KENYATAAN MEDIA

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELAKU PENGERUSI COVID-19 COMMAND CENTRE

Sebagai langkah menangani penularan wabak Covid-19, Kerajaan Negeri telah memutuskan melalui mesyuarat Sabah Covid-19 Command Centre pada hari ini, untuk melaksanakan larangan-larangan seperti berikut :-

A. Larangan Kemasukan Peserta Ijtimak Tabligh Dunia Zon Asia 2020

1. Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan serta merta menyekat kemasukan jemaah tabligh yang menghadiri Ijtimak Tabligh Dunia Zon Asia di Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 18 – 19 Mac 2020. Mereka tidak dibenarkan masuk ke Negeri Sabah untuk tempoh 14 hari bermula hari ini.

B. Penutupan Operasi Terminal Bas Awam Seluruh Negeri Sabah

1. Maklumat daripada setiap daerah di Negeri Sabah mendapati bahawa masih banyak pergerakan penduduk di terminal bas daerah masing-masing mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan.

2. Bagi menangani perkara tersebut, Kerajaan Negeri memutuskan supaya Pihak Berkuasa Tempatan Daerah masing-masing MENUTUP semua operasi terminal bas awam (Inter-district) di seluruh negeri Sabah bermula 21 Mac 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac 2020.

Rujukan : JKM/COVID19/01 1

Sabah COVID-19 Command Centre hari ini juga ingin memaklumkan bahawa perkara- perkara dan isu-isu berikut telah dapat diselesaikan atau telah berjaya dilaksanakan, iaitu:

A. Isu Pelajar-Pelajar Sabah Yang Terkandas di Lapangan Terbang

1. Ramai pelajar-pelajar Sabah terkandas di lapangan-lapangan terbang di Semenanjung pada 18 Mac 2020.

2. Kerajaan Negeri telah menyelesaikan isu ini pada 19 Mac 2020 melalui Kementerian Pelajaran dan Inovasi dan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur.

3. Begitu juga dengan penumpang-penumpang warganegara Malaysia yang terkandas di lapangan terbang di Semenanjung Malaysia dan di Sarawak atau di lapangan terbang telah juga berjaya diatasi sepenuhnya pada jam 7.00 malam 19 Mac 2020.

B. Kerja-Kerja Pembersihan dan Penyahkuman [Disinfection] Di Bangunan Kerajaan

Bermula dari 15 Mac 2020 sehingga 20 Mac 2020, Kerajaan Negeri telah melakukan proses pembersihan dan penyahkuman [Disinfection] mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan dipantau oleh Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di 36 premis dan bangunan Kerajaan Negeri, iaitu:

1. KOTA KINABALU (1) Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu (2) Wisma MUIS, Kota Kinabalu

2. (1) Majlis Daerah Nabawan (2) Tandas Awam Nabawan (3) Dewan Serbaguna Nabawan (4) Tamu Nabawan (5) Pentas Terbuka Nabawan

3. (1) Majlis Daerah Semporna (2) Pejabat Daerah Semporna

Rujukan : JKM/COVID19/01 2

4. BEAUFORT (1) Majlis Daerah Beaufort (2) Astaka dan Dataran Bagandang Beaufort

5. (1) Pasar Am Beluran (2) Dewan Serbaguna Beluran (3) Majlis Daerah Beluran

6. PAPAR (1) Majlis Daerah Papar

7. PITAS (1) Majlis Daerah Pitas (2) Dewan Masyarakat Pitas

8. (1) Dewan Serbaguna Sipitang (2) Arked Peniaga Majlis Daerah Sipitang (3) Pasar Awam Sipitang (4) Gerai Makan Sipitang (5) Majlis Daerah Sipitang

9. (1) Kawasan PPR (2) Majlis Perbandaran Sandakan

10. (1) Majlis Perbandaran Tawau

11. (1) Majlis Daerah Tambunan (2) Dewan Masyarakat Tambunan (3) Mini Dewan Tambunan (4) Kantin Majlis Daerah Tambunan (5) Terminal Perhentian Teksi Tambunan (6) Balai Polis Tambunan

12. (1) Majlis Daerah Penampang (2) Pasar Am Penampang (3) Pasar Ikan Penampang (4) Tandas Awam Penampang (5) Bengkel Penampang

Rujukan : JKM/COVID19/01 3

C. Kerja-Kerja Pembersihan dan Penyahkuman [Disinfection] Di Masjid dan Surau

Kerajaan Negeri telah melakukan proses pembersihan dan penyahkuman [Disinfection] mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan dipantau oleh Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di 62 Masjid dan 90 Surau, iaitu :-

MASJID

1. Tungku (1) Masjid Ar Rahman Tungku (2) Masjid Nurul Haq Tungku (3) Masjid Al Badrul Tungku (4) Masjid Nur Anugerah Tungku

2. (1) Masjid Al Mansah Kg Sungai Langgas (2) Masjid Babu Salam Kg Kunak Jaya (3) Masjid Babusalam Basilan Kg Pangkalan (4) Masjid Nur Hidayah Kg Jaya Baru (5) Masjid Nurul Ma Arif Kg Bagiang (6) Masjid Al Muttaqin Kg Sungai Atas

3. Sandakan (1) Masjid Al-Aman, Sandakan (2) Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, Sandakan (3) Masjid As-Sohabah, Sandakan (4) Masjid Darussalam, Sandakan (5) Masjid Saidina Ali Abi Thalib, Sandakan (6) Masjid As-Syukri, Sandakan (7) Masjid Jamek Nurul Hikmah Kg. Semawang, Sandakan (8) Masjid Al-Fattah, Sandakan (9) Masjid Jamiur Rahman, Sandakan (10) Masjid Datuk Pangiran Galpam, Sandakan (11) Masjid An-Nur, Sandakan (12) Masjid Nurul Hidayah, Sandakan (13) Masjid Nur El-Nizam, Sandakan (14) Masjid Nurul Ehsan, Sandakan (15) Masjid Nurur Rahman, Sandakan (16) Masjid Al-Muraqabah, Sandakan (17) Masjid Daerah Sandakan (18) Masjid As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri, Sandakan (19) Masjid Al-Falah, Sandakan

Rujukan : JKM/COVID19/01 4

4. Sipitang (1) Masjid Imam Hj Ag.Hashim Pekan Sipitang (2) Masjid Saidina Uthman Sipitang (3) Masjid Abdullah Kg Lumut Sipitang (4) Masjid An-Nur Sipitang (5) Masjid Kg Sipotol Sipitang

5. Tambunan (1) Masjid At Taqwa Tambunan (2) Masjid Nurul Iman Tambunan

6. (1) Masjid Nurul Ikwaniyah Kg Gayang Tuaran (2) Masjid Al Muttakin Kg Indai (3) Masjid Al Akmal Kg Karambunai Baru (4) Masjid Umar Al-Khattab Taman Ria, Kk (5) Masjid Al Fattah Kg Lapasan (6) Masjid Al Qahar Kg Rugadeng (7) Masjid Kg Sha Bandar (8) Masjid Kg Sg Damit (9) Masjid Ubudiyah (10) Masjid At-Taqwa Perumahan Laya-Laya, Tuaran (11) Masjid At-Taubah, Kg. Lok Batik, Tuaran (12) Masjid Hj Kg.Bolong Baru, Tuaran

7. Kota Kinabalu (1) Masjid Negeri Sabah, Sembulan (2) Masjid Al Munir Kg Darau Manggatal (3) Masjid Pekan Manggatal (4) Masjid Raudah Kg Bandulan (5) Masjid Nurul Aman Kg Cenderamata 2 (6) Masjid Al Falah (7) Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (8) Masjid Muhajirin Kg Warisan (9) Masjid Nurul Huda Kg.Gentisan, Kota Kinabalu (10) Masjid Al-Kauthar Kg. Lama, Kota Kinabalu (11) Masjid Jamek Kg., Kota Kinabalu

8. Markas Tabligh (1) Masjid Pekan Manggatal (2) Masjid Haji Akbar Khan, Beaufort (3) Masjid Muqorrabah Kg. BDC, Sandakan

Rujukan : JKM/COVID19/01 5

SURAU

1. Sandakan (1) Sinar Muhammad Kg.Pulau Sirabut (2) Nur Rahman Kg.Gas (Hujung) (3) Al-Baroqah Kg.Lupak Meluas (Laut) (4) Al-Hassan Kg.Sundang (Laut) (5) Al-Husna Kg.Bakau (Lama) (6) Nurul Qamar Kg.Bakau (Baru) (7) Al-Hijratul Jannah Kg.Bakau (Tengah) (8) Nurul Fatihah Kg.Cenderamata (Laut) (9) At-Toyyibah Kg. Cenderamata Darat (10) Al-Hassanah Kg.Lupak Meluas (Darat) (11) Ar-Rahman Kg.Karamunting (Baru) (12) Al-Nur Rahmat Kg.Bukit Nanas (13) Al-Taubah Kg.Tabah (Baru) (14) Nurul Taqwa Kg.Air (15) Al-Furqan Kg.Sim Sim (16) Nur Iman Kg.Sungai Anib (Laut) (17) Al-Aqsa Kg.Batu 11 (18) Nur Falah Peringkat 1 (Rancangan Sungai Manila) (19) Al-Iman Peringkat 2(Rancangan Sungai Manila) (20) Al-Baroq Kg.Kuala Gum Gum (21) Nurul Hidayah Kg.Banting (22) Nurul Jannah Kg.Dandulit (23) Nur Ikhlas Kg.Sinar (Baru) (24) An-Nabawi Kg.Bimbim (25) Nurul Tauhid Kg.Baru (Batu 18) (26) Al-Hayat Kg.Tanjung Pisau Lelasun (27) Al Baydullah Kg.Pulau Pamaguan (28) Kurnia Kg.Pulau Lubukan (29) Al-Aqsa Kg.Pulau Sungai Nangka (30) Ar-Rahman Kg.Desa Baru (Tanjung Aru) (31) Nur Rahim Kg.Pulau Tanjung Batu (Darat) (32) Nur Hidayah Kg.Pulau Tanjung Batu (Laut) (33) Nur Islam Kg.Pulau Sepinong (34) Al-Iman Kg.Pulau Sumangat (35) As-Sofiyah Kg.Sri Manis (Gum Gum) (36) Al-Firdaus Kg.Pulau Bongon Besar (37) Nur Iman Kg. Baru (Pulau Timbang) (38) Al-Syukria Kg.Pulau Sungai Madang (39) An-Nur Peringkat 5 (Rancangan Sungai Manila) (40) As-Syukur Tamu Gum Gum (41) Nurul Izzati Kg.Pulau Semayang (42) Nur Aman Perumahan Ppr (Taman Murni)

Rujukan : JKM/COVID19/01 6

(43) Nurul Mu’minin Kg.Nelayan (Batu Putih) (44) Al-Taufik Ladang Nak (45) At-Taqwa Kg.Baru (Pulau Timbang) (46) Al-Barakat Kg.Forest (47) At-Taqwa Kg. Sungai Obar (48) Nur Iman Kg.Sungai Monyet (49) Siratul Solihin Kg.Api Api (Pulau Trongliman) (50) Addakwah Kg.Seguntur (51) Al-Yahya Shanghai (52) Nur Islam Pampang (53) As-Salam Sungai Obar (54) Al-Hamra Forest (55) Al Taqwa Ppr Gum-Gum (56) Al-Hikmah Kg.Perpaduan Batu 9 (57) At-Taqwa Mrsm Sandakan (58) At-Taqwa Tibi Ward (59) Al-Taqwa Kg. Mangkalinau (60) Al-Ikhwah Ppr Anggerik (61) Al-Muttaqin Sentosa Jaya 3 ½ (62) Ar-Rahman Kg. Semawang Darat (63) Surau Nurul Iman Kg.Nelayan Tengah (64) As-Shafie Taman Aman Jaya (65) Surau Al-Hidayah Kg. Batu Sapi Darat (66) Jannatul Firdaus Kg.Sungai Jipun (67) Surau Nur Iman Kg.Kitagas (68) Al-Firdaus Kg.Sinar Harapan Bt 24 (69) Nur Hidayah Kg.Upak (70) Nur Iman Kg.Samura (71) Darul Ihsan Ladang Sg Manjang (72) Ikhwanul Muslimin Hospital Duchess Of Kent (Dok) (73) Nur Islam Beras Nasional (74) Nurul Hidayah Balai Bomba (75) Al-Hakim Pangsapuri Pdrm (Batu 4½) (76) Al-Biruni Institut Latihan Perindustrian (Ilp) (77) Ar-Rafii Perpustakaan Negeri Sabah (78) Saidina Hamzah Desa Suria 2 (Kastam) (79) Nurul Iman Perumahan Perhutanan Sepilok (80) Ashhabul Kahfi Politeknik (81) Ar-Ridwan Pga Batu 10 (82) Az-Zikr Pga Batu 12 (83) Surau Ar-Raudhah Sepilok

Rujukan : JKM/COVID19/01 7

2. Tuaran (1) Surau Kg Melalin Tuaran (2) Surau Kg Bombong Tuaran (3) Surau Al Ikhwan Tmn Sri Rugading Tuaran (4) Surau Kg Dempelang Tuaran (5) Surau Kg Jembulang Tuaran

3. Kota Kinabalu (1) Surau Al Hidayah Angkasa Apartment Kk (2) Surau Nur Iman Tmn Kemajuan Likas Kk

D. Tindakan Ke Atas Premis Yang Tidak Ditutup

Kerajaan Negeri mengarahkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan Daerah masing-masing dikehendaki menjalankan penguatkuasaan terhadap mana- mana premis yang sepatutnya tidak beroperasi dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

E. Pusat Kuarantin

Bermula daripada 16 Mac 2020, selain daripada pengasingan di wad hospital, Kerajaan Negeri juga telah membuka Pusat Kuarantin di beberapa daerah untuk menempatkan PUI (Person Under Investigation) Covid-19 di Negeri Sabah.

1. Rumah Rehat 2. Rumah Rehat 3. Malaysian Palm Oil Board, 4. Projek Perumahan Rakyat Batu Putih Sandakan 5. Kompleks Belia Tawau

F. Bekalan Makanan

Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah telah memantau keadaan bekalan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Adalah disahkan bahawa tidak terdapat kekurangan bekalan makanan.

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI 20 Mac 2020 I 5.00 petang

Rujukan : JKM/COVID19/01 8