AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

PERINTAH KUALITI ALAM SEKELILING (AKTIVITI YANG DIISYTIHARKAN) (PEMBAKARAN TERBUKA)(PINDAAN) 201X ______SUSUNAN PERENGGAN ------Perenggan 1. Nama dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Aktiviti yang diisytiharkan 4. Ketidakpakaian perenggan 3 5. Pembatalan

JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA

1

AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 PERINTAH KUALITI ALAM SEKELILING (AKTIVITI YANG DIISYTIHARKAN) (PEMBAKARAN TERBUKA)(PINDAAN) 201X

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 29AA(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], Menteri, setelah berunding dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling, membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diisytiharkan)(Pembakaran Terbuka)(Pindaan) 201X.

(2) Perintah ini mula berkuatkuasa pada XX XXXX 201X

Tafsiran

2. Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“batang padi” termasuklah jerami padi dan rumpai sawah;

“kelengkapan pertanian” termasuklah apa–apa alat, perkakas dan rangka binaan yang digunakan bagi maksud pertanian;

“Pegawai Bomba” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 19881;

“Pegawai Bomba Bantuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988;

“Pegawai Pemeriksa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 19762;

2

“pekebun kecil” ertinya pemunya atau penduduk atau wakil pemunya atau penduduk tanah yang keluasannya kurang daripada 4 hektar;

“pihak berkuasa veterinar” mempunyai erti yang diberikan kepada nya di bawah Akta Binatang 1953 [Akta 647]

“tanah pertanian” ertinya apa-apa tanah yang digunakan bagi maksud pertanian;

“tanaman tumbuhan” ertinya apa–apa hasil bijian, rumput, buah atau hasil pertanian lain, atau apa–apa tumbuhan pertanian;

“tumbuhan” ertinya apa–apa jenis tumbuhan atau apa–apa bahagian atau keluaran daripada sesuatu tumbuhan atau tanaman tumbuhan sama ada yang terputus atau bercantum.

Aktiviti yang diisytiharkan

3. Tertakluk kepada perenggan 4, aktiviti–aktiviti yang berikut diisytiharkan bukan pembakaran terbuka sebagaimana yang ditakrifkan dalam dan bagi maksud seksyen 29A Akta selagi aktiviti itu dijalankan mengikut syarat–syarat yang dinyatakan di bawah :

(a) pembakaran apa–apa tumbuhan berpenyakit dan tumbuhan berbahaya dan kelengkapan pertanian yang berhubungan dengan tumbuhan berpenyakit dan tumbuhan berbahaya menurut suatu notis arahan, mengikut mana– mana yang berkenaan, di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976—

(i) yang hendaklah ditebang dan kering sebelum dibakar dengan saiz longgokan tidak melebihi 10 meter persegi bagi setiap longgokan dalam satu kawasan tidak melebihi 1 hektar sehari;

3

(ii) semasa cuaca kering kecuali jika Pegawai Pemeriksa atau mana–mana pihak berkuasa lain di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 mengarahkan supaya pembakaran dilakukan serta–merta;

(iii) bermula jam 9.00 pagi dan padam sepenuhnya sebelum jam 4.00 petang pada hari yang sama;

(iv) yang dilakukan minimum 500 meter daripada jalanraya/ dan laluan utama/ penduduk berhampiran yang lain;

(v) yang tidak menggunakan bahan yang mengeluarkan asap hitam sebagai bahan rebuk untuk menyalakan api;

(vi) yang tidak menyebabkan kacau–ganggu kepada penduduk yang berhampiran atau kebolehlihatan biasa;

(vii) yang dipantau dan dikawal dengan rapi dan yang dipadamkan selepas tumbuhan berpenyakit atau tumbuhan berbahaya, dan kelengkapan pertanian yang berhubungan dengan tumbuhan berpenyakit atau tumbuhan berbahaya, dan biojisim itu terbakar semuanya; dan

(viii) yang mengenainya Ketua Pengarah telah diberitahu secara bertulis dan mendapat kelulusan bertulis sebelum pembakaran dilakukan.

(b) Pembakaran bangkai binatang, burung dan bahan yang dijangkiti menurut subseksyen 33(1) Akta Binatang 1953 [Akta 647] —

(i) yang dilakukan di kawasan yang ditentukan oleh pihak berkuasa veterinar dan bukan kawasan tanah gambut;

(ii) yang tidak menggunakan bahan yang mengeluarkan asap hitam sebagai bahan rebuk untuk menyalakan api;

4

(iii) yang tidak menyebabkan kacau–ganggu kepada mana–mana penduduk yang berhampiran atau mengganggu kebolehlihatan biasa;

(iv) (Dipotong)

(v) yang mengenainya Ketua Pengarah telah diberitahu secara bertulis dan mendapat kelulusan bertulis sebelum pembakaran dilakukan.

(c) Pembakaran bahan api pepejal atau cecair atau rangka binaan dalam menjalankan kajian tentang punca dan pengawalan kebakaran, atau bagi melatih mana–mana Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan, atau mana– mana kakitangan pasukan bomba daripada mana–mana organisasi persendirian, institusi pendidikan atau organisasi sukarela atau pasukan bomba sukarela yang ditubuhkan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988, dengan kaedah–kaedah melawan kebakaran yang dipantau dan dikawal rapi oleh organisasi berkenaan.

(i) (Dipotong)

(ii) (Dipotong)

(d) Pembakaran tumbuhan daripada tanah yang dipugar bagi penanaman makanan atau tanaman kontan atau peladang sara hidup di luar bandar bagi maksud pertanian pindah —

(i) yang hendaklah ditebang dan kering sebelum dibakar dengan saiz longgokan tidak melebihi 10 meter persegi bagi setiap longgokan dalam satu kawasan tidak melebihi 1 hektar sehari;

(ii) semasa cuaca kering bermula jam 9.00 pagi dan padam sepenuhnya sebelum jam 4.00 petang pada hari yang sama;

5

(iii) yang dipantau dan dikawal dengan rapi sehingga semuanya habis terbakar;

(iv) yang mengenainya Penghulu atau Ketua Kampung di kampung tempat pembakaran hendaklah dilakukan telah dimaklumkan sebelum pembakaran itu; dan

(v) yang tidak dilakukan di atas mana–mana kawasan tanah gambut.

(e) Pembakaran batang padi sebelum penanaman semula —

(i) yang hendaklah ditebang dan kering sebelum dibakar dengan saiz longgokan tidak melebihi 10 meter persegi bagi setiap longgokan dalam satu kawasan tidak melebihi 1 hektar sehari;

(ii) semasa cuaca kering bermula jam 9.00 pagi dan padam sepenuhnya sebelum jam 4.00 petang pada hari yang sama;

(iii) yang dipantau dan dikawal dengan rapi; dan

(iv) Amaran yang mencukupi tentang bahaya yang mungkin timbul perlu diberikan kepada pengguna jalan raya sekiranya pembakaran dilakukan berhampiran dengan jalan raya atau laluan utama, persekutuan atau negeri;

(v) (Dipotong)

(vi) (Dipotong)

(f) (Dipotong)

(g) Pembakaran tumbuhan untuk memugar tanah bagi tujuan penanaman atau penanaman semula apa–apa tanaman tumbuhan oleh pemunya atau

6

penduduk dalam suatu kawasan pemilikan tanah dengan keluasan kurang daripada 4 hektar —

(i) yang hendaklah ditebang dan kering sebelum dibakar dengan saiz longgokan tidak melebihi 10 meter persegi bagi setiap longgokan dalam satu kawasan tidak melebihi 1 hektar sehari;

(ii) semasa cuaca kering bermula jam 9.00 pagi dan padam sepenuhnya sebelum jam 4.00 petang pada hari yang sama;

(iii) yang tidak menggunakan bahan yang mengeluarkan asap hitam sebagai bahan rebuk untuk menyalakan api;

(iv) yang dilakukan minimum 500 meter daripada jalanraya / laluan utama / penduduk berhampiran yang lain;

(v) yang tidak menyebabkan kacau–ganggu kepada penduduk yang berhampiran atau mengganggu kebolehlihatan biasa;

(vi) yang dipantau dan dikawal dengan rapi dan yang dipadamkan selepas tumbuhan yang ditebang dan biojisim itu habis terbakar;

(vii) yang tidak dilakukan di atas mana–mana kawasan tanah gambut;

(viii) yang dilakukan selepas permohonan bagi pembakaran secara bertulis dan mendapat kelulusan bertulis oleh Ketua Pengarah, dan

(ix) Menyediakan penghadang api dan peralatan memadam kebakaran.

(h) Pembakaran tunggul nenas sebelum penanaman semula, yang kering sebelum pembakaran, dalam suatu kawasan yang tidak melebihi 1 hektar sehari —

7

(i) semasa cuaca kering bermula jam 9.00 pagi dan padam sepenuhnya sebelum jam 4.00 petang pada hari yang sama;

(ii) yang tidak menggunakan bahan yang mengeluarkan asap hitam sebagai bahan rebuk untuk menyalakan api;

(iii) (Dipotong)

(iv) yang dilakukan jauh daripada jalan raya dan laluan utama yang lain;

(v) yang tidak menyebabkan kacau–ganggu kepada penduduk yang berhampiran atau mengganggu kebolehlihatan biasa;

(vi) yang dilakukan selepas permohonan bagi pembakaran diluluskan secara bertulis dan mendapat kelulusan bertulis oleh Ketua Pengarah; dan

(vii) (Dipotong)

(viii) Menyediakan penghadang api dan peralatan memadam kebakaran.

(i) Pembakaran apa–apa benda sebagai sebahagian daripada upacara keagamaan atau aktivti penyembahan atau perayaan;

(j) Pembakaran mayat;

(k) Unggun api untuk aktiviti rekreasi yang tidak dilakukan di atas mana–mana kawasan tanah gambut dengan syarat bara api hendaklah dipadamkan sepenuhnya selepas aktiviti tamat;

(l) Gril, barbeku atau tungku api di luar rumah atau perkhemahan bagi penyediaan makanan yang tidak dilakukan di atas mana–mana kawasan

8

tanah gambut dengan syarat bara api hendaklah dipadamkan sepenuhnya selepas aktiviti tamat;

(m) (Dipotong)

(n) Pembakaran daun, dahan pokok dan pangkasan halaman di kampung– kampung yang tidak dilakukan di atas mana–mana tanah gambut di mana saiz untuk setiap pembakaran adalah terhad kepada satu meter persegi untuk setiap pembakaran; dan

(o) Pembakaran gas mudah terbakar daripada sektor perindustrian pada keadaan normal industri.

Ketidakpakaian perenggan 3

4. Aktiviti–aktiviti yang diisytiharkan yang dinyatakan dalam perenggan 3, selain subperenggan 3(a), (i), (j), (l) dan (o), tidak terpakai bagi kawasan dalam lingkungan 30 kilometer jejari di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, dan khususnya yang ditunjukkan dalam peta dalam Jadul Kedua

Pembatalan

5. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Pembakaran Terbuka) 2000 dibatalkan.

9

JADUAL PERTAMA

MUKIM– DALAM LINGKUNGAN 30 KILOMETER JEJARI SEKITAR KLIA

NO. NEGERI DAERAH MUKIM 1. 2. Negeri Sembilan Jelebu Ulu Klawang 3. Negeri Sembilan Seremban Setul 4. Negeri Sembilan Seremban 5. Negeri Sembilan Seremban Labu 6. Negeri Sembilan Seremban Seremban 7. Negeri Sembilan Seremban 8. Negeri Sembilan Seremban 9. Negeri Sembilan Jimah 10. Negeri Sembilan Seremban 11. Negeri Sembilan Port Dickson Port Dickson 12. Negeri Sembilan Port Dickson 13. Negeri Sembilan Port Dickson Sirusa 14. Selangor Petaling Damansara 15. Selangor Hulu Langat Hulu Semenyih 16. Selangor Hulu Langat Cheras 17. Selangor Petaling Petaling 18. Selangor Klang Klang 19. Selangor Hulu Langat Kajang 20. Selangor Sepang Dengkil 21. Selangor Hulu Langat Semenyih

10

22. Selangor Kuala Langat Tanjung Duabelas 23. Selangor Kuala Langat Jugra 24. Selangor Kuala Langat Telok Panglima Garang 25. Selangor Hulu Langat Beranang 26. Selangor Kuala Langat Bandar 27. Selangor Kuala Langat Kelanang 28. Selangor Sepang Labu 29. Selangor Kuala Langat Morib 30. Selangor Kuala Langat Batu 31. Selangor Sepang Sepang 32. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Petaling 33. Wilayah Persekutuan Putrajaya

11

JADUAL KEDUA

J A D U A L K E D U A

1 0 1 ° 3 0 ' 1 0 1 ° 4 5 ' 1 0 2 ° 0 0 ' K a p a r A m p a n g

D a m a n s a r a H u l u S e m e n y i h C h e r a s G l a m i L e m i P e t a l i n g 3 ° 0 0 ' K l a n g U l u T r i a n g P e r a d o n g K a j a n g S e m e n y i h m k 0 3 T e l o k P a n g l i m a G a r a n g K u a l a K l a w a n g D e n g k i l B e r a n a n g L e n g g e n g U l u K l a w a n g J u g r a T a n j u n g D u a b e l a s 3 L a n g k a p B a n d a r 0 k m S e t u l

P a n t a i K e l a n a n g S e r e m b a n T e r a c h i 2 ° 4 5 ' M o r i b L a b u A m p a n g a n R a s a h S p r i S e p a n g 3 0 S r i M e n a n t i k m R a n t a u m J i m a h P e d a s k S e l e m a k 0 3 C h e m b o n g B o n g e k P o r t D i c k s o n C h e n g k a u P i l i n K u n d o r G a d o n g L i n g g i L e g o n g H i l i r S i r u s a T i t i a n B i n t a n g o r 2 ° 3 0 ' S e m e r b o k P s i r P a n j a n g

2 0 0 2 0 4 0 6 0 K i l o m e t e r s

P E T U N J U K

L i n g k u n g a n 3 0 k m K L I A L e b u h r a y a L o t T a n a h d a l a m l i n g k u n g a n 3 0 k m L e b u h r a y a T e r t u j u K h a s N e g e r i L e b u h r a y a B 2 0 N e g e r i S e m b i l a n L e b u h r a y a C y b e r j a y a - P u t r a j a y a S e l a n g o r L e b u h r a y a K L - S e r e m b a n ( P L U S ) W i l a y a h P e r s e k u t u a n L e b u h r a y a S K V E L e b u h r a y a E l i t e J a l a n r a y a N J a l a n K L I A 1 J a l a n K L I A - N i l a i J a l a n K u a r t e r s K L I A W E J a l a n N e g e r i J a l a n P e k e l i l i n g J a l a n P e r s e k u t u a n S L e b u h r a y a B a n d a r P u t r a j a y a

12

ENVIRONMENTAL QUALITY ACT 1974

ENVIRONMENTAL QUALITY (DECLARED ACTIVITIES)(OPEN BURNING) ORDER (AMMENDMENT) 201X ------ARRANGEMENT OF ORDERS ------Order 6. Citation and commencement 7. Interpretation 8. Declared activities 9. Non–application of paragraph 3 10. Revocation

FIRST SCHEDULE SECOND SCHEDULE

13

ENVIRONMENTAL QUALITY ACT 1974 ENVIRONMENTAL QUALITY (DECLARED ACTIVITIES)(OPEN BURNING) ORDER (AMMENDMENT) 201X

IN exercise of the powers conferred by sections 29AA(1) of the Environmental Quality Act 1974 [Act 127], the Minister makes the following order:

Citation and commencement

2. (1) This order may be cited as the Environmental Quality (Declared Activities)(Open Burning) Order (Ammendment) 201X.

(2) This Order comes into operation on XX XXXX 201X

Interpretation

3. In this order, unless the context otherwise requires —

“paddy stalks” includes paddy straws and paddy field weeds;

“agricultural equipment” includes any tool, utensil and structure used for agricultural purposes;

“Fire Officer” has the meaning assigned to it under the Fire Services Act 19881;

“Auxiliary Fire Officer” has the meaning assigned to it under the Fire Services Act 1988;

“Inspecting Officer” has the meaning assigned to it under the Plant Quarantine Act 19762;

“smallholder” means the owner or occupier or representative of the owner or occupier of any land of an area of less than 4 hectares;

14

“veterinary authority” has the meaning assigned to it under the Animal Act 1953 [Act 647];

“agricultural land” means any land used for agricultural purposes;

“plant crops” means any produce of grain, grass, fruit or other agricultural produce, or any agricultural plant;

“plant” means any species of plant or part or product of a plant or plant crops whether severed or attached.

Declared activities

3. Subject to paragraph 4, the following activities are declared not to be open burning as defined in and for the purpose of section 29A of the Act so long as such activity is carried out in accordance with the conditions specified below :

(a) the burning of any diseased plant and noxious plant and agricultural equipment relating to the diseased plant and noxious plant pursuant to a notice or direction, as the case may be, under the Plant Quarantine Act 1976—

(i) which shall be felled and is dry prior to burning with the size of not more than 10 meter square of pile in an area and not more than 1 hectare per day;

(ii) during dry weather except where the Inspecting Officer or any other authority under the Plant Quarantine Act 1976 has directed that immediate burning be carried out;

(iii) which is carried out at 9.00 a,m and put out completely before 4.00 p.m on the same day;

15

(iv) which is carried out 500 meter from the roads/ and major routes/ other nearby residents;

(v) which does not use material that emit black smoke as tinder material to ignite fire;

(vi) that does not cause a nuisance to nearby residents nor interfere with normal visibility;

(vii) which is closely monitored and controlled and which shall be stopped after the diseased plant or noxious plant, and agricultural equipment relating to the diseased plant or noxious plant, and the biomass is completely burned; and

(viii) of which the Director General has been notified in writing and issued a written approval before the burning is carried out;

(b) the burning of carcasses of infected animal, bird and material pursuant to subsection 33(1) of the Animals Act 1953 [Act 647]—

(i) which is carried out at such areas designated by the veterinary authority and not at the peat soil area;

(ii) which does not use material that emit black smoke as tinder material to ignite the fire;

(iii) that does not cause a nuisance to nearby residents nor interfere with normal visibility;

(iv) (Deleted)

16

(v) of which the Director General has been notified in writing and issued a written approval before the burning is carried out;

(c) the burning of solid or liquid fuels or structures in the course of carrying out research into the causes and control of fires, or for the training of any Fire Officer, Auxiliary Fire Officer, or any personnel in the fire-brigades of any private organization, educational institution or voluntary organization or voluntary fire-brigades established under the Fire Services Act 1988, with the methods of fighting fires which are closely monitored and controlled by the respected organization.

(i) (Deleted)

(ii) (Deleted)

(d) the burning of plant from a land clearing for the cultivation of food crops or cash crops or by subsistence farmers in rural areas for the purposes of shifting cultivation—

(i) which shall be felled and is dry prior to burning with the size of not more than 10 meter square of pile in an area and not more than 1 hectare per day;

(ii) during dry weather and carried out at 9.00 a,m and put out completely before 4.00 p.m on the same day;

(iii) which is closely monitored and controlled until completely burned;

(iv) of which the Penghulu or Village Headman of the village in which the burning is to be carried out has been informed prior to the burning; and

(v) which is not carried out at any peat soil area;

17

(e) the burning of paddy stalks prior to replanting —

(i) which shall be felled and is dry prior to burning with the size of not more than 10 meter square of pile in an area and not more than 1 hectare per day;

(ii) during dry weather and carried out at 9.00 a,m and put out completely before 4.00 p.m on the same day;

(iii) which is closely monitored and controlled until completely burned; and

(iv) an adequate warning of the potential hazards shall be given to road- users where the burning is carried out near the roads or other major federal or state routes;

(v) (Deleted)

(vi) (Deleted)

(f) (Deleted)

(g) The burning of plants for land clearing for the purpose of planting or replanting of any crops by the owner or occupier in an area that does that does not exceed 4 hectares —

(i) which shall be felled and is dry prior to burning with the size of not more than 10 meter square of pile in an area and not more than 1 hectare per day;

(ii) during dry weather and carried out at 9.00 a,m and put out completely before 4.00 p.m on the same day;

18

(iii) which does not use material that emit black smoke as tinder material to ignite the fire;

(iv) which is carried out with a minimum of 500 meters away from the roads/ major routes/ nearby residents;

(v) that does not cause a nuisance to nearby residents nor interfere with normal visibility;

(vi) which is closely monitored and controlled and which shall be stopped after the plant and the biomass is completely burned;

(vii) which is not carried out at any peat soil area;

(viii) of which the Director General has been notified in writing and issued a written approval before the burning is carried out; and

(ix) of which fire-breaker and fire extinguisher is provided;

(h) the burning of pineapple stumps prior to replanting, which is dry prior to burning, in an area that does not exceed 1 hectare per day—

(i) during dry weather and carried out at 9.00 a,m and put out completely before 4.00 p.m on the same day;

(ii) which does not use material that emit black smoke as tinder material to ignite the fire;

(iii) (Deleted)

(iv) Which is carried out away from the roads and other major routes;

19

(v) That does not cause a nuisance to nearby residents nor interfere with normal visibility;

(vi) of which the Director General has been notified in writing and issued a written approval before the burning is carried out; and

(vii) (Deleted)

(viii) of which fire-breaker and fire extinguisher is provided

(i) the burning of any article as part of religious rites or worshipping activities or celebration;

(j) cremation;

(k) camp fire for recreational activities which is not carried out at any peat soil area which shall be put out after activity ends;

(l) grills, barbecues or fireplaces for outdoor or camping for the preparation of food which is not carried out at any peat soil area which shall be put out after activity ends;

(m) (Deleted)

(n) The burning of leaves, tree branches and yard trimmings in villages in rural areas which is not carried out at any peat soil area where the size for each burning is limited to 1 meter square; and square of pile in an area and not more than 1 hectare per day; and

(o) The burning of flammable gases from the industrial sector at a normal operation condition.

20

Non- application of paragraph 3

4. The declared activities specified in paragraph 3, other than subparagraph 3(a), (i), (j), (l) and (o), shall not apply to the area within 30 kilometre radius of Kuala Lumpur International Airport (KLIA) as specified in the First Schedule, and specifically shown in the map in the Second Schedule.

Revocation

5. The Environmental Quality (Prescribed Activities)(Open Burning) Order 2000 is revoked.

21

FIRST SCHEDULE

MUKIM WITHIN 30 KILOMETERS RADIUS FROM KLIA

NO. STATE DISTRICT MUKIM 1. Negeri Sembilan Seremban Lenggeng 2. Negeri Sembilan Jelebu Ulu Klawang 3. Negeri Sembilan Seremban Setul 4. Negeri Sembilan Seremban Pantai 5. Negeri Sembilan Seremban Labu 6. Negeri Sembilan Seremban Seremban 7. Negeri Sembilan Seremban Ampangan 8. Negeri Sembilan Seremban Rasah 9. Negeri Sembilan Port Dickson Jimah 10. Negeri Sembilan Seremban Rantau 11. Negeri Sembilan Port Dickson Port Dickson 12. Negeri Sembilan Port Dickson Linggi 13. Negeri Sembilan Port Dickson Sirusa 14. Selangor Petaling Damansara 15. Selangor Hulu Langat Hulu Semenyih 16. Selangor Hulu Langat Cheras 17. Selangor Petaling Petaling 18. Selangor Klang Klang 19. Selangor Hulu Langat Kajang 20. Selangor Sepang Dengkil 21. Selangor Hulu Langat Semenyih 22. Selangor Kuala Langat Tanjung Duabelas 23. Selangor Kuala Langat Jugra 24. Selangor Kuala Langat Telok Panglima Garang 25. Selangor Hulu Langat Beranang 26. Selangor Kuala Langat Bandar 27. Selangor Kuala Langat Kelanang 28. Selangor Sepang Labu 29. Selangor Kuala Langat Morib 30. Selangor Kuala Langat Batu 31. Selangor Sepang Sepang 32. Federal Teritory Kuala Lumpur Petaling 33. Federal Teritory Putrajaya

22

SECOND SCHEDULE

J A D U A L K E D U A 1 0 1 ° 3 0 ' 1 0 1 ° 4 5 ' 1 0 2 ° 0 0 ' K a p a r A m p a n g Lebuhraya D a m a n s a r a H u l u S e m e n y i h C h e r a s G l a m i L e m i P e t a l i n g 3 ° 0 0 ' K l a n g U l u T r i a n g P e r a d o n g K a j a n g S e m e n y i h m k 0 3 T e l o k P a n g l i m a G a r a n g K u a l a K l a w a n g D e n g k i l B e r a n a n g L e n g g e n g U l u K l a w a n g J u g r a T a n j u n g D u a b e l a s 3 L a n g k a p B a n d a r 0 k m S e t u l

P a n t a i K e l a n a n g S e r e m b a n T e r a c h i 2 ° 4 5 ' M o r i b L a b u A m p a n g a n R a s a h S p r i S e p a n g 3 0 S r i M e n a n t i k m R a n t a u m J i m a h P e d a s k S e l e m a k 0 3 C h e m b o n g B o n g e k P o r t D i c k s o n C h e n g k a u P i l i n K u n d o r G a d o n g L i n g g i L e g o n g H i l i r S i r u s a T i t i a n B i n t a n g o r 2 ° 3 0 ' S e m e r b o k P s i r P a n j a n g

2 0 0 2 0 4 0 6 0 K i l o m e t e r s

LEGENDPLEGENE T U N J U K D L Withini n g k u 30kmn g a n 3 0 k m KKLIAL I A HighwayL e b u h r a y a LLoto t withinT a n a h30km d a l a m l i n g k u n g a n 3 0 k m L Dedicatede b u h r a y Highwaya T e r t u j u K h a s StateN e g e r i L Be 20b u Highwayh r a y a B 2 0 NNegerie g e r iSembilan S e m b i l a n L Cyberjayae b u h r a y –a Putrajaya C y b e r j a Highwayy a - P u t r a j a y a SSelangore l a n g o r L KLe b –u Serembanh r a y a K L (PLUS)- S e r e mHighwayb a n ( P L U S ) WFederali l a y a hTeritory P e r s e k u t u a n L SKVEe b u h Highwayr a y a S K V E L ELITEe b u h Highwayr a y a E l i t e RoadJ a l a n r a y a N J KLIAa l a n 1 K RoadL I A 1 J KLIAa l a n – K NilaiL I A Road- N i l a i J KLIAa l a n Quarters K u a r t e rRoads K L I A W E J Statea l a n Road N e g e r i J Pekelilinga l a n P e k Roade l i l i n g J Federala l a n P Roade r s e k u t u a n S L Putrajayae b u h r a y Urbana B a nMotorwayd a r P u t r a j a y a

23