SIARAN MEDIA

DUA ANUGERAH DALAM DUA MINGGU BAGI MRT CORP Anugerah sebagai pengiktirafan untuk kecemerlangan dalam pengurusan projek dan sumber manusia

Kuala Lumpur, 10 October 2019: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah berjaya merangkul dua anugerah dalam tempoh dua minggu yang lalu, sebuah kemenangan yang mengiktiraf usaha syarikat ke arah kecermelangan dalam pembinaan Projek MRT Lembah Klang..

Anugerah pertama adalah Anugerah Projek Major Terbaik – Kategori Infrastruktur yang diterima semasa Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan (MCIEA) 2019 untuk Depoh Sungai Buloh manakala anugerah kedua adalah Anugerah Kecermelangan yang diterima semasa Anugerah Kecermelangan Majikan 2019.

MCIEA merupakan sebuah majlis anugerah tahunan yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), telah menyaksikan Depoh Penyelenggaraan MRT milik MRT Corp di Sungai Buloh, yang merupakan depoh terbesar di Asia Tenggara, memenangi anugerah Projek Major Terbaik - Kategori Infrastruktur.

Anugerah ini mengiktiraf pembinaan Depoh Sungai Buloh sebagai satu projek yang telah menunjukkan kecemerlangan keseluruhan dalam pelaksanaan projek, termasuk amalan keselamatan dan kesihatan, manfaat kepada masyarakat dan negara, pertimbangan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan asset, dan kemudahan dan mutu kerja serta kualiti kerja pembinaan.

MRT Corp menerima anugerah tersebut sebagai pemilik depoh, bersama-sama dengan Trans Resources Corporation Sdn Bhd sebagai Kontraktor Pakej Kerja (WPC), MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd sebagai Rakan Pelaksana Projek, Produktif

Sepakat Consulting Engineers Sdn Bhd sebagai perunding sivil dan struktur, Perunding Alam Bina Sdn Bhd sebagai arkitek, Aecom Perunding Sdn Bhd sebagai perunding kejuruteraan elektrik dan KPK Quantity Surveyor (Semenanjung) Sdn Bhd sebagai juruukur kuantiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Encik Abdul Yazid Kassim MRT Corp telah menerima anugerah bagi pihak MRT Corp di majlis MCIEA 2019 yang berlangsung pada hari Jumaat, 4 Oktober 2019 di W Hotel, . Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya YB Mohd Anuar Mohd Tahir.

Anugerah yang kedua, yang berlangsung pada hari Selasa, 8 Oktober 2019 di Anugerah Kecermelangan Majikan MEF 2019, telah menyaksikan MRT Corp sebagai salah satu daripada lima pemenang Anugerah Kecermelangan Perak. Majlis Anugerah tersebut telah diadakan bersempena dengan Majlis Ulang Tahun Persekutuan Majikan Malaysia yang ke-60.

Bertempat di Hotel and Pusat Persidangan Holiday Villa Subang, anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia YB M. Kulasegaran. Abdul Yazid menerima anugerah bagi pihak MRT Corp.

Anugerah Kecermelangan MEF mengiktiraf para penerima di atas pematuhan mereka terhadap Akta Pekerja Malaysia serta manfaat tambahan yang diberikan kepada pekerja mereka.

Mengulas mengenai pencapaian itu, Abdul Yazid berkata ini merupakan detik yang amat membanggakan bagi MRT Corp kerana kedua-dua anugerah itu bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan organisasi dalam menguruskan Projek MRT Lembah Klang yang telah diamanahkan kepada syarikat sebagai Pemilik Projek, tetapi juga di atas kecemerlangan syarikat mengurus para pekerja: modal insan MRT Corp.

"Apabila para pekerja kami gembira, ini dapat dilihat melalui hasil kerja mereka dan sebagai projek infrastruktur terbesar di negara ini, MRT Corp berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan juga menetapkan piawaian bagi pelbagai aspek industri pembinaan di Malaysia."

Beliau berkata, MRT Corp diberi penghormatan apabila Projek MRT Lembah Klang diiktiraf buat kali kedua di MCIEA 2019 atas usahanya dalam menyumbang kepada industri pembinaan di Malaysia.

"Usaha kami untuk melakukan lebih daripada amalan biasa serta menjadi penanda aras bagipelbagai aspek dalam industri pembinaan di Malaysia sekali lagi telah diiktiraf. Ini akan menggalakkan kami untuk terus berusaha menjadi yang terbaik dalam usaha menyempurnakan Projek MRT Lembah Klang menepati jadual masa dan kos," kata Abdul Yazid.

Projek KVMRT telah dinamakan Projek Terbaik dalam kategori Projek Infrastruktur Major pada tahun 2017 untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang Fasa Satu.

-tamat/-

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Encik Leong Shen-Li 012-3196602 / [email protected] MRT Corp

Cik Amalina Ghazali 016-2154055 / [email protected] MRT Corp