DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 05 JULAI 2004, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 18

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. 58-101081 Dato’ Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh [ Gerik ] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan setakat manakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1971 telah mencapai matlamatnya dan adakah dasar ini perlu diubah suai atau dimantapkan dalam situasi kita menuju ke arah matlamat Wawasan 2020.

2. 140-100577 Dr. Junaidy Bin Abdul Wahab [ Batu Pahat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah usaha yang sedang dijalankan bagi mewujudkan mahkamah keluarga yang diasaskan kepada undang- undang bagi menjamin kepentingan komponen sivil dan komponen syariah.

3. 142-100468 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengatasi masalah Ahli Farmasi dengan:-

(a) mewajibkan ahli Farmasi Swasta berkhidmat di hospital Kerajaan bagi jangka waktu tertentu sebagai pra-syarat pendaftaran tahunan; dan

(b) membenarkan Ahli Farmasi yang pulang ke tanah air berkhidmat di sektor swasta untuk memenuhi pra-syarat pendaftaran. 2 AUM DR 05/07/2004

4. 110-100819 Dato’ Goh Siow Huat [ Rasah ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah strategi atau langkah khas polis untuk membendung kejadian ragut ke atas beg tangan, telefon bimbit, rantai emas dan sebagainya yang merupakan satu ancaman kepada golongan wanita dan kejadian didapati berlaku di waktu siang dan malam dan juga di tempat awam.

5. 216-100142 Tuan [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah “Local Agenda 21” telah dilaksanakan dan sejauh mana pelaksanaannya telah meningkatkan “urban governance” di Malaysia.

6. 143-100491 Dato’ Shahrir Bin Abdul Samad [ Bahru ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan adakah Menteri berpuashati dengan keadaan selepas pembubaran Perbadanan Pembangunan Bandar bahawa terdapat kurangnya perhatian dan tindakan Kerajaan terhadap matlamat penyusunan semula masyarakat dalam bandar dan bandaraya.

7. 180-101127 Tuan Jawah anak Gerang [ Lubok Antu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan pelancong yang datang ke negara ini pada tahun 2003 dan 2004 serta usaha-usaha Kerajaan untuk meningkatkan produk-produk pelancong seperti pendidikan, sukan dan kesihatan.

8. 161-100175 Datuk Abdul Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan dalam usaha memperkasakan MATRADE sebagai agensi perdagangan luar, bilakah MATRADE akan dikorporatkan dan apakah faedahnya dalam meningkatkan daya saing eksport negara.

9. 106-100378 Datuk Haji Astaman Bin Abdul Aziz [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kedudukan perancangan, penyelarasan pembangunan dan pengurusan Kawasan Rizab Melayu, Kampung Tradisional dan Kampung Baru di Wilayah Persekutuan . Sejauh manakah langkah Kerajaan dalam merangka pelan tindakan untuk memperbaiki taraf hidup dan meningkatkan infrastruktur dan kemudahan masyarakat. 3 AUM DR 05/07/2004

10. 22-100060 Ir. Shaari Bin Hassan [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi memastikan Wawasan 2020 dapat dicapai dan apakah “indicator” yang boleh dicapai lebih awal dari sasaran bagi pengiktirafan sebagai negara maju.

11. 21-100273 Tuan Haji Md. Alwi Bin Che Ahmad [ Ketereh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kriteria-kriteria dan syarat-syarat utama untuk membolehkan seseorang Pensyarah Universiti itu menjadi seorang Profesor dalam bidang masing-masing.

12. 114-100529 Datuk Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan mengapa pada sambutan Hari Belia tahun 2004 yang lalu tidak terdapat seorang pemimpin belia yang terpilih untuk dianugerahkan "Tokoh Belia Negara" seperti mana tahun-tahun sebelumnya. Apakah dasar pemilihan tokoh ini.

13. 13-100224 Tuan Hashim Bin Jahaya [ Kuala ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dan atau akan diambil oleh Kementerian bagi memertabatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebagai jentera Kerajaan diperingkat akar umbi di seluruh negara dalam merancang melaksana dan menyiapkan projek- projek kemajuan kampung.

14. 72-100471 Tuan Muhamad Shahrom Bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah pegawai yang telah dianugerahkan tauliah DiRaja melalui Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)setakat ini; dan

(b) berapa orang pula yang menyertai Pasukan Askar Wataniah atau Pasukan Simpanan Tentera yang lain setelah mereka ditauliahkan.

15. 115-100020 Dato’ Firdaus Bin Harun [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan kursus peringkat Diploma dan Ijazah mengikut negeri dan jumlah pelajar mengikut kaum. 4 AUM DR 05/07/2004

16. 92-100803 Dr. Rahman Bin Ismail [ Gombak ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) apakah persediaan yang telah dibuat di dalam menangani Pandemik Penyakit Influenza yang dijangka menyerang dunia di dalam masa yang terdekat; dan

(b) apakah langkah-langkah yang telah dibuat di dalam persediaan kemungkinan serangan wabak Sindrom Pernafasan Akut.

17. 206-100875 Tuan [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan jumlah nelayan yang telah diculik oleh lanun-lanun sejak tempoh lima tahun yang lepas untuk tujuan wang tebusan di sekitar Selat Melaka serta langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan demi melindungi para nelayan dari jenayah semacam ini.

18. 68-101051 Dato’ Mohd Sarit Bin Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah rancangan dan program Kerajaan untuk melipat gandakan minat membaca di kalangan rakyat, terutamanya melalui pemupukannya sejak di bangku sekolah.

19. 137-100721 Tuan Razali Bin Ibrahim [ Muar ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah nilaian eksport komoditi-komoditi utama negara bagi tahun 2003 berbanding 2002 dan negara pengimport utama kepada komoditi-komoditi ini.

20. 208-100986 Tuan [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kedudukan Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR) yang baru ditubuhkan dari aspek pengurusan, kutipan dana, lokasi dan kampus, jenis kursus yang ditawarkan tenaga pengajar dan pelajar yang diambil serta halangan awal perlaksanaannya.

21. 214-100631 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan anggaran kos setahun jika Kerajaan menerusi Jabatan imigresen mahu melaksanakan sistem Maklumat Awal Penumpang (API) bagi menangani masalah pengganas atau penjenayah memasuki negara ini. 5 AUM DR 05/07/2004

22. 156-100429 Tuan [ Beluran ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh mana BIO 2004 telah memperkenalkan potensi bioteknologi negara. Apa pendekatan yang diambil oleh Kementerian untuk menarik lebih banyak firma bioteknologi besar di dunia untuk membangun produk mereka di negara ini.

23. 40-100616 Datuk Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Omar [ Larut ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah pihak Kementerian tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar sewa telefon rumah terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar di negara ini selaras dengan dasar Kerajaan untuk membantu masyarakat di kawasan- kawasan tersebut.

24. 69-100025 Tuan Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan berapakah kes yang telah dikesan berhubung dengan wakil pos yang sengaja membuang surat dan apakah langkah- langkah yang telah diambil bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pos di Malaysia.

25. 144-100802 Datuk Nur Jazlan Bin Mohamad [ Pulai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah beliau sedar bahawa Kerajaan Singapura sedang menimbang untuk membawa kes pemecahan Tambak Johor ke Mahkamah Dunia (International Court of Justice) bagi mengekalkan Tambak tersebut sebagai harta warisan (heritage).

26. 188-100988 Tuan Billy Abit Joo @ Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kementerian beliau memantau kerja-kerja yang dijalankan di projek Hidroelektrik Bakun. Jika ya, bolehkah beliau nyatakan di manakah penduduk Bumiputera Belaga telah dipindahkan dan namakan syarikat-syarikat terlibat secara langsung di dalam kerja-kerja tersebut.

27. 139-100001 Ir. Dr. [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah serta pelan tindakan bersepadu Kementerian dengan 9 Kementerian yang lain untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam bagi bandar raya-bandar raya di Malaysia agar pengguna jalan raya memilih pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 6 AUM DR 05/07/2004

28. 150-100236 Tuan [ Tuaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa guru-guru yang mengajar bahasa Kadazandusun menghadapi banyak masalah kerana ketiadaan buku teks, jika sedar kenapakah Kerajaan melambat-lambatkan penyediaan buku teks bahasa Kadazandusun untuk tahun 1 hingga tahun 6.

29. 55-100212 Tuan Huan Cheng Guan [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Bangunan Kolej Komuniti di Parlimen Batu Kawan akan dibina.

30. 163-100171 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada penjualan peta topograpi berskala 1:50,000 dapat dilonggarkan penghadannya memandangkan ia sudah absolit kerana emejri dari angkasa kini boleh diperolehi pada bila-bila masa oleh sesiapa pun.

31. 209-101018 Puan Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah markah untuk gred A,B,C,D dan E bagi setiap mata pelajaran jurusan Sains dan Sastera dalam peperiksaan STPM dan Matrikulasi pada tahun 2003. Apakah pertambahan bilangan pencapaian gred A dalam peperiksaan STPM disebabkan oleh peningkatan prestasi pelajar-pelajar atau disebabkan oleh penurunan markah untuk gred berkenaan.

32. 75-100094 Tuan Ismail Bin Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) adakah felda bercadang untuk mengambil alih ladang- ladang yang telah dipajakkan oleh peneroka kepada pihak ketiga dan bersedia membayar balik wang pajakan tersebut kepada pihak ketiga bagi pihak peneroka; dan

(b) apakah langkah-langkah Felda untuk menghalang peneroka memajakkan ladang mereka kepada pihak ketiga.

33. 179-100093 Tuan Jimmy Donald [ Sri Aman ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan kes penyeluk saku dan peragut beg (pick pockets and snatch thieves) yang telah dilaporkan kepada pihak polis sejak lima tahun kebelakangan ini mengikut negeri dan apakah usaha yang telah diambil untuk membanteras gejala ini. 7 AUM DR 05/07/2004

34. 201-100177 Tuan Haji Abdul Fatah Bin Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah fokus dan objektif sebenar “Malaysian Agriculture Horticulture & Agrotourism Show” (MAHA) yang diadakan setiap tahun. Dan apakah hasil yang diperolehi oleh petani-petani.

35. 207-100949 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes jenayah terutamanya ragut, rogol dan bunuh untuk tahun-tahun 2000, 2001,2002, 2003 dan 2004. Apakah faktor-faktor penjenayah ini dan bandingan dengan negara- negara lain.

36. 9-100064 Dato’ Abdul Rahman Bin Ariffin [ Jerlun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-

(a) adakah Kerajaan mengalami kerugian besar akibat daripada penyeludupan beras yang berlaku pada hari ini; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengatasinya.

37. 95-100547 Tuan Lau Yeng Peng [ Puchong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan dan bilakah Kementerian bercadang untuk menyambung perkhidmatan STAR atau LRT ke kawasan Puchong daripada Bukit Jalil yang berdekatan demi mengurangkan masalah kesesakan jalan raya dan perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang memuaskan di Puchong.

38. 205-100489 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah sebenar pelajar-pelajar yang tidak melaporkan diri untuk Program Latihan Khidmat Negara dan juga jumlah tindakan undang- undang di Mahkamah yang telah diambil atau yang akan diambil terhadap mereka yang gagal berbuat demikian.

39. 75-100095 Tuan Ismail Bin Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah Felda dan Kerajaan untuk memberi kesedaran kepada peneroka untuk rajin bekerja di ladang, menggalakkan generasi kedua dan ketiga turut membantu di ladang dengan tidak memberi upah kepada orang ketiga atau buruh asing. 8 AUM DR 05/07/2004

40. 164-101101 Tuan Donald Peter Mojuntin [ Penampang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah rancangan Kementerian untuk menetapkan jumlah peruntukan atau kuota bantuan pembinaan/pembaikan rumah PPRT di setiap daerah di berbanding dengan kaedah sekarang dimana Pejabat Daerah diminta untuk menyerahkan senarai kepada JPPS untuk kelulusan.

41. 173-100139 Datuk Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) jangkamasa untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 hanya tinggal 16 tahun, dari itu apakah pelan perancangan yang menyeluruh untuk Negara mencapai status Negara maju secara menyeluruh khususnya bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi, sosial dan budaya; dan

(b) adakah dasar dan pelan tindakan Kerajaan untuk menjana sumber manusia yang berkualiti, kreatif, inovatif, berdaya saing, tahan lasak, dan berjiwa besar sudah mencukupi jikalau tidak apa lagi yang akan dirancang.

42. 25-100750 Tuan Mohd. Razali Bin Che Mamat [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan mengenai langkah- langkah yang telah diambil bagi membanteras penjualan ayat-ayat suci Al- Quran oleh bukan Islam secara berleluasa dan terang-terangan di kedai- kedai jam, gambar, kedai barangan murah dalam bentuk frame dan diletakkan merata-rata tempat seperti atas lantai, dalam tandas dan sebagainya yang menimbulkan keadaan yang tidak disenangi oleh kalangan umat Islam.

43. 32-101007 Tuan Mohamed Yusop Bin Majid [ Setiu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah mengawal kerja-kerja mengambil semula kenderaan dalam sewaan sebagaimana Akta Sewa Beli, Seksyen 16 dimana kerja-kerja yang dilakukan itu terlalu ganas dan ala gangster sehingga kesannya berlaku pergaduhan dan pembunuhan dan adakah langkah mengkaji semula kaedah mengambil balik ini perlu dibuat.

44. 177-101027 Tuan [ Serian ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Projek Pembinaan Jalan Raya Kuching-Serian dijangka akan siap dan berapa kosnya. 9 AUM DR 05/07/2004

45. 11-100334 Dato’ Ghazali Bin Ibrahim [ Padang Terap ] minta MENTERI KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN menyatakan fungsi dan peranan Kementerian serta sejauh manakah perancangan yang telah dibuat untuk memelihara tempat-tempat bersejarah termasuklah bangunan-bangunan lama.

46. 161-100185 Datuk Abdul Rahim Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) apakah langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan jumlah dokor di Sabah memandangkan nisbah doktor penduduk Sabah ialah 1:3397 (Tahun 2002) berbanding nisbah doktor dan penduduk peringkat Nasional ialah 1:1444; dan

(b) apakah UMS bercadang menambah pengambilan pelajar perubatan bagi menyelesaikan kekurangan ini memandangkan setakat ini jumlahnya hanya 35 orang.

47. 136-100410 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah peranan Kerajaan di dalam menangani aktiviti-aktiviti keganasan di peringkat antarabangsa bagi tujuan membantu dunia menanganinya dan mengelakkan Malaysia daripada ditindas oleh pihak lain dengan menggunakan isu-isu tersebut.

48. 25-100751 Tuan Mohd. Razali Bin Che Mamat [ Kuala Krai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengenai bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan tenaga pengajar dari sekolah-sekolah tersebut yang telah diserap masuk di bawah Kementerian setakat ini. Apakah program- program yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian terhadap kakitangan yang terbabit bagi menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran kerja yang baru.

49. 72-100485 Tuan Muhamad Shahrom Bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan:-

(a) sejauh mana keberkesanan nombor telefon aduan LPKP yang ditulis di kenderaan perdagangan; dan

(b) berapa banyak aduan yang diterima dan apa tindakan yang telah diambil ke atas aduan-aduan yang telah dilaporkan. 10 AUM DR 05/07/2004

50. 203-100328 Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah kos penubuhan dan pengendalian stesen penyelidikan di Kutub Antartik yang dicadangkan oleh USM. Nyatakan faedahnya kepada negara memandangkan Malaysia merupakan negara beriklim tropika.

51. 127-100100 Datuk Mohamad Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan sejauh manakah kuasa Kementerian dalam menjaga isu (contents) sesuatu rancangan terutama iklan-iklan yang dibawa masuk dari luar negara.

52. 15-100341 Dato’ Dr. Wan Azmi Bin Wan Ariffin [ Sik ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah dasar-dasar yang sama dikenakan terhadap IPTA dan IPTS, dan apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk memperkembangkan lagi IPTS.

53. 96-100251 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan bilangan pembantu rumah warga asing mengikut negara dan agama. Apakah Kerajaan bercadang majikan dikehendaki memasang CCTV agar dijadikan bukti sekiranya pembantu rumah disyaki menyeksa anak-anak kecil jagaannya atau ada tuduhan majikan mendera pembantu rumah tetapi sebenarnya mencederakan diri.

54. 37-100539 Datuk Rosli Bin Mat Hassan [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan baki Bon Dana Harta yang belum ditebus bagi tahun 2003 dan nyatakan bon-bon yang belum matang serta jumlahnya.

55. 100-100360 Dr. Tan Kee Kwong [ Segambut ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan status tanah berjumlah 420 ekar di antara TTDI dan KLGCC Kuala Lumpur. Sudahkah tanah ini diwartakan untuk tanah lapang di bidang kuasa DBKL.

56. 34-100385 Tuan Razali Bin Ismail [ Kuala ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status semasa ROI (return on investment) kepada individu (personal ROI) dan masyarakat (social ROI) terhadap usaha pembasmian kemiskinan mutlak dan relatif.

57. 38-100964 Tuan Ahmad Shabery Bin Cheek [ Kemaman ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah benar tanggapan bahawa rekacipta kereta tempatan lebih mengutamakan keuntungan daripada keselamatan penggunanya. 11 AUM DR 05/07/2004

58. 89-100932 Datuk Mat Yasir Bin Ikhsan [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian akan menyediakan lebih banyak insentif kepada para petani dan penternak bagi meningkatkan pendapatan mereka selain dari bantuan kewangan dan subsidi pertanian.

59. 218-100077 Tuan Chong Hon Min [ Sandakan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah polisi dan galakan Kerajaan terhadap pembangunan industri kecil dan sederhana yang dapat memperkukuhkan ekonomi Negara, membekal peluang pekerjaan dan meningkatkan punca pendapatan rakyat. Apakah tahap pencapaian setakat ini.

60. 74-100028 Tuan Ismail Bin Abd Mutalib [ Maran ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pihak Kerajaan bercadang untuk melibatkan ahli-ahli Parlimen di dalam Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD) walaupun masalah tanah adalah masalah negeri.

61. 219-100585 Tuan [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah jualan dan harga simen di terkawal oleh Kerajaan dan adakah larangan dikenakan atas jualan simen oleh syarikat di Semenanjung Malaysia ke Sarawak.

62. 11-100342 Dato’ Ghazali Bin Ibrahim [ Padang Terap ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana perkembangan pembukaan pintu di Durian Burung, Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman dan apakah langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan bagi mengawal kemasukan pendatang asing di semua pintu masuk seluruh Malaysia.

63. 34-100374 Tuan Razali Bin Ismail [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan semasa yang telah diambil untuk menjelaskan kepada rakyat tentang Islam Hadhari supaya tidak tinggal sebagai label yang retorik.

64. 32-101014 Tuan Mohamed Yusop Bin Majid [ Setiu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kekurangan pegawai belia di daerah-daerah boleh melemahkan generasi belia dan adakah Kerajaan bercadang untuk mengatasinya dengan menambah bilangan ini yang terdiri daripada pegawai yang mesra belia dan bilakah ianya akan dilaksanakan. 12 AUM DR 05/07/2004

65. 76-100675 Tuan Ismail Sabri Bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk mewujudkan pusat kaunseling dan bimbingan khusus bagi bekas-bekas penagih yang keluar dari pusat serenti.

66. 69-100034 Tuan Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tol yang akan dikenakan kepada pengguna lebuh raya Kuala Lumpur – Kuantan dan bolehkah Kerajaan mengumumkan syarat-syarat sepenuhnya yang telah dimeterai berhubung dengan konsesi lebuh raya ini.

67. 212-100730 Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan memandangkan WHO menjangkakan wabak measle akan berlaku pada akhir tahun ini, Kementerian telah menjalankan mass imunisasi kepada pelajar sekolah, apakah peratus kejayaan program tersebut, dan nyatakan sumber dari mana vaksin itu didapati.

68. 89-100927 Datuk Mat Yasir Bin Ikhsan [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan adakah Kementerian akan menyediakan satu peruntukan khas yang akan disalurkan ke Persatuan Sejarah di peringkat negeri atau daerah untuk menjalankan program Agenda Penulisan Sejarah Tokoh dan Pimpinan Negara dan Tempatan supaya jasa-jasa, pengalaman dan perjuangan mereka dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

69. 202-100854 Tuan Lim Hock Seng [ Bagan ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan insentif-insentif, bantuan, perlepasan cukai dan lain-lain yang diberi kepada syarikat pelancongan tempatan demi persaingan yang lebih kukuh untuk menarik ramai lagi pelancong-pelancong asing.

70. 91-100660 Tuan Mohd. Daud Bin Tarihep [ Kuala ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah menjadi dasar Kementerian untuk membina Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen negara ini. Jika ya, bila, dimana dan kos pembinaan Kolej Komuniti Parlimen Kuala Selangor akan dibina.

71. 168-100383 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan apakah perancangan yang telah diusahakan oleh kementerian dalam menangani masalah sebilangan besar kawasan di pendalaman Pensiangan Daerah Nabawan dan Sook yang tidak menerima siaran radio dan televisyen khususnya RTM. 13 AUM DR 05/07/2004

72. 81-100770 Dato’ Yap Pian Hon [ Serdang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan akan mengkaji semula Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang telah wujud 33 tahun lamanya bagi menyesuaikan dengan situasi semasa kini dan sama ada pihak Kerajaan akan menggunakan peraturan ini untuk mempertahankan keselamatan di perairan Selat Melaka.

73. 177-101022 Tuan Richard Riot Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan rancangan Kementeriannya bagi mempastikan kesemua 5,000 buah rumah panjang dan kampung di luar bandar Sarawak dan Sabah dapat menikmati bekalan elektrik secara talian grid.

74. 37-100549 Datuk Rosli Bin Mat Hassan [ Dungun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan paras kejayaan dalam menangani masalah nelayan kecil dari kepompong kemiskinan di bawah Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7).

75. 118-100509 Tuan Idris Bin Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan cadangan untuk mengadakan Program Inovasi dan Kreativiti peringkat Tabika, Tadika dan Taska.

76. 138-100518 Tuan Syed Hood Bin Syed Edros [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status Kolej Komuniti di Parlimen Parit Sulong yang difahamkan telah diluluskan pembinaannya semasa Menteri Pendidikan yang lalu dan bilakah projek ini akan dilaksanakan.

77. 34-100649 Tuan Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk menstabilkan harga pasaran komoditi getah dan sawit.

78. 191-100217 Dato’ Jacob Dungau Sagan [ Baram ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan guru-guru yang mengajar di sekolah luar bandar bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan apakah langkah- langkah yang sedang diambilkan oleh Kementerian bagi memastikan bahawa mereka ini tidak ketinggalan di bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang terkini. 14 AUM DR 05/07/2004

79. 71-101189 Tuan S.K. Devamany [ Cameron Highlands ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah guru-guru sementara kelulusan SPM dan STPM di SJK (T), SJK (C) dan SK di seluruh negara bagi tahun 2004; dan

(b) apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah berkenaan.

80. 140-100580 Dr. Junaidy Bin Abdul Wahab [ Batu Pahat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan usaha- usaha yang sedang dan akan dilakukan oleh MARA dalam membantu pertambahan bilangan dan kualiti usahawan Melayu dalam mencapai sasaran pencapaian ekonomi Bumiputera ke angka 30% yang mana pada ketika ini ianya masih ditahap 19%.

81. 73-101063 Dato’ Wan Adnan Bin Wan Mamat [ Indera Mahkota ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan segera ke atas hakisan pantai yang berlaku disepanjang pantai Cherating sehingga ke muara Sungai Kuantan. Apakah langkah-langkah jangka panjang bagi menangani masalah ini.

82. 138-100521 Tuan Syed Hood Bin Syed Edros [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah guru mengikut komposisi kaum dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk memperkasakan Sekolah-Sekolah Kebangsaan di seluruh negara.

83. 19-100417 Datuk Mohd Zaid Bin Ibrahim [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk menubuhkan sekolah-sekolah istimewa yang dibina khas untuk pelajar-pelajar yang cacat anggota badan.

84. 33-100994 Tuan Che Azmi Bin Haji Abdul Rahman [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan berapakah senarai barangan yang dikawal oleh Kerajaan dan apakah kriteria utama barangan yang diletakkan dalam kategori tersebut. Apakah Kerajaan bercadang mengkaji semula senarai barangan tersebut kerana kawalan harga ke atas harga beras, ayam, minyak sawit dan lain-lain barangan pertanian akan memberi kesan buruk kepada pendapatan petani, penternak dan nelayan. 15 AUM DR 05/07/2004

85. 211-100709 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah agensi dan jabatan Kerajaan yang menawarkan biasiswa atau pinjaman kepada pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi serta nyatakan komposisi kaum yang menerimanya dan syarat-syarat kelayakannya.

86. 160-100683 Tuan Shim Paw Fatt [ Tawau ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menambah dan menaikkan taraf kemudahan pejabat Imigresen di Pelabuhan Tawau untuk menampung bilangan pelancong-pelancong dan pekerja-pekerja asing dari negara-negara jiran yang semakin bertambah.

87. 121-101083 Tuan Mohd Said Bin Yusof [ Jasin ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan Kerajaan bercadang menyusun pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang bagi menentukan hala tuju golongan belia dapat melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda dan sahsiah mereka.

88. 137-100710 Tuan Razali Bin Ibrahim [ Muar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan awam yang telah menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan peratus kelulusan serta keberkesanan perlaksanaan PTK ini di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

89. 165-101205 Puan Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan kempen kebersihan tandas yang telah dijalankan oleh Kementerian.

90. 33-100975 Tuan Che Azmi Bin Haji Abdul Rahman [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

(a) Lebuh Raya Pantai Timur bahagian Negeri Terengganu akan dilaksanakan secara penswastaan atau secara kontrak Kerajaan (konvensional);dan

(b) apakah jaminan Kerajaan bahawa kontraktor Bumiputera Terengganu diberi peluang dalam pembinaan lebuh raya tersebut. 16 AUM DR 05/07/2004

91. 48-100870 Tan Sri Dr. Ting Chew Peh [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) adakah Kerajaan bercadang menilai keberkesanan MAP (Mandatory Accreditation Programme) dan CEP (Continuing Education Programme) yang diwajibkan bagi pengarah- pengarah syarikat senarai; dan

(b) setakat ini berapa ramai pengarah telah mengikuti kursus tersebut.

92. 103-100937 Dato’ Suhaili Bin Abdul Rahman [ ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan dalam menangani kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang bukannya semakin berkurang tetapi bertambah di Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

93. 184-101165 Tuan Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan memandangkan peningkatan kes rompakan terutamanya melibatkan mangsa wanita kebelakangan ini, adakah Kementerian merancang untuk mengenakan hukuman yang lebih berat melalui penggubalan undang-undang ke atas penjenayah terbabit.

94. 156-100435 Tuan Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan penghalang-penghalang terhadap pewujudan Asian Monetary Fund. Sejauh mana cadangan pewujudan sebuah "Think Tank" sebelum AMF diterima baik oleh negara-negara lain di rantau ini.

95. 217-101148 Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-

(a) sejauh manakah efektifnya perlindungan SOCSO kepada pekerja di mana majikan gagal mendaftar pekerja-pekerja mereka. Berikan pecahan bilangan pekerja-pekerja yang tidak dilindungi menurut setiap negeri; dan

(b) mengapakah sering berlaku kelewatan bayaran pampasan kepada pekerja-pekerja oleh SOCSO.

96. 94-100166 Tuan Markiman Bin Kobiran [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap syarikat perkhidmatan telefon mudah alih kerana tidak menyediakan liputan perkhidmatan yang memuaskan terutama di kawasan luar bandar sedangkan caj laluan yang dikenakan tidak berbeza di antara pengguna luar bandar dan dalam bandar. 17 AUM DR 05/07/2004

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2003) 2004

2. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 2004

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini. 18 AUM DR 05/07/2004

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 6/2004)Rang Undang-undang Fi (Taman Laut Bacaan Kali Malaysia) (Pengesahan) 2004 Yang Kedua

2. (D.R. 8/2004) Rang Undang-undang Racun Makhluk “ Perosak (Pindaan) 2004

3. 150-100301 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius terhadap kewujudan jurang perbezaan pembangunan diantara Wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dan Dewan ini juga membuat perakuan tentang hakikat bahawa kemajuan yang begitu jauh dikalangan kesebelas negeri di Semenanjung adalah hasil daripada perlaksanaan pelbagai program oleh Lembaga- Lembaga Kemajuan Wilayah dan Lembaga-Lembaga Kemajuan Tanah yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan. Manakala di negeri Sabah yang mempunyai keluasan lebih 70,000 kilometer persegi belum lagi diwujudkan lembaga-lembaga yang serupa. Dengan kesedaran ini maka Dewan Yang Mulia ini hendaklah membuat resolusi dan ketetapan supaya pihak Kerajaan membentangkan Akta-Akta yang bersesuaian untuk menubuhkan Lembaga-Lembaga Kemajuan Wilayah di Sabah dan Sarawak.”

4. 214-101053 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini hendaklah menyerahkan tugas kepada Jawatankuasa Pemilih bagi mengkaji langkah-langkah terbaik yang perlu diambil oleh Kerajaan untuk menangani gejala salah laku seksual yang semakin menular dalam masyarakat kebelakangan ini.”

5. 207-101038 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini membahaskan dasar pengangkutan dan faktor-faktor yang menyebabkan kesesakan lalulintas termasuk bilangan kereta yang ideal untuk negara ini.” 19 AUM DR 05/07/2004

6. 214-101050 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini hendaklah menyerahkan tugas kepada Jawatankuasa Pemilih untuk mengkaji secara mendalam kesan-kesan penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik di sekolah-sekolah setelah dua tahun ia dilaksanakan.”

7. 173-100167 Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

”Memandangkan masalah kemalangan jalan raya yang begitu tinggi dan telah menyebabkan kehilangan nyawa dan kebinasaan pengguna jalan raya yang begitu banyak dan kerosakan harta benda yang begitu besar, Dewan ini membincang untuk mengenalpasti dan membuat keputusan untuk menangani masalah ini.”

Dewan ini juga membincang agar tindakan secara menyeluruh dari segi pindaan undang-undang, perubahan dasar, latihan pemandu, penguatkuasaan undang-undang dikaji, dirombak dan dilaksana dengan secepat mungkin.

8. 207-101035 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengambil keteteapan agar Laporan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat permasalahan, efisiensi dan kredibiliti pasukan polis dibentangkan di Dewan ini sebagai kertas putih untuk dibahas. Dewan ini berpendapat bahawa prosiding dan mesyuarat Suruhanjaya mestilah terbuka termasuk siaran televisyen secara langsung, selaras dengan penjelasan akauntabiliti. Dewan juga memutuskan bahawa semua janji untuk menambah 21,000 rekrut yang berkualiti, emolumen, elaun, kenderaan, stesen dan kemudahan polis haruslah dikotakan.”

9. 150-100299 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius tentang kewujudan beribu-ribu graduan yang menganggur. Tambahan pula peluang-peluang pekerjaan dikalangan graduan lebih banyak di wilayah-wilayah yang lebih maju seperti Lembah Kelang berbanding dengan Sabah, , Terengganu dan Kelantan. Graduan yang menganggur adalah merupakan suatu masalah ekonomi, sosial dan politik. Oleh itu, Dewan ini mendesak pihak Kerajaan supaya menubuhkan satu Majlis Perunding Pengangguran Graduan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah pengangguran dikalangan graduan pelbagai jurusan.” 20 AUM DR 05/07/2004

10. 214-101056 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara langsung semua persidangan Parlimen termasuk dan Dewan Negara supaya persidangan ini dapat diikuti oleh setiap lapisan masyarakat, sekali gus membantu meningkatkan lagi penglibatan rakyat dalam merencanakan pembangunan negara. Tindakan ini juga diharapkan dapat merangsang prestasi Ahli-ahli Parlimen ke arah menjadikan Parlimen Malaysia bertaraf dunia.”

11. 84-100843 Tan Sri Dato’ K. S. Nijhar [ Subang ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius masalah banjir kilat yang sering berlaku dalam Parlimen Subang dan meminta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh kepada masalah ini.”

12. 214-101041 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini akan membincangkan dan bersetuju supaya geran perkapita dan semua bantuan lain disalurkan semula kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) oleh Kerajaan seperti mana yang diamalkan sebelum ini. Kerajaan juga hendaklah membayar semula semua tunggakan geran perkapita semenjak bantuan tersebut dihentikan pada Oktober 2002.”

13. 209-101040 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk mengadakan siaran langsung televisyen sidang Dewan Rakyat sebagai langkah pembaharuan Parlimen dan meningkatkan ketelusan serta tanggungjawab Ahli Berhormat terhadap ucapan dan tugas mereka".

14. 214-101059 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya semua Ahli Parlimen mengisytiharkan harta pemilikan mereka, suami/isteri, anak-anak dan pemegang amanah setiap dua tahun kepada Parlimen.” 21 AUM DR 05/07/2004

15. 206-100884 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merujuk dan Utusan Malaysia ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya menyiasat sama ada kedua- duanya telah memesongkan apa yang diperkatakan oleh Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen kawasan Ipoh Timur di Parlimen pada 9hb Jun 2004 dalam dua laporan utama muka depan di Utusan Malaysia iaitu pada 10hb Jun 2004 di bawah tajuk "Kit Siang persoal negara Islam - Ketua Pembangkang juga pertikaikan mengapa Ketua Kerajaan harus orang Islam" dan pada 11hb Jun 2004 di bawah tajuk "Jangan bermain api" - Kit Siang harus henti persoal Malaysia negara Islam - Hihammuddin," dengan cuba melabelkan YB. Lim Kit Siang sebagai menentang Melayu dan menetang Islam menerusi laporan palsu mereka bahawa beliau mencabar hakikat bahawa orang Islam yang menjadi Perdana Menteri, dan mencadangkan tindakan sewajarnya yang harus diambil terhadap kedua-duanya itu".

16. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil kira Laporan SUHAKAM 2003 dan menggesa SUHAKAM supaya menggandakan usahanya untuk melindungi dan memajukan hak asasi manusia sepertimana yang diniatkan oleh Parlimen sewaktu menggubal Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 2000.”

17. 150-100303 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius terhadap masalah kos pengangkutan dan logistik di antara Sabah dan dunia luar termasuk ke Semenanjung. Dewan ini juga memperakui bahawa kos pengangkutan yang tinggi ini telah menghindarkan proses perindustrian dan peningkatan sektor pembuatan di Sabah. Dan jika sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan baik maka niat Kerajaan Sabah untuk meningkatkan sektor pembuatan tidak akan tercapai. Oleh itu Dewan ini hendaklah membuat ketetapan meminta Kerajaan untuk menyediakan penyelesaian terhadap masalah tersebut.”

18. 96-100270 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merakamkan keprihatinan di atas kekeliruan sesetengah rakyat Malaysia yang berbilang kaum di atas kewujudan peraturan yang menghindar penganut agama tertentu menggunakan perkataan seperti Allah, Iman, Wahyu, Rasul, Al-kitab, Doa, Nabi, Injil, Firman, Syukur, Imam dan sebagainya. 22 AUM DR 05/07/2004

Maka dengan ini Dewan ini membuat resolusi meminta Kerajaan menghapuskan kekeliruan tersebut sekali gus memastikan kebebasan beragama terus terpelihara.”

19. 150-100297 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius kewujudan kadar insiden kemiskinan yang begitu tinggi dikalangan Orang Asli, Bumiputera Minoriti Sabah dan Sarawak terutama sekali dikalangan petani tradisi di tanah tinggi di Sabah dan Sarawak sepertimana yang diperakui dalam Rancangan Malaysia Ke 8 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke 3 dan juga dalam dokumen Majlis Perunding Ekonomi Negara Kedua (MAPEN 11), dan Rancangan Malaysia Ke 8 ini tidak lama lagi akan berakhir sedangkan kadar kemiskinan dikalangan masyarakat tersebut masih lagi tinggi. Dewan ini juga perlu membuat ketetapan supaya perakuan-perakuan dalam MAPEN 11, RRJP 3 dan Rancangan Malaysia Ke 8 dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak Kerajaan.”

20. 209-101042 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketepan supaya memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan memulihkan hak penduduk Kuala Lumpur untuk memilih Datuk Bandar dengan tujuan meningkatkan keberkesanan Kerajaan Tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada penduduk di kawasan berkenaan".

21. 150-100294 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius kewujudan kad pengenalan palsu, surat beranak palsu dan IMM13 palsu serta sindiket-sindiket yang terlibat dalam pemalsuan tersebut. Oleh itu dewan yang mulia ini membuat ketetapan supaya Kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya siasatan untuk mengkaji bagaimana perkara ini berlaku dan seterusnya untuk mencari penyelesaian ke atas masalah dalam negeri yang telah menghantui Negara kita Malaysia sejak 30 tahun yang lepas.” 23 AUM DR 05/07/2004

22. 173-100170 Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

”Dewan ini membincang dan mengambil ketetapan agar dasar pendidikan dikaji semula supaya boleh mencanaikan warganegara yang benar-benar “all rounder” (dengan izin) dari segi kerohanian, mental, dan fisikal, berdaya saing, patriotik, berani, jatidiri, kreatif dan inovatif, bersifat kemasyarakatan, berbudi tinggi, berkhemah mulia, dan disamping berilmu.

Dewan ini juga membincangkan agar mata pelajaran kerohanian dan kemasyarakatan diberi kepada semua murid tidak kira bangsa dan agama dan dilaksanakan secara formal dan tidak formal, umpamanya 5 minit sebelum kelas bermula tiap-tiap hari.

Harapan kita ialah untuk membentuk murid dan pelajar untuk mempunyai pengertian, perwatakan dan pendirian menjadi warga Negara yang berciri kasih saying, bertanggungjawab, beramanah, setiakawan dan berbudi tinggi.”

23. 214-101046 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-sekerasnya tindakan Kerajaan BN menyalah gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan rakyat negara ini tanpa bicara dan tidak selaras dengan semangat penggubalan Akta ini, iaitu untuk membendung kegiatan subversif komunis. Bahkan dalam banyak kes, penahanan ISA lebih dipengaruhi oleh kepentingan politik pemerintah. Dewan ini mendesak supaya Kerajaan BN membebaskan semua tahanan ISA tersebut tanpa syarat atau mendakwa mereka di mahkamah dengan segera.” 24 AUM DR 05/07/2004

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM DEWAN

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2004 DIBENTANGKAN

ST.12 Laporan Tahunan Universiti Putra Malaysia 5 Julai 2004 (UPM) Tahun 2002.

ST.117 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 5 Julai 2004 Majlis Peperiksaan Malaysia Bagi Tahun 2002.

ST.118 Akta Jalan Persekutuan 1959 5 Julai 2004 Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) (Pindaan) (No.10) 2004 -Negeri Terengganu (Jalan Pintas Telok Kalong, Jalan Semarak dan Jalan Kompleks Sukan).

CMD.15 Penyata Anggaran Perbelanjaan Mengurus 5 Julai 2004 Tambahan Kedua, 2004.

CMD.15A Memorandum Perbendaharaan Mengenai 5 Julai 2004 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua, 2003 Bagi Kerajaan Malaysia.

CMD.16 Penyata Anggaran Perbelanjaan 5 Julai 2004 Pembangunan (Tambahan) (Bil.2) Tahun 2003.

CMD.16A Memorandum Perbendaharaan Mengenai 5 Julai 2004 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2003.

CMD.17 Penyata Keluaran Wang Daripada Kumpulan 5 Julai 2004 Wang Luar Jangka Bagi Tempoh dari 25 Julai 2003 Hingga 31 Disember 2003 Menurut Peraturan 68 Di Bawah Peraturan- Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. 25 AUM DR 05/07/2004

KERTAS PEMBERITAHUAN

1. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam bilion satu ratus tiga puluh empat juta lima ratus sembilan puluh empat ribu lima ratus dua puluh ringgit (RM6,134,594, 520) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2003, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2003 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2004 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek- projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut, hendaklah disahkan.” 26 AUM DR 05/07/2004

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKH AHLI YANG TAJUK UCAPAN MENTERI YANG UCAPAN BERUCAP BERTANGGUNGJAWAB DIBUAT

1. 5.7.2004 1. YB. Tuan Wilfred 1. Penubuhan Jawatankuasa Pelbagai Parti 1. YB. Menteri Hal Ehwal (Isnin) Madius Tangau oleh Parlimen Malaysia (Dewan Rakyat) Dalam Negeri [Tuaran] untuk menangani masalah kehadiran pelarian-pelarian di Malaysia seperti pelarian Filipina dan Rohingnya.

2. 5.7.2004 2. YB. Tuan 2. Tanggungjawab Malaysia mempertahan- 2. YB. Menteri (Isnin) Salahuddin bin kan kedaulatan Selat Melaka daripada Pertahanan Haji Ayub campur tangan Amerika Syarikat. [Kubang Kerian]