JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

2017 Bu leti n @J PA MEI MEI EDISI 4 Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam

Tahniah Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2017/2018 Muka surat 4

DIALOG TN50 SESI CONNECT & PROGRAM EKSPRESI BERSAMA INTERACT BERSAMA NEGARAKU PENJAWAT AWAM PELAJAR TAJAAN JPA

Muka surat 2 Muka surat 5 Muka surat 6 Bu leti n @J PA 1,300 Penjawat Awam Kongsi Aspirasi Dengan Perdana Menteri

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Pada 31 Mei 2017, YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri telah hadir bersama penjawat awam dalam Sesi Dialog bersama Penjawat Awam bagi mendengar aspirasi mereka untuk tempoh 30 tahun akan datang. Bertempat di Dewan Utama,Kementerian Kewangan Malaysia, YAB Perdana Menteri dan Tan Sri Dr Ali Hamsa,Ketua Setiausaha Negara selaku moderator secara santai berdialog bersama penjawat awam daripada pelbagai latar belakang. Dalam sesi dialog yang melibatkan kira-kira 1,300 penjawat awam muda, antara aspirasi yang sering dikemukakan ialah menekankan perpaduan melalui pendidikan dengan membina sekolah satu aliran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta memperkasakan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan Bahasa Tamil dan Cina. Turut disuarakan ialah keseimbangan kerja dan keluarga agar waktu bekerja mempunyai had maksima agar penjawat awam tidak terikat dengan kerja di pejabat sehingga mengorbankan masa untuk bersama dengan anak dan keluarga. Kemampanan dalam aspek perkhidmatan kesihatan juga menjadi antara fokus aspirasi penjawat awam muda kini. Menurut YAB Perdana Menteri dalam sesi ini, kos RM1 yang dikenakan bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kerajaan adalah tidak mampan memandangkan kerajaan membelanjakan RM21 hingga RM22 bilion setahun dalam industri kesihatan tetapi hanya memungut antara RM400 juta dan RM500 juta walaupun perkhidmatan kesihatan Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Isu pengangkutan awam turut menarik perhatian pada sesi dialog itu apabila seorang penjawat awam berkata beliau tidak lagi mahu melihat masalah kesesakan lalu lintas membelenggu Malaysia pada tahun 2050. 2 Bu leti n @J PA

3 Bu leti n @J PA Majlis Penyampaian Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

Oleh : Bahagian Pembangunan Modal Insan

Pada 24 Mei 2017, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 orang penerima bagi sesi pengajian 2017/2018 di Istana Negara.

Kesemua dua belas (12) orang penerima telah dipilih oleh Jawatankuasa Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi sesi pengajian 2017/2018, dimana enam (6) pelajar bagi peringkat pengajian Ph.D dan enam (6) orang lagi di peringkat Sarjana dalam bidang sains dan teknologi.

BYDA mula diperkenalkan pada tahun 2006 untuk mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar. Sehingga kini, sebanyak 11 sesi penawaran telah dilaksanakan dengan menaja seramai 129 pelajar iaitu 65 pelajar peringkat PhD dan 64 pelajar di peringkat Sarjana.

Kesemua penerima biasiswa ini juga turut diundang dan diraikan dalam Majlis Makan Malam bersama Yang di-Pertuan Agong di istana negara. 4 Bu leti n @J PA Sesi “Connect & Interact” Bersama Pelajar Tajaan JPA

Oleh : Bahagian Transformasi Sektor Awam

Sesi “Connect & Interact” Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 12 Mei 2017 adalah salah satu program siri turun padang KPPA untuk bertemu dengan semua peringkat stakeholders Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khususnya pelajar tajaan.

Program ini merupakan salah satu platform kepada pelajar untuk menyalurkan idea dan cadangan yang konstruktif bagi menambah baik proses penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada kumpulan sasar. Disamping itu, ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk tampil lebih berani ke hadapan dalam ruang yang lebih kondusif bagi berkongsi pandangan yang membina dan positif dalam menyuarakan pendapat masing-masing. Ia juga selari dengan hasrat kerajaan bagi membentuk sebuah generasi yang dapat menyumbangkan idea-idea baharu yang bernas dan positif ke arah pembentukan TN50 yang holistik khususnya di kalangan pelajar dan generasi muda.

Pada program “Connect & Interact” KPPA bersama pelajar tajaan JPA, YBhg. Dato Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia turut menyampaikan sijil pengharg aan kepada 13 orang pelajar tajaan JPA yang cemerlang dengan memperoleh CGPA melebihi 3.90 . Pada sesi kali ini melibatkan seramai 500 pelajar tajaan JPA dari UMS, UiTM , Politeknik Kota Kinabalu dan pegawai kerajaan yang ditawarkanHadiah Latihan Persekutuan (HLP).

Selain itu, dalam siri turun padang KPPA ke negeri Sabah selama 2 hari, Dato Sri Zainal Rahim Seman, turut berkesempatan bertemu dengan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan dan Negeri Sabah, menghadiri sesi interaksi KPPA bersama-sama pegawai muda Persekutuan Sabah dan Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat kepada 295 orang pegawai dan Surat Persaraan kepada 7 orang bakal pesara di INTAN Kampus Sabah. 5 Bu leti n @J PA Program Ekspresi Negaraku : Sandakan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman Oleh : Unit Komunikasi Korporat (MOU) Program Talent Acceleration In The Public Service (TAPS)

Oleh : Bahagian Pembangunan Modal Insan

Siri Keempat Program Ekspresi Negaraku kali ini dirasmikan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 7 Mei 2017 di Sandakan, Sabah. Program yang telah dihadiri seramai kira-kira 10,000 pengunjung ini turut melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pameran pada program tersebut. Pada program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis terkenal tanah air. Program Ekspresi Negaraku :

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) telah menganjurkan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) Program Talent Acceleration in the Public Service (TAPS) bertempat di Ruang Legar C3, Komplek C, Putrajaya. Majlis ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang yang telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. YBhg. Dato’ Sri juga telah menandatangani MOU TAPS bersama Encik Azman Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai, Kelantan Hisham Che Doi, CEO Razak School of telah dijadikan lokasi bagi siri kelima Program Ekspresi Negaraku. Program sepanjang hari ini telah dirasmikan oleh Government (RSOG). YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 13 Mei 2017. Jabatan Perkhidmatan Awam turut menjayakan program ini dengan penglibatan dalam pameran bagi mempromosi serta menyebar luas maklumat perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan. Antara bahagian yang turut serta ialah UKK, BKP, BP, BMI, BPPs serta INTAN. 6 Bu leti n @J PA Gred Pakar 56 Bagi Pakar Persidangan Pengurus Program Perubatan dan Pakar Pergigian Tajaan JPA Bersama Universiti Oleh : Bahagian Pembangunan Organisasi Awam Seluruh Malaysia Tahun 2017 dan Taklimat Program YAB Perdana Menteri pada sesi pembentangan bajet tahun 2016 pada 21 Oktober 2016 telah mengumumkan Oleh : Bahagian Pembangunan Organisasi bahawa Kerajaan bersetuju untuk menambah lapisan gred baharu iaitu Gred Pakar 56 bagi Pakar Perubatan dan Pakar Pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia. Keputusan ini dilaksanakan melalui “Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2016 (PP Bil. 12 Tahun 2016) – Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan dan Skim Perkhidmatan Pegawai Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) telah Pergigian” yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2017. menganjurkan Persidangan Pengurus Program Tajaan JPA Bersama Universiti Awam Seluruh Sehubungan dengan itu juga, penambahan lapisan Malaysia Tahun 2017 dan Taklimat Program Penajaan 9A+ JPA kepada Kolej Persediaan Tahun Gred Pakar 56 ini turut dilaksanakan kepada Pensyarah 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Perubatan dan Pensyarah Pergigian di Pusat Perubatan, Pendidikan Malaysia. Persidangan ini bertujuaan Universiti-universiti Awam, Kementerian Pendidikan untuk menyampaikan maklumat serta berkongsi Tinggi dan Pakar Perubatan serta Pakar Pergigian pandangan berkaitan masalah-masalah tadbir urus yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia, penajaan JPA pada tahun 2017 serta memahami Kementerian Pertahanan Malaysia. isu-isu berkaitan penajaan JPA dari IPTA dan IPTS.

Lawatan Delegasi Korea Youth Association Ke JPA

Oleh : Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar

Pada 29 Mei 2017, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima lawatan delegasi dari Korea Youth Association. Delegasi seramai 25 orang ini diketuai oleh Mr. Kim Eun Koo. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai isu-isu berkaitan pendidikan di Malaysia. 7 Bu leti n @J PA Jom Sihat JPA

Oleh : Bahagian Pembangunan, Bahagian Saraan & Puspanita JPA

Program Jom Sihat anjuran bersama BPO, BS dan Puspanita JPA ini bertujuan untuk menerapkan amalan hidup sihat di kalangan warga Jabatan Perkhidmatan Awam dan sebagai platform untuk warga beramah mesra bersama semua pengurusan tertinggi JPA. Program yang bermula jam 5.30 petang ini diadakan di Lobi Blok C3 berjaya menarik lebih kurang 70 orang untuk bersama-sama bersenam sambil beramah mesra. Dalam program ini juga, YBhg Dato’ Sri Ketua Pengarah Perhidmatan Awam turut menyampaikan buah kurma sebagai persediaan bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Amanat KSN Di Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2016

membangkitkan semangat kepada tuan-tuan dan puan- puan untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, seterusnya menjadi role model dan mentor terbaik kepada warga yang lain.

KESETIAAN KEPADA RAJA, NEGARA DAN KERAJAAN (SETIA)

Saudara-saudari sekalian, Pelbagai cabaran diharungi oleh negara kita dalam 2 hingga 3 tahun kebelakangan ini. Kejatuhan harga minyak mentah dunia, Brexit dan keadaan geopolitik Saudara-saudari sekalian, dunia yang tidak menentu memberikan impak, secara langsung atau tidak langsung kepada negara kita. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T Walaupun demikian, Kerajaan berjaya mengharungi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita dan menempuhi kesemua cabaran-cabaran ini hasil bersama-sama bertemu dan berhimpun di Majlis tampuk kepimpinan negara yang berwawasan dan Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan berwibawa. Perdana Menteri bagi tahun 2016. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah Saya difahamkan seramai 1,070 orang warga mencetuskan Dasar Transformasi Nasional bagi cemerlang Jabatan Perdana Menteri daripada 79 Jabatan/ memangkinkan pencapaian negara ke arah sebuah Agensi/Bahagian yang telah dipilih sebagai penerima negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Perdana Menteri 2020. Menurut Dato’ Sri Idris Jala, Malaysia sepatutnya bagi Tahun 2016. Syabas diucapkan. sudah mencapai taraf negara maju pada tahun 2015 berdasarkan kepada GNI USD12,745 yang ditetapkan Saya berharap pengiktirafan dan penghargaan Bank Dunia jika kadar tukaran wang asing adalah pada seumpama ini akan menjadi pendorong dan kadar RM3.50 ke 1 dolar Amerika Syarikat. 8 Bu leti n @J PA

Saudara-saudari sekalian, Saudara-saudari sekalian, Pencapaian negara pada hari ini, tidak akan terhasil YAB Perdana Menteri telah mencetuskan gagasan tanpa dasar dan program jelas yang ditetapkan oleh TN50 bagi mencorakkan perjalanan negara selepas tahun kepimpinan negara. Dasar dan program yang ditetapkan 2020, dalam tempoh 30 tahun dengan mengambil kira pula, perlu dilaksanakan oleh sektor perkhidmatan awam. ekspektasi, pandangan dan idea seluruh segmen masyarakat Sebagai penjawat awam, kita perlu menetapkan kesetiaaan terutamanya generasi muda. Inisiatif ini akan dipacu oleh kita kepada Raja, Negara dan Kerajaan yang memerintah. matlamat dan sasaran yang jelas dalam menjadikan negara

ini antara yang teratas di tangga dunia dalam ekonomi, Pada zaman media sosial ini, terdapat pihak-pihak kesejahteraan rakyat dan inovasi. yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat atau melemparkan tuduhan dan kritikan terhadap Kerajaan. Pada 30 Mei nanti, YAB Perdana Menteri akan Yang mengecewakan, adalah penjawat awam turut tergolong mengadakan sesi pertama TN50 Bersama Penjawat dalam kumpulan ini. Golongan ini percaya kepada ‘fake Awam di Kementerian Kewangan untuk mendapatkan news’. Mereka kurang ‘social media literacy’, yang dapat pandangan dan berinteraksi dengan para penjawat awam menilai kesahihan sesuatu yang dimuatkan dalam media dalam membentuk sektor perkhidmatan awam negara sosial. kita menjelang tahun 2050. Sebagai penjawat awam perlu bersama-sama berpandangan jauh, tidak leka atau khusyuk Saya ingin menyatakan disini bahawa negara kita dengan pencapaian masa kini. bukanlah satu ‘failed state’ seperti yang dihebohkan pihak- TAHUN PENYAMPAIAN (SEDIA BERKHIDMAT) pihak yang boleh dikatakan pengkhianat bangsa dan negara. Jika betul apa yang dikatakan, maka tidak mungkin para Hadirin yang saya hormati sekalian, pelabur seperti syarikat Aramco Saudi Arabia akan melabur sebanyak US7 bilion dolar di projek RAPID di Pengerang, Selain daripada setia kepada Kerajaan, penjawat awam . Dan baru-baru ini, delegasi Malaysia diketuai YAB juga perlu melaksanakan core business atau amanah yang Perdana Menteri telah berjaya menandatangani 9 Perjanjian diberikan iaitu menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada Persefahaman dengan pihak kerajaan dan swasta negara rakyat sejajar dengan konsep Merakyatkan Perkhidmatan China dengan jumlah nilai melebihi US7 bilion dolar. Awam. YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Insentif Kerajaan Untuk Perkhidmatan Awam Negara. tahun ini merupakan tahun penyampaian oleh penjawat awam. Dalam konteks perkhidmatan awam kita pula, pada setiap tahun, pihak Kerajaan berusaha menambahbaik Fokus kepada penyampaian ini bukan sahaja skim perkhidmatan awam daripada segi emolumen dan daripada aspek fizikal, tetapi ia juga meliputi cara dan insentif perkhidmatan seperti Cuti Belajar untuk Kumpulan nilai penyampaian kepada rakyat. Dalam Merakyatkan Pelaksana, peluang kenaikan pangkat secara ‘fast-track’ Perkhidmatan Awam, elemen sentuhan kemanusiaan perlu dan ‘time-based’, kesetaraan gaji, pelantikan tetap pekerja diterapkan dalam kita menyampaikan perkhidmatan kepada kontrak, dan perumahan mampu milik khusus untuk rakyat. Sebagai contoh, sekiranya kita bekerja di kaunter, apa penjawat awam. Saya berani kata bahawa tiada negara lain salahnya sekiranya berusaha melayan pelanggan terakhir di dunia yang memberikan sebegitu banyak insentif atau walaupun masa sudah melewati waktu bekerja. kemudahan kepada perkhidmatan awam mereka. Penjawat awam khususnya warga JPM, perlu lebih Sebagai penjawat awam, kita semua tertakluk kepada kerap turun padang dan amalkan kaedah ‘search and serve’ prinsip setia kepada kerajaan yang memerintah. Sekiranya iaitu dengan menawarkan perkhidmatan kita kepada rakyat. terdapat perkara yang dirasakan perlu ditambahbaik, kita Selain itu, saya juga menyarankan ketua ketua jabatan perlu boleh mengutarakan pandangan kita kepada pihak yang melihat sendiri organisasinya seperti di kaunter-kaunter berkenaan. perkhidmatan dan pejabat pegawai dan staf bilik stor dan sebagainya. Dengan demikian, ketua-ketua jabatan akan Kempen Ekspresi Negaraku yang kini giat berjalan dapat mengenali lebih dekat anggota organisasi disamping bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara. Para mengetahui lebih lanjut mengenai cara mereka bekerja dan penjawat awam juga perlu mempunyai semangat demikian aspek kebajikan. dalam melaksanakan tugas kita dengan dedikasi tanpa membelakangkan kepentingan negara. Petikan Ucapan YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara sempena Majlis Perasmian Anugerah MALAYSIA KE ARAH TRANSFORMASI NASIONAL Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perdana Menteri bagi 2050 (TN50) tahun 2016. 9 Bu leti n @J PA

10 Bu leti n @J PA

10 11