pemerinta- han Orde Baru pada tahun 1988 (Waskita, 2005; Rangkuti, 2010). Kerana konsep pembanguan ini lebih memfokuskan pada kuantitas atau fisikal/teknis saja untuk mengejar produksi dan pertumbuhan ekonomi semata tanpa memahami nilai inilai sosial budaya masyarakat. Berba- gai kekeliruan dalam pengurusan pemerintahan dan pembangunan secara terpusat mengaki- batkan amalan rasuah, kolusi dan nepotisme berleluasa kesan dari krisis ekonomi dan sosial. Ini mengakibatkan ketidakpuasan rakyat kepada negara dan pimpinan pemerintahan rezim Orde Baru (Harun & Ardianto, 2011). Seiring dengan pergeseran kepemimpinan maka para- digma pembangunan berubah kepada kepedulian pembangunan berdasarkan bukan hanya peningkatan produksi atau dikenali sebagai paradigma ”production centered production” tetapi berubah menjadi paradigma ”people centered development” atau pembangunan yang berpusat pada rakyat. Paradigma pembangunan yang berpusat pada rakyat menggunakan logika ekologi manusia yang seimbang dengan sumberdaya utama seperti sumber daya infor- masi dan kreativiti dengan meletakkan peranan kepada masyarakat sebagai aktor dalam me- netapkan tujuan, mengendalikan sumberdaya tempatan dan proses yang mempengaruhi kehi- dupan masyarakat secara keseluruhan (Tonny, 2003). Implikasi terhadap perubahan orientasi pembangunan ini ialah perubahan paradigma pembangunan di Indonesia yang turut mene- rapkan komunikasi pembangunan sejajar dengan paradigma alternatif yang berkembang seba- gai paradigma yang melibatkan peranan masyarakat sebagai objek, sekaligus sebagai subjek dan penerima manfaat pembangunan (Harun & Ardianto, 2011). Nilai sosial budaya turut diin- tegrasikan sebagai sumberdaya lokal yang menjadi strategi pemberdayaan (empowerment) masyarakat yang hingga kini merupakan konsep pembangunan melalui program-program pemberdayaan yang bukan hanya mengejar kuantitas tetapi lebih penting juga dari segi kuali- tas sumberdaya manusia, dalam implementasinya bukan saja memberdayakan masyarakat dari aspek kemampuan teknikal atau fisikal semata tetapi juga berdaya secara psikologi.

KONSEP PEMBERDAYAAN

Menurut pandangan Melkote (2010), pemberdayaan (empowerment ) merupakan sebaha- gian dari konsep pembangunan alternatif. Pemberdayaan merupakan salah satu implementasi polisi pembangunan yang dilakukan dalam konteks peningkatan kualiti sumber daya manusia, yang dirancang untuk digunakan bagi meningkatkan taraf hidup keseluruhan masyarakat mela- lui penyertaan aktif dan inisiatif daripada anggota masyarakat lelaki dan perempuan. Pember- dayaan menjadi jargon yang sangat popular dalam kalangan agen pembangunan masyarakat, khususnya dalam pengendalian kemiskinan (Narayan, 2002). Takrifan pemberdayaan sangat beragam dan bergantung kepada konteks dan nilai budaya masyarakat setempat. Sebagaima- na menurut World Bank (2002), istilah pemberdayaan berbeza mengikut konteks sosial dan budaya menyebabkan terjemahan konsep ini agak sukar dilakukan. Ini bererti konsep pember- dayaan ini sangat berbeza antara satu komuniti dengan komuniti lainnya.

Konsep pemberdayaan dari Servaes (2002, 2005, dan 2007) merupakan elemen teoritis ko- munikasi partisipatif dengan memperhatikan aspek kemampuan masyarakat untuk mengakui, menghormati, dan mengintegrasikan perbezaan budaya dalam pembangunan. Hasil proses

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 161

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 pemberdayaan diindikatorkan oleh tingkat keberdayaan dengan adanya kekuasaan dalam me- ningkatkan kesedaran untuk berubah atau dalam pembuatan keputusan, kemampuan akses terhadap sumber daya, dan kekuasaan untuk melakukan kerjasama (tindakan bersama) seba- gaimana dinyatakan oleh Mayouk (2010). Sedangkan Schuler dan rakan-rakan (1996) lebih menekankan aspek keberdayaan pada tingkat mobiliti di samping kebebasan (tidak adanya keterlibatan pihak lain) dalam pengambilan keputusan.

Menurut Zimmerman (1995) dan Rappaport (1987), pemberdayaan adalah kemampuan in- dividu untuk mendapatkan kawalan sosial, politik, ekonomi dan psikologi iaitu akses terhadap informasi, pengetahuan, keterampilan, dan partisipasi dalam masyarakat. Pemberdayaan memiliki pelbagai tahap analisis iaitu individu, organisasi dan masyarakat (Schulz & rakan- rakan, 1993; Zimmerman, 1995; Malhotra dan rakan-rakan, 2002). Ketiga-tiga tahap tersebut saling berkaitan, namun biasanya dimulakan dengan pemberdayaan individu. Pemberdayaan peribadi atau individu merupakan pemberdayaan pada kekuatan individu dan harga diri untuk mendapatkan kawalan atas sumber daya yang tersedia dan menggunakan hak mereka untuk memperoleh kualiti hidup diri dan keluarga (Moyle & rakan rakan, 2006). Sedangkan pember- dayaan pada tahap organisasi atau kelompok, menurut pandangan Friedmann (1993), merupa- kan kemampuan individu untuk menyusun diri dalam kelompok, cenderung dinilai sebagai bentuk pemberdayaan yang efektif di tingkat komuniti. Melalui kelompok akan terjadi suatu perbincangan yang menumbuhkan dan memperkuat kesedaran untuk mengenali kepentingan bersama sebagai anggota masyarakat.

Menurut Ife (1999), pemberdayaan secara sederhana dapat diertikan sebagai pemberian kekuasan atau kekuatan kepada kelompok yang lemah sehingga mereka memiliki kekuatan untuk bertindak. Jika dilihat dari perspektif pluralis, menurut Ife dan Tesoriero (2010), pem- berdayaan adalah suatu proses menolong kelompok atau individu untuk bersaing secara lebih efektif melalui proses belajar dan menggunakan keterampilan-keterampilan dalam melobi, menggunakan media, aksi politik, dan memahami bagaimana untuk memanfaatkan sistem yang ada.

Menurut World Bank (2002), terdapat pelbagai model pemberdayaan yang diaplikasikan kepada kelompok miskin, namun pada dasarnya pemberdayaan menekankan kepada empat elemen penting iaitu:

(1) Akses pada informasi: arus informasi harus bersifat dua hala daripada pemerintah kepa- da masyarakat dan daripada masyarakat kepada pemerintah. Melalui proses informasi akan tercipta pemberdayaan yang bersesuaian. Ini kerana program-program pemerintah akan men- jadi keperluan masyarakat.

(2) Keterlibatan dan Penyertaan: perlunya keterlibatan kelompok miskin dalam proses pemberdayaan termasuk dalam proses perancangan. (3) Akauntabiliti: pemerintah harus bertanggung jawabterhadap segala polisi, tindakan, program dan dana yang digunakan, agar pemberdayaan dilakukan pada tahap opti- ma.pemberdayaan dilakukan pada tahap optima.

(4) Pengorganisasian lokal: mengembangkan dan menyusun kemampuan masyarakat se- tempat untuk bekerjasama, mengorganisasikan diri dan memobilisasi sumber daya untuk men- gatasi permasalahan mereka secara bersama.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 162

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Sebaliknya menurut Florus (1998) pemberdayaan dalam konteks sosial kemasyarakatan mencakupi lima elemen utama iaitu: (1) pengembangan kemampuan memproses maklumat yang tinggi, bersikap dan berfikiran kritis, (2) penguatan akses terhadap pelbagai sumber daya, (3) pencerahan terhadap kemampuan dalam mengatur dan mengawal diri sendiri, (4) pening- katan kesejahteraan, dan (5) membina kebersamaan dan kawalan sosial.

Program pemberdayaan masyarakat harus memenuhi prinsip-prinsip pengembangan ma- syarakat yang berlaku di seluruh dunia berdasarkan Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB) tahun 1975 (Tonny, 2003). Kesepuluh prinsip yang dikemukakan oleh PBB ialah antara lain kegiatan yang dilaksanakan harus berhubungan dengan keperluan dasar, adanya perubahan sikap sasa- ran, pengembangan masyarakat mengarah pada peningkatan penyertaan dalam permasalahan yang ada, kepercayaan yang lebih besar pada penyertaan wanita, adanya bantuan intensif dan ekstensif dari pemerintah, dan adanya kemajuan ekonomi dan sosial pada tahap lokal.

Oleh itu, dalam pemberdayaan masyarakat, pendekatan yang dilakukan antara lain melalui pendekatan komuniti (the community approach), pendekatan kemandirian informasi (the in- formation self-help approach) dan pendekatan penyelesaian masalah ( the problem solving approach). Proses pemberdayaan dapat dilakukan secara individu mahupun kolektif dalam kelompok-kelompok sosial. Kemampuan individu untuk menyusun diri dalam suatu kelompok cenderung dinilai sebagai bentuk pemberdayaan komuniti yang paling efektif (Friedmann, 1993).

Schzul, Israel, Zimmerman, dan Checkoway (1993) menjelaskan terdapat tiga tahap pem- berdayaan iaitu pemberdayaan peribadi (mengembangkan kapasiti diri inividu, kepercayaan dan tiada penindasan), perhubungan dekat (kemampuan untuk berunding, berhubungan dan keputusan yang diambil dalam diri individu), dan pemberdayaan kolektif (kerjasama individu dalam mencapai tujuan). Menurut Malhotra dan Schuler (2002), dimensi pengukuran pember- dayaan wanita di dalam rumah tangga, komuniti dan masyarakat lebih luas yang meliputi di- mensi ekonomi, sosial budaya serta partisipasi dalam pengambilan keputusan rumah tangga, politik dan psikologi. Sedangkan menurut Perkins dan Zimmerman (1995), pemberdayaan me- lalui proses individu, kolektif dan komuniti yang saling berkaitan satu sama lain.

Teori Psychological Empowerment Scale (PES) merupakan teori yang dikembangkan oleh Zimmerman (1995) melalui penyelidikan. Pengukuran pemberdayaan psikologi digunakan da- lam berbagai kajian psikologi (Koren & Friesen, 1992; Zimmerman, 1995; Akey dan rakan- rakan, 2000). Dalam teorinya Zimmerman (1995) menyatakan bahawa pemberdayaan dilihat dari proses dan hasil akhir dari pemberdayaan tersebut ialah aspek psikologi individu atau masyarakat. Zimmerman menjelaskan bahawa dalam pemberdayaan adanya saling ketergan- tungan antara tahap tersebut. Namun, lebih dititikberatkan ialah pemberdayaan psikologikal kerana tahap berkenaan merupakan tujuan umum untuk semua intervensi dalam proses pem- berdayaan masyarakat (Perkins & Zimmerman, 1995).

Dalam konteks pemberdayaan di Indonesia, pemberdayaan masyarakat merupakan konsep ekonomi yang merangkumi nilai-nilai sosial budaya. Konsep ini mencerminkan paradigma pembangunan yang bersifat penglibatan berteraskan manusia, pemberdayaan dan kemapanan (Adi, 2003). Menurut Suharto (2005), secara konseptual pemberdayaan berasal daripada kata power yang bererti kekuasaan atau keberdayaan. Pemberdayaan merujuk kepada kemampuan individu, khususnya kelompok lemah sehingga memiliki kekuatan dan kemampuan antara lain dalam:

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 163

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

(a) Memenuhi keperluan dasarnya sehingga memiliki kebebasan dalam mengemukakan pendapat, bebas daripada kelaparan dan kebodohan serta kesakitan. (b) Menjangkau sumber-sumber produktif yang memungkinkan mereka meningkatkan pen- dapatan dan memperoleh barangan dan perkhidmat yang diperlukan. (c) Melibatkan diri dalam proses pembangunan dan keputusan-keputusan yang mempenga- ruhi mereka.

Pemberdayaan dalam konteks kemiskinan menurut Narayan (2002) memberikan pengertian pengembangan aset dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam berbincang dengan mempen- garuhi, mengawal dan mengendalikan institusi yang berpengaruh dalam kehidupan mereka. Konsep pemberdayaan mengandungi unsur-unsur antara lain ialah akses pada informasi, parti- sipasi, akuntabiliti dan pengorganisasian lokal. Ini juga diperkatakan oleh Suparjan dan Suyatno (2003), pemberdayaan pada hakikatnya memberikan kekuasaan, mengalihkan kekuatan, dan mendelegasikan autoriti ke pihak lain atau sebagai upaya untuk memberikan kemampuan atau keberdayaan. Ini bererti memberikan kemampuan atau keberdayaan kepada masyarakat. Me- lalui pemberdayaan, wanita akan memperoleh pengetahuan, keterampilan dan kepercayaan diri yang diperlukan untuk menjadi mitra penuh dalam proses perkembangan (Vijayanthi, 2002).

Menurut Slamet (2003), pemberdayaan masyarakat adalah suatu usaha membuat masyara- kat mengerti, faham, bermotivasi, berkesempatan mewujudkan peluang, memanfaatkan pe- luang, bersinergi, mampu bekerjasama, tahu pelbagai alternatif, mampu mengambil keputu- san, berani menghadapi risiko, mampu mencari dan menerima informasi serta bersesuaian dengan situasi. Selain itu, menurut Sulistiyani (2004), pemberdayaan masyarakat bertujuan membentuk individu atau masyarakat menjadi mandiri. Kemandirian tersebut meliputi ke- mandirian berfikir, bertindak dan mengendalikan apa yang mereka lakukan. Kemandirian ma- syarakat merupakan suatu keadaan yang dialami dengan ditandai melalui kemampuaan memi- kirkan, memutuskan serta melakukan sesuatu yang dipandang tepat demi menyelesaikan ma- salah-masalah yang dihadapi dengan mempergunakan daya dan kemampuan yang dimiliki.

Kemandirian mencakupi aspek 1) kemandirian material (kemampuan produktif dalam me- menuhi material), 2) kemandirian intelektual (mempunyai kemampuan dan kekuatan kawa- lan), 3) kemandirian sikap (kesedaran diri, inisiatif, motivasi, kepercayaan diri, pengambilan keputusan untuk bertindak), dan 4) kemandirian pengurusan (kemampuan untuk membina dan menjalani serta mengelola kegiatan kolektif agar ada perubahan dalam kehidupan usaha petani). Sementara itu, berkaitan dengan aspek kemandirian. Steinberg (2001) menjelaskan bahawa dimensi kemandirian antara lain berkaitan kemandirian perilaku iaitu individu memiliki kemampuan untuk membuat keputusan sendiri dan dapat melaksanakan keputusan tersebut.

Kemandirian dalam perilaku merupakan dimensi kemandirian dalam bentuk fungsi kebeba- san individu yang aktif dan mempunyai kebebasan bertindak (Sprinthaal & Collins, 1995). Mosse (2007), menjelaskan pendekatan pemberdayaan bagi wanita bererti kemandirian dan kekuatan internal. Slamet (2009) menambahkan bahawa untuk meningkatkan kemandirian petani, perlu diarahkan agar mempunyai kekuatan dan kesempatan dirinya bekerjasama untuk mencapai segala yang diperlukan. Oleh itu, dalam konteks kajian ini, kemandirian petani wa- nita adalah keadaan yang dapat ditingkatkan melalui pemberdayaan yakni memberi kekuatan atau daya dalam pengelolaan dan pengambilan keputusan serta bersinergi dalam kemitraan kegiatan usahanya. Pemberdayaan masyarakat tani merupakan ungkapan lain daripada tujuan pengembangan pertanian dalam pembangunan iaitu: (1) penguatan tingkat penyertaan petani

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 164

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 wanita, (2) penguatan institusi petani wanita, (3) penguatan akses petani wanita terhadap pelbagai sumber daya, dan (4) penguatan kemitraan usaha agribisnis.

Sementara itu, berkaitan dengan pemberdayaan dalam pengembangan agribisnis, Jarmie (1995) berpandangan bahawa petani yang mandiri adalah petani yang dapat merencanakan usaha taninya dan berani mengambil risiko dalam menerima dan menetapkan idea baru demi perbaikan usaha tani dengan berorientasi kepada keperluan pasaran. Kemandirian petani wa- nita dalam pengambilan keputusan dalam kegiatan usaha taninya pada sistem agribisnis diukur berdasarkan petunjuk 1) kemandirian dalam pengambilan keputusan agribisnis, 2) pengambi- lan dalam pengurusan agribisnis, dan 3) kemandirian kemitraan usaha agribisnis. Suparta juga menjelaskan bahawa aspek perilaku agribisnis iaitu dari segi teknik produksi; aspek pengurusan agribisnis iaitu perencanaan agribisnis, pemanfaatan sumber daya agribisnis, peningkatan ke- berkesanan, peningkatan produktiviti, peningkatan mutu hasil, melakukan fungsi kelembagaan agribisnis dengan mengutamakan ketepatan dan kecepatan pelayanan, dan aspek perilaku hubungan sistem. Ini boleh dilaksanakan dengan melakukan hubungan kebersamaan dan saling menguntungkan dengan perusahaan agribisnis lainnya, melakukan kebersamaan secara har- monis dan aktif melakukan komunikasi informasi agribisnis.

Menurut, Oxaal dan Baden (1997), wanita di negara-negara sedang membangun mempu- nyai kekurangan atas sumber daya dan kurangnya rasa percaya diri dan/ atau kesempatan untuk terlibat dalam proses pengambilan keputusan. Demikian pula Kabeer (2001) berpandan- gan bahawa pemberdayaan adalah suatu proses apabila individu-individu berkemampuan dalam membuat pilihan-pilihan hidup yang strategik.

Soetomo (2004), menghuraikan bahawa ketidakberdayaan masyarakat berlaku dalam pel- bagai dimensi iaitu dimensi sosial, ekonomi, politik, budaya, dan psikologi. Ketidakberdayaan sosial ditandai dengan rendahnya akses terhadap informasi dan khidmat sosial, lemahnya ja- ringan interaksi sosial dan situasi terpinggir dalam sistem sosialnya. Ketidakberdayaan eko- nomi dapat dilihat dengan terbatasnya aset seperti faktor produksi, rendahnya tingkat upah, posisi penawaran yang rendah, kurang kemampuan dalam tindak balas ekonomi serta keti- dakmampuan memenuhi keperluan yang mendesak. Ketidakberdayaan politik dinilai melalui kurangnya akses dalam pengambilan keputusan, perlakuan diskriminatif pada sistem politik yang ada serta kurangnya keadilan politik. Ketidakberdayaan budaya dilihat pada lemahnya daya sokong serta halangan untuk perubahan dan kemajuan. Ketidakberdayaan psikologi di- tandai dengan sikap dan perasaan rendah diri.

Status seseorang ditentukan oleh besarnya sumbangan ekonomi yang dapat diberikan da- lam keluarga. Walaupun secara umum dapat dikatakan bahawa pengambil keputusan dalam keluarga petani adalah suami atau ayah. Namun pengambilan keputusan usahatani dalam ke- luarga petani tidak mengherankan bila ditentukan oleh isteri atau anak yang menjadi tulang belakang ekonomi keluarga (Mardikanto, 2010).

Sebagaimana dikemukakan oleh Vitalaya (2000), peranan gender diklasifikasikan dalam tiga peranan utama iaitu peranan reproduktif (domestik), peranan produktif dan peranan sosial. Oleh itu, kaitan hal ini dalam konteks pemberdayaan wanita dalam kajian ini, petani wanita tani perlu memperoleh kesempatan yang sama dalam meningkatkan keberdayaannya dalam semua aspek kehidupan, baik sosial, ekonomi, politik, budaya mahupun psikologi, terutamanya bidang pertanian dalam agribisnis.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 165

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Menurut Malhotra dan rakan-rakan (2002), dimensi pengukuran pemberdayaan wanita di dalam rumah tangga, komuniti dan masyarakat lebih luas yang meliputi dimensi ekonomi, so- sial budaya, partisipasi dalam pengambilan keputusan rumah tangga, politik dan psikologi. Dimensi ekonomi diukur melalui kawalan wanita terhadap pendapatan, sumbangan dalam menyokong keluarga, serta akses dan kawalan terhadap sumber daya. Dimensi sosial budaya diukur berdasarkan kebebasan wanita dan mobiliti pergerakan. Demikian pula pada dimensi keluarga diukur dari segi kemampuan atau partisipasi dalam pengambilan keputusan dalam pengaturan kehidupan serta pemilikan aset. Manakala pada dimensi kesedaran sosial politik diukur berdasarkan kemampuan terlibat aktiviti dalam sosial dan politik.

Dalam teorinya Zimmerman, (1995) menyatakan bahawa pemberdayaan dilihat dari pros- es dan hasil akhir dari pemberdayaan tersebut yang berkaitan dengan keberdayaan dari aspek psikologi individu atau masyarakat. Pemberdayaan dalam konteks psikologi dikemukakan oleh beliau dalam tiga dimensi iaitu (1) sikap dan kemampuan kawalan, (2) kemahiran kritikal dan pengetahuan, dan (3) perilaku partisipasi. Dimensi perilaku partisipasi dipecahkan menjadi partisipasi formal dan partisipasi informal. Dimensi ini merupakan skala pemberdayaan psiko- logi yang disebut sebagai Psychological Empowerment Scale (PES) berdasarkan Zimmerman’s Theory Of Psychological Empowerment.

Zimmerman dalam teorinya proses pemberdayaan dimana orang diberi kesempatan untuk mengendalikan nasibnya sendiri dan mempunyai kemampuan dalam keputusan dalam kehidu- pan mereka sendiri. Islam dan rakan-rakan (2011), pemberdayaan sebagai proses komunikasi yang dirancang untuk mengubah perilaku seseorang melalui hubungan komunikasi dengan orang lain. Pemberdayaan pada dasarnya proses interaksional melalui perilaku komunikasi seseorang yang dapat menghasilkan dampak yang diinginkan pada orang lain dalam mena- namkan rasa percaya dan kawalan diri (Papa & rakan-rakan, 2006). Selanjutnya menurut Papa dan rakan-rakan (2006) lagi, sarjana komunikasi membahas pentingnya pemberdayaan. De- mikian pula dalam komuniti psikologi bahawa pemberdayaan dihuraikan sebagai proses inte- raksi yang memungkinkan individu untuk memperoleh penguasaan atas isu-isu yang menjadi perhatian mereka (Rappaport, 1987; Zimmerman,1995).

Pemberdayaan adalah cara individu atau kelompok atau komuniti berusaha mengawal ke- hidupan mereka sendiri untuk membentuk masa depan yang bersesuaian dengan keinginan sendiri (Shardlow,1998). Menurut Narayan (2002), pemberdayaan merupakan pengembangan aset dan keupayaan untuk menglibatkan diri dalam berunding dengan mempengaruhi, men- gawal dan mengendalikan institusi yang boleh dipercayai yang berpengaruh pada kehidupan mereka. Malhotra dan rakan-rakan (2002), menyatakan ada dua faktor kunci pemberdayaan sebagai kemampuan orang untuk membuat pilihan strategi-strategi dalam kehidupan mereka iaitu kawalan atas sumber-sumber dan kemampuan untuk merumuskan pilihan. Keberdayaan tersebut dapat dilihat dari aspek kemampuan individu dari kemampuan dan kemandirian pen- gambilan keputusan ekonomi, rumah tangga, kepemilikan aset, mobiliti atau kebebasan berge- rak, dan kesedaran sosial politik. Selari menurut Kabeer (2001), pemberdayaan adalah sesuatu proses apabila orang-orang yang berdaya. Ini khususnya kemampuan untuk membuat pilihan- pilihan hidup yang strategik. Tiga dimensi yang saling terkait yang diperlukan iaitu akses dan kawalan terhadap sumber daya, kemampuan untuk menggunakan sumber daya untuk mem- buka peluang baru, dan prestasi (pencapaian hasil-hasil sosial baru). Oleh itu, pemberdayaan dimulai dari dalam diri mereka sendiri tetapi idea-idea baru dan in- formasi diperoleh daripada pembaharuan dari luar. Selaras pendapat tersebut, menurut Sla- met (2006), pemberdayaan masyarakat adalah suatu usaha membuat masyarakat mengerti, bermotivasi, berkesempatan melihat peluang, memanfaatkan peluang, sinergi, mampu berker-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 166

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 jasama, mengetahui pelbagai alternatif, berani memperolehi informasi, dan mampu bertindak bersesuaian dengan situasi. Pemberdayaan adalah kemandirian dan berani dalam mengambil keputusan dan keluar daripada tekanan. Kemandirian mencakupi dua aspek, iaitu interperson- al dan intrapsikis (psikologi). Aspek interpersonal adalah berkaitan hubungan antara individu dengan individu lain. Sedangkan aspek intrapsikis berkaitan hubungan antara individu dengan dirinya sendiri. Ini dikuatkan lagi dengan pendapat Zimmerman (1995), pemberdayaan menca- kup pemberdayaan psikologi dalam tiga dimensi yang mencakupi sikap, keterampilan dan pengetahuan dan perilaku bersumbangan. Dimensi tersebut dipecahnya menjadi empat di- mensi iaitu sikap, keterampilan dan pengetahuan, penglibatan formal, dan penglibatan infor- mal.

Teori Psychological Empowerment Scale (PES) merupakan teori yang dikembangkan oleh Zimmerman (1995) melalui penyelidikan. Pengukuran pemberdayaan psikologi digunakan dalam pelbagai kajian psikologi (Koren & Friesen, 1992; Zimmerman, 1992; Akey dan rakan- rakan, 2000). Hasil kajian Ani dan Rahman (2007) di Nigeria mendapati bahawa informasi media elektro- nik secara signifikan berhubungan dengan keputusan petani untuk melabur benih dalam bi- dang pertanian. Manakala hasil kajian Ling Chen dan Yang (2009) di Taiwan, petani wanita organik juga memanfaatkan sistem media komunikasi elektronik dalam memperoleh informasi jenis inovasi tentang pertanian organik dan teknik produksi tanaman. Selaras kajian Aktar dan rakan-rakan (2010) di Bangladesh, untuk menyampaikan kepada petani wanita pengetahuan dalam pembenihan padi, video dan televisyen lebih dimanfaatkan. Ini kerana masih kuatnya norma patriarki yang berlaku di Bangladesh. Manakala hasil penelitian Devi dan Verma (2011), petani gandum di India memanfaatkan sumber perakam suara, televisyen dan kaset sebagai sumber informasi tentang penanaman gandum. Hasil kajian yang dilakukan oleh Wiryanta (2009), tentang penjimatan tenaga elektrik pada ibu rumah tangga di wilayah Depok mendapati bahawa tidak terdapat hubungan antara pen- dedahan media massa dengan perilaku penjimatan tenaga elektrik isi rumah, walaupun pene- rimaan maklumat media massa yang kekerapan dan intensitinya tinggi. Namun, terdapat hu- bungan antara pendedahan media massa dan komunikasi interpersonal dengan perilaku pen- jimatan tenaga elektrik pada rumah tangga. Kesan maklumat media massa berlaku menerusi komunikasi interpersonal. Ini kerana terdapat hubungan antara komunikasi interpersonal den- gan perilaku penjimatan tenaga elektrik isi rumah. Selari dengan pendapat Mardikanto (2009), media massa diperlukan untuk mensosialisasi- kan informasi inovasi pada khalayak yang lebih luas sedangkan pada tahap adopsi inovasi di- perlukan komunikasi interpersonal secara langsung kepada sasaran. Agen pengembangan pertanian dapat menyampaikan mesej-mesej berkenaan usaha tani dari mulai penyediaan input sarana produksi, proses usahatani, dan pengolahan hingga pemasaran hasil.

PERILAKU KOMUNIKASI

Perilaku merupakan cara bertindak yang menunjukkan tingkah laku seseorang dan merupa- kan hasil kombinasi antara pengembangan anatomi, fisiologi dan psikologi (Kast & Rosensweig, 1995). Ini selaras dengan pendapat Rogers (1969), perilaku merupakan refleksi daripada hasil sejumlah pengalaman belajar seseorang terhadap lingkungannya yang dapat dilihat dari aspek kognitif, afektif, psikomotor dan tindakan nyata. . Di samping itu, komunikasi merupakan faktor penting terjadinya interaksi sosial yang menimbulkan proses penyebaran informasi, idea-idea, sikap-sikap, atau emosi daripada seseorang kepada orang lain yang dilakukan secara langsung

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 167

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 mahupun melalui media komunikasi (Gerbner, 1976; Theodorson & Theodorson, 1969; Efendy, 2002). Perilaku komunikasi merujuk kepada aktiviti individu dalam menerima dan mencari informasi berkaitan dengan keperluannya (Pambudy, 1999). Menurut Rogers (1983), perilaku komunikasi antara lain adalah penyertaan dalam komunikasi, komunikasi interpersonal, pen- dedahan pada media massa, kekosmopolitan, agen pembaharuan, dan kepemimpinan..

Komunikasi merupakan komponen penting dan perlu bagi strategi pembangunan komuniti secara keseluruhan kerana komunikasi menghubungkan pihak-pihak yang terlibat dalam pem- bangunan untuk bersama-sama mengongsi idea-idea, masalah dan pandangan dalam meran- cang dan melaksanakan strategi pembangunan. Komunikasi juga boleh memberdayakan ko- muniti dengan pengetahuan baru atau inovasi, sikap baru dan kaedah baru melalui pengkong- sian maklumat (Yusof & rakan-rakan, 2011), termasuk kalangan petani wanita dalam mempe- roleh informasi berupa maklumat agribisnis.

Menurut Isaac dan Michel (1979), tiga elemen yang membentuk perilaku individu iaitu kog- nitif, afektif, dan psikomotor. Elemen kognitif atau pengetahuan berkaitan proses komunikasi agar berjalan secara baik diperlukan antara lain iaitu memiliki pengetahuan yang cukup ten- tang individu lain, khalayak, sumber informasi, saluran informasi, dan mesej yang akan diko- munikasikan (Berlo, 1960).

Apabila komunikasi interpersonal belum berkesan, maka individu dapat memperoleh informasi dalam penyelesaian masalah yang dihadapinya daripada media massa mahupun mengunjungi sumber informasi lain di luar sistemnya. Selaras pendapat Schramm (1972), bahawa peranan komunikasi dalam pembangunan sosial ekonomi individu ialah: 1) memberi informasi, 2) membantu mempercepat pengambilan keputusan, dan 3) berperanan dalam proses latihan keterampilan.

Di Indonesia, pendekatan komunikasi dua hala dalam bentuk dialog untuk program pem- bangunan masyarakat telah diperkenalkan dengan penekanan terhadap pentingnya pengkong- sian maklumat melalui pemberdayaan masyarakat. Strategi komunikasi berkenaan mengguna- kan kaedah participatory rural appraisal (PRA) dalam mendorong masyarakat pedesaan untuk ikut terlibat dalam menganalisis dan meningkatkan pengetahuan mengenai kondisi hidup me- reka dengan membuat perancangan dan tindakan (Yusof & rakan-rakan, 2011). Dalam konteks aplikasi komunikasi penyertaan, individu yang mengambil bahagian di dalam proses komunika- si mesti bersikap positif dan berfikiran terbuka iaitu mahu mendengar dan menerima idea-idea serta berkongsi maklumat. Perkongsian maklumat boleh dilakukan dengan agen pembangunan yang berperanan sebagai pembimbing dan dalam masa yang sama turut berkongsi pengalaman yang dilalui oleh kumpulan sasaran untuk lebih memahami masalah kumpulan sasaran (Yusof & rakan-rakan, 2011).

Pendekatan penyertaan sebagai strategi komunikasi pembangunan mengutamakan arus komunikasi yang berlangsung secara dua hala sebagai ciri komunikasi sosial dengan pengga- bungan model media massa dan model yang berorientasikan khalayak (Dilla, 2007). Ini selaras pendapat Rahim (1992), komunikasi pembangunan adalah usaha menyampaikan mesej-mesej pembangunan, tidak hanya merujuk kepada media massa semata-mata tetapi komunikator perlu juga memberikan tumpuan kepada saluran interpersonal yang lebih berupaya untuk memahami sikap, minat dan penyampaian maklumat disesuaikan dengan golongan sasaran dalam pelbagai bentuk komunikasi formal dan informal. Apabila komunikasi interpersonal belum berkesan, maka individu dapat memperoleh informasi dalam penyelesaian masalah

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 168

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 yang dihadapinya daripada media massa mahupun mengunjungi sumber informasi lain di luar sistemnya. Selaras pendapat Schramm (1957), bahawa peranan komunikasi dalam pembangu- nan sosial ekonomi individu ialah: 1) memberi informasi, 2) membantu mempercepat pengam- bilan keputusan, dan 3) berperanan dalam proses latihan keterampilan.

Perilaku komunikasi seseorang berbeza mengikut tujuan dan kemampuannya. Ini selaras pendapat Gibson (1993), beberapa faktor penting yang menyebabkan perbezaan dalam perila- ku komunikasi adalah karekteristik individu yang mencakupi persepsi, sikap dan keperibadian- nya. Demikian pula persepsi terhadap maklumat yang dianggap sesuai oleh individu. Biasanya persepsi berkenaan dipengaruhi oleh maklumat yang dapat memenuhi keperluan situasi indi- vidu pada waktu tertentu dan dapat membantunya mengatasi masalah (Rahim, 1992). Begitu juga halnya dalam pencarian mahupun penerimaan informasi, sumber informasi yang berda- sarkan pengalaman individu memberikan manfaat yang dirasakannya sesuai dengan keper- luannya akan lebih mempengaruhi beliau. Selain itu, berkaitan dengan perilaku komunikasi dalam memperoleh dan mencari informasi, menurut Rogers (1995), pemboleh ubah perilaku komunikasi antara lain adalah kekosmopolitan, pendedahahan terhadap media massa, dan peranan komunikasi interpersonal.

Kekosmopolitan ialah individu yang memiliki sifat keterbukaan, mudah menyesuaikan diri, ramai kenalan, mencari informasi dalam pekerjaannya, serta responsif terhadap inovasi. Ke- kosmopolitan adalah tingkat keterbukaan seseorang terhadap idea, gagasan, pengetahuan dan informasi dari dunia luar sistem sosialnya. Kekosmopolitan merupakan hubungan dengan ling- kungan luar, di luar sistem sosialnya yang dicirikan oleh kekerapan dan jarak perjalanan yang dilakukan, serta pemanfaatan media massa (Mardikanto, 2009 dan Farid, 2008). Bagi warga masyarakat yang relatif lebih kosmopolit, penerapan inovasi dapat berlaku dengan lebih cepat sedangkan bagi yang lebih lokalit (tertutup) dalam sistem sosialnya sendiri, proses penerapan inovasi akan berlangsung sangat perlahan. Ini kerana tidak adanya keinginan baru untuk hidup lebih baik seperti yang dapat dinikmati oleh individu-individu lain di luar sistem sosialnya sen- diri (Mardikanto,2009).

Rogers (1995) menambahkan, ada tiga kriteria tentang sifat kosmopolitan seseorang iaitu: (1) intensiti hubungan dengan ramai individu, masyarakat, bangsa, organisasi atau negara, (2) intensiti penggunaan pelbagai media massa dalam berkomunikasi dan mencari informasi, dan (3) berorientasi masyarakat luas. Kekosmopolitan dan tindakan memanfaatkan media massa memungkinkan individu mencapai tahap kesedaran awal dari suatu proses adopsi inovasi. De- mikian pula tidak ada halangan norma-norma dari suatu sistem sosial memungkinkan mereka untuk menjadi pengadopsi awal dan pendukung suatu inovasi (Menzel, 1960). Kekosmopolitan seseorang dapat diketahui melalui pengukuran: (1) jumlah sumber informasi inovasi yang di- kunjungi, (2) frekuensi hubungan dengan individu di luar kelompoknya, (3) jarak dari tempat tinggal ke sumber informasi, (4) jumlah waktu menonton televisyen, mendengar radio, dan (5) frekuensi membaca akhbar

Dari aspek pendedahan kepada media massa, menurut Mulyana (2007), komunikasi massa ialah komunikasi yang menggunakan media massa, sama ada bercetak (akhbar, majalah, bule- tin) atau elektronik (radio, televisyen), yang ditujukan kepada sejumlah besar individu atau khalayak yang heterogen. Komunikasi yang dilakukan merupakan informasi-informasi yang tersebut disampaikan oleh komunikator melalui media sebagai saluran sehingga dapat diteri- ma oleh penerima bersesuaian dengan mesej yang disampaikan, termasuk mesej-mesej pem- bangunan pertanian. Mesej-mesej pembangunan tersebut disampaikan dari suatu institusi pengembangan atau individu yang melaksanakan fungsinya. Menurut Rogers dan Shoemaker

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 169

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

(1971), saluran komunikasi melalui media massa sangat efektif dalam menyampaikan informasi sebagai pengetahuan dan relatif dapat menjangkau khalayak yang lebih luas dan waktu yang singkat. Manakala peranan saluran interpersonal lebih penting pada tahap pembujukan kerana hubungan peribadi dengan agen pengembangan pertanian dan terjadinya pembentukan sikap mahupun keterampilan pada petani.

Perkembangan komunikasi massa begitu cepat dan mempunyai kadar yang tersendiri pada setiap kehidupan sosial budaya masyarakat yang menjadi syarat kepada perubahan perilaku bagi masyarakat dalam suatu sistem sosial (Setiawati, 2008). Oleh itu, budaya merupakan se- bahagian daripada perilaku komunikasi yang menentukan, memelihara, mengembangkan, bahkan mewariskan budaya. Menurut (Wood,1997; Wood, 2004; Griffin, 2000) perbezaan peri- laku komunikasi wanita terbentuk oleh konstruksi budaya. Namun, sering terjadi mesej yang disampaikan tidak sesuai dengan audiens. Ini seterusnya akan mengakibatkan terjadinya kega- galan komunikasi. Di samping itu, hal ini juga boleh menyebabkan informasi tersebut tidak tepat kepada sasaran sehingga tidak terjadi maklum balas terhadap tujuan komunikasi. Untuk menggalakkan seseorang tertarik terhadap media informasi, apa yang disampaikan perlu ada kaitan dengan kepentingan bagi diri penerima.

Sementara itu, berkaitan dengan pemanfaatan media massa, Ajayi (2007) menyimpulkan bahawa usia responden di Nigeria tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan peng- gunaan media massa dalam memperoleh informasi pertanian. Selain itu, di pedesaan India, dapatan Malagar (2007) mendapati radio lebih disukai wanita berumur pertengahan (27-32 tahun) sedangkan televisyen disukai kelompok usia muda atau berumur di bawah 27 tahun. Hal tersebut menurutnya bahawa wanita usia muda umumnya inovatif, memiliki keinginan dan tertarik untuk melihat hal-hal yang baru. Majoriti responden wanita lebih menyukai pro- gram hiburan. Bagi mereka yang bekerja di bidang pertanian, lebih daripada separuh respon- den memerlukan maklumat pertanian. Hasil penemuan Chaudhri dan rakan-rakan (2008), di Tehsil Pakistan turut mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara umur dan sumber informasi. Sumber informasi media massa (elektronik dan media cetak) juga memainkan pera- nan penting dalam memberikan informasi kepada wanita pedesaan. Sebaliknya kajian Hapsari (2007) menemui bahawa media massa tidak digunakan sebagai sumber informasi dalam masa- lah sumber informasi makanan dan gizi namun lebih berfungsi sebagai media hiburan. Berda- sarkan kajian Oktarina dan rakan-rakan (2009), aktiviti komunikasi petani wanita melalui pen- dedahan media massa berkategori sederhana. Sebahagian besar petani mahupun petani wa- nita memanfaatkan media massa untuk hiburan, tetapi bukan untuk menambah informasi da- lam kegiatan usaha taninya (Pambudy, 1999; Hadiyanto, 2001; Malagar, 2007; Hapsari, 2007; Hayati, 2008 ). Berdasarkan huraian kajian-kajian lepas memberikan gambaran bahawa media massa be- lum sepenuhnya dimanfaatkan petani dalam mencari maklumat dalam pengembangan agribis- nis. Petani yang berpendidikan yang lebih tinggi dan umur muda lebih cenderung meman- faatkan media massa. Pengaruh media massa juga didapati berbeza. Media massa didapati lebih berperanan dalam penyebaran informasi manakala komunikasi interpersonal lebih ber- peranan dalam konteks pembujukan. Penelitian berkaitan dengan peranan media dan perilaku komunikasi yang berbeza dalam konteks keberdayaan petani wanita agribisnis di pedesaan dalam penerimaan informasi inovasi.

DIFUSI INOVASI

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 170

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Menurut Rogers (1983), penyebaran inovasi ialah suatu proses apabila idea-idea baru dis- ampaikan melalui saluran media massa kepada masyarakat. Teori Difusi Inovasi pada dasar- nya menjelaskan proses bagaimana suatu inovasi disampaikan melalui saluran-saluran tertentu sepanjang waktu kepada sekelompok anggota daripada sistem sosial dengan mengambilkira faktor-faktor yang mempengaruhi proses berkenaan serta kesan dari proses tersebut. Hal ter- sebut sejajar dengan pengertian difusi daripada Rogers (1995: 5), iaitu “as the process by which an innovation is communicated through certain channels over time among the members of a sosial system.” Secara terperinci dijelaskan bahawa difusi adalah suatu bentuk komunikasi yang bersifat khusus berkaitan dengan penyebaranan mesej-mesej yang berupa gagasan baru atas sesuatu idea yang diperbaharui, atau dalam istilah Rogers (1995 ) difusi menyangkut “which is the spread of a new idea from its source of invention or creation to its ultimate users or adopter.Seterusnya Rogers turut menyatakan bahawa proses adopsi harus dibezakan dari proses difusi yang merupakan penyebaran idea baru daripada sumber penemuan atau pencip- taan kepada pengguna akhir. Mardikanto (2010) turut menyatakan bahawa proses difusi in- ovasi adalah perembesan adopsi inovasi dari individu yang telah mengadopsi ke individu lain- nya dalam sistem sosial masyarakat yang sama. Berlangsungnya proses difusi inovasi sebenar- nya tidak berbeza dengan proses adopsi inovasi. Menurut beliau, perbezaan hanya terletak pada pembawa inovasi. Dalam proses adopsi pembawa inovasinya berasal dari luar sistem sosial masyarakat sasaran manakala dalam proses difusi, sumber informasi berasal dari dalam sistem sosial masyarakat sasaran itu sendiri.

Menurut Meade dan Islam (2006), perkembangan konsep difusi inovasi telah dinilai terha- dap model difusi inovasi selama 25 tahun terakhir. Menurut Rogers dan Shoemaker (1971), difusi inovasi merupakan suatu proses menuju suatu perubahan sosial. Perubahan sosial ada- lah proses yang terjadi dalam struktur dan fungsi dalam sistem sosial. Struktur sosial formal mahupun tidak formal berfungsi atau memfasiliti tingkat difusi dan idea-idea baru yang di- adopsi melalui apa yang disebut efek-efek sistem. Hal-hal yang mendasar efek-efek sistem adalah norma-norma, status sosial, hirarki dan lain-lain mempengaruhi perilaku secara individu anggota dalam sistem sosial tersebut. Rogers (2003) menambahkan dalam perubahan sosial suatu masyarakat sangat dipengaruhi oleh faktor karateristik anggota masyarakat, sistem so- sial berkaitan dengan budaya masyarakat berupa norma-norma yang terdapat dalam masya- rakat, dan pemimpin pendapat serta agen perubahan yang berkaitan proses difusi dan adopsi inovasi. Menurut Rogers (2003), norma didefinisikan sebagai pola perilaku terbuka yang sering ter- jadi bagi anggota sistem sosial tertentu. Norma mempengaruhi difusi idea-idea baru. Nilai-nilai budaya mempengaruhi tidak hanya adopsi inovasi atau penolakan suatu inovasi tetapi juga cara sesuatu idea baru akan terintegrasi ke dalam kehidupan masyarakat. Rogers membezakan dua jenis budaya iaitu tradisional dan moden. Budaya moden inovatif, progresif, maju, atau lebih ekonomikal, rasional dan menerima perubahan, sedangkan yang tradisional sebaliknya dan menolak perubahan. Menurut Rogers (1995), difusi merupakan proses penerimaan inovasi tertentu oleh anggo- ta sistem sosial. Sedangkan inovasi adalah suatu gagasan/idea-idea, praktikal, atau objek yang dipandang baru oleh individu atau adopter (Rogers, 2003). Selain itu, menurut Rogers dan Shoemaker (1971), difusi inovasi merupakan suatu proses menuju suatu perubahan sosial dan fungsi dalam sistem sosial. Struktur sosial formal mahupun tidak formal berfungsi atau memfa- siliti tingkat difusi dan idea-idea baru yang diadopsi melalui apa yang disebut kesan-kesan sis- tem. Hal-hal yang mendasari kesan-kesan sistem adalah norma norma, status sosial, hirarki dan lain lain mempengaruhi perilaku anggota dalam sistem sosial tersebut. Rogers (2003) me- negaskan dalam perubahan sosial suatu masyarakat sangat dipengaruhi oleh faktor karateristik

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 171

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 anggota masyarakat, sistem sosial berkaitan dengan budaya masyarakat berupa norma norma yang wujud dan pemimpin pendapat serta agen perubahan yang berkaitan proses difusi dan adopsi inovasi. Berkaitan dengan sistem dalam pemberdayaan, Rogers dan Shoemaker (1971) berpendapat bahawa norma-norma di dalam sistem sosial mempengaruhi adopsi inovasi dalam penyebaran inovasi (diffusion of innovasion). Pemimpin pendapat mempunyai peranan penting sebagai penyampai inovasi kepada masyarakat dalam suatu sistem sosial (Rogers, 1983, 1995; 2003). Menurut Rahim (1985) sepatutnya pemimpin tradisional desa yang berpengaruh seperti pe- mimpin agama dan lokal dapat dimanfaatkan untuk memainkan peranan konstruktif dalam pembangunan. Sesebuah masyarakat umumnya sangat berpegang teguh dalam hal-hal yang telah disepakati dan dipatuhi sebagai anggota masyarakat (Coleman, 2008; Soekanto, 2006).

Menurut Rogers dan Shoemaker (1971) dan Rogers (1995, 2003) struktur sosial dalam suatu sistem berfungsi untuk menghalang atau mengalakkan tahap difusi dan idea-idea baru yang diterima melalui efek-efek sistem. Elemen-elemen sistem sosial adalah norma-norma, status sosial, hierarki dan lain-lain mempengaruhi perilaku individu anggota dalam masyarakat terse- but. Semakin kuat elemen-elemen tersebut akan menimbulkan persoalan tentang apakah peri- laku komunikasi wanita terhalang dalam suatu aktiviti komunikasi. Ini disokong oleh pandan- gan Van Den Ban (1998) iaitu norma tradisional dan moden yang berkaitan dengan inovasi pertanian turut dipengaruhi oleh karakteristik individu seperti pendidikan , keluasan tanah dan pendapatan.

Petani bagai adopter terdahulu (early adopter) biasanya lebih muda, memiliki status sosial yang lebih tinggi, status kewangan yang lebih baik, terlibat dalam aktiviti lebih khusus dan mempunyai keupayaan mental lebih unggul berbanding perilaku komunikasi petani kategori penerima berikutnya. Demikian pula dalam perilaku komunikasi, pengadopsi lebih awal menggunakan sumber-sumber informasi, kosmopolit dan memiliki jiwa kepemimpinan (Dila, 2007). Sistem sosial masyarakat pedesaan di bidang pertanian yang tertutup merupakan pengha- lang dalam perubahan sosial. Ini terutamanya dalam adopsi inovasi dan difusi inovasi dalam konteks idea-idea baru seperti pelaksanaan sistem agribisnis sebagai satu inovasi baru dalam kalangan petani wanita . Kerana norma, adat istiadat dan tatacara pengaturan sosial lainnya dalam wujud organisasi yang ada di masyarakat tani memainkan peranan penting dalam pros- es inovasi yang dimanifestasikan dalam bentuk pranata dan intraksi sosial (Suradisastra, 2008). Sistem agribisnis merupakan inovasi dalam bentuk idea-idea dan gagasan yang disampaikan agen pengembangan pertanian untuk merubah perilaku petani wanita tradisional menjadi maju yang berorientasi agribisnis iaitu mempunyai kemampuan dalam mencari peluang pasa- ran, berani merima resiko dalam pengambilan keputusan, dan bekerjasama dengan pedagang sarana produksi dan lembaga pemasaran (Whatmore, 2000; Suparta, 2001; Slamet, 2006; Mardikanto, 2010). Pemimpin yang inovatif dan berpengaruh dalam sistem sosial dapat mempromosikan idea- idea baru dalam mempengaruhi anggota masyarakatnya. Sistem sosial yang mencakupi nor- ma, budaya dan kepemimpinan lokal, agen pembaharuan di masyarakat pedesaan mempunyai peranan penting dalam proses perubahan sosial (Rogers & Shoemaker, 1971) mahupun terha- dap difusi inovasi dan adopsi inovasi (Slamet 2003), dan memperlihatkan sistem sosial atau perilaku komunikasi dipengaruhi oleh struktur sosial (Rachmat, 2008). Sementara itu, berkai- tan dengan konteks kajian ini bahawa budaya suatu masyarakat yang moden atau tradisional akan berpengaruh pada norma-norma yang terikat dalam penerimaan atau penolakan sesuatu

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 172

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 inovasi yang ditawarkan pada masyarakat pedesaan khususnya petani wanita dalam pengem- bangan sistem agribisnis di pedesaaan Provinsi Sumatera Selatan. Sistem agribisnis merupakan inovasi dari segi penyediaan/ srana produksi, proses produksi (budidaya) hingga pengolahan dan pemasaran hasil yang saling berkaitan satu sama lain dan disokong oleh organisasi sokon- gan agribisnis yang tersedia di pedesaan (Saragih, 2010; Suparta, 2002; Agussabti, 2002; Syar- kowi dan Marwan, 2004). Peranan agen pengembangan perlu diarahkan kepada program pengembangan pertanian melalui penyampaian idea-idea inovasi yang berorientasi agribisnis iaitu dalam mengaitkan keseluruhan sub sistem harus berpacu pada peningkatan perubahan perilaku agribisnis (Suparta, 2001), untuk meningkatkan kesejahteraan petani dalam kemandi- rian melalui organisasi kelompok (Slamet, 2006). Budaya organisasi dalam kelompok mem- bentuk norma-norma yang berupa aturan-aturan yang telah disepakati untuk mencapai tujuan yang bersama. Penyampaian idea-idea inovasi agribisnis akan lebih efektif jika disampaikan melalui kelompok tani (Slamet, 2006; Mardikanto, 2010). Oleh itu, peranan dan dukungan agen pengembangan pertanian dalam proses penyampaian informasi dan pengetahuan meru- pakan pembelajaran bagi petani dalam meningkatkan pengetahuan, sikap dan ketrampilan petani. Menurut Senjaya dalam Bungin (2008), adopsi inovasi biasanya lebih mudah terjadi pada mereka yang terbuka terhadap perubahan, menghargai keperluan informasi, dan selalu men- cari informasi baru. Sedangkan dalam difusi inovasi pelbagai saluran komunikasi yang berbeza seperti media massa, agen pengembangan, promosi, atau hubungan-hubungan sosial yang informal adalah penting. Kemampuan agen dalam menyampaikan mesej-mesej pembangunan akan menentukan prestasi kerja agen sebagai pelaku pemberdayaan petani. Sebagaimana dikatakan Slamet (2003), pemberdayaan masyarakat tani merupakan ungka- pan lain daripada tujuan pengembangan pertanian dalam pembangunan. Kualiti pember- dayaan petani merupakan gambaran dari hasil kerja agen pengembangan pertanian. Menurut Rogers (1983) agen pengembangan pertanian dipandang sebagai suatu proses komunikasi iaitu memberikan informasi yang berguna kepada petani dan kemudian membantu petani untuk mengubah pengetahuan, sikap dan keterampilannya agar lebih efektif. Oleh itu, agen pengem- bangan pertanian mempunyai tugas dan fungsi sebagai komunikator, fasilitator, mencari dan mengembangkan idea-idea baru dalam bentuk inovasi serta perubahan dan pengembangan teknologi inovasi berdasarkan potensi yang ada dalam masyarakat lokal ( Rogers, 1983; Slamet, 2003; Mardikanto, 2006; Mardikanto, 2010). Selaras pendapat Berlo (1960) bahawa komponen yang menentukan keberhasilan komuni- kasi yang ada pada diri sumber atau komunikator adalah keterampilan berkomunikasi, sikap, pengetahuan, sistem sosial dan nilai budaya. Agen pengembangan pertanian merupakan tun- jang utama pembangunan di kawasan pedesaan. Ini merupakan sumber informasi bagi masya- rakat tani dalam meningkatkan pengetahuan dan keterampilan melalui wadah kelompok tani. Ini memandangkan kelompok petani wanita merupakan saluran dalam berkongsi informasi dan pengetahuan yang berkaitan dengan idea-idea inovasi agribisnis. Melalui kelompok akan ter- jadi interaksi dalam wujud kontak dan komunikasi yang akan memberikan kemampuan petani wanita untuk mutuskan sesuatu yang diharapkan melalui inovasi agribisnis.

Perbincangan seterusnya menjurus kepada kesan sesuatu proses komunikasi dalam konteks penyebaran informasi. Selaras dengan pendapat Gonzales (1986), terdapat tiga kesan komuni- kasi iaitu (1) kognitif, (2) afektif, dan (3) kognitif. Kesan kognitif meliputi peningkatan keseda- ran, belajar dan menambahkan pengetahuan. Kesan afektif berhubungan dengan emosi, pera- saan dan sikap. Sedangkan kesan kognitif berhubungan dengan perilaku dan niat untuk mela- kukan sesuatu menurut cara tertentu. Hal ini disokong oleh Rakhmat (2008), kesan kognitif terjadi apabila terdapat perubahan pada apa yang diketahui, difahami atau dipersepsi kha-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 173

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 layak. Kesan ini berkaitan dengan transmisi pengetahuan, keterampilan, kepercayaan terhadap informasi. Kesan afektif timbul apabila ada perubahan tentang perkara yang dirasakan, disukai atau tidak disukai khalayak. Kesan ini berhubungan dengan emosi, sikap atau nilai. Kesan ting- kah laku merujuk pada perilaku nyata yang dapat diamati. Kesan ini terdiri daripada pola-pola tindakan, kegiatan atau kebiasaan berperilaku dalam konteks keberdayaan psikologi.

Penyebaran inovasi yang disampaikan agen pengembangan pertanian merupakan proses komunikasi pembangunan. Mesej dapat mempengaruhi kesan kognitif seseorang dan seterus- nya membawa kepada pemberdayaan. Informasi melalui latihan dapat mempengaruhi psiko- motorik, sedangkan mesej yang disampaikan melalui pujukan mempengaruhi afeksi seseorang (Mardikanto, 2010). Perubahan pada ketiga-tiga dimensi tersebut menyokong terjadi peruba- han perilaku dalam bentuk pemberdayaan (Gonzales, dalam Jahi, 1988) yang meliputi keber- dayaan dalam pengambilan keputusan dan keberdayaan psikologi.

KARAKTERISTIK PERSONAL

Karekteristik individu pada dasarnya adalah karekteritik personal. Karekteristik tersebut terbentuk oleh faktor-faktor biologi dan faktor sosiopsikologi. Faktor biologi meliputi genetik, sistem saraf dan sistem hormon. Menurut Sampson dalam Rakhmat (2008) dan Gonzales da- lam Mardikanto (2010) bahawa faktor sosiopsikologi terdiri dari komponen-komponen kognitif berhubungan aspek kognitif (intelektual) yang berkaitan dengan apa yang diketahui manusia, aspek kognitif yang berhubungan dengan kebiasaan dan aspek afektif yang berhubungan den- gan perasaan (emosi).

Dalam pelaksanaan pengembangan pertanian program pemberdayaan dapat dilakukan an- tara lain melalui pendekatan kelompok (Slamet, 2009). Ini selari dengan pendapat Jiggins dan rakan-rakan (2012), di beberapa negara hubungan individual telah dilengkapi dengan hubun- gan kelompok. Melalui kelompok dan hubungan petani lelaki dengan wanita yang signifikan akan meningkatkan akses wanita ( Purwaningsih, 2008).

Menurut Agussabti (2002), pengalaman berusahatani juga mempengaruhi dalam pengambi- lan keputusan dalam mengadopsi inovasi. Hasil kajiannya menunjukkan pengalaman berusaha- tani petani maju umumnnya sudah mengusahakan usahatani dalam tempoh 21 – 30 tahun. Petani yang masih muda mempunyai kemampuan secara fizik tetapi tidak diimbangi dengan kematangan secara psikologis sehingga sering membuat keputusan merugikan dirinya sendiri.

Kajian Burhanuddin (2003) turut mendapati umur, pendidikan, dan pendapatan berhubun- gan dengan pemberdayaan anggota kelompok Peranan Kesejateraan Keluarga (PKK). Zapar dan rakan-rakan (2005), juga mendapati wanita yang berbeza karakteristik sosial ekonomi memiliki tingkat yang berbeza partisipasinya dalam proses pengambilan keputusan. Selari kajian Marliati (2008), pendidikan formal dan tidak formal mempunyai berpengaruh signifikan terhadap pemenuhan keperluan petani agribisnis. Anantanyu (2009) turut mendapati ren- dahnya kapasiti dan partisipasi dalam kelompok disebabkan taraf pendidikan non-formal, pen- galaman berusahatani dan rendahnya partisipasi (pendidikan formal dan pendapatan. Selaras kajian Gholipour dan rakan-rakan (2010) turut mendapati pendidikan formal mempunyai kesan yang bererti dalam pemberdayaan wanita di Taheran, Iran. Kajian Nessa (2011), di Bangladesh mendapati umur berkorelasi signifikan dan positif dengan pemberdayaan. Wanita yang lebih tua mempunyai kemampuan dalam pengambilan keputusan ekonomi, rumah tangga, ebeba- san dalam bergerak, pemilikan aset dan mempunyai kesedaran sosial dan politik. Manakala

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 174

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 pendidikan berkorelasi secara signifikan dan negatif dengan pemberdayaan wanita dari segi pemanfaatan kredit.

Kajian Acharya dan rakan-rakan (2010) di Nepal membuktikan bahawa wanita lebih tua (45- 49) tahun memiliki otonomi dalam pengambilan keputusan berbanding mereka yang lebih muda dalam urusan rumah tangga. Namun begitu pendidikan tidak menunjukkan hubungan dengan pengambilan keputusan.

Demikian pula di Siraz Iran, kajian Nikkhah dan Redzuan (2003), mendapati bahawa umur tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pemberdayaan wanita. Berdasarkan hasil penemuan Zapar dan rakan-rakan (2005), wanita yang berbeza karekteristik sosial eko- nomi berbeza dalam proses pengambilan keputusan. Petani wanita yang memiliki pendidikan lebih tinggi mempunyai kekuatan dalam proses pengambilan keputusan.

Kajian Setiawan (2007) turut mendapati bahawa karekteristik personal petani iaitu umur, pendidikan, gender, kesihatan, agama, dan faktor komuniti sumber daya usaha tani iaitu luas tanah usaha tani, modal, alat pertanian, dan penguasaan tanah sangat mempengaruhi seseo- rang petani atau masyarakat dalam menerima dan menerapkan suatu informasi atau inovasi. Hasil kajian Manoppo (2009), membuktikan wanita yang berpendidikan tinggi (SMA) lebih mampu mengembangkan tanaman koko dalam sistem agribisnis kerana mempunyai kemam- puan mengambil peluang atau kesempatan berusaha. Demikian pula pada pengalaman beru- saha tani koko, sebahagian besar (71.1%) dengan tempoh berusaha tani 5-26 tahun, dan mere- ka mempunyai kemampuan mengelola secara cekap terhadap faktor-faktor produksi sebagai usaha pengembangan petani yang mengarah ke arah pertanian komersial atau agribisnis. Hal tersebut menurut pengkaji kerana lebih daripada separuh (62%) wanita menyatakan keterliba- tannya dalam pengambilan keputusan dalam kegiatan produktif koko dan domestik (48.9%).

Kelompok petani wanita merupakan sebahagian daripada sumber daya manusia di komuniti masyarakat pedesaan merupakan sasaran pembangunan dalam pemberdayaan. Ini dilaksana- kan melalui program-program bidang pertanian untuk mengubah perilaku petani yang lebih baik dalam berusaha tani dan penglibatannya dalam pembangunan. Perubahan perilaku atau sikap seseorang dipengaruhi oleh faktor internal dan faktor eksternal atau berupa interaksi sosial dalam atau luar kelompok (Ahmadi,1999). Faktor internal menurut Chamber (1983), merupakan salah satu usaha penting dalam strategi pemberdayaaan ialah pendidikan, baik bersifat formal mahupun tidak formal. Pendidikan yang bersifat tidak formal iaitu melalui pro- gram pengembangan pertanian dan juga latihan-latihan yang diikuti. Pendidikan formal petani berkaitan dengan pengalaman mereka selama mengikuti pendidikan melalui tahap sekolah dasar sampai tahap lebih tinggi.

Metod penglibatan wanita dalam pengembangan pertanian perlu sesuai dengan karakteris- tik sasaran. Ini akan memberikan informasi tentang ilmu pengetahuan dan teknologi dalam merubah perilaku wanita tani agribisnis. Oleh itu, keberhasilan dari suatu program pember- dayaan berkaitan dengan faktor internal (karekteristik sosial ekonomi) dan faktor ekternal suatu program.

KESIMPULAN Pemberdayaan masyarakat merupakan program pemerintah dalam upaya melakukan peru- bahan masyarakat dari masyarakat yang tradisional menjadi masyarakat yang maju dalam akses ilmu pengetahuan dan teknologi, informasi, inovatif, kreatif, kemandirian dan pengliba-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 175

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 tan dalam program pembangunan bagi petani tidak terkecuali petani wanita agribisnis di pede- saan. Konsep komunikasi dan pembangunan dalam perjalanannya berawal dari 1) konsep pa- radigma dominan yang berorientasi pada industrialisasi dan teknologi semata tanpa melihat unsur sosial budaya lokal masyarakat, 2) paradigma ketergantungan, dan 3) paradigma alterna- tif, dalam implemtasinya lebih dikenal dengan pemberdayaan masyarakat, iatu konsep pem- bangunan berpusat kepada masyarakat (people centered development) atau pembangunan yang berpusat pada rakyat iaitu melalui penglibatan masyarakat dalam program pembangunan sejak perencanaan, pelaksanaan dan evaluasi/monitoring. Komunikasi merupakan komponen penting dan perlu bagi strategi pembangunan komuniti secara keseluruhan kerana komunikasi menghubungkan pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan untuk bersama-sama men- gongsi idea-idea, masalah dan pandangan dalam merancang dan melaksanakan strategi pem- bangunan. Komunikasi juga boleh memberdayakan komuniti dengan pengetahuan baru atau inovasi, sikap baru dan kaedah baru melalui pengkongsian maklumat Proses Difusi Inovasi atau penyebaran inovasi melalui saluran komunikasi melalui sistem sosial baik secara interper- sonal, pendedahan kepada media massa maupun kekosmopolitan. Hasil proses pemberdayaan petani wanita diindikatorkan oleh tingkat keberdayaan dengan adanya kekuasaan dalam meningkatkan kesedaran untuk berubah atau dalam pembuatan ke- putusan, kemampuan akses terhadap sumber daya, dan kekuasaan untuk melakukan kerjasa- ma (tindakan bersama) lebih menekankan aspek keberdayaan pada tingkat mobiliti di samping kebebasan (tidak adanya keterlibatan pihak lain) dalam pengambilan keputusan dan keber- dayaan psikologi (penglibatan formal dan nonformal, sikap dan pengetahuan). Banyak kajian menunjukkan berkaitan hal tersebut terutama perubahan perilaku atau sikap seseorang dipen- garuhi pula oleh faktor internal (karakteristik individu) dan faktor eksternal atau berupa inte- raksi sosial dalam atau luar kelompok atau sistem yang ada. Kerana kemampuan seseorang dalam menyerap informasi dan inovasi dalam agribisnis dipengaruhi juga antara lain iatu umur, pendidikan, tempo berusahatani, status pemilikan tanah dan lainnya yang berimpak kepada keberdayaan dalam pengambilan keputusan dan keberdayaan psikologi

RUJUKAN Adi, I. R. (2003). Pemberdayaan, pengembangan masyarakat dan intervensi komunitas (Pen- gantar pada pemikiran dan pendekatan praktis). Jakarta: LPFE Universitas Indonesia. Acharya, D. R., Bellz, J. S., Simkhada, P., Teijlingen, E. R., & Regmi, R. (2010). Women autonomy in household decision-making: A demographic study in Nepal. Reproductive Health, (7),15- 22. Afzah, A., Ali, T., Ahmad, M., Zafar, M. I., Niazi, S.K., & Riaz, F. (2009). Identification of factors hampering women empowerment in agricultural decision making and extension work District Okara, Punyab Pakistan. Pakistan: Journal of Agriculture Sciences, 46(1), 64-68. Agussabti. (2002). Kemandirian petani dalam pengambilan keputusan adopsi inovasi Ahmadi, A. (1999). Psikologi sosial. Jakarta: Rineka Cipta. (Kasus Petani Sayuran di Provinsi Jawa Barat). Bogor: Program Pascasarjarna IPB Ajayi, M. T., & Banmeke, T. O. A. (2007). Agricultural information utilisation pattern among women farmers in South-western Nigeria. Journal of agriculture and Social Research (JASR), 7(2), 58-65.

Ani, A. O., & Rahman, S. A. (2007). Media-based agricultural information its influence on farm investment decision in Michika area of Adamawa State, Nigeria. Asia-Pacific. Journal of Rural Development (APJORD), Vol. XVII.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 176

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Arifin, B. (2004). Refleksi dan pengembangan agribisnis Indonesia. Jurnal AGRIMEDIA, 9(1), 4- 11. Akey, T. M., Marquis, J. G., & Ross, M. E. (2000). Validition of scores on the psychological em- powerment scale: A measure of empowerment the parents of children with a disability. Journal Educational and Psychological Measurement, 60(3), 419-438. Aktar, R., Chowdhury, A. H., Zakaria, A. K. M., & Volg, C. R. (2010). Seed information and communication networks of male and female farmers: A micro level study in Bangladesh. Journal of Agricultural Education and Extension, 15(4), 329-339. Al-amin, S., Miah, M. M., & Chowdhury, A. H. (2004). Role of women in the improvement of livelihoods of resource poor household in Bangladesh. Journal of Extension Education, 16, 25-33. Anantanyu, S. (2009). Partsipasi dalam meningkatkan kapasitas kelembagaan kelompok peta- ni,kasus di Provinsi Jawa Tengah (Disertasi). Bogor: Pascasarjana IPB. Berger, M. D., Delancey, V., & Mellencamp, A. (1984). Bridging the gender gap in agricultural extension. Washington, DC: International Center for Research on Women. Berlo, D. K. (1960). The Process of communication: An introduction to theory and practice. New York: Holt-Rinehart and Winston Inc Bettinghaus, E. F. (1983). Persuasive communication. New York: Holt, Rinchart and Winston. Byrnes, F. C. (1974). Agricultural extension and education in developing countries. Bungin, B. (2008). Sosiologi komunikasi, teori, paradigma, dan diskursus teknologi komunikasi di masyarakat. Cetakan ke -3. Jakarta: Kencana Prenada Media Gro Burhanuddin. (2003). Perilaku komunikasi dalam pemberdayaan perempuan (kasus gerakan PKK di Kecamatan Cariu Kabupaten Bogor) Bogor: Program Pascasarjana IPB. Chaudari, R. R., Hirevenkanagoudar, L. V., Hanchinal, S. N., Mokasih, A. N., Katharki, P. A., & Banakar, B. (2007). A Scale for measurement of entrepreneurial behavior of dairy far- mers. Dharwad: Karnataka Journal Agriculture Science, 20(4), 729-796. Chaudhry, K. M., Muhammad, S., Saghir, A., & Ashraf, I. (2008). Rural women’s acces to vari- ous source of information in Tehsil Faisalabad. Journal Anim. PI Science, 18(2-3), 99-101. Chambers, R. (1983). Pembangunan masyarakat desa: Mulai dari belakang. Jakarta: LP3ES. Coleman, J. S. (2008). Dasar-Dasar Teori Sosial. Terjemahan. Bandung: Nusa Devi, U., & Verma, S. (2011). Farm women preference of communication sources for farm information. Journal Indian Res. . New Delhi : Edu Publishers. Dilla, S. (2007). Komunikasi pembangunan. Bandung: Simbiosa Rekatama. Dilla, S. (2007). Komunikasi pembangunan. Bandung: Simbiosa Rekatama. Effendy, O. U. (2002). Ilmu, teori & filsafat komunikasi. Bandung: P.T. Citra Aditya Bakti. Elizabeth, R. & Bain, C. (2011). Gendering agricultural aid: Analysis of whether international development assistance targets women and gender. Gender & Society, 25(1), 48-4. doi : 10. 1177/0891243210392571. Farid, A. (2008). Kemandirian petani dalam pengambilan keputusan usahatani: Kasus Pe- tani sayuran di Kabupaten Bondowoso dan Kabupaten Pasuruan. Bogor: Pascasarjana In- stitut Pertanian Bogor. Florus, P. (1998). Pemberdayaan Masyarakat. Jakarta, IDRD. Friedmann, J. (1993). Empowerment: The politics of altenative development. Cambridge: Blackwell Book.

Gonzales, H. (1986). Some myths of communication and development. working paper pre- sented at the seminar communication and national development, Bogor : University Agri- culture Bogor. January 17, 1986. Gerbner, G. (1967). Mass media and human communication theory, human comunication theory. F.E.X. Dance (ed.). NewYork: Holt Rinehart, &Winston, New York.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 177

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Gholipour, A., Rahimian, A., Mirzamani, A., & Zehtabi, M. (2010). Impact model of women’s empowerment. Journal International Business Research, 3(1). Gibson, I. H., & Hodgetts, R. M. (1993). Organizational communication: A manajerial perspec- tive. New York: Harperr Collins Publisher. Griffin, E. M. (2000). First look at communication theory. Fourth ed. New York: perspective. New York: Harperr Collins Publisher. Gupta, V., Chandargi, D. M., & Sundarswamy, B. (2004). Development of scale to measure the performance of extension personnel of different linkage activities scientists in Dharwad. Karnataka Journal Agriculture Sciences., 17(1), 63-67.. Hapsari, H. (2007). Perilaku komunikasi “sadar pangan dan gizi” pada akseptor KB lestari (Ka- sus di Kecamatan Jatinangor, Kabupaten Sumedang). Jurnal Sosio Humaniora, 9(1), 24- 36. Haryanto, B. (2009). Inovasi teknologi pakan ternak dalam sistem agribisnis tanaman ternak bahan limbah mendukung upaya peningkatan produksi daging. Jurnal Pengembangan In- ovasi Pertanian, 2(3), 163-176. Harun, H. R., & Ardianto, E. (2011). Komunikasi pembangunan dan perubahan Sosial: Perspektif dominan, kaji ulang, dan teori kritis. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada. Hayati. (2008). Perilaku komunikasi petani perempuan dalam difusi inovasi usahatani tanaman pangan di Desa Lingsar Kabupaten Lombok Barat. Makalah seminar nasional alumni Fa- kultas Pertanian Universitas Mataram, 23-24 Februari 2008. Mataram: PS Penyuluhan dan Komunikasi Pertanian FP-UNRAM. Herawati, T., Suwalan, S., Haryono., & Wahyuni, S. (2000). Peranan wanita tani dalam usaha- tani keluarga di lahan rawa psang srut dalam proseding nasional lahan rawa. Cipayung 25-27 Juli 2000. Jakarta: Pusat Penelitian dan Pengembangan Tanaman Pangan. Ife, J. (1999). Community development: Creating community alternatives-vision, analysis and practice. Melbourne: Longman Australia. Ife, J & Tesoriero, F. (2010). Community development: Alternatif pengembangan masyarakat di era globalisasi. Terjemahan Sastrawan Manullang & Rabi. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Isaac, S., & Michael, B. (1979). Handbook in research evaluation. New York: Longman Inc. Islam, N., Ahmed, E., Chew, J. & D‟Netto, B. (2011). Empowerment factors of rural women through homestead poultry rearing in Banglades. Dhaka, Bangladesh: Departement of Business Administration, East West University. Jacobson, T. L. (1994). Modernization and post- modernization approaches to participatory communication for development. In S. A. White., K. S. Nair & J. Ascroft (Eds.), Participatory development communication. Working for Change and Development (pp. 60-75). New Delhi, India: Sage Publication. Jahi, A. (1988). Komunikasi massa dan pembangunan pedesaan di ngara-negara dunia ketig: Suatu pengantar. Jakarta: Gramedia. Jiggins, J., Samanta, R. K., & Olawoye, J. E. (2012). Improving women farmers‟ access to exten- sion services. Departement of Agricultural Extension Services, University of Ibadan, Nige- ria. http://www.fao.org/docrep/W5830e0b.htm. Jarmie, M. Y. (1994). Sistem penyuluhan pembangunan pertanian Indonesia. (Disertasi). Bogor: Program Pasca Sarjana IPB.

Junaidi, Y. (2009). Studi komparatif pemberdayaan petani padi padi lebak dalam pengemban- gan agribisnis antara lembaga pemerintahn dan no pemeritah di Kabupaten Ogan Ilir (Te- sis): Pascasarjana Universitas Sriwijaya. Kabeer, N. (2001). Resouces, agency, achievement: Reflections on the measurement of wom- en’s empowerment. Development and Change, 30(3): 435-464.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 178

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Kantor Kementerian Negara Pemberdayaan Perempuan R.I. (2008). Membangun sinergi PUG pemerintah dan masyarakat. Makalah dalam acara pertemuan regional 1 pemberdayaan lembaga masyarakat (wilayah Sumatera) di Pekan Baru, 7 Juni 2007. Jakarta: Kantor Me- neg PP R.I Kast, F. E., & Rosenzweig, J. E. (1995). Organisasi dan Manajemen. Jilid 1.Ed.ke-4, Cet.ke- 4. Terjemahan Hasyani Ali. Jakarta: Bumi Aksara. Koren, P. E., DeChillo, N., & Friesen, B. J. (1992). Measuring empowerment families whose children have emotional disabilities: A Brief questionnaire. Journal Rehabilitation Psychol- ogy, 37(4), 305-320. Kumar, R. (2011). Development communication: a purposive communication with social con- science-An Indian perspective. Global Media Journal- Indian, 2(2),1-21. Lin Cheng, T., & Yang, F. L. (2009). A study on female organic farmers’use of information communication channels for acquiring farming innovations. Taichun, Taiwan: Departe- ment of Bio-Industry Extension and Management National Chung Hsing University. Meade, N. & Islam, T. (2006). Modeling and Forecasting the Diffusion of Innovation A 25 Years Review. International Journal of Forecasting, 22(3):519-545. Malagar, P. (2007). Radio listening and televiewing behaviour of rural women (Doctoral dis- sertation). Dharwad: Departement of Extension and Communication Management, Uni- versity of Agricultural Sciences Malhotra, A., Schuler, S. R., & Boender, C. (2002). Measuring women’s empowerment as a variable in international development. background paper prepared for the World Bank Workshop on Poverty and Gender: New Perspective. Washington, DC, pp.1-58. Mannopo, C. N. (2009). Faktor-faktor yang berhubungan dengan partisipasi wanita tani dalam usahatani kakao (Kasus di Kecamatan Palolo Kabupaten Donggala Provinsi Sulawesi Ten- gah (Disertasi). Bogor: Program Pascasarjana IPB Manuwoto. (2009). Sistem pertanian di Indonesia. http:/mahey/blogspot.com/2009/sist -pertanian-di-indonesia. Diakses pada tanggal 27 Mei 2010. Mardikanto, T. (2007). Penyuluhan pembangunan sebagai landasan penanggulangan kemiski- nan bebasis potensi daerah. Pidato pengukuhan Guru Besar ilmu penyuluhan pertanian pada tanggal 10 Maret 2007. Surakarta: UNS Press. Madikanto, T. (2009). Sistem penyuluhan pertanian. Surakarta: Universitas Sebelas Maret Press, cetakan 1. Mardikanto, T. (2010). Sistem penyuluhan pertanian. Surakarta: LPP dan Universitas Sebelas Maret Press, cetakan ke 2. Marliati. (2008). Pemberdayaan petani untuk pemenuhan kebutuhan pengembangan kapasi- tas dan kemandirian petani beagribisnis (Kasus di Kabupaten Kampar, Kabupaten (Disertasi). Bogor: Program Pascasarjana IPB. Mayoux, L. (2010). Poverty elimination and the empowerment of women. Geneva: ILO. Melkote, S. R. (1991). Communication for development in the third world: Theory and practice. New Delhi: Sage Publication. Melkote, S. R. (2010). ‘Theories of development communication’ In Thussu, D Kishan (ed.). New York: International Communication: a Reader Routledge, 105-121. Menzel, H. (1960). Review of studies in flow of information among scientists. Bureau of applied social research. Columbia: Columbia University Press.

Mosse, J. C. (1996). Gender dan pembangunan. Terjemahan Half The World Half The Chance penerjemah Hartian Silawati. Yogyakarta: Pustaka Pelajar Offset. Mosse, J. C. (2007). Gender & pembangunan. Terjemahan Half The World Half The Chance, penerjemah Hartian Silawati, Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 179

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Moyle, T., Dollard, M. F., & Biswas, S. (2006). Personal and economic empowerment in rural Indian women: a self-help group approach. International Journal of Rural Management, (2), 245-267. Muchlis, F. (2009). Analisis komunikasi partisipatif dalam program pemberdayaan masyara- kat, Studi kasus pada implementasi musyawarah dalam PNPM Mandiri pedesaan di Desa Teluk Kecamatan Pemayung Kabupaten Batang Har (Disertasi). Bogor: Pascasarjana IPB. Mulyana, D. (2007). Komunikasi suatu pengantar. Bandung: Remaja Rosdakarya. Narayan, D. (2002). Empowerment and poverty reduction: A sourcebook. Washington, DC: World Bank. Nasution, Z. (2004). Komunikasi pembangunan pengenalan teori dan penerapannya. Jakarta: Raja Grapindo Persada. Nessa, T. (2011). Impact of grameen bank. BRAC and ASA on women empowerment in Bangla- desh (Doctoral Dissertation). Kedah, Sintok: University Utara Malaysia. Nikkhah, H. A., & Redzuan, M. (2003). The effect of women ‘s socio-dmographic variables on their Empowerment. Selangor: Faculty of Human Ecology University Putra Malaysia. Oktarina, S., Hamzah, M., & Junaidi, J. (2009). Peran komunikasi dalam pemberdayaan kelom- pok wanita tani pada usahatani padi pada daerah transmigrasi Provinsi Sumatera Sela- tan. Indralaya: Lemlit UNSRI. Oxaal, Z., & Baden, S. (1997). Gender and empowerment : Definisions, approaches and implica- tions policy, Bridge Report No. 40, http://www.bridge.idsac.uk/report Pambudy, R. (1999). Perilaku komunikasi, perilaku wirausaha peternak, dan penyuluhan dalam sistem agribisnis penternak ayam (Disertasi). Bogor: Program Pascasarjana, IPB. Papa, M. J., Singhal. A., Ghanekar, D. V., & Papa, W. H. (2000). Organizing for social change through cooperative action: The (Dis) empowering dimensions of women’s communica- tion. International Communication Association (pp. 90-123). Perkins, D. D., & Zimmerman, M. A. (1995). Empowerment theory, research, and appilication. American Journal of Community Psychology, 23(5), 569-579. Purwatiningsih, S. D. (2008). Structuralist and standpoint theory dalam komunikasi pembangu- nan. Jurnal Ilmiah Satya Negara Indonesia, 1(2), 44-45. Rachmat, J. (2008). Psikologi komunikasi. Bandung: Remaja Rosdakarya. Rahim, A. S. (1985). Diffusion model in development: Mass media and personal influence. Se- langor Darul Ehsan: UKM. Journal Article Repository, 56-63. Rahim, A. S. (1992). Isu-isu Komunikasi dalam pembangunan. Selangor Darul Ehsan: Perceta- kan Dewan Bahasa dan Pustaka. Rangkuti, P. A. (2010). Peran komunikasi dalam modernisasi pertanian berbasis koperasi. Jurnal Komunikasi Pembangunan, 8(1), 42-48. Rappaport, J. (1987). Terms of empowerment: toward theory for community psychology. American Journal of Community Psychology, 15(2)5, 15-16. Rogers, E. M. (1969). Modernization among peasant: The impact of communication. New York: Holt, Rinehart and Winston, Inc. Rogers, E. M. (1969). Modernization among peasant: The impact of communication. New York: Holt, Rinehart and Winston, Inc. CA: Sage Publication. Rogers, E. M. (1976). Communication and development: A Critical perspective. Beverly Hill,

Rogers, E. M., & Kincaid, D. L. (1981). Communication networks: toward a new paradigm for research. The Free Press, Collier London: MacMillan Publishers. Rogers, E. M. (1995). Diffusion of Innovations. Fourth Edition. New York: The Free Press. th Roger, E. M. (2003). Diffusion of innovation (5 ed ). New York: The Free Press. Rogers, E. M., & Shoemaker, F. F. (1971). Communication of innovations. Second edition, New York: The Free Press.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 180

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Sadono, D. (2012). Model pemberdayaan dalam pengelolaan usahatani padi di Kabupaten Karawang dan Cianjur Provinsi Jawa Barat. Bogor: Pascasarjana IPB Saragih, B. (2010). Agribisnis:Paradigma baru pembangunan ekonomi berbasisPertanian. Bo- gor: IPB Press. Schultz, A. J., Israel, B. A., Zimmerman, M. A., & Checkoway, B. (1993). Empowerment as a community levels. Working Papers Series. Michigan: PCMA, University of Schramm, W. (1964). Mass media and national development. Standford, Calif; Standford Uni- versity Press. In L. D. Lerner (ed.) 1976. Communication and Change in the Developing Countries: Ten Years After. Honolulu: Univ. Of Hawai, East-West Center Press Hawai. Michigan. pertanian. Bogor: Pustaka Wirausaha Muda. Schramm, W., & Lerner, D. (1972). Communication and development: The last ten years- and the next. Honolulu: University Press of Hawai. Schuller, S. R., Hashemi, S. M., Riley, A. P., & Akhter, A. (1996). Credit program patriarkhi and men‟s violence againts women in rural Bangladesh. Social Science and Medicine, 43(12), 635-653. Servaes, J. (2002). Communication for development one word, multiplecultures. New Jersey: Hampton Press, Inc Cresskill. Servaes, J. ( 2005). Mapping the new field of communication for development and social change. Paper presented to the social change in the 21st century conference. centre for social change research. Quensland: University of Technology. Servaes J. (2007). Harnessing the UN system into a common approach on communication for development. International Communication Gazette, 69, 483. Servaes, J. (2008). Communication for development and social change. UNESCO. Servaes, J. & Malikhao, P. (2012). Advocacy communication for peacebuilding in development in practice, 22(2), 229-243. Http://www.tanfonline.com/doi/abs. Setiawan. (2007). Tingkat keberdayaan komunikasi petani dan faktor-faktor yang mempenga- ruhinya. Bogor: Program Pasca Sarjana IPB. Setiawati, I. (2008). Peranan komunikasi massa dalam perubahan budaya dan perilaku masya- rakat (The role of mass communication in Culture change and society behaviour). Jurnal Fokus Ekonomi, 3 (2), 44-55. Shardlow, S. (1998). Value, ethics and social work. In Social Work: Themes, Issues and Critical Debates, ed Adams, Robert., Lena Dominelli dan Malcom Payne, 23-33. London: Macmil- lan Press Ltd. Sidu, D. (2006). Pemberdayaan masyarakat sekitar kawasan hutan lindung jompi Singhal, A., & Sthapitanonda, P. (2008). The role of communication in development: Lesson learned from a critique of the dominant, dependency, and alternative paradigm. Http;//plnks.ebscohort/com/ehost/delivery/vid-16&hed-d34b4c95. Slamet, M. (2003). Memantapkan penyuluhan pertanian di Indonesia membentuk pola perila- ku manusia pembangunan. Diedit: Ajad Sudradjat dan Ida Yustina. Bogor: IPB Press. Slamet, M. (2006), Slamet, M. (2006). Meningkatkan partisipasi masyarakat dalam pembangu- nan pedesaan dalam membentuk pola perilaku manusia pembagunan. Diedit: AjadSudrad- jat dan Ida Yustina. Bogor: IPB, Press. Soekanto, S. (2006). Sosiologi : Suatu pengantar. Jakarta: Rajagrafindo Persada.

Soekartawi. (2005). Prinsip Dasar Komunikasi Pertanian. UI Press, Jakarta. Soetomo. (2004). Pemberdayaan masyarakat desa melalui Institusi lokal: Kemiskinan petani. Yogyakarta: Universitas Gajah Mada Press Steinberg. (2001). Adolescent. 6 ed. New York: McGraw Hill, Inc.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 181

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Subagio, H. (2008). Peran kapasitas petani dalam mewujudkan keberhasilan usahatani: Kasus petani sayuran dan padi di Kabupaten Malang dan Pasuruan Provinsi Jawa Timur (Diserta- si). Bogor: Sekolah Pascasarjana IPB. Suliastiyani, A. T. (2004). Kemitraan dan model-model pemberdayaan. Yogyakarta: Gaya Media. Suharto, E. (2005). Membangun masyarakat, memberdayakan masyarakat, dari pembangunan sampai pemberdayaan. Jakarta: Aditya Media. Suparjan., & Suyatno, H. 2003. Pengembangan masyarakat, dari pembangunan sampai pem- berdayaan. Jakarta: Aditya Media. Suparta, N. (2001). Perilaku agribisnis dan kebutuhan penyuluhan peternak ayam ras pedag- ing (Disertasi). Bogor: Program Pascasarjana IPB. Suparta, N. (2002). Penyuluhan sistem agribisnis suatu pendekatan holistik. Bali: PS Sosek dan Agribisnis Fak. Peternakan Universitas Udayana. Suradisastra, K. (2008). Strategi pemberdayaan kelembagaan petani. Forum penelitian agro ekonomi. 26 Februari 2008. Bogor: Pusat Analisis Sosial Ekonomi dan Kebijakan Pertanian. Sprinthaal, C. (1995). Adolescent psychology. New York: McGraw Hill.Inc. Syarkowi, F., & Sufri, M. (2004). Manajemen agribisnis. Palembang: C. V. Baldad Grafiti Press. Tamba, M. (2007). Kebutuhan Informasi Pertanian dan Aksesnya bagi Petani Sayuran: Pen- gembangan Model Penyediaan Informasi Pertanian dalam Pemberdayaan Petani, kasus di provinsi Jawa Barat. Sekolah Pascasarjana IPB, Bogor. Theodornoson, G. A. 1969. Dictionary of sociology. In Dusseldorp (1981:33). Tonny, F. (2003). Pengembangan masyarakat, creating community alternatives vision, analisis and practice. Bogor: IPB Press Van den Ban, A. W. (1998). Supporting farmer‟s decision-making process by agricultural exten- sion. Journal Extension System, 1(1), 55-64. Vega, B. A. (2002). Gender dimensions in agriculture extension and technology dissemination historical, social equality perspective. Paper presented in Expert Consultation on Agricul- tural Extension, Research Extension-farmer and Technology Transfer, FAO, 16 July-19, Bangkok. Vijayanthi, K. N. (2002). “Women‟s empowerment through self-help groups: A participatory approach.” Indian Journal of Gender Studies, 9(2), 263. Vitalaya, A. S. H. (2000). Masalah gender. Makalah pada lokakarya EXPERT dan UMA-BUILD (Urban Management Advisor – Breakthrough urban initiatives for local development). Ci- kini, 28- 30 Juli 2000. Jakarta: UNDP/UCHS. Wang, G., & Dissayanake, W. (1984). Continuity and change in communication systems: An Asian perspective. Norwood, N.J: Ablex. Waskita, Dj (2005). Komunikasi pembangunan untuk pemberdayaan. Jurnal Organisasi dan Manajemen, 1(1), 32-40. Whatmore, S. (2000). Waskita, Dj (2005). Komunikasi pembangunan untuk pemberdayaan. Jurnal Organisasi dan Manajemen, 1(1), 32-40.”Agribusiness” in R R. J. Johston, D. Gre- gory., G. Pratt M. Watts (eds), Dictionary of human geography (p.9). Oxford: Basil Black- well. Wiryanta. (2009). Hubungan pendedahan media massa, omunikasi interpersonal dan sikap dengan perilaku penjimatan tenaga elekterik di Kota Depok Indonesia (Disertasi Ijazah Doktor Falsafah). Kedah, Sintok: Universiti Utara malaysia. World Bank (2002). Gender in programme and project monitoring andevaluation, distance learning course. Washington DC: World Bank., Wood, Y. T. (1997). Communication theories in action: An introduction. New York: Wadsworth Publishing Company. Wood, Y. T. (2004). Gendered lives: Communication, gender, and culture. Belmont California: Wadsworth Publishing Company.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 182

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Yusof, M. A., Abubakar, N. R., Sulehan, J., Awang, A. H., & Liu, O. P. (2011). Komunikasi dan pembangunan komuniti dsa: Berkongsi Pengalaman antara Indonesia dengan Malaysia. Jurnal Melayu, (6), 227-237. Zapar, S., Batool, Z., & Bano, S. (2005). Female participation in decision making process in family matters in District Faisalabad-Pakistan. Journal of Agriculture & Social Sciences,1(3):285-287. Zimmerman, M. A., Israel, B. A., Schulz, A. J., & Checkoway, B. N. (1992). Further explorations in empowerment theory: An empirical analysis of psychological eEmpowerment. Ameri- can Journal of Community Psychology, 20, 707-727. Zimmerman, M. A. (1995). Psychological empowerment: Issues and illustration. American Journal of Community Psychology, University of Michigan, 23(50), 581-589.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 183

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

MENINGKATKAN SOKONGAN KOMUNITI TERHADAP PELANCONGAN ACARA MELALUI KOMUNIKASI BERKESAN

Asmahany Ramely1, Nik Adzrieman Abd Rahman2 , Mohd Fadzilillah Ab Talib3 & Suryati Abd Shukor4 1 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 2Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 3Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 4Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK

Artikel ini adalah merupakan hasil daripada analisis secara sistematik terha- dap karya ilmiah yang telah diterbitkan dalam bidang berkaitan pembangunan pelancongan acara. Tujuan utama kertas konsep ini adalah untuk memberi le- bih kefahaman kepada pembaca tentang konsep dan strategi yang boleh di- gunapakai oleh operator pengurusan pelancongan dalam usaha mening- katkan sokongan komuniti tempatan terhadap pembangunan pelancongan, terutama nya dalam proses menganjurkan acara sebagai salah satu produk pelancongan. Selain daripada itu,hasil daripada kertas konsep ini diharap da- pat menjadi panduan kepada pengkaji – pengkaji akan datang. Selain daripada pemahaman tentang strategi untuk meningkatkan sokongan komuniti, kertas konsep ini juga ada membincangkan tentang kepentingan komunikasi berke- san dalam membangunkan sektor pelancongan acara serta penulis telah me- nyenarai pendek beberapa strategi dan indikator kepada komunikasi berke- san. Faktor yang mempengaruhi sokongan komuniti terhadap pembangunan pelancongan acara juga ada dibincangkan. Kajian secara konseptual ini amat penting dalam usaha memantapkan bidang pembangunan pelancongan acara sebagai penyumbang kepada pendapatan negara serta memperkasakan kuali- ti kehidupan komuniti.

Kata Kunci : Sokongan, Komuniti, Pelancongan acara, Komunikasi berkesan

PENGENALAN Pada tahun 2013, sektor pelancongan telah menyumbang sebanyak RM60.6 billion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Jadi, ia telah dikategorikan sebagai suatu sektor yang berpotensi untuk terus menyumbang kepada KDNK negara pada masa akan datang (Laman Web Pelancongan Malaysia, 2013). Seiring dengan kebergantungan negara kepada sektor ini, pengamal dalam sektor ini harus berusaha gigih untuk memantapkan perkhidmatan demi un- tuk meningkatkan kadar kepuasan pelancong yang sememangnya dapat menjamin kepada kunjungan berterusan pelancong ke Malaysia sekaligus menyumbang pendapatan bersesuaian dengan jangkaan untuk menerima 70.7 juta pelancong pada tahun 2030. Penerimaan sejumlah 70.7 billion pelancong ini dijangka dapat menyumbang sekurang- kurangnya RM178 bilion kepada negara Malaysia (Yeoman, 2008). Namun, kejayaan sektor ini bukan hanya bergantung kepada kenaikan jumlah pelancong dan pengunjung acara semata-mata, malah ia juga bergan- tung kepada komitmen pelbagai pihak, terutamanya pihak berkepentingan. Demi mencapai matlamat untuk menjadikan sektor ini kekal menyumbang kepada pendapatan negara, sokon- gan semua pihak terutamanya pihak berkepentingan adalah sangat penting. Penggiat sektor

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 184

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 pelancongan secara amnya, dan pengurusan acara harus memastikan bahawa pihak berke- pentingan terutamanya komuniti menyokong usaha membagunkan pelancongan acara di ka- wasan mereka. Penulis berpendapat bahawa pemangkin kepada peningkatan sokongan komuniti terhadap pembangunan pelancongan acara ialah komunikasi berkesan. Tidak dinafikan bahawa komuni- kasi adalah kunci kepada kejayaan dalam apa jua sektor. Apa yang menjadi isu ialah, se- jauhmanakah kaedah komunikasi sedia ada mampu mengekalkan dan menaikkan kadar sokon- gan komuniti terhadap pembangunan pelancongan acara? Pelbagai isu diketengahkan oleh media massa mengenai kesan negatif pembangunan pelancongan acara kepada komuniti. Antaranya ialah, pelancongan acara mendorong kepada peningkatan kadar jenayah, punca kepada pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Pembangunan pelancongan acara yang memerlukan sumber dari luar negara juga dikatakan sebagai punca kepada pengaliran wang keluar negara. Kesan negatif yang disebarkan di media ini harus ditangani kerana ia membentuk sebuah persepsi dikalangan pembaca, terutamanya komuniti. Persepsi yang terbentuk ini sangat mempengaruhi tahap sokongan komuniti terha- dap pembangunan pelancongan acara pada masa kini, dan akan datang. Ini sesuai dengan teori tukaran sosial (Social Exchange Theory) yang diketengahkan oleh Ap pada tahun 1992. Teori ini mengatakan bahawa, persepsi komuniti akan mempengaruhi sokongan komuniti terhadap pembangunan pelancongan. Pernyataan ini juga disokong oleh Winkle dan Woosnam (2014), dimana dalam sektor acara yang melengkapi sektor pelancongan, konsep yang sama juga ditemui. Jika komuniti menganggap bahawa acara menyediakan kesan positif lebih daripada kesan negatif, komuniti akan menyokong perkembangan tersebut. Justeru, demi memastikan sokongan berterusan daripada komuniti, dan matlamat membangunkan sektor pelancongan acara tercapai, persepsi yang baik tentang pembangunan pelancongan acara harus ada. Komu- nikasi berkesan yang mampu mengubah persepsi komuniti daripada negatif kepada positif adalah sangat mustahak. Anjakan paradigma perlu dilakukan dalam memastikan persepsi komuniti terhadap sektor pelancongan acara kekal positif ataupun merubah daripada negatif kepada positif. Bersumber- kan penerangan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, penulis cenderung untuk mentakrifkan anjakan paradigma sebagai peralihan dan perubahan terhadap cara berfikir, kaedah mendapat maklumat, kemahiran dan kesedaran yang sedia ada, daripada satu lingkungan kepada suatu yang baru, yang pada kebiasaannya memberi hasil yang lebih baik. Perubahan yang berlaku kebiasaannya didorong oleh beberapa faktor seperti pengalaman, pengetahun, kemahiran dan kesedaran. Dalam keadaan lain, sebagai tindak balas kepada keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu, adalah sangat penting untuk semua pihak termasuk pihak yang terlibat dalam sektor pelancongan acara untuk memastikan sektor ini mampu berdiri teguh dan bersaing agar sektor ini boleh kekal menyumbang kepada perkembangan ekonomi. Dalam usaha menstabilkan kea- daan ekonomi negara, sektor pelancongan acara adalah dilihat sebagai sektor yang paling sesuai, ini kerana sektor ini hanya memerlukan sumber tempatan yang sedia ada, dan sebagai melengkapi kehendak industri acara, Malaysia boleh memilih samada menggunakan kemuda- han sedia ada atau melakukan sedikit penaiktarafan. Berbeza dengan sektor lain yang masih memerlukan kos pelaburan yang tinggi, sektor pelancongan acara hanya perlu mengekalkan, memelihara dan memulihara keindahan sumber tarikan sedia ada disamping melalukan anja- kan selari dengan perkembangan dunia kontemporari, contohnya memperkasakan kemudahan teknologi seiring dengan kemajuan dan kehendak sektor, serta membuat perubahan dan pe- nambahbaikkan dalam proses komunikasi kerana komunikasi ialah kunci kepada kejayaan se- suatu pembangunan. Usaha mengekalkan, memelihara dan memulihara tarikan pelancongan adalah merupakan agenda penting dalam agenda pembangunan pelancongan acara di Malaysia. Namun, untuk

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 185

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 lebih memantapkan sektor ini, anjakan paradigma perlu dilakukan. Anjakan paradigma dalam konteks pelancongan acara dilihat sebagai perubahan yang perlu dilakukan agar hasil sektor ini adalah lebih baik dari yang sedia ada. Sebelum fokus diberikan kepada kadar kepuasan pelan- cong dan pengunjung yang menggunakan perkhidmatann dan produk pelancongan, hubungan yang mantap di antara sesama pihak berkentingan perlu lebih jelas. Penyedia perkhidmatan dan pihak berkepentingan perlu mempunyai matlamat yang jelas mengenai agenda dan tujuan pembangunan pelancongan acara. Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa matlamat ini hanya mampu dicapai melalui komunikasi berkesan. Justeru, menjadi tanggungjawab penggiat dan pihak berkuasa untuk sama sama berfikir kaedah untuk melakukan transformasi dalam men- gadakan komunikasi yang berkesan khas kepada pihak berkepentingan. Seperti yang di ilustra- sikan dalam rajah 1, pihak berkepentingan dalam pelancongan acara terbahagi kepada primer dan sekunder (Reid, 2006). Jika diperhatikan, komuniti berada dalam kategori pihak berkepen- tingan sekunder. Walaupun hanya berada dalam kelompok sekunder, namun reaksi positif komuniti terhadap pelancongan acara amat signifikan kerana ia berjaya mempengaruhi proses dan output pembangunan tersebut. Sokongan komuniti terbukti penting dalam proses pembangunan pelancongan acara kerana hingga kini, jumlah penyelidik yang mengkaji tahap sokongan komuniti terhadap pelancongan acara kian bertambah. Contohnya, Jie, Yingkan dan Ping (2014) mengkaji faktor faktor yang mendorong komuniti di Shanghai untuk menyokong penganjuran acara di kawasan mereka. Penkaji ini bersetuju dengan pernyataan Hiller (2009) mengenai penglibatan dan sokongan komuniti dan pihak berkepentingan dalam pembangunan acara adalah penting bagi memaksi- mumkan pengalaman pengunjung sewaktu mengunjungi acara. Respon positif komuniti dan pihak berkeppentingan lain menjadi penentu kepada kepuasan pengunjung.

primer sekunder

pekerja kerajaan

sukarelawan komuniti

perkhidmatan penaja kecemasan

pembekal bisnes am

spektator media

organisasi pengunjung pelancongan

peserta

Rajah 1. Pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan.

Contoh kajian yang disebut di atas telah membuktikan bahawa komuniti adalah komponen yang sangat penting dalam memastikan pembangunan pelancongan acara berjalan lancar.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 186

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Oleh itu, perbincangan ini hanya akan memfokuskan komunikasi berkesan antara komuniti, operator pelancongan acara dan pihak kerajaan sahaja. Apabila membangunkan sesebuah destinasi pelancongan, komuniti adalah paling penting. Komuniti adalah komponen yang paling terkesan, ini kerana mereka mempunyai sumber dan mereka, samaada secara langsung dan tidak langsung akan turut sama mengalami kesan daripada proses sebelum, semasa dan sele- pas pembangunan pelancongan acara. Contohnya, kejayaan Langkawi sebagai destinasi pelancongan acara bergantung juga kepa- da sokongan padu daripada komuniti. Komuniti dikecilkan skopnya kepada mereka yang tinggal disekitar Langkawi sahaja. Sokongan dalam konteks Langkawi bermaksud respon dan reaksi positif mereka terhadap kedatangan pelancong. Kebanyakan daripada komuniti di Langkawi menyokong pembangunan pelancongan acara justeru mereka akan melibatkan diri dengan menjadi pembekal dan penyedia perkhidmatan berkaitan pelancongan. Penyertaan mereka memberi impak positif kepada kepuasan dan pengalaman pelancong. Jika komuniti tidak me- nyokong, nescaya ia akan menjejaskan kadar kepuasan pelancong. Keputusan untuk turut serta dalam pembangunan pelancongan acara adalah disebabkan mereka mempunyai persepsi posi- tif terhadap pelancongan acara. Oleh itu, ia menjadi bukti bahawa komunikasi berkesan iaitu penyebaran maklumat yang betul dan tepat mengenai kesan positif pelancongan mempenga- ruhi reaksi komuniti terhadap pembangunan pelancongan acara. Juga, sokongan komuniti ter- hadap pembangunan adalah sangat penting dalam memastikan kelestarian pembangunan pe- lancongan tersebut.

KEMASUKAN SEKTOR ACARA KEDALAM SEKTOR PELANCONGAN SEBAGAI SUATU ANJAKAN PARADIGMA

Di Malaysia, telah banyak pelaburan dilakukan demi untuk memantapkan kemudahan dan daya tarikan di destinasi pelancongan. Usaha memantapkan kemudahan dan menaiktaraf ini bertujuan untuk menarik lebih ramai jumlah pelancong, yang mana ia bertujuan untuk menja- na lebih pendapatan dan memantapkan kedudukan ekonomi negara. Namun setelah beberapa tempoh masa, tarikan sedia ada di destinasi pelancongan tidak lagi mampu menarik perhatian pelancong, dan pelancong telah mula beralih ke destinasi alternatif yang berada di negara jiran seperti Thailand, Singapore dan Indonesia. Hal ini memberi impak negatif kepada industri pe- lancongan negara. Oleh itu, para pengkaji menyarankan agar pengamal industri mencipta sua- tu produk baharu yang mana ia berupaya untuk mengekalkan daya tarikan di destinasi pelan- congan tersebut. Mutakhir ini, cadangan untuk menjadikan acara sebagai produk baru yang berkemampuan untuk menarik perhatian pelancong di sambut baik oleh kebanyakan destinasi. Oleh itu, anjakan yang paling penting yang telah dilakukan oleh kebanyakan destinasi di dunia ialah dengan membangunkan sektor acara sebagai salah satu produk dalam sektor pelancon- gan. Jika sebelum ini, pelancongan acara telah mula ada, namun fungsi acara sebagai produk pelancongan adalah tidak jelas. Melihat kepada senario ini, banyak destinasi pelancongan di Malaysia telah mula mengan- jurkan acara sebagai salah satu produk pelancongan (Zamzuri, Nordin, Ainun, Atory, & Raja, 2011). Lebih menarik lagi, acara yang dianjurkan ini seolah –olah memberi nafas baru kepada sektor pelancongan di kawasan tersebut. Sebagai contoh, selain kerancakan sektor pelancon- gan, Langkawi kini amat sinonim dengan acara Langkawi International Maritime Exhibition (LIMA). Manakala, selain dari keindahan pantai, keunikan budaya dan keenakan makanan tra- disi, Terengganu kini lebih sinonim dengan acara Piala Monsun. Selain menyumbang kepada perkembangan ekonomi, sosial, politik dan alam sekitar, acara juga dilihat sebagai penyum- bang kepada pembaharuan destinasi pelancongan itu sendiri. Berikut di senaraikan kekuatan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 187

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Malaysia yang membolehkan sektor pelancongan acara berkembang seiring dengan negara lain. Jadual 1. Kekuatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan acara Ciri – ciri Huraian Lokasi strategik Kedudukan Malaysia ditengah-tengah rantau Asia Pasifik menjadikan Malay- sia menjadikan negara ini sebagai hub bagi negara kebanyakan ASEAN dan Asia untuk menubuhkan ibu pejabat dan pangkalan operasi. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membangun dan dikenali. Kedudukan yang strategik menjadikan Malaysia dikenali dan dipilih menjadi hub bagi acara- acara yang mensasarkan penduduk ASEAN sebagai peserta. Kemudahan yang Disamping lokasi yang strategik, Malaysia telah menyediakan pelbagai ke- sesuai dan bertaraf mudahan khusus untuk menganjurkan acara, contohnya ruang pameran, antarabangsa menaik taraf kemudahan hotel, sistem pengangkutan dan komunikasi. Ia nya adalah menepati standard antarabangsa Rekod prestasi yang Malaysia mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam menganjurkan kukuh beberapa acara diperingkat antarabangsa. Contohnya Malaysia International Furniture Festival (MIFF), Formula One, Malaysia International Halal Show- case (MIHAS) dan Langkawi International Maritime Exhibition. Kejayaan ini menjadi kayu pengukur oleh negara luar untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan acara

Selain kekuatan yang disenaraikan di jadual 1, isu yang sering dikaitkan dengan sektor pelan- congan acara ialah kemampuan untuk memastikan sektor acara tersebut kekal (event sustai- nability) dan berjaya mencapai objektif. Penulis cenderung untuk mentafsirkan acara yang ber- jaya sebagai acara yang mampu mencapai matlamat dan objektif penganjuran, dalam masa yang sama memberikan 3E (experience, enjoyment, excitement) kepada pengunjung. Selain itu, acara yang kekal (event sustainability) pula ditakrifkan sebagai acara yang mampu untuk dian- jurkan berulang kali dengan mencatat pertambahan pengunjung. Keperluan menganjurkan acara secara berulang ulang ialah kerana acara telah terbukti berupaya memberikan kesan positif. Kesan positif tersebut bukan hanya kepada sektor pelancongan, malah memberi kesan kepada komuniti setempat. Banyak kajian membuktikan faedah acara kepada komuniti. Contohnya, acara membolehkan komuniti terlibat dalam penjanaan pendapatan (Abdullah, Patterson, & Pegg, 2016) seperti peluang perkerjaan, menjual produk tempatan (Irshad, 2011) dan menjadi pembekal pengangkutan, tempat tinggal dan sebagainya. Dari aspek sosial, Abdullah, Patterson, dan Pegg (2016) membuktikan bahawa acara mampu meningkatkan kesejahteraan komuniti, ini kerana destinasi yang terpilih sebagai tapak acara akan dinaiktaraf sesuai dengan standard acara tersebut, secara langsung komuniti sebagai permastautin tapak acara tersebut akan mendapat kebaikan daripada usaha menaik taraf kemudahan awam dan sebagainya. Acara yang berjaya dianjurkan juga mampu menaikkan imej destinasi dan komuniti setempat (Liu, 2016). Kim, Uysal dan Sirgy (2013) juga menegaskan bahawa acara mampu memberi peluang kepada pertukaran budaya. Berbalik kepada sektor pelancongan sebagai sektor penting yang menyumbang kepada pendapatan negara, terdapat banyak kajian yang membuktikan kesan positif sektor ini. Antara kesan positif sektor pelancongan ialah meningkatkan peluang pekerjaan sekaligus meningkatkan taraf hidup komuniti (Nunkoo & Ramkissoon, 2012), memulihara budaya (Choi & Murray, 2010), menaikkan imej destinasi pelancongan melalui penambahbaikan kemudahan (Ko & Stewart, 2002) dan membangunkan komuniti kepada status yang lebih baik (Prayag, Hosany, Nunkoo & Alders, 2013). Berdasarkan kesan positif seperti yang disebutkan di atas, ternyata pembangunan sektor pelancongan dan acara adalah signifikan. Jadi untuk lebih memastikan pembangunan sektor ini

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 188

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 kekal , sokongan komuniti adalah sangat penting. Demi untuk menjamin sokongan berterusan, kaedah yang paling sesuai ialah melalui pendedahan akan kebaikan pembangunan ini kepada komuniti. Pendedahan dan penyampaian maklumat yang berkesan harus diberi penekanan agar semua lapisan dalam komuniti faham akan agenda pembangunan dan tidak menganggap pembangunan sebagai penjana pendapatan semata- mata. Bahagian berikut akan membincangkan akan kepentingan komunikasi berkesan yang mana komunikasi berkesan adalah sangat penting dalam membentuk perspektif komuniti terhadap pembangunan pelancongan acara.

KEPENTINGAN KOMUNIKASI BERKESAN Komunikasi adalah proses pertukaran maklumat antara individu melalui kaedah yang pada kebiasaanya difahami oleh kedua- dua pihak, samada melalui bantuan simbol, tanda atau ting- kah laku (Merriam-webster, 2017). Lane (2000) pula menegaskan bahawa komunikasi bukan hanya sekadar pertukaran maklumat, malah ia berkait rapat bagaimana penerima maklumat mentafsirkan maklumat tersebut, yang kebiasaannya penafsiran itu berbeza mengikut konteks, budaya dan saluran penyebaran maklumat tersebut. Tidak terhad kepada individu, komunikasi juga adalah suatu keperluan dalam komuniti untuk bersosial yang mana ia membantu kelanca- ran rutin dalam kehidupan. Kajian sedia ada membuktikan bahawa punca utama kurangnya sokongan komuniti dalam pembangunan pelancongan adalah disebabkan oleh persepsi negatif komuniti terhadap pem- bangunan sektor tersebut (Kayat, Sharif, & Karnchanan, 2013). Untuk meraih sokongan komu- niti, pengusaha sektor dan operator pelancongan acara harus mengubah persepsi negatif ko- muniti dari negatif kepada positif (Stone & Stone, 2011). Antara kaedah yang wajar ialah ko- munikasi berkesan. Limitasi ataupun batas –batas dalam komunikasi menyebabkan proses penyampaian maklumat tidak berkesan dan mesej yang ingin disampaikan tidak sampai kepada komuniti sasaran. Secara asas nya, batas dalam komunikasi berpunca daripada kepelbagaian dan ketidakseragaman maklumat mengenai kesan pelancongan yang mengelirukan komuniti (Taufatofua & Tokotaha, 2002). Terbaharu, George dan Swart (2015) menegaskan bahawa komunikasi berkesan adalah penting untuk mengelakkan salah faham. Manakala, dalam bidang acara, Mueller dan Fenton (1989) menegaskan supaya pengusaha sektor dan operator pelan- congan acara wajib memberi perhatian kepada keberkesanan dalam penyampaian mesej men- genai acara kepada komuniti. Keberkesanan penyampaian mesej mampu mencetuskan sikap positif masyarakat. Sikap positif selalu dikaitkan dengan reaksi positif yang ditunjukkan komu- niti, antaranya ialah menyokong, turut serta dan memaksimakan penglibatan dalam acara. Abdullah, Patterson, dan Pegg (2016) dalam kajian mereka membuktikan bahawa sokongan komuniti dalam proses meganjurkan acara adalah sangat penting. Kajian ini mengambil kira maklumbalas komuniti. Dapatan kajian mendapati bahawa komuniti sendiri mengiakan per- nyataan bahawa mereka akan lebih menyokong acara jika acara yang dianjurkan mengambil- kira pandangan dan idea mereka. Tidak mengambilkira pandangan komuniti menyebabkan mereka menganggap bahawa acara yang dianjurkan bukanlah untuk mereka. Manakala sese- tengah komuniti kekal mempunyai persepsi negatif terhadap acara. Maka melalui penglibatan secara langsung atau tidak langsung komuniti inilah menjadi formula dimana syarikat penguru- san dan penganjuran acara boleh meningkat kan reaksi positif komuniti terhadap acara. Abdullah, Patterson, dan Pegg (2016) juga menegaskan bahawa syarikat pengurusan dan penganjuran acara pada masa hadapan harus memberi penekanan yang menyeluruh terhadap langkah ke arah penyebaran maklumat berhubung perancangan acara. Penyebaran maklumat perlu dilakukan kepada semua pihak berkepentingan terutama komuniti kerena komuniti me- rupakan pihak yang sangat terkesan dengan pembangunan acara dan pelancongan. Antara tindakan yang boleh diambil bagi mencapai tujuan ini ialah dengan memberi kefahaman kepa-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 189

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 da komuniti tujuan acara dianjurkan, kesan positif dan negatif pembangunan acara, peluang penjanaan pendapatan serta peranan yang perlu dimainkan oleh komuniti. Jadual 2 dibawah meringkaskan kepentingan komunikasi berkesan dan kesan jika tiada komunikasi berkesan terhadap pelancongan acara.

Jadual 2: Ringkasan kepentingan komunikasi berkesan dan kesan jika tiada komunikasi berke- san Komunikasi Huraian berkesan Kepentingan  Menyediakan maklumat yang betul dan konsisten kepada orang ramai komunikasi  meningkatkan imej organisasi atau sektor industri yang menghadapi krisis berkesan  Mengukuhkan hubungan antara sesama komuniti dan operator pelancon- gan  Kunci kejayaan dalam membantu operator mencapai matlamat pembangu- nan  Mengekalkan kelestarian pembangunan pelancongan acara Kesan komuni-  Boleh menimbulkan krisis berikutan penerimaan maklumat yang tidak te- kasi tidak pat. Keadaan boleh menjadi semakin makin teruk berikutan pelbagai soalan berkesan provokasi yang akan ditanya oeleh pihak berkepentingan seperti wartawan, pekerja, pemegang saham, pegawai kerajaan dan komuniti

FAKTOR MEMPENGARUHI SOKONGAN KOMUNITI TERHADAP PEMBANGUNAN PELANCONGAN ACARA Sokongan komuniti yang berterusan adalah sangat penting dalam pembangunan pelancon- gan yang berterusan (Lee, 2013). Oleh itu, kefahaman terhadap faktor yang mempengaruhi sokongan komuniti terhadap pembangunan pelancongan acara dapat membantu mempromo- sikan sektor tersebut. Dibawah ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci mengenai faktor- faktor yang mendorong kepada pembentukan sokongan komuniti terhadap sektor pelancon- gan acara negara.

Tahap Penglibatan

Kepercayaan kepada Persepsi pihak berkuasa

sokongan komuniti

Rajah 2. Faktor mempengaruhi sokongan komuniti terhadap pembangunan pelancongan acara

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 190

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

i) Kepercayaan kepada pihak berkuasa Kepercayaan terhadap pihak berkuasa boleh diterjemahkan sebagai perasaan yakin bahawa institusi pemerintahan dan berkuasa tidak akan menyalahgunakan kuasa. Kurang rasa percaya terhadap pihak berkuasa dikalangan komuniti boleh mendorong kepada perasaan tidak berse- tuju dan tidak menyokong rancangan pembangunan yang dirancang oleh pihak berkuasa. Nunkoo dan Ramkissoon (2011) juga menegaskan bahawa kepercayaan juga akan meneutral- kan perasaan tidak selesa dan akan menggalakkan kerjasama yang berkesan. Kepercayaan membentuk perasaan bersangkan baik komuniti terhadap apa jua agenda pembangunan yang dirancang oleh pihak berwajib. Oleh itu, faktor ini dilihat sebagai penting dalam meraih so- kongan komuniti.

ii) Tahap penglibatan komuniti komuniti dalam pembangunan Penglibatan komuniti boleh dikategorikan sebagai interaksi secara formal dan tidak formal komuniti dalam agenda pembangunan. Penglibatan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu; pengliba- tan komuniti dalam perancangan dan pembangunan acara (Molloy, 2002), penglibatan melalui perancangan aktitiviti untuk kumpulan tertentu (Darcy & Harris, 2003) dan juga penglibatan dari segi meraih pendapatan daripada pembangunan (Lade & Jackson, 2004). Kesemua pengli- batan ini adalah secara asasnya menjurus kearah kebaikan bersama kerana tahap penglibatan komuniti dalam pembangunan pelancongan acara akan menentukan sejauhmana pembangu- nan tersebut memberi kesan kepada kehidupan mereka. iii) Persepsi komuniti Keputusan untuk menyokong pembangunan pelancongan acara adalah sangat dipengaruhi oleh tanggapan ataupun persepsi komuniti terhadap kesan pembangunan tersebut. Jika komu- niti melihat bahawa pembangunan pelancongan acara membawa leih banyak manfaat, maka komuniti mungkin menyokong dan akan mengambil bahagian dalam proses pembangunan pelancongan dan acara. Walaubagaimanapun, jika komuniti menganggap bahawa pembangu- nan itu membawa kepada lebih banyak kesan negatif, secara konsepnya komuniti samada akan menolak atau tidak menyokong pembangunan tersebut.

INDIKATOR KEPADA KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PEMBANGUNAN PELANCONGAN

penyediaan dan penyampaian maklumat yang tepat dan jelas

Komunikasi komunikasi terbuka dua hala dimensi untuk mengukur komunikasi berkesan kewujudan Kaedah pelbagai penyampaian rangkaian komunikasi Kadar Kekerapan komunikasi

Rajah 3. Dimensi untuk mengukur komunikasi berkesan Selari dengan perbincangan di awal bab, dapat dirumus bahawa sokongan komuniti dalam pembangunan pelancongan acara hanya boleh diraih melalui komunikasi berkesan. Komunikasi

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 191

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 berkesan pula didorong oleh beberapa dimensi. Dimensi pertama ialah melalui penyediaan dan penyampaian maklumat yang tepat dan jelas. Sebagai pihak yang berkuasa terhadap se- sebuah kawasan pembangunan, pihak berkuasa tempatan (terutamanya Jabatan Pelancongan Negeri) dan juga syarikat pengurusan dan penganjuran acara harus berusaha dan bersedia untuk memberi kefahaman kepada komuniti tentang hala tuju pembangunan pelancongan dan acara. Maklumat yang boleh dikongsi bersama komuniti diantaranya ialah seperti berikut:  matlamat dan objektif pembangunan pelancongan dan acara  informasi terperinci mengenai acara seperti masa, tapak, aturcara program  memberi maklumat tentang peranan komuniti dalam pembangunan pelancongan dan acara  memberi kefahaman kepada komuniti akan kesan positif pembangunan pelancongan terhadap komuniti  dan juga memberi kefahaman akan kesan negatif pembangunan pelancongan dan acara. Pemahaman tentang kesan negatif ini perlu agar komuniti sama-sama memini- makan kesan negatif.

Penyampaian maklumat tentang pembangunan pelancongan acara boleh disampaikan kepada komuniti melalui beberapa kaedah, antaranya;  perbincangan atau mesyuarat secara berkala dengan komuniti setempat  menggunakan media cetak atau elektronik  melantik orang yang berpengaruh dalam kalangan komuniti agar menjadi orang ten- gah  melibatkan komuniti secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan pelan- congan

Dimensi yang kedua pula adalah seperti yang disarankan oleh Abdullah et al., (2016) serta Stone dan Stone (2011). Pengkaji menegaskan bahawa komunikasi dua hala adalah perlu da- lam memastikan agenda pembangunan pelancongan acara berjalan lancar. Contohnya, Hippolyte (2013) telah menjalankan sebuah kajian berkaitan reaksi komuniti terhadap anuge- rah warisan dunia yang telah dianugerahkan UNESCO di kepulausn St. Lucia. Hasil Kajian me- nunjukkan bahawa reaksi komuniti adalah berbeza –beza mengikut kefahaman dan kepentin- gan pembangunan kepada setiap komuniti. Kadar kefahaman yang ada dikalangan komuniti adalah tidak sepadan dengan matlamat UNESCO, iaitu untuk memulihara warisan yang terda- pat di kepulauan St Lucia. Hanya komuniti yang menganggap pengiktirafan tersebut memberi faedah peribadi (seperti peluang pekerjaan dan peluang menambah pendapatan) yang mem- beri reaksi positif terhadap pengiktirafan tersebut. Selebihnya, komuniti yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan tidak memandang pengiktirafan itu sebagai sebuah kebaikan. Hal ini ber- laku kerana kurang komunikasi antara pihak berkuasa dan komuniti di kepulauan tersebut. Penyampaian maklumat tentang kepentingan dan faedah pengiktirafan UNESCO adalah perlu supaya komuniti faham akan pentingnya pemuliharaan warisan. Komuniti perlu didik agar mereka lebih sensitif terhadap usaha kerajaan dalam memulihara warisan bukan hnaya me- numpukan faedah kewangan semata-mata. Ruang untuk komunikasi dua hala adalah perlu supaya komuniti diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses pemuliharaan warisan kerana warisan tersebut adalah kepunyaan komuniti. Dimensi ketiga adalah seiring dengan saranan Chen dan Šegota pada tahun 2015. Mereka menyebut bahawa kewujudan pelbagai rangkaian komunikasi juga membantu proses pem- bangunan pelancongan acara. Ini juga harus diambil kira dalam menentukan keberkesanan komunikasi. Sebagai contoh, untuk proses mempromosi destinasi pelancongan dan acara, ko- muniti boleh memainkan peranan mereka dengan menggunakan kemudahan internet. Internet boleh digunakan sebagai alat untuk mereka berkongsi input positif berkaitan destinasi pem-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 192

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 bangunan pelancongan dan acara. Selain internet, komunikasi melalui media cetak juga mem- beri kesan dalam meningkatkan sokongan komuniti (Ritchie, Shipway, & Chien, 2010). Selain itu, komunikasi melalui pelbagai jenis media seperti berita, melalui jurucakap dan isyarat baha- sa badan berupaya mempengaruhi segmen komuniti yang berbeza dan tidak hanya menumpu- kan kepada sejenis segmen sahaja. Sebagai contoh, jika kita menggunakan internet sahaja, jumlah komuniti yang akses kepada internet adalah terhad. Oleh itu, penggunaan media tam- bahan seperti surat khabar, televisyen dan jurucakap berupaya meningkatkan akses kepada komuniti. Kesannya, kecenderungan untuk mesej yang ingin disampaikan sampai kepada sasa- ran adalah sangat tinggi. Chen dan segota (2015) juga menyatakan bahawa komuniti boleh berkongsi input positif berkenaan pembangunan pelancongan acara menggunakan laman se- sawang, forum pengembaraan dan juga media sosial seperti facebook, instagram dan seba- gainya. Kadar Kekerapan komunikasi juga merupakan elemen penting dalam menentukan persepsi dan sokongan komuniti. Sita dan Mohd Nor (2015) membuktikan pernyataan ini melalui kajian mereka terhadap komuniti di rumah tamu Kampung Benuk, Kuching (KBH). Penyelidik melihat kekerapan komuniti berkomunikasi dengan pelancong berjaya mengubah persepsi komuniti terhadap kesan pembangunan pelancongan dikawasan mereka. Penyelidik mengesyorkan ba- hawa jumlah kekerapan berkomunikasi boleh ditingkatkan melalui perjumpaan secara berkala diantara pengusaha sektor pelancongan dan komuniti yang terlibat. Intipati perjumpaan boleh juga membincangkan tentang kebajikan komuniti, jka kebajikan komuniti diambil kira dalam membangunkan pelancongan di KBH, ini boleh mengubah persepsi komuniti terhadap sektor pelancongan. Dimensi lain yang di sebut oleh Baker, Davis, dan Weaver (2014) ialah Kaedah penyampaian yang sesuai yang mana ia juga menjadi kunci kepada komunikasi berkesan (Baker, Davis, & Weaver, 2014). Sebagai contohnya, dengan menggunakan laras bahasa dan simbol yang sesuai dan boleh difahami oleh orang awam. Contohnya, dalam usaha mengenalpasti reaksi tetamu hotel terhadap amalan hijau di hotel, pengurus hotel harus memikirkan kaedah berkesan untuk menyampaikan mesej tentang amalan hijau kepada tetamu hotel. Jika kaedah komunikasi ada- lah tidak berkesan, maka mesej tentang amalan hijau dihotel tersbeut tidak akan sampai kepa- da tetamu. Jadi, agar sukar untuk tetamu dan komuniti menyokong amalan tersebut. Komunikasi terbuka juga memainkan peranan penting dalam menentukan penglibatan komu- niti dalam agenda pembangunan (Jepson, Clarke, & Ragsdell, 2014). Dalam konteks ini, penulis meihat komunikasi terbuka adalah sebagai keterbukaan penganjur atau pihak berkuasa dalam menerima pandangan komuniti terhadap pembangunan yang akan dijalankan. Setelah dike- laskan sebagai bagai pihak berkentingan primer (Reid, 2006), komuniti juga seharunya diberi ruang untuk menyatakan pendapat berkaitan agenda pembangunan pelancongan dan pengan- juran acara.

STRATEGI UNTUK TRANSFORMASI DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN PELANCONGAN i) Komunikasi pemasaran secara bersepadu (Integrated marketing communication) Komunikasi pemasaran secara bersepadu adalah merupakan teknik terkini dalam amalan ko- munikasi berkesan. Ia ialah pendekatan pemasaran secara menyeluruh atau pun holistic dima- na kebanyakan kaedah komunikasi pemasaran digunakana. Kebiasaannya, pednekatan komu- nikasi pemasaran secara bersepadu ini diguna pakai dalam usaha promosi, dan ditujukan ke- pada pengguna ataupun potensi pelancong. Namun penggunaan kaedah ini yang membawa kepada publisiti meluas mengenai destinasi atau acara tersebut membina suatu jenama atau imej. Justeru komuniti memandang nya sebagai sebuah faedah dimana masyarakat luar sudah menyedari akan kewujudan destinasi pelancongan ditempat mereka. Secara langsung mereka akan terkesan dengan perkembangan positif itu. Kaedah ini juga akan membantu operator untuk memastikan konsistensi mesej utama mengenai sesuatu pelancongan acara , dan me-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 193

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 nyediakan garis panduan pada saluran komunikasi yang akan digunakan untuk melaksanakan strategi. Komunikasi pemasaran juga akan membantu pihak penganjur untuk mewujudkan kesedaran dan penerimaan acara di kalangan pihak berkepentingan. Ini seterusnya akan men- jadi kunci untuk membina hubungan yang saling menguntungkan dan berkekalan di antara pemilik acara dan pemangku kepentingan acara. Komunikasi pemasaran akan memainkan pe- ranan penting dalam memenuhi matlamat dan objektif acara, dengan memastikan komunikasi yang berkesan dengan semua pihak berkepenting.

Komunikasi secara dalaman Memperkasaka Komunikasi dan n media sosial pengurusan sebagai alat inklusif komunikasi

strategi ke Komunikasi arah Pembuat pemasaran transformasi keputusan secara komunikasi secara bersepadu kontemporari demokratik berkesan

Rajah 4. Strategi untuk transformasi dalam konteks pembangunan pelancongan ii) Memperkasakan media sosial sebagai alat komunikasi Di abad ini, media sosial dikatakan sebagai alat paling berkesan (Benea, 2014) dalam komuni- kasi kerana ia boleh mewujudkan peluang baru untuk memajukan dan menarik pengunjung ke destinasi pelancongan acara. Namun, dalam usaha meraih sokongan komuniti juga, media so- sial dan internet juga memainkan peranan yang sangat penting. Penyebaran maklumat yang samada positif atau negatif sangat mempengaruhi persepsi komuniti. Begitu juga jika operator mempromosikan produk pelancongan acara secara atas talian, segala maklumat yang tersebar melalui media sosail juga beruaya mempengaruhi persepsi masyarakat. Ini kerana media sosial membuka ruang kepada setiap orang untuk berkomunikasi dengan sesiapa saja dengan cara yang sangat mudah (Sterne, 2010) dan tanpa pengawasan. iii) Komunikasi secara dalaman Komunikasi dalaman dikaitkan dengan komunikasi antara pengusaha dan komuniti secara te- rus. Menggunakan alat komunikasi tempatan yang boleh dicapai atau diakses oleh komuniti. Contohnya menggunakan saluran yang betul, iaiatu mengunakan radio tempatan, yang pas- tinya didengari oleh semua lapisan masyarakat. Jika komuniti dikawasan tersebut tidak mesra internat, operator juga jangan menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat. Meng- gunakan ketua kampung sebagai orang tengah juga dikatakan sebagai salah satu alternatif yang sesuai. Harus diingat juga bahawa keberkesanan dalam komunikasi juga biasanya dipen- garuhi oleh jantina , tahap pendidikan dan juga pegalaman (Alsarayreh & Al Matarneh, 2013). iv) Komunikasi dan pengurusan inklusif Transformasi ataupun perubahan dalam pengurusan pembangunan adalah perlu. Disarankan agar pihak pengurusan pembangunan destinasi pelancongan dan syarikat pengurusan dan penganjuran acara mempraktikkan struktur komuniksi inklusif. Pengurusan inklusif terbahagi kepada dua, iaitu; pertama memasukan komuniti sebagai sebahagan daripada pasukan peran-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 194

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 cang pembangunan. Kedua ialah dengan memberi tanggungjawab kepada komuniti. Melalui pendekatan ini, komuniti akan digalakakn untuk mengambil tanggungjawab dalam mengu- ruskan pembangunan contohnya komuniti bertindak sebagai penyedia kemudahan pengina- pan. Penduduk yang mempunyai sumber kewangan ataupun modal diberi peluang untuk men- gusahakan program inap desa ataupun chalet. Melalui kaedah ini, komuniti akan merasa lebih dekat dengan program pembangunan. Menggalakkan komuniti untuk menjadi sukarelawan dalam program pembangunan pelan- congan acara juga boleh dianggap sebagai inklusif dimana penganjur mengambilkira sumber tenaga dan kebolehan komuniti dalam menjayakan acara. Apabila komuniti menjadi sebaha- gian daripada penganjur, mereka akan cuba sebaik mungkin untuk berkerjasama kerana keper- cayan yang diberikan oleh syarikat pengurusan dan penganjuran acara adalah angat berharga. v) Pembuat keputusan secara demokratik Perancangan secara koloboratif kini semakin popular dalam merancang pembangunan. Pende- katan ini mengmbilkira pandangan pelbagai pihak berkepentingan. Antara pihak berkepentin- gan yang dimaksudkan termasuklah komuniti. Tindakan ini membuka ruang untuk komuniti memberi respon yang konsisten kepada pihak berkepentingan yang lain di samping membina kredibiliti dan memulihara imej.

KESIMPULAN Dalam usaha memantapkan bidang pelancongan acara sebagai penyumbang kepada pendapa- tan negara serta memperkasakan kualiti kehidupan komuniti, anjakan dalam proses kearah pembangunan tersebut adalah sangat perlu. Seperti yang dibincangkan di atas, komunikasi berkesan adalah kunci kepada usaha untuk mencapai matlamat pembangunan pelancongan acara. Matlamat untuk komunikasi berkesan tercapai apabila proses komunikasi itu sendiri mengambil kira batasan dan limitasi dalam komunikasi. Pengunaan alat komunikasi dan kae- dah penyampaian yang digunakan oleh penyampai maklumat memainkan peranan penting disamping kadar penerimaan juga bergantung pada beberapa faktor yang boleh mempengaru- hi kadar penerimaan maklumat terutamanya dikalangan komuniti. Antara faktor tersebut ialah umur, tahap pendidikan dan juga pengalaman. Secara tepatnya, komunikasi berkesan perlu diselaraskan dengan keadaan semasa dimana operator harus melakukan pembaharuan dan anjakan sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa.

RUJUKAN Abdullah, N. H., Patterson, I., & Pegg, S. (2016). Community engagement in an international sailing event: the Monsoon Cup in Malaysia. International Journal of Culture, Tourism and Hospitality Research, 10(2), 161–172. http://doi.org/10.1108/IJCTHR-07-2015-0074 Alsarayreh, M. N., & Al Matarneh, A. J. (2013). Communication problems among tourists and community form the tourist perspective: A case study form karak governorate. Tourismos, 8(1), 19–34. Ap, J. (1992). Residents’ perceptions on tourism impacts. Annals of Tourism Research, 19(4), 665–690. Retrieved from http://doi.org/10.1016/0160-7383 (92)90060-3. Baker, M. A., Davis, E. A., & Weaver, P. A. (2014). Eco-friendly Attitudes, Barriers to Participation, and Differences in Behavior at Green Hotels. Cornell Hospitality Quarterly, 55(1), 89–99. http://doi.org/10.1177/1938965513504483 Benea, I. A. (2014). Influences of social media on the tourism and hospitality industry. (Unpublished bachelor degree thesis). Modul Vienna University. Bowen, L. (2009). Communication within the Tourism industry in Hong Kong, 1–158. Castells, M. (2011). A network theory of power. International Journal of Communication, 5(1),

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 195

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

773–787. http://doi.org/1932–8036/20110773 Chen, N., & Šegota, T. (2015). Resident attitudes, place attachment and destination branding: a research framework. Tourism and Hospitality Management, 21(2), 145–158. http://doi.org/10.20867/thm.21.2.3 Choi, H. C., & Murray, I. (2010). Resident attitudes toward sustainable community tourism. Journal of Sustainable Tourism, 18(4), 575–594. http://doi.org/10.1080/09669580903524852 Communication (2017). In Merriam-Webster Online Dictionary. Retrieved July 28, 2017, from http://www.merriam-webster.com/dictionary/communicatio Darcy, S. & Harris, R. (2003). Inclusive and accessible special event planning. Event Management, 8(1), 39-47. George, R., & Swart, K. (2015). Tourists’ perceptions of London, United Kingdom (UK), as a safe host city during the 2012 Olympic Games. Journal of Travel & Tourism Marketing, 32(8), 1117–1132. http://doi.org/10.1080/10548408.2014.962723 Hippolyte, V. C. (2013). World heritage status, governance and perception in the pitons management area, St. Lucia. (ProQuest Dissertations and Theses). Retrieved from http://ezproxy.msu.edu/login?url=http://search.proquest.com/docview/1477862247?acc ountid=12598\nhttp://za2uf4ps7f.search.serialssolutions.com/?ctx_ver=Z39.88- 2004&ctx_enc=info:ofi/enc:UTF- 8&rfr_id=info:sid/ProQuest+Dissertations+&+Theses+Global&rft_val_f Irshad, H. (2011). Impacts of community events and festivals on rural places. Retrieved from http://www1.agric.gov.ab.ca/$Department/deptdocs.nsf/all/csi13702/$FILE/Community- events-and-festivals.pdf. Jepson, A., Clarke, A., & Ragsdell, G. (2014). Integrating “self-efficacy” theory to the Motivation-Opportunity-Ability (MOA) model to reveal factors that influence inclusive engagement within local community festivals. International Journal of Event and Festival Management, 5(3), 219–234. http://doi.org/10.1108/IJEFM-11-2013-0027 Jie, Y., Yingkan, G., & Ping, H. (2010). A structural equation model of residents’ support for mega event. Chinese Journal of Population Resources and Environment, 8(1), 71–80. http://doi.org/10.1080/10042857.2010.10684968 Kayat, K., Sharif, N. M., & Karnchanan, P. (2013). Individual and collective impacts and residents’ perceptions of tourism. Tourism Geographies, 15(4), 640–653. http://doi.org/10.1080/14616688.2012.762690 Kim, K., Uysal, M., & Sirgy, M. J. (2013). How does tourism in a community impact the quality of life of community residents? Tourism Management, 36, 527–540. Retrieved from http://doi.org/10.1016/j.tourman.2012.09.005 Ko, D.W. & Stewart, W.P. (2002). A structural equation model of residents’ attitudes for tourism development. Tourism Management, 23(5),521-30 Lade, C., & Jackson, J. (2004). Key success factors in regional festivals: Some Australian experiences. Event Management, 9 (1/2), 1-11 Lahap, J., O’Mahony, B., & Dalrymple, J. (2016). The importance of communication in improving service delivery and service quality in the malaysian hotel industry. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 224(August 2015), 213–220. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2016.05.446 Lane,C. (2000) ‘Introduction: Theories and Issues in the Study of Trust’, in C. Lane and R. Bachman (eds),Trust within and between Organizations: Conceptual Issues and Empirical Applications.Oxford: Oxford University Press, pp. 1–30. Latkova, P., & Vogt, C. A. (2012). Residents’ Attitudes toward existing and future tourism de- velopment in rural communities. Journal of Travel Research, 51(1), 50–67. Retrieved from http://doi.org/10.1177/0047287510394193.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 196

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Lee, T. H. (2013). Influence analysis of community resident support for sustainable tourism development. Tourism Management, 34, 37–46. http://doi.org/10.1016/j.tourman.2012.03.007 Liu, D. (2016). Social impact of major sports events perceived by host community. International Journal of Sports Marketing and Sponsorship, 17(1), 78–91. http://doi.org/10.1108/IJSMS- 02-2016-005 Marra, F. (1998). Crisis communication plans: Poor predictors of excellent crisis public relations. Public Relations Review, 24 (4): 461-474. Molloy, J. (2002). Regional Festivals : A look at community support, the isolation sources. The Journal of Tourism Studies, 13(2), 2–15. Mueller, W. & Fenton, M. (1989), 'Psychological and community issues', in G. Syme, B. Shaw, D. Fenton & W. Mueller (eds), The Planning and Evaluation of Hallamark Events, Ashgate Publishing, Aldershot, UK, pp. 274-85 Nunkoo, R. (2012). Political economy of tourism: Residents’ power, trust in government, and political support for development (Unpublished doctoral dissertation). University of Wa- terloo. Retrieved from https://uwspace.uwaterloo.ca/handle/10012/7131 Nunkoo, R., & Ramkissoon, H. (2011). Developing a community support model for tourism. Annals of Tourism Research, 38(3), 964–988. Retrieved from http://doi.org/10.1016/j.annals.2011.01.017. Prayag, G., Hosany, S., Nunkoo, R., & Alders, T. (2013). London residents’ support for the 2012 Olympic Games: The mediating effect of overall attitude. Tourism Management, 36, 629– 640. http://doi.org/10.1016/j.tourman.2012.08.003. Reid, G. (2006). The politics of city imaging: A case study of the MTV Europe Music Awards in Edinburgh 03. Event Management, 10(1), 35–46. Ritchie, B. W., Dorrell, H., Miller, D., & Miller, G. A. (2003). crisis communication and recovery for the tourism industry: Lessons from the 2001 foot and mouth disease outbreak in the United Kingdom. UK Journal of Travel and Tourism Marketing, 15(3), 199 – 216. http://doi.org/10.1300/J073v15n02_11 Ritchie, B. W., Shipway, R., & Monica Chien, P. (2010). The role of the media in influencing residents’ support for the 2012 Olympic Games. International Journal of Event and Festival Management, 1(3), 202–219. http://doi.org/10.1108/17852951011078014 Sita, S. E. D., & Mohd Nor, N. A. (2015). Degree of contact and local perceptions of tourism impacts: A case study of homestay programme in Sarawak. Procedia - Social and Behavioural Sciences, 211, 903–910. Retrieved from http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.11.119. Sterne, J. (2010). Social media metrics. 1st ed. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc. Stone, L. S., & Stone, T. M. (2011). Community-based tourism enterprises: challenges and prospects for community participation; Khama Rhino Sanctuary Trust, Botswana. Journal of Sustainable Tourism, 19(1), 97–114. http://doi.org/10.1080/09669582.2010.508527 Taufatofua, L., & Tokotaha, W. H. (2002). Communicating Effectively With Tourists. Tourism Malaysia. (2017). Tourism Malaysia-Statstics. Retrieved July 26, 2017, from. http://corporate.touris~n.gov.my/research.asp?page=factsfigures Winkle, C.M.V., & Woosnam, K. M. (2014). Sense of community and perceptions of festival social impacts. International Journal of Event and Festival Management, 5(1), 22–38. http://doi.org/10.1108/IJEFM-01-2013-0002 Yeoman, I. (2008). Tomorrow’s Tourist: Scenarios and Trends. Elsevier Publications. Zamzuri, N. H., Nordin, N. A., Ainun, N., Atory, A., & Raja, R. M. (2011). The influence of Event Destination Attributes towards Social Impact, 24, 102–105.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 197

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

KONSEP KECEKAPAN KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA DARI PERSPEKTIF PELAJAR

1 2 3 4 Syarizan Dalib , Minah Harun , Norhafezah Yusof & Mohd Khairie Ahmad 1 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 2 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 3Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 4Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Banyak kajian telah dijalankan dalam bidang kecekapan komunikasi antara budaya namun kebanyakannya berasaskan pengalaman di negara barat. Bagaimanapun, perspektif kecekapan komunikasi antara budaya dari barat dikatakan kurang relevan untuk menggambarkan persekitaran di tempat lain. Justeru, perlu ada kajian yang meneliti konsep kecekapan komunikasi antara budaya dalam konteks Malaysia. Data kajian diperoleh mengguna- kan kaedah kumpulan fokus dengan pelajar sarjana muda yang terpilih dari tiga buah universiti di bahagian utara Malaysia. Hasil kajian menunjukkan kecekapan komunikasi antara budaya memerlukan tiga tema utama iaitu pembelajaran norma budaya, sensitiviti budaya dan kebolbahasa. Kajian ini memberikan perspektif yang dapat menyumbang kepada penelitian semula konsep kecekapan komunikasi antara budaya baharu dari konteks Malay- sia.

Kata kunci: kecekapan komunikasi antara budaya, pengalaman antara budaya, perspektif Malaysia, perspektif Barat dan pelajar.

PENGENALAN Kepelbagaian budaya di tempat kerja mahupun dalam struktur masyarakat kini telah mewu- judkan keperluan terhadap kecekapan komunikasi antara budaya. Banyak kajian telah dilaku- kan dalam bidang kecekapan komunikasi antara budaya, namun kebanyakannya datang dari perspektif Barat. Justeru, kajian kecekapan komunikasi antara budaya perlu lebih banyak dila- kukan dalam konteks budaya Asia (lihat cth; Dalib, 2014). Berpandukan keperluan ini, kajian ini meneroka konsep kecekapan komunikasi antara budaya dari perspektif pelajar.

PENGERTIAN KECEKAPAN KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA Perkembangan bidang kecekapan komunikasi antara budaya menunjukkan bahawa konstruk ini bukan sahaja mempunyai definisi yang pelbagai, malah ia juga mempunyai terminologi yang pelbagai (lihat Bennett, 2009). Walau bagaimanapun, Liu (2012) menyatakan bahawa istilah keberkesanan (effectiveness) dan kesesuaian (appropriateness) membentuk konsep asas kece- kapan komunikasi antara budaya. Keberkesanan merujuk kepada kejayaan mencapai matlamat

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 198

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 dan kepuasan yang diingini (Parks, 1994). Dalam kebanyakan model Barat, konsep keberkesa- nan ditumpukan kepada keupayaan seseorang individu untuk mengawal sesuatu situasi dan objektif sendiri (Chen, 2009; Parks, 1994). Menurut Parks (1994), konsep kawalan individu ini merujuk kepada kebolehan individu berkenaan untuk mempengaruhi hasil komunikasi bagi mencapai matlamat peribadi. Kesesuaian pula merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengikut norma, peraturan dan jangkaan sosial (Spitzberg & Cupach, 1984). Lustig dan Koester (2010) menyatakan bahawa seseorang perlu mengenalpasti peraturan dalam sesuatu situasi untuk mencapai kesesuaian komunikasi. Pengetahuan tentang perlakuan komunikasi yang dibenarkan dan tidak dibenarkan memberikan gambaran sama ada perlakuan seseorang boleh diterima dalam sesuatu situasi. Komunikator yang kompeten dilihat sebagai individu yang bo- leh mengawal dan mengkoordinasi perelakuan mereka untuk mencapai matlamat peribadi serta menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi. Selain kriteria kesesuaian dan keberkesanan, kecekapan komunikasi antara budaya memerlukan komponen motivasi, pengetahuan dan kemahiran (Spitzberg & Changnon, 2009). Menurut Spitzberg (2012), motivasi bermaksud kecenderungan yang ada pada diri individu terhadap sesuatu perkara. Pengetahuan bermaksud kebolehan untuk mendapatkan dan me- mahami informasi. Kemahiran pula merujuk kepada kebolehan melaksanakan pengetahuan dalam bentuk tindakan untuk mencapai matlamat. Berdasarkan beberapa definisi yang wujud dalam sorotan karya, kajian oleh Deardorff (2006) boleh dijadikan sebagai panduan asas dalam memahami konstruk kecekapan komunikasi antara budaya. Dalam pendekatan grounded theory yang telah dilaksanakan oleh Deardorff, kecekapan komunikasi antara budaya ditakrif- kan sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara berkesan dan bersesuaian dalam situasi antara budaya berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan sikap individu. Perspektif barat sememangnya dapat membantu kita memahami konsep kecekapan komunikasi antara budaya. Bagaimanapun, terdapat kritikan tentang implikasi budaya yang boleh mempengaruhi kajian. Hofstede (1997) menunjukkan bahawa apabila para sarjana barat membina teori, isu yang dikenalpasti adalah isu yang relevan dalam konteks masyarakat. Bera- saskan kenyataan ini, perspektif barat telah menerima kritikan dari segi aplikasi dalam konteks masyarakat Asia (cth., Chen & Miike, 2006; Dalib, 2014; Dalib, Harun & Yusoff, 2014; Miike, 2007). Kebanyakan kritikan menunjukkan orientasi barat didapati berbeza dengan nilai budaya masyarakat di Asia (Chen, 2009a; Chen & Miike, 2006; Miike, 2007, 2010a, 2012b). Chen dan Starosta (2003) menyatakan bahawa konsep kendiri kebanyakan masyarakat Asia lebih ter- tumpu kepada aspek hubungan. Ini bermaksud masyarakat Asia melihat diri mereka sebagai individu yang mempunyai rasa kebergantungan yang harmoni diantara satu sama lain. Amalan komunikasi masyarakat Asia yang lebih tertumpu kepada aspek hubungan mempengaruhi perspektif mereka terhadap konsep kecekapan komunikasi. Beberapa kajian kecekapan komu- nikasi dalam konteks budaya Asia menunjukkan bahawa kebanyakan analisis unit bagi konstruk ini lebih menekankan faktor hubungan berbanding individu. (cth., Dalib, 2014; Dalib, Harun & Yusoff, 2014; Yeh, 2010; Yum, 2012; Xiao & Chen, 2009). Sebagai contoh, perspektif Korea me- nunjukkan bahawa keberkesanan komunikasi bukanlah berdasarkan pencapaian matlamat individu tetapi lebih kepada keupayaan individu berkenaan untuk membina dan mengekalkan hubungan dengan orang lain (Yum, 2012). Dengan mengambil kira dominasi perspektif barat, penelitian terhadap konsep kece- kapan komunikasi dalam konteks Malaysia haruslah dilaksanakan. Usaha ini bukan sahaja da- pat menyumbang kepada konsep kecekapan komunikasi yang baharu, ia juga memberi peluang kepada penambahbaikan model kecekapan komunikasi antara budaya.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 199

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

PENEROKAAN KECEKAPAN KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA: TINJAUAN PERSPEKTIF PELAJAR

Malaysia boleh dijadikan sebagai satu lokasi kajian yang menarik untuk mengkaji konsep kece- kapan komunikasi antara budaya. Kepelbagaian budaya di negara ini dapat dilihat terutamanya di institusi pengajian tinggi. Sejak Kementerian Pengajian Tinggi mempromosi pendidikan tinggi Malaysia di peringkat antarabangsa, aktiviti ini telah mendorong kehadiran pelajar antarabang- sa yang ramai bukan sahaja dari rantau Asia Tenggara, malah dari Timur Tengah dan Afrika (Singh, 2012; Zuria et. al, 2010). Kewujudan pelajar antarabangsa disamping pelajar tempatan dilihat meningkatkan kepelbagaian budaya di universiti di Malaysia. Memandangkan terdapat kemungkinan pelajar tempatan berinteraksi antara satu sama lain, persekitaran kampus boleh dilihat sebagai lokasi kajian yang sesuai untuk meneroka pengalaman antara budaya pelajar. Justeru, persoalan kajian berikut dirangka:

Bagaimana pelajar memahami kecekapan komunikasi antara budaya berasaskan pengalaman interaksi mereka?

Kaedah Kajian Kajian ini melibatkan tiga buah universiti di bahagian utara Malaysia iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Perlis (uniMAP). Responden kajian ini merupakan pelajar program sarjana muda di universiti berkenaan yang mempunyai pengalaman berinteraksi dengan pelajar antarabangsa di dalam kampus. Kajian ini menggunakan kumpulan fokus. Seramai lima belas orang responden telah ditemubual. Kebanyakan responden berinteraksi dengan pelajar di dalam kelas atau di asrama penginapan mereka. Jadual 1 menunjukkan profil responden bagi kajian ini:

Jadual 1. Profil responden kajian Kumpulan Responden Etnik Jantina Program Semester fokus Pengajian

Kumpulan Responden 1 (R1) Melayu Lelaki Komunikasi 8 Fokus 1 Responden 2 (R2) Melayu Lelaki Komunikasi 7 (KF1) Responden 3 (R3) Cina Perempuan Sains Sosial 5 Responden 4 (R4) Cina Perempuan Komunikasi 7 Responden 5 (R5) Melayu Perempuan Senireka 5 Responden 6 (R6) Cina Lelaki Biologi 5 Kumpulan Responden 7 (R7) Melayu Lelaki Komunikasi 6 Fokus 2 Responden 8 (R8) Cina Lelaki Komunikasi 10 (KF2) Responden 9 (R9) Melayu Perempuan Komunikasi 10 Responden 10 (R10) Indian Perempuan Komunikasi 4 Responden 11 (R11) Melayu Lelaki Komunikasi 4 Kumpulan Responden 12 (R12) Melayu Perempuan Komunikasi 6 Fokus 3 Media Baharu (KF3) Responden 13 (R13) Melayu Perempuan Komunikasi 6 Media Baharu Responden 14 (R14) Melayu Perempuan Komunikasi 6 Media Baharu Responden 15 (R15) Melayu Lelaki Komunikasi 4 Media Baharu

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 200

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Dari segi struktur temubual, kajian ini menggunakan model piramid oleh Deardorff (2006) sebagai kerangka teori yang memandu soalan kajian. Bagaimanapun, penyesuaian dibuat ber- dasarkan kajian lepas yang membolehkan pengkaji meneroka perspektif pelajar. Dalam temu- bual yang dijalankan, responden kajian diminta mengingati beberapa situasi dimana mereka berinteraksi dengan pelajar antarabangsa dan pengertian mereka terhadap komunikasi yang berkesan. Kajian ini menggunakan perisian NVIVO 10 untuk pengurusan data. Data dikategori- kan berasaskan pengalaman pelajar dan tema yang dikenalpasti kemudiannya dibandingkan dengan model Deardoff (2006).

DAPATAN KAJIAN Analisis data menunjukkan tiga tema utama yang menjelaskan perspektif responden terhadap kecekapan komunikasi antara budaya iaitu: (i) pembelajaran norma budaya, (ii) sensitivity bu- daya dan (iii) kebolehan bahasa.

Tema 1: Pembelajaran norma budaya Responden kajian menceritakan pengalaman antara budaya mereka. Hasil pengalaman berkenaan, mereka menyatakan pengalaman yang diperoleh memberi pemahaman tentang peraturan (norma) interaksi yang didapati berbeza dengan budaya lain.Berasaskan pengalaman yang telah dikongsi oleh responden berkaitan perbezaan budaya, responden berpendapat bahawa kecekapan komunikasi mesti bermula dengan keinginan untuk mempelajari perbezaan norma budaya. Sebagai contoh, responden dalam kumpulan fokus 2 berkongsi pengalaman memahami perlakuan pelajar antara bangsa yang dianggap sebagai “tidak boleh diterima” dalam budaya orang Malaysia. Perbincangan responden juga menunjukkan kepentingan mempelajari budaya orang lain yang boleh membantu pembinaan hubungan yang positif: P= Penyelidik R= Responden

R5:Kalau kata pengalaman saya dekat universiti ini baru mula tak rasmi dengan orang daripa- da luar negaralah… bagi saya ialah bila saya join silat UUM, silat olahraga pada semester per- tama saya wakil uum untuk ke Thailand tournament P: Ok R5: jadi kat situlah saya dapat komunikasi lepas pada balik tournament. saya mengetuai pasu- kan silat untuk pengambilan ahli baru , dekat situ saya buka keahlian kepada orang luar nega- ra sekali dengan master, phd kat sini dan semester lepas ada seorang Nigeria P : Masuk silat? R5: Haah, masuk silat P : Silat apa? R5: Silat olahraga, untuk atlet P : Oooo, dia bkn silat gayung kan.. dia memang khas olahraga… R5: dia macam…dia bukan silat gayung dia fokus untuk pergi tournament ja P : ooooo..yang dia punya trainer? R5: Trainer dia orang luar. Pastu bila dibawa masuk diaorang macam ada malu segan lagi, macam diaorang tak faham apa benda ni silat. Disitulah saya mula komunikasi dengan mereka (Nigeria) dan ada budaya yang… saya sendiri pun…. sebab baru belajar… saya tak tahu ma- cam mana balas balik… sebab mereka kalau berjalan.. lelaki dengan lelaki… mereka suka pe- gang tangan. Jadi ada satu malam tu… balik daripada latihan… kawan Nigeria saya pegang tangan saya, saya macam (ketawa)... P : Nigeria? R5: Haaa, Nigeria. P: Dia pegang tangan jugak ya, saya ingat Arab sahaja (ketawa).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 201

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

R5: Ya, dia pegang tangan pastu sambil borak borak macam biasa, jadi saya buat biasa (keta- wa) R1 : Kita dengar dia (orang Nigeria) pegang tanganlah apa tu semua tu kan , hmmmm, sebab kita tak tahu budaya mereka macam mana, dan kita belajar budaya mereka… P: Okay.. R1: kita cuba tanya… pastu kongsi bersama perbezaan budaya..cuba bina hubungan baik.. baru kita ada tanggapan positif.

Tema 2: Sensitiviti budaya

Responden menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan perkara-perkara yang me- merlukan sensitiviti budaya. Sebagai contoh, responden dalam kumpulan fokus 1 berkongsi pengalaman mengenai topik perbualan dengan pelajar bangsa yang memerlukan sensitiviti terhadap kepercayaan agama dan kebiasaan masyarakat malaysia:

R6: Antara cabaran bila berinteraksi dengan pelajar antarabangsa ialah bila mereka tanya tentang kepercayaan agama. Sesetengah mereka ada yang beragama Kristian, Yahudi, Athe- ist… mereka tidak percaya kepada kewujudan tuhan tetapi fakta saintifik. Bila mereka tanya saya..saya jawab saya beragama kristian. Kemudian mereka tanya “kenapa saya percayakan tuhan?” R5: Mereka juga ada tanya saya “kenapa wanita muslim mesti berhijab? Yang paling menarik mereka tanya “bagaimana kehidupan orang Islam (di Malaysia)? R: Jadi, apa perasaan anda? R5: Saya tak rasa marah… sepanjang tiga tahun saya disini (kampus), bila ada perbualan sebe- gini..err..saya nak mereka ikut agama saya.. lebih kepada… R: Perkongsian? R5: Perkongsian… ya. R: Menarik. Bagaimana dengan yang lain? Ada cabaran seperti rakan kita (R5 & R6)? R2: Ya. Kadang-kadang, mereka (pelajar antarabangsa) bertanya tentang ‘Malaysian time’. Ianya satu cabaran kepada mereka. R1:. Malaysia ni.. kalau bab pengurusan masa..maaf cakap. Kalau kita janji nak jumpa pada masa tertentu, belum tentu tepat. Dah jadi budaya kita. Jadi, kalau kita janji nak jumpa pelajar antarabangsa dan beritahu sekian masa, mereka akan tanya kita balik…‘Malaysia time?’(ketawa). Tema 3: Kebolehan bahasa Hasil analisis data mendapati faktor bahasa menjadi perkara yang menjadi perhatian responden apabila mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, responden dalam kumpulan fokus 1 melihat kebolehan berbahasa (terutamanya dalam Bahasa Inggeris) penting dalam membina hubungan dengan pelajar antarabangsa: P: Cuba ingat kembali bagaimana anda berinteraksi dalam situasi seharian sebagai pelajar di kampus. Mungkin anda jumpa pelajar antarabangsa setiap hari. Sesiapa sahaja dalam kumpulan ini boleh mulakan. R5: Adakah ia berkaitan dengan cara kami bercakap dengan mereka? Berapa lama kami bercakap?

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 202

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

P: Ya, berapa kerap anda berinteraksi, bila masa anda berinteraksi, adakah anda yang mulakan percakapan dengan mereka, berapa lama anda bercakap.. R6: Saya merupakan sukarelawan pelajar di pejabat mobiliti antarabangsa di kampus ini. Jadi, memang setiap hari saya berinteraksi dengan pelajar antarabangsa. Mereka akan datang ke pejabat untuk memohon bantuan dan biasanya saya akan tanya “apa yang boleh saya bantu” dan biasanya begitulah interaksi kami bermula. R1: Saya pelajar dan juga staf kontrak di kampus ini di pejabat visa pelajar. Jadi, setiap hari saya berurusan dengan pelajar antarabangsa untuk pembaharuan visa. Saya berurusan dengan pelajar sarjana muda. Kebanyakannya datang dari China. P: Jadi, kebanyakan masa kamu menggunakan bahasa Inggeris? RP1: ya R: Bila kamu berinteraksi dengan mereka (pelajar antarabangsa dari Cina), bagaimana kamu berinteraksi? R3: Aksen mereka tidak sama seperti kami, jadi kami perlu ubah aksen kami untuk mereka faham. R6: Kalau saya, saya tahu bahasa Thailand (sebagai bahasa ketiga) sedikit. Jadi, kalau ada pelajar dari Thailand, saya cuba guna bahasa Thailand. Itu saja cara untuk perbaiki bahasa saya. Jadi, bila ada pelajar Thailand, saya akan cuba bercakap bahasa mereka. R5: Pandangan saya, kalau interaksi dengan pelajar antarabangsa, bahasa utama tentulah bahasa Inggeris. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kebolehan kita untuk menyesuaikan penggunaan bahasa apabila berinteraksi. Macam contoh, bila saya berkomunikasi dengan pelajar dari Jepun. Mereka kurang keupayaan untuk bercakap dalam bahasa Inggeris berbanding pelajar dari Eropah. Jadi, saya perlu perlahankan cara saya bercakap dan guna perkataan asas sahaja.

PERBINCANGAN Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut: Bagaimana pelajar memahami kecekapan komunikasi antara budaya berasaskan pengalaman interaksi mereka? Tiga tema utama telah dikenalpasti dari kajian ini iaitu pembelajaran budaya, sensitiviti budaya dan kebolehan bahasa. Tema “pembelajaran norma budaya” menonjolkan pengalaman responden mempelajari peraturan (norma) budaya yang berbeza dalam perlakuan komunikasi. Seperti yang telah ditunjukkan dalam hasil kajian, perbuatan memegang tangan dalam kalangan kaum lelaki dilihat sebagai perbuatan yang ‘tidak boleh diterima’ dalam masyarakat Malaysia tetapi dilihat sebagai satu perlakuan biasa bagi orang Nigeria. Tafsiran tentang perlakuan komunikasi menunjukkan perbezaan peraturan budaya. Hasil kajian ini mempunyai dimensi kesesuaian (appropriateness) yang merujuk kepada persoalan perlakuan yang boleh diterima atau yang tidak boleh diterima dalam interaksi sosial sesebuah budaya (Deardorff, 2006). Berbeza dengan kebanyakan model barat yang melihat kecekapan komunikasi sebagai konsep yang tertumpu kepada seseorang individu (Spitzberg & Changnon, 2009), perspektif responden juga menunjukkan perhatian mereka kepada aspek pembinaan hubungan. Hasil kajian ini menunjukkan satu perspektif yang menarik. Pemahaman responden terhadap kecekapan komunikasi antara budaya mempunyai persamaan dengan nilai saling bergantungan dan hubungan yang didapati penting dalam kebanyakan budaya Asia (cth., Miike, 2012; Yum, 2012; Zaharna, 2009). Berasaskan kepentingan pemahaman budaya, hasil kajian juga menunjukkan dimensi keberkesanan (effectiveness) berbeza dengan perspektif barat. Dalam konteks ini, matlamat komunikasi berubah dari pencapaian matlamat seseorang individu kepada pembinaan hubungan. Hasil kajian ini mempunyai persaman dengan perspektif kajian dalam beberapa budaya Asia yang menunjukkan aspek hubungan merupakan matlamat utama dalam komunikasi kemanusiaan (cth., Chen & Starosta, 2003; Chen & Miike, 2006; Miike, 2010, 2012).

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 203

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Tema “sensitiviti budaya” menunjukkan perspektif responden bahawa seseorang itu perlu mempunyai sensitiviti dalam interaksi antara budaya. Penemuan hasil kajian ini menyokong kajian lepas yang menunjukkan kepentingan sensitiviti budaya sebagai salah satu komponen utama dalam kecekapan komunikasi antara budaya (cth: Deardorff, 2009). Secara lebih spesifik, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungkait antara sensitiviti budaya dan faktor agama dalam konteks masyarakat Malaysia. Kajian ini menyokong kenyataan Shamsul (1996) bahawa agama memainkan peranan penting dalam kehidupan kebanyakan masyarakat Malaysia dimana kepercayaan agama membentuk sebahagian besar konsep diri mereka. Dalam konteks inilah sensitivity sangat penting untuk mencapai kecekapan komunikasi antara budaya. Penekanan yang diberikan kepada sensitiviti budaya terutamanya dari aspek agama memberi implikasi yang signifikan kepada konsep kecekapan komunikasi antara budaya. Walaupun adaptasi adalah komponen penting dalam mencapai kecekapan komunikasi (Deardoff, 2006), ianya bukanlah satu-satunya kaedah untuk menjadi kompeten. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sensitiviti budaya membolehkan responden mengekalkan identiti agama mereka dalam mencapai kecekapan komunikasi antara budaya. Tema “kebolehan bahasa” menunjukkan dapatan yang menarik tentang peranan bahasa yang sering dipinggirkan dalam kebanyakan model barat (Fantini, 2009). Lustig dan Koester (2010) menyatakan kesedaran tentang peranan bahasa timbul apabila bahasa menjadi faktor penghalang dalam interaksi. Bertepatan dengan kenyataan ini, kajian ini memberi gambaran tentang pengalaman responden berkaitan bahasa. Pengalaman sebegini menimbulkan kesedaran mereka terhadap kepentingan bahasa dalam kecekapan komunikasi antara budaya. Tambahan lagi, memandangkan hasil kajian mendapati responden berhadapan dengan aksen bahasa yang pelbagai dalam penggunaan Bahasa Inggeris, hasil kajian ini menunjukkan pengaruh elemen budaya terhadap bahasa. Baker (2011) menyatakan bahawa apabila komunikator berinteraksi dalam bahasa yang didapati asing bagi kedua-dua belah pihak, pertuturan akan dipengaruhi oleh bahasa asal mereka. Justeru, bagi membolehkan kelancaran interaksi, ianya memerlukan kesedaran tentang pengaruh budaya dalam pertuturan (Spencer-Oatey & Franklin, 2009). Kesedaran tentang pengaruh budaya terhadap bahasa ini menyumbang kepada satu perspektif yang menarik terhadap dimensi keberkesanan (effectiveness) dalam kecekapan komunikasi antara budaya. Perspektif responden menunjukkan bahawa kecekapan komunikasi antara budaya bukan hanya terletak kepada penguasaan bahasa. Sebaliknya, ia turut melibatkan keupayaan memahami perbezaan aksen dalam komunikasi yang membolehkan responden menguruskan perbezaan bahasa dan budaya. Ketiga-tiga tema yang dikenalpasti menyumbang kepada perspektif kecekapan komunikasi antara budaya. Walaupun hasil kajian menunjukkan persamaan komponen asas kompetensi oleh Deardorff (2006), terdapat dua elemen yang perlu mengambil kira situasi budaya Malaysia. Pertama, kajian ini menunjukkan tumpuan (locus) kecekapan komunikasi antara budaya berbeza dengan barat. Jika perspektif barat lebih tertumpu kepada melihat kecekapan komunikasi sebagai kebolehan individu, kajian ini menunjukkan konsep kecekapan komunikasi lebih tertumpu kepada faktor pembelajaran budaya dan pembinaan hubungan. Kedua, memandangkan kajian ini meneroka pengalaman antara budaya responden, pengalaman mereka menunjukkan isu perbezaan perlakuan komunikasi, bahasa dan agama. Kesemua isu yang dinyatakan ini kurang ditonjolkan dalam model barat. Justeru, kajian ini memberi pemahaman baru tentang pengertian kecekapan komunikasi apabila ianya mengambilkira pengalaman responden yang berbilang bahasa dalam persekitaran kampus di Malaysia.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 204

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

KESIMPULAN Kajian ini menyumbang kepada perspektif kecekapan komunikasi antara budaya yang lahir dari pengalaman responden berinteraksi dengan pelajar antarabangsa dalam persekitaran kampus. Secara umumnya, kajian menunjukkan persamaan dari segi definisi asas kecekapan komunikasi yang membolehkan pemahaman yang bersifat universal terhadap konstruk ini. Bagaimanapun, faktor khusus seperti budaya dan bahasa menjadi elemen unik yang perlu diberi perhatian dalam meneliti kecekapan komunikasi antara budaya dalam konteks Malaysia. Kajian ini memberi fokus kepada pengalaman antara budaya responden dan ianya tidak melihat kepada proses interaksi yang berlaku dalam situasi yang sebenar. Justeru, kajian lanjut boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian terhadap situasi sebenar dimana interaksi sebenar berlaku. Kajian seperti ini dapat membantu memahami bagaimana individu berbeza budaya menguruskan perbezaan mereka dengan berkesan. Hasil kajian ini juga dapat membantu para pengkaji mencadangkan komponen perlakuan komunikasi yang berkesan dalam situasi interaksi antara budaya yang sebenar.

PENGHARGAAN Kajian ini dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui Fundamental Research Grant Scheme (Kod S/O:13245).

RUJUKAN Baker, W. (2011). Intercultural awareness: modelling an understanding of cultures in intercul- tural communication through English as a lingua franca. Language and Intercultural Com- munication, 11(3), 197-214. Bennett, J. M. (2009). Cultivating intercultural competence. In D. K. Deardorff (Ed.), The SAGE handbook of intercultural competence. Thousand Oaks, CA: Sage. Bird, A., & Osland, J. S. (2005). Making sense of intercultural collaboration. International Stu- dies of Management and Organization, 35(4), 115-132. Chen, G.M. (1993). A Chinese perspective of communication competence. Paper presented at the Annual meeting of the Speech Communication Association, Miami Beach, Florida. Chen, G. M., & Miike, Y. (2006). The ferment and future of communication studies in Asia: Chinese and Japanese perspectives. China Media Research, 2(1), 1-12. Chen, G. M., & Starosta, W. J. (2003). Asian approaches to human communication: A dialogue. Intercultural Communication Studies, XII(4), 1-16. Chen, G.M. (2009). Beyond the dichotomy of communication studies. Asian Journal of Commu- nication, 19(4), 398-411. Dalib, S. (2014). Intercultural competence: A phenomenological study of students’ intercultural experience in University Utara Malaysia (Unpublished doctoral dissertation). Universiti Uta- ra Malaysia, Malaysia. Dalib, S., Harun, M., & Yusoff, N. (2014). Reconceptualizing Intercultural Competence: A Phe- nomenological Investigation of Students’ Intercultural Experiences. Procedia-Social and Be- havioral Sciences, 155, 130-135. Deardorff, D. K. (2006). Identification and assessment of intercultural competence as a student outcome of internationalization. Journal of Studies in International Education, 10(3), 241- 266. Deardorff, D. K. (2009). Synthesizing conceptualizations of intercultural competence. In D. K. Deardorff (Ed.), The SAGE handbook of intercultural competence (pp. 264-269). Thousand Oaks, CA: Sage.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 205

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Fantini, A. E. (2009). Assessing intercultural competence: Issues and tools. In D. K.Deardorff (Ed.), The SAGE handbook of intercultural competence (pp. 456-476). Thousand Oaks, CA: Sage. Gudykunst, W.B. (2003). Intercultural communication: Introduction. In W.B. Gudykunst (Ed.), Cross-cultural and intercultural communication. Thousand Oaks, CA: Sage. Hofstede, G. (1997). Cultures and organizations: Software of the minds. New York: McGraw Hill. Liu, S. (2012). Rethinking intercultural competence: Global and local nexus. Journal of Multicul- tural Discourses, 7(3), 269-275. Lustig, M. W., & Koester, J. (2010). Intercultural competence: Interpersonal communication across cultures (6th ed.). Boston: Pearson. Martin, J. N. (1993). Intercultural communication competence: A review. In R. L. Wiseman & J. Koester (Eds.), Intercultural communication competence (pp. 16-29). Newbury Park, CA: Sage. Miike, Y. (2002). Theorizing culture and communication in the Asian context: An Assumptive foundation. Intercultural Communication Studies, XI(I), 1-21. Miike, Y. (2007). Asian contributions to communication theory: An introduction. China Media Research, 3(4), 1-6. Miike, Y. (2010). Culture as text and culture as theory: Asiacentricity and its raison d'etre in intercultural communication research. In T. K. Nakayama & R. T. Halualani (Eds.), The Handbook of Critical Intercultural Communication (pp. 190-215). West Sussex,UK: Wiley- Blackwell. Miike, Y. (2012). Harmony without uniformity: An Asiacentric worldview and its communicative implications. In L. A. Samovar, R. E. Porter & E. R. McDaniel (Eds.), Intercultural communi- cation: A reader (pp. 65-80). Boston, MA: Wadsworth. Mowlana, H. (1996). Global Communication in Transition: The End of Diversity. Thousand Oaks, CA: Sage. Parks, M. R. (1994). Communication competence and interpersonal control. In M. L. Knapp & G. R. Miller (Eds.), Handbook of interpersonal communication (2nd ed., pp. 589-618). Thousand Oaks, CA: Sage. Seidman, I. (2006). Interviewing as qualitative research: A guide for researchers in education and the social sciences. New York: Teachers College, Columbia University. Shamsul, A. B. (1996). Debating about identity in Malaysia: A discourse analysis. Southeast Asian Studies, 34(3), 476-499. Singh, M. K. M. (2012). Friendship patterns between International and local undergraduates in a Malaysian public institution of higher learning. International Journal of Social Sciences and Education, 2(1), 267-280. Spencer-Oatey, H., & Franklin, P. (2009). Intercultural interaction: A multidisciplinary approach to intercultural communication. Basingstoke: Palgrave Macmillan. Spitzberg, B. H. (2000). A model of intercultural communication competence. In L. A. Samovar & R. E. Porter (Eds.), Intercultural communication : A reader (pp. 375-387). Belmont, CA: Wadsworth. Spitzberg, B. H. (2012). Axioms for a theory of intercultural communication competence. In E. R. McDaniel, R. E. Porter & L. A. Samovar (Eds.), Intercultural communication : A reader (13 ed., pp. 424-435). Boston, MA: Wadsworth. Spitzberg, B. H., & Changnon, G. (2009). Conceptualizing intercultural competence. In D. K. Deardorff (Ed.), The SAGE handbook of intercultural competence (pp. 2-52). Thousand Oaks,CA: Sage. Spitzberg, B. H., & Cupach, W. R. (1984). Interpersonal communication competence. Beverly Hills, CA: Sage.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 206

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Xiao, X., & Chen, G. M. (2012). A Confucian perspective of communication competence. In L. A. Samovar, R. E. Porter & E. R. McDaniel (Eds.), Intercultural communication : A reader (13 ed., pp. 435-445). Boston, MA: Wadsworth. Yep, G. A. (2014). Encounters with the "Other" : Personal notes for a reconceptualization of intercultural communication competence. In M. K. Asante, Y. Miike & J. Yin (Eds.), The glob- al intercultural communication reader (2nd ed., pp. 339-356). New York: Routledge. Yum, J. O. (2012). Communication competence: a Korean perspective. Retrieved 4 January, 2013, from http://www.thefreelibrary.com/Communication competence: a Korean pers- pective.-a0289120577 Zaharna, R. S. (2009). An associative approach to intercultural communication competence in the Arab world. In D. K. Deardorff (Ed.), The SAGE handbook of intercultural competence (pp. 179-198). Thousand Oaks, CA. Zuria, M., Salleh, A., Saemah, R., & Noriah, M. I. (2010). Challenges for international Students in Malaysia: Culture, Climate and Care. Procedia Social and Behavioral Sciences, 7(C), 289–293.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 207

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

FENOMENA PENGGUNAAN ‘PICK UP LINES’ DALAM KOMUNIKASI PEMBUJUKAN

Azlina Kamaruddin Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK

Artikel ini ditulis untuk membincangkan fenomena kontemporari yang melibatkan penggunaan kata pemikat atau ‘pick up lines’ oleh pelbagai pihak dalam proses komunikasi. Tujuan penggunaan ayat-ayat ‘power’ ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mempengaruhi orang lain supaya dapat menerima kehebatan idea, gaya komunikasi si penutur dan ke arah perubahan sikap. Walaupun pada asalnya ‘pick up lines’ ini menjadi trend golongan muda untuk cuba memenangi atau ‘mencairkan’ hati si pendengar, namun perkembangan penggunaan ‘pick up lines’ semakin menular berlandaskan keupayaan untuk menggubah ayat-ayat berbentuk sastera. ‘Pick up lines’ diklasifikasikan kepada beberapa tema tertentu, termasuklah analogi atau bahasa kiasan, pantun, penggunaan objek/benda, perbandingan, dan lain-lain. Penggunaan ‘pick up lines’ ini menggalakkan pendengar untuk berfikir sejenak sebelum maksud yang tersirat disampaikan. Kemampuan si penutur ‘pick up lines’ berkomunikasi dengan yakin, fasih dan bersahaja membolehkan penyampaian dilakukan dengan berkesan dan akhirnya ‘sampai ke hati’. Nilai bahasa yang puitis dan kebanyakannya berlandaskan analogi ini didapati menjadi satu manifestasi dalam perkembangan amalan komunikasi pembujukan di Malaysia.

Kata kunci: ‘pick up lines’, komunikasi, pembujukan, bahasa, analogi

PENGENALAN Fenomena kontemporari yang melibatkan golongan belia dalam penggunaan kata pemikat atau ‘pick up lines’ semakin hari semakin menular dalam proses komunikasi. Secara generalisasinya, objektif penggunaan ayat-ayat ‘power’ ini adalah untuk mempengaruhi penerima mesej supaya dapat menerima kehebatan idea, gaya komunikasi si penutur dan ke arah pembentukan perubahan sikap. Walaupun pada asalnya ‘pick up lines’ ini menjadi trend golongan muda untuk cuba memenangi atau ‘mencairkan’ hati si pendengar, namun perkembangan penggunaan ‘pick up lines’ semakin menular berlandaskan keupayaan untuk menggubah ayat-ayat berbentuk sastera yang bersifat puitis dan mendalam bunyinya. ‘Pick up lines’ diklasifikasikan kepada beberapa tema tertentu, termasuklah analogi atau bahasa kiasan, pantun, penggunaan objek/benda, perbandingan, dan lain-lain. Penggunaan ‘pick up lines’ ini menggalakkan pendengar untuk berfikir sejenak sebelum maksud yang tersirat disampaikan. Kemampuan si penutur ‘pick up lines’ berkomunikasi dengan yakin, fasih dan bersahaja membolehkan penyampaian dilakukan dengan berkesan dan akhirnya ‘sampai ke hati’. Penyampaian ‘pick up lines’ diadaptasikan dalam bentuk permainan atau ‘gaming’ sama ada menerusi rancangan berbentuk santai di televisyen dan akhirnya menular ke media sosial (facebook, instagram dan youtube). Antara yang popular yakni melibatkan artis (pelakon, pe- nyanyi atau model) di Malaysia adalah rancangan ‘CCTV’. Modus operandi rancangan ini adalah menjemput seorang atau dua orang artis wanita, dan digandingkan dengan empat hingga lima

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 208

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 orang artis lelaki. Setiap artis lelaki akan menuturkan ‘pick up lines’ masing-masing secara seo- rang demi seorang kepada artis wanita tersebut. Pemilihan dibuat berdasarkan penggunaan ‘pick up lines’ yang terbaik yang rasional dan yakin bila dilafazkan. Secara ilmiahnya, penggunaan ‘pick up lines’ ini sangat berkaitan dengan fungsi komuni- kasi pembujukan yakni untuk mempengaruhi penerima mesej dan mengubah sikap. Komunikasi pembujukan merupakan salah satu cara individu itu berkomunikasi dengan individu yang lain. Namun demikian tujuan interaksi tidak mudah dicapai tanpa wujudnya “rapport”. “Rapport” bermaksud menjalinkan hubungan baik antara seorang individu dengan individu atau kumpulan yang lain. Komunikasi pembujukan adalah asas penting dalam proses pengurusan bagi mengajak manusia berfikir, mewujudkan kesedaran tentang tajuk yang disampaikan, dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Komunikasi pembujukan adalah komunikasi manusia yang bersifat mempengaruhi pendengar untuk mengubah kepercayaan nilai atau sikap mereka (Azlina, 2015; Manson, 2001).

SOROTON KARYA Fenomena penggunaan ‘pick up lines’ di Malaysia ini bermula selepas rancangan sketsa lawak kumpulan Maharaja Lawak Mega iaitu kumpulan ‘Sepahtu’ dalam rancangan mereka ‘Sepahtu Reunion’ bersiaran di stesen televisyen pada hujung tahun 2016. Ia diakui oleh mereka yang mengamalkan perkataan tersebut. Lazimnya, selepas melafazkan ‘pick up lines’, perkataan ‘Cia cia cia’, ‘chia chia chia’ atau ‘shia shia shia’ akan disambung oleh rakan-rakan sekeliling selepas melafazkan ayat yang mempunyai unsur memikat hati lelaki dan wanita. Sehingga tahun 2017, bilangan kajian terhadap fenomena penggunaan ‘pick up lines’ dan implikasinya kepada perkembangan masyarakat adalah masih di tahap rendah. Walau bagai- manapun, terdapat beberapa ulasan daripada para akademik menerusi laman blog mereka yang memberikan gambaran terhadap penularan fenomena ‘pick up lines’ ini di seluruh dunia.

Menurut Senco (2010), persepsi sifat individu terhadap penggunaan ayat-ayat sensasi untuk tujuan memikat hati memainkan peranan penting. Kajian beliau mendapati bahawa wanita menganggap lelaki yang menggunakan ‘pick up lines’ sebagai individu yang lebih bersosialisasi, yakin, dan mempunyai sense of humor yang tinggi. Ada juga yang berpendapat bahawa golongan ini kurang boleh dipercayai. Ini disebabkan mereka hanya melafazkan kata- kata manis itu sekadar mainan di bibir tanpa benar-benar bermaksud untuk memenangi hati wanita. Penghargaan diri pasangan menerima kekuatan komunikasi pasangan masing-masing dapat mengukuhkan sesebuah perhubungan.

Wanita juga dikatakan mudah dipengaruhi dengan pujuk rayu daripada lelaki melalui kata-kata manis yang dilafazkan. Ia membuktikan penggunaan ayat-ayat memikat mampu mengubah sikap seseorang yakni bertepatan dengan fungsi komunikasi pembujukan (Hall, 2015). Sajian ‘pick up lines’ dibuktikan mampu mengatasi masalah tekanan kognitif. Apabila fikiran seseorang merasa kusut, ia lebih sukar untuk memproses maklumat dan mengawal emosi, fikiran, dan tindakan. Penggunaan ‘pick up lines’ mampu menceriakan kembali emosi seseorang. Ia mempunyai implikasi penting untuk hubungan interpersonal. Jika pasangan gagal untuk membelai emosi pasangannya, kajian mendapati kecenderungan pasangan untuk ‘dihiburkan’ oleh orang lain adalah tinggi (Senco, 2010).

Penyelidikan oleh Hall (2015) mendapati bahawa elemen humor atau lawak jenaka adalah penting untuk diaplikasikan dalam sesebuah hubungan. Implikasinya adalah kecenderungan wanita dan lelaki untuk berubah daripada seorang yang introvert kepada ekstrovert adalah tinggi. Golongan introvert adalah golongan yang bersifat pemalu dan kurang bersosialisasi. Manakala golongan ekstrovert mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 209

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 sekeliling dan gemar untuk terlibat dengan aktiviti sosial. Keyakinan diri dapat dipupuk dan mewujudkan keberanian untuk berkomunikasi dengan orang lain. Selain itu, penyelidikan yang dijalankan oleh Wade, Butrie dan Hoffman (2009) menentukan bahawa wanita mendekati lelaki yang bijak dalam berkomunikasi. Fenomena perubahan masyarakat terhadap peranan wanita dan perubahan sikap wanita terhadap tingkah laku menyebabkan wanita lebih terbuka untuk didekati oleh lelaki. Walau bagaimanapun, implikasi negatif penggunaan ayat-ayat ‘power’ yang diterima oleh wanita adalah mereka mudah menurut kehendak lelaki. Ia dikaitkan dengan elemen seksual dan kebejatan sosial yang lain (Choolet, Wortwein, Morency, Shapiro dan Scherer, 2015). Globalisasi telah dikritik kerana mencabar kedaulatan budaya dan identiti nasional. Wa- laupun ramai tidak dapat menerima kecenderungan hegemoni budaya, namun tidak dapat dinafikan kemunculan budaya global baru yang dipupuk oleh landskap media. Kajian yang dija- lankan oleh Latiffah, Samsudin dan Fauziah (2009) meninjau pola dan kesan konsumsi media terhadap label dan norma generasi muda. Satu kajian kumpulan fokus yang mengandungi 30 orang generasi muda daripada pelbagai etnik (20-25 tahun) telah menyelami makna label dan norma. Hasil kajian Latiffah, Samsudin dan Fauziah (2009) ini mendapati generasi muda gemar dengan kandungan media yang mempunyai tema budaya yang mengulangi tema-tema budaya, aksi dan etnik sepertimana dalam sosialisasi kehidupan seharian mereka. Ini turut dibuktikan dengan kegilaan anak muda hari ini menggunakan ‘pick up lines’ dalam perbualan harian den- gan tujuan untuk memujuk pasangan.

Komunikasi Pembujukan Komunikasi merupakan proses memberi makna dan berupaya mempengaruhi seseorang untuk mempercayai dan melakukan sesuatu seperti yang dikehendaki (Littlejohn, 2006). Komunikasi ditakrifkan sebagai pemindahan maklumat daripada penghantar kepada penerima dengan membayangkan bahawa penerima memahami mesej (Spaho, 2013).

Dalam konteks perbincangan penulisan ini, kemahiran berkomunikasi menjadi perkara utama dalam proses penyampaian ‘pick up lines’ yang berkesan. Hal ini melibatkan proses inte- raksi antara individu dengan individu yang lain untuk menyalurkan pendapat dan buah fikiran secara berkesan (Nurul Jamilah, Nursyamimi & Rahmahtunnisah, 2015). Strategi yang efektif menggunakan komunikasi pembujukan untuk menarik perhatian audien supaya menerima mesej yang disalurkan amat penting dalam sesuatu proses komunikasi (Azlina, 2015). Terdapat tiga elemen penting dalam komunikasi pembujukan, iaitu ‘logos’, ‘pathos’ dan ‘ethos’ (Azlina, 2015; Baccarani & Bonfanti, 2015). ‘Logos’ bermaksud pembujukan melalui hujah yang kukuh. Seterusnya, ‘ethos’ pula adalah pembujukan menggunakan kredibiliti perucap, dan ‘pathos’ adalah pembujukan melalui emosi. Maka dengan itu, aktiviti pembujukan memerlukan kemahiran tertentu yang melibatkan hujah, emosi dan kredibiliti perucap.

Keyakinan Apabila semakin ramai yang berani menuturkan ‘pick up lines’ ini, secara tidak langsung akan menarik minat golongan minoriti untuk turut terlibat berkomunikasi dengan menggunakan ‘pick up lines’ ini. Walau bagaimanapun, tidak semua yang mampu melafazkan ‘pick up line’ dengan baik. Masalah utama yang menyumbang kepada kegagalan dalam menyampaikan ‘pick up lines’ secara berkesan adalah perasaan gemuruh dikenali sebagai “glossophobia”. Menurut (Hancock, Stone, Brundange & Zeigler, 2010), “glossophobia” adalah ketakutan dalam pengucapan awam. Ia berasal dari perkataan Greek iaitu “glosa” yang bermaksud lidah,

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 210

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 bimbang dan rasa takut. Lazimnya ia adalah kebimbangan penduduk dunia yang dianggarkan memberi kesan terhadap populasi sebanyak 75%. Selain daripada takut untuk berucap, tahap penguasaan bahasa turut mempengaruhi keyakinan individu untuk berucap. Tahap penguasaan bahasa yang lemah menyebabkan mesej yang ingin disampaikan tidak dapat diterima atau tersekat-sekat sekaligus komunikasi pembujukan dalam pengucapan tersebut tidak berhasil. Perasaan gementar dan malu menyebabkan seseorang individu menjadi takut sekaligus kurangnya keyakinan diri untuk berucap di hadapan audien (Jamilah, Rani, Harun & Putra, 2015). Untuk melafazkan ‘pick up lines’, ia memerlukan keyakinan yang tinggi untuk menyam- paikan maksud yang sebenar. Individu harus mengelakkan rasa bimbang dalam berkomunikasi. Maklumat yang disampaikan perlulah mempunyai maksud secara pro dan kontra bagi menarik perhatian pendengar sekaligus berfikir tentang mesej yang disampaikan (Jumali, Khaidzir, Shahruddin & Mohd Helmi, 2012). Menurut Xhen Xu (2016) kelebihan seseorang mampu membuat jenaka dalam berucap di khalayak ramai merupakan cara yang efektif untuk memujuk, berhubung dan mengarah kepada pendengar. Jenaka dalam ucapan memberikan nilai dan kesan yang baik kepada ucapan awam.

Bahasa Seterusnya tahap penguasaan bahasa seseorang individu turut menyumbang kepada keberke- sanan penyampaian ‘pick up lines’. Halangan semantik berkaitan dengan masalah interpretasi atau bagaimana seseorang menterjemahkan sesuatu makna. Ini secara langsung berkaitan dengan perbezaan budaya dan fahaman yang boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pendengar. Ia merangkumi perbezaan budaya seperti gender, etnik, status sosio-ekonomi dan sebagainya (Stewart, 2011). Bahasa ataupun dialek yang digunakan turut memberi kesan dalam komunikasi. Bahasa adalah satu kaedah bagi manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui simbol-simbol yang lahir secara sedar. Nik Safiah (1981) mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh manusia sebagai alat untuk berhubung. Manusia menggunakan bahasa untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan. Bahasa boleh diungkapkan dengan suara yang keluar dari mulut ataupun dengan gerakan badan. Orang yang pandai berbahasa mampu mempengaruhi orang lain dan dapat menguasai dunia. Bahasa dan ayat yang digunakan mempunyai aura dan kuasa yang memukau para pendengar. Kita suka mendengar mereka berbicara, teruja, dan ternanti-nanti setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka.

TEMA DALAM ‘PICK UP LINES’ Terdapat beberapa tema ‘pick up lines’ termasuklah berbentuk perbandingan, analogi atau kiasan, pantun, dan sebagainya. Berikut adalah tema dan contoh ‘pick up lines’:

Analogi “Awak ni macam kurmalah”. “Eleh nak cakap saya manislah tu”. “Ehh bukan, awak dah salah faham. Saya nak cakap hitam dan berkedut”. “erghhh….” 

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 211

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Pantun Si teruna berbaju Melayu, Kelmarin hari Selasa, Si dara berbaju kebaya, Aku membeli kelana, Wahai cik adik yang ayu, Kata orang kamu itu biasa, Jom kahwin lepas raya? Tapi buat aku kamu sempurna!

Penggunaan barang/ objek “Awak ada pemadam dan pensel tak?” “Ada. Awak nak buat apa?” “Saya nak padamkan ki- sah silam awak, dan tulis masa depan kita”.

“Mungkin saya tak mampu belikan kapal terbang untuk awak, tapi saya mampu buat awak terbang ke hati saya”.

Pujian

“Awak cuci muka pakai gula eh? Sebab muka awak nampak manis sangat buat saya”.

“Boleh tak saya nak ambik gambar awak? Saya nak tunjuk bukti kat kawan saya yang bida- dari syurga memang wujud”.

KOMENTAR KE ATAS PENGGUNAAN ‘PICK UP LINES’

Terdapat pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen terhadap penggunaan ‘pick up lines’ ini. Ada yang memberi pendapat secara positif dan ada yang sebaliknya. Berikut disenaraikan be- berapa komentar berdasarkan analisis kandungan menerusi laman youtube bagi siaran rancan- gan ‘CCTV’ yakni berkaitan dengan ‘pick up lines’ yang digunakan oleh para artis tanahair. Ran- cangan CCTV ditayangkan setiap hari Isnin, jam 9.30 malam di Ria & RiaHD.

Komen berunsur positif Berdasarkan komentar yang ditulis oleh netizen menerusi laman komen di youtube rancangan ‘CCTV’ ini menunjukkan sebahagian besar belia terhibur dengan lawak jenaka yang disampai- kan menerusi ungkapan ‘pick up lines’ ini. ‘Pick up lines’ yang bersifat santai dianggap mampu meringankan bebanan fikiran belia dan menghidupkan kembali ‘mood’ seharian. Bestnya dengar ‘pick up lines’… ~Lina Pandai ‘pick up lines’ mereka...hahahha ~Eton ‘Pick up lines’ mereka memang best ~Que Wahh..Kamal punya ‘pick up lines’ power laaaa.... ~ZHRH 003

Komen berunsur negatif Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak yang beranggapan bahawa fenomena penggunaan ‘pick up lines’ ini mempunyai sentimen ‘kemelayuan’. Terdapat beberapa riwayat yang mene- gaskan betapa pentingnya muslimat yakni wanita Melayu menjadi seorang yang pemalu. Sabda Rasullullah, iman itu ada 70 lebih cabang, dan malu adalah termasuk dalam iman (Riwayat Muslim). Selain itu, ‘sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak agama Islam ada- lah malu’ (Ibnu Majah). Riwayat Bukhari dan Ibnu Majah pula menyatakan bahawa ‘jika engkau tidak malu, berbuatlah sesuka hatimu’. Seorang netizen yang memperkenalkan diri sebagai ‘makhluk halus’ menyatakan “trend video ‘pick up line’ menggunakan modal wanita bertudung seolah-olah menggambarkan wani- ta bertudung pun murahan.” Pendapat ini disokong oleh seorang lagi netizen yang mengguna-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 212

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 kan id ‘Norin nampak cantik’ dengan menyatakan bahawa “nampak kegedikan wanita Melayu bila kena ‘pick up lines’. Menyampah aku dengar ‘pick up lines’.

Selain itu, komentar yang berunsur negatif termasuklah:

Orang Melayu ni tak habis-habis dengan ‘pick up lines’. Dunia nak akhir zaman. Bila nak maju orang muda Melayu? ~Saleh Zaman sekarang benda macam ni pun jadi kecoh. ~Qey Aduhai… Sedihnya melihat Melayu ~Joi Lagha ~lyna

KESIMPULAN Setelah meneliti setiap komentar yang diberikan oleh netizen terhadap penggunaan ‘pick up lines’ ini, terdapat pelbagai reaksi positif dan negatif yang seharusnya dilihat daripada pelbagai sudut dan konteks. Misalnya, ‘pick up lines’ sangat sesuai diadaptasikan dalam perbualan har- moni suami dan isteri. Komunikasi yang bersifat pujian sangat diperlukan untuk menanam pe- rasaan kasih sayang dan cinta yang terus istiqamah hingga membawa ke jannah. Walau bagai- manapun, seandainya ‘pick up lines’ ini digunakan antara pasangan ajnabi atau bukan mahram (boleh berkahwin), dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya perkara lagha (sia-sia) yang hanya akan menjerumuskan individu ke lembah maksiat.

Tambahan pula, penggunaan ‘pick up lines’ ini boleh mengundang perbuatan zina. Fir- man Allah dalam Surah Al-Isra’, ayat 32; Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk. Zina adalah perbuatan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang tidak terikat pernikahan atau perkahwinan. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kategori zina termasuklah zina mata dan zina hati. Apa yang dibimbangkan, sekiranya dengan menuturkan ‘pick up lines’ dan saling berbalas re- nungan antara lelaki dan wanita ajnabi, akan menyebabkan berlakunya zina mata. Walla- hua’lam.

Kecantikan begitu sinonim dengan wanita. Kaum Hawa ini secara fitrahnya sememang- nya ingin sentiasa kelihatan anggun dan cantik. Golongan ini juga suka menerima pujian. Ayat mengiurkan daripada lelaki seperti “wah, cantiknya awak hari ni!” atau “awak lah perempuan paling cantik yang pernah saya tengok sepanjang hidup!” secara tidak langsung telah menjadi umpan untuk mengambil hati seorang wanita. ‘Pick up lines’ yang semakin maju mengikut pe- redaran zaman tetapi tidak lari tema asalnya iaitu wanita dan kecantikan. Konsep asas yang perlu difahami adalah wanita solehah tidak memandang dan tidak di- pandang. Seorang Muslimah harus menjaga batas pandangannya di samping menyemai sifat malu dalam diri. Sabda Rasullullah, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Wanita Mus- limah hanya layak dipandang (dalam kata lainnya menjadi qurratu a’yun@penyejuk mata) buat mahramnya sahaja. Jika ia belum berkahwin, selayaknya ia hanya berhak menjadi penyejuk mata buat ayahanda dan ibundanya. Jika sudah berkahwin, kecantikan dirinya adalah penyejuk mata buat suami tercinta. Fenomena penggunaan ‘pick up lines’ terutamanya di Malaysia harus dibendung supaya tidak melalaikan para remaja dan belia. Fokus seharusnya diberikan kepada isu-isu yang lebih serius dan menggalakkan percambahan pemikiran. Kesedaran sewajarnya diberikan kepada wanita mahupun lelaki untuk memperkasa elemen-elemen pembujukan asas iaitu logos, ethos dan pathos. Rujukan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 213

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Azlina Kamaruddin. (2015). Komunikasi dan Seni Pemujukan. Sintok: UUM Press. Baccarani, C., & Bonfanti, A. (2015). Effective public speaking: a conceptual framework in the corporate-communication field. Corporate Communications: An International Journal, 20(3), 375-390. Bohner, G. & Wanke, M. (2002). Attitudes and attitude change. UK: Psychology Press Ltd. Buntat, Y. & Hassan, M. S. (2003). Kemahiran Komunikasi Dalam Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar. Satu Tinjauan Di Kalangan Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Pendiddikan Universiti Teknologi Malaysia. Chollet, M., Wörtwein, T., Morency, L. P., Shapiro, A., & Scherer, S. (2015). Exploring feedback strategies to improve public speaking: an interactive virtual audience framework. In Proceedings of the 2015 ACM International Joint Conference on Pervasive and Ubiquitous Computing (pp. 1143-1154). ACM. De Vries, R. E, Bakker-Pieper, A., Siberg, R. A., Van Gameren, K. & Vlug, M. (2009). The content and dimensionality of communication styles. Communication Research 2009; 36; 178. Akses melalui http://crx.sagepub.com/cgi/content/abstract/36/2/178 Eunson, B. (1994). Negotiation Skills. Brisbane: John Wiley & Sons. Fauziah Wan Jaafar. (2010). Kata diucap perasaan dijaga: Keterampilan Komunikasi Berkesan. Selangor: Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd. Fauziah Wan Jaafar. (2010). Kata diucap perasaan dijaga: Keterampilan Komunikasi Berkesan. Selangor: Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd. Finch, B. (1998). 30 Minutes...to Negotiate a Better Deal. London: Clays Ltd. Freeland, T., & Schauer, L. (2008). Creatively Speaking: Some Strategies for the Preparation and Delivery of Oral Presentations. Speaking Og Teaching, 18(1), 1–8. Gamble, T. K., & Gamble, M. (2002). Communication works (7th ed.). Boston: McGraw Hill. Gudykunst, W. B., Matsumoto, Y., Ting Toomey, S., Nishida, T., Kim, K., & Heyman, S. (1996). The influence of cultural individualism-collectivism, self construals, and individual values on communication styles across cultures dalam Human Communication Research, 22, 510- 543. Hall, J. A. (2015). Sexual selection and humor in courtship: A case for warmth and extraversion. " Evolutionary Psychology 13.3 (2015). Sage Publication. http://doi.org/10.1177/1474704915598918 Hancock, A.B., Stone, M.D., Brundange, S.B., Zeigler, M.T (2010) "Public speaking attitudes: Does curriculum make a difference?" Journal Of Voice, Vol. 24, No.3, pp.302-307. Ishak Abdul Hamid & Jusang Bolong (2002). Modul Pembelajaran Kemahiran Komunikasi antara Perseorangan. Institut Pendidikan dan Pembelajaan Jarak Jauh (IDEAL). Universiti Putra Malaysia. Jamilah, Rani, I., Harun, N. & Putra, B. S. (2015). Kekhuatiran Berkomunikasi Dalam Kalangan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Jurnal Komunikasi 2015(November), 268–275. Johnson, S. D., & Bechler, C. (1998). Examining the relationship between listening effectiveness and leadership emergence: Perceptions, behaviors, and recall dalam Small Group Re- search, 29, 452-471. Jumali Hj. Selamat., Khaidzir Hj. Ismail, Shahruddin Hj. Ahmad, & Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2012). Pengucapan awam: strategi dan kemahiran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Press. Kelly, L., & Keaten, J. A. (2000). Treating communication anxiety: Implications of the communi- biological paradigm. Communication Education,49(1), 45-57. Latiffah Pawanteh, Samsudin A. Rahim and Fauziah Ahmad (2009). Media Consumption among Young Adults: A look at labels and Norms in everyday life.Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication Vol 25: 21-31 21.Universiti Kebangsaan Malaysia.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 214

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Littlejohn. S. W. (2006). Theories of Human Communication. USA: Wadsworth. Luthans, F., & Larsen, J. K. (1986). How managers really communicate. Human Relations, 39, 161-178. Dalam Luthans, F., & Larsen, J. K. (1986). How managers really communicate. Human Relations, 39, 161-178. Manson, L. (2001). The process of change through persuasion: a commentary, International Journal of Education Research 35 (2001) 715-729. Nik Safiah Karim. (1981). Beberapa persoalan sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurul Jamilah, Nursyamimi, & Rahmahtunisah. (2015). Kekhuatiran Berkomunikasi Dalam Kalangan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Jurnal Komunikasi 2015(November), 268–275. Rae, L. (2006). The Skills of Interviewing: A Guide For Managers and Trainers. Mumbai: Jaico Publishing House. Ritchie, J., & Lewis, J. (2003). Generalizing from qualitative research. In J. Ritchie. and J. Lewis. (Eds.). Qualitative Research Practice (pp 263-262) Thousand Oaks: Sage. Sayed Mahussain Sayed Ahmad, & Fathiah Mustaffa. (2010). Kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam). 1–9. Senco, C. (2010). An evolutionary perspective on effective vs. ineffective pick-up lines. Journal of Social Pschology. Nov-Dec;150(6):648-67. doi: 10.1080/00224540903365539. Spaho, K., (2013). Organizational communication and conflict management, The Management Journal, 18, pp. 103-118. Stewart, F. (2011). Changing the Atmos ’ fear ’ in the Public Speaking Classroom, 1(7), 9–13. Syahruddin Hj. Awg Ahmad (2010). Kempen dan pembujukan. Sabah: UMS Press Wade, T. J., Butrie, L. K., & Hoffman, K. M. (2009). Women’s direct opening lines are perceived as most effective. Personality and Individual Differences, 47(2), 145-149 Wood, A. F. & Smith M. J. (2005). Online communication: Linking technology, identity and cul- ture (2nd ed.) New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Publishers. Wood, J. T. (2010). Interpersonal Communication. Canada: Nelson Education, Ltd. Xhen Xu. (2016). Laughing Matters: Humor Strategies in Public Speaking. Canabeliaun Center of Science and Education. Asian Social Science, Vol 12. No. 1 ISSN 1911-2017. Zainuddin Zakaria & Ziadatul Hidayah Zakaria. (2006). Komunikasi Efektif. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 215

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

ANJAKAN PARADIGMA WAJAH DIRI PUISI: DARIPADA PUISI KERTAS KE KOMUNIKASI PUISI SIBER

Mohamad Azmi Ab Rahman Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia, [email protected]

PENGENALAN

Makalah ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis terlibat secara langsung, berkarya dan menggubah karya, menulis ulasan karya siber terutamanya di jurnal sastera elektronik eSastera (kini dikenali eSastera2u.com) yang diasaskan oleh Wan Abu Bakar Bin Wan Abas (dikenali Drirwan), seorang profesor dalam bidang biokejuruteraan di Universiti Malaya. Bermula 2015, Drirwan mengasaskan pula E-Sastera@Facebook sebagai medan pensiber (pengkarya/ peng- gubah siber) menyiarkan puisi siber. Lebih 6 tahun penulis terlibat dalam dunia sastera siber, meneliti portal sastera siber atau elektronik atau sastera digital di Malaysia, di Indonesia dan di negara-negara Barat. Hasilnya penulis memperoleh pengalaman bermakna apabila berpindah daripada sastera kertas ke sastera siber. Pengalaman menghasilkan sajak atau puisi, sajak jena- ka (sajen), soneta, puisi poligenre, pantun, syair, gurindam dan makalah sastera siber di jurnal eSastera2u.com, blog sastera, pembentangan makalah di seminar dan mendalami ilmu multi- media banyak memberi manfaat dalam penerokaan sastera siber, khasnya puisi siber Melayu.

SASTERA DAN MEDIA BAHARU

Perjalanan sastera di ruang sejarahnya adalah perjalanan yang panjang – bermula sastera lisan dalam komuniti terbatas dan tradisional, kemudian memasuki ruang sastera tulisan atau berce- tak dengan khalayak yang terbatas dan bersifat kolektif dan trafik satu hala. Kemudian mema- suki era teknologi dan Internet, sastera Melayu tidak terkecuali memasuki ke ruang siber atau sastera digital. Teks sastera juga asal mula berwajah lisan, berubah menjadi teks tulisan dan kini muncul teks siber (teknoteks). Dari segi khalayak (audiens) lisan sudah hilang, dan khalayak sastera tulisan semakin mengecil. Justeru, khalayak khasnya generasi siber terarah kepada teks siber atau teknoteks yang dipaparkan di helaian media baharu yang pintar melalui sentuhan.

Perkembangan sains dan teknologi yang pesat menuntut semua pihak agar mengikutinya seca- ra berterusan supaya tidak ketinggalan dari segi pengetahuan dan penggunaannya. Hari ini, media baharu yang muncul telah mengubah pelbagai perkara sama ada berkaitan politik, eko- nomi, sosiobudaya, bahasa dan seni. Kemampuan memiliki teknologi dan penggunaan media baharu yang luas serta menyeluruh ini melahirkan keragaman gaya berinteraksi yang tiada had dan batas sempadannya. Akhbar, majalah, buku, laman perbualan yang disiberkan dalam ruang yang tiada halangan dari segi masa dan jarak ini telah merancakkan kegiatan dan kecenderun- gan untuk menggunakan media siber yang bersifat interaktif. Selaras dengan kecanggihan me- dia baharu ini, sastera Melayu juga dilihat telah mengambil ruang dan peluang berkenaan un- tuk melebarkan jaringan ilmunya sebagai suatu pilihan kepada bentuk yang sedia ada. Kehadi- ran laman-laman yang berkaitan dengan sastera Melayu itu mampu menyemarakkan lagi pe- nyebaran, perbincangan dan perkongsian ilmu sesama penggiatnya. Beberapa laman seperti eSastera2u.com yang giat mengembangkan bakat dan ilmu kesusasteraan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Jumlah pengunjung dan ahli esastera.com yang bertambah setiap

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 216

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 waktu, membantu disiplin sastera berkembang cepat, meluas dan sesuai dengan perkemban- gan dunia teknologi semasa.

Dalam makalah ini, beberapa konsep diberikan takrifan bersesuaian keperluan skop perbincan- gan.

KESUSASTERAAN SIBER (CYBER LITERATURE)

Kesusasteraan siber adalah suatu genre baharu sastera yang muncul apabila Internet diperke- nalkan. Sastera siber sinonim dengan teknologi. Sastera siber disebut juga sastera Internet atau sastera tanpa kertas atau sastera elektronik. Dunia teknologi yang berkembang pesat telah menarik sama bidang sastera untuk berada bersamanya.

Justeru, sastera siber telah mula diperkenalkan dan diajar di institusi pengajian tinggi. Dengan mengambil Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai penelitian kes, dapatlah dinyatakan ba- hawa sastera siber telah mula mendapat tempat dalam kalangan pelajar universiti. Walaupun sastera siber bukanlah sebagai satu kursus lengkap, penambahbaikan kursus dilakukan dengan memasukkan 3 jam waktu kuliah topik kesusasteraan siber di Malaysia dalam silibus Kesusaste- raan Melayu di peringkat sarjana muda dan kursus Bahasa dan Pemikiran Kesusasteraan Melayu di peringkat sarjana.

Karya kreatif atau hasil kerja sastera yang dipaparkan dalam ruang siber atau laman sastera khusus dikomposisikan atau digubahkan bersama-sama teks dengan unsur kesiberan. Elemen siber atau multimedia seperti imej, audio, video, animasi, warna dan sebagainya disesuaikan dengan teks yang digubahkan oleh pensiber. Berbeza dengan paparan karya konvensional pada helaian kertas adalah hitam putih. Karya sastera siber dilihat mempunyai hubung kait dengan hal berkaitan kreativiti pensiber yang meneliti keperluan unsur siber yang sesuai dengan kan- dungan atau isi sesebuah karya. Elemen siber yang berlegar di ruang maya diselidiki oleh pen- siber bagi memberikan kesan estetik terhadap karya. Selain itu, pensiber mencipta sendiri ele- men siber bersifat multimedia bagi menyerlahkan keaslian karya. Proses berkarya dilakukan dalam komputer dan karya boleh diakses melalui Internet, malahan pensiber boleh lakukan pemurnian sekiranya difikirkan karya masih ada kelemahan.

Istilah dan konsep sastera siber belum dirumuskan secara konkrit dari segi makna, bentuk, ciri dan fungsi. Namun secara umum, sastera siber merujuk suatu karya sama ada prosa atau puisi yang berkaitan dengan pelbagai persoalan kehidupan yang bertujuan menyampaikan idea, pemikiran, pengalaman dan falsafah kehidupan manusia melalui penggunaan bahasa yang baik dan indah, dan dalam masa yang sama dikomposisikan bersama-sama unsur multimedia seper- ti dinyatakan sebelum ini. Gabungan seni sastera, visual grafik, muzik, audio, video dan per- sembahan menerusi laman-laman web, Internet, blog dan sebagainya menjadikan sastera siber lebih daripada bukan hanya tulisan atau teks bahasa semata-mata. Hal ini kerana setiap ele- men siber yang digarapkan bersama-sama teks turut mempunyai makna atau maksud yang tersendiri. Karya siber menghuraikan lebih daripada kata-kata. Malahan pancaindera pembaca siber (pemsiber) dapat menanggapi semua elemen berkenaan dan menghubungkannya dengan konteks atau maksud karya itu secara keseluruhan.

GENRE PUISI SIBER (CYBER POEM)

Secara umum, genre sastera siber terbahagi kepada dua, iaitu puisi dan prosa siber . Genre puisi siber pula dijelmakan dalam pelbagai jenis, misalnya; a. puisi siber: tradisional dan moden (dalam konteks sastera Melayu) b. puisi tradisional: pantun, syair, mantera, teka-teki, peribahasa, gurindam, dikir,

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 217

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

dan seloka. c. puisi moden: sajak dan soneta (daripada sastera Inggeris) d. poligenre: gabungan pelbagai genre puisi, misalnya menggabungkan sajak, pantun, man- tera, dan peribahasa menjadi SATUNMANSA atau esei + sajak menjadi ESJAK. Kedudukan genre puisi dan penyair atau pengkarya puisi sama ada yang berkarya di media cetak atau elektronik mendapat pengiktirafan dunia. Di peringkat dunia, puisi dan pemuisi atau penyajak atau penyair diberikan pengiktirafan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dengan mengisytiharkan pada 21 Mac, sejak 1999 sebagai HARI PUISI SEDUNIA (WORLD POETRY DAY).

PUISI BER-IIMA

Berdasarkan penelitian dan pengalaman menggubah puisi siber, penulis mengusulkan puisi siber adalah puisi Ber-IIMA.

I adalah menggunakan jaringan INTERNET

I adalah INTERAKTIF/ INTERAKTIVITI

M adalah MULTIMEDIA; teks, grafik (visual), animasi (imej bergerak singkat/ pantas), audio (suara/ bunyi), video (paparan imej bergerak yang lebih dinamik dan penuh), interaktiviti, hi- permedia (pautan dalam laman web – teks, imej, video, dan lain-lain), dan hiperteks (pautan/ link ke laman web lain).

A adalah AKSES di mana-mana tanpa sempadan geografi, manusia, dan masa.

MEDIA BAHARU DAN SASTERA SIBER DI MALAYSIA

Blog, SMS, YouTube, facebook, e-mel, Twitter, Instagram, dan Myspace merupakan media ba- haru yang muncul dalam era dunia tanpa sempadan. Keakraban warga mayapada dengan me- dia baharu telah mengubah cara dan gaya berinteraksi, menyebarkan, mewujudkan jaringan ilmu, melahirkan ramai pensiber (pengarang/penggubah siber) dan pemsiber (pembaca siber). Selain itu, penciptaan komputer yang berinternet telah memunculkan karya elektronik, misal- nya eJurnal, eAkhbar, eMajalah, eBook atau eBuku. Kelihatan jelas lalu lintas ilmu di lebuh raya siber begitu sibuk; tidak terkecuali karya sastera yang dipaparkan dan dikomposisikan dalam satu-satunya majalah sastera elektronik berbahasa Melayu di dunia, iaitu eSastera.com yang muncul sejak 2002 dengan nama asalnya CommunityZero yang diasaskan oleh Wan Abu Bakar Bin Wan Abas, profesor kejuruteraan bioteknologi atau nama penanya Drirwan. Di ruang eSas- tera.com, di eSasterawan.net, eSasterawan.org, eSastera2u.com dan kini muncul pula eSaste- ra@Facebook, para pensiber berkarya; menulis entri di blog untuk bacaan khalayak siber, me- nulis karya kreatif; sajak, sajen (sajak jenaka), puisi Melayu tradisional, pantun, soneta, ulasan dan kritikan sastera, haiku dan tankya, cerpen, drama, novel, bicara karya sastera, madah serta berinteraksi di alam siber atas nama pengarang atau penggubah karya sastera, seni dan budaya Melayu di pentas global.

WAJAH DIRI 12K PUISI SIBER

Sepanjang penelitian terhadap sastera di helaian siber dan pengalaman menggubah karya, penulis memunculkan konsep 12K dalam peta sastera Melayu kontemporari di Malaysia. Se- hingga 2017, 12K yang mantap belum lagi dimunculkan dalam penerbitan sama ada bercetak atau elektronik dalam pembicaraan kesusasteraan siber di Malaysia. Keterangan makna 12K

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 218

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 adalah bersumberkan Kamus Dewan edisi keempat (2005) dan Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (2002). 1. Karya: Makna karya dalam konteks ini bukan lagi karya sastera yang bercetak atau di atas kertas. Karya yang dimaksudkan adalah karya sastera di Internet atau karya sastera siber atau teknoteks. 2. Konsep: Banyak konsep baharu terutamanya berkaitan siber muncul dan dimasukkan sebagai entri kamus. Dalam bahasa Inggeris, muncul entri baharu berkaitan siber (cyber), misalnya cyberpunk, cybercomics, doctor cyber, cyberfilm, cyberpunk,cybernetics, cyberpermance, cybersex, cyberspace, cybersecurity, CDC cyber, cybercafe, cyberculture, dan sebagainya. Namun begitu, dalam Kamus Dewan edisi keempat (2015), hanya dimasukkan kata siber bermaksud hal yang berkaitan Internet dan komputer. Konsep-konsep baharu berkaitan sastera siber banyak muncul dan belum lagi dimasukkan dalam kamus berbahasa Melayu, mi- salnya sastera siber, genre siber, puisi siber, puisi elektronik, sastera digital, khalayak siber, pembaca siber, interaktor, interaktiviti, sastera multimedia, teknoteks, estetik siber, PdP saste- ra siber, kritikan sastera siber, blog sastera, blogger sastera, sastera mudah santai (SMS), fbSas- tera, twitSastera, TVSastera, YouTube Sastera, dan sebagainya. 3. Kekreatifan: Bermaksud memberi ruang atau menyediakan ruang untuk penggubah (komposer) karya sastera berkarya dengan memaksimumkan daya kreatifnya. Memaksimumkan daya kreatif bermaksud mema- sukkan dan memanipulasikan unsur-unsur multimedia yang dapat memberi kesan keindahan terhadap karya dan khalayak. 4. Keglobalan: Sastera siber boleh diakses oleh warga global tanpa batasan sempadan geografi, waktu dan khalayak meskipun berbeza budaya, agama dan bahasa. Karya atau teks, boleh difahami melalui bantuan terjemahan google meskipun terje- mahan teks tidak mencapai kesejadian makna. 5.KeMelayuan: Melalui media baharu, teruta- manya blog dan laman web sastera khusus, genre sastera Melayu tradisional, misalnya pantun, syair, gurindam, seloka, dan peribahasa dapat digubah dengan tema kontemporari dalam ben- tuk siber dan ber-IIMA. Sastera Melayu akan berkembang dan terus subur di persada global. Kemudian, akan muncul subjek Kesusasteraan Melayu Siber dalam pelbagai genre. 6. Kritikan: (Lihat Lampiran B) Sastera siber atau sastera elektronik memerlukan kaedah kritikan baharu, bukan sahaja melihat teks tetapi unsur-unsur kesiberan dan multimedia perlu diambil kira. Aplikasi teori dan pendekatan hendaklah bersesuaian dengan teks elektronik (teknoteks). 7. Keindahan (Lihat Lampiran B): Teks atau karya siber, keindahan bukan hanya kepada teks. Imej, audio-video, animasi atau hiperteks menerangkan makna lebih daripada teks. Teks lebih ringkas tetapi unsur multimedia lebih ditonjolkan dalam karya. 8. Keapresiasian (Lihat Lampi- ran B): Menghayati atau memahami teks bertulis atau sastera kertas tidak sama dengan teks siber. Misalnya sebuah puisi, boleh dibaca terus di helaian siber, diklik pada kata atau frasa dalam puisi untuk menimbulkan kesan audio atau video atau ada paparan imejan yang sesuai dengan aksara puisi. Ada pula aksara atau frasa tertentu puisi ditautkan ke teks yang lain. Kha- layak siber pula boleh memberi respons terhadap karya tersebut. Dalam hal ini wujud interak- tiviti antara karya dengan penggubah karya dan khalayak siber. 9. Keajaran: Keajaran dalam konteks ini bermaksud segala sesuatu yang diajarkan atau teori yang digunakan berkenaan sastera siber. Kita tertanya-tanya, teori atau pendekatan apa yang sesuai digunakan untuk Kita tertanya-tanya, teori atau pendekatan apa yang sesuai digunakan untuk mengajar subjek sas- tera siber atau sastera elektronik kepada para pelajar sama ada di sekolah atau di institusi pengajian tinggi, khasnya yang menawarkan subjek sastera bermultimedia (bukan lagi sastera tulen) – sastera ditukar/ atau diberi jenama pengajian budaya atau pengajian sastera dan apli- kasi dalam media baharu. Kaedah mengajar sastera atau puisi siber akan berubah. Alatan pent-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 219

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 ing yang diperlukan adalah komputer atau telefon pintar; tidak lagi kertas atau bahan bercetak. 10. Kependidikan: Kependidikan dalam konteks ini bermaksud hal-hal berkaitan ajaran, didi- kan, ilmu dan latihan berkaitan sastera siber atau sastera digital. Ilmu yang diperlukan dalam keapresiasian sastera siber dan penggubahan sastera siber adalah ilmu teknologi dan multime- dia. Perkara penting dalam hal kependidikan adalah ilmu teknologi dan multimedia. Perkara penting dalam hal kependidikan adalah pengajar, penggubah dan pengapresiasi. 11. Kuriku- lum: Kurikulum sastera siber hendaklah digubal sama ada di peringkat sekolah atau di pering- kat institusi pengajian tinggi. Misalnya di UUM, e-sastera dimasukkan sebagai topik atau sub- topik dalam subjek Kesusasteraan Melayu di peringkat sarjana muda, dan Bahasa dan Pemiki- ran Kesusasteraan Melayu di peringkat ijazah sarjana. Di Universiti Malaya, ditawarkan kursus e-sastera sebagai subjek penuh di peringkat ijazah sarjana mulai semester kedua 2013. 12. Komposisi: Komposisi adalah hal yang berkaitan dengan gubahan, ciptaan dan cara menjadi- kan karya atau ciptaan menjadi bermakna dan indah. Bagi puisi siber atau puisi Ber-IIMA, teks puisi yang dihasilkan, bentuknya pelbagai, dan digabungkan atau dicantumkan dengan elemen- elemen multimedia yang memberi kesan terbaik terhadap puisi yang dikomposisikan.

KESIMPULAN

Penulis faham bahawa bukanlah mudah pihak-pihak tertentu menerima dan melakukan anja- kan paradigma dan pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya kesu- sasteraan Melayu sama ada di peringkat sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Namun, kita hendaklah meletakkan kesusasteraan khasnya puisi supaya turut berada dalam gelombang dan landaan arus teknologi maklumat di ruang marcapada ini. Ruang siber terbuka luas untuk para pensiber (pengkarya/ pencipta/ penggubah) memanfaatkan daya kreativiti dan inovasi dalam penghasilan puisi siber. Selain itu, ruang yang ada boleh dimanfaatkan untuk pembicaraan dan kritikan karya sastera siber secara ilmiah.

RUJUKAN

Azhar Hj. Wahid. Peny. (2011). Globalisasi sastera siber. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Azmi Rahman. (2016). Sastera siber: Penciptaan & apresiasi puisi. Sintok: UUM Press. eSastera.com eSatera2u.com eSasterawan.net eSastera.net (versi cetak edisi 1 hingga 10) eSastera@Facebook Electronic literature: What is it? Dicapai daripada http://eliterature.org/pad/elp.html http://www.rcampus.com/rubricshowc.cfm?code=UA675B&sp=yes& http://en.wikipedia.org/wiki/World_Poetry_Day http://www.poetscoop.org/InterviewDigitalPoetry.pdf http://antipoet.blogsopt.com/2011/04/digital-poetry-poetry-inroduction.html http://ocw.mit.edu/courses/writing-and-humanistic-studies/digital-poetry http://www.pbs.org/wgbh/poetryeverywhere/uwm/index.html http://eliterature.org/

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 220

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Irwan Abu Bakar dan Hasimah Harun. (2008). Berkarya di alam siber. Kuala Lumpur: ESastera Enterprise. Irwan Abu Bakar. (2016). E-SASTERA: Teori & aplikasi. Kuala Lumpur: eSastera Enterprise. Irwan Abu Bakar dan Hasimah Harun. (2003). Kursus kepenyairan E-Sastera: Garis panduan dan tip untuk penyair dan peminat puisi. Kuala Lumpur: KAPAS Publication. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. (2005). Multimedia: Konsep dan praktis. Batu Caves: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd. Kamus dewan edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Safarwan. Peny. (2002). Kamus besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Sohaimi Abdul Aziz. (2012). Teknoteks dan transformasi pengajian kesusasteraan: Men- sinergikan sastera, teknologi dan kritikan. Siri syarahan umum pelantikan profesor. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, pada 6 Disember 2012.

LAMPIRAN A

LAMAN WEB PUISI SIBER ATAU PUISI DIGITAL http://www.nzepc.auckland.ac.nz/ (Puisi digital di New Zealand). http://www.poetrybeyondtext.org/digital-poetry.html http://elmcip.net/teaching-resource/digital-poetry-english-3116 https://www.google.com.my/search?q=digital+poetry&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X& ei=gC-cUvnqN4LIrQePtIC4Dg&ved=0CEwQsAQ&biw=1350&bih=594 (Laman web yang mema- parkan imejan puisi digital). http://en.wikipedia.org/wiki/Digital_poetry http://www.slideshare.net/cyberpoetry/how-to-write-cyberpoetry-418610 (Panduan menga- rang puisi siber) http://www.cyberpoetry.com.au/ http://collection.eliterature.org/1/index.html (Puisi berteks dan bermultimedia)

LAMPIRAN B (CONTOH ULASAN/ KRITIKAN PUISI SIBER)

SINISME POLITIK DALAM PUISI “UNTUK SEBELAH SANA”

Oleh Azmi Rahman

Pengenalan

Jarang kita dipersembahkan puisi panjang di eSastera2u.com. Namun puisi “Untuk Sebelah Sana” karya Masshah adalah sebuah puisi panjang yang sarat sindiran politik kontemporari di Malaysia. Puisi “Untuk Sebelah Sana” disiarkan pada 24 Disember 2013, jam 1:30 pagi. Puisi ini dicipta pada 16 Disember 2013, jam 8:58 malam di Meru. Puisi ini terawalnya mendapat res- pons Irwan Abu Bakar (24 Disember 2013, jam 5:02 pagi). Irwan menulis ‘Bak kata orang: Ber-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 221

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 syukurlah Malaysia aman damai. Lagipun kalau tukar pemerintah, nanti Melayu akan ditindas oleh China DAP....”

Wajah diri puisi

Puisi “Untuk Sebelah Sana” terbina oleh tiga rangkap yang panjang. Keseluruhan teks puisi berwarna merah; barangkali sesuai dengan nada sinisme dalam puisi. Kemudian dipaparkan pula imej BARANG NAIK yang ada kaitan dengan pengungkapan isi puisi. Jumlah baris puisi ini adalah 110. Rangkap pertama berjumlah 26 baris, rangkap kedua 29 baris, rangkap ketiga 29 baris, dan rangkap keempat 26 baris. Jumlah baris ini berdasarkan teks yang dicetak daripada teks elektronik di eSastera2u.com.

Puisi ini bersifat prosaik. Puisi bentuk begini memperlihatkan gaya penyair bercerita atau ber- bentuk naratif. Jika baris demi baris tertentu dicantumkan, akan membentuk ayat yang penuh dan bermakna. Misalnya /Ya, untuk sebelah sana, telah tersebar ke seluruh negara akan se- buah makluman yang membanggakan kalian (dan) kalian bersorak gembira ceria bagai dikata dengan jayanya/ (baris 1 hingga 7). Begitu juga /Ya, untuk sebelah sana, derhaka pada sang penguasa tidak sekali-kali tidak/ (baris 27 hingga 29). Contoh lain ialah /Mereka mensyukuri nikmat yang diberi tanpa peduli mereka diperjudi sang panguasa berjasa dulu, kini dan sela- manya/ (baris 44 hingga 47).

‘Bagai Dikata’ Sinisme Politik Kontemporari

Jika diperhati, dalam puisi “Untuk Sebelah Sana” bermula dengan kaya /Ya/ bermaksud setuju atau benarlah begitu. Benarlah pada pandangan penyair, puak di ‘sebelah sana’ versus ‘sebelah sini’ dalam nada sinisme, bersorak gembira, bersetuju tanpa bantah, berpegang pada janji dan lafaz janji, tidak melawan, berkorban jiwa raga, dan setia selama-lamanya kepada pemerintah atau sang penguasa. Perhatikan alur pemikiran penyair dalam baris-baris puisinya. Penyair mengubah slogan pemerintah sekarang ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ menjadi ‘mereka didahulukan, pencapaian diutamakan.’ (baris 13 -14).

Ya, untuk sebelah sana... telah tersebar ke seluruh Negara akan sebuah makluman yang membanggakan kalian bersorak gembira ceria bagai dikata kerana janji-janji telah dikota dengan jayanya apalah sangat dengan kenaikan harga itu mereka sedia, mereka sanggup, mereka tidak bantah kerana mereka telah memilihnya dengan besar hati mereka yakin dengan slogan ‘mereka didahulukan, pencapaian diutamakan’ mereka sudah lafaz janji setia janji ditepati dipeti-peti undi mereka tidak akan lawan, mereka setia bersetuju gembira naik bagaimana banyak sekali pun, mereka tetap sedia dan setia mereka sanggup berkorban dan terkorban demi janji ditepati mereka sanggup mati demi pertiwi bangsa diketepi sekali tidak tradisi membela rakyat diyakini sepenuh jiwa raga.

Kemudian, jika ditelusuri baris-baris dalam rangkap kedua, permula rangkap (baris 27) tetap sama diulang penyair seperti juga baris 56 dan 85. Alur pemikiran dan idea penyair dalam rangkap kedua jelas masih sarat sinisme. Penyair beranggapan bahawa 60 tahun sang pengua-

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 222

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 sa memerintah negara adalah suatu tempoh masa yang lama. Apa yang dilakukan oleh peme- rintah kini seolah-olah semuanya baik dan bermanfaat belaka untuk rakyat meskipun realitinya rakyat menentang, misalnya kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan. Pada pandan- gan penyair ‘pihak sana (pemerintah)’ tiada apa-apa implikasi pun meski pun mereka tidak bersetuju. Lebih jelas sinisme penyair, apabila mengungkapkan /kenaikan harga itu semua sudah ketentuan Allah segala/. Barangkali apabila dikaitkan isu ini dengan agama, segalanya mudah menjelaskan isu tersebut kepada rakyat. Untuk lebih jelas alur pemikiran penyair dalam puisi “Untuk Sebelah Sana,” kita perhatikan baris-baris dalam rangkap kedua berikut (baris 27 hingga 55).

Ya, untuk sebelah sana... derhaka pada sang penguasa tidak sekali-kali tidak enam puluh tahun sudah cukup berjasa pada mereka liat, kilat sampai berkarat tetap digenggam erat setia naik, naik dan naik lagi tidak ada apa-apa pada mereka biar hidupnya biasa-biasa, biar hidupnya susah-susah naik, naik dan naik lagi semua itu tidak mereka kesah’ apa yang pihak oposisi peduli mereka tidak gemari sengsara-sengsara, susah-susah mereka setia mereka mensyukuri nikmat yang diberi tanpa peduli diri mereka diperjudi sang penguasa berjasa dulu, kini dan selamanya mereka hadami slogan itu sedalamnya menjiwa hingga mereka percaya itu hanya tempat bergantung semata-mata

...

Jika kita bergerak ke baris-baris dalam rangkap ketiga, nada marah-marah dan sinisme penyair semakin membuak. Hal ini digambarkan /Mereka setia membabi buta segala yang dikerah sang penguasa terus menerus memaksa tanpa peduli/ (baris 57 hingga 60). Dalam hal ini, misalnya isu janji tidak ditepati; sekadar janji manis semasa PRU-13, namun yang berlaku ‘janji tinggal janji.’ Konflik antara pemerintah ‘yang di sana’ dengan oposisi atau ‘yang di sini’ sering berlaku meskipun suara ‘yang di sini’ tidak diambil peduli oleh ‘yang di sana.’ Malahan suara oposisi dikatakan fitnah yang ditaburkan kepada rakyat. Untuk lebih jelas, kita perhatikan ungkapan penyair dalam baris-baris berikut:

Ya, untuk sebelah sana... mereka setia membabi buta segala yang dikerah sang penguasa terus menerus memaksa tanpa peduli mereka peduli apa dengan kenaikan harga tidak peduli pada suara oposisi dianggap fitnah kepada penguasa mereka percaya kenaikan harga itu demi rasioalisasi subsidi kenaikan untung untuk rakyat juga diambil peduli itu sabda sang penguasa juga menteri-menteri yang mereka percayai apa lagi yang oposisi tidak puashati pada menteri, itu kata mereka

...

Sinisme dalam Harapan

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 223

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Permainan politik ‘di sebelah sana’ masih lagi dalam gelanggang yang dikatakan selesa pada ketika ini. Namun penyair berfikiran bahawa permainan itu akan terhenti suatu masa nanti. Penyair juga berharap para pemain politik kini sedar dan insaf bahawa /pegangan khurafat terlalu mencengkam menjiwa pada diri/ Apakah ini takdir untuk mereka terus taat setia mem- babi buta?/ (baris 90 hingga 93). Apa lagi penyair boleh katakan atau ungkapkan, hanyalah takdir dan kuasa Allah SWT akan menentukan segala-galanya dan / untuk sebelah sana, moga insaf dan sedar diri/ (baris 107 hingga 108). Kita perhatikan beberapa ungkapan yang dilontar- kan dalam rangkap keempat puisi “Untuk Sebelah Sana” (baris 85 hingga 110). entah kapan mereka ini boleh menyedari permainan keji dari sang penguasa belum ada petanda yang bakal menginsafi diri mereka pegangan khurafat terlalu mencengkam menjiwa pada diri apakah ini takdir untuk mereka terus taat setia membabi buta? cukukplah apa yang mereka terus sokongi dan dokongi lambat laun kepedulian segera bertunjang di jiwa mereka apa lagi yang mereka terus puja-puja muja-memuja sang penguasa kerana itu semua takdir yang menentu segalanya, untuk sebelah sana, moga insaf dan sedar diri

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 224

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

ULASAN MODEL KUALITI PERKHIDMATAN

Suhaini Muda1 & Sabrina Mohd Rashid2 1 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected] 2 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Model Kualiti Perkhidmatan (SERQUAL) telah banyak digunakan un- tuk mengkaji kualiti perkhidmatan. Makalah ini menganalisis konsep asas SERQUAL dengan memasukkan kedua-dua perbincangan teori dan aplikasi SERVQUAL dalam pelbagai bentuk kajian termasuklah ka- jian-kajian berkaitan perindustrian, komersil dan perkhidmatan bu- kan berbentuk keuntungan. Tumpuan khusus kajian ini adalah untuk menilai model kualiti perkhidmatan (SERVQUAL) yang telah diban- gunkan oleh Parasuraman, Zeithaml, dan Berry. Ulasan karya menge- nai model SERVQUAL mengetengahkan beberapa implikasi praktikal untuk pengurus kerana ia dapat membantu pelbagai organisasi perk- hidmatan dan perniagaan dalam menilai jangkaan pengguna dan per- sepsi tentang kualiti perkhidmatan. Walau bagaimanapun, ia tidak mempunyai penjelasan yang jelas dan tepat berkaitan komponen komunikasi. Kata kunci: Kualiti Perkhidmatan, SERVQUAL, RATER, Komunikasi

PENGENALAN Kualiti perkhidmatan telah menjadi perhatian utama kepada para pengamal industri, pengurus dan penyelidik kerana impaknya terhadap prestasi perniagaan, kos yang lebih rendah, kepua- san pelanggan, kesetiaan pelanggan dan keuntungan (Cronin dan Taylor, 1994; Hallowell, 1996; Gummesson, 1998; Chang dan Chen, 1998; Lasser et al., 2000; Sureschander et al, 2002). Ter- dapat penyelidikan berterusan mengenai pelbagai aspek kualiti perkhidmatan termasuklah kajian berkaitan konsep, pemodelan, pengukuran, teknik pengumpulan data, analisis data, isu kualiti perkhidmatan, dan lain-lain yang menyediakan asas yang kukuh untuk para penyelidik berkenaan. Dalam makalah ini, model kualiti perkhidmatan diberi perhatian khusus bagi membantu penyelidik mempelajari dan memahami faktor-faktor yang berkaitan dengannya serta turut memberikan arah untuk penambahbaikan. Tumpuan khusus kajian ini adalah dalam menilai model kualiti perkhidmatan (SERVQUAL) yang telah dibangunkan oleh Parasuraman, Zeithaml, dan Berry pada tahun 1985. Kajian ini akan bermula dengan perkembangan SERVQUAL berda- sarkan kajian sebelumnya, aplikasi yang berpotensi, dan disimpulkan dengan cadangan.

PEMBANGUNAN MODEL KUALITI PERKHIDMATAN SERVQUAL Salah satu model yang digunakan secara meluas untuk mengukur kualiti perkhidmatan dari perspektif pelanggan ialah Model SERVQUAL. Model ini mula dibangunkan oleh Parasuraman et. al. (1985) dan telah digunakan secara meluas dalam bidang pemasaran dan pelbagai bidang lain.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 225

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Sejak ia mula diperkenalkan, Model SERVQUAL telah melalui pelbagai ujian dan penambah- baikan. Model SERVQUAL yang terawal bermula dengan sepuluh dimensi yang membentuk domain pembinaan kualiti perkhidmatan. Sepuluh dimensi tersebut merangkumi aspek bukti fizikal; kebolehpercayaan; responsif; komunikasi; kredibiliti; keselamatan; kecekapan; ihsan; memahami / mengenali pelanggan; dan akses (Parasuraman, Zeithaml, dan Berry, 1988). Sepu- luh dimensi awal ini dijelaskan seperti berikut (Parasuraman et al., 1985):

i. Bukti fizikal: Kemudahan fizikal, keadaan peralatan, dan penampilan kakitangan. ii. Kebolehpercayaan: Keupayaan untuk melaksanakan perkhidmatan yang dijanjikan dengan betul dan tepat serta boleh dipercayai. iii. Responsif: Kesediaan untuk bertindak membantu pelanggan dan menyediakan perkhidmatan dengan kadar segera. iv. Komunikasi: Memberitahu pelanggan dalam bahasa yang dapat difahami mereka, dan juga mendengar apa yang ingin dinyatakan oleh pelanggan. v. Kredibiliti: termasuk faktor kebolehpercayaan, kepercayaan dan kejujuran. Ini me- libatkan kepentingan terbaik pelanggan sebagai pihak yang paling utama dalam pemberian perkhidmatan. Ia mungkin dipengaruhi oleh nama dan reputasi syari- kat, dan ciri-ciri peribadi kakitangan yang terlibat. vi. Keselamatan: membolehkan pelanggan berasa bebas daripada bahaya, risiko atau keraguan termasuk keselamatan fizikal, keselamatan kewangan dan kerahsiaan. vii. Kompetensi: memiliki kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melak- sanakan perkhidmatan berkaitan. viii. Ihsan: pertimbangan ke atas hak milik pelanggan, dan penampilan kakitangan yang bersih dan kemas, menunjukkan kesopanan, rasa hormat, dan keramahan. ix. Memahami / mengenali pelanggan: berusaha untuk memahami keperluan pelang- gan secara individu dengan memberikan perhatian, mengenali pelanggan secara individu. Ini termasuk menunjukkan kepada pelanggan yang keadiran mereka dis- edari apabila mereka tiba dan seterusnya memberikan khidmat yang lebih daripa- da yang mereka jangkakan. x. Akses: dapat didekati dan memudahkan hubungan.

Sepuluh dimensi yang setiap satunya dijelaskan berfungsi sebagai struktur asas domain kua- liti perkhidmatan dari mana item diperolehi untuk skala SERVQUAL bagi mengukur kualiti perkhidmatan. Proses penjanaan item skala membawa kepada pembangunan 97 item mewakili sepuluh dimensi. Parasuraman dan rakan-rakan melanjutkan penyelidikan mereka di empat firma yang dikenali di peringkat kedua untuk menyaring item-item tersebut yang kemudian melahirkan skala 34 item yang mewakili tujuh dimensi kualiti perkhidmatan. Walau bagaima- napun, penilaian terhadap empat sampel data secara konsisten menunjukkan beberapa di- mensi yang bertindih di antara mereka. Ini boleh menjejaskan keteguhan skala 34 item apabila digunakan untuk mengukur kualiti perkhidmatan. Hasilnya menuntut penambahbaikan selan- jutnya yang kemudiannya mengubah sepuluh dimensi kepada lima dimensi kualiti perkhidma- tan utama. Ini termasuk tiga dimensi asal dan dua dimensi gabungan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 226

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

Sepuluh Dimensi Lima Dimensi Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan Kompetensi Jaminan Ihsan Kredibiliti Keselamatan Bukti Fizikal Bukti Fizikal Akses Empati Komunikasi Memahami / mengenali pelanggan Responsif Responsif Rajah 1: Penambahbaikan Ukuran SERVQUAL Parasuraman et. al. (1988) menyediakan label dan definisi ringkas untuk lima dimensi mod- el SERVQUAL seperti berikut: i. Kebolehpercayaan: Keupayaan untuk melaksanakan perkhidmatan yang dijanjikan dengan betul dan tepat serta boleh dipercayai. ii. Jaminan: Pengetahuan dan kesopanan pekerja dan keupayaannya untuk menanam kepercayaan dan keyakinan kepada pihak pelanggan. iii. Bukti fizikal: Kemudahan fizikal, keadaan peralatan, dan penampilan kakitangan. iv. Empati: Keprihatinan, perhatian secara individu yang diberikan oleh pemberi perk- hidmatan kepada pelanggannya. v. Responsif: Kesediaan untuk bertindak membantu pelanggan dan menyediakan perkhidmatan dengan kadar segera.

Dimensi ini kemudiannya dikenali sebagai R-A-T-E-R yang merujuk kepada “Reliability, As- surance, Tangibles, Empathy, Responsiveness” (Souca, 2011). Untuk mengukur dimensi dan impaknya terhadap kualiti perkhidmatan, Parasuraman, Zeithaml dan Berry (1988) memban- gun satu instrumen dengan 22 item, empat atau lima item yang dikaitkan dengan setiap di- mensi, digunakan untuk jangkaan pelanggan dan persepsi mereka. Pada asasnya, SERVQUAL digunakan untuk mengenalpasti jurang potensi antara jangkaan dan persepsi dalaman dan luaran penyampaian perkhidmatan. Ini membantu pemberi perk- hidmatan memahami jangkaan dan persepsi pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan yang seterusnya membolehkan penilaian kualiti berterusan dilakukan. Jangkaan terhadap kualiti perkhidmatan merupakan kepercayaan mengenai proses perk- hidmatan dan membentuk piawaian yang mana prestasi sebenar akan dinilai (Zeithaml and Bitner 2003). Dalam ertikata lain, jangkaan merupakan apa yang pelanggan rasakan pemberi perkhidmatan patut tawarkan. Manakala, persepsi terhadap kualiti perkhidmatan pula merujuk kepada sejauh mana sesu- atu pemberi perkhidmatan berjaya memberi perkhidmatan kepada pelanggan (Zeithaml et al., 1990). Persepsi pelanggan mengenai kualiti perkhidmatan adalah berdasarkan perbandingan jangkaan terhadap kualiti perkhidmatan sebelum ia diterima dan pengalaman menerima perkhidmatan itu sendiri (Naik et al., 2010). Oleh itu, persepsi pelanggan terhadap kualiti

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 227

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017 perkhidmatan adalah merupakan hasil daripada penilaian pengalaman mereka menerima perkhidmatan dan perkhidmatan yang dijangka diterima sebelum itu.

POTENSI APLIKASI SERVQUAL adalah skala pelbagai item ringkas dengan kebolehpercayaan dan kesahan yang baik yang boleh digunakan oleh pembekal atau pemberi perkhidmatan untuk lebih memahami jangkaan dan persepsi perkhidmatan pengguna dan, sebagai hasilnya, meningkatkan perkhid- matan. Instrumen ini telah direka untuk digunakan di seluruh spektrum perkhidmatan yang luas. Oleh itu, ia menyediakan rangka kerja asas melalui format jangkaan / persepsi yang me- rangkumi kenyataan bagi setiap lima dimensi kualiti perkhidmatan. Berdasarkan keperluan, rangka kerja dapat disesuaikan atau ditambah sesuai dengan ciri-ciri atau keperluan penyelidi- kan khusus organisasi tertentu. SERVQUAL adalah paling berguna apabila ia digunakan secara berkala untuk mengesan tren kualiti perkhidmatan, dan apabila ia digunakan bersama dengan lain-lain bentuk pengukuran kualiti perkhidmatan. Contohnya, seorang peniaga akan lebih banyak belajar tentang kualiti perkhidmatan yang diberikannya dan apa yang perlu dilakukan untuk memperbaikinya dengan membuat kaji selidik menggunakan SERVQUAL ke atas pekerja tiga atau empat kali setahun secara sistematik dan menganalisis cadangan serta aduan pelanggan. Tinjauan terhadap peker- ja hendaklah turut memasukkan pertanyaan berkaitan tanggapan halangan untuk perkhidma- tan yang lebih baik. SERVQUAL boleh digunakan untuk menilai kualiti organisasi pemberi khidmat tertentu den- gan mengaplikasikan setiap lima dimensi perkhidmatan dengan melihat purata skor perbezaan pada item yang membentuk dimensi. Ia juga boleh memberikan satu ukuran keseluruhan kuali- ti perkhidmatan dalam bentuk skor purata di semua lima dimensi. Oleh kerana tindak balas yang bermakna kepada kenyataan persepsi memerlukan responden untuk mempunyai penge- tahuan atau pengalaman dengan organisasi yang dikaji, aplikasi SERVQUAL adalah terhad ke- pada pelanggan semasa atau lama organisasi berkaitan. Satu lagi aplikasi instrumen SERVQUAL adalah dalam penggunaan untuk mengkategorikan beberapa segmen persepsi kualiti pelanggan-pelanggan sesuatu organisasi pemberi khidmat berdasarkan kepada skor SERVQUAL masing-masing. Segmen-segmen ini kemudiannya boleh dianalisis berdasarkan (I) demografi, psikografi dan/ atau profil lain; (2) kepentingan relatif dari lima dimensi dalam mempengaruhi persepsi kualiti perkhidmatan; dan (3) sebab-sebab di se- balik persepsi yang dilaporkan. Dengan data ini, pengurusan organisasi akan memahami den- gan lebih baik apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki imejnya di mata pelanggan- pelanggan yang sangat penting sebagai sasaran pasaran utama organisasi.

KESIMPULAN DAN CADANGAN Sebagai kesimpulan, penemuan kajian-kajian lepas memberikan beberapa implikasi praktik- al untuk pengurus. Model SERVQUAL boleh membantu pelbagai organisasi perkhidmatan dan perniagaan dalam menilai jangkaan pengguna mengenai kualiti perkhidmatan dan persepsi terhadap kualiti perkhidmatan. Ia juga boleh membantu dalam menentukan aspek yang me- merlukan perhatian dan tindakan pengurusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Wa- lau bagaimanapun, ia tidak memasukan aspek komunikasi dengan jelas dan tepat dalam penje- lasan dimensi SERVQUAL. Oleh itu, adalah dicadangkan model ini digunakan dengan kombinasi model lain yang lebih menekankan elemen komuniksi untuk kajian berkaitan bidang komunika- si.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 228

e-Prosiding Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2017

RUJUKAN Chang T.Z. and Chen S.J. (1998), Market orientation, service quality and business profitability: A conceptual model and empirical evidence, Journal of Services Marketing, 12, 246-264 Cronin J.J. and Taylor S.A. (1994), SERVPERF versus SERVQUAL: Reconciling performance-based and perception-minus-expectations measurement of service quality, Journal of Marketing, 58, 125-131 Gummesson E., (1998), Productivity, quality and relationship marketing in service operations, International Journal of Contemporary Hospitality Management, 10, 4-15 Hallowell, R. (1996), The relationships of customer satisfaction, customer loyalty, and profita- bility: An empirical study, International Journal of Service Industry Management, 7, 27-42. Lasser, W. M., Manolis C, Winsor, R. D., (2000), Service quality perspectives and satisfaction in private banking, Journal of Services Marketng 14, 244-271 Naik, C. N. K., Gantasala, S. B., and Prabhakar, G. V. (2010). Service quality (SERVQUAL) and its effect on customer satisfaction in retailing. European Journal of Social Sciences, 16(2), 231-243. Parasuraman, A., Zeithaml, V.A., and Berry, L.L. (1985), A conceptual model of service quality and its implications for future research, Journal of Marketing, 49(4), 41-50. Parasuraman, A., Zeithaml, V.A., and Berry, L.L. (1988), SERVQUAL: A multiple-item scale for measuring consumer perceptions of service quality, Journal of Retailing, Spring 1988, 64(1), 12-40 Souca, M. L. (2011). SERVQUAL - Thirty Years of Research on Service Quality with Implications for Customer Satisfaction. In I. Plåias (Ed.). R. Ciornea (Ed.), International Conference “Marketing from Information to Decision” 4th Edition (ISSN 2067-0338, pp. 420-429). Sureshchander, G.S., Rajendran, C., Anatharaman, R.N., (2002), The relationship between ser- vice quality and customer satisfaction: A factor specific approach, Journal of Services Mar- keting, 16, 363-379. Zeithaml, V. and Bitner, M. J. (2003). Services Marketing: Integrating customer focus across the firm. 3rd edition. New York: McGraw-Hill. Zeithaml, V., Parasuraman, A. & Berry. L. L. (1990). Delivering Service Quality. New York: The Free Press. Zopiatis, A. & Pribic, J. (2007). College students’ dining expectations in Cyprus. British Food Journal, 109 (10), 765-776.

e-Prosiding SMTCom’17 (e-ISBN 978-967-16435-6-3) | 229