Pakatan kecam Umno lindungi gangster, Zahid tak layak jadi menteri Malaysian Insider Oct 7 , 2013 OLEH ELIZABETH ZACHARIAH DAN LEE SHI-IAN

Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam Datuk Seri Dr dan Umno yang melindungi kumpulan gangster salah di sisi undang-undang hanya kerana kaitannya dengan pemimpin parti tersebut.

Setiausaha Organisasi DAP (pic) menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu sebagai membimbangkan, kerana tidak menunjukkan sikapnya sebagai "seorang menteri".

Tiga Line merupakan salah satu daripada kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ogos lalu, ketika pihak berkuasa berjanji untuk membanteras kegiatan kumpulan itu.

Dalam satu klip video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita hari ini, Ahmad Zahid sebaliknya mempertahankan kumpulan bawah tanah itu akan tetapi tindakan tegas diambil ke atas kumpulan lain, memberi gambaran mereka "sebagai rakannya dan menggesa mereka untuk melakukan apa yang perlu".

Laman portal tersebut memperoleh pita rakaman ucapan Ahmad Zahid sepanjang 20 minit tersebut, ketika beliau sedang berucap dalam satu majlis kerajaan.

"Beliau seolah-olah memberikan mereka (Tiga Line) kebal daripada undang-undang," kata Loke.

"Ia adalah satu pengakuan yang sangat jelas bahawa kumpulan ini dikaitkan dengan Umno."

Naib presiden PKR, N Surendran juga senada, menegaskan Ahmad Zahid "penyokong kuat gengster pro-Umno berasaskan Melayu" yang pada awalnya diharamkan sendiri oleh kementeriannya.

"Ini adalah bertentangan dengan senarai yang dikeluarkan oleh kementeriannya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak layak pegang jawatan."

Surendran, yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, turut menggesa supaya polis menyiasat hubungan Ahmad Zahid dengan kumpulan tersebut "memandangkan mengakui beberapa ahli kumpulan tersebut adalah rakannya".

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk (pic, right) yang juga naib presiden PAS, mendesak Ahmad Zahid untuk memberikan penjelasan ke atas kenyataannya yang bertentangan sama sekali.

"Kementerian beliau sendiri keluarkan senarai kumpulan haram. Jadi dia kata halal pula sekarang?

"Ini menunjukkan apa saja yang kementerian beri kepada rakyat tidak boleh dipercayai langsung," dakwanya lagi.

Mahfuz mendakwa Umno menggunakan kumpulan Tiga Line sebagai "barisan depan" untuk menentang lawan politik mereka.

"Umno di belakang mereka. Apabila mereka mahu melakukan kerja tidak demokratik, mereka akan guna Tiga Line," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh Khoo Poay Tiong yang memperoleh rakaman suara Ahmad Zahid itu mahu menteri tersebut meletak jawatan serta-merta.

"Kenyataan perkauman oleh menteri tersebut terhadap kaum Cina dan India adalah imej sebenar Umno," kata Khoo lagi.

"Zahid mendakwa kaum Melayu adalah mangsa sebenar mereka yang mengambil dadah dan berjudi, ini memang sudah dijangkakan kerana perhimpunan agung Umno yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Beliau perlu menunjukkan dirinya sebagai pro-Melayu sehabis kuat untuk mendapatkan sokongan perwakilan dalam pilihan raya Umno," kata Khoo.

Khoo berjaya mendapatkan rakaman 20 minit ucapan Zahid dalam majlis itu yang diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, bertajuk Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat.

Khoo enggan mendedahkan sumber yang memberinya rakaman itu tetapi mendakwa mendengar kata-kata perkauman yang tidak masuk akal dikeluarkan oleh Ahmad Zahid.

Beliau berkata terdapat khabar angin sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kumpuan Tiga Line dikaitkan dengan Umno dan kini Zahid telah mengesahkan khabar angin ini.

"Umno menyokong budaya samseng dan mereka menggunakan taktik ini untuk mengukuhkan cengkaman kuasa mereka.

"Tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa hanya 'wayang'," kata Khoo semasa dihubungi The Malaysian Insider hari ini. – 7 Oktober, 2013.

Hakcipta © 2013 The Malaysian Insider Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-kecam-umno-lindungi-gangste r-zahid-tak-layak-jadi-menteri