[Dokumen ini belum disemak]

DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

Bil. 62 Rabu 7 November 2007

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2008: Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.1 hingga B.9 & B.40 (Halaman 27)

USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2008 Jawatankuasa:- Maksud P.6 dan P.7 (Halaman 27)

DR.7.11.2007 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Rabu, 7 November 2007

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng)mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tuan Yang di-Pertua, hari ini hari Rabu, tidak ada Menteri kita faham. Timbalan Menteri tidak ada. Setiausaha Parlimen pun kosong. Ahli-ahli Parlimen pun kosong. Mungkin tidak cukup kuorum tetapi saya belum bilang. Parlimen ialah chamber yang tertinggi bagi perundangan tetapi nampaknya UMNO Assembly lebih tinggi daripada Parlimen, lebih tinggi daripada Kabinet. It’s upset down. Ini mana boleh dibenarkan. Counting out...tidak cukupkah? One, two, three... eight... Beberapa Ahli: Cukup. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tidak cukup! Kalau tidak cukup saya pun tidak panggil. Tidak cukup. Kenapa ini berlaku? Malulah macam ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, bilangan yang hadir mencukupi. Mesyuarat ini mesyuarat yang sah dan sejajar dengan Peraturan Mesyuarat. Yang Berhormat Bukit Mas.

1. Tuan Henry Sum Agong [Bukit Mas] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan apakah langkah yang akan diambil untuk memudah dan melicinkan lagi perjalanan keluar masuk bagi pelawat-pelawat dan pelancong asing yang terpaksa menunggu giliran berbaris panjang di CIQ Kuala Lurah, Limbang khususnya pada hujung minggu.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [Datuk Tan Chai Ho]: Tuan Yang di- Pertua, Jabatan Imigresen (JIM) sentiasa memastikan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan imigresen di pintu-pintu masuk negara berada di dalam keadaan terbaik. Sempadan negara Malaysia dengan negara Brunei di Limbang, Sarawak dikawal oleh Pos Imigresen Tedungan, Limbang. Manakala Pos Imigresen Kuala Lurah terletak di negara Brunei. Pos Imigresen Tedungan ini beroperasi 16 jam sehari iaitu dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Sebanyak dua syif diperuntukkan setiap hari dan setiap syif dikendalikan oleh empat pegawai imigresen. Terdapat empat kaunter di Pos Imigresen Tedungan, Limbang bagi memastikan kelancaran keluar masuk pelawat. Semua kaunter dibuka sama ada pada waktu DR.7.11.2007 2

kritikal ataupun tidak. Terdapat 42 perjawatan di pos tersebut, 36 perjawatan telah diisi manakala 6 masih kosong. Memandangkan kemasukan pelawat semakin bertambah, JIM dalam perancangan untuk menambah kaunter-kaunter imigresen di samping berusaha meminta supaya agensi pusat mengisi kekosongan perjawatan berkenaan. Sekian, terima kasih. Tuan Henry Sum Agong [Bukit Mas]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan tadi. Kuala Lurah merupakan pintu masuk bagi pelawat dan pelancong dari Brunei Darussalam dan juga yang datang dari Miri dan lain-lain tempat di Sarawak. Begitu juga yang datang dari Sabah. Di sini selalunya terdapat queue yang panjang sehingga dua jam, tiga jam pun ada. Saya sendiri pun pernah melihat sehingga dua jam setengah berlaku di Kuala Lurah ini. Keadaan ini tidak baik untuk menarik pelancong. Soalan saya, apakah tindakan yang diambil oleh pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah-masalah yang terdapat di sempadan Kuala Lurah ini? Sekian, terima kasih. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, Pos Imigresen Kuala Lurah tadi saya sebutkan adalah terletak di sempadan negara Malaysia dan Brunei. Pos Imigresen Tedungan adalah terletak di Limbang, Sarawak. Jadi, kepada Pos Imigresen Tedungan kita sudah buka semua kaunter sama ada dalam masa kritikal atau tidak. Jika pelawat-pelawat atau pelancong ramai masuk, kita akan buka dan berusaha untuk menambah lagi kaunter-kaunter supaya kita boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada orang yang masuk ke Sarawak, Malaysia. Jadi, kita akan berbincang dengan Kerajaan Negara Brunei supaya Pos Imigresen Kuala Lurah boleh meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang-orang yang hendak masuk ke Malaysia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Santubong. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mendapat jawapan daripada kerajaan soal pengurangan birokrasi negara. Dalam kertas ini menjelaskan banyak perkara, tetapi malangnya tangan kiri bercakap tangan kanan tidak jawab. Ini masalahnya. Kementerian merancang banyak window untuk immigration officers ini tetapi Jabatan Perkhidmatan Awam yang tidak melantik pegawai. ■1010 Jadi, macam mana kementerian untuk menghalusi perkara-perkara ini supaya jawapan saya ini jangan kertas macam ini sahaja menunjukkan bahawa tangan boleh bekerja sebelah kanan, sebelah itu tahu apa yang hendak dibuat. Macam mana jawapan Yang Berhormat? Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, memang Jabatan Imigresen Malaysia melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memohon supaya lebih ramai staf untuk mengisi perjawatan yang masih kosong dan kadang kala kita kena tunggu lama tetapi akhirnya kita dapat juga. Tadi saya ada menyebut Pos Imigresen Tedungan di mana masih terdapat enam DR.7.11.2007 3

perjawatan yang kosong tetapi kita sudah memohon supaya kita mendapat kelulusan daripada JPA dan kita akan membuka lebih kaunter di Pos Imigresen Tedungan, Limbang tidak lama lagi. Sekian, terima kasih.

2. Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan catatan jumlah purata air hujan di negara kita pada tahun ini daripada bulan Januari hingga bulan Ogos. Bandar manakah yang mencatat paling tinggi jumlah air hujan dalam tempoh yang sama.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Dato' Kong Cho Ha]: Tuan Yang di- Pertua, memandangkan kita sudah masuk ke bulan November, jawapan saya adalah untuk bulan Januari bulan Oktober. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah hujan yang diterima adalah berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain di seluruh negara. Di samping itu jumlah hujan juga berbeza dari satu bulan ke bulan yang lain mengikut musim. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, purata jumlah hujan yang diterima mulai Januari 2007 hingga Oktober 2007 bagi Semenanjung Malaysia ialah 1,988 milimeter. Untuk tempoh yang sama di Sarawak angkanya ialah 3,156 milimeter dan untuk Sabah, purata jumlah hujan yang diterima bagi tempoh yang sama tahun ini ialah 2,351 milimeter. Berhubung dengan pertanyaan bandar manakah yang mencatatkan hujan yang paling tinggi pula, suka saya maklumkan bahawa jumlah hujan yang paling tinggi direkodkan bagi tempoh dari Januari hingga Oktober 2007 ialah Bintulu di Sarawak dengan catatan sebanyak 3,856 milimeter, Sabah jumlah tertinggi bagi tempoh yang sama ialah di Sandakan iaitu 2,853 milimeter dan Semenanjung Malaysia hujan tertinggi yang direkodkan ialah di kawasan Tuan Yang di-Pertua iaitu Senai dan angkanya 2,613 milimeter. Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Menteri tentang jawapan itu tadi. Kalau kita lihat daripada angka-angka yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, nampaknya hujan pada tahun ini lebih tinggi daripada tahun yang sebelum ini sama ada betul atau tidak kerana tahun-tahun yang lain tidak disenaraikan. Walau pun demikian bagi diri saya, kerana saya mengkaji perkara ini dan nampaknya di Sarawak memang tinggi jumlah hujan turun tahun ini walau pun hanya 10 bulan. Biasanya yang 3,156 itu, adalah satu tahun iaitu tahun yang the wettest year juga tetapi nampak kali ini lebih daripada itu. Oleh yang demikian, soalannya adakah perubahan iklim sejagat yang menyumbang kepada weather anomaly ini kerana saya sudah nampak bahawa tahun ini dan tahun yang lepas dikatakan oleh pihak Meteorologi adalah satu weather anomaly, pakar di UKM. Saya sedang lihat laporan beliau. Adakah perubahan iklim yang menyumbang kepada perkara seperti ini? DR.7.11.2007 4

Dato' Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat Mambong. Memang benar bahawa pada tahun ini purata hujan yang diterima adalah lebih daripada purata untuk tahun-tahun yang lepas yang direkodkan. Untuk Semenanjung Malaysia purata hujan sehingga bulan Oktober ini adalah 14% melebihi purata biasa dan untuk Sarawak angkanya adalah 16% melebihi purata yang biasa dan untuk Sabah ia adalah 20% melebihi purata yang sama. Untuk makluman Yang Berhormat Mambong, memang kita Jabatan Meteorologi telah pun meramalkan bahawa untuk tahun ini Monsun Timur Laut iaitu North East Monsoon akan lebih hebat dari tahun-tahun yang lepas dan khasnya di Semenanjung Malaysia dari bulan November hingga Januari. Kadar hujan adalah lebih daripada normal dan di Sabah purata hujan untuk Monsun Timur Laut dari bulan Disember hingga ke Mac kadar hujan juga diramalkan adalah lebih dari normal. Di Sarawak kadar hujan untuk Monsun Timur Laut itu diramalkan normal. Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ekoran daripada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya pun khuatir kerana nampaknya jumlah purata air hujan lebih tinggi daripada dahulu. Saya difahamkan Senai pun sudah mencecah dia ribu lebih milimeter iaitu melebihi purata kebangsaan. Saya hendak bertanya adakah tinjauan dan juga ramalan yang dibuat oleh pihak kementerian sama ada air bah yang dahulu yang pernah berlaku di negeri Johor, teruk dan juga di negeri Melaka pun juga teruk itu, akan berulang ataupun tidak. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, untuk maklumat kawasan Senai sudah banjir semalam [Dewan riuh] Dato' Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sebenarnya Jabatan Meteorologi membuat ramalan untuk cuaca sahaja. Kita buat ramalan hujan tetapi kita tidak buat ramalan untuk banjir, jadi ramalan banjir itu dibuat orang Jabatan Perparitan dan Saliran iaitu JPS. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, adakah banjir berlaku atau tidak, itu tertakluk kepada kadar dan tempoh curahan hujan iaitu berapa lebat hujan itu turun. Hujan lebat yang turun itu adakah ia turun dalam satu jangka masa yang pendek dan adakah banjir itu berlaku atau tidak terpulang kepada keadaan saliran air iaitu saliran itu adakah ia mencukupi untuk menampung jumlah air hujan yang turun. Terima kasih.

3. Tuan Jelaing anak Mersat [Saratok] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan berapakah jumlah penternak di Sarawak dan Sabah yang menternak secara “Feed Lot” dan berapa keluarga penternak yang dapat bantuan modal.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, jumlah penternak yang menternak DR.7.11.2007 5

lembu secara feed lot di Sarawak adalah seramai 20 orang dan di Sabah seramai sembilan orang. Bagi membantu penternak memajukan perusahaan ternakan secara feed lot, perkhidmatan sokongan telah disediakan termasuk khidmat nasihat teknikal, latihan, bimbingan dan pengembangan kemahiran penternak, program kesihatan dan lawatan ladang berjadual selain bantuan modal berjumlah RM880,000 kepada 15 penternak di Sarawak serta penubuhan pusat pemasaran ternakan di Sabah. Terima kasih. Tuan Jelaing Anak Mersat [Saratok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Setiausaha Parlimen. Soalan tambahan, memandangkan bahawa kawasan luar bandar di Sarawak ini banyak mempunyai tanah yang terbiar dan khasnya dipunyai oleh orang-orang bumiputera di mana ekonomi mereka juga masih lagi mundur. Dalam bidang penternakan ini, saya rasa patutlah digalakkan tetapi seperti yang disebut oleh Setiausaha Parlimen tadi, di Sarawak baru 20, di Sabah baru sembilan. Sekiranya industri ini diperkembangkan di Sabah dan Sarawak kerana advantagenya di pulau, dan senang sedikit dijaga dari segi jangkitan penyakit, khidmat nasihat ini, adakah ianya cukup untuk perkembangan yang dicadangkan oleh kementerian? Kedua, bantuan kewangan untuk infrastruktur asas, adakah ianya akan dipertingkatkan dari segi jumlah dan macam mana dari segi bantuan pemasaran? Sekian, terima kasih. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, semua yang dicadangkan Yang Berhormat itu adalah yang sepatutnya memberi satu potensi yang besar kepada penternakan pedaging khasnya di Sarawak dan Sabah. Satu, niche advantage dengan izin yang kita dapat adalah Sarawak dan Sabah adalah di isytihar sebagai bebas daripada penyakit mulut dan kuku. Jadi bermakna itu adalah satu advantage yang ada kepada Sabah dan Sarawak. Memandangkan perusahaan lembu secara feed lot di Sarawak ini adalah sesuatu yang masih dianggap baru dan sebenarnya diusahakan secara kecil-kecilan. Untuk makluman Yang Berhormat, pengusaha yang terbesar di Sarawak sebenarnya adalah PPS Ternak yang berada di Miri. Sebenarnya syarikat ini mengimport lembu feeder dari ladang milik SEDC di Darwin, Australia untuk perusahaan mereka dan kita mendapatkan baka atau supply lembu-lembu ini daripada Rosewood Cattle Station yang dipunyai oleh SEDC. Dalam tahun 1982, SEDC sudah mempunyai satu cattle range yang luasnya 276,800 hektar di mana ianya mempunyai stok lembu jenis Brahman iaitu sebanyak 27,000 ekor. Bermaknanya Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan di sini, potensi itu ada, tetapi memandangkan bahawa perusahaan ini masih baru secara feed lot, jadi kita bermula dengan 20 penternak ini dahulu untuk spearhead, industri ini. Insya-Allah kita berharap daripada Cattle Station Rosewood di Australia dapat menghasilkan dalam 10,000 ekor anak lembu setahun yang boleh kita gunakan. Jadi pada masa yang sama, penternak tradisional di Sarawak juga, kita mula asuhkan dengan ternakan feed lot, di mana program ini bersama dengan PPS Ternak di DR.7.11.2007 6

bawah program PPRT ianya diurus oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, di mana setiap penternak diberi 6 ekor lembu untuk digemukkan dan dibeli semula oleh PPS Ternak selepas 4 bulan. Jadi ini adalah satu usaha untuk kita mewujudkan at sideman dengan izin supaya lebih ramai lagi penternak, mereka datang ke hadapan untuk melibatkan diri di dalam program ini. Terima kasih.

[Soalan No. 4 – Tuan Lau Yeng Peng (Puchong)] tidak hadir]

5. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) jenis dan jumlah program dan projek yang telah diimplementasi dalam RMK9 setakat ini untuk pembangunan masyarakat India; dan

(b) jumlah peruntukan dana pelaburan kerajaan yang dimiliki masyarakat India setakat ini dan unjuran sehingga tahun 2008.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab bagi pihak Jabatan Perdana Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Kelapan adalah dibuat berdasarkan kepada teras-teras utama, seperti pembasmian kemiskinan, pembangunan sumber manusia dan meningkatkan nilai tambah dalam rantaian ekonomi. Dalam konteks ini, terdapat beberapa projek dan program yang turut melibatkan masyarakat India seperti pembinaan sekolah-sekolah Tamil dan program latihan vokasional di pusat-pusat latihan vokasional. Di bawah peruntukan khas pembasmian kemiskinan Rancangan Malaysia Kesembilan, Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4.3 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Insan Berkemahiran bagi belia India yang merangkumi tiga program iaitu: (i) program pembangunan insan berkemahiran teknikal bagi belia India iaitu peruntukan sejumlah RM1.16 juta dan dijalankan di empat institusi iaitu di INPENS, International College Pulau Indah, Selangor. Evertronic Malaysia Sdn. Berhad di Pusat Pembangunan Kemahiran , Industrial Skill Development Centre di , Kedah, dan Yayasan Strategic Social Training and Services. Kumpulan sasar ialah lepasan SPM dari golongan miskin dan miskin tegar dan kos bagi setiap peserta ialah RM5,800.00 seorang. Seramai 200 orang belia telah dan sedang diberikan latihan di kesemua institusi di atas. Bidang-bidang DR.7.11.2007 7

yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti mekanik kenderaan bermotor, juruteknik elektrik rendah, juruteknik sistem berkomputer, juruteknik penyejukbekuan dan penyaman udara, pelukis pelan, kejuruteraan mekanikal dan sebagainya; (ii) adalah skim pembangunan usahawan muda India. Peruntukan berjumlah RM3 juta kepada Yayasan Tekun Nasional untuk pelaksanaan skim ini. Kumpulan sasar ialah belia India yang telah tamat latihan di institusi latihan kemahiran dan dari kalangan keluarga miskin dan miskin tegar. Kadar pinjaman yang diberikan melalui skim ini adalah tidak melebihi RM10,000.00 setiap peminjam; dan (iii) Skim Sewa Rumah Pelatih Giat MARA. Peruntukan bagi skim ini adalah RM140,000.00. Seramai 78 orang pelatih Giat MARA dari kaum India menerima skim sewa rumah selama 6 bulan di 9 pusat Giat MARA di 9 buah negeri. Kumpulan sasar skim ini ialah pelajar-pelajar Giat MARA yang berketurunan India. Terima kasih. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, (b) itu tidak terjawab iaitu jumlah peruntukan atau dana pelaburan kerajaan yang dimiliki masyarakat India setakat ini dan unjuran sehingga tahun 2008. Keduanya ialah, kita ada 3 teras yang utama. Kita akan menghadapi mid term review, Rancangan Malaysia Kesembilan pada Jun, pada tahun 2008. Maka teras pertama dalam RMK9 misi nasional, menaikkan ekonomi dalam rantaian nilai seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Dalam konteks itu, produktiviti dan daya saing menjadi faktor utama dalam pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Dalam konteks ini, apakah latihan yang disediakan? Belia itu satu komponen kecil. Kita melihatnya sebagai mikro masyarakat India secara umum. Keduanya pekerjaan baru dan peluang-peluang pekerjaan melalui SPA dan JPA. Ketiga ialah sektor swasta, bagaimana dana yang diwujudkan dalam (b) yang saya tanya tadi? Yang keempat, dalam sektor pendidikan kerana pendidikan dan ekonomi adalah dua perkara yang boleh menaikkan taraf satu-satu masyarakat di mana-mana. Maka itu menjadi teras. Maka saya minta pandangan dan juga maklumat daripada Yang Berhormat. Kalau tidak dapat jawab hari ini pun tidak mengapa, boleh beritahu kepada menteri berkenaan untuk menjawab secara bertulis supaya memberitahu kita di peringkat prasekolah, peringkat rendah, peringkat tinggi dan juga belia wanita, apakah yang sedia ada? Kerana lepas ini, tidak boleh kita kata, kita turun dari 1.5 ke 1.2, turun dari segi ekuiti masyarakat India dan pada tahun 2020 kita ada sasaran 3%. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat... DR.7.11.2007 8

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: ...bagaimana ini boleh diwujudkan? Habis, satu sahaja, satu sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Banyak lagi? Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Satu sahaja, satu sahaja. Kita ada 10 ya.. ■1030 Soalan saya yang terakhir untuk peruntukan pembangunan bagi program pengagihan 2006-2010, pembasmian kemiskinan itu ada 10 komponen iaitu program dan agensi dan lima penyusunan semula masyarakat. Saya ingin tahu daripada semua itu lebih kurang RM20 bilion akan dibelanjakan, apakah perancangan yang sedia ada untuk masyarakat India dalam komponen-komponen ini. Terima kasih. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas semua soalan tambahan yang telah disuarakan dan insya-Allah sekarang ini pegawai- pegawai semua ada sama. Jadi saya telah menjawab apa yang telah diserahkan kepada saya dan saya cukup yakin bahawa pegawai-pegawai itu akan mengambil nota dan memberi jawapan secara terus kepada Yang Berhormat. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ipoh Barat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu bahawa masyarakat India adalah masyarakat yang terpinggir di negara ini. Apa sebabnya, walaupun ada rancangan-rancangan hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Semua itu tidak ada efektif untuk membasmi hard-core poor dalam masyarakat India. Masyarakat India sekarang dikatakan masyarakat yang marginalize dalam semua sektor dan menjadi satu masyarakat yang under class dalam negara ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Soalan. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Soalan berkenaan dan jangan kita lupa kuil-kuil yang diroboh baru-baru ini dan berlaku tahun dulu, tahun ini tidak ada satu dasar polisi untuk mengatasi masalah ini. Walaupun perkara ini telah dibangkitkan di Parlimen beberapa kali. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah tindakan yang akan diambil yang telah diambil kerana tindakan dan polisi yang sedia ada nampaknya tidak efektif. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen mengatakan bahawa pembinaan sekolah-sekolah Tamil. Pada tahun dulu 20 September satu dasar kerajaan telah dibuat, di mana di Parlimen ini kata kali pertama dalam 50 tahun mengatakan bahawa tidak ada satu sekolah Tamil atau satu DR.7.11.2007 9

sekolah Cina akan dibina. Jadi apakah jawapan yang dibuat bagi mengatasi kemiskinan dan menolong masyarakat India adalah dengan pembinaan sekolah Tamil. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Jadi ini tidak rasional, jangan kita menyeleweng, jangan kita kata satu dan buat yang lain. Jadi apa yang dibuat oleh kerajaan bukan sahaja tidak dinikmati oleh masyarakat India, tetapi masyarakat India telah terpinggir seperti masyarakat Orang Asli juga. Terima kasih. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin membetulkan statement yang diberi oleh Yang Berhormat yang begitu generalize, mengatakan bahawa kaum India dimarginalize. Saya rasa statement itu memang tidak adil. Untuk makluman Yang Berhormat segala dasar-dasar yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional adalah menyeluruh kepada semua kaum di Malaysia. Jadi Yang Berhormat itulah guna Yang Berhormat ada di situ dan juga Yang Berhormat ada di mana-mana merata tempat untuk menyuarakan bagi pihak dan kita sentiasa memberi ruang. Jadi Yang Berhormat untuk mengatakan ditindas dan sebagainya... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sudah menyuarakan banyak kali, nothing. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Tak apa Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat sedikit sebanyak, banyak program yang telah diaturkan Yang Berhormat. Ini JPM yang saya baca bagi pihak ini, kementerian-kementerian lain ada juga program- program masing-masing yang menjurus. Kadang-kadang memanglah semua dasar kita tidak tetapkan melalui kaum. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, bila saya tanya kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani mengenai apakah rancangan untuk menolong masyarakat India mereka kata tidak ada yang spesifik. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Setiausaha Parlimen saya ada tulis. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Yang Berhormat permohonan- permohonan yang datang kita tengok bukan berasaskan kepada perkauman, kita menengok berasaskan kepada kelayakan. Jadi Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat generalize macam itu tidak adillah. Sebab Yang Berhormat kalau nak ikut semua kaum kita jaga. Jadi kita memupuk dari segi keseimbangan kepada kesemua kaum, tetapi of courselah ada tumpuan-tumpuan kumpulan sasar. Yang Berhormat, jangan generalize dengan statement begitu sebab ini akan menunjukkan kepada masyarakat di luar sana, bahawa ketidakadilan telah berlaku. Itu adalah satu statement yang tidak benar Yang Berhormat. DR.7.11.2007 10

Saya berharap Yang Berhormat lebih generalizelah lepas ini, Yang Berhormat jangan menyeluruh mengatakan mana-mana kaum tidak diberi pembelaan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik cukup. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Roboh kuil mana-mana kaum... [Menyampuk]

6. Tuan Chong Hon Min [Sandakan] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan bilangan yang menerima bantuan kewangan dan sebagainya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut negeri dari tahun 2006-2007. Adakah kerajaan akan mengkaji semula dan menambah kadar bantuan yang sedia ada memandangkan kos kehidupan telah meningkat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pelbagai skim bantuan kewangan kepada keluarga dan individu yang memerlukan bantuan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Bilangan penerima bantuan JKM di seluruh negara bagi tahun 2006 dan tahun 2007 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Negeri Tahun (2006) Tahun (2007) Orang Orang

Perlis 10,789 3,997 Kedah 27,776 23,035

Memandangkan senarai ini adalah panjang saya minta saya akan bagi salinan kepada Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kementerian menyedari bahawa kos sara hidup kian meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu kadar bantuan sentiasa disemak bagi memenuhi keperluan perbelanjaan sara hidup di kalangan penerima. Semakan yang terakhir telah dijalankan pada tahun 2006. Memandangkan kos sara hidup sekarang ini terus meningkat, maka kadar bantuan sedia ada telah disemak sekali lagi dan kenaikan kadar bantuan telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan dalam ucapan Bajet tahun 2008 baru-baru ini. Skim-skim bantuan yang telah dinaikkan kadarnya adalah seperti berikut: (i) elaun pekerja cacat kepada pekerja Orang Kurang Upaya daripada RM200 kepada RM300 seorang sebulan; (ii) bantuan orang tua kepada warga emas yang miskin daripada RM200 kepada RM300 seorang sebulan; DR.7.11.2007 11

(iii) skim bantuan baru iaitu Skim Bantuan Khas kepada penjaga OKU melarat dan pesakit kronik sebanyak RM300 seorang sebulan yang diberikan kepada penjaga. Sekian, Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sandakan. Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Terima kasih atas keprihatinan dan usaha kerajaan untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini. Soalan tambahan, bagi pemohon layak yang berdokumen lengkap dengan dokumen- dokumen yang diperlukan. Jadi apakah tempoh masa untuk permohonan mereka diluluskan dan bantuan dapat diterima. Sekian, terima kasih. Datin Paduka Chew Mei Fun: Tempoh masa untuk kita proses menjalankan siasatan dan buat pertimbangan kelulusan adalah tidak boleh lewat dari satu bulan. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Padang Serai, sila. Dato’ Lim Bee Kau [Padang Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Adakah pihak kementerian Yang Berhormat mengkaji sama ada angka penerima- penerima bantuan kebajikan ini tiap-tiap tahun ia meningkat ataupun turun. Jikalau ia menunjukkan satu kaedah di mana tiap-tiap tahun itu ada pertambahan penilaian, adakah pihak kementerian buat kajian apakah sebab-sebabnya dan apakah langkah yang diambil supaya orang yang menerima bantuan akan berkurangan, untuk menunjukkan bahawa kita telah dapat membantu mereka mendapatkan sara hidup yang lebih sempurna. Terima kasih. Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Jika kita ikut jumlah orang dapat bantuan kewangan ini ia fluctuate ada turun dan ada naik, kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyemak dan menyiasat balik terhadap semua penerima tiap-tiap enam bulan. Sekiranya selepas enam bulan keadaannya telah pun bertambah baik dan tidak layak lagi untuk menerima bantuan kita akan memberhentikan. Sekiranya dia masih dalam keadaan yang teruk kita akan meneruskan. Dari segi jumlah wang yang disalurkan, oleh kerana kadar bantuan wang itu telah pun meningkat dari tahun ke tahun, dan kita telah pun beri kadar kenaikannya. Oleh itu jumlah kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan memang meningkat setiap tahun. Sekian, terima kasih. ■1040 7. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:- (a) apakah halangan yang dihadapi oleh Kementerian bagi mewujudkan padang permainan di setiap kampung; dan

DR.7.11.2007 12

(b) apakah sebab utama mutu sukan bola sepak negara pada masa ini merosot teruk dan apakah tindakan pihak kementerian bagi memperbaiki keadaan ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Dato' Liow Tiong Lai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyediaan padang di setiap kampung dan mukim adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, kementerian berpandangan bahawa masalah utama untuk mewujudkan padang permainan di setiap kampung dan mukim adalah dalam mengenal pasti untuk mendapatkan tanah yang bersesuaian. Kementerian mengambil berat tentang cadangan ini dan akan melihat bagaimana dapat berbincang dengan kerajaan negeri dan kementerian-kementerian lain untuk perancangannya pada masa kelak. Untuk soalan bahagian (b), kita semua mengetahui bahawa mutu dan prestasi pasukan bola sepak kebangsaan tidaklah sehebat semasa era Ghani Minhat dan Mohktar Dahari pada tahun-tahun 60-an dan 70-an yang lalu. Permasalahan yang utama mengenai mutu bola sepak negara bermula pada awal 80-an apabila isu rasuah melanda bola sepak negara. Kebanyakan pemain-pemain senior yang berbakat besar telah menerima tindakan akibat daripada penglibatan mereka dalam isu rasuah ini. Ekoran daripada itu, perkembangan bola sepak negara khususnya perkembangan dan prestasi pasukan kebangsaan terjejas teruk. Dalam masa yang sama, perkembangan pembangunan bakat bola sepak di negeri-negeri dan di akar umbi turut tidak menyumbang kepada menghasilkan pemain-pemain berkaliber tinggi. Permintaan yang tinggi kepada anak-anak muda untuk cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya dapat memperoleh pekerjaan yang terjamin masa depannya telah menjejaskan aspek pembangunan bola sepak mencungkil bakat-bakat di peringkat akar umbi. Ahli-ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Sukan menyedari bahawa sukan bola sepak merupakan sukan yang popular di negara ini dan mempunyai track record yang baik pada masa dahulu. Oleh yang demikian, jawatankuasa yang berkenaan telah memutuskan untuk menjadikan sukan bola sepak sebagai salah satu sukan teras dan dimajukan di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa. Program- program yang sesuai khususnya untuk pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan para remaja telah dirancang untuk dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemandu Sukan Teras Berprestasi Tinggi bersama-sama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Putatan. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan memang baik. Terima kasihlah kerana berusaha untuk menghubungi semua kerajaan negeri mengenai masalah pemilikan tanah untuk tujuan pewujudan padang-padang di peringkat kampung. DR.7.11.2007 13

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melawat kepada negara-negara barat. Di mana negara pun, walaupun di India kita lihat permainan memang wujud, walaupun padang itu kecil, walaupun padang itu di tepi-tepi sungai, tepi-tepi laut. Kita lihat ramai anak-anak yang berselerak main pada setiap petang termasuk juga orang-orang dewasa. Jadi saya ingat pada masa dahulu Tuan Yang di-Pertua, padang-padang di kampung ini kita wujudkan dengan usaha orang- orang kampung, tetapi sekarang padang-padang sekarang yang ada dipunyai oleh sekolah- sekolah dan dipagari. Adakah kementerian Yang Berhormat bercadang untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran supaya padang-padang sekolah ini dapat diguna bersama orang- orang kampung? Dahulu saya lihat padang itu diperbaiki melalui gotong royong oleh JKK dan guru-guru. Sekarang padang itu sudah menjadi, entah tidak tahulah. Lecah, ini minta balik, minta balik peruntukan daripada Ahli Parlimen untuk memperbaiki padang. Jadi tiada usaha, tiada involvement daripada… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat soalan. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: …Kampung-kampung. Jadi itulah soalan dia Tuan Yang di-Pertua. Soalan kedua,… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Ya, soal fasal bola sepak ini Tuan Yang di-Pertua. Ini mustahak. Ini usaha untuk negara. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau mustahak, keluarkan cepat. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Ini mustahak. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Kadang-kadang mahu lambat sikit. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Mahu lambat sikit supaya ini ada dia punya taste, ada umph. [Ketawa]. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi kesabaran. [Ketawa]. Yang Berhormat Timbalan Menteri, bola sepak kita ini bukan sahaja rasuah. Saya rasa kita punya attitude, sikap itu nombor satu. Penyumbang dia. Jadi saya bercadang kementerian melihat balik, bagaimana mengatasi, memberi pendekatan sikap yang baik kepada pemain-pemain kita dan saya bercadang supaya memberi exposure yang terluas. Satu daripada dia untuk mungkin kita boleh… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: …Hantar kita punya pemain-pemain utama main dengan profesional di luar negeri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat… Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Sebab, ya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Belum habis. Sekejap, minta maaflah. Kelab seperti Barcelona, seperti Manchester United, bermain dengan dia orang. Adakah bagi peruntukan yang secukup bagi mereka-mereka ini, untuk expose. DR.7.11.2007 14

Dato' Liow Tiong Lai: Okey, terima kasih Yang Berhormat bagi Putatan yang telah pun memberi banyak cadangan untuk meningkatkan prestasi bola sepak dalam negara kita. Berhubung dengan padang ya, Yang Berhormat, memang saya mengakuilah bahawa pada satu ketika padang-padang sekolah boleh digunakan oleh orang-orang kampung dan sekarang banyak padang-padang sekolah tidak dapat lagi diguna kerana Kementerian Pelajaran telah pun memagar kebanyakan pagar-pagar padang-padang tersebut. Memang kita telah atau bincang melihat bagaimana dapat mewujudkan lebih banyak padang di peringkat kampung termasuk menggunakan padang-padang sekolah. Masalah utamanya adalah kerana penyelenggaraan padang kerana Kementerian Pelajaran tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menyelenggarakan padang dan apabila digunakan oleh orang ramai dan orang kampung ia senang rosak dan penyelenggaraannya termasuk meminta peruntukan daripada Yang Berhormat. Walau bagaimanapun jawatankuasa pembangunan sukan, Jawatankuasa Kabinet telah pun mewujudkan satu jawatankuasa bersama antara Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran untuk melihat penyelarasan sekolah sukan dan juga melihat bagaimana program- program mengenal pasti atlit di peringkat akar umbi dapat kita latih melalui penyediaan infrastruktur yang lebih di peringkat kampung. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkembangan bola sepak negara kita dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan. Memang telah banyak kali saya menjawab di Dewan yang mulia ini dan beberapa kali saya ulang jawapannya sebab itu tadi saya tidak pergi ke detail berapa kursus kita anjur, berapa ramai atlit kita telah latih, bagaimana kita hendak mendedahkan mereka, memang ada langkah-langkah yang ada. Contohnya FAM telah mengambil langkah untuk melibatkan jurulatih dan pengadil menyertai setiap bengkel yang dianjurkan di peringkat negeri dan meningkatkan mutu dan prestasinya dan juga dari segi sukan teras, kita telah bekerjasama dengan FAM dan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan program-program pembangunan pemain-pemain bermula dengan Program Tunas Bola Sepak Bawah 12 tahun. Kalau dari sikap, kata Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat bagi Putatan, kita memang hendak membina atlit kita bermula dari awal. Bawah 12 tahun ada 80 pusat latihan dengan 1,600 pemain dan 160 jurulatih telah pun dikenal pasti dan saya yakin melalui program- program ini kita dapat meningkatkan prestasi bola sepak negara kita. Sekian. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Santubong. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dah lama tak sampai Parlimen, jadi terima kasihlah kerana beri peluang kepada saya. Soalan saya yang penting Tuan Yang di-Pertua… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Terima kasih kerana beri peluang… Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Bagi peluang. DR.7.11.2007 15

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau tak ada, tak dapat diberi peluang, jangan marahlah. [Ketawa] Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Tuan Yang di-Pertua, saya dah empat tahun Tuan Yang di-Pertua. Orang tua… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tak orang lama. Tak tualah. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Bagilah mereka hormat orang tua sikit. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tak tualah Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri. „ 1050 Masalah yang berlaku dalam arena sukan ialah politik, tidak profesional, favouritism dan banyak benda-benda sedemikian berlaku. Akhirnya pemilihan pihak yang dilantik untuk mewakili nasional daripada kampung-kampung, daripada bandar-bandar, daripada negeri-negeri, dipilih dengan cara tidak profesional, secara favouritism, secara pilih kasih, secara keperibadian. Jadi ini adalah masalah asas pemilihan dibuat. Akhirnya yang dipilih bukan highest quality players, yang dipilih orang yang mediocre dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kedua ialah apabila pemain yang pandai daripada negeri dipilih, tidak ada satu insentif diberi kepada negeri kerana pemainnya dibawa ke peringkat nasional dan akhirnya negeri kata, ”Kami tidak hendak pergi oleh kerana tiada insentif”. Jadi perkara ini sudahkah difikirkan supaya jangan adakan politik, tidak ada favouritism, tidak ada pilih kasih, tidak ada mediocre mentaliti ini dalam sukan kita supaya pemilihan kita betul-betul reflects orang yang berdaya tahan mental dan fizikal dia ke dalam sports, terutamanya dalam football. Terima kasih. Dato’ Liow Tiong Lai: Terima kasihlah cadangan daripada Yang Berhormat, memang kita mengambil berat tentang pemilihan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pemilihan adalah dijalankan oleh persatuan-persatuan sukan. Kerajaan tidak dapat campur tangan dari segi pemilihan ahli-ahli sukan ini. Kerajaan memang amat harap kerjasama daripada persatuan- persatuan sukan untuk memajukan prestasi sukan dalam negara kita. Kadang-kadang prestasi tidak baik, orang ramai tidak faham, dia orang ingat kerajaan yang bertanggung jawab. Memang kerajaan bertanggung jawab, dari segi memajukan sukan dalam negara kita tapi, persatuan- persatuan sukan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan bahawa latihan dan juga pemilihan dan jurulatih dan sebagainya dapat kita sama-sama majukan sukan dalam negara kita. Sekian Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, dari kawasan Sri Aman. DR.7.11.2007 16

8. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta Menteri Pelajaran menyatakan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk menentukan sekolah-sekolah yang mempunyai cukup penuntut yang harus mempelajari Bahasa Iban tetapi belum menawarkan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa itu bertindak sewajarnya pada tahun akademik 2008.

Timbalan Menteri Pelajaran [Dato’ Hon Choon Kim]: Datuk Yang di-Pertua, kurikulum Bahasa Iban dilaksanakan untuk memberi peluang penyertaan menyeluruh kepada semua murid yang berminat. Walau bagaimanapun bilangan murid yang mencukupi tidak semestinya membolehkan mata pelajaran Bahasa Iban dilaksanakan kerana ada banyak faktor lain yang perlu diambil kira sebelum pelaksanaannya seperti kapasiti profesional dan keupayaan pengoperasian dan lain-lain. Namun demikian dengan kerjasama semua pihak dalam Kementerian Pelajaran dan institusi bukan kerajaan serta semangat guru-guru dalam kalangan kaum etnik, pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Iban dapat direalisasikan secepat mungkin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bahasa Iban di Sarawak telah dilaksanakan sebagai mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran ini diperuntukkan 120 minit seminggu, diajar di luar jadual waktu sekolah. Bilangan sekolah rendah yang menawarkan Bahasa Iban di Sarawak setakat 2 April 2007 ialah 375 buah dengan bilangan pelajar seramai 31,229 orang. Sementara bilangan sekolah menengah pula iaitu 52 buah dengan bilangan pelajar seramai 22,283 orang. Keseluruhan bilangan sekolah rendah dan menengah ialah 427 buah dan pelajar seramai 53,612 orang. Pelaksanaan penuh kurikulum Bahasa Iban tingkatan 4 bermula 2007 dan KOHOD ini seramai 2,187 diharapkan akan menduduki peperiksaan SPM Bahasa Iban pertama pada tahun 2008. Dari segi latihan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan kursus orientasi jurulatih utama (JU), pelaksanaan penuh Bahasa Iban tingkatan 5 pada tahun 2007. Pada tahun 2008 pula Kementerian Pelajaran Malaysia akan menumpukan perhatian kepada kursus pemantapan sistem Bahasa Iban yang mengkonsolidasikan secara sistematik pengisian kurikulum yang mencantumkan pelbagai elemen meliputi aspek ilmu, nilai murni, kewarganegaraan dan peraturan-peraturan sosial budaya sebagai kemahiran bernilai tambah. Kursus ini juga akan memberi penekanan kepada aspek tatabahasa, sistem ejaan dan kemahiran untuk penerusan warisan budaya. Ini adalah untuk menarik lebih ramai pelajar mengambil mata pelajaran ini. terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sri Aman. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan semua pegawai di kementerian kerana telah membantu dalam usaha pengajaran dan pembelajaran Bahasa Iban. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, semenjak 1995 apabila saya mula datang di Parlimen ini saya telah cuba memperjuangkan P&P Bahasa Iban, saya ingin memperkenalkan satu peribahasa Iban kepada Tuan Yang di Pertua, iaitu “ketuk labi-labi mati”, iaitu gigitan labi-labi mati untuk kepercayaan kita, kalau labi-labi itu menggigit kita dia akan menggigit sehingga mati. Jadi inilah cara saya hendak memperjuangkan Bahasa Iban oleh DR.7.11.2007 17

kerana untuk saya kalau bahasa ini hilang, satu tamadun akan hilang dan kita di Malaysia akan rugi. Jadi Tuan Yang di Pertua, saya dapati kementerian amat sincere, ikhlas tetapi saya nampak dari masa ke semasa dan juga dari jawapan yang di sebut oleh Yang Berhormat, Timbalan Menteri ada evidence, foot dragging dan insincerity, kadang-kadang ada pulau-pulau di mana kita dapati foot dragging dan insincerity, tidak ikhlas di kalangan pegawai, di kalangan guru besar. Jadi seperti pegawai pakar yang sudah bersara itu masih belum ditukar. Jadual waktu masih di luar waktu, siapa yang sudah letih belajar sepanjang hari mahu balik ke sekolah? Bayangkanlah kalau dalam waktu, saya fikir jumlah akan bertambah dua, tiga kali ganda. Jadi... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, soalan Tuan Jimmy Donald [Sri Aman]: Apakah jaminan kementerian supaya pulau-pulau di mana foot dragging dan insincerity ini akan dihalusi supaya pengajaran Bahasa Iban dari darjah satu ke peringkat universiti akan berjalan dengan lancar supaya satu tamadun yang sungguh berguna kepada kita, kepada masyarakat Iban ini tidak akan hilang. Dato’ Hon Choon Kim: Datuk Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat, dari Sri Aman. Memang saya akui bahawa Yang Berhormat, sentiasa sebut-sebut berjuang untuk murid-murid dapat mempelajari Bahasa Iban. Memang itu menunjukkan begitu serius dan secara ikhlas Yang Berhormat perjuangkan. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat yang mengakui bahawa memang Kementerian Pelajaran juga telah secara ikhlas, sekurang-kurangnya dasarnya, dari menterinya, daripada pegawai-pegawai kanannya tetapi saya tidak dapat menafikan bahawa masih terdapat di sini, sana masalah dari segi praktikalnya. Walau bagaimanapun saya harap Yang Berhormat tidak akan rasa kecewa dan seperti Yang Berhormat katakan tadi “gigit sampai mati”, kita sama- sama berjuang supaya Bahasa Iban akan terus dijadikan sebagai bahasa yang penting. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kalu sudah mati pun tidak berjaya? Dato’ Hon Choon Kim: Tapi walau bagaimanapun, berjaya tidak berjaya itu pulang kepada tuhan, kita usahakan. Sama-sama usahakan, saya rasa Yang Berhormat, memang rasa gembira kerana saya memang setuju, saya pun sama-sama memang rela berjuang bersama- sama kalau terdapat apa-apa pulau yang masih perlu kita tutupkan atau kita hapuskan, bagi tahu kepada saya, dan saya sendiri akan memberikan jaminan. ■1100 Kalau boleh dilaksanakan secara praktikal, saya tidak akan teragak-agak untuk membantu supaya sama-sama dapat berjuang. Terima kasih. Tuan Eric Enchin Majimbun [Sepanggar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam Bajet 2008, kita dapati bahawa ada insentif-insentif elaun yang telah diberi untuk elaun-elaun bagi mengajar bahasa ibunda DR.7.11.2007 18

termasuklah bahasa Iban dan bahasa Kadazan Dusun. Yang saya mahu tahu, yang kita ingin tahu ialah adakah elaun-elaun seperti ini diberi setaraf kepada pengajar-pengajar bahasa ibunda di Sabah dan Sarawak ini? Oleh sebab selalunya elaun-elaun ini tidak diketahui, selalunya pengajar-pengajar ini tidak dapat elaun seperti ini. Jadi kita minta jaminan daripada Timbalan Menteri sama ada elaun ini betul-betul dapat diberi kepada guru-guru yang mengajar bahasa ibunda. Terima kasih. Dato’ Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sepanggar. Saya kena semak sama ada elaun telah diberikan kepada guru yang mengajar bahasa Iban. Biasanya, lazimnya elaun akan diberikan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran kritikal dan juga untuk guru-guru mengajar mata pelajaran di luar jadual waktu. Jadi biasanya kementerian akan membayar, saya akan semak dan akan memberitahu kepada Yang Berhormat sama ada guru yang mengajar bahasa Iban sudah diberikan insentif atau elaun seperti yang disebut oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

9. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Kesihatan menyatakan keadaan sebenar di Sarawak berkenaan dengan kes jangkitan denggi yang nampaknya semakin meningkat dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas. Berapakah peruntukan tahunan yang disalurkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato’ Lee Kah Choon]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, bilangan kes demam denggi dan demam denggi berdarah yang dilaporkan di Sarawak sehingga 18 Ogos 2007 adalah sebanyak 1,329 kes berbanding 1,007 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 32%. Walaupun terdapat peningkatan kejadian kes, keadaan adalah terkawal. Peningkatan jumlah kes bukan sahaja terjadi di negeri Sarawak tetapi juga di seluruh negara. Jumlah terkumpul kes demam denggi adalah berjumlah 33,207 kes berbanding 22,511 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2006 iaitu meningkat sebanyak 10,696 kes ataupun 47.5%. Pada tahun ini sejumlah RM35,476,000 telah diperuntukkan di bawah Belanjawan Mengurus bagi aktiviti kawalan penyakit untuk negeri Sarawak yang mana ia termasuk bagi aktiviti kawalan denggi dan peruntukan akan ditambah sekiranya tidak mencukupi. Sekian. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [Kanowit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan daripada Setiausaha Parlimen. Kita ketahui kebanyakan kes jangkitan denggi ini berlaku di kawasan-kawasan bandar seperti di kawasan kediaman rumah-rumah kedai, kilang dan sebagainya. Jadi soalan pertama saya ialah berapakah kes ataupun jumlah denda yang telah dikutip daripada kes-kes yang disyaki ini? Kedua, apakah langkah-langkah kerajaan bagi mengatasi jangkitan denggi ini di kawasan-kawasan terutama sekali di bandar-bandar besar di Sarawak? Terima kasih. DR.7.11.2007 19

Dato’ Lee Kah Choon: Terima kasih. Berkaitan dengan jumlah denda yang kita pungut ini, saya tidak ada angka pada masa sekarang. Namun, dengan keseluruhannya usaha kita adalah untuk menolong pemimpin-pemimpin tempatan dan juga penduduk untuk menjalankan aktiviti-aktiviti akar umbi di mana kita akan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes ini. Usaha telah dijalankan, di mana kita juga membuat pengesanan iaitu pegawai kita akan pergi ke rumah-rumah untuk menunjukkan kepada penduduk bagaimana nyamuk ini boleh membiak di dalam rumah kita. Ini kerana dari segi statistik kita menunjukkan bahawa peratusan yang tertinggi sekali adalah di rumah-rumah. Lebih daripada 85% daripada pemeriksaan kita dapati bahawa tempat pembiakan nyamuk ini adalah terdiri daripada rumah-rumah kita. Sekian. Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam jawapan nombor 7 semalam, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ada menyebut tentang mutasi kepada virus denggi ini. Soalan yang ingin saya tanya apakah jumlah ataupun kalau tidak ada statistik sekarang, boleh beri jawapan bertulis. Jumlah denggi yang disebabkan oleh virus yang bermutasi ini dalam negara kita? Apakah langkah-langkah kerajaan ataupun kementerian dalam menghadapi virus yang bermutasi yang menyebabkan denggi ini. Ini kerana kita tahu trend denggi sekarang ini, bukan macam trend dahulu, ia ada demam, ada rashes, ada sakit tulang-tulang, kemudian shock syndrome, lepas itu mati. Sekarang ini apabila kes datang ke klinik ataupun hospital, dia demam tanpa rash, kalau kita buat health test pun negatif, tapi bila masuk wad empat lima hari terus meninggal disebabkan oleh denggi shock syndrome. Jadi soalan saya berapakah statistik tentang denggi disebabkan virus bermutasi ini? Apakah kerajaan mempunyai satu cara untuk mendiagnosis dengan cepat macam kita ada test kit seperti pada penyakit tifoid ataupun untuk pregnancy test. Kalau sekiranya belum ada, adakah kerajaan bercadang untuk membentuk ataupun membuat kajian supaya test kit ini dapat kita lakukan kerana saya takut, bimbang trend denggi yang sekarang ini boleh menyebabkan kematian dengan segera dan cepat dan kita dapat kesan seperti mana denggi sebelum ini. Terima kasih. Dato’ Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan denggi ini, pada masa sekarang kita mempunyai empat jenis strain yang kita ada iaitu dengue 1, dengue 2, dengue 3 dan dengue 4. Ini bermakna apabila seseorang itu mendapat dengue 1, dia tidak mengatakan bahawa dia tidak boleh dapat dengue 2. So ini bermakna bahawa kalau seseorang itu mendapat dengue 1 barangkali dia akan dapat dengue 2 dan dengue 3, dengue 4 dan sebagainya. Dari strain ini, dia memang ada mutasi yang sentiasa berubah-ubah. Dari segi tindakan kerajaan, pada masa sekarang kita tidak mempunyai satu ubat lagi kerana untuk mengatasi demam denggi ini. Apa yang kita buat adalah kes management. Apabila mereka datang kepada kita, kita akan membuat pemeriksaan dan kita telah dapat memendekkan test yang kita dapat ini DR.7.11.2007 20

supaya kes management ini adalah lebih tepat supaya mereka boleh menggunakan pertahanan badan mereka untuk melawan virus yang terdapat dalam badan mereka. Dari segi penyelidikan juga, kita sentiasa, institusi kita iaitu IMR iaitu Institute Medical Research sentiasa membuat penyelidikan mencari jalan bagaimana kita dapat: (i) memahami tabiat nyamuk ini; (ii) memendekkan pemeriksaan kita; dan (iii) untuk mencari kaedah bagaimana kita dapat mengatasi demam denggi ini. Sekian. Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tentang test kit tadi? Dato’ Lee Kah Choon: Berkaitan dengan test kit, kita memang ada beberapa variant di dalam market, tetapi kita kena cari satu yang tepat lagi cepat. Itu adalah satu cabaran kepada kita tetapi kita kena identify mana yang sesuai. Sekian.

10. Dato’ Lim Bee Kau [Padang Serai] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah langkah yang diambil untuk membantu pihak berkuasa tempatan (khususnya Majlis Perbandaran Kulim) menyelesaikan masalah banjir yang berpunca dari masalah perparitan yang telah rosak dan tidak sempurna di taman-taman perumahan. ■1110 Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dr. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam usaha untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah banjir yang berpunca dari sistem perparitan yang tidak sempurna di kawasan taman-taman perumahan khususnya dalam kawasan Majlis Perbandaran Kulim telah mengambil langkah-langkah seperti berikut iaitu: (i) menggantikan longkang-longkang bersaiz kecil kepada saiz yang lebih besar untuk menampung jumlah air bagi satu-satu kawasan tadahan; (ii) bagi kawasan-kawasan perumahan pula, pihak majlis akan memantau dan menyelenggarakan kolam-kolam takungan ini akan dapat mengatasi air kolam takungan dari melimpah ke kawasan taman perumahan yang mengakibatkan banjir; dan (iii) dalam syarat pembangunan juga, pihak berkuasa tempatan perlu mengkaji secara menyeluruh sistem saliran dan perparitan yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran sebelum sesuatu cadangan pembangunan diluluskan. Pemaju dipastikan memenuhi syarat-syarat kelulusan pembangunan seperti pembinaan kolam takungan, perangkap kelodak, perangkap sampah dan struktur keperluan yang lain. Pada tahun 2006 untuk Majlis Perbandaran Kulim, kementerian telah memberi peruntukan RM19,000 untuk pembinaan parit baru di pekan Merbau Pulas, Kulim. RM18,000 untuk pembaikan tanah runtuh di Taman Penangga Indah, Kulim, RM19,000 untuk pembaikan cerun di Taman Rambai, Kulim. RM18,000 untuk pembaikan cerun dan pembersihan kolam DR.7.11.2007 21

tadahan di Taman Jelutong, Kulim dan pada tahun ini telah memberi peruntukan sebanyak RM189,000 untuk cadangan menaik taraf sistem perparitan di Taman Bersatu, Kulim. Bagi tujuan penyelesaian masalah banjir secara menyeluruh, mesyuarat MNKT pada tahun 2001 telah bersetuju dengan pelaksanaan manual saliran mesra alam dan tujuan manual ini adalah sebagai panduan untuk digunakan oleh PBT untuk menguruskan air hujan bagi mencegah berlakunya kejadian banjir kilat melalui kaedah kawalan air di puncak. Terima kasih. Dato' Lim Bee Kau [Padang Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Setiausaha Parlimen. Kita lihat bila berlakunya banjir, ia banyak membawa kesusahan kepada orang ramai dan juga kerosakan harta benda. Kita lihat bahawa banyak daripada punca akibat banjir ini sebenarnya boleh dielakkan kalau kita mempunyai satu sistem perparitan yang baik. Jadi apa masalah yang dihadapi ialah selalunya taman-taman yang sudah lama itu, maintenance perparitan itu memang cukup kurang. Kita lihat bahawa selalunya bila kita bangkitkan kepada majlis yang berkenaan, salah satu sebab yang paling utama yang disebutkan kenapa masalah ini tidak dapat diatasi ialah kurang peruntukan. Jadi saya minta ataupun saya hendak bertanya sama ada pihak kementerian mempunyai satu mekanisme di mana pihak PBT yang menghadapi masalah besar tentang perumahan, taman perumahan-perumahan yang lama dapat memastikan bahawa peruntukan yang secukupnya diberikan supaya masalah-masalah perparitan yang mengakibatkan banjir boleh diatasi. Terima kasih. Dr. S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, pandangan Ahli Yang Berhormat memang benar, tetapi keperluan kewangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh taman-taman perumahan lama di seluruh negara adalah amat banyak. Oleh itu kalau Ahli Yang Berhormat bertanyakan saya adakah kementerian sudi untuk memberi bantuan kewangan supaya menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh semua taman perumahan-perumahan lama di seluruh negara, maka itu ialah satu perkara yang susah. Oleh itu, peruntukan yang ada pada masa sekarang diagihkan mengikut keperluan diasaskan kepada apa yang diminta oleh majlis pada tiap-tiap tahun. Jadi terpulanglah kepada majlis untuk menyenaraikan masalah-masalah yang utama untuk diselesaikan pada mula dan selepas itu pada tiap-tiap tahun mohon supaya isu-isu yang dihadapi oleh mereka boleh diselesaikan. Terima kasih. Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyatakan bahawa masalah banjir bukannya berpunca daripada isu perparitan semata- mata ianya disebabkan oleh persekitaran yang lebih luas. Soalan tambahan saya Tuan Yang di- Pertua, apa yang terjadi dengan wang caruman parit sumbangan parit yang dikenakan kepada setiap pemaju perumahan yang ingin membangunkan kawasannya sebagai kawasan perumahan. Jika sumbangan ini dibayar kepada kerajaan negeri, siapakah atau kementerian DR.7.11.2007 22

inikah yang memantau supaya wang sejumlah itu digunakan untuk tujuan perparitan dan bukan untuk tujuan pembangunan yang lain. Soalan saya yang kedua Tuan Yang di-Pertua, kita sudah banyak menumpukan wang kepada pembangunan infrastruktur yang lain, jalan raya dan sebagainya. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat, kita sudah buat lebuh raya, jalan raya dan segala-galanya raya. Tidak bolehkah kita memformulakan satu kaedah supaya kita buat ‘parit raya’, menswastakan dan setiap pemaju perumahan yang memajukan kawasan di kawasan sekitar ‘parit raya’ itu, terpaksa memberi sumbangan kepada pihak yang mengendalikan sistem perparitan supaya ia tidak menyebabkan banjir. Bukan sahaja di kawasan taman perumahan itu malah di kawasan sekitarnya yang tidak pun membangun terutamanya kampung tradisi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, wang caruman yang dibayar oleh pihak- pihak pemaju perumahan adalah kepada PBT di bawah kerajaan negeri dan pihak kementerian tidak membuat apa-apa pemantauan kepada cara duit digunakan, tapi kita berpendapat bahawa caruman ini digunakan untuk membina sistem perparitan yang berkenaan dan yang diperlukan untuk projek-projek perumahan yang dibangunkan. Untuk menjawab soalan yang kedua yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tentang mewujudkan satu sistem perparitan raya, sistem perparitan di bawah dan dikawal oleh dua agensi kerajaan. Salah satu ialah majlis pihak-pihak berkuasa tempatan yang menjaga sistem perparitan di dalam taman-taman perumahan dan di tepi-tepi jalan, maka Jabatan Perparitan dan Saliran menjaga sistem perparitan yang lebih besar termasuk sungai-sungai. Jabatan Perparitan mempunyai langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir pada keseluruhannya dan pelaksanaan cadangan-cadangan ini mahupun daripada PBT atau daripada Jabatan Perparitan dan Saliran Air adalah berkadar bukan dengan sekali gus dan kita berharap, kita akan sampai satu masa di mana masalah yang berkenaan dengan masalah banjir kilat ini boleh diselesaikan. Terima kasih.

11. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [Segambut] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan bila 'Smart Tunnel' boleh digunakan dan apa langkah lain yang boleh diambil untuk mengurangkan banjir kilat di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' S. G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Terowong Smart dibina untuk menampung limpahan air dari kawasan tadahan Sungai Kelang dan Sungai Ampang. Terowong untuk pengurusan untuk air banjir telah siap dan sekarang ianya sudah pun mula beroperasi. Pusat kawalan banjir Smart telah pun beroperasi 24 jam sehari dengan menempatkan pegawai-pegawai untuk memantau paras air di kedua-dua Sungai Kelang dan Sungai Ampang. Walau bagaimanapun, projek-projek ini tidak bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah banjir DR.7.11.2007 23

kilat setempat yang berpunca daripada perparitan yang tersumbat atau kurang sempurna, ini di bawah bidang tugas pihak berkuasa tempatan. Di samping itu, masalah banjir di Kuala Lumpur akan hanya dapat diatasi sepenuhnya apabila projek kolam takungan Jinjang dan Batu siap seperti yang dijadualkan pada akhir tahun ini. Terima kasih. ■1120 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Segambut. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [Segambut]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak sampaikan tahniah dan syabas kepada pihak kerajaan sebab selepas pembinaan SMART Tunnel, masalah kesesakan kereta di Bulatan Kampung Pandan sudah berkurangan, tetapi masalah timbul baru-baru ini seperti laporan di surat khabar iaitu kadang-kadang air bertakung di dalam SMART Tunnel dan menyebabkan sebuah kereta tersekat di dalam air yang bertakung tersebut. Bolehkah pihak JPS memberi jaminan bahawa insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi? Dato' S. G. Sothinathan: Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita dapati ada sedikit aduan, semasa hari hujan air bertakung di tepi jalan. Memang ada kita terima aduan tersebut, tetapi setelah diuji sepenuhnya, kita dapati bahawa masalah ini telah pun diselesaikan dan kita tidak menghadapi sebarang masalah kerana kita ada sistem water proving yang cukup untuk SMART Tunnel. Terima kasih. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kepong. Tak pandang sini, nak panggil pun susah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Hulu Langat itu, dia punya sungai itu terlalu kotor sehingga tak dapat tahu ini salah satu daripada package untuk tebatan banjir. Salah satu daripada dua package. Yang satu itu terowong bijaksana ataupun bestari, yang kedua itu di Kepong. Datuk, soalan ini memang. Yang pertama... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tak boleh itu, satu. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Hah? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Soalan satu. Tak payah pertama. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Memang saya sentiasa ada satu soalan saja. Yang Berhormat, adakah tujuan SMART Tunnel untuk tebatan banjir? Adakah Yang Berhormat sedar bahawa dia dibuka untuk jalan bertol terdahulu, bukan untuk banjir. Dengan ini, bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini, apakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk terowong bestari ini dan setakat manakah ia menjadi terowong yang bestari, yang smart? Kalau ia tak boleh menangani masalah banjir, itulah. Dato' S. G. Sothinathan: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya SMART Tunnel ini kita ada dua bahagian seperti Yang Berhormat sentiasa sedia sedar, iaitu satu lebuh raya dan DR.7.11.2007 24

juga satu lagi ialah terowong untuk pengaliran air. Bila ianya dibuka, semasa itu kita cuma buka satu bahagian saja iaitu untuk penggunaan jalan raya saja. Itulah sebabnya bila terjadi kejadian banjir pada masa itu, banyak yang sangka SMART Tunnel ini tidak berjaya. Sebenarnya pada masa itu, ruang untuk pengaliran air itu belum digunakan pada masa itu. Jadi sebenarnya itulah sebabnya tapi kita telah pun menguji segala-galanya dan sekarang ianya berfungsi secara sepenuhnya. Berkaitan dengan kos pula, jumlah kos untuk pembinaan ialah RM1.933 bilion dan kos pengambilan tanah pula melibatkan RM200 juta. Jadi jumlahnya ialah RM2.133 bilion. Setakat ini kita menganggap bahawa SMART Tunnel dan juga bersama-sama dengan pembesaran pembinaan Batu Pond dan Jinjang Pond itu, memang masalah banjir di Kuala Lumpur akan dapat diselesaikan dan SMART Tunnel itu memang smartlah.

12. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kredit mikro yang dilaksanakan oleh bank-bank komersial semenjak Disember tahun 2006 sudah berjaya mengurangkan kes-kes penganiayaan Ah Long terhadap peminjam Ah Long. Jika tidak, mengapa.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembiayaan mikro yang dilaksanakan sejak tahun 2006 telah menunjukkan perkembangan yang positif. Pada masa ini, enam buah institusi perbankan dan 3 buah institusi kewangan pembangunan telah menyalurkan pembiayaan mikro kepada lebih daripada 16,000 peminjam pada Ogos 2007 dan sehingga September, lebih 18,000 peminjam telah pun meminjam dengan jumlah pinjaman RM167.5 juta. Pembiayaan mikro yang disediakan oleh institusi kewangan adalah merupakan pinjaman kecil antara RM500 hingga RM50,000 ditawarkan kepada perusahaan mikro dan individu bagi membiayai perniagaan mereka. Pinjaman yang disalurkan mudah kerana tiada cagaran, memerlukan dokumentasi yang minimum dan prosedur yang mudah. Kelulusan dan pengeluaran pinjaman yang cepat dengan tempoh bayaran balik yang fleksibel iaitu satu bulan sehingga maksimum 10 tahun. Pinjaman pula diperolehi di banyak tempat seperti di cawangan-cawangan institusi kewangan atau saluran pengagihan alternatif yang dilantik oleh institusi kewangan. Kemudahan pinjaman mikro ini telah diberikan publisiti yang meluas. Logo Kebangsaan Pembiayaan Mikro telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Mesyuarat ke-7 Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan pada 13 September 2007, untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan dan kelebihan pembiayaan mikro. Cawangan-cawangan institusi kewangan yang menawarkan pembiayaan mikro akan mempamerkan logo ini. Peminjam juga digalakkan untuk mempamerkan logo ini di premis perniagaan mereka bagi menunjukkan mereka telah berjaya mendapatkan pinjaman mikro. DR.7.11.2007 25

Sementara itu, Bank Negara Malaysia juga sedang bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mempromosikan kewujudan pembiayaan mikro seperti melalui media massa dan pengedaran risalah. Melalui inisiatif-inisiatif ini, kerajaan berharap lebih ramai pengusaha mikro akan mengunjungi institusi-institusi kewangan formal untuk mendapatkan pembiayaan mikro serta mendapatkan khidmat nasihat. Langkah-langkah tersebut akan dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan kegiatan Ah Long di negara ini, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana usaha menyediakan kredit mikro ini untuk membantu rakyat khususnya mereka yang kurang berupaya dalam keadaan kecemasan, tapi soalan saya ialah adakah dia berjaya mengurangkan kes-kes penganiayaan Ah Long? Jadi, saya nak tahu berapakah orang Ah Long selama ini yang telah didakwa ke mahkamah dan berapa disabit salah. Jika Pengarah JPJ di Kedah boleh menyamarkan diri dengan berpakaian biasa untuk menangkap kereta sapu di negeri itu, mengapa saya tidak faham pejabat ataupun pihak yang berkenaan, pegawai-pegawai yang berkenaan tidak boleh melakukan operasi yang sama? Setiap hari kita menerima kad layang, diberikan kepada setiap keluarga dengan nombor telefon dan dengan kadar pinjaman Ah Long. Mengapa kita tidak boleh menghantar pegawai kita untuk mengesan di mana orang-orang Ah Long ini, dan Ah Long terus berniaga seperti biasa setiap hari. Jadi cubalah kita mencari satu jalan menghantar pegawai kita mengesan Ah Long-Ah Long ini dengan menggunakan nombor telefon yang sedia ada di dalam kad layang itu supaya gejala ataupun jenayah Ah Long itu boleh disekat untuk terus menganiayai rakyat kita terutama sekali rakyat yang miskin. Minta penjelasan. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, tentang jumlah Ah Long yang telah pun diambil tindakan mahkamah, yang ini saya tak ada maklumat sekarang, tapi saya janji akan bagi maklumat secara bertulis kepada Yang Berhormat. Memang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, selain daripada bank-bank yang telah pun mengeluarkan pinjaman kredit, ada 9 buah bank semuanya Tuan Yang di-Pertua iaitu Alliance Rakan, CIMB Bank, Public Bank, AMBANK, United Overseas Bank Malaysia, AMCAP Islamic Bank, Bank Pertanian Malaysia, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional. Bank-bank ini memang memberikan pinjaman dan mereka ada cawangan-cawangan masing-masing lebih daripada 1000 cawangan di seluruh negara dan urusan ini memang rasmi. Bermakna peminjam boleh pergi ke bank-bank dan cawangan- cawangan untuk mendapatkan pinjaman. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kita kena ingat juga bahawa ada lagi syarikat- syarikat peminjam wang yang dikeluarkan lesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini pun ada lebih dari 1000 lesen telah dikeluarkan dan mereka juga beroperasi di dalam masyarakat dan mereka juga berusaha memberi pinjaman. Jadi mungkin antaranya adalah bukan Ah Long tetapi peminjam-peminjam yang berlesen. Jadi, yalah memang apa yang DR.7.11.2007 26

dikatakan oleh Yang Berhormat tadi adalah berupa nasihat dan saya yakin pihak Bank Negara akan terima nasihat ini dan akan buat tindakan selanjutnya, Tuan Yang di-Pertua. ■1130 Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bimbang tentang fenomena Ah Long ini tambah-tambah lagi ramalan ekonomi kita amat buruk di masa yang terdekat ini, dengan ramalan dan pengakuan oleh The Sunday Star baru-baru ini, bahawa inflasi sebenarnya bukan 2% yang diumumkan oleh kerajaan secara rasmi tetapi lebih berbentuk 20%. Kalau kita kira bahawa harga minyak petrol akan naik 70 sen seliter selepas pilihan raya umum yang akan datang ini, harga tol akan dinaikkan, maka inflasi akan menjadi lebih teruk dan orang ramai akan terpaksa meminjam secara betul atau tidak betul. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah jawapan penghujung Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi tentang sistem-sistem pinjaman mikro yang lainnya. Saya hendak bertanya kepada kementerian sama ada ianya akan terus menggalakkan lagi sistem pajak gadai terutamanya bagi masyarakat Melayu, sistem pajak gadai Islam yang nampaknya dalam pengalaman negeri Kelantan telah mencapai kejayaan yang amat baik, di mana diwujudkan sistem pajak gadai Islam di kebanyakan daripada bandar-bandar besar di Kelantan dan amat berjaya. Adakah kementerian berhajat untuk mempelajari kejayaan negeri Kelantan ini dalam semangat Wilayah Pembangunan Timur dan sebagainya, dan memastikan bahawa di negeri- negeri lain di negara kita ini sistem itu dilaksanakan juga. Terima kasih. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tadi tentang institusi perbankan yang telah pun ada sistem mikro kredit ini termasuk juga peminjam-peminjam wang yang berlesen. Tidak lupa juga saya hendak sebut tentang TEKUN di bawah kementerian lain dan juga Amanah Ikhtiar Malaysia. TEKUN di bawah MECD, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Amanah Ikhtiar Malaysia di bawah Kementerian Kewangan, dan mereka juga aktif di masyarakat untuk memberi pinjaman dan amat mudah sekali untuk membuat pinjaman dan kadarnya amat tinggi sedikitlah, kadar interest agak tinggi sedikit. Tentang Ar-Rahnu ini sebenarnya adalah dimulakan oleh Kerajaan Pusat dan diwujudkan di tiap-tiap negeri bukan di Kelantan sahaja, memang tiap-tiap negeri ada. Jadi tidak perlu, kita belajar sesama sendiri tidak payah kata orang lain kena belajar daripada Kelantan, tidak. Semua sekali tiap-tiap negeri pun ada. Jadi seperti yang disebut tentang inflasi tadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya yang dilaporkan dalam surat khabar, itu dia mengambil sebahagian sahaja daripada basket, goodsnya kita ambil sebagai indicator Tuan Yang di-Pertua. Ada yang kenaikannya rendah ada yang tinggi, ada hal-hal bahan makanan dia naik tinggi sedikit, tetapi kalau dibandingkan keseluruhan dalam basket itu yang ada lebih daripada 1,000 barangan, kalau dikira sekali memang inflasi kita dalam lingkungan 2%, begitu sahaja. Jadi kalau dia ambil hanya bahan makanan memang tinggi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. DR.7.11.2007 27

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat masa untuk soal jawab cukup. [Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2008 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2008 Jawatankuasa Aturan Urusan mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2008 dan Anggaran Pembangunan 2008 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [Hari Kedua] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7,B.8, B.9 dan B.40 [Jadual]- Maksud P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan 2008] -

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masih dalam Jabatan Perdana Menteri, perbahasan untuk Jabatan Perdana Menteri disambung semula. Bukit Mertajamlah kerana beliau hendak balik sambut Hari Deepavali.

11.34 pg. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Deepavali kepada Tuan Pengerusi dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, dan juga semua kakitangan kerajaan juga semua rakyat Malaysia khasnya mereka yang beragama Hinduisme. Sungguhpun Menteri Kerja Raya kurang... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, terkeluar daripada tajuk. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini akan masuk ke tajuk perpaduan. Terima kasih. Ini Deepavali merupakan satu festival yang sangat istimewa kepada semua Hindu di seluruh dunia. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, butiran? Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini butiran di bawah... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya tidak benarkan sesiapa yang ingin bangkit perkara dasar. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini butiran di bawah Perpaduan Negara. DR.7.11.2007 28

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ini peringkat Jawatankuasa, ini tentang peruntukan cukup tidak cukup perlu tambah tidak perlu tambah, itu sahaja. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya hendak minta sambutan Deepavali ini mesti diberikan perbelanjaan yang banyak. Tuan Pengerusi, Deepavali merupakan satu festival yang istimewa dan dia sangat bermakna, dia merupakan satu festival di mana dikatakan “the good over the evil”, orang yang baik haruslah dia mendapat balasan yang baik. Tuhan selalu menjaga supaya dunia ini selalunya mempunyai keadilan, betulkah ini Yang Berhormat di sana? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya bersetuju tetapi sekarang kita di peringkat Jawatankuasa. Semasa perbahasan terhadap dasar memang Yang Berhormat dialu-alukan, tetapi sekarang di peringkat Jawatankuasa masa yang singkat ini, tumpukan kepada peruntukan. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tetapi Tuan Pengerusi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi itu betul. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat bagi Cameron Highlands. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya berucap di bawah Parlimen ingin merayu mungkin kita boleh, besok adalah Deepavali dan hari ini pun UMNO ada perhimpunan. Kita lihat semua Yang Berhormat UMNO tidak ada di sini khasnya Menteri-menteri. Hari ini ada Kabinet juga, Kabinet Menteri tidak bermesyuarat tetapi pergi ke Perhimpunan Agung UMNO. Saya rasa bolehkah Tuan Pengerusi di Dewan ini, bolehkah kita menangguhkan Dewan supaya menunjukkan kita menghormati Perhimpunan UMNO dan juga Deepavali, bolehkah? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, yang penting sekali saya perlu pastikan semasa jawab ada Menteri. Yang kedua kalau Yang Berhormat tidak minat berucap Yang Berhormat tidak perlu mohon untuk diberikan peluang berucap. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tuan Pengerusi, saya memang berminat tetapi saya berasa kita perlu lebih hormat kepada Dewan yang mulia ini, dan juga hormatlah kepada UMNO mereka hendak adakan perhimpunan. Mana mungkin tidak eloklah kita mengadakan Parlimen juga. Mungkin mereka tidak harus hormatkan Parlimenlah. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sila gulung Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jangan begitu. Saya rasa kita harus prihatin dan sangat concern mengapa Menteri dan juga Presiden MIC, dia sangat sedih. Walaupun besok adalah Deepavali dia tidak mahu adakan open house dan open house ini merupakan satu keistimewaan Malaysia yang berbilang kaum. Dato' S. Veerasingam: Tuan Pengerusi, satu pembetulan. Menteri Kerja Raya tidak ada rumah terbuka kerana adik beliau telah meninggal dunia. Dalam satu tahun tidak boleh mengadakan rumah terbuka. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. DR.7.11.2007 29

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Oh, dia tidak jelaskan. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Yang Berhormat, ahli-ahli lain sahaja kami sahaja yang buat. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya sekali lagi minta tidak perlu buang masa dalam perkara ini kerana peringkat Jawatankuasa. Jadi Yang Berhormat kalau tidak ada perkara-perkara untuk dibangkit saya fikir Yang Berhormat boleh minta duduk dan saya benarkan Yang Berhormat yang lain berucap. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini di bawah perpaduan ini, saya rasa open house sangat penting. Dia tidak jelaskan jadi kita tidak tahulah dengan umum sekarang kita tahu, tetapi saya rasa ini akan menjejaskan perpaduan kalau tidak ada open house pada Deepavali. Jadi itulah sebabnya yang boikot itu telah dibatalkan. Saya rasa MIC dan juga semua Hindu di Malaysia ini mereka sangat tolerant. Walaupun kuil mereka sudah dirobohkan, mereka sangat marah tetapi untuk perpaduan negara mereka tidak menunjukkan keris juga. Ini adalah kesabaran yang sangat mengagumkan. Saya hendak mengucapkan bukan syabas, tetapi ini untuk perpaduan negara untuk keamanan negara. Apa nak buat ya? Walaupun dalam Hinduisme ada banyak senjata juga... ■1140 Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat cukup, Yang Berhormat cukup. Kalau Yang Berhormat rasa kesal, saya pun rasa kesal kerana memilih seorang untuk berucap tidak mengikut Peraturan Mesyuarat.. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini untuk perpaduan juga. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: ...Juga teguran dari saya. Cukup Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ada bab perpaduan dan hubungan antara kaum, pembangunan komuniti. Adalah sangat penting semua komuniti mesti menjaga perasaan komuniti yang lain. Di bawah JPM ini ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Saya rasa itu bagus kerana adalah perlu kerana dikatakan Islam ini adalah agama official kita. Itu adalah perlu. Tetapi agama juga mengajarkan kebaikan semua orang supaya sesiapa yang ada agama adalah sangat penting. Jadi saya rasa adalah penting juga kita mengadakan satu jabatan. Saya hendak mencadangkan supaya kerajaan mengadakan satu jabatan kemajuan agama-agama bukan Islam supaya kita tidak akan menimbulkan lagi masalah – ada perobohan kuil ke ataupun church ke atau mana-mana tempat ibadat agama seperti yang telah berlaku di Bukit Mertajam pun, satu tokong telah dirobohkan. Ini akan menegangkan perhubungan di antara kaum, di antara penganut agama yang berlainan. Kita merupakan satu negara yang majmuk yang berlainan agama. Jadi saya rasa untuk menghormati semua agama, kita perlu ada jabatan-jabatan yang berkenaan seperti jabatan kemajuan agama-agama bukan Islam supaya kita menjaga keharmonian. Kita boleh DR.7.11.2007 30

mengadakan dasar untuk peruntukan tanah untuk tempat-tempat ibadat agama yang berlainan. Kita boleh memberi peruntukan untuk kuil ke, untuk church ke. Sekarang memanglah ini semua majlis... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, balik kepada tajuk lain, Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Semua masjid dibina untuk kerajaan. Kita sokong tetapi kita juga ingin supaya kerajaan juga memberi peruntukan untuk membina kuil. Itu akan menghasilkan insan yang baik, insan yang takut kepada Tuhan. Jadi mengapa kita hanya beri kepada satu agama dan bukan agama yang lain dan ia akan menjejaskan perpaduan. Saya harap Barisan Nasional akan juga menghargai kerjasama MIC. Janganlah rakan sendiri, komponen parti – presiden komponen parti pun... Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Cameron Highlands bangun. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Saya mengakui dan menerima bahawa DAP ini.. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Menyebabkan dia sangat sedih walaupun esok ada Deepavali. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam tetapi MIC juga memang memperjuangkan hak masyarakat India. Kita pun telah menggunakan saluran- saluran yang sedia ada untuk memperkasakan kaum dan ini dapat diperjuangkan dan juga agama kita dipelihara dan segala yang ada dalam Perlembagaan Malaysia dapat dijaga. Maka, saya rasa gunakan MIC, MIC ini, saya akan berucap selepas ini. Izinkan saya berucap mengenai pihak MIC ini. Teruskan perjuangan. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bukit Mertajam, masa cukup. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, saya rasa MIC... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat, masuk kepada tajuklah. Tidak payah buang masa. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: You mahu jadi presiden ke? Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Walaupun MIC, mereka telah cuba untuk memperjuangkan... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya telah banyak kali nasihat Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, ya. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau Yang Berhormat tidak mahu mengikut, terpaksa saya minta Yang Berhormat berhentilah. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya ada... DR.7.11.2007 31

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, baik. Kalau Yang Berhormat sedia mematuhi teguran dan nasihat saya, balik kepada tajuk yang lain. Kalau tidak ada, saya akan pilih memberhentikan Yang Berhormat berucap. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya akan pergi ke Butiran 04000 – Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang. Ia diberi kewangan yang agak besar. Saya ingin tahu selama ini apakah pencapaiannya. Apakah yang telah dicapai? Semua pemaju diarahkan supaya memberi 30% kuota untuk pembelian unit rumahnya untuk pembelian bumiputera dan juga diberi diskaun. Di Pulau Pinang ialah 50%, di Johor Bahru ialah 15%. Jadi saya rasa ada bumiputera yang sudah kaya. Kalau bumiputera seperti Yang Berhormat Zakaria, dia boleh membuat rumahnya seperti istana. Kalau dia hendak beli rumah, takkan kita hendak beri dia diskaun lagi. Itu pun kita rasa tidak elok untuk orang yang kaya menerima diskaun seperti itu. Jadi saya rasa adalah lebih baik, lebih wajar dan lebih adil kita mengadakan hanya diskaun – kalau mahu bagi diskaun – hanya mereka yang miskin membeli rumah kos rendah. Selepas itu jangan beri diskaun. Itu tidak menunjukkan keadilan. Saya juga rasa adakah diskaun ini sekiranya mereka yang berikan diskaun tetapi sekarang ialah di banyak tempat di mana unit-unit bumiputera ini tidak ada pembeli dan sekiranya tidak ada pembeli, takkan kita hendak kosongkan selama-lamanya. Pemaju mesti jualkan ia juga. Sekarang dikatakan ada prosedur, sekiranya tiga kali diiklankan dan tidak ada bumiputera juga ingin membelinya, ia boleh dijualkan kepada bukan bumiputera dengan syaratnya 5% diskaun itu mesti dibayar dalam cash kepada satu syarikat di bawah jawatankuasa Ini memang sudah menyeleweng daripada tujuannya dan 5% ini dikatakan derma. Itu bukan derma tetapi mesti derma. Kalau tidak derma tidak boleh jual. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, beralih kepada perkara lain. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, saya hendak tanya, adakah ini mengikut undang-undang. Adakah ia legal? Bolehkan dia buat demikian, paksakan pemaju menderma, barulah jual unit ini. Saya rasa kita sudah sampai masanya kalau kita hendak jadi Gurkha, bertanding di dunia, takkan kita hendak 5% diskaun ini. lebih baik kita hapuskan. Di Butiran 04801 - Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan Naik Taraf. Saya harap duit secukupnya diberi supaya tidak ada surau-surau atau masjid-masjid dalam keadaan yang tidak baik. Tetapi pada waktu yang sama saya ingin memohon, juga ada butiran untuk memberi peruntukan untuk pembinaan kuil-kuil ataupun temples untuk tempat-tempat ibadat agama yang lain supaya kita secara terang-terang menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini memanglah satu kerajaan yang adil, yang layankan semua agama secara saksama. Tuan Pengerusi, saya juga sama dengan pendapat Yang Berhormat bagi Mambong yang menyoalkan mengapa pembangunan masyarakat dan pembersihan sungai ada di bawah JPM kerana ia memang ada kementerian-kementerian yang lain yang menjalankan tugas ini. DR.7.11.2007 32

„ 1150 Walau bagaimanapun saya ingin merayu kepada kerajaan supaya menggunakan peruntukan ini secara se efektif yang mungkin kerana di mana-mana kita lihat banyak sungai tidak dibersihkan dan ia mengakibatkan pencemaran dan juga banjir kilat di Bukit Mertajam, Sungai Petani dan tempat-tempat lain. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat. Masa sudah cukup. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Di kawasan Perdana Menteri sendiri juga. Jadi, saya berharaplah Yang Amat Berhormat akan menyelesaikan masalah sekurang-kurangnya masalah banjir di negeri beliau sendiri. Di bawah Pusat Rukun Tetangga saya merayu supaya aktiviti-aktiviti dan juga perjalanan Pusat Rukun Tetangga ini mesti dipoliticize iaitu ia tidak boleh mengambil pendirian politik apabila mengadakan apa-apa upacara. Di negeri Pulau Pinang semua Pusat Rukun Tetangga hanya menjemput Ahli-ahli Parlimen ataupun DUN dari Barisan Nasional dan tidak pernah menjemput wakil-wakil dari sebelah sini. Sekiranya Pusat Rukun Tetangga yang bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan bagaimana ia boleh menjalankan tugasnya sekiranya ia sudah mengadakan pendirian politiknya iaitu hanya Barisan Nasional. Mungkin... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat. Cukup, cukup. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang terakhir. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup, cukup. Gulung. Tadi saya sudah ... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya akan gulung satu minit. Jadi, saya harap demi untuk perpaduan, pusat-pusat Rukun Tetangga ini mesti memimpin melalui teladan. Aktivitinya mesti boleh... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah. Yang Berhormat Penampang, sila. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya rasa saya tidak mendapat cukup masa. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya ada kuasa dan hak. Penampang, sila.

11.53 pg. Tuan Donald Peter Mojuntin [Penampang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Belum sampai isu keris lagi. Tuan Donald Peter Mojuntin [Penampang]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. [Ketawa] Saya pergi kepada B.6 butiran 040000, 040200 dan 040400. Walaupun tiga perkara tetapi ia pendek sahaja, Tuan Pengerusi. Seperti mana yang kita sedia maklum berkaitan dengan pemalsuan ataupun penjualan kad pengenalan atau MyKad palsu di negeri Sabah, kita faham ada sindiket-sindiket yang terbabit dalam perkara ini tetapi saya telah mendengar satu tuduhan yang sungguh menyinggung perasaan saya dan saya rasa kepada rakyat di negeri Sabah juga. Satu daripada kaedah yang DR.7.11.2007 33

digunakan oleh sindiket ini ialah masuk ke kampung-kampung, di pendalaman ataupun luar bandar di Sabah di mana rakyat kita berpendidikan rendah atau tidak berpendidikan langsung. Ahli-ahli sindiket ini akan berlagak sebagai pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negara ataupun saya tidak pasti mungkin ada pegawai-pegawai JPN juga yang terlibat. Mereka berlagak sebagai pegawai tersebut dan seterusnya mengambil maklumat-maklumat peribadi rakyat ataupun penduduk kita di kampung-kampung tersebut. Selepas itu mereka akan memohon dan permohonan itu akan diproses secara sah. Apabila MyKad ataupun kad-kad pengenalan ini keluar dan diberikan kelulusan, kad yang tulen itu akan digunakan atau dijual oleh sindiket ini kepada the highest bidder dan the highest bidder ini lazimnya adalah pendatang asing tanpa izin ke negeri Sabah. Yang menyakitkan hati adalah kad-kad palsu pula dibuat dan diberikan kepada warga Malaysia tulen di kawasan kampung- kampung di pendalaman negeri Sabah ini. Tuan Pengerusi, perkara ini kita anggap sangat serius. Perbuatan pengkhianat- pengkhianat kepada negara ini dengan menjual kewarganegaraan dengan harga yang murah seharusnya dilihat secara serius oleh kerajaan. Oleh itu saya ingin bertanya adakah perkara- perkara seperti ini disiasat dan tidak kurang pentingnya siapakah yang menyiasat dan memantau keadaan. Adakah ia di dalam bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara ataupun Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Saya amat berharaplah Tuan Pengerusi, agar perkara ini akan ditangani secara efektif kerana inilah yang diharapkan oleh penduduk kita di negeri Sabah. Dengan kata-kata demikian, saya mohon menyokong. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kota Melaka.

11.56 pg. Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada butiran B.1 iaitu di bawah butiran 20000, 30000, 40000, 50000.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Point of Order, Tuan Pengerusi. Nampaknya pakaian Tuan Pengerusi itu bukan Parliamentary. [Merujuk kepada pakaian yang dipakai oleh Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]. Itu pakaian UMNO, tidak sesuai dengan standing order. Itu untuk perhimpunan Agung UMNO. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ini pakaian kebangsaan, Yang Berhormat. Yang Berhormat jangan salah. Beberapa Ahli Parti Pembangkang: [Menyampuk] DR.7.11.2007 34

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak baiklah buat jenaka di sini. Ini jenaka lama. Okey, teruskan. Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin bahaskan secara serentak kerana ia melibatkan pentadbiran dan pengurusan Dewan dalam Parlimen ini. Walaupun isu yang saya ingin bangkitkan ini merupakan Parliamentary Services Act yang telah dibangkitkan dahulu dalam tahun 2005, tetapi saya rasa saya harus bangkitkan sekali lagi. Walaupun saya rasa pihak kerajaan mungkin tidak akan mengambil kira apa yang saya akan bangkitkan tetapi saya haruslah menjadikan isu ini satu isu yang hangat kerana ia adalah penting, kerana ia melibatkan pentadbiran dan pengurusan Dewan. Saya faham bahawa wujudnya pihak-pihak yang mengatakan bahawa memang tidak ada perbezaannya jika kita gubal semula Parliamentary Services Act tetapi saya berpendapat bahawa ada perbezaannya. Pertama dari segi konsepnya. Bila kita mendidik generasi muda kita yang dikatakan negara kita mengamalkan pengasingan kuasa secara demokrasi berparlimen, tetapi memanglah jika kita tidak wujudkan satu keadaan yang mana Parlimen mempunyai independence, dengan izin, dari segi pentadbiran kewangan dan dari segi pentadbiran perjawatan, maka dari segi konsep ini bukan satu konsep pengasingan kuasa dari segi demokrasi berparlimen. Jadi saya berharaplah supaya pihak kerajaan boleh menimbang semula keperluannya dari segi konsep pengasingan kuasa ini kerana jika kita ingin memartabatkan dan memperkasakan kuasa-kuasa yang ada pada Parlimen ini maka Parliamentary Services Act ini merupakan salah satu daripada keperluan itu. Selanjutnya saya ingin merujuk kepada Bekalan B.3 di bawah Jabatan Audit Negara sub butiran 020100 - Pengauditan Akaun Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, saya salah seorang daripada ahli dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Apa yang saya lihat selama ini iaitu dalam proses inquiry dalam mesyuarat PAC ini, sebenarnya banyak penyelewengan dalam projek-projek itu boleh dielakkan jika kita wujudkan satu unit Audit Dalam di setiap kementerian. Saya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan satu tindakan yang telah pun dibuat oleh Jabatan Audit Negara iaitu arahan daripada Ketua Audit Negara yang menempatkan juruaudit-juruaudit beliau di setiap Unit Audit dalam kementerian. Itu saya amat alu-alukan iaitu satu tindakan yang baik. Cuma saya ingin menggesa pihak kerajaan bukan sahaja kita wujudkan satu susun lapis yang menempatkan juruaudit-juruaudit daripada Ketua Audit Negara dalam Unit Audit di setiap kementerian, tetapi kita haruslah memastikan bahawa mesyuarat berkala haruslah dilaksanakan bagi membincangkan setakat manakah sesuatu projek itu telah dijalankan sama ada wujudnya masalah dari segi kualiti perkhidmatan yang diberikan boleh kontraktor itu,...

DR.7.11.2007 35

■1200 Sama ada wujudnya masalah dari segi perbezaan tempahan yang dibuat dan juga barangan yang telah pun dihantar serah oleh kontraktor-kontraktor ataupun sama wujudnya apa- apa kelewatan dalam projek itu. Tuan Pengerusi, pada masa kini satu fenomena yang wujud dalam negara kita ialah apabila wujudnya masalah dari segi kemungkinan penyelewengan dari segi projek itu, barulah PAC masuk campur tangan. Saya rasa jika wujudnya mesyuarat berkala dalam unit audit kementerian itu sendiri secara berkala, maka saya rasa kita dapat mengelakkan keadaan itu berlaku. Bukan sahaja mesyuarat pemantauan secara berkala, tetapi juga mestilah wujudnya penyelarasan di antara Unit Audit Dalam ini dengan Unit Undang-undang sama ada notis haruslah diberikan kepada kontraktor-kontraktor sebelum terlewat dalam sesuatu projek itu. Selanjutnya di bawah bekalan B.6 – MAMPU – Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang di- Pertua, MAMPU mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam supaya lebih cekap, berkesan, responsif dan integriti. Nama sahaja MAMPU tetapi saya rasa kadang-kadang kali tidak mampu juga. Ini kerana saya dapat rintihan dan juga aduan secara spesifik daripada pihak-pihak tertentu dalam kawasan saya yang menyatakan wujudnya pegawai kerajaan dalam Pejabat Persekutuan yang menggunakan nama kelab sukan dan kebajikan pegawai-pegawai untuk memohon derma daripada rakyat. Saya rasa ini tidak seharusnya berlaku, kerana jika wujudnya dalam keadaan yang mana pegawai-pegawai kerajaan yang kadangkala berkait rapat dengan perniagaan, mereka minta derma daripada peniaga-peniaga. Ini merupakan satu bentuk derma secara rela tetapi melalui paksaan kerana sentiasa peniaga-peniaga mereka bayar sahaja derma, mereka tidak mahu memarahkan pegawai-pegawai itu dan saya rasa perkara ini tidak seharusnya berlaku. Akhirnya di bawah bekalan B.8 – Jabatan Peguam Negara. Butiran 070000 – Perkhidmatan Pendakwaan. Saya ingin tanya pihak kerajaan, apakah sebab DPP kanan dalam negara kita Dato’ Mohd Yusof baru-baru ini beliau ingin meletakkan jawatan. Saya difahamkan saya pun seorang peguam dalam mahkamah, saya mengamalkan undang-undang jenayah juga dan saya dapati Dato’ Mohd Yusof merupakan seorang yang memang arif dalam kerja-kerja pendakwaan dan memang ada banyak pengalaman dan jika beliau meletakkan sebegitu sahaja, ini merupakan kerugian kepada sektor pendakwaan dalam negara kita. Walau pun saya faham wujudnya orang yang baru yang masuk dan orang lama yang bersara dan sebagainya dan juga wujudnya hasrat individu untuk melanjutkan career mereka di tempat-tempat lain tetapi saya rasa sebagai seorang DPP yang begitu kanan yang mempunyai masa hadapan yang begitu baik dan begitu cerah dalam negara kita, saya rasa mungkin ada sebab-sebab yang lain beliau meletakkan jawatan. Sama ada wujudnya alam sekitar yang tidak kondusif lagi dalam Kamar Peguam Negara atau wujudnya perselisihan faham antara beliau dengan pihak atasan ataupun sebagainya. Saya ingin mendapatkan satu jawapan secara jujur DR.7.11.2007 36

daripada pihak kerajaan; apakah sebenarnya yang berlaku yang menyebabkan seorang DPP kanan dalam negara kita ini ingin meninggalkan perkhidmatan pendakwaan. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Santubong.

12.04 tgh. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan menyentuh tiga perkara. Pertama saya hendak sentuh di bawah 070000 – MAMPU sebagaimana Yang Berhormat Kota Melaka. Saya menyentuh dalam ucapan dasar dahulu berhubung dengan birokrasi awam, kerenah birokrasi dan perkhidmatan awam sebagai satu cara untuk mengurangkan amalan rasuah. Saya mendapat jawapan daripada kementerian yang panjang lebar mengatakan tindakan-tindakan yang telah diambil. Apa yang saya lihat di sini ialah untuk mengurangkan civil service sendiri. Kalau kita lihat civil service Malaysia menggunakan multi-tier civil service pada hal kalau kita lihat dalam pengurusan dunia sekarang sama peringkat kerajaan ataupun di peringkat usahawan ataupun businesses, orang sudah flat level managemant iaitu dia mengurangkan hierarki pentadbiran. Dalam keadaan sedemikian, barulah sistem penyampaian kita boleh diselaraskan dengan cepat dan orang atasan tahu apa yang orang bawahan buat. Oleh kerana multi-tier civil service structure, hierarki dia begitu tinggi sekali daripada KSU dia turun kepada Timbalan KSU, turun keadaan Director General, turun Timbalan Director General dan berapa secretary dan pengarah di bawahnya. Akhirnya di sepanjang perjalanan apa sahaja urusan dengan kerajaan ini akan melalui rintangan ini dan mendatangkan kelambatan dari semua pengurusan. Saya bertanya kepada pihak MAMPU, mampukah MAMPU ini mendorong kerajaan supaya melaksanakan satu sistem yang lebih efisien, yang lebih betul-betul mendatangkan kesan yang positif dan tidak akan mendatangkan kerenah birokrasi yang tebal. Kalau ini tidak dilihat sebagai satu asas kajian, MAMPU ini belum boleh dipandang sebagai MAMPU untuk mendorong kerajaan ataupun menasihatkan kerajaan, untuk melaksanakan dan mengurangkan kerenah birokrasi. Saya hendak tanya adakah MAMPU buat kajian dan bagaimanakah penerimaan orang atasan kepada kajian MAMPU. Ini kerana ia akan mendatangkan satu perkara yang menggugurkan seseorang ataupun mengurangkan jabatan, mengurangkan kuasa kerajaan mengambil orang bekerja dan sebagainya, mungkin tidak mendatangkan kesan baik kepada pegawai-pegawai kerajaan kerana tidak ada peluang naik pangkat sebenarnya. Kedua, jika kita lihat civil service kita semakin bertambah, is a bloated civil service dengan izin. Bloated civil service ini menunjukkan inefficiency. Fakta-fakta ini mesti diatasi. DR.7.11.2007 37

Kalau pakar pengurusan benar-benar mempunyai kepakaran yang khusus, dia akan lihat ini sebagai satu kerenah yang akan mendatangkan masalah yang besar. Namun dalam kita membesarkan kerenah bloated civil service ini, kita pun recycle orang, kalau orang itu sudah jadi pencen dibagi kontrak, dibagi kontrak lepas kontrak masuk jawatankuasa, masuk majlis, masuk macam-macam lagi komisen dia. Ini orang yang dimasukkan dalam kotak ini, in the box ini mentaliti dimasukkan recycle untuk continue berkhidmat dengan kerajaan oleh berlandaskan kepakaran lamanya, pengalamannya dan sebagainya. Kita akhirnya will never achieve dengan izin apa dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri to think outside the box kerana orang yang kita recycle ini semua orang dalam box. We are not making used of the advance thinking, yang pro- active thinking, critical thinking orang yang di luar, orang baru ini, inilah masalahnya. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya adakah kerajaan, MAMPU ini membuat satu penyelidikan khusus supaya melihat perkara ini boleh dibawa ke Dewan yang mulia ini, boleh kita lihat bersama kajian yang dibuat oleh pihak MAMPU. Peraturan pekerjaan pula, peraturan kerajaan sekarang kita melihat kebanyakan peraturan-peraturan yang digunakan oleh pihak kerajaan yang diwarisi daripada pihak koloni dahulu hanya kita perbaiki benda-benda itu berlandaskan sedikit-sedikit pindaan, sedikit-sedikit tambahan sahaja; tetapi tidak ada pertukaran yang radikal untuk peraturan-peraturan yang mungkin mendatangkan masalah birokrasi. Lagi saya menyebut apa yang disebut dalam jawapan perkhidmatan awam ini yang kita lihat tidak mendatangkan kesan yang positif kepada pembinaan civil service yang betul-betul efficient. Jadi, oleh kerana peraturan ini, kalau kita melihat, bukan kita hendak katakan apa pakar- pakar pemikiran Barat ini betul, tetapi apa yang dikatakan itu ada kebetulan dia. Umpamanya Newt Ganrich semasa berucap di New Hampshire University dia mengatakan the failure kerajaan Amerika menangani masalah New Orleans punya flooding, the breaking of the levy kata dia ialah masalah peraturan Amerikan itu hanya fit to handle critical situation pada abad yang ke- 20. ■1210 Tetapi apabila by the million information diterima pada zaman ICT ini, peraturan ini masih lama dan tidak berkapasiti untuk handling the information dan menchanelkan tindakan-tindakan yang boleh mendatangkan kesan yang lebih baik daripada itu. Jadi, maknanya pegawai kerajaan masih terbendung oleh peraturan-peraturan yang ada pada kerajaan yang tidak di baik pulih dan tidak dikemaskinikan. Jadi saya hendak bertanya, adakah mampu juga membuat secara asas penyelidikan supaya dasar kerajaan menerusi perundangan dan directive dia dilihat semula supaya dia menjadi yang lebih efisien dan lebih bermakna, berkaitan dengan efficiency. Tuan Pengerusi, saya berpindah kepada 090000 - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (KASM). Tuan Pengerusi, saya mendengar ucapan Menteri berhubung dengan kuasa DR.7.11.2007 38

Mahkamah Syarie. Ini kita hendak selaraskan dengan kuasa Mahkamah Sivil. Hakikatnya masih memang jauh lebih kurang daripada segi kuasa. Saya hendak beritahu satu perkara Tuan Pengerusi, kalau satu orang keluarga, bapa dan emaknya sudah meninggal, mempunyai satu harta, anaknya ada lima orang. Kalau pertelingkahan di antara anak yang lima ini, untuk membahagikan harta, salah seorang daripada anak itu pergi ke Mahkamah Sivil dan masukkan kaveat dalam land and survey, untuk tanah ini jangan di pecah-pecah atau dibahagi-bahagi ataupun dijualkan. Kalau dengan keadaan yang sedemikian, Mahkamah Syarie tidak berkuasa memberi arahan kepada Jabatan Tanah kalau di Sarawak ataupun dia di sini untuk mengeluarkan kaveat itu daripada daftar mereka oleh sebab kuasa Mahkamah Syarie ini tidak sampai ke situ. Jadi kenapa kita jabatan kerajaan tidak boleh mengiktiraf kuasa Mahkamah Syarie ini untuk supaya keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syarie ini boleh direalisasikan ataupun dihalang oleh pihak individu yang mungkin mengikut naluri dia sendiri. Jadi ini sepatutnya dikira pihak JAKIM secara aktif berjumpa dengan semua kerajaan-kerajaan negeri supaya kerajaan negeri bersetuju penyelarasan dan penyatuan perundangan dan kuasa Mahkamah Syarie ini. Jadi dengan itu saya hendak bertanya Tuan Pengerusi, apakah tindakan yang telah dibuat untuk penyelarasan ini? Itu satu. Yang kedua soalan saya, negeri manakah yang belum bersetuju dan apakah rasional tidak persetujuan ini? Kerana negeri-negeri kena bersetuju, sultan-sultan kena bersetuju, gabenor kena bersetuju. Jadi kita hendak bertanya juga, kenapa dan di mana rasionalnya? Yang akhir sekali Tuan Pengerusi, saya berpindah kepada 130200 - Biro Bantuan Guaman. Undang-undang kita Tuan Pengerusi, menetapkan bahawa equality before the law, tetapi kenyataan sebenarnya tidak ada equality before the law. Orang kaya tetap kaya, boleh mampu mengambil peguam-peguam yang mahal, peguam-peguam yang cerdik pandai. Yang miskin ini, tetap juga akan tertindas tidak boleh berkemampuan oleh kerana tidak berkemampuan daripada segi sumber dan segi kewangannya mengambil peguam. Melainkan dalam kes-kes pembunuhan ataupun kes-kes yang mana akan mendatangkan maut kepadanya, yang mana kerajaan akan memberi peguam. Dalam kes-kes yang lain, nampaknya equality before the law dengan izin Tuan Pengerusi, hanyalah satu ilusi ataupun satu mimpi sahaja kepada rakyat kita dan ditubuhkan oleh pihak kerajaan begitu baik sekali, satu sistem dikatakan Biro Bantuan Guaman. Untuk membantu supaya equality before the law ini boleh direalisasikan menerusi Biro Bantuan Guaman. Malang sekali, JPA pula hendak meluluskan Biro Bantuan Guaman ini, tidak boleh. Jawatankuasa boleh, board boleh, commission boleh, banyak, semua boleh. Oleh sebab board, commission yang dikatakan di sini melantik pegawai-pegawai yang retire daripada peringkat atasan ini dan Biro Bantuan Guaman yang sepatutnya memberi kesan yang begitu positif kepada masyarakat kita, tidak dibuat dan tidak dilihat begitu penting dan DR.7.11.2007 39

equality before the law ini menjadinya satu bayangan sahaja. Jadi kalau kita lihat di Sarawak, berapa orang sahaja peguam dalam Biro Bantuan Guaman? Padahal di Sarawak itu daripada Lawas sampai ke Serian. Jauh lagi daripada hujung Singapura sampai ke Bangkok, Tuan Pengerusi. Dari Miri pergi ke Tanjong Datuk, kawasan saya ialah 9,073 km Tuan Pengerusi. Dari pergi ke Kedah, 680 km. Jadi di mana equality before the law ini kalau tiga orang peguam sahaja? Jadi akhirnya, akhirnya, skop yang diberi kepada Biro Bantuan Guaman, hanya 2, 3 sahaja. Kes-kes yang lain itu, orang kita, orang kampung, orang miskin, orang yang tidak berkemampuan cari peguam, menangis begitu sahaja Tuan Pengerusi. Akhirnya, salah tidak salah, betul tak betul, mampu tak mampu, itulah dia, hak dia, kuasa dia di bawah undang- undang, kepentingan dia tidak dijaga ataupun protected under the law. Equality before the law di bawah keadaan sekarang ini adalah satu mimpi ngeri sahaja kepada pihak yang tidak berkemampuan. Di manakah letaknya pihak MAMPU tadi yang merancang? Di manakah letaknya Biro Bantuan Guaman untuk merancang perkara ini supaya equality before the law ini boleh direalisasikan dengan secara nyata dan orang-orang yang miskin, orang yang tidak berkemampuan ini boleh dibela kepentingannya di persada masyarakat kita. Tuan Pengerusi, saya menyokong. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Penjelasan. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Ya, okey, okey. Penjelasan, penjelasan. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Santubong. Tentang Biro Bantuan Guaman itu, bolehkah Yang Berhormat lemparkan satu cadangan sebagai cabaran kepada Bar Council supaya mereka meluluskan satu resolusi untuk meminta setiap peguam itu menyumbangkan masa tertentu, supaya berkhidmat dalam Biro Guaman memberi khidmat guaman yang percuma kepada orang miskin. Lagipun sudah menjadi satu pendirian profesion ini untuk menegakkan keadilan dalam masyarakat kita. Bolehkah kita memberi cadangan kepada Bar Council untuk memikirkan resolusi ini? Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Di Malaysia, profesional khususnya profesional undang-undang Tuan Pengerusi, dia melihat mereka sendiri sebagai businessman. Tumpuan businessman itu cari duit. Jadi dia sudah tidak boleh, walaupun buat resolution. Akhirnya dia adalah peringkat sukarelawan. Mungkin mereka boleh membuat sukarelawan. Kalau dibuat satu census, saya cukup yakin banyak orang membuat sukarelawan sedemikian, menerusi tindakan-tindakan peribadinya, tetapi belum lagi diregulate ataupun dibuat satu peraturan yang khusus untuk tiap-tiap profesional. Kalau profesional undang-undang membuat sedemikian, profesional arkitek, profesional kejuruteraan, profesional yang lain-lain juga patut membuat contribution mereka. Banyak surau dalam kawasan saya Tuan Pengerusi, DR.7.11.2007 40

tidak boleh dibina kerana arkitek tidak hendak drawing, majlis tempatan tidak hendak luluskan bangunan oleh sebab jurutera tidak tolong, arkitek tidak tolong, semua orang tidak hendak tolong. Ini hal surau, masjid!. Jadi, saya tidak menyalahkan sesiapa kalau sesuatu profesional kita suruh atau galakkan sedemikian, saya setuju. Saya pernah buat, banyak buat, tetapi semua profesional juga digalakkan. Tiap-tiap profesional dalam keadaan kritikal untuk achieve the level yang dikehendaki oleh negara kita yang membangun, negara kita yang maju. Patut memberi contribution yang sama termasuk Bar Council. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Tuan Pengerusi... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, ada lagikah? Beberapa Ahli: [Bangun]. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Yang Berhormat Datuk.... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat. Ya, yang lain sila duduk, dia tak bagi jalan. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: ..saya rasa sampai masa kita menggerakkan budaya ini bagi semua profesion ini untuk menyumbangkan khidmat profesion mereka terhadap masyarakat. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Saya setuju Yang Berhormat, saya setuju. Sebagaimana kita demand social contribution daripada pihak-pihak syarikat, usahawan dan sebagainya untuk menderma ataupun memberi bantuan dalam segi kritikal, orang perlukan bantuan. Begitu juga pihak-pihak profesional, mesti membuat contribution yang sama, tetapi kerajaan mesti memberi insentif dalam bentuk tax, dalam bentuk benda-benda lain. Tax holiday, tax assumption dalam nisbah pemberian yang telah mereka contribute kepada masyarakat sedemikian. Saya bersetuju Yang Berhormat. Saya menyarankan di Dewan ini supaya kerajaan membuat satu langkah aktif, mengambil tindakan yang bersepadu supaya tiap-tiap profesion, tiap-tiap businessman, tiap-tiap orang yang mendapat keuntungan, khususnya yang mendapat kontrak daripada kerajaan itu, tolong bagi banyak sedikit social contribution. Yang dapat AP, tak bagi pun, dapat duit kontan daripada kerajaan, macam hujan turun daripada langit pun tidak ada social contribution Tuan Pengerusi. MITI marah, tetapi tidak buat apa-apa. ■1220 Ini malang masyarakat kita yang kaya nak jadi kaya sangat, yang miskin dia kata tak habis-habis cerita dia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya di sini sajalah berhenti. Terima kasih dan saya menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Cameron Highlands. Sebelum Yang Berhormat cakaplah, saya nak tanya Yang Berhormat. Yang Berhormat kenal pakaian apa yang saya pakai ini? DR.7.11.2007 41

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Ya, memang. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pakaian apa? Pakaian kebangsaan kan. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Yes. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya kesal tadi Yang Berhormat daripada Ipoh Timor dia macam baru datang daripada Beijing, dia tidak kenal. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua, hari ini.. .. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia tidak kenal pakaian kebangsaan dalam... Beberapa Ahli: [Bangun] [Dewan riuh] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tak apa Yang Berhormat sila duduk. [Dewan riuh] Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Duduklah ini floor saya. [Dewan riuh] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Mungkin dia bermain dengan sayalah. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Yang Berhormat ini floor saya, suruh dia orang duduk dulu. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila duduk. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Dia tak baca pun. [Dewan riuh] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia mungkin bergurau dengan sayalah, tak apalah Yang Berhormat. Sila duduk, sila teruskan. Beberapa Ahli: [Bangun] [Dewan riuh] Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Ini floor saya duduk. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila teruskan, sila teruskan. Mungkin Ipoh Timor bergurau dengan saya. Beberapa Ahli: [Bangun] [Dewan riuh] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini pakaian kebangsaan, mana boleh! You tak faham ke. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Ini floor saya duduklah, duduk dulu. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila duduk. Tak ada saya kata tadi Ipoh Timor bergurau dengan saya. Sila teruskan.

12.22 tgh. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan di sini bahawa pembangkang ingin menggunakan suasana ketiadaan DR.7.11.2007 42

saudara-saudara perjuangan kita untuk sengaja, bukan mengampu ini betul. Sejak pagi tadi macam-macam kerenah dibuat, jangan endahkan kita teruskan perjuangan. Tuan Pengerusi.[Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Itu pecahan kepala yang berapa Yang Berhormat?. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Sekarang nak bincang B.8 060000... buang masa saja jangan kacau. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berbahas mengenai ini... kacau banyak ini. Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk berbaris bersama rakan seperjuangan saya untuk berbahas mengenai perkhidmatan mengenai Butiran 060000 - Perkhidmatan Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang. Baru-baru ini, setelah dua tahun kita berbincang mengenai Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah di atas naungan dan kelulusan yang diberi oleh Dewan yang mulia ini. Undang-undang ini telah pun dilaksanakan di peringkat seluruh negara mulai September 2007. Namun saya rasa, belum ada lagi kesedaran dan juga publisiti mengenai undang-undang baru yang digubal ini. Khususnya dari segi keganasan (terrorism), hal-hal berkaitan dengan rogol, hal-hal berkaitan dengan penangkapan, hal-hal berkaitan dengan hak asasi seseorang yang ditangkap, yang tertuduh, semua ini perlu disebarkan kepada masyarakat umum kerana mereka masih terikut-ikut yang lama. Banyak perubahan-perubahan ini sangat baik, untuk mencerminkan bahawa Malaysia telah menyuburkan lagi sistem demokrasi dan memberi kepentingan kepada hak individu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Maka saya memohon supaya gerakan-gerakan atau langkah-langkah sewajarnya dilakukan untuk memberitahu kepada rakyat atau public mengenai segala butiran-butiran dan juga perundangan yang sedia ada. Seterusnya B.6, 010500 - Biro Tatanegara, di mana RM69.6 juta akan dibelanjakan. Maka saya dimaklumkan dan saya pernah bertemu dengan pegawai-pegawai yang mengendalikan Biro Tata Negara. Biro ini khususnya untuk menyemarakkan lagi semangat patrotisme rakyat. Semangat khususnya para belia dan beliawanis. Maka saya memohon supaya kursus ini dapat diperluaskan kepada semua pihak seluruh rakyat Malaysia dari Perlis sampai ke Sabah dan Sarawak. Khususnya memberi kepentingan kepada nilai-nilai patriotik dan disaluti pula dengan nilai-nilai kepimpinan dan seterusnya dengan unsur-unsur moral. Ini kerana saya rasa generasi muda sekarang berdepan dengan cabaran untuk mengimbangi antara pembangunan dan juga nilai-nilai rohani dalaman. Maka saya rasa mereka perlu bimbingan. Kalau tidak saya rasa kita hanya akan membicarakan mengenai masalah dan kita akan melakukan langkah-langkah kuratif bukan preventif dan interaktif. Maka terpaksa kita merangkakan. Saya rasa peruntukan wang ini tidak cukup, perlu ditambah lagi supaya seluruh negara satu hala tuju baru dibuat. DR.7.11.2007 43

Seterusnya Unit Perancang Ekonomi - B.6, 020100 – Perkhidmatan Am, 020200 – Perancangan Sektor dan 02700 - Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Saya ingin mengatakan di sini bahawa selalunya bila kita habis satu Rancangan Malaysia Kesembilan atau Kelapan, kemudian kita masuk Rancangan Malaysia seterusnya kita bagi tahu ini tidak dapat dilaksanakan, tidak dapat menemui sasaran kerana kita ada masalah dalam pemantauan dan juga penilaian. Maka dalam konteks di sini, saya ingin mengatakan bahawa beberapa perancangan yang pernah dibuat untuk masyarakat India tidak termakbul. Contohnya peluang pekerjaan statistiknya tidak perlu saya masuk dalam statistik yang terperinci, dari segi latihan dan dari segi pembangunan modal insan, masih jauh ketinggalan dalam konteks pembangunan masyarakat India khususnya belia. Ini terpaksa saya katakan kerana kalau kita lihat baru-baru ini, ada beberapa tempat di bandar contohnya di Sunway, di Subang dan beberapa tempat di Sentul, di kawasan bandar- bandar besar, masih ada setinggan-setinggan yang begitu daif sekali. Begitu daif sekali sehingga kemudahan-kemudahan asas mereka pun belum lagi terjamin. Maka ini tidak harus berlaku di sebuah tempat di mana hotel-hotel tersergam indah dan maju. Maka saya rasa segala ini melambangkan kegagalan kerajaan dalam konteks pengagihan wang yang diberi kepada perkara-perkara yang ditumpukan. Dalam konteks ini fokus yang diberi adalah meningkatkan produktiviti dan daya saing. Tiga sektor telah dipilih untuk RMK-9, pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Saya rasa pengagihan kekayaan ini bermula dari sana, kerana pendidikan dan daya saing berkaitan dengan modal insan, Tuan Yang di-Pertua. Jika modal insan dapat diperkukuh dengan sendirinya, ia dapat menjalani liku-liku hidup ia tidak akan meranjau sepanjang jalan. Maka selain daripada itu, SPA dan JPA iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam perlu memainkan peranan untuk meluaskan lagi peluang pekerjaan bagi orang bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam. Bukan sahaja untuk memberi peluang tetapi untuk mewujudkan satu persaingan satu comparability dengan golongan-golongan lain. Seterusnya saya rasa dana-dana melalui institusi-institusi kewangan perlu dilihat semula melalui Unit Perancangan Ekonomi atau UPE supaya pengagihan itu untuk menyusun semula masyarakat dan juga membasmi kemiskinan dapat diperkukuhkan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, ketidakseimbangan ekonomi jurang antara bandar dan luar bandar, pusat pembangunan wilayah perlu dilihat oleh unit ini. Seterusnya Unit Penyelarasan Pelaksanaan 030200 - Pemantauan dan Penilaian yang mana saya rasa perlu diberikan perhatian. Jika kita lihat pada bulan Jun yang akan datang, kita akan merumus semula mid term review Rancangan Malaysia Kesembilan. Setakat ini, sejauh manakah perjalanan kita dalam perjuangan merealisasikan misi nasional yang diilhamkan dalam DR.7.11.2007 44

buku yang begitu tebal sekali Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Kemudian kita didepankan pula dengan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2008. Maka kita lihat buku-buku tebal ini pada akhirnya, berjaya tak kementerian melalui agensi-agensinya, berjaya tak peringkat negeri melalui agensi-agensinya, di peringkat daerah melalui cabang-cabangnya dan JKK yang telah mengilhamkan dan merealisasikan segala yang dirancang. Itulah ukuran sebuah negara yang berjaya sistem penyampaiannya. Maka kita kena lihat walaupun duit itu diberi begitu sikit sekali untuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan ini saya rasa perlu ditambah, perlu diperkuatkan lagi kerana feed back, maklum balas di peringkat akar umbi akan menjadi penentu kepada keberkesanan dua setengah tahun yang akan datang dari sekarang, iaitu pada 2010. Inilah kita perlu mengambil iktibar daripada segala kelemahan itu dan memperkayakannya dan memperkukuhkan pada dua tahun yang akan datang. Satu lagi perkara yang saya rasa sangat-sangat penting yang perlu saya bicarakan adalah 200400 - Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara. Saya rasa peruntukan yang diberi begitu kurang sekali, inilah yang menjadi agenda utama. Inilah perkara yang banyak dibicarakan dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini oleh Perdana Menteri kita kerana UMNO merupakan parti ibu kepada parti Barisan Nasional, yang menjadi ketua keluarga untuk memimpin, mengemudi keluarga ini ke arah Malaysia cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam konteks ini penyusunan semula masyarakat di kalangan belia, pembangunan wilayah, penagihan kekayaan perlu dilihat semula. ■1230 Maka perpaduan masyarakat integrasi ini, saya rasa perlu diberi tekanan. Bukan menjadi indah khabar dari rupa, menanam tebu di bibir sahaja dan membina mahligai di udara. Tetapi daripada dalaman, jujur, ikhlas, benar-benar melihatnya dari perspektif dalam pembinaan negara dan akhir sekali Tuan Pengerusi, izinkan saya berbahas mengenai 040000 - Majlis Keselamatan Negara dan 040600 - Keselamatan Negeri. Maka saya ingin tahu daripada Majlis ini, apakah peranan penguatkuasaan? Kita ada penguatkuasaan. Macam-macam orang menguatkuasakan sekarang undang-undang. Peringkat daerah kita ada penguat kuasa majlis. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pun telah datang sekarang. Maka dalam peringkat majlis tempatan, majlis perbandaran kita ada penguat kuasa. Polis penguat kuasa. Kemudian kita ada FRU. Kemudian kita ada RELA. Maka bila berlaku penguatkuasaan baru- baru ini isu sensitif di Padang Jawa. Bukan soalnya mengalihkan kuil tidak ada masalah. Tetapi bila dua hari tempoh diminta, tidak diberi dan diminta supaya dilakukan selepas Deepavali tidak diberi. Saya rasa ini adalah perkara-perkara yang menjadi isu. Kalau dua hari tidak diberi tempoh untuk membiarkan golongan di situ untuk mengalih, maka itulah yang menyebabkan, mencetuskan kemarahan. DR.7.11.2007 45

Kita kena lihat apakah cara ataupun adakah pegawai-pegawai penguat kuasa bersedia dan dimantapkan untuk kerja dan tugas mereka supaya lebih sensitif kepada perkara-perkara yang ada, dan pada pukul 4 pagi, satu lagi kuil di Puchong telah dirobohkan. Pada pukul 4 pagi. Kenapa pukul 4 pagi? Berilah ruang untuk mereka mengambil masa untuk melakukan perbuatan-perbuatan ini dan cara pelaksanaan itu perlu diperbetulkan mengikut perundangan. Perundangan perlu diambil. Maka inilah perkara-perkara, isu ini memang isu besar sehingga menjadi, saya rasa kecil tetapi diperbesar-besarkan, diuar-uarkan kerana cara pelaksanaan tidak betul. Itu perlu diperbetulkan. Saya rasa tidak ada siapa yang berniat jahat. Mereka berniat baik, tetapi mungkin bila kita melakukan suatu perbuatan dan kita tidak mengikut prasyarat yang sedia ada, kita menjadi masalah. Tuan Pengerusi, akhir sekali computerization (icertization). Dalam perkhidmatan awam begitu penting sekali. Saya beri satu contoh Tuan Pengerusi. Sekolah-sekolah Tuan Pengerusi, sekolah-sekolah ini, guru akan buat 40% kerja pentadbiran, 60% kerja pengajaran. Saya rasa 40% itu administrative dengan izin boleh dikomputerkan. Tak payah minta borang demi borang demi borang. Maka saya rasa, Butiran 010200 - Bahagian Penyelidikan dan Perancangan; dan 030500 - Pengurusan Teknologi Maklumat perlu di perkasa. Di peringkat Jabatan Perdana Menteri, di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga suruhanjaya kita boleh mengendalikan komputer induk JPA sebagai asas untuk mendapatkan maklum balas. Ini berlaku di semua negara. Di Amerika, di negara Europe, di negara India yang daif. Sudah pun mereka mendapatkan maklum balas. Contohnya di Andhra Pradesh Ketua Menteri dia tahu, di sebuah sekolah di kampung berapa murid yang datang pada hari itu. Kenapa tidak Menteri Pelajaran tahu itu? Dia ada satu sistem di mana dia boleh petik sahaja dia dapat maklumat. Berapa sekolah, berapa guru, berapa pelajar hadir, berapa kelas dibatalkan, berapa mata pelajaran tidak dapat dijalankan? Supaya perancangan itu teratur, cantik dan canggih, maka inilah harapan saya kerana saya rasa kita tidak lagi usang dan kuno. Kita mesti moden tetapi berjiwa mulia. Itulah harapan kita, saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kinabatangan. Beberapa Ahli: [Bangun]

12.34 tgh. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa perkara iaitu 106 - Perkhidmatan Awam, Butiran 040000 – Dasar Baru, 020000 – Unit Perancang Ekonomi, 03020 – Ekonomi Seimbang. Tuan Pengerusi, kenapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi penekanan ke arah transparensi ataupun ketelusan dalam sektor awam dan swasta untuk memberi kemudahan sejujurnya kepada rakyat. Kenapa diwujudkan jawatankuasa demi jawatankuasa seperti PEMUDAH, bermakna ada kepincangan, ada keperluan dan ada masalah yang dihadapi oleh DR.7.11.2007 46

rakyat. Saya berdiri di sini, bukan bertujuan untuk mengcriticize mana-mana kementerian, mana-mana agensi ataupun mana-mana menteri dan pegawai-pegawai, tetapi saya ingin menyatakan, inilah rintihan masyarakat di peringkat akar umbi. Kita sedar bahawa Unit Perancangan Ekonomi ini adalah merupakan satu nadi sumber pembangunan ekonomi negara. Kalau dia menjadi suatu sumber nadi yang teguh, bermakna di pihak Unit Perancang Ekonomi ini hendaklah memberi pimpinan yang transparent. Projek yang telah diluluskan oleh kerajaan harus dilaksanakan. Kenapa perlu ditangguh? Menteri yang dipertanggungjawabkan hendaklah bertanggungjawab. Sebab itulah gunanya dipertanggungjawabkan. Pengarah dia juga kena bertanggungjawab. Projek kecil besar yang tidak menjadi keutamaan, tiba-tiba menjadi keutamaan dan mendapat peruntukan. Jalan raya projek menjadi keperluan masyarakat kampung yang selama ini menderita, sebab jalan raya tidak dilalui, dia jawab dengan kita tidak menjadi keutamaan. Jadi projek-projek besar yang mengakibatkan rakyat seperti Johor Bahru dilanda banjir dan perlukan baik pulih, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memaklumkan peruntukan untuk menjayakan program ini, tidak juga dilaksanakan. Di Selangor pun begitu. Jadi kalaulah pihak EPU bertindak sebegini sebagai nadi utama penggerak ekonomi negara, maka saya bimbang bahawa ekonomi negara kita dan kepercayaan rakyat kepada pimpinan kita akan longgar. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun] Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Justeru itu, saya meminta … [Ketawa] Sila. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Sri gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Pengerusi, saya menyokong apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Bukan soal Johor Bahru banjir. Batu Pahat lagi banjir luar biasa. Kita dah mohon peruntukan. Banjir yang menyerang Batu Pahat 46 hari, kerugian-kerugian yang dialami oleh rakyat, kesusahan-kesusahan yang dirasai oleh rakyat. Macam-macam perkara yang kalau berulang lagi, Tuan Pengerusi, rakyat akan murka dan marah. Kesannya kepada kerajaan. Jadi saya harap apa yang telah pun kita mohon, supaya penebatan banjir di Batu Pahat itu diutamakan tapi setakat ini, saya lihat, saya semalam ada soalan nombor 13 tapi tak sempat. Saya hendak bentangkan permasalahan yang ditanggung oleh rakyat apabila menghadapi banjir. Perkara-perkara seperti inilah yang mesti diutamakan untuk kepentingan rakyat. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya mohon penjelasan Kinabatangan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, terima kasih rakan saya Sri Gading. Memang inilah rintihan daripada masyarakat Batu Pahat dan Sri Gading termasuk dalam gagasan Batu Pahat dan Batu Pahat kalau tidak ditangani memang banjir akan berulang DR.7.11.2007 47

lagi. Jadi inilah antara lain, permasalahan yang kita hadapi. Kalau nadi utama ekonomi kerajaan ini tidak diurus secara saksama, maka akan berlaku kepincangan. PEMUDAH, jawatankuasa yang baru diwujudkan oleh kerajaan. Tujuan dia untuk mempermudahkan proses pembangunan yang diminta… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sebelum itu… Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: …oleh rakyat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kinabatangan, sebelum itu… Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Menteri yang menjaga ini. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Faham tak apa yang dirasai oleh rakyat. Menteri yang bertanggungjawab ini rasa tak dia kesusahan yang menimpa rakyat. Kemalangan yang menimpa rakyat, kerugian yang diterima oleh rakyat. Apakah dia peka tentang masalah ini? Saya harap supaya Menteri yang berkenaan, adalah rasa tanggungjawab dan sayang kepada rakyat. Bertanggungjawab kepada kerajaan, bertanggungjawab kepada rakyat. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sri Gading, cukuplah. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Pengerusi, ini bukan soal main- main Tuan Pengerusi. Ini soal hidup mati rakyat. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kinabatangan hendak berucap Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kerugian rakyat, Tuan Pengerusi. Terima kasih Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya ambil ucapan Sri Gading menjadi sebahagian daripada ucapan saya dan Menteri itu harus menjawablah. Tapi kalau saya, memikirkan kalau kita bertanggungjawab untuk rakyat, maka kemudahan rakyat itu harus kita beri keutamaan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Penjelasan Yang Berhormat Kinabatangan ya. Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Saya pun tak faham macam yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Ini Unit Perancang Ekonomi. Apa yang dirancang? Masalah banjir ini, tiap-tiap kali banjir macam tempoh hari di Johor Tuan Pengerusi, berbilion yang kerajaan terpaksa keluar duit membaiki dan harta orang ramai. Berbilion rugi dan kalau kita hendak buat tambatan banjir ini mungkin dua bilion, tiga bilion. Tetapi kita keluar sekali boleh tahan lama. ■1240 Kalau ini tidak diteruskan akhirnya kerajaan akan rugi lebih banyak lagi. Jadi bagaimana dia merancang ini? Apa pendapat.? DR.7.11.2007 48

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa dia masalah dua, tiga bilion untuk orang-orang kampung, orang-orang luar bandar. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Sri Gading, ini Yang Berhormat Kinabatangan berucap Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Pengerusi, saya tidak faham untuk pembangunan di Kuala Lumpur beratus bilion. Apa orang kampung tidak boleh ke Tuan Pengerusi? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kinabatangan, Kinabatangan yang berucap Yang Berhormat. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Pengerusi memang hati Yang Berhormat bagi Sri Gading ini meronta-ronta, dia mencari ruang untuk membicarakan masalah yang dihadapi. Memang dari segi logiknya, dari segi ekonominya, banjir yang melanda satu negeri ini seperti Johor kos kerajaan satu kali banjir mahu dua, tiga bilion. Apabila tahun ini banjir kena membuang lagi dua, tiga bilion. Jadi ini tidak difikirkan. Sebagai satu Unit Perancang Ekonomi negara, agensi ini kena bertanggung jawab memberi keyakinan kepada kerajaan dan rakyat. Inilah yang diminta oleh kerajaan supaya mempermudah kemudahan untuk rakyat. Ini bukan saya cakap Tuan Pengerusi, saya mendapat maklumat dan SMS. Mereka kata di pejabat pengarah dan Menteri ini yang jaga EPU ini fail ini bertimbun-timbun sehingga dia pun tidak nampak. Kenapa failnya tidak diproses? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Sabak Bernam, hendak bagi jalan? Sabak Bernam. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sekejap. Saya tidak tahu kenapa perkara-perkara begini tidak diproses? Kenapa menunggu? Jadi ini merupakan satu langkah yang merugikan rakyat. Apabila merugikan rakyat, merugikan kerajaan. Bermakna kita tidak perlu Menteri yang sebegini dalam kerajaan kita. Macam ini sabotaj kerajaan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kena melihat, mana-mana Menteri yang sabotaj tidak diperlukan buat apa di sana? Demikian juga dengan pegawai pengarah dia, pengarah yang sudah bersara, disambung lagi. Ini mensabotaj pengarah-pengarah di peringkat bawah. Mereka berpotensi untuk naik tetapi tidak diberi peluang, disambung-disambung terus saya tidak tahu apa motif dia memberi sambungan kontrak kepada pegawai-pegawai yang telah bersara. Yang di bawah ini kesian, bekerja keras, mati-matian, jujur, amanah belum diberi percubaan tidak dibagi peluang. Jadi ini menghambat pembangunan ekonomi negara kita. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak bagi jalan Sabak Bernam. Ya, ringkas Sabak Bernam. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya Kinabatangan. Ini harus menjadi satu isu yang kritikal di mana, apa yang kita buat itu kumpulan sasar kita ialah rakyat. Saya sebenarnya telah dua kali pergi ke DR.7.11.2007 49

Johor kesan daripada banjir. Saya difahamkan RM4 bilion telah digunakan untuk mengatasi masalah banjir yang disebabkan oleh kerosakan dan pampasan. Di negeri Selangor yang mana Sungai Langat dan Sungai Selangor itu menjadi penyebab banjir di kawasan Lembah Klang, saya difahamkan beberapa tahun peruntukan sebanyak RM 400 juta dan RM 200 juta dipohon untuk mengatasi masalah ini supaya rakyat sebenarnya tidak menjadi mangsa kepada perancangan yang tidak begitu baik. Apa pandangan Yang Berhormat? Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Memang benar, saya juga dimaklumkan oleh sebahagian daripada rakan kita dalam kerajaan bahawa peruntukan bencana alam baru-baru ini mencecah RM 4 bilion. Kalau berlaku lagi tahun ini kena bermakna keluar RM 4 bilion. Bayangkan kerugian ia, ini tidak di fikir oleh pihak Unit Perancang Ekonomi. Seharusnya Unit Perancang Ekonomi merancang secara bijak. Saya tidak tahulah, itu sebab ada pepatah menyatakan kita ini ramai orang bijaksana tapi jarang sekali menggunakan akal fikiran mereka yang bijak untuk melaksanakan pelaksanaan yang bijak. Jadi orang yang bijak pandai tidak bermakna bagi kita kalau dia tidak menggunakan kepandaian dan kepakaran kepada dia untuk mempermudah rakyat dan kerajaan. Tuan Pengerusi, saya juga ingin berbicara tentang seimbang, pembangunan ekonomi seimbang. Kerajaan telah melancarkan beberapa pembangunan koridor. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Itu kepala ke berapa Yang Berhormat? Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini kepala, sudah sebut tadi. Tujuh kepala merangkumi, ya. Dasar baru iaitu Koridor Pantai Timur, Utara, Selatan, Sabah, Sarawak. Saya memang senang hati sebab sekurang-kurangnya dengan koridor raya ini memberi limpahan ekonomi peluang pekerjaan kepada khususnya daripada Sabah saya cakap dalam sudut Sabah. Walau bagaimanapun kebimbangan saya ada, sebab agensi-agensi pelaksana ini bagaimana komitmen mereka? Bagaimana agihan-agihan projek itu nanti kepada bumiputera dan bukan bumiputera, tempatan dan bukan tempatan? Bagaimana bentuk pembangunan ekonomi dilaksanakan adakah ia memberi manfaat secara jangka panjang ataupun ia hanya sekadar launching syndrome atau pun retorik seperti yang diuar-uarkan oleh masyarakat di peringkat bawahan. Bukan saya, bercakap ini. saya cakap apa yang mereka suruh cakap. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak bagi jalan kepada Bera? Ringkas Yang Berhormat. Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima Kasih. Sudah beberapa koridor dilancarkan saya difahamkan input-input daripada pemimpin politik seperti wakil rakyat, Ahli Parlimen, ADUN tidak pernah di ambil kira. Jadi adakah Yang Berhormat, bersetuju sebelum koridor baru di Sabah, Sarawak ini hendak di lancarkan ataupun koridor yang telah dilancarkan Pantai Timur dan sebagainya kita minta supaya agensi yang terlibat lead agency macam Pantai Timur, Petronas memanggil kita dan beri taklimat kepada Ahli Parlimen tentang apa yang dia hendak buat dan sebagainya. Sekarang kita tahu dia lancar dan kita tidak tahu berapa. Feedback DR.7.11.2007 50

tidak pernah diminta daripada kita, input tidak pernah di minta. Jadi minta supaya beri taklimat dulu, minta pandangan kita kerana kita lebih tahu tentang pembangunan yang diperlukan di kawasan kita. Terima kasih. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya memang amat bersetuju, kalu boleh kerajaan hendaklah bukan kita minta untuk dihormati tetapi projek jangka panjang ini melibatkan masyarakat, rakyat di bawah jajahan kita. Jadi kalau boleh saya mahu minta direkodkan; Perdana Menteri meminta mereka-mereka yang melaksanakan koridor-koridor raya di seluruh negara ini panggil kita untuk turut sama berbincang dan memberi pandangan kita ke arah bagaimana koridor raya ini boleh dimanfaatkan oleh semua pihak. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kinabatangan, ada dua, Kuala Krai dan Kuala Pilah. Kuala Pilah. Dato’ Haji Hasan bin Malek [Kuala Pilah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ramai yang telah bercakap tentang soal koridor ini, yang utaranya Kedah, Perlis, Perak dan sebagainya. Di timur Kelantan, Terengganu, Johor, selatan WPI. Saya hendak tanya, Selangor, Klang Valley tapi bagaimana pula Negeri Sembilan dan Melaka? Jadi kita cemburu juga. Orang bila balik ke kampung di kawasan orang bertanya soal koridor-koridor ini. Di mana kita dalam soal mahu menangkap balik nikmat-nikmat yang telah sedang dirancang ini? Tidakkah EPU ataupun ini tidak terfikir Negeri Sembilan dan Melaka tertinggal dalam konteks pembangunan koridor ini. Jadi bersetuju atau tidak Kinabatangan tentang hasrat dan ataupun rintihan daripada masyarakat kedua negeri ini. Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Hendak sambung koridor sikit sahaja. Mengenai koridor baru sahaja Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri menyatakan supaya rakyat-rakyat di luar bandar ini khusus mendapat kesempurnaan ataupun mendapat nikmat daripada koridor ini. Baru sekejap saya balik, panas-panas lagi. Jadi bila Yang Berhormat bagi Kinabatangan bercakap saya terpanggil mengenai dengan kawasan saya Yang Berhormat bagi Kuala Krai. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat ... Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Tidak, tidak ini satu contoh yang paling baik iaitu dipanggil pelabuhan barat yang telah pun disempurnakan oleh pihak parti pembangkang... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: .[Bangun] Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Sepuluh tahun koridor ini tidak jalan jadi pelabuhan darat ini rakyat tertanya-tanya. Begitu juga kilang telah ditutup jadi mengambil kesempurnaan daripada koridor ini saya hendak masukkan. Apakah pandangan? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kinabatangan saya minta setengah minit. Tuan Pengerusi, saya dengar beliau kata tadi Koridor Pantai Timur ini oleh Petronas. Saya harap Petronas benar-benar jujur. Twin Tower ini, Menara Berkembar yang dipunyai oleh DR.7.11.2007 51

Petronas mempunyai beribu kedai-kedai untuk berbagai-bagai bangsa cuma ada 15 kedai-kedai Melayu dan hari ini 15 kedai Melayu ini telah diusir dari Menara Kembar. Apa jadi? Orang bumiputera yang hendak berniaga ini apa jadi? Pengurusan dia saja naikkan dia punya sewa, bumiputera tidak mampu. „ 1250 Akhirnya, menara kembar yang menjadi keagungan negara, bumiputera 15 kedai sahaja hendak berniaga pun telah dihalau kerana tak mampu bayar sewa. Apa dah jadi pada bangsa Melayu? Apa dah jadi kepada Petronas? Saya harap Menteri yang berkenaan tolong jawab perkara ini. Bagaimana bumiputera boleh tercicir dalam pembangunan pesat negara? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kinabatangan minta gulunglah. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, saya gulung. Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat terlibat Kuala Pilah, Kuala Krai, Sri Gading. Tadi ucapan Yang Berhormat pada Menteri menyatakan bahawa tidak akan ada mana-mana negeri yang akan tercicir dalam koridor raya nanti. Jadi ini termasuk Melaka dan Negeri Sembilan dan saya akan ambil ucapan Yang Berhormat Kuala Pilah menjadi sebahagian dari ucapan saya supaya kalau boleh Negeri Sembilan dan Melaka juga dimasukkan dalam tempias program koridor raya negara ini. Tuan Pengerusi, sebagai yang terakhir dalam bagaimana pembangunan ekonomi yang seimbang di antara wilayah? Di Sabah, leading agency untuk pelaksana koridor raya Sabah ini belum begitu pasti siapa, sama ada Petronas ke, Setco ke ataupun Warisan Harta ke. Saya melihat kerajaan perlu berhati-hati untuk melaksanakan program mega seumpama ini. Contohnya, di Sabah ini merupakan satu database untuk penggerudi minyak Petronas. Saya ingat saya bercakap tahun 2002 berhubung dengan Petronas supaya Petronas tidak mengabaikan tanggungjawab mereka untuk negeri Sabah. Setelah itu, maka Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir telah mengarahkan Petronas untuk membuat sesuatu. Kita meminta aktiviti downstream iaitu untuk membuat refinery dan sebagainya. Hari ini Petronas mengumumkan rasa saya ini cuma satu mainan, gimik perniagaan mereka iaitu mewujudkan satu aktiviti pipeline daripada Papar – Kota Kinabalu dan minyak itu akan disalurkan ke Bintulu ataupun Miri iaitu pumping house. Ataupun rumah untuk pam minyak itu dan disalurkan ke Bintulu atau Miri. Kenapa tidak buat aktiviti refinery di negeri Sabah? Kenapa? Kenapa Petronas mengabaikan usaha mereka dalam membantu vendor bumiputera di Sabah? Kenapa, jangan katakan pada saya bahawa kerja buruh tukang sapu pun orang Sabah tidak boleh kerja. Jangan nyatakan kepada saya bahawa membuat kuih pun orang Sabah tidak boleh. Petronas harus berhati-hati, Petronas harus berjaga-jaga, kita memang mengalu-alukan keuntungan Petronas sebab ini untuk keuntungan negara. Tetapi bagaimana keuntungan masyarakat bumiputera di Sabah untuk mempertingkatkan ekonomi mereka? Harus juga difikirkan bersama. DR.7.11.2007 52

Ini Petronas memikirkan keuntungan mereka semata-mata untuk negara dalam masa yang sama saya tahu mereka-mereka yang terlibat dengan Petronas terlalu kaya-raya. Ini yang perlu diselidik oleh BPR, ini yang perlu diperiksa sebab saya tahu berapa gaji, berapa elaun pegawai-pegawai dia, kenapa mempunyai harta benda yang terlalu mewah? Di sebaliknya, masyarakat dan juga peniaga-peniaga kecil di Sabah tidak boleh menyertai perniagaan mereka. Kalau mereka bawa di Sarawak, Petronas telah mempertingkatkan beberapa kumpulan peniaga, dulu saya kenal syarikat ini, bermula daripada syarikat RM2, sekarang menjadi syarikat jutawan. Di Sabah tidak ada satu pun. Jadi kalau inilah yang berlaku maka bermakna Petronas telah mendiskriminasikan rakyat dan masyarakat di negeri Sabah. Jadi saya mahu minta Petronas agar kembali kepada perjuangan asal iaitu pertama; memartabatkan ekonomi negara, kedua; memartabatkan masyarakat Sabah, itu khususnya untuk memastikan pembangunan ekonomi dan masyarakat seimbang di antara wilayah akan dapat dihasilkan. Dengan ini Tuan Pengerusi, saya menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, saya bagi Kubang Kerian.

12.54 tgh. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini dengan mengemukakan butiran 02000 menyentuh tentang Badan Pencegah Rasuah di bawah kepala perundangan dan pendakwaan. Tuan Pengerusi, BPR telah menjalankan tanggungjawab dan saya ingin merakamkan ucapan tahniah kerana baru-baru ini telah datang ke negeri Kelantan dengan begitu tangkas dan cepat untuk mengambil penyiasatan terhadap ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan tentang dakwaan beliau disogokkan dengan sejumlah wang dalam tempoh 16 tahun yang lalu. Saya juga bila menyentuh tentang butiran 020100 - Pendakwaan ini juga saya ucapkan tahniah di atas tangkasnya BPR menyiasat Ketua Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman baru-baru ini yang melibatkan Datuk Ramli Yusuff tentang pelbagai pendakwaan dan dakwaan yang melibatkan beliau dengan unsur-unsur rasuah. Saya mengharapkan ketangkasan BPR ini dapat dipertingkatkan apabila kita melihat rupa bentuk ataupun budaya rasuah ini telah mula menjelmakan dirinya dengan wajah-wajah yang lebih baru dengan menggunakan taktik dan pendekatan-pendekatan yang lebih sofistikated dengan izin, dengan lebih canggih, bersesuaian dengan cara budaya hidup masyarakat dalam negara kita pada hari ini. Saya suka untuk mengemukakan dalam Dewan yang mulia ini tentang satu buku yang ditulis oleh Syed Husin Al-Attas tahun 1969, sebuah buku yang bertajuk “Total Corruption vs. Pocket of Corruption” dengan izin. Buku ini ditulis oleh Al-Marhum Syed Husin Al- Attas tahun 1968 yang saya merasakan pandangan beliau terhadap gejala rasuah ini pada waktu DR.7.11.2007 53

itu adalah merupakan satu bentuk atau aktiviti yang dilakukan kebanyakannya oleh pegawai- pegawai di peringkat bawah. Rasuah pada ketika itu dalam tahun-tahun 60-an mungkin awal 70-an yang melibatkan pegawai-pegawai yang terlibat dalam kes-kes penguatkuasaan, kes mungkin yang melibatkan tentang saman-saman kecil seperti saman-saman trafik dan seumpamanya kerana pihak yang memberi merasakan tidak puas hati dan pihak yang menerima merasakan puas hati terhadap aktiviti ini. Namun apa yang berlaku pada hari ini kita melihat zaman telah jauh berubah, cara dan pendekatan, dan taktik-taktik yang digunakan selalunya kita lihat semakin up to date. Dalam seminar yang baru-baru ini, seminar tentang korupsi, tentang corruption yang diadakan di dalam negara kita yang dihadiri oleh negara-negara seperti negara-negara barat seperti Kanada, ada wakil daripada negara Scandinavia yang kita lihat telah mengemukakan kertas-kertas kerja yang begitu menarik perhatian kita semua tentang bagaimana kita melihat dalam proses pendakwaan dan perundangan ini, mereka telah jauh ke hadapan dengan mereka memberikan kuasa-kuasa yang lebih luas kepada BPR, kepada agensi-agensi rasuah dalam negara mereka untuk bertindak bersesuaian dengan zaman dan pendekatan masa kini. Negara jiran kita sebagai contoh Singapura, yang kita melihat kertas-kertas kerja yang dibentangkan telah menggunakan peralatan yang lebih canggih, peralatan-peralatan, kamera- kamera yang begitu canggih, yang sudah tentu melibatkan perbelanjaan ataupun bajet yang lebih banyak. Saya menyokong sekiranya perbelanjaan ataupun bajet yang diperuntukkan kepada BPR bagi tahun ini bagi tujuan perbelanjaan mengurus, diperuntukkan RM146,727,000 ini tidak menjadi masalah untuk saya menyokongnya malahan saya suka mencadangkan kalau ada bajet tambahan pada masa-masa yang akan datang, BPR diperuntukkan lagi sejumlah wang untuk mereka membeli peralatan-peralatan yang lebih canggih ini, saya akan turut menyokong kerana sudah sampai masanya kita melihat BPR ini perlu lebih ke hadapan untuk menghadapi situasi pada zaman ini. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sambung petang. Dewan bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob] mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] DR.7.11.2007 54

Tuan Pengerusi: Saya jemput Yang Berhormat dari Kubang Kerian untuk memberikan ucapannya.

2.32ptg. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada di bawah Kepala 020000 di bawah tajuk BPR - Perundangan dan Pendakwaan. Sebelum tengah hari tadi saya telah pun mengatakan bahawa kalau saya merujuk kepada sebuah buku yang ditulis oleh Syed Hussein Al-Attas dengan izin ‘Total Corruption Vs Pocket of Corruption’ ini di mana pada zaman-zaman 60-an dulu, awal 70-an, rasuah ini dilakukan seperti kes-kes saman ataupun kes-kes yang melibatkan di antara penguatkuasaan undang-undang. Orang yang menerima itu merasa sedap, yang memberi rasuah itu merasa tidak sedap. Maka pendakwaan, atau kes-kes itu dilaporkan. Pada zaman kini, Tuan Pengerusi kita melihat berlakunya corruption yang berkonsepkan mutual, persetujuan kedua-dua belah pihak, yang terima pun merasa sedap dan yang memberi rasuah juga merasa sedap dengan tindakan itu. Maka dengan sebab itulah, beberapa pandangan-pandangan telah dikemukakan, yang saya suka merujuk kepada Kepala 020000 - Perundangan dan Pendakwaan ini. Sekali lagi saya membawa sebuah buku yang bertajuk ‘The Reluctant Politician’ yang mengisahkan bagaimana kehidupan dan urus tadbir pada zaman bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga pada zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman, yang menyaksikan bagaimana ACA yang pada waktu itu diberikan nama Biro Siasatan Negara ini diberikan mereka kuasa-kuasa dan juga ruang yang begitu bebas untuk mereka melakukan siasatan dan pendakwaan. Kita melihat integriti Biro Siasatan Negara pada waktu itu sangat dihormati oleh rakyat sehingga ada satu jurnal yang saya dapati daripada Arkib Negara yang menyatakan sewaktu ada dua menteri besar pada waktu itu yang didakwa oleh ACA merujuk kes itu kepada Perdana Menteri Malaysia yang pada waktu itu dan Tun Dr. Ismail pada waktu itu, maka Tunku Abdul Rahman menjawab, “Silakan tangkap tetapi tunggu minggu depan, waktu saya akan ke luar negara”. Jadi dia tidak mahu kalau ditangkap kedua-dua orang menteri besar ini di dalam negara, maka susah kerana kaum keluarga akan datang ke rumah dan seumpamanya. Ini sedikit sebanyak artikel-artikel yang sebegini penting Tuan Pengerusi, yang disimpan sebagai sesuatu khazanah dalam Arkib Negara ini dan ditulis dalam buku ‘The Reluctant Politician’ ini dalam versi Melayunya disebut ‘Bukan kerana Pangkat’ ini, seharusnya kita merujuk kepada zaman gemilang ini supaya ianya dapat diteruskan dalam negara kita pada hari ini. Demikian juga Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada suatu kenyataan yang dibuat oleh Yang Mulia Tunku Abdul Aziz dalam satu ucapannya baru-baru ini dan disiarkan dalam satu akhbar mainstream pada hari ini. Beliau saya rasa dengan penuh hormat seorang yang ada DR.7.11.2007 55

integriti iaitu seorang bekas the former special advisor to the United Nation Secretary General on Ethics. Beliau mengatakan dalam konteks pendakwaan dengan izin Tuan Pengerusi, “As for the ACA, I suggest that they should ask for more powers to enable itself to go up to any public official and demand an account of how he or she has come into possession as assets which appear to be on inconsistent with his or her earnings. Every time, I raise this with the ACA, I am told: “Yes, we’d like to do it, but the Anti Corruption Act of 1997 does not allow for it” Ini satu kenyataan yang saya rasakan sudah sampai masanya bahawa Parlimen dan kerajaan dan juga kementerian yang berkenaan ini untuk kita review, untuk kita mengambil satu sikap pada tahap yang ada pada hari ini untuk kita mengkaji semula bagaimana kita perlu memperkasakan Anti Corruption Act. Ini supaya ia dapat memberikan suatu ruang, suatu bidang kuasa yang lebih kukuh untuk menegakkan integriti ACA yang ada pada hari ini. Apa yang beliau tambah sedikit lagi Tuan Pengerusi, dengan izin “If you do not believe me, pick up your telephone and ask the Hong Kong Independent Commission Against Corruption about the importance of this enable power in its own success story”. Saya telah mendapat kertas kerja dan mendapat beberapa maklumat daripada seminar yang diadakan baru-baru ini, satu presentation, satu persembahan, satu pembentangan yang begitu berintegriti daripada wakil- wakil ACA dari Hong Kong yang telah membuktikan, menunjukkan betapa kuasa-kuasa yang mereka peroleh itu dengan kecanggihan alat-alat yang digunakan, mereka dapat untuk berdiri pada hari ini sebagai sebuah negara yang boleh menangani masalah corruption ini dengan begitu baik dan begitu meyakinkan. Saya bimbang Tuan Pengerusi, kalau kita tidak mengambil langkah-langkah yang penuh kesedaran, dengan penuh rasa tanggungjawab, saya bimbang besok lima tahun akan datang negara-negara seperti Indonesia dan walaupun hari ini Indonesia, Vietnam dan negara-negara yang lain ini dengan izin crawling, mereka sedang merangkak-rangkak selepas jatuhnya rejim Suharto ini untuk kembali untuk memulihkan integriti negara mereka. Saya yakin dan percaya kalau komitmen, iltizam mereka dan mereka membuktikan bahawa mereka perlu untuk membanteras corruption ini, saya bimbang kalau kita complaisance, kita tidak mengatakan perkara ini tidak penting dan seumpamanya, kita bimbang mereka akan memintas kita lima tahun dan 10 tahun yang akan datang. ■1440 Begitu juga Tuan Pengerusi, apabila saya menyebut tentang Kepala 030100 - Penyiasatan sebagai contoh. Kes yang paling baru tentang ACA dan telah pun mengambil tindakan terhadap Ketua Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman, saya tidak mahu campur tangan dalam isu ini. Kes ini sedang dalam mahkamah, tidak mahu sub judice dan saya pulangkan pada mahkamah untuk menentukan dianya bersalah ataupun tidak bersalah tetapi dengan mengambil roh dan ketangkasan pegawai-pegawai ACR yang datang menyiasat dan mendapatkan maklumat daripada Yang Berhormat Menteri Besar Kelantan. Di atas roh ini saya DR.7.11.2007 56

ingin hanya untuk mengambil apa yang telah dilaporkan, apa yang telah didedahkan oleh Datuk Ramli Yusuf ini dalam press conferencenya dua hari sebelum beliau didakwa di mahkamah. Beliau menyatakan kenyataan itu sebelum kes beliau di bawa di mahkamah di mana beliau telah membuat satu kenyataan yang cukup penting iaitu beliau telah merasakan beliau sendiri dan anak-anak buah beliau, pegawai tinggi polis dalam Jabatan Jenayah Komersial ini telah dengan tiba-tiba sahaja disiasat, diambil tindakan, ditukar, diturunkan pangkat kerana dikatakan terlibat dalam kes penyiasatan dan pendedahan dokumen-dokumen yang dibuat oleh whistle blowers dalam kes Tunku Goh. Ini pada saya merupakan satu titik tolak, satu turning point yang sangat penting yang saya harap ACA dapat menentukan sama ada apa yang beliau dedahkan itu betul atau tidak betul, itu kita serahkan kepada ACA tetapi beliau telah mengeluarkan satu kenyataan yang penting dua hari sebelum beliau didakwa. Dengan itu Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Kepala 010000 - Urusan Pilihan Raya. Di sini sekali lagi Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya pada masa-masa yang akan datang, kita mengharapkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya ini kalau boleh hendaklah dilantik di kalangan mereka yang punya latar belakang dan pengalaman yang luas dalam bidang perundangan dan kalau boleh dilantik di kalangan para-para hakim ataupun bekas-bekas hakim yang berwibawa untuk terus menerajui SPR. Ini kerana sebagaimana yang telah disebutkan oleh sahabat-sahabat sebentar tadi, kalau perkara-perkara yang melibatkan tentang pendaftaran negara, kad pengenalan pun boleh diklon, MyKad pun boleh diadakan satu sindiket khususnya di negeri-negeri Pantai Timur, maka saya juga tidak boleh menolak kemungkinan berlakunya beberapa tindakan-tindakan yang di luar daripada jangkaan kita terhadap SPR ini misalnya... Tuan Pengerusi: Baik Yang Berhormat, cukuplah. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Saya gulung Tuan Pengerusi. Yang saya hendak masukkan di sini ialah tentang bagaimana satu kenyataan yang pernah dibuat oleh Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamarulzaman Mohd Noor yang mengakui dalam satu kenyataan beliau bahawa terdapat apa dikatakan pegawai-pegawainya yang terbabit dalam memindahkan pengundi tanpa kebenaran dan beliau mengakui akan kecuaian ini. Beliau mengakui akan terdapatnya pegawai-pegawai yang dilantik oleh SPR ini yang melakukan suatu operasi, melakukan suatu tindakan di luar pengetahuan SPR sendiri yang memindahkan pengundi-pengundi tanpa pengetahuan SPR itu sendiri. Jadi saya mengharapkan satu siasatan dan suatu tindakan dapat dilakukan supaya kita mengharapkan pilihan raya umum yang akan datang ini kita dapat berhadapan dengan satu pilihan raya yang adil dan bersih tanpanya ada suatu operasi memindahkan pengundi yang berlaku sebelum daripada ini yang menyebabkan isu pengundi hantu ini tetap menjadi satu igauan buruk dalam sejarah pilihan raya dalam negara kita. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih. DR.7.11.2007 57

2.45 ptg. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada satu butiran sahaja iaitu 030000 - Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP). Tuan Pengerusi, UPP sebagai satu badan yang dianggap menjadi satu agensi pusat yang berwibawa kerana ia menjaga projek-projek khas dan ditugaskan juga menguruskan projek- projek di bawah peruntukan khas bajet setiap tahun haruslah menjalankan tugasnya dengan baik-baik dan tanpa memilih kasih ataupun yang bukan-bukan. Perkara yang saya ingin timbulkan di sini ialah mengenai satu peruntukan khas yang baru-baru ini dihulurkan untuk membina sebanyak 21 buah bangunan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana bangunan-bangunan ini diperkatakan akan dijadikan dewan-dewan orang ramai untuk kegunaan awam. Namun begitu Tuan Pengerusi, dewan-dewan orang ramai yang sedang mula dibangunkan sekarang nampaknya telah menimbulkan banyak tanda tanya kerana saya difahamkan peruntukan khas untuk bangunan-bangunan ini diberikan kepada 21 orang kontraktor kelas F dan mereka diperingatkan supaya menyiapkan kerja-kerja pembinaan bangunan itu sebelum tamatnya bulan Disember. Apa yang saya rasa dukacita ialah kerana saya mengetahui dari pihak DBKL bahawa UPP ini telah memintas ataupun bypass pihak DBKL dalam merancang projek-projek kecil ini tanpa memohon perintah pembangunan ataupun kebenaran pelan- pelannya daripada DBKL sebelum kerja-kerja pembinaan itu dimulakan. DBKL cuma menerima satu senarai lokasi kesemua bangunan ini tanpa menerima apa jua lagi maklumat yang sepatutnya dibekalkan kepada DBKL untuk kelulusan dan UPP ini telah mengarahkan kontraktor-kontraktornya supaya menjalankan projek tanpa mengambil kira DBKL langsung. Tapak-tapak di mana bangunan ini dibina Tuan Pengerusi, seperti apa yang dilakukan sekali pada tahun 2002 dan 2003 di mana 40 dewan orang ramai dibina pada ketika itu, semua bangunan ini termasuklah kali ini dibina di tapak-tapak yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat ataupun DBKL di mana tapak-tapak ini adalah padang-padang hijau ataupun di sudut-sudut jalan, di tepi- tepi simpang jalan, di tapak-tapak kosong di mana biasanya menjadi tempat permainan budak- budak ataupun penduduk-penduduk tempatan ini telah menimbulkan ketidakpuasan di kalangan masyarakat tempatan. ■1450 Apa yang saya mengesyaki tujuan untuk membina dewan orang ramai ini Tuan Pengerusi, ialah kerana pada pengalaman yang diperoleh dalam kes 2002 dan 2003 di mana satu peruntukan khas juga dihulurkan untuk kegunaan yang sama, di mana 60 buah yang dipanggil dewan orang ramai itu apabila siap dibina, hampir semua dijadikan bukan dewan orang ramai kegunaan penduduk tempatan, tetapi dijadikan harta benda parti-parti komponen Barisan Nasional khasnya UMNO. Mereka menjadikan premis cawangan UMNO di sini dan sana. Saya DR.7.11.2007 58

ada bukti, kalau mahu saya boleh bawa siapa pun yang berminat, satu atau half day tour ke tempat-tempat yang tertentu itu di mana... Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Parti pemerintah maa... Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: ....Dewan orang ramai itu dibina di mana-mana mereka suka. Ada yang dibina di kawasan perumahan rumah pangsa DBKL pun, di mana tempat-tempat letak kereta penduduk dikorbankan untuk membina dewan orang ramai, tetapi apabila siap bina dijadikan dewan UMNO dan cuma UMNO yang ada kunci untuk menggunanya. Tempat-tempat yang lain juga seolah-olah sudah jadi private property, UMNO ataupun MCA ataupun MIC, tetapi yang banyak sekali ialah UMNO. Saya mendapati misalnya daripada 21 buah itu, ada enam buah yang diperuntukkan untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Sebelum itu di Bandar Tun Razak telah mempunyai tidak kurang daripada enam buah dewan orang ramai yang semuanya menjadi dewan premis cawangan UMNO tempatan. Antaranya ada yang disewa untuk gerai makanan dan juga untuk pengusaha cuci kereta pun ada. Saya difahamkan sewa-sewa yang dibayar kepada mereka-mereka yang tertentu sama ada masuk ke dana UMNO ataupun ke poket sesiapa individu tertentu saya tidak tahulah, tetapi ini adalah satu hakikat yang berlaku. Saya memang kurang yakin pada tahun ini apabila siapnya pembinaan 21 buah dewan orang ramai ini, mereka akan menjadikan dewan orang ramai yang sebenarnya, yang tulennya digunakan oleh masyarakat tempatan. Tidak pastinya bangunan-bangunan ini sekali lagi dijadikan harta benda pihak-pihak komponen parti Barisan Nasional. Saya rasa ini adalah satu penyalahgunaan kuasa yang buruk yang telah pun menyimpang dari tujuan sebenarnya. Saya ingin tanya sebab wang yang digunakan juga adalah berlebihan daripada apa yang sepatutnya dibelanjakan, sebab saya pun ada minta pandangan daripada kontraktor-kontraktor lain yang berpengalaman. Pada pendapat mereka setiap bangunan ini yang berukuran saiz bangunannya 2,500 kaki persegi dengan dinding dan bumbung sahaja dan dilengkapkan dengan tandas dan bilik rehat, tanpa kelengkapan-kelengkapan yang lain, kos pembinaannya hanya lebih kurang RM50,000 ke RM70,000 sahaja, tetapi apa yang saya mendapati ialah kos pembinaan yang diluluskan, yang diperuntukkan oleh UPP ini adalah daripada RM120,000 ke RM130,000. Ini adalah keterlaluan dan merupakan satu pembaziran kalau ia disalahgunakan. Lebih- lebih lagi RM120,000 hingga RM135,000 ini bukan sahaja wang keseluruhannya kerana ia cuma untuk pembangunan bangunan sahaja. Macam mana bekalan air dan elektrik, perabot, perkakas lain, malah ada yang tanpa jalan masuk kena buat jalan masuk. Lagipun pembayaran untuk melakarkan kawasan-kawasan sekelilingnya dan kerja-kerja untuk pembaikan longkang, parit dan sebagainya. Kemungkinan setiap pembinaan dewan ini akan menelan perbelanjaan lebih daripada RM200,000. Ini merupakan satu perbelanjaan yang begitu besar sekali. Saya juga rasa terkejut sebab perbuatan yang kurang bertanggungjawab ini cuma untuk mengisi tembolok orang-orang tertentu, juga boleh ditunjuk di satu kawasan dalam kawasan DR.7.11.2007 59

Parlimen Bandar Tun Razak di mana jalan itu dipanggil Jalan Selimang. Sudah ada satu dewan orang ramai dijadikan dewan UMNO pada 2003, sekarang ditambah dua buah lagi dewan orang ramai di tepi dewan yang sedia ada, di jalan yang sama, tiga dalam satu baris. Dua lagi bangunan baru akan dibina di tepi sahaja, di sebelah dewan UMNO yang sedia ada dan ini akan menjadi tiga dalam sebaris. Saya tidak tahu macam manalah, kemungkinan MCA dan MIC pun ada permintaan supaya dewan ini dijadikan premis mereka bersama-sama dengan dewan UMNO, dan bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi jaminan kepada saya ini tidak akan berlaku. Ini sedang giat berjalan, satu penyalahgunaan kuasa. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, cukuplah mengenai dewan ini. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Bukan ini memang satu perkara yang saya sudah banyak kali berlaku dalam Kuala Lumpur ini, pencerobohan tanah rakyat, menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan wang dan ini adalah satu perkara yang tidak patut berlaku. Tuan Pengerusi: Baik cukuplah, beralih kepada perkara lain. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Saya faham ini memang satu political fever untuk parti- parti di mana kontraktor-kontraktor merupakan penyokong-penyokong mereka. Bukan sangkaan jahat kalau saya menganggap ada kemungkinan ini keuntungan yang dikaut, keuntungan yang mudah dan segera ini dikaut oleh kontraktor-kontraktor yang berkenaan akan dikongsi oleh pihak-pihak yang tertentu. Saya minta penjelasan. Tuan Pengerusi: Baik Yang Berhormat, cukuplah. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Dan jaminan sama ada bangunan baru ini tidak akan dijadikan mana-mana parti komponen BN punya, dewan ataupun premis cawangan. Tuan Pengerusi: Siapa bangun? Baiklah, Pensiangan. Kalau hendak bangun, bangun terus. Jangan tersekat-sekat.

2.59 ptg. Tuan Bernard S. Maraat @ Ben [Pensiangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada tiga perkara yang saya perlu sentuh di bawah P.6 iaitu Jabatan Perdana Menteri, 00103 - Pembangunan Tanah Adat Sabah dan Sarawak, 00104 - Penyusunan Semula Masyarakat dan 04801 - Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Saya diberi jawapan daripada Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini bila saya memperkatakan mengenai etnik-etnik Sabah dan Sarawak. Ini telah jelas mengatakan bahawa satu unit penyelarasan telah pun ditubuh di dalam pelaksanaan program dan projek pembangunan untuk kumpulan etnik minoriti di Sabah dan Sarawak. ■1500 Saya ingin tahu daripada Jabatan Perdana Menteri ini, setakat ini apakah kejayaan yang telah dibuat dalam kita membangun etnik-etnik di Sabah dan Sarawak. Kalau saya boleh DR.7.11.2007 60

katakan etnik-etnik di Sabah dan Sarawak, saya tumpukan kepada Sarawak, Tuan Pengerusi. Kita mempunyai lebih kurang 40 etnik Sabah yang diiktiraf pada masa kini biarpun kita mempunyai 70 tetapi 40 telah diiktiraf. Saya melihat daripada suku kaum Kadazan-Dusun dan suku kaum Murut di mana saya sebagai suku kaum Murut. Suku kaum Murut di antara yang ketiga terbesar etnik di Sabah dan ketika ini, Tuan Pengerusi, saya melihat kemiskinan suku kaum Murut ini jauh daripada arus pembangunan perdana. 40 tahun kita mengatakan bahawa kita sudah merdeka, tetapi sebenarnya kemerdekaan ini belum dapat dirasai oleh suku kaum ini. Dari segi pendidikan umpamanya, kebanyakan sekolah-sekolah yang daif biarpun sekarang kita telah mempunyai peruntukan lebih kurang RM200 juta untuk menaikkan taraf, membangunkan sekolah-sekolah tersebut tetapi yang ini akan hanya kita lihat dalam masa 5, 10 tahun akan datang, Prasekolah-prasekolah daripada masa kita merdeka sehinggalah sekarang, prasekolah di bahagian pedalaman ini tidak terlihat, malahan kita melihat anak-anak yang tercicir dari segi persekolahan mereka sebenarnya kalau kita bandingkan daripada anak-anak sekolah yang berada di bandar, di pinggir bandar dan terpencil sekali, kita melihat anak-anak ini daripada umur 4 hingga ke 6 tahun, kalau di bandar dia boleh membaca, boleh mengira dan boleh menulis. Tetapi kalau di pedalaman, hanya bila mereka masuk ke darjah 1, itu pun belum tentu mereka dapat membaca, boleh menulis dan juga boleh mengira. Apa lagi kita katakan dia ini boleh memikir. Jadi sekarang ini saya ingin tahu dari segi penyusunan masyarakat luar bandar, perlu Jabatan Perdana Menteri ini kalau adalah peruntukan-peruntukan sebagaimana saya lihat di sini, penyusunan masyarakat RM80 juta yang telah diberikan, berilah kepada Pensiangan kerana itu yang kita perlukan. Selain daripada itu, dari segi pra ekonomi, kita memperkatakan economic democracy. Economic democracy sama juga dengan equality. Kalau kita katakan economic democracy itu memang ada satu keseimbangan di antara bandar dan luar bandar, tetapi kalau kita mengatakan economic democracy, padahal kita ini mempunyai demokrasi sebenarnya dan penyusunan semula masyarakat dari segi umpamanya perniagaan, dari segi peningkatan ekonomi-ekonomi mereka, saya rasa pada masa sekarang, 44 tahun, Tuan Pengerusi, masih lagi di tahap yang paling bawah sekali. Malahan kalau kita lihat seperti mana yang dilaporkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, menunjukkan bahawa Sabah adalah yang tertinggi sekali, 14 ribu yang terletak dalam kemiskinan ini. Jadi saya mintalah dalam masa RMK-9 ini, khususnya peruntukan yang telah diberi dalam 2008 ini, haruslah ditumpukan kepada penyusunan masyarakat Sabah khususnya etnik-etnik di Sabah. Saya minta kalau boleh mini estet ini yang telah pun digembar-gemburkan di negeri Sabah, tetapi kita hanya melihat siapa yang akan membantu daripada segi kewangan dia. Kalau DR.7.11.2007 61

kita lihat daripada Sabah sahaja, saya rasa tidak memadai. Kalau di Semenanjung kita mendapat agensi-agensi supaya FELDA dan FELCRA yang menumpukan kepada penyusunan masyarakat, khususnya suku kaum bumiputera, Orang Asli dan sebagainya yang telah memberi tumpuan yang begitu tegas sekali dan akhirnya bangsa Melayu yang berada di Semenanjung ini dan juga di Sabah mungkin sudah meningkat tahapnya, tetapi mungkin suku-suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak ini masih lagi di tahap yang amat mendukacitakan. Oleh itu tumpuan yang dimaksudkan oleh Jabatan Perdana Menteri ini, saya rasa unit tidak berkesan. Kalau kita hanya unit sahaja tidak berkesan sedangkan di Semenanjung kita ada Jabatan Orang Asli. Jadi kalau kita lihat 30, 40, 80 suku etnik suku kaum dari Sabah dan Sarawak, kalau satu unit sahaja yang hendak jaga ini, saya rasa tidak memadai. Oleh yang demikian, saya minta Jabatan Perdana Menteri untuk mencadangkan satu jabatan etnik-etnik di Sabah dan Sarawak supaya ini lebih makro, lebih mikro dan lebih berkesan semasa kita hendak melaksanakan projek-projek, khususnya penyusunan masyarakat. Saya lihat ini telah pun kita baca dalam deklarasi-deklarasi United Nations baru-baru ini yang 13 September, saya telah ungkitkan perkara ini di mana deklarasi human rights ini telah pun diterima, dan saya pasti Kerajaan Malaysia ini di bawah pucuk pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mempunyai satu pandangan jauh untuk melihat suku kaum-suku kaum ini tidak ketinggalan daripada arus pembangunan perdana dan sudah harus kita lihat yang ini patut kita banggakan. Saya beralih kepada satu perkara lagi iaitu 0401. Di tempat saya ini, Tuan Pengerusi, biarpun saya berlainan agama tetapi saya prihatin terhadap surau-surau dan masjid-masjid yang daif, yang perlu kita tingkatkan bukan sahaja perlu ditingkatkan dari segi penyelenggaraannya, tetapi seharusnya mungkin dibina dengan surau-surau yang baru. Biarpun yang ini saya takut nanti bila kita tidak bantu dan kita tidak bersuara, mereka akan katakan, “Ya, dia itu bukan agama Islam. Maka itulah dia tidak menyuarakan perkara seumpama ini.” Tetapi saya sudah berkali- kali saya minta supaya jabatan termasuklah kerajaan negeri untuk membantu orang-orang Islam ini. Saya sendiri pun sebenarnya, Tuan Pengerusi, keluarga saya adalah Muslim juga tetapi toleransi antara agama di Sabah ini memang secocok dan serasi dan saya minta supaya Jabatan Perdana Menteri ini jangan hanya memperkatakan, “Ah, ini ada satu peruntukan yang lebih kurang RM13,000 ini tidak cukup.” Kalau kita mahu melihat pembaikan dan pembinaan masjid dan surau ini... Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Penjelasan, Yang Berhormat. Tuan Bernard S. Maarat @ Ben [Pensiangan]: ...saya rasa tidak cukup RM13 juta. Kita banyak lagi surau-surau yang kita hendak buat. Sila. Tuan Pengerusi: Ya, Tangga Batu. DR.7.11.2007 62

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Pensiangan, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya kagum dengan sikap keterbukaan dan besar jiwa sahabat saya daripada Pensiangan. Belum sempat orang lain memohon, beliau telah memohon bukan sahaja untuk suku etnik kecilnya di Sabah dan Sarawak, tetapi juga untuk masyarakat terbesar, orang Islam. Kalau sikap ini boleh diteruskan oleh semua anggota, bukan sahaja Barisan Nasional, juga daripada kawan-kawan kita di sebelah sini, saya ingat tercapailah hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyebutnya pada Perhimpunan Agung UMNO pagi ini yang mahu masyarakat Malaysia menuju ke-50 tahun akan datang dengan lebih perkasa. Apa pandangan Yang Berhormat? Tuan Bernard S. Maarat @ Ben [Pensiangan]: Ya, terima kasih. Kalau kita baca buku yang telah dibuat ataupun ditulis mengenai dengan Islam Hadhari ini, sudah sampai masanya, saya rasa yang perlu kita buat secara bersungguh-sungguh. Saya sedih melihat, kadang-kadang saya melawat kawasan saya, kadang-kadang surau sudah... Susah saya hendak cakap. Jadi saya mintalah Jabatan Perdana Menteri ini beri perhatian kepada tempat saya di mana surau- surau yang daif ini perlu kita bina dan tukar. Selain daripada itu, dalam segi toleransi keagamaan, Tuan Pengerusi, tempat saya juga banyak chapels atau gereja-gereja yang kecil yang perlu juga bantuan daripada kerajaan. Jadi bila kita memperkatakan toleransi keagamaan itu, amanlah dunia ini, amanlah Malaysia ini. Tetapi kalau kita tinggalkan agama-agama yang lain – ini sebenarnya sudah termasuk dalam Perlembagaan kita, toleransi dari segi agama dan sebagainya. Saya pasti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melihat ini sebagai satu permohonan daripada kawasan saya, bukan sahaja saya kata tadi, orang-orang Islam tetapi orang-orang yang beragama yang lain juga memerlukan bantuan seumpama ini. Tuan Pengerusi: Baiklah. Tuan Bernard S. Maarat @ Ben [Pensiangan]: Jadi saya dengan ini, Tuan Pengerusi, menyokong Bajet 2008. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Jasin.

3.09 ptg. Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Jabatan Perdana Menteri ini Butiran 020000 iaitu Unit Perancang Ekonomi. Saya sebagaimana yang dirasai oleh Kuala Pilah, Tuan Pengerusi, oleh kerana baru-baru ini kita dapat kebenaran bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merasmikan Koridor Utara, Koridor Timur, Koridor Selatan, sebelah Johor.. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Melaka tidak ada? [Ketawa] Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Ini pasal Melaka ini tidak ada, Tuan Pengerusi. Jadi saya berharaplah dengan harapan dan juga ucapan Yang Amat Berhormat DR.7.11.2007 63

Perdana Menteri tadi, saya kira pembangunan dan kemajuan akan merata dalam negara, tetapi saya minta Unit Perancang Ekonomi, oleh kerana Melaka ini tidak ada dalam senarai, walhal Melaka, Tuan Pengerusi, satu tahun kami menyumbang kepada Kerajaan Pusat melalui kutipan cukai kastam sahaja, RM1.4 bilion. ■1510 Lima tahun RM7 bilion. Banyak, tetapi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan negeri Melaka hanya dapat peruntukan RM3.9 bilion sahaja. Ia tidak banyak kalau hendak difikirkan dari segi apa yang disumbangkan oleh negeri Melaka sebanyak RM7 bilion melalui kastam. Belum yang lain-lain lagi, Yang Berhormat . Kita berharaplah dalam Rancangan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang dijangkakan pada bulan Jun tahun depan saya mintalah Unit Perancang Ekonomi ini lihat- lihatlah balik negeri Melaka dan jangan kecualikan Parlimen Jasin. Ini kerana Jasin adalah di antara kawasan Parlimen di dalam negeri Melaka yang paling mundur. Saya akui. Sehinggakan Majlis Perbandarannya pada hari ini hendak membayar kepada Southern Waste pun tidak ada wang terpaksa berhutang kerana hasil yang dikutip daripada daerah Jasin itu tidak dapat menampung perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran. Sepuluh tahun dulu Tuan Pengerusi, ada ura-ura bahawa di Jasin itu akan dibina satu Universiti Telekom, maka 500 ekar tanah orang kampung telah diambil oleh kerajaan. Orang Jasin punya seronok tidak boleh hendak cakaplah kerana universiti akan ditubuhkan yang mana dengan penubuhan itu nanti kerancakan ekonomi di daerah Jasin ini akan bangkit. Malangnya ia dibatalkan macam itu sahaja. Tanah orang kampung sudah diambil. Kalau dulu dusun dan tanah kampung tetapi hari ini sudah jadi semak samun lagi kerana projek Universiti Telekom ini dialih ke Cyberjaya. Oleh yang demikian saya berharap Unit Perancang Ekonomi tolonglah Jasin ini. Turunkanlah beberapa projek kerana Jasin yang saya katakan mundur ini adalah kawasan tadahan air. Kita tidak boleh buat industri yang besar di situ dan tidak boleh buat apa kerana tadahan air ini memberikan air minuman kepada orang Melaka. Oleh yang demikian kita berharaplah supaya daerah Jasin ini dipertimbangkan sekiranya mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi pada masa akan datang, kalau ada kementerian hendak buat lagi, Unit Perancang Ekonomi jangan lupakan Jasin. Kita hendak supaya kemajuan ini serata. Satu lagi, saya hendak pergi kepada butiran 170000 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Agensi ini baru kita tubuhkan dalam Dewan yang mulia ini iaitu lebih kurang dua tahun yang lepas dan existence nya sudah ada di negeri Melaka, ada pangkalannya di Kuala Linggi. Malangnya ia dikatakan ibarat balai polis atau pos polis sahaja. Ada bot pun kecil sahaja, dua buah. Anggotanya pun tidak ramai. Malangnya bagi kita pada hari ini sejak adanya Agensi Maritim ini dikatakan mengambil alih kerja-kerja marin polis, mengambil alih kerja-kerja penguat kuasa Jabatan Perikanan dan sebagainya. Malangnya penubuhan maritim ini tidak dapat DR.7.11.2007 64

menyelesaikan masalah apa yang dihadapi oleh nelayan-nelayan di Melaka. Banyak kes yang berlaku akhir-akhir ini di mana perairan kita dibolosi oleh perompak-perompak dari sebarang. Ramai di antara nelayan-nelayan, lebih-lebih lagi di Kampung Simpang, Jasin yang sering kecurian bot, kecurian enjin, kecurian jaring oleh nelayan-nelayan ataupun penceroboh- penceroboh dari negara jiran, tetapi apabila saya telefon kepada Agensi Maritim, dia kata, itu bukan kerja dia. Itu kerja marin pula. Saya berharap kalau hendak tubuh Agensi Maritim ini biarlah buat betul-betul. Janganlah kuasa yang dapat pada Agensi Maritim ini hanya setakat hendak ada sahaja, hendak act. Apa yang berlaku sekarang sebagaimana saya pernah kemukakan dalam Dewan yang mulia ini masih berterusan. Dia tidak pergi meronda di lautan Selat Melaka. Hanya yang dia buat ialah kerja-kerja penguatkuasaan menggangu-gugat kerja orang. Dalam pelabuhan dia kacau kerana dia kata dia ada kuasa. Saya kata bukankah itu kerja kastam. Dia kata tidak, kami pun ada kuasa. Ia hanya bercanggah antara jabatan. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: [Bangun] Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Sila, Sungai Petani. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Cara Yang Berhormat bercakap tadi seolah-olah adanya overlapping, dengan izin antara jabatan dengan jabatan. Kalau tidak silap saya, dalam hal menjaga ketenteraman di laut dan sebagainya adalah Marine Police yang telah lama kita wujudkan. Kalau di darat pula, pihak kastam akan mengambil tindakan sekiranya berlaku apa- apa jenayah di atas darat. Jadi, bagaimana Yang Berhormat rasa perlu ataupun patut diselaraskan antara jabatan dengan jabatan. Terima kasih. Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Sebenarnya Agensi Maritim ini sejak ditubuhkan saya tengok kerjanya, oleh kerana kuasa yang ada pada dia iaitu dia ada kuasa kastam, kuasa polis dan kuasa segala-galanya, sudah overlapping, tidak ada penyelarasan. Dia hendak buat itu semua sehinggakan dalam pelabuhan pun dia datang kacau. Dalam kes saya, kes kayu, Tuan Yang di-Pertua, dia datang ke pelabuhan mengukur kayu. Saya kata, ini bukan kerja you. Dia kata, eh, kami punya kuasa. Ini kuasa kami lebih besar. Kerja hakikinya sebagaimana yang kita tiru di sebelah Barat sebagai coast guard tidak dijalankan. Sepatutnya dia kena jaga lanun, Sepatutnya dia kena jaga perairan kita supaya jangan dibolosi oleh lanun, pencuri dan penyamun ini. Itu tugas hakiki dia sebenarnya, tetapi dia tunggu di pantai. Dia tunggu di pelabuhan dengan alasan dia tidak mempunyai bot yang cukup. Jadi saya mintalah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab berkenaan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ini perkemaskanlah. Kalau tidak ada, ibarat kata kita buat kerja “menghabiskan bogheh” sahaja, kata orang Negeri Sembilan. DR.7.11.2007 65

Satu lagi, yang akhir, Tuan Pengerusi, saya hendak pergi kepada Butiran 050300 – Dakwah, Pembangunan Keluarga Islam dan Pengurusan Masjid. Yang ini saya mintalah supaya pihak JAKIM membuat kerja ini dengan lebih kemas dan teratur. Ini kerana pada hari ini dalam kita menikmati kemakmuran negara kita, kemajuan negara kita, kita lihat banyak di antara orang- orang kita - orang-orang Islam yang terlibat dalam segi sosial, penagihan dadah, mat rempit dan segala-gala masalah yang melibatkan orang-orang Islam. Oleh yang demikian saya berharap supaya JAKIM bekerjasama dengan pihak negeri supaya kita mempergiatkan lagi kerja-kerja dakwah, pembangunan keluarga Islam, cara approach kepada keluarga kerana dengan kekukuhan keluarga kemungkinan masalah-masalah sosial ini dapat kita bendung. Tetapi pada hari ini kita lihat banyak kerja-kerja yang kita buat ini banyak retorik sahaja, Tuan Pengerusi. Masalah-masalah ini tidak ditangani dengan betul. Saya pun tengok pada hari ini banyak di antara pegawai JAKIM masih lagi tidak hendak buat kerja hakiki ini, yang menyampaikan cara dakwah pembangunan keluarga dan pengurusan- pengurusan ini tidak ada. Dia hanya menunggu. Saya masih bercakap lagi, Tuan Pengerusi, dia masih menunggu jemputan-jemputan ceramah di masjid. Ini kerana jemputan-jemputan Forum Perdana ini bayaran elaunnya masih lumayan. Jadi kerja-kerja ini dia tidak hendak buat. Jadi, saya berharap benar, oleh kerana peruntukan yang agak besar juga untuk kerja- kerja ini iaitu sebanyak RM130 juta untuk tahun hadapan saya berharaplah supaya matlamat- matlamat dan juga perkara-perkara yang amat penting dalam segi dakwah dan pembangunan keluarga Islam ini dapat kita laksanakan dengan lebih baik supaya masalah-masalah sosial yang dialami oleh masyarakat kita orang Islam akan dapat kita selesaikan. Terima kasih, Tuan Pengerusi dan saya menyokong. Tuan Pengerusi: Gombak. „ 1520 3.20 ptg. Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbincang beberapa butiran iaitu di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu 010800 – Bahagian Peperiksaan dan juga 010200 – Bahagian Perkhidmatan. Tuan Pengerusi, didapati bahawa Peperiksaan Tahap Kecekapan ataupun PTK ini sudah banyak diperkatakan dan didapati bahawa memang sudah menjadi keluhan ramai kakitangan kerajaan malah CUEPACS sendiri menyatakan bahawa peperiksaan ini tidak relevan, membuang masa dan juga membuang wang, juga didapati bahawa ramai ketua-ketua jabatan kerajaan sendiri sudah menyuarakan perkara ini. Saya haraplah kerajaan sekali lagi melihat perkara ini dengan serius dan juga membuat kajian agar ketidakpuasan hati kakitangan ini dapat kita lihat dan bagaimana kita boleh mengatasi perkara ini. Didapati bahawa contohnya apabila mereka telah menghadapi beberapa DR.7.11.2007 66

peperiksaan, selepas itu mereka terpaksa pula mengambil kursus-kursus. Kursus itu saya difahamkan mengambil masa lebih kurang 10 hari. Di dalam kursus itu perkara-perkara yang dibuat banyak perkara-perkara yang tidak relevan dan spesifik kepada pekerjaan kakitangan tersebut, bukan sahaja mengambil masa 10 hari dengan belanja makan minum, perhotelan dan sebagainya. Selain daripada itu saya difahamkan, terutama golongan profesional, yang mengambil mereka berkursus ialah mereka yang jauh lebih junior dari segi umurnya kadang-kadang beza umur 20 tahun tetapi oleh kerana mereka dalam kumpulan pentadbiran, scale mereka lebih tinggi dan golongan profesional ini kurang bernasib baik, mereka yang mengambil dan mengajar di kursus yang mana diduduki oleh mereka yang jauh lebih senior tetapi mereka adalah dari golongan profesional. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: [Bangun] Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Ya, sila. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Gombak, dahulu di peringkat awal dalam tahun-tahun 70an dan 80an, kita ada dikenakan Peperiksaan Am Kerajaan. Saya pernah mengikuti peperiksaan ini dan sekarang ini kita ada PTK. Kalau dulu Peperiksaan Am Kerajaan tujuannya ialah memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai awam, tentang undang-undang, general order, perintah am, akta, enakmen bagi kerajaan negeri dan sebagainya dan kita lihat ketika itu mungkin masalah pelanggaran peraturan, disiplin dan sebagainya pegawai-pegawai ini tidak berlaku. Apakah pada akhir-akhir ini kalau kita lihat banyak pelanggaran peraturan sama ada melibatkan rasuah dan sebagainya yang berlaku melibatkan pegawai-pegawai awam kerana akibat daripada mereka ini tidak memahami peraturan ini ataupun tidak menghayati peraturan- peraturan dan undang-undang yang telah pun ditetapkan oleh kerajaan bagi pegawai awam. Apakah pandangan Yang Berhormat bagi perkara ini. Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Maran. Itulah seperti mana yang telah saya katakan tadi. Didapati bahawa seharusnya satu sistem yang baru diperkenalkan harus memperbaiki keadaan dan juga memberi kepuasan hati kepada ramai kakitangan tetapi apa yang berlaku seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Maran. Sehinggakan ada seorang ketua jabatan menyatakan bahawa peperiksaan PTK ini telah menjadikan dua kumpulan pekerjaan. Satu kumpulan pekerja yang mana memberikan fokus hanya untuk lulus peperiksaan PTK ini. Satu lagi kumpulan pekerja yang dedikasi yang mungkin tidak mempunyai masa untuk memberikan tumpuan yang lebih kepada peperiksaan tetapi oleh kerana tumpuan mereka lebih kepada pekerjaan dan kurang masa untuk belajar dan mengambil peperiksaan dan sebagainya mereka ini tidak dapat naik pangkat. DR.7.11.2007 67

Tuan Pengerusi, kita dapati bahawa terutama golongan profesional kita lihat, sebelum mereka menduduki sesuatu pekerjaan, mereka telah menduduki berbagai-bagai peperiksaan, bukan sahaja peperiksaan untuk mendapat ijazah awal atau ijazah asas tetapi ijazah kepakaran dan ijazah kepakaran itu pula berbagai-bagai latihan dan sebagainya. Itu sebab saya melihat bahawa kalaulah kerana hendak naik pangkat, harus membuang masa yang banyak, menggunakan prasarana yang berbagai-bagai, kita haruslah... saya lihat bahawa satu kaedah yang lain dicari, contohnya berdasarkan performance, performance based menggunakan KPI ataupun indikator-indikator yang ditentukan untuk tugas-tugas yang spesifik. Saya tengok keluhan ini memang telah disuarakan dengan begitu terang-terangan oleh pemimpin CUEPACS sendiri, ramai ketua-ketua jabatan seharusnya saya kira sudah sampai masa untuk dilihat kembali. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Minta laluan. Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Tuan Pengerusi .... sila. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Saya satu sahaja, apabila kita bercakap mengenai dengan peperiksaan pegawai-pegawai kerajaan, sebenarnya kalau kita lihat dari segi ini ialah bagaimana kita hendak menyeragamkan pentadbiran seluruh negara. Bagi saya iaitu di mana hari ini kita masih ada pegawai-pegawai tadbir persekutuan, pegawai tadbir negeri, pegawai di jabatan itu, jabatan ini, kadang kala ada perbezaan dia. Mengapa tidak dia terlebih dahulu diseragamkan, satu. Keduanya, Yang Berhormat bersetuju atau tidak, apakah jenis bentuk evaluasi yang patut dikenakan dan Yang Berhormat sebutkan tadi mengenai dengan KPI ataupun performance index kita kata. Apakah performance index yang kita hendak pakai? Sebab dia berbeza-beza. Macam yang telah saya katakan tadi, adakah dia hendak diperiksa kerana soal-soal pentadbiran pejabat ataupun dari segi bidang profesionalnya, jadi apa pandangan Yang Berhormat. Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Seperti mana yang telah saya katakan tadi, dia harus bukan sahaja seorang kakitangan itu dievaluasi tentang indikator-indikator yang tertentu, petunjuk-petunjuk pekerjaan yang tertentu selain daripada itu harus ada kursus-kursus yang spesifik untuk bidang pekerjaan mereka. Misal kata kalau seorang itu pakar bedah contohnya. Kita harus memberi kursus-kursus untuk mereka memperkasakan lagi bidang pembedahan tetapi soal kita ... dan saya tahu bahawa perkara asas itu harus mereka tahu, soal bentuk kerajaan yang ada, siapa pentadbir dan sebagainya, perkara-perkara yang asas seperti mana yang dikursuskan, itu harus juga mereka tahu. Ini pada saya boleh diadakan pada kursus-kursus asas yang tidak perlu memakan masa sampai seminggu atau dua minggu, satu atau dua hari mereka boleh hadir. DR.7.11.2007 68

Itu sebabnya seperti yang telah saya katakan tadi, saya lebih suka, saya rasa lebih relevan dibuat berdasarkan kepada prestasi pekerjaan mereka dan selain daripada itu dihantar kursus-kursus yang relevan dan spesifik dengan bidang pekerjaan mereka. Tuan Pengerusi, satu lagi butiran yang hendak saya bawa ialah 012000 – Perkhidmatan. Kita tahu bahawa kerajaan pada masa ini telah berjaya dalam memperbaiki perkhidmatan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat. Walau bagaimanapun kalau kita tengok di kaunter- kaunter yang tertentu seperti kaunter Imigresen, kaunter JPJ dan kaunter Pendaftaran Negara, terdapat lagi berlaku kesesakan. Kita harap harus ada mobilisasi, harus ada perancangan yang baik agar keselesaan rakyat ini, kerana tempat-tempat ini iaitu tempat yang selalu dikunjungi dan merupakan tempat yang penting dikunjungi oleh rakyat supaya ditambahkan lagi dan diperbaiki perkhidmatannya. Satu lagi yang ingin saya perkatakan ialah soal pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur iaitu suatu tempat yang mana work station yang didapati selalu berlaku kesesakan. Baru-baru ini saya ingat lebih kurang dua minggu lepas saya sendiri telah dapat melawat pesakit luar ini secara by chance saya melawat di situ kerana saya dipanggil untuk memberi syarahan kepada doktor-doktor yang bekerja di situ, syarahan berkenaan dengan penyakit bukan mengenai politik. Saya berjumpa dan bertanya kepada mereka bahawa setiap seorang doktor Unit Pesakit Luar Hospital Kuala Lumpur terpaksa berjumpa, melihat dan memeriksa 100 ke 160 orang satu hari dan saya tanyakan kepada mereka bagaimana kualiti pemeriksaan di sini? Yang mereka boleh tanyakan hanyalah dengan izin, ‘Hari ini awak sakit apa?’, itu sahaja dan tidak boleh mendalami masalah pesakit tersebut dan tidak boleh menjalankan pemeriksaan yang lebih lengkap oleh kerana didapati begitu ramai yang menunggu di luar dan sebagainya. ■1530 Jadi saya merasakan bahawa bukan kita tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat, ini juga kita risau dan khuatir bahawa ini menyebabkan sesetengah mereka yang mempunyai harapan yang begitu tinggi untuk diperiksa di hospital, akan diagnosis- diagnosis penting dan penyakit serius tidak akan dapat diteliti.

[Timbalan yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya juga ingin membincangkan satu lagi butiran iaitu 030100... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sekarang saya hendak minta, kalau boleh Yang Berhormat gulunglah sebab saya ada beberapa ahli yang ingin berucap. Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Ya, dalam satu minit sahaja Tuan Pengerusi, dalam satu minit sahaja saya berucap. DR.7.11.2007 69

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab, sebab JPN kita kena selesaikan pada hari ini. Cukuplah Yang Berhormat... Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Ya, Yang Berhormat Tuan Pengerusi, dalam satu minit sahaja. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa Ahli Parlimen Malaysia ini mempunyai berbagai-bagai kebolehan. Jadi kita dapati bahawa mereka juga boleh memperkasakan negara di peringkat luar negara. Itu sebab, saya berharaplah, kita tahu bahawa sekarang hubungan luar ini amat penting supaya Parlimen memperuntukkan peruntukan yang lebih, supaya Ahli-ahli Parlimen dihantar ke luar negara terutama negara-negara ASEAN di dalam kita menerangkan keadaan sebenar, dasar-dasar negara dan juga perkara-perkara yang dilakukan di negara ini. Supaya tidak berlaku kesilapan persepsi seperti mana yang didapati dengan negara-negara jiran mahupun negara-negara luar. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sekian terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, terima kasih. Terima kasih, berapa ramai lagi? Beberapa Ahli: [Bangun]. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: 10 orang lagi. Yang Berhormat, ini sebenarnya kita telah merancang supaya Menteri dapat jawab pada pukul 4.00 petang. Sebenarnya ramai telah diberi peluang. Sebagaimana yang telah saya tegur juga, ramai berucap perkara-perkara dasar. Masa banyak telah dibuang. Jadi, saya seberapa yang boleh, saya akan bagilah. Pukul 4.00 petang, Menteri kena siap sedia untuk menjawab. Jadi saya berikan setiap ahli lima minit. Berapa ramai, nanti sampai masa, saya akan buat keputusan. Batu Gajah, sila.

3.32 ptg. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan mempercepatkan agar rakan saya yang lain mempunyai masa. Saya ingin merujuk kepada 010000 - Urusan Pilihan Raya. Tuan Pengerusi, sudah banyak kali saya bangkitkan kes ini. Mengapa sehingga hari ini, tidak ada jawapan daripada pihak kementerian? Walaupun pihak kementerian bagi jawapan bertulis, tetapi isu yang saya bangkit ialah ahli keluarga saya. Tujuh orang pengundi, tinggal di rumah yang sama, mengundi di Gopeng, tetapi sekarang empat telah dipindah ke Ipoh Timor, tiga masih dikekalkan di Gopeng. Mengapa sedemikian? Kalau kata tersalah letak, mengapa ahli keluarga saya dipecahkan kepada dua bahagian? Saya pohon penjelasan! Isu ini masih tidak dijawab kepada saya, walaupun ada jawapan bertulis diberi. Saya telah sampaikan semua maklumat kepada Pengerusi SPR, tetapi hari ini tidak ada jawapan. Mengapa sedemikian? Saya hendak tahu, saya minta satu senarai, berapakah orang pengundi bagi kawasan Ipoh Timor, Batu Gajah dan Ipoh Barat yang telah dipindahkan ke kawasan yang lain? Atas alasan tersalah letak. Ini adalah isu pertama yang saya bangkitkan. DR.7.11.2007 70

Isu kedua, ialah berkenaan Parlimen. Tuan Pengerusi, kita sudah tahu, kita dalam mesyuarat bagi tahun ini, ada 60 lebih hari. Kalau Yang Berhormat Perdana Menteri boleh hadir untuk menyambut majlis hari raya semalam dan boleh berada di jamuan lebih kurang satu jam. Itu baik, tetapi mengapa Yang Amat Berhormat tidak boleh hadir di Parlimen ini? Masuk dalam Dewan ini mendengar ucapan khasnya yang berkaitan dengan portfolionya, Jabatan Perdana Menteri, Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Kewangan? Yang Amat Berhormat, sepanjang masa kita semua dengar ucapan dia, tetapi bagi tahun ini, kehadiran beliau kalau tidak silap saya tidak lebih lima kali, yang boleh saya catat sekarang dua kali, masa pembentangan Bajet, ucapan masa Pembukaan Mesyuarat tahun ini, bulan tiga. Mengapa Yang Amat Berhormat tidak boleh tunjukkan teladan? Kalau Yang Amat Berhormat prihatin kepada isu-isu yang dihadapi oleh orang ramai, hadir dalam Dewan; dengar ucapan semua-semua Ahli Parlimen dalam Dewan. Mengapa sedemikian, Yang Amat Berhormat tidak boleh hadir dalam Dewan? Itu saya tidak boleh faham. Beliau boleh hadir untuk majlis makan, tetapi sekarang boleh bagi alasan Mesyuarat Agong. Sebelum ini? Sudah lebih 60 hari untuk tahun ini, mesyuarat. Tunjuklah teladan baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Yang Amat Berhormat bagi ucapan, kita semua dengar. Takkan tak boleh hadir untuk portfolionya sendiri? Dengar ucapan Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini! Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Boleh gulung Yang Berhormat... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang kita ulang, yang kita bangkit ialah isu berkenaan hak orang ramai. Perkara yang satu lagi dan akhirnya adalah peperiksaan Sijil Amalan Guaman. Saya pohon satu jawapan, mengapakah peratusan kelulusan setiap tahun begitu rendah? Lebih kurang 30% sahaja. Ini telah mengakibatkan banyak brain drain dan integriti yang bakal juga dipersoalkan. Saya pohon agar Sijil Amalan Guaman ini dihapuskan demi kebaikan negara kita. Kalau pelajar ini yang menduduki peperiksaan, mereka boleh lulus degree University of London, excellent paper, tetapi mengapa mereka boleh gagal Sijil Amalan Guaman? Ini tidak masuk akal. Jadi oleh sebab masa, saya tidak akan lanjutkan lagi. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Ledang.

3.36 ptg. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus menuju kepada butiran oleh kerana kesuntukan masa, iaitu Butiran 200000 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Tuan Pengerusi, di dalam buku ini, Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2008 ini, muka surat 120 disebut, “Bilangan kawasan rukun tetangga yang ditubuhkan 278, bagi tahun 2006. Skim rondaan sukarela yang ditubuhkan 634. Bilangan keaktifan KRT ataupun Kawasan Rukun Tetangga, 2,272. Selepas itu disebut pula tabika DR.7.11.2007 71

perpaduan yang ditubuhkan, 50, yang dibekalkan 50”, yang ini saya tidak faham. Harap dapat penjelasan daripada pihak yang berkenaan. Seterusnya Tuan Pengerusi, kita juga hendak tahu berapa banyak tabika perpaduan yang telah sedia ada diwujudkan dalam negara Malaysia? Sebab apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebutkan tentang modal insan, saya fikir bahawa modal insan yang paling penting ialah di peringkat tabika perpaduan. Ini kerana Tuan Pengerusi, mereka inilah yang patut kita semai dengan bibit-bibit perpaduan yang unggul, yang terbaik, supaya daripada awal lagi kanak-kanak disesuaikan dengan suasana ataupun realiti dalam negara Malaysia bahawa kita hidup berbilang kaum. Masing-masing menghormati antara satu sama lain. Daripada peringkat kanak-kanak lagi, faham tentang budaya masing-masing. Tidak salah orang Melayu mengetahui tentang cara makan orang Cina dan orang India dan sebaliknya. Itulah Tuan Pengerusi yang paling penting tentang tabika perpaduan. Oleh itu Tuan Pengerusi, saya minta sangat-sangat supaya semua peralatan tabika perpaduan ditingkatkan supaya ada daya tarikan. Maknanya orang ramai, keluarga-keluarga, ibu bapa, lebih berminat menghantar anak-anak mereka ke tabika perpaduan berbanding dengan tabika-tabika lainlah, terutamanya pihak swasta. Yang sedia ada dalam Malaysia ini saya tidak tahu berapa, sebab tidak dijelaskan. Perlu ditingkatkan peralatannya, komputernya, peralatan permainannya, kokurikulumnya, kurikulum dan sebagainya dan mempunyai suasana yang kondusif. Terakhir sekali Tuan Pengerusi, tentang Butiran 050000 - JAKIM. Kita sedia maklum, jumlah harta pusaka Tuan Pengerusi yang tidak dituntut dalam negara kita ialah RM40 bilion. RM38 bilion Tuan Pengerusi, ialah harta pusaka yang tidak dituntut daripada orang-orang Melayu. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, cukup. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Yang ini saya minta Tuan Pengerusi, supaya JAKIM mengambil peranan yang besar. Buat kempen seberapa besar, adakan ceramah- ceramah agama yang berkaitan dengan menuntut harta pusaka, supaya hukum-hukum daripada itu dilaksanakan dengan segera. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Kelana Jaya.

3.39 ptg. Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya masuk ke Bekalan 9, Badan Pencegah Rasuah yang berkaitan dengan Butiran 010000 – Khidmat Sokongan dan 03000 – Operasi berkaitan dengan Khidmat Sokongan Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Am dan juga Operasi Perisikan dan Penyiasatan Badan Pencegah Rasuah.

DR.7.11.2007 72

■1540 Baru-baru ini kita telah difahamkan oleh pihak Badan Pencegah Rasuah, di mana Ketua Pengarah mengatakan bahawa dengan adanya smart partnership dengan agensi-agensi, jabatan dan menempatkan pegawai-pegawai ACA di jabatan-jabatan tertentu. Maka nampaknya ada keuntungan yang lebih diperolehi dalam agensi-agensi yang berkaitan. Saya juga tidak nafikan bahawa ini satu usaha yang baik mungkin satu cara yang baik untuk mendapatkan keberkesanan ACA tapi saya rasa ini mempunyai implikasi yang tidak bagus selain daripada membazirkan sumber manusia. Ini kerana peruntukan yang kita berikan ini bukan untuk meletakan pegawai-pegawai di agensi-agensi yang tertentu. Implikasi yang tidak baik ialah menunjukkan bahawa apakah sumber kepada kerajaan yang tertentu itu memberi kecenderungan ataupun memang corrupted ataupun pegawai-pegawai di situ memang membuat penyelewengan, sehinggakan jabatan-jabatan yang tertentu mengalami kerugian dan tidak ada keuntungan. Maka kita samakan dengan cara penetapan ini agar mengadakan umpamanya tuan rumah memasang sistem alarm ataupun membela anjing untuk menjadi watch-dog dan perkhidmatan tertentu tetapi masih ada kecurian masih ada rompakan kerana pencuri dan perompak boleh merosakkan sistem alarm ataupun meracuni anjing itu sehingga boleh masuk rumah. Maka kalau menempatkan pegawai dalam jabatan tertentu itu mungkin juga satu hari nanti pegawai-pegawai ini juga pegawai PTD, mungkin akan diracuni juga. Maka saya rasa perkara ini perlu dilihat semula tentang perkara ini. Keduanya Tuan Pengerusi, tentang perkara 6 Butiran 00200 Program MTCP (Malaysian Technical Cooperation Programme) yang membelanjakan RM40 juta. Kita tidak nafikan bahawa negara kita ada banyak membantu supaya kita begitu bangga dalam program ini kita telah banyak membantu, setakat ini 137 buah negara yang sedang membangun dalam program ini berbanding dengan 46 buah negara pada tahun 1991. Saya nak tanya apakah pulangan ada hasil daripada program MTCP ini kerana negara- negara barat yang maju sentiasa menganggap Malaysia sebagai sebuah negara emerging donor nation. Maka mengharapkan Malaysia sebuah negara yang sedang membangun juga boleh membantu negara lain dan meringankan beban negara-negara maju. Maka saya nak tanyalah apakah pulangan yang dapat diperolehi dari segi prosperity oleh negara-negara yang ... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat cukup. Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Akhir sekali Tuan Pengerusi, Jabatan Peguam Negara dan Integrasi Nasional dalam Butiran 20000 tentang perancangan dan penyelidikan. Apakah pihak JPNIN ada membuat perancangan dan penyelidikan tentang kenyataan- kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin atau rakan-rakan yang boleh membangkitkan syak wasangka, sensitiviti. Contoh, dalam Dewan ini saya rasa di mana ada DR.7.11.2007 73

rakan membangkitkan dalam minggu lepas mengatakan bahawa sekolah-sekolah mubaligh (mission school) seperti Convent, La Salle, Methodist dan sebagainya difahamkan lembaga pengarah di setiap sekolah ini sebahagian ditadbir dari gereja di luar negara seperti Vatican City. Ada yang mengatakan bahawa sekolah-sekolah jenis ini juga tidak tutup semasa Hari Raya Aidilfitri. Saya rasa kenyataan-kenyataan yang kurang tepat ini akan mengelirukan orang ramai dan membawa kesan yang tidak baik. Maka saya mintalah agar JPNIN dapat membuat perancangan dan penyelidikan yang lebih menyeluruh supaya dapat mengemukakan fakta-fakta di mana... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup. Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Dapat membantulah untuk membina sebuah masyarakat yang memang bersepadu dan bersefahaman. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Bera.

3.44 ptg. Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 00104, 16300, 05030 dan 0100 di bawah penyusunan semula masyarakat mengenai FELDA. Saya ingin bercakap mengenai perumahan generasi kedua FELDA. Pada hari ini masyarakat FELDA terutamanya generasi kedua mempunyai masalah untuk mendapatkan perumahan. Di bawah Group Settlement Act (GSA) yang ada pada hari ini setiap tapak tanah, setiap tapak rumah yang ada sekarang tidak dibenarkan membina rumah yang lain selain daripada rumah yang ada. Jadi ramai daripada generasi kedua yang tidak berjaya misalnya terpaksa tinggal bersama-sama dengan ibu bapa mereka dan mereka memerlukan perumahan. Sehingga setakat ini projek perumahan FELDA cuma ada di Mempaga, di Trolak dan mungkin akan di bina di Chini dan sebagainya, ini masih belum mencukupi. Dari segi harga pun ramai yang tidak mampu untuk membeli rumah yang dibina. Jadi cadangan saya ialah supaya, pertama kalau boleh dipinda akta GSA tadi supaya membolehkan tanah-tanah pertanian di dalam FELDA dibenarkan untuk membina rumah-rumah. Saya percaya FELDA mungkin tidak mempunyai cukup wang untuk memberi pinjaman dan sebagainya kepada perumahan baru bagi generasi kedua FELDA. Dengan itu saya mencadangkan supaya FELDA mengadakan kerjasama bersama dengan pihak Syarikat Perumahan Negara supaya tanah-tanah di FELDA yang dikeluarkan daripada GSA dijual tapaknya kepada generasi kedua FELDA dan generasi kedua FELDA boleh membuat pinjaman melalui Syarikat Perumahan Negara dan sebagainya. DR.7.11.2007 74

Seterusnya ialah mengenai projek air di FELDA-FELDA. FELDA juga mempunyai masalah kekurangan air di Pahang. Walau bagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah meluluskan sebanyak RM170 juta untuk menyelesaikan masalah air di FELDA, Bera mendapat RM 15 juta. Walau bagaimanapun saya difahamkan peruntukan yang diluluskan hanya setakat menyelesaikan 35% daripada keseluruhan masalah. Jadi saya meminta pihak kerajaan... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat cukup. Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: ...pihak FELDA menambahkan peruntukan yang ada kepada FELDA untuk menyelesaikan masalah ini. Akhir sekali minta tolong Tuan Pengerusi, sikit saja mengenai JAKIM. Masalah pendakwah di kalangan Orang Asli tidak cukup. Akhirnya Orang Asli yang belum Islam tidak dapat di Islamkan dan yang dah masuk Islam ada banyak keluar balik daripada Islam kerana masalah-masalah yang dihadapi tidak ada asas yang kuat dan sebagainya. Apabila diajukan masalah ini kepada pihak pentadbir Islam daerah, kadi dan sebagainya, alasannya ialah tidak cukup pendakwah. Jadi saya memohon supaya ditambahkan pendakwah di kalangan Orang Asli supaya masalah keluar Islam di kalangan Orang Asli tidak timbul lagi di masa akan datang. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, cukup. Sungai Petani tiga minit. Bolehkah Yang Berhormat?

3.48 ptg. Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Tiga minit boleh, insya-Allah. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hanya hendak tumpukan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu mengenai dengan perkhidmatan awam kita selanjutnya iaitu Butiran 010200 - Bahagian Penyelidikan dan Perancangan. Di sini saya dapati pihak Jabatan Perkhidmatan Awam khususnya di bawah Ketua pengarah bahagian ini hendaklah diluaskan dan diperlebarkan iaitu bersesuaian dengan zaman ini. Di mana penyelidikan harus dilakukan secara luas kerana kesesuaian sistem pentadbiran di negara kita saya rasa mestilah bersesuaian dengan abad ke-21. Kemudian saya masuki Butiran 030000 - Program Operasi Sumber Manusia Sektor Awam khususnya mengenai dengan pengurusan teknologi maklumat. Di sini juga saya berharap ia hendaklah diperluaskan secara besar-besaran dan di sini juga saya pohon supaya pihak Jabatan Perdana Menteri memperuntukkan lebih ramai lagi pegawai-pegawai yang mahir di dalam teknologi maklumat. Akhir sekali ialah mengenai 040100 - Pertambahan Peruntukan Biasiswa. Di sini saya sekali lagi saya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah mengadakan biasiswa DR.7.11.2007 75

kepada pegawai-pegawai yang di dalam perkhidmatan. Saya menyokong sekiranya pertambahan ini dilakukan dua kali ganda daripada peruntukan yang ada ini. Bagi saya kerana ia tidak begitu sesuai lagi kalau kita dapati di sini ia hanya peruntukan RM158.86 juta. Jika kita nak hantar pegawai kita untuk buat latihan memang ia tidak mencukupi. Oleh yang demikian saya berharap benar Jabatan Perkhidmatan Awam yang hendak memberi ataupun menghadiahkan biasiswa kepada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan, saya berharap mereka dilatih dalam bidang-bidang tertentu. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, cukup Yang Berhormat. Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Akhir sekali iaitu 040300 - Pertambahan Jawatan dan Keperluan Semua Kampus INTAN. ■1550 Yang ini juga saya bersetuju dan turut menyokong di mana pegawai-pegawai INTAN, kalau boleh saya dapat cadangkan dia diambil daripada mereka yang sudah pun pencen daripada perkhidmatan awam yang baik, supaya mereka diserap masuk sebagai pensyarah- pensyarah di kampus INTAN di seluruh Malaysia. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sabak Bernam. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Sabak Bernam ingin menyentuh tentang Butiran 050300 iaitu JAKIM. Sabak Bernam berharap JAKIM mengambil satu tindakan proaktif membuat kajian pelan tindakan berkaitan isu jenayah sosial, isu sosial yang semakin banyak sekarang ini, sama ada di bandar ataupun di luar bandar. Jadi kerjasama harus dibuat dengan Jabatan Agama Islam Kerajaan Negeri dan juga dengan kementerian-kementerian yang relevan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Perkara yang kedua, Sabak Bernam ingin menyentuh mengenai Butiran 040600 – Keselamatan Negeri. Saya harap Majlis Keselamatan Negara dapat bekerjasama secara khusus dengan pihak AADK dan juga PDRM dalam konteks memastikan tentang umpamanya penyeludupan khususnya dadah dalam negara dan mengambil tindakan secara khusus. Akhirnya, yang ketiga, Sabak Bernam ingin menyentuh mengenai Butiran 200000 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Jadi Sabak Bernam agak concern dengan izin, penurunan peruntukan kepada jabatan itu kerana perpaduan di peringkat komoditi, di peringkat akar umbi adalah sangat penting dan harapan Sabak Bernam supaya pegawai- pegawai yang ditugaskan di kesan peringkat akar umbi itu diteliti tentang kesungguhan dan komitmen mereka agar perpaduan di peringkat akar umbi ini akan dapat dipastikan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, terima kasih. Pasir Puteh. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ambil sedikit Butiran 050000 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Saya merasakan bahawa, DR.7.11.2007 76

apakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan Musabaqah Tilawah Al-Quran yang mana sudah sampai masanya pendekatan Islam Hadhari. Kita patut tambah hadiah Tilawah kepada RM100,000. Bukan USD100. RM100,000 johan antarabangsa dan RM50,000 johan kebangsaan. Yang keduanya disertai oleh negara-negara bukan sahaja negara Islam tetapi negara bukan Islam contohnya China, Rusia sudah pun mengikuti Tilawah dan begitu baik bacaannya. Menunjukkan perpaduan umat Islam bagi bukan sahaja negara ini, seluruh negara di dunia. Yang keduanya ialah saya hendak sentuh Butiran 050400 – Pembangunan Pendidikan Islam dan Latihan. Harus tengok, melihat semula pencemaran akidah umat Islam dan kita hendak supaya premis-premis makanan hendaklah dibuat serbuan secara add hoc, secara tergempar kerana kita dapati premis-premis masih lagi kita ragu tentang makanan ini, walaupun Malaysia diiktiraf sebagai logo halal yang terbaik di dunia. Yang ketiga ialah, yang terakhir 507000, kalau RM38 million harta umat Islam yang tidak dituntut, kita minta supaya JAKIM cuba menjadi lead agency. Dapat memberi idea-idea yang bernas kepada negeri-negeri kerana kuasa agama, kuasa negeri. Stated matter supaya mereka dapat membangunkan kempen ini. Supaya duit yang RM38 juta dapat dimanfaatkan, membangun harta wakaf yang boleh dikomersialkan. Jadi saya rasa ini besar. Kalau hendak buat supermarket pun boleh. Hendak buat Giant pun boleh. Kalau kita menggunakan duit ini, tidak menjadi danguk supaya dicairkan menjadi faedah bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga faedah kepada negara dalam membina pembangunan negara. Saya rasa terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat Pendang, sila. Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Hanya berhubung dengan isu JAKIM. Kita berharap pihak JAKIM yang telah memberi bantuan kepada kerajaan negeri untuk menghidupkan kelas-kelas KAFA. Kerana baru-baru ini saya balik dari kawasan pilihan raya, saya dapati dua bulan guru-guru KAFA ini tidak mendapat ganjaran elaun mereka, dan sebelum ini sampai tiga bulan tidak dapat. JAKIM yang memberi peruntukan kepada negeri Kedah pada 2006 sebanyak RM19.49 juta, rupa-rupanya tidak cukup jumlah tersebut dan kerajaan negeri tidak dapat membayar gaji ataupun elaun kepada guru-guru JAKIM. Sepatutnya mereka mesti menunjukkan baki kredit, tetapi bagi negeri Kedah pada 2002 baki menjadi kredit RM9.2, tetapi seterusnya tahun 2003, 2004, 2005 dan 2006 baki ini menjadi baki deficit sehingga ke RM16.96 juta. Jadi saya harap, JAKIM perlu memberi perhatian terhadap bantuan kepada kerajaan negeri ini untuk menambahkan peruntukan supaya guru-guru KAFA mendapat gaji mereka pada masa yang ditetapkan. Perkara kedua adalah berhubung dengan isu logo halal JAKIM ini. Saya harap pengajaran daripada TV3 dua malam lepas, perkara ini perlu diberi perhatian oleh JAKIM iaitu sebuah kilang membuat bihun berada bersebelahan dengan ladang menternak khinzir, dan kilang bihun ini mengeluarkan bihun yang ditandakan dengan logo halal. Jadi saya harap pihak DR.7.11.2007 77

JAKIM perlu membuat serbuan ataupun perlu memberikan perhatian terhadap label-label yang telah diberikan label halal ini kepada makanan-makanan yang dijualkan di pasaran terbuka. Oleh kerana mereka ini bukan hanya mengeluarkan bihun yang di cop halal, tetapi mereka mendapat sub kilang ataupun sub supply daripada kilang-kilang yang lain. Mungkin sub supply inilah yang diragui halalnya. Jadi saya harap itulah dua perkara yang dibangkitkan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Pasir Mas. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya akan menyebut butiran 090000 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Saya melihat bahawa kehakiman ataupun bidang kehakiman syariah di negara kita ini hanya tertumpu kepada perkara- perkara yang biasa sahaja iaitu perkara-perkara yang melibatkan nikah kahwin, cerai, mutaah, penjagaan anak, hak penjagaan bila berlaku penceraian dan kematian. Sedangkan perkara- perkara yang berkaitan dengan umat Islam ini terlalu luas. Sebab itu saya mengambil kesempatan pada petang ini, menyeru kepada JAKIM supaya sentiasa mendesak ataupun memohon daripada pihak kerajaan supaya ruang lingkup Mahkamah Syariah ini diperbesarkan daripada apa yang telah sedia ada. Contohnya masalah zina. Masalah zina yang berlaku di negara kita sekarang ini begitu meluas sekali. Sehingga barang kali sudah menjadi suatu kebiasaan kepada sesetengah pihak. Kerana itulah JAKIM mesti berusaha untuk mendapatkan ruang lingkup ini setidak-tidaknya kes zina ini dibicarakan juga di Mahkamah Syariah. Setidak-tidaknya orang Islam tahu bahawa, zina ini suatu perkara yang dilarang oleh Allah SWT berdasarkan kepada ayat Al-Quran. [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Allah SWT menerangkan iaitu JAKIM mesti mengambil inisiatif yang secukup-cukupnya supaya keadaan ini dapat dikawal. Yang kedua dalam butiran seterusnya, saya juga merujuk kepada dakwah pembangunan keluarga Islam dan pengurusan masjid. Saya melihat bahawa JAKIM mesti mengadakan dahulu peringkat awal ini, mengadakan seberapa banyak pendakwah-pendakwah yang berkualiti. Selagi JAKIM tidak mampu atau tidak berusaha untuk mengadakan pendakwah-pendakwah ini, maka sudah tentu orang-orang-orang ini kita tidak boleh hantar sama ada kepada golongan-golongan sebagaimana disebutkan oleh sahabat kita tadi, Orang Asli dan sebagainya. Jadi di kesempatan ini, JAKIM mesti menyediakan dan institut latihan dakwah ini mesti diperkasakan. Saya tidak tahu cerita kerja, satu jabatan, satu institut latihan dakwah yang telah sedia ada. Apakah peranan mereka? Kewangan sudah ada, apa sudah ada, tapi saya lihat bahawa kerja-kerjanya tidak dibuat sebagai mana yang sepatutnya. Yang kedua masalah masjid. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, gulung. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Ya, saya gulung. Masjid ini iaitu, masjid bukan sahaja kita melihat kepada fizikal masjid, indah, cantik dan sebagainya. Apa yang paling penting sekali bagaimana kita hendak mengisi masjid itu, supaya masjid dapat benar-benar memainkan peranan, setidak-tidaknya bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku kepada remaja DR.7.11.2007 78

kita. Khutbah masjid mesti diperbaiki dari semasa ke semasa, setidak-tidaknya mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku. Kadang-kadang saya dengar khutbah yang dibaca di masjid. lain yang berlaku lain yang dibaca. Tidak semasa... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukup. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Jadi saya pohon daripada JAKIM supaya sentiasa membuat pemantauan kepada masjid dan khutbah-khutbah supaya ia dapat berperanan sebagaimana yang dikehendaki. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tanjong. ■1600 4.01 ptg. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Perkhidmatan Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang di bawah Jabatan Peguam Negara. Saya ingin menyoalkan mengapa setakat ini Jabatan Peguam Negara masih belum membawa pindaan kepada Kanun Tanah Negara. Selepas kes Addona Property dengan Wong Song berkenaan dengan kesahihan pemindaan taraf pemilikan tanah yang menggunakan dokumen-dokumen yang palsu. Perkara ini masih berlaku di pejabat-pejabat tanah di seluruh negara hampir berpuluh-puluh, sampai beratus-ratus kes dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang menjejaskan hak milik pemilik-pemilik tanah dan menjejaskan keyakinan pemilik-pemilik tanah selagi pindaan tidak dibawa untuk membetulkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem ini, di mana cuma dengan menggunakan dokumen yang palsu pemindahan pemilikan dapat dilakukan. Seterusnya program penswastaan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Tuan Pengerusi saya ingin menyentuh tentang jambatan Pulau Pinang yang kedua. Saya faham jawapan dari Kementerian Kerja Raya bahawa UPE masih mengkaji butir-butir dan masih belum menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi. Tetapi kalau begitu kenapa kerja-kerja awalan sudah dimulakan dan baru-baru ini juga dilaporkan bahawa kos projek ini akan naik dari RM3 bilion kepada RM4 bilion. Saya ingin Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri memberi tahu Dewan ini sama ada benar dan jika benar, bagaimana ia ingin membiayai projek memandangkan kos itu sudah naik. Dan mengenai penswastaan Outer Ring Road, saya ingin tahu dari kementerian sebab letter of intend sudah diberikan kepada Peninsular Metroworks Sdn. Bhd. sepuluh tahun dahulu dengan langkah untuk mengadakan open tender bagi projek ini. Saya ingin tahu sama ada syarikat ini sudah kemukakan untuk kerajaan membayar ganti rugi sebab sudah mengadakan satu open tender bagi projek ini dan menarik balik letter of intend daripada syarikat yang asal, dan akhirnya mengenai projek Penang Global City Center. Saya DR.7.11.2007 79

nampak bahawa Perdana Menteri telah melancarkan projek ini di negeri Pulau Pinang walhal projek ini masih belum diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Saya ingin tahu sama ada social impact assessment study, environment impact assessment study, transport impact assessment study sudah dilakukan oleh pemaju ini dan mengapa, walaupun projek ini sebuah projek swasta di atas tanah persendirian, mengapa menteri-menteri dalam Jabatan Menteri yang mengawal ekonomi, mengumumkan bahawa ada satu nasional Monitoring Task Force di bawah kementerian akan memantau projek ini, sedangkan projek ini sebuah projek swasta dan bukan projek penswastaan. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat masa sudah cukup. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Jadi saya berharap agar kementerian dapat memberi penjelasan kepada isu-isu yang saya bangkitkan. Sekian. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri boleh siap sedia untuk jawab. Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kudat baru masuk. Kepong baru masuk. Jadi setiap empat Ahli Yang Berhormat, saya akan beri setiap ahli dua minit. Bagan.

4.05 ptg. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tuan Pengerusi, mengenai Maksud B.1, Butiran 010000 – Urusan Parlimen. Bilakah jawapan-jawapan kepada soalan bertulis akan dibentangkan, akan diberi. Setiap kali kami di sini mengemukakan lima soalan bertulis tetapi langsung tidak dapat jawapan. Bukan kali ini sahaja kali yang lepas pun sampai sekarang belum dapat. Maksud B.3, Butiran 010000. Tahniah kepada Jabatan Audit Negara kerana dalam Laporan Audit Negara baru-baru ini telah membongkarkan banyak salah guna kuasa oleh pihak-pihak tertentu dan saya ingat itu tidak cukup. Saya menggalakkan JAN lebih giat lagi untuk meneliti semua akaun kerajaan supaya mereka yang salah guna kuasa boleh dibongkarkan lagi, dan saya berharap kerajaan juga memberi kuasa kepada JAN untuk mendakwa mereka yang salah gunakan kuasa. Maksud P.6, Butiran 04000 - Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, sejumlah RM13 juta telah diberi kepada butiran ini. Saya ingin mengetahui apa aktiviti berkenaan dengan butiran ini. Butiran 04200 - Projek-projek PERDA peruntukan RM22 juta, apa kerja-kerja untuk butiran ini. Sekian sahaja. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Yang Berhormat, Seputeh.

4.07 ptg. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Bekalan 6, Butiran 130300. Pada 12 September tahun ini Timbalan Menteri di DR.7.11.2007 80

Jabatan Perdana Menteri menjawab soalan lisan saya bahawa terdapat jumlah 9,585 kes bankrapsi telah dilepas atau dibatal dan semuanya telah pun diiklankan dan diwartakan. Seorang pengkaji ataupun researcher telah membuat satu kajian berdasarkan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri beliau mendapati dalam tempoh 2005 sehingga Julai 2007, hanya 2,823 kes bankrapsi yang dilepaskan ataupun dibatalkan oleh mahkamah disiarkan dalam surat khabar ataupun warta kerajaan. Sekiranya angka yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ini adalah tepat ini bermaksud hanya 29% daripada kes bankrapsi yang dilepas ataupun dibatalkan oleh mahkamah diiklankan dan diwartakan. Tetapi 71% daripada kes bankrapsi lain-lain langsung tidak disiarkan di surat khabar dan warta kerajaan. Adalah jelas Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jawapan di Dewan Rakyat ini memesongkan Dewan dan melanggar Peraturan Mesyuarat 36(12). Saya ingin tahu apakah berlaku pada Jabatan Insolvensi kita? Banyak kes bankrapsi dan kondominium di bawah receivership menunggu tindakan daripada Jabatan Insolvensi, tapi kesannya pihak yang terlibat terpaksa menunggu tahun demi tahun dan Jabatan Insolvensi masih tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kes mereka. Macam manakah Jabatan Perdana Menteri mengatasi masalah sistem penyampaian yang lambat di Jabatan Insolvensi ini. Tuan Pengerusi saya juga rujuk kepada SPR Butiran 40000, saya ingin tahu apakah pendirian SPR terhadap tuntutan yang dibangkitkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih yang adil iaitu bersih. Itu mengenai penggunaan dakwat kekal, penghapusan undi pos, pembersihan data pemilih dan juga media yang bebas dan adil dari segi laporan. Tuntutan bersih ini adalah tuntutan yang munasabah. Jadi saya ingin menyoal, kenapakah perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih ini disoal oleh pihak polis. Saya terima satu surat daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang panggil saya untuk buat rakaman percakapan. Saya rasa aneh, kenapa satu perhimpunan rakyat yang akan diadakan itu disoal? Kalau Bersih dianggap sebagai satu badan yang tidak sah, macam mana kita katakan Pemuda UMNO pernah menganjurkan satu collision di bawah nama Peace dan juga barisan rakyat, dan kenapa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial tidak menyiasat mereka dan juga saya ingin di sini.. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat, masa cukup. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: .. akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin menegur, mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin, Timbalan Ketua Pemuda UMNO yang mengatakan, mereka yang menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka pada 10 November itu adalah “beruk”. “Beruk” maksudnya lebih teruk daripada monyet. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, dalam bidang kuasa kementerian mana satu? Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Jadi kata-kata yang begitu teruk ini saya hanya menyerulah rakyat yang bijaksana menolak orang seperti Khairy Jamaluddin ini daripada pilihan raya yang akan datang. DR.7.11.2007 81

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, cukup Yang Berhormat. Kudat kena akhir sekali Yang Berhormat baru masuk, tidak bernasib baik. Kepong.

4.09 ptg. Dr Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, Butiran 010000 - Urusan Parlimen halaman 70.. ■1610 Di sini Tuan Pengerusi, yang penting sekali di dalam bajet, Yang Amat Berhormat sudah mengatakan kita nak gunakan jalur lebar dan sebagainya 40% pada 2010 dan juga cukai digalakkan kepada penyediaan kemudahan rangkaian sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar dan sebagainya. Tetapi di Parlimen kita sendiri, Parlimen kita tidak ada rancangan untuk menambahbaikkan ICT di dalam Parlimen. Jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, dia kata kemudahan sistem ICT yang terdapat di Parlimen adalah bersesuaian dengan keperluan stakeholders dengan izin, Parlimen Malaysia, ia juga dibangunkan secara kos efektif, pihak Parlimen sentiasa meningkatkan dan menambah baik kemudahan dan sistem ICT sedia ada agar ia sentiasa dapat memberi kepuasan dan mencapai hasrat penggunaannya. Yang Berhormat Menteri, dia memang menggunakan bahasa yang halus di sini, tidak seperti yang dulu. Tetapi yang penting sekali, yang dikatakan di sini tidak ada projek untuk memperluaskan atau menambah baik ICT di Parlimen. Saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini, apakah peruntukan yang diadakan untuk memperbaiki ataupun menambahbaikkan ICT di Parlimen itu. Bukan sahaja wireless, jalur lebar, bahkan juga sesuai, cocok dengan zaman sekarang. Ini yang penting. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang pentingnya, selesai cukuplah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Cukup dah? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ya. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Satu perkara sahaja? Ada banyak lagi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak apa, simpan untuk tahun depan. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tahun depan? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat Kudat.

4.12 ptg. Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Bekalan 6 Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia. Seperti mana yang kita tahu bahawa Sabah adalah merupakan sebuah negeri maritim dan memang terdedah dengan kemasukan banyak gejala-gejala khususnya penyeludupan dadah khususnya di kawasan saya iaitu di kawasan Kudat yang bersempadan dengan Filipina yang merupakan pintu masuk bagi kemasukan banyak dadah. Begitu juga di Tawau, di mana ia adalah pintu masuk bagi DR.7.11.2007 82

penyeludupan barang-barang daripada negara jiran, Indonesia. Jadi yang saya hendak ketahui di sini berapakah cawangan agensi maritim yang telah ditubuhkan di negeri Sabah? Walaupun agensi ini baru ditubuhkan tetapi saya percaya ia penting untuk membantu mengawal kemasukan bukan sahaja penyeludupan tetapi juga kemasukan pendatang asing. Yang kedua ialah Bekalan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, saya ingin mengetahui setelah kita mengadakan beberapa Select Committee bertujuan untuk mengetahui tentang tahap integrasi nasional di negara kita dan beberapa dapatan-dapatan dan juga beberapa saranan-saranan yang telah dibuat. Jadi saya minta kementerian dapat memberikan penjelasan di Dewan yang mulia ini tentang cadangan-cadangan yang akan dilaksanakan khususnya Sabah dan Sarawak adalah merupakan negeri yang terpisah daripada Semenanjung dan integrasi nasional ini adalah merupakan isu yang penting. Yang ketiga iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Seperti mana yang kita tahu bahawa pendidikan kelas-kelas KAFA ini adalah merupakan suatu yang penting bagi mendidik masyarakat-masyarakat luar bandar tentang pengetahuan agama yang membantu mereka untuk menjadi seorang modal insan yang baik. Tetapi saya dapat melihat bahawa banyak kepincangan-kepincangan dan kekurangan kebanyakan khususnya di kawasan saya, banyak kelas-kelas KAFA ini yang tidak memiliki apa-apa bangunan, mereka terpaksa berkongsi dengan bangunan sekolah dan mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa. Dan juga tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi. Jadi banyak juga rungutan-rungutan bahawa mereka tidak dibayar gaji dengan secara bon payment ... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup. Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: ...dan mereka ini mengharapkan supaya satu tindakan yang lebih baik untuk memperbaiki pendidikan kelas KAFA di negara ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik terima kasih. Yang Berhormat Menteri boleh jawab.

4.15 ptg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Pengerusi, pertamanya saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini termasuklah Yang Berhormat dari Kepong yang masuk lambat dan baru mendaftarkan diri untuk mengutip elaun. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tidak, dah dua hari dah. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Dia keluar masuk, keluar masuk. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bagi peluang kepada rakan saya juga. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Minta maaf. Saya hendak menjawab soalan daripada Bukit . Bukit Gelugor membangkitkan mengenai Walk for Justice DR.7.11.2007 83

dengan izin oleh ahli-ahli Persatuan Peguam Malaysia di Putrajaya. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis, kesalahan telah diklasifikasikan di bawah seksyen 27(5) Akta Polis iaitu dengan izin, unlawful assembly. Kes ini masih dalam siasatan dan masih belum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti. Tidak dinafikan bahawa Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memberi budi bicara kepada Peguam Negara untuk mendakwa atau sebaliknya bagi sesuatu kes jenayah. Namun adalah wajar siasatan diselesaikan terlebih dahulu sebelum Peguam Negara membuat sebarang keputusan untuk menuduh atau sebaliknya. Kedua, Bukit Gelugor mempersoalkan mengapa peguam yang sijil amalan mereka dibatalkan kerana salah laku tidak didakwakan di mahkamah. Untuk makluman Bukit Gelugor, pada 29 Mei 2007 Polis Diraja Malaysia telah menyiarkan sebanyak 25 gambar peguam di akhbar tempatan yang terlibat di dalam salah laku jenayah. Bagi kes ini terdapat kertas siasatan yang telah lengkap dan arahan untuk menuduh telah dibuat. Tetapi suspek di mana arahan untuk menuduh telah diperolehi, telah menghilangkan diri dan usaha untuk mengesan peguam ini masih dilakukan untuk tujuan menuduh mereka. Manakala bagi lain-lain kertas siasatan pula, pihak polis masih berusaha mengesan suspek-suspek dalam usaha untuk melengkapkan siasatan sebelum sebarang keputusan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara. Selain daripada peguam-peguam yang nama mereka disiarkan di dalam akhbar bertarikh 29 Mei 2007, terdapat juga kes-kes yang mana peguam-peguam yang terlibat di dalam salah laku jenayah telah dikenakan tuduhan. Sehingga 6 November 2007, terdapat enam kes yang sedang dalam perbicaraan dan empat kes yang diberi arahan pertuduhan yang melibatkan peguam yang melakukan salah laku jenayah sedang dikendalikan oleh Unit Jenayah Perdagangan Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara. Jadi bermakna kita mengambil tindakan terhadap peguam-peguam ini. Bukit Gelugor juga membangkitkan isu berkaitan kes bekas Ketua Polis Negara yang mati dibunuh. Untuk makluman Bukit Gelugor, kes ini telah lama berlaku, jika diizinkan saya perlu sedikit masa untuk mendapat kertas siasatan yang berkaitan untuk mengetahui status kes ini dan kedudukan tertuduh yang dikatakan pertuduhannya ditarik balik. Saya tengok ada fail baru dapat tadi, fail tua dan saya perlukan sedikit masa dan kita akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor ya. Yang Berhormat Bukit Gelugor membangkitkan mengenai DP Vijandran, bekas Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran yang masih mendapat pencen dan ganjaran daripada kerajaan. DP Vijandran masih dibayar pencen bagi perkhidmatan lepas beliau sebagai bekas Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran kerana rayuan beliau terhadap hukuman mahkamah telah dibenarkan oleh mahkamah di bawah perenggan 14 Jadual Pertama kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 iaitu Akta 237. Pencen yang diberi kepada seseorang bekas Ahli Parlimen akan dihentikan apabila beliau hilang kelayakan menjadi Ahli Parlimen di bawah peruntukan perenggan E atau F Fasal 1 Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan iaitu (i) beliau dihukum DR.7.11.2007 84

penjara tidak kurang daripada satu tahun atau dikenakan denda tidak kurang daripada RM2,000. Atau beliau kehilangan kerakyatan Malaysia. „ 1620 Bagi kes-kes hukuman yang dilaporkan dalam media massa, tindakan pemberhentian diambil dengan serta-merta sebaik saja bekas Ahli Parlimen itu menghabiskan semua saluran rayuan. Bagi kes-kes yang tidak dilaporkan dalam akhbar, sekiranya Yang Berhormat mengetahui ada kes yang sedemikian ia bolehlah dilaporkan kepada Setiausaha Parlimen atau Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diambil tindakan sewajarnya. Dalam hal yang sama, berkenaan dengan DP Vijandran, mengikut perlembagaan kita Perlembagaan Persekutuan, seseorang tidak layak menjadi anggota Parlimen jika beliau disabitkan atas kesalahan oleh mahkamah di Malaysia dan dihukum dengan pemenjaraan selama yang disebut sebentar tadi, tidak kurang satu tahun atau denda RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas. Jadi mengikut keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 28 Ogos 1998 rayuan DP Vijandran telah dibenarkan sabitannya dibatalkan dan hukuman diketepikan. Sehubungan itu DP Vijandran tidak tergolong dalam orang yang hilang kelayakan menjadi anggota Parlimen. Sehubungan itu beliau layak mendapat saraan sebagai Ahli Parlimen dan mendapat pencen mengikut akta yang telah saya sebut sebentar tadi. Kerajaan pada masa ini belum bercadang untuk membuat undang-undang yang menghalang anggota Parlimen yang didapati mencemarkan imej anggota Parlimen dari menerima saraan. Ini kerana rakyat boleh menilai sendiri sama ada anggota sedemikian wajar dipilih semula. Adalah tidak wajar jika undang-undang sedemikian dibuat untuk menghukum seseorang Ahli Parlimen sedangkan mahkamah tidak mensabitkan beliau dengan kesalahan sehingga menjatuhkan imej anggota Parlimen. Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Minta penjelasan. Tuan Pengerusi, apakah Yang Berhormat Menteri sedar dalam kes DP Vijandran, apa yang harus dipertimbangkan adalah mengenai video lucah yang ada dikemukakan dalam Mahkamah Seksyen selepas itu di Mahkamah Tinggi dan selepas itu di Mahkamah Rayuan. Tiga-tiga mahkamah ini dan bermakna ada lima hakim, lima hakim ada memutuskan bahawa DP Vijandran adalah pelakon utama iaitu lelaki dalam video lucah tersebut dan mengambil bahagian dalam video lucah. Bukankah ini mencemarkan dan bagi integriti dan imej Parlimen telah dijatuhkan dari segi kaca mata rakyat dan tidakkah ini boleh dibandingkan dengan jika seorang pegawai dalam kerajaan dengan izin, brings in towards this repute, the organization of which is a member, boleh dipecat daripada jawatannya? Tidakkah wajar untuk mengadakan satu undang-undang membolehkan Parlimen ini dan Parlimen ini boleh meluluskan undang-undang untuk menentukan maruah Parlimen tidak DR.7.11.2007 85

dijatuhkan sebagaimana DP Vijandran ada buat apabila dia mengambil bahagian dalam video lucah ini? Bolehkah apa yang dikatakan oleh lima hakim dalam kehakiman diketepikan? Minta penjelasan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, dalam soal pembayaran pencen ini kita berpandukan kepada apa yang dikatakan legalistic, maknanya satu perkara yang kita boleh menghalang, memecat ataupun minta supaya berundur, itu berdasarkan apa yang ada dalam perlembagaan yang saya sebut sebentar tadi. Saya faham Yang Berhormat, memang daripada segi moral, findings daripada lima hakim dan video ini telah ditonton dan ia memang mencemarkan imej Parlimen dan sebab itulah ia tidak lagi menjadi Timbalan Speaker. Oleh kerana kita tidak ada pada masa ini, peraturan-peraturan mungkin dalam peraturan dalam Mesyuarat kita sekalipun yang menjaga tentang perjalanan Parlimen, tidak ada di dalam itu yang membolehkan kita berbuat demikian. Jadi saya kira di peringkat sekarang ini memang kita belum bincang lagi, tetapi Yang Berhormat boleh terus membuat representation supaya mereka yang telah menjatuhkan imej Parlimen juga mesti dianggapkan sebagai tidak layak untuk dibayar pencen. Jadi boleh membuat presentation dan kita boleh bincang tentang perkara ini. Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Penjelasan Tuan Pengerusi. Peruntukkan yang ada dalam Film Censorship Act 2002, bagi memiliki satu obscene film, denda RM50,000 atau lima tahun atau kedua-dua, tetapi tidak ada apa-apa peruntukan dalam undang-undang ini untuk mensabitkan seseorang yang menjadi pelakon dalam video lucah. Jika ada video lucah yang dimiliki oleh seseorang, dia boleh disabitkan kesalahan, tetapi jika dia pelakon, tidak boleh. Adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan peruntukan dalam Film Censorship Act 2002, jika sesiapa mengambil bahagian sebagai pelakon dalam video lucah boleh disabit dan didenda dan dipenjarakan. Itu jadi satu saluran di mana seseorang seperti DP Vijandran boleh hilang kelayakan untuk mendapat pencen, ganjaran dan keistimewaan yang lain. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, saya boleh rujuk perkara ini kepada pihak Peguam Negara dan saya kira perkara ini boleh kita bincang semula. Sebenarnya, memang sudah tentulah kalau apa yang Yang Berhormat sebut itu, sepatutnya ia tidak layaklah kalau dari segi perangai yang mencemarkan imej kita, tapi saya sebutkan di sini, waktu ini kita tidak ada seperti yang saya sebutkan tadi. Yang Berhormat boleh bawa presentation kepada AG’s Chambers dan bincang dengan mendalam tentang perkara ini. Yang Berhormat Ipoh Barat, dia tidak ada dan saya ucapkan Selamat Deepavali kepada beliau dan kepada Bukit Mertajam saya kira telah pun pulang untuk menyambut hari raya. Bukit Gelugor Vasakhi dengan Deepavali sama ke? Tidak sama. Jadi saya ucapkan kepada Bukit Mertajam, Ipoh Barat dan yang lain-lain yang beragama Hindu. Saya akan jawab juga, untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat, Encik Gareth Api. Richards telah dilantik secara kontrak mulai tahun 2005 berdasarkan pengalaman beliau sebagai pegawai penyelidik di Institut Asia Europe Universiti Malaya. Beliau mempunyai pengalaman dan DR.7.11.2007 86

pengetahuan yang luas di bidang pendidikan dengan itu dapat mengaturkan latihan bagi pegawai-pegawai bagi Jabatan Peguam Negara dalam bidang pendidikan. Sebahagian daripadanya telah pun saya jawab semalam dengan detail. Kemudian Kota Melaka ingin tahu sebenarnya mengapa DPP Kanan di Jabatan Peguam Negara iaitu Yang Berbahagia Datuk Yusof Zainal Abdin meletak jawatan. Untuk makluman Yang Berhormat, beliau tidak meletak jawatan tetapi telah memohon opsyen untuk persaraan awal yang mana perkara ini tidak bersalahan dengan syarat skim perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Yang Berhormat Cameron Highlands mencadangkan pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah, setelah dikuatkuasakan perlu disebarkan kepada umum. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beliau juga sudah balik ke Cameron Highlands. Rang undang- undang ini telah dibentangkan dan dibincangkan di Parlimen serta telah diberi liputan meluas oleh pihak media. Rang undang-undang ini juga telah disiarkan dalam warta kerajaan yang menjadi saluran rasmi pemberitahuan perundangan oleh pihak kerajaan kepada orang ramai. Ipoh Timor meminta agar kerajaan memberi perhatian serius kepada isu pemilihan dan pelantikan hakim kerana terdapat tuduhan bahawa terdapat pelantikan hakim yang telah diaturkan. Beliau seterusnya mencadangkan agar satu Royal Commission ditubuhkan untuk mengkaji isu ini. Seperti Yang Berhormat Ipoh Timor sedia maklum urusan pelantikan hakim dilakukan berdasarkan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan. Urusan pelantikan tersebut telah berjalan dengan baik dan lancar selama ini. ■1630 Isu pelantikan hakim yang diaturkan seperti yang diperkatakan melalui satu klip video yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat sedang disiasat. Biarlah proses siasatan tersebut berjalan dahulu tanpa gangguan daripada kita. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Minta penjelasan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Biar saya habis dulu, lepas itu boleh tanya. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Belum habis? Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Belum habis. Kemudian, Ipoh Timor juga bertanya mengapa hanya laporan ringkas yang dibentangkan dan kenapa tiga orang kena bentang. Kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana telah menyediakan satu laporan yang lengkap, yang mana setiap panel telah menyediakan pendapat dan alasan kepada keputusan yang dibuat. Setiap panel ya, ahli panel. Setiap laporan yang disediakan oleh ahli panel lengkap dengan list of exhibit, dengan izin. Pihak panel telah mengemukakan satu laporan kepada kerajaan yang mengandungi pendapat dan pandangan masing-masing. Pihak panel berbuat demikian ialah kerana: DR.7.11.2007 87

(i) panel diberi kebebasan untuk menentukan format laporan yang akan dikemukakan kepada kerajaan; (ii) untuk menjimatkan masa dan menyenangkan penyediaan laporan; dan (iii) laporan yang dikemukakan mempunyai ringkasan yang mengandungi pendapat ketiga-tiga panel untuk kerajaan membuat keputusan. Ya, silakan. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Terima kasih. Sungguhpun bukan tiga laporan yang dibentangkan oleh panel tetapi satu laporan yang mengandungi tiga perakuan atau finding yang berbeza masing-masing iaitu tak jauhlah daripada tiga laporan. Semalam saya kata bahawa pendirian sama ada panel atau kerajaan bahawa perlulah original tape dan perlulah mahu tape yang sepenuhnya 14 minit. Ini tidak munasabah, khasnya apabila saya kata bahawa saya ada menonton enam minit tape bahagian yang kedua yang adalah perkembangan-perkembangan yang baru yang ada saya sebut. Memandangkan keseriusan perkara ini dan pun expectation bahawa bukan saja Bar Council tapi pun masyarakat, bahawa perkara ini akan dapat satu hasil yang munasabah. Adakah kerajaan akan memberi pertimbangan yang serius mengenai menubuhkan satu Royal Commission Enquiry sungguhpun panel tidak boleh menyampaikan satu result bahawa sama ada ia authentic atau bukan authentic. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, saya ingat apabila kita ada satu laporan dan setiap ahli panel itu memberi pandangan mereka, saya rasa itu menunjukkan bahawa mereka bebas dan mereka tidak boleh diaturkan supaya mendatang kepada satu keputusan sahaja. Jadi dia free, dia memang independent dan sebab itulah saya kira di kalangan mereka bertiga pun masing-masing mahu menyatakan rentetan kepada mengapa mereka sampai kepada satu kesimpulan supaya kita dapat lihat ketiga-tiga itu. Ini menunjukkan bahawa mereka bebas dan saya rasa itu adalah baik. Bagi saya, apa Yang Berhormat sebut sebentar tadi kalau selepas ini apa keputusan kita akan buat, itu saya ingat saya tidak boleh mendahului Jemaah Menteri. Biar kita terima laporan, walau bagaimanapun dalam perbincangan, saya akan menyampaikan iaitu bahawa ada pandangan daripada Ketua Pembangkang kalau ada eloknya untuk diadakan Royal Commission of Enquiry mengikut pandangan Yang Berhormat. Itu boleh saya lakukan tapi waktu ini belum ada keputusan lagi, saya tak boleh kata apa-apa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya, terima kasih. Berapa lama Kabinet akan ambil untuk menyampaikan satu keputusan mengenai langkah yang kedua oleh kerana perkara ini sudah lama semenjak 18 September yang bersabit dengan satu perkara yang begitu penting DR.7.11.2007 88

sehingga adalah March for Justice oleh 2000 orang peguam-peguam dan adakah Kabinet akan merujuk perkara ini kepada Peguam Negara? Jikalau begitu, bukankah ini sangat aneh oleh kerana panel dapat nasihat daripada Peguam Negara sebelum buat satu laporan dan kalau Kabinet sekarang mahu rujuk kepada Peguam Negara, bukankah ini bukan saja duplication tetapi tak tahu siapa di bawah siapa. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, rujukan kepada Attorney General hanya kalau kita perlu tentang satu perkara yang kita tidak begitu faham tentang point of law tapi on the fact, itu keputusan Jemaah Menterilah apa yang kita nak buat. Jikalau ada perkara yang kita tidak tahu tentang sikit point of law, itu kita rujuk tapi lain daripada itu kita punya keputusan. Saya tidak tahulah bila kita boleh ambil keputusan tapi let’s not rush, biar kita lihat laporan itu, baca, bagi masa dan kita akan bincang dengan Jemaah Menteri. Dulu pun ada orang kata itu bahawa benda ini kita pendekkan kerana tujuannya ialah untuk - ada orang bercakap iaitu bahawa oleh kerana sijil yang dahulunya akan tamat 31 Oktober, maka sebab itulah nak dipercepatkan tapi jelas menunjukkan bahawa dia tidak berlaku sedemikian. Tidak ada suasana yang boleh memaksakan kita untuk mempercepatkan. Bagi kita masa, biar kita lihat, bincang; baru kita maklumkan kepada orang ramai tentang keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Terakhir kalau boleh. Sungguhpun Tun Ahmad Fairuz bukan lagi CJ tetapi perkara ini bukan akademik oleh kerana sungguhpun dia terlibat, ada dalam isi kandungan adalah peristiwa-peristiwa dan perkara-perkara yang lain yang ada bersabit dengan perversion of the cause of justice yang bersabit dengan independence integrity judiciary dan perlu diberi perhatian yang serius dan sewajarnya. Adakah Yang Berhormat menteri bersetuju dan akankah laporan panel ini diumumkan menunjukkan bahawa transparensi kerajaan ini. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya telah memberi jaminan kepada Ipoh Barat tempoh hari iaitu bahawa saya akan dalam perbincangan ini dengan izin, strongly akan propose lah supaya kita mengamalkan transparensi yang sepenuhnya. Jadi, sekarang ini terlalu premature untuk saya beri jaminan ke apa ke, sebab saya seorang bukan Jemaah Menteri, saya kena bincang terlebih dahulu dengan Jemaah Menteri. Kemudian Yang Berhormat Ipoh Timor berkenaan dengan PKFZ. Kerajaan telah pun menjalankan siasatan ke atas projek pembangunan PKFZ dan telah menerangkan kedudukan projek tersebut dengan sebaik-baiknya. Oleh demikian, tuduhan penyalahgunaan kuasa serta tuduhan penyelewengan oleh Yang Berhormat terhadap Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan bekas Menteri Pengangkutan adalah tidak berasas dan dibangkitkan untuk kepentingan politik sajalah. Saya ingat tunggu jawatankuasa... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan, bukan. Ya, saya akan bangkit sungguhpun dia elak, tapi saya bangkit oleh kerana pengelakan Yang Berhormat Menteri DR.7.11.2007 89

berkenaan. Tapi saya ingin bertanya mengenai Kabinet, boleh? Mengenai peranan Kabinet dalam perkara ini. Ini di bawah Jabatan Perdana Menteri. Boleh? Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya tengok yang mana saya boleh jawab, saya jawab. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya, ya. Saya mahu tanya oleh kerana bersabit dengan Kabinet. Bukankah benar bahawa Kabinet ada buat keputusan apabila meneruskan PKFZ ini dengan harga RM25 kaki persegi, apabila banding dengan cadangan Kamar Peguam Negara RM10 kaki persegi, ada dua syarat. Dua syarat ialah bahawa ialah feasible, self- financing, tak perlu apa-apa bantuan kerajaan dan kedua bahawa setiap perubahan RM100 juta dalam pembangunan perlu dapat kebenaran setiap kali Kabinet dan ini tak pernah berlaku. Dua- dua perkara ini tak pernah berlaku. Kedua, bahawa letter of support yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan empat kali itu semua tanpa authority, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tidak ada authority, tidak ada hak dan sebab itu yang mengakibatkan kerajaan perlu commit RM4 bilion sebagai guarantee dan bukankah ini satu penyelewengan? Kenapa menteri-menteri tidak disabit dan didakwa di mahkamah, tetapi orang-orang kecil semacam pegawai-pegawai dalam Auditor General’s Report ada didakwa. Bukankah ini tak ada contoh yang konsisten bahawa orang besar boleh lari, lepas; tapi orang kecil kena sahaja. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, saya boleh jawab perkara ini, tetapi saya percaya ianya akan dibangkit semula dalam jawatankuasa dalam Kementerian Pengangkutan. Jadi biarlah menteri yang berkenaan menjawab sebab kalau ada pertikaman lidah pun, dia ada semua fakta di hadapan dia. ■1640 Bukit Gelugor, membangkit mengenai tindakan BPR terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan di bawah seksyen 13, Akta Pencegah Rasuah 1997 kerana gagal melaporkan rasuah. Ke sini sebenarnya dalam siasatan BPR tetapi macam mana pun kalau telah pun dilaporkan dalam akhbar iaitu bahawa Menteri Besar Kelantan telah pun merakamkan percakapan pada 5 November. Jadi kita tunggu kesudahannya. Kemudian, Yang Berhormat bagi Ipoh Timor mencadangkan diadakan siasatan kes klip peguam V. K. Lingam, ini sudah pun jawab Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Ipoh Timor mencadangkan supaya ganjaran gaji, remuneration dengan izin pegawai BPR dinaikkan sebagai ganti anugerah pingat. Kerajaan sedar pegawai- pegawai BPR amat komited dan dedikasi dalam menjalankan tugas mereka. Justeru itu kerajaan sememangnya mengkaji dari masa ke semasa apa-apa tambahan ganjaran kepada pegawai BPR. Sungguhpun begitu kita tidak dapat menolak anugerah-anugerah yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri sebagai tanda pengiktirafan. Yang Berhormat pun tahu penganugerahan di negeri-negeri ini merupakan dua daripada kuasa kerajaan negerilah khususnya kalau di negeri yang ada raja itu kuasa dia. DR.7.11.2007 90

Satu, berkenaan dengan agama Islam keduanya dengan adat istiadat Melayu. Adat istiadat Melayu termasuk memberi anugerah. Sebenarnya agak sukar untuk kita hendak memberitahu kepada sultan-sultan di peringkat negeri-negeri bahawa jangan bagi anugerah kerana itu hak mereka. Jadi sukar untuk kita hendak menahan mereka dari memberi anugerah kepada sesiapa yang mereka mahu termasuk pegawai-pegawai BPR. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan. Bukankah ini kalau kita serius dengan integriti, mengenai mahu satu budaya integriti. Bukankah ini menimbulkan satu conflict of interest di mana pengarah atau pegawai-pegawai tertinggi BPR di peringkat negeri kalau diberi anugerah tetapi yang dilihat mungkin ini akan menghalang mereka daripada menjalankan tugas mereka semacam apa yang berlaku di Sabah. Kita semua tahu bahawa Sabah adalah negeri yang paling korup sekali, Yang Berhormat daripada Sabah dia tahu dia boleh mengakui yang korup sekali. BPR baru-baru ini dianugerahkan dan baru beberapa hari selepas itu Yang Berhormat Menteri sendiri bagi pihak BPR kata bahawa BPR sudah membersihkan Ketua Menteri Sabah daripada semua dakwaan-dakwaan mengenai korupsi mengenai pembalakan. Bukankah ini something yang nyata, something is wrong, ada conflict of interest, bagaimana boleh berlaku? Untuk mengelakkan keadaan macam itu bukankah lebih baik peraturan diadakan untuk BPR bahawa dalam masa perkhidmatan mereka bahawa untuk anugerah negeri dielakkan? Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, tidak semestinya setiap penganugerahan itu merupakan reward. Dia yang penting ialah khidmat kepada negeri berkenaan. Jadi sebab itu kalau kita hendak asingkan single out BPR itu adalah tidak adil, kalau tidak mahu bagi jangan bagi kepada semua, kastam, polis, imigresen kerana mereka sedang bertugas tetapi saya kira pemberian ini merupakan juga penghormatan kepada agensi berkenaan. Kalau sekiranya Ketua Polis, kalau sekiranya Ketua Imigresen, Ketua Kastam, mereka diberikan anugerah sebagai penghormatan kepada agensi berkenaan, maka sudah tentulah saya ingat kita tidak boleh single out BPR. Jadi sebab itu kalau Yang Berhormat hendak cadang, cadang semualah tidak usah dapat tetapi kalau tidak mahu bagi kepada semua kita hendak kena bincang bagaimana untuk kita hendak menolak anugerah yang diberikan oleh seorang sultan kepada kita. Itu harus dibincangkan dengan mereka terlebih dahulu. Saya faham Yang Berhormat punya argument tetapi saya ingin menyatakan pada waktu ini, ini merupakan amalan biasa. Ketua Pengarah yang terlebih dahulu pun menerima anugerah Dato’ Seri juga. Jadi saya kira kita tidak boleh sama ada single out satu agensi ataupun single out satu individu. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Terakhir untuk perkara ini. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Isu lainlah. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Bukan, ini terakhir, mengenai sasaran single out. Oleh sebab ini adalah tugas khas untuk BPR mengenai integriti. Apabila kata bahawa DR.7.11.2007 91

perkhidmatan kepada negeri untuk BPR ialah untuk membersihkan korupsi ialah target antara lain ialah orang-orang tertinggi. Bukan macam kastam dan agensi-agensi yang lain tetapi kalau mereka melepaskan orang-orang tertinggi itu bukan perkhidmatan kepada negeri, perkhidmatan kepada pembesar-pembesar negeri. Itu penyelewengan, pengkhianatan kepada negeri. Sebab itu untuk BPR, boleh lihat dengan pandangan yang berbeza dengan agensi- agensi yang lain. Adakah Yang Berhormat setuju, untuk BPR beri perkhidmatan kepada negeri bukan untuk mempertahankan, membela orang-orang tertinggi tetapi untuk menentukan bahawa mereka tidak korup dan kalau korup, tangkap mereka dan bukan sebaliknya dan dapat dianugerahkan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, sebenarnya yang saya sebut itu kes yang tersebut memang betullah memang siasatan telah pun dijalankan dan didapati tidak betul tetapi itu bukan satu favor yang dibuat terhadap Ketua Menteri. Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: [Bangun] Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Itu merupakan satu penyiasatan yang dibuat dan BPR membuat penyiasatan ini sudah tentu ada bukti-bukti yang menunjukkan iaitu kesalahan telah berlaku, sudah tentu dia akan diambil tindakan tetapi kita semua tahu iaitu bahawa sebagai orang politik kita tidak lari daripada tohmahan-tohmahan dan tuduhan-tuduhan. Apabila kita telah pun membuat penyiasatan dan keputusan telah dibuat maka kita kena terima itu sebagai keputusan yang telah pun muktamad dan telah pun dibuat. Jadi secara kebetulan sahaja saya telah sebut iaitu Dato’ Seri Panglima Mohd Said Hamdan dia pernah bertugas di Sabah dan sebaik sahaja apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah, inilah dengan izin the first opportunity negeri Sabah, ada dia punya Hari Keputeraan Yang di-Pertua, maka itulah sebabnya mengapa mereka memberi anugerah ini kepada beliau. Jadi secara kebetulan, saya percaya iaitu bahawa kalau hari jadi Yang di-Pertua Sabah bulan dua, Mohd Said menjadi Ketua Pengarah bulan empat, kemudian diadakan satu perjumpaan khas pula hendak bagi, itu saya percaya sesuatu yang tidak betullah tetapi ini secara kebetulan sahaja. Secara kebetulan bulan 10 baru-baru ini Hari Keputeraan Yang di-Pertua dan sebenarnya Yang di-Pertua dia hendak memberikan apa yang dikatakan anugerah ini pun di atas persetujuan dia. Kalau daripada segi teknikalnya yang memberi anugerah itu bukan ketua menteri, itu diberi oleh Pejabat Yang di-Pertua kerana hari jadi dia. Jadi pada saya, saya lihat tidak ada yang suspicious tentang perkara ini. Kalau tidak Sabah pun dia dapat yang lain juga. Saya percaya di mana dia tidak terlibat dalam penyiasatan orang yang tertentu tetapi Yang Berhormat sungguhpun ini assuming that semua pegawai tinggi di kerajaan negeri semuanya bersalah. Kita tidak boleh ambil presumption itu yang terlalu umum. Kubang Kerian membangkit kenyataan Tengku Aziz bahawa BPR tiada kuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap harta berlebihan penjawat awam. Kenyataan yang dibuat itu adalah tidak tepat kerana BPR diberi kuasa di bawah seksyen 32, APR 1997 di mana pendakwa DR.7.11.2007 92

raya boleh mengarahkan mana-mana pegawai, badan awam memberi penjelasan, bersumpah, bagaimana ia dapat mempunyai dan memiliki lebihan harta. ■1650 Sekiranya pegawai badan awam itu tidak dapat memberi penjelasan memuaskan, ia telah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai harta itu jika lebihan itu dapat dinilai, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Jadi tidak betullah kata BPR tidak ada kuasa. Kemudian Yang Berhormat Kubang Kerian juga mendakwa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman semasa persidangan akhbar menyatakan BPR telah mendedahkan pemberi maklumat polis yang sepatutnya dilindungi identitinya. Saya ingin menyatakan di sini iaitu dakwaan Yang Berhormat berkenaan adalah tidak benar. BPR tidak pernah mendedahkan identiti pemberi maklumat bagi kes-kes BPR, kerana mereka dilindungi di bawah seksyen 53 Akta 1997. Dalam kes berkenaan, orang-orang yang dirakam percakapan mereka akan menjadi saksi BPR di mahkamah. Saksi-saksi tersebut bukanlah pemberi maklumat. Yang Berhormat Kelana Jaya, penempatan pegawai BPR di GLC merugikan dari segi penggunaan sumber manusia. Langkah BPR untuk menempatkan pegawainya di beberapa GLC merupakan persetujuan bersama antara BPR dengan GLC berkenaan. Penempatan mereka adalah untuk membantu GLC berkenaan membangunkan program-program integriti, di samping memperkukuhkan sistem kawalan dalaman bagi memastikan unsur dan peluang rasuah dan penyelewengan tidak wujud. Langkah ini tidak merugikan BPR, malahan juga merupakan tindakan bersepadu ke arah mewujudkan pentadbiran negara yang bersih daripada gejala rasuah. Yang Berhormat Sepanggar membangkitkan sama ada Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) iaitu di Sabah dan Labuan masih relevan dan mencadangkan supaya tugas dan peranan PPKP diambil alih oleh kerajaan negeri. Isu keselamatan di Sabah melibatkan aspek hubungan dua hala yang merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. PPKP sehingga kini masih relevan dan meneruskan peranannya bagi mengelakkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah. PPKP sentiasa mengendalikan tiga operasi iaitu operasi harian, khusus dan gabungan bersama agensi-agensi penguat kuasa berkaitan. Hasil operasi tersebut telah menyebabkan kesemua tiga pusat tahanan sementara di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu penuh dengan purata 2,800 hingga 3,000 PATI setiap hari. PPKP juga telah menguruskan penghantaran pulang PATI dengan purata 1,500 orang setiap bulan. Sehingga pertengahan Oktober 2007, seramai 15,213 PATI telah dihantar pulang. Yang Berhormat Penampang menyentuh mengenai pemberian MyKad kepada pendatang asing tanpa izin Sabah. Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak terlibat dalam DR.7.11.2007 93

sebarang permohonan MyKad dan isu MyKad adalah di luar bidang kuasa MKN. Sehubungan itu, isu pengeluaran MyKad yang dijual atau diberi kepada PATI adalah tidak ada kaitan dengan kita, dan bukan satu perkara yang kita sokong pun. Yang Berhormat Cameron Highlands ingin tahu peranan MKN dalam penubuhan kuil di Selangor baru-baru ini. Beliau juga mencadangkan supaya agensi-agensi kerajaan lebih sensitif dan melaksanakannya mengikut undang-undang. Pada dasarnya, penubuhan apa-apa struktur binaan adalah tertakluk kepada perundangan negara termasuk Akta Kanun Tanah Negara, Akta Kerajaan Tempatan. Pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang diberi kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut ialah kerajaan negeri, pejabat tanah dan pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa diberi kuasa untuk merobohkan sebarang struktur yang tidak sah dari segi undang-undang dan peraturan sedia ada, sama ada ia rumah ibadat, bangunan haram dan sebagainya. Sungguhpun faktor sensitiviti boleh diambil kira dalam sesuatu isu termasuklah kes kuil di Padang Jawa, Shah Alam dan Puchong tetapi ia mestilah tidak boleh bercanggah dan mengatasi undang-undang negara, terutamanya keselamatan negara dan ketenteraman awam. Yang Berhormat Kuala Terengganu ingin tahu setakat manakah keberkesanan Jabatan Audit Negara melatih pegawai dalam penyediaan Laporan Ketua Audit Negara dan lain-lain lagi. Pada tahun 2008, Akademi Audit Negara merancang untuk mengadakan sebanyak 88 kursus dalam bidang pengauditan, perakaunan, ICT dan pengurusan. Program latihan ini akan melibatkan semua peringkat pegawai Jabatan Audit Negara. Buat masa ini bilangan tenaga pengajar yang diluluskan dalam senarai perjawatan Akademi Audit Negara tidak mencukupi untuk memberi latihan. Walau bagaimanapun, apabila sesuatu kursus diadakan, pihak akademi akan mengundang pegawai-pegawai kanan yang berpengalaman dari Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara sebagai tenaga pengajar. Selain itu Akademi Audit Negara juga menjemput pakar-pakar dari institusi luar. Berkenaan dengan kesan pelaksanaan program-program integriti, sejak pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN), pelbagai strategi dan pelan tindakan yang diperakukan dalam pelan tindakan pelaksanaan yang telah, sedang dan terus diusahakan ke arah memperkukuhkan dan membudayakan integriti masyarakat Malaysia. Walaupun baru tiga tahun PIN dilancarkan dan IIM ditubuhkan, banyak kejayaan yang diperolehi dalam aspek kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai usaha dan komitmen kerajaan berhubung agenda integriti nasional ini. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, usaha pengukuhan integriti memerlukan satu pelaksanaan jangka panjang. Namun begitu, keberkesanan semenjak pelancaran PIN dan penubuhan IIM boleh dilihat melalui peningkatan pengamalan nilai-nilai murni oleh masyarakat secara umumnya. Penghayatan dan pengamalan etika yang baik dari sektor swasta dan tokoh korporat serta ahli-ahli perniagaan juga dipertingkatkan. Misalnya dalam engagement antara IIM bersama-sama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa DR.7.11.2007 94

Malaysia, dewan-dewan perniagaan, pihak-pihak lain yang berkepentingan untuk mengadakan perbincangan dan mewujudkan kod etika amalan baik, best practices, dengan izin, pengamalan corporate governance serta etika perniagaan dipertingkatkan. Yang Berhormat Kuala Terengganu juga bangkit berkenaan dengan nisbah populasi penduduk dengan anggota perkhidmatan awam Malaysia adalah sangat besar berbanding dengan negara-negara lain. Perbandingan saiz dan nisbah perkhidmatan awam dengan negara- negara lain sebenarnya tidak sesuai kerana definisi perkhidmatan awam adalah berbeza bagi setiap negara. Di Malaysia, perkhidmatan awam merangkumi anggota persekutuan, negeri, badan berkanun, tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan. Kerajaan secara berterusan mengawal saiz perkhidmatan awam, namun bagi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu, bilangan anggota tertakluk kepada faktor-faktor seperti berikut: (i) kesihatan dan pendidikan sentiasa bertambah mengikut nisbah anggota, penduduk dan pelajar; (ii) di angkatan tentera bergantung kepada strategi pertahanan negara; dan (iii) di polis pula bergantung kepada isu keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang. Yang Berhormat Santubong ingin bertanya berkenaan pelantikan pegawai kontrak dalam perkhidmatan awam di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara. Pelantikan kontrak pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara adalah bersifat selektif dan hanya dilaksanakan oleh kerajaan bagi pesara-pesara yang mempunyai pengalaman, kemahiran dan kepakaran tertentu yang berupaya untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan. Selain itu mereka juga berperanan sebagai mentor kepada pegawai-pegawai yang akan mengambil alih kepimpinan sesuatu agensi pada masa hadapan. Yang Berhormat Cameron Highlands bertanya mengenai JPA dan SPA, perlu memainkan peranan dalam membuka peluang pekerjaan kepada bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam. Semua warganegara yang layak dan memenuhi syarat boleh memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. Hanya calon-calon yang terbaik akan dipilih iaitu melalui kaedah penilaian seperti ujian bertulis dan temu duga. Walau bagaimanapun, kekurangan pengambilan calon bukan bumiputera antara lain adalah disebabkan kurangnya permohonan di kalangan bukan bumiputera. Namun kerajaan positif pada masa akan datang, bilangan bukan bumiputera yang akan menyertai perkhidmatan awam dijangka akan meningkat berikutan daripada emolumen, gaji dan elaun kerajaan yang lebih baik dalam perkhidmatan awam pada masa kini. Pada masa yang lalu emolumen yang rendah merupakan faktor yang tidak menggalakkan bukan bumiputera menyertai sektor awam. Usaha-usaha juga diambil secara berterusan bagi menarik bukan bumiputera DR.7.11.2007 95

untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan iklan-iklan kekosongan jawatan dalam akhbar bahasa Cina dan Tamil dan melalui Program Hari Bertemu Pelanggan. Kita juga merasa bangga kerana kita lihat dalam pasukan polis pun, iaitu bahawa ada pegawai-pegawai yang bukan bumiputera yang sekarang ini sudah namanya kita dengar memegang jawatan-jawatan yang penting di dalam pasukan polis kita. Yang Berhormat Mambong menyentuh mengenai Disaster Recovery Center (DRC) dan mencadangkan supaya pembangunan DRC diberi perhatian untuk menangani masalah berkaitan bencana alam. ■1700 Projek Disaster Recovery Centre (DRC) adalah bertujuan untuk membangunkan infrastruktur sokongan, backup dengan izin, kepada rangkaian Putrajaya Campus Network dan Portal Perkhidmatan Awam. Ia adalah bagi memastikan kesinambungan dan kestabilan perkhidmatan yang ditawarkan oleh rangkaian PCN iaitu Putrajaya Campus Network dan Portal Perkhidmatan Awam. Projek ini tiada kaitan dengan pusat menangani bencana alam seperti banjir, tsunami dan sebagainya. Ia bertempat di Blok 2M 1-1 Presint 2 Putrajaya. Yang Berhormat Tuaran mempersoalkan mengenai banci penduduk Sabah seramai 2.6 juta yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Data tersebut adalah berdasarkan banci penduduk tahun 2000. Sekiranya menggunakan unjuran sehingga 2010 penduduk Sabah adalah seramai 3.3 juta. Berdasarkan dengan trend, dengan izin, 1991 pada tahun 2000 apabila migrasi meningkat sedikit. Sekiranya menggunakan tahun 2007 unjuran kependudukan di Sabah tidak termasuk Labuan adalah sebanyak 3.1 juta. Yang Berhormat bagi Serdang membangkitkan tentang peranan dan kuasa Biro Pengaduan Awam (BPA). BPA mempunyai kuasa secara administrative di mana aduan-aduan yang dikemukakan akan diselesaikan dalam tempoh dua bulan seperti dalam Piagam BPA. Kes- kes yang rumit yang memerlukan penyelesaian lanjut akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA), yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara. Yang Berhormat Bukit Mertajam mencadangkan supaya diwujudkan satu jabatan kemajuan agama-agama lain bagi keharmonian antara agama. Kerajaan harus juga memberi bantuan kepada agama-agama lain selain daripada agama Islam. Setakat ini kerajaan belum ada cadangan untuk menubuhkan jabatan kemajuan agama-agama lain, iaitu yang bukan beragama Islam seperti yang dicadangkan. Kerajaan berpendapat bahawa sistem sedia ada untuk mendengar dan menyelesaikan isu-isu berkenaan keharmonian antara agama adalah memadai. Kini terdapat pelbagai saluran bagi masyarakat berbilang agama untuk menyuarakan aspirasi dan isu masing-masing. Usaha- usaha untuk menganjurkan dialog antara kaum-kaum bukan beragama Islam terus digalakkan dan kerajaan akan mendorong para ilmuwan Islam JAKIM dan IKIM supaya turut terlibat dalam DR.7.11.2007 96

dialog antara agama. Tambahan pula Jawatankuasa Agama di bawah Jawatankuasa Kerja Panel Penasihat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan mengadakan dialog-dialog antara agama bagi mendengar isu-isu antara kaum. Yang penting semua pihak harus faham keadaan negara ini yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu semua perbincangan harus dilaksanakan berdasarkan kefahaman ini yakni dengan penuh rasa tanggungjawab dan peka terhadap sensitiviti kaum. Yang Berhormat dari Rembau mencadangkan menaikkan Anggaran Perbelanjaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya menjawab bagi pihak Yang Berhormat dari Kota Marudu...[Menoleh ke arah tempat duduk Yang Berhormat Menteri Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional]...dia sudah balik ke Sabah. Pada tahun 2007, peruntukan yang telah diberi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah sebanyak RM143,696,300 dan pada tahun 2008 jabatan ini akan menerima peruntukan sebanyak RM160,128,200 iaitu pertambahan sebanyak 11%. Jumlah peruntukan di atas meliputi perbelanjaan di bawah dasar sedia ada, dasar baru dan one off. Walau bagaimanapun jika terdapat perubahan dasar atau keperluan mendesak, jabatan ini akan mengemukakan peruntukan tambahan kepada Perbendaharaan. Yang Berhormat Rembau juga bertanya berkenaan dengan cadangan memperluaskan kawasan Rukun Tetangga di taman-taman perumahan di kawasan bandar. Dalam Pelan Tindakan Lima Tahun RT 2006 - 2010 sasaran keluasan kawasan Rukun Tetangga adalah sebanyak 200 buah kawasan setahun. Di atas keperluan dan permintaan masyarakat, penubuhan kawasan RT telah melebihi sasaran berkenaan iaitu 275 kawasan dan pada tahun 2006 sehingga September 2007 sebanyak 292 buah KRT telah diluluskan. Mulai tahun 2008 kerajaan akan memperluaskan penubuhan KRT kepada 300 kawasan setahun dengan tumpuan diberikan kepada taman-taman perumahan di kawasan bandar, dan prioriti kita berikan kepada kawasan-kawasan berisiko tinggi di mana jenayahnya tinggi dan salah guna dadah juga adalah tinggi. Yang Berhormat Rembau juga bertanya berkenaan dengan peranan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di dalam mengurangkan kadar jenayah. Skim Rondaan Sukarela (SRS) mula diperkenalkan sebagai jentera masyarakat untuk membantu pihak berkuasa mencegah jenayah dan gejala sosial dan sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih selamat pada tahun 2004. Sehingga 31 Oktober 2007, bilangan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di seluruh negara telah mencapai 945 buah dengan penyertaan sukarelawan seramai 47,250 orang dan bilangan ini akan terus bertambah dari setahun ke setahun. Mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2006, Skim Rondaan Sukarela telah berjaya menangani 2,480 kes dan kes tertinggi ialah kes lepak iaitu 974 kes, diikuti dengan vandalisme sebanyak 858 kes. DR.7.11.2007 97

Pada 1 Januari 2007 hingga 30 September 2007 pula sebanyak 1,002 kejadian kes direkodkan dan dilaporkan ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional oleh pemastautin sukarelawan di seluruh negara. Kejadian dan kes lepak masih merekodkan bilangan tertinggi dengan 302 kes diikuti vandalisme sebanyak 200 kes untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun 2007. Kes-kes yang tersebut di atas merujuk kepada bilangan kes yang dijumpai dan ditemui oleh pemastautin sukarelawan semasa melakukan kerja-kerja rondaan sukarela, dan kes-kes tersebut telah dirujuk dan dikemukakan kepada agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Kewujudan Skim Rondaan Sukarela sememangnya diakui Polis Diraja Malaysia di dalam membantu mengurangkan kejadian jenayah kepada hampir 50% di kawasan- kawasan perumahan yang telah wujud SRS. Sebagai contoh kawasan SRS Tanjong Chat Kota Bharu dan kawasan SRS Hulu Choh Johor Bahru telah berjaya mengurangkan kadar jenayah kepada sifar untuk tempoh dua tahun berturut-turut berbanding sebelum penubuhan SRS. Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan untuk meningkatkan keupayaan pemastautin sukarelawan untuk bersama-sama mencegah jenayah dan gejala sosial dalam kawasan tempat tinggal. Antaranya menggalakkan penubuhan Skim Rondaan Sukarela di kawasan-kawasan Rukun Tetangga sedia ada dan baru, memperlengkapkan pemastautin sukarelawan dengan alatan rondaan seperti baju, vest, rotan, wisel, lampu picit, topi, baju hujan, peti pertolongan cemas dan .... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Menteri. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Peralatan yang dibekalkan diharap dapat meningkatkan semangat pemastautin sukarelawan semasa melakukan tugas rondaan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat hendak bagi jalan kepada Kepong? Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, penjelasan. Saya tidak tahulah keberkesanan pasukan sukarelawan. Mengikut jawapan Yang Berhormat tadi penjenayah sifar sudah wujud kerana pasukan sukarelawan. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini apakah dari segi undang-undang perlindungan kepada pasukan ini? Siapakah yang menjaga disiplin mereka dan sebagainya. Apakah apabila pasukan ini berbanding dengan syarikat keselamatan? Untuk syarikat keselamatan apakah undang- undangnya dan bagaimana kepentingan orang ramai dapat dilindungi? Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, namanya pun sukarelawan, tidak boleh dibandingkan dengan syarikat keselamatan. Syarikat keselamatan ini sudah tentulah dibayar, tetapi mereka ini melakukan kerja-kerja mereka secara sukarela. Jadi, apa juga yang kita fikirkan iaitu bahawa kalau sekiranya kita perlu memberi perlindungan, saya kira perkara ini sudah tentu telah pun dibincangkan di antara mereka yang telah mengadakan DR.7.11.2007 98

pasukan sukarelawan ini dengan pihak kerajaan, khususnya daripada Jabatan Perpaduan Awam dan Integrasi ini. ■1710 Jadi yang saya boleh bagi Yang Berhormat secara bertulis nanti apa yang perlindungan itu for the first time valid point itu kerana orang ini sukarela. Walau pun sukarela kita juga mesti beri juga perlindungan kepada dia waktu dia menjalankan tugas ini. Saya akan bagi ... apabila dia sudah menjadi satu pergerakan yang besar, maka kita harus fikirkan sama ada mengadakan akta untuk khusus bagi mereka. Saya ingat RELA pun ada akta. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, hendak bagi. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ini akan berbangkit, saya percaya. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong, Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, Kepong. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, penjelasan sedikit. Bukan sahaja perlindungan kepada pasukan bahkan juga kepada orang ramai kerana dengan aktiviti sedemikian memang ada segelintirnya yang tidak mematuhi kepada peraturan yang berlaku dengan benda-benda yang tidak diingini dan di sini kita mestilah bukan sahaja melindungi pihak pasukan bahkan juga melindung dan memelihara orang ramai. Itulah maksud saya undang- undang untuk kedua-dua pihak. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sudah tentu Yang Berhormat sebab kita juga mesti melindungi daripada berlaku yang segelintir mungkin di antara sukarelawan ini yang mungkin menyimpang daripada apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka. Saya kira itu betul dan saya percaya perkara ini sememangnya juga difikirkan, mengambil contoh juga daripada apa yang berlaku seperti RELA dan macam-macam lagi. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Yang Berhormat Menteri, Sabak Bernam. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Sabak Bernam. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Tuan Pengerusi, saya ada daripada Timbalan Menteri. Saya mendengar satu maklumat yang sangat bagus, yang sangat baik yang saya harap boleh dikongsi berkaitan dengan skim rondaan sukarela ini. Kita jarang mendengar cerita kejayaan di mana jenayah boleh disifarkan di satu-satu tempat. Saya harap kalau boleh contoh ini dapat diberikan kepada kita dan apakah modul yang digunakan. Kemungkinannya ada keterlibatan keseluruhan masyarakat di situ kalau ada saya ingat Sabak Bernam mungkin orang yang pertama ataupun pihak yang pertama membuat lawatan ke tempat demi kebaikan masyarakat kita. Terima kasih. DR.7.11.2007 99

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya kira kita harus juga memperbesarkan tentang kejayaan pasukan ini dan saya percaya dia berjaya kerana keanggotaan itu terdiri daripada orang tempatan yang sememangnya duduk di taman itu yang sebenarnya apabila dia meronda dia bukan sahaja menjaga apa yang berlaku dalam kawasan dia tetapi dia juga melindungi keluarga dia. Dia ada extra insentif kerana dia sebenarnya kalau dapat menyifarkan kawasan itu daripada apa yang dikatakan kes-kes jenayah dia sebenarnya dia menjaga anak dia, menjaga keluarga dia, menjaga anak jiran dia dan kenalan dia di situ. Saya ingat itu yang menyebabkan kejayaan kerana sebenarnya mereka mempunyai hidden incentive iaitu menjaga diri sendiri, keluarga sendiri dan juga jiran-jiran. Saya akan memberitahu menteri yang bertanggungjawab pandangan Yang Berhormat sebentar tadi dan juga Yang Berhormat Kepong tadi. Di sini juga kita selain daripada menjalankan promosi dan hebahan di media massa, mengenai kebaikan menganggotai skim rondaan sukarela, ini memang kita lakukan. Kita juga memperkenalkan skim perlindungan takaful insurans berkelompok, ini untuk ahli kepada semua pemastautin sukarelawan yang menjalankan yang menjalankan tugas rondaan sebagai langkah perlindungan dan galakan penyertaan orang ramai dalam skim rondaan sukarela. Untuk menggalakkan dia orang, kita bagi skim perlindungan takaful insurans berkelompok. Kita juga mengadakan perkongsian bijak dengan pihak polis untuk mendaftarkan semua ahli jawatankuasa Rukun Tetangga dan pemastautin sukarelawan sebagai Rakan Cop yang akan membantu polis memerangi jenayah. Mereka menjadi Rakan Cop. Kita juga menggalakkan pemastautin sukarelawan, mengadakan hubungan yang akrab dengan pihak polis dengan mengunjungi balai-balai polis yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Pergilah, maknanya berjumpa, minum kopi, kadang kala kalau polis datang pun bagi mereka minum kopi, jadi bila hubungan itu akrab maka lebih mudahlah untuk mereka menjayakan skim rondaan sukarelawan ini. Yang Berhormat Rembau juga membangkitkan berkenaan penstrukturan semula Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional – reorganization dengan izin. Kertas cadangan untuk tujuan penstrukturan semula (reorganization) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional keseluruhannya telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan. Sebanyak 2,060 jawatan pelbagai gred dipohon berbanding perjawatan sedia ada iaitu 607 di seluruh negara. Pertambahan pegawai-pegawai JPNIN akan memantapkan jentera jabatan ke arah perpaduan dan integrasi nasional. Perbincangan telah dan sedang diadakan dengan JPA dan JPNIN menjangkakan penstrukturan semula ini akan dimuktamadkan pada tahun 2008. Berkenaan dengan institut kajian dan latihan integrasi nasional di dalam mempertingkatkan perpaduan, pendekatan latihan, kajian dan penyelidikan (R&D) akan dilaksanakan dengan membuat jalinan kerjasama pintar di antara universiti tempatan dan DR.7.11.2007 100

antarabangsa seiring dengan hasrat menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat serta melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pihak IKLIN berhasrat untuk membuat beberapa kajian tentang perpaduan dan integrasi nasional dan hasil kajian tersebut akan diterbitkan dan bakal menjadi panduan kepada kakitangan jabatan, pengamal sosial dan bahan rujukan yang digunakan oleh mahasiswa universiti tempatan dan antarabangsa. Kerja integrasi, IKLIN juga akan mengadakan kajian dan latihan serta kerjasama integrasi dengan beberapa buah IPTA untuk memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional. Antara IPTA dan juga swasta yang akan mengadakan kerjasama integrasi tersebut ialah Open University Malaysia, Kolej Bersatu Sarawak dan IKLIN sedang mengadakan perbincangan juga dengan IPTA untuk mengadakan kerjasama integrasi pada tahun 2008. IPTA-IPTA tersebut adalah Universiti Industri Selangor, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sains Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains dan Pengurusan, itu sahaja. Latihan ahli rukun tetangga dan NGO, ini ingat Yang Berhormat Kepong juga mengambil berat tentang betapa perlu kita memberikan latihan kepada sukarelawan ini. IKLIN ini tadi telah merancang untuk membangunkan sistem dan pangkalan data yang merangkumi maklumat dan keperluan latihan. Sistem ini dapat memastikan program latihan IKLIN mampu diselenggarakan secara lebih teratur dan sistematik dan seterusnya menjadikan IKLIN sebuah institusi yang efisien dan selaras dengan kemajuan sistem ICT masa kini. Fokus perancangan kursus ataupun latihan untuk jawatankuasa Rukun Tetangga/NGO 2008 setiap berikut: (i) kursus mediasi; (ii) kursus pengurusan perhubungan sosial; (iii) intervensi krisis; (iv) perdampingan sosial; (v) pemantapan Rukun Tetangga ; (vi) pengurusan Rukun Tetangga ; (vii) perdampingan sosial Kampung Medan; (viii) perdampingan perintis kepimpinan Rukun Tetangga; dan (ix) kursus penjanaan ekonomi Rukun Tetangga.

Untuk tahun 2008, beberapa modul yang lengkap telah pun disiapkan dan boleh dijadikan rujukan pelaksanaan bagi kursus yang seterusnya dan kursus di peringkat negeri. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya. DR.7.11.2007 101

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Boleh habiskan dalam masa 15 minit ini? Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, insya-Allah. Yang Berhormat Mambong mempersoalkan mengapa peruntukan pembersihan sungai diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan tidak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya mudah sampai kepada kumpulan sasaran. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan pembersihan sungai adalah terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kecuali dua projek iaitu: (i) pembersihan Sungai Klang dari Jalan Jelatek ke Masjid Jamek; dan (ii) cadangan pelaksanaan projek secara komprehensif bagi mengatasi masalah banjir di Sungai Damansara, Selangor. Kedua-dua projek telah dicadangkan pelaksanaan secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI). „ 1720 Walau bagaimanapun, disebabkan kos projek yang tinggi, keputusan telah dibuat untuk menggunakan peruntukan khas Perdana Menteri. Yang lain-lain itu semua, di bawah Kementerian Sumber Asli. Yang Berhormat bagi Serdang membangkitkan isu pembinaan projek penswastaan Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) menjejaskan hasil ekonomi pengusaha-pengusaha IKS di Taman Kajang Utama, dan mencadangkan dibina terowong bagi mengatasi masalah tersebut. Berhubung dengan cadangan pembinaan terowong seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, ia sedang dalam penelitian (UPE) Unit Perancang Ekonomi, JPM dan akan dipertimbangkan semasa kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Setakat ini, berjayalah selama hari ini, Yang Berhormat Serdang membangkitkan isu ini. Insya-Allah, dalam kajian separuh penggal kesembilan, kita akan pertimbangkan. Yang Berhormat bagi Mambong mencadangkan pembinaan bangunan guna sama persekutuan di Sarawak perlu disegerakan memandangkan bangunan sedia ada tidak kondusif. Tapak pembinaan bangunan guna sama persekutuan di Sarawak yang baru telah dikenal pasti di Jalan Bako, Petra Jaya, Kuching dan pihak JKR sedang membuat persediaan awal bagi pembinaan bangunan tersebut. Projek ini dijangka akan di tender pada Februari 2008. Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu mencadangkan supaya pelan tindakan dan penilaian dibuat secara berterusan ke atas impak dan pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Wilayah Pembangunan Iskandar supaya dapat mencapai pembangunan yang seimbang dan holistik. Bagi memastikan matlamat pembangunan NCER dan ECER tercapai serta memberi impak sosioekonomi masyarakat di sekitarnya, kerajaan telah merangka pelan induk bagi setiap pembangunan ekonomi wilayah berkenaan. DR.7.11.2007 102

Bagi merealisasikan pelaksanaannya, kerajaan bercadang menubuhkan pihak berkuasa tempatan seperti Pihak Berkuasa Tempatan Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Wilayah Pembangunan Iskandar untuk melaksana dan memantau program-program dan projek di setiap wilayah pembangunan ekonomi tersebut. Yang Berhormat bagi Gelang Patah, membangkitkan tentang status pelaksanaan WPI setakat ini. Sektor-sektor yang akan dimajukan dalam WPI, rancangan pembangunan WPI bagi tempoh 10 tahun akan datang dan insentif-insentif untuk pelabur tempatan dan langkah untuk menyebarkan maklumat kepada mereka serta respons terhadapnya. WPI telah dilancarkan secara rasmi oleh Sultan Johor pada 4 November 2006 dengan disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Ini menandakan permulaan fasa pembangunan ekonomi bagi Selatan Johor seperti yang terkandung dalam pelan pembangunan komprehensif yang dirangka bagi WPI. WPI akan dibangunkan sebagai sebuah metropolis bertaraf dunia di mana pelaburan akan ditumpukan kepada kluster industri baru seperti industri kreatif, kewangan, perkhidmatan, pendidikan, kesihatan, elektrik dan elektronik serta perkhidmatan logistik yang berkaitan. Setakat ini, pelaksanaan dan pembangunan di WPI sedang berjalan dengan lancar, malah sebuah badan telah pun ditubuhkan pada 17 Februari 2007 yang lalu yang dinamakan Pihak Berkuasa Tempatan Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), untuk melaksanakan dan memantau semua program dan projek di kawasan WPI. Selain dari itu, WPI juga telah menerima sambutan memberangsangkan daripada ramai pelabur asing yang berminat melabur di WPI seperti dari India, China, Singapura, Jepun serta dari negara-negara Timur Tengah. Mereka dijangka akan membawa masuk modal asing yang besar ke WPI dalam tempoh 20 tahun akan datang. Baru-baru ini, pada 29 Ogos 2007, perjanjian juga telah dimeterai di antara pelabur daripada sekumpulan pelabur negara Arab dengan jumlah pelaburan melebihi RM4.1 bilion untuk melaksanakan beberapa projek seperti projek hartanah, pelancongan dan rekreasi. Ini merupakan pelaburan luar yang pertama dilaksanakan di WPI. Pelabur berkenaan adalah daripada Negara-Negara Majlis Kerjasama Teluk, Gulf, iaitu Aldar Properties PJSC, Mubadala Development Company, Kuwait Finance House dan Millennium Development International Company. Pelaburan tersebut juga merupakan pembangunan hartanah terbesar dari pelabur asing tunggal di negara ini dan dipercayai ia salah satu dari pembangunan hartanah terbesar di peringkat serantau. Dalam perancangan pembangunan WPI, pelbagai sektor telah dikenal pasti untuk dimajukan termasuklah pelancongan dan santai, kreatif dan multimedia, kesihatan dan pendidikan, infrastruktur, logistik dan pelabuhan. Beberapa projek pemangkin termasuklah pusat pentadbiran baru Kerajaan Negeri Johor, kluster logistik perindustrian Johor Selatan, Waterfront City, hab perubatan, ... city dan cadangan destinasi pusat peranginan antarabangsa. DR.7.11.2007 103

Saya akan bagi jawapan seterusnya kepada Yang Berhormat Gelang Patah. Yang Berhormat Bukit Mertajam mencadangkan supaya diadakan peruntukan untuk pembinaan penyelenggaraan kuil, gereja dan sebagainya, rumah ibadat bukan Islam. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memang menyediakan peruntukan untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam pada setiap tahun. Yang Berhormat bagi Kuala Pilah meminta supaya negeri yang tidak diliputi oleh mana- mana pembangunan koridor seperti Negeri Sembilan dan Melaka dimasukkan juga ke dalam pembangunan koridor yang dirancang oleh kerajaan. Sungguhpun negeri-negeri yang tidak diliputi oleh pembangunan koridor seperti Negeri Sembilan dan Melaka tidak menjadi negeri komponen dalam lima koridor pembangunan yang dilaksanakan dalam RMK-9, mereka tetap menerima peruntukan pembangunan di bawah RMK-9 untuk membangunkan negeri masing- masing. Di samping itu, kedua-dua negeri ini dijangka akan mendapat manfaat besar daripada limpahan ekonomi kemajuan WPI dan ECER kerana kedudukan Negeri Sembilan dan Melaka yang berhampiran dengan kedua-dua koridor ekonomi tersebut dan mereka juga berhampiran dengan Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Yang Berhormat bagi Kinabatangan dan Yang Berhormat bagi Bera menggesa supaya perancangan pembangunan koridor mengambil pandangan semua pihak di negeri yang terlibat dengan pembangunan koridor yang berkenaan. Untuk maklumat Yang Berhormat, setiap agensi peneraju pembangunan koridor seperti Petronas untuk ECER dan Sime Darby untuk NCER, telah mendapat pandangan semua pihak terutamanya agensi di peringkat negeri untuk merangka pelan induk pembangunan koridor-koridor yang berkaitan. Bagi ECER, pihak Petronas telah mengadakan sesi taklimat dan soal jawab dengan pihak kerajaan negeri yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Exco Negeri untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas sebelum ECER dilaksanakan. Yang Berhormat bagi Cameron Highlands menggesa supaya dana-dana awam untuk membasmi kemiskinan dan pembangunan modal insan masyarakat India. Kerajaan akan meneruskan komitmennya melaksanakan strategi asas pengagihan iaitu pembasmian kemiskinan untuk semua kaum serta pembangunan modul insan yang juga untuk semua kaum di bawah RMK-9, kerajaan telah melaksanakan program pembangunan insan berkemahiran bagi belia India dari golongan miskin bermatlamat meningkatkan peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan pencapaian ekonomi di kalangan masyarakat India yang terlibat. Yang Berhormat bagi Kinabatangan menyarankan supaya Petronas terlibat secara lebih menyeluruh dalam pembangunan industri berasaskan petroleum di Sabah. Petronas sentiasa peka dengan keperluan untuk melibatkan usahawan-usahawan setempat dalam pembangunan industri petroleum dengan menyediakan peluang untuk terlibat dalam projek-projek yang dilaksanakan melalui tender-tender yang ditawarkan. Bagi skop kerja berskala besar serta memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi, Petronas melantik syarikat yang berkemampuan DR.7.11.2007 104

sebagai kontraktor utama. Bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan lancar mengikut jadual serta piawaian yang ditetapkan, Petronas sentiasa menasihatkan kontraktor utama untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan yang berkelayakan untuk membantu operasi mereka. Di samping itu, Petronas juga menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi pelbagai program kemasyarakatannya seperti pemberian biasiswa kepada anak-anak Sabah, penubuhan Sabah Valley Field Centre, Sabah Kadazan Culture Society, Sukma serta Penajaan Sabah Environment Award. Yang Berhormat bagi Santubong menyatakan iaitu bahawa equality before the law tidak direalisasikan. BBG iaitu Biro Bantuan Guaman, tidak dilihat begitu penting. BBG Sarawak kurang peguam. Sarawak negeri yang besar, sepatutnya lebih ramai peguam. Dengan demikian kepentingan orang-orang miskin tidak terbela dari segi undang-undang kerana tidak semua orang miskin mendapat khidmat guaman. ■1730 BBG telah ditubuhkan 37 tahun yang lalu, objektif penubuhan ialah untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan guaman perkara berkaitan sivil, syariah dan jenayah serta khidmat pengantara kepada golongan yang kurang berkemampuan yang berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun. BBG merupakan firma milik kerajaan yang terbesar yang bertujuan memberi bantuan guaman kepada golongan yang berkemampuan. Sehingga September 2007 BBG telah mengendalikan sebanyak 26,246 kes sivil, jenayah dan syariah di seluruh Malaysia. BBG mempunyai 22 cawangan di seluruh negara dengan tiga cawangan di Sarawak iaitu di Kuching yang di tubuh pada tahun 1980, Miri pada tahun 1991 dan Sibu pada tahun 2002. Bagi negeri Sarawak kerajaan telah meluluskan 51 perjawatan termasuk 15 orang pegawai dan pembantu undang-undang yang mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah dan Sivil di negeri Sarawak bagi pihak golongan yang tidak berkemampuan. Adalah menjadi hasrat BBG untuk mempertingkatkan bantuan guaman kepada golongan yang memerlukan bantuan guaman termasuk di luar bandar dan kawasan pendalaman di seluruh negara. Bagi negeri Sarawak BBG telah secara aktif menjalankan aktiviti promosi secara meluas ke seluruh negeri Sarawak. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah seperti mengadakan teknik guaman di kawasan-kawasan pedalaman di Kuching, Lawas dan Miri. BBG juga telah mengadakan khidmat guaman di penjara-penjara di Sarawak. Program Rakan BBG ceramah di balai-balai raya dan pejabat-pejabat kerajaan serta program akar umbi telah diadakan di seluruh negeri Perak. Poster-poster dan juga risalah-risalah juga diedarkan ke seluruh negeri bagi menghebahkan maklumat mengenai BBG kepada orang ramai di Sarawak. BBG memang telah, sedang dan akan sentiasa memberi bantuan khidmat nasihat guaman kepada semua golongan yang kurang berkemampuan tanpa mengira kaum, agama dan jantina selaras dengan bidang kuasa yang di peruntukan oleh undang-undang. DR.7.11.2007 105

Yang Berhormat Santubong menyentuh tentang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dan penyelarasan undang-undang Mahkamah Syariah. Berhubung dengan kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil; ianya telah dinyatakan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1988 iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah, sebelum (Pindaan) Perkara 121(1A) telah pun ada Peruntukan 145 Perlembagaan yang menyatakan Peguam Negara tidak ada kuasa dalam Mahkamah Syariah, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Anak Negeri. Ini jelas menunjukkan Perlembagaan mengakui kedudukan Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa eksklusif. Akan tetapi memandangkan Mahkamah Syariah terletak dalam bidang kuasa negeri, dari aspek perlaksanaan perintah Mahkamah Syariah ianya tertakluk kepada pihak-pihak yang tinggal di negeri di mana perintah tersebut dikeluarkan sahaja. Walau bagaimanapun, melalui Peruntukan Perintah Bersaling atau Reciprocate Prosiding di mana perintah yang dikeluarkan oleh sesebuah negeri boleh dilaksanakan di mana-mana negeri yang menerima pakai peruntukan ini. Setakat ini tidak semua negeri menerima modul undang-undang yang seragam yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Antara undang-undang tersebut ialah Undang-undang Pentadbiran Mahkamah Syariah, Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah, Undang-undang Keluarga Islam, Undang- undang Tatacara Mal dan Undang-undang Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah. Antara negeri yang belum membentangkan di peringkat undang-undang Dewan Undangan Negeri ialah negeri Kedah. Manakala Perlis dinyatakan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri tapi tidak diwartakan. Sejak penubuhan Jabatan Hakim Syariah Malaysia pada tahun 1998, usaha ke arah penyeragaman pentadbiran pembangunan yang diterima pakai di Mahkamah Syariah telah diambil seperti melalui Arahan Amalan Mahkamah Syariah, kaedah-kaedah dan peraturan serta Pekeliling Pejabat Ketua Pengarah JKSM. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, panjang lagi Yang Berhormat? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, banyak lagi. Boleh saya jawab bertulis? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya. Saya gunakan Peraturan 12(3) lanjutkan sedikit masa. Dah habis Yang Berhormat ya? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM5 bilion... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Nanti dulu. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia dah kata jawab jawapan bertulis. Dah selesai Yang Berhormat. DR.7.11.2007 106

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, saya mohonlah biar Yang Berhormat Menteri sambunglah hari Isnin. Sebab isu SPR yang saya bangkitkan dua kali, tadi saya bangkitkan kali ketiga semua jawapan bertulis. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Menteri dah jawab tadi. Tunggulah Yang Berhormat. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Dengan mereka dapat masa untuk bahas adalah di masa akhir lima minit semua jawab bertulis. Tuan Pengerusi saya rayulah. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Keputusan saya muktamad. masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM5 bilion... Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ini tidak adil macam ini.. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Masa akhir berucap lima minit semua jawapan bertulis kita nak balas pun tak boleh. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tunggulah jawapan nanti Yang Berhormat. Dia kata yang bertulis. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Semua saya ada yang bertulis, tapi tidak jawab apa yang sepatutnya dijawab kita tidak boleh soal. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM5,174,000 untuk Maksud B.1 ... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Bahas satu setengah hari, jawab satu setengah jam. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM76,714,000 untuk Maksud B.1; RM1,893,000 untuk Maksud B.2; RM114,077,000 untuk Maksud B.3; RM38,811,000 untuk Maksud B.4; RM46,119,000 untuk Maksud B.5; RM3,423,676,000 untuk Maksud B.6; RM1,324,909,000 untuk Maksud B.7; RM121,728,000 untuk Maksud B.8; RM146,727,000 untuk Maksud B.9 dan RM15,492,000 untuk Maksud B.40 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM76,714,000 untuk Maksud B.1; RM1,893,000 untuk Maksud B.2; RM114,077,000 untuk Maksud B.3; RM38,811,000 untuk Maksud B.4; RM46,119,000 untuk Maksud B.5; RM3,423,676,000 untuk Maksud B.6; RM1,324,909,000 untuk Maksud B.7, RM121,728,000 untuk Maksud B.8; RM146,727,000 untuk Maksud B.9 dan RM15,492,000 untuk Maksud B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,665,410,000 untuk Maksud P.6 dan RM69,914,000 untuk Maksud P.7 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2008 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. DR.7.11.2007 107

Wang sebanyak RM3,665,410,000 untuk Maksud P.6 dan RM69,914,000 untuk Maksud P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2008.

Dewan bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dan juga Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, berserta rakan sejawat, Timbalan Yang di- Pertua ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada masyarakat India yang beragama Hindu dan mereka yang meraikan pada esok hari. Kita berharap perayaan itu dapat juga dirayakan bersama-sama dan hadirilah rumah terbuka yang dibuat oleh mereka. Oleh yang demikian, Dewan yang mulia ini di tangguh sehingga hari Isnin 12 November 2007 jam 10 pagi.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.38 petang.